ISU HANGAT |
Badan kita ada aura dan magnet Posted: 06 Jun 2010 11:32 AM PDT
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Kenapa kita bersedih dan marah sedangkan jika kita pandai mengawalnya segalanya akan jadi ok. Pembaca yang dikasihi apa khabar minggu ini? Saya yakin anda sentiasa ceria dan bahagia dalam melayari kehidupan seharian. Ada yang bersedih? Hmm, kenapa agaknya anda bersedih? Sebenarnya perasaan yang kita alami hanyalah merupakan cetusan dan terbitan yang kita cipta. Seperti kita melihat sebuah peta, sebenarnya sebuah peta tidaklah mewakili sempadan sesebuah negeri. Ia hanya menunjukkan situasi dan keluasan kawasan tersebut tanpa sebarang ikatan sah kepada kawasan asal. Begitu juga dengan perasaan kita, kita bersedih bukanlah kerana kita seorang penyedih tetapi kita berada dalam situasi atau kawasan kesedihan. Kita sebenarnya mampu keluar daripada kawasan tersebut jika kita memasuki kawasan kegembiraan. Tak faham? tidak mengapa, nanti suatu hari saya akan menulis post blog yang berkongsi info tenang perkara tersebut. Minggu ini saya ingin berkongsi cerita dengan pembaca tentang medan elektromagnetik badan kita atau lebih dikenali sebagai aura. Bila sebut medan elektromagnetik ramai yang tertanya-tanya apakah bendanya itu, tetapi bila diringkaskan kepada aura, ramai yang tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepala kerana sudah faham . Pada suatu ketika dahulu ramai yang bercerita tentang aura dan ramai yang berusaha pelbagai cara untuk mendapatkan aura. Apa agaknya aura itu dan bagaimana ianya terjadi? Pembaca budiman, tubuh badan kita sebenarnya telah direka oleh Allah dengan begitu teliti dan penuh kehebatan. Seorang manusia yang sihat, akan mempunyai lingkaran tenaga atau energy fluks yang penuh atau bulat. Badan kita umpama sebatang rod magnet. Lebih tepat lagi tulang belakang manusia merupakan rod magnet tersebut. Dibahagian paling atas sekali terletaknya ubun-ubun atau lebih tepat lagi kita namakannya kelenjar pineal. Ia merupakan kutub utara dan hujung tulang sulbi iaitu tulang yang terakhir dalam struktur tulang belakang manusia merupakan kutub selatannya. Mungkin ada pembaca yang tidak tahu atau kurang perasan bahawa tulang belakang manusia bermula daripada kelenjar pineal di atas kepala sehingga ke tulang sulbi di bahagian hujung tulang belakang. Oleh yang demikian tenaga mengalir daripada kutub utara iaitu kelenjar pineal hingga ke kutub selatan iaitu di hujung tulang sulbi dan seterusnya membentuk lingkaran atau medan magnet. Lingkaran tenaga ini berpusing tanpa henti dan tidak putus. Lingkaran inilah yang membentuk medan elektromagnetik badan manusia atau aura. Apa kegunaan lingkaran tenaga ini. Lingkaran tenaga ini memastikan bahawa tenaga kita tidak berserakkan dan kita berada dalam pelindungan tenaga yang baik. Bila lingkaran ini semakin kuat dan besar tenaga dalaman seseorang itu bertambah hebat. Tenaga minda seseorang itu meningkat dan prestasi serta potensi dirinya juga meningkat. Kita selalu mendengar orang berkata, orang-orang hebat memiliki aura yang hebat. Orang yang memiliki aura yang hebat ini sentiasa berjaya dalam usahanya. Tidak kira bidang apa mereka ceburi, mereka akan menyerlah dan gemilang. Perkara ini menyebabkan ramai yang berfikir bagaimana nak tingkatkan kehebatan aura agar kita juga mampu cemerlang dan hebat dalam bidang yang kita ceburi.
Baiklah di sini saya kongsikan beberapa tips untuk mendapatkan aura atau lingkaran tenaga elektromagnetik yang hebat. Seperti yang telah saya kongsikan di atas tadi, medan tenaga ini bermula daripada kelenjar pineal atau ubun-ubun di bahagian atas kepala dan bercantum semula dihujung tulang sulbi. Tips yang pertama yang perlu pembaca ambil perhatian adalah menjaga kekuatan kelenjar pineal dan tulang sulbi. Mari kita lihat fungsi kelenjar pineal dan tulang sulbi pada manusia. Jadi secara umumnya untuk seseorang itu berjaya dalam apa juga bidang yang diceburinya tumpuan yang serius haruslah diberi kepada kekuatan tenaga kelenjar pineal dan tulang sulbi. Itulah juga sebab mengapa kini terdapat banyak produk aura atau tenaga di pasaran. Produk-produk ini secara tidak langsung membantu individu meningkatkan aura atau tenaga lingkaran elektromagnetik badan. Selain itu, menjaga pemakanan adalah amat penting dalam mempastikan tahap tenaga kelenjar pineal dan tulang sulbi kuat. Lingkaran tenaga elektromagnetik atau energy fluks amat sensitif. Ia boleh berubah-ubah mengikut daya pemikiran seseorang dan getaran denyutan jantung. Ini bermakna, apabila seseorang itu, tidak tenteram atau kerisauan, atau ketakutan, maka lingkaran tenaga atau fluksnya akan terganggu. Itulah sebab utama mengapa kekuatan organ-organ yang terlibat harus di ambil berat. Apabila seseorang individu itu memiliki tenaga kelenjar pineal dan tulang sulbi yang kuat, percayalah dia mampu berada di tahap kegemilangan yang diimpikan oleh semua manusia. Begitulah sebenarnya bagaimana seorang manusia itu berbeza dengan seorang manusia yang lain. Sebenarnya perbezaan itu tidak perlu terjadi bila semua manusia tahu dan mengambil berat menjaga kekuatan lingkaran tenaga atau energy fluks mereka. Jika ada sebarang pertanyaan dan ingin mengetahui ilmu ini dengan lebih lanjut; Evolusi Minda menjemput anda untuk hadir ke Seminar PERCUMA Evolusi Minda yang berlangsung hampir setiap minggu. Anda boleh lawati laman web di http://www.evolusiminda.com/seminar-percuma-em.html untuk rujuk peta, jadual dan berdaftar secara online. Seminar hampir 3 jam ini kami kongsikan ilmu tentang tenaga, ilmu kuasa minda, minda separa sedar, ilmu metafizik dan tips-tips kejayaan. InsyaAllah, kami akan perjelaskan perkaitan secara langsung ilmu-ilmu tersebut dengan kehidupan seharian mahupun kejayaan. Anda juga berpeluang bersoal jawab dengan Puan Hjjh Arina dalam sessi tersebut.
Artikel ini ditulis oleh Puan Hajjah Arina Abbas. Beliau merupakan Moderator Evolusi Minda, iaitu badan yang menjalankan latihan dan memberi kursus serta seminar berkaitan kuasa minda. | ||||||||||
Posted: 06 Jun 2010 11:18 AM PDT Ajoi seorang murid yang agak nakal. Satu hari dia kentut dengan bunyi yang sangat kuat dengan bau yang hampeh menyengat segera menyebar di dalam kelas. Mana taknya pagi tu dia sarapan telur rebus 2 biji.Baik punya! Spontan saja Cikgu Amira menyuruh dia keluar kelas sambil memarahinya, tapi Ajoi ketawa terbahak-bahak nyaris berguling-guling. Guru Besar yang berdekatan kelas 6 Raya (kelas si Ajoi ni) terdengar suara Ajai ketawa berdekah-dekah tu, lalu keluar menyiasat apa yang berlaku. Guru Besar: Ada apa ni Ajoi? kamu tertawa terbahak-bahak di luar kelas?? Ajoi: Lihatlah Cikgu, kesian kawan-kawan saya tu. Mereka sedang menikmati bau kentutku di dalam kelas. Nasib baik Cikgu Amira tu bijak dan menyuruh saya keluar kelas dengan udara yang lebih segar. Guru Besar, murid2 & Cikgu Amira: hampeh! **LETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI**
| ||||||||||
Posted: 06 Jun 2010 11:08 AM PDT Ada tak orang yang tak pernah menangis? Kalau bayi menangis biasanya kerana lapar,lampin basah, sakit perut dsb, kalau wanita menangis pun dikira biasa – tgk hindustan pun boleh basah sapu tangan tapi kalau lelaki menangis buruk rupanya. Lelaki memang ego yang kononnya tak boleh menangis sedangkan air mata yang gugur kerana cintakan Allah amat tinggi nilainya dan mendapat balasan di akhirat kelak. Namun begitu air mata yang gugur bukan hanya untuk meluahkan perasaan sedih sahaja kerana air mata kita banyak kelebihannya. Ekslusif di isuhangat 1. Membantu Penglihatan
Air mata membantu penglihatan seseorang.. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.. jadi cara mengurangkan rabun itu menangis..? Tapi jangan jadi Kassim Selamat dah ler. 2. Membunuh Bakteria Tak perlu ubat tetes mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria yang dialami.. Di dalam air mata terkandung cairan yang dipanggil lisozom yang dapat membunuh sekitar 90% – 95% bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.. jadi kalu mata korang sakit atau pedih, nangis jer.. 3. Meningkatkan Mood Seseorang yang menangis boleh menurunkan level tekanan kerana dengan menangis, mood seseorang akan pulih kembali.. Air mata yang dihasilkan dari menangis karena emosi mengandung 24% protein albumin yang berguna dalam memulihkan sistem metabolisme tubuh, jadi kalau nak menangis, nangis aja .. jangan ditahan kerana malu, tapi jangan sampai meraung yang mengganggu jiran sebelah. 4. Mengeluarkan Racun Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui finding bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional mengandungi racun.. Tapi jangan salah anggap, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahwa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkannya melalui mata.. jadi itu tandanya menangis itu sihat bro.. 5. Mengurangkan Stres Bagaimana menangis boleh mengurangkan stres..? Air mata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.. Selain menurunkan level stres, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stres seperti tekanan darah tinggi.. 6. Membangkitkan Komunikasi Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga boleh membantu seseorang membangun sebuah komunikasi.. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya di depan teman-temannya atau seseorang yang boleh memberikan sokongan, dan hal ini boleh meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.. 7. Melegakan Perasaan Semua orang rasanya akan merasa demikian.. Meskipun anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.. Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.. Keluarkanlah masalah di pikiranmu semasa menangis, jangan dipendam. Posted @ www.isuhangat.net **LETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI**
|
You are subscribed to email updates from ISU HANGAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |