Adsense

Selasa, 18 Januari 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Wajah-wajah calon utama Oscar

Posted:

Wajah-wajah calon utama Oscar

Wajah-wajah calon utama Oscar

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my


KARYAWAN siri Glee meraikan kejayaan mereka selepas siri itu diumumkan sebagai Siri Televisyen Komedi atau Muzikal Terbaik.


RASANYA tiada apa yang perlu dipertikaikan tentang keputusan Anugerah Golden Globe Ke-68 yang baru sahaja berlangsung Ahad lalu (hari Isnin waktu Malaysia).

Rata-rata yang hadir menyaksikan anugerah itu dan juga pemerhati serta peminat dunia perfileman Hollywood nampaknya merestui semua keputusan itu.

Segala ramalan yang dilakukan sebelum ini nampaknya tepat dan tiada langsung yang tersasar daripada landasannya.

Memang sedari awal lagi, filem The Social Network memang diramal akan menang besar pada acara anugerah yang berlangsung di Hotel The Beverly Hilton, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) itu.

Sebaik sahaja ditayangkan pada Oktober lalu, filem itu mendapat kritikan positif daripada pengkritik filem dan peminat sekali gus meletakkan The Social Network sebagai calon utama untuk muncul Filem Terbaik dalam mana-mana acara anugerah.

Filem yang diadaptasi daripada kisah benar pengasas laman sosial popular, Facebook bernama Marc Zuckerberg itu dilihat cukup segala rencah untuk diangkat sebagai karya terbaik.

Dicalonkan untuk enam kategori, The Social Network merupakan pemenang terbesar Golden Globe Ke-68 apabila memenangi empat kategori termasuk Filem Drama Terbaik.

Ia sekali gus membenamkan impian filem The King's Speech yang mendapat tujuh pencalonan untuk muncul sebagai jaguh pada acara yang cukup berprestij itu.

Dengan kemenangan itu, maka, The Social Network kini dilihat sebagai calon utama untuk menerima banyak pencalonan dan sekali gus merangkul kejuaraan di pentas Oscar nanti.

Bagi penerbit filem hebat itu, Scott Rudin, jika bukan kerana kepintaran dan kebijaksanaan penulis skripnya, Aaron Sorkin, tidak mungkin The Social Network akan menjadi kenyataan.

"Kali pertama membaca skrip ini, memang tidak syak lagi ia merupakan sebuah karya agung dan bijak. Kredit itu harus saya berikan kepada Sorkin yang berani dan bijak melahirkan lakon layar seperti ini.

"Saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjadikan The Social Network ini satu realiti.

"Namun, penghargaan terulung saya adalah untuk Marc Zuckerberg kerana membenarkan kami menggunakan kisah hidup dan kerjayanya sebagai metafora dalam menghubungkan kita sesama manusia," katanya ketika berucap sewaktu menerima trofinya.

Keberkesanan skrip dan lakon layar filem itu juga membawa tuah kepada Sorkin yang sebelum ini pernah menulis untuk siri televisyen popular, The West Wing untuk menerima anugerah Lakon Layar Terbaik.

Pengiktirafan juga diberikan kepada David Fincher selaku pengarah filem The Social Network apabila dinobatkan sebagai Pengarah Filem Terbaik.

Pengarah yang sebelum ini cukup terkenal dengan filem-filem berat yang sarat dengan sisi gelap seperti Se7en dan Zodiac memberitahu, dia berasa pelik apabila menerima tawaran untuk mengarahkan The Social Network.

"Saya sendiri tidak suka kepada pujian dan pengiktirafan yang diberikan terhadap filem ini kerana bimbang akan menjadi ketagih dan menghanyutkan saya sebagai seorang pembikin.

"Jadi, memadailah untuk saya mengatakan segala kejayaan yang dikecapi setakat ini adalah cukup manis," ujar Fincher yang juga sebelum ini pernah mengarahkan filem The Curious Case of Benjamin Button lakonan Brad Pitt.

Selain itu, The Social Network turut membawa pulang kategori Skor Muzik Asal Terbaik untuk dua penulisnya, Trent Reznor dan Atticus Ross.

Biarpun filem The King's Speech kecundang dan pulang dengan penuh kehampaan, setidak-tidaknya filem itu mampu berbangga dengan kejayaan Colin Firth sebagai Pelakon Lelaki Drama Terbaik.

Memegang watak sebagai Raja George VI yang berdepan dengan masalah gagap dalam memerintah kerajaan Britain, sememangnya Firth juga merupakan calon pilihan dari awal untuk memenangi kategori itu.

Tambahan pula dengan kemenangannya dalam Anugerah Pilihan Kritik sehari sebelum Golden Globe sebagai Pelakon Lelaki Terbaik menguatkan lagi ramalan bahawa Oscar pasti akan menjadi miliknya kelak.

Begitu juga dengan Natalie Portman yang memberikan persembahan luar biasa menerusi filem arahan Darren Aronofsky berjudul Black Swan.

Membawakan watak seorang penari balet yang mempunyai sisi gelap dalam hidupnya bernama Nina Sayers, tidak ada sebab mengapa Portman tidak mampu memikat juri dengan lakonan hebatnya itu.

Dia yang hadir anggun dan berseri dengan gaun merah jambu cerah rekaan Viktor & Rolf menyifatkan watak itu cukup mencabar dirinya sebagai seorang aktres.

"Bayangkan, saya dan Aronofsky pernah bertemu 10 tahun lalu untuk membincangkan tentang filem ini. Dan, saya berterima kasih kepadanya kerana meneruskan projek ini dan memberikan saya hadiah yang cukup bermakna menerusi watak ini.

"Setiap kali kami menamatkan penggambaran, dia akan berkata kepada saya agar berlakon untuk diri saya sendiri. Kata-kata itu telah memberikan semangat kepada saya untuk membentuk watak itu dengan cara saya sendiri," ujarnya dalam nada terharu.

Bagi gelaran itu, Portman telah menewaskan empat calon hebat lain iaitu Halle Berry bagi filem Frankie & Alice, Nicole Kidman (Rabbit Hole), Jennifer Lawrence (Winter's Bone) dan Michelle Williams (Blue Valentine).

Sebelum ini, Portman pernah diiktiraf oleh Golden Globe pada tahun 2005 apabila memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Closer.

Memandangkan Portman kini dilihat sebagai salah seorang calon yang bakal membolosi kategori Pelakon Wanita Terbaik pada Oscar nanti, ia bukanlah laluan yang mudah sebenarnya.

Ini kerana pelakon jelita itu perlu berdepan dengan saingan terdekatnya, Annette Bening yang dijulang sebagai Pelakon Wanita Terbaik Komedi atau Muzikal menerusi filem The Kids Are All Right.

Sudah menjadi satu kelaziman dalam musim anugerah di Hollywood apabila dua pelakon yang memenangi kategori drama dan komedi atau muzikal dalam Golden Globe dengan mudah akan dicalonkan untuk Oscar.

Dua pelakon filem The Fighter iaitu Christian Bale dan Melissa Leo masing-masing memenangi kategori Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik.

Filem animasi, Toy Story 3 pula menepati ramalan ramai pihak apabila mengungguli kategori Filem Animasi Terbaik.

Komposer dan penulis lirik prolifik Hollywood, Diane Warren pula memenangi Golden Globe pertamanya menerusi lagu You Haven't Seen The Last Of Me yang ditampilkan dalam filem muzikal, Burlesque.

Selepas lima kali dicalonkan sejak tahun 1986, barulah Warren berpeluang merasai nikmat menggenggam trofi Golden Globe itu bagi kategori Lagu Asal Terbaik.

"Saya menujukan kemenangan ini Ronni Chasen yang sememangnya akan terus dirindui dan disayangi oleh kita semua," katanya ketika menerima trofinya.

Chasen yang merupakan seorang pegawai seranta terkenal telah dibunuh pada bulan November lalu dan berita itu sememangnya mengejutkan ramai pihak.

Sementara itu, anugerah Cecil B. DeMille yang merupakan anugerah pencapaian sepanjang hayat pula diberikan kepada aktor veteran, Robert De Niro di atas sumbangannya kepada dunia perfileman Hollywood.

Beralih kepada kategori televisyen pula, siri televisyen popular, Glee meneruskan kecemerlangannya apabila dinobatkan sekali lagi sebagai Siri Televisyen Komedi atau Muzikal untuk dua tahun berturut-turut.

Dua pelakonnya, Chris Colfer dan Jane Lynch diiktiraf dengan gelaran Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Televisyen Terbaik.

Selepas kemenangan selama tiga tahun berturut-turut sejak tahun 2008, siri drama Mad Men nampaknya perlu akur apabila tewas kepada siri terbitan HBO, Boardwalk Empire.

Siri itu juga menyaksikan kemenangan berpihak kepada Steve Buscemi yang memenangi Pelakon Lelaki Televisyen Drama Terbaik.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kemilau bintang di karpet merah

Posted:

Kemilau bintang di karpet merah

Kemilau bintang di karpet merah


CHRISTINA Aguilera muncul dengan busana rekaan Zuhair Murad.


ANUGERAH Golden Globe Ke-68 yang berlangsung baru-baru ini bukan hanya untuk meraikan karyawan filem dan televisyen Hollywood.

Malah, ia juga dilihat sebagai pentas peragaan buat artis-artis yang kesemuanya hadir dengan busana dan aksesori yang cukup mewah.

Semuanya tidak mahu kalah dengan penampilan masing-masing dan sudah menjadi satu tradisi setiap kali musim anugerah di Hollywood.

Pelbagai warna dan jenis rekaan yang menarik dapat disaksikan di hamparan karpet merah sebelum acara berlangsung.

Hits juga tidak mahu ketinggalan meraikan kehebatan Anugerah Golden Globe Ke-68 dengan memaparkan fesyen yang digayakan oleh artis wanita terkenal Hollywood. – SHAZRYN MOHD. FAIZAL

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.