Adsense

Isnin, 24 Januari 2011

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


‘Bar raba’ tumpuan ‘warga senja’ diserbu, 15 GRO ditahan

Posted: 23 Jan 2011 02:41 PM PST

je 04.1 Bar raba tumpuan warga senja diserbu, 15 GRO ditahan

SEBAHAGIAN daripada GRO yang ditahan anggota D7 di sebuah bar di Jalan Utam Singh, Seremban, malam kelmarin.


SEREMBAN 10 Jan. – Ini bukan kali pertama sebuah bar di Jalan Utam Singh di sini diserbu pihak berkuasa, malah sebelum ini sudah tiga kali tindakan diambil ke atas pengusahanya.

Namun, bar yang mendapat jolokan 'bar raba' di kalangan pengunjung itu semakin padat bermula pukul 8.30 malam dengan kehadiran pelanggan tua yang rata-ratanya berusia antara 45 hingga 74 tahun dan lebih layak digelar 'warga senja'.

Lebih mengaibkan, gadis pelayan pelanggannya (GRO) pula ada yang telah mencecah usia 48 tahun dan kebanyakannya berasal dari negara China.

Mereka semua datang ke bar itu untuk berseronok, sambil melakukan adegan 'ringan-ringan' dengan GRO selain meneguk minuman keras.

Bagaimanapun, malam tadi, 32 pelanggan berusia antara 22 dan 74 tahun yang sedang asyik berseronok dalam bilik malap itu tersentak selepas dikejutkan dengan kehadiran sepasukan anggota polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.

Menurut Pegawai Operasi D7, Cif Inspektor Hasbullah Hamzah, 15 GRO dari negara China yang berusia antara 29 dan 48 tahun turut ditahan dalam 'Ops Noda' ini.

"Kita turut menahan empat lagi wanita dipercayai GRO berasal dari Vietnam berusia 26 hingga 37 tahun untuk siasatan lanjut," katanya kepada pemberita selepas mengetuai operasi itu malam tadi.

Menurut Hasbullah, polis turut menahan tiga wanita tempatan yang berusia 40-an, dipercayai sebagai pelindung kepada wanita GRO itu.

Bar berkenaan yang dikatakan beroperasi sejak tiga tahun lalu menyediakan ruang tempat duduk separuh bulat bagi memudahkan pelanggan mereka melayan setiap wanita GRO yang dilanggan untuk tujuan berseronok.

Tambah Hasbullah, kesemua wanita GRO warga asing itu ditahan mengikut Seksyen 39 (B) Peraturan Imigresen 1959/63 iaitu menyalahgunakan pas lawatan sosial ke negara ini.

"Manakala tiga wanita tempatan itu disiasat mengikut Seksyen 56 (1)(d) di bawah akta yang sama iaitu melindungi pendatang tanpa izin," katanya.

Beliau memberitahu, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini untuk soal siasat.

Hasbullah memberitahu, operasi yang disertai 10 anggota dan pegawai itu turut menahan 32 pelanggan rakyat tempatan yang berusia antara 22 dan 74 tahun untuk diambil keterangan di IPD yang sama.

"Siasatan awal polis mendapati, tiada aktiviti pelacuran dilakukan, namun mereka yang hadir kebanyakannya untuk berseronok, meminum minuman keras serta menerima layanan GRO," katanya.

Sehubungan itu, beliau memberi peringatan kepada mana-mana pengusaha bar, kelab malam dan pusat hiburan yang beroperasi di negeri ini agar mematuhi peraturan dan undang-undang sedia ada.

"Kita akan menggempur mana-mana premis yang mencurigakan. Pihak polis tidak berkompromi dalam soal menguatkuasakan undang-undang dan keselamatan negara," tegasnya.

// utusanmalaysia///

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.