Adsense

Sabtu, 12 Februari 2011

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Taylor mesra peminat

Posted: 11 Feb 2011 07:06 AM PST

JIKA sudah minat, berbelanja membeli tiket berharga beratus-ratus dolar pun tidak mengapa. Yang penting, janji hati puas menyaksikan artis pujaan beraksi.

Bagi mereka, kehadiran Taylor Swift menjayakan Speak Now World Tour 2011 di Stadium Tertutup Singapura, Rabu lalu, memang pengalaman pasti sukar dilupa dan penuh makna.

Bukan saja menyaksikannya menyanyi 'live' malah mendengar sendiri ratu 'country pop' memenangi 73 pelbagai anugerah muzik Amerika Syarikat bercerita latar lirik lagu ciptaannya memaparkan mesej mengenai kecekalan hidup.

Dua jam sebelum membuat penampilan sulungnya, ribuan peminat 'teruja', ada mengenakan t-Shirt terpampang enam abjad, 'Taylor' berkampung di luar stadium.


Mereka membawa sepanduk, pemidang, rangka gambar dan poster malah ada sekumpulan peminat fanatik menggelar diri 'Swifts' bermain gitar menyanyikan beberapa lagu popular penyanyi dari Pennsylvania itu.


Sebaik muncul atas pentas jam 8.20 malam, jeritan serta laungan tidak henti-henti nama Taylor jelas kedengaran daripada setiap penjuru ruang arena.

Beraksi atas pentas dua tingkat, penyanyi berambut perang berusia 21 tahun menyampaikan nyanyian dan 'sing along' bersama ribuan peminat sambil mengalun gitar akustik, elektrik, ukelele dan piano.

Bukan itu saja, tujuh pemuzik mengiringi mempamer aksi hebat bermain lebih 20 gitar dan instrumen, antaranya gitar 12 tali, banjo, bass dan biola.

Apa yang pasti, 13 lagu daripada album Speak Now meraih tiga anugerah platinum dan dua album sebelum ini, memikat lebih 10,000 penonton, dengan ada sanggup datang dari Australia dan Amerika Syarikat.

Kematangan Taylor terpancar sewaktu menceritakan latar beberapa lagu dicipta zaman remaja, mengenai patah hati dan percintaan.

Lagu-lagu didendangkan pula memang dikenali peminat seperti Sparks Fly, Mine, Speak Now, Fifteen, Fearless, You Belong To Me, Long Live, Enchanted dan Love Story dan beberapa lain.

Dengan montaj menarik, Taylor mengenakan lima kostum, beberapa elemen video, persembahan grafik dan pencahayaan 'saturation' merah seperti suasana makmal proses foto hitam putih.

Kata Taylor, dia berbesar hati memulakan persembahan sulung sempena Speak Now World Tour 2011 di salah satu negara Asia Tenggara.

"Kami terharu mendapat sokongan hebat penonton. Anda semua sangat baik melayan kehadiran kami di sini.

"Kami tidak akan melupakannya dan tidak akan berhenti menyayangi anda semua," kata pemenang empat kali Anugerah Grammy pada pertengahan konsert selama satu setengah jam.

Sebelum ini, Taylor mendedahkan menghabiskan banyak masa menulis lagu dan lirik dalam proses menyiapkan rakaman Speak Now.

"Tidak kira apa bahasa kita bercakap, betapa jauh jarak kita dipisahkan atau apa, yang penting kita semua menghargai dan sayang satu sama lain," katanya.

Ditanya kepada peminat berketurunan Asia dan beberapa Eurasia, mengapa mereka sayang Taylor sedangkan tidak pernah bertemunya. Jarak juga agak jauh kerana masing-masing dipisahkan lebih 16,000 kilometer kerana Taylor menetap
di Nashville, Texas.

Sewaktu Sesi Bertemu Peminat (MGS), Taylor nyata begitu menghargai kehadiran mereka (peminat) dan tidak keberatan memeluk dan bertanya khabar. Selain itu, Taylor dianggap seorang pejuang nasib kanak-kanak menjadi mangsa keganasan dan penderaan seksual.

Ucapan mesra seperti 'how are you? 'thank you so much for coming', 'nice to meet you all', antara beberapa perkataan keluar sewaktu bertentang mata dengan penyanyi bermata biru dengan ketinggian enam kaki ini pada sesi bersama peminat sejam sebelum konsert.

Apa yang pasti, sekumpulan peminat Malaysia membawa sepanduk 'Taylor, Please Come to Malaysia', begitu gembira berkongsi detik manis konsert itu.

Konsert Speak Now World Tour 2011 membawa Taylor menjelajah empat benua dengan 90 persembahan di 19 negara. Taylor tersenarai di tangga ke-12 sebagai selebriti berpendapatan paling tinggi mencecah RM149 juta (AS$45 juta) sepanjang tahun lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Impian lebur

Posted: 11 Feb 2011 06:54 AM PST

MALAM Pentas Pilih Kasih (PK) minggu lalu menyaksikan penyingkiran artis PK kesembilan, Shasha Alkhred. Selepas lapan minggu rekodnya bersih apabila tidak pernah menerima undian terendah, minggu lalu ternyata memberi kejutan besar buat Shasha.

Ini adalah kali pertama Shasha berada di antara tiga peserta yang mendapat undian tercorot. Ternyata Rosyam Nor tidak melihat gadis kecil molek itu sebagai pilihannya berbanding dua yang lain, Jay Iswazir dan Nur Jannah.

"Shasha, anda bukan pelakon yang saya cari," kata Rosyam. Shasha yang kelihatan sangat terkejut dengan ungkapan itu terpaksa terima keputusan pemegang kuasa veto itu dan segera meninggalkan pentas.

Ucap Shasha sebelum meninggalkan pentas, dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat yang mengundinya selama ini terutama buat semua tenaga pengarah dan Rosyam yang banyak memberi didikan selama berada di PK.


Melalui Kisah Pilih Kasih yang ke udara setiap Isnin hingga Jumaat, jam 4.30 petang, pasti ramai sedar Shasha ada masalah sikap dan pergaulannya dengan artis PK yang lain. Perkara ini mungkin antara penyebab kepada penyingkiran Shasha pada malam itu.


Rosyam membuat keputusan bijak jika benar Shasha memang bermasalah walaupun hakikatnya kita tidak boleh menafikan dia seorang pelakon yang berpotensi tinggi. Melalui drama Seru Hantu dan teater Dunia Punya Cerita pada malam itu contohnya, dapat dilihat dengan jelas keberkesanan lakonannya dengan penyampaian dialog dan emosi yang meyakinkan. Namun kata Rosyam, seseorang harus disingkirkan dan di antara tiga kedudukan terbawah pada malam itu, dia memilih Shasha.

Namun selepas proses penyingkiran itu, Rosyam Nor berkata kemungkinan besar akan mengadakan PK Undi Masuk untuk Shasha dan artis lain yang sudah terkeluar agar penonton dapat menentukan siapa yang wajar kembali ke PK.

Oleh itu, sama-sama kita nantikan keputusan itu dan juga pentas kemuncak PK yang akan ke udara secara langsung pada 20 Februari ini.

Masuk minggu ini, sudah enam kali Nur Jannah berada pada kedudukan tiga terbawah tetapi belum tersingkir. Situasi ini mengingatkan kita kepada artis PK musim pertama, Zulin Aziz yang sering kali diselamatkan Rosyam.

Sejarah berulang lagi kerana Rosyam menegaskan sebab utama dia tidak menyingkirkan Nur Jannah ataupun Jay Iswazir sampai ke minggu ini kerana mereka ini antara pelakon yang bagus.

Pentas PK bersiaran di Auditorium Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, Negeri Sembilan, setiap Sabtu, jam 9 malam dan dipancarkan menerusi TV2.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.