Adsense

Sabtu, 27 November 2010

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Qi cinta Yuna

Posted:

Qi cinta Yuna

Qi cinta Yuna



SABTU baru-baru ini, Joyah berkesempatan menyaksikan sendiri kemeriahan Shout! Award yang telah berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil.

Baik artis-artis, penerima anugerah dan penonton,

amboi..semuanya memang happeninglah. Joyah juga tumpang bangga bila Yuna menang besar pada malam itu.

Tiga anugerah dia rembat. Ia termasuk Popstar Award, Break Out Award (Best New Act) dan Ultimate Shout! Award. Kelas sungguh Yuna ya. Boleh kalahkan nama-nama besar yang turut dicalonkan pada anugerah malam itu.

Tak mengapalah, sekurang-kurangnya ini satu persaingan yang sihat. Bukanlah hendak mengenepikan artis yang dah lama bertahan dalam industri, tetapi ini juga membuktikan bahawa orang baru juga punya bakat yang sama hebat.

Tapi ketika tengah memerhatikan kelompok artis yang datang pada malam itu, mata Joyah ni tiba-tiba terpaku pada kelibat Yuna yang agak mesra duduk bersebelahan dengan Qi. Alah, Qi yang berlakon dalam drama Blogger Boy di 8TV tu.

Bertambah yakin hati Joyah yang mereka ini bercinta apabila masing-masing memakai pakaian berwarna sedondon pada malam itu. Eloklah tu, kalau dah suka apa tunggu lagi. Nanti orang lain sambar tak ke melepas pula.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Suatu hari di kaki lima

Posted:

Suatu hari di kaki lima

Suatu hari di kaki lima

sitijarum

APABILA ada kelapangan, Siti suka merayap ke segenap kaki lima. Tak kiralah di Jalan Bukit Bintang, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Petaling @ China Town atau Brickfields. Tapi tak akan jejak kaki ke Little India. Kenapa? Entahlah.

Minggu ini Siti nak cerita tentang penyanyi jalanan. Penyanyi yang berkilau tapi sasau dah banyak orang tulis. Kisah mereka ini semua orang tahu, daripada "tuala" kegemaran hinggalah kepada lelaki buruan.

Tapi penyanyi jalanan tak ada siapa yang tahu. Siti nak cerita kisah suatu hari di kaki lima. Mengintai penyanyi- penyanyi jalanan yang cacat penglihatan. Mereka menyanyi sambil bermain muzik. Nyanyian mereka memanglah sumbang. Eleh...apa nak hairan, penyanyi popular dan segala macam bintang realiti pun sumbang juga, malah sumbing pula.

Sambil dia memetik keyboard, Siti terpesona juga cara dia mengimbau lagu Widuri dulunya dinyanyikan Bob Tutupoli, dan Akhir Sebuah Impian nyanyian Broery Marantika.

Bersama mereka, seorang anak kecil lingkungan tiga tahun bermain anak patung usang. Sesekali dia merenung kasut-kasut yang beraneka jenis, saiz dan harga melintasi di depannya. Dia hidup antara bunyi deruan kereta, hilai tawa dan nyanyian kedua-dua ayah bonda.

Bagi Siti, mereka antara manusia jujur yang memanfaatkan bakat dan muzik. Mereka membuktikan tidak semua penyanyi itu bintang yang martabatnya nun jauh di atas singgahsana.

Bagi mereka, muzik bukan batu loncatan untuk hidup mewah tak sepadan dengan pendapatan. Muzik sebuah periuk kecil yang terpaksa dikongsikan beramai-ramai.

Di tengah hiruk-pikuk Kuala Lumpur, berdebu, asap pekat dari bas umpama lipas kudung, muzik dan nyanyian mereka yang jujur memberikan sedikit ketenangan. Muzik bagi usahawan adalah bahan dagang. Bagi seniman, muzik mengekspresi jiwa. Tapi penyanyi jalanan yang cacat penglihatan, muzik adalah periuk nasi yang sebenarnya. Mereka tentunya tidak bermimpi menjadi popular atau selebriti yang diburu media.

Maka ucapkanlah sedikit terima kasih selepas menikmati lagunya. Mereka tidak meminta tetapi berilah kalau merasa sedikit terhibur. Pemberian itu bukan kerana kasihan tetapi menghargai sikap berdikari untuk bernafas dalam segala macam kekurangan.

SITI JARUM: Menulis jadi periuk nasi.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.