Adsense

Isnin, 31 Januari 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Trailer & Sinopsis Filem Sini Ada Hantu

Posted: 31 Jan 2011 09:53 PM PST

Penerbit : Gayatri Su-Lin
Pengarah : James Lee
Syarikat Penerbit : Astro Shaw Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Klasifikasi : U – Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 10 Februari 2011
Durasi : 98 min
Audio : Dolby
Format : 35mm

sini ada hantu poster

PELAKON
: Alvin Wong
: Baki Zainal

Special Appearances:
:Fasha Sandha
: Patrick Teoh
: Ramasundran
: Mandy Chen
: Goh Sin Ping
: Mano Maniam
: Kazar Saisi

Hantu Pokok Pisang
: Sufian Mohamed
: Beto Kusyairy
: Eira Syazira
: Kuswadinata

Hantu Nombor Ekor
: Pete Teo
: Chen Puie Heng
: Chen Puie Kong
: Wong Chee Hong

Hantu Asrama
: Mohd Qhaud Abd Rashid
: Taiyuddin Bakar
: Chomatt Samad
: Amerul Affendi

Movie Still Sini Ada Hantu

SINOPSIS SINI ADA HANTU

Sini Ada Hantu bermula apabila dua orang pemandu van, Ah Meng dan Bakri yang telah ditugaskan pada saat akhir menghantar mayat datuk kepada majikan mereka di sebuah kampung dimana mereka perlu sampai ke destinasi keesokan paginya. Pada mulanya mereka menolak tapi apabila ditawarkan dengan upah yang lumayan mereke bersetuju.

Semasa dalam perjalanan, radio van tidak berfungsi bagi menghilangkan kebosanan dan rasa mengantuk, mereka berdua bercerita tentang kisah seram yang pernah mereka dengar. Bakri memulakan kisahnya 'Hantu Pokok Pisang'… kisah wanita cantik yang menjelma dari pokok pisang.

Ah Meng mentertawakan Bakri dan mengatakan hantu melayu tak logik , Ah Meng mula menceritakan kehebatan hantu Cina pula 'Hantu Nombor Ekor' Kisah empat lelaki yang mengalami masalah kewangan lalu memuja roh untuk memberikan pertolongan dengan memberi nombor ekor.

Apabila Ah Meng habis bercerita, Bakri memberitahu Ah Meng cerita hantu cina lagi tak logik. Bakri memberitahu Ah Meng yang dia mempunyai cerita lain, tapi kali ini cerita ini mengisahkan hantu dari luar negera.

Movie Still Sini Ada Hantu

Ah Meng mula bercerita tentang seorang pelajar, Yakob yang dipindahkan ke sekolah baru kerana masalah disiplin. Yakob kemudian mendapati mereka semua takut pergi ke tandas di waktu malam kerana dipercayai tempat tersebut pernah dijadikan pangkalan tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Jelmaan hantu Jepun sering berkeliaran pada waktu malam.

Ketika Ah Meng ingin menceritakan kisah hantu yang lain, van mereka yang melalui ladang kelapa sawit yang gelap-gelita itu tiba-tiba rosak. Ah Meng terpaksa mencari bantuan, sementara Bakri menunggu keranda tersebut. Apabila Ah Meng kembali ke van tanpa bantuan yang sepatutnya, sesuatu telah berlaku…

Apa yang terjadi pada Ah Meng dan Bakri?Berjayakah mereka menyelesaikan tugas mereka? Apa yang telah berlaku? '10 Febuari dipawagam. Sini Ada Hantu' bakal menemukan jawapannya.

TRAILER Filem Sini Ada Hantu:

SINOPSIS 2:
Rama, Penyelia di syarikat penghantaran dan penyewaan kenderaan sedang mencari pemandu yang sanggup menghantar sebuah keranda ke luar kota dengan kadar segera. Rama berjaya mendapatkan khidmat Ah Meng dan Bakri.

Mereka perlu sampai ke destinasi keesokan pagi. Ketika dalam perjalanan, radio van tidak berfungsi. Demi untuk menghilangkan kebosanan dan menghilangkan rasa mengantuk, mereka bercerita tentang kisah seram yang pernah mereka dengar.

Bakri memulakan kisahnya tentang hantu pokok pisang… HANTU POKOK PISANG Kisah berlaku di sebuah kampung pedalaman… Zam menaruh hati pada kekasih kawannya sendiri. Noraini adalah kekasih kepada Farid yang terkenal dengan sikap buaya darat. Zam cuba memisahkan mereka berdua.

Setelah mendengar cerita tentang hantu pokok pisang daripada seorang dukun, Zam cuba untuk melihatnya melalui cara yang diperkatakan oleh dukun tersebut. Ternyata benar, hantu pokok pisang memang wujud! Zam membawa Farid untuk bertemu 'kekasihnya', iaitu hantu pokok pisang.

Setelah melalui pengalaman bersama 'gadis' tersebut, Farid jadi ketagih. Inilah masanya untuk Zam membuktikan pada Noraini siapa Farid sebenarnya. Zam bawa Noraini ke rumahnya supaya Noraini boleh melihat sendiri kecurangan Farid.

Namun keadaan menjadi sebaliknya apabila Noraini memotong kain merah yang menghubungkan pokok pisang dan katil Zam… KISAH SERAM 4D Cerita kedua oleh Ah Meng pula, mengisahkan empat sekawan mahu mendapatkan nombor ekor daripada roh orang mati. Keempat-empat mereka menghadapi masalah kewangan. Mereka terdengar kisah Black Dog memenangi loteri setelah meminta pertolongan daripada roh orang mati.

Movie Still Sini Ada Hantu

Mereka berempat sepakat untuk mencuba nasib pula. Mereka mengunjungi kubur yang dikatakan hantunya sangat hebat, iaitu seorang perempuan yang berpakaian cheong sam. Tetapi lain pula yang terjadi… Seorang demi seorang akhirnya mati setelah diganggu oleh hantu cheong sam tersebut.

TANDAS ASRAMA BERHANTU Kisah ketiga oleh Bakri mengisahkan tentang seorang pelajar, Yakob yang dipindahkan ke sekolah baru kerana masalah disiplin. Yakob kurang mesra dengan kawan-kawan barunya.

Yakob kemudian mendapati mereka semua takut untuk ke tandas di waktu malam kerana dipercayai tempat tersebut pernah dijadikan pangkalan tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Pada Yakob, itu semua tidak masuk akal. Suatu malam Yakob sakit perut dan terpaksa ke tandas.

Amin dan Johan menemankan Yakob. Malangnya, mereka benar-benar berhadapan dengan hantu-hantu Jepun. VAN Cerita keempat membawa penonton kembali kepada Ah Meng dan Bakri yang kini sedang melalui ladang kelapa sawit yang gelap-gelita. Tiada kereta yang melalui jalan tersebut. Van mereka tiba-tiba rosak. Ah Meng terpaksa mencari bantuan, sementara Bakri menunggu keranda tersebut.

Apabila Ah Meng kembali ke van tanpa bantuan yang sepatutnya, mereka pula dikacau hantu pakcik tua yang mahu melarikan van mereka. Ah Meng dan Bakri terpaksa mengejar van tersebut untuk mendapatkan semula keranda yang ada di dalamnya. Dapatkah mereka mencari semula van tersebut? Siapa pakcik tua yang di dalam van tersebut? 'Sini Ada Hantu' bakal menemukan jawapannya.

Movie Still Sini Ada Hantu

Movie Still Sini Ada Hantu

Movie Still Sini Ada Hantu

Movie Still Sini Ada Hantu

Movie Still Sini Ada Hantu

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Sekitar Pra Tonton Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah
  • Movie Day Out Bersama Pembaca Sensasi Selebriti Filem Syurga Cinta
  • Sinopsis Hantu Kak Limah Balik Rumah
  • Video Trailer Filem Selamat Pagi Cinta
  • The Mirrors Trailer Poster Synopsis Kiefer Sutherland
  • Movie Day Out Sensasi Selebriti HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH
  • Sinopsis Malam Jumat Kliwon
  • Trailer Filem Histeria Lakonan Scha, Talya, Vanidah Imran
  • Jemputan ke Gathering Sensasi Selebriti + Filem Waris Jari Hantu
  • AntooFighter Dapat RM1juta Dalam 4 Hari
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Filem Sini Ada Hantu Cerita Hantu Malaysia

    Posted: 31 Jan 2011 09:06 PM PST

    CERITA HANTU MALAYSIA, BERDASARKAN KISAH-KISAH "BENAR"

    Korang percaya hantu tak? Hehehe… saje nak usik korang.

    Sama ada korang percaya atau tidak, cerita hantu selalu kita dengar malah sekarang ni lambakan filem seram dan hantu selalu kita tonton di pawagam dan di kaca TV. Tak kira kat mana pun kita, mesti ada yang cakap dan bercerita pasal citer hantu.

    Kini James Lee yang pernah memenangi Anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Bangkok menerusi The Beautiful Washing Machine muncul pula dengan sebuah filem Seram Komedi Urban Legend yang masih mengekalkan unsur seram dan mistik "SINI ADA HANTU" ataupun "Here Got Ghost". Kisah Hantu yang cuba dipaparkan, menceritakan lebih dari satu kisah hantu.

    Malah bukan sekadar penceritaan, ada yang cuba menjejak dan merungkai Misteri Hantu tersebut. Namun banyak lagi kisah hantu yang sering kita dengar jarang diangkat ke layar perak. Justeru itu SINI ADA HANTU yang diilhamkan oleh James Lee cuba menceritakan CERITA HANTU MALAYSIA, BERDASARKAN KISAH-KISAH "BENAR". menampilkan tiga cerita dalam satu filem, Sini Ada Hantu, nyata tidak mengecewakan.

    sini ada hantu poster

    Kemunculan filem pertama beliau "HISTERIA" dalam arus perdana mengubah banyak pandangan pengkritik filem tentang karya beliau. Filem yang mendapat kutipan lebih dari RM 2.8 juta itu membuktikan James Lee layak diikitiraf sebagai pengarah yang berani dalam menghasilkan karya seramnya.

    Filem seram ini akan menemui penonton mulai 10 Februari 2011.

    Movie Still Sini Ada Hantu

    Menurut James Lee, filem ini sedikit sebanyak merujuk kepada kejadian-kejadian yang berlaku di Malaysia samada penceritaan hantu ini secara terus oleh orang yang mengalaminya atau yang mendengar cerita dari pihak lain, "Kisah hantu yang diangkat adalah kisah yang kita pernah dengari dan kisah-kisah ini boleh dikatakan bahan penceritaan oleh rakan-rakan saya".

    Sini Ada Hantu

    JAMES LEE

    Kisah hantu dalam SAH ini juga dikatakan dapat mengingatkan kita kembali beberapa kejadian yang sering diperkatakan seperti kejadian di asrama penuh di mana seringkali pelajar-pelajar ditakutkan dengan kisah seram mengenai asal kejadian sesebuah sekolah berkenaan, kisah bagaimana orang mahu cepat kaya dengan memuja roh untuk meminta bantuan dan kisah tentang hantu cantik yang menjelma dari pokok pisang.

    Filem ke 5 Astro Shaw Sdn Bhd dan filem pertama dengan kerjasama Double Vison Sdn Bhd mengisahkan tentang dua rakan sekerja yang dikehendaki menghantar suatu keranda secara mengejut ke sebuah kampung, di dalam perjalanan menghantar keranda tersebut van yang dinaiki oleh mereka mempunyai sedikit masalah radio.

    Untuk watak utama, tiada barisan pelakon popular digunakan kecuali untuk watak hantu dan menjelaskan mengenai perkara itu, kata James, dia cuba untuk tidak mengganggu perhatian penonton menerusi populariti pelakonnya.

    "Saya bimbang kalau menampilkan pelakon popular, orang akan lebih memberikan tumpuan kepada lakonan berbanding jalan cerita. Kalau itu berlaku, mereka tidak dapat menghayati filem ini sepenuhnya," katanya.

    Walau pun demikian, filem ini turut menampilkan pelakon popular Fasha Sandha yang tampil sebagai hantu pokok pisang dan pelakon terkenal Cina, Mandy Chen, yang menjadi hantu nombor ekor. Sementara untuk hantu Jepun yang muncul di asrama, dia menggunakan khidmat barisan pelakon lagak ngeri.

    "Masalahnya untuk hantu nombor ekor dan hantu pokok pisang, saya perlukan mereka yang berwajah cantik. Bagaimanapun, anda boleh lihat Fasha tampil dalam keadaan hodoh dan menakutkan apabila bertukar menjadi hantu," katanya.

    Walaupun menampilkan cerita seram, jelas James, dia cuba menimbulkan suasa lucu dalam beberapa babak agar lebih menarik. Antara babak lucu dapat dilihat apabila James menampilkan pelakon teater terkenal, Mano Maniam yang menjadi mayat mendiang bapa kepada pemilik syarikat penghantaran segera.

    Sini Ada Hantu

    Sebagai bahan hiburan untuk menghilangkan rasa mengantuk mereka bercerita dan membuat perbandingan tentang kepercayaan hantu masing-masing yang mana lebih ganas antara mereka. Tanpa disedari cerita yang disampaikan turut didengari oleh makhluk lain sepanjang perjalanan mereka.

    Filem yang menelan belanja sebanyak RM1.2 juta ini melakukan penggambaran sepenuhnya di sekitar Kuala Lumpur, diterajui oleh Baki Zainal dan Alvin Wong sebagai pencerita yang menceritakan kejadian-kejadian hantu tersebut.

    Filem ini juga turut dibintangi oleh ramai pelakon lama dan turut menampilkan beberapa muka baru; Fasha Sanda, Beto Kusyairy, Eira Syazira, Kuswadinata, Qhaud AF, Pete Teo, Mandy Chen, Goh Sin Ping, Mano Maniam, Ramasundram, Sufian Mohamed, Zaki Zabidi, Chen Puie Heng, Chen Puie Kong, Wong Chee Hong, Patrick Teoh, Taiyuddin Bakar, Chomatt Samad, Amerul Affendi, Kazaruddin Saisi, Zuraini Kassim dan ramai lagi dan akan ditayangkan di 54 pawagam seluruh Malaysia bermula 10 Februari 2011.

    Movie Still Sini Ada Hantu

    Movie Still Sini Ada Hantu

    Movie Still Sini Ada Hantu

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Hantu Dalam Drama Niyang Rapik
  • Pengarah Drama SAKA: Minda Penonton Perlu Diubah
  • Gambar Sekitar Pra Tonton Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah
  • AntooFighter Dapat RM1juta Dalam 4 Hari
  • Sinopsis Hantu Kak Limah Balik Rumah
  • Movie Day Out Sensasi Selebriti HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH
  • Trailer & Sinopsis Filem Sini Ada Hantu
  • Peraduan Jom Menonton Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah
  • Filem Eeee, Hantu Lakonan Raja Farah & Ashraf Sinclair
  • Pencalonan Akhir Finalis Festival Filem Malaysia (FFM) ke-20
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.