Adsense

Jumaat, 18 Jun 2010

MY ADHA™ | Sumber Maklumat Terkini, Jawatan Kosong

MY ADHA™ | Sumber Maklumat Terkini, Jawatan Kosong


Semakan Keputusan Kemasukan ke IPTA bagi Lepasan STPM/ Diploma/ Setaraf Jul 2010

Posted: 17 Jun 2010 09:32 PM PDT

Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan ke IPTA Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf Sesi Akademik 2010/2011 boleh dibuat di:
Saluran 1 : http://upu.mohe.gov.my/index_hebah.php
Saluran 2 : https://online.mohe.gov.my/upu/online1011/semak_results/
Saluran 3 : http://www.jpt.utm.my/
Saluran 4 : http://www.jpt.uum.edu.my/

Semakan keputusan melalui mySMS : Taip UPU RESULT NOKP dan hantar ke 15888

UNIT PUSAT UNIVERSITI
BAHAGIAN PENGURUSAN KEMASUKAN PELAJAR
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (KPT)
http://upu.mohe.gov.my/

Isu Blog - UMNO Selangor dan perceraian Azrinaz

Posted: 17 Jun 2010 04:19 PM PDT

Oleh Lukman Ismail

Isu UMNO Selangor yang dikatakan gagal menggunakan peluang daripada pelbagai isu yang dihadapi oleh kerajaan Selangor mendapat perhatian ramai penulis minggu ini manakala kisah perceraian bekas wartawan TV3, Azrinaz Mazhar Hakim dengan Sultan Brunei turut diberikan perhatian.

Blog Ruang Bicara Faisal (ruangbicarafaisal.blogspot.com) memetik satu e-mel yang dihantar kepada blog itu yang antara lain berkata, UMNO di Selangor kini terlalu lesu sehinggakan mereka di peringkat akar umbi sudah mula bosan dan hilang semangat.

Kata beliau, kumpulan di bawah kini kurang faham apakah strategi sebenar yang ingin dilakukan oleh UMNO Selangor terutama dalam usaha untuk merampas kembali negeri itu daripada pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

"Agaknya nak tengok pakatan di Selangor bankrap baru nak bertindak. Hello abang-abang di dalam perhubungan UMNO, kalau macam inilah cara nak bertindak bertambah payahlah kalau pakatan di Selangor pulih daripada kecedaraan. Lingkup UMNO di Selangor," tulis e-mel tersebut yang disiarkan oleh blog berkenaan.

Hamidzun Khairuddin dalam Warisan 2057 (warisan2057.blogspot.com) yang memetik satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima berkata, UMNO Selangor sepatutnya ada skuad berani mati yang boleh menangkis isu daripada pihak pembangkang memandangkan banyak isu yang tidak tertangkis, terutama isu agama.

"Manakala isu yang besar seperti pasir yang sepatutnya boleh jadi bom atom bila dibantu oleh Ahli Parlimen Kapar, (ia) hanya jadi kentut mak nyah. Bolehkah (pada) PRU-13 (nanti), BN menang tanpa perlu serang pembangkang dan jawab isu.

"Tanah, pasir, hutan, air dan hasil bumi ini isu mengurus masa depan anak-cucu kita, isu cukup emosional. Khalid (Menteri Besar Selangor) pun dah kelam-kabut tetapi UMNO Selangor macam mengadap orang mati," kata SMS tersebut.

Justeru, penulis berkata, sudah masanya pemimpin UMNO baik di peringkat perhubungan negeri mahupun Pusat mendengar rintihan akar-umbi ini dan mereka perlulah berubah dan bukannya perubahan kosmetik, jika mahu mememangi pilihan raya umum akan datang.

Blog Gerakan Anti-PKR (gerakan-anti-pkr.blogspot.com) pula berkata, Setiausaha UMNO Selangor, Datuk Satim Diman dikhabarkan akan melepaskan jawatannya selepas "diserang" oleh penulis-penulis blog berhubung kelesuan UMNO negeri itu menentang kerajaan pembangkang.

Kata penulis ini, memang UMNO Selangor masih lesu, pemalas dan tiada langsung pergerakan untuk melawan kerajaan pembangkang di negeri itu dan ini disebabkan oleh kegagalan para pemimpin mereka sendiri.

"Percayalah, kami akan terjah kesemua pemimpin UMNO yang pemalas, tak boleh pakai dan tak menguntungkan perjuangan kita dalam mempertahankan Islam dan hak Melayu daripada terus dilacur oleh puak pakatan," katanya.

Isu perceraian Azrinaz pula disentuh oleh Mohd Soberi Shafii dalam Yang Ku Dengar dan Yang Ku Lihat (newkk.blogspot.com) dengan berkata, itulah putaran dunia yang tidak ada kekal dan perceraian bukan hanya berlaku kepada rakyat biasa dan artis, ia juga berlaku kepada pemimpin dan sultan.

Apa yang menjadi tanda tanya, kata penulis ini, ialah tentang penarikan balik semua bintang kebesaran yang dianugerahkan oleh baginda Sultan Hassanal Bolkiah kepada Azrinaz.

"Apakah tahun ini, tahun penarikan bintang kebesaran dan gelaran kerana terdahulu daripada ini berlaku di negeri Kelantan dan Johor. Itulah putaran dunia tidak ada yang kekal seperti janji Tuhan kepada umatnya...," katanya.

Blog Mummy Rokiah (mummyrokiah.blogspot.com) pula berkata, bagi golongan miskin kekayaan adalah segala-galanya tetapi bagi golongan bangsawan, kebahagiaan pula adalah segala-galanya.

"Moral ceritanya perceraian berlaku hari-hari dari golongan bangsawan sehingga ke bawah golongan marhaen. Apa nasib zuriat yang akan datang?" katanya.

Merbok Times (merboktimes.blogspot.com) pula memetik My Blog Hub (www.mybloghub.my) mengenai perceraian pasangan diraja itu.

"Perceraian itu diumumkan oleh stesen radio dan televisyen rasmi Brunei petang semalam (16 Jun 2010). Tidak ada sebarang maklumat lanjut diberikan akan mengapa Sultan Brunei bertindak menceraikan Azrinaz namun kisah perpisahan pasangan berkenaan sudah lama tersebar di negara kecil berkenaan.

"Azrinaz merupakan isteri baginda yang ketiga. Kekayaan Sultan Brunei ditafsir sekitar AS$20 bilion," katanya.

Amaran Allah kepada pencuri timbangan

Posted: 17 Jun 2010 04:18 PM PDT

Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI

SURAH al-Mutaffifin mengandungi 36 ayat. Ia diturunkan selepas surah al-Ankabut dan merupakan surah terakhir yang diturunkan di Madinah.

Hubungan surah ini dengan surah al-Infitar. Dalam surah al-Infitar, Allah SWT berfirman bahawa pada setiap orang itu ada malaikat yang memelihara dan mencatat amalannya.

Dalam surah ini pula, Allah SWT menerangkan tentang nama yang telah ditulis oleh mereka iaitu Kitabun Marqum yang ditempatkan di Illiyin atau Sijjin.

Firman Allah SWT: Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang (dalam timbangan dan sukatan).

Al-Maraghi berkata: Dikhabarkan bahawa di Madinah terdapat seorang yang bernama Abu Juhaynah. Dia mempunyai dua alat penimbang, satu besar dan satu lagi kecil.

Apabila dia hendak membeli biji-bijian dan buah-buahan daripada para penanamnya dia akan menggunakan alat penimbang besar dan apabila dia ingin menjual kepada orang lain ditimbangnya dengan menggunakan alat penimbang yang kecil.

Orang sepertinya ialah seorang yang rakus dan tamak. Mereka inilah yang diancam dengan ancaman yang berat sebagaimana yang terdapat dalam ayat di atas.

Malahan mereka ini juga yang ditakutkan oleh Nabi Muhammad SAW dalam sabdanya yang bermaksud: "Lima perbuatan yang akan dikenakan dengan lima seksaan: Pertama: Satu kaum yang memungkiri janji lalu Allah SWT akan memberi kemenangan kepada musuh untuk menguasainya.

Kedua: Mereka tidak menghukum dengan hukuman yang diturunkan oleh Allah SWT, pasti Allah menurunkan kefakiran kepada mereka.

Ketiga: Jika berlakunya perbuatan keji di kalangan mereka, pasti kematian akan tersebar di kalangan mereka.

Keempat: Mereka yang mengurangkan timbangan pasti tumbuh-tumbuhan tidak akan tumbuh.

Kelima: Mereka yang enggan membayar zakat, pasti mereka tidak mendapat hujan".

Firman Allah SWT: Iaitu mereka yang apabila menerima sukatan (gantang cupak) dari orang lain mereka mengambilnya dengan cukup. Dan (sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.

Syed Qutub berkata: Mereka adalah orang-orang yang apabila membeli, mereka mahukan barang-barang itu disukat dengan cukup tetapi jika mereka menjual, mereka memberikan barang-barang tersebut dengan sukatan yang kurang.

Firman Allah SWT: Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan (hidup semula sesudah mati)? Pada hari (kiamat) yang amat besar (huru-haranya).

Ibn Kathir berkata: Apakah mereka tidak merasa takut pada hari kebangkitan kerana Allah SWT mengetahui segala rahsia dan pada hari yang sangat mengerikan itu terdapat perkara yang menakutkan dan menyeramkan.

Orang yang rugi pada hari itu akan dimasukkan ke dalam neraka yang sangat panas.

Firman Allah SWT: Hari berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekelian alam? Sebagai penghormatan terhadap keagungan Allah SWT.

Ibn Umar r.a menerangkan, pada suatu ketika beliau melintasi penjual lalu berkata: "Takutlah kepada Allah SWT dan sempurnakanlah timbangan. Ini disebabkan golongan yang mengurangkan timbangan itu pada hari Kiamat akan ditahan untuk menghormati kebesaran Tuhan yang Maha Pengasih, bahkan peluh pun menahan mereka".

Ikrimah berkata: Aku bersaksi bahawa setiap penyukat dan penimbang akan dimasukkan ke dalam neraka.

Beliau ditanya oleh seseorang: Anakmu sendiri penyukat, bagaimana? Jawabnya: Aku bersaksi bahawa beliau juga nanti akan dimasukkan ke dalam neraka.

Dalam ucapan ini Ikrimah bermaksud memberi keterangan yang sangat menyedihkan bahawa pada umumnya manusia pada ketika itu ramai mengurangkan sukatan dan timbangan.

Penutup

Sikap mereka sungguh aneh. Sebenarnya jika wujud kesanggupan berfikir sejenak tentang hari kebangkitan semula, di mana manusia menghadapi pengadilan Allah SWT dan berdiri seorang diri menunggu hukuman tanpa kawan dan penolong.

Jika wujud kesanggupan berfikir sejenak mereka akan dihidupkan kembali pada hari itu, maka sudah cukup untuk mencegah mereka daripada melakukan perbuatan curang,

Ini termasuk makan harta orang lain secara haram dan menggunakan kuasa dan pengaruh untuk menindas dan memeras hak manusia dalam urusniaga.

Namun, mereka terus berlaku zalim dengan mengurangkan sukatan seolah-olah tidak memikirkan mereka akan dibangkitkan kembali. Inilah sikap mereka yang sangat menghairankan.

- UTUSAN

Dua Juta Blogger Malaysia Bukti Media Tempatan Bebas - Rais

Posted: 17 Jun 2010 04:13 PM PDT

Kewujudan dua juta blogger di negara ini membuktikan media massa tempatan bebas menyiarkan pendapat dan kritikan masing-masing, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa dengan perkembangan teknologi maklumat, peluang untuk mana-mana pihak bersuara dan memberikan pandangan masing-masing tidak pernah disekat oleh kerajaan.

"Kita boleh lihat sekarang, media massa terutamanya media alternatif, perkembangannya semakin rancak dengan adanya perkhidmatan jalur lebar.

"Dilaporkan terdapat kira-kira dua juta blogger di negara ini yang bebas melaporkan pandangan mereka dan ini mencerminkan kebebasan media di negara ini," katanya.

Beliau menjawab soalan Teng Boon Soon (BN-Tebrau) yang ingin tahu sama ada kebebasan media massa di negara ini masih terhad seperti yang dilaporkan oleh kajian Freedom House dari Amerika Syarikat yang mendakwa media di Malaysia belum bebas.

Rais berkata, Malaysia kini mempunyai 76 akhbar harian termasuk milik pembangkang, 151 saluran televisyen satelit, sembilan saluran televisyen tidak berbayar (milik kerajaan dan swasta) dan 53 saluran radio.

"Ini tidak termasuk IPTV (eng: Internet Protocol Television) yang sedikit masa lagi akan menjadi lumrah di kalangan rakyat dengan adanya perkhidmatan jalur lebar," katanya.

Perkembangan itu jelas menunjukkan media massa di negara ini tidak terhad seperti yang didakwa Freedom House dan ia hanyalah satu "laporan kerusi selesa", kata Rais.

Bagaimanapun, katanya, pengamal media masih lagi perlu memastikan setiap kandungan yang ingin disiarkan mematuhi undang-undang dan etika yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Ini kerana kebebasan media massa berbeza-beza mengikut negara dan bergantung kepada undang-undang serta etika yang telah ditetapkan.

"Media sebagai alat sebaran am sama ada elektronik dan media cetak tidak mempunyai kebebasan mutlak sebaliknya tertakluk kepada etika, peraturan dan undang-undang negara sedia ada.

"Semua badan penyiar sama ada milik kerajaan atau yang swasta perlu memainkan peranan dalam memastikan kandungan laporan mematuhi undang-undang dalam membantu mewujudkan masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab," kata Rais.

- BERNAMA

JPA: Jangan Tertipu SMS Keputusan Rayuan PILN 2010

Posted: 17 Jun 2010 04:12 PM PDT

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meminta ibu bapa serta pelajar yang menerima keputusan rayuan bagi biasiswa Program Ijazah Luar Negara 2010 (PILN) menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) supaya mengabaikannya.

Ketua Unit Komunikasi Korporat JPA Maizatushima Judi berkata, JPA tidak pernah menggunakan khidmat SMS bagi memaklumkan kepada pelajar mengenai keputusan rayuan mereka itu.

Sehubungan itu, beliau meminta pelajar yang menerima SMS tersebut supaya mengabaikannya bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan salah faham.

Maizatushima berkata pihaknya menerima beberapa aduan dan maklumat bahawa terdapat pelajar yang menerima SMS mengenai keputusan rayuan mereka itu.

- BERNAMA

World Cup FIFA 2010 Result - 17 June 2010

Posted: 17 Jun 2010 02:30 PM PDT

( 16'C. Park (own goal), 33' 77' 80' G. Higuain) Argentina 4 - 1 South Korea (45' C. Lee)

(44' D. Salpingidis, 71' V. Torosidis) Greece 2 - 1 Nigeria (16' K. Uche)

France 0 - 2 Mexico (64' J. Hernandez, 79'C. Blanco (penalty)

World Cup FIFA 2010 Result - 16 June 2010

Posted: 16 Jun 2010 02:28 PM PDT

Honduras 0 - 1 Chile (34' J. Beausejour)

Spain 0 - 1 Switzerland (52' G. Fernandes)

South Africa 0 - 3 Uruguay (24' D. Forlan, 80 'D. Forlan (penalty), 90' A. Pereira)

World Cup FIFA 2010 Result - 15 June 2010

Posted: 15 Jun 2010 02:25 PM PDT

(90' W. Reid) New Zealand 1 - 1 Slovakia (50' R. Vittek)

Ivory Coast 0 - 0 Portugal

(55' Maicon, 72' Elano) Brazil 2 - 1 North Korea (89' Y. J)