Adsense

Sabtu, 19 Jun 2010

Malaysian Gossips, Rumours, Celebrities & Pictures Blog

Malaysian Gossips, Rumours, Celebrities & Pictures Blog


Klinik Rawatan Tradisional Ashraf Di Gombak

Posted: 19 Jun 2010 12:39 AM PDT

Ashraf Muslim.

PELAKON kacak, Ashraf Muslim memberitahu telah membuka klinik rawatan alternatif pada tahun ini bertempat di Pusat Perubatan Darussyifa' di Kampung Sungai Pusu, Gombak.

Jelasnya, klinik itu menyediakan perubatan secara tradisional Islam yang berlandaskan al-Quran. Penawarnya melalui ayat-ayat suci yang dibacakan kepada pesakit.

"Saya ada klinik. Memang saya ada mengamalkan perubatan tradisional tetapi saya buat secara sambilan. Sekarang sudah ramai pesakit," katanya ketika ditemui mStar Online pada sesi ramah mesra drama bersiri Ilusi baru-baru ini.

Ashraf berkata, hatinya terdetik untuk menguasai ilmu perubatan tersebut dengan bergurukan Haji Lokman datang secara semula jadi.

Menurutnya, dia telah belajar ilmu rawatan itu selama dua tahun.

Selain membantu pesakit sembuh, Ashraf memberitahu, dia dapat merasai perubahan hidup tetapi penampilannya di set penggambaran mahupun di luar lokasi penggambaran masih sama.

"Contohnya, kesedaran dalam diri sendiri. Terdapat banyak benda yang tak patut kita buat kerana ia bukan sahaja membuang masa malah merosakkan masa depan," katanya yang sebelum ni merupakan hos untuk rancangan perubatan, Syifa al Hidayah di Astro Oasis.

Tambahnya, dengan kesedaran itu, dia menjalani kehidupan dengan lebih bermakna.

Sementara itu, Ashraf turut mempelbagaikan pelbagai produk perniagaan yang diusahakannya.

Jika di peringkat awal, dia menternak lembu serta menjalankan kerja-kerja pemasaran.

"Mula-mula pelihara lembu, sekarang dah ada kira-kira 600 ekor kambing. Saya pelbagaikan lagi dengan membela ikan keli, ketam dan lain-lain," ujarnya.

Dalam banyak-banyak bidang yang diceburinya, Ashraf akan memilih satu bidang yang lebih seimbang antara kerjaya serta kehidupan persendiriannya.

Dia yang kini masih bujang menyerahkan kepada takdir apabila bercerita soal rumah tangga.

Video Lucah : Ariel & Luna Jalani Pemeriksaan Forensik

Posted: 19 Jun 2010 12:38 AM PDT

Model Indonesia, Luna Maya (kanan) dan penyanyi, Nazril Ariel (kiri).

JAKARTA: Kes penyebaran video lucah kononnya milik penyanyi Ariel dan model Luna Maya memasuki episod terbaru apabila kedua-dua artis tersebut hadir bagi menjalani pemeriksaan forensik.

Kedua-dua pasangan itu tiba pada waktu yang berbeza di Pusat Makmal Forensik, balai polis, Jalan Trunojoyo, Jakarta, semalam.

Berdasarkan pantauan detikhot, Luna tiba lebih awal iaitu kira-kira pukul 8.40 pagi sementara Ariel yang mengenakan jaket berwarna hitam tiba pukul 10.15 pagi.

Ariel tiba dengan menaiki kereta Avanza berwarna perak milik polis.

Ariel bersamaq seorang pegawai penyelidik. Pegawai itu kelihatan menggunakan baju berwarna biru untuk menghalang jurugambar daripada mengambil gambar Ariel.

Mustapha Maarof Terima Anugerah Tokoh Perfileman

Posted: 19 Jun 2010 12:37 AM PDT

Datuk Mustapha Maarof memegang sijil dan cek bernilai RM30,000.

KUALA LUMPUR: Datuk Mustapha Maarof (gambar) diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Perfileman Finas pada tahun ini.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang yang mengumumkan keputusan itu berkata, pemilihan Mustapha adalah amat bertepatan.

Sehubungan itu, Mustapha menerima hadiah termasuk wang tunai RM30,000 selain selempang, pingat dan sijil.

"Kegigihan dan keikhlasan beliau berdekad-dekad lamanya menerusi perjuangan sebagai seorang seniman sejati telah dibayar dengan setimpalnya," katanya ketika berucap pada Malam Penghargaan Industri Filem 2010 di Dataran Karyawan Finas, malam semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Finas, Mohd. Mahyidin Mustakim.

Joseph berharap kejayaan dan semangat juang Mustapha akan dicontohi karyawan filem lain untuk terus berbakti kepada bidang perfileman yang diceburi.

Sementara itu, Mohd Mahyidin menyampaikan hadiah kepada pemenang hadiah galakan penulisan Trofi Samad Idris adalah seperti berikut:

KATEGORI BAHASA INGGERIS

Tempat pertama: Bissme S (Tajuk artikel: The Power of Open Minds And Healthy Discussions, 7 Mei 2009, The Sun)

Tempat kedua: Meor Shariman Meor Shafie (Reel Mess, 8 November 2009, News Straits Times (NST))

Tempat ketiga: Sheridan Mahavera Mohamad Shakir (All Set For World-Class Malaysian Culture, 9 Mei 2009, NST)

KATEGORI BAHASA MALAYSIA

Tempat pertama: A. Wahab Hamzah (Tajuk artikel: Harapan Baru Industri Filem, 7 April 2009, Utusan Malaysia)

Tempat kedua: Zainuri Misfar (Peranan TV Majukan Industri Animasi Negara, 4 Mac 2009, Berita Harian)

Tempat ketiga: Akmal Abdullah (Finas Perlu Rangsang Penonton Baru, 22 Januari 2009, Berita Harian)

Pada malam itu, Mohd. Mahyidin turut menyampaikan piala Trofi Samad Idris kepada The Sun bagi kategori bahasa Inggeris manakala Utusan Malaysia memenangi bagi kategori bahasa Melayu.

Seterusnya, Ketua Setiausaha kementerian tersebut, Datuk Wira Kamaruddin Siaraf menyampaikan hadiah galakan duti hiburan filem bernilai RM2,978,426.34 kepada sembilan syarikat produksi.

Syarikat-syarikat tersebut ialah Galaksi Seni Sdn. Bhd.yang memperoleh RM115,701.18, KRU Studios Sdn. Bhd. (RM142,285.71) serta MIG Production Sdn Bhd (RM1,255,968.01).

Lain-lain syarikat termasuk Primeworks Studio Sdn. Bhd. (RM633,325.24), Pesona Pictures Sdn. Bhd. (RM24,490.94), serta Sri Saheb Production Sdn Bhd (RM24,659.36).

Turut menerima galakan duti hiburan ialah Tayangan Unggul Sdn. Bhd. (RM575,748), Skop Production RM200,178.32 serta Sonata Film (RM 6,069.58).

Dalam pada itu, Joseph diberi penghormatan untuk melancarkan dua buku terbitan Finas iaitu Meredah Gelombang Seni - Sebuah Memoir Aziz Sattar dan Bintang Di Langit Seni - Ahmad Mahmood.

Diddy SemakinTerurus

Posted: 19 Jun 2010 12:36 AM PDT

LEBIH empat bulan mendirikan rumah tangga, penyanyi Diddy Hirdi (gambar) menyatakan hidupnya kini lebih bermakna disamping isteri tersayang.

Diddy yang diijab kabul pada 6 Februari lalu dengan pasangaannya Allen Nor Azah Musa setelah empat tahun bertunang mengakui kehidupannya lebih terurus berbanding dahulu.

"Biarpun kami sudah kawan lebih 10 tahun tapi ikatan yang sah ini benar-benar membuatkan hidup saya kini lebih terisi. Kami sedang menjalani kehidupan rumah tangga yang lama kami rancangkan.

"Rutin harian saya juga berbeza berbanding ketika bujang dahulu. Selepas berkahwin saya banyak menghabiskan masa di rumah berbanding berada di luar.

"Dari segi urusan pakaian, makan, perbelanjaan kini lebih terurus dan teratur," jelas anak jati Johor ini.

Menurutnya tembok kepercayaan yang dibina selama ini memudahkan hubungan yang mereka jalinkan.

"Dari dulu kami sudah tanamkan sifat saling mempercayai di antara satu sama lain. Tidak ada rasa syak dan wasangka. Saya memahaminya dan tidak menganggu waktu dia sedang bekerja begitu juga sebaliknya.

"Bagaimanapun saya juga harus jaga kepercayaan yang dia berikan selama ini dengan menghindari gosip-gosip liar yang boleh merosakkan kepercayaan kami," katanya kepada mstar online ketika ditemui di Menara Star baru-baru ini.

Gambar kenangan persandingannya bersama isteri tercinta.

Ketika ditanya tentang cahaya mata, Diddy memberitahu setakat ini dia masih belum diberi rezeki oleh Allah dan menyerahkan urusan tersebut kepada Yang Maha Esa.

"Bohonglah kalau tidak merancang tentang anak namun buat masa ini saya rasa masih awal dan biar Allah yang menantukan semuanya. Jika ada rezeki itu saya terima," ujarnya yang kini sibuk dengan penggambaran telefilem Ustazah Dari UK.

"Letupan Bintang" Aqasha

Posted: 19 Jun 2010 12:35 AM PDT

Aqasha

SELEPAS dua tahun menanti, pelakon Aqasha bakal melancarkan albumnya, Qasha-Nova yang bergenre pop bebas untuk peminatnya.

Katanya, album tersebut telah siap dihasilkan tetapi dia belum memilih tarikh serta tempat pelancaran kerana sibuk dengan penggambaran drama bersiri Dendam Orang Minyak di slot Lagenda TV3.

"Album itu dah dua tahun dalam produksi sejak 2008 lagi. Tetapi baru sekarang dapat finalise semua lagu tersebut,

"Sebelum ini, saya terkontang-kanting sehingga saya terjumpa syarikat pengedar Starmount Records yang mana diuruskan oleh rakan kolej saya sendiri, Alex Tan," katanya kepada pemberita ketika sesi ramah mesra drama bersiri Dendam Orang Minyak, baru-baru ini.

Terdapat lima lagu dimuatkan dalam album ini iaitu Obsesiku, Rhapsody Kekasih, Cantik, Cinta Romeo Kota dan Infatuasi.

Lebih menarik, komposer dan penulis lirik lagu tersebut adalah Aqasha sendiri.

Mengulas mengenai nama album Qasha-Nova Aqasha berkata, ia mengambil sempena nama Supernova iaitu proses terakhir letupan bintang yang besar ataupun lebih dikenali sebagai big bang.

"Saya nak ambil sifat-sifat bintang ini. Biarlah album saya ini akan popular sehingga 'meletup'," katanya.

Aqasha memberitahu, lagu-lagu album itu telah pun disiarkan di corong radio tetapi masih kurang mendapat publisiti.

"Ini mungkin kerana saya belum membuat promosi secara menyeluruh. Selepas penggambaran Dendam Orang Minyak, saya akan membuat promosi secara intensif," katanya.

Pun begitu, dia akan terlibat pula dengan penggambaran drama bersiri 13 episod iaitu Pengantin Untuk Dijual di Astro.

Krisdayanti Bimbang Anak Gagal Peperiksaan

Posted: 19 Jun 2010 12:33 AM PDT

Krisdayanti (KD).

JAKARTA: Sejak bercerai dengan Anang, penyanyi Krisdayanti (KD) tidak berpeluang memantau pendidikan kedua-dua anaknya.

Lantaran itu, KD,35, sentiasa khuatir anaknya Aurelle tidak lulus dalam peperiksaan sekolah.

"Saya khuatir, kerana saya tidak biasa menemani mereka ke sekolah setiap hari," ujar KD.

Namun, KD tidak perlu bimbang sekarang. Ini kerana Aurelle lulus dengan keputusan peperiksaan yang sangat baik.

"Sebagai ibu saya bangga apabila anak saya lulus periksa," katanya.

KD memberitahu, dia senang berjumpa dengan anak-anaknya kerana ada tolak ansur bekas suaminya, Anang.

Saksikan Kehebatan "Shout! The Mod Musical"

Posted: 19 Jun 2010 12:32 AM PDT

BERWARNA-WARNI, menyeronokkan, dan penuh dengan tarian gelekan serta melodi merdu. Begitulah gambaran yang dapat diberikan kepada musical broadway, SHOUT! The Mod Musical.

SHOUT! yang diadakan di Pentas 1, Kuala Lumpur Performing Art Centre (KLPAC) dari 17 Julai hingga 21 Julai ini pastinya menghiburkan orang ramai dengan muzikal luar biasa.

Lebih menarik, bintang handalan, Ning Baizura mengesahkan beliau akan membuat persembahan bersama artis-artis seperti Nikki Palikat; Tria Aziz, Shanel Shanty James dan Tisha Zarina.

Ning Baizura dan Nikki Palikat

Mereka akan membentuk pasukan berwarna-warni iaitu Orange Girl, Green Girl, Red Girl, Blue Girl dan Yellow Girl yang akan melantunkan vokal bertenaga masing-masing.

Turut menyerikan persembahan itu adalah artis Joanna Bessey; Stephanie Van Driesen dan Chelsia Ng untuk memastikan SHOUT! berjalan dengan lancar.

Mereka akan berganding bahu berlakon sebagai burung-burung cantik mengalunkan melodi indah yang popular pada 60-an.

Joanna Bessey

Casey Koh ialah produser eksekutif dan pengarah muzik untuk persembahan muzikal ini.

Sebanyak 24 muzikal asli hasil ciptaan pemenang anugerah, Phillip George dan David Lowenstein akan dipersembahkan.

Shout! akan seolah-olah membawa para penonton membelek halaman-halaman senaskhah majalah muzikal. Mereka akan dibawa menghayati muzik, fesyen dan kebebasan pada 60-an di England.

Petula Clark, Dusty Springfield dan Lulu adalah antara artis antarabangsa yang pernah popular menerusi persembahan muzikal ini.

Untuk maklumat lanjut, layari www.broadwayacademy.asia.

Siaran Majlis Perkahwinan Katie Price Bernilai RM2.8 Juta

Posted: 19 Jun 2010 12:31 AM PDT

Katie Price.

MODEL Katie Price dan suaminya, Alex Reid menandatangani perjanjian bernilai AS$888,600 (RM2.8juta) untuk memberi hak penyiaran majlis merestui perkahwinan mereka di saluran hiburan Britain ITV.

Majlis tersebut yang bakal diadakan bulan hadapan, akan disiarkan sebanyak tiga siri dan diberi tajuk For Better For Worse.

Rancangan itu akan memaparkan pasangan tersebut daripada saat melakukan persiapan perkahwinan yang akan diadakan pada musim panas sehingga mereka berbulan madu.

"Ia akan menjadi sesuatu yang hebat untuk berkongsi hari gembira dengan keluarga dan rakan. Saya tidak sabar untuk meraikan detik percintaan kami," kata Price kepada media.

"Katie dan saya tidak sabar untuk meraikan hari istimewa kami bersama keluarga dan sahabat karib. Melihat dia berjalan menuju ke arah saya sekali lagi dan berkongsi detik itu bersama orang yang dikasihi akan membuatkan ia lebih diingati," kata Reid.

Pasangan itu sebelum ini berkahwin secara rahsia di Las Vegas pada Februari lalu.

Majlis Mewah Courteney Cox

Posted: 19 Jun 2010 12:30 AM PDT

Courteney Cox Arquette.

PELAKON Courteney Cox (gambar) menyambut ulang tahun kelahiran ke-45 dalam suasana mewah di restoran terkemuka di Los Angeles.

Dia menjemput beberapa rakan terdekat untuk bersama meraikan hari istimewanya di restoran Bouchon yang terletak di Beverly Hills.

Antara tetamu jemputan termasuklah rakannya dari sitkom 'Friends' Jennifer Aniston dan pelakon Laura Dern.

"Mereka menyanyikan lagu ulang tahun untuk Courteney dan bersorak ke arahnya beberapa kali. Mereka kelihatan gembira," menurut sumber.

America Ferrera Bertunang

Posted: 19 Jun 2010 12:29 AM PDT

Pelakon America Ferrera hadir ke lelongan amal Ugly Betty untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Axelle Fine Arts Gallery Ltd pada 12 April 2010 di New York City.

BINTANG rancangan Ugly Betty America Ferrera sudah bersedia untuk melangkah ke gerbang perkahwinan bersama teman lelakinya Ryan Piers Williams.

Dia dilihat memakai cincin berlian baru semasa menghadiri upacara karpet merah untuk tayangan filem The Illusionist in Scotland pada Festival Filem Edinburgh.

Laman web people.com melaporkan jurucakap pelakon itu mengesahkan pasangan itu telah mengikat tali pertunangan.

Mereka berkenalan semasa Ferrera, 26, menghadiri uji bakat untuk projek pelajar Williams di Universiti Selatan California.

Impian Penari Sabah Belajar 'Ngajat Lesung' Tercapai

Posted: 19 Jun 2010 12:28 AM PDT

Seorang penari mempelajari cara mengenakan pakaian tradisional masyarakat Iban.

KUCHING: Impian penari dari Sabah, Mohd Rezuan Daud, 29, untuk mempelajari tarian traditional kaum Iban Sarawak akhirnya tercapai apabila dia berpeluang mengikuti satu bengkel tarian etnik Sarawak di sini hari ini.

Berasal dari Putatan, Sabah, Mohd Rezuan yang mula bergiat menari sejak tujuh tahun dahulu dengan menyertai Kumpulan Kesenian Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah, mempelajari teknik tarian kaum Iban itu pada Bengkel Tarian Etnik Sarawak sempena Program Merakyatkan Seni Jalinan Muhibbah Borneo di Kompleks Pelancongan Sarawak di sini.

"Saya selalu melihat tarian Ngajat Iban dalam televisyen sahaja. Impian untuk belajar tarian traditional Sarawak yang unik ini sudah lama terpendam dalam hati saya.

"Saya berasa sangat gembira hari ini kerana akhirnya impian saya tercapai kerana berpeluang untuk belajar asas gerak tangan dan kaki serta posisi badan tarian Ngajat Lesung dari jurulatih JKKN Sarawak," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Seorang lagi penari dari JKKN Sabah, Marliza Matsum, 24, dari Kota Kinabalu, menyifatkan dirinya bertuah kerana berpeluang mengikuti bengkel itu dan mempelajari Ngajat Lesung.

LANGKAH TARI... Sebahagian daripada 20 penari dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sabah datang ke Sarawak untuk mempelajari seni gerak tari 'Ngajat Lesong' sempena program Pusat Seni Setempat dan Merakyatkan Seni 'Jalinan Muhibbah Borneo' di Kompleks Pelancongan Sarawak, Kuching, hari ini.

"Kunjungan ke Bumi Kenyalang kali ini bukan sahaja memberi peluang kepada saya untuk mempelajari gerak tari tarian tradisional tetapi cara pemakaian baju tradisional wanita Iban dikenali sebagai 'ngepan indu' yang selama ini saya hanya belajar dari buku," katanya.

Mohd Rezuan dan Marliza adalah antara 20 penari dari kumpulan kesenian JKKN Sabah yang tiba semalam sempena Program Merakyatkan Seni Jalinan Muhibbah Borneo.

Selain menyertai Bengkel Tarian Etnik Sarawak, mereka juga melawat Rumah Panjang Annah Rais dekat sini dan menyertai program kemasyarakatan sempena Gawai Dayak di Kampung Benuk, Pedawan.

Kumpulan dari Sabah itu akan membuat persembahan kebudayaan khas malam esok sempena Pusat Seni Setempat dan Program Merakyatkan Seni Jalinan Muhibbah Borneo di Godown Amphitheater di Tebingan Kuching, di mana kebudayaan dan kesenian kedua-dua negeri akan dipersembahkan.

Setem Khas Sempena Ulang Tahun Ke-125 KTMB

Posted: 19 Jun 2010 12:26 AM PDT

Dua petugas Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Norazura Ibrahim (kanan) memegang setem dan Norizan Omar (kiri) memegang sampul surat yang dikeluarkan sempena merayakan ulangtahun ke-125 Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada prebiu di ibu pejabat KTMB Jalan Sultan Hisamuddin di Kuala Lumpur, hari ini. Koleksi itu boleh didapati selepas pelancaran rasmi oleh KTMB pada 21 Jun ini.

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan melancarkan setem khas dan sampul surat hari pertama sempena ulang tahunnya yang ke-125, Isnin ini.

Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia Berhad Yasmin Ramli berkata iabertujuan membantu orang ramai mengetahui jenis keretapi yang telah digunakan KTMB selama 125 tahun.

"Pos Malaysia memperkenalkan lima jenis produk iaitu sampul surat haripertama, setem, lembaran mini, fail dan buku setem," katanya kepada pemberita di prebiu khas di sini, hari ini.

Ketua Setem dan Philately Pos Malaysia Berhad, Yasmin Ramli menunjukkan sampul surat dan setem sempena merayakan ulangtahun ke-125 Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Setem yang memaparkan lima jenis keretapi dalam sejarah KTMB termasuklokomotif "56 Class" iaitu keretapi stim terakhir digunakan di Malaysia, akan mula dijual Selasa ini pada harga 30 sen, 50 sen dan RM1 di semua pejabat pos.

Selain itu pengumpul setem juga boleh membeli satu folder khas pada hargaRM5.50 tiap satu atau set lengkap pada harga RM50.20 tiap satu di pejabat pos terpilih.

Pengeluaran setem itu adalah hasil kerjasama antara Pos Malaysia dengan KTMB yang menyambut ulang tahun pada 1 Jun lepas.

Diana sedia timang anak

Posted: 19 Jun 2010 12:26 AM PDT



Setiap pasangan yang telah berumah tangga pastinya mengimpikan kehadiran cahaya mata untuk menambah seri kehidupan rumah tangga, apatah lagi jika sudah puas berbulan madu.

Begitulah perasaan yang dirasakan Diana Rafar setelah setahun mendirikan rumah tangga bersama pelakon Zamarul Hisham pada 16 Mei tahun lalu.

Walaupun tidak pernah merancang, tetapi jauh di sudut hati Diana tetap mengharap kehadiran anak sendiri dalam hidupnya dan suami dan impian mereka menjadi kenyataan apabila Diana kini disahkan hamil lima bulan.

Diana pada mulanya tidak menyangka dirinya hamil hinggalah menyedari berat badannya naik mendadak sebanyak 9 kilogram (kg) dan sudah dua bulan tidak datang bulan.

"Saya langsung tidak mengalami sebarang alahan pada awal kandungan kerana itulah saya tidak menyedari saya mengandung tetapi bila masuk bulan kedua itu saya rasa semacam apatah lagi berat badan saya naik dari 46kg kepada 55kg,"

"Bila buat ujian di klinik, doktor sahkan saya telah hamil dua bulan dan apabila tahu saya sendiri tidak tahu tentang perasaan saya, gembira ke terkejut ke, bila sudah beberapa hari baru sama dapat menerima hakikat saya sedang hamil," katanya kepada media selepas pelancaran drama Ilusi dan Dendam Orang Minyak.

Diana berkata, walaupun tidak mengalami sebarang alahan seperti muntah-muntah dan mengidam, Diana mengalami masalah ruam di muka pada permulaan kehamilannya dan ruam itu beransur pulih apabila usia kandungannya meningkat.

Ditanya media mengapa Diana dilihat seperti cuba menyembunyikan kandungannya apatah lagi Zamarul sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan "belum ada rezeki" ketika mengulas pertanya media, Diana menjelaskan kenyataan itu dikeluarkan sebelum mereka mengetahui akan menimang cahaya mata.

"Ketika wartawan itu bertanya kepada Zamarul memang kami masih belum mengetahui mengenai kehamilan saya, tetapi tidak lama selepas itu baru kami menerima khabar gembira ini dan berita itu pula keluar dahulu, jadi kami memang mencari peluang untuk menjelaskan perkara ini dan hari ini (kelmarin) masa yang sesuai buat kami.

"Lagi pun kami berpegang juga pada pesan orang tua-tua, jika mengandung anak pertama tidak elok dihebahkan, tetapi mengenangkan kami ini selebriti jadi saya tidak kisah untuk mengumumkan berita gembira ini pada semua," katanya.

Demi memastikan kesihatan dirinya dan anak sulung yang bakal lahir ini, Diana mengambil keputusan untuk berehat dari industri sehingga tamat tempoh berpantang dan mahu memberi tumpuan kepada perniagaan salunnya.

"Memandangkan ini adalah anak pertama saya jadi saya mengambil keputusan untuk berehat dan drama Ilusi mungkin merupakan drama terakhir saya tetapi selepas ini jika ada tawaran lain dan bersesuaian dengan saya, saya mungkin akan menerima," katanya.

Aznil dilantik ikon 'Jom Ganyang Aedes'

Posted: 19 Jun 2010 12:23 AM PDT

Selebriti terkenal, Aznil Nawawi semalam dilantik sebagai ikon anti denggi dalam kempen terbaru Kementerian Kesihatan 'Jom Ganyang Aedes' bagi menangani wabak denggi.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata, Aznil dipilih untuk memikul tanggungjawab itu kerana beliau merupakan seorang pengacara televisyen dan radio berpendidikan dan popular, serta disenangi oleh pelbagai golongan masyarakat tanpa mengenal usia dan keturunan.

"Penglibatan beliau dalam kempen ini yang merupakan tanggungjawab sosial kepada negara diharap mampu menarik minat komuniti setempat khususnya golongan remaja untuk turut sama membanteras denggi," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara kedua-dua pihak, di Kuala Lumpur.

Dr Mohd Ismail berkata. kementerian juga mengadakan projek khas 'Jom Ganyang Aedes' khusus untuk membasmi demam denggi secara serius, konsisten dan bersungguh-sungguh.

Beliau berkata, kementerian sedang berusaha menyedarkan masyarakat bahawa kunci utama bagi mencegah demam denggi adalah dengan mengurangkan tempat pembiakan aedes sama ada di dalam atau di luar rumah kerana aktiviti semburan kabus atau fogging hanya membunuh nyamuk dewasa dan tidak membunuh jentik-jentik.

"Saya amat berharap agar projek 'Jom Ganyang Aedes' ini mampu membantu mengurangkan kes denggi di kawasan-kawasan dikategorikan sebagai kawasan panas denggi di sekitar Lembah Klang, terutama Kuala Lumpur dan Selangor," katanya.

Sementara itu, Aznil berkata, beliau terpanggil untuk bekerjasama dalam kempen itu setelah kehilangan rakan baik yang juga rakan pengacara iaitu Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi, yang meninggal dunia pada 1 April lalu akibat demam denggi berdarah.

"Saya merasa amat berbesar hati kerana dipilih, kerana melalui aktiviti seumpama ini saya berpeluang untuk menunaikan tanggungjawab sosial saya dan sekali gus membantu usaha kerajaan menangani masalah denggi yang meragut banyak nyawa di negara ini," katanya.

KWSP hantar penyata kepada 6.3j pencarum

Posted: 19 Jun 2010 12:23 AM PDT

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menghantar penyata akaun 2009 kepada 6.33 juta pencarum sebagai sebahagian daripada usaha memaklumkan status terkini simpanan mereka.

"Penyata akaun KWSP penting bagi membantu pencarum mengetahui status simpanan persaraan mereka," kata Nik Affendi Jaafar, Pengurus Besar KWSP bagi Perhubungan Awam dalam satu kenyataan semalam.

Beliau menggesa pencarum menyemak dengan teliti penyata mereka bagi memastikan simpanan adalah mengikut peraturan dan majikan menyerahkan caruman kepada KWSP tepat pada masa.

Nik Affendi juga mengingatkan pencarum sekiranya ada sesuatu yang tidak kena, mereka perlu mendapatkan penjelasan daripada majikan atau melaporkannya dengan segera kepada KWSP.

Penyata akaun diposkan ke alamat kediaman pencarum seperti yang didaftarkan dalam rekod KWSP.

Alamat boleh dikemaskinikan di mana-mana cawangan KWSP, menerusi i-Akaun yang merupakan akaun dalam talian khas yang diakses menerusi laman web myEPF atau mengisi borang KWSP 3 dan mengeposkannya ke cawangan berdekatan bersama dengan salinan kad pengenalan.

Godaan syahwat wanita China

Posted: 19 Jun 2010 12:22 AM PDT


DUA pelacur ini menghabiskan masa dengan berbual sambil mata liar mencari
pelanggan yang melalui kawasan pasar raya di Jalan Pudu semalam.


KUALA LUMPUR - Golongan suami yang pergi ke pasar raya seorang diri perlu berfikir dua kali selepas ini kerana jika tidak kental perasaan setia kepada isteri mereka mungkin akan terkulai dengan godaan amoi China di hadapan tandas di sebuah pasar raya di Jalan Pudu di sini.

Selain dilatih khas untuk melacurkan diri, mereka juga pakar dalam memikat lelaki-lelaki gersang atau berjalan bersendirian dengan sapaan dan lirikan mata yang menggoda.

Jika dulu golongan itu menjalankan kegiatan persundalan ini dengan berselindung tetapi kini mereka semakin berani menjual diri secara terbuka di hadapan tandas pasar raya berkenaan.

Menurut seorang pekerja di pasar raya tersebut yang mahu dikenali sebagai Suhaimi, 20, dia sudah lali dengan pemandangan itu.

Wanita maut dirempuh MyVi

Posted: 19 Jun 2010 12:21 AM PDT


penduduk kampung, Hamzah Mamat menunjukkan lokasi Ramlah yang maut dirempuh kereta Perodua MyVi di Jalan Kubang Kerian-Panchor-Panji, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Mimpi sedih seorang anak menjadi kenyataan apabila ibunya maut dalam kemalangan di Jalan Kubang Kerian-Panchor-Panji dekat sini semalam.

Mohd. Nazrul Jaafar, 13, berkata, pada malam sebelum kejadian dia bermimpi ibunya, Ramlah Zakaria, 44, terjatuh dari tempat tinggi menyebabkan dia menangis teresak-esak.

"Saya kemudian terjaga daripada tidur selepas dikejutkan oleh ibu saudara saya yang memberitahu ibu dan adik perempuan serta sepupu saya terlibat dalam kemalangan dirempuh oleh sebuah kereta yang terbabas," katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian semalam.

CCTV mampu rakam dalam gelap

Posted: 19 Jun 2010 12:20 AM PDT


DR. ZULKEPLI menunjukkan kamera CCTV canggih ciptaan penyelidik UTM di Skudai, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Selepas kajian selama dua tahun, sepasukan penyelidik Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya menghasilkan sistem kamera televisyen litar tertutup (CCTV) yang mampu menghasilkan imej rakaman terperinci biarpun dalam suasana gelap.

Sistem kamera bernilai RM60,000 itu juga boleh merakam imej tiga dimensi (3D) serta berupaya mengecam imej seseorang dengan tepat dalam tempoh 15 minit dalam persekitaran gelap yang tidak mampu dilakukan oleh sistem yang sedia ada di pasaran.

Terkejut jumpa rangka manusia

Posted: 19 Jun 2010 12:19 AM PDT


ANGGOTA forensik polis mengeluarkan rangka manusia yang ditemui dalam sebuah kereta rentung di Port Dickson semalam.


PORT DICKSON - Seorang buruh terkejut selepas menjumpai satu rangka manusia di dalam sebuah kereta yang rentung di sebuah tapak projek perumahan Kampung Kebun Jimah di sini semalam.

Buruh tersebut, Abdul Taib Hassan memberitahu, dia masuk ke kawasan berkenaan kira-kira pukul 9.30 pagi untuk mencari siput di sebatang sungai berhampiran.

"Bagaimanapun, ketika melalui sebatang jalan menuju ke sungai saya ternampak sebuah kereta yang sudah rentung berada tidak jauh di tepi tebing.

Kilang teh pakai logo halal tak iktiraf diserbu

Posted: 19 Jun 2010 12:18 AM PDT

KUALA LUMPUR - Sebuah kilang teh terkenal diserbu dalam operasi bersepadu yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) kerana menggunakan logo halal daripada syarikat yang tidak diiktiraf.

Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Nur Hamizah Othman berkata, logo halal premis yang beroperasi di Taman Perindustrian KIP, Sri Damansara itu juga tidak mendapat pengiktirafan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Kita mengambil langkah penguatkuasaan ini untuk memastikan setiap pengeluaran produk yang benar-benar diiktiraf.

"Walaupun premis berkenaan mempunyai sijil halal swasta yang masih sah namun ia sememangnya tidak menepati mutu dan piawaian yang ditetapkan oleh Jakim dan JAIS," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Najib alukan cadangan nama kucing

Posted: 19 Jun 2010 12:17 AM PDT


GAMBAR anak kucing jenis
mix persian yang dibeli Najib
kelmarin.


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengalu-alukan cadangan nama bagi anak kucing yang dibelinya kelmarin.

"Saya dan keluarga saya dalam proses memilih nama baginya, tapi saya mengalu-alukan cadangan daripada anda," kata Najib dalam laman blognya www.1malaysia.com.my semalam.

Perdana Menteri berkata, beliau pernah membela kucing sebagai binatang manjaan.

"Bila saya mengangkat si kecil ini, saya terus terpaut kepada makhluk yang sedap dipeluk ini.

"Saya pasti anak perempuan saya akan gembira bertemu dengannya bila pulang ke rumah nanti," katanya.

Najib berkata, semasa berada di majlis pelancaran kempen 'Beli Barangan Malaysia', beliau berkesempatan membeli beberapa barangan peribadi dan antaranya ialah pembelian tanpa dirancang: seekor anak kucing Parsi berbulu jingga dan putih.

Sarah, antara famili dan kerjaya

Posted: 19 Jun 2010 12:14 AM PDT


SARAH bersama keluarganya dan anak kembar hasil ibu tumpang, Marion Loretta Elwell dan Tabitha Hodge.


"PERKARA pertama yang terlintas dalam pemikiran saya adalah takut mereka tidak akan suka pada saya," kata Sarah Jessica Parker. Namun, aktres itu bukan berbicara mengenai filem terbarunya, Sex And The City 2 (SATC).

Apa yang membikin penasaran jiwanya adalah sama ada anak kembarnya, Marion Loretta Elwell dan Tabitha Hodge akan menyukainya. Dilahirkan pada 22 Jun menerusi ibu tumpang, nama Marion diberikan oleh anak sulung Sarah, James Wilkie Broderick, 7.

"Dia memberitahu saya bahawa dia mahukan nama Marion. Adakah ia satu tindakan wajar untuk membiarkan James memberi nama kepada adiknya? Adakah ia begitu penting bagi James? Tapi James memberitahu dia mahu nama itu sebagai nama sah di sisi undang-undang. Nama samaran Marion ialah Kitty dan Tabitha pula Babe," kata Sarah ketawa sambil memberitahu yang dia menyukai bau lampin.

Keputusan untuk menggunakan ibu tumpang dibuat bukan kerana Sarah mahu mengekalkan bentuk badannya. Dia suka mengandung. "Saya tahu ramai yang menyatakan terdapat banyak pilihan di luar sana. Mengapa tidak mengambil anak angkat? Kami meneroka dan meneroka banyak pilihan dan idea ini datang dahulu," jelas Sarah.

Selepas sekian lama memberi fokus kepada anak lelakinya, Sarah takut dirinya tidak bersedia untuk membesarkan anak perempuan. Walaupun dia di layar perak Sarah membawa pesona penulis kolum popular, Carrie Bradshaw yang glamor serta bersifat kewanitaan, aktres itu tidak yakin.

Tahap keyakinan Sarah juga melanda proses lakonannya. Setiap kali sebelum dia memulakan penggambaran, Sarah dihantui keraguan. "Chris Noth (Mr.Big) selalu bertanya kepada saya, adakah saya suka berlakon," tambah Sarah yang merupakan isteri kepada aktor Matthew Broderick.

Sarah pada mulanya merupakan penghibur tradisional yang boleh menyanyi dan menari. Aktif di atas pentas pementasan, dia hanya popular di TV selepas dipilih sebagai peneraju utama siri SATC pada tahun 1997. Kini pada usia 45 tahun, skop karier Sarah tidak tertakluk pada lakonan sahaja.

Empayar


SELEPAS berkahwin, Carrie dan Mr.Big mempunyai masalah menyesuaikan diri bersama.


Selain jenama minyak wangi, Lovely (2005), Sarah juga menyumbang kreativitinya dalam mereka cipta aksesori, Bitten. Namun, kekayaan Sarah jelas diperoleh daripada rangkaian SATC. Filem pertamanya menjana AS$400 juta dan ditambah dengan jualan cakera padat digital (DVD) sirinya, dia kini menjadi antara aktres berpengaruh.

Sebab mengapa Sarah berhenti menjayakan watak Carrie pada tahun 2004 adalah kerana dia terlalu menyukai peranan tersebut. "Saya boleh menjayakan watak itu seumur hidup tetapi itu bukan sebab mengapa saya menjadi pelakon. Saya mahu bekerjasama dengan lebih ramai orang supaya dapat meningkatkan kredibiliti dan nilai diri," tambahnya.

Versi layar perak SATC memang sentiasa dalam perancangan tetapi ia telah mengambil masa lebih panjang daripada jangkaan kerana permintaan bayaran Kim Cattrall. Terdapat juga khabar angin yang menyatakan ia disebabkan ketidaksefahaman antara Kim dan pelakon lain.

"Saya tidak rasa ada orang yang percaya bahawa saya menyukai Kim. Saya tidak akan berjaya dalam siri dan filem SATC tanpanya. Malah, saya tidak akan berlakon dalam versi filemnya tanpa Kim," ujar Sarah dalam nada kecewa.

Jangkaan untuk sekuel SATC amat tinggi. Kali ini, pengarahnya, Michael Patrick King mahu memberikan kelainan. Buat pertama kali, krew SATC menjalankan penggambaran di luar negara, apabila keempat-empat watak utama, Carrie Bradshaw, Samantha Jones (Kim), Charlotte York Goldenblatt (Kristin Davis) dan Miranda Hobbes (Cynthia Nixon) bercuti di Abu Dhabi.

Penggambaran bagaimanapun dijalankan di Moroco. Berbeza dengan pengalaman di New York, Sarah memberitahu: "Kami berada di tengah-tengah gurun Sahara dan yang menariknya, tanpa paparazzi. Ia satu pengalaman yang menakjubkan untuk berada di satu tempat jauh.

"Untuk berada di gurun selama beberapa hari, kami berpeluang menyaksikan magis yang mungkin tidak akan dilihat lagi. Menghidu, melihat dan menikmati makanan di sana merupakan pengalaman yang tidak boleh didapati di tempat lain."


SEX And The City 2 menjanjikan sebuah kisah cinta disulami fesyen yang lebih menarik.


Apa yang membuatkan pengalaman itu lebih bermakna adalah ia disertai oleh rakan-rakan baiknya. "Hati kami tersentuh. Kami berpeluang untuk tinggal bersama dan mengenali satu sama lain, hal yang tidak pernah dilakukan semasa berada di New York.

"Di New York, selepas penggambaran, kami akan pulang ke rumah masing-masing. Kini, saya lebih menyayangi mereka kerana dapat melihat sisi baru mereka. Mereka sudah menjadi sebahagian daripada keperluan hidup saya."

Mengakui penggambaran kali ini lebih mencabar, Sarah menyatakan SATC merupakan sebuah karya unik bagi budaya masa kini. Ditambah dengan kelainan personaliti serta wataknya, tidak hairan SATC menjadi kegilaan dan ikutan ramai.

"Saya suka apabila wanita saling menghormati. Apa yang lebih mengujakan adalah nilai persahabatan. Filem ini telah mengubah cara saya melihat persahabatan dan menghargai kawan-kawan saya," tambahnya.

Menjadi ibu kepada tiga orang anak telah mengubah pemikirannya terhadap karier. Dia tidak akan dilihat menerusi teater pada masa akan datang kerana melibatkan masa yang panjang.

"Masa saya kini didedikasikan kepada anak-anak saya. James telah merapatkan hubungan keluarga kami dan saya tidak sabar membesar dengan kembar baru saya," ujarnya.

Rezeki Nur Kasih Fizz Fairuz

Posted: 19 Jun 2010 12:13 AM PDT


Restoran Nur Kasih


NAMANYA yang semakin melonjak naik dan dikenali ramai menerusi drama Nur Kasih menyebabkan rezekinya melimpah ruah selepas drama itu selesai ditayangkan di kaca televisyen.

Bagaimanapun, selepas selesai drama itu ditayangkan, kini Fizz sibuk menjalani penggambaran untuk filem Nur Kasih. Dalam masa yang sama, pelakon ini juga sedang mengembangkan sayap sebagai ahli perniagaan dengan membuka sebuah restoran di kampungnya, Ketari, Bentong, Pahang.

Menariknya, restoran tersebut yang baru sahaja memulakan operasinya sekitar beberapa bulan lalu itu diberi nama Restoran Nur Kasih. Bertanya kepada pelakon ini mengapa restoran tersebut dinamakan dengan judul drama lakonannya itu dan seperti menumpang populariti, nyata Fizz mempunyai jawapan sendiri.

Jawab Fizz: "Saya dikenali ramai oleh peminat-peminat menerusi drama Nur Kasih. Maka dengan itu saya rasa tidak salah untuk menggunakan nama drama tersebut sebagai nama restoran saya. Lagipun ia untuk memudahkan pengunjung atau peminat tahu bahawa itu adalah restoran saya."

Menyediakan menu masakan kampung seperti ikan sungai masak tempoyak, tempoyak ikan pari dan menu istimewa nasi goreng nur kasih serta masakan gulai asrom Pahang, kata Fizz penuh teruja, dia berharap agar pengunjung berpuas hati dengan menu yang disediakan.

Sementelah, sebagai anak jati Pahang, dia percaya, masakan gulai asrom Pahang akan menjadi daya tarikan buat pengunjung kerana ia memang merupakan masakan yang cukup terkenal di negeri tersebut.

Mengakui tidak kerap berada di restoran tersebut kerana kesibukannya di lokasi, dia bagaimanapun percaya abang iparnya, Ahmad Fanizan Mussa mampu menguruskan restoran tersebut dengan baik.


MEMOTONG riben sebagai simbolik perasmian restoran yang diberi nama Restoran Nur Kasih.


"Tapi jika tidak mempunyai penggambaran, sebolehnya saya mahu berada di restoran. Maklumlah itu restoran pertama, jadi teruja untuk melihat perkembangannya," kata Fizz yang memasang impian untuk membuka cawangan lain di Kuala Lumpur dan Melaka jika mempunyai modal yang lebih besar kelak.

Sementara itu bercakap tentang perkembangan terbarunya, Fizz memberitahu dia bersama teman pemain drama Nur Kasih yang lain seperti Tiz Zaqyah dan Remy Ishak kini sibuk di lokasipenggambaran filem Nur Kasih yang baru bermula minggu lalu.

Dalam masa yang sama, dia juga terbabit dengan sebuah telemovie bersama Rosyam Nor berjudul Bicara Dari Tuhan yang dijadualkan ditayangkan pada Aidilfitri tahun ini.

Biar kini mempunyai dua tanggungjawab untuk diuruskan serentak, Fizz optimis dia mampu mengimbangi antara dunia bisnes dan dunia lakonan dengan baik. Ini kerana menurut Fizz dia yakin terhadap dua bidang yang dijalani kini kerana kedua-duanya bakal membawa kebaikan kepada masa depannya nanti.

"Saya berharap kedua-dua bidang yang saya jalankan ini akan memberi lebih banyak rezeki pada masa akan datang. Saya juga berharap dapat mengimbangi kedua-duanya kerana ia sangat penting untuk saya meneruskan perjalanan hidup," kata buah hati pelakon Almy Nadia ini penuh harapan.

Inneke batas kerjaya

Posted: 19 Jun 2010 12:12 AM PDT


INNEKE kini selesa menguruskan anak dan rumah tangga berbanding berlakon.


AKTRES cantik yang terkenal dengan imej solehehnya, Inneke Koesherawati kini mempunyai sesuatu yang lebih penting berbanding kerjaya yang telah dijalani sejak bertahun lamanya.

Bukan berhenti terus daripada dunia hiburan, sebaliknya Inneke memilih agar memberi fokus terhadap keluarga dan anak-anak. Justeru dia amat selektif dengan tawaran lakonan yang datang pada masa kini dan hadapan.

Walaupun belum terbiasa dan masih berasa kekok kerana tidak berlakon, Inneke bagaimanapun memilih untuk mendidik anak-anaknya.

"Memang agak berat apalagi selepas sibuk selama enam bulan dengan penggambaran, terus tiba-tiba berhenti. Tapi selepas ada anak-anak saya merasa ada sesuatu yang baru dalam hidup saya.

"Saya tidak menyesal dengan keputusan untuk 'hilang' seketika dalam dunia hiburan kerana mahu memberi tumpuan dan mendidik anak-anak saya sendiri," kata Inneke yang cukup terkenal dengan drama Mutiara Hati.

Tetapi kata Inneke, biarpun dia membataskan diri dengan sibuk di lokasi, namun itu tidak bermakna dia mahu melupakan terus bidang lakonan. Malah jika tawaran yang datang seperti tawaran berlakon iklan yang tidak akan mencuri waktunya dengan banyak, Inneke tidak keberatan untuk ke lokasi.

Katanya: "Kalau waktu penggambarannya tidak lama, saya okay untuk berlakon. Asalkan saya masih memberi tumpuan utama pada anak-anak."

Aktres lucah tuntut Woods buat ujian genetik

Posted: 19 Jun 2010 12:11 AM PDT


DEVON JAMES


MIAMI - Seorang aktres lucah, Devon James kelmarin memfailkan tuntutan undang-undang di sebuah mahkamah di sini bagi meminta bintang golf No.1 dunia, Tiger Woods menjalani ujian genetik untuk mengesahkan dia ialah bapa kepada seorang anak lelakinya, lapor sebuah akhbar semalam.

Aktres lucah itu memfailkan tuntutan bagi membuktikan seorang anak lelakinya yang kini berumur sembilan tahun, Austin T ialah anak hasil hubungan seksnya dengan Woods.

Dia yang juga bekas pelacur berusia 29 tahun mendakwa pernah memberitahu Woods, 34, mengenai Austin tiga tahun lalu ketika pemain golf itu melanggani dirinya bersama seorang lagi wanita tidak dikenali untuk melakukan hubungan seks dengan harga AS$2,000 (RM6,503) satu malam.

Menurutnya, Woods mengetahui mengenai kanak-kanak itu selepas ditunjukkan gambar anaknya pada 2006 namun sehingga kini dia enggan bertemu dengan Austin.

Namun Woods pernah menghantar beberapa hadiah kepada anaknya itu.

Dalam petisyen tuntutan itu, dia yang menggunakan nama rasmi Melinda Jannette mahu ujian genetik itu dilakukan kerana ia akan membolehkan Woods melakukan tanggungjawab sebagai bapa, berkongsi masa dan memberi sokongan kepada Austin jika terbukti bintang golf itu bapanya.

Pendedahan terbaru tersebut berlaku selepas salah seorang daripada 14 wanita simpanan Woods, Joslyn James, 32, mendakwa secara terbuka pernah dua kali mengalami keguguran selepas menjalin hubungan sulit dengan bintang golf itu.

Woods yang pernah menjalani rawatan ketagihan seks tahun lalu dikatakan dalam proses perceraian dengan isterinya, bekas model Sweden, Elin Nordegren, 30.