Adsense

Sabtu, 9 Oktober 2010

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Robohnya tembok cinta Kak Engku

Posted:

Robohnya tembok cinta Kak Engku

Robohnya tembok cinta Kak Engku


BAHAGIA Kak Engku dan Adzmin kini sudah berakhir.


KU sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Inilah yang berlaku pada rumah tangga penyampai radio Sinar FM yang baru-baru ini dikatakan sudahpun bercerai.

Biarpun sampai hari Khamis yang lalu masih tiada pengesahan yang dibuat oleh Raja Azura atau lebih popular di panggil Kak Engku, Joyah tahu semua peminat tahu rumah tangga mereka dah pun berakhir pada 28 September yang lalu mengikut laporan sebuah akhbar.

Kak Engku yang mendirikan rumah tangga bersama Adzmin Tan Sri Osman pada 10 Mac 2001 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Haqim, 7, dan Puteri Mia Maizura, 4.

Perihal rumah tangga mereka yang dikatakan bergolak bukan perkara baru lagi. Sebelum ini juga Kak Engku pernah membuat sidang media menafikan yang mereka bakal bercerai.

Katanya dia hanya hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor untuk mendapatkan khidmat kaunseling mengenai masalah rumah tangga yang melanda.

Sebelum berita ini tersebar luas, rakan Joyah ada menelefon Kak Engku bertanyakan hal tersebut. Tapi dalam nada yang terkejut Kak Engku menafikan hal tersebut.

Katanya kalau betul penceraian dah berlaku, dah sah-sah dia akan sedih. Katanya dia masih lagi okey macam dulu. Macam mana tu?

Joyah bukan apa, ramai sangat yang menelefon Joyah bertanyakan hal tersebut. Sabarlah peminat Kak Engku sekalian, apa-apa pun Joyah mahu anda semua doakan yang terbaik buatnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

Giliran Nadia pula bercerai

Posted:

Giliran Nadia pula bercerai

Giliran Nadia pula bercerai

RAMAI sangat yang bertanyakan Joyah siapa Nadia yang bercerai pada hari Rabu lepas. Kalau seorang dua yang bertanya tak mengapalah, ini ramai!

Naik pening kepala Joyah nak kena buat sidang media satu persatu. Kalau ada yang belum kenal, ni Joyah nak bagi tahu dekat semua siapakah gerangan Nadia yang dimaksudkan itu.

Nadia Shahrul Anuar atau lebih dikenali dengan nama Nadia ini merupakan bekas pengacara Wanita Hari Ini (WHI)di TV3. Orangnya cukup cantik okey. Kalau tidak masakan boleh jadi pengacara rancangan popular negara.

Dia yang mendirikan rumah tangga bersama Sulaiman @ Mohd. Helmi Mohd. Ilyas dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamed Aaron Erwin.

Keretakan rumah tangga mereka bukan satu perkara baru. Kalau ada yang mengikuti cerita mereka sebelum ini pasti tahu cerita yang langsung tak sedap didengar.

Joyah tak nak cerita lagi apa yang dah terjadi. Bagi Joyah apa pun yang sudah berlaku antara mereka biarlah berlalu. Ini jalan yang ada untuk mereka.

Cuma Joyah cukup kagum apabila dapat tahu bekas suami Nadia ini bawa bodyguard ke mahkamah. Huh, cukup hebat sampai ada pengawal peribadi. Kau ada?

Tapi sesuailah dengan pangkat dan jawatannya itu. Pengarah Urusan VW Cars Sdn. Bhd.okey! Dah sah-sah mampu buat apa sahaja.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.