Adsense

Sabtu, 3 Julai 2010

MelayuKuHebat....|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Bisnes|Ebook|

MelayuKuHebat....|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Bisnes|Ebook|


Kesalahan dalam hubungan sex suami isteri - bhg 2

Posted: 02 Jul 2010 09:09 PM PDT





sambungan......
Kelima: Merakam Aksi Seks dan Melihat Filem Porno untuk Ransangan
Antara seburuk-buruk kesalahan yang berlaku adalah merakam aksi seks yang dilakukan antara suami isteri. Jika yang merakam tersebut pihak ketiga maka keharaman dan kehinaannya amat jelas, demikian juga yang merakam itu suami isteri sendiri walaupun dengan alasan simpanan peribadi kerana tidak aman daripada rakaman itu terlepas ke tangan manusia lain paling kurang ahli rumahnya.

Telah sepakat ulama haram seseorang melakukan jimak dalam keadaan dilihat orang lain atau di tempat yang memungkinkan dilihat orang pada kebiasaannya dan sebahagian ulama memakruhkan jimak dalam bilik yang ada bayi kecil sekalipun.

Demikian juga perbuatan melihat filem porno untuk merangsang kerana matlamat tidak menghalalkan cara. Telah maklum bahawa haram melihat aurat manusia lain sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah al-Nur ayat 30 dan 31:

Maksudnya: "Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. yang demikian itu
lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang mereka kerjakan. dan Katakanlah kepada
perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka
(daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka…"

dan sabda Nabi s.a.w:

Maksudnya: "Tidak boleh seorang lelaki memandang aurat lelaki yang lain dan seorang wanita memandang aurat wanita yang lain…"[Muslim] .

Maka memandang aurat berlawanan jenis tentu lebih haram lagi.

Keenam: Tidak Melakukan Muqaddimah

Sabda Nabi s.a.w:

Maksudnya: "Janganlah seseorang kamu menjimak isterinya seperti haiwan, hendaklah ada antara antara kedunya utusan". Sahabat bertanya: "Apakah utusan itu?" Jawab Nabi s.a.w:

"Ciuman dan ucapan". [al-Baihaqi] .

Daripada hadis ini, menjadi sunnah untuk suami isteri melakukan muqaddimah jimak seperti bercumbu rayu dan melakukan foreplay. Tindakan meninggalkan cumbu rayu ini menyebabkanamalan jimak tadi terpesong daripada sunnah Nabi s.a.w.

Ketujuh: Memecahkan Dara dengan Jari

Antara perkara bidaah yang berlaku dalam masyarakat arab adalah memecahkan dara dengan jari sebelum si isteri masuk ke kamar suami untuk menjadi bukti isterinya masih dara. [Mukjam al-Bida', 84].

Demikian juga jika si suami memecahkan dengan jari semasa persetubuhan kerana seorang wanita itu mungkin telah terkoyak selaput daranya kerana terjatuh, banyak berjalan atau berlari, dan mungkin sahaja kerana kedatangan haid yang berat (heavy period). Tindakan suami memecahkan dara dengan jari akan mendatangkan rasa tidak senang jika tiba-tiba tiada darah yang keluar dan ini membuka jalan syaitan untuk menimbulkan syak wsangka pada suami terhadap isterinya. Wallahua'lam.

Kelapan: Melakukan Seks dalam Keadaan Tidak Sihat Tubuh Badan

Tidak ada tegahan syarak melakukan seks semasa suami atau isteri dalam keadaan kurang sihat seperti demam, selsema dan sebagainya tetapi secara ilmiahnya, ilmu Psikologi menetapkan perkara ini akan memberi kesan kepada anak yang terhasil semasa perhubungan tersebut.

Kondisi anak yang terhasil daripada persetubuhan semasa tubuh kurang sihat adalah lemah dan kurang daya tahan. Jadi hendaklah dielakkan melakukan seks penetratif dalam keadaan tubuh kurang sihat.

Kesembilan: Suami Tidak Menanti Isteri di Kemuncak

Hendaklah suami jangan menyudahkan hubungan sehingga isterinya juga mencapai orgasme kerana sabda Nabi s.a.w:

Maksudnya: "Apabila seseorang kamu mendatangi (menjimak) isterinya maka berilah dia sedekah jika dia (si suami) mendahuluinya (si isteri) maka janganlah dia tergesa-gesa" . [Abu Yakla, daif].

Hadis ini daif tidak menjadi hujah namun secara ilmiahnya diketahui bahawa membiarkan isteri tidak mencapai kepuasan adalah satu kezaliman dan melanggar umum perintah Allah s.w.t:

Maksudnya: "dan bergaullah dengan mereka (para isteri) dengan baik.." [al-Nisaa: 19].

Kesepuluh: Menyebarkan Rahsia Kamar
Amat jelik sekali akhlak mereka yang mendedahkan rahsia kamar tidur antara suami isteri kepada orang luar walau kepada ibu bapa sendiri sekalipun. Dalam hadis menyatakan:

Maksudnya: "Sesungguhnya seteruk-teruk manusia kedudukannya adalah seorang lelaki yang menyetubhi isterinya kemudian dia menceritakannya pada waktu paginya". [Muslim].

Maka haram hukumnya menyebarkan rahsia kamar tidur kecuali dengan tujuan perubatan atau memohon fatwa dan seumpamanya daripada maslahat yang mendesak. [Maza Taf'al Lailatal Bina', 28].

Penutup:

Maka demikianlah sebahagian kesalahan yang berlaku dalam hubungan intim suami isteri dan perlu diperbetulkan oleh setiap pasangan suami isteri yang inginkan hubungan intim mereka berlaku sesuai dengan panduan syariat Islam yang suci.

Perlu diketahui, persetubuhan merupakan langkah pertama dalam rangka membentuk seorang anak, maka amat wajar pembentukan anak itu dilakukan dengan cermat menurut garis panduan syariat dan janganlah menjadikan seks semata-mata untuk melampiaskan nafsu tetapi
jadikanlah sebagai ibadah yang mudah-mudahan dengannya kita mendapat reda Allah s.w.t.

Kesalahan-kesalahan dalam hubungan suami isteri(Bah.1)

Posted: 02 Jul 2010 09:07 PM PDT





Islam mensyariatkan perkahwinan dan menjadikan perkahwinan itu sebagai pagar pemelihara kesucian nasab keturunan manusia. Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: "dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterang an (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir". [al-Rum: 21]

Maksud "al-Mawaddah" dalam ayat ini adalah jimak atau hubungan seks sebagaimana yang ditafsirkan oleh Ibn Abbas r.a, Mujahid, dan Qatadah manakala "al-Rahmah" pula menurut mereka adalah anak-anak.

Maka Allah s.w.t meletakkan hubungan intim antara suami isteri sebagai satu perkara penting dalam alam perkahwinan bahkan menjadi pengikat utama antara suami isteri kerana hanya melalui perkahwinan sahaja seseorang manusia dihalalkan melakukan hubungan seks yang merupakan antara syahwat terbesar manusia demikian melalui hubungan seks jua lahirnya keturunan dan zuriat umat manusia.

Oleh itu, amat penting bagi pasangan suami isteri untuk melakukan hubungan seks sesuai dengan kehendak syariat dan sunnah Nabi s.a.w. Maka di sini saya ingin menyentuh beberapa kesalahan yang terjadi
dalam perkara ini:

Pertama: Melihat Hubungan Seks sebagai Adat atau Tuntutan Nafsu Sahaja.

Apabila hendak melakukan hubungan seks, suami isteri perlu faham bahawa apa yang bakal mereka lakukan adalah satu ibadah kerana sabda Nabi s.a.w:

Maksudnya: "dan pada kemaluan seseorang kamu (digunakan untuk menjimak isterinya) adalah sedekah". [Muslim & Ahmad].

Daripada hadis ini ulama telah bersetuju, hubungan seks antara suami isteri adalah ibadah dan diberi pahala atasnya. Hukumnya pula adalah wajib antara suami isteri yang memerlukannya. Dalilnya adalah sabda Nabi s.a.w:

Maksudnya: "Apabila seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidur lalu dia (isteri) enggan maka dia akan dilaknat malaikat sehingga pagi". [al-Bukhari & Muslim].

Maka apabila seorang isteri dipanggil suami untuk bermesra maka wajib dia datang walaupun dalam keadaan haid kerana wanita yang haid masih boleh bermesra dengan suaminya selama tidak melakukan seks penetretif berdasarkan sabda Nabi s.a.w:

Maksudnya: "Buatlah semuanya kecuali nikah" [Muslim & Ahmad].

Maksudnya boleh suami bermesra dengan isterinya yang haid dan nifas selama dia menjauhi tempat keluarnya darah.

Demikian juga hadis ini walaupun menunjukkan kepada wanita tetapi masuk juga kepada suami apabila isterinya mengajak kepada hubungan wajiblah dia penuhi kerana hadis:

Maksudnya: "dan sesungguhnya isterimu mempunyai hak ke atasmu".
[al-Bukhari] .

Para ulama berbeza pendapat berapa kali wajib melakukan hubungan seks itu, ada yang berpendapat setahun 3 kali sekurang-kurangnya, ada yang menyatakan 4 hari sekali, dan ada yang menyatakan setiap kali isternya suci daripada haid hendaklah dilakukan sekali (yakni sebulan sekali). Namun, yang zahir adalah wajib menurut keperluan setiap pasangan itu sendiri.

Kedua: Meninggalkan Doa Sebelum Jimak

Telah sabit dalam sunnah Nabi s.a.w hendaklah membaca doa khas yang diajar Nabi s.a.w sebelum melakukan jimak iaitu:

Maksudnya: "Dengan nama Allah, Ya Allah, jauhkanlah Syaitan daripada kami dan jauhkanlah Syaitan daripada apa yang Engkau berikan kepada kami (anak)".

Doa ini sabit dalam Sahih al-Bukhari dan lainnya serta membacanya memberi faedah yang besar iaitu mengelakkan syaitan daripada turut campur serta dalam hubungan seks mereka yang mana jika syaitan turut campur serta akan mengakibatkan terhasilnya zuriat yang jelik pada akhlaknya.

Demikian juga bagi pengantin baharu, apabila hendak melakukan hubungan seks buat kali pertama, hendaklah suami memegang ubun-ubun isterinya lalu membaca doa berikut:

Maksudnya: "Ya Allah, aku bermohon kepadamu kebaikannya dan kebaikan yang Engkau ciptakan padanya dan aku berlindung padaMu daripada keburukannya dan keburukan yang Engkau ciptakan padanya". [Abu Daud, Ibn Majah-sahih- ].

Doa ini juga sunat dibaca apabila kita membeli kenderaan baru atau khadam baharu dan seumpamanya.

Ketiga: Menambah Doa dan Zikir yang Tiada Asal dalam Syariat
Terdapat juga pihak-pihak yang menulis dan mengarang buku panduan hubungan suami isteri menyenaraikan doa dan zikir yang tiada asal usul dalam syariat, tidak bersumber kepada hadis-hadis yang sahih.

Tindakan ini amat bertentangan dengan sabda Nabi s.a.w:

Maksudnya: "Sesiapa yang mereka cipta perkara baharu dalam urusan (agama) kami ini maka (amalan itu) tertolak". [al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Ibn Majah, dan Ahmad].

Zikir dan bacaan doa khas adalah ibadat khas yang mesti bersumber daripada Rasulullah s.a.w tidak boleh direka-reka, maka perbuatan menambah-nambah bacaan seperti selawat sewaktu menyentuh bahagian tertentu daripada badan isteri, menyebut Asmaul Husna ketika hendak menyentuh atau mencium anggota tertentu adalah bidaah dolalah.

Keempat: Kepercayaan Larangan Melihat Kemaluan Suami Isteri
Tidak dinafikan ada pendapat sesetengah ulama yang menyatakan haram atau makruh melihat kemaluan antara suami isteri, bahkan ada yang beriktikad melihat kemaluan ini akan menjadikan anak buta atau cacat tetapi kepercayaan ini tidak dapat diterima sama sekali kerana ia berdasarkan hadis palsu yang berbunyi:

Maksudnya: "Melihat kepada kemaluan itu mewariskan buta".

Dan hadis:

Maksudnya: "Apabila salah seorang kamu menjimak isterinya atau jariahnya janganlah melihat kepada kemaluannya kerana itu mewariskan buta".

Hadis-hadis ini adalah mauduk, yakni palsu [Lihat: al-Maudu'at, 2/271].

Adapun hadis:

Maksudnya: "Apabila seseorang kamu mendatangi isterinya maka hendaklah dia menutup (auratnya) dan janganlah berbogel seperti keldai". [Ibn Majah]

Hadis ini daif sebagaimana dijelaskan al-Busairi r.h dalam al-Zawaid demikian juga al-Albani r.h dalam tahkik beliau terhadap Sunan Ibn Majah.

Demikian juga hadis Aisyah r.a katanya:

Maksudnya: "Aku tidak pernah sama sekali melihat kemaluan Rasulullah s.a.w". [Ibn Majah & Ahmad].

Hadis ini juga daif sebagaimana sepakat antara al-Busairi, al-Albani dan al-Arnauth.

Bahkan telah sepakat para ulama harus bahkan mustahab suami isteri saling pegang memegang kemaluan mereka untuk menambahkan keghairahan dalam hubungan. Imam Abu Hanifah r.h ditanya berkenaan hukum suami isteri saling memegang kemaluan antara mereka untuk menaikkan syahwat adakah salah? Maka beliau menjawab:

Maksudnya: "Tidak menjadi kesalahan, bahkan aku berharap digandakan pahala bagi keduanya". [al-Mausuah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 32/90].

Imam Malik r.h pula berfatwa:

Maksudnya: "Tidak ada salahnya untuk dia melihat kemaluan isterinya semasa jimak". Dalam riwayat lain menambah: "dan harus dia menjilatnya dengan lidahnya". [Mawahib al-Jalil, 3/406]

Demikian juga dalam I'anah al-Tolibin, kitab fiqah Syafii menyatakan harus seorang suami beristimta' (bersenang-senang) dengan seluruh tubuh isterinya termasuk menjilat klitoris tetapi dijauhi halaqah dubur. [i]. Ini menunjukkan harusnya melihat kemaluan antara suami isteri. Dasar keharusan ini adalah sabda Nabi s.a.w:

Maksudnya: "Jagalah auratmu kecuali daripada isterimu atau hamba sahayamu". [Abu Daud, al-Tarmizi, Ibn Majah, dan Ahmad serta ianya hasan].

Malam Pertama Suami Isteri

Posted: 02 Jul 2010 09:06 PM PDT





Pelayaran malam pertama

MALAM pertama adalah satu cabaran jika pasangan berkenaan tidak berpengalaman berasmara. Jika pasangan wanita selama ini menyimpan kesuciannya untuk jejaka idaman, pasti malam pertama memberi makna kepadanya apabila dapat memberi anugerah yang sangat bernilai itu kepada pasangannya dan mereka mengecapi gelora malam berkenaan.

Namun, perlu diingatkan kepada wanita supaya tidak perlu takut dengan pelayaran malam pertama kerana ia akan memberi tekanan kepada dirinya dan juga pasangan. Sebaik-baiknya, mereka melayani dengan mengikut gerak hati dan memberi kerjasama kepada pasangan supaya sentuhan malam pertama berjalan lancar.

Seseorang wanita juga perlu bersabar jika tidak disentuh pada malam pertama kerana mungkin pasangan mereka masih dalam peringkat menyesuaikan diri atau terasa letih dan lesu selepas proses perkahwinan.

Jika keadaan mengizinkan, hubungan keintiman seksual dilakukan dan sentuhan malam pertama akan berlaku, tetapi pasangan wanita perlu
tahu fungsinya apabila pasangan mereka mendekati dan mula menyentuh tubuh sambil melucutkan pakaiannya sehelai demi sehelai.

Dia boleh membantu pasangannya bersedia dengan menyentuh mengikut keselesaan pasangannya. Menyentuh anggota sulit pasangan ketika itu mungkin mengakibatkan pasangan hilang kawalan syahwat dan boleh menyebabkannya terpancut.

Apabila sentuhan intim berjalan hingga ke peringkat pasangan lelaki hendak mendekatkan ereksinya ke paras anggota sulit, pasangan wanita perlu melegakan pahanya bagi memudahkan proses berkenaan.

Paling penting ketika malam pertama ialah pasangan wanita perlu melegakan kemut bagi membolehkan ereksi lelaki dapat terlepas daripada ?enahan? iaitu selaput dara yang mengelilingi pembukaan faraj.

Jika terasa kesat untuk permulaan, geselan boleh dilakukan secara lembut dan sentuhan tubuh badan dilakukan serentak supaya rangsangan berlaku dan mukosa faraj menjadi lebih lembap serta memudahkan pergerakan zakar ke dalam faraj.

Andainya masih juga kesat, tidak salah untuk pasangan berkenaan menggunakan jeli bagi memudahkan lagi kemasukan zakar ke dalam faraj kerana apabila sudah ?engenali? sentuhan pertama itu, mereka akan rasa yakin dan tidak teragak-agak mengulanginya mengikut kehendak dan cita rasa mereka.

Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa masalah boleh berlaku. Pasangan lelaki boleh terasa tertekan atau cemas kerana memikirkan tanggungjawab yang hendak dilakukannya, iaitu hubungan penetratif.

Jika berasa seriau, pasangan lelaki akan mudah hilang kawalan dan perasaan rangsangan menyebabkan ereksi yang membina itu terus kendur, sekali gus dia gagal melakukan tanggungjawab malam pertama kepada pasangannya.

Keadaan ini dikenali sebagai mati pucuk malam pertama. Perkara sama boleh berlaku kepada pasangan wanita. Jika seriau, dia tidak dapat mengawal pembukaan faraj dan ketika pasangan ingin menyalurkan ereksi, farajnya akan mencengkam tanpa kawalan. Oleh itu sebaiknya perlulah biasakan foreplay dahulu sebelum memulakan langkah yang seterusnya


TEKNIK-TEKNIK PERSETUBUHAN

Teknik-terknik persetubuhan atau senggama

Pelbagai buku ada di pasaran sama ada secara explicit atau terselindung. Sebaik-baiknya pilihlah jimak secara islam. Seks yang dilakukan dengan cara yang sama sahaja akan membosankan. Oleh itu, sentiasa pelbagaikan kaedah berjimak atau bersenggama anda. Baca artikel ini yang dijamin akan manghasilkan aksi yang ghairah dan hebat di ranjang tidur!

Teknik Bersetubuh Barat
Sebenarnya terdapat banyak posisi persetubuhan yang diketahui di Timur mahupun di Barat. Namun begitu, kebanyakkan dari posisi jimak adalah lebih kurang sama, dan kebanyakan posisi jimak itu adalah merupakan posisi sementara. Ini kerana bersetubuh dengan posisi biasa iaitu perempuan di bawah dan suami di atas itu adalah yang paling popular dan cukup menyenangkan. Selanjutnya*.....

Posisi Hubungan Seks Ketika Hamil

Bila anda hamil ini tidak bermakna anda sudah tidak boleh melakukan hubungan seks lagi. Sebaiknya anda perlu mengetahui beberapa posisi hubungan seks yang terbaik dan selesa ketika kehamilan kita semakin membesar.

Berikut adalah beberapa posisi hubungan seks terbaik semasa hamil:

Posisi wanita di atas. Posisi ini adalah paling selesa untuk kebanyakan ibu hamil. Ini kerana pada kedudukan ini wanita hamil dapat mengawal kedalaman penetrasi.

Posisi duduk. Posisi ini biasanya popular dikalangan wanita yang berada pada pertengahan kehamilan kerana ia tidak memerlukan banyak gerakan. Suami duduk dan isteri duduk diatasnya dalam keadaan saling berdepan. Atau apabila isteri sudah semakin sarat kedudukan isteri membelakangi suami pula adalah posisi yang terbaik.

Posisi suami berada di atas tetapi hanya berbaring separuh badan.

Posisi berlutut atau berdiri.

Yang paling penting dari semua posisi seks semasa hamil tersebut anda perlu pastikan agar tidak memerikan tekanan atau beban pada perut ibu hamil.

Kita sedar bahawa hubungan seks merupakan satu bahagian penting dalam menyatakan perasaan kasih sayang, rasa aman dan tenang, menimbulkan perasaan kebersamaan dan mendekatkan perasaan dalam hubungan suami isteri.

Tetapi jangan pula kita meletakkan hubungan seks sebagai peranan paling penting dalam keselarasan hubungan suami isteri. Sebagai contoh Kita boleh hanya dengan cara berkomunikasi, berpelukan, bercium atau bergurau senda dapat merapatkan dan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang kita suami isteri tanpa harus melakukan hubungan seksual.Itu sebabnya dalam semua hal kita isteri mahupun perlu saling memahami keinginan masing-masing.

Adakah Hubungan Seksual Semasa Hamil Merbahaya?

Ramai yang bertanya kepada saya adakah boleh melakukan hubungan seksual semasa hamil? Tak bahayakah?

Ya, anda boleh melakukan hubungan seksual dengan pasangan anda semasa kehamilan biasa atau normal.

Ada antara ibu yang risau dan salah anggap tentang seks semasa hamil boleh menyebabkan infeksi atau menjejaskan kandungannya semasa melakukan hubungan seks.

Hubungan seks atau orgasm tidak membahayakan bayi di dalam kandungan anda kerana adanya lendir dari serviks ibu(mulut rahim) yang membantu melawan terhadap kuman atau infeksi yang akan masuk ke dalam pintu rahim dan secara semulajadi juga Allah s.w.t telah menciptakan suatu perlindungan kepada bayi dalam kandungan. Bayi dalam kandungan kita berada dalam ruang rahim dan cairan ketuban serta otot rahim dan perut yang kuat melindungi bayi salama dalam proses kehamilan.

Namun kehamilan anda akan termasuk dalam kehamilan dengan risiko sekiranya ada komplikasi atau ada symptom yang tidak pernah anda rasa atau hadapi sebelum ini seperti rasa ngilu, kontraksi atau pendarahan maka anda perlu segera berjumpa denga doktor sebelum anda melakukan hubungan seksual lagi.

Biasanya doktor akan menasihatkan agar anda tidak melakukan hubungan seksual pada kes-kes kehamilan berikut:

1. Ancaman keguguran atau pernah alami keguguran.

2. Placenta berada dibawah (plasenta previa)

3. Riwayat kelahiran premature (pra-matang)

4. Pendarahan vagina atau keluar cairan yang tidak diketahui penyebabnya.

5. STD atau penyakit seksual yang menular.

Jika anda masih ragu-ragu untuk melakukan hubugan seks semasa kehamilan, jangan anda merasa malu untuk membincangkannya dengan doktor anda

KDN gantung permit Suara Keadilan

Posted: 02 Jul 2010 08:58 PM PDT

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menggantung akhbar PKR - Suara Keadilan berkuatkuasa semalam kerana didakwa melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Dalam kenyataanya, KDN dikatakan tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh tabloid itu dan permit penerbitan tahunannya yang tamat tempoh semalam, tidak akan diperbaharui.
Sehubungan itu, kata setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN, Datuk Zaitun Ab Samad, mulai semalam permit penerbitan akhbar PKR itu tidak lagi sah dan ia tidak lagi boleh dicetak atau diterbitkan.
"Panel penilaian permohonan permit penerbitan dan lesen mesin cetak, KDN telah bersidang pada 1.7.2010 dan membuat keputusan - tidak berpuashati dengan jawapan yang diberikan oleh pihak Suara Keadilan bertarikh 29.6.2010 yang diterima pada jam 4.45 petang hari yang sama berkaitan dengan surat teguran Kementerian ini.

"Tidak berpuashati dengan jawapan yang diberikan oleh Editor Suara Keadilan, Encik Dzulkarnain Taib melalui suratnya bertarikh 29.6.2010 yang diterima pada 30.6.2010 jam 12.00 tengahari berkaitan artikel bertajuk "Felda Bankrap," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Zaitun, permohonan pembaharuan permit Suara Keadilan yang tamat tempoh pada 30 Jun lalu akan hanya dipertimbangkan apabila penjelasan yang memuaskan diterima daripada pihak berkenaan.

"Satu surat akan dikeluarkan kepada pencetak berkenaan untuk memaklumkan agar tidak mencetak penerbitan ini sehingga satu keputusan mengenai permohonan pembaharuan permit tersebut dikeluarkan oleh Kementerian ini," katanya.

'BN salah guna agensi cuba tumbang k'jaan S'gor'

Posted: 02 Jul 2010 08:57 PM PDT





Kelab penyokong Pakatan Rakyat (PRBBC) menuduh BN menggunakan agensi dan jentera kerajaan bagi menggulingkan kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR.

Pengerusi PRBBC Azmin Ali berkata mereka mendapat maklumat bahawa tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal dua ADUN Pakatan semalam "bermotifkan politik".

"Umno menggunakan institusi seperti SPRM, polis dan pejabat Peguam Negara bagi menumbangkan kerajaan Pakatan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat PRBBC pagi ini.

Semasa pertemuan itu, dua ADUN yang disoal oleh SPRM semalam - Amirudin Shari (Batu Caves) dan Shuhaimie Shafie (Sri Muda) - menceritakan kepada rakan-rakan bagaimana suruhanjaya itu menyoal mereka berhubung isu pasir kerajaan Selangor.

Azmin, yang juga ADUN Bukit Antarabangsa berkata selain itu, mesyuarat berkenaan turut membincangkan kononnya berlaku pergeseran antaranya dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Azmin menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai propaganda jentera Umno.

Katanya, mesyuarat juga membincangkan situasi semasa Pakatan di Selangor tetapi enggan mengulas lanjut.

Asal usul nama Google

Posted: 02 Jul 2010 08:49 PM PDT





Pasti para pembaca sudah kenal sangat dengan nama Google. Enjin carian ini memang sangat familiar dengan para pengguna internet. Mulai dari enjin carian yang sangat cepat, google map, google mail, google translate, yang kaki cari duit pastinya suka jana wang dgn google adsense dan banyak aplikasi lain dari google yang pastinya anda pernah menggunakannya. Tapi apakah anda tau asal usul nama Google?

Pada tahun 1996 Larry Page dan Sergey Brin membuat sebuah web enjin carian yang mereka sebut dengan nama "BackRub" nama ini berasal dari istilah "Back Link". Namun pada bulan September 1997 terjadi perbincangan untuk membahas kemungkinan nama yang baru untuk mesin pencari yang lebih canggih.
Universitas Stanford tempat Google dilahirkan, terjadi pembicangan serius tentang permasalahan ini. Sean Anderson salah satu pekerja Lary Page kemudian mengusulkan nama "googolplex". Kemudian Lary Page merespon kata itu dengan menyingkat menjadi googol. Googol sendiri memiliki maksud sebuah angka yang sangat besar.
Kemudian Lary Page duduk di depan komputer dan mencuba melakukan pendaftaran nama nomain Googol untuk didaftarkan. Namun Lary Page salah mengeja dan menaip nama "google.com" alamat tersebut memang tersedia.
Namun begitu Lary Page suka dengan nama Google itu, beberapa jam setelah itu Lary Page mendaftarkan nama google.com atas nama dirinya dan Sergey Brin. Nama google.com tercatat pada tanggal 15 September 1997.

Simbol tangan OK

Posted: 02 Jul 2010 08:47 PM PDT





OK,okey,okay,okies dll adalah perkataan yang sama dgn ejaan yang berbeza. Dari mana perkataan OK yang difahami oleh semua bangsa di dunia ni macam-macam fakta yang ada. Ada yag kata dari orang Jerman dan macam2 versio ada. Bagaimana pula dengan simbol jari ok ni? semua orang faham kan?
Photobucket
Bagaimana ia bermula?

Ini jawapannya…
Photobucket
kredit isuhangat

Fasha Sandha + Jejai = No Comment daripada Tiz Zaqyah

Posted: 02 Jul 2010 08:46 PM PDT





Pelakon Tiz Zaqyah enggan mengulas lanjut apabila Fasha Sandha mengaku kepada media massa bahawa dia menjalin hubungan cinta dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 33, pada suatu sidang akhbar di Ampang baru-baru ini. Tiz yang merupakan pelakon drama bersiri popular Nur Kasih pernah digosipkan menjalin hubungan intim dengan anak lelaki bekas Menteri Besar Perak itu bagaimanapun hanya mengiyakan kenyataan Fasha, 26, seperti yang disiarkan dalam akhbar-akhbar hari ini.



"No comment (Tiada komen). Saya tidak mahu ulas lanjut kenyataan Fasha itu. Kalau betul dia cakap macam itu, maka betullah," katanya. -Utusan



(Compaq Presario v3908 Windows XP Drivers)

Posted: 02 Jul 2010 08:42 PM PDT





Conexant HD-Audio SmartAudio 221 Driver – Vista 32bit and 64bit
(Download – Mirror)
Intel Chipset Installation Utility for ICH8 – Vista 32bit and 64bit
(Download – Mirror)
Mobile Intel 965 Express Chipset Family Video Driver – Vista 32bit and 64bit
(Download – Mirror)
ALPS Touchpad Pointing Device Driver – Vista 32bit and 64bit
(Download – Mirror)
AuthenTec Inc. Fingerprint Sensor Driver – Vista 32bit and 64bit
(Download – Mirror)
HP Digital/Analog TV Tuner Driver Software – Vista 32bit and 64bit
(Download – Mirror)
Ricoh 5-in-1 Card Reader Host Controller and Driver for Microsoft Windows Vista (32-bit and 64-bit)
(Download – Mirror)
Intel PRO/Wireless Drivers for Microsoft Windows Vista – Vista 32bit and 64bit
(Download – Mirror)
Broadcom Wireless LAN Driver for Microsoft Windows Vista – Vista 32bit and 64bit
(Download – Mirror)
Software Support for HP Integrated Module with Bluetooth Wireless Technology – Vista 32bit and 64bit
(Download – Mirror)
Marvell Yukon 88E8039 PCI-E Fast Ethernet Controller Driver – Vista 32bit
(Download – Mirror)
HP Wireless Assistant – Vista 32bit and 64bit
(Download – Mirror)
Intel Matrix Storage Manager – Vista 32bit and 64bit
(Download – Mirror)
Essential System Updates for Microsoft Windows Vista – Vista 32bit and 64bit
(Download – Mirror)
HP Update and HP Software Update – Critical Security Update – Vista 32bit and 64bit
(Download – Mirror)
DigitalPersona Fingerprint Software for Microsoft Windows Vista (32-bit)
(Download – Mirror)
HP QuickTouch Software – Vista 32bit and 64bit
(Download – Mirror)
HP WWAN Connection Manager – Vista 32bit and 64bit
(Download – Mirror)
HP Software Update – Vista 32bit and 64bit
(Download – Mirror)
HP Quick Launch Buttons Critical Security Update – Vista 32bit and 64bit
(Download – Mirror)
Cyberlink YouCam Software – Vista 32bit and 64bit
(Download – Mirror)

Lagu Cari Jodoh lagu ciplak?

Posted: 02 Jul 2010 09:10 AM PDT





Indonesia COPY lagu luar negara atau luar negara COPY lagu Indonesia???? kihkihkih..kang dh kantoi..huhuhuhu..



Tolong bang… saya janji saya tak buat lagi bang… saya mintak ampun bang!

Posted: 02 Jul 2010 08:59 AM PDT







1. Anggota JPJ di dalam video ini hanya menjalankan tugasnya seperti biasa.
2. Kesalahan sebenar terletak pada bapa budak ini yang membenarkan anaknya yang tiada lesen menunggang motornya.
3. Walaupun budak ini menangis bagai nak rak, tapi kesalahan tetap satu kesalahan. Jangan lari bila diminta oleh pihak berkuasa untuk berhenti.
4. Satu perkara yang dibangkitkan oleh pegawai JPJ itu:
"kalau kau lari dalam semak tu, kau ada fikir tak kalau ko accident tadi… siapa yang tahu?"

5. Ternyata budak ini telah menunggang dengan jarak yang agak jauh dari rumahnya. Orang negeri Johor ni… ada disebut suatu tempat bernama Tongkang Pecah… ini di area Batu Pahat.
6. Walaubagaimanapun, tiada saman untuk budak tersebut. Amaran telah diberikan sebagai budi bicara memandangkan budak itu kelihatan "genuine" kot.
7. Alamak dik, ko ni janganlah menangis, memalukan orang Johor wehhh… :D . Mat Rempit sebenar tidak akan menangis… betul? Hatinya kering.
8. Tapi hati kering atau tidak, fakta yang sebenar ialah ramai remaja muda di Malaysia paling ramai terbunuh di bahu jalan dan juga di jalan raya. Mungkin ada mak bapak yang ambil endah tak endah… tapi jika ada di kalangan ahli keluarganya yang terbunuh di sebabkan menunggang motor tanpa lesen, mereka amat mengerti.
9. Di akhir video ini, teknik psikologi telah di gunakan oleh pegawai JPJ. Mereka telah meminta budak itu menyanyikan serangkap lagu Negaraku.
10. Pada aku ini bukan buli sebab dengan menyanyikan lagu tersebut, emosional budak itu kembali stabil semula. Paling tidak pun, pegawai JPJ itu telah menerapkan semangat nasiopnalisma pada budak tersebut… haha!!!
Akhir sekali, berhati-hati di jalan raya.

Hard disk pertama di dunia

Posted: 02 Jul 2010 08:02 AM PDT





Pada 4 September 1956 IBM memperkenalkan hard disk pertama di dunia. Hard disk berukuran dua buah peti ais ini bernilai $250.000 sekarang. Dengan kemampuan 5 MB, atau hanya cukup untuk menyimpan satu lagu dalam format MP3. Berat harddisk tersebut lebih dari 1 tan.
Bandingkan dengan hardisk zaman sekarang ada yang selebar 0,6 cm dengan kapasiti 400 GB.
Spesifikasi:
IBM 305 RAMAC (Random Access Method of Accounting and Control) 1956
1. Kapasiti: 4,8 MB
2. kecepatan : 1.200 rpm
3. Harga Sewa: $3.200 per bulan (1957)
4. Pengguna bisnes pertama: Chrysler's MOPAR Division (1957)
5. Jumlah unit yang pernah dikeluarkan: Lebih dari 1000 unit hingga tahun 1961.

Hard disk pertama di dunia
Hard disk pertama di dunia
Hard disk pertama di dunia
kredit isuhangat

Fasha Sandha Akhirnya Mengaku Yang Jejai Adalah Kekasihnya

Posted: 02 Jul 2010 07:58 AM PDT






GAMBAR TERBARU DAN TERKINI FASHA SANDHA BERSAMA JEJAI
Dulu bukan main cik Fasha Sandha kita ni cuba menyorok hubungan cinta'nya dengan Jejai walaupun beberapa siri gambar mesra dan intim mereka tersebar kat internet ni, alih-alih Fasha sendiri mengesahkan yang kini dia dan Jejai adalah pasangan kekasih.
Mungkinkah pengumuman ini ada kaitan dengan insiden Jejai diajak keluar oleh seorang pelakon wanita pada pukul 4 pagi? Yer la, sebelum apa-apa terjadi, langkah drastik perlu diambil sebelum ada artis lain lagi yang cuba mencaras si Jejai tu. Huhu..
Fasha dan Jejai secara rasminya mengesahkan yang diorang adalah pasangan kekasih sewaktu Jejai membuat kejutan dengan menaiki helikopter ke set penggambaran drama bersiri Duyung Aridinata dimana waktu tu Fasha sedang menjalani pengambaran drama tersebut.
Ok! Kat bawah ni apa yang Fasha katakan kepada media.

"Kesungguhan dia selama ini membuatkan pintu hati saya terbuka untuk menerimanya sebagai seorang kekasih. Saya memang benar-benar tersentuh hati kerana tidak pernah ada mana-mana lelaki yang berbuat sebegitu kepada saya. Kalau tidak kerana dia datang dengan helikopter pun saya akan terima dia,"

Katak besar untuk dimakan

Posted: 02 Jul 2010 07:49 AM PDT







(Gambar) Terbaru Sharifah Sofia di Bosnia

Posted: 02 Jul 2010 07:47 AM PDT





Selepas kecoh isu Sharifah Sofea bergambar dengan anjing beberapa bulan lepas, kini dia kembali bergambar di dalam Harian Metro semalam. Katanya dia kini sibuk di Bosnia berikutan pergambaran drama yang diadaptasi dari sebuah novel, Angin Rindu Sarajevo. Genjoy gambar-gambar daripada Sharifah Sofea.

Fasha Sandha Sah Bercinta dengan Jejai

Posted: 02 Jul 2010 07:33 AM PDT






Akhirnya Fasha Sandha membuat pengakuan juga yang dia sedang hangat bercinta dengan Rizal Ashram Ramli atau lebih popular dengan pangilan 'Jejai' semalam.. Kira betul la ramalan peminat selama ini.. Tapi pada masa yang sama Fasha Sandha menafikan sekeras-kerasnya yang dia menjadi punca penceraian Jejai dan Nora Danish yang heboh diperkatakan sebelum ini.. Menurut Fasha, Dia dan Jejai hanyalah kawan biasa je sebelum ni..

Fasha Sandha dan Jejai dengarnya menjadi pasangan kekasih pada 18 may yang lalu kat pulau Lang Tengah, Terengganu.. masa tu Fasha tengah sibuk dengan penggambaran drama bersiri Duyong Aridinata.. Tetiba Jejai datang dengan penuh romantiknya menaiki helikopter.. Kot-kot time tu la Jejai melamar Fasha.. Mau tak cair Fasha dibuatnya kan.. Jom kita baca pengakuan Fasha mengenai kekasihnya tu…
"Saya mengakui sudah mempunyai teman lelaki. Saya bersedia untuk 'declare' sebab sudah sampai waktunya. Saya sudah bersedia untuk mempunyai seorang teman istimewa dalam hidup saya. Sebelum ini kalau saya tak cakap pun, orang akan cakap ya. Saya tak nak sorok. Lepas ini, dia pun tak payah nak 'cover line' untuk tunjukkan yang dia cintakan saya. Dia merupakan 'boyfriend' saya yang serius selepas Sharil.
"Kesungguhan dia selama ini membuatkan pintu hati saya terbuka untuk menerimanya sebagai seorang kekasih. Saya memang benar-benar tersentuh hati kerana tidak pernah ada mana-mana lelaki yang berbuat sebegitu kepada saya. Kalau tidak kerana dia datang dengan helikopter pun saya akan terima dia,"
Nampaknya sah la Fasha Sandha kini bercinta dengan Jejai, Buat artis perempuan kat luar sana.. jangan la sesekali nak kacau Jejai yer.. Balak orang tu.. kang tak pasal-pasal kena sound kat twitter..
MyGosip harap, hubungan Fasha Sandha dan Jejai ni kekal bahagia la hendaknya.. Kalau rasa-rasa dah mampu tu, cepat-cepat kan la tunaikan kewajipan.. Nanti lambat-lambat kang kontroversi lain pulak yang muncul…

(GAMBAR)Hanez Suraya Beriadah Mengeluarkan Peluh

Posted: 02 Jul 2010 07:31 AM PDT





Tak kenal Hanez Suraya? Mungkin gambar Hanez Suraya bersosial sebelum ini mampu membuatkan anda teringat dengan pelakon suam-suam kuku ini. Dan gambar Hanez Suraya kali ini menunjukkan yang dia sangat-sangat mementingkan stamina. Terpampang jelas kepenatan di wajah Hanez Suraya akibat beriadah terlalu lama sehingga larut malam.
Lagi gambar terbaru Hanez Suraya dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Terima kasih kepada yang menghantar email.
P.S: Sehebat Hanez Suraya pun masih tak leh lawan gambar terlampau Ariel dan Luna. First class ~~

hanez suraya sosial
hanez suraya sosial
hanez suraya sosial
hanez suraya sosial
hanez suraya sosial
hanez suraya sosial
hanez suraya sosial

(TAKZIAH)Sabrina Ali Bercerai, Seorang Lagi Mangsa Sehati Berdansa

Posted: 02 Jul 2010 07:27 AM PDT






 sabrina ali bercerai
Pelik tapi benar. Berapa ramai dah pasangan suami isteri yang masuk program Sehati Berdansa dan tak lama lepas tue bercerai. Yang terbaru Sabrina Ali telah disahkan bercerai dengan suaminya. Sehati Berdansa nie ada badi ke apa?
Patutlah Dato' Siti taknak masuk Sehati Berdansa. Mesti dia dah agak sesuatu yang tak kena. Hahaha. Gurau-gurau je tue ek. Semoga Sabrina Ali tabah menghadapi dugaan ini.

Nur Fazura ingat kepada kematian

Posted: 02 Jul 2010 07:25 AM PDT





Ramai yang tidak menyedari akan datangnya kematian pada dirinya mereka, saling berfoya-foya, membuat maksiat, dan pelbagai lagi dosa yang dilakukan saban hari. Bila nak mati, disitulah segala amalan akan terputus, dan lebih dasyat lagi terus gol ke Neraka. Nauzubillah. Nur Fazura diantara artis yang bakal mengubah corak hidupnya tidak lama lagi. Ini dibuktikan apabila Fazura menerima pandangan orang mengenai kematian dalam Facebook miliknya. Baguslah kalau ada perubahan/kesedaran macam ini. Diharap Fazura dilimpahi taufik dan hidayah daripada Allah SWT.

Mawi dikerumuni Cikgu2 gedik?

Posted: 02 Jul 2010 07:22 AM PDT





Sudah menjadi informasi bahawa Mawi sekarang menjadi perbualan hangat dimana-mana. Nama Mawi kebanyakkan orang dah naik bohsan dan tidak tahu apa punca berkenaan. Tapi itulah dugaan Mawi dalam melayari bahtera sebagai anak seni, ada masa naik dan ada masa turun. Tapi tak dikalangan segelintir cikgu-cikgu/pendidik2 anak bangsa ni. Dipetik dari seorang pengarang blog politik, katanya gedik2 juga cikgu-cikgu berkenaan apabila Mawi membuat/selesai konsertnya ketika Majlis Sambutan Hari Guru peringkat Negeri Sembilan baru-baru ini. Semua nak gambar Mawi, cikgu lelaki pun tak nak ketinggalan. Cikgu oh cikgu, sibuk dengan tugas ya.. :)