Adsense

Sabtu, 19 Jun 2010

Sensasi

Sensasi


Ashraf Muslim juga seorang pegamal perubatan tradisional (mcm bomoh),bakal buka klinik rawatan alternatif

Posted: 19 Jun 2010 04:52 AM PDT



PELAKON kacak, Ashraf Muslim memberitahu telah membuka klinik rawatan alternatif pada tahun ini bertempat di Pusat Perubatan Darussyifa' di Kampung Sungai Pusu, Gombak.

Jelasnya, klinik itu menyediakan perubatan secara tradisional Islam yang berlandaskan al-Quran. Penawarnya melalui ayat-ayat suci yang dibacakan kepada pesakit.

"Saya ada klinik. Memang saya ada mengamalkan perubatan tradisional tetapi saya buat secara sambilan. Sekarang sudah ramai pesakit," katanya ketika ditemui pada sesi ramah mesra drama bersiri Ilusi baru-baru ini.

Ashraf berkata, hatinya terdetik untuk menguasai ilmu perubatan tersebut dengan bergurukan Haji Lokman datang secara semula jadi.

Menurutnya, dia telah belajar ilmu rawatan itu selama dua tahun.

Selain membantu pesakit sembuh, Ashraf memberitahu, dia dapat merasai perubahan hidup tetapi penampilannya di set penggambaran mahupun di luar lokasi penggambaran masih sama.

"Contohnya, kesedaran dalam diri sendiri. Terdapat banyak benda yang tak patut kita buat kerana ia bukan sahaja membuang masa malah merosakkan masa depan," katanya yang sebelum ni merupakan hos untuk rancangan perubatan, Syifa al Hidayah di Astro Oasis.

Tambahnya, dengan kesedaran itu, dia menjalani kehidupan dengan lebih bermakna.

Sementara itu, Ashraf turut mempelbagaikan pelbagai produk perniagaan yang diusahakannya.

Jika di peringkat awal, dia menternak lembu serta menjalankan kerja-kerja pemasaran.

"Mula-mula pelihara lembu, sekarang dah ada kira-kira 600 ekor kambing. Saya pelbagaikan lagi dengan membela ikan keli, ketam dan lain-lain," ujarnya.

Dalam banyak-banyak bidang yang diceburinya, Ashraf akan memilih satu bidang yang lebih seimbang antara kerjaya serta kehidupan persendiriannya.

Dia yang kini masih bujang menyerahkan kepada takdir apabila bercerita soal rumah tangga.

Bob Kuman Nak masuk Ujibakat The Biggest Loser Asia 2

Posted: 19 Jun 2010 04:38 AM PDT




Siapa yang tidak kenal dengan Bob Kuman, pelakon yang terkenal dengan saiz badan yang besar ini sering mencuit perasaan penonton dengan aksi-aksi lawaknya. Sudah lama tidak keluar dengan sebarang cerita, tiba-tiba Bob muncul dengan kenyataan yang dia ingin menurunkan berat badan.

Bagi memastikan impiannya itu tercapai Bob telah menghadiri sesi uji bakat The Biggest Loser Asia 2 yang berlangsung di The Curve, Mutiara Damansara baru-baru ini. Dalam kenyataannya kepada sebuah akhbar, Bob memberitahu dia mahu menurunkan berat badannya ke 118 kilogram. Sekarang ini berat badan Bob ialah 218 kilogram. Tambah Bob lagi, sudah sampai masanya dia mementingkan kesihatan diri.


Sensasi :untuk org2 yang mengalami obesiti ada cara penyelesaiannya yang disyorkan doktor dan sangat berkesan iaitu dengan melakukan pembedahan Gastrik bypass...untuk tahu lebih lanjut tentang pembedahan nie boleh la jenguk kat post lama sensasi tentang Syanie..

link ini:
Sensasi: Berat badan Syanie dah susut selepas pembedahan