Adsense

Rabu, 3 November 2010

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Kalau ikutkan hati, mati - Syamsul

Posted:

Kalau ikutkan hati, mati - Syamsul

Kalau ikutkan hati, mati - Syamsul



MEMANJAT kesyukuran terhadap Illahi dengan kemenangannya pada Festival Filem Malaysia ke-23, Syamsul Yusof mengadakan majlis bagi tujuan itu baru-baru ini di kediamannya.

Pelakon dan pengarah muda yang juga merupakan anak kepada pengarah tersohor Malaysia, Datuk Yusof Haslam itu telah memenangi kategori Pengarah Terbaik FFM23.

Namun, di sebalik kegembiraan dan senyuman yang dapat dilihat umum, terselit juga kesedihan dan kekesalan dalam diri anak muda berusia 26 tahun ini tentang apa yang telah berlaku selepas menjulang anugerah berprestij itu.

Ini kerana banyak pihak tampil tidak berpuas hati dengan kemenangannya itu.

Tidak perlulah disebut siapakah gerangannya 'banyak pihak' tersebut dan apa kata-kata tidak puas hati yang dihamburkan mereka, kerana kelak ia membuat luka yang sudah parah bertambah parah, tetapi cukup kalau dikatakan hati Syamsul juga luka parah impak hal tersebut.

Cuma Syamsul paling terasa apabila pelakon Farid Kamil mengeluarkan kenyataan media mengulas mengenai dirinya yang kalah dalam pencalonan Pengarah Terbaik FFM23.

Sebenarnya, sama seperti Syamsul yang baru bergelar pengarah menerusi sebuah filem iaitu KL Drift 2 dan terus tercalon untuk kategori Pengarah Terbaik FFM23, Farid juga baru bergelar pengarah menerusi hanya sebuah filem arahannya iaitu V3: Samseng Jalanan dan sama seperti dia juga turut tercalon dalam kategori itu bersama Syamsul dan tiga calon lain termasuk Jason Chong untuk filem Belukar, Mamat Khalid (Estet) dan Ahmad Idham Ahmad Nadzri (Adfnan Sempit).

Cuma perbezaannya Syamsul menang dan Farid kalah!

Apa yang menarik, Syamsul dan Farid merupakan rakan baik, malah mereka bergandingan dalam Evolusi KL Drift 2, yang mana Farid turut berlakon salah satu watak penting dalam filem itu.

Kini, hubungan Syamsul dan Farid dikatakan dingin kesan kemenangan Syamsul pada FFM23.

Mengapa? Ikuti temu bual Syamsul dengan Kosmo! di kediaman keluarganya di Darul Haslam, Taman Melawati, Hulu Klang, Selangor, Isnin lepas.

Kosmo!: Bagaimana hubungan Syamsul dengan Farid Kamil selepas FFM23?

SYAMSUL: Pada saya, dia sama seperti saya - seorang pengarah muda. Walaupun (baru mengarah) satu filem, namanya sudah tercalon di dalam kategori pengarah terbaik, untuk lima tempat teratas (Top 5). Saya rasa dia juga harus berbangga dan saya juga tumpang berbangga dengan pencapaiannya.


BERSYUKUR. Syamsul mengadakan majlis kesyukuran sempena kejayaan yang diraihnya pada Festival Filem Malaysia ke-23 di kediaman keluarganya di Taman Melawati, Selangor Isnin lepas.


Bagaimana pula dengan Azhari Zain (pengarah filem Mantra)? Kalau nak dibandingkan dengan Farid dan Azhari, banyak filem yang telah dibuat seperti Santau, Mantra dan sebagainya. Ia jelas kelihatan pencapaiannya dan kalau nak diikutkan, Azhari Zain lebih berhak berada di tempat Farid Kamil.

Tetapi adakah Azhari mempertikaikannya (apabila dia langsung tidak tersenarai dalam calon Top 5 Pengarah Terbaik)?

Sebagai profesional, Azhari tidak berbuat demikian kerana mungkin dia juga menganggap ini semua rezeki masing-masing.

Jadi, dengan kemenangan saya, Farid mengeluarkan kata-kata (kenyataan media) seperti "Saya tidak kisah kalau tidak menang, tetapi sahabat saya Bront menang". Jadi, saya pun terfikir, siapa saya? Adakah saya ini bukan sahabatnya juga?

Ini kerana saya mengenali Farid Kamil sejak filem pertama saya (Evolusi KL Drift). Kami berkawan sejak saya masih berkawan dengan (aktres) Diana Danielle lagi tetapi dia (boleh) berkata begitu.

Sebagai kawan saya berasa sedih dan sekarang baru saya tahu siapa sahabat sebenar dan sebaliknya.

Dengan kemenangan saya, saya harapkan ia menjadi inspirasi kepada dia sebagai pengarah muda, dan tidak perlu pertikaikan kemenangan saya itu.

Saya pun ada berkata, kemenangan ini adalah sebagai inspirasi kepada pengarah-pengarah muda terutamanya Farid Kamil, Pierre Andre dan semuanya yang mana walaupun kita masih muda, kita mampu membuat yang terbaik, insya-Allah.

Anda seolah-olah seperti kasihankan Farid pula. Boleh komen?

Jika difikir semula, untuk apa mahu bergaduh? Macam-macam saya boleh cakap, tetapi seperti kalau ikutkan hati, mati. Kalau kita marah, kadangkala, kita buat perkara yang di luar pemikiran. Kadang-kadang apa yang kita cakap juga harus berlapik. Itu sahaja yang mampu saya cakap.


SYAMSUL terkilan dengan kenyataan media yang dibuat oleh Farid ketika mengulas mengenai calon-calon yang menang pada Festival Filem Malaysia ke-23 baru-baru ini.


Apa jalan penyelesaian yang Syamsul akan buat selepas ini?

Jangan kerana satu anugerah ini kita bermusuhan. Kita perlu terima kenyataan. Mungkin tahun ini bukan rezeki kita, mungkin bukan rezeki dia, rezeki saya. Kenapa perlu mengeluarkan kenyataan seperti "Selepas ini saya perlu belajar daripada anak Datuk Yusof Haslam macam mana hendak mengarah".

Kenapa perlu mengeluarkan kenyataan yang sebegitu? Bagi saya kalau suatu hari nanti bila saya dah (berusia) 40 atau 50 tahun, mana tahu jika saya masih lagi membuat filem, tiba-tiba ada pemuda berumur 25 tahun, hasil arahannya bagus dan dia terpilih sebagai pemenang pengarah terbaik, takkan saya nak persoalkan.

Sepatutnya bukan salahkan orang lain apabila tak menang, tetapi kaji semula kenapa tak dapat anugerah ini. Tetapi ia berbalik kepada rezeki juga, saya pun tidak mengatakan yang filem yang laku di pawagam bagus dan filem yang tak laku tidak bagus. Tidak semestinya kerana perkara ini terlalu subjektif. Kita tidak boleh nak paksa orang.

Selepas menang anugerah Pengarah Terbaik FFM23, adakah ia akan memberi tekanan kepada Syamsul pada masa akan datang?

Tidak sama sekali. Sekiranya saya tidak memenangi anugerah ini pun saya akan tingkatkan, perbaiki kelemahan-kelemahan yang saya ada dari segi penceritaan, lakonan dan sebagai seorang pengarah.

Namun dengan kemenangan ini, bertambah membakar semangat saya untuk buat sesuatu yang berlainan. Alhamdulillah selepas kemenangan ini, orang akan dapat saksikan filem seram pertama saya berjudul Khurafat yang dilakonkan oleh saya sendiri dan Liyana Jasmay.


PERSAHABATAN antara Syamsul dan Farid tergugat gara-gara sebuah trofi.


Itu adalah permulaan lain dalam sentuhan saya kerana sebelum ini orang dapat tonton filem-filem saya yang mempunyai mesej secara terus.

Namun menerusi Khurafat, ia secara keseluruhannya berlainan. Ada unsur-unsur Islamik saya cuba masukkan dan alhamdulillah, maklum balas Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) juga bagus.

Filem Khurafat akan ditayangkan pada 13 Januari tahun depan yang merupakan filem tempatan pembukaan 2011. Tahun hadapan pun paling kurang saya akan buat tiga filem dan kalau boleh empat filem. Hendak beritahu pun masih terlalu awal, tetapi ada banyak genre seperti seram, aksi dan komedi.

Agaknya siapa yang mulakan dulu selar-menyelar ini. Betul ke ada ke unsur serang-menyerang peribadi masing-masing?

Yang paling terasa ialah soal menang kalah, soal juri jadi satu hal. Tetapi cakap perlulah berlapik, janganlah sampai merendahkan hasil karya orang lain. Bagi saya tak patut berlaku demikian. Tetapi apa pun saya hanya reda sahaja.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Adaptasi filem Jack Neo

Posted:

Adaptasi filem Jack Neo

Adaptasi filem Jack Neo

Oleh FAIZAL SAHARUNI


KONFLIK remaja. Satu babak menarik dalam filem Aku Tak Bodoh.


SETELAH memunculkan I Not Stupid pada tahun 2002 dan sekuelnya, I Not Stupid Too (2006) di Singapura dalam bahasa Mandarin, Hokkien dan Inggeris, kini filem Aku Tak Bodoh diterbitkan dalam versi Melayu oleh syarikat penerbitan tempatan pada 2 Disember nanti.

Jika I Not Stupid dan I Not Stupid Too digarap oleh Jack Neo, Aku Tak Bodoh yang membariskan para pelakon popular tanah air itu mendapat suntikan istimewa daripada pengarah baru, Boris Boo manakala jalan ceritanya pula diolah kembali oleh Hassan Muthalib.

Begitupun, khidmat Jack sebagai pemilik sah dua filem berkenaan tetap diperlukan untuk Aku Tak Bodoh. Jack ditawarkan tugas penerbit eksekutif filem berbajet RM1.3 juta itu bergandingan dengan wakil Malaysia - Ahmad Puad Onah dan J.S. Foo.

Biarpun filem jalur komedi dan kekeluargaan berdurasi 98 minit itu diadaptasi daripada dua filem terkenal, Aku Tak Bodoh bagaimanapun bukan meniru bulat-bulat idea asal I Not Stupid dan I Not Stupid Too. Banyak perbezaan nyata dipaparkan dalam filem itu.

Menurut Pengurus Besar Grand Brilliance Sdn. Bhd. (GBSB), Ahmad Puad Onah, pihaknya sudah mendapat persetujuan daripada Jack untuk menerbitkan Aku Tak Bodoh dalam versi bahasa Melayu di samping melakukan beberapa perubahan bagi tontonan audiens di negara ini.

"Membabitkan kolaborasi Primeworks Studios Sdn. Bhd., J Team Ptd. Ltd., AMC Sdn. Bhd., RAM Entertainment Sdn. Bhd. dan PMP Entertainment Sdn. Bhd., kami bersepakat untuk mendapatkan khidmat Boris sebagai pengarah dan Hassan mengubah suai sedikit jalan cerita.

"Pengolahan beberapa adegan penting kerana kami mahu ikut kesesuaian budaya, bahasa dan sensitiviti masyarakat Malaysia. Tetapi, konsep asal masih dikekalkan," katanya usai majlis pratonton filem tersebut di Cathay E@Curve, Petaling Jaya, Selangor minggu lepas.

Pada waktu yang sama, Brando Lee selaku penerbit bersama turut memberitahu, kelainan Aku Tak Bodoh dapat disaksikan menerusi pengubahsuaian aspek persembahan dan isi kandungannya selain ia melibatkan pelakon, tenaga produksi serta dana dari produksi Malaysia.

"Aku Tak Bodoh merupakan filem Malaysia yang mengadaptasi karya Jack Neo. Senario adaptasi karya orang lain dianggap normal dalam cabang penerbitan filem di dunia. Cuma, kita kena pastikan apa yang ingin dihasilkan ini berbeza dan menyelitkan elemen tempatan.


AKU TAK BODOH menampilkan barisan pelakon terdiri daripada (dari kiri) Rohaizat Hassan,Ariel Zafrel. Riezman Khuzaimi dan Amy Mastura,


"Kami yakin filem ini berupaya menarik penonton kerana sesuai untuk semua lapisan umur. Cuma, susah pihak kami hendak menjangka jumlah kutipan kerana pasti ada persaingan sengit dengan filem lain kerana selera penonton berbeza-beza," terangnya lagi.

Bakal muncul di layar lebar sempena musim cuti sekolah nanti, Aku Tak Bodoh dibintangi barisan pelakon popular tanah air antaranya Riezman Khuzaimi, Amy Mastura, Namron, Adibah Noor dan Datuk Jalaluddin Hassan.

Filem itu juga turut memperkenalkan tiga pelakon muda dan berbakat besar pertama kali bergelumang dalam dunia filem, Ariel Zafrel, Rohaizat Hassan dan Wan Noor Aizat.

Amy yang menerajui watak ibu kepada Rohaizat dan Wan Noor Aizat menjelaskan, Aku Tak Bodoh punya kelainan tersendiri kerana ia berkisar kehidupan keluarga yang boleh dijadikan panduan kepada penonton.

"Saya meletakkan sepenuh pengalaman bagi menghidupkan watak ini. Saya sendiri ada dua anak, jadi ia tidak memberi kesukaran kepada diri. Terus terang, mesej filem ini sangat baik kerana kita tidak pernah bertanyakan anak-anak tentang kehendak mereka.

"Sebagai ibu atau bapa, kita boleh mengambil pengajaran daripada filem ini untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Lantaran itu, kita kena menurunkan ilmu yang baik kepada keturunan sendiri," bilang Amy.

Biarpun sudah melibatkan diri dalam himpunan filem, Riezman menganggap filem tersebut memiliki jalan cerita berbeza berbanding ditampilkan sebelum ini. Malah, dia cukup teruja apabila terpilih melakonkan watak bapa yang bermain dengan variasi emosi.

"Hubungan antara ibu bapa dan anak dapat diperjelaskan dengan sebaik mungkin menerusi Aku Tak Bodoh.

"Sejujurnya, saya juga menggunakan pengalaman sebagai ketua keluarga bagi menghidupkan karakter lakonan ini. Sebagai bapa, saya turut berhadapan dengan kerenah anak-anak sendiri," akuinya.

Aku Tak Bodoh berkisar Roy, 16, menjalani kehidupan yang sentiasa diikat dengan prinsip ibu bapanya. Sikap kedua orang tuanya lebih-lebih lagi gemar mengkritik dan tidak menghargai dirinya, menyebabkan Roy mula berkawan dengan sekumpulan remaja nakal.

Roy berasa cukup dihargai setelah bercampur dengan komuniti baru itu. Pada waktu sama, adik Roy, Jefri, 8, tersepit dalam dunia ciptaan sendiri kerana tiada siapa mempedulikannya.

Keadaan menjadi teruk apabila Roy dan Jefri sudah berani melakukan jenayah.

Ibu bapa mereka yang terlalu marah bertindak memukul anak-anaknya tanpa belas kasihan. Ini menjadikan sikap Roy bertambah liar serta sukar dikawal.

Namun, segala-galanya berubah apabila ibu bapa Roy terbaca blog hasil nukilannya mengenai kisah hidupnya.

Tidak ketinggalan, ibu bapa mereka turut tersentak dengan pengakuan anak bongsu mereka, Jefri yang sebenarnya punya motif sendiri ketika bergelut dalam situasi menyalahi undang-undang itu.

Bagi mengetahui kesudahannya, jangan lupa saksikan filem itu.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.