Adsense

Sabtu, 27 November 2010

Celebrity News

Celebrity News


Sinopsis dan Trailer Filem Khurafat Arahan Syamsul Yusof

Posted: 27 Nov 2010 08:16 AM PST

Satu lagi filem seram yang oleh pengarah dan pelakon muda bernama Syamsul Yusof, beliau mengikut jejak ayah beliau yakni Dato Yusof Haslam sehingga dinobatkan menjadi Juara..Ikuti sinopsis dan trailer Filem Khurafat yang akan ditayangkan pada




Sinopsis:
Khurafat mengisahkan perjanjian terlarang dan salah satu bentuk penyelewengan dalam aqidah Islam diantara manusia dan syaitan, sesuatu yang amat ditegah dalam agama suci kita. Tapi manusia tanpa mengira akibat .. membelakangkan Allah, disokong dengan nafsu dendam serakah akhirnya hanyut dengan bisikan syaitan. Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Hospital. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Aishah.



Pasangan ini diawal perkahwinan hidup aman dan bahagia namun tanpa disangka trauma melanda dipertangahan jalan. Mereka sering diganggu oleh lembaga aneh. Bermacam-macam usaha telah dilakukan namun gangguan itu tetap berterusan. Ini amat menakutkan mereka lebih-lebih lagi Johan. Kehadiran seorang perempuan tua misteri ... ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan bernama Anna yang bersiakp pelik dan menakutkan menambahkan lagi episod trauma paangan ini... Anna sentiasa menganggu Johan walaupun ketika Johan bersama Aishah. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing. 

Tidak lama selepas itu Anna ditemui mati bunuh diri dengan mayatnya tergantung. Kematian Anna adalah kemuncaknya perkara-perkara aneh yang berlaku dalam hidup Johan. Bayangan Anna mula menganggu Johan mahupun Aishah. Hidup Johan semakin tertekan. Setelah diasak pelbagai kejadian aneh akhirnya barulah terungkap segala misteri. Johan akhirnya akurdengan kesilapan silamnya... perbuatan Khurafat yang diamalkan kini menuntut haknya dan Johan terpaksa membayarnya dengan harga yang amat tinggi. 

Kesimpulannya Khurafat adalah satu amalan yang mengalih pergantungan manusia daripada Khalik (pencipta/Allah) kepada makhluk (yang dicipta). Di dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang menyeru kepada pergantungan kepada Allah dan menolak kepercayaan terhadap yang selainnya bagi mendapat kebaikan dan menolak keburukan. Yang memberi segala kenikmatan dan keyakinan hanya Allah. KepadaNya seluruh makhluk bergantung. Akhirnya apakah kesudahan KHURAFAT?



Khurafat Pengarah : Syamsul Yusof 
Syarikat Penerbit : Skop Production Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Ngeri
Klasifikasi : PG-13 - Bimbingan ibubapa atau orang dewasa disyorkan untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun
Tarikh Tayangan : 13 Januari 2011
Durasi : 80 min
Audio : Dolby
Format : 35mm


Babak Filem Khurafat





Video / Trailer

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Facebook Bienda Sudah Mencecah 5 Ribu Kawan

Posted: 26 Nov 2010 09:36 PM PST

Jika anda tidak mengetahui Maksimum "Friends" @ Kawan di Facebook, ZoOm nak bagi tau Maksimum adalah 5 Ribu rakan sahaja, maksudnya hanya 4999 untuk satu akaun. Jika nak lebih kena "create" Fan Page yang tidak menetapkan limit untuk akaun Facebook.


Apa yang ZoOm tahu Facebook Bienda sudah mencapai Max 5 K rakan, dan jika anda ingin menjadi rakan beliau hanya " Like " di Fans beliau di " Bienda Norazlinda MySweet Fan ". Dan berikut ZoOm sertakan gambar terbaru Bienda di Facebook beliau. Lagi gambar di click Baca Lagi..










ZoOm : Comel....n Cantik...APa kata anda ?

Gambar Terbaru di Facebook Salima Akademi Fantasia

Posted: 26 Nov 2010 09:04 PM PST

Inilah gambar terbaru di facebook Salima artis yang juga keluaran Akademi Fantasia dan kini turut bergiat aktif dengan sebagai orang kuat AC Mizal kita dalam ACK . Dah lama ZoOm tidak mendengar atau membaca berita gadis ini dikaca TV mahupun di dada akhbar. Mungkin kerana kesibukan dengan aktiviti seharian !! atau ingin menumpukan pada bidang perniagaan atau dll..Apa-apa pun semoga beliau sihat selalu...Lagi gambar di bawah;

Mata nampak bercahaya sebab pakai contacttt lensss :)

Sape la jantan yang jelir-jelir lidah ni iskkk iskk 


Bersama Rosma Dan Khai..

Guna Make Up

Tanpa Mak up :)

Huh....anak sape la ni...makcikkk kirim salam dekat anak makcik...


APa kata anda mengenai SALIMA AF ni !!?