Adsense

Rabu, 19 Januari 2011

Celebrity News

Celebrity News


Ana Raffali Dah Ada Kekasih !!

Posted: 19 Jan 2011 07:28 AM PST

Maklum saja lah saham Ana Raffali tengah naik macam-macam cerita akan keluar samada di TV,akhbar ataupun laman blog di Malaysia Khasnya.
Dan yang terbaru wartawan telah menemuramah Abang Ana untuk mengorek rahsia dan berikut jawapan si abang mengenai adiknya.
"Saya tahu dia sedang berkawan dengan seseorang. Sebagai abang saya tidak kisah asalkan dia pandai jaga diri dan tidak leka," katanya kepada mStar Online ketika sama-sama menyertai Program Santai@Langkawi anjuran majalah pelancongan, Santai, di sini, baru-baru ini.
Dan ini pula jawapan Ana mengenai gossip dia sudah ada kekasih :
"Sehingga kini kami masih berkawan dan dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Dia faham kerjaya saya," katanya.
Sambil berseloroh Ana berkata, tidak salah mereka berkawan tetapi asalkan "jangan pegang-pegang", merujuk kepada lagu popular duetnya dengan Sohaimi Meor, iaitu lagu Kalau Berpacaran.
Video Youtube Ana Raffali :



Lirik Lagu Kalau Berpacaran:


Sohaimi Mior Hassan
Kalau berpacaran
Memang banyak pantang larang
Menjaga susila
Ibu bapa adik abang

Apabila berdua
Carilah tempat yang terang
Agar tidak pula
Mencuba aksi terlarang


Korus
Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman

Ana Raffali
Kalau berpacaran
Jangan tunggu lama-lama
Kalau dah berkenan
Jumpalah ayah dan mama

Hantarkan rombongan
Meminang dengan segera
Kalau terlambat kasihmu disambar buaya

Ulang korus

Altimet
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketiga

Aku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apa
Berani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah

Ulang korus 2x

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Tin Pepsi Gambar Siti Nurhaliza di Jual RM2000 di Mudah.my !!

Posted: 19 Jan 2011 07:04 AM PST

Lepas ini kalau ada gambar artis-artis simpan je la,jangan jadi besi buruk je dah. Menurut info dari website Tokobakso harga Tin Pepsi yang masih belum dibuka ini dan harga dipasaran hanya dalam RM2 kini bernilai lebih daripada RM 2 RIBU..

Malahan ada maklumat mengatakan ia akan meningkat lebih daripada RM 2K kerana sudah tentu peminat Dato Siti Nurhaliza akan cuba mendapatkan Tin Pepsi edisi Khas ini.

ZoOm : Apa kata anda !!?




Penyanyi Sweet September Meninggal Dunia

Posted: 19 Jan 2011 06:41 AM PST

( Gambar ) Antonio Vincent,57, yang popular pada era 70-an meninggal dunia di rumahnya di Tanjung Bungah, Pulau Pinang dipercayai akibat sakit jantung.

Antonio yang popular dengan lagu Hatiku Kau Guris Luka dan Nak Kahwin Duit Tak Ada ditemui mati oleh isterinya, Annie Ooi kira-kira pukul 4.05 petang, Selasa, di dalam bilik air rumah mereka.

Beliau meninggalkan seorang isteri dan anak bernama Rina yang berumur 30 tahun.


Klip video lagu Hatiku Kau Guris Luka