Adsense

Isnin, 31 Januari 2011

Sensasi

Sensasi


P.Diddy disaman 1 Trillion USD

Posted: 31 Jan 2011 02:56 PM PST


Aduhai,memang pelik tetapi benar ..

Menurut wartawan Hollywood ,rapper P.diddy disaman seorang wanita yang mendakwa kononnya bukan sahaja dia pernah date dengan P.Diddy bahkan mempunyai anak dengannya.Yang lebih pelik apabila perempuan itu turut mengatakan yang P.diddy adalah org yang bertanggungjawab dalam Kisah September 11 serangan pengganas.

Dalam mahkamah Valerie Joyce Turk juga mendakwa yang P.Diddy telah mencuri satu poker chip (chip main judi) daripadanya yang bernilai 100 zillion dollar.Tak masuk akal betul la dakwaan pompuan nie..


Perempuan itu mendakwa P.Diddy hutang $900 billion dollar dalam nafkah penjagaan anak, $100 billion dollar utk tuntutan kehilangan sumber pendapatan,dan juga meminta mahkamah memberikan retsraining order (mcm permintaan untuk protect diri daripada diganggu P.Diddy).Namun segala tuntutan wanita tersebut telah ditolak hakim.Walaubagaimanapun hakim telah menetapkan tarikh hari ini untuk mendegar kes tersebut.

Mungkin hakim tue rasa agak menarik kot dakwa dakwi pompuan nie.
Sensasi rasa pompuan nie nak cari publisiti utk jadi terkenal..pape je la labu

Rita menafikan yang mereka telah berdamai,Aidil buat cerita

Posted: 31 Jan 2011 02:42 PM PST

Aduh pening dengan keegoan Rita Rudaini nie.

Nampaknya kali ini sekali lagi Rita tampil ke media dengan membawa cerita bercanggah dengan cerita dari suaminya Aidil.

Kalau sebelum nie kita diberitakan berita gembira bahawa Rita dan Mertuanya sudah berbaik dengan penuh deraian air mata.

Tapi padahal menurut Rita dia menangis bukan sebab dia mintak maaf,bahkan dia tidak berbuat salah apa.Dia menangis masa mengadu pada mertuanya sebab dahla sarat mengandung,hanya dia yang menjaga anak sakit di Hospital Prince Court.Setelah memaksa barulah Aidil datang ke hospital dengan mertuanya.

Rita pun menafikan yang Aidil menarik balik proses Sulh dan hak tuntutan anak.menurut Rita proses itu masih berlangsung dan menurut peguam Aidil tiada pu ura-ura nak menarik balik tuntutan tersebut.

Nampaknya rumahtangga Rita dan Aidil masih bergolak.Rita cakap lagi,dia memaafkan mertuanya kerana hormatkan org tua,tapi yang lain-lain dia takkan maafkan..

huhuhu..dasyat jugak nie.

jom ikuti luahan hati Rita Rudaini

"Mengapa saya memohon maaf sedangkan tiada satu kesalahan pun datang dari pihak saya. Mereka sekali lagi sudah mengubah cerita sebenar agar kesalahan nampak di pihak saya.

"Dalam hal ini saya perlu berhati-hati dan perlu membetulkan kembali kenyataan kerana bimbang ia bakal digunakan di mahkamah kelak. Saya ada saksi apa sebenarnya berlaku kerana ketika itu seorang wartawan kebetulan ada bersama dan dia boleh menjadi saksi," katanya.

Rita yang kini hamil enam bulan juga hairan mengapa Aidil tidak menceritakan perkara sebenar bahawa dia datang melawat Rayyan hanya selepas dipaksa.

"Saya sedih apabila terpaksa berdepan dengan masalah anak seorang diri. Sudahlah saya berbadan dua dan sekarang tidak cukup rehat kerana menjaga Rayyan di hospital. Selama tiga hari di hospital Aidil langsung tidak datang menjengah anak.

"Apabila dia melawat bersama mentua saya sudah tidak dapat bersabar dan menceritakan apa yang berlaku sebenarnya. Selama ini pun saya banyak bersabar dan telan segala perbuatan mereka terhadap saya," katanya.

Rita berkata, Adil dan kelurganya memohon maaf ke atas kesalahan mereka, namun itu hanya berlaku selepas dipujuk oleh wartawan yang kebetulan berada di hospital berkenaan.

"Saya maafkan mereka tetapi ingin saya tegaskan ia membabitkan kedua-dua mentua saja. Ini kerana saya menghormati mereka sebagai orang yang lebih tua tetapi yang lain saya tidak akan maafkan," katanya.

Rita juga menegaskan, kenyataan Aidil yang dia menarik balik permohonan hak penjagaan anak mereka sesuatu sukar diterimanya kerana pihak Mahkamah Syariah Seremban baru menghubunginya dan memaklumkan bawa Aidil mahu perbicaraan kes itu diteruskan.

"Sekarang saya tidak mahu fikir panjang mengenai perkara itu kerana perlu beri perhatian kepada kesihatan Rayyan dan kandungan saya. Terpulanglah kepada suami saya apa juga tindakan dilakukan sama ada mahu menarik kembali aduan atau tidak. Tolong jangan kacau dan menambah tekanan kepada saya lagi.

"Sebelum ini dia (Aidil) pernah kata mahu menarik kembali aduan tetapi sampai sekarang ia tetap diteruskan. Dengan saya dia kata sudah tarik tetapi mahkamah menghubungi saya dan memaklumkan dia mahu perbicaraan diteruskan. Saya malas mendengar penjelasan bercanggah daripadanya," kata Rita

Ariel Peterpan dipenjara 3tahun 6 bulan dan denda RP250juta

Posted: 31 Jan 2011 02:34 PM PST

Akibat membuat merakam aksi pornografi bersama pasangannya Luna Maya dan Cut Tari serta menyebarkannya Ariel akhirnya dijatuhi hukuman penjara.

Banyak org rasa pelik kenapa Luna Maya mahupun Cut Tari tak dikenakan tindakan ini.Sensasi pun kurang pasti,tapi sensasi rasa mungkin sebab org yang merakamkan itu adalah Ariel,dan dia jugak yang sebarkan jadi dalam kes pornografi nie Luna Maya dan Cut Tari terlepas.

Tapi rasanya dengan bukti kukuh telah berlaku persetubuhan luar nikah mcm nie,Mahkamah Syariah kat sana patut lah jatuhkan hukuman ke atas Luna Maya dan Cut Tari.

Kalau kat Malaysia,khalwat boleh menyebabkan samada anda didenda RM3000 sorang atau penjara.Tapi kalau ikut hukum Qisas..huhuhu parah lah jawabnyer..





Vokalis kumpulan Peterpan, Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun enam bulan dan didenda Rp250 juta (kira-kira RM85,000) atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Daerah Bandung Isnin, setelah didapati bersalah membuat dan mengedar video pornografi melibatkan dirinya sebagai pelaku dengan artis Luna Maya dan Cut Tari.

Keputusan itu dibaca oleh Ketua Majelis Hakim kes itu Singgih Budi Prakoso pada perbicaraan secara terbuka yang penuh sesak dengan orang ramai serta wartawan.

Sebelum ini, perbicaraan diadakan secara tertutup. Mendengar keputusan itu, beberapa wanita peminat Ariel kelihatan menangis.

Hukuman itu adalah lebih ringan daripada tuntutan pihak pendakwaan pada 6 Jan lepas yang meminta mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun ke terhadap penyanyi itu.

Dalam keputusan hari ini, majlis tiga orang hakim sepakat menyatakan bahawa Ariel terbukti melanggar Undang-undang Tentang Pornografi 2008 dan Undang-undang Jenayah.