Adsense

Isnin, 7 Jun 2010

zoomartis

zoomartis


Gossip Saari Amri Bengang Mulut Celupar Ajai

Posted: 07 Jun 2010 07:34 AM PDT

Gossip terbaru mengenai Abang Saari Amri dan Ajai Semakin menjadi perhatian di mata Keyboard penullis Blog dan Wartawan.Mungkin kerana ingin mengeluarkan pendapat dan hanya tersilap berkata-kata menyebabkan hati seseorang terasa, ikuti maklum balas si empunya diri mengenai Gossip ini:-

"Siapa Ajai hendak merendah-rendahkan saya? Dia pun popular disebabkan saya yang menaikkan namanya bersama Exist dulu. Tahu atau tidak lirik lagu Untukmu Ibu siapa yang tulis kalau bukan saya?" soal Saari.


Saari yang hanya berkelulusan peringkat sekolah rendah dan pernah bekerja sebagai buruh binaan berkata, walaupun tidak belajar tinggi tetapi dia berjaya menghasilkan album yang pernah mencecah jualan ratusan ribu unit.

Antaranya Kumpulan Ukays, Slam, Ziana Zain, Nicky Ardilla dan beberapa artis popular lain.
Malah kata Saari, penyanyi Andy Lau juga pernah mengundangnya ke Hong Kong selama dua minggu suatu ketika dahulu semata-mata untuk melatihnya menjadi seorang penyanyi.( KO HADER KER DAJAI OIII,,,)
"Bukan saya nak bangga diri. Tengoklah orang yang tak ada pendidikan tinggi macam saya pun mendapat pengiktirafan daripada penyanyi luar," ujarnya.
Tambah Saari lagi, Ajai boleh memberi contoh dalam sidang media itu tetapi seelok-eloknya janganlah menyebut nama individu tertentu kerana ia kelihatan agak kurang cerdik.
Kata Saari, Ajai perlu melihat juga dirinya apabila dia sering kali mendapat reaksi negatif daripada peminat setiap kali memberi komen yang pedas apabila diundang menjadi juri dalam sesebuah rancangan realiti.
"Kalau dia bagi komen bukan main 'laser' lagi mulut dia. Ramai juga orang tak suka. Jadi faham-faham sajalah. Saya anggap dia macam budak kecil," kata Saari.
Komposer "otai" itu bagaimanapun bersedia memaafkan Ajai berhubung insiden tersebut.


Maklum Balas Ajai  pula....


"Tidak timbul saya mengguris hati dia kerana contoh yang saya berikan semasa sidang media itu adalah dengan niat yang baik. Mungkin dia salah mentafsirkan maksud saya itu," jelasnya.
Ajai turut mengakui Saari merupakan komposer yang terlibat menaikkan namanya semasa bersama Exist suatu ketika dulu.


Sebagai orang yang lebih muda, Ajai mahu mengambil pendekatan untuk memohon maaf terhadap Saari sekiranya perkara itu benar-benar telah membuatkan hati komposer tersebut terguris.


"Niat saya baik iaitu ingin memberi penghormatan kepada Saari. Tetapi mungkin ada sedikit salah faham. Apa-apa pun saya lebih senang untuk meminta maaf daripadanya," kata Ajai yang tidak mahu perkara itu berpanjangan.

Rini tinggal Era demi nyanyian

Posted: 07 Jun 2010 12:02 AM PDT

Ikuti Luahan Anak Muda Ini Mengenai Kisah Dejay Dan Bidan Nyanyian !!!?
"Saya keluar secara baik daripada Era. Kontrak saya sebagai deejay selesai dan saya ada sebab kenapa tidak menyambungnya semula.

"Era banyak memberi saya pengalaman yang baik dalam hidup juga platform kepada karier saya. Tapi saya mahu serius bergelar penyanyi.

"Saya rasa sedikit merugikan apabila lagu sebaik Mainan Jiwa yang ditulis oleh Aidit Alfian dan lirik oleh Ad Samad tidak diperdengarkan secara menyeluruh kepada umum.

"Kini setelah meninggalkan status deejay Era, saya mahu dilihat sebagai penyanyi," ujarnya serius dalam kelajuan dia berbicara dan tidak hairanlah kenapa dia pernah bergelar deejay.

Dia diberikan informasi dan asas dunia hiburan yang sebenar.
Bagi Rini ini bukan lagi masa untuk bermain-main dengan waktu, dia harus terus melangkah membuka kekudanya agar tidak kekok di gelanggang nyanyian.

"Ini sebenarnya memang minat saya yang utama. Saya tidak mahu dilihat sebagai penyanyi tangkap muat.
"Sekarang selain mempromosikan lagu Mainan Jiwa ini di setiap stesen radio dan media, saya turut mengumpulkan material untuk album saya," ujarnya.

Melihatkan hasil kutipan nada sambung peribadi (Ring Back Tone) melalui single itu, ia turut mendorong Rini supaya serius menyanyi.
"Bukan kerana duit semata-mata tetapi saya dapat lihat sendiri sebenarnya lagu saya dapat diterima umum," ujarnya puas hati.



Jimmy Shanley bertunang dengan Suhaila 11 Jun Ini

Posted: 06 Jun 2010 11:56 PM PDT

Sedapnyer nama, macam ku kenal nama ini tapi dimana yer...nama ini tetapi menjadi pujaan ku sampai bila-bila semoga ia kekal hingga ke akhir hayat.


Khabarnya Jimmy Shanley akan bertunang pada 11 Jun ni, patutlah Jimmy sibuk je rupa-rupanya dia dah mula buat persiapan.Apa-apalah bang asal niat tu suci dan ikhlas dan berbaloi buat je la..jangan peduli cakap-cakap kat luar tu.


Suhaila Elaini yang difahamkan anak kepada pengasas produk kecantikan, Natasya.Majlis pertunangan Jimmy Shanley akan diadakan di rumah pihak keluarga perempuan di Sunway Rahman Putra selepas solat Maghrib.. Dan bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada bulan Oktober nanti..

Shahrir Ikon Belia Negeri Perak

Posted: 06 Jun 2010 11:50 PM PDT

Bertuahnya anak muda ini, dengan berkat kemenangan didalam program Realiti Akademi Fantasia, rezeki yang diterima mencurah-curah.Inilah yang dinamakan tuah ayam nampak di kaki tuah manusia hanya dia yang tahu.



KEJUARAAN Shahir dalam Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) baru-baru ini lebih berganda apabila dia dianugerahkan Ikon Belia Negeri Perak 2010 sempena Sambutan Perhimpunan Hari Belia Negara semalam.
Anugerah tersebut disampaikan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir di Arena Square, Teluk Intan.



Pemilihan Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi berdasarkan kejayaan yang telah ditunjukkan bukan sahaja dalam bidang hiburan sebaliknya aktif ketika di bangku sekolah.
Malah kemenangannya dalam AF8 turut menjadi kebanggaan rakyat negeri Perak.
Ketika di sekolah menengah, Shahir pernah merangkul banyak kejayaan sehingga ke peringkat negeri seperti johan qari sekolah-sekolah (2004) dan tempat ke tiga pertandingan bola sepak (2005).



Katanya, setelah terpilih sebagai Ikon Belia Perak, dia akan cuba membela nasib belia-belia khususnya di Perak dan memberikan teladan yang baik agar menjadi contoh kepada mereka.
"Saya akan cuba membantu para belia meningkatkan jati diri. Namun, saya juga insan biasa seperti mereka dan tidak maksum. Tetapi saya mahu menjanjikan yang terbaik," katanya ketika diraikan pada majlis kenduri doa selamat anjuran kelab peminat Shahir FC dan keluarganya di Taman Bandar Baru, Kampar, Perak, kelmarin.


Zoom: Tahniah sekali lagi...Apa kata anda ?

Gossip Nabil Kaki Mabuk !!

Posted: 06 Jun 2010 11:46 PM PDT

Kesian kat Nabil, tak habis gossip yang lama timbul pula gossip baru yang mengatakan beliau ni kaki mabuk atau arak.Beliau tampil menjawap gossip yang ditimbulkan di artikel Hmentro "Pelawak Kaki Mabuk"..Zoom pun tak tau kebenarannya tetapi cubalah baca luahan anak muda yang semakin dicemburui dengan konterversi.


"Bunyinya macam saya, betul tak? Semua orang pun kata itu saya. Gambaran yang diberi adalah apa yang berlaku pada diri saya. Benda tu menjejaskan reputasi saya, kerjaya saya.

"Saya bukan kaki mabuk atau kaki botol. Apa yang ditulis itu tidak betul dan tidak benar. Itu bukan saya," tegas Nabil, juara Raja Lawak musim kedua ,bila ditanya tentang artikel 'Pelawak kaki mabuk' di ruanganMetro Ahad hari ini.

Meskipun identiti pelawak yang dimaksudkan itu tidak didedahkan, namun bila diamati penulisannya, sukar bagi sesiapa untuk menafikan yang sedang diperkatakan itu adalah Nabil.

"Bila saya baca, dari awal penulisannya, 'it's me'," kata Nabil. "Inilah caranya untuk orang menjatuhkan saya sebab orang tak suka bila kita nampak bagus. Tanpa bukti, mereka tak boleh tulis macam tu. Saya 100% menafikannya.

"Mengapa tulis benda-benda macam tu? Ia menyusahkan hati keluarga saya. Jika ada bukti, saya akan mengaku saya buat. Tapi saya tak buat, 'seriously'.

"Jika benar, jika ada bukti, mengapa tak tulis nama terus dan letakkan gambar dari menulis cerita macam tu? Letakkan nama supaya orang tak perlu terfikir-fikir. Bila dah tulis macam ni, cerita tentang latarbelakang saya, orang akan anggap itu saya walaupun takde nama.

"Di akhir artikel itu, dia kata nak saja rakam aksi mabuk saya dan jadikan berita muka depan akhbar. Mengapa masa tu tak rakam terus jika benda tu betul. Mengapa nak tunggu? Jika mereka inginkan cerita sebenar, mengapa tak hubungi saya terus?"

Takde 'port' kat mana-mana kelab

Ketika temubualnya, Nabil juga mempertikaikan beberapa poin dalam artikel tersebut. Salah satu daripadanya, siapa rakan artis yang dimaksudkan yang mabuk bersamanya.

"Dia kata kawan artis saya ni, baru-baru ini terbabit dengan satu pergaduhan. Yang saya dan semua tahu, Johan yang baru bergaduh. Tapi, walaupun kami kawan, kami tak pernah lepak sama. Tanyalah Johan sendiri. Kami tak pernah lepak pun, inikan kat kelab. Nak kata minum teh tarik pun tak pernah, inikan pula arak."

Selain itu, turut diungkitkan kononnya dia mempunyai 'port' untuk mabuk. "Jika benarlah saya ada 'port', mengapa tak ambil saja gambar saya kat situ? Artis pun tak bodoh, nak jadikan satu tempat itu 'port'-nya. Saya takde 'port' kat mana-mana kelab. Saya duduk rumah, pergi makan kat The Curve."

Bila dicadangkan ada yang berpendapat cerita kononnya Nabil kaki minum dan kaki perempuan adalah ekoran daripada 'culture shock' yang dialaminya selepas bergelar artis, ujarnya, "Dengan kerja saya ni, saya mesti lebih berhati-hati nak menjaga nama saya.

"Saya tak boleh nak buat benda-benda macam tu. Kalaulah saya nak buat, baik dari dulu lagi saya dah buat sebelum saya jadi terkenal. Saya bukan orang seperti itu. Kalau saya kaki botol, dari dulu lagi dah saya kaki botol. Tapi saya tak pernah buat macam tu."