Adsense

Isnin, 7 Jun 2010

Malaysian Gossips, Rumours, Celebrities & Pictures Blog

Malaysian Gossips, Rumours, Celebrities & Pictures Blog


Seindah istana zaman silam

Posted: 07 Jun 2010 06:16 AM PDT


Runner buat pengalas meja kopi.


KURANG menggemari trend dekorasi ala Bali atau minimalis yang terlalu popular? Inginkan tatarias eksklusif yang unik mencerminkan kekayaan budaya tempatan?

Mungkin ini masanya untuk mendapatkan Koleksi Seri Anggun yang terdiri daripada koleksi langsir, aksesori dan bekas hidangan terbaru dari Avon.

Diinspirasikan oleh keindahan sulaman tekat dan kelembutan bunga Siti Zubaidah (Hydrangea), koleksi ini mengimbau kemashyuran persiapan diraja dalam gabungan kemewahan sentuhan tradisi dengan olahan kontemporari yang elegan.

Rona merah hati -- lambang cinta, keghairahan dan gaya - menjadi warna utama untuk kedua-dua kategori dalam koleksi ini iaitu langsir dan dekor serta bekas hidangan.

Set langsir dan dekor Seri Anggun terdiri daripada langsing untuk pintu gelangsar dan tingkap yang diperbuat daripada fabrik ala sutera, renda dan organza sarat bersulam benang keemasan dan labuci.

Langsir-langsir ini menampilkan konsep dwi-guna iaitu siang-ke-malam. Hanya ikatkan fabrik seakan sutera agar cahaya masuk di siang hari dan lepaskan ikatannya agar malam tidak diganggu cahaya luar.

Sebagai pelengkap, koleksi ini turut ditampilkan sarung bantal, alas meja makan, alas peti sejuk dan runner serbaguna.

Dalam pada itu Avon turut menampilkan Bekas Hidangan Seri Anggun

Kategori ini terdiri daripada set alam mangkuk tingkat, bekas hidang berbilang ruang, set empat balang biskut, balang modular kedap udara, set jag, kaserol dan bekas pelbagai guna bersama pinggan yang pertama seumpamanya di pasaran.

Setiap barangan didatangkan dengan penutup merah hati dan bekas berkemasan ala mutiara yang dihiasi motif jambangan bunga Siti Zubaidah yang unik.

Kesemua bekas berciri kedap udara (kecuali kaserol) serta selamat untuk ketuhar mikro dan mesin cuci pinggan.

Serlahkan kediaman dengan kemewahan rekaan glamor yang memukau.

Dengan koleksi Seri Anggun rumah pasti tampil bak bersentuhan rekaan dalaman pereka terkemuka - tanpa kos yang melambung.

Seindah ungkapan "Mahal Kita"

Posted: 07 Jun 2010 06:15 AM PDT


RUANG kegemaran keluarga, bilik televisyen dan karaoke. Kata Noorsiah, pasti bilik ini menjadi tumpuan menjelang musim Piala Dunia tidak lama lagi.


DALAM bahasa Tagalog, ungkapan "Mahal kita" membawa erti "aku cinta pada mu". Justeru tatkala kaki penulis melangkah masuk ke perkarangan banglo eksklusif yang diberi nama "Mahal kita" itu, aura ungkapan tersebut dapat dirasakan bertebaran di segenap ruang. Pemiliknya, Datin Noorsiah menyambut kedatangan penulis bersama jurugambar pagi itu. Suaminya, Datuk Dr. Nordin Darus tiada di rumah kerana ke luar daerah.

Dari luar, rekaan banglo tiga tingkat yang terletak di kawasan residensi elit Shah Alam itu memukau mata memandang. Rekaan unik bumbung yang berlapis-lapis dan dinding dipenuhi tetingkap kaca memanjang ternyata mencipta kelainan serta lari daripada kebiasaan.

Menurut Noorsiah, konsep rekaan struktur bangunan dan dalaman kediaman itu ditentukan oleh beliau dan suaminya sendiri. Apatah lagi Dr. Nordin merupakan pelukis yang mahir.

"Sudah lama kami memikirkan konsep begini. Dengan bantuan DRM Arkitek yang juga dimiliki oleh sahabat baik suami saya, lalu terhasillah kediaman impian ini," kata isteri pengasas alat penapis air jenama Rx-Water itu.

Dalam menentukan senibina yang diingini, mereka berdua setuju memilih kediaman yang dihasilkan berkonsep kontemporari namun dalam masa yang sama tetap mengekalkan ciri kemelayuan.

Ini dapat dilihat pada pintu masuk utama yang dihasilkan daripada kayu cengal berkualiti yang ditempah khas dari Balai Seni Wan Po, Besut Terengganu. Begitu juga tetingkap berkaca memanjang dengan bingkai kayu mencerminkan ciri rumah Melayu tradisional.

Kata Noorsiah, air menjadi teras utama dekorasi luar dan dalam rumah kerana bagi Dr. Nordin, air telah memberi rezeki yang melimpah ruah kepadanya.

Binaan air terjun dari tepi sudut tingkat dua hingga ke bawah menghasilkan satu suasana resort yang nyaman. Bunyi deruan air yang mengalir menghasilkan irama alam nan asyik. Pasti membuai perasaan siapa saja yang berkunjung ke situ.

Ruang tamu utama, ruang masuk, ruang makan dan beberapa bilik tidur menghadap panorama Bandar Raya Shah Alam yang tenang. Dari jauh, jelas kelihatan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tersergam indah.

Menariknya kediaman itu mempunyai 13 bilik air berbanding hanya tujuh bilik tidur. Kata Noorsiah, ia sengaja dibina bagi memudahkan tetamu yang datang tanpa perlu masuk ke bilik yang lebih bersifat persendirian.

Tingkat atas menempatkan bilik tidur utama, bilik tidur anak perempuan, bilik anak bujang dan ruang bacaan.

Tingkat dua letaknya ruang tamu utama yang dibina seakan balairung seri sebuah istana Melayu. Ruang masuk utama, ruang menunggu, ruang makan, bilik tetamu, surau, gimnasium dan dapur juga terletak di situ.

Manakala tingkat bawah menempatkan bilik anak lelaki, ruang televisyen dan karaoke keluarga. Di hujung sudut tingkat dua, dibina satu gazebo terbuka sesuai untuk minum petang dan berbual dengan tetamu.

Sepakat

Suami isteri itu sepakat dalam menentukan susun atur perabot di dalam kediaman mereka.

Dr. Nordin gemar kepada suatu yang ringkas dan tidak sarat, begitu juga dengan Noorsiah.

Pemilihan rona lembut seperti putih, krim dan coklat muda melatari setiap ruang, menjadikan ia kelihatan sangat tenang. Bagi pemiliknya, warna sebegitu tidak menjemukan dan tidak bermusim.

Juga tiada bunga-bunga tiruan atau perhiasan kecil memenuhi meja konsol dan sebagainya. Hanya lukisan hasil sentuhan Dr. Nordin melatari beberapa dinding utama. Siapa sangka, doktor perubatan itu mampu menghasilkan lukisan setanding pelukis profesional!

Wajah isteri tercinta, anak-anak, menantu dan cucu menjadi inspirasi nukilannya. Selain itu, dia juga gemar kepada lukisan alam semula jadi dan abstrak.

Daya kreatif pemilik juga terserlah pada meja kopi di ruang tamu utama dan ruang menunggu. Menurut Noorsiah, suaminya tidak gemar kepada kain alas meja atau table runner, lalu beliau menghasilkan lakaran abstrak pada meja yang berukir.

Laman menghijau

Dari anjung rumah menghadap ke Bandar Raya Shah Alam, dapat dilihat laman luar "Mahal kita" yang terpelihara rapi. Kedudukan yang terletak betul-betuk di lereng bukit digunakan sebaik mungkin. Kolam buatan dengan ikan koi menyerlahkan suasana.

Kolam renang sederhana luas sedalam lima kaki dilengkapi alat khas menghasilkan gelombang seperti arus sungai turut dibina. Juga terdapat kolam untuk kanak-kanak.

Pada satu sudut, terdapat rimbunan pokok pisang segar menghijau siap dengan tandan yang penuh. Kata Noorsiah, pokok-pokok pisang itu tidak berhenti berbuah.

Manakala laman di bahagian pintu masuk utama turut diberi penekanan. Hanya berlatar rumput menghijau dan sedikit tumbuhan hiasan, kawasan itu dicipta ringkas dan tidak sarat. Kolam air terjun masih menjadi kemestian pada satu sudut.

Ruang

silaturrahim

Menurut Noorsiah, tiga orang anaknya, termasuk dua yang sudah berkahwin masih tinggal di rumah itu.

"Saya memberi mereka kebebasan untuk tinggal di luar, tetapi mereka tetap mahu tinggal bersama. Mungkin kerana hubungan kami yang rapat. Dan saya juga tidak ada masalah untuk tinggal bersama menantu," katanya.

Melihat kepada hubungan keluarga itu dan meninjau di segenap ruang yang sarat dengan kasih sayang, tidak hairanlah ungkapan "Mahal Kita" menjadi pilihan.

Kerenah pembantu rumah seberang

Posted: 07 Jun 2010 06:14 AM PDT

KISAH minggu ini yang dibawa oleh Puan Yuhanis dari Kajang dalam emelnya cukup menarik untuk menjadi perhatian kita, walaupun ada antara kita yang terkena sindirannya.''Bukan cakap kosong, tapi saya pernah mengambil empat pembantu rumah melalui ejen, malangnya kesemua mereka melarikan diri meninggalkan anak-anak saya sendirian di rumah dengan pelbagai alasan dan cerita pembohongan masing-masing.

''Kepada pembaca yang pernah ada pembantu rumah Indonesia tentu ada banyak pengalaman. Tentu anda dah masak dengan cerita rekaan merekakan?

''Kali pertama saya ambil pembantu rumah Indonesia ketika saya melahirkan anak kedua. Emak yang menjaga anak sulung saya sudah tidak mampu menjaga anak saya lagi, kerana adik saya juga menghantar anaknya kepada emak di samping anak- anak abang saya seramai dua orang tu.

''Mula-mula si pembantu rumah ini baguslah bekerja. Tapi masuk bulan ketiga dia mula mengadu sakit perut, saya hantar ke klinik. Makan ubat lepas tu sakit lagi. Tak sampai enam bulan sakit lagi. Katanya sakit perutnya menjadi-jadi ketika tiba di Malaysia. Hantar klinik lagi, tetapi esoknya dia melarikan diri. Dia berani lari tanpa pastport, kerana ia dalam simpanan saya. Itu perjanjian yang kami persetujui.

''Setelah berhenti baru saya tahu dari jiran-jiran bahawa dia berkawan rapat dengan pembantu jiran saya yang lain. Dan mereka sama-sama melarikan diri. Kata jiran mereka nampak ada lelaki tunggu pembantu ini di simpang jalan hujung rumah saya.

''Saya lapor dengan ejen, janjinya nak ganti tapi selepas beberapa bulan menanti, akhirnya nombor telefon ejen tadi bertukar baru langsung tidak dapat dihubungi lagi.

''Kerana masalah tak ada pengasuh, maka saya cari ejen baru untuk dapatkan pembantu rumah lagi. Selang tiga bulan dapat pembantu rumah baru, saya kira cukup sesuai dengan jiwa saya, orangnya dah berumur sudah 40-an. Saya fikir tentu dia akan bekerja dengan baik untuk tanggung anak-anaknya, kerana katanya dia sudah bercerai.

''Tak sampai dua tahun dia kata nak balik kampung segera emaknya sakit kuat dan tak ada orang nak jaga anaknya. Saya benarkan dia balik kerana kesian dan simpati lagipun dia berjanji cuti sebulan lepas sebulan dia kembali semula ke Malaysia. Ok lah. Tapi malangnya dia balik terus tiada berita. Larilah tu!

''Begitu juga dengan pembantu ketiga dan keempat, mereka cuma datang ke Malaysia nak cari pengalaman dah ada pengalaman dia akan melarikan diri. Lebih cepat mereka cabut kalau dapat kekasih baru. Mereka akan kahwin dan terus menetap di Malaysia.

Cari wang

''Dari cerita kawan-kawan yang ada pengalaman yang sama. Mereka biasanya datang ke negara ini hanya untuk cari wang, mereka lebih suka duduk dengan puak mereka, menyewa bilik, lepas tu mereka akan keluar cari kerja, sama ada menjadi pembantu rumah, pembantu kedai, tukang masak, pekerja restoran, peniaga pasar malam, atau apa aja asalkan bukan pembantu rumah yang menginap di rumah majikan.

''Kalau tinggal sendirian dengan kawan mereka boleh buat dua kerja dalam sehari dan mendapat gaji lebih lumayan. Contohnya, siang mereka kerja sebagai pencuci bangunan, lepas jam enam mereka boleh kerja di gerai, pasar malam atau mencuci pinggan mangkuk. Bermakna mereka akan dapat dua gaji satu bergaji tetap satu lagi secara sambilan.

''Mereka tak ada masalah cari kerja seperti ini, kerana terlalu ramai majikan tempatan yang memerlukan khidmat mereka terutama bekerja di restoran mahupun mencuci pinggan mangkuk. Apatah lagi bekerja 'perkhidmatan malam' kepada yang masih muda-muda dan ada rupa. Pendapatannya lebih lumayan.

''Memang awalnya mereka agak bodoh datang dari kampung dan tidak ada pengalaman, tetapi setelah berada di negara ini dan mula dapat kawan di kalangan pembantu rumah lain yang lebih berpengalaman mereka akan berubah dalam sekelip mata, semuanya kerana mereka mahu cari lebih banyak wang ketika berada di negara ini.

''Namun trend baru kerja yang paling banyak dan sentiasa mendapat perhatian sekarang ialah kerja sebagai tukang pembersih rumah khususnya kepada pembantu rumah yang telah melarikan diri daripada majikan mereka.

''Sebagai contoh seorang 'pembantu rumah bebas' akan menawarkan diri bekerja di sebuah rumah dari jam 9 pagi hingga 4 petang, kerjanya hanya menyapu rumah, mop lantai, mencuci tingkap, membersih bilik air, mengosok pakaian dengan upah antara RM40 hingga RM50 sebuah rumah mengikut besar rumah.

''Mereka akan berusaha mendapatkan majikan dan bekerja 6 ke 7 buah rumah dalam seminggu. Kerana ada majikan yang memerlukan khidmat dua kali seminggu, sekali ataupun tiga kali seminggu. Bermakna kalau dihitung mereka akan mendapat upah antara RM1,200 hingga RM1,500 atau lebih dalam sebulan.

''Jadi kalaupun mereka ditawarkan kerja mengikut perjanjian yang baru antara kedua negara Malaysia dan Indonesia RM800 sebulan itu pun tidak membawa makna apa-apa kepada mereka. Mereka lebih suka jadi 'pembantu rumah bebas.' Kerana kerjanya mudah, bebas dan mereka boleh ambil cuti bila-bila suka.

Mereka sukar dikenal oleh pihak berkuasa, kerana mereka biasanya memakai baju kurung, bertudung dan kalau yang masih muda mereka pakai pakaian sama seperti anak-anak remaja kita berseluar panjang dan bertudung. Bila sudah bercampur dengan orang tempatan mereka sukar dikenali.

Demikian cerita Yuhanis tentang masalah dan kerenah pembantu rumah dari seberang.

Katanya dia bawakan kisah ini ditujukan kepada jabatan Imigresen dan polis supaya mereka bertindak tegas kepada pembantu rumah yang banyak melarikan diri dari majikan semata-mata untuk bekerja sendiri. Jumlah mereka ramai. Kerana ada antara mereka yang telah berkeluarga dan membina rumah setinggan di negara ini.

Hanif tenggelam dalam Star Wars

Posted: 07 Jun 2010 06:13 AM PDT


Hanif, 34, tidak bercadang meninggalkan dunia kostum fiksyen.


KATA orang, kalau sudah minat terhadap sesuatu, seseorang itu sanggup berbuat apa sahaja. Tidak kisahlah jika hobi itu dikategorikan sebagai mahal atau sebaliknya. Apa yang penting berasa puas lantaran dapat memenuhi kegemaran yang tidak boleh ditahan-tahan.

Bagi Muhamad Hanif Hosainel Majidi, 34, dunianya dikelilingi kostum karakter-karakter filem sains fiksyen yang diminati terutama karakter filem arahan pengarah Hollywood terkenal Steven Spielberg, Star Wars.

Bukan sekadar meminati, tetapi, jejaka yang berasal dari Sungai Petani, Kedah itu turut menggaya dan menghasilkan sendiri setiap kostum yang ada dalam simpanannya.

Mula berjinak-jinak menghasilkan kostum ketika berusia 15 tahun menerusi karakter Super Force, Hanif tidak membataskan minatnya. Ia dikembangkang kepada rekaan kostum satria, samurai, Cyborg dan Predator.

Cintanya terhadap dunia fiksyen Star Wars mula mekar sekitar 2007 menerusi karakter Imperial Royal Guard. Beliau kemudian beralih cinta kepada karakter Mandalorian Mercs, askar upahan dalam filem epik peperangan galaksi tersebut.

'Bertukar' sebagai Boba Fett dan bernaung di bawah Kelab Kostum Mandalorian Mercs yang bertapak di California Utara ternyata memberikan Hanif sejuta kepuasan apabila beliau menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records pada 2008.

Anugerah itu dinobatkan kerana beliau merupakan rakyat Malaysia pertama yang menjadi ahli rasmi organisasi kostum Star Wars antarabangsa.

"Filem Star Wars memberi makna yang tersendiri buat saya, mungkin orang lain tidak faham mengapa saya memilih karakter Boba Fett sedangkan watak seperti Jedi, Darth Vader atau Luke Skywalker lebih popular.

"Namun ada sebab mengapa saya tertarik dengan watak ini. Selain kostumnya yang mudah direka mengikut kreativiti sendiri, Boba Fett juga berkongsi kisah hidup yang sama dengan saya tetapi terlalu peribadi untuk diceritakan, " jelasnya.

Ditanya kos bagi menghasilkan sesuatu kostum, Hanif yang mesra disapa Red berkata, ia boleh mencecah sehingga ribuan ringgit bergantung kepada material yang digunakan.

"Setakat ini kostum Boba Fett adalah koleksi termahal yang saya miliki iaitu RM4,000 sepasang.

"Pun begitu saya pernah dibayar RM10,000 oleh seorang peminat karakter popular komik Marvel, Iron Man untuk kostum superhero itu,'' katanya.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Biologi Akuatik Universiti Sains Malaysia (USM) itu memberitahu, beliau telah menghasilkan sebanyak 100 pasang kostum. Sebanyak 30 pasang adalah koleksi peribadi.

Menjadikan hobi sebagai kerjaya sepenuh masa, Hanif mengakui tidak kesal meninggalkan pekerjaannya sebelum ini demi bergelar pereka kostum.

"Apa yang saya lakukan semuanya demi kepuasan diri, tambahan pula menjadi seorang penggaya kostum (cosplayer) memberi peluang untuk kita berinteraksi dan mendekatkan jurang dengan orang ramai," katanya.

Bagi mereka yang ingin berkongsi minat dan mengenali Hanif, layari laman web www.facebook/jebatclan atau red@mandoarts.com.

Masak sendiri di Sizzling Stonegrill

Posted: 07 Jun 2010 06:12 AM PDT




SETIAP kali melintasi restoran yang terletak di tingkat dua Jusco Tebrau City di Johor Bahru, mata penulis pasti tertancap dekorasi dalamannya. Memang kreatif apabila ruang lot niaga yang sekangkang kera itu dihiasi pepohon rimba selain terdapat ruang makan di bahagian atas.

Ukiran pada dinding batu restoran menggambarkan kota lama begitu mempersonakan dan kelihatan amat eksklusif.

Itulah keistimewaan Restoran Sizzling Stonegrill. Pemiliknya, Datuk Freddie Long Hoo Hin mahu setiap pelanggan merasai pengalaman menyediakan menu sihat tanpa menggunakan api dan minyak.

Daging ayam, lembu, burung unta dan hidupan laut yang dihidangkan mentah dan pelanggan memanggangnya sendiri.

"Inilah keunikan restoran ini apabila pelanggan dapat memasak sendiri bahan mentah itu di atas batu gunung berapi yang diimport khas dari Australia.

"Terserahlah kepada mereka sama ada ingin memanggangnya dalam keadaan suku atau separuh masak selain boleh direbus jika memilih menu masakan seperti tom yam dan sup," kata bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Stulang itu.

Freddie menambah, batu gunung berapi memiliki kepanasan suhu 400'c dan mampu bertahan selama 40 minit selepas dipanaskan tiga jam sebelum itu.

Suhu panas itu dapat memerangkap jus asli di dalam daging bagi mengekalkan kemanisan rasa.

"Pelanggan Islam tidak perlu meragui status halal di sini kerana semua bahan mentah seperti daging lembu dan kambing diimport mendapat sijil halal dari New Zealand Islamic Meat Management.

Turut ditampilkan tiga resipi sos turun temurun keluarga iaitu sos cili, sos lada hitam dan sos makanan laut.

Antara menu yang menjadi pilihan adalah Tomyam Seafood, Grill Mixed Imported Seafood selain makanan sampingan seperti nasi goreng dan pelbagai salad.

Walaupun restoran itu mengutamakan ciri-ciri eksklusif namun harga yang ditawarkan amat berpatutan dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Menurutnya, pelanggan pasti terkejut jika mengetahui harga menu bermula serendah RM6 hingga RM39.90.

Restoran Sizzling Stonegrill beroperasi dari pukul 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Restoran itu turut beroperasi di City Square, Tebrau City, Jusco Bukit Indah dan Jusco Melaka. dengan jumlah kakitangan melebih 100 orang.

Wanita bekerja bantu ekonomi

Posted: 07 Jun 2010 06:11 AM PDT




Menurut Laporan Pembangunan Manusia Asia-Pasifik 2010 (AHDR) jika kadar penggajian wanita ditingkatkan kepada 70 peratus, negara seperti Malaysia, India dan Indonesia akan menyaksikan peningkatan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara dua dan empat peratus.

Penggajian wanita pada kadar ini hanya boleh disaksikan di negara maju berbanding penyertaan wanita dalam tenaga kerja pada kadar yang lebih kecil merentasi Asia Pasifik yang menyebabkan rantau itu kerugian US$89 bilion setiap tahun.

Laporan yang bertema "Kuasa, Suara dan Hak: Titik Perubahan bagi Kesamaan Gender di Asia dan Pasifik", ditaja oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP).

"Sementara perbahasan mengenai kesamaan gender semakin dilihat daripada perspektif hak asasi manusia, terdapat semakin banyak bukti bahawa kesaksamaan gender baik untuk ekonomi," kata wakil negara UNDP bagi Malaysia, Singapura dan Brunei, Kamal Malhotra di dalam laporan itu.

Negara-negara di rantau yang banyak berusaha untuk menggunakan bakat dan kapasiti wanita telah mara jauh daripada aspek pembangunan manusia. Negara-negara yang masih berpegang kepada ketidaksamaan gender menghadapi ketidakstabilan sosial dan kerugian ekonomi.

Rantau Asia-Pasifik menyaksikan pertumbuhan meluas serta pembangunan pesat dalam dekad kebelakangan ini.

Daripada segi kemajuan kesamaan gender, banyak yang boleh dibanggakan seperti capaian yang lebih baik dalam pendidikan untuk kanak-kanak perempuan, penggajian lebih ramai wanita dan dasar yang dibangunkan demi kesamaan gender.

Walaupun terdapat kemajuan ketara dalam banyak bidang, terlalu banyak aspek dan diskriminasi gender masih wujud di semua rantau dan negara.

Wanita di rantau Asia-Pasifik menghadapi defisit teruk daripada segi kuasa, suara dan hak.

Di sebaliknya, Asia Timur juga mengorak kemajuan signifikan, termasuk kadar purata tertinggi di dunia bagi penyertaan wanita dalam ekonomi.

Kadar ini berbeza dengan ketara terutama dalam kalangan wilayah kecil, bagaimanapun, kualiti dan hak yang berkaitan dengan penggajian masih menjadi persoalan.

Kajian yang diketuai Dr Anuradha Rajivan, Penyelaras Program Serantau UNDP, Unit Laporan Pembangunan Manusia, Pusat Serantau bagi Asia Pasifik, juga menunjukkan wanita masih berpendapatan kurang daripada lelaki.

Walaupun terdapat undang-undang yang menjamin gaji saksama, jurang pendapatan antara lelaki dan wanita ialah antara 54 peratus dan 90 peratus.

Daripada segi kuasa ekonomi, sejumlah 67 peratus wanita Asia Timur turut serta dalam pasukan tenaga kerja, melebihi purata global iaitu 53 peratus, tetapi wanita di Asia Selatan pula ketinggalan agak jauh iaitu lebih kurang 36 peratus.

Majoriti wanita di rantau, sehingga 85 peratus dari Asia Selatan, berada dalam kategori penggajian "tidak stabil" seperti dalam ekonomi tidak rasmi atau bekerja sendiri dengan pendapatan rendah, jauh lebih tinggi daripada purata global sebanyak 53 peratus.

Lebih 65 peratus daripada penggajian wanita di Asia Selatan dan lebih 40 peratus di Asia Timur ialah dalam bidang pertanian.

Bagaimanapun, wanita di rantau Asia Pasifik hanya mengetuai tujuh peratus di ladang berbanding 20 peratus di kebanyakan rantau lain dunia.

Di peringkat global, Asia mempunyai bilangan peminjam kredit mikro paling ramai sekali dan peratusan tertinggi peminjam yang terdiri daripada wanita miskin. Di Asia, 98 peratus daripada peminjam kredit mikro pada 2006 ialah wanita, berbanding 66 peratus di Afrika dan 62 peratus di Amerika Latin.

Fesyen selembut Johnson

Posted: 07 Jun 2010 06:08 AM PDT


Para selebriti bergambar ramai bersama pereka, Azalea Ramli dan Yasmin Putri (dua dan tiga dari kiri) dan Carven Ong (empat dari kiri).


KOLABORASI fesyen dan produk penjagaan kulit memang jarang dilakukan. Namun inisiatif terbaru Johnson's - jenama yang sinonim produk penjagaan tubuh kanak-kanak - untuk mencari titik pertemuan antara kedua elemen ini nyata membuah hasil yang mengujakan.

Sebanyak 32 rekaan pakaian gabungan kreativiti pakar busana perkahwinan Carven Ong dan sepasang kembar bakat baru dalam seni rekaan fesyen, Azalea Ramli dan Yasmin Putri yang membawa jenama PU3, telah diperagakan oleh 16 selebriti tempatan dalam majlis gilang-gemilang di gedung beli-belah Suria KLCC, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Acara tersebut diadakan sempena meraikan pelancaran rangkaian Johnson's Body Care, losen penjagaan badan untuk dewasa pertama di Malaysia.

Menampilkan fabrik sifon dengan warna-warna lembut seperti merah jambu, krim dan biru cair memberikan pengertian akan kelembutan rangkaian losen penjagaan badan dewasa Johnson.

Carven Ong berkata, ciri-ciri kewanitaan dan kelembutan menjadi elemen dalam rekaannya.

''Saya percaya bahawa fesyen yang hebat bermula dengan kulit yang cantik dan lembut.

"Kulit yang cantik adalah seperti aksesori yang diinginkan setiap wanita bagi dipadankan dengan pakaian mereka,'' jelas Carven mengenai koleksinya.

Sementara itu, pasangan kembar Azalea dan Yasmin Putri yang bergabung sebagai PU3, turut teruja kerana berpeluang melibatkan diri dalam projek ini.

"Rekaan kami biasanya moden dan berbeza. Kami gembira kerana kami berjaya menampilkan kelembutan dalam pertunjukan ini sambil mengekalkan sentuhan rekaan asal kami,'' kata Azalea.

Pasangan yang pernah memenangi anugerah bakat baru pada Minggu Fesyen Antarabangsa Malaysia tahun lepas kini sibuk meluaskan rangkaian fesyen mereka.

Kesemua 32 rekaan pakaian ketiga-tiga pereka tersebut boleh dimenangi melalui peraduan Johnson's Body Care.

Kesemua rekaan tersebut diperagakan oleh selebriti tempatan termasuk Miss Malaysia Universe 2007, Deborah Henry, Juliana Evans, Irma Hasmie, Yasmin Hani, Scha Alyahya, Marsha Londoh dan Shasha Basir.

Sementara itu, Pengarah Pengurusan Johnson& Johnson, Jocye Lee berkata, usaha menggabungkan kehalusan kulit dengan fesyen adalah sebagai penghargaan kepada wanita yang sememangnya mementingkan kedua-dua elemen itu.

"Kami memahami setiap wanita menginginkan kulit yang lembut sebagaimana mereka menggemari fesyen.

"Gandingan itu cuba kami tonjolkan pada pelncaran losen Johnson's Body Care hari ini," katanya.

Menurutnya, losen terbaru itu dirumus untuk menjadikan kelembapan dan kehalusan kulit semakin ketara.

Ia dihasilkan bagi memulihkan kulit yang kusam dan kering secara mendalam dan mudah.

Rangkaian ini mempunyai tiga jenis losen yang berbeza, iaitu 24 Hours Lasting moisture Body Lotion, Melt Away Stress Daily Calming Lotion dan Naturally White Daily UV Lotion.

''Kami menggabungkan kebaikan shea butter, vitamin E dan minyak jojoba untuk bertindak lembut bagi memulihkan kulit yang tegang, kusam dan kering dan memberikan keyakinan sepanjang hari," katanya.

Kenderaan si pemalas?

Posted: 07 Jun 2010 06:07 AM PDT


KERANA boleh duduk, anda juga boleh membawa barang apabila menaiki U3-X.


BAGI mereka yang biasa menghadiri simposium atau persidangan ke Amerika Syarikat (AS), anda tentu pernah terserempak dengan lelaki beruniform yang mengawal simposium itu dengan menaiki kenderaan unik dikenali sebagai Segway.

Segway merupakan kenderaan roda dua yang dijana menggunakan bateri dan penunggang perlu berdiri ketika menaiki kenderaan yang berfungsi seperti basikal atau scooter ini.

Bagaimanapun, cara operasinya agak berbeza iaitu penunggang hanya perlu mencondongkan badannya ke hadapan untuk menggerakkan Segway ke hadapan dan mengiring ke kiri dan kanan untuk membelok.

Segway telah berjaya mendapat sambutan mengalakkan bagi pengangkutan di dalam bangunan seperti mengawal kawasan pusat dagangan, jabatan polis, pangkalan tentera, gudang, kampus korporat dan juga sebagai kenderaan pelancong di sesetengah negara Eropah.

Di atas kejayaan Segway, maka pelbagai syarikat kini turut cuba membangunkan kenderaan pengangkutan peribadi yang mungkin menjadi pilihan pengguna di masa depan.

Honda misalnya, baru-baru ini memperkenalkan kenderaan prototaip dikenali sebagai Sistem Pergerakan Peribadi U3-X yang seakan fungsi seperti Segway tetapi hanya menggunakan satu roda dan mempunyai tempat duduk.

Kenderaan ini tentu sesuai digunakan oleh mereka yang malas untuk berdiri seperti diperlukan oleh Segway. Ia juga tentu lebih stabil daripada scooter elektrik yang kini digunakan oleh sesetengah orang dewasa untuk bersiar di taman atau ke surau.

Bagi orang-orang tua, badut, orang gemuk dan semput bila berjalan jauh, U3-X adalah pilihan terbaik untuk mereka.

Kenderaan itu mampu bergerak selaju enam kilometer sejam (km/j) dan dengan beratnya hanya 10 kilogram, pengguna dengan mudah boleh membawanya menaiki bas, diletakkan di belakang bonet kereta atau dibawa berjalan.

Teknologi Asimo

Jika dicaj sepenuhnya, U3-X boleh digunakan selama sejam dan ia menggunakan beberapa teknologi robot Asimo dari Honda untuk mengimbangi kenderaan itu dan penunggangnya.

Honda menyatakan, syarikatnya mencipta alat itu untuk membantu golongan berumur tetapi golongan itu mempunyai banyak pilihan sekarang kerana telah banyak robot pendukung manusia sedang dicipta seperti Beruang Robot.

Honda juga berharap U3-X mampu bersaing dengan alat pengangkutan peribadi Winglet dengan dua roda yang diperkenalkan oleh Toyota dua tahun lepas.

Winglet juga merupakan scooter dua roda yang fungsinya hampir sama dengan Segway dan U3-X dengan kemampuan bergerak selaju 6 km/j iaitu sama dengan kelajuan U3-X. Bagaimanapun, ia tetap jauh berbeza dengan kelajuan Segway iaitu 20 km/j.

Honda telah menjalankan penyelidikan dalam bidang robotik sejak 1986 dan peralatan bergerak sejak 1999. Hasil kajian telah digunakan untuk pembangunan robot humanoid Asimo dan sebahagian daripada teknologi itu digunakan untuk U3-X.

Selain itu, Honda juga mempertingkatkan teknologi pemotorannya dengan memperkenalkan motosikal konsep 3R-C di Geneva, baru-baru ini yang melambangkan teknologi motosikal masa depan.

3R-C mempunyai penutup kecil yang melindungi tempat duduk penunggang ketika berhenti dan menjadi cermin pelindung angin ketika bergerak.

Maka di masa depan, kenderaan berkuasa elektrik akan menguasai jalan raya dan juga tempat laluan pejalan kaki kerana manusia ketika itu mungkin juga sudah lupa bagaimana untuk melakukan senaman cara mudah dan tanpa kos - iaitu berjalan.

Menguji buah masak

Posted: 07 Jun 2010 06:06 AM PDT


Buah diletakkan di antara dua plat dan bacaan pergerakan elektron diukur dalam unit voltage.


Kebanyakan kita suka makan buah-buahan tidak kira sama ada tempatan atau import. Kesegaran buah menjadi keutamaan apabila menikmatinya.

Namun perkara yang lebih penting ialah bagaimana memastikan buah yang kita makan itu benar-benar masak atau sebaliknya.

Beberapa petua atau tip yang diajar oleh orang tua-tua dijadikan panduan untuk menentukan buah tersebut masak atau sebaliknya.

Menepuk-nepuk buah berkenaan sambil memerhatikan warnanya atau memicitnya untuk menguji teksturnya sama ada lembut antara petua yang biasa kita dengar.

Kaedah tersebut memang berkesan tetapi pendekatan sains boleh menentukan ketepatan bagi memastikan memang ia telah masak.

Kajian telah dijalankan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMap) menerusi Sekolah Kejuruteraan Komputer dan Komunikasi boleh menentukan kemasakan buah menggunakan pengesan khas.

Kumpulan penyelidik tersebut dianggotai oleh Zulkiifli Husin selaku ketua dan dianggotai oleh Prof. Madya Dr. Badlishah Ahmad, Abdul Hallis Abdul Aziz dan Azamuddin Daud.

Penyelidikan tersebut menurut Zulkiifli sangat penting memandangkan industri makanan dan minuman berasaskan buah-buahan dan juga produk semula jadi terus meningkat.

Permintaan yang konsisten terhadap pengeluaran hasil pertanian secara intensif dan kurang penggunaan tenaga buruh.

Ketika ini industri terbabit memerlukan pendekatan yang sesuai untuk menentukan tahap masak buah.

Pengiraan hari bermula bila ia ditanam adalah cara yang diamalkan dan ini merupakan satu masalah. Selain itu, penggunaan manual itu bukan sahaja tidak tepat tetapi memerlukan pekerja yang ramai.

Tahap kematangan dengan menggunakan kepakaran manusia meskipun masih menjadi amalan terbaik ketika ini, tetapi bagi jumlah yang banyak, ia tidak praktikal.

Justeru, teknologi yang dibangunkan UniMap boleh dimanfaatkan terutama bagi pengeluaran secara besar-besaran.

Kerana sistem yang tidak merosakkan buah berkenaan, dan kurang sentuhan tangan.

Menurut Zulkiifli , ujian kematangan buah itu menggunakan kesan pergerakan elektron antara dua plat yang mengapit dua buah yang hendak diuji yang mana bacaannya diukur dalam unit voltage.

Bacaan yang diambil pada buah kemudian akan diskalakan pada nilai asas dari '0' kepada 255 yang mana ukur antara 200 ke 255 dianggap tidak masak.

''Ini bermakna jika ukuran menggunakan sistem tersebut, nilai kemasakan buah atau kematangan buah lebih tepat," katanya.

Pada masa sama, cara tersebut tidak akan menjejaskan kualiti buah yang hendak diuji.

Sistem tersebut kata beliau dibangunkan dengan binaan dalam perisian dan memberi keputusan tepat pada masa sebenar.

Alat tersebut juga dibangunkan lebih ringan, mudah dan mudah dioperasikan.

Pada masa ini katanya, alatan tersebut telah diuji menggunakan pisang dan mangga kerana ia buah yang mudah diperoleh, popular dan banyak ditanam pengusaha tempatan.

Oleh itu, alatan tersebut boleh dimanfaatkan untuk pengeluaran buah secara besar-besaran.

Bagaimanapun menurut Zulkiifli , penggunaan produk berkenaan boleh dimanfaatkan boleh diperluaskan untuk buah-buahan lain termasuk tembikai dan buah jenis besar.

Selain kemampuannya menguji buah tempatan, produk tersebut yang boleh dihasilkan dengan kos yang rendah mampu memberi keputusan tepat hanya dalam masa kurang daripada sesaat.

Menurut beliau lagi, pihaknya sedang merancang untuk membangunkan sistem berkenaan pada skala besar iaitu untuk kegunaan industri.

Kegunaan industri lebih kompleks yang mana buah yang diuji boleh diasingkan dalam tiga kebuk khas bergantung kepada tahan kemasakannya iaitu masak, separuh masa dan tidak masak.

Proses ini lebih membantu menentukan tahap masak buah secara tepat, dan pantas secara komersial.

Maklumat lanjut boleh menghubungi zulhusin@unimap.edu.my.

Telinga berdesing jejas kualiti hidup

Posted: 07 Jun 2010 06:01 AM PDT


Jika tinitus disebabkan masalah seperti tahi telinga mengeras, nanah dan sebagainya, ia akan sembuh setelah dibuang dan dirawat.


SUDAH beberapa malam Hamidah tidak boleh tidur. Kepada suami, wanita berusia 40 tahun itu mengadu telinganya kerap berdesing sejak akhir-akhir ini.

Ia berlaku tidak menentu dan biasanya bunyi berdesing lebih kuat jika dia berada di tempat sunyi terutama sebelum tidur.

Desingan sangat bising dan bingit seperti bunyi 'eeee' yang panjang serta frekuensi tinggi. Kadangkala ia seperti bunyi mesin gergaji yang sedang memotong batu-bata dan ada juga bunyi seperti cengkerik dan unggas yang tidak jemu memecah kesunyian malam.

Keadaan itu mengganggu aktiviti hariannya dan paling merungsingkan, desingan tersebut menyebabkan dia sukar melelapkan mata.

Pelbagai andaian bermain dalam fikiran Hamidah. Dia risau andai mengalami penyakit serius dalam telinga seperti gegendang pecah, bernanah dan sebagainya. Lebih merunsingkan wanita itu mula terfikir, adakah bunyi itu datangnya dari otak yang terletak bersebelah dengan telinga?

Bimbang dengan keadaan yang dialami, Hamidah bertemu Pakar Telinga, Hidung dan Mulut (ENT) bagi mengesan penyakit yang dihidapi.

Mengapa telinga berdesing?

Perunding Pembedahan ENT, Dr. Lim Wye Keat berkata, keadaan telinga yang sentiasa berdesing dipanggil tinitus.

Walau bagaimanapun, ia bukanlah sejenis penyakit tetapi merupakan simptom yang berlaku disebabkan beberapa perkara termasuk jangkitan telinga, objek luar atau lilin dalam telinga, alah pada bahagian hidung yang menghalang aliran cecair dan menyebabkan penghasilan lilin dengan banyak.

Tinitus juga katanya berlaku disebabkan pendengaran terjejas sejajar dengan peningkatan usia.

Secara dasarnya kata beliau, setiap individu normal mempunyai pendengaran luar dan dalam (desingan) semula jadi sejak dilahirkan.

"Pendengaran luar individu normal berada pada tahap yang baik menyebabkan ia mengawal bunyi desingan semula jadi dari dalam. Kerana itu kita tidak sedar bahawa setiap orang sebenarnya mengalami keadaan telinga berdesing," kata doktor yang bertugas di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur itu.

Jelas Dr. Lim, tinitus terbahagi kepada dua iaitu subjektif di mana individu yang mengalami mendengar bunyi tetapi orang lain tidak manakala tinitus objektif berlaku apabila individu mendengar bunyi dan orang lain (biasanya doktor) turut mendengar bunyi tersebut.

Tinitus jelasnya, boleh berlaku di sebelah telinga atau mungkin kedua-dua belah sekali. Sesetengah individu mengalami tinitus berpanjangan, manakala setengah lagi sekali-sekala. Ia boleh berlaku tidak kira peringkat umur bermula seawal 20-an, namun kebanyakannya mengalami ketika usia melebihi 50 tahun. Dikatakan seorang daripada lima individu berusia 55 tahun ke atas mengalami tinitus.

Katanya lagi, tinitus juga boleh berlaku disebabkan pengambilan ubat seperti aspirin dan paras aktiviti hormon serotonin yang rendah.

Tinitus subjektif

Menurut Dr. Lim, kebanyakan pesakit yang datang merujuk kepadanya mengesyaki mereka mengalami kanser otak, kerosakan pada bahagian koklea, gegendang telinga dan sebagainya.

"Berdasarkan maklumat yang diberi, saya sudah boleh mengagak mereka mengalami tinitus. Namun ada pesakit yang tidak percaya dan mahu melakukan ujian pengesanan MRI," katanya.

Apabila keputusan ujian menunjukkan negatif, barulah pesakit sedar bahawa pendengaran mereka sudah mula bermasalah menyebabkan mereka mengalami tinitus.

Jelas Dr. Lim, jika disebabkan masalah seperti tahi telinga, telinga bernanah dan sebagainya, tinitus akan hilang dengan cara tahi dan nanah dibuang serta diubati dengan antibiotik.

Jika individu mengalami masalah pada koklea pula, mereka tidak akan mendengar langsung sebarang bunyi sama ada daripada luar atau dalam.

Jelas beliau lagi, pendengaran luar kebanyakan individu akan berkurang sejajar dengan peningkatan umur mereka. Namun tidak semua individu mengalami masalah tersebut.

Tahap masalah katanya, bergantung kepada individu itu sendiri. Jika individu tersebut lebih sensitif dengan desingan yang berlaku, maka dia akan rasa keadaan tersebut sangat serius.

Apa yang dilakukan Dr. Lim dalam menangani masalah seperti itu adalah dengan menasihatkan pesakit agar mengawal keadaan.

"Perlu diingat, keadaan tinitus tidak boleh dirawat atau diubati tetapi individu boleh mengawalnya dengan cara menerima keadaan tersebut dengan hati yang tenang," katanya.

Dalam hal ini, penghidap mungkin perlu mendapatkan bimbingan psikologi bagi membantu mereka mengawal keadaan agar tidak runsing dan risau.

Penggunaan topeng tinitus dan alat bantuan pendengaran juga mampu menangani keadaan itu namun tidak boleh mengatasi masalah sepenuhnya.

Alat bantuan pendengaran bertindak seperti mikrofon yang menguatkan bunyi luar bagi mengawal bunyi desingan dalam. Namun, ramai pesakit mengadu ia tidak berkesan kerana kadang kala terdapat masalah seperti pemakaian tidak betul menyebabkan bunyi terlalu rendah atau tinggi.

Tinitus objektif

Apabila doktor yang merawat dapat mengesan bunyi dari dalam telinga pesakit, ini dipanggil tinitus objektif.

Menurut Dr. Lim, ia berlaku disebabkan gerakan otot pada telinga, atau bunyi berdetik sekitar kawasan telinga tengah (dalam). Sesetengah individu mengalami bunyi yang berdetik seperti nadi (dipanggil pulsative tinnitus).

Keadaan ini adalah biasa dan ia berlaku disebabkan perubahan aliran darah atau peningkatan arus pergolakan darah berdekatan telinga (seperti dari artereosklerosis). Namun ia juga boleh bertukar menjadi tinitus subjektif disebabkan terlalu risau dengan aliran darah tersebut.

Jika pesakit itu mengalami masalah tinitus objektif, beliau akan merujuk perkara tersebut kepada pakar saraf bagi mendapatkan penjelasan selanjutnya kerana ia diluar kepakaran beliau.

Menurutnya, amat jarang penghidap tinitus objektif berkait rapat dengan masalah kesihatan serius lain. Namun terdapat kes kecil seperti carotid artery aneurysm dan carotid artery dissection.

Saranan doktor

Dalam mengelak masalah tinitus berlaku seiring dengan peningkatan usia, Dr. Lim menyarankan agar setiap individu menjalani gaya hidup sihat.

Menurutnya, penyakit diabetis dan darah tinggi boleh mengganggu deria pendengaran sekali gus mendedahkan penghidapnya kepada masalah tinitus.

Dr. Lim juga kurang yakin dengan perubatan alternatif kerana ia belum terbukti secara saintifik hingga kini.

Askar Wataniah di 50 Parlimen

Posted: 07 Jun 2010 05:54 AM PDT


Dr. Abd Latiff Ahmad (depan, tengah) bersama Zulkefli Mohd. Zin (depan, kiri) pada majlis pelancaran Kompeni Askar Wataniah Batalion 3, Rejimen 506 di Kawasan Parlimen Ketereh, Kubang Kerian, Kota Bharu dan Machang di Kem Sungai Durian, Kuala Krai, semalam.


KUALA KRAI 6 Jun - Kementerian Pertahanan akan memperluaskan pasukan Askar Wataniah ke 50 kawasan Parlimen tahun ini dengan melibatkan sekurang-kurangnya 5,000 sukarelawan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abdul Latif Ahmad berkata, pasukan tersebut adalah penghubung di antara tentera dengan rakyat di samping dapat memberi semangat kepada generasi baru mencurahkan khidmat murni kepada negara.

Beliau berkata, pihaknya juga menyasarkan untuk meningkatkan anggota Askar Wataniah dengan nisbah dua orang berbanding seorang anggota tentera menjelang 2020.

''Sambutan yang kita terima setakat ini amat baik dan ia bertujuan memastikan penglibatan semua pihak terhadap tanggungjawab bagi menjaga negara.

''Ini merupakan hasrat kita untuk 'merakyatkan tentera' dan 'mententerakan rakyat' disebabkan itu kita menyasarkan setiap Parlimen terdapat 100 anggota sukarelawan,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Kompeni Askar Wataniah Batalion 3, Rejimen 506, kawasan Parlimen Ketereh, Kubang Kerian, Kota Bharu dan Machang di Kem Sungai Durian di sini hari ini.

Turut hadir, Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Zulkifeli Mohd. Zin dan Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Noor Daud.

Abdul Latif berkata, pihaknya juga sedang mengkaji untuk menaikkan elaun anggota Askar Wataniah tetapi ia bukan menjadi faktor utama untuk menarik orang awam menyertai pasukan tersebut.

''Tanpa elaun pun penglibatan orang ramai amat memberangsangkan, jadi elaun bukan menjadi faktor penarik tetapi kita sedang mengkajinya.

''Kalau Askar Wataniah mengambil kira mengenai elaun, mereka bukan lagi anggota sukarela tetapi 'askar elaun' bagaimanapun saya ucap terima kasih kepada mereka yang menyertai pasukan ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya juga merancang untuk menubuhkan unit komunikasi Askar Wataniah yang melibatkan pengamal media.

Katanya, kepakaran yang dimiliki pengamal media boleh digunakan untuk mewujudkan perkongsian pintar dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana ia penting ketika berlaku peperangan.

''Selepas ini, kita minta wartawan untuk menyertai Askar Wataniah disebabkan kita akan mewujudkan sebuah unit komunikasi kerana dalam peperangan strategi komunikasi amat penting.

''Pengalaman dan kepakaran yang dimiliki oleh wartawan boleh dicurahkan untuk bersama-sama Askar Wataniah secara sukarela untuk mempertahankan negara," katanya.

Maya Karin giat kumpul aset

Posted: 07 Jun 2010 05:54 AM PDT


KIRA-KIRA 1,000 murid Sekolah Kebangsaan Sri Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur mendengar penerangan Maya Karin mengenai kempen alam sekitar.


MAYA Karin memulakan kariernya dalam bidang seni hampir 10 tahun lalu. Dia bermula dengan bidang peragaan sebelum bergelar penyanyi, pelakon dan pengacara rancangan televisyen. Kini Maya antara aktres yang menjadi perhatian ramai peminatnya.

Selain menjadikan bidang-bidang seni tersebut sebagai karier, selebriti kacukan Jerman dan Melayu itu kini melangkah lebih jauh. Dia kini berani menceburi dunia pelaburan hartanah melibatkan premis perniagaan serta kediaman sebagai untuk aset masa depan.

Menurut Maya, dia kini sibuk menguruskan lot kedai dan kediaman termasuklah sebuah rumah agam dan kondominium yang dibeli untuk disewakan sejak beberapa tahun yang lalu.

"Semua aset saya itu terletak di kawasan Damansara Perdana, Petaling Jaya dan Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur," katanya kepada Hits sewaktu ditemui selepas mengadakan kempen Mayalovenature di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Maya menyifatkan, premis kediaman dan perniagaan yang dibeli itu sedikit sebanyak memberi pulangan kepadanya.

Jelas pelakon filem Duyung dan Picau Cukur itu, dia berharap semua aset tersebut boleh menjadi salah satu sumber pendapatan pada masa depan apabila sudah tua dan tidak terbabit lagi dalam bidang seni.

"Sebagai selebriti saya harus beringat. Hari ini orang minat dengan saya. Esok lusa apabila sudah tua mungkin orang akan lupakan saya. Jadi, ini adalah salah satu persiapan untuk masa depan saya. Malah, sekarang ini pun saya sudah menikmati pulangannya.

"Setakat ini, saya menyewakan premis-presmis saya itu daripada RM2,000 sebulan sehinggalah RM10,000 sebulan. Kalau ada rezeki lebih saya akan beli lagi hartanah terutamanya premis kediaman untuk disewakan," ujarnya.

Sungguhpun memberi sumber pendapatan baru buat Maya, namun selebriti itu tidak menafikan berdepan dengan pelbagai cabaran dalam menguruskan premis kediaman dan perniagaan yang disewakannya itu.

Antaranya dalam menambah modal bagi memperbaiki kerosakan atau menambah baik aset-aset miliknya itu selain berdepan dengan pelbagai karenah penyewa yang datangnya daripada latarbelakang berbeza.

"Dalam hal ini, saya biasanya akan melihat latarbelakang atau mengadakan sedikit temu bual terlebih dahulu sebelum membenarkan premis saya disewa. Ia bagi mengelakkan saya mendapat penyewa yang kurang bertanggungjawab.

"Misalnya, ada di kalangan penyewa yang meninggalkan kekotoran atau melakukan kerosakan selepas kontrak sewaan mereka tamat. Sebagai tuan rumah saya terpaksa mengatasi masalah tersebut," jelasnya.

Bakal isteri Jimmy

Posted: 07 Jun 2010 05:53 AM PDT




SELAMA ini Papa hanya sering mendengar cerita mengenai pengacara terkenal, Jimmy Shanley bakal menamatkan zaman bujangnya.

Bagaimanapun, seingat Papa, tiada pula mana-mana media yang pernah menyiarkan foto bakal isteri pengacara muda dan tampan itu.

Khabarnya, Jimmy belum bersedia untuk mendedahkannya kepada umum kerana dia lebih senang membenarkan media merakamkannya pada majlis pertunangannya nanti.

Namun begitu, hujung minggu lalu, Papa dikejutkan dengan kehadiran sekeping kad yang disampaikan oleh seorang kenalan lama.

Sangkaan Papa kad berkenaan merupakan kad kahwin teman itu tadi, namun selepas dibuka sampulnya rupa-rupanya ia adalah kad pertunangan Jimmy.

Amboi tengok kad saja sudah cukup untuk membuatkan Papa menjangkakan majlis pertunangan yang akan berlangsung pada hari Jumaat ini di Sungai Buloh, Selangor tentunya meriah bukan.

Jimmy bakal mengikat tali pertunangan dengan Suhaila Eliani Datuk Suhaimy. Suhaila merupakan anak kepada seorang pengasas produk kecantikan yang popular.

Pasangan berkenaan difahamkan akan bernikah dan bersanding pada bulan Oktober depan dan Papa juga diberitahu, jurusolek ternama tanah air, Zulfazli Suhadi telah dipilih sebagai jurusolek untuk majlis persandingan itu.

Pilihan yang dibuat oleh Jimmy dan Suhaila memang tepat kerana tiada siapa yang boleh menyangkal sentuhan emas Zulfazli yang sudah menata rias wajah banyak muka termasuk golongan selebriti.

Doa Papa buat Jimmy dan Suhaila, semoga majlis pertunangan mereka akan berjalan lancar.

Tahniah kepada mereka berdua dan pesanan Papa jangan lupa layangkan jemputan buat kami di Utusan Malaysia ya!

Konservatif dalam hal kahwin

Posted: 07 Jun 2010 05:50 AM PDT


Elaine Daly


WANITA jelita ini hanya mampu ketawa apabila diajak berbicara tentang persoalan cinta dan perkahwinan. Katanya, dia sudah menjangka soalan itu pasti akan ditanya kerana sedar itulah harga yang perlu dibayar oleh seorang selebriti sepertinya.

Tidak seperti kebanyakan artis yang lebih selesa memberikan jawapan selamat dan basi, Elaine Daly lebih senang untuk berterus-terang apabila membabitkan soal cinta.

Tanpa berselindung, dia mengakui, kini sedang melewati musim cinta yang cukup mekar bersama arjuna yang berjaya memanah tepat panah cinta ke jiwanya.

Namun, bekas Ratu Cantik Malaysia 2003 ini memohon pengertian apabila tidak mahu mendedahkan lebih lanjut identiti lelaki yang berjaya mencuri hatinya itu.

Cerita Elaine, hubungannya dengan jejaka berdarah campuran Malaysia dan Australia itu masih baru dan segar iaitu tujuh bulan.

Namun, sepanjang tempoh itu, Elaine tidak menafikan dia cukup selesa berdampingan dengan temannya itu yang merupakan seorang ahli perniagaan.

"Perwatakannya cukup menarik perhatian saya. Lebih mengagumkan dia seorang yang penyabar.

"Malah, dia juga seorang yang begitu menyokong segala keputusan yang saya lakukan. Yang paling penting, kami satu kepala," ceritanya lagi sambil ketawa kecil ketika diminta menceritakan personaliti teman lelakinya itu.

Baginya, lelaki yang kini menetap di Singapura itu memiliki banyak persamaan dengan dirinya.

Bagi Elaine, yang paling penting si dia dapat menerima dirinya seadanya walaupun tahu Elaine seorang selebriti ternama.

"Untuk meramalkan sejauh manakah hubungan kami akan pergi atau mampu memasuki fasa seterusnya masih terlalu awal. Kami pun belum lagi membincangkan soal perkahwinan kerana memikirkan usia hubungan kami yang dikira masih baru.

"Namun secara peribadi saya sudah lama bersedia untuk menukar status saya sebagai seorang isteri.

"Malah, untuk memiliki anak dan membina keluarga juga sudah lama ada dalam agenda hidup saya," luah anak jati Kuala Lumpur ini dalam satu sesi fotografi di ibu negara, baru-baru ini.

Kalau sesiapa yang mengikuti kisah perjalanan hidup Elaine, pasti ramai yang tahu siapakah jejaka yang pernah singgah di hatinya.

Sudah pasti, pelakon kacak Hans Isaac pernah menjadi teman lelakinya untuk tempoh yang agak lama.

Malah, nama pemain drum kumpulan Estranged, Andy juga pernah dikaitkan dengan Elaine apabila pernah dilihat berdua dalam satu majlis.

Menyambung bicara, pada usianya yang sudah mencecah 33 tahun, manis benar untuk dia berkahwin.

Tetapi, Elaine enggan terburu-buru dalam membuat sebarang keputusan kerana bimbang ia akan memakan diri.

Meskipun dia seorang yang sofistikated dan berfikiran terbuka, namun dalam bab kahwin, Elaine memiliki pemikiran yang konservatif.

"Perkahwinan bagi saya merupakan satu ikatan yang suci. Apa yang saya dambakan, semuanya berjalan mengikut adat serta tatacara yang betul untuk melengkapkan sebuah institusi perkahwinan itu.

"Seperkara lagi, perkahwinan bukan untuk sehari dua tetapi untuk seumur hidup kerana kita akan hidup bersama dengan lelaki yang bakal menjadi suami dan bapa kepada anak kita.

"Kerana itu, saya hanya akan bersedia untuk berkahwin apabila masa tiba di samping bertemu dengan lelaki yang benar-benar sesuai dan tepat untuk diri saya," tutur graduan undang-undang ini dalam nada penuh diplomasi.

Kepada soalan adakah kegagalan dalam perhubungan lalu membuatkannya gusar untuk mengikat tali perkahwinan, dengan pantas, wanita tinggi lampai ini menggelengkan kepalanya seraya menafikan kenyataan itu.

Bagi Elaine, dia langsung tidak menjadikan apa yang telah berlaku sebagai satu halangan untuknya bergelar isteri.

Sebaliknya, kegagalan dalam perhubungan silam menjadikannya seorang yang cukup matang dalam membuat sebarang keputusan.

"Saya harus akui apa yang saya lalui sebelum ini banyak membuka mata saya tentang erti hidup yang sebenar.

"Memang kita tidak boleh terlalu berhati-hati dalam kehidupan tetapi segala yang kita lakukan semuanya perlu ditangani dengan bijak," tuturnya penuh bersungguh sambil mengharapkan perhubungannya sekarang akan berterusan membawa sinar bahagia untuk dirinya.

Penampilan baru MyVi, ViVa

Posted: 07 Jun 2010 05:47 AM PDT

WAJAH baru MyVi penuhi cita rasa golongan muda.
WAJAH baru MyVi penuhi cita rasa golongan muda.
Perodua rancang lancar model diperbaharui pada separuh kedua tahun ini

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan melancarkan dua model yang diperbaharui pada separuh kedua tahun ini untuk memberikan lebih kesegaran dan mempelbagaikan lagi varian kereta kompak keluarannya di pasaran.

Menurut sumber, dua model diperbaharui itu adalah MyVi dan ViVa yang kini adalah model paling laris di Malaysia dengan jualan masing-masing sebanyak 7,048 unit dan 6,671 unit pada Mac lalu.
Katanya, pengenalan dua wajah baru berkenaan seiring dengan strategi Perodua yang sentiasa membuat pengubahsuaian untuk terus memenuhi cita rasa pengguna. "Perodua akan melancarkan beberapa model 'facelift' (model yang diperbaharui) pada separuh kedua tahun ini dan model berpotensi untuk diberi wajah baru itu adalah MyVi dan ViVa."Perodua kini sedang mengemaskinikan sentuhan terakhir pada dua model terbabit. Apa yang pasti, pelancarannya bakal mencipta momentum keterujaan baru, sekali gus meningkatkan lagi keyakinan pengguna terhadap kereta keluaran Perodua," katanya ketika dihubungi Berita Harian, baru-baru ini.

Difahamkan, bagi pembaharuan model MyVi, Perodua akan menggunakan badan model generasi baru Toyota Passo. Kapasiti kuasa enjinnya juga dipertingkatkan kepada 1.5 liter berbanding 1.0 liter dan 1.3 liter yang dilengkapi pada model MyVi sedia ada di pasaran.

Selain itu, beberapa perubahan dalaman dan luaran turut ditampilkan mengikut trend semasa bagi memenuhi cita rasa golongan muda dan ia dikatakan bakal mencipta satu suasana 'populariti' baru di kalangan kereta kompak di negara ini.
Sumber itu menambah, bagi Perodua ViVa wajah baru, ia akan didatangkan dengan rekaan baru jeriji depan yang lebih ranggi dan bergaya daripada model sedia ada.

Selain itu, katanya, rekaan bamper depan pengganti kepada model popular Perodua sebelumnya – Kancil dan Kelisa, itu mempunyai lampu kabus yang lebih besar.

"Rekaan bamper baru berkenaan menjadikan model ViVa yang diperbaharui itu kelihatan seperti 'mini Alphard'. ViVa wajah baru itu juga ditampilkan dengan kemasan tempat duduk dalaman yang lebih anggun menggunakan fabrik baru lebih bermutu," katanya.

Budak 5 tahun cedera bapa libas dengan tali pinggang

Posted: 07 Jun 2010 05:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun cedera di kepala dipercayai selepas dipukul bapanya menggunakan tali pinggang dalam kejadian di rumahnya di Kampung Muhibah, Puchong, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa bersama dua abangnya berusia tujuh dan lapan tahun dijaga oleh bapa berikutan ibu mereka yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang belum balik.
Sumber berkata, kejadian itu disedari sebaik ibu mangsa berusia 30-an pulang dari tempat kerja yang terkejut melihat anaknya menangis kesakitan dan kepala berlumuran darah.Mangsa, anak bongsu daripada tiga beradik itu yang berada dalam ketakutan hanya menggelengkan kepala apabila ditanya, berikutan bimbang dipukul lebih teruk.

"Ibu mangsa tidak berpuas hati kemudian bertanyakan suaminya yang berusia 29 tahun berhubung kejadian anaknya yang berlumuran darah sebelum mengaku memukul anaknya menggunakan tali pinggang," katanya kepada Berita Harian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada ibu mangsa, petang kelmarin.

"Mangsa kini dalam keadaan stabil dan gerakan memburu suspek sedang dijalankan. Polis yakin, suspek masih bersembunyi di sekitar kawasan kediamannya," katanya kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, seorang murid lelaki Tahun Dua luka di pipi kanannya selepas ditampar oleh guru dalam kejadian di sebuah sekolah dekat Puchong, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa dikatakan ditampar guru lelaki yang berusia 30-an itu sejurus tamat sesi persekolahan dalam bilik darjah sekolah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, berkata ketika kejadian, ibu mangsa dikatakan sedang menunggu anaknya di luar sekolah.

Budak 5 tahun cedera bapa libas dengan tali pinggang

Posted: 07 Jun 2010 05:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun cedera di kepala dipercayai selepas dipukul bapanya menggunakan tali pinggang dalam kejadian di rumahnya di Kampung Muhibah, Puchong, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa bersama dua abangnya berusia tujuh dan lapan tahun dijaga oleh bapa berikutan ibu mereka yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang belum balik.
Sumber berkata, kejadian itu disedari sebaik ibu mangsa berusia 30-an pulang dari tempat kerja yang terkejut melihat anaknya menangis kesakitan dan kepala berlumuran darah.Mangsa, anak bongsu daripada tiga beradik itu yang berada dalam ketakutan hanya menggelengkan kepala apabila ditanya, berikutan bimbang dipukul lebih teruk.

"Ibu mangsa tidak berpuas hati kemudian bertanyakan suaminya yang berusia 29 tahun berhubung kejadian anaknya yang berlumuran darah sebelum mengaku memukul anaknya menggunakan tali pinggang," katanya kepada Berita Harian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Abdul Rahim Hamzah Othman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada ibu mangsa, petang kelmarin.

"Mangsa kini dalam keadaan stabil dan gerakan memburu suspek sedang dijalankan. Polis yakin, suspek masih bersembunyi di sekitar kawasan kediamannya," katanya kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, seorang murid lelaki Tahun Dua luka di pipi kanannya selepas ditampar oleh guru dalam kejadian di sebuah sekolah dekat Puchong, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, mangsa dikatakan ditampar guru lelaki yang berusia 30-an itu sejurus tamat sesi persekolahan dalam bilik darjah sekolah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, berkata ketika kejadian, ibu mangsa dikatakan sedang menunggu anaknya di luar sekolah.

12 wira pulang

Posted: 07 Jun 2010 05:42 AM PDT

SEPANG: Laungan Allahuakbar dan selawat bergema sebaik 12 sukarelawan Malaysia yang ditahan tentera Israel, Isnin lalu tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini jam 6.10 pagi, semalam.

WIRA NEGARA...Muhyiddin menyambut kepulangan Syed Muhammad Haleem  (tengah) bersama sebahagian sukarelawan Malaysia, semalam.
WIRA NEGARA...Muhyiddin menyambut kepulangan Syed Muhammad Haleem (tengah) bersama sebahagian sukarelawan Malaysia, semalam.
AYAH SELAMAT...Dr Mohd Arba (kanan) memeluk anaknya sambil  diperhatikan ahli keluarga yang lain.
AYAH SELAMAT...Dr Mohd Arba (kanan) memeluk anaknya sambil diperhatikan ahli keluarga yang lain.
Kepulangan mereka diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman disambut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pillay; Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (Miti) yang juga Penyelaras Aman Malaysia/Palestin, Datuk Mukhriz Mahathir dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Selain itu, ahli keluarga, rakan dan ahli badan bukan kerajaan (NGO) yang berkumpul sejak jam 4 pagi turut memenuhi kompleks berkenaan untuk menyambut sukarelawan yang dianggap wira negara itu.

Pelbagai sepanduk tertera ayat 'Selamat Pulang Wira-wira Malaysia; Keberanianmu Adalah Lambang Keberanian Malaysia'; Harum Namamu Wira Negara Telah Tercatat Dalam Sejarah dan Pengorbananmu Menjadi Inspirasi Seluruh Rakyat Malaysia' turut dibawa ahli NGO.

Sejurus tiba, doa turut dibacakan sebagai tanda kesyukuran di atas kepulangan mereka. Semua sukarelawan tiba dari Istanbul dengan menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) jam 5.40 pagi, selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia, Jordan jam 11.20 pagi waktu tempatan (4.20 petang waktu Malaysia), Jumaat lalu.

Kumpulan itu kemudian membuat pertukaran penerbangan di Istanbul sebelum berlepas ke tanah air petang kelmarin.

Sementara itu, Muhyiddin dalam ucapannya meminta rakyat Malaysia sentiasa mendoakan supaya misi keamanan seumpama itu dapat diteruskan, sekali gus menyemarakkan lagi usaha untuk membela dan membebas rakyat Palestin dari rejim Israel.

"Kita bersyukur dan berdoa usaha ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Tahniah dan selamat kembali ke tanah air, semua rasa gembira (tiba di tanah air) tapi pastinya perjuangan kita masih belum selesai. "Terima kasih dan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang terbabit untuk membebaskan semua 12 rakyat Malaysia, mudah-mudahan kita teruskan usaha ini sehingga rakyat Palestin dibebaskan dari cengkaman regim Zionis Israel," katanya.

Beliau berkata, Malaysia juga akan terus mendesak supaya usaha berterusan dapat diambil untuk memastikan pihak Israel diambil tindakan sewajarnya.

"Tindakan ganas Israel terhadap misi kemanusiaan bukan saja kejam tapi tidak berperi kemanusiaan, sebab itu kerajaan amat menyanjung usaha pelbagai pihak termasuk NGO untuk teruskan misi kemanusiaan ini.

"Malah, rakyat Malaysia tanpa mengira mazhab, politik, sosial dan agama mengecam keras tindakan berkenaan," katanya.

Dalam kejadian Isnin lalu, 10 sukarelawan Misi Lifeline 4 Gaza (LL4G) dari Malaysia dan dua kru televisyen Astro Awani yang berada atas kapal Mavi Marmara diserang tentera Israel ketika misi kemanusiaan menghantar bantuan untuk penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.

Mereka yang menyertai misi bantuan kemanusiaan itu ialah Noorazman Mohd Shamsuddin, Dr Mohd Arba Ai Shawal, Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hassan, Dr Selamat Aliman, Jamaluddin Elias, Al Hami Hussian Suhaimi, Mohd Nizam Mohamad, Abd Halim Mohamed Redzuan, Hasanuddin Aqsi As Syarif dan Mustapa Mansor.
Dua kru Astro Awani ialah wartawan Ashwad Ismail dan jurukamera, Samsul Kamal Abdul Latip.

Dedah rahsia

Posted: 07 Jun 2010 05:41 AM PDT

JOHOR BAHRU: "Hari ini menjadi detik penuh bermakna bagi kami kerana bukan saja impian membina mahligai tercapai, malah sudah tiba masa untuk berterus-terang dengan keluarga kami sebenarnya pembawa virus HIV selepas hampir empat tahun menyimpan rahsia itu," kata raja sehari, Mohd Shah Khalid, 34, semalam.

PASANGAN ISTIMEWA...Mohd Shah dan Nik Aslishaz diraikan pada majlis  perkahwinan mereka, semalam.
PASANGAN ISTIMEWA...Mohd Shah dan Nik Aslishaz diraikan pada majlis perkahwinan mereka, semalam.
Dia yang berasal dari Batu Pahat di sini, berkata, biarpun berita berkenaan memberi kejutan kepada kedua-dua keluarga, namun mereka tetap memberi restu dan meraikan majlis itu bersama isteri, Nik Aslishaz Mustapha, 33, di Pertubuhan Kebajikan Intan Zon Kehidupan di Jalan Wijaya, Taman Abad di sini, semalam.

Menurutnya, seperti pasangan mempelai normal lain, dia dan isteri juga mengimpikan kehidupan bahagia sepanjang hayat dan mereka kini lebih berfikiran terbuka menghadapi sebarang cabaran bagi melaksanakan tanggungjawab suami isteri.

"Sebelum ini, saya mahupun isteri yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan terpaksa merahsiakan perkara itu kerana bimbang menyinggung perasaan keluarga selain menimbulkan masalah tidak diingini.

"Saya mula menghidap virus berkenaan sejak empat tahun lalu akibat terbabit dalam penagihan dadah manakala isteri pula disahkan menghidapi virus berkenaan akibat jangkitan daripada bekas suaminya yang sudah meninggal dunia.

"Pada awalnya, saya hampir putus asa selepas disahkan menghidapi virus berkenaan dan menjangka mungkin terpaksa membujang seumur hidup tanpa menikmati kebahagiaan kehidupan berumah tangga.

"Namun, kini saya sedar bahawa hidup, mati, rezeki dan jodoh adalah ketentuan Allah," katanya,

Menyingkap detik perkenalannya bersama suami, bekas janda anak tiga itu berkata, hubungan percintaan mereka mula berputik apabila bertemu suaminya yang juga penyelaras Pertubuhan Kebajikan Intan Zon Kehidupan dalam satu program amal dan selepas bertukar nombor telefon, mereka sering berhubung bagi bertanya khabar. Menurutnya, tidak dijangka, perkenalan kurang setahun itu akhirnya membawa mereka ke jenjang pelamin dan berterima kasih kepada semua tetamu memberi sokongan moral.

"Biarpun bergantung kepada ubat-ubatan bagi mengelak jangkitan, saya dan suami bercadang untuk aktif menjalankan lebih banyak program amal dan memupuk kesedaran masyarakat mengenai virus HIV.

"Kami juga berhasrat mengikis stigma masyarakat mengenai pembawa virus HIV dalam kalangan masyarakat," katanya yang menerima mas kahwin RM22.50 serta sebentuk cincin daripada suaminya.

Mempelai berkenaan turut menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Puteri, Adam Sumiru dan Pengurus Pertubuhan Kebajikan Intan Zon Kehidupan, K Rasasoran.

Musibah isteri curang

Posted: 07 Jun 2010 05:39 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketika suaminya meringkuk dalam penjara, seorang wanita ligat berfoya-foya di kelab malam bersama lelaki lain hampir setiap malam dan tergamak meninggalkan tiga anak yang masih kecil di bawah jagaan ibu bapa mentua yang uzur.

Berikutan sikapnya yang curang dan tidak bertanggungjawab, 'isteri terlampau' berusia 25 tahun itu menerima musibah apabila dia cedera teruk akibat dibelasah abang iparnya.

Sumber polis berkata, wanita terbabit yang mempunyai tiga anak berusia tiga, lima dan tujuh tahun dibelasah abang iparnya sebaik saja dia selesai berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Doraisamy di sini, bersama empat rakan kira-kira jam 2.20 pagi, Rabu lalu.

"Ketika mangsa berjalan menuju kereta milik seorang daripada temannya, dia ditahan seorang lelaki yang mendakwa kenalan rapat suaminya. Lelaki itu mengarahkan mangsa menunggu seketika sementara abang iparnya dalam perjalanan ke pusat hiburan berkenaan.

"Sebaik saja tiba di tempat kejadian, abang ipar mangsa yang berusia 29 tahun menumbuk muka mangsa bertubi-tubi menyebabkan muka mangsa lebam dan matanya berdarah.

"Selepas puas membelasah mangsa, lelaki itu mengheret mangsa ke balai polis berhampiran dan meminta polis menahan mangsa yang didakwanya lari dari rumah dan sengaja meninggalkan anak-anaknya yang masih kecil di bawah jagaan bapa mentua yang sudah uzur.

"Sebaliknya, mangsa membuat laporan polis mendakwa dikasari dan dipukul secara tidak wajar. Mangsa yang parah di mata kanannya selain luka di kepala dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Sumber itu berkata, berdasarkan siasatan awal, suami mangsa kini menjalani hukuman di Penjara Sungai Buluh atas kesalahan terbabit penyalahgunaan dadah.Sementara itu dalam kes berasingan, polis menahan sepasang kekasih veteran berusia 41 dan 54 tahun kerana disyaki terbabit secara aktif sebagai dalang pertaruhan judi lumba kuda dan nombor ekor tidak berlesen.

Sumber polis berkata, pasangan kekasih itu menjalankan kegiatan mereka dengan duduk melepak di tembok batu berhampiran sebuah rumah flat bagi memudahkan mereka mengambil wang pertaruhan daripada pelanggan.

Menurutnya, pasangan berusia 50-an terbabit mampu memperoleh keuntungan lebih RM3,000 sebulan hasil kegiatan menjual nombor ekor haram di kawasan perumahan mereka di Jalan Hang Tuah di sini.


"Mereka di tahan sepasukan anggota polis dari Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Kuala Lumpur dalam operasi jam 5 petang, kelmarin. Pada mulanya, mereka melarikan diri, namun selepas dikejar kira-kira 50 meter mereka ditangkap" katanya.

Katanya, polis merampas satu alat kelui yang disembunyikan di celah tembok, telefon bimbit, wang tunai dan kertas pertaruhan, selain nombor dipilih pelanggan yang hanya dicatatkan di atas kertas akhbar untuk dijadikan bahan bukti.

Pegang falsafah rezeki di mana-mana

Posted: 07 Jun 2010 05:38 AM PDT

KEPUTUSAN memilih berkahwin dengan Abdul Mutalib Abdul Shukor yang sebaya dengannya pada 29 Mac 2009 adalah tindakan tepat dilakukan pelakon dan pengacara, Haryati Hamzah atau Yatt.

BAHAGIA...Yatt dan suami pada hari cukul jambul Nia.
BAHAGIA...Yatt dan suami pada hari cukul jambul Nia.

YATT...timbang tawaran berlakon kerana kini punya anak.


YATT...timbang tawaran berlakon kerana kini punya anak.
Melewati usia setahun perkahwinan mereka, pasangan ini gembira apabila dikurniakan cahaya mata perempuan comel diberi nama Suci Hanania Malika pada 28 Februari lalu yang bermaksud permaisuri suci yang dikasihi Tuhan.


Yatt berkata, sejak ada Nia, naluri keibuan begitu tebal dalam dirinya. Namun komitmen pada kerja juga tidak boleh diketepikan sehinggakan ketika penggambaran drama, Yatt terpaksa membawa Nia bersama kerana masih menyusu badan.

Mujur kehadiran emaknya banyak menyelamatkan keadaan. Nia dijaga ibunya yang sanggup tinggalkan rumah di Seremban, Negeri Sembilan untuk tinggal dengan adik-beradiknya di rumah mereka di Sentul.

"Saya tidak berani tinggalkan Nia dengan orang lain kerana bimbang terjadi perkara buruk. Ketika penggambaran telefilem untuk raya, Rendang Mak Tijah di Sekinchan, Selangor baru-baru ini, emak terpaksa ikut sekali kerana menjaga Nia di hotel.

"Saya sekarang sudah kembali aktif berlakon dan dihujani banyak tawaran. Saya juga dilamar Datuk Yusof Haslam untuk berlakon drama Gerak Khas. Saya juga akan menjayakan drama bersiri terbitan Grand Brilliance Sdn. Bhd. (GBSB) berjudul 2x5 dan satu lagi drama.


"Sekarang saya kena pertimbangkan tawaran dari segi masa dan lokasi untuk berlakon kerana faktor anak. Sebagai isteri dan ibu, sukar untuk saya ambil watak sembarangan. Saya harap penerbit dan masyarakat akan faham.


"Demi anak, saya tak rasa rugi kalau tolak tawaran kerana rezeki tetap murah. Sebenarnya pelakon Noorkhiriah banyak bagi semangat dan panduan kepada saya hingga saya ada kekuatan. Katanya kita perlu yakin yang rezeki akan ada.


"Dulu saya takut juga susah nak dapat tawaran berlakon apabila tolak tawaran penerbit. Sekarang saya berpegang pada falsafah rezeki ada di mana-mana tapi anak sukar dicari. Saya ambil tawaran yang mudah saja," katanya ketika ditemui di majlis cukur jambul Nia, kelmarin.


Majlis itu diadakan genap tiga bulan usia anaknya di rumah keluarga suami kerana keluarganya menetap di Seremban. Majlis cukur jambul, akikah dan doa selamat itu turut mengundang jiran tetangga dan rakan artis bersama-sama meraikan.


Kaya Yatt, sebelum ini dia tidak pernah hadir ke majlis cukur jambul. Asal nak pergi saja, mesti ada halangan. Apabila sampai masanya nak buat untuk anak sendiri, Yatt hilang arah sebab tak tahu nak uruskan.


"Nasib baik ada emak dan emak mentua yang banyak membantu melancarkan majlis ini. Keluarga mentua panggil kumpulan marhaban Al-Ikhlas daripada Kampung Melayu Ampang dan orang masjid di situ untuk buat tahlil.


"Keluarga mentua terbabit secara langsung kerana saya buat keputusan adakan majlis di rumah mereka supaya memudahkan orang datang. Rumah keluarga saya pula di Seremban, Negeri Sembilan," katanya.


Yatt yang sebelum ini menjalani pantang selama 100 hari mengakui hasrat untuk mengadakan majlis ini dipendam sejak melahirkan Nia lagi. Malah kesyukuran itu turut diraikan dengan anak yatim yang dijemput khas. Ternyata rezeki bersamanya apabila mendapat tajaan beberapa pihak untuk majlis itu.

"Jemputan dibuat untuk 200 tetamu. Kami berdua rancang jemput 50 anak yatim dari Rumah Bakti, Hulu Klang kerana nak berkongsi kegembiraan dengan mereka. Saya seronok kerana keluarga saya pun turut hadir.


"Alhamdulillah rezeki Nia kerana kami dapat tajaan daripada Diana Ibrahim, pemilik DnD Beauty House yang sediakan dekorasi pelamin bayi buat Nia, tajaan pakaian daripada Jedan Collection dan makanan daripada Syidah Catering, Lembah Keramat," katanya.


Mengenai masa depan anaknya, Yatt berkata, sebagai ibu yang pernah melalui asam garam dunia seni, sebolehnya dia tidak mahu anaknya menceburi dunia lakonan. Namun, jika jalan itu yang dipilih anaknya suatu masa nanti, dia tetap akur.


"Kalau boleh memanglah saya tak mahu dedahkan dia kepada seni. Tapi kalau itu yang dia nak, saya tak boleh halang. Yang penting dia perlu capai kejayaan dalam pelajaran seperti saya, sekurang-kurangnya ada ijazah.

"Saya mahu anak saya jadi juruterbang yang dulunya memang jadi cita-cita saya, tapi tak kesampaian. Kalau tak boleh sangat pun, saya mahu dia jadi jurutera. Saya memang pandang masa depan Nia dan buat tabungan serta beli insurans buatnya."Kalau mampu, saya memang lahirkan seorang anak setahun. Saya nak sangat melahirkan Nia secara normal, tapi tak tercapai kerana terpaksa melalui pembedahan sebab kandungan saya terlebih masa dua minggu.

"Jika mengandung lagi selepas ini, kalau boleh saya nak anak lelaki pula. Saya seronok meramaikan umat manusia di muka bumi ini. Keluarga saya dan suami juga mempunyai adik- beradik yang ramai.


"Kalau boleh, kami juga nak mempunyai anak seperti itu, tapi jika tak dapat, cukuplah mempunyai tiga anak," katanya yang tidak menang tangan melayan tetamu pada malam itu.

Yatt juga berkata, dia takkan selama-lamanya bergelar pelakon dan pengacara kerana mempunyai agenda sendiri untuk masa depannya.


"Saya ada perancangan hendak buat bisnes sendiri dan dalam perbincangan lanjut dengan suami. Sekarang kami berdua ada kedai mencuci kereta dinamakan Pit Stop yang dibuka sejak Disember tahun lalu di Sports Planet Ampang.

"Kami pilih tempat itu kerana senang memandangkan Talib bekerja sebagai pengurus di pusat futsal itu. Alhamdulillah, sambutan diterima daripada pelanggan amat menggalakkan. Sambil bermain futsal, mereka dapat mencuri masa mencuci kereta," katanya.

>PROFIL
NAMA SEBENAR: Haryati Hamzah
TARIKH LAHIR: 13 April 1980
TEMPAT LAHIR: Muar, Johor
ADIK BERADIK: Anak sulung daripada sembilan adik beradik
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Kepujian Komunikasi Massa dan Pengajian Media
KERJAYA: Model, pengacara dan pelakon
STATUS: Berkahwin
NAMA SUAMI: Abdul Mutalib Abdul Shukor
PROGRAM TV: Joran Ria, Smart G, 4C, Selamat Pagi Malaysia, Nasi Lemak Kopi O (TV9), Pop Kuiz musim baru (TV3) DRAMA: Nasi Lemak Kukus, Rencong, Kaber Hero Kaber Zero, Hidayah, Bella, Ritma Kolej, Isandra, Tiga Mawar Dara
FILEM: Impak Maksima dan Kecoh Betul

Paris tak kenal sopan

Posted: 07 Jun 2010 05:37 AM PDT

Menghabiskan masa singkat dalam promosi khas di Mesir baru-baru ini, agak jelas Paris Hilton tidak mendapat nasihat yang betul sebelum memulakan perjalanannya.

pix_middle
Ketika bersiar-siar untuk melihat dari dekat Piramid Giza di pinggir Kaherah, Paris muncul dengan pakaian seksi dan bercanggah dengan penerimaan penduduk negara itu.


Selebriti yang lebih terkenal kerana kontroversi berbanding bakat seni itu dibayar untuk berada di Mesir bagi menarik kedatangan orang ramai ke ekspo pemotoran, Automech 2010.


Di padang pasir berhampiran piramid itu, Paris mengenakan pakaian menjolok mata - baju mendedahkan belakang badan dan skirt pendek.


Bagi selebriti berusia 29 tahun itu, pakaian berkenaan mungkin dianggap tidak keterlaluan, namun penduduk setempat berpendapat sebaliknya.


Sesetengah pihak berkata, pakaian Paris keterlaluan kerana banyak mendedahkan tubuhnya kepada umum untuk ditatap penduduk sebuah negara majoriti umat Islam.


Apabila Paris berjalan-jalan di kawasan terbuka, dia sebenarnya dilihat cuba menayang tubuh lebih daripada sepatutnya.


Malah, dia dilihat lebih melampau ketika memanjat menaiki unta sebelum gambarnya dirakam jurukamera.


Walaupun seluar pendek dan bikini mungkin diterima warga Mesir apabila ia dipakai di kawasan percutian seperti Sharm el-Sheik dan Hurghada, pengunjung Barat sepatutnya menutup tubuh mereka supaya lebih sederhana jika berada di sekitar Kaherah dan Luxor.


Kegagalan memahami budaya setempat mungkin menyebabkan pelancong asing menarik 'perhatian tidak perlu' di kalangan lelaki tempatan.


Pemerhati berpendapat, pihak yang berkenaan sepatutnya menasihati Paris supaya berpakaian lebih konservatif, atau sekurang-kurangnya menutup paha dan lengan.

Selepas melawat piramid, Paris sempat menukar pakaian lain dan muncul sejurus kemudian dengan baju hitam dan weskot merah jambu.


Destinasi dituju - Muzium Mesir yang terletak di Kaherah.


Sambil melihat artifak dipamer, Paris tidak pernah gagal menghiburkan pengunjung muzium dengan gaya glamornya.


Di laman Twitter peribadinya, Paris menulis: "Paris di Kaherah! Seronok sangat! Saya sukakan Mesir. Mesir amat mengagumkan!" Nasib baik Paris tidak mengunjungi Masjid Muhammad Ali yang terkenal di kota raya itu.Di situ, setiap pengunjung wanita diwajibkan menutup aurat.

Tiada masalah berlari ketika hamil

Posted: 07 Jun 2010 05:35 AM PDT

JIKA tidak dimaklumkan dia hamil lima bulan, memang sukar meneka daripada susuk tubuhnya itu.

BERLARI SEKELUARGA...Tan (kiri) dan isteri, Choo, sentiasa membawa  anak kecil mereka, Daphne dalam acara larian atau berbasikal.
BERLARI SEKELUARGA...Tan (kiri) dan isteri, Choo, sentiasa membawa anak kecil mereka, Daphne dalam acara larian atau berbasikal.

KONGSI MINAT...Wan Laili (kiri) sertai larian kali ini bersama  anaknya, Ahmad Amir Aiman dan rakannya, Melvinder Singh, 14.


KONGSI MINAT...Wan Laili (kiri) sertai larian kali ini bersama anaknya, Ahmad Amir Aiman dan rakannya, Melvinder Singh, 14.
Perutnya juga tidak begitu ketara menonjol seperti ibu hamil malah wajahnya yang sering terpamer senyuman itu tidak tampak letih meskipun baru menyudahkan larian enam kilometer (km) dalam keadaan berbadan dua.

Charlyn Holden, 31, akui dia sudah biasa berlari ketika hamil malah ketika dihampiri selepas tamat lariannya pada Larian Malakoff Pulau Pinang baru-baru ini, dia hamil kali kedua.

"Semasa kehamilan pertama dulu, saya mula berlari sejak kehamilan di peringkat trimester pertama dan hanya berhenti ketika kandungan mencecah tujuh bulan.

Kali ini pun mungkin saya hanya akan berhenti berlari pada waktu serupa kerana ketika itu biasanya kandungan saya mula membesar.

"Sebelum mengambil keputusan untuk meneruskan rutin larian semasa hamil, saya ada berbincang dengan doktor terlebih dulu.

"Dia mengesahkan tiada masalah untuk saya berlari kerana tubuh saya memang sudah biasa dengan aktiviti sebegini sejak dulu lagi," kata wanita kacukan Thailand dan Amerika Syarikat yang bertugas sebagai guru di negara ini.

Nasihatnya untuk wanita yang mahu berlari ketika hamil, usah melakukan larian yang terlalu keras. Larian perlahan sudah memadai dan jaraknya pula tidak terlalu jauh.Ketika kehamilan pertama dulu, paling jauh lariannya ialah 15km. Dia akui berasa sangat sihat malah ia memudahkan proses kelahiran bayi pertamanya yang lahir secara normal.

Seminggu selepas melahirkan bayi lelakinya yang kini berusia dua setengah tahun itu, dia sudah mula berlari.

"Tapi itu bukan keputusan yang baik. Saya sepatutnya menunggu sekurang-kurangnya sebulan untuk mula berlari semula. Jadi kali ini, saya tak akan terlalu cepat melakukan rutin larian saya selepas melahirkan bayi nanti," katanya.

Pembabitannya dalam aktiviti larian itu bermula ketika dia berusia 17 tahun.

"Waktu itu saya sedang belajar, sering berjaga lewat malam dan asyik makan siang malam. Saya bimbang berat badan naik keterlaluan malah ketika itu pun saya sudah terlebih berat tujuh kilogram.

"Sejak itulah saya mula berlari dan tak pernah berhenti sehingga sekarang. Sejak dua tahun lalu, saya ikuti kelab larian di Pulau Pinang ini. Ia bukanlah untuk pelari serius, tetapi mengundang penyertaan daripada sesiapa saja yang gemar berlari," katanya yang sudah menyertai tujuh maraton (larian 42km) setakat ini dan satu acara triatlon tahun lalu.

Sejak kehadiran cahaya matanya itu, ada kalanya dia membawa si kecil itu bersama yang diletakkan dalam kereta sorong khas, sama ada ketika Charlyn berlari atau menunggang basikal.

"Suami saya boleh menjaga anak kami itu ketika saya berlatih kerana dia tak berlari seperti saya tapi saya gemar membawa anak saya itu.

"Saya boleh tinggalkannya di rumah tapi saya mahu menggalakkan ibu supaya terus bersenam meskipun sudah punya anak," katanya yang akan berhijrah ke Batam, Indonesia pertengahan Jun ini kerana mengikut suami bertugas di negara jiran itu.

Wan Laili Mohd Ibrahim, 44, tidak pernah terbayang dirinya menyertai acara larian sebegitu.

Dia mula melangkah ke gimnasium Februari lalu hanya untuk melakukan senaman kardiovaskular, bermula dengan latihan di mesin treadmill.

Siapa sangka kini, dia boleh berlari di mesin itu selama 80 minit tanpa henti malah ketika Larian Malakoff yang pertama kali disertainya itu, dia menyudahkan larian enam kilometernya dalam masa tidak sampai 35 minit - waktu yang biasanya dicatatkan pelari yang sudah biasa terbabit dalam aktiviti ini.

"Ramai rakan yang kata sukar berlari di gimnasium kerana cepat bosan, tapi saya tak ada masalah. Lagipun berlari sambil menonton televisyen atau mendengar muzik banyak membantu saya berlari untuk tempoh yang lama," katanya.

Pembabitannya itu juga banyak didorong anak lelakinya, Ahmad Amir Aiman Ahmad Riza, 14, yang asalnya bimbang berat badannya bertambah lantas mula berlari bersama ibunya.

Pada acara larian berkenaan, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jambul itu menamatkan larian tiga minit lebih pantas daripada ibunya.

"Kami saling memberikan dorongan antara satu sama lain. Lazimnya kami berlari tiga kali seminggu termasuk latihan di gimnasium dan berlari di taman," kata Wan Laili yang mengusahakan perniagaan katering di Sungai Ara, Bayan Lepas ini.

Bagi Jimmy Tan, 34, dan isterinya, Choo Hooi King, 33, melakukan aktiviti kecergasan di luar rumah sambil membawa anak kecil mereka, Daphne Tan yang baru berusia setahun setengah itu nyata cukup bermakna.

"Dia sudah biasa dibawa dalam kereta sorong khas ketika saya berlari atau menunggang basikal. Pada awalnya memang agak sukar dan ia memperlahankan larian saya tapi lama kelamaan saya sudah biasa.

"Daphne pun tak banyak kerenah bila dibawa bersama," kata Tan yang memang aktif dalam pelbagai acara larian dan berbasikal ini.

Untuk membawa si kecil itu bersama, dia menggunakan kereta sorong khas yang perlu diimport. Kereta sorong sedemikian boleh diubah suai sama ada untuk ditolak ketika Tan berlari atau disambungkan pada basikalnya ketika dia melakukan acara berbasikal.

"Hasrat saya hanya untuk mendedahkan anak saya pada kehidupan yang menyihatkan sejak dia kecil lagi," katanya.

Habuan lumayan juara

Posted: 07 Jun 2010 05:34 AM PDT

HABUAN cukup lumayan menjadi milik skuad Bertam Ulu, Putra Ria FC serta N 10 Jr apabila masing-masing mengungguli kategori Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita dan Lelaki Bawah 17 Tahun Grand Final Karnival Futsal i-Metro 2010 di Sports Planet, Ampang, semalam.

BERTENAGA...pemain N 10 Jr (kanan) berentap dengan KFSP FC pada  final Bawah 17 tahun.
BERTENAGA...pemain N 10 Jr (kanan) berentap dengan KFSP FC pada final Bawah 17 tahun.
Juara Terbuka Lelaki, Bertam Ulu dari Melaka membawa pulang piala pusingan, wang tunai RM15,000 serta barangan sukan Figos manakala Putra Ria FC yang menakluk kategori Terbuka Wanita menerima piala pusingan, RM8,000 dan barangan sukan Figos sementara juara Lelaki Bawah 17 Tahun, N 10 Jr memenangi piala pusingan, RM7,000 serta barangan sukan Figos.


Bertam Ulu yang menyarung jersi England menewaskan Alam Megah (Serbia) di final menerusi sepakan penalti 2-1 selepas terikat 1-1 pada perlawanan sepenuh masa yang disaksikan lebih 8,000 penonton manakala Putra Ria FC (Honduras) menjuarai kategori Terbuka Wanita selepas menundukkan Rebel Pahang FC (Korea Selatan) menerusi penentuan penalti 3-2.


Skuad N 10 Jr dari Kelantan mewakili Korea Utara pula mengesahkan keunggulan mereka apabila mengalahkan KFSP FC (Itali) 4-3 juga menerusi penentuan penalti.


Serentak dengan demam Piala Dunia Afrika Selatan, semua 96 pasukan diundi untuk menyarung jersi 32 pasukan yang beraksi di Piala Dunia. Jersi Piala Dunia adalah sumbangan Figos.


Selaku naib juara Terbuka Lelaki, Alam Megah membawa pulang RM10,000 serta barangan sukan Figos manakala Rebel Pahang yang bergelar naib juara kategori Terbuka Wanita menerima RM5,000 serta barangan sukan Figos. Skuad KFSP FC yang tewas kepada N 10 Jr membawa pulang RM4,000 serta barangan sukan Figos.


Hadiah kepada pemenang disampaikan Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Zainul Arifin Mohammed Isa, Timbalan Pengarang Kumpulan Harian Metro/Metro Ahad, Abdul Ghafar Ismail dan Pengarang Sukan Harian Metro, Mohd Radzi Wahab. Karnival Futsal i-Metro 2010 bermula dengan Zon Tengah di De Stadium Futsal (Subang Jaya, Februari) diikuti Zon Utara di Safira Sports Planet (Seberang Jaya, Mac), Zon Timur di Kuantan Futsal Center (Kuantan, April) dan Zon Selatan di Sports Prima (Johor Bahru, Mei).


Grand Final Karnival Futsal i-Metro 2010 menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM78,200 kepada semua pemenang.

Samsung buka pusat digital pertama di Kedah

Posted: 07 Jun 2010 05:33 AM PDT

SAMSUNG Malaysia Electronics Sdn Bhd (Samsung) membuka pusat digital pertama di Kedah dilengkapi rangkaian pelbagai produk, sekali gus memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat.

BEGINI...Ooi (duduk kanan) memberi penerangan kepada Adun Derga,  Dr Cheah Soon Hai (duduk kiri) mengenai   televisyen 3D  Samsung.
BEGINI...Ooi (duduk kanan) memberi penerangan kepada Adun Derga, Dr Cheah Soon Hai (duduk kiri) mengenai televisyen 3D Samsung.
Pusat Digital Samsung di Simpang Kuala, Alor Setar itu menjadi lokasi pertama di Kedah sebelum menyasarkan menambah cawangan sedia ada.


Syarikat elektrik tempatan, Suria Jerai Electrical Sdn Bhd dipilih memperkenalkan pusat digital berkenaan yang mempamerkan pelbagai produk daripada telefon bimbit, audio visual, pengimejan digital, teknologi maklumat serta barangan isi rumah.


Naib Presiden Jualan Samsung, Chan Lock, berkata menerusi pembukaan Pusat Digital itu, produk syarikat diletakkan di bawah satu bumbung dan kunjungan pelanggan ke pusat digital Samsung ini membuka hati dan mata mereka terhadap teknologi serta produk terkini Samsung.


"Melalui pusat digital ini, pelanggan tidak perlu ke kedai lain," katanya pada majlis pelancaran Pusat Digital Samsung di Alor Setar, Kedah, baru-baru ini.


Sementara itu, Pengerusi Suria Jerai Electrical Sdn Bhd, Ooi Cheng Chooi berkata, pihaknya bangga kerana menjadi sebahagian keluarga Samsung.


Beliau berkata, pusat digital Samsung itu diharap dapat mendekatkan lagi produk dan teknologi Samsung dengan pelanggan terutama golongan muda yang semakin menyukai jenama berkenaan.