MY ADHA™ | Sumber Maklumat Terkini, Jawatan Kosong |
- Terengganu juara bola sepak SUKMA 2010
- World Cup FIFA 2010 Result - 18 June 2010
- Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - Jun 2010
- Jawatan Kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) - Jun 2010
- Jawatan Kosong di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) - Jun 2010
- Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) - Jun 2010
- Jawatan Kosong di Majlis Daerah Kerian (MDKerian), Perak - Jun 2010
- Jawatan Kosong di Kerajaan Negeri Pulau Pinang - Jun 2010
- Jawatan Kosong di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) - Jun 2010
- Nik Aziz: PAS sedia hadapi BN bila-bila masa
- KWSP Hantar Penyata Akaun Kepada 6.33 Juta Pencarum
- Setem Khas Sempena Ulang Tahun Ke-125 KTMB
- Penalti berat - pindaan Akta Anti Pemerdagangan
- Aznil Nawawi dilantik ikon antidenggi
- Peluang kerjaya guru sandaran sentiasa terbuka luas
- 7 Julai cuti umum Pulau Pinang
- Soal Jawab Agama: Uar-uarkan barang hilang setahun diuarkan
- Bunga raya bukan hanya lambang Persekutuan
Terengganu juara bola sepak SUKMA 2010 Posted: 18 Jun 2010 01:27 PM PDT Penyandang juara, Terengganu menjuarai acara bola sepak buat kali ketiga berturut-turut di temasya Sukan Malaysia (Sukma) menerusi jaringan tunggal penyerangnya Rosli Muda menewaskan Selangor 1-0 pada perlawanan akhir Sukma XIII Melaka 2010 di Stadium Hang Tuah, Melaka semalam. Kemenangan buat kali ketiga meraih emas selepas muncul juara pada temasya 2006 dan 2008 memastikan kilauan emas yang ke-47 buat mengukuhkan kedudukan Terengganu yang kian menghampiri gelaran juara keseluruhan Sukma yang akan menutup tirai malam ini. Lebih manis kemenangan itu turut disaksikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin turut menyampaikan kalungan pingat kepada pemenang. Sementara itu, dalam perlawanan penentuan pingat gangsa pula Kedah meraih pingat itu apabila menewaskan Wilayah Persekutuan 2-0 dalam aksi yang berlangsung pada sebelah pagi. Turut hadir ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said. Sejurus pengadil Mohd. Yusof Karim meniup wisel penamat, seluruh pemain Terengganu berpelukan sesama sendiri meraikan kejayaan memenangi pingat emas ketiga berturut-turut dalam acara bola sepak Sukma. Kekalahan buat Selangor pula meneruskan badi igauan buruk untuk mengukir pingat emas selepas 12 tahun kempunan menggenggamnya apabila kali terakhir memenanginya pada 1998 di tempat sendiri. Gol kemenangan Terengganu hadir pada minit ke-23 apabila Rosli yang dijaga oleh benteng pertahanan Selangor bijak melepaskan rembatan jarak jauh dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Merah Kuning, Mohd. Fairul Azwan. Aksi bermula dengan kedua-dua pasukan bermain secara berhati-hati dengan bola sering kali berlegar di tengah padang tanpa ada aksi mencemaskan sepanjang 10 minit babak berlangsung. Pada minit ke-13 Hassan Basri meledakkan sepakan kencang namun penjaga gol Merah Kuning, Mohd. Fairul Azwan Shahrullai tangkas menangkap kemas. Empat minit selepas itu, giliran Selangor mencemaskan benteng Terengganu apabila M. Anbalagan yang mendapat hantaran jauh membuat larian ke sebelah kiri sambil dibayangi pertahanan lawan namun dia sempat melepaskan rembatan tetapi diselamatkan oleh penjaga gol, Md. Sharmiza Yusoff. Pada babak kedua Selangor banyak menguasai babak saingan apabila pada minit ke-70 Mohd. Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham hampa apbila percubaannya diselamatkan penjaga gol lawan. Peluang hadir lagi tiga minit selepas itu, namun ketua pasukan Merah Kuning, Mohd. Fitri Shazwan lewat melakukan sepakan walaupun berdepan dengan Md. Sharmiza. Usaha Selangor hingga ke minit-minit terakhir untuk mencari gol penyamaan tidak menjadi kenyataan. - UTUSAN |
World Cup FIFA 2010 Result - 18 June 2010 Posted: 18 Jun 2010 01:22 PM PDT Germany 0 - 1 Serbia (38' M. Jovanovic) (13' V. Birsa, 42' Z. Ljubijankic) Slovenia 2 - 2 United States (48' L. Donovan, 82' M. Bradley) England 0 - 0 Algeria |
Jawatan Kosong di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) - Jun 2010 Posted: 18 Jun 2010 11:57 AM PDT Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia. JAWATAN: - JURUTEKNIK (JA17) - JURUTERA AWAM (JA41) - JURUTERA ELEKTRIK (JA41) - JURUTERA JENTERA (JA41) - ARKITEK (JA41) - ARKITEK LANSKAP (JA41) - PEMBANTU AM PEJABAT (NA01) - PEMBANTU TADBIR (P/O) (NA17) - PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT (NA17) - PENOLONG PEGAWAI TADBIR (NA27) IKLAN JAWATAN KOSONG https://hrfin.utm.my/smuhr/portaliklan/portaliklan.do?action=displaySenaraiIklan CARA MEMOHON Permohonan hendaklah dibuat secara online di: https://hrfin.utm.my/smuhr/portaliklan/portaliklan.do?action=displayIklanonlineForm TARIKH TUTUP : 1 JULAI 2010 |
Jawatan Kosong di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) - Jun 2010 Posted: 18 Jun 2010 11:54 AM PDT Terbuka kepada semua Warganegara Malaysia. JAWATAN: - Penolong Pengurus Program (Gred 27) IKLAN JAWATAN KOSONG http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?lg=1&opt=com_article&grp=4&sec=10&key=2107&cmd=resetall CARA MEMOHON Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta salinan dokumen yang berikut :- a) Butir-butir peribadi yang lengkap (resume/ curriculum vitae mengenai kelayakan dan pengalaman) b) Sekeping gambar berwarna berukuran passport (tidak dikembalikan) c) Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir dan lain-lain dokumen berkaitan jika ada. Surat permohonan beserta dokumen hendaklah sampai kepada : Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) 2, Langgak Tunku Off Jalan Duta 50480 KUALA LUMPUR (up: Bahagian Pentadbiran) http://www.ikim.gov.my TARIKH TUTUP : 30 JUN 2010 |
Jawatan Kosong di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) - Jun 2010 Posted: 18 Jun 2010 11:47 AM PDT Universiti Sains Islam Malaysia sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan yang berkelayakan untuk mengisi jawatan-jawatan yang berikut: - Penolong Pengurus Asrama N 27 - Penyelia Asrama N 17 - Tukang K3 (Automotif) CARA MEMOHON Permohonan hendaklah dibuat secara online menerusi e-IRIS USIM: http://eiris3.usim.edu.my:8080/eiris/ TARIKH TUTUP : 30 JUN 2010 |
Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT) - Jun 2010 Posted: 18 Jun 2010 11:36 AM PDT Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia dan keutamaan akan diberikan kepada RAKYAT NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah: - PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29 (TETAP) - PENOLONG PEGAWAI PERTANIAN G27 (KONTRAK) - PEMBANTU PERTANIAN G17 (TETAP/KONTRAK) - JURUTEKNIK J17 (TETAP) - PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N17 (KONTRAK) - TUKANG K2 (TETAP) - PEMANDU KENDERAAN R3 (TETAP) IKLAN JAWATAN KOSONG http://www.mpjbt.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=2ec60ef4-fb7a-42ea-9417-0b9c17486fdb&groupId=15146 BORANG PERMOHONAN http://www.mpjbt.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=0f8eba52-787c-47be-8f0c-196b3e0590e4&groupId=15146 Borang Permohonan hendaklah dihantar ke alamat: YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN JOHOR BAHRU TENGAH, 81300 SKUDAI, JOHOR BAHRU. http://www.mpjbt.gov.my TARIKH TUTUP : 30 JUN 2010 |
Jawatan Kosong di Majlis Daerah Kerian (MDKerian), Perak - Jun 2010 Posted: 18 Jun 2010 11:16 AM PDT Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan kosong dan keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan. JAWATAN: - Pembantu Undang-undang Gred L29 - Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29 - Penolong Juruaudit Gred W27 - Penolong Akauntan Gred W27 - Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 - Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred N27 - Pembantu Penguat Kuasa Gred N17 IKLAN JAWATAN KOSONG http://www.mdkerian.gov.my/web/guest/pekerjaan BORANG PERMOHONAN http://www.mdkerian.gov.my/c/document_library/get_file?p_l_id=19035&folderId=32139&name=DLFE-901.pdf CARA MEMOHON 1. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Rasmi MDK 1 (PKDM) yang boleh diperolehi di Pejabat Majlis Daerah Kerian dengan bayaran sebanyak RM 2.00 untuk satu borang. Bagi permohonan secara pos, sampul surat beralamat sendiri (saiz A4) dan bersetem RM 0.50 perlu dikemukakan bersama bayaran RM 2.00 (Wang Pos) (Atas nama Yang Dipertua, Majlis Daerah Kerian). 2. Sekiranya borang ini dipindah turun dari laman web, bayaran perkhidmatan sebanyak RM2.00 hendaklah disertakan dalam bentuk Wang Pos diatas nama Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian bagi setiap satu borang yang dikemukakan (kiriman wang tunai tidak dibenarkan) 3. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Diploma/Sijil Persekolahan, surat beranak, kad pengenalan dan gambar berukuran pasport serta dikemukakan kepada: YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH KERIAN NO 1 WISMA MDK JALAN PADANG 34200 PARIT BUNTAR PERAK DARUL RIDZUAN http://www.mdkerian.gov.my TARIKH TUTUP : 30 JUN 2010 |
Jawatan Kosong di Kerajaan Negeri Pulau Pinang - Jun 2010 Posted: 18 Jun 2010 11:00 AM PDT Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Pulau Pinang yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Unit Tapak Pesta dan Ekspo, Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang seperti berikut: - Pembantu Tadbir (P/O) N17 - Pemandu Kenderaan R3 IKLAN JAWATAN KOSONG & BORANG PERMOHONAN http://www.penang.gov.my/view.php?dbIndex=0&website_id=1&id=1595 Borang Permohonan hendaklah dihantar ke alamat: Y.B. Pegawai Kewangan Negeri Jabatan Kewangan Negeri Pulau Pinang Tingkat 23, KOMTAR 10503 PULAU PINANG (u.p : Urus Setia Pengambilan) TARIKH TUTUP : 25 JUN 2010 |
Jawatan Kosong di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) - Jun 2010 Posted: 18 Jun 2010 10:50 AM PDT Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan bagi memohon jawatan berikut: JAWATAN - SETIAUSAHA PEJABAT GRED N27 (KONTRAK) IKLAN JAWATAN KOSONG http://www.dbkl.gov.my/pdf/recruitment/IKLAN_LUAR_WARGANEGARA_JUN2010.pdf BORANG PERMOHONAN http://www.dbkl.gov.my/pdf/recruitment/form/june2010/BP_SETIAUSAHA_PEJABAT_N27_KONTRAK%28luaran%29.pdf Borang Permohonan hendaklah dihantar kepada: PENGARAH JABATAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (BAHAGIAN PERJAWATAN DAN PENGAMBILAN) DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR TINGKAT 3, MENARA TUN RAZAK JALAN RAJA LAUT, 50350 KUALA LUMPUR. http://www.dbkl.gov.my TARIKH TUTUP : 23 JUN 2010 |
Nik Aziz: PAS sedia hadapi BN bila-bila masa Posted: 18 Jun 2010 10:37 AM PDT PAS bersedia menghadapi pilihan raya umum bila-bila masa dari sekarang, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Walaupun kuasa mengumumkan tarikh pilihan raya itu terletak di tangan Perdana Menteri untuk membuat suatu kejutan, Menteri Besar Kelantan itu berkata kerajaan seharusnya memberi tempoh tertentu sebelum mengadakan pilihan raya bagi membolehkan parti bertanding membuat persediaan. "Sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, pilihan raya tidak patut diadakan secara mengejut dan perlu diisytiharkan lebih awal seperti tiga bulan atau sebagainya supaya kita sama-sama boleh bersedia," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah mingguan Jumaat di Dataran Ilmu, di Kota Bharu, hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Razak bahawa tarikh pilihan raya tidak akan diadakan dalam masa terdekat dan pengumuman mengenainya akan dibuat sebagai suatu kejutan. Bercakap kepada pemberita di Tumpat dua hari lalu, Najib berkata kerajaan tidak akan membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan kepada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokong beliau. Menteri Besar Kelantan itu berkata soal cepat atau lambat pilihan raya diadakan, bagi PAS ia tidak menimbulkan masalah kerana parti itu sentiasa dalam keadaan bersedia. - Bernama |
KWSP Hantar Penyata Akaun Kepada 6.33 Juta Pencarum Posted: 18 Jun 2010 10:26 AM PDT Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menghantar penyata akaun 2009 kepada 6.33 juta pencarumnya sebagai sebahagian daripada usaha untuk memaklumkan kepada mereka status terkini simpanan mereka. "Penyata akaun KWSP penting bagi membantu pencarum mengetahui status simpanan persaraan mereka," kata Nik Affendi Jaafar, Pengurus Besar KWSP bagi Perhubungan Awam dalam satu kenyataan semalam. Beliau juga menggesa pencarum untuk menyemak dengan teliti penyata mereka bagi memastikan simpanan mereka mengikut peraturan dan majikan menyerahkan caruman kepada KWSP tepat pada masa. Nik Affendi juga mengingatkan pencarum sekiranya ada sesuatu yang tidak kena, mereka perlu mendapatkan penjelasan daripada majikan mereka ataumelaporkannya dengan segera kepada KWSP. Penyata akaun diposkan ke alamat kediaman pencarum seperti yang didaftarkan dalam rekod KWSP. Alamat boleh dikemaskinikan di mana-mana cawangan KWSP, menerusi i-Akaun yang merupakan akaun dalam talian khas yang diakses menerusi laman web myEPF atau mengisi borang KWSP 3 dan mengeposkannya ke cawangan berdekatan bersama dengan salinan kad pengenalan. KWSP menjalankan kempen iklan di radio dan televisyen bermula 21 Jun hingga 11 Julai bagi mengingatkan anggota untuk menyemak penyata akaun mereka. - BERNAMA |
Setem Khas Sempena Ulang Tahun Ke-125 KTMB Posted: 18 Jun 2010 08:55 AM PDT Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan melancarkan setem khas dan sampul surat hari pertama sempena ulang tahunnya yang ke-125, Isnin ini. Ketua Unit Setem dan Filateli Pos Malaysia Berhad Yasmin Ramli berkata iabertujuan membantu orang ramai mengetahui jenis keretapi yang telah digunakan KTMB selama 125 tahun. "Pos Malaysia memperkenalkan lima jenis produk iaitu sampul surat haripertama, setem, lembaran mini, fail dan buku setem," katanya kepada pemberita di prebiu khas di sini, hari ini. Setem yang memaparkan lima jenis keretapi dalam sejarah KTMB termasuklokomotif "56 Class" iaitu keretapi stim terakhir digunakan di Malaysia, akan mula dijual Selasa ini pada harga 30 sen, 50 sen dan RM1 di semua pejabat pos. Selain itu pengumpul setem juga boleh membeli satu folder khas pada hargaRM5.50 tiap satu atau set lengkap pada harga RM50.20 tiap satu di pejabat pos terpilih. Pengeluaran setem itu adalah hasil kerjasama antara Pos Malaysia dengan KTMB yang menyambut ulang tahun pada 1 Jun lepas. - BERNAMA |
Penalti berat - pindaan Akta Anti Pemerdagangan Posted: 18 Jun 2010 08:54 AM PDT Rang undang-undang anti pemerdagangan orang (pindaan) 2010 akan dibentangkan di parlimen pada sesi kali ini, setelah ia diluluskan dalam mesyuarat kabinet pagi tadi. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pindaan terhadap Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 (Akta 670) itu antara lain akan menyaksikan pertambahan kadar penalti yang dikenakan ke atas individu serta pertubuhan yang terbabit dalam pemerdagangan orang serta penyeludupan migran, di mana ia lebih berat daripada apa yang terkandung dalam Akta Imigresen. "Sebanyak 14 Seksyen baru akan ditambah disamping membuat pindaan terhadap 10 Seksyen sedia ada. "Ia termasuklah bahagian khusus bagi penyeludupan migran, pelantikan pegawai buruh sebagai pegawai penguatkuasa, bidang kuasa mahkamah sesyen untuk merakamkan keterangan mangsa, majistret mesti mengeluarkan perintah perlindungan sementara (IPO) serta pemakaian akta yang melibatkan bukan sahaja negara penerima tetapi juga negara transit," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini. Hishammuddin berkata, pindaan itu dibuat bagi menjadikan ia lebih komprehensif dalam menangani jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran. Beliau berkata, kerajaan berharap tindakan yang lebih bersepadu dapat diambil terhadap isu berkaitan kerana kedua-dua jenayah itu mempunyai hubungan yang amat rapat dan saling berkait khususnya dalam konteks eksploitasi buruh asing dan migran. "Kerajaan juga mahu menyelesaikan isu mengaitkan Malaysia sebagai sebuah negara transit kerana dengan perubahan akta ini, individu atau pihak yang membantu menyeludup masuk migran ini ke Malaysia juga akan dikenakan hukuman selain hukuman kepada migran yang masuk ke Malaysia secara tidak sah," katanya. Hishammuddin berkata, menerusi pindaan itu juga, kerajaan akan dapat memperluas fungsi dan peranan Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) termasuk untuk memantau corak kemasukan migran ke Malaysia dan juga pergerakan mereka di dalam negara. Beliau berkata, pemantauan itu akan membantu agensi berkaitan mengambil tindakan selanjutnya untuk membanteras kegiatan penyeludupan migran. "Untuk tujuan itu juga, kemampuan MAPO akan dapat diperkukuhkan dengan penambahan dua Ahli Majlis di kalangan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang mempunyai kepakaran dalam anti penyeludupan migran," katanya. Hishammuddin berkata, kementerian telah mengambil segala langkah perlu untuk memastikan pindaan itu mencapai matlamat yang disasarkan, termasuk mengadakan sesi taklimat kepada umum pada 9 Jun lalu yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, dan dihadiri oleh 68 peserta termasuk NGO, kedutaan dan pertubuhan antarabangsa. - Bernama |
Aznil Nawawi dilantik ikon antidenggi Posted: 18 Jun 2010 03:39 AM PDT Selebriti terkenal, Aznil Nawawi hari ini dilantik sebagai ikon antidenggi dalam kempen terbaru Kementerian Kesihatan "Jom Ganyang Aedes" bagi menangani wabak denggi. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata, Aznil dipilih untuk memikul tanggungjawab itu kerana beliau merupakan seorang pengacara televisyen dan radio berpendidikan dan popular, serta disenangi oleh pelbagai golongan masyarakat tanpa mengenal usia dan keturunan. "Penglibatan beliau dalam kempen ini yang merupakan tanggungjawab sosial kepada negara diharap mampu menarik minat komuniti setempat khususnya golongan remaja untuk turut sama membanteras denggi," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara kedua-dua pihak, di Kuala Lumpur hari ini. Dr Mohd Ismail berkata, kementerian juga mengadakan projek khas "Jom Ganyang Aedes" khusus untuk membasmi demam denggi secara serius, konsisten dan bersungguh-sungguh. - Bernama |
Peluang kerjaya guru sandaran sentiasa terbuka luas Posted: 18 Jun 2010 02:37 AM PDT Merujuk kepada surat pembaca 'Pendidik Sejati, Kulim, Kedah' bertajuk 'Guru GSTT kecewa tiada perhatian'. Sebenarnya, pembangunan modal insan berkualiti bergantung kepada pendidikan berkualiti. Dalam usaha Kementerian Pelajaran memperoleh guru yang memiliki tahap pencapaian kompetensi profesional, guru terlatih adalah faktor penting untuk menjamin dan mengekalkan pendidikan berkualiti kepada generasi kini dan akan datang. Pelantikan guru sandaran tidak terlatih (GSTT) adalah bagi mengisi kekosongan jawatan untuk sesuatu tempoh sehingga kekosongan jawatan itu diisi pegawai perkhidmatan pendidikan (PPP). Pelantikan sebagai GSTT adalah bertaraf bukan kakitangan kerajaan dan tidak layak mendapat faedah atau kemudahan seperti diterima guru tetap. Upah yang diterima GSTT adalah dalam bentuk elaun bulanan saja. Pelantikan sebagai GSTT ini bukanlah satu jaminan mendapat latihan perguruan seterusnya dilantik sebagai PPP. Namun, untuk menuju matlamat itu, perkhidmatan GSTT diperlukan bagi mengisi kekosongan semasa. Bakti dicurahkan tidak pernah dinafikan Kementerian Pelajaran, malah sentiasa bersikap terbuka dalam meningkatkan kerjaya GSTT menerusi kursus pra perkhidmatan. Antara program latihan dikendalikan Institut Pendidikan Guru ialah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Selain itu, ada Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) sepenuh masa selama setahun. KPLI Mode Kursus Dalam Cuti (KDC) dan KPLI-LPBS (Lepasan Perguruan Berasaskan Sekolah) yang mengambil masa setahun enam bulan dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM–KDC) selama tiga tahun enam bulan. Seterusnya, bagi keperluan sekolah menengah, ada dua program latihan perguruan di IPTA, iaitu Ijazah Sarjana Muda Pendidikan selama empat tahun dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah selama setahun. Bagaimanapun, bilangan GSTT mengikuti program itu tertakluk kepada opsyen serta keperluan dari semasa ke semasa. Kelayakan akademik seseorang pemohon juga turut diambil kira. Melalui Dokumen Pembangunan Pendidikan 2001-2010 dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, Kementerian Pelajaran sudah melaksanakan dasar pensiswazahan guru, maka Program KPLI-KDC diutamakan berbanding Kursus Perguruan Lepasan Diploma-Kursus Dalam Cuti (KPLD-KDC). Langkah itu juga bertepatan dengan gagasan kerajaan dalam membangunkan modal insan. UNIT KOMUNIKASI KORPORAT, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) - FORUM BERITA HARIAN |
7 Julai cuti umum Pulau Pinang Posted: 18 Jun 2010 12:34 AM PDT Setiap 7 Julai mulai tahun ini diisytiharkan sebagai cuti umum di Pulau Pinang sempena pengiktirafan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO). Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zainal Rahim Seman, berkata tarikh berkenaan sudah diwartakan Kerajaan Pulau Pinang pada 17 Disember lalu. Dalam kenyataan media yang dikeluarkan di sini, semalam, beliau berkata, cuti umum itu sebagai tindakan proaktif kerajaan negeri memberi peluang warga Pulau Pinang meraikan sambutan ulang tahun berkenaan. Zainal berkata, pekeliling mengenai perkara itu sudah dikeluarkan kepada semua ketua jabatan, agensi persekutuan dan negeri dan parti politik. Beliau berkata, pihaknya juga menghantar surat memaklumkan mengenai perkara itu kepada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. - BERITA HARIAN |
Soal Jawab Agama: Uar-uarkan barang hilang setahun diuarkan Posted: 17 Jun 2010 11:32 PM PDT Oleh Ustaz Zamanuddin Jusoh SOALAN Saya menjumpai barang berharga dan sedar ia bukan milik saya. Jadi apakah yang perlu saya lakukan kerana ada yang mengatakan ia rezeki. Benarkah pandangan itu. Saya juga bercadang untuk memulangkan barangan ini tetapi tidak yakin dengan sesetengah pihak. Harap dapat sedikit penjelasan. JAWAPAN Firman Allah SWT: 'Janganlah kamu memakan harta orang lain dengan cara yang batil'. (Al-Baqarah 188). Barang yang hilang bukanlah satu rezeki yang boleh dimiliki sewenang-wenangnya oleh orang yang menjumpainya. Malah, ia masih lagi milik orang lain selagi tidak melalui beberapa proses yang dibenarkan oleh agama. Ulama sepakat mengatakan bahawa wajib diambil dan meuar-uarkannya selama setahun di tempat tumpuan manusia seperti di pintu masjid dan pasar atau tempat orang ramai berkumpul berhampiran tempat barangan dijumpai. Mungkin dengan cara meletakkan notis dan sebagainya. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi menyebut bahawa seorang lelaki bertemu Baginda SAW bagi memberitahu satu barang yang ditemui, maka jawab Baginda SAW: 'Uar-uarkan kepada orang ramai selama setahun'. (HR Tirmizi). Jika barangan berharga disarankan supaya meuar-uarkan setiap minggu, kemudian setiap bulan sehinggalah genap setahun sebelum barangan itu menjadi miliknya. Namun demikian, ada ulama berpendapat bahawa ia masih milik orang lain tetapi dibenarkan memanfaatkan barangan terbabit. Jika pemiliknya datang walau dalam yang lama, maka wajiblah diserahkan kembali berdasarkan sabda Rasul SAW bermaksud: 'Jika datang tuannya lalu memberi gambaran yang tepat terhadap barangan itu, maka wajib diserahkan kembali. Jika barangan itu sedikit atau mudah rosak, maka di uar-uarkan mengikut kesesuaian masa. Jika sudah yakin tidak ketemu pemiliknya, maka harus dimiliki barangan itu. Pernah seorang sahabat bernama Ubai Bin Kaab menemui satu bekas berisi wang sebanyak 100 dinar. Maka Baginda SAW menyuruh supaya diiklankan selama setahun. Selepas tiada pemilik yang datang, maka Baginda SAW menyuruh Ubai menggunakannya. Peristiwa sama juga berlaku kepada Saidina Ali. Pernah juga dalam peristiwa lain Baginda SAW menyuruh supaya ditambahkan masa setahun lagi untuk meyakinkan bahawa barang itu sudah tiada pemiliknya. Berdasarkan kepada peristiwa dan pendapat di atas, maka diharuskan untuk memilikinya selepas diiklankan mengikut kualiti barangan berkenaan. Diharap saudara dapat serahkan kepada pihak yang berwajib jika tidak mampu untuk mengiklankan barangan itu. - BERITA HARIAN |
Bunga raya bukan hanya lambang Persekutuan Posted: 17 Jun 2010 08:27 PM PDT Di Malaysia disebut 'bunga raya', di Indonesia dipanggil 'kembang sepatu' dan di Filipina dikenali sebagai 'gumamela'. Walau apapun panggilan dan nama diberikan, ternyata ia pokok bunga pilihan ramai. Bunga ternyata memberi pendapatan lumayan kepada sesetengah negara. Bagaimana di Malaysia? Hanya bunga tertentu ditanam secara meluas di kawasan tanah tinggi. Sebenarnya, tidak ada seorang pun yang tidak kenal bunga dan suka dengannya. Akhir-akhir ini status dan kepentingan bunga raya semakin terpinggir. Pada hari memperingati kekasih, bunga mawar dan bukan bunga raya menjadi pilihan. Ramai generasi muda tidak mengetahui sejarah dan kepentingan bunga raya yang menjadi bunga kebangsaan. Selepas negara mencapai kemerdekaan, Kementerian Pertanian diarah mencadangkan bunga sesuai untuk dipilih sebagai bunga kebangsaan. Pada akhir 1958, Kementerian Pertanian mencadangkan tujuh jenis bunga iaitu bunga kenanga, bunga melor, bunga teratai, bunga cempaka, bunga tanjung, bunga mawar dan bunga raya. Perdana Menteri ketika itu, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj selepas mengadakan perbincangan mengumumkan bunga raya sebagai bunga kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu pada 28 Julai 1960. Bunga raya dipilih sebagai bunga kebangsaan kerana warna merah melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian dalam menempuh cabaran. Lima kelopak pada bunga raya dikaitkan dengan lima prinsip Rukun Negara yang menjadi satu elemen perpaduan negara serta membentuk masyarakat adil dan saksama. Bunga raya tentunya melambangkan Persekutuan Malaysia dan sebagai bunga kebangsaan ia dinobatkan lagi dengan penggunaannya sebagai perhiasan di bangunan Parlimen, wang syiling dan ringgit Malaysia, simbol Filem Negara dan menjadi hiasan pada kain rentang bagi majlis rasmi kerajaan. Jabatan Warisan Negara menyedari akan perkara itu dan atas cadangannya, kerajaan akhirnya mengangkat bunga raya sebagai Warisan Kebangsaan pada 7 Julai 2007. Ia tentunya satu langkah memartabatkan bunga raya sebagai bunga kebangsaan yang sepatutnya dijaga dan dihargai semua lapisan masyarakat. Bunga raya adalah sejenis tumbuhan berbunga yang sering ditanam sebagai pokok hiasan. Bunga raya yang menjadi bunga kebangsaan dikenali sebagai Hibiscus rosa-sinensis rex iaitu hibiscus China. Ia juga dikenali mawar China, bunga sepatu atau kembang sepatu dari keluarga Malvaceac. Ia adalah pokok renek yang berasal dari barat Asia. Ia ditanam secara meluas sebagai tanaman hiasan di seluruh kawasan tropika dan separa tropika. Ia sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun. Pelbagai jenis dengan warna bunga yang pelbagai, dari putih pada kuning bata dan merah jambu tetapi yang menjadi pilihan negara kita berwarna merah. Bunganya besar tetapi tidak berbau. Bunga raya menjadi penting kepada masyarakat dulu bukan kerana warnanya yang merah tetapi ia juga digunakan dalam perubatan tradisional. Bunga raya mengandungi hibiscetin. Batang dan daunnya mengandungi kalsium oksalat, lemak dan protein. Bunga itu dikatakan berguna untuk menyejukkan anggota badan yang panas, mengubat batuk dan demam. Lumatkan bunga itu di dalam air dan ia boleh disapu pada badan dan kepala. Bunga raya juga dikatakan mampu mengubat penyakit kencing bernanah. Rebus enam atau tujuh kuntum bunga bersama tiga atau empat gelas air. Air rebusan itu ditapis dan selepas diembunkan bolehlah minum. Bunga raya juga boleh dijadikan sirap, sesuai dengan warnanya yang merah. Spesies hibiscus bunga raya ialah hibiscus sabdariffa iaitu Rosella yang dijadikan minuman lazat lagi berkhasiat. Bagaimanapun di sesetengah tempat di India, bunga raya menjadi bahan pengilat kasut. Mungkin daripada kegunaannya untuk mengilat kasut, di Indonesia ia dikenali Kembang Sepatu. Cecair dari bunga raya dikatakan sesuai untuk kasut warna tertentu. Daun bunga raya juga digunakan untuk mencegah uban. Ambil antara 10 dan 15 helai daun bunga raya. Cuci dan ramas sehingga keluar cecair lendir. Bersih kulit kepala dan rambut dengan lendir itu. Selepas 10 minit dan kering, baru dibasuh. Lakukan dua kali seminggu. Tahun ini genap 50 tahun bunga raya diangkat sebagai bunga kebangsaan. Mari kita sama-sama menyokong Jabatan Warisan Negara serta agensi lain di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dengan uar-uarkan bunga itu. Kita juga perlu mendidik dan mendekatkan generasi muda pada bunga itu. Institusi pendidikan sama ada sekolah, maktab perguruan, universiti dan pejabat kerajaan wajar menanam bunga berkenaan di halaman atau kawasannya. Usaha untuk menaik dan memartabatkan semula bunga raya sebagai bunga kebangsaan sangat penting memandangkan masyarakat masa kini ramai yang tidak peduli dan mengetahui kedudukan serta status bunga raya sebagai bunga kebangsaan. - BERITA HARIAN |
You are subscribed to email updates from MY ADHA™ | Sumber Maklumat Terkini, Jawatan Kosong To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |