Adsense

Jumaat, 18 Jun 2010

Malaysian Gossips, Rumours, Celebrities & Pictures Blog

Malaysian Gossips, Rumours, Celebrities & Pictures Blog


Jaja pil khayal

Posted: 17 Jun 2010 09:12 PM PDT

 KUMPULAN remaja  dipercayai pengedar pil khayal berkeliaran di  Jalan Gertak mengedar dadah kepada  penunggang motosikal.
KUMPULAN remaja dipercayai pengedar pil khayal berkeliaran di Jalan Gertak mengedar dadah kepada penunggang motosikal.
Kumpulan remaja berkeliaran depan premis Jalan Gertak jual dadah

KUCHING: Lagak mereka seperti ulat tiket yang biasa kita lihat di Hentian Puduraya di ibu negara atau di terminal bas Larkin di Johor Bahru. Namun mereka bukannya menjual tiket bas atau mencari penumpang untuk pengusaha kereta sapu yang menunggu di tepi jalan, sebaliknya kumpulan remaja yang berkeliaran di depan premis kedai di Jalan Gertak di sini, disyaki menjual pil khayal. Mereka menunggu pelanggan tetap yang datang untuk mendapatkan bekalan pil khayal daripada kumpulan remaja berlagak samseng itu.

Kebanyakan pelanggan mereka yang juga kalangan remaja datang menaiki motosikal dan terus meninggalkan lokasi `jual beli' itu dengan segera sebaik saja mendapat bekalan.

Tinjauan Berita Harian mendapati aktiviti jual beli pil khayal itu bermula sejak pagi namun waktu puncak bagi mereka ialah sekitar jam 3 petang hingga 6 petang kerana ketika itulah ramai penagih pil khayal keluar untuk mencari bekalan.

Difahamkan aktiviti haram yang dijalankan secara terbuka setiap hari di tempat awam itu berlaku sejak beberapa bulan lalu.
Sebelum ini, kebanyakan penagih pil khayal di bandar raya ini mendapatkan bekalan daripada pengedar yang berselindung di sebalik premis menjual alat telekomunikasi juga di jalan sama, namun kedai itu kini ditutup selepas diserbu pihak berkuasa tidak lama dulu.

Berikutan itu, kumpulan remaja yang bertindak sebagai penjual pil khayal semakin berani menjalankan aktiviti mereka di kawasan tumpuan ramai di pusat bandar raya.

Ketika wartawan Berita Harian melalui lokasi jual beli itu, secara kebetulan terdengar seorang remaja yang dipercayai penjual pil khayal memberitahu sesuatu kepada dua remaja bermotosikal.

"Stock on the way... tunggu lok (stok dalam perjalanan... tunggu dulu)," kata remaja itu sambil matanya liar memerhatikan sekeliling mungkin bimbang kehadiran pihak berkuasa.

Tertarik dengan dialog ringkas itu, penulis berhenti berhampiran sebuah kotak yang digunakan oleh seorang tukang membaiki kasut dan memerhatikan gelagat dan aktiviti kumpulan remaja terbabit.

Memang jelas mereka berurusan secara sulit di tempat terbuka itu dan hasil pemerhatian mendapati, urusan jual beli cukup ringkas apabila penunggang motosikal memberhentikan kenderaannya dan mereka bersalaman. Ketika bersalam, wang dan pil khayal bertukar tangan.

Difahamkan mereka menjual sebungkus pil khayal yang mengandungi antara 10 hingga 15 biji pil pada harga antara RM5 hingga RM10.

Mereka juga didapati memasang pengintip di beberapa sudut strategik yang memberi amaran awal jika mengesan kehadiran pihak berkuasa.

Malah, ketika tinjauan dilakukan dari tingkat atas bangunan tempat letak kereta Saujana, beberapa remaja termasuk perempuan memerhatikan gerak geri penulis.

Salah seorang daripada mereka memberi isyarat kepada seorang lagi rakan mereka yang berada dalam premis kedai makan di bangunan berkenaan kerana menyangkakan penulis sebagai pihak berkuasa.

Remaja terbabit kemudiannya menghubungi rakan mereka yang sedang berurusan dengan pelanggan di bawah bangunan itu.

Tidak lama selepas itu, semua urusan jual beli dihentikan dan remaja berambut perang dengan potongan ala mohican yang dipercayai pengedar pil khayal hilang entah ke mana, manakala pelanggan mereka cabut lari.

Tunggu roboh

Posted: 17 Jun 2010 09:10 PM PDT

PENDUDUK Kampung Tok Mengkula berhati-hati bimbang berlaku nahas  ketika melalui jambatan retak dan tidak berpagar.
PENDUDUK Kampung Tok Mengkula berhati-hati bimbang berlaku nahas ketika melalui jambatan retak dan tidak berpagar.
Penduduk anggap jambatan retak 'perangkap maut'

SANGLANG: Jambatan konkrit di Kampung Tok Mengkula, Sanglang di sini diumpamakan penduduk sebagai perangkap maut kerana keadaannya yang uzur dengan bahagian tebingnya yang berlubang dan pecah selain penghadangnya patah. Tinjauan Berita Harian mendapati, kemudahan itu hanya menanti masa untuk roboh berikutan keadaannya sudah tidak stabil selain retak di bahagian bawah dan agak berbahaya untuk kenderaan berat termasuk kereta. Difahamkan sebahagian besar tebing pada jambatan itu pecah akibat kerap digunakan kenderaan berat termasuk lori dan traktor berikutan tiada laluan lain yang boleh menghubungkan kampung berkenaan dengan jalan besar.

Jambatan yang dibina sejak lebih 30 tahun itu sebelum ini menjadi nadi kepada penduduk untuk berulang alik mencari rezeki, menghantar anak ke sekolah dan aktiviti harian lain namun kini ia boleh menyebabkan kemalangan pada bila-bila masa jika tidak diambil perhatian sewajarnya.

Penduduk mendakwa mereka terpaksa meninggalkan kereta di tepi jalan manakala bagi yang menunggang motosikal dan basikal mereka terpaksa turun dan menyorong kenderaan mereka kerana bimbang akan bertembung dengan kenderaan lain yang boleh menyebabkan kemalangan.

Seorang suri rumah, Noraini Ramli, 45, yang kerap menggunakan laluan itu berkata, beliau terpaksa menunggang motosikal perlahan-lahan kerana bimbang tayar motosikalnya tersangkut pada lubang di jambatan berkenaan.
"Jambatan ini kerap dilalui orang luar terutama dari Kerpan yang menggunakan jambatan ini sebagai laluan utama untuk menghantar anak mereka ke Sekolah Kebangsaan Sanglang yang terletak kira-kira setengah kilometer dari kampung ini sebagai jalan pintas.

"Ada juga orang luar serta penduduk kampung yang menaiki lori dan traktor yang terpaksa melalui jambatan ini untuk membajak sawah dan menghantar barang kerana tiada laluan lain," katanya ketika ditemui.

Seorang lagi penduduk, Mohd Anuar Saleh, 21, berkata seorang penduduk nyaris tercampak ke dalam sungai kerana keadaan jambatan itu yang tidak stabil namun tiada sebarang kecederaan berlaku.

Katanya, penduduk kampung juga bimbang kerana pada bila-bila masa saja nyawa dan keselamatan mereka boleh terancam berikutan terdedah kepada bahaya.

"Paling membimbangkan adalah keselamatan atau nyawa pelajar sekolah yang menyeberangi jambatan berkenaan untuk ke sekolah.

"Jambatan ini sepatutnya sudah lama diperbaiki tetapi pihak berwajib tidak mengambil langkah segera bagi mengatasi masalah itu walaupun sudah lima kali pemeriksaan untuk membuat jambatan baru dilakukan.

"Jika boleh kami berharap agar jambatan berkenaan digantikan dengan jambatan yang besar dan lebih kukuh," katanya.

Padah ternakan berkeliaran

Posted: 17 Jun 2010 09:08 PM PDT

BANGKAI lembu bergelimpangan di bahu jalan selepas dirempuh  kenderaan menyebabkan  busuk di sekitar Jalan Sungai Lembing.
BANGKAI lembu bergelimpangan di bahu jalan selepas dirempuh kenderaan menyebabkan busuk di sekitar Jalan Sungai Lembing.
Lembu dibiar bebas ancam pengguna Jalan Sungai Lembing

KUANTAN: Masalah lembu berkeliaran di sekitar Kampung Panching, Jalan Sungai Lembing dekat sini bukan hanya mendatangkan masalah pencemaran bau dan menjejaskan pemandangan kerana najis haiwan itu tetapi ia turut mengancam nyawa penduduk. Sejak dua tahun lalu, empat kematian pengguna jalan raya direkodkan di lokasi itu akibat kenderaan mereka terbabit dalam kemalangan maut selepas berlanggar dengan lembu yang berkeliaran di sepanjang jalan berkenaan. Di samping itu, ada banyak kes kemalangan lain yang mendatangkan kecederaan kepada pemilik kenderaan seterusnya terpaksa menanggung kerugian membaiki kerosakan kenderaan masing-masing.

Walaupun ramai pengguna terpaksa menanggung kerugian akibat kecuaian pemilik lembu itu menguruskan haiwan ternakan masing-masing, bagi penternak lembu berkenaan masih memperoleh keuntungan hasil jualan ternakan mereka.

Malah, mereka menikmati keuntungan berganda kerana tidak perlu banyak modal untuk membeli makanan ternakan atau membina kandang, sebaliknya haiwan ternakan itu dibiar saja berkeliaran di sepanjang bahu jalan untuk meragut rumput.

Ketua Kampung Panching, Abdul Rashid Abdullah, berkata dianggarkan bilangan lembu yang berkeliaran di sekitar ladang kelapa sawit di situ adalah antara 1,500 hingga 2,000 ekor.
"Semuanya diternak secara lepas di sekitar ladang yang tidak berkandang tetap atau berpagar menyebabkan lembu itu bebas berkeliaran ke jalan raya dan kawasan perumahan penduduk terutama pada waktu malam.

"Ia mengancam pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal yang melalui sekitar jalan merentasi ladang kelapa sawit kerana kelompok lembu berkenaan kerap melintas jalan secara tiba-tiba," katanya.

Abdul Rashid turut mendakwa pernah melihat seorang remaja yang sedang menunggang motosikal menuju ke masjid untuk bersolat maghrib, maut selepas motosikalnya merempuh sekumpulan lembu yang melintas jalan secara mengejut.

"Selain itu, ada juga kemalangan maut membabitkan kenderaan terbabas ke dalam semak kerana cuba mengelak lembu yang berkumpul di tengah jalan raya berselekoh tajam, mengorbankan nyawa pemandunya.

"Kejadian seperti ini sepatutnya menjadi ikhtiar kepada pemilik ternakan berkenaan supaya tidak sesuka hati melepaskan lembu mereka di jalan raya sehingga mengorbankan nyawa orang lain," katanya.

Abdul Rashid berkata, semua lembu yang berkeliaran di sekitar jalan dan ladang kelapa sawit di Kampung Panching itu dipercayai membabitkan antara 20 hingga 30 penternak dan sebahagiannya bukan dari penduduk kampung berkenaan.

Sementara itu, seorang penduduk kampung, Nor Azizi Muhammad, 30, yang kehilangan anak saudaranya dalam kemalangan membabitkan lembu yang berkeliaran di situ, menganggap penternak terbabit sebagai individu yang tidak bertimbang rasa.

"Jika mereka mempunyai sifat tanggungjawab sebagai seorang penternak, pastinya mereka akan menjaga haiwan mereka termasuk mendirikan kandang tetap atau menggunakan pagar elektrik di sekeliling ladang kelapa sawit yang menjadi kawasan lembu mereka meragut rumput.

"Namun kesedaran masih rendah walaupun sudah banyak nyawa terkorban akibat sifat tamak penternak lembu yang hanya ghairah mengejar keuntungan tanpa memikirkan kesusahan orang lain," katanya.

Pakej rumah urut

Posted: 17 Jun 2010 09:05 PM PDT

SEBAHAGIAN wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan rumah  urut di sekitar Putrajaya.
SEBAHAGIAN wanita warga asing yang ditahan dalam serbuan rumah urut di sekitar Putrajaya.
Pelanggan dikenakan bayaran tambahan RM50 untuk seks

PUTRAJAYA: Pasukan Penguat Kuasa Jabatan Imigresen ibu pejabat di sini membongkar kegiatan tiga rumah urut 'macam-macam ada' yang menggunakan gadis warga asing untuk melayan pelanggan masing-masing termasuk memberi khidmat urutan khas 'badan ke badan' dalam Ops Sayang di sekitar ibu kota yang berakhir jam 8 malam kelmarin. Selain urutan biasa, tiga rumah urut di Damansara, Danau Desa dan Hartamas juga menyediakan khidmat urutan batin dan pelacuran. Ketua Unit Tindakan Imigresen Putrajaya, Mohd Azmi Mohd Isa, berkata seramai 21 wanita warga asing ditahan dalam operasi bermula jam 5 petang itu yang bekerja sebagai tukang urut di premis terbabit.

Wanita berusia antara 20 hingga 30 tahun itu masing-masing 11 dari China, lima dari Thailand, dua dari Vietnam dan masing-masing seorang dari Indonesia, Filipina dan Laos.

Imigresen turut menahan tiga lelaki tempatan yang menjadi pengusaha kepada pusat urut berkenaan.

Ketika serbuan, seorang daripada wanita terbabit didapati sedang leka melayan pelanggan dengan memberi khidmat 'urutan badan ke badan' dalam keadaan kedua-duanya berbogel di sebuah premis. Urutan jenis ini memerlukan tukang urut wanita menggesel badannya ke badan pelanggan.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati pengusaha premis urut terbabit mengenakan caj RM150 hingga RM200 bagi satu sesi 'urutan badan ke badan' dan tambahan RM50 bagi perkhidmatan tambahan termasuk seks.

Katanya, pihaknya turut menemui sejumlah kondom belum digunakan, minyak urut, ubat rangsangan seks dan buku catatan pelanggan di tiga premis terbabit yang dirampas sebagai bukti.

Semua warga asing terbabit dibawa ke ibu pejabat Imigresen di sini untuk diambil keterangan sebelum dikenakan tindakan lanjut.

"Ketiga-tiga lelaki tempatan yang ditahan dipercayai menggunakan wanita warga asing untuk menjalankan kegiatan tidak bermoral dengan berselindung di sebalik perniagaan mengurut," katanya.

Beliau berkata, operasi yang disertai 20 anggota imigresen itu dilancarkan berikutan aduan orang ramai mengenai kegiatan tidak bermoral di premis yang membabitkan warga asing.

"Sebahagian daripada wanita warga asing itu dipercayai menyalahgunakan pas lawatan sosial ke negara ini untuk bekerja sebagai tukang urut dan masuk secara haram," katanya.

Azmi berkata, hasil pemeriksaan, seorang wanita warga Thailand yang ditahan di Hartamas melakukan kesalahan kali kedua, menyebabkan dia akan didakwa dan disenarai hitam daripada memasuki negara ini selepas ini.

Beliau berkata, imigresen akan terus meningkatkan usaha membanteras kebanjiran warga asing dan perbuatan tidak bermoral yang dijalankan di negara ini.

Sementara itu, katanya, pada jam 2 petang kelmarin, sepasukan pegawai imigresen ibu pejabat Putrajaya turut melakukan 'Ops Mahir' di Taman Industri Selaman, Bangi dan menahan 27 lelaki warga asing pekerja kilang terdiri dari warga Bangladesh, Myanmar dan Pakistan.

Dalam operasi yang dilakukan di sebuah kilang kosmetik itu, pihak imigresen turut menahan dua majikan warga tempatan bagi menjalankan siasatan.

Semua warga asing yang ditahan itu boleh didakwa mengikut Seksyen 39(b) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 61C akta sama, manakala pemilik premis pula boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 56(1)(d) dan 55 (b) Akta Imigresen kerana memberi perlindungan kepada warga asing terbabit.

Warga asing yang ditahan itu ditempatkan di Depoh Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum dibicarakan di mahkamah.

Edisi Sentral pada Selasa lalu mendedahkan mengenai kewujudan pusat urut kesihatan yang beroperasi di sepanjang Jalan Bukit Bintang dan Jalan Alor yang didapati bukan saja menawarkan urut biasa tetapi 'urutan istimewa' menggunakan wanita cantik dan seksi sebagai umpan.

Pusat urut terbabit hampir semuanya menggunakan wanita warga asing sebagai tukang urut terutama dari China.

Puluhan tukang urut wanita yang kebanyakan pekerja asing terutama gadis muda dari China berpakaian seksi didapati memujuk orang ramai yang lalu lalang di kawasan itu dengan menunjukkan menu perkhidmatan dengan tawaran refleksologi serendah RM25 untuk setengah jam.

Debaran Zaiton: Ceritaku bermula

Posted: 17 Jun 2010 09:04 PM PDT

MISLINA bawakan watak Zaiton Sameon.
MISLINA bawakan watak Zaiton Sameon.
Fauziah Nawi risau penonton tak suka walaupun ceritanya menarik

PADA 15 Jun lalu, filem Zaiton: Ceritaku terbitan Bruang Filem Sdn Bhd memulakan penggambaran di sekitar Kuala Lumpur dan Kalumpung, Perak. Lima hari sebelum penggambaran dimulakan, satu majlis doa selamat diadakan di pejabat Les Copaque, memohon supaya penggambaran selama 25 hari itu berjalan lancar.

Tugas berat tergalas di bahu pengarahnya Fauziah Nawi untuk merealisasikan hasrat penerbit, Ainon Ariff. Yang membimbangkan aktres hebat ini bukan soal kemampuannya untuk mengarah, tetapi mampukah filem biografi Zaiton: Ceritaku menarik orang ramai untuk ke pawagam? Paling tidak pun menampung kembali modal yang dikeluarkan. Fauziah awal-awal lagi sudah memberitahu Ainon risiko mengeluarkan filem yang sarat dengan adegan air mata dari awal hingga ke akhir cerita. Bagaimanapun, Ainon nekad dengan keputusannya untuk mengenang Zaiton Sameon, selagi hayat penyanyi itu masih lagi dikandung badan. "Saya tidak bimbangkan cabaran mengarah drama dengan filem. Bagi saya filem dan drama kedua-duanya tidak ada beza, cuma satu dalam skala kecil dan satu lagi besar. Saya cuma bimbangkan penerimaan masyarakat. Selera orang Malaysia agak sukar untuk diduga.

"Walau apapun, hanya satu saja yang saya doakan supaya filem ini diterima ramai. Agar penerbit dapat cari makan lagi selepas ini dan boleh buat filem lain. Saya takut filem ini menemui kegagalan kerana saya kasihankan penerbit.

"Pasal itu apabila anak Ainon datang kepada saya, minta saya mengarah, saya terkejut dan tak percaya. Saya ingatkan mereka main-main. Saya tanya juga kepada Ainon kenapa nak buat filem sebegini kerana zaman sekarang filem genre seperti ini selalunya tak laku.

"Tapi Ainon berkeras nak buat juga, sebagai pengarah saya akan cuba merealisasikan hasrat Ainon walaupun saya sendiri sebenarnya sudah agak lama tak mengarah," katanya yang pernah mengarahkan beberapa buah drama seperti Tangan Bapa yang pernah dilakonkan Jalil Hamid, Fahrin Ahmad, Liyana Jasmay, Jasmin Hamid dan ramai lagi.
Mendedahkan kenapa sekian lama tidak mengarah, Fauziah yang turut dikenali sebagai pengarah teater lebih senang berlakon. Alasannya bajet menghasilkan drama kini bukan calang-calang, jadi lebih baik dia bergelar pelakon saja.

Walaupun sekian lama tidak mengarah, Fauziah tidak akan mempersia-siakan tanggungjawabnya itu. Bagaimanapun, berkomunikasi bersama penyanyi Menaruh Harapan itu selepas terbabit dengan kemalangan pada 1990 bukan mudah. Ia agak mencabar kerana apa yang diperkatakan penyanyi itu sering bertukar-tukar menyebabkan mereka terpaksa membuat andaian sendiri untuk menghasilkan filem itu.

"Nak buat filem Zaiton bukan mudah sebab kita tidak tahu sejauh mana kebenarannya. Walaupun dia ingat-ingat lupa tetapi ada juga fakta Zaiton yang boleh dipakai, contohnya dia masih ingat bila tarikh dia terbabit dengan kemalangan.

"Bila berjumpa dengannya macam-macam perasaan yang timbul. Ada ketikanya kita simpati, kadang-kala kita rasa marah sebab sikapnya. Tapi kita tak boleh nak salahkan dia seratus peratus kerana dia bukannya sihat, rasanya ada kalanya dia tak sedar apa yang dia buat," kata Fauziah.

Tugas berat buat Mislina

FILEM Zaiton Ceritaku yang menelan kos sebanyak RM 1.2 juta dianggap oleh pendukung watak utamanya Mislina Mustafaar, 39, sebagai peluang yang baik untuk kerjaya seni.

Mungkin selepas ini, masyarakat akan lebih mengenalinya kerana sebelum ini dia lebih banyak terbabit di dalam teater dan filem bebas. Sepanjang berkecimpung dalam dunia lakonan inilah kali pertama dia diberi kepercayaan membawakan watak utama.

"Belum apa-apa lagi, ramai yang berkata mereka sudah tak sabar nak menonton filem ini. Bagi saya itu satu perkembangan yang baik, dan ia adil untuk Zaiton.
"Bagi saya pula, saya anggap peluang ini sesuatu yang baik untuk kerjaya saya. Sepanjang terbabit dalam dunia lakonan, orang tidak begitu mengenali siapa saya.

"Kalau boleh saya mahu bertahan lama dalam industri ini, sebab itu saya banyak buat perkara yang dapat meningkatkan lagi skil lakonan saya. Antaranya menyambung pengajian dalam bidang seni ke peringkat Sarjana, dan banyak lagi kelas yang saya hadir sebelum ini untuk memantapkan lakonan saya," katanya yang mengakui membawakan watak Zaiton adalah tugas berat.

Katanya, dia berhasrat untuk mendekati wanita itu tetapi keadaan kesihatan Zaiton menyebabkan Mislina sukar untuk mendekatinya. Bagaimanapun, bagi menghayati watak Zaiton, dia hanya memerhatikan karakter penyanyi itu seperti cara pertuturannya.

"Zaiton adalah satu watak yang rumit, tak mudah nak bawa watak dia. Waktu mudanya saya kurang pasti tetapi apabila perlu membawakan watak mental, ia satu cabaran buat saya," kata Mislina yang sebelum ini pernah membintangi filem Talentime dan Karaoke.

Dengarnya: Suami Camelia ahli perniagaan terkemuka?

Posted: 17 Jun 2010 09:03 PM PDT

SEBELUM ini, menerusi ruangan ini, Cik Normah ada bercerita mengenai penyanyi jelita, Camelia yang sudah pun berkahwin senyap dan tinggal di luar negara. Khabarnya, suami kepada penyanyi dan model itu adalah bekas suami kepada sahabatnya sendiri.

Tapi cerita terbaru yang Cik Normah dengar, penyanyi yang pernah meletup dengan lagu Rindu Padanya itu sebenarnya berkahwin dengan orang lain dan bukan dengan lelaki yang dimaksudkan. Camelia dikatakan bernikah dengan seorang ahli perniagaan berjaya yang cukup terkenal. Kalau sebut nama syarikatnya, mesti ramai yang tahu. Dengar cerita, orangnya memang sudah berusia, malah jarak umur mereka bagai langit dengan bumi. Orang kata pangkat bapalah kepada Camelia. Tapi cinta mengatasi segala-galanya. Tetapi, kalau sudah namanya jodoh nak buat macam mana. Dari sumber yang menyampaikan kepada Cik Normah, Camelia mengambil keputusan untuk menamatkan zaman jandanya dengan hartawan itu adalah kerana ingin berubah ke arah kebaikan. Mungkin dia merasakan sudah tiba masanya untuk dia mengundur diri dalam bidang seni sekali gus menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang solehah.

Iyalah, tempat seorang isteri bukankah di sisi suami. Walaupun Camelia sebenarnya adalah isteri kedua lelaki terbabit, tentu dia juga mahu isterinya itu sentiasa berada di rumah, melayan makan pakai segala.

Tak apalah Camelia, kalau sudah ditakdirkan hidup bermadu, terimalah ketentuan tuhan itu dengan hati yang terbuka. Bermadu tidak semestinya tak bahagia. Ramai juga yang hidup bermadu tetapi bahagia hingga ke anak cucu.

Tak sabar Cik Normah hendak melihat penampilan terbaru Camelia yang katanya ingin berubah ke arah kebaikan. Apakah dia kini sudah mengenakan tudung? Kita tunggu dan lihat saja nanti.

Dengarnya: Bila tersepit baru cari media

Posted: 17 Jun 2010 09:02 PM PDT

Johan Raja Lawak
Johan Raja Lawak
BILA senang kata tak perlukan media. Boleh hidup tanpa media. Tapi bila susah, pandai pula cari media. Minta tolong media siarkan artikel pasal nak saman orang itu, nak saman orang ini. Kenapa tak selesaikan sendiri saja, kalau betul hebat sangat.

Begitulah suara rungutan dan bunyi macam nak marah-marah saja kawan baik Cik Normah ini. Daripada yang dikatakan oleh kawan kita itu, memang Cik Normah tak kuasa betul dengan si Johan Raja Lawak, yang perasan bagus dan popular itu. Mentang-mentang 'job' banyak, bolehlah berlagak kata tak perlukan media. Tapi apabila sudah kena baling gelas, berjahit dahi, pandai pula panggil media ramai-ramai nak suruh buat cerita dia. Bila sudah susah macam ini, baru tahu nak cari kami. Tak ke menjilat ludah sendiri namanya tu. Masa senang, bukan main berlagak. Padahal nak kata hebat sangat, tidaklah sehebat mana. Setakat mengacarakan satu dua program, dan berlakon satu dua drama sudah mula nak cakap besar tak tentu pasal. Sudahlah tu, jika nak dikira pengalaman dalam industri, si Johan ini bolehlah dikira baru sangat tapi lagaknya macam orang yang mempunyai pengalaman berpuluh tahun dalam industri. Artis yang sudah lama pun tak berlagak sepertinya. Kita ambil saja contoh terdekat iaitu rakan seperjuangannya si Zizan. Walaupun namanya semakin meningkat tetapi Cik Normah tengok Zizan amat merendah diri. Tidaklah seperti Johan yang berlagak tak tentu hala.

Setakat ini kita dengar sebelah pihak saja iaitu dari Johan. Cik Normah belum dengar penjelasan daripada penerbit dan pengarah yang setakat ini berdiam diri saja. Mungkin tak kuasa atau buang masa nak balas kenyataan atau dakwaan Johan.
Johan pun sudah kata nak saman pihak syarikat penerbit dan pengarah sampai RM1 juta. Jadi, sama-samalah kita tunggu apa kesudahannya nanti. Kata orang putih, see you in court!

Nampak saja ganas

Posted: 17 Jun 2010 08:53 PM PDT

WAJAH terkini Aman Graseka pada majlis pelancaran drama bersiri  Arjuna di Istana Budaya.
WAJAH terkini Aman Graseka pada majlis pelancaran drama bersiri Arjuna di Istana Budaya.
Aman Graseka mahu kembali berlakon secara aktif

RAUT wajah Aman Graseka memang nampak macam serius, 'ganas' dan sukar didekati. Namun, benar kata orang, tak kenal maka tak cinta. Tanggapan yang pernah digambarkan itu, jauh berbeza ketika Hip bertemu dengan pelakon ini ketika majlis pelancaran drama epik fantasi, Arjuna di Istana Budaya, baru-baru ini.

Dalam drama itu, Aman Graseka atau nama sebenarnya Aman Shah Raja Baharom memegang watak Satria Aduka. Berbeza penampilannya yang serius itu, dia sebenarnya penuh dengan sifat humor. Memang Aman nampak penuh misteri tetapi perbualan singkat itu sebenarnya membuka sisi berbeza dirinya. Malah, apabila ditanya mengenai soal peribadi apakah sudah bertemu pengganti, dia pantas menjawab tanpa ada motif berselindung. Menurut pelakon berusia 43 tahun ini, selepas berpisah Mas Idayu sejak lima tahun lalu, memang kehidupannya agak sunyi. "Kalau nak isi kekosongan hati, saya masih boleh berhibur pergi menonton persembahan live band. Atau dalam kata lain, saya bersosial untuk menghilangkan kesepian itu.

"Saya pun bukan hidup seorang kerana anak kami, Nurdayini Ashiqah turut dijaga saya dan ibunya secara bergilir-gilir. Dalam soal menjaga anak ini, saya lebih terbuka. Bekas isteri saya bebas menjaganya tanpa perlu berkira-kira dalam soal pembahagian waktu dan hari.

"Setakat ini nak kata ada (pengganti), saya tak boleh nak cakap. Pilihan itu ada. Tapi dalam soal mencari teman ini, bukan semudah yang disangka. Kalau kita syok dengan seseorang itu, dia pula sudah berpunya. Begitulah bila seseorang suka dekat kita, kita pula sedang baik dengan seseorang," katanya.

Aman mula diingati dengan watak utama sebagai Arman menerusi filem pertama lakonannya iaitu Cinta Kita. Dalam filem itu arahan Kamal Ishan pada tahun 1995 itu, dia bergandingan dengan Sofia Jane.
Aman mula menceburi bidang lakonan sejak 1993. Sepanjang tempoh itu juga, dia seperti biskut iklan biskut, sekejap ada, kejap tiada. "Selepas muncul dengan filem Cinta Kita, saya berehat selama lima tahun. Kemudian muncul kembali pada 2000. Saya berehat sekali lagi pada 2003 dan kembali aktif sejak 2007 hingga sekarang.

"Memang sebelum ini saya 'on and off' dalam dunia seni. Saya memilih untuk 'hilang' kerana kecewa dengan tawaran yang diterima.

"Kalau asyik diberikan watak yang sama saja, saya akan terus berada di takuk lama. Selain itu, kalau tahun lalu sebagai contoh asyik filem hantu saja diterbitkan maka bermusim genre yang sama dihasilkan," .

"Jadi tawaran watak itu akan terbatas dan mungkin juga pelakon yang sama saja diambil berlakon," katanya yang tidak gemar menerima tawaran saat akhir.

Faktor dirinya yang agak cerewet dalam soal mempertimbangkan watak juga antara dia memilih untuk berehat. Sebagai pelakon, Aman mengakui tidak boleh membuat kerja sambil lewa dan semata-mata. Biarpun jarang menerima publisiti di media, dia tidak pernah putus dengan tawaran berlakon. Drama Arjuna itu sendiri adalah drama kelima yang ditawarkan kepadanya pada setengah tahun ini saja.

"Memang saya selesa low profile. Saya pun bukan muda lagi. Tak nafikan bila saya terlalu low profile, saya rugi kerana peminat tidak menyedari kehadiran saya sepanjang masa. Mereka tahu pun sesekali wajah saya muncul dalam drama atau telefilem.

"Tapi terlalu terdedah dengan publisiti, bimbang pula akan memakan diri. Sekarang ini bukan zaman saya lagi, zaman pelakon baru. Sesekali kalau ada produk yang berkualiti, saya selesa untuk menghebahkannya," katanya yang lebih diingati dengan watak serius sedangkan dia juga berkebolehan memegang watak komedi.

Ditanya apakah bidang lakonan menjamin masa depannya, Aman memberitahu dia bersyukur sesekali tawaran yang datang dapat membantunya meneruskan hidup dalam tempoh tertentu.

"Selain berlakon, saya juga pemuzik. Saya boleh mencipta lagu dan ada lagu yang dibikin diberikan kepada drama dan produksi untuk dijadikan lagu latar. Saya pun hidup seorang dan menanggung seorang anak saja," katanya.

Hati belum terbuka untuk kahwin lagi

Posted: 17 Jun 2010 08:51 PM PDT

BUKAN semua wanita tabah dengan status janda dan ibu tunggal. Bagi Yasmin Md Isa atau Airis Yasmin, 31, semua itu alah bisa tegal biasa. Apa yang penting baginya, diri tidak terpalit dengan gosip panas atau liar.

pix_middle
Justeru, sepanjang sembilan tahun hidup bersendirian, Airis tetap selesa dan gembira. Bahkan, dia akui masih lagi berhubungan baik dengan bekas suami sekalipun sudah berpisah. Tidak pernah timbul soal permusuhan sesama mereka.

Airis berkata kepada Rap, baru-baru ini, pada usia sekarang, pemikirannya semakin matang. Justeru, apa yang menjadi keutamaannya juga berkait rapat dengan kegembiraan anak tersayang, Salma Nurdina, 10.

"Disebabkan anak, saya masih lagi bersahabat baik dengan bekas suami dan keluarga barunya. Bagi saya, antara kami mungkin sudah tiada jodoh tetapi kasih sayang dan tanggungjawab kepada anak tidak harus kami abaikan.

"Malah, sebagai wanita yang hidup bersendirian saya juga sangat menjaga imej. Sebolehnya, saya mengelak daripada terjebak dengan gosip panas. Saya tidak mahu hati keluarga dan anak saya terluka. Oleh itu, saya amat berhati-hati dalam memilih sahabat.

"Bukan semuanya tak boleh dipercayai tapi saya harus berhati-hati bergaul dan perlu ada batasnya. Jujurnya, saya tidak mahu menjadi mangsa gosip atau artis yang terpalit dengan cerita kontroversi. Saya mahu orang kenal diri ini menerusi bakat lakonan."Setakat ini saya bersyukur kerana belum pernah berhadapan gosip panas," katanya yang sudah selesai menjayakan penggambaran drama bersiri Aalia.

Ditanya sampai bila dia selesa hidup bersendiri, Airis berkata setiap wanita menyimpan impian untuk hidup berkeluarga dan bersuami lagi. Cuma, kegagalan rumah tangga lalu membuatkan dia belum lagi bersedia.

"Apabila pernah mengalami kegagalan, sudah pasti saya tidak mahu dikecewakan lagi. Justeru, saya harus memilih lelaki yang boleh memahami diri saya seadanya. Malah, yang paling penting lelaki itu boleh menerima dan menyayangi anak saya juga.


"Saya tidak memandang kejayaan, kerana apa yang penting keikhlasan dan kejujuran hati. Sehubungan itu, soal jodoh ini biarlah ditentukan Tuhan saja. Saya tidak mahu terlalu memikir sangat kerana jodoh itu sememangnya diaturkan Tuhan buat hamba-Nya.

"Setakat ini, keluarga saya pun cukup memahami dan tidak pernah mendesak supaya saya berkahwin lagi. Saya juga perlu memperbaiki kekurangan diri. Kalau dulu, faktor berkahwin pada usia muda mungkin menyebabkan saya kurang matang," katanya.

Menyentuh soal calon suaminya yang dikatakan orang berada dan berstatus kenamaan, Airis menolak dakwaan itu dengan tegas. Katanya dia memang ada menjalin hubungan dengan seseorang dan mereka masih dalam proses mengenali hati budi.

"Saya mengaku ada berkawan dengan seseorang tapi, sejauh mana seriusnya hubungan kami masih terlalu awal untuk diperkatakan. Apatah lagi, hingga sekarang kami pun tak pernah berbincang atau membuat perancangan untuk berumah tangga.

"Hati saya belum terbuka untuk berkahwin lagi. Insya-Allah, seandainya saat bahagia itu tiba saya tidak akan menyembunyikannya. Saya sedia berkongsi dengan media tetapi memang sekarang saya tiada sebarang perancangan ke arah itu," katanya.

Berbicara mengenai karier lakonannya, Airis dilihat manis bertudung dalam drama bersiri Aku Terima Nikahnya yang ke udara di Astro Oasis, setiap Ahad, jam 5 petang. Justeru, apakah dia mungkin akan bertudung sepenuhnya tidak lama lagi?

Kata Airis, buat masa ini dia mampu bertudung hanya dalam lakonan. Ujarnya, bagaimanapun, dia memang menyimpan hasrat untuk bertudung suatu hari nanti, apabila tiba masanya.

"Saya berharap, pintu hati ini akan terbuka untuk berubah imej kepada bertudung suatu hari nanti. Bagaimanapun, bilakah masanya, saya tidak pasti. Bagi saya, apabila sudah bertudung biarlah selama-lamanya dan memakai dengan seikhlas hati.

"Bukan apa, saya tidak mahu hari ini memakai tudung dan esok buka semula. Bagi saya, biarlah memakai tudung itu sebagai hijrah abadi. Kalau saya bertudung, ia akan dipakai sampai bila-bila dan saya yakin masanya akan tiba jua," katanya.


PROFIL

NAMA: Yasmin Md Isa
PANGGILAN KOMERSIAL: Airis Yasmin
ASAL: Alor Gajah, Melaka
TARIKH LAHIR: 21 Jun 1979
USIA: 31 tahun
STATUS: Ibu tunggal
ANAK: Salma Nurdina, 10 tahun
Kerjaya: Pelakon, model iklan dan ahli perniagaan
FILEM: Janin, Eee... Hantu, Syy...Dia Datang dan Seremm
DRAMA: Antaranya, Ghost (8TV) Saka (TV3), Dan Ombak Pun Beralun, Curahan Kasih, Nasi Lemak Dina, Biarlah Rahsia, Camar Hitam, Seteguh Hidayah, Ranjang Penuh Luka (Astro), Memintas Seribu Bulan, Andai Semalam Kumiliki (RTM) Kasih Iftitah, dan Aku Bukan Buaya (ntv7), Juanna, Aku Terima Nikahnya dan Aalia.
IKLAN PRODUK: Antaranya, Colgate, Fair & Lovely, Time Broadband, Pantene, Astro, Celcom, Good Year Tyre, Nestle Cereal Cornflakes

Ratu sepanjang hayat

Posted: 17 Jun 2010 08:47 PM PDT

KEPAYAHAN hidup yang dilaluinya kala zaman kanak-kanak membuatkan wanita kental ini lebih menghargai setiap peluang yang diterima terutama selepas dinobatkan Ratu Universe Malaysia tahun lalu.

GELARAN BERMAKNA...dinobatkan sebagai ratu cantik menjadi landasan  untuknya melebarkan sayap dalam kerja kebajikan.
GELARAN BERMAKNA...dinobatkan sebagai ratu cantik menjadi landasan untuknya melebarkan sayap dalam kerja kebajikan.
Dibesarkan dalam keluarga yang berpendapatan rendah dan cuma bapanya yang bekerja bagi menyara keluarga, Joannabelle Ng Li Vun menjadikan keadaan itu sebagai pemangkin semangat serta usahanya untuk membantu keluarga.

Justeru, wanita yang bakal berusia 22 tahun pada 24 Jun ini nekad bekerja dan melupakan hasrat untuk melanjutkan pelajaran di kolej sejurus tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2005.

"Saya tiada pilihan kerana bapa tidak mampu menanggung pembiayaan pelajaran saya. Bapa bekerja sebagai mekanik, memperbaiki kereta dan penyaman udara di bengkel berhampiran rumah kami.

"Gajinya pula tidak lebih daripada RM2,000 setiap bulan dan wang itu digunakan untuk menyara keluarga.

"Sememangnya bapa saya tidak mampu membayar yuran pengajian yang mencecah RM40,000 dan jika saya berkeras mahu teruskan pengajian, saya rasa tindakan itu seperti membunuhnya."Jadi, saya ambil keputusan untuk bekerja bagi membantu keluarga. Selepas SPM, saya menjalani Program Khidmat Negara. Tamat program itu, saya bekerja sebagai jurusolek dan model sambilan.


"Sebagai anak sulung, saya bertanggungjawab memastikan adik-adik mendapat pendidikan sebaiknya," ujarnya.

Namun, karier modelnya nyaris berkubur selepas Joannabelle terbabit dalam kemalangan hingga menyebabkan wanita berasal dari Penampang, Sabah itu terbakar tahap kedua dengan lecur hampir keseluruhan badan.

"Setiap kali keluar rumah, saya hanya memakai pakaian berlengan panjang dan baju berkolar leher penyu (turtleneck) untuk melindungi kesan lecur itu.
"Insiden itu turut menyebabkan saya hilang keyakinan diri dan sering rasa rendah diri kerana berasakan diri serba kekurangan," katanya.

Perkara itu berlarutan sehingga setahun hingga akhirnya Joannabelle bekerja sebagai pegawai hartanah di sebuah bank tempatan, namun tidak lama selepas terlihat iklan mencari Ratu Universe Malaysia edisi 2009.

"Saya hanya sempat bekerja di bank itu cuma lima bulan. Saya minta pelepasan cuti tanpa gaji untuk menyertai pertandingan itu tapi tidak dibenarkan.

"Jadi, saya terus berhenti kerja walaupun ramai yang tidak bersetuju. Tapi, keluarga amat memahami dan mereka terus menjadi penyokong setia saya," katanya.

Kejayaan Joannabelle dimahkotakan gelaran itu nyata membawa kembali keyakinan dalam dirinya, sekali gus membuka lebih banyak peluang bagi meningkatkan kehidupannya.

"Saya meletakkan sasaran untuk menjadi ahli perniagaan berjaya. Saya seorang yang berorientasikan wang. Dalam usia muda dan gelaran yang ada, saya mahu meraih sebanyak mungkin peluang untuk membantu keluarga.

"Saya baru berjinak-jinak dalam perniagaan dengan membuka spa di Kuala Lumpur (KL). Saya harap dapat mengembangkan perniagaan dalam bidang berlainan," ujarnya.

Pada masa sama, kejayaan yang diraihnya itu akhirnya mencetuskan idea kewujudan Jo-B Care, iaitu kempen mengumpul dana bagi membantu orang yang lebih memerlukan.

"Saya faham dengan penderitaan dan kesusahan mereka kerana saya sendiri pernah melalui saat itu. Saya tidak mahu menjadi ratu cantik yang hanya melakukan aktiviti kemasyarakatan dalam tempoh setahun bergelar ratu.

"Selepas ratu baru dimahkotakan, ratu yang sebelumnya terus hilang dan tenggelam tanpa sebarang aktiviti. Saya sebolehnya tidak mahu berada dalam kategori itu.

"Idea mengumpul dana ini sudah lama dirancang cuma kini saya baru dapat merealisasikannya kerana tidak lagi terikat dengan acara rasmi sebagai ratu.

"Saya dan beberapa rakan pernah membawa 30 anak yatim ke restoran makanan segera untuk makan tengah hari. Saya menangis apabila menyaksikan mereka makan bersungguh-sungguh hingga ada yang berebut-rebut untuk mengambil hidangan rakan lain.

"Perkara itu amat menyentuh perasaan saya. Saya pernah hidup dalam kekurangan tapi mereka lebih susah daripada saya. Jadi, kempen Jo-B Care ini diharapkan dapat membantu mereka yang memerlukan bagi meningkatkan kualiti hidup yang lebih baik.

"Saya memulakan kempen ini kerana ingin melihat sejauh mana kemampuan saya menganjurkan aktiviti kebajikan dalam skala besar.

"Gelaran sebagai Ratu Universe Malaysia memang memberi banyak kelebihan dalam menjayakan kempen ini dan saya harap ia dapat menyuntik kesedaran kepada masyarakat untuk tampil membantu projek ini," katanya.

Kempen Jo-B Care, sempena singkatan namanya, adalah projek bagi mengumpul dana yang dicetuskan Joannabelle dengan kerjasama Fametis Management & Associates Sdn Bhd. Hasil yang diperoleh dalam kempen itu kelak akan diagihkan kepada lima persatuan kebajikan sekitar Selangor dan KL.

Berteraskan slogan Kongsi untuk Prihatin (Share to Care), kempen itu dianjurkan dalam dua peringkat - satu terbuka untuk orang ramai, semalam (17 Jun) di Pavilion dan satu lagi lebih kepada acara korporat pada 24 Jun ini menerusi Malam Gala yang akan dipenuhi selebriti, ahli perniagaan dan barisan kenamaan.

Menerusi kempen pertama ini, Jo-B Care mensasarkan kutipan RM100,000 dan memilih Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan (SCASFT), Rumah Victory, Persatuan Pencegahan Kekejaman ke atas Haiwan Selangor (SPCA Selangor), Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/Aids Nurul Iman (Pernim) serta Persatuan Ibu Tunggal Masmerah sebagai penerima dana.

Profil
NAMA: Joannabelle Ng Li Vun
ASAL: Penampang, Sabah
TARIKH LAHIR: 24 Jun 1988
TINGGI/BERAT: 174sm / 55kg
ANTARA PENCAPAIAN:

  • Juara Pencarian Model Sabah (2004)
  • Ratu Universe Malaysia (2009)
  • Pengasas kempen kebajikan Jo-B Care (2010)
  • Lindungi drebar haram

    Posted: 17 Jun 2010 08:45 PM PDT

    KUALA LUMPUR: Kehadiran pemandu bas dan teksi warga asing yang berleluasa sekitar ibu negara dikhuatiri bertambah parah disebabkan 'perlindungan' oleh rakyat tempatan yang bukan saja menjadi tonto, malah turut bersekongkol setiap kali pihak berkuasa menjalankan operasi.

    LICIK...deretan bas yang diletakkan  di bahu jalan akan bergerak ke  lokasi lain sebelum penguat kuasa tiba.
    LICIK...deretan bas yang diletakkan di bahu jalan akan bergerak ke lokasi lain sebelum penguat kuasa tiba.
    Ketua Inspektor Unit Trafik, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Shaiful Anwar Shaharom berkata, setiap kali pihak penguat kuasa menjalankan pemeriksaan, maklumat kehadiran mereka akan tersebar dengan pantas di kalangan pemandu bas dan teksi.


    Malah, katanya, pemandu tempatan bertukar tempat duduk dengan warga asing bagi mengaburi pihak penguat kuasa yang membuat pemeriksaan ke atas permit bas dan lesen memandu.


    "Mereka berhubung antara satu dengan lain dan berkongsi maklumat secara meluas di kalangan pemandu bagi mengelakkan dicekup.


    "Kita dapati ketika operasi, terdapat pembabitan warga tempatan termasuk wanita yang menjadi pembekal maklumat lokasi penguat kuasa," katanya ketika dihubungi, semalam.


    Ketika Operasi Halang DBKL Siri ke-11, baru-baru ini, terdapat bas tanpa pemandu yang diletakkan di bahu jalan apabila pegawai penguat kuasa Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) membuat pemeriksaan.


    Ia dipercayai dipandu warga asing yang melarikan diri kerana takut ditahan pihak berkuasa.


    Warga asing yang melarikan diri itu difahamkan cuba mencari rakan warga tempatan untuk mengaku sebagai pemandu bas bagi mengelak permit bas ditahan penguat kuasa LPKP.


    Sementara itu, pemandu teksi, Hamdan Rahmat, 54, mendakwa kehadiran pemandu warga asing memberi imej negatif kepada pemandu tempatan.


    "Kejadian samun dan rogol membabitkan pemandu teksi kebanyakannya dilakukan oleh golongan itu. Secara tidak langsung, imej pemandu tempatan turut tercalar," katanya yang sudah 10 tahun menjadi pemandu teksi.


    Beliau mendakwa individu tidak bertanggungjawab yang memiliki permit dan lesen sah menyewakan teksi mereka kepada warga asing dengan bayaran dua kali ganda daripada harga sewa asal.Presiden Persatuan Pengusaha Teksi dan Kereta Sewa Wilayah Persekutuan dan Selangor, Datuk Aslah Abdullah, mendakwa kebanyakan pemandu haram ini hanya keluar pada sebelah malam atau lewat petang.


    "Mereka beroperasi di pinggir bandar bagi mengelak dicekup pihak berkuasa khususnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).


    "Masalah ini berpunca sikap pemilik permit teksi yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk mencari keuntungan lebih," katanya ketika dihubungi.


    Menurutnya, penguat kuasa JPJ perlu meningkatkan rondaan di kawasan pinggiran bandar seperti Sungai Buloh, Sungai Besi dan Gombak yang didakwanya menjadi lubuk pemandu teksi warga asing.

    "Walaupun masalah ini belum mencapai tahap serius, saya amat berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera sebelum lambakan pemandu warga asing menjadi semakin parah" katanya.

    Tak bohong kaki bola

    Posted: 17 Jun 2010 08:43 PM PDT

    MUSIM Piala Dunia membuatkan stesen penyiaran terulung negara, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kembali mendapat perhatian.

    JADI TUMPUAN...peminat bola sepak Piala Dunia tidak melepaskan  peluang menyaksikan perlawanan di skrin besar.
    JADI TUMPUAN...peminat bola sepak Piala Dunia tidak melepaskan peluang menyaksikan perlawanan di skrin besar.
    Bagaimanapun selepas seminggu Piala Dunia berlangsung, ramai tidak senang dengan RTM apabila mendakwa stesen televisyen itu membohongi rakyat kerana mereka tidak dapat menikmati siaran langsung seperti mana diuar-uarkan.


    Ramai menghantar kiriman emel kepada Arena Metro menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap RTM berikutan kegagalan menyiarkan semua perlawanan Piala Dunia secara langsung.


    "RTM membohongi kami. Daripada promosi di televisyen, mereka cakap macam siarkan semua perlawanan secara langsung, tapi banyak yang tidak. Malah perlawanan secara langsung yang disiarkan pula kebanyakannya tidak menarik," kata seorang pembaca.


    Seorang lagi pengirim berkata: "Saya berasa sungguh dukacita dengan RTM kerana tidak menyiarkan siaran perlawanan bola sepak Piala Dunia sebagaimana diiklankan yang mengatakan RTM1 dan RTM2 sebagai penyiar berlesen untuk siaran langsung. Kalau tidak mampu, mungkin lebih baik berikan kepada stesen televisyen lain. Jangan sampai RTM dicop pembohong." Diminta mengulas, Ketua Pengarah Penyiaran, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Ibrahim Yahya menjelaskan RTM sebagai penyiar berlesen cuma diberikan hak menyiarkan siaran secara langsung hanya untuk 35 daripada 64 perlawanan keseluruhan.


    "RTM bukan penipu. Kami sudah memaklumkan kepada masyarakat lebih awal mengenai perlawanan yang akan disiarkan sepanjang Piala Dunia. Kami lakukan promosi menerusi siaran radio RTM, TV1 dan TV2 serta iklan di akhbar. Tapi mungkin ramai peminat tidak tahu kerana mereka tidak mengikuti perkembangan," kata Ibrahim.


    "Kami hanya mendapat hak siaran berlesen untuk 35 perlawanan, 24 daripadanya disiarkan secara langsung, manakala 11 lagi siaran ulangan. Bagi mengatasi isu ini, kami memohon kepada peminat bola sepak agar merujuk kepada promosi di radio RTM, TV1 dan TV2 untuk mengetahui perlawanan mana yang kami siarkan.


    "Kami mohon maaf atas kesulitan yang timbul, terutama bagi peminat pasukan tertentu kerana tidak dapat menyaksikan pasukan kesayangan mereka beraksi. "Kami tiada hak memilih perlawanan mana yang mahu disiarkan, sebaliknya ketika undian dilakukan di Astro, kami tidak bernasib baik kerana banyak perlawanan berkualiti tidak dapat kami siarkan," katanya sambil memberi jaminan RTM tidak akan terlepas siaran separuh akhir dan akhir Piala Dunia.


    Menurut beliau, RTM memperoleh dua juta penonton pada upacara pembukaan dan perlawanan pertama, manakala aksi yang disiarkan pada hari kedua pula ditonton hampir 600,000 orang.


    Dalam pada itu, Penerbit Penyelaras Piala Dunia RTM, Kamal Roslin meminta peminat melayari laman web www.rtm.gov.my/pialaduniafifa2010 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai jadual siaran perlawanan.

    3 beradik hamba seks

    Posted: 17 Jun 2010 08:40 PM PDT

    KOTA KINABALU: Tiga beradik bawah umur warga Filipina yang terpedaya dengan janji manis sindiket pemerdagangan manusia berjaya diselamatkan daripada terus menjadi hamba kepada ibu dan bapa ayam yang mendalangi aktiviti pelacuran di negeri ini.

    Mangsa yang berusia 13, 15 dan 16 tahun diselamatkan hasil beberapa serbuan dilakukan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah ke atas premis pelacuran di Tawau, kelmarin.

    Episod malang tiga beradik terbabit bermula apabila kedatangan mereka ke Malaysia untuk mencari rezeki halal tidak kesampaian selepas terjerat dalam perangkap ibu ayam sebelum dipaksa menjadi pelacur sepenuh masa.

    Helah ibu ayam yang licik dengan menjadikan rumah kedai untuk menyembunyikan kegiatan pelacuran terbongkar hasil maklumat awam dan intipan dijalankan polis sejak beberapa bulan lalu.

    Malah, lebih mengejutkan apabila dalam tiga serbuan itu, polis turut menyelamat 23 lagi gadis warga Filipina yang juga dipercayai menjadi mangsa sindiket penyeludupan dan pemerdagangan manusia.

    Serbuan diketuai Pegawai Turus Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) IPK Sabah, Deputi Superintendan Taufik Mydin selepas melakukan beberapa intipan membabitkan tiga lokasi berbeza, dipercayai menjadi markas pusat pelacuran beroperasi.Taufik berkata, serbuan pertama pada kira-kira jam 6 petang kelmarin di sebuah rumah kedai di Tawau itu, polis berjaya menyelamatkan seorang gadis berusia 13 tahun yang berasal dari Filipina.


    "Gadis berusia 13 tahun ini dipercayai dibawa masuk dari Filipina ke daerah ini sejak dua bulan lalu selepas diperdaya sindiket pelacuran.

    "Sebaik diselamatkan dan menahan seorang lelaki dipercayai bapa ayam, polis mengesan dua lagi gadis bawah umur, difahamkan kakak kepada mangsa," katanya.
    Katanya, dua mangsa yang berusia 15 dan 16 tahun itu berjaya dikesan dan diselamatkan di dua premis berasingan di sekitar bandar itu.

    "Hasil maklumat daripada dua mangsa terbabit turut membawa kepada penemuan 23 lagi wanita rakyat Filipina yang dikurung dan dipaksa menjadi pekerja seks di sebuah premis berasingan.

    "Seramai lapan ahli sindiket terbabit termasuk empat wanita ditahan reman sehingga 22 Jun ini untuk siasatan lanjut," katanya.

    Taufik meminta orang ramai yang mengetahui kegiatan berkenaan supaya segera melaporkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

    Semua gadis yang diselamatkan itu kini ditempatkan di rumah perlindungan sementara dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 13 dan 14 Akta Anti Pemerdagangan Manusia 2007.

    Katanya, semua wanita yang ditahan tidak memiliki sebarang dokumen dan ada di kalangan mereka dipercayai dikurung serta dipaksa menjadi hamba seks sejak setahun lalu.

    "Kami mendapati mereka dikawal rapi anggota sindiket yang juga dipercayai bapa dan ibu ayam. Modus operandi mereka lazimnya menerima tempahan menerusi telefon sebelum gadis terbabit dihantar kepada pelanggan," katanya.

    Tarik pelaburan swasta RM115b

    Posted: 17 Jun 2010 08:37 PM PDT

    BERBEKALKAN pelaksanaan ekosistem kondusif daripada pelbagai sudut, kerajaan yakin sasaran untuk menarik pelaburan swasta berjumlah RM115 bilion setahun di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), mampu dicapai.

    KENANGAN ...Najib  menerima cenderhati dari Datuk Siti Norhaliza  ketika melawat gerai kosmetik keluarannya di Kempen Beli Barangan Buatan  Malaysia 2010 di PWTC, semalam.
    KENANGAN ...Najib menerima cenderhati dari Datuk Siti Norhaliza ketika melawat gerai kosmetik keluarannya di Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia 2010 di PWTC, semalam.
    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata bagi membolehkan sasaran yang disifatkan amat besar itu dicapai, ia perlu diikuti tindakan susulan bersifat meningkatkan pembangunan ekosistem.


    "Ekosistem itu perlu dilihat daripada pelbagai sudut termasuk pekerja lebih produktif, berkemahiran dan efisien dengan membabitkan banyak latihan.


    "Ia termasuk keefisienan pasaran iaitu menjadikan pasaran negara lebih kompetitif. Kerajaan akan turut mengambil peranan sebagai pemangkin dan mempromosikan keefisienan pasaran bagi membolehkan sektor swasta membuat keputusan pelaburan," katanya pada majlis pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), jumlah pelaburan swasta sebanyak RM356.1 bilion dengan kira-kira 72 peratus membabitkan pelaburan swasta dalam negeri manakala 28 peratus atau RM99.7 juta adalah pelaburan langsung asing (FDI).


    Perdana Menteri berkata, di bawah RMK-10, kerajaan berusaha mengurangkan defisit fiskal daripada 5.3 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini kepada kurang tiga peratus menjelang 2015.


    Beliau berkata, melalui RMK-10, kerajaan akan berusaha memastikan taraf serta kualiti hidup rakyat bertambah baik terutama bagi 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah.

    Azhar Sulaiman Gemar Jadi Jahat

    Posted: 17 Jun 2010 08:35 PM PDT

    Azhar Sulaiman.

    PELAKON Azhar Sulaiman menyifatkan dia lebih popular apabila membawakan watak jahat atau antagonis berbanding watak baik.

    Menyoroti sepanjang lima hingga lapan tahun pembabitannya dalam bidang lakonan, Azhar berkata dia banyak membawa watak yang baik.

    "Saya selalu bawa watak baik. Hanya bermula 2004, saya dapat pegang watak jahat yang lebih memberikan kepuasan kepada saya. Jika diikutkan dialog tak berikan kepuasan dan apa-apa kelebihan yang ketara.

    "Kemudian bila saya membawa watak orang jahat, saya popular semula kerana orang lebih ingat saya," katanya kepada mStar Online.

    Azhar (dua dari kanan, barisan bawah) ketika sesi ramah mesra drama bersiri Ilusi di Sri Pentas, baru-baru ini.

    Ditanya sama ada sokongan peminat terhadapnya berkurangan selepas membawa watak berbeza, Azhar menafikan perkara itu.

    "Mereka tahu saya bermula dengan watak baik. Mereka tidak membenci saya kerana ia sebenarnya mencabar keupayaan saya," katanya yang mula berlakon mulai 1989.

    Jika diberi peluang membawa watak antagonis, dia akan merebut peluang tersebut. Malah dia akan menyuarakan hasratnya membawa watak sedemikian jika diberi pilihan.

    Mengenai watak orang tua yang dibawanya dalam drama Ilusi, Azhar berkata, ia benar-benar mengujinya sebagai 'orang tua'.

    Katanya, dia perlu bercakap mengikut gaya dan intonasi sebagai orang tua.

    "Wajah mungkin kelihatan tua, tetapi bila bercakap, kita mungkin tidak dapat mengekspresikan lenggok suara orang tua," katanya.

    Aqasha & Baizura Nikah Oktober

    Posted: 17 Jun 2010 08:34 PM PDT

    Aqasha memegang watak Fendi, seorang wartawan jenayah yang terlibat dalam siri pembunuhan gadis-gadis tanpa kerelaan diri dalam drama bersiri Dendam Orang Minyak di slot Lagenda TV3.

    KALAU sudah jodoh tidak ke mana. Itulah ungkapan yang paling sesuai diberikan kepada pelakon Aqasha,28, apabila dia bertemu semula dengan gadis idamannya selepas sembilan tahun terpisah.

    Pertemuan kali kedua yang terjalin pada tahun lalu itu memberi makna yang amat mendalam apabila dia berhasrat untuk menjadikan editor di stesen televisyen Astro, Baizura Sabri,26, itu sebagai isterinya.

    Menurut Aqasha, selepas pertemuan itu mereka bersetuju mengikat tali pertunangan pada bulan Mei lalu dan merancang mengadakan majlis pernikahan dan persandingan serentak di rumah pengantin perempuan.

    Ia di jadual akan diadakan pada 10 Oktober akan datang sementara majlis persandingan di sebelah lelaki akan diadakan sempena Hari Krismas.

    Aqasha memberitahu, mereka belum menguruskan urusan pernikahan lagi kerana kesibukan tetapi akan melaksanakannya sebelum tarikh tersebut.

    "Yang lebih penting, tunang saya ingin majlis itu nanti berjalan lancar, cukup makan dan tetamu pun selesa. Kami ingin bersederhana," katanya ketika ditemui pada sesi ramah mesra drama bersiri Dendam Orang Minyak di TV3, Rabu lalu.

    Pelakon berbakat ini mengakui dia selesa bersama Baizura kerana mereka berkongsi karakter yang sama selain tunangnya itu menerima dia seadanya.

    "Karakternya macam saya. Dia seorang yang ringkas, berfikiran tajam dan tahu apa yang dia nak buat. Kami juga berminat menonton filem," katanya.

    Katie Dinasihat Tidak Suntik Muka

    Posted: 17 Jun 2010 08:33 PM PDT

    Katie Price hadir ke Parti Oscar Elton John di West Hollywood, California pada 7 Mac 2010.

    PAKAR bedah plastik memberi amaran kepada bekas model popular, Katie Prince atau dikenali sebagai Jordan supaya menghentikan proses pembedahan plastik ke atas mukanya.

    Pakar di Klinik Harley Street Dr. Nick Milojevic berkata, Jordan, 32, akan kelihatan pelik dan sembab sekiranya dia meneruskan rawatan kologen botox pada pipinya.

    Beliau menambah, Jordan tidak menerima nasihat yang betul dan boleh mengalami masalah kesihatan yang serius termasuk lumpuh pada bahagian muka jika meneruskan rawatan tersebut.

    Muka Jordan dilihat bengkak selepas melawat klinik yang menyediakan perkhidmatan Botox sebagai persiapan majlis ulang tahun perkahwinan bersama suaminya, Alex Reid, 34, pada 3 Julai ini.

    "Katie dilihat mengambil lebih suntikan Botox daripada yang disyorkan," kata Milojevic kepada media.

    " Pipinya kelihatan seperti orang baru bangun dari tidur. Saya menasihatkan dia untuk tidak menerima rawatan itu lagi," tambahnya.

    Kehebatan Project Runaway 5 Di 8TV!

    Posted: 17 Jun 2010 08:32 PM PDT

    RAMAI yang mengambil berat tentang fesyen tanpa mengira peringkat umur. Bagi penggemar fesyen dan peragaan, rancangan realiti yang mendapat banyak sambutan kembali di 8TV!

    Project Runaway (musim kelima) ini memperkenalkan anda kepada kumpulan baru yang sangat berbakat dan pereka-pereka fesyen ini diberi peluang seumur hidup untuk menceburi bidang fesyen yang eksklusif ini.

    Sekali lagi pertandingan bermula apabila 16 pereka akan mengharungi cabaran setiap minggu untuk meraih peluang mempamerkan hasil kerja mereka di New York Fashion Week.

    Tiga peserta yang bertuah akan mendapat peluang itu tetapi hanya seorang shaja yang bakal bergelar juara Project Runaway

    Pemenang juga akan diberi ruang untuk muncul di majalah Elle, Saturn View Hybrid 2009 dan berpeluang untuk menjual hasil kerja mereka di bluefly.com.

    Selain itu wang tunai bernilai AS$100,000 akan diberikan sebagai modal memulakan bidang rekaan fesyen.

    Supermodel terkenal Heidi Klum kekal sebagai juri dan hos bersama-sama Tim Gunn, ketua pegawai kreatif di Liz Claiborne INC., yang bertindak sebagai mentor kepada peserta.

    Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim berkata, beliau sukakan konsep rancangan tersebut.

    "Seperti yang terdapat di luar sana, saya juga terpesona dengan rekaan fesyen yang diketengahkan dalam rancangan ini.

    "Saya juga teruja melihat proses rekaan di mana pakaian tersebut akhirnya dapat diperagakan di atas pentas," katanya.

    Tambah beliau lagi, rancangan itu mempunyai kelainan dari segi kreativiti dan keasliannya.

    Rancangan itu telah bersiaran sejak 3 Jun lalu setiap Khamis pukul 10.50 malam.

    Watak Pelik Taruhan Rupert Grint Idam Watak

    Posted: 17 Jun 2010 08:32 PM PDT

    Pelakon, Rupert Grint menghadiri 2010 Empire Film Awards di London pada 28 Mac 2010.

    BINTANG Harry Potter, Rupert Grint ingin mengikis imej budak baiknya sebaliknya mahu memegang watak pelik iaitu menjadi 'orang gila' dan 'penuh misteri'.

    "Saya akan membawa apa-apa watak yang berbeza daripada watak besar - seseorang yang penuh misteri dan gila adalah yang terbaik," katanya.

    "Ketika siri Harry Potter sampai dipenghujungnya, kita bakal melangkah ke dunia sebenar. Ia adalah suatu yang menakutkan untuk difikirkan.

    "Saya akan cuba berusaha mencari watak berbeza. Saya tidak ingin dianggap sebagai pelakon watak tertentu sahaja," tambahnya.

    Eminem Enggan Dilihat Lemah

    Posted: 17 Jun 2010 08:31 PM PDT

    PEMUZIK Rap, Eminem (gambar) berkata, dia takut mengakui dia sebenarnya mengalami penyakit ketagih dadah kerana bimbang orang lain akan melihatnya sebagai individu yang 'lemah'.

    "Saya memerlukan tempoh untuk mengakui saya mempunyai masalah ini. Dalam dunia hip-hop ia boleh disalahtafsirkan sebagai kelemahan. Saya tidak mahu mengaku saya lemah," katanya.

    Ditanya apakah nasihat yang dia akan berikan kepada mereka yang menghadapi masalah yang sama, katanya: "Itu adalah soalan yang sukar. Saya tidak tahu bagaimana untuk mengelakkan pertanyaan sebegitu."

    "Saya boleh berkata perkara yang klise - pastikan anda kekal di landasan yang betul. Anda perlu membuat keputusan yang tepat dalam kehidupan anda," ujarnya.

    Megan Fox Belajar Menembak Ketika Berusia 5 Tahun

    Posted: 17 Jun 2010 08:30 PM PDT

    Megan Fox ketika menghadiri acara sampingan semasa tayangan filem Jennifer's Body di Hollywood pada 16 September 2009.

    AKTRES terkenal, Megan Fox mendedahkan bahawa ayahnya mengajar dia mengendalikan senjata api ketika dia berusia lima tahun.

    Fox yang memegang watak seorang pelacur dalam filem 'Jonah Hex' berkata, dia lebih awal tahu mengendalikan senjata api.

    "Saya pernah mengendalikan senjata api, senjata api yang besar, semasa saya kecil lagi," katanya.

    Sementara itu, media melaporkan bintang filem The Transformers itu bertunang dengan Brian Austin buat kali kedua.

    Kylie Minogue Ingin Belajar

    Posted: 17 Jun 2010 08:29 PM PDT

    Penyanyi Kylie Minogue ketika ditemui pada 2010 amFAR New York Inspiration Gala di The New York Public Library, 3 Jun, 2010.

    RATU Pop, Kylie Minogue membayangkan untuk bersara dari dunia hiburan kerana mahu menjadi seorang pelajar.

    Bintang berusia 42 tahun itu mengakui dia "kurang berpuas hati" kerana tidak belajar secukupnya semasa zaman muda.

    Minogue memberitahu media bahawa dia terus keluar bekerja selepas belajar.

    "Kadang-kala saya berasa saya boleh belajar bersungguh-sungguh. Saya ingin belajar bidang fotografi. Saya ingin belajar sejarah kesenian.

    "Fantasi terakhir saya adalah mencari seorang teman semasa belajar. Seseorang yang boleh menemani saya belajar," katanya.

    'Ilusi' Di Slot Akasia 21 Jun

    Posted: 17 Jun 2010 08:27 PM PDT

    Barisan pelakon drama bersiri Ilusi.

    TIADA sesiapa yang bakal mengetahui masa depan mereka. Namun, apakah ia merupakan sesuatu anugerah yang berharga kepada Lyza lakonan Diana Rafar yang berkebolehan melihat masa depan?

    Ia adalah sebuah lagi drama menarik di slot Akasia berjudul Ilusi terbitan Asia Media Content, arahan Liza Ismail. Skrip dihasilkan oleh Nor Faznita Md Nor akan mula bersiaran pada 21 Jun 2010.

    Drama yang mempunyai 24 episod tersebut membariskan Diana Rafar, Ashraf Muslim, Ryzal Jafar, Baharudin Omar, Mahmud Ali Basha, Azhar Sulaiman, Liza Abdullah, Wan Elyas, Ika Nabila, Abby Abadi, Zamarul Hisham, Sharulzaman dan Fikhree Bakar.

    Sewaktu belajar di kolej, Lyza, Shahril (Ryzal Jaafar) dan Rizal (Ashraf Muslim) berkawan rapat.

    Dua pelakon utama Ilusi: Ashraf Muslim (kiri) dan Diana Rafar

    Lyza dan Shahril mempunyai telepati yang boleh membaca fikiran masing-masing.

    Akhirnya, Shahril melamar Lyza setelah didorong oleh Rizal. Lyza telah mendapat alamat bahawa seseorang akan terbunuh dalam kemalangan jalan raya dengan hanya melihat bayangan jam tangan yang dipakai oleh Rizal.

    Tanpa diduga, Shahril terbunuh dalam sebuah kemalangan jalan raya sebelum hari perkahwinan mereka.

    Lyza terus bermurung dan kerap mendapatkan alamat-alamat itu dengan memegang baju Shahril. Ryzal pula sentiasa menemankannya dan memberikan semangat kepada Lyza

    Kebaikan Ryzal disenangi oleh ayah Lyza, Hameed dan datuknya, Mansor. Selepas Lyza berkahwin dengan Rizal, tanpa disedari dia kini berdepan dengan ancaman.

    Alangkah terkejutnya apabila mengetahui kematian Shahril sebenarnya sesuatu yang telah dirancang.

    Apakah kuasa telepatinya dan visi-visi Lyza dapat menyelesaikan misteri yang berlaku dalam kehidupannya?

    Bapa Sarjan TUDM buat laporan polis

    Posted: 17 Jun 2010 08:25 PM PDT

    KUALA LUMPUR – Bapa kepada anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Sarjan N Tharmendran yang didakwa mencuri dua enjin pesawat tempur pesawat F5 jenis J85-21 di Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi pada 30 April dua tahun lalu, membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfield di sini, hari ini.

    Bapa Tharmendran, N Nagarajah, 71, hadir ditemani peguamnya, N Surendran serta Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, Ahli Parlimen Teluk Intan, M Manogaran dan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo-Burne, kira-kira jam 11.20 pagi sebelum keluar kira-kira 25 minit kemudian.

    Dalam laporan itu, Nagarajah mendakwa anaknya diseksa secara mental dan fizikal oleh dua pegawai TUDM berpangkat Mejar ketika proses siasatan terhadap anaknya pada Julai tahun lalu di Kem Sungai Besi.

    Menurutnya, dua pegawai berkenaan didakwa melayan anaknya dengan kejam selain memaksanya untuk mengaku mencuri bukan saja dua enjin pesawat terbabit, tetapi turut bertanggungjawab dalam kehilangan pelbagai alat ganti pesawat milik TUDM.

    "Ketika proses siasatan dibuat, seorang pegawai itu mengarahkan anak saya (Tharmendran) menanggalkan seluar dalam yang dipakai, manakala penyaman udara dipasang secara kuat.

    "Pegawai itu kemudiannya, mengugut akan memukul anak saya dengan kayu golf sekiranya dia enggan mengaku melakukan semua perkara itu," katanya.

    Ramlah Ram reda

    Posted: 17 Jun 2010 08:24 PM PDT



    Hati siapa yang tidak pilu pada saat mahligai perkahwinan yang dibina akan roboh, tambahan pula ia mampu bertahan lebih kurang 10 tahun lamanya.

    Krisis rumah tangga yang dialami oleh penyanyi popular dengan lagu Kau Kunci Dintaku Dalam Hatimu, Ramlah Ram bersama pasangannya Kamal Roslim ini dikatakan tidak boleh diselamatkan lagi hingga menuntut mereka memfailkan penceraian.

    "Sehingga kini belum ada apa-apa keputusan lagi daripada pihak mahkamah dan saya juga masih dalam proses menunggu. Jadi saya tidak boleh menerangkan dengan lebih terperinci soal ini," katanya yang tidak mahu perkara ini diperbesar-besarkan.

    Ramlah turut menegaskan, jika keputusan rasmi sudah diperolehi, pastinya dia tidak teragak-agak mengumunkan perkara ini agar segala spekulasi terhadap dirinya tidak lagi dipersoalkan.

    Sementara itu, Ramlah sendiri mengakui bahawa di dalam kehidupan rumah tangga sememangnya terjadi salah faham.

    Kerana itu Ramlah lebih suka menggunakan pendekatan untuk berbincang dulu agar ianya tidak berkesudahan dengan penceraian.

    Namun disebabkan sudah tidak ada persefahaman lagi antara mereka jadi perpisahan merupakan jalan terbaik bagi untuk meneruskan kehidupan masing-masing.

    "Saya sangat sayangkan perkahwinan saya kerana itu saya sentiasa berbincang bagi mengelakkan pergaduhan. Ini adalah cara terbaik yang saya boleh lakukan. Sedaya upaya kami telah pertahankannya tetapi jika tidak ada jodoh hendak buat macam mana.

    Saya boleh terima ini semua. Andai perpisahan terjadi saya terima dan reda sebab keputusan itu datang dari kami sendiri. Dalam masa yang sama saya dapat menghormati hak peribadi saya sendiri. Apa pun ini saya tidak akan menuding jari pada sesiapa. Ini kerana perkahwinan ini pun bukan atas paksaan sesiapa tetapi kasih sayang yang terbina setelah sekian lama berkawan," katanya dengan lebih lanjut.

    Dalam pada itu, dia tidak melulu dalam mengambil keputusan ini kerana turut mengambil usaha menjalani sesi kaunseling sebelum ini.