Adsense

Sabtu, 27 November 2010

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!

Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi!


Angan-angan mat jenin Dr Romzey!

Posted: 27 Nov 2010 07:31 PM PST

image

BARU-BARU ini saya telah pergi menonton filem 2 Alam. Pada pendapat saya, jangankan pecah panggung RM 40 juta malahan RM 10 juta pun belum tentu boleh dapat. Kebanyakan pelakon yang digunakan tidak terkenal dan mutu lakonan yang kurang memuaskan.

Selain itu, filem ini juga tidak ada motif tertentu dan tidak ada jalan cerita yang teratur selain tiada langsung unsur suspens seperti yang dihebahkan di surat khabar.

Filem ini juga banyak ulang babak yang sama dalam waktu yang agak lama. Poster filem ini juga sepatutnya diletakkan muka para pelakon bukannya muka penerbit filem. Nasihat saya, tidak perlulah ambil pelakon Hollywood seperti Pamela Anderson kalau ceritanya tidak menarik tetap tak berguna juga.

Kadangkala angan kita terlalu tinggi, setinggi langit biru. Bukan tak boleh sampai ke sana setidak-tidaknya cermin diri kita dulu sebelum pukul canang tak kena tempat. Jangan nanti orang kata mat jenin sudahlah.

PENONTON ADA OTAK,

Kuala Lumpur.

‘Please Forgive Me’ Hadiah Elly Mazlein Buat Peminat

Posted: 27 Nov 2010 06:31 PM PST

Elly Mazlein kembali dengan album terbaru selepas lima tahun.

PETALING JAYA: Rasanya belum terlambat penyanyi Elly Mazlein, 29, untuk menebus penantian peminat yang setia menyokongnya dalam industri nyanyian.

Setelah lima tahun, baru kini Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi kembali dengan album terbaru. Kemunculan single terbaru, Please Forgive Me bagaikan hadiah buat peminatnya.

Lagu tersebut akan diputarkan di corong radio dalam masa terdekat ini. Malah, Elly telah menyanyikan lagu tersebut di hadapan penonton buat pertama kalinya di majlis ulang tahun Suria FM di Studio V, One Utama, di sini, pada 24 November lalu.

Walaupun judulnya dalam bahasa Inggeris, Elly berkata liriknya dinyanyikan dalam bahasa Melayu.

Lagu yang diterbitkan di bawah Millennium Art, syarikat milik komposer Julfekar ini bagaikan suatu permulaan baru bagi Elly menumpukan kepada nyanyian.

"Pada tahun depan, saya akan fokuskan kepada dua perkara iaitu nyanyian dan lakonan. Sebelum ini, saya lebih banyak berlakon berbanding menyanyi.

"Sebenarnya, saya sudah lama memikirkan tentang album baru tetapi peluang baru muncul setelah mendapat tawaran daripada Julfekar," katanya kepada mStar Online.

Katanya lagi: "Alhamdulillah, segala yang dirancang telah termakbul dan sekarang saya sedang berusaha untuk melakukan yang terbaik kepada peminat dalam dua bidang ini.

"Saya mahu giat mempromosikan lagu-lagu dan drama-drama saya. Saya rasa tak sabar menunggu respons peminat."

Dalam masa yang sama, dia sedang menantikan kemunculan telefilem Gadis Krokkk, drama Seruan Pulau Nami dan filem Awan Dania The Movie.

Bercerita lebih lanjut tentang lagu terbaru, penyanyi lagu Bakawali dan Usah Di Tambah Bara Yang Tersimpan ini akui semuanya berubah dan berlainan daripada lagu-lagu yang pernah dinyanyikan terdahulu.

Jelasnya, lagu baru lebih bersahaja dan sederhana. Selain lagu Please Forgive Me yang bergenre pop, Elly juga akan muncul dengan single kedua berjudul Kata Saja I Love You.

Aril Tak Kisah Idea Video ‘Biar Begini’ Bercanggah

Posted: 27 Nov 2010 06:30 PM PST

Persembahan Aril di showcase 'Kau dan Aku 2' di Plaza Alam Sentral Shah Alam.

SHAH ALAM: Klip video lagu Biar Begini bukanlah mengikut idea asal yang diinginkan oleh penyanyi Aril.

Biarpun berlaku percanggahan, naib juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) ini akui tidak kisah dan mengikut sahaja apa yang ditetapkan oleh pihak Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB).

"Ikutkan, saya nak konsep lain, mungkin elemen yang lebih ganas untuk menunjukkan realiti dalam lagu tersebut.

"Tapi ia tidak diterima oleh pihak AESB kerana dikategorikan sebagai 18 PL. Sebab itu, mereka menggunakan idea yang baru yang lebih menunjukkan jalan cerita dalam lagu itu," katanya kepada mStar Online.

Selain Aril, klip video tersebut turut menampilkan pelakon Julia Ziegler dan Iqram Dinzly. Dalam video tersebut, Aril merupakan seorang pesakit mental dan berhalusinasi sedang bercinta dengan doktor yang merawatnya.

Tambahnya: "Orang tak jangka yang lelaki ini gila. Saya bersetuju dengan idea tersebut yang kelihatan gempak dan luar daripada jangkaan. Mungkin orang tak tahu bahawa orang gila boleh bermimpi dan berhalusinasi."

Klip video lagu terbaru Aril ini boleh ditonton di Astro Ria (saluran 104), Astro @15 (saluran 109) atau laman web YouTube.

Beralih kepada lakonan, Aril semakin menonjol dalam bidang ini setelah muncul dalam drama bersiri Kau dan Aku yang telah memasuki musim kedua.

Dia sendiri mengakui karakter lucu dalam dirinya lebih memudahkan komunikasinya dengan pelakon lain.

"Saya memang suka berjenaka kerana ia boleh menghilangkan stres dan memang meminati watak komedi.

"Tetapi jika berpeluang, saya mahu mencuba watak orang cacat, hantu atau pengganas," ujarnya.

Penonton boleh menyaksikan Aril dalam drama Kau dan Aku 2 yang sedang disiarkan di Astro Ria pada setiap Selasa, pukul 9 malam.

Anith Aqilah Rasa Berbaloi Pujuk Ibu

Posted: 27 Nov 2010 06:29 PM PST

SHAH ALAM: Sebelum ini, pelakon utama Kau dan Aku musim kedua (KDA2), Anith Aqilah, 19, (gambar) akui terpaksa memujuk ibunya, Juriah Ayob untuk berlakon dalam drama tersebut.

Setelah hampir selesai penggambaran dan kini menunggu respons penonton mengenai drama itu, bekas peserta One In A Million berasa berbaloi dengan pengorbanan yang dilakukan.

Oleh sebab mahu berlakon dalam drama yang sedang disiarlkan di Astro Ria (saluran 104), setiap Selasa, pukul 9 malam itu terpaksa menangguhkan pengajian dalam bidang muzik di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (Aswara) selama setahun sehingga Julai tahun depan.

"Alhamdulillah, saya rasa seronok dan teruja berlakon dalam drama KDA2 walaupun sedikit stres. Dengan publisiti yang diberikan oleh pihak Astro dan media, pastinya drama ini akan dikenali ramai.

"Ikutkan, jarang ada drama yang membuat showcase dan mempunyai lagu runut bunyi seperti yang dilakukan dalam drama ini. Saya rasa bertuah, bersyukur dan beruntung," ujarnya yang memegang watak Elena.

Elena merupakan seorang yang sentiasa bercita-cita besar dan bersemangat tinggi.

Kelebihannya yang memukau dan sikapnya yang mudah mesra menyebabkan dia disenangi ramai terutama tenaga pengajar.

Namun, situasi ini tidak disenangi oleh sebahagian pelajar yang menganggapnya sebagai ancaman apatah lagi dengan statusnya sebagai pelajar junior.

Tidak dinafikan, Anith pastinya bukan sahaja mendapat pengalaman berlakon dengan pelakon lain malah turut mendapat publisiti dan populariti.

Jadi, jika ada tawaran seperti ini lagi, kenapa tidak dia mencubanya demi mengembangkan bakat dan minatnya dalam bidang lakonan.

Di sebalik kegembiraan itu, ada perkara lain yang menggusarkan Anith iaitu respons penonton yang sebelum ini menganggap dirinya sebagai pesaing Mila.

"Ramai yang memberitahu saya perlu bersedia untuk dikritik kerana ramai yang menganggap saya sebagai pengganti Mila. Kebetulan pula, Mila tidak lagi berlakon dalam drama ini manakala saya pula yang muncul.

"Jadi, saya rasa takut dan gementar kerana saya masih baru dan terus memegang watak utama. Ia bagaikan satu tanggungjawab besar buat saya," katanya yang menyanyikan dua lagu baru untuk runut bunyi KDA2.

Lagu tersebut adalah Sedar dan Jikalau Aku Masih Ada Di Sini.

TV3 & AWP Realisasikan Perkahwinan Pengidap Leukemia

Posted: 27 Nov 2010 06:28 PM PST

PETALING JAYA: Setiap wanita pastinya impikan majlis perkahwinan yang gilang-gemilang lagi indah sebagai pengikat kasih di atas percintaan dengan jejaka idaman masing-masing.

Uniknya, TV3 dengan bekerjasama Association of Wedding Professionals (AWP) Malaysia telah melancarkan Kempen Mahligai Impian bermula Julai untuk membantu merealisasikan impian perkahwinan bagi pasangan yang menghidap penyakit kanser ataupun cacat anggota badan seperti pemenang bertuah, Oliver Julian Oh Jie, 26, dan tunangnya Michelle Lee Ching Yu, 29, yang kini mengidap penyakit leukemia.

Bagi mereka yang teruja untuk mengikuti kisah percintaan dan menyaksikan keindahan majlis perkahwinan Michelle dan Oliver, TV3 bakal menyiarkan sisipan di sebalik tabir dan kisah unik pasangan ini menerusi program Cerita Cinta pada 8 Disember 2010, hari Rabu jam 11.30 pagi.

Selepas hampir lima bulan tempoh penyertaan dibuka, TV3 dan AWP selaku penganjur mengumumkan pasangan Michelle dan Oliver sebagai pemenang bertuah Kempen Mahligai Impian yang julung-julung kali diadakan ini.

Berjaya memenangi satu pakej perkahwinan yang dikendali dan ditaja sepenuhnya oleh AWP bernilai RM100,000. Pasangan ini diraikan di dalam sebuah majlis perkahwinan yang meriah berdasarkan impian Michelle bertempat di Kuala Lumpur Golf and Country Club (KLGCC). Michelle telah memilih 25 November 2010 sebagai tarikh keramat permulaan kehidupannya bergelar raja sehari.

Sakit tidak bermakna boleh menjadi penghalang kepada kunci kebahagiaan Michelle yang telah menghidap leukemia sejak 2008 dan sehingga kini masih menjalani rawatan terapi di Subang Jaya Medical Centre.

Setelah tujuh tahun menjalin kasih, Michelle dan Oliver telah pun mendaftarkan status perkahwinan mereka pada 20 Oktober 2010 dan kini sah menjadi suami isteri selepas menjalani upacar ringkas ikrar sumpah di gereja.

Namun begitu, Michelle masih menyimpan hasrat untuk meraikan hari bahagianya bersama Oliver di dalam sebuah majlis perkahwinan yang ringkas tetapi meriah dan dihadiri oleh kedua keluarga terdekat, saudara mara dan sahabat handai.

Antara pakej perkahwinan yang telah diberikan kepada Michelle dan Oliver adalah seperti pakej perunding perkahwinan professional dari Events Wizard & Nuptsandsuch, tajaan busana pengantin dari That. Special Occasion & Bespoked, tajaan pakej fotografi dari Rintis Images, tajaan dandanan & solekan dari Beauty Haven, Bridal Glam dan Michelle Touche, tajaan "pre wedding" fotografi dari Covershots, tajaan videografi perkahwinan dari Beezworks, tajaan cincin perkahwinan dari Radiance Diamond, tajaan dekorasi perkahwinan dari La Flaire, dan juga tajaan kelengkapan perkahwinan daripada Acadia, The Olive Branch, Zach Chin Photography, The Wedding Card Shop, One Red Lily, Janet Lee, Xocolati dan Veralyne.

Emma Watson Mahu Bersara?

Posted: 27 Nov 2010 06:27 PM PST

PELAKON Emma Watson, 20, (gambar) dikhabarkan mahu bersara daripada dunia lakonan berikutan merasai kehilangan.

Dia pernah berlakon dalam tujuh hingga lapan buah filem termasuk Harry Potter dan Deathly Hallows 1 dan 2.

Menerusi program TV berjudul Daybreak, Emma berkata: "Saya akan mengatakan sesuatu yang menyedihkan. Mengetahui sesuatu yang datang daripada saya- Ia berasa sangat aneh untuk dirasai apabila awak bersara pada usia 20 tahun.

"Saya telah menghabiskan masa selama 10 tahun untuk berlakon dan berharap bahagian kedua dalam hidup saya menjadi suatu yang luar biasa seperti yang sebelum ini."

Drama Terbaru 'Baby Bonus' Di Ntv7

Posted: 27 Nov 2010 06:14 PM PST

Felicia Chin, Leroy Chng dan Xiang Yun dalam Baby Bonus.

PETALING JAYA: Drama Baby Bonus, sebuah cerita yang menyentuh hati akan dikeudarakan di ntv7, mulai 1hb Disember, setiap Isnin hingga Jumaat, pada jam 6 petang.

Kehidupan Li Ping lakonan Felicia Chin terjerumus ke kancah maksiat akibat bergaul dengan mereka yang berkelakuan tidak senonoh.

Namun kehadiran bayi lelakinya, Olympic (Leroy Chng) kembali membawa makna dalam hidupnya.

Drama siri yang mempunyai 23 episod ini mengisahkan Li Ping, yang berasal dari keluarga yang berpecah belah.

Leroy Chng dan Apple Hong.

Ibu Li Ping, Huang Mei Ling (Xiang Yun) melarikan diri dari rumah dan membawanya sekali untuk bebas dari cengkaman ayahnya, Ah Nan (Richard Low) yang suka mendera mereka berdua.

Li Ping yang dibesarkan dalam suasana yang kurang baik, membuat keputusan terburu-buru untuk berhenti belajar dan akhirnya menjadi ibu tunggal.

Li Ping yang menganggur sering kali menganggap anaknya, Olympic, sebagai bebannya dan selalu meninggalkannya dalam jagaan jirannya, Lee Jia Cheng (Tay Ping Hui).

Li Ping pula akan sibuk dengan permainan snuker untuk mendapatkan "nafkah". Jia Cheng yang bekerja di sebuah kedai perabot milik Zheng Fa Cai (Zhu Hou Ren), merupakan seorang yang bertimbang rasa yang sering kali membantu menjaga Olympic dan menyayanginya dengan sepenuh hati.

Jia Cheng juga mempunyai perasaan terhadap anak perempuan majikannya, Xiao Yang (Jesseca Liu).

Tay Ping Hui dan Felicia Chin.

Li Ping bukan sahaja menemui kesukaran dalam menyarai dirinya dan anaknya, tetapi juga banyak berhutang.

Apabila mendapat tahu bahawa Fa Cai merupakan teman dahulu ibunya, Li Ping cuba untuk menjual Olympic kepadanya untuk melangsaikan hutangnya.

Fa Cai yang menginginkan seorang cucu untuk sekian lama, meletakkan kepercayaannya kepada Li Ping yang dianggap seperti anak perempuannya dan Olympic pula cucunya.

Kedua-dua Mei Ling dan Jia Cheng yang kemudiannya mendapati bahawa Li Ping telah menjual Olympic kepada keluarga Zheng, berasa kecewa dengan tindakannya dan memutuskan untuk tidak menghiraukannya lagi.

Dalam usaha untuk mendekati cucunya, Mei Ling memberanikan dirinya untuk memasuki keluarga Zheng dan menjadi pengasuh Olympic. Kemunculan Mei Ling dan Olympic bakal mengubah kehidupan keluarga Zheng.

Anak Fa Cai, Guo An yang tidak menyukai kanak-kanak dan belum lagi mempunyai anak, terpaksa untuk mengambil Olympic sebagai anaknya di atas permintaan ayahnya itu.

Keputusan Guo An memaksanya untuk berdepan dengan bantahan isterinya, Angel (Apple Hong), yang kemudiannya memutuskan untuk meninggalkan keluarga Zheng, yang sekaligus meletakkan hubungan di antara suaminya dalam ujian.

Fa Cai yang mempunyai nasib yang sama seperti anaknya itu, dipersalahkan isterinya Bao Yin (Lin Mei Jiao) yang salah faham terhadap hubungan suaminya dengan Mei Ling dan justeru itu meninggalkan rumah keluarga Zheng.

Dalam pada itu, Li Ping yang mulai menyesal atas tindakannya selepas dilarang daripada menjengkuk Olympic, membuat keputusan untuk mengubah dirinya.

Dia mulai mencari beberapa kerja dengan harapan untuk menebus kembali Olympic daripada keluarga Zheng dengan duit yang dicarinya sendiri.

Dalam keadaan huru-hara dalam keluarga Zheng, bekas suami Mei Ling, Ah Nan mengambil tindakan untuk menculik Olympic dan kemudiannya memeras ugut Fa Cai.

Qi cinta Yuna

Posted: 27 Nov 2010 04:46 PM PST




SABTU baru-baru ini, Joyah berkesempatan menyaksikan sendiri kemeriahan Shout! Award yang telah berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil.

Baik artis-artis, penerima anugerah dan penonton,

amboi..semuanya memang happeninglah. Joyah juga tumpang bangga bila Yuna menang besar pada malam itu.

Tiga anugerah dia rembat. Ia termasuk Popstar Award, Break Out Award (Best New Act) dan Ultimate Shout! Award. Kelas sungguh Yuna ya. Boleh kalahkan nama-nama besar yang turut dicalonkan pada anugerah malam itu.

Tak mengapalah, sekurang-kurangnya ini satu persaingan yang sihat. Bukanlah hendak mengenepikan artis yang dah lama bertahan dalam industri, tetapi ini juga membuktikan bahawa orang baru juga punya bakat yang sama hebat.

Tapi ketika tengah memerhatikan kelompok artis yang datang pada malam itu, mata Joyah ni tiba-tiba terpaku pada kelibat Yuna yang agak mesra duduk bersebelahan dengan Qi. Alah, Qi yang berlakon dalam drama Blogger Boy di 8TV tu.

Bertambah yakin hati Joyah yang mereka ini bercinta apabila masing-masing memakai pakaian berwarna sedondon pada malam itu. Eloklah tu, kalau dah suka apa tunggu lagi. Nanti orang lain sambar tak ke melepas pula.

Pencapaian gemilang

Posted: 27 Nov 2010 04:44 PM PST

SAMBUTAN majlis penutup Sukan Asia di Guangzhou, semalam.
SAMBUTAN majlis penutup Sukan Asia di Guangzhou, semalam.
Prestasi kontinjen negara berada di tahap tertinggi

PENCAPAIAN sembilan pingat emas, 18 perak dan 14 gangsa di Sukan Asia yang berakhir semalam, menutup tirai tahun ini dengan rumusan ia sebagai tahun paling cemerlang dalam sejarah sukan negara.Chef de Mission yang juga Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), berkata Datuk Zolkples Embong, kesimpulan itu dibuat berdasarkan jumlah pungutan pingat atlit negara dalam dua temasya besar berturut-turut iaitu Sukan Komanwel New Delhi XIX dan Guangzhou XVI yang menepati sasaran ditetapkan.
"Ini satu sejarah dalam sukan prestasi tinggi kita, malah pencapaian di Guangzhou ini juga adalah yang terbaik sejak kita mengambil bahagian pada 1954, selain dapat memperbaiki kedudukan tangga keseluruhan daripada ke-11 di Doha 2006 kepada ke-10," kata Zolkples dalam sidang media, semalam.

Berdasarkan pungutan pingat emas itu juga, Malaysia tidak jauh di belakang Thailand yang gagal menepati sasaran, selain mengatasi Indonesia, Singapura, Filipina dan Vietnam bagi negara rantau Asia Tenggara.

"Formula kejayaan ini ialah program jangka panjang yang efektif, kerjasama baik dengan persatuan sukan kebangsaan dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM); sistem sokongan kebajikan atlit dan khidmat jurulatih asing dalam sukan membabitkan aspek teknikal serta khidmat sains sukan menerusi Institut Sukan Negara (ISN)," kata Zolkples.

Namun, hakikatnya hanya sebutir emas diraih dalam acara sukan yang dipertandingkan di Sukan Olimpik iaitu trek berbasikal tetapi Zolkples pantas mempertahankan bahawa atlit negara juga mempamer banyak peningkatan berdasarkan 18 pingat perak yang sepatutnya boleh bertukar emas jika tidak kerana dominasi hebat China, pengadilan berat sebelah dan kegagalan atlit menangani tekanan pada saat genting.

Hampir pengsan bil hospital RM23,000

Posted: 27 Nov 2010 04:42 PM PST

Kakitangan swasta kecewa tak dimaklum caj melebihi jumlah maksimum ditanggung insurans

KUALA LUMPUR: Seorang kakitangan swasta dari Kluang, Johor, hampir pengsan apabila melihat bil perubatannya mencecah RM23,000 selepas 12 hari dimasukkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Batu Pahat kerana batuk selama dua minggu.Roslan Husin, 46, mendakwa pakar di hospital swasta itu bagaimanapun gagal mengesan punca penyakitnya sejak dia ditahan di wad hospital itu 4 Febuari tahun lalu, selain mendakwa caj ubat dikenakan berjumlah RM9,852 mahal dan melampau.
Lebih menyedihkan, dia mendakwa kakitangan pusat perubatan swasta itu hanya memberitahu kos perubatannya melebihi jumlah maksimum perlindungan insuransnya iaitu RM15,000 selepas 11 hari ditahan di wad.

"Saya terkejut, marah dan hampir pengsan apabila diberitahu bil perubatan saya melebihi RM15,000 yang ditanggung syarikat insurans. Saya persoalkan kenapa hanya diberitahu selepas ia lebih daripada jumlah itu, kenapa tak beritahu awal," katanya ketika dihubungi Berita Minggu.

Roslan berkata, dia pergi ke hospital swasta setelah dinasihatkan oleh doktor klinik panel syarikatnya kerana mereka gagal mengesan punca batuk dialaminya.

"Mereka periksa saya macam biasa, tidak buat apa-apa kecuali membuat imbasan x-ray dan masukkan wayar dalam hidung. Pakar di situ kata saya menghidap asma tetapi saya tak percaya, saya cuma batuk-batuk. Kemudian mereka datang dan beritahu bil perubatan saya mencecah RM23,000 menyebabkan saya terkejut," katanya.
Dia tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan namun, pihak hospital yang gagal mengesan punca penyakit tetap memintanya tinggal di wad selama dua hari lagi.

"Saya tolak permintaan mereka menyebabkan doktor pusat perubatan pakar itu menulis surat untuk merujuk saya ke Hospital Kluang, tetapi doktor hospital kerajaan beritahu pada saya, kalau pakar pun tidak dapat kesan apa punca penyakit saya, tak guna untuk saya dimasukkan ke hospital kerajaan," katanya.

Katanya, selepas keluar dari hospital swasta itu dia mencuba kaedah perubatan tradisional dan penyakitnya kini sembuh.

Isnin lalu, Berita Harian melaporkan 26 peratus daripada individu yang gagal membayar balik pinjaman bank dan kad kredit kerana menanggung beban hutang membiayai kos perubatan tinggi di hospital swasta.

Pelayaran terindah

Posted: 27 Nov 2010 04:40 PM PST

BAHAGIA...suami dan dua puterinya  adalah inspirasi Amy.
BAHAGIA...suami dan dua puterinya adalah inspirasi Amy.

SAAT pelbagai kontroversi singgah dalam perkahwinan ramai selebriti dan kemelut yang tidak pernah berakhir melanda hingga ada kalanya terpaksa diheret ke pintu mahkamah, bintang kecil molek, Amy Mastura Suhaimi hanya memerhati dari jauh.

Berbisik jauh di hatinya, siapa pernah menjangka ketentuan yang tersurat. Biar sebesar mana usaha yang sudah diletak, jika jodoh tiada lagi, apa saja penyelesaian akan terhenti.


Buat dirinya sendiri yang kini 10 tahun bergelar isteri kepada Alvin Thamm Suffian, keutamaan dalam sebuah hubungan adalah keserasian dan soal memahami serta bertolak ansur.

  • Foto

    SERASI...Amy dan Riezman menghidupkan watak suami isteri dalam Aku Tak Bodoh.

  • Foto

    TERSENDIRI...lebih sedekad menjadi anak seni, Amy sentiasa memberi impak dan dimensi yang berbeza.

Penguat kasih sayang yang ada buat penyanyi kelahiran Ipoh, Perak ini adalah dua puteri comel yang banyak mewarisi sifatnya, Adriana, 9 tahun, dan Adalia berusia lima tahun.


Menurut bintang berusia 39 tahun ini, sejak dulu lagi dirinya lebih selesa jika tidak terlalu meletak soal peribadi dan keluarga seiring dengan rencana kerjaya.


Malah sokongan dan restu daripada suami yang tidak pernah menghalangnya untuk terus aktif menjadi anak seni adalah sebuah cenderahati yang tiada tolok bandingnya.Alhamdulillah tidak pernah pula saya diuji dengan kisah negatif sepanjang mendirikan rumah tangga. Mungkin kerana sejak awal perkenalan, suami mengerti soal kerjaya dan saya pula sentiasa memahami keinginannya.


"Justeru tidak akan timbul soal perselisihan faham atau rasa kurang selesa antara kami. Yang penting adalah keserasian dan komunikasi jika timbul masalah. Perbincangan adalah terapi paling mujarab dalam sebuah hubungan.

"Kelakarnya, suami langsung tidak mengambil peduli soal kerjaya saya. Ada kalanya dia tidak pernah tahu filem lakonan saya atau jadual promosi untuk sesebuah filem atau album.


"Yang penting, dia percaya dan kami berdua saling sedar tanggungjawab masing-masing. Benarlah nasihat orang tua, kejujuran dan rasa ikhlas sangat penting untuk terus memimpin hubungan.


"Siapa sangka, saya sendiri terkejut apabila mengimbas kembali perjalanan lebih 10 tahun kami bersama dan membesarkan dua permata hati. Ia adalah sebuah pelayaran terindah buat kami sekeluarga," katanya.


Jika sebelum ini, lama juga penyanyi, pengacara yang juga pelakon popular ini kerap melarikan diri daripada lensa publisiti kerana akur akan tanggungjawab membesarkan anak dan memberi tumpuan pada keluarga, kini Amy mula berani mencatur langkahnya untuk kembali mewarnai kerjayanya yang agak lama bergerak perlahan.


"Memang saya banyak jauhkan diri daripada pelbagai aktiviti seni beberapa tahun kebelakangan ini memandangkan dua puteri saya lebih memerlukan perhatian.


"Maklumlah, soal membesarkan dan mendidik anak bukan perkara mudah, sebaliknya ia memerlukan pemerhatian sempurna. Justeru, lama juga saya meletak fokus kepada mereka dan tidak banyak mengambil undangan atau sebarang tawaran.


"Alhamdulillah sekarang Adriana dan Adalia sudah boleh ditinggalkan dengan pembantu rumah jika saya keluar bekerja. Seronoknya menjadi ibu adalah cabaran yang perlu saya sahut.


"Anak semakin besar dan pelbagai perkara, kerenah dan perangai baru yang mereka akan lakukan. Sebagai ibu, saya juga perlu sentiasa bersedia dengan jawapan atau corak penyelesaian untuk menjawab apa saja persoalan mereka.


"Rezeki dalam lapangan lakonan tidak pernah putus setakat ini. Mungkin kepercayaan orang lain terhadap saya sudah ada. Saya akan mempertimbangkan jika ada tawaran datang atau sebarang undangan nyanyian yang singgah buat saya," katanya.


Bertemu dengannya sempena mempromosi filem terbaru lakonannya, Aku Tak Bodoh yang bakal ditayangkan bermula 2 Disember ini, Amy yang pernah menjulang anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-14 menerusi Puteri Impian tidak henti-henti bersembang menceritakan perkembangan barunya.


"Filem Aku Tak Bodoh sebuah naskhah tersendiri baik daripada aspek plot ceritanya mahupun pembangunan setiap watak. Saya seronok melakonkan watak seorang ibu kerana jujurnya, ia dekat dengan diri sendiri dan mudah untuk saya terjemahkan emosi yang dikehendaki pengarah.


"Maklumlah, saya sendiri seorang ibu dan sentiasa mencari ruang untuk memperbaiki diri serta karakter bagi mengundang rasa sayang buat anak.


"Saya perlu berdepan masalah dua anak lelaki yang punya karakter berlainan. Silapnya saya sebagai ibu dalam filem ini, kerjaya adalah keutamaan dan tanggungjawab kepada anak dan keluarga diletak kemudian, menyebabkan anak hilang arah dan mencari keseronokan lain di luar.


"Timbul pelbagai konflik dan suami sering menyalahkan isteri dalam isu membesarkan anak. Senario ini adalah situasi yang sering berlaku di kalangan keluarga di bandar dan isteri berkerjaya.


"Setakat ini, saya memang sibuk untuk mempromosi filem ini dan mengajak semua peminat untuk kembali melihat aksi saya di layar perak," katanya yang pernah muncul dalam beberapa filem hebat termasuk Impian, Tragedi Oktober, Trauma, Bintang Hati dan Hooperz sebelum ini.


Tidak hanya itu, penyanyi yang kali terakhir muncul dengan album penuh berjudul Happy tahun lalu ini turut sibuk merencana langkah kerjayanya bagi terus mengukuhkan jenama sedia ada.


"Insya-Allah saya bakal muncul dengan filem arahan Ahmad Idham berjudul Damping Malam tahun depan. Ia sebuah lagi dimensi baru buat diri saya sebagai pelakon, di mana genre yang diangkat adalah seram dan ini akan memberi pengalaman baru buat saya.


"Malah dalam masa sama, saya gigih mengumpul material untuk album baru yang mungkin memulakan proses pembikinan awal tahun depan.


"Alhamdulillah nama saya masih ada dan peminat tidak henti-henti memberi sokongan meskipun wajah baru banyak mewarnai pentas seni.


"Undangan nyanyian juga masih ada dan pastinya saya sentiasa mencari jalan untuk menampilkan sesuatu yang baru kepada peminat di masa depan," katanya yang turut pernah mewarnai pentas teater menerusi Gamat.

Tekan pisau di leher

Posted: 27 Nov 2010 04:37 PM PST

CEDERA...Siti menunjukkan kesan luka kecil di leher dan lebam bahagian kepalanya.
CEDERA...Siti menunjukkan kesan luka kecil di leher dan lebam bahagian kepalanya.

MELAKA: Luluh hati seorang isteri apabila suami yang diharapkan menjadi pelindungnya tergamak memukul dan mengugut membunuhnya akibat cemburu buta, awal bulan ini.

Dalam kejadian jam 11.35 malam pada 4 November lalu, Siti, 29, mendakwa suaminya yang berusia 35 tahun menamparnya sejurus mengejutkannya daripada tidur di ruang tamu rumah mereka di Tanjung Keling, dekat sini.

"Suami menampar pipi kiri dan kanan serta memukul kepala saya bertalu-talu sambil bertanya mengapa saya curang. Saya terpinga-pinga dan tidak dapat berbuat apa-apa kerana takut. Saya hanya mampu mengalirkan air mata menahan kesakitan.

"Kemudian dia ke dapur sebelum menghampiri saya semula dengan tangan kirinya memegang pisau. Dia mengacukan pisau ke leher saya dan tangan kanannya menarik rambut saya," katanya ketika ditemui Metro Ahad.Difahamkan, kejadian sama pernah berlaku pada Ogos 2009 iaitu selepas enam bulan pasangan terbabit bernikah, namun ketika itu mangsa tidak membuat laporan polis.


Siti yang bertubuh kecil molek berkata, suaminya menekan pisau berkenaan agak kuat hingga lehernya luka.

"Dia mengugut membunuh saya jika meneruskan niat untuk bercerai. Dia juga mengugut mencederakan anak saya iaitu anak tirinya berusia tujuh dan lima tahun. Ini kali kedua suami memukul saya sejak berkahwin dua tahun lalu," katanya.

Dia membuat laporan di Balai Polis Tanjung Keling pada 18 November lalu dan laporan kedua di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah (IPD) keesokannya.

Menurut Siti, mulanya dia menyangka perkahwinan keduanya akan bahagia biarpun menjadi isteri kedua.

Ini kerana madunya datang meminang selepas perkenalan singkat dengan suami, sekali gus menguatkan keyakinan itu walaupun ahli keluarganya tidak bersetuju.

"Hanya enam bulan saya bahagia. Kami tidak pernah bergaduh dan suami melayan saya dan anak dengan baik, namun keadaan bertukar apabila isteri pertama tiba-tiba berubah sikap dan memberi bermacam tekanan hingga akhirnya saya diharamkan berkunjung ke rumah mentua.

"Sebelum itu hubungan kami baik dan saling kunjung mengunjung, malah saya sering membawa empat anaknya bermalam di rumah.

"Hubungan saya dengan suami mulai keruh apabila saya mengadu hal itu (berkenaan madu) kepadanya. Saya jadi takut kerana suami mula menunjukkan sikap sebenarnya yang panas baran dan kerap memarahi saya," katanya.

Siti tidak pasti punca sebenarnya dia dipukul dan mengesyaki ia mungkin disebabkan suaminya terlihat gambarnya dengan seorang lelaki lain yang kebetulan dihantar oleh rakan menerusi ruangan sembang.

"Malam kejadian, selepas balik daripada makan malam di Ayer Molek, kami sekeluarga duduk di ruang tamu. Saya dan anak menonton televisyen hingga terlena manakala suami pula sebelum itu menggunakan komputer riba.

"Saya syak mungkin sebab itu dia marah apabila terlihat gambar saya bersama seorang kenalan lelaki ketika menghadiri satu kursus setahun lalu. Saya tidak pernah memuat turun gambar itu dan menyimpannya di dalam komputer," katanya.

Disebabkan pelbagai masalah itu, mereka pernah berbincang dan dia meminta cerai, namun suami enggan dan memarahinya.

Dia berkata, mereka juga pernah menghadiri dua sesi kaunseling di Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim).

"Oleh kerana tiada penyelesaian, kami kini menumpang di rumah keluarga kerana saya bimbang keselamatan diri dan anak," katanya.

Sementara itu, Ketua Penyelia Pembela BN, Amir Hamzah berkata, pihaknya bersama peguam pembela akan mengambil tindakan berhubung permohonan proses perceraian selain bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memberi perlindungan sementara kepada wanita terbabit.

"Isu keganasan rumah tangga banyak dilaporkan akhir-akhir ini dan pihak kami ada beberapa kes seumpamanya. Peguam kami yang mengendalikan dan kes seperti ini dapat diselesaikan dengan cara baik.

"Mengenai kes Siti, kami syorkan dia diberi perlindungan di tempat sesuai di rumah ibunya. Daripada segi perundangan, peguam akan uruskan secepat mungkin," katanya.

Pelacur merah padam

Posted: 27 Nov 2010 04:36 PM PST

BANTERAS...antara wanita warga asing yang ditahan dalam operasi, kelmarin.
BANTERAS...antara wanita warga asing yang ditahan dalam operasi, kelmarin.
CEKUP...seorang pelacur menutup muka kerana tidak dapat menahan malu.
CEKUP...seorang pelacur menutup muka kerana tidak dapat menahan malu.

SEREMBAN: Bagaikan babak drama apabila dua wanita warga Indonesia disyaki pelacur menangis teresak-esak sambil berpelukan sejurus dicekup pihak berkuasa yang menyerbu dua hotel bajet berasingan di sekitar Jalan Dato Bandar Tunggal, di sini, kelmarin.

Operasi khas hasil maklumat awam serta risikan itu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman bermula kira-kira jam 6.30 petang.

Difahamkan, dalam serbuan itu seorang wanita warga Indonesia berusia lingkungan 20-an yang tersentak dengan kehadiran pihak berkuasa didapati cuba menahan kesedihan dengan wajahnya merah padam kerana dipercayai mahu menahan malu.

Bagaimanapun, sejurus dibawa menaiki trak polis, wanita berkenaan terus menangis teresak-esak sambil ditenangkan seorang rakan senegaranya yang turut memberikan reaksi sama sambil berpelukan.Selain itu, ketika serbuan, seorang pelanggan berusia 20-an dikatakan tidak sempat melampias nafsunya apabila dicekup ketika melakukan hubungan ranjang dengan wanita asing di dalam sebuah bilik premis berkenaan.


Jurucakap polis berkata, pihaknya menahan 12 wanita warga Indonesia berusia antara 20 hingga 30-an disyaki pelacur dalam serbuan di dua premis berasingan itu.

"Dalam serbuan pertama di sebuah hotel bajet, kami (polis) menahan tujuh wanita asing serta dua lelaki warga tempatan berusia lingkungan 40 hingga 50-an iaitu penjaga premis berkenaan dan empat pelanggan berusia 20-an.

"Kami kemudian menyerbu sebuah lagi hotel berdekatan dan menahan lima wanita warga negara sama. Selain dua pelanggan berusia 20-an, seorang lelaki dan wanita berusia 30 hingga 50-an turut ditahan kerana disyaki menjadi penjaga kepada wanita asing terbabit,'' katanya.

Menurut jurucakap itu, hasil pemeriksaan lanjut pihaknya mendapati 11 wanita warga asing berkenaan memiliki dokumen perjalanan sah, namun menyalahgunakannya untuk kegiatan pelacuran, manakala seorang lagi langsung tidak mempunyai permit.

"Siasatan awal mendapati premis berkenaan beroperasi bermula kira-kira jam 12 tengah hari hingga jam 8 malam pada setiap hari dan sering menjadi tumpuan pelanggan berhidung belang sejak setahun lalu.

"Bayaran dikenakan untuk sekali perkhidmatan iaitu RM30 hingga RM40," katanya yang turut merampas puluhan kondom untuk aktiviti tidak bermoral itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 372 A Kanun Keseksaan dan semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban untuk tindakan lanjut.

Maut digilis lori

Posted: 27 Nov 2010 04:34 PM PST

PILU... ahli keluarga mangsa tidak dapat menahan sebak melihat jenazah mangsa.
PILU... ahli keluarga mangsa tidak dapat menahan sebak melihat jenazah mangsa.

KUALA LUMPUR: Hati bapa mana tidak sayu selepas mengetahui anak kesayangannya maut dalam kemalangan walaupun sejam sebelumnya arwah datang ke rumah bagi menziarahi keluarga.

Pertemuan singkat Kamalrozaman Johari dengan anaknya, Muhammad Naimullah, yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), akan dikenang seumur hidup selepas ia saat terakhir melihat anak ketiga daripada lapan adik beradik itu ketawa di rumah mereka di Kampung Baru, di sini.

Dia yang jarang melihat anaknya gembira seperti itu berkata, arwah tidak tinggal bersamanya tetapi menemani neneknya di AU4 Keramat.

Ketika mangsa datang melawatnya, dia dilihat tidak seperti biasa apabila sungguh mesra dan bergurau dengan setiap ahli keluarga."Dia singgah sebentar bertemu kami dan dan banyak bergurau dengan dua abangnya di rumah mereka.


"Anak saya baru selesai menghadiri kelas tambahan SPM di Setiawangsa sebelum singgah ke rumah bertemu kami sekeluarga," katanya.

Menurutnya, selang beberapa minit selepas itu, dia pulang ke Keramat.

Kamalrozaman berkata, selang sejam selepas itu, dia mendapat panggilan bahawa anaknya yang menunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Gurney, di sini.

Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning ketika dihubungi berkata, mangsa bermotosikal dari arah Jalan Semarak menuju ke Keramat.

Katanya, arwah kemudian gagal mengawal motosikal sebelum terbabas dan tersungkur di laluan bertentangan.

"Mangsa tidak sempat mengelak sebuah lori yang datang dari arah bertentangan lalu merempuhnya, menyebabkan mangsa cedera parah di kepala.

"Ini menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian," katanya.

Jenazah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat manakala pemandu lori berkenaan dibawa ke Balai Polis Trafik Jalan Bandar bagi tujuan siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu sehingga menyebabkan kematian.

Jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Ubah salah anggap HIV, AIDS

Posted: 27 Nov 2010 04:31 PM PST

PERIKSA... mereka yang dijangkiti HIV perlu mendapatkan rawatan.
PERIKSA... mereka yang dijangkiti HIV perlu mendapatkan rawatan.

KISAH kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun yang menghidap AIDS dan mendakwa dia anak pemain gitar kumpulan rock May, minggu lalu, menarik perhatian ramai. Tiada siapa tahu mengapa dia berbuat demikian tetapi secara peribadi penulis mengagak dakwaan itu lahir daripada perasaan rindunya terhadap keluarga, terutama bapanya yang sudah meninggal dunia akibat AIDS.

Ketika membaca kisah kanak-kanak berkenaan, penulis teringat sebuah drama Korea berjudul Thank You yang menceritakan bagaimana seorang kanak-kanak perempuan menjalani hidupnya sebagai penghidap HIV dan ketabahannya berhadapan dengan pelbagai cabaran ekoran stigma masyarakat terhadap penyakit berkenaan.

Di negara kita, walaupun sudah banyak pendedahan mengenai HIV/AIDS sejak 1986, masih ramai yang mempunyai tanggapan salah dan pandangan serong terhadap individu dijangkiti virus HIV. Ramai menyangka HIV dan AIDS adalah masalah orang lain - penagih dadah, pelacur, golongan homoseksual atau individu yang kerap bertukar pasangan dan tidak akan berlaku pada kita.

Tanggapan ini perlu diubah kerana kini semakin ramai, terutama golongan remaja yang mengadakan hubungan seks di luar ikatan perkahwinan, dan tidak mustahil salah seorang daripada mereka menjadi pasangan hidup anda, anak atau ahli keluarga anda kelak. Inilah antara sebab bakal pengantin diwajibkan menjalani ujian HIV bagi mengelakkan jangkitan terus berleluasa.HIV dan AIDS bukan masalah orang dewasa saja kerana pada 2006, dianggarkan 2.3 juta remaja berusia bawah 15 tahun di seluruh dunia dijangkiti HIV. Di negara kita, 36.4 peratus kes (27,837 kes) menimpa golongan muda berumur 13 hingga 29 tahun dan 0.9 peratus kes pula membabitkan kanak- kanak bawah umur 13 tahun (statistik 2006).


Statistik Kementerian Kesihatan mencatatkan, sehingga Jun 2007, 78,784 kes jangkitan HIV dilaporkan sejak 1986 dan kes paling banyak dilaporkan di Johor (14,600) diikuti Selangor (11,859); Kelantan (9,891); Pahang (9,036); Terengganu (8,269); Kuala Lumpur (6,604); Negeri Sembilan (6,455); Perak (5,789); Kedah (5,784); Pulau Pinang (3,514); Melaka (2,690); Perlis (1,175); Sarawak (1,066) dan Sabah (971).

Daripada jumlah itu, 10,909 penghidap meninggal dunia akibat AIDS. Dalam tempoh enam bulan pertama 2007, 2,395 kes baru dilaporkan. Apa yang membimbangkan ialah semakin ramai wanita dijangkiti HIV (satu dalam tujuh kes baru pada 2006) berbanding satu dalam 86 kes pada 1990.

Lebih menyedihkan, lebih ramai suri rumah dikesan positif HIV (empat hingga lima kali lebih tinggi) berbanding pelacur.

Virus HIV merosakkan sistem pertahanan badan. Apabila daya ketahanan badan menjadi sangat lemah, badan individu HIV hilang keupayaan melawan semua penyakit sehinggakan penyakit yang 'biasa' seperti selesema boleh mengancam nyawa mereka dan ketika inilah mereka dikategorikan sebagai pesakit AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit).

Ramai tersilap kerana menganggap HIV sebagai penyakit. HIV bukan penyakit tetapi virus.

AIDS pula adalah masalah kesihatan yang dialami individu HIV apabila daya ketahanan badan mereka berada pada tahap yang sangat rendah.

Sehingga kini belum ada ubat yang boleh menghapuskan virus HIV dan oleh kerana AIDS disebabkan jangkitan virus itu, maka masih tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit ini. Namun kini ada ubat yang mampu mengawal jumlah virus dalam badan individu HIV.

Berapakah lama masa yang diambil virus HIV untuk menyebabkan seseorang mendapat AIDS? Tempohnya berbeza antara individu dan bergantung kepada banyak faktor. Kebanyakan orang tidak sedar mereka dijangkiti HIV kerana ia tidak menunjukkan gejala sehinggalah jangkitan sampai ke peringkat teruk (apabila daya ketahanan badan menjadi sangat lemah) dan virus ini boleh mengambil masa sehingga 10 tahun untuk menunjukkan 'taringnya'.

Meskipun di negara kita sudah ada kemudahan untuk ujian HIV, tidak ramai golongan yang berisiko menjalani ujian ini kerana pelbagai alasan. Malu, yakin diri terlepas jangkitan, bimbangkan pandangan negatif masyarakat dan takut untuk menghadapi kenyataan sekiranya disahkan positif adalah antara sebab mereka tidak mahu menjalani ujian.

Malah di kalangan yang tahu dijangkiti HIV, masih ada yang enggan mendapatkan rawatan atau memaklumkan perkara itu kepada bekas pasangan seks mereka. Memang bukan mudah untuk menerima hakikat dijangkiti HIV, malah kalau boleh, perkara ini mahu dirahsiakan hingga ke mati kerana ramai masih memandang serong terhadap golongan ini, malah ada yang berfikiran 'itulah balasan terhadap tingkah-laku mereka'.

Jika anda juga berfikiran begini, pertimbangkan semula. Siapakah kita untuk menghukum mereka? Bukan semua orang yang dijangkiti HIV berkelakuan 'buruk' kerana ramai pesakit, terutama wanita (suri rumah) mendapat jangkitan daripada pasangan yang tidak setia dan kemudian mewariskan virus HIV kepada anak menerusi kehamilan.

Jangkitan HIV dan AIDS kini bukan lagi penyakit pembunuh, sebaliknya kini ia dikategorikan sebagai penyakit kronik sebagaimana kencing manis, tekanan darah tinggi, sakit jantung atau selesema; seperti dihidapi ratusan ribu orang di negara kita. Jadi, tiada sebab untuk kita terus memandang negatif pesakit AIDS. Tanggapan sebegitu membunuh pesakit akibat malu mendapatkan rawatan.

Namun, apa yang lebih penting ialah melawan selesema pada diri sendiri, terutama selepas disahkan dijangkiti virus HIV.

Isu ini paling sukar kerana masih ramai beranggapan HIV/AIDS bererti mati. Tidak sedikit pesakit cuba membunuh diri kerana tidak dapat menerima hakikat yang membuatkan mereka berasa kecewa, tertekan dan hilang keinginan untuk hidup.

Malah ada yang beranggapan, jika sudah disahkan mereka akan mati dalam tempoh tertentu, mengapa harus tunggu lama? Bukankah lebih baik perkara itu (menamatkan riwayat) dilakukan secepat mungkin supaya mereka tidak terus dibelenggu masalah.

Stigma (sama ada daripada masyarakat atau diri sendiri) dan diskriminasi menghalang pesakit tampil mendapatkan rawatan serta sokongan. Tanpa rawatan, pesakit akan terasing, takut, tidak berpengetahuan dan tidak mendapat galakan untuk menguruskan penyakit dengan baik.

Di negara kita, rawatan AIDS peringkat pertama diberikan secara percuma di semua hospital kerajaan. Ia terbukti berkesan untuk membantu pesakit melawan penyakit, memanjangkan jangka hayat dan meningkatkan kualiti hidup pesakit.

Seribu kali Cinta & Putera Katak

Posted: 27 Nov 2010 04:31 PM PST

Menerusi jenama Inspirasi Wanita, TV3 mempersembahkan dua kisah cinta yang romantis di slot Akasia "Seribu Kali Cinta" dan slot Lagenda "Putera Katak" menyaksikan perjalanan cinta Nizam dan Miasara yang penuh dugaan serta nasib Putera Amar dalam mencari cinta sejatinya.

Seribu Kali Cinta telah bersiaran sebanyak 5 episod bermula 15 November 2010 lalu di slot Akasia, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang. Drama cinta romantis yang menggandingkan pasangan kekasih, Kamal Adli dan Intan Ladyana mengisahkan kesungguhan Nizam (Kamal Adli) dalam membuktikan cintanya terhadap kekasihnya, Miasara (Intan Ladyana) yang mengalami sindrom Amnesia.

Nizam pada asalnya yang mahu bercuti di Pulau Aman telah terpikat dengan Miasara di situ. Walaupun mereka serasi bersama namun apa yang dilakukan oleh Miasara pada hari ini akan dilupakan pada hari keesokannya. Justeru, Nizam hanyalah seorang yang tidak dikenali bagi Miasara apabila menjelang pagi esok.

Nizam tekad untuk mencintai Miasara dengan sepenuh hati walaupun dia perlu melafazkan seribu kali cinta kepada gadis idamannya. Bagi membantu memulihkan ingatan Miasara, Nizam telah merakamkan hubungan mereka. Miasara terharu dengan kesabaran Nizam namun masih tiada perubahan dalam memulihkan keadaannya.

Drama 24 episod arahan Haris Kadir turut membariskan barisan pelakon handalan seperti Norkhiriah, Cat Farish, Marsha Milan Londoh, Rozie Othman, Abu Bakar Omar, Aida Haleda, Shaharuddin Thambi, Idris Mat Diah, Sheila Mambo, Priya Ana dan ramai lagi.

Menyusuli "Ulek Mayang" slot Lagenda bakal menyiarkan "Putera Katak' yang diadaptasi daripada cerita dongeng "The Frog Prince" mulai 29 November 2010, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang. Drama terbaru di slot Lagenda ini akan membawa para penonton ke alam fantasi dan magis Putera Amar dalam menemui cinta sejatinya dalam membebaskan diri daripada sumpahan.

Putera Amar (Zizan Nin) telah disihirkan oleh kekasihnya, Puteri Zadora (Bia Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma menjadi manusia walaupun sudah diberikan ciuman. Lantas, Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai katak selamanya.

Dia yang dibela oleh Trisha (Nora Danish), seorang pencinta haiwan, tetap optimis akan menjadi manusia semula kerana cinta suci akan memulihkan dirinya suatu hari nanti. Malah dia percaya Trisha adalah cinta sejatinya.

Drama terbitan Talisman Pictures ini diarahkan, Adam Hamid serta nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salem. Drama 20 episod ini juga membariskan pelakon-pelakon popular seperti Fazren Rafi, Norseha, Bia Rameshan, Kaza, Puteri Sarah, Haniff Karamdin, Liza Abdullah, Hamidah Wahab, Mak Jah dan ramai lagi.

Jonas kena tahan kerana pisau

Posted: 27 Nov 2010 04:29 PM PST

Joe Jonas telah ditahan di lapangan terbang kerana membawa senjata tajam di dalam begnya. Pun begitu, penyanyi kumpulan Jonas Brothers ini berjaya melepasi pihak sekuriti dengan memberikan alasan yang kukuh.

Kekasih kepada Ashley Grene ini dikatakan perlu membawa pisau masakannya itu walau ke mana kerana hobinya yang suka memasak.

Pun begitu, setelah dinasihati oleh pihak sekuriti, Joe menyimpan pisaunya di tempat yang lebih selamat berbanding sebelum ini yang diletakkan di dalam beg bimbitnya sahaja.

Transformasi Remy Ishak

Posted: 27 Nov 2010 04:28 PM PST




BERTALI arus dia dijadikan pokok kalimat dan setiap frasa menjadi takrifan prinsip pada setiap garis di wajah serta sosok tubuhnya. Dia sering dibayangi warna-warna subjektif.

Dia juga tidak bermula sebagai Adam Nur Kasih yang mencetuskan fenomena, sebaliknya kisah jejaka kampung bernama Mohammad Zalimei Ishak itu bermula ketika kali pertama memperdagangkan nasib datang ke kota, hampir sepuluh tahun lalu. Bertukar sisinya, dia menumpang tuah sebagai insan seni bernama Remy Ishak. Berpijak pula di landai pesisir sinema Malaysia, tanpa mahunya banyak kerikil tajam yang harus diinjak.

Baru tiga tahun aktif, namanya memuncak dalam dua dimensi. Dikategorikan sukses di lapangan karier, dia juga hangat dibumbui sensasi. Ibaratnya, dia berumah di birai kontroversi. Itulah Remy, 28, lelaki 'hangat' seperti yang pernah diusik media.

Melamarnya sebagai pengisi portfolio kali ini, dia tetap diusik lagi. Kononnya kontroversi-kontroversi yang menyusul tanpa diundang sebelum ini menjadikannya popular lebih pantas. Menujah emosi lelakinya, akurkah dia dengan persoalan itu, begini tafsir Remy:

"Itu hanya pandangan orang. Secara peribadi, saya sendiri tidak pernah terdetik memikirkan hal itu. Demi Tuhan, saya tidak terdetik untuk dipopularkan oleh kontroversi.

"Rasanya hanya kerja yang bagus dan kualiti daripada kerja itu sahaja yang akan buat seseorang pelakon itu termasuklah saya untuk jadi 'panas'. Itu yang cuba saya pertahankan dan buktikan. Bagaimanapun, saya juga tidak boleh lari daripada warna-warna lain. Gosip sememangnya sudah sebati dengan dunia hiburan, ibarat irama dan lagu yang tak boleh dipisahkan.

"Saya tidak pernah terfikir sampai ke tahap bahawa gosip dan kontroversi boleh menaikkan seseorang artis dan saya tidak suka dilabelkan begitu. Apa lagi yang boleh saya lakukan, saya kena terima juga kerana walau sekuat mana saya cuba pertahankan, ia tetap datang," getusnya sedikit terheret oleh naluri.

Tidak perlulah dicondongkan semula terhadap sumbu-sumbu yang pernah memanaskan namanya. Cukuplah sekadar dibiaskan sedikit, lelaki tegap berusia berusia 28 tahun itu pernah terheret bersama kisah Ummi Nazeera, Maya Karin serta Tiz Zaqyah. Namun, dalam waktu yang sama, dia pantas mengejar waktu.

Tempoh tiga tahun yang dilalui selepas watak kecil menerusi Anak Halal, Remy kini setanding angkatan senior seperti Farid Kamil, Adi Putra, Fizz Fairuz, Bront Palarae, Zul Huzaimy atau Aaron Aziz. Profilnya pula terisi oleh drama-drama yang masih diingatan. Dua buah filem baru, Cun dan Nur Kasih pula menunggu hari ke pawagam. Teater Natrah yang barangkali menjadi teater paling kontroversi pula sedang berkampung di Istana Budaya dari 25 November hingga 5 Disember nanti.


WATAK-WATAK lakonan juga satu transformasi buat Remy. (Atas) Watak pemuda kampung bernama Atan, lakonannya menerusi filem Cun, Mansor Adabi (Natrah) dan Duta Dashing.


Memerhatikan anak kelahiran negeri adat pepatih itu 'membesar' di alam seni, transformasi dijananya nyata, bukan sedikit.

"Rasanya perkembangan saya agak pantas. Saya teringatkan kata seorang aktor senior. Masa itu saya hanya pelakon tambahan, katanya, bukan senang untuk dia berada di tahap yang dimiliki. Dia ambil masa lima tahun untuk berada di situ.

"Saya sukakan cabaran dan saya cabar diri sendiri. Kalau aktor itu boleh buat dalam tempoh lima tahun, saya juga boleh dan mahu lebih cepat daripadanya," katanya yang kerap terinspirasi oleh percakapan sekeliling.

"Ini semua berkat kecekalan dan kerja keras. Sebelum ini ada orang kata saya tidak boleh bawa watak jahat, sebab muka saya baik, begitu juga dengan watak komedi. Pilihan-pilihan yang saya putuskan rasanya berbaloi.

Menyelitkan perbandingan, jentera yang dipecut laju mudah tersasar daripada laluan atau terhumban dek kelajuan yang tidak selari, respons Remy pula, jika langkah sudah dihayun, hati dan jiwa jadi satu manakala akal pula berdiri jadi pedoman. Skeptikal tentang zaman kejatuhan atau bahaya di depan, dibuangnya jauh-jauh.

"Bulat hati saya adalah untuk sukses dalam kehidupan. Saya buangkan jauh-jauh fikiran yang mendorong kepada kejatuhan.

"Tetapi, andai kata nasib tidak menyebelahi, saya tetap bersedia," optimis Remy.

Mengisi bicara bersamanya juga, penulis mengungkit soal hipokrasi dan pembawaan diri sebagai selebriti. Katanya, berdiri di posisi ini, tidak salah jika dia semakin berhati-hati mencanai karakter.

"Dalamannya saya masih Remy seperti yang dikenali dulu, cuma peningkatan usia serta pergaulan mematangkan saya. Saya cuba menjadi seorang lebih baik dan cuba menjaga pandangan orang. Tapi itu bukan bermakna saya seorang yang plastik atau talam dua muka. Itulah yang didefinisikan sebagai hipokrit," tuturnya sambil mengistilahkan pengalaman sebagai guru.

Duta pertama Dashing

Tiga tahun dalam industri juga, gelaran Pelakon TV Lelaki Popular sudah digenggaman, dan dari situ juga peluang yang diraih semakin ketara. Remy melakar sejarah peribadi apabila diumumkan sebagai duta produk Dashing. Remy merupakan wajah sulung jenama Dashing For Men sejak lebih 20 tahun produk penjagaan diri buatan Malaysia itu berada di pasaran.




Mengakui akrab dengan penggunaan produk Dashing sejak remaja, pelantikannya sebagai jurucakap jenama berkenaan menandakan penerimaan dan penghargaan besar buatnya.

"Ini kali pertama saya dipilih sebagai duta produk. Imej Dashing yang muncul dengan slogan Kemuncak Keyakinan itu sealiran dengan diri saya. Ia berkembang dan berdepan transformasi untuk bersaing dengan produk lain.

"Saya lihat Dashing sudah mula meneroka wangian baru, imej baru yang sesuai dengan cita rasa lelaki moden. Itu yang membuatkan ia dekat dengan saya," jelasnya yang akan terlibat dengan sesi jelajah memperkenalkan empat pewangi semburan Dashing iaitu Active, Speed, Cool dan Style.

Barajiwa Mansor Adabi

Pada penghujung tahun ini, aktor yang bernaung bawah bumbung Satu Entertainment itu meletakkan fokusnya terhadap dua komitmen, satunya sedang terzahir menerusi watak pencinta Natrah, Mansor Adabi dan keduanya, Firman Mustakim, untuk filem aksi terbaru karya Osman Ali, Barajiwa.

Kali kedua beraksi sebagai pelakon teater, kata Remy, Mansor Adabi kali ini bertambah menarik untuk disaksikan. Bukan semata-mata kerana cinta terhadap Natrah lakonan Maya Karin sahaja kembali yang berputik tetapi kerana pengisian watak Mansor itu sendiri yang semakin divariasikan aksi yang boleh menarik pesona.

"Watak saya masih sama, cuma ada sedikit perubahan, paling ketaranya, kami banyak menari kali ini," katanya tertawa kecil.

Belum berani meletakkan diri sebagai pelakon teater, tetapi pengalaman memasuki musim kedua teater yang pernah disaksikan 18,000 penonton ketika musim pertama itu, dia menaruh lebih keyakinan.

"Teater adalah penipuan secara terang-terangan di atas pentas, jika penonton terhibur, ia akan memberikan lebih keyakinan kepada pelakon itu sendiri," katanya sambil menyifatkan penghayatan berteater sebagai perkongsian rasa secara spontan di pentas terbuka.

Berbalik kepada Barajiwa yang akan memulakan penggambaran pada 15 Disember nanti, Remy akan berganding bersama Diana Danielle, Bront Palarae, Nadia Nissa, Fizz Fairuz serta Mislina Mustafa.

Kamar bicara Ariel

Posted: 27 Nov 2010 04:27 PM PST


ARIEL berhadapan hukuman penjara maksimum 12 tahun jika mahkamah mendapatinya bersalah menurut undang-undang antipornografi Indonesia.


TAMPIL kemas berkemeja kelabu dan berseluar hitam, Ariel Peterpan kelihatan tenang duduk di bangku ruangan menunggu sambil menghisap lima batang rokok dalam jangka masa yang pendek. Vokalis grup Peterpan itu kemudiannya ditemani peguam bela yang muncul memberi penerangan kepadanya tentang perjalanan perbicaraan kes video seks miliknya.

Perbicaraan penyebaran klip video seks Nazriel Irham yang lebih popular dikenali sebagai Ariel itu berlangsung di Bandung pada Isnin lalu. Buah hatinya yang juga merupakan saksi kepada kes tersebut, Luna Maya, turut hadir bagi menunjukkan sokongannya kepada Ariel.

Air mata Luna dilihat berguguran dan sebagai tanda kasihnya kepada Ariel, Luna mengucup kedua pipi Ariel sebelum kekasihnya itu dibawa masuk ke dalam mahkamah. Itu babak-babak yang berlaku sebelum sesi perbicaraan berlangsung

Perjalanan kes itu mendapat liputan meluas media Indonesia, malah lebih daripada enam buah kenderaan stesen televisyen memenuhi kawasan mahkamah.

Walaupun dijalankan secara tertutup, sekumpulan wartawan sabar menunggu di ruang legar mahkamah bagi mendapatkan perkembangan kes.


KELIHATAN sekumpulan aktivis Islam Indonesia berkumpul untuk mendesak Ariel dijatuhkan hukuman berat.


Ariel sempat meluangkan waktu seketika dan membenarkan dirinya ditemu ramah dalam kawalan ketat polis sejurus dibawa keluar daripada kenderaan pihak berkuasa itu.

Sahabat Peterpan VS aktivis Islam

Kelab peminat Peterpan, Sahabat Peterpan hadir membawa kain rentang menunjukkan sokongan terhadap pemuzik kesayangan mereka. Kumpulan itu turut bersama-sama menyanyikan lagu-lagu hit daripada Peterpan sambil melaung-laungkan kalimat 'Bebaskan Ariel.'

Di sudut yang lain, sekumpulan aktivis Islam Indonesia kelihatan berkumpul untuk mendesak Ariel dijatuhkan hukuman berat atas dosa besar yang dilakukannya sebagai seorang Muslim.

"Ariel dan Luna Maya seharusnya direjam sampai mati kerana itu merupakan hukuman buat pelaku zina," tegas seorang aktivis yang turut menyertai protes tersebut.

Protes warga Malaysia

Di sebalik bantahan itu, seorang warga Malaysia yang dikenali sebagai Mal Putrajaya sanggup ke Indonesia semata-mata mahu menyertai protes terhadap tindakan penyanyi tersebut yang melakukan hubungan seks luar nikah.

Bapa kepada empat cahaya mata itu hadir merentang sepanduk di Penjara Kebon Waru yang menjadi lokasi Ariel ditahan.

Ketika ditanya wartawan, Mal mengatakan dia tidak mahu kes Ariel diadili dengan sambil lewa.


KES Ariel mendapat liputan meluas dan dia terpaksa dikawal ketat.


"Saya mahu Ariel dikenakan hukuman yang setimpal di atas dosa yang dilakukannya," luahnya menyalahkan Ariel berikutan malapetaka tidak henti-henti di Indonesia termasuk letusan Gunung Merapi dan Banjir Wasior.

Redjoy VS Ariel

Tertuduh pertama yang didakwa menjadi dalang penyebaran klip video seks itu, Reza Rizaldy, tetap mempertahankan dirinya tidak terlibat dengan penyebaran video tersebut.

Penyunting muzik yang dikenali sebagai Redjoy itu mendakwa dia langsung tidak mengetahui akan kewujudan video tersebut di dalam cakera keras mudah alih milik Ariel yang dipinjamkan kepadanya.

Perbicaraan hari pertama juga melihatkan kumpulan pembelaan Ariel menyatakan mustahil untuk Ariel menyebarkan sendiri video tersebut yang ternyata akan menjerat dirinya sendiri.

Tuduhan terhadap Ariel dikatakan tidak masuk akal dan peguam belanya meletakkan Ariel sebagai mangsa keadaan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Rosli Mohalim bikin album dengan Datuk S?

Posted: 27 Nov 2010 04:27 PM PST


ROSLI MOHALIM


DIVA nak tanya dulu, masih ingat tak dengan gitaris kumpulan Sweet Charity, Rosli Mohalim, yang rambutnya ketak-ketak itu? Satu lagi, ingat tak, kisah Datuk S? Alah, Datuk S yang pernah digosipkan dan disensasikan dengan Fasha Sandha satu ketika dulu? Kalau dah ingat, baguslah, sebab Diva ada cerita terbaru tentang Rosli dan Datuk S itu.

Kawan Diva, Si Ratu Gipsi pecahkan satu cerita lagi. Katanya, Rosli dan Datuk S sekarang tengah bergabung tenaga, idea dan dana untuk membikin album bersama. Diva tanyalah, Datuk S ke yang nak menyanyi sebab setahu Diva, Rosli itu pemain gitar. Si Ratu Gipsi pula diam dan suruh pandai-pandailah Diva korek kat mana-mana. Eh, Diva tak pandai korek kalau koyak kertas boleh!

Jadinya, Diva cuma peliklah tiba-tiba Rosli dan Datuk S nak bergabung. Apa motifnya, untuk tujuan kebajikan ke komersial. Kalau Datuk S banyak duit sangat, apa kata pakat juga dengan Diva untuk buat album gambar. Jangan marah. Apa-apapun, Diva baru sahaja tengok kemunculan terbaru Rosli sebagai cameo dalam cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah dengan watak hantu pemain gitar. Cayalah sama lu Rosli.

Noh, Sam mulut lancang

Posted: 27 Nov 2010 04:26 PM PST


APA yang disaksikan di kotak kaca televisyen atau menjayakan persembahan di atas pentas, itu merupakan sebenar Hujan dan Bunkface.


SAMA ADA berada dalam kelompok pemuzik bebas atau menerobos pintu komersial, sedikit sebanyak, kumpulan Hujan dan Bunkface masih beraksi seperti individu sama. Baik tingkah atau kata, kedua-dua kumpulan itu terbiasa menjadi diri sendiri di depan khalayak.

Hanya kerana keterbukaan dan ketelusan masing-masing, dua grup yang puas menghamburkan semangat juang serta merangkak mencari telinga yang dapat memahami muzik aliran baru itu dianggap punya 'masalah' yang tidak selari dengan karya segar mereka.

Kurang sopan dan tidak tahu hormat orang lain, itu antara nista sering dilemparkan kepada sebilangan ahli kugiran itu. Hujan dan Bunkface pernah dituduh biadap hanya kerana corak komunikasi mereka pernah disalah tafsir.

Contoh terdekat, butir bicara penyelenggara kumpulan Hujan, Noh, 26, pernah menyebabkan hati seorang penuntut institusi pengajian tinggi swasta terguris. Noh didakwa mengeluarkan ayat 'Awak busuk' kepadanya pada sebuah majlis sekitar Jun lalu.

Noh bagaimanapun menganggap niatnya ketika itu sekadar ingin bergurau tambahan pula luarannya, dia merupakan individu gemar bercanda. Sejujurnya, tidak pernah sesekali terlintas di minda Noh untuk merendahkan martabat wanita itu di depan orang lain.

Tidak hanya itu, tunjang utama grup Bunkface, Sam, 23, juga sebelum ini khabarnya mengambil sikap melarikan diri daripada pihak media gara-gara tidak selesa mengulas soal peribadi. Bahkan, dia dilihat kurang peka dengan kritikan konstruktif.

Menyedari kekhilafan sendiri, anak jati Klang, Selangor itu memberitahu, dia lebih gemar bercerita hal karier dan perjuangan Bunkface yang baru hendak berjalan di laluan arus perdana.

Menjadi grup indie yang meletakkan antusias dalam menyampaikan karya sebagai matlamat utama, interpretasi komunikasi mereka dilihat berbeza antara satu sama lain.

Sejauh mana Hujan dan Bunkface tegar kekal dalam sisi sebenar mereka ketika berdepan laluan seni dan kehidupan yang sifatnya realiti, hanya Noh dan Sam mampu memperhalusi patah kata untuk dikongsi bersama Sensasi Bintang.

Biar apa jua definisinya, perjuangan pemuzik seperti Noh dan Sam dilihat menyambung legasi pemuzik Malaysia yang mahu menaikkan semula band-band indie. Pada waktu sama, mereka ingin menaik taraf muzik komuniti tersebut.

Kalian faham maksud komunikasi?

NOH (N): Kalau mengikut pemahaman saya sendiri, komunikasi bermaksud cara perhubungan yang harus dilakukan dengan tatatertib dan jujur.

SAM (S): Pada saya, ia berkaitan manusia berhubung sesama sendiri merangkumi komunikasi sehala atau dua hala.

Gaya komunikasi kalian sebelum bergelar artis bagaimana?

N: Sejujurnya, cara saya dan anggota Hujan bertutur dengan orang sekeliling sama saja. Biarpun sesudah bergelar artis dan dikenali ramai, corak penyampaiannya tetap seperti dahulu.

S: Sama seperti Noh, stail komunikasi saya dan dua ahli Bunkface tidak berubah walaupun kami sudah popular.

Apa yang dipelajari selepas menjadi anak seni?

N: Banyak yang kami pelajari selepas bergelumang dalam bidang seni. Hujan bermula dari bawah, kami tidak terlalu tertib dan tiada protokol. Selepas memasuki muzik arus perdana, baru kami punya kesedaran untuk meningkatkan skil berinteraksi. Begitupun, kami mahu menjadi diri sendiri tanpa perlu berpura-pura. Lagipun kawan-kawan rapat mahu kami mengekalkan sikap gila-gila dan santai seperti biasa.

S: Ada banyak benda yang kami perhatikan selepas memasuki bisnes hiburan. Saya dan Bunkface akui ada merobah beberapa gaya komunikasi. Cuma, semua masih sama apabila berinteraksi sesama kawan. Formaliti kami hanya sewaktu berada di atas pentas. Selebihnya, kami senang menjadi diri sendiri. Menjadi prinsip Bunkface, peminat paling diutamakan sewaktu kami berkarya atau menghibur di atas pentas.

Pernah terlepas kata sehingga rasa menyesal?

N: Kerana ingin memperbaiki diri, saya mengambil keputusan menyambung pengajian pada peringkat Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) di Universiti Utara Malaysia (UUM) sejak Ogos lalu. Banyak saya pelajari tentang bahasa Melayu terutama penggunaan tatabahasa. Baru saya tahu selama ini banyak membuat kesalahan sewaktu berbual dengan orang lain.

S: Kalau ingin bercakap tentang mulut lepas, kami akui sebelum ini main belasah apa yang ingin keluar dari mulut tanpa berfikir panjang lebih-lebih lagi depan media. Namun, sekarang kami cuba memperbaiki pertuturan agar tidak menyakiti mana-mana pihak. Kami juga mendapat pertolongan daripada kawan-kawan satu industri untuk belajar berkomunikasi. Paling membanggakan, Youk juga sanggup mengambil inisiatif untuk mengubah diri dengan menyertai program khas pengajian luar kampus bersama Noh dan artis lain.


ANGGOTA Hujan (dari kiri) Izad, Noh dan Dimas.


Sejauh mana keikhlasan kalian semasa berkomunikasi?

N: Macam saya cakap tadi, anggota kumpulan Hujan jadi diri sendiri baik di atas pentas atau kehidupan realiti. Cuma, saya risau kerana ada kata-kata atau lawak yang ingin disampaikan boleh disalah anggap. Tidak semua orang boleh jadi Dafi atau Syahir. Buat apa perlu berlakon menjadi orang lain sedangkan ini merupakan sisi sebenar saya. Tetapi saya akui ada usaha memperbaiki kemahiran bergaul dan perlakuan dari semasa ke semasa. Saya memperlahankan sedikit sikap merapu dan lepas cakap sebab usia sudah semakin tua tambahan pula hendak berkahwin tidak lama lagi. Meskipun orang nampak luaran saya begini, saya masih tahu menghormati orang tua.

S: Ada sesetengah pihak masih memandang kami dengan riak kurang senang di tempat awam, tetapi kami sekadar membalas dengan senyuman. Ada juga beberapa situasi, kami berdepan sikap kurang ajar anak-anak muda yang seperti tidak berpuas hati dengan Bunkface. Mereka mencebik muka dan macam mahu cari gaduh dengan kami. Tak mahu burukkan keadaan, saya dan anggota Bunkface lain cuba bersabar dan berdiam diri. Kalau kami layan, ia boleh bergaduh dibuatnya.

Kemampuan komunikasi dalam bahasa Inggeris pula bagaimana?

N: Saya akui, saya lemah dalam bahasa Inggeris. Saya tidak ada keyakinan diri untuk bercakap dalam bahasa itu. Sewaktu mengadakan persembahan di Ireland dan Melbourne beberapa bulan lalu pun saya tetap bercakap bahasa Melayu. Saya nampak penonton yang terdiri daripada orang luar tetap seronok dan berhibur bersama Hujan. Habis nyanyian, ada antara mereka yang datang ke belakang pentas sambil mengucapkan tahniah. Sempatlah saya meminta maaf kepada mereka kerana tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Itulah saya, kalau setakat berbual santai, bolehlah.

S: Bahasa antarabangsa itu penting kerana terutama ketika kami mengadakan persembahan di depan khalayak yang bukan bertutur dalam bahasa Melayu. Bukan itu saja, kami sering diundang melakukan pertunjukan pentas di luar negara. Kerana itu, kemahiran berbicara dalam bahasa Inggeris sangat penting sebagai perantara. Secara tidak langsung, ia menunjukkan tahap pemikiran golongan artis. Sedikit sebanyak, tanggapan segelintir pihak yang mengatakan ramai anak seni cetek ilmu dan tidak menguasai bahasa Inggeris, tidak akan berlaku lagi. Kalau dalam Bunkface, Paan dan Youk lebih mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Kate optimis pembedahan kosmetik

Posted: 27 Nov 2010 04:26 PM PST


KATE HUDSON


BIARPUN tidak membantah atau menolak pembedahan kosmetik, Kate Hudson, 31, bagaimanapun mengaku enggan melakukan amalan itu buat masa ini atas faktor usia masih muda manakala wajahnya belum menghadapi masalah.

Aktres yang sentiasa meraih tumpuan saat wajahnya muncul di layar perak itu memberitahu, dia belum punya sebarang rancangan untuk menjalani pembedahan kosmetik melainkan wajahnya mula berkedut dan kelihatan tua.

"Kalau rasa kena buat (pembedahan), saya akan lakukan apabila masanya sudah tiba. Terus terang, saya tidak bersikap skeptikal terhadap mereka yang merubah wajah asal kerana ia terpulang kepada hak masing-masing," jelasnya ringkas.

Jelas Kate. rawatan laser akan menyebabkan kulit menggelupas terlebih dahulu sebelum memperoleh hasil wajah muda serta menawan. Ia menjadi situasi biasa buat mana-mana wanita yang menjalani pembedahan kosmetik, katanya.

"Cuma, jika sudah sampai tahap obses mahu nampak jelita, sudah pasti kita bersedia untuk menahan segala kesakitan dan penderitaan melakukan pembedahan kosmetik," akui Kate yang lebih senang mengamalkan sikap bersederhana dalam hidup.

Artis menggatal di kedai mamak

Posted: 27 Nov 2010 04:24 PM PST

SELEPAS menonton anugerah ala-ala MTV Award di Bukit Jalil minggu lepas, Diva dan teman baik sempat singgah ke sebuah kedai mamak popular di Bandar Sunway, Petaling Jaya.

Sedang enak menikmati sup daging, Diva terlihat kelibat seorang wanita dengan rupa sederhana. Begitupun, selepas diamati, barulah Diva perasan dia merupakan seorang artis yang bakatnya dicungkil menerusi sebuah program realiti.

Disebabkan tidak punya suara untuk bergelar artis, dia mencuba nasibnya dalam bidang lakonan. Alhamdulillah, nampak jugalah bakatnya berlakon walaupun pada tahap biasa-biasa saja.

Depan media artis itu cukup lemah lembut dan pemalu tapi, Diva cukup terkedu, sebab depan Diva, jelaslah sisi sebenar dia yang selama ini cuba disembunyikan.

Diva perasan sejak awal lagi, mata artis suam-suam kuku itu meleta di meja berhampirannya. Hendak kata mereka berkawan, tidaklah pula kerana dia tidak menegur sekumpulan lelaki di situ semasa mula sampai.

Dia dah tak boleh duduk diam sambil matanya asyik mengerling ke arah lelaki-lelaki kacak di meja sebelah. Barangkali dia terpikat dengan salah seorang lelaki di situ.

Kelakuan artis tidak keruan itu juga membuatkan ramai yang perasan termasuklah kawan Diva. Kawan Diva yang alahai lelaki Melayu terakhir tu pun naik meluat melihat gelagat perangai artis itu.

Terlopong mulut Diva tengok tabiat dia, baru Diva terfikir agaknya, sebab itulah dia berpisah dengan kekasihnya yang juga seorang pelakon beberapa bulan lalu.

Diva: 'Potong stim' bila tiba-tiba filem yang Diva tunggu-tunggu dicanangkan pengakhirannya oleh orang media sendiri, kata tak sekolahkan marah?

Majikan kini makin terbeban

Posted: 27 Nov 2010 04:22 PM PST


Kos yang ditanggung majikan untuk mengambil pekerja asing terus meningkat setiap tahun. - Gambar hiasan.


MELAKA – Premium insurans kesihatan bagi 216,000 pembantu rumah di Malaysia perlu ditanggung oleh majikan masing-masing.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, selain itu, premium insurans kesihatan bagi seramai 252,000 pekerja asing sektor perladangan juga perlu dibayar majikan.

"Bagi sektor perladangan dan pembantu rumah, kerajaan telah membuat keputusan supaya majikan membayar premium tersebut," ujarnya selepas melancarkan program Penempatan Pekerjaan Azam Kerja 1Malaysia di sini semalam.

Tapak makanan kita di luar negara

Posted: 27 Nov 2010 04:22 PM PST


NAJIB (tengah) menunjukkan variasi padi baru MR253 dan MR263 selepas memotongnya di sawah padi MARDI di Serdang semalam.


SERDANG - Kerajaan mungkin melaksanakan pakatan strategik dengan beberapa negara luar bagi mengelakkan negara diancam krisis makanan pada masa hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, melalui pakatan strategik itu, suatu kawasan di negara terlibat akan dijadikan tapak pengeluaran makanan Malaysia.

"Kita akan lihat kemungkinan untuk memajukan kawasan pengeluaran makanan di luar negara kerana kosnya lebih rendah berbanding menambah kawasan tanaman atau pengeluaran di negara ini.

"Ia merupakan salah satu langkah bagi mengekalkan bekalan makanan negara," katanya selepas merasmikan Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2010 di sini semalam.