Adsense

Jumaat, 29 Oktober 2010

OHBULAN!

OHBULAN!


(Gambar) Interior Proton Inspira, Heil Proton!

Posted: 29 Oct 2010 07:09 AM PDT

Proton Inspira Test Drive 37 (Gambar) Interior Proton Inspira, Heil Proton!

UPDATE: Exterior Proton Inspira (full body) sudah ditambah dalam galeri gambar. Have a look!

Super nice! Kami menerima beberapa keping gambar interior Proton Inspira yang akan ke pasaran tidak lama lagi. Setakat ini, kami difahamkan lebih 1000 unit sudah pun ditempah, dan angka tersebut makin meningkat hari ke hari. Walaupun Inspira merupakan rebadge daripada kereta Mitsubishi Lancer, kami tetap bangga dengan produk keluaran tempatan dan akan meletakkan Inspira di dalam senarai 'Must Have Car 2010′ bagi rakyat Malaysia.

fullimagephpa2010featur (Gambar) Interior Proton Inspira, Heil Proton!

Hati kami serta merta tertawan dengan rekaan dalaman yang kemas serta menepati citarasa jiwa muda pembeli, futuristik. Tempat duduk pula disaluti dengan kemasan kulit, mengangkat Inspira sebagai kereta yang ada kelas tersendiri. Sekali gus, pemilik Inspira akan bangga memiliki kereta ini disamping kekasih tersayang.

Banyak lagi gambar seksi Proton Inspira selepas ini, enjoice!

Proton Inspira Test Drive 41 (Gambar) Interior Proton Inspira, Heil Proton!

Proton Inspira Test Drive 38 (Gambar) Interior Proton Inspira, Heil Proton!

pixel (Gambar) Interior Proton Inspira, Heil Proton!
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

(Shout! Awards 2010) Enjoice Siri Jelajah Bersama Meet Uncle Hussain, Yuna & Faizal Tahir

Posted: 29 Oct 2010 12:00 AM PDT

image001 (Shout! Awards 2010) Enjoice Siri Jelajah Bersama Meet Uncle Hussain, Yuna & Faizal Tahir

Ya, Shout! Awards 2010 semakin hampir! Kita sedang menghitung hari menantikan anugerah paling kool di Malaysia!

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan persembahan bertenaga dari 6ixth Sense, Azlan & The Typewriter, Alif Satar dan Daphne Iking – Ahad ini (31 Oktober 2010) jam 5.30 – 6.45 petang di Sg Wang Plaza, Kuala Lumpur. Selain itu, anda berpeluang beramah mesra dengan Meet Uncle Hussain, Alif Satar, Faizal Tahir dan Yuna. Rujuk jadual di bawah.

Screen shot 2010 10 29 at 12.58.06 PM (Shout! Awards 2010) Enjoice Siri Jelajah Bersama Meet Uncle Hussain, Yuna & Faizal Tahir

Selain itu anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik dan memenangi pas-pas eksklusif ke Shout! Awards 2010. Anda juga boleh mendapatkan tiket-tiket eksklusif ini dengan bertemu dengan 8Team di beberapa lokasi berdekatan anda iaitu UCSI University pada 28 Oktober 2010, HELP University pada 2 November 2010 dan di MMU Cyberjaya pada 10 November, semuanya bermula dari pukul 12 – 2 petang.

Tiket-tiket juga boleh dimenangi dengan menonton 8TV Quickie atau menerusi rakan media Shout! Awards 2010 iaitu HotFm, Fly FM, Suria Fm dan Red FM. Anda juga boleh mendapatkan tiket-tiket eksklusif ini di Pondok Pengawal Sri Pentas bermula 1 November 2010 jam 3.00 hingga 5.00 petang atau di Shout! Awards 2010 Facebook Fan Page.

Shout! Awards akan disiarkan secara LIVE dari Stadium Putra, Bukit Jalil pada 20 November 2010 jam 8.30 malam secara ekslusif di saluran hip 8TV! Majlis ini akan dimulakan dengan acara karpet ungu yang membariskan personaliti dan artis-artis popular tanahair!

Pemenang-pemenang Shout! Awards akan dipilih menerusi undian sms dan online yang telah dibuka dari 18 Oktober 2010 hingga ke 19 November 2010. Untuk mengundi finalis-finalis kegemaran anda lihat senarai penuh di Shout! Awards 2010 atau SMS undian anda ke SHOUT <jarak> <kod undian> dan hantar ke 33399.

pixel (Shout! Awards 2010) Enjoice Siri Jelajah Bersama Meet Uncle Hussain, Yuna & Faizal Tahir
Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.