Adsense

Jumaat, 18 Jun 2010

MelayuKuHebat....|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Bisnes|Ebook|

MelayuKuHebat....|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Bisnes|Ebook|


Gambar Percutian Heliza di Beijing

Posted: 18 Jun 2010 02:51 AM PDT





Pada tarikh 10 sehingga 15 Jun 2010 yang lalu, Heliza AF kita telah ditaja oleh al Mukminin Travel Agensi untuk pergi bersiar-siar sekitar kota metropolitan Beijing dan juga Tembok Besar China. Heliza tak pergi berseorangan, ada juga lah kawan-kawan rapat dia ikut sama. Pelbagai gelagat dan aksi Heliza tonjolkan ketika berada di sana. Aksi memakai kostum pun ada juga. Memang seronok sakan lah Heliza AF kita ni kat sana. Gambar dibawah ini adalah diambil melalui Facebook miliknya. :)

Camelia Kahwini Pemilik Maju Junction Mall, Jadi Isteri Ketiga

Posted: 17 Jun 2010 09:55 PM PDT





Dayang Nur Camelia Abang Khalidcopy Camelia Kahwini Pemilik Maju Junction Mall, Jadi Isteri Ketiga
Kami sendiri tidak faham kenapa Camelia masih lagi relevan dalam dunia hiburan hari ini walaupun tanpa kehadiran lagu baru (atau ada tetapi tidak popular?).
Kisah terbaru yang berlegar beberapa hari lalu mendedahkan yang Camelia akan mengahwini seorang ahli perniagaan ternama Malaysia & bersara dari dunia hiburan.
Sumber terbaru hari ini pula mengesahkan perkahwinan Camelia dengan seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri yang juga merupakan pemilik pusat membeli belah Maju Junction Mall.
Perkahwinan rahsia Camelia & ahli perniagaan itu di'katakan berlangsung di'luar negara tanpa menjemput mana-mana media untuk membuat liputan.
Camelia juga di'katakan mengambil keputusan untuk menetap terus di'luar negara atas alasan keselamatan namun semua orang tahu yang keputusan itu di'buat kerana beliau adalah isteri ketiga.
Tahniah'lah buat Camelia & suami jika benar perkhabaran gembira yang kami terima ini. Hantar-hantarkan kisah gembira dari luar negara buat peminat yang masih mahu tahu.
kredit rotikaya

Zizan Raja Lawak buka kedai perniagaan pakaian Indonesia

Posted: 17 Jun 2010 09:53 PM PDT





Mohd. Raizizan Ab. Razak atau lebih dikenali sebagai Zizan dari program realiti, Raja Lawak musim yang pertama itu bakal bergelar usahawan tidak lama lagi. Perkara itu sebaliknya diluah sendiri daripada mulut Zizan sendiri baru-baru ini. Zizan memberitahu, dia dalam perancangan membuka kedai menjual pakaian. Stok-stok baju yang ingin diletakkan di premis perniagaannya diambil dari negara seberang, Indonesia. Buat masa ini, dia sedang berbincang dengan individu-individu tertentu bagi merealisasi hasratnya bergelar ahli perniagaan.

Malah, dalam waktu sama, Zizan sedang mencari artis-artis popular tanah air walaupun tidak dikeetahui apa sebabnya. Sama ada dia mahu melantik mereka jadi duta, pelawa rakan artis tolong merasmikan kedainya atau ajak mereka buat persembahan pada pelancaran butiknya, sama-samalah kita nantikan. -Kosmo

Apek dibebaskan dengan ikat jamin polis

Posted: 17 Jun 2010 09:52 PM PDT






Pelakon komedi terkenal, Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff, 41, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek bersama lima rakannya yang direman kerana disyaki memiliki 40 gram ganja akan dibebaskan dengan ikat jamin polis. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi berkata, siasatan terhadap kes tersebut akan tetap diteruskan. Sehubungan itu, katanya, polis akan membuat keputusan kemudian sama ada akan mendakwa Saiful Apek dan rakan-rakannya ataupun tidak.

Pada hari Rabu baru-baru ini, tempoh reman Saiful Apek bersama lima rakannya selama empat hari dilanjutkan sehari lagi sehingga Khamis kelmarin. Majistret Aishah Hijriah Arshad membenarkan tempoh reman terhadap semua suspek dilanjutkan. Ia bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 39A(1) serta Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 atas sebab pemilikan dadah manakala Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas sebab penggunaan dadah. -mStar

Kelebihan air kelapa

Posted: 17 Jun 2010 09:49 PM PDT






kelebihan air kelapa
1. Air kelapa ternyata lebih berkhasiat dari susu kerana tidak mengandung kolesterol & rendah lemak.
2. Air kelapa dapat memperbaiki saluran darah dan dikenalpasti mampu membersihkan saluran pencernaan.
3. Air kelapa tidak hanya akan membuat sistem kekebalan tubuh anda lebih baik, tetapi juga membantu tubuh melawan beberapa jenis virus penyebab penyakit.

4. Jika anda menghidap penyakit batu karang, biasakanlah meminum air kelapa secara rutin. Kebiasaan meminum air kelapa akan mambantu memecah batu karang & memudahkan mereka keluar dari tubuh.
5. Air kelapa juga dikenalpasti sejak dahulu dapat menyembuhkan gangguan saluran kencing ? Segelas air kelapa akan meredakan rasa sakit akibat susah kencing.
6. Jika anda masih merasa pening, tak ada yang boleh memulihkannya dengan cepat selain meminum air kelapa.
7. Air kelapa yang rasanya lembut sangat kaya akan elektrolit & potassium. Potassium dapat membantu tubuh mengatur tekanan darah & fungsi organ jantung.
8. Air kelapa dapat menurunkan demam.
kredit isuhangat

Bahagian Tubuh Manusia Yang Tidak Diketahui Fungsinya

Posted: 17 Jun 2010 09:47 PM PDT





Ilmu manusia amat sedikit berbanding dengan ilmu Allah SWT. Jadi bahagian tubuh yang isuhangat maksudkan di bawah mesti ada kegunaannya, yang hanya Allah yang tahu kegunaannya
1.Pilica Semilunaris atau kelopak mata ketiga:
kelopak mata @ isuhangat
Pilica Semilunaris atau kelopak mata ketiga. Ramai diantara kita yang tidak tahu kalau kita punya kelopak mata ketiga…memang tidak banyak yang tahu karena memang tidak berguna. Ia terletak diujung mata dekat saluran air mata.

2.Bulu:
bulu dada lebat
Dulu 3 juta tahun yang lalu, tubuh manusia dikatakan memang dipenuhi dengan bulu …namun seiring dengan waktu…bulu –bulu tubuh itu berkurang namun masih bersisa… ada yang tahu gunanya?
3. Tulang Ekor:
tubuh manusia @ isuhangat
Para ilmuwan tidak dapat menentukan apa kegunaan tulang ekor ini.. di nyatakan ini merupakan bahagian yang tersisa dari evolusi kita, dimana kita dulunya punya ekor huhuhu
4. Geraham bongsu
geraham bongsu @ isuhangat
Gigi ini tumbuh biasanya antara umur 17 – 25 tahun (itu kenapa dinamakan wisdom tooth, kerana diumur itu biasanya orang mulai mendapat wisdom/kebijaksanaan) pada masa tumbuh, biasanya menyebabkan sakit yang luar biasa.. dan kita ke klinik. Untuk dicabut. Setelah dicabut, makan kita biasa saja… tiaada yang berubah..ertinya gigi itu tak berguna
5.Appendix

Appendix juga dirasakan tidak berguna selain sebagai calon sumber penyakit.
Wallahualam…
kredit isuhangat

Lawak bola

Posted: 17 Jun 2010 09:46 PM PDT





Khas sempena demam Piala Dunia FIFA 2010 Afrika Selatan yang sedang hangat sekarang.
lawak bola

lawak bola
lawak bola @ isuhangat
lawak bola @ isuhangat
lawak bola @ isuhangat
lawak bola @ isuhangat
 kredit isuhangat