Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! |
- AJL25: Tomok Tunggu 10 Tahun
- Ayu Raudhah Dapat Layanan Istimewa Di Singapura
- Along Jadi ‘Jakun’ Dalam Filem ‘Hello’
- Hujan Dapat Bas Daripada BSN
- Anita Sarawak Berhenti Menyanyi Demi 'Astana'
- Mariah Carey Mengandung Anak Kembar?
- Usher Sedia Ganti Tempat MJ
- 500 wanita usahawan Internet
- Farid pegang pesanan sifu
- Ditinju sebelum bersalin
- Ibu rentung
- Lisa lega Wills, Kate bertunang
- Tiga pengedar dadah tumpas di parkir pusat beli-belah
- Leslie Nielsen Meninggal Dunia
- Program Mentor Bantu Atasi Tekanan Pelarian - MSRI
- Terokai Pasar Borong Ikan Terbesar Dunia
- Pasar Queen Victoria Gamit Perasaan
- Demonstrasi Di Indonesia - ‘Pahlawan Kesiangan’ Hanya Mahu Bikin Sensasi
- Kediaman Tampil Berbeza Cara Eric
- Rahsia kebahagiaan Lisdawati, Fauzi
- Saham tinggi Shahz Jaszle
- Hrithik Roshan promosi diri sendiri
- Lakukan seks 'bersaksi' mayat
- Pokok reput penyebab ajal
- Hanya 187 premis ada sijil halal
Posted: 29 Nov 2010 07:30 PM PST KUALA LUMPUR: Setelah setahun bergelar Juara One In A Million 3 (OIAM), Tomok atau nama sebenarnya, Shah Inderawan Ismail akhirnya memiliki sebuah album solo yang berjudul Tomok. Kata Tomok, walaupun setahun menunggu kemunculan album baru, dia gembira kerana sebanyak empat buah lagu daripada albumnya seperti, Berlari, Arjuna, Rindu Terhenti dan Bagaikan Bidadari telahpun diputarkan di radio dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pendengar-pendengar radio. "Apa yang menggembirakan saya lagi, lagu 'Berlari' telah berjaya ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL25). Dan pencapaian ini telah saya idam-idamkan sejak 10 tahun lalu ketika bersama New Boyz. "Tiga lagu lain juga mendapat tempat di hati peminat-peminat. Mungkin inilah masanya saya mendapat apa yang diinginkan selama ini. Pengorbanan yang dilalui sebelum ini berbaloi. "Tambah pula dalam penghasilan album solo ini saya juga terbabit sebanyak 90 peratus.Ternyata OIAM3 banyak mengubah jalan hidup dan karier saya. "Kiranya album ini adalah jiwa saya dan memang saya ingin memberi satu perubahan dalam album ini. "Selain itu, album ini juga sangat bermakna saya dapat berkerjasama dengan nama-nama besar seperti Aubrey Suwito, Audi Mok, dan Aidit Alfian," kata Tomok pada pelancaran album 'Tomok', di sini, Jumaat. Album Tomok kali ini dilihat lebih matang dan berbeza dengan diri Tomok terdahulu. Malah, lagu-lagu yang dibawakan diibaratkan seperti nafas baru Tomok dalam industri muzik tempatan. Bagaimanapun, Tomok menjelaskan bahawa penghasilan album tersebut tidak bermakna dirinya tamat bergelar salah seorang ahli kumpulan new Boyz. Sebaliknya, ini sebagai permulaan untuk Tomok membero fokus pada nyanyian solonya dan kemudian sebuah projek baru akan dibuat bersama New Boyz pula. "Sekarang ini saya sibuk dengan promosi album dimana pihak pengurusan Monkeybone akan mengadakan konsert jelajah ke seluruh Malaysia. "Lagipun, sebelum menyertai OIAM3, Tomok dan ahli-ahli New Boyz telah berbincang dimana saya akan fokus dengan album solo dahulu dan mereka menerimanya. Apapun saya akan muncul dengan New Boyz bila tiba masanya nanti," jelas penyanyi yang turut menyumbang beberapa lirik lagu dalam albumnya itu. Sementara itu, Tomok telah menimbulkan persoalan kerana dia tidak mengikut seperti yang dikatakannya dimana dia ingin menggunakan nama sebenarnya, Shah Inderawan dan bukan Tomok untuk projek solonya itu. Bagaimanapun, penyanyi itu menjelaskan dia mempunyai alasan sendiri untuk mengekalkan nama Tomok itu. "Memang pada mulanya saya nak tukar nama untuk album solo pertama saya ini. Tapi bila difikirkan semula, saya tidak perlu menukar nama Tomok kerana nama itulah yang menaikkan nama saya sebelum ini. "Walaupun ia dibayangi dengan nama New Boyz, saya tak kisah kerana saya tak pernah malu pun sepanjang saya dan New Boyz bersama," jelasnya yang akan mengadakan konsert jelajah selepas AJL25. | ||||
Ayu Raudhah Dapat Layanan Istimewa Di Singapura Posted: 29 Nov 2010 07:29 PM PST PETALING JAYA: Bukan hendak sebarangan memuji pihak produksi di Singapura, namun itulah hakikatnya yang diluahkan oleh aktres Ayu Raudhah apabila dia mendapat layanan kelas pertama di sana. Layanan tersebut turut diberikan kepada pelakon Malaysia lain yang menjalani penggambaran filem Empayar yang akan dihasilkan dalam bentuk DVD. Pelakon Malaysia lain yang turut serta dalam filem terbitan Ace Pictures itu termasuk Liza Abdullah, Riezman Khuzaimi dan Roslan Salleh. "Cara pihak produksi dari Singapura melayan kami sangat istimewa. Mereka kerap bertanyakan tentang keadaan kami dan apa yang kami perlukan. "Apabila di lokasi penggambaran, mereka akan meminta kami berada di dalam kereta dahulu sementara latar set disiapkan. Malah hotel penginapan dan makanan yang disediakan juga bagus dan sedap," kata Ayu kepada mStar Online. Ayu dan pelakon lain menjalani penggambaran di Singapura selama dua hari bermula 17 hingga 20 November lalu. Filem ini mengisahkan tentang gangster atau dikenali sebagai pailang di Singapura. Ayu melakonkan watak Melissa, yang bercinta dengan gangster di sana. "Saya berlakon di samping hero dari Singapura merangkap penerbit filem ini iaitu Osman Sulaiman. Ceritanya berkonsepkan seperti filem Godfather. "Di depan Melissa, lelaki itu sentiasa berkelakuan baik dan langsung tidak menunjukkan tentang kegiatannya yang sebenar," cerita Ayu, yang melakonkan watak wanita baik dan manja. | ||||
Along Jadi ‘Jakun’ Dalam Filem ‘Hello’ Posted: 29 Nov 2010 07:28 PM PST PETALING JAYA: Pelakon komedi, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 27, perlu melakonkan watak seorang yang 'jakun' demi menjayakan wataknya dalam filem Hello. Hello merupakan filem arahan AR Badul yang turut dilakonkan oleh Angah dan Tauke, rakan seperjuangan Along dari program Raja Lawak. Menurut Along, filem romantik komedi ini turut menceritakan tentang kisah percintaan yang menggandingkan pelakon Dayana Anak Wayang dan Fizow Omar. "Saya melakonkan watak Akay, Angah sebagai Ako manakala Tauke sebagai Aki. Kami bertiga merupakan pekerja kepada seorang pemuzik jawa lakonan Herman Tino. "Kami datang dari kampung dan apabila datang ke bandar, kami menjadi jakun dengan keadaan sekeliling," katanya kepada mStar Online. Mengupas lebih lanjut tentang Hello, Akay, Ako dan Aki meminati anak majikan mereka yang baru pulang dari melanjutkan pelajaran di luar negara. Lantas, mereka bertiga mengubah penampilan masing-masing. Bagaimanapun, ketiga-tiganya tidak dapat lari dari sikap masing-masing. Akay seorang yang manja, Ako suka membuli manakala Aki suka melawan. Sementara itu, penyanyi Isma AF7 bergelar Pengarah Urusan dan Penerbit Nusanbakti Corporation Sdn Bhd apabila empunya syarikat, Datuk Kapten Guljar dan Toh Puan Athia memberi sepenuh kepercayaan kepadanya mengemudi syarikat produksi berkenaan. Pemilik Nusanbakti Corporation Sdn Bhd turut mengemudi Heliza Helmi Productions (HHP) apabila single terbaru Isma, Aku Bukan Pilihanmu adalah terbitan HHP. Hello turut diilhamkan daripada single terbaru Heliza AF5. Filem ini turut dilakonkan oleh Isma, Nas Adila, Dina Nadzir, Acong Sweet Child dan Zul 2by2. | ||||
Posted: 29 Nov 2010 07:26 PM PST KUALA LUMPUR: Setelah memiliki pencapaian yang memberangsangkan di bidang nyanyian, kumpulan Hujan telah menerima sebuah bas khas yang telah diubah suai oleh Bank Simpanan Nasional (BSN). Hujan yang kini menjadi duta MyBSN berkata mereka gembira menerima kemudahan pengangkutan kerana ia lebih memudahkan perjalanan kumpulan itu bila mengadakan konsert jelajah. Menurut salah seorang ahlinya, Dimas, bas tersebut telah diubah suai mengikut keperluan dan keselesaan mereka dan mereka tidak sabar untuk berkongsi keselesaan bas itu bersama peminat-peminat mereka. "Alhamdulillah kemudahan bas yang diberikan ini sangat selesa. Sekurang-kurangnya kami dapat berehat sepanjang konsert jelajah kami yang akan diadakan tidak lama lagi. "Bagaimanapun bas tersebut tidak diberikan terus pada kami tetapi kami akan gunakannya sepanjang setahun kontrak kamu bersama BSN. "Kamu harap para peminat juga dapat merasa menaiki bas ini bersama-sama kami," katanya. Dalam pada itu, Pengurus Bahagian Hal Ehwal Korporat BSN, Emilia Azyyati Abdul Rahman berkata, pemilihan Hujan dibuat berdasarkan pencapaian yang diterima dan Hujan juga memiliki daya tarikan sendiri dalam mengajak para remaja memulakan penyimpanan wang. Sementara itu, ahli Hujan kini hanya tinggal tiga orang sahaja setelah Ag Coco membuat keputusan untuk menarik diri daripada kumpulan tersebut kerana ingin memberi fokus kepada kumpulannya, Coco, yang juga disertainya sejak lapan tahun lalu. Beritahu Dimas, walaupun tanpa AG, gitaris itu tetap akan bersama mereka bila persembahan nyanyian diadakan. "AG cuma bukan lagi jadi ahli kami, tetapi dia kini menjadi pemain 'sesion' kami. Sama juga seperti pemain drum kami, Am," katanya pada pelancaran album Hujan, Lone Soldier Boy (LSB) di Berjaya Time Square, di sini, Jumaat. Selepas kejayaan album Mencari Konklusi, Hujan tampil dengan 14 buah lagu pula iaitu Di Kala Bulan Bermain Biola, Muda, Kotak Hati, Bagaikan Matahari, Inspektor Ramos, Bahgia, Kasihan dan Lonely Soldier Boy. Kata Noh, pembikinan album yang dihasilkan kali ini selama empat bulan itu menelan wang belanja sebanyak RM30,000. "Apapun, kami berpuas hati dengan hasil lagu yang dibuat dan selain peminat-peminat luar, Raingers merupakan pembakar semangat kami untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya. "Dalam pada itu, salah satu lagu daripada album kali ini, LSB adalah sebuah lagu daripada animasi Jepun, Mospeda. Sebenarnya lagu itu telah lama dihasilkan iaitu pada tahun 2006. "Tetapi dengan bantuan Warner Music, kami mendapat kebenaran daripada pihak animasi tersebut menggunakan lagu ini. Bagaimanapun, liriknya saya gubah semula dalam bahasa Melayu," ujarnya. | ||||
Anita Sarawak Berhenti Menyanyi Demi 'Astana' Posted: 29 Nov 2010 07:25 PM PST KUALA LUMPUR: Demi komitmennya terhadap tugas pengacaraan program terbaru Astro Ria iaitu Astana, penyanyi serba boleh Anita Sarawak sanggup menghentikan bidang nyanyian seketika bagi memberi tumpuan pada tugas tersebut. Ujar Anita yang ditemui pada sidang media program Astana di ibu kota, Isnin, sejak pulang daripada bercuti di Eropah bersama suaminya Mahathir, fokusnya hanya tertumpu pada persiapan program yang memaparkan gaya hidup dan kediaman para pemilik rumah mewah di Malaysia itu sahaja. "Selepas pulang daripada bercuti kira-kira pada selepas Aidilfitri lalu, saya mula sibuk dengan komitmen terbaru terhadap program Astana ini. "Memang saya terpaksa tolak sebarang tawaran dan kerja lain termasuk bidang nyanyian buat seketika demi komitmen terhadap program ini. "Pendek kata, segala persiapan mengenai program ini termasuklah menghubungi dan mendekati para pemilik rumah, persiapan skrip program dan proses suntingan dilakukan oleh saya selain daripada tugas pengacaraan," katanya. Mengulas tentang pemilihan penyanyi yang pernah mengacarakan program Kwek Mambo Anita itu, Pengurus Saluran Astro Ria Azlin Reza Azmi berkata, Anita dipilih berdasarkan pada dua kriteria utama iaitu karisma yang dimilikinya serta hubungan baik penyanyi itu dengan orang-orang berpengaruh di Malaysia. Katanya, sejak saluran itu mula merencanakan idea untuk menerbitkan program berdurasi 30 minit itu, pihak penerbitan berdepan dengan kesulitan ekoran keengganan para pemilik rumah untuk mempamerkan rumah mewah mereka di kaca televisyen. Justeru, apabila Astro Ria berbincang dengan Anita mengenai projek tersebut, penyanyi itu bukan saja meyakinkan pihak penerbitan untuk menghubungi dan memujuk sendiri kesemua pemilik rumah daripada pelbagai status dan latar belakang itu, malah turut komited dalam proses penerbitan dan rakaman program Astana. "Pada awalnya, memang pihak kami berdepan kesukaran untuk mendapatkan rumah mewah bagi tujuan program ini. Rata-rata pemilik-pemilik rumah mewah enggan memaparkan rumah mereka di televisyen kerana mereka bimbang akan disalahanggap ingin menunjuk-nunjuk kemewahan hidup atau riak. "Namun, semuanya berjalan dengan lancar apabila kami memanjatkan cadangan itu kepada Anita. Karisma Anita yang elegan dan eksklusif selain hubungan baiknya dengan para pemilik rumah agam ini berjaya meyakinkan mereka untuk memaparkan rumah mewah masing-masing dalam program ini. "Kerjasama dan komitmen yang Anita menjadikan proses rakaman Astana berjalan mengikut perancangan. Kami sememangnya berterima kasih kepada Anita atas bantuannya," katanya. Menerusi program tersebut, Anita selaku pengacara bakal mengunjungi beberapa rumah mewah yang didiami oleh rakan-rakanya seperti ahli perniagaan, kerabat diraja, anak seni dan chef selebriti. Antara rumah mewah yang bakal dipaparkan dalam program sebanyak 13 episod itu termasuk rumah penyampai radio Linda Onn, penerbit dan pengarah filem Datuk Yusof Haslam, Chef Wan dan ramai lagi. Program yang terbahagi kepada tiga segmen itu akan mula bersiaran pada 12 Disember 2010 pada setiap Ahad pukul 7.30 malam di Astro Ria (Saluran 104). | ||||
Mariah Carey Mengandung Anak Kembar? Posted: 29 Nov 2010 07:24 PM PST LONDON: Cerita terbaru mengenai penyanyi Mariah Carey ini pasti mengejutkan peminat bintang R&B ini. Ketika ditemubual oleh Radio Disney, penyanyi itu secara tidak sengaja telah memanggil bayi dalam kandungannya dengan kata ganti nama 'mereka'. Kenyataan tersebut sekaligus memberikan gambaran Carey bakal melahirkan bayi kembar tidak lama lagi. Jika pada Oktober lalu, Carey dan suaminya Nick Cannon telah membuat pengumuman tergempar mengenai kehamilannya, terbaru penyanyi yang kini tampil dengan album Merry Chrismas II You itu sekali lagi mengejutkan dunia hiburan tentang berita kandungan kembar itu pula. "Saya cuma berharap agar mereka (bayi dalam kandungan) tidak membenci sambutan Hari Natal apabila dewasa nanti," katanya yang dipetik daripada temuramah bersama stesen radio itu, baru-baru ini. | ||||
Posted: 29 Nov 2010 07:20 PM PST WASHINGTON: Penyanyi yang disebut-sebut bakal menggantikan Michael Jackson iaitu Usher mengakui tertekan dengan jolokan itu. Namun, dia menolak kemungkinan untuk menyahut cabaran tersebut. Ujar Usher, dia merasai kekosongan yang ditinggalkan dalam dunia muzik hari ini selepas permergian secara mengejut penyanyi lagu Thriller itu pada 25 Jun 2009. "Kita telah kehilangan Michael Jackson. Kini tekanan yang hebat dibebankan kepada saya untuk menggantikan tempatnya. Namun, saya tidak kisah dan bersedia menyahut cabaran itu," katanya yang dipetik oleh contactmusic.com. Sebagai salah satu langkah untuk bergelar pengganti penyanyi hebat itu, Usher merancang untuk mengadakan siri konsert jelajah pada tahun depan. Dia percaya perancangan itu mampu membuatkan Raja Pop itu bangga. "Saya ingin pastikan peminat akan merasai kelainan pada mutu persembahan dan nyanyian saya sehingga orang boleh membandingkan saya dengan penghibur sehebat Michael Jackson. "Untuk menjadi penghibur sehebat Michael Jackson, saya perlu bekerja keras dalam segenap aspek iaitu emosi dan tenaga dalam persembahan. "Saya ingin mendekati peminat dan memberi kepuasan kepada mereka sebagaimana yang dilakukan oleh Michael. Itu impian saya," katanya yang dipetik oleh akhbar Daily Star. | ||||
Posted: 29 Nov 2010 05:39 PM PST LEBIH CEKAP...(dari kiri) Samsiah, Florence dan dua usahawan wanita yang memajukan perniagaan mereka menggunakan perniagaan dalam talian. MUDAH...perniagaan dalam talian kian digemari kerana cekap dan menjimatkan masa. CEKAP dan lebih menjimatkan masa, dua kriteria utama perniagaan dalam talian kini semakin berkembang pesat di negara ini. Tambahan pula, faktor pertambahan jumlah pelayar Internet yang semakin meningkat setiap hari turut membuktikan penggunaan medium baru itu mampu menjana pendapatan lebih kepada mereka yang menggunakannya. Apa jua perniagaan yang dijalankan tidak kira kecil atau besar, semuanya boleh dimajukan dengan penggunaan kedai dalam talian.
| ||||
Posted: 29 Nov 2010 05:38 PM PST PASTI ramai terkejut melihat penampilan pelakon muda ini yang agak ranggi dengan rambut pendek dan mekap tebal kerana dirinya tidak pernah tampil begini. Sejak dikenali melalui siri Impian, Nurdiyana Amir Hashim atau Diana Amir, 24, lebih dikenali dengan imej feminin. Malah, gadis kelahiran Birmingham, England pada 22 Jun 1986 ini tidak pernah memotong pendek rambut yang disifatkan mahkota bagi wanita. Namun semua itu terpaksa dikorbankan demi wataknya sebagai Sam dalam filem 321 Cinta.
Katanya, dia mendapat keberanian untuk berterus terang dengan pengarah kerana sangat menginginkan watak itu dan meyakinkan Azahari dia memang layak memegang watak itu. Diana pernah bekerja dengan Azahari melalui drama Jalan Pinang Sebatang dan berjanji akan melakukan yang terbaik jika diberi peluang. "Saya suka sangat dengan watak ini dan tidak mahu ia terlepas ke tangan orang lain. Apabila pengarah mengatakan saya perlu memotong pendek rambut saya sesuai dengan watak gadis tomboi, saya terkedu seketika kerana selama ini selesa berambut panjang. "Tapi demi komitmen saya pada filem ini, saya sedia korbankan rambut. Bagi saya, rambut akan panjang, tapi peluang keemasan tidak datang selalu. "Saya tidak mahu lepaskan peluang ini," katanya ketika ditemui di lokasi penggambaran filem itu. Anak keempat daripada tujuh beradik ini mengaku menangis apabila melihat rambutnya gugur ke lantai ketika di salon untuk memotong rambutnya. Apatah lagi sebaik saja selesai dan melihat cermin, hatinya sedih melihat rambutnya yang sangat pendek. "Apabila pulang ke rumah, ibu mengatakan saya nampak teruk dengan rambut pendek. "Malah, adik perempuan saya sendiri tidak selesa tidur sebilik dengan saya kerana rasa saya seperti orang asing. Tapi semua itu saya lalui dengan sabar untuk filem ini, "Saya juga membuat persediaan selama dua minggu untuk menjayakan watak dengan belajar cara berjalan dan bercakap gadis tomboi daripada kawan baik saya. "Bagaimanapun, saya memotong pendek rambut hanya tiga hari sebelum penggambaran bermula. Ternyata selepas berambut pendek, perasaan itu terus berubah seolah-olah saya kini budak tomboi yang kasar," katanya. Kata Diana, penampilannya berskirt dan mekap tebal disesuaikan dengan babak pada hari itu apabila Sam mengikut Nazril (Farid) ke rumahnya untuk satu majlis dan diperkenalkan dengan keluarga Nazril. "Mereka sama-sama belajar satu kolej. Sam tertarik dengan Nazril dan berazam menjadi teman wanitanya. Nazril pula bukan sebarang lelaki kerana menjadi pujaan ramai pelajar wanita di kolej. "Untuk menambat hati Nazril, Sam bermekap dan pakai skirt. Tapi dia tidak biasa hingga nampak janggal dan turut ditegur Nazril, tetapi Sam tidak peduli. "Istimewanya filem ini, kalau biasanya dalam filem romantik komedi lelaki yang memikat gadis idamannya, tetapi kali ini wanita yang cuba memikat lelaki disukainya. "Namun, dalam mengejar cinta Nazril, Sam tidak tahu ada pemuda lain yang begitu sayang dan setia menemaninya selama ini," katanya. Diana yang dikatakan menjalin cinta dengan Zizan Raja Lawak ini mengakui bangga dapat berganding dengan aktor yang begitu laris di pasaran, Farid Kamil dan juga Pierre Andre yang dikaguminya. Kedua-dua mereka bukan saja pelakon hebat, malah anak muda bergelar pengarah. Filem ini juga menyaksikan kembalinya Pierre bekerjasama dengan MIG Productions selepas berlaku sedikit masalah tidak lama dulu. Dalam filem ini, Diana berada dalam persimpangan antara dua jejaka kacak, Farid dan Pierre. "Saya suka bekerja dengan Farid kerana dia sporting dan tidak lokek ilmu serta nasihat. Pierre pula agak mengejutkan kerana dia nampak serius, tapi sebenarnya apabila di lokasi orangnya kelakar dan suka buat lawak," katanya. Selesai penggambaran filem ini, Diana masih tampil rambut pendek kerana perlu memotong semula bahagian bawah rambutnya yang rosak. Filem terbarunya, Aku Masih Dara arahan Ahmad Idham akan ditayangkan pada 16 Disember ini. Filem berkisar kepada isu kerosakan akhlak dan amalan hidup bebas di kalangan remaja hari ini menampilkan Diana menjadi gadis yang terjerumus dalam kancah kehidupan penuh noda ekoran kesukaran hidup yang dilaluinya. Turut berlakon, Yana Samsudin, Raja Farah, Farid Kamil dan Ashraf Muslim. Farid mahu jadi versatil SUDAH bergelar pengarah apabila diberi kepercayaan mengarahkan filem V3: Samseng Jalanan dan Kongsi, waktu sama nama Farid Kamil, 29, tetap laris sebagai hero layar perak. Buktinya, sepanjang 2010, enam filem lakonannya ditayangkan di pawagam bermula V3: Samseng Jalanan, Evolusi KL Drift 2, Semerah Cinta Stilleto, Lagenda Budak Setan, Cuti-cuti Cinta dan Estet. Apakah pemegang Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Seni Persembahan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini tidak bimbang peminat jemu dengan lakonannya. Sepatutnya anak muda kelahiran Alor Setar, Kedah pada 5 Mei 1981ini bersikap selektif dengan watak dijayakan selepas mula menceburi lakonan pada 2003 melalui filem arahan Prof Madya A Razak Mohaideen yakni Mistik, Potret Mistik, Cinta Fotokopi dan 7 Perhentian. "Saya ingin menjadi pelakon versatil dan mahu mencuba pelbagai watak. Saya sudah mencuba filem aksi dan juga romantik. "Bagi saya, tidak perlu terlalu selektif dengan skrip kerana berpegang kepada pesanan sifu saya, Ahmad Yatim. "Katanya, jangan salahkan skrip kalau berlakon tak bagus kerana kalau pelakon memberikan yang terbaik, skrip yang buruk boleh jadikan wataknya bagus. "Alhamdulillah, buat masa ini tawaran tetap ada untuk saya dan ini memberi peluang kepada saya untuk mencuba pelbagai watak diberikan dan cuba mewarnainya sebaik mungkin," katanya. Pasangannya dalam filem juga cuba dipelbagaikan kini selepas dikatakan sering digandingkan dengan Lisa Surihani bermula dengan I'm Not Single, Semerah Cinta Stilleto dan Lagenda Budak Setan sehingga pernah digosipkan ada hubungan istimewa. Sebagai percubaan, Farid yang pernah putus cinta dengan pelakon Irma Hasmie dan kini rapat dengan pelakon remaja, Diana Danielle, digandingkan kali pertama dengan Nora Danish melalui filem Cuti-cuti Cinta arahan Ahmad Idham yang ditayangkan di pawagam pada 21 Oktober lalu. Terbaru, Farid digandingkan pula dengan Diana Amir dalam filem 321 Cinta dan ini juga gandingan pertama mereka sebagai pasangan, tetapi pernah bekerja dengan Diana melalui V3: Samseng Jalanan yang juga arahan Farid serta Aku Masih Dara. "Saya pernah bekerja dengan Diana dalam V3 dan sebagai pengarah, saya lihat dia pelakon baru yang boleh mencipta nama dalam lakonan seperti Lisa. Dia mudah dibentuk dan cepat tukar karakter," katanya. Langkah pertamanya bergelar pengarah juga memberi pencalonan Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) baru-baru ini manakala dalam lakonan, pernah dicalonkan Pelakon Lelaki Terbaik melalui Anak Halal dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik melalui Kala Malam Bulan Mengambang. | ||||
Posted: 29 Nov 2010 05:12 PM PST MUAR: Penderitaan seorang wanita yang hampir melahirkan anak bertambah parah apabila perutnya ditumbuk berkali-kali oleh seorang pengawal keselamatan yang bertugas di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini, awal pagi kelmarin. Dalam kejadian 7.30 pagi itu, mangsa yang berumur 26 tahun dihantar suaminya ke hospital itu selepas mengadu sakit perut mahu melahirkan anak.
"Ketika kejadian, suami mangsa meletakkan kenderaan di petak parkir, manakala suspek membantu menolak mangsa menggunakan kerusi roda ke wad bersalin.
Menurut beliau, polis kemudiannya menahan pengawal keselamatan terbabit untuk membantu siasatan.
"Siasatan awal mendapati suspek baru dua bulan bekerja di syarikat kawalan keselamatan di HPSF," katanya.
| ||||
Posted: 29 Nov 2010 05:09 PM PST REMUK...kereta yang terbabit kemalangan, semalam. TUTUP...mayat mangsa dibawa ke HTAA. KUANTAN: Kegembiraan seorang ibu untuk menyambut menantu berakhir tragedi menyayat hati apabila dia rentung selepas terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan pulang selepas mengedar kad kahwin anak perempuannya yang dijadualkan berlangsung pada 11 Disember ini. Dalam kejadian jam 1.45 tengah hari di Kilometer 35, Jalan Kuantan-Kemaman, di sini, semalam, mangsa, Senik Osman, 69, rentung selepas kereta Proton Iswara dinaiki bersama suaminya, Abdul Ghani Ahmad, 72, dirempuh sebuah Toyota Vios dipandu seorang lelaki, Patrick Chai Yew Fai, 22.
Suami mangsa yang juga seorang mekanik dan Patrick dilaporkan parah dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.
"Dia hanya memaklumkan sudah mengedarkan kad undangan itu di sana (Kemaman)," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
| ||||
Lisa lega Wills, Kate bertunang Posted: 29 Nov 2010 05:06 PM PST LISA dan kekasihnya, James Woodsford KENANGAN...Lisa dan Wills pada 2007. LONDON: Gadis yang bertanggungjawab terhadap perpisahan Kate Middleton dengan Putera William pada 2007 berkata semalam, dia gembira pasangan itu sudah bertunang. Lisa Agar, 23, dilihat minum bersama William dan mereka menari bersama di atas podium pada malam kejadian.
Beberapa peminat keluarga diraja Britain berkata, Lisa menjadi punca perpisahan itu dan melancarkan kempen membencinya.
"Kami minum bersama sebelum beliau naik ke podium untuk menari. Kemudian beliau mengajak saya menyertainya. "Saya menari bersama dengan bakal raja. Saya sungguh teruja.
Bagaimanapun, seperti William dan Kate, mereka kembali sebagai sepasang kekasih baru-baru ini. | ||||
Tiga pengedar dadah tumpas di parkir pusat beli-belah Posted: 29 Nov 2010 05:01 PM PST RAMPAS...Pegawai Penyiasat Narkotik IPD Dang Wangi, Inspektor Nur Rafida Mustapah menunjukkan dadah yang dirampas. KUALA LUMPUR: Tiga pengedar dadah tidak sempat menyerahkan bekalan dadah dibawa kepada pelanggan apabila kegiatan mereka dihidu sebelum dicekup polis di kawasan letak kereta sebuah pusat membeli-belah terkemuka di sini, Khamis lalu. Kegiatan jenayah itu terbongkar dalam serbuan khas dilakukan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Dang Wangi, kira-kira jam 7 petang. Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh, berkata berdasarkan hasil maklumat awam, pihaknya menyerbu sebuah Perodua Myvi berwarna hitam di kawasan letak kereta kompleks membeli-belah itu untuk pemeriksaan lanjut.
| ||||
Leslie Nielsen Meninggal Dunia Posted: 29 Nov 2010 04:59 PM PST FLORIDA: Pelakon komedi Leslie Nielsen, 84, yang popular menerusi filem 'Airplane' dan 'The Naked Gun' telah meninggal dunia di sebuah hospital di Florida, Ahad, pada pukul 5.34 petang. Menurut agen pelakon yang terkenal dengan panggilan Lt.Frank Drebin dalam The naked Gun, John S.Kelly, Leslie mengalami kompilasi radang paru-paru dan telah dimasukkan ke wad sejak dua minggu lepas di hospital berdekatan dengan rumahnya, Fort Lauderdale, Florida. "Sudah lebih daripada 60 tahun dia dalam bidang lakonan dan semua orang menyayanginya. Pemergian Leslie membuatkan ramai yang sedih dan tidak menjangka dia pergi begitu cepat. "Ketika sedang tenat, Leslie dikelilingi oleh isterinya, keluarga dan rakan-rakan yang rapat. "Kami mendoakan agar dia mendapat ketenangan di atas sana," kata John kepada laman portal Newkerala. Leslie merupakan anak kelahiran Canada dan telah muncul lebih daripada 100 buah filem serta drama sepanjang karier lakonannya. Pelakon itu juga pernah berkahwin sebanyak empat kali dan memiliki dua orang anak, Maura dan Thea Nielsen, hasil daripada perkahwinan keduanya itu. | ||||
Program Mentor Bantu Atasi Tekanan Pelarian - MSRI Posted: 29 Nov 2010 04:57 PM PST INSTITUT Penyelidikan Sosial Malaysia (MSRI) adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tampil ke hadapan membantu komuniti pelarian merasai keselesaan sepanjang mereka berada di negara ini apabila memperkenalkan inisiatif Program Mentor Pelarian Sahabat. Pengarah Eksekutifnya, Lia Syed berkata, program itu merupakan pertemuan antara mentor di kalangan sukarelawan dengan pelarian bagi mencapai matlamat khusus. "Ia bertujuan memecahkan tembok yang menjurangkan antara komuniti pelarian dengan rakyat Malaysia serta menyelesaikan kerumitan yang dihadapi golongan itu. "Mereka tidak mempunyai komuniti yang besar, sukar berhubung dengan dunia luar dan lebih bersendiri seolah-olah menjalani kehidupan 'tergantung'," katanya kepada Mingguan mStar. Kebanyakan pelarian begitu takut untuk keluar bertemu masyarakat kerana bimbang akan ditahan oleh pihak berkuasa serta tidak mahu menjadi mangsa jenayah. Pada masa sama, segelintir masyarakat Malaysia masih mempunyai persepsi buruk tentang kedudukan pelarian sedangkan tujuan mereka ke negara ini untuk mendapatkan perlindungan ekoran masalah atau pergelutan yang berlaku di negara asal. Lia berkata, Malaysia sebuah negara aman dan terdapat banyak cara untuk memberikan keselesaan kepada mereka sepanjang menetap sementara di negara ini. "Sampai ke satu tahap antara mereka pernah berkata; jika saya mati, tiada siapa akan tahu, tiada siapa akan ambil peduli. "Ini menunjukkan bahawa mereka berasa 'tiada hubungan langsung' dengan masyarakat mahu pun persekitaran sehingga menyentuh isu kemanusiaan," ujarnya. Menerusi program itu, pelarian mampu menjadi manusia normal, belajar banyak perkara mengenai kemanusian dan berasa selamat apabila berada di tempat awamBagi mentor pula, beliau berkata, mereka berperanan sebagai penyumbang kepada penambahbaikan kehidupan orang lain serta kesan positif lain jangka panjang. "Tidak salah memberikan hak asasi manusia kepada pelarian sepanjang mereka menetap sementara di negara ini sebelum dipindahkan ke negara lain. "Mereka seharusnya diberikan peluang untuk mendapat pendidikan, perlindungan dan keselamatan serta akses kepada kemudahan perubatan lebih baik," katanya. Setakat ini, program berkenaan mempunyai 15 mentor yang berfikiran terbuka, memahami situasi pelarian dan ikhlas memberi sumbangan kepada kehidupan orang lain. Lia berkata, cabaran yang dihadapai adalah untuk menyesuaipadan antara mentor dan pelarian kerana masing-masing daripada latar belakang yang berbeza. "Bagaimanapun, saya percaya mentor-mentor ini dapat mengatasi perkara itu sekiranya mereka komited, bersabar dan bersedia menjadi pendengar yang baik," katanya. "Kami mahu berkawan seperti manusia lain" KHALID, 49, tiba di Malaysia pada tahun 2007 apabila mengambil keputusan untuk berhijrah menyelamatkan diri daripada kemelut peperangan di Iraq. Namun ia bukan negara pertama dijejakinya bersama lapan ahli keluarga lain untuk mendapatkan perlindungan kerana sebelum itu mereka telah pun menetap di Syria selama enam bulan. Malaysia dijadikan negara ketiga apabila dia mendapati Syria terlalu padat dengan pelarian senegaranya yang dianggarkan seramai 2.5 juta orang. "Seorang rakan menasihatkan saya supaya berhijrah ke Malaysia kerana negara itu lebih baik dan selamat untuk penempatan pelarian," katanya. Hari ini, Khalid menetap di Ampang bersama isteri, ibu dan lima anaknya serta seorang cucu dalam satu kehidupan lebih baik berbanding lima tahun dahulu. Malangnya, kedatangannya ke negara ini tidak semudah seperti yang digambarkan kerana banyak dugaan, cabaran dan masalah terpaksa dihadapi sepanjang tempoh itu. "Apabila kali pertama tiba ke sini, bagaikan satu kejutan besar kerana sukar untuk mencari tempat untuk berteduh dan mendapatkan pekerjaan kerana tiada dokumen lengkap. "Lebih menyedihkan apabila saya sekeluarga pada awalnya begitu terasing daripada masyarakat sedangkan perhubungan antara satu sama lain sepatutnya menjadi ubat paling mujarab untuk kami sebagai pelarian," katanya. Sehingga ke satu tahap, isteri Khalid iaitu Fatin, 42, 'memberontak' disebabkan tertekan akibat terlalu bosan dan nekad mahu merasai kehidupan seperti rakyat Malaysia lain. Suatu hari, Fatin mengambil keputusan untuk mengetuk pintu rumah jirannya dan memberi hadiah kemudian memperkenalkan diri. Ternyata tindakan tersebut membuahkan hasil apabila suri rumah sepenuh masa itu diterima baik oleh jirannya dan masing-masing menjalinkan hubungan rapat bagaikan sebuah keluarga. "Saya akui amat memerlukan teman untuk berkongsi cerita tetapi persepsi buruk segelintir masyarakat terhadap pelarian seperti kami memisahkan antara kedua-duanya. "Namun selepas kami dan jiran mengenali antara satu sama lain, barulah mereka faham tentang keadaan kami dan kenapa kami berada di negara ini," katanya. Walaupun Fatin tidak boleh bertutur dalam bahasa Inggeris namun dia sanggup menggunakan apa saja cara untuk berkomunikasi dengan jirannya meskipun menggunakan bahasa isyarat. "Bagi saya, kefasihan untuk berbahasa itu soal kedua. Saya sanggup belajar satu persatu. Paling penting adalah keinginan saya untuk berkawan seperti manusia lain. "Saya tidak mahukan wang. Apa yang saya mahu adalah sokongan rakyat Malaysia supaya menerima kami pelarian sebagai tetamu, itulah paling berharga," katanya. Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi warga Afghanistan, Ali, 36 kerana sehingga ke hari ini kehidupannya sekeluarga hanya dikelilingi komuniti senegara. Bekerja sebagai sukarelawan bagi penjagaan kesihatan untuk pelarian Afghanistan di Kuala Lumpur telah membataskan pergaulannya dengan rakyat tempatan. Namun Ali menjelaskan, apa yang dibimbangi apabila isterinya mengalami kemurungn apabila terpaksa meninggalkan ibu bapanya sejak dua tahun lalu. "Pada awal ketibaan kami di Malaysia pada tahun 2008, dia sering bersedih kerana sentiasa merindui ibu bapanya yang masih berada di Afghanistan. "Kehidupan kami begitu terasing dengan masyarakat luar memburukkan lagi keadaan. Kerja saya sebagai sukarelawan membataskan waktu untuk bersamanya di rumah. "Sudah tiba masanya untuk kami mencari kawan rakyat Malaysia bagi merasai kehidupan seperti manusia lain. Tetapi adakah yang mahu berkawan dengan kami?," ujarnya yang merupakan antara 520 pelarian Afghanistan yang berada di negara ini. Bagi pelarian dari Baghdad, Hamad, 34, kesukaran masyarakat setempat untuk menerima pelarian sepertinya membuatkan kehidupannya di Malaysia terbatas. Apa yang paling dikhuatirinya sejak tiga tahun lalu tiba di Malaysia adalah tahap keselamatan bagi isteri dan dua anaknya. Hamad yang mengambil upah membaiki penyaman udara berkata, anaknya berusia lima tahun tidak boleh berbahasa Melayu menyukarkannya untuk bersekolah di negara ini. "Tak kan saya hendak dia menghabiskan masa di rumah sahaja. Sudah tentu membosankannya. Dia juga perlu belajar dan bermain seperti kanak-kanak lain. "Saya pula agak keberatan untuk membiarkannya merasai dunia luar seperti kanak-kanak lain kerana bimbang dengan keselamatannya apabila berada di tempat awam. "Saya lebih mengutamakan keadaan isteri dan anak-anak. Bagaimana dengan nasib mereka? Mereka memerlukan kawan dan perkara itu pastinya bukan mudah bagi kami yang sekadar pelarian dan hanya menetap sementara di negara ini," katanya. Apa kata mentor? "Program ini melibatkan hak asasi manusia bagi memastikan pelarian diterima di negara ini sekali gus mengubah persepsi buruk mengenai golongan itu. Ia memberi sinar harapan kepada mereka yang disisihkan daripada dunia luar dan masyarakat." - Mohamad Fairudz Mohd Hanif, 26, Peguam "Kami mendengar masalah pelarian. Masalah utama adalah komunikasi yang membataskan hubungan mereka dengan masyarakat. Ini adalah proses pembelajaran sebagai persediaan mereka untuk lebih berdikari apabila dihantar ke negara ketiga." - Mas Ayu Mohd Yusof, 30, Peguam "Mentor dan pelarian akan membina persahabatan bagi mencapai matlamat khusus berdasarkan keperluan dan kehendak. Kaedah tersebut membantu memberi keselesaan dan kehidupan lebih baik kepada pelarian yang menetap sementara di negara ini." - Henry Martinus, 60, Sukarelawan | ||||
Terokai Pasar Borong Ikan Terbesar Dunia Posted: 29 Nov 2010 04:56 PM PST MENIKMATI pemandangan indah Gunung Fuji, gunung tertinggi di Jepun dan gemerlapan cahaya lampu Menara Tokyo persis Menara Eiffel Paris tidak memadai. Tumpuan ikon fesyen terkenal di Shibuya dan Ginza juga masih belum memuaskan senarai pengembaraan penulis ke Tokyo, Jepun baru-baru ini. Memikirkan perkara itu membuatkan penulis kerut dahi seperti orang yang makan Sushi, makanan terkenal Jepun dengan Wasabi iaitu sejenis perisa beraroma harum tetapi rasanya tajam menusuk ke hidung tetapi bukan pedas seperti cili. Kenapa tidak melihat pasar ikan di Tokyo di mana kesemuanya menghimpunkan hasil laut segar untuk dijadikan sebagai makanan, masakan juga pelbagai jenis Sushi? Itu cadangan rakan penulis yang sebelum ini pernah mengunjungi ke sana sewaktu dia mengikuti pengajian jangka pendek di Universiti Bunkyo, Tokyo. Lebih mengujakan apabila diberitahu bahawa tarikan utama pelancong yang dikenali sebagai Pasar Tsukiji itu merupakan pasar borong ikan terbesar di dunia. Mengambil nama kawasan di tengah kota metropolitan itu, ia boleh dikunjungi dengan menaiki transit menerusi Laluan Tokyo Metro Hibiya ke Stesen Tsukiji atau Laluan Toei Oedo bagi Stesen Tsukijishijo. Pasar Tsukiji terbahagi kepada dua iaitu 'pasar dalaman' di mana tempat lelongan ikan dilakukan termasuk kira-kira 900 gerai kecil pemborong dan penjual ikan. Bagi 'pasar luaran' pula terdiri daripada deretan kedai yang menjual barangan runcit, makanan laut dan peralatan dapur serta beberapa restoran Sushi. Meneroka kawasan itu bukan perkara mudah kerana Pasar Tsukiji begitu sibuk pada waktu puncaknya antara pukul 5 pagi sehingga 7 pagi. Pun begitu, pasar itu sudah mula beroperasi seawal pukul 3 pagi apabila menerima semua hasil makanan laut terutama ikan tuna dari seluruh dunia yang dihantar menerusi pengangkutan darat, laut dan udara. Penulis juga seperti pelancong lain antara mereka yang terpaksa bangun awal pagi demi menyaksikan 'kemeriahan' operasi borong dan jualan ikan. Waktu bidaan sahaja dilakukan sekitar pukul 5 pagi yang hanya mengambil tempoh singkat antara 30 sehingga 40 minit bergantung kepada permintaan. Suasananya riuh-rendah dengan teriakan pemborong di sana sini umpama dalam bursa saham apabila masing-masing sibuk membuat tawaran. Pemborong dikenali sebagai oroshi gyosha berkumpul di tempat bidaan yang ketuai oleh penyelia bagi menentukan tawaran siapa paling menarik. Selain pemborong, mereka yang berdaftar turut membina merupakan di kalangan ejen untuk restoran, syarikat memproses makanan dan peruncit besar. Difahamkan, seekor ikan tuna bersaiz 1 kilogram yang dibida boleh mencecah sehingga lebih 10,000 yen bersamaan RM375.91. Selesai sesi bidaan, ikan yang dibeli termasuk hasil laut lain akan dihantar ke destinasi seterusnya menggunakan trak atau diedarkan di gerai masing-masing. Dianggarkan kira-kira 700,000 tan metrik makanan laut dikendalikan oleh Pasar Tsukiji setiap tahun dengan nilai melebihi 600 bilion yen (RM22.54 bilion). Lebih 65,000 kakitangan bertugas di pasar berkenaan yang merupakan pemborong dan penjual ikan serta akauntan, pembida, pegawai rasmi dan pengedar. Penulis berpeluang melihat ikan tuna bersaiz agak besar yang mungkin tidak dapat dilihat di mana-mana pasar ikan di Malaysia. Semua ikan tuna keras membeku tidak mudah dipotong dengan pisau namun menggunakan mesin pemotong khas yang dimiliki hampir setiap penjual ikan di situ. Bukan sekadar menumpukan spesis ikan semata-mata kerana penulis turut meneroka sumber laut lain seperti udang, ketam, udang dan siput. Namun awas kerana para pekerja aktif 'merempit' dengan motor khas untuk mengangkut barang menyebabkan pelancong perlu sentiasa berwaspada dan berhati-hati apabila berjalan-jalan di dalam 'pusat membeli-belah ikan' itu. Kunjungan penulis ke Pasar Tsukiji tidak lengkap tanpa berkunjung ke restoran Sushi berhampiran yang mendapatkan bekalan secara langsung dari pasar itu. Ikan tuna sebenarnya menjadi bahan utama kepada restoran itu maka tidak hairanlah ia dibida di pasar tersebut kerana permintaannya amat tinggi. Jujurnya, penulis sebelum ini tidak menggemari Sushi namun pengalaman bernilai di Pasar Tsukiji kebanggaan negara matahari terbit itu ternyata mengubah selera penulis. | ||||
Pasar Queen Victoria Gamit Perasaan Posted: 29 Nov 2010 04:55 PM PST BERMULA dari sebuah penempatan kecil pada 1840, Melbourne kini merupakan bandar raya kedua terbesar Australia selepas Sydney. Ia adalah antara destinasi tarikan utama pelancong dari dalam mahupun luar negara. Segalanya ada di sini. Bermula dari bangunan pencakar langit, deretan restoran, bistro dan bar, kafe, Pasar Queen Victoria sehinggalah butik funky di Brunswick Street, anda akan melalui perjalanan mengujakan dengan menyelusuri lorong-lorong sempit di sekitar bandar raya ini. Mengikuti rombongan media meninjau latihan skuad berbasikal trek dan lebuh raya negara yang menjalani latihan di Melbourne baru-baru ini memberi peluang berharga kepada penulis untuk menerokai keindahan semula jadi dan kesan sosio-budaya masyarakat di bandar raya itu. Selepas menempuh perjalanan selama lapan jam dari Terminal Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) di Sepang, Kuala Lumpur, pesawat AirAsia D72724 selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne, kira-kira pada jam 8.30 pagi waktu tempatan. Mengintai ke luar tingkap pesawat, cuaca kelihatan panas. Namun sebaik saja meninggalkan balai ketibaan, angin sejuk menyelubungi tubuh seolah-olah mengalu-alukan kehadiran kami yang rata-ratanya menjejak kaki buat pertama kali ke sini. Memandangkan Malaysia beriklim Khatulistiwa iaitu panas dan lembap sepanjang tahun, perbezaan suhu dan cuaca sudah tentu dirasai penulis. Bacaan suhu di sana pada waktu itu adalah kira-kira 10 darjah Celsius. Meskipun jadual padat dan kunjungan yang singkat, penulis tidak melepaskan peluang singgah seketika di pasar terbuka terkenal di Melbourne yang beroperasi sejak 130 tahun lalu iaitu Pasar Queen Victoria. Penulis terpegun dengan reka bentuk bangunan lama yang dijadikan restoran, butik pakaian, kedai kopi dan wain, gerai buah-buahan, sayur-sayuran dan cenderamata. Betapa uniknya! Pasar terbuka itu tetap mengekalkan identiti tersendiri untuk tatapan pelancong. Pasar itu sedikit sebanyak mengingatkan penulis dengan pasar malam 'Uptown' di Malaysia. Corak perniagaan hampir sama tetapi aktiviti jual beli di sana hanya dijalankan pada waktu siang saja. Bukan saja terkenal dengan keunikannya, Pasar Queen Victoria menawarkan pelbagai pilihan kepada pengunjung. Hampir 50 peratus daripada kawasan pasar terbuka itu dikhaskan untuk tapak penjualan produk segar termasuk buah-buahan, sayur-sayuran, daging, ayam dan makanan laut manakala selebihnya untuk produk pelbagai guna. Hari Ahad merupakan hari paling sibuk di pasar tersebut. Pada waktu itu, Queen Street akan ditutup dan ia akan digunakan sebagai kawasan kafe terbuka di mana kanak-kanak melakukan aktiviti riadah seperti berbasikal. Bagi mereka yang gemar membeli-belah, pelbagai pilihan barangan di sini pastinya akan membuat anda rambang mata. Jika anda bijak tawar-menawar, tidak mustahil barangan yang anda ingini berada dalam genggaman. Kebanyakan peniaga di sini berasal dari Indonesia dan China. Setelah seharian suntuk berjalan sudah tentulah kepenatan mula terasa. Penulis dan rakan media lain berehat seketika sambil menikmati kopi. Jiwa kami begitu tersentuh dengan alunan muzik dan nyanyian penghibur jalanan yang mengasyikkan. Soal makanan pula, tiada apa yang perlu dirisaukan. Melbourne ibarat syurga makanan bagi sesiapa saja. Menu yang terdapat di sini menghimpunkan hidangan dari pelbagai budaya seperti makanan klasik Itali di Charlton, sajian dari Vietnam dengan harga yang berpatutan di Richmond dan snek Sepanyol di Fitzroy. Bagi yang ingin menenangkan fikiran sambil menikmati keindahan semula jadi, anda boleh menaiki bas shutle percuma atau Trem City Circle. Untuk perjalanan yang lebih mengujakan, anda disarankan menggunakan Trem kerana ia menghubungkan tempat-tempat menarik seperti Docklands, restoran di sekitar Lygon Street, Universiti Melbourne, Pantai St Kilda dan Box Hill. | ||||
Demonstrasi Di Indonesia - ‘Pahlawan Kesiangan’ Hanya Mahu Bikin Sensasi Posted: 29 Nov 2010 04:51 PM PST HUBUNGAN Malaysia-Indonesia dilihat tegang sejak kebelakangan ini. Kes penderaan membabitkan pembantu rumah Indonesia, isu perairan Malaysia-Indonesia dan beberapa isu lain yang disiarkan di televisyen dan akhbar telah menimbulkan rasa kurang senang rakyat republik itu terhadap Malaysia. Sama ada laporan yang disiarkan itu satu isu besar atau sebaliknya, yang pasti tindakan kelompok tertentu yang berdemonstrasi, mengeluarkan kata-kata kesat berbaur ugutan turut mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia yang sentiasa mengikuti perkembangan kedua-dua negara melalui media cetak dan elektronik. Situasi yang digambarkan akhirnya memberi gambaran kepada rakyat di kedua-dua negara bahawa hubungan Malaysia-Indonesia semakin mengeruh. Peranan yang dimainkan media kedua-dua negara mungkin tidak mampu menyelesaikan kemelut yang ada, namun sebagai pengantara pihak media masih berupaya mengendurkan segala ketegangan yang ada. Hal ini diakui empat pengamal media dari stesen tvOne Indonesia, Tina Talisa, Attay Rustandar, Ade Mahmud dan Sigit Purwanto ketika mengadakan diskusi eksklusif bersama Mingguan mStar bagi mengupas kemelut dan sama-sama mencari penyelesaian bagi menjernihkan kembali hubungan dua negara. Demonstrasi perkara biasa Tunjuk perasaan hampir setiap hari di Indonesia, luahan perasaan secara keterlaluan sebagai tanda protes amat luar biasa di mata masyarakat Malaysia. Tidak terbiasa dengan situasi ekstrem sedemikian, berlaku perspektif berbeza di Indonesia kerana demonstrasi adalah perkara biasa bagi warga negara itu. Menurut Tina Talisa yang juga Produser Program Apa Kabar Indonesia, masyarakat Malaysia termasuk pihak media tidak seharusnya memandang serius apa yang dilihat di kaca TV, apatah lagi berasa terancam hanya kerana melihat demonstrasi di Indonesia. "Saya ingin menggambarkan demonstrasi adalah hal biasa, malah presiden pun mengizinkan itu asalkan dilakukan dengan tertib," demikian penjelasan awal Tina berhubung demonstrasi dalam sesi dialog bersama Mingguan mStar baru-baru ini. Jelasnya, selain bukan menjadi perkara asing, demonstrasi di Indonesia berlaku di mana-mana, kepada sesiapa sahaja tidak kira sehebat mana pun seseorang itu. "Sedangkan Obama yang pernah tinggal di Indonesia pun didemonstrasi. Obama yang sebahagian besar masyarakat dunia suka pun tak terlepas daripada demonstrasi ketika berkunjung ke Indonesia," katanya memberi contoh. Tina yang hadir bersama pembantunya, Attay Rustandar, wartawan Ade Mahmud (Biro Malaysia) dan juruvideo Sigit Purwanto berkata, hal ini berhubung kait dengan perbezaan budaya, politik dan sikap media Indonesia yang lebih terbuka berbanding Malaysia. "Justeru ini harus sama-sama difahami oleh kedua-dua negara," ucapnya ringkas. Beliau mengakui walaupun negara itu telah 12 tahun mengamalkan demokrasi, kebanyakan media masih lagi dalam proses belajar tentang apa yang dikatakan kebebasan media berbanding media negara lain yang sudah matang. Tidak menafikan isu tenaga kerja, batas wilayah dan budaya sering menjadi 'mainan' media di Indonesia, beliau mewakili media di sana dan majoriti warga Indonesia juga tidak dapat menolak hakikat adakalanya demonstrasi yang berlaku hanya membabitkan segelintir masyarakat dengan isu yang remeh sahaja. "Di Malaysia, hanya segelintir yang mendera pembantu rumah, sama juga di Indonesia hanya kelompok kecil yang berdemonstrasi dan menunjukkan mereka itu anti-Malaysia," ujarnya. Sebagai 'orang tengah' beliau berkata, mana mungkin stesen televisyen itu dapat melepaskan tugas dan tanggungjawab mengkhabarkan apa yang berlaku terhadap warga Indonesia di Malaysia kepada masyarakat republik itu. "Mungkin Malaysia berfikir mengapa Indonesia seperti itu bila melihat demonstrasi ditayangkan di TV. Sama juga di Indonesia mereka akan bertanya mengapa Malaysia seperti itu bila melihat pembantu rumah didera. "Kita hanya menggambarkan apa yang terjadi. Rakyat Indonesia pintar. Mereka dapat berfikir dan buat penilaian. Jika demonstrasi disiarkan di televisyen, masyarakat di Indonesia tidak berasa mereka dalam kecemasan," beliau mengulas pandangan masyarakat Malaysia yang melihat tindakan media Indonesia memaparkan laporan dan insiden yang melibatkan Malaysia hanya mengundang reaksi negatif rakyat kedua-dua negara. Tina yang berada di Malaysia selama empat hari turut menegaskan media Indonesia termasuk dari tvOne masih mengamalkan keseimbangan dan berfikir tentang risiko seandainya sesuatu berita berunsur negatif disiarkan untuk tontonan umum. "Kita berusaha memahami keberagaman. Keberagaman Malaysia yang pelbagai kaum dan agama. Di Indonesia juga ada keberagaman antara mereka yang menonton TV dan membaca surat khabar dengan yang tidak. "Dalam masa yang sama harus ada pemberitaan baik supaya tak tercermin yang buruk sahaja. Kita beritahu orang Indonesia bahawa orang di Malaysia juga mahu sama-sama memperbaiki masalah ini," katanya. Nasionalis yang rasional Persamaan bahasa, wajah dan warna kulit yang hampir sama bukanlah jaminan kepada hubungan baik di antara masyarakat di kedua-dua negara. Tindakan Kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) yang membakar bendera Malaysia dan melempar najis di hadapan kedutaan Malaysia di Indonesia September lalu turut dibangkitkan dalam pertemuan ini. "Tidak hanya Indonesia, saya percaya di antara Malaysia dengan negara jiran lain juga pasti punya masalah sendiri. "Terlalu naif kalau kita katakan tiada masalah, membuatkan kita tidak berusaha mencapai kesepakatan kerana menganggap kita tiada masalah," kata Tina memberi pandangan. Katanya, jarak yang dekat antara kedua-dua negara menjadi faktor utama timbulnya beberapa kemelut kerana ia membuatkan rakyat menjadi lebih peka dan sensitif. Mengulas mengenai Bendera, Tina berkata kumpulan tersebut mempunyai rekodnya sendiri di Indonesia. Perjuangan dan tindakannya lebih menjurus ke arah kiri yang bersifat negatif. Justeru katanya, rakyat Malaysia tidak harus gusar dengan kelompok kecil ini, selain memberi jaminan yang mereka sentiasa diawasi polis Indonesia. "Kita tak beri arahan kepada masyarakat kerana mereka boleh berfikir. Kita tak mungkin kata jangan dengarkan mereka (Bendera) kepada rakyat. Tapi kita mengkhabarkan informasi, seleksinya ada pada mereka juga. "Mungkin di Malaysia anda tak tahu latar belakang Bendera dan bagaimana persepsi masyarakat di sana terhadap kumpulan ini," katanya. Menurut Tina, di Indonesia kumpulan sosialis besar dan tertib berpengaruh berbanding kumpulan kecil seperti Bendera atau individu yang digelar 'Pahlawan Kesiangan'. "'Pahlawan Kesiangan' wujud kerana mereka faham bahawa pihak media itu akan tertarik membuat liputan demonstrasi. "Mereka ini orang yang mencari perhatian sahaja, cari sensasi. 'Pahlawan Kesiangan' terdesak ingin suarakan pendapat dan buat perubahan. "Kita tak pernah anggap 'Pahlawan Kesiangan' sebagai hero," tegasnya. tvOne juga pernah menjemput Bendera tidak lama dulu bagi memberi penjelasan tentang tindakan mereka seterusnya bertanyakan apakah manfaat yang diperolehi jika benar Bendera ingin mengganyang Malaysia. Katanya, walau demonstrasi dibuat bertujuan mempertahankan negara, kebanyakan rakyat Indonesia sedar ia harus dilakukan dengan seimbang. Malah, terdapat juga demonstrasi yang dibuat dengan tujuan murni dan memberi kesan positif. "Ramai cendekiawan berkata, kita jangan jadi nasionalis yang tak rasional. Nasionalis juga harus realistik. "Kita lebih pandang mereka yang berjuang secara tertib. Misalnya Gerakan Indonesia Bersih (GIB), mereka terdiri daripada orang-orang terpelajar," ujarnya. Media tidak tanam kebencian Sebagai wartawan Indonesia yang bertugas di Malaysia, Ade pula berkata beliau dihantar ke negara ini bukan sebagai perisik atau mencari masalah. "Kita bukan cari masalah, tapi mahu selesaikan masalah. Kalau mengkritik kita tak kritik Malaysia tapi di Indonesia pun mengkritik sama kerasnya," katanya yang sudah dua tahun berkhidmat di sini. Dalam pada itu, beliau turut menghargai akhbar The Star yang telah sama-sama berusaha menyelesaikan isu antara Malaysia-Indonesia terutama dalam kes-kes penderaan pembantu rumah. "Kami kritik kerajaan, jangan hanya dikirim pembantu yang kelas rendah. Majikan yang habis banyak wang akan kecewa dan akhirnya akan berlaku penderaan dan sebagainya. "Kami dihantar untuk memberi gambaran apa yang berlaku di sini. Demonstrasi di Kuala Lumpur misalnya kami ceritakan bagaimana masyarakat di sini memprotes, menyerahkan memorandum dalam keadaan aman," katanya yang berharap kerajaan Malaysia akan lebih terbuka dan menerima kehadiran mereka di sini. Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa media kedua-dua negara sama sekali tidak pernah menanam kebencian rakyat terhadap negara jiran sebaliknya berperanan mendidik dan membantu dalam memulihkan hubungan Malaysia-Indonesia. | ||||
Kediaman Tampil Berbeza Cara Eric Posted: 29 Nov 2010 04:34 PM PST MUDAH, ringkas, praktikal. Itulah pendekatan yang diaplikasikan pereka hiasan dalaman terkemuka negara, Eric Leong atau lebih dikenali sebagai Raja Hias ketika melakukan dekorasi dan pengubahsuaian sesebuah kediaman. Berbekalkan minat yang tinggi, keghairahan dan pengalaman luas dalam industri hiasan dalaman, anak jati Johor itu akan memastikan sentuhannya sentiasa mengikut trend terkini serta bersesuaian dengan cara hidup masyarakat di negara ini. Justeru itu, tidak mustahil rancangan pengubahsuaian popular 'Deko Bersama Eric' yang dahulunya dikenali sebagai Casa Impian, disiarkan di Astro Ria mendapat rating tertinggi berbanding rancangan tempatan lain sejak sembilan tahun lalu. Ketika ditemui Mingguan mStar pada pameran Hartanah Star di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini, Eric yang pada mulanya meminati bidang rekaan fesyen sebelum memahat nama dalam industri kreatif itu mengakui kebanyakan rakyat Malaysia mengambil mudah aspek menghias kediaman masing-masing. "Rata-ratanya ramai pemilik kediaman hanya menitikberatkan susunan perabot dan kain langsir saja. Namun kunci utama dalam melakukan kerja pengubahsuaian sebenarnya melibatkan pemilihan warna cat dan jenis lampu bagi menyerlah lagi ruangan dalaman," kata Pengasas dan Pengarah Seni Reka Kumpulan Designcity Sdn. Bhd itu selepas ceramah Dulux Colour Future 2011. Memiliki pengalaman selama 20 tahun dalam industri hiasan dalaman tidak sesekali menjadikan Eric bermegah diri. Sebaliknya, jejaka berusia 39 tahun itu tidak lokek berkongsi tip dalam menata rias sudut ruang kediaman tanpa menggunakan perbelanjaan yang tinggi. Menurut Eric, pemilik kediaman hanya perlu mengikut lapan langkah mudah yang disarankan untuk diguna pakai dalam menghasilkan idea kreatif menghias rumah. Tip-tip itu termasuk menentukan gaya hiasan, skema warna, feature wall (dinding utama), pilih perabot yang sesuai, pencahayaan, kemasan (soft furnishing), aksesori dekor dan sentuhan akhir (menggunakan bunga-bungaan segar dan lilin). Perkara asas yang harus ditekankan oleh setiap pemilik rumah adalah menentukan gaya hiasan dengan mengambil kira corak kehidupan anda seisi keluarga. Pada era kini, terdapat pelbagai pilihan trend menghiasi rumah bermula dari klasik moden, padan dan suai, gaya asas, Inggeris dan funky. Segalanya terpulang kepada citarasa anda dalam mewujudkan suasana selesa di kediaman masing-masing. "Ramai tuan rumah selalu membeli set kelengkapan rumah mengikut kemahuan sendiri. Pantang nampak cantik dan ada jualan murah, mereka beli tanpa mengambil kira aspek kesesuaian. Untuk mengelakkan pembaziran, kita perlu membeli mengikut gaya yang dikehendaki," ujarnya. Jika sebelum ini gaya klasik moden lebih menekankan penggunaan warna hitam dan putih, pendekatan pada tahun ini agak berbeza. Bagi pemilik kediaman yang gemarkan konsep itu, pemilihan cat lebih bertumpu kepada warna ungu dan oren di samping penggunaan lampu kristal berupaya menampakkan lagi ciri-ciri kemewahan. "Seelok-eloknya setiap ruang di dalam rumah menggunakan satu gaya hiasan dalaman tetapi ruang yang bersambung lebih baik menekankan konsep yang sama. Berbeza dengan bilik tidur, gaya hiasan yang berbeza boleh diaplikasikan," jelas jejaka yang tidak lekang dengan senyuman dan suka berjenaka itu. Pemilihan warna yang bersesuaian dengan ruang rumah anda perlulah diutamakan terlebih dahulu. Warna bukan saja menyerlahkan ruang dalaman malah dapat menghasilkan mood persekitaran yang ceria, kreatif ataupun penuh ketenangan. Warna yang dipilih bukan saja menggambarkan personaliti pemilik malah mampu menambahkan nilai sesebuah kediaman. Penggunaan warna terang memberikan impak besar dengan menampakkan ruang dalam rumah anda lebih luas. Hindari penggunaan warna gelap seperti hitam, kelabu dan merah hati kerana ia menjadikan sesuatu ruang kelihatan lebih kecil. "Setiap warna memiliki kuasa dalam mempengaruhi mood seseorang. Sebagai contoh, untuk bilik anak perempuan, warna merah jambu amat digalakkan kerana ia sentiasa mencetuskan suasana ceria. Warna biru atau hijau pula sesuai digunakan untuk bilik anak lelaki. Ia mampu mengurangkan tekanan dan menjadikan seseorang itu lebih fokus," katanya. Bagi konsep feature wall, pilihan warna gelap seperti hitam atau merah sesuai sebagai latar belakang dinding utama anda manakala bahagian lain pula boleh dicat menggunakan warna natural atau lebih cair. Feature wall turut dikenali sebagai sudut pertama pandangan mata setiap kali seseorang masuk ke kawasan yang berkenaan. Ia juga bertindak menjadi latar belakang kepada persekitaran ruang dalaman rumah. Namun ada segelintir pelanggan yang lebih gemar mencipta feature wall menggunakan kertas dinding. Kerja menghias feature wall kini tidak sesukar mana kerana anda hanya perlu menentukan corak dan warna. Penggunaan kertas dinding berkualiti mampu bertahan lama dan tidak mudah pudar. "Anda perlu menentukan feature wall yang sesuai dan menggunakan warna yang lebih gelap. Tidak salah memilih warna kegemaran anda jika ia menjadikan rumah nampak lebih berseri. Gunakan konsep dua tona, satu warna gelap dan satu warna lebih cair yang boleh dipadankan mengikut trend semasa," ujarnya. Eric yang diberi kepercayaan untuk menggalas tugas selaku ketua bahagian hiasan dalaman di The One Academy berkata, pemilihan perabot pula harus mengambil kira keluasan ruang dan gaya tata rias kediaman. Penggunaan perabot yang cukup minimum dengan fungsi serba guna mampu membuatkan rumah nampak luas tetapi tetap mengekalkan ciri-ciri elegan dan sedap mata memandang. "Membeli sette dan meja makan perlu mengikut bilangan penghuni. Jangan beli perabot yang tidak diperlukan bagi mengelak pembaziran. Kini, Ottoman menjadi pilihan ramai kerana fungsinya yang pelbagai. Paling penting adalah reka letak perabot yang memberi karakter tersendiri kepada ruang kediaman," katanya. Satu lagi elemen yang tidak kurang pentingnya dalam membangkitkan keceriaan kepada penghuninya ialah pencahayaan. Penggunaan lampu bersesuaian memberi pencahayaan yang sempurna pada keseluruhan ruang ditambah lagi dengan reka bentuk siling moden. Kepelbagaian cahaya sama ada lampu putih (daylight) atau kuning (warmlight) turut menyumbang kepada penataan hiasan dalaman yang bergaya moden, klasik, Inggeris atau zen. Lampu kuning dapat mencetuskan efek pandangan yang lebih menarik sesuai untuk bilik tidur. Bagi ruang dapur, tandas, bilik persalinan dan bilik bacaan, penggunaan lampu putih adalah disarankan. Tambahnya, penggunaan kemasan (soft furnishing) dalam kediaman tidak patut diabaikan. Ia biasanya terhasil menerusi pemilihan langsir, hamparan permaidani, cadar tilam, selimut atau kusyen bertujuan untuk melembutkan susunan dekorasi. "Terpulang kepada anda sama ada mahu menggunakan cadar tilam atau alas meja menyerupai fabrik langsir untuk menampakkan keserasian. Elakkan penggunaan warna yang sama terlalu banyak kerana ruang kediaman akan kelihatan kusam dan membosankan. Lengkapkan kemasan katil anda menggunakan kusyen dan bantal bagi menampakkan keselesaan," katanya. Konsep hiasan dalaman dilakukan bertujuan untuk memberi impak melalui kesan visual yang mudah dihasilkan melalui penggunaan aksesori dekor. Perlu diingatkan elakkan pembelian aksesori terlalu kecil yang akan menyebabkan ruang kelihatan berserabut. Sebaliknya, pilih aksesori besar untuk mendapatkan impak yang diingini dan letakkan di ruang utama. Pemilihan aksesori dekor perlu selari dengan konsep hiasan dalaman kegemaran anda.Akhir sekali, berikan sentuhan terakhir berkualiti bagi memastikan gaya hidup moden dan ideal dapat dipenuhi. Suasana di dalam rumah pasti lebih harmoni dengan gubahan bunga ringkas dan penggunaan lilin sebagai penyeri. Ia juga berupaya mengubah suasana dan karektor kediaman termasuk memberi keselesaan kepada pemilik. Untuk mengekalkan suasana nyaman di rumah, letakkan pewangi yang mudah didapati di pasaran ketika ini. Sementara itu, Eric yang juga duta cat ICI Dulux turut memperkenalkan warna pilihan untuk tahun 2011 iaitu kuning sitrus yang melambangkan simbol kebebasan, kegembiraan dan optimis. | ||||
Rahsia kebahagiaan Lisdawati, Fauzi Posted: 29 Nov 2010 04:18 PM PST
KISAH keretakan rumah tangga atau penceraian di kalangan artis sudah menjadi lumrah dalam industri hiburan tempatan. Lebih buruk lagi, terdapat juga artis yang berpisah dengan pasangan meskipun usia perkahwinan boleh dikatakan masih baru lagi. Bagaimanapun, bagi pasangan Fauzi Nawawi dan Lisdawati, situasi yang berlaku itu nyata tidak pernah menghantui kehidupan mereka sebagai pasangan suami isteri yang menjalani kehidupan bahagia di samping dua orang cahaya mata. Biarpun ada beberapa gosip pernah melanda pasangan berkenaan sebelum ini, namun ia langsung tidak menjejaskan keutuhan rumah tangga yang telah dibina atas dasar cinta sejak tiga tahun yang lalu. Menurut Lisdawati, dalam menjalani kehidupan berumah tangga, setiap pasangan perlu bijak dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan tidak memperbesarkan sesuatu hal yang remeh. "Mustahil kalau tidak berlaku perselisihan faham dalam kehidupan berumah tangga. Sekiranya timbul sebarang masalah, saya dan suami biasanya akan duduk berbincang dan selesaikannya dengan sebaik mungkin. "Pada kami, itu adalah langkah yang terbaik daripada terus menyalahkan diri masing-masing. Selain itu, kami juga tidak sesekali memperbesarkan perkara remeh yang boleh menjadi perselisihan yang lebih besar," ujarnya. Sepanjang berkahwin selama tiga tahun sejak 2007, Lisdawati dan Fauzi telah dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Nur Aini Farhana dan Nur Aina Faznesya yang masing-masing berusia dua tahun dan setahun. Ujarnya lagi, apa yang paling penting dalam melayari kehidupan berumah tangga adalah mengamalkan sikap bertolak ansur. Malah, dia sangat bersyukur kerana Fauzi bukan jenis suami yang terlalu mengongkong memandangkan kerjaya masing-masing sebagai pelakon. "Fauzi seorang ayah yang cukup tegas terhadap anak-anak kerana tidak mahu mereka menjadi terlalu manja. Namun, dia sebenarnya seorang lelaki yang sangat penyayang dan kelakar," ujarnya lagi. Pada masa yang sama, Lisdawati juga turut menasihati pasangan artis yang baru berkahwin supaya menanamkan sifat kepercayaan terhadap pasangan masing-masing dan tidak terburu-buru dalam membuat sebarang keputusan. Rumah Baru Melalui hasil titik peluh mereka selama ini dalam bidang lakonan, kini hasrat untuk memiliki dan menetap di rumah sendiri akhirnya tercapai setelah berhasil membeli sebuah rumah yang terletak di Sunway Cheras. Menurut Lisdawati, dia dan suami sebenarnya sudah merancang untuk membeli rumah ketika mula-mula berkahwin dahulu. Kemudian mereka membuat simpanan selama tiga tahun sebelum berhasil memiliki rumah yang dikatakan berharga RM500,000. "Mula-mula kami mahu menyewa rumah sahaja, tetapi bila difikirkan semula adalah lebih baik wang sewaan itu dikumpulkan untuk membeli rumah sendiri. Lalu kami ambil keputusan untuk menetap sahaja di rumah ibu saya di samping membuat simpanan. "Pada masa yang sama, kami telah membuat tinjauan di beberapa buah kawasan perumahan seperti di Ampang dan Setapak. Namun akhirnya kami bersetuju untuk membeli rumah di sini," ujarnya. Tambah Lisdawati lagi, mereka sepakat untuk membeli rumah berkenaan berdasarkan kepada kawasannya yang agak strategik serta mahukan sebuah tempat yang tenang dan jauh daripada hiruk-pikuk kesibukan kota. Mengenai majlis yang dianjurkan pada Hari Raya Aidiladha baru-baru, Lisdawati menjelaskan ia adalah sebuah majlis kenduri kesyukuran sempena menetap di rumah baru. Biarpun sudah empat bulan mereka menetap di situ, namun disebabkan kesibukan, mereka tidak sempat untuk membuat sebarang kenduri sebelum ini. "Pada sebelah petang selepas solat Asar, suami menjemput jemaah surau di situ untuk majlis kenduri kesyukuran. Pada malamnya pula diadakan acara berzanji dan majlis potong jambul anak-anak kami," ujarnya. | ||||
Posted: 29 Nov 2010 04:17 PM PST USIANYA baru menjangkau 23 tahun tetapi gaya pertuturannya lebih matang daripada usia sebenar. Itu pandangan pertama saat bertemu dengan aktor Shahz Jaszle atau mesra disapa sebagai Shahz, satu nama yang semakin ranum dan harum dalam dunia seni. Sungguh namanya semakin mekar di hati peminat drama tempatan, namun dia tidak terkecuali menjadi mangsa kontroversi dunia siber. Gara-gara meletakkan gambarnya yang dirakam bersama aktres jelita Maria Farida sebagai gambar utama di laman sosial Facebook miliknya, Shahz dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan janda berusia 40 tahun itu. Meskipun tersentak sebentar dengan kontroversi tersebut, Shahz percaya setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya dan ternyata terdapat arus positif sebalik kontroversi tersebut. Bukan sahaja namanya semakin popular dan dikenali ramai, malah dek kontroversi tersebut kehadirannya dalam dunia seni semakin dirasai, malah tawaran lakonan juga mulai semakin lebat. "Hanya kerana sekeping gambar yang saya letak sebagai gambar profil di BlackBerry Messenger (BBM) umum kecoh dan beri persepsi yang bukan-bukan. Walaupun gambar itu hanyalah satu gambar yang biasa, orang mula kecoh mungkin kerana usianya, sedangkan sebelum itu sudah banyak kali saya letak gambar saya bersama teman artis wanita yang lain tidak pula menjadi isu. "Sebenarnya ketika itu saya tidak sedar apa yang berlaku sehingga seorang teman saya beritahu yang gambar saya yang dirakam bersama Maria Farida bersepah di laman Internet. Saya terkejut kerana tidak sangka gambar sedemikian pun boleh jadi satu isu dan lama kelamaan saya rasa ia satu hal yang lucu kerana kami hanyalah teman artis bukannya ada sebarang hubungan istimewa,"tuturnya ketika ditemui pada sesi fotografi sempena Pertandingan Kek Coklat di Hotel Crowne Plaza Mutiara, baru-baru ini. Aktres jelita yang turut terlibat dalam drama lakonan Shahz iaitu Asmara, turut terkejut apabila kontroversi gambar itu semakin besar. "Saya ada hubungi dia beritahu hal gambar itu dan dia pun terkejut apabila ia menjadi satu isu. Jalan yang terbaik ialah jangan beri sebarang komen, jika tidak hal yang kecil semakin diperbesarkan," luahnya yang berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur. Tidak tertekan dengan kontroversi gambar itu atau mengambil pusing mengenai kata-kata berbaur negatif kepadanya, Shahz menjelaskan selepas apa yang berlaku baru dia sedar dan tahu asam garam bergelar artis. "Saya tidak rasa apa cuma banyak belajar cara-cara untuk mengelakkan sesuatu kontroversi daripada berlaku. Saya harus berjaga-jaga dengan setiap apa yang saya lakukan, ke mana kaki saya melangkah. Satu kesilapan sahaja, orang akan mula menjadikan ia satu isu besar. "Sejak itu, setiap gambar yang ingin saya letak di laman Facebook atau di mana-mana laman sosial, saya akan fikir dua, tiga kali. Teman-teman saya juga menasihati saya supaya jangan meletakkan gambar yang bukan-bukan takut hal yang sama akan berulang,"kata anak kelima daripada tujuh adik-beradik itu lagi. Sungguhpun begitu, Shahz atau nama sebenarnya Shahrizal Jaszle Jasmin tidak menafikan yang dia lebih mudah tertarik kepada wanita yang lebih usia daripanya, malah akuinya dia kini telah bercinta hampir setahun dengan kekasihnya yang juga lebih tua daripadanya. "Sebelum bercinta dengan kekasih saya sekarang, bekas kekasih saya juga lebih tua daripada saya. Bagi saya, bercinta dengan orang yang lebih tua lagi seronok sebab mereka lebih matang dan berfikiran luas.
"Saya jatuh cinta dengan orang yang lebih tua kerana personaliti dan cara dia membawa diri. Wanita yang lebih usianya tahu bagaimana mahu selesaikan sesuatu masalah kerana mereka berfikiran jauh serta senang diajak berbincang. "Pengalaman bercinta dengan kekasih yang lebih muda lebih susah, sebab pada usia begitu, mereka baru nak belajar pelbagai perkara dan adakalanya mereka sukar dan tidak faham situasi. Saya tidak kata semua wanita yang muda begitu, kerana ada juga yang berfikiran matang, apa yang saya ceritakan hanyalah daripada pengalaman saya sendiri," balasnya yang tidak kisah andai jodohnya tiba awal. Chef ke aktor Ramai yang tidak sedar, Shahz telah berkecimpung dalam dunia seni sejak tahun 2006 iaitu pada usia 19 tahun. Bermula dengan program Naratif Remaja terbitan RTM sehinggalah drama bersiri Tari Tirana yang benar-benar melonjakkan namanya, Shahz telah melalui pelbagai cabaran sebelum namanya dikenali. Cita-cita asalnya adalah untuk bergelar seorang Chef. Malah Shahz berpeluang mengambil sijil kursus hotel dan katering di Kolej Komuniti, Selangor, sebelum terjun ke dunia lakonan. "Tidak pernah terlintas untuk jadi pelakon sebelum ini. Mulanya saya hanya menemani seorang teman untuk sesi uji bakat program Naratif Remaja. Krew produksi meminta saya cuba sekali, kemudian saya terpilih. Jadi, sejak itu saya mula terlibat dengan dunia lakonan dan dalam masa yang sama mendapat tawaran peragaan. "Sambil saya belajar, berlakon sikit-sikit, saya juga pernah kerja sebagai pelayan di restoran TGI Friday. Selepas mendapat tawaran berlakon drama Luna Fantasiku, baru kerjaya lakonan saya semakin stabil dan mendapat tawaran drama Tari Tirana," katanya yang turut berlakon dalam drama Bionik. Andai kata, dia tidak bergelar seorang pelakon pada hari ini, jelas Shahz berkemungkinan besar dia telah bergelar seorang chef. Namun, dia bersyukur rezeki seninya memberinya satu petanda yang dia harus kekal sebagai pelakon. Bagaimanapun terdapat harga yang harus dibayarnya, privasi dirinya semakin hilang. Ke mana sahaja dia pergi, pasti diperhatikan. Malah, masa remajanya juga dihabiskan dengan bekerja keras. "Bila saya mula meraih pendapatan sendiri menerusi lakonan, privasi saya hilang. Kewujudan saya dalam masyarakat disedari tetapi pandangan mereka tidak sama seperti dulu. Jika dulu saya bebas ke mana-mana tanpa ada orang hiraukan saya tetapi sekarang sedikit berbeza. "Masa bersama teman-teman juga semakin kurang, saya sudah jarang keluar dengan mereka. Waktu kerja tidak menentu, tiada istilah cuti dalam kamus kerja saya hari ini. Waktu tidur memang lari, jadi saya akan tidur jika terdapat waktu terluang. Sebagai orang baru, saya berpijak di bumi yang nyata, rezeki saya hari ini tidak datang bergolek tanpa usaha keras dan restu kedua ibu bapa saya kerana mereka sering berpesan setinggi mana kejayaan saya, jangan lupa asal usul," ucapnya yang meminati lakonan Fauziah Ahmad Daud, Datuk Rahim Razali dan Fauziah Nawi. Hasrat berlakon ditentang ayah Penglibatannya dalam dunia seni mencambahkan minatnya dalam bidang pembikinan drama dan filem. Mahu terus kekal dalam dunia seni, Shahz telah membuat perancangan untuk menambahkan ilmu di dada dan bergelar seorang pengarah satu hari nanti walaupun pada peringkat awal keluarga terutama ayahnya menentang keras hasratnya bergelar seorang pelakon.
"Saya mahu buktikan kepada ayah saya yang keputusan memilih bidang seni sebagai rezeki tidak salah. Saya boleh lakukannya dan akan menjadi seseorang yang mempunyai nama serta ilmu. Jadi, saya akan cuba yang terbaik kerana keluarga saya beranggapan bidang seni tiada masa depan. "Tetapi selepas melihat rezeki yang datang, mereka memberi sokongan. Apa yang harus saya lakukan adalah menimba sebanyak ilmu yang boleh dan saya merancang untuk menyambung pelajaran dalam bidang perfileman sama ada di Indonesia atau di Australia," ujarnya penuh semangat. Meminati filem aksi dan berharap akan terlibat dalam sebuah filem sedemikian, Shahz dilihat membina profil kerjayanya dengan baik. Tidak menerima banyak tawaran sekali gus dan pernah menolak tawaran yang dirasakan tidak sesuai, Shahz menegaskan dia bukanlah seorang aktor yang menerima apa sahaja tawaran yang datang. "Saya tidak mahu profil yang saya bina jatuh kerana saya berlakon dalam sebuah drama atau filem yang tidak sesuai dengan saya. Sebagai aktor saya tahu had diri saya sendiri. Jika watak itu terlalu berat dan tidak mampu saya bawa, saya akan tolak tawaran tersebut, begitu juga jika watak yang diberikan memang tidak kena langsung dengan saya. "Perkara pertama yang akan teliti adalah jalan cerita apabila dapat skrip, kalau ceritanya bagus, memang saya akan buat. Saya bukan demand tetapi penapisan itu perlu untuk profil kerjaya. Sebenarnya saya langsung tidak menyangka akan diberi watak utama dalam beberapa buah drama, jadi tugas saya adalah menjaga kualiti lakonan dan belajar," balasnya yang banyak menerima nasihat daripada pelakon senior. | ||||
Hrithik Roshan promosi diri sendiri Posted: 29 Nov 2010 04:15 PM PST BINTANG filem The Guzaarish membelanjakan wang sakunya sendiri membeli iklan muka penuh di beberapa akhbar apabila penerbit filem berkenaan membuat keputusan untuk tidak mengeluarkan wang bagi sesi promosi filem tersebut. Jika penerbitnya enggan mengeluarkan wang, pelakonnya bersedia mengambil alih tanggungjawab itu. Buktinya, Hrithik telah membelanjakan wang sebanyak RM3 juta hanya untuk promosikan filem itu. Dalam iklan itu turut memuatkan kata-kata daripada peminat yang telah menonton filem tersebut dan menyukai karakternya sebagai Ethan. Ramai penggiat seni melahirkan rasa kagum mereka terhadap Hrithik, selain lakonan hebatnya dalam The Guzaarish dia juga tidak lokek mengeluarkan wang sakunya sendiri. Banyak iklan lagi dijangka dikeluarkan sepanjang minggu ini. Nampaknya, bintang itu sangat terdesak untuk memberitahu dunia, walaupun filem itu berjaya tetapi orang ramai menyukai lakonannya dalam The Guzaarish. "Isnin lalu telah dibentangkan jumlah kutipan setiap filem yang ditayangkan sepanjang minggu lepas dan filem tersebut tidak mendapat kutipan pecah panggung. Salah satu faktor adalah tiada promosi," kata sumber. Disebabkan hal itu Hrithik bertekad untuk membayar sesi promosi memandangkan dia dibayar dalam jumlah yang agak besar iaitu RM9 juta lebih untuk berlakon dalam filem itu. Setelah membayar RM3 juta untuk promosi, Hrithik masih mempunyai baki RM6 juta. "Orang awam ingatkan iklan tersebut daripada syarikat produksi, bagaimanapun apabila melihat iklan tersebut menjurus hanya kepada Hrithik seorang, mereka mula sedar yang aktor itu membayar iklan tersebut," kata sumber itu lagi. Hrithik yang ditemubual pula menafikan dia membayar untuk semua iklan tersebut untuk mempromosikan dirinya. Pihak penerbitan pula mendakwa, tujuan Hrithik berbuat demikian setelah lakonannya dalam filem tersebut dikritik hebat oleh pengkritik filem dan peminatnya. | ||||
Posted: 29 Nov 2010 04:13 PM PST SHAH ALAM – Saksi pendakwaan kelima yang juga kekasih kepada Mohafri Mohamed, 38, tertuduh yang didakwa membunuh isterinya, Fazlina Ahmad, 39, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini semalam, mereka mengadakan hubungan seks di dalam bilik di rumah tertuduh tempat mayat wanita itu ditemui dalam almari pakaian. Sebelum itu, saksi Nazratul Annis Zainal Abidin, 23, dalam keterangannya berkata, dia dijemput Mohafri, 38, di Hentian Bas Jalan Duta, Kuala Lumpur sebaik tiba dari Parit Buntar, Perak pada pukul 5 petang, 30 Disember 2009. Cerita saksi itu, dia yang mengenali tertuduh ketika bekerja di Tropicana Medical Centre, Petaling Jaya tahun 2009 datang ke Kuala Lumpur pada hari itu kerana merancang untuk berkahwin di sempadan Thailand selepas hubungan mereka dihalang oleh bapanya. Nazratul Annis berkata, dia bersetuju untuk berkahwin dengan Mohafri selepas tertuduh mengaku dia sudah menceraikan isterinya. Dari Hentian Bas Jalan Duta, Mohafri membawanya ke sebuah rumah di Ampang dekat sini. "Saya naik ke bilik tidur di tingkat atas untuk menggunakan tandas sebelum tertuduh mengajak saya melakukan hubungan seks," katanya di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki. Nazratul Annis yang kini bekerja sebagai pelatih pengurusan di Pulau Pinang memberi keterangan terhadap Mohafri yang didakwa membunuh isterinya, Fazlina yang mayatnya disumbat ke dalam almari pakaian di rumahnya dalam keadaan hidung dan mulutnya ditutup dengan pita pelekat. | ||||
Posted: 29 Nov 2010 04:10 PM PST KUALA LUMPUR – Seorang wanita hanya mampu menangis apabila suaminya yang baru sahaja menghantarnya ke tempat kerja maut dihempap sebatang pokok reput di Jalan Bukit Nanas di sini semalam. Kejadian pukul 8.30 pagi itu menyebabkan seorang kakitangan bank, Mohd. Helmi Husain, 37, (gambar kecil) mati selepas mengalami cedera parah di kepala dihempap pokok setinggi lima meter yang terletak di kiri jalan itu ketika hendak ke tempat kerjanya di Jalan Ampang. Isterinya juga seorang kakitangan bank dan bekerja di Jalan Pudu. Dia yang menerima khabar itu beberapa minit kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan hanya mampu menangis. Sebaik sampai, dia melihat mayat suaminya masih lagi ditimpa batang pokok tersebut sebelum ia dialihkan oleh kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Difahamkan, setiap hari, bapa kepada lapan anak itu akan menghantar isterinya ke tempat kerja sebelum dia akan ke pejabatnya pula. Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, pokok tersebut tiba-tiba tumbang sebaik mangsa melalui kawasan tersebut. | ||||
Hanya 187 premis ada sijil halal Posted: 29 Nov 2010 04:09 PM PST CYBERJAYA – Hanya 187 daripada ribuan premis makanan dan restoran di seluruh Malaysia memiliki sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Saimah Mukhtar berkata, bilangan yang sedikit itu ada kaitan dengan faktor kesukaran peniaga dan pengusaha di negara ini untuk mendapatkan bekalan bahan mentah halal. Salah satu prosedur penting untuk mendapatkan sijil halal bagi premis makanan dan restoran adalah penggunaan bekalan bahan mentah yang diiktiraf halal. "Ketika ini belum banyak syarikat yang mengeluarkan bahan mentah halal dan kebanyakannya tidak menjual bahan mentah dalam kuantiti yang kecil. |
You are subscribed to email updates from Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |