Adsense

Jumaat, 29 Oktober 2010

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Badan Berisi, Raja Farah Salahkan Baju

Posted: 28 Oct 2010 04:08 PM PDT


PETALING JAYA: Pelakon Raja Farah23, yang dikatakan semakin "comel" ketika muncul dalam Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) Ahad lalu menyalahkan pakaian yang dipakai apabila susuk tubuhnya yang semakin berisi diperkatakan orang.

Katanya, pakaian rekaan Ezuwan Ismail yang berwarna merah jambu itu tidak begitu sesuai dengannya sehingga perkara tersebut menjadi perbualan ramai.

"Pakaian yang dibuat untuk saya itu menampakkan saya lebih berisi. Ramai yang jumpa saya secara realiti memberitahu badan saya tidak seperti yang mereka lihat di televisyen," katanya kepada mStar Online, Khamis.

Bagaimanapun kata wanita berusia 23 tahun ini, dia menyedari badannya semakin naik sejak kebelakangan ini tetapi imejnya di dalam televisyen ketika memakai pakaian tersebut bukanlah dirinya yang sebenar.

"Saya juga sedih dengan perkara ini tetapi saya malas nak fikir tentang pandangan orang tentang saya itu. Saya sedang untuk berada di depan kamera televisyen memerlukan saya lebih kecil daripada apa yang penonton lihat," ujarnya.

Tidak menyalahkan pereka fesyen berkenaan, katanya, pakaian tersebut mungkin dibuat secara tergesa-gesa.

Tambah Raja Farah lagi, perkembangan itu turut membuatkan pihak produksi Kau Dan Aku turut menasihatkannya agar menurunkan berat badan.

Sehubungan itu kata Raja Farah dia sedang berusaha ke arah itu sebelum melangsungkan perkahwinannya pada 12 November depan dengan Megat Andika,25.

"Jika diikutkan badan saya dulu lebih berisi dari sekarang. Tapi saya tidak pernah timbang berapa beratnya. Saya mengukur keadaan badan saya dari pakaian yang saya pakai," katanya.

Dalam pada itu, Farah memberitahu dia kini terlalu sibuk dengan persiapan perkahwinannya.

Selepas selesai drama Kau dan Aku Raja Farah akan berehat sebentar dan tumpukan pada persiapan untuk hari bahagia itu.

Sementara itu, Ezuwan Ismail ketika dihubungi memberitahu mengambil masa sehari untuk menyiapkan pakaiahn itu.

Katanya, tempoh masa yang diberikan itu menjadikan pakaian berkenaan agak kurang sesuai digayakan oleh Raja Farah.

"Saya tidak salahkan dia jika dia menyalahkan baju tersebut. Kami hanya berkesempatan untuk berjumpa dan saya mengambil ukurannya semasa malam latihan FFM23 iaitu sehari sebelum berlangsungnya majlis tersebut.

"Sebagai pereka fesyen saya juga mahu dia nampak cantik ketika mengayakan baju itu, tapi malangnya kami tidak ada masa untuk mencuba dan baikinya," katanya.

Ezuwan bagaimanapun menganggap perkara tersebut sebagai salah satu pengajaran baginya agar lebih berhati-hati selepas ini.

google: raja farah, baju raja farah, raja farah di ffm23, gambar raja farah di ffm23, raja farah berisi, raja farah gemuk, raja farah tembam, fesyen raja farah fi ffm23, persiapan kahwin raja farah, raja farah dan kekasih, raja farah dan tunang, tarikh kahwin raja farah, tarikh nikah raja farah, lokasi nikah raja farah, raja farah hot, raja farah seksi, raja farah bogel, raja farah buah dada

AC Mizal Lega, Tidak Bermalam Di Penjara

Posted: 28 Oct 2010 04:06 PM PDT


KAJANG: Pengacara popular, AC Mizal menarik nafas lega selepas tidak perlu bermalam di penjara selama 25 hari bermula Khamis, selepas berjaya menjelaskan tunggakan nafkah anak bersama bekas isteri, Shafnie Zainudin,35, yang tertunggak RM9,800 seperti yang diarahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Bekas pengacara Konsert Akademi Fantasia itu juga menjelaskan denda RM1,500 bagi kesalahan menghina mahkamah yang mana, jika gagal Hakim Syarie, Abdul Halim Abdullah memerintahkan dia dipenjarakan selama 10 hari.

AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 39, menjelaskan denda tersebut beberapa minit selepas keputusan dibuat.

"Alhamdulillah, lega tidak di penjara. Saya sangat berpuas hati dengan keputusan hari ini kerana ia menunjukkan saya tidak bersalah 100 peratus. Saya bayar nafkah cuma ada masanya saya tidak mampu kerana kontrak kerja tamat.

"Saya sudah bayar apabila boleh dan saya harap selepas ini tidak ada orang yang akan memfitnah atau menyebarkan cerita saya tidak bayar nafkah anak," katanya di sini, Khamis sambil menambah telah memaafkan individu tersebut.

Abdul Halim membuat keputusan itu pada prosiding komital yang dimulakan oleh Shafnie bagi mendapatkan perintah untuk menghantar AC Mizal ke penjara atas dakwaan menghina mahkamah kerana gagal menjelaskan tunggakan nafkah anak yang secara keseluruhan berjumlah RM50,000.


Shafnie
Berdasarkan perintah yang direkodkan hasil persetujuan bersama dalam perbincangan secara sulh, tunggakan itu perlu dilangsaikan secara ansuran RM200 setiap bulan sebelum anak kedua pasangan itu, Muhammad Shabil Iman berusia 18 tahun.

Selain Muhammad Shabil Iman, 11, mereka mempunyai seorang lagi anak, Muhammad Shafiq Iman, 14, hasil perkahwinan yang dibina pada 24 Jun 1995 sebelum berpisah pada 17 Oktober 2001.

Bagaimanapun, Abdul Halim pada penghakimannya berpendapat, tindakan AC Mizal mendepositkan RM9,800 yang merupakan tunggakan untuk 49 bulan daripada Januari 2005 hingga 19 Disember 2009 ke dalam akaun bersama dia dan Muhammad Shabil Iman bukan bersifat penghinaan kepada mahkamah.

Sebaliknya, tindakan itu adalah merupakan pelanggaran atau terpesong daripada perintah memandangkan cara pembayaran yang sepatutnya ialah secara ansuran dengan dimasukkan bersama RM300 sebagai nafkah semasa di akaun bersama Shafnie dan Muhammad Shafiq Iman di bank RHB.Beliau juga menolak dakwaan Shafnie bahawa AC Mizal telah melanggar perintah untuk menyediakan perbelanjaan bagi awal persekolahan memandangkan perintah itu sendiri kabur dan tidak diperincikan.

Abdul Halim juga hanya menyifatkan tindakan AC Mizal yang tidak membantu dalam persekolahan anak walaupun berkemampuan sebagai malang, namun perkara itu masih tidak menghina ekoran perintah jelas menyatakan bantuan adalah untuk anak dihantar ke sekolah bantuan kerajaan.

Shafnie menghantar anak sulung mereka ke sekolah swasta aliran agama di Bangi, dekat sini.

Bagaimanapun, AC Mizal disabitkan dengan kesalahan menghina mahkamah bagi kegagalannya menyerahkan laporan kewangan tahunan syarikatnya, Best Line Entertainment (M) Sdn Bhd kepada Shafnie dalam tempoh 60 hari bermula 31 Disember setiap tahun.

"Pada mahkamah, responden gagal meyakinkan bahawa kegagalan itu disebabkan syarikat tidak berfungsi adalah mustahil kerana syarikat tersebut adalah berdaftar dan diselia oleh badan suruhanjaya.

"Persoalannya, mengapa responden tidak menunjukkan perjalanan syarikat untuk dinilai oleh mahkamah?" tambah Abdul Halim.

Justeru itu, beliau berkata, hukuman atau 'ubat' perlu diberikan kepada AC Mizal untuk membangkitkan kesedaran kepadanya dalam melaksanakan perintah yang telah dipersetujuinya pada 22 Disember 2004.

Abdul Halim juga menyelitkan nasihat kepada AC Mizal dan Shafnie supaya memastikan anak tidak menjadi mangsa dalam perceraian mereka.

"Anak adalah amanah Allah kepada ibu bapa dan akan dihisab kelak. Anak bukan hak eksklusif kepada satu pihak. Biarlah anak merasai mereka masih mempunyai ibu dan bapa walaupun telah berpisah.

"Amat malang jika ibu bapa yang bercerai memisahkan anak dari ibu atau bapa. Jika itu terjadi, tunggulah seksaan daripada Allah dan api neraka," katanya yang mengambil masa selama 45 minit untuk membacakan penghakiman setebal 36 halaman.

Semasa ini, Shafnie yang hadir di mahkamah bersama kakak dan diwakili peguam syarie Mohd Ridhawan Husin dilihat mengesat air mata manakala AC Mizal tekun mendengar di sisi peguamnya, Siti Aishah Din.

AC Mizal kini sudah berkahwin semula dengan pelakon Emylia Rosnaida pada 10 Oktober 2002 dan dikurniakan dua cahaya mata, Mohd Reeve Damien dan Fea Eryssa.

google: ac mizal, ac mizal mahkamah, mahkamah denda ac mizal, ac mizal bayar nafkah, ac mizal di  denda, tuntutan ac mizal

Awas Akaun Facebook Palsu Yana Samsudin

Posted: 28 Oct 2010 04:04 PM PDT


PETALING JAYA: Pelakon Yana Samsudin, 26, meluahkan kebimbangan dengan ancaman daripada orang yang menyamar sebagai dirinya dalam akaun palsu di Facebook.

Menurut Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) itu, sejak dia mula mendekati para peminat menerusi laman sosial itu pada 1 Ogos lalu, seseorang yang tidak dikenali telah menyamar dan mengambil kesempatan untuk berinteraksi dengan peminat.

"Saya mendaftarkan akaun di laman sosial Facebook sejak 1 Ogos lalu namun, baru-baru ini saya mendapat tahu ada orang lain menyamar sebagai diri saya dan menggunakan nama yang sama untuk berinteraksi dengan peminat. Sebab itu, saya perlu menjelaskan kepada umum untuk mengelakkan kekeliruan dengan akaun Yana 'palsu' itu," katanya.

Pelakon yang popular menerusi filem Adnan Sempit itu berharap agar segala kekeliruan informasi dan perkembangan terbarunya yang dibaca oleh peminat pada akaun palsu itu dapat diatasi dengan pendedahan ini.

"Saya bimbang jika peminat yang mengikuti akaun palsu tersebut akan mendapat info dan perkembangan yang salah tentang saya. Maklumlah zaman sekarang ini, macam-macam perkara boleh berlaku.

"Jadi, apabila saya mendapat tahu ada seseorang cuba menyamar sebagai diri saya dan turut mendaftarkan nama yang sama, saya terpaksa buka akaun baru. Saya harap selepas ini tiada lagi kekeliruan berlaku ekoran masalah ini," katanya.

Para peminat yang ingin mengetahui sebarang informasi dan perkembangan aktres dari Yong Peng, Johor ini bolehlah melayari yanasamsudin.blogspot.com atau facebook.com.yanasamsudin.fanpage.

Jamal Cari Penaja "Konsert J2011... Legenda"

Posted: 28 Oct 2010 04:03 PM PDT


KUALA LUMPUR: Penyanyi Jamal Abdillah mencari penaja dalam usahanya mengadakan sebuah konsert khas, J2011... Legenda yang bakal diadakan di Istana Budaya pada 7 hingga 10 Januari tahun hadapan.

Menurut Jamal, sehingga hari ni, dia gagal mendapatkan sebarang penaja untuk menaja konsertnya yang memerlukan perbelanjaan sebanyak RM300,000.

"Agak menyedihkan, saya tak faham kenapa tidak ada sesiapa yang mahu menaja konsert ini.

"Apa-apa pun, saya masih menantikan penaja yang sudi menjayakan L2011... Legenda. Tapi, andai kata tiada yang ingin menaja, saya telah bersedia untuk menanggung semua kosnya.

"Ia akan menjadi satu hadiah yang amat bermakna kepada rakyat Malaysia dan saya tak rasa rugi kerana konsert ini khas buat para peminat.

"Bagi saya, selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah saya akan menghiburkan masyarakat," katanya pada sidang akhbar konsert J2011... Lagenda di Istana Budaya, Khamis.


Antara yang akan menjayakan konsert J2011..Lagenda, dari kiri: Edy Marzuki, Datuk Ahmad Nawab, Jamal Abdillah dan En Johari (Ketua Pengarah Istana Budaya).
Menarik tentang J2011... Legenda, Jamal akan menggunakan teknik penataan cahaya PANI yang didatangkan khas daripada Australia di mana J2011... Legenda merupakan konsert pertama di Asia Tenggara menggunakan teknik tersebut.

PANI adalah sebuah penata cahaya yang direka khas di mana ia mengeluarkan cahaya mengikut mood lagu dan suasana sewaktu persembahan berlangsung.

"Selain itu, konsert selama 2 jam itu akan dibahagikan kepada dua segmen. Pada segmen pertama, saya akan membawakan lagu-lagu nostalgia yang pernah dipopularkan oleh penyanyi lama antaranya P.ramlee, M.Bakri, Oslan Husin, S. Affendi dan Yopie Latul.

"Segmen kedua pula saya akan membawakan lagu-lagu yang belum pernah saya nyanyikan pada konsert-konsert saya sebelum ini," ujarnya.

Tiket yang berharga RM85,RM105,RM135,RM255 dan RM305 boleh dibeli di kaunter box office, Istana Budaya atau layari secara online di www.ticket2u.biz.

"Ayah Meninggal Dunia Ketika Adegan Mati" - Ariel

Posted: 28 Oct 2010 04:02 PM PDT


PETALING JAYA: Pengalaman membintangi filem terbaru Aku Tak Bodoh arahan Boris Boo telah meninggalkan makna yang tersendiri buat pelakon Aeril Zafrel atau nama sebenarnya Suhairil Sunari.

Bukan sahaja filem itu merupakan filem pertama lakonannya sejak berkecimpung dalam dunia lakonan kira-kira tiga tahun lalu, malah ia turut meninggalkan memori sedih kepada pelakon muda yang mencipta nama menerusi drama bersiri Kisah Kaisara, Kasut Tumit Tinggi dan Senja Permai.

Menurut Aeril, ketika dia terlibat dengan penggambaran sebuah babak sedih dalam filem itu pada November tahun lalu, dia telah kehilangan ayah kandungnya yang pulang ke rahmatullah pada waktu yang sama.

"Jujurnya, penglibatan saya dalam filem ini telah meninggalkan dua kenangan iaitu manis dan pahit.

"Yang manisnya, apabila saya berpeluang untuk membintangi filem pertama selepas tiga tahun terlibat dalam dunia lakonan manakala yang pahit pula saya telah kehilangan ayah kandung ketika penggambaran sedang diadakan," katanya.

Secara kebetulan, ketika dia sedang terlibat dengan adegan kematian ayah kandungnya di kampung juga meninggal dunia pada waktu itu akibat kanser tonsil.

"Memang saya sedih sangat namun ada hikmah di sebaliknya kerana berita duka itu telah sedikit sebanyak membantu penghayatan saya untuk menjayakan watak tersebut dengan lebih berkesan," katanya.

Selain Aeril, filem yang bakal ditayangkan pada 2 Disember 2010 ini turut membariskan pelakon-pelakon popular dan baru tanah air seperti Riezman Khuzaimi, Amy Mastura, Aizat Hassan, Wan Noor Aizat, Namron dan Adibah Noor.

google: aeril zafrel, aeril zafrel facebook, aeril zafrel twitter, aeril zafrel blog, aeril zafrel myspace, aeril zafrel wiki, aeril zafrel 2010, aeril zafrel dan kekasih, aeril zafrel biodata, aeril zafrel biography, terbaru aeril zafrel, terkini aeril zafrel, foto aeril zafrel, gambar aeril zafrel, aeril zafrel hot, aeril zafrel seksi