Adsense

Isnin, 29 November 2010

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Kereta dipandu dibaling batu

Posted: 28 Nov 2010 05:32 AM PST

BARU setahun bergelar janda, pelakon yang dikenali dalam drama Tari Tirana, Wan Sharmila Wan Mohamed, 29, mula merasai keperitannya.

Jika dulu dia ada suami untuk tempat bergantung, tetapi kini semuanya perlu dilakukan sendiri.

Akuinya, sejak bercerai, terpaksa belajar hidup berdikari dan ini begitu sukar dirasakannya kerana sebelum ini sudah biasa hidup berumah tangga.

"Memang ada masalah sedikit bila kita hidup sendiri. Sebelum ini, ke mana-mana lokasi penggambaran memang suami yang menghantar saya. Kini saya memandu sendiri ke lokasi dan tidak ditemani sesiapa.


"Masalahnya saya fobia memandu kereta sendirian sekarang. Semuanya bermula apabila saya terbabit dalam satu insiden di jalan raya lebih sebulan lalu.


"Saya masih ingat lagi ketika itu saya memandu jam 4 pagi untuk ke lokasi penggambaran drama bersiri Dendam Maya. Drama arahan Bade Azmi untuk Astro ini menjalani penggambaran di sekitar Kuala Selangor.

"Saya memang pergi lebih awal ke lokasi kerana saya bimbang sesat dan tidak berjumpa dengan tempat itu. Ketika saya memandu di kawasan hutan yang sunyi menjelang solat Subuh, saya ternampak ada lori yang memberi isyarat dengan lampu suluh. Saya hanya memperlahankan kereta apabila melihat isyarat lampu itu.

"Tiba-tiba saya ternampak sekumpulan lelaki (lebih dari empat orang) yang tidak dikenali menghampiri kereta. Saya lihat ada orang baling batu dan terkena kereta saya," katanya.

Wan Sharmila yang mesra disapa Wan berkata, ketika itu, apa yang terus terlintas di fikirannya ialah pembunuhan kejam ahli perniagaan terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya di mana mayatnya dibakar dalam ladang kelapa sawit dan abunya dibuang ke sungai.

"Saya pun terus memecut kereta dengan laju kerana bimbang akan berlaku kejadian tidak diingini yang boleh mengancam keselamatan saya.

"Saya menangis apabila mengenangkan nasib diri dan tubuh pun menggigil ketika itu. Saya pun terus memandu menuju ke kawasan masjid berhampiran untuk menenangkan fikiran.

"Terus-terang, saya berasa fobia untuk memandu kereta sendirian di kawasan sunyi seperti itu pada waktu malam. Barulah saya sedar betapa sukarnya hidup tanpa suami di sisi," katanya.

Wan dan bekas suaminya, penerbit Radius One Sdn Bhd, Fazli Baharom, 38, sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Johor Bahru pada 23 Oktober 2009.

Perkahwinan dibina selama tiga tahun, tidak dikurniakan cahaya mata.

Kata Wan, hubungannya dengan bekas suami masih baik sampai sekarang kerana mereka berpisah secara baik.

"Saya dapat tahu bekas suami juga belum bertemu pengganti lagi. Saya juga tidak terfikir untuk kami berbaik semula kerana kami memang ditakdirkan untuk menjadi kawan saja.

"Saya juga bebas untuk berkawan dengan siapa yang saya suka begitu juga dengannya. Kalau boleh, saya tidak mahu mencari calon suami bukan daripada kalangan artis," katanya.

Akui Wan, dia masih belum bertemu pengganti untuk mengisi kekosongan hidupnya. Apabila berkawan dengan seseorang, hatinya masih berasa takut jika orang itu benar-benar serius atau tidak hendak berkahwin dengannya.

"Mungkin sebab saya bimbang pisang berbuah dua kali. Apapun, saya memang sudah bersedia hendak kahwin lagi kerana memikirkan usia yang akan mencecah 30 tahun pada tahun depan," katanya.

Wan Sharmila sibuk berlakon

MENGENAI perkembangan karier seni pula, Wan yang sudah tiga tahun berlakon mengakui tawaran berlakon tidak pernah putus sejak dia bercerai.

"Saya bersyukur kerana orang masih beri kepercayaan sampai sekarang. Sebenarnya, bukan saya yang hendak tampil dengan imej seksi dalam drama sebaliknya pengarah yang minta saya tampil dengan imej seperti itu. Kalau boleh saya tidak mahu tampil seksi sangat," katanya.

lakonan terbarunya dapat disaksikan melalui telefilem Aku, Kau, dan Dia untuk TV9.

Katanya, siri itu mencabar dirinya kerana ceritanya mengisahkan cinta tiga segi antara Borhan, Ayu dan Fariz. Telefilem arahan M Hitler ini turut dibintangi Wan Elyas dan Ryzal Jaffar.

"Cabarannya ialah saya perlu bawa watak Ayu yang berusia 17 tahun. Saya perlu patah balik ke zaman 10 tahun lalu dan menjadi budak sekolah.

"Bagi menunjukkan imej budak sekolah, saya pastikan aspek penampilan dari segi pakaian. Pengarah drama ini juga beritahu saya tidak perlu buat-buat untuk menjadi budak sekolah dan hanya menjadi diri sendiri. Mungkin kerana fizikal saya yang kecil saya mudah untuk nampak seperti budak sekolah," katanya.

Selain itu, kata Wan, wataknya dalam telefilem Teh O Ais Limau arahan Along Kamaludin juga memberi pengalaman berbeza buatnya.

Teh O Ais Limau menceritakan remaja iaitu Nurul yang bekerja di kedai DVD. Nurul menunggu keputusan STPM dan bercita-cita melanjutkan pelajaran di universiti.

Kamal dan Nurul sering berjumpa di kedai Rahman dan kebetulan pula minuman kesukaan mereka adalah Teh O Ais Limau. Telefilem komedi ini dibintangi Zul Huzaimy, Almy Nadia, Roy Azman dan Zaryn Min.

Drama lakonannya, Tipah Vavavoom pula disiarkan di Slot Senda pagi di TV3.
Sharmila juga menjadi pengacara program dokumentari klik Klik Asean untuk RTM.

PROFIL
NAMA PENUH: Wan Sharmila Wan Mohamed
NAMA KOMERSIAL: Wan Sharmila
TARIKH LAHIR: 12 Oktober 1981
UMUR: 29 tahun
ASAL: Johor Bahru, Johor
KERJAYA: Pelakon dan pengacara
STATUS: Janda
DRAMA BERSIRI: Riang Tirana, Sindarela, Kisah Kaisara 1 & 2, Tipah Vavavoom, Emil Emilda, Bujang Antik, Sutun, Kembali Lagi, Rona Roni Makaroni, Rebab Tak Bertali, Dendam Maya

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Siti kukuhkan bisnes kecantikan

Posted: 28 Nov 2010 05:21 AM PST

JIKA sudah popular, ada nama, ada reputasi, pencapaian terbukti dan bertaraf diva, letak mana pun peminat tetap mengikuti perkembangan semasa.

Status itu sinonim dengan reputasi ikon selebriti Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza.

Bukan saja berjaya dalam nyanyian, malah berterusan mencari peluang perniagaan terbaik, bahkan menjadi inspirasi kepada peminat bersama menikmati kehidupan lebih baik dalam penjagaan kesihatan.

Khabar baru untuk peminat, Siti kini menceburi bidang perniagaan baru dikenali Sity Avita Sdn Bhd. Perniagaan itu mengetengahkan produk berasaskan pengambilan khasiat tambahan kesihatan berkualiti tinggi.


Siti yang mendapat gelaran 'Celine Dion Asia' mungkin kurang selesa bergelar 'business woman' atau 'superstar', tetapi itulah label terbaru diberikan rakan perniagaan dan sesetengah peminatnya.


Keceriaan beliau membuat pelaburan produk kesihatan terbaru terpancar sejak mengamalkan pengambilan Celergen iaitu penokok antipenuaan dan terapi sel termaju dari Switzerland.

Ia menyusul selepas kejayaan produk kecantikan peribadinya, SimplySiti yang dilancarkan lapan bulan lalu.

Kata Siti, minat menyertai pelaburan produk kesihatan timbul selepas mencuba sendiri pengambilan Celergen sejak lebih setahun lalu.

"Saya mengenali produk Celergen diperkenalkan adik ipar, Zaini Muhd Jiwa. Selepas mencubanya berulang kali, ia ternyata memberi banyak kebaikan dan manfaat kepada dalaman dan luaran diri.

"Sehingga kini, kami sekeluarga termasuk suami dan ibu mentua berterusan menggunakannya.

"Saya mendapati produk ini mampu memberi tenaga tambahan, membuatkan kecergasan diri meningkat dan menambahkan keceriaan menjalani tugasan seharian yang sentiasa sibuk.

"Lebih menarik, saya turut memberikan sekotak produk berkenaan kepada rakan baik dari Indonesia, Kris Dayanti (KD) dan dia menyukainya.

"Buat masa ini, saya merancang memperluaskan produk berkenaan di Indonesia. Hajat masa depan, mahu memperluaskan perniagaan tetapi masih mengekalkan aliran dalam bidang kecantikan dan penjagaan kesihatan," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Sity Avita, Sabtu lalu.

Turut hadir, rakan niaga Sity Avita diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Lee Xiang Yin; suami Siti, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa serta pelakon dan ahli perniagaan, Datuk Shah Rezza.

Impian Siti selepas ini membuka pusat kecantikan sehenti bukan saja untuk wanita, tetapi juga lelaki.

Katanya, ini antara usaha dan inisiatifnya untuk mencapai matlamat bergelar usahawan wanita selepas mencapai impian sebagai penyanyi sepanjang 15 tahun.
"Alhamdulillah, sejak produk SimplySiti dilancarkan, golongan lelaki semakin menyedari dan mengambil berat terhadap penjagaan kesihatan mereka.

"Mereka mula faham pelbagai faktor boleh menyebabkan diri mereka mengalami proses penuaan sebelum tua," katanya.

Sity Avita mula beroperasi di Malaysia sejak 2008 dan kini bertapak di Singapura, Taiwan, Jepun, Australia, Hong Kong, Filipina dan Indonesia. Selain amalan kesihatan menggunakan produk penjagaan kulit dengan jenama SimplySiti, Siti yakin kejelitaan dan keremajaan berpunca daripada makanan diambil.

Kata Siti, peminatnya memberi sambutan yang cukup baik sejak SimplySiti berada di pasaran dan ini juga menjadi motivasi kepadanya dan juga peminat.

"Untuk itu, saya mahu sama-sama berjaya bersama mereka terutama melahirkan usahawan wanita. Jika ada yang hendak menceburi perniagaan bersama Sity Avita ini, saya mengalu-alukan penyertaan mereka," katanya.

Mengenai reaksi peminat dengan pengumuman terbukanya untuk berundur daripada pertandingan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) yang akan berlangsung April tahun depan, Siti hanya tersenyum.

Katanya, pada mulanya memang sukar untuk mereka terima keputusannya itu dan tidak semua peminat yang dapat menerimanya dengan hati terbuka.

"Mungkin mereka sudah biasa kerana wujudnya kemeriahan sepanjang satu bulan untuk proses mengundi kategori pencalonan Siti. Apapun, Siti sudah memberitahu hasrat berkenaan sebelum ini. Saya yakin mereka dapat menerima keputusan ini seadanya," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.