Adsense

Khamis, 24 Jun 2010

Malaysian Gossips, Rumours, Celebrities & Pictures Blog

Malaysian Gossips, Rumours, Celebrities & Pictures Blog


Kehadiran Maya Karin & Suami Ke Mahkamah Syariah Timbul Tanda Tanya

Posted: 24 Jun 2010 02:48 AM PDT

Maya Karin hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.

KUALA LUMPUR: Pelakon popular Maya Karin, 31 dan suaminya Steven David Shorthose,40, atau nama Islamnya Muhammad Ali (gambar) merahsiakan prosiding yang berlaku dalam kamar hakim di Mahkamah Rendah Syariah di sini yang diadakan selama dua jam sejak pukul 2 petang ini.

Maya tidak berkata "ya" mahupun tidak sama ada prosiding di mahkamah itu berhubung pengesahan pernikahan atau penceraian mereka.

Peguam syarie Nor Husniah Hussin yang mewakili Maya juga enggan memberikan komen lanjut atas arahan anak guamnya itu.

"Tiada keputusan," kata Maya ringkas di luar mahkamah.

Suami Maya, Steven turut hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini.

Maya berkata, dia mengambil pendekatan selamat untuk tidak memberi sebarang komen.

"Lebih selamat saya tak bercakap apa-apa kerana takut silap," katanya yang keluar dari mahkamah lewat 20 minit selepas suaminya.

Sementara itu Muhammad Ali turut enggan memberikan penjelasan tentang tujuan mereka ke mahkamah sebaliknya meminta pihak media bertanya sendiri kepada Maya.

Ditanya pula tentang penceraian, katanya: "No divorce" (tidak bercerai).

Difahamkan prosiding di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin itu turut dihadiri oleh dua orang saksi lelaki berbangsa asing.

Maya hadir mengenakan baju kurung putih dengan bertudung litup putih manakala Muhammad Ali memakai sepasang sut hitam.

MStar Online difahamkan, kunjungan pasangan itu ke mahkamah hari ini untuk mendaftarkan pernikahan mereka selepas kedua mereka diijabkabulkan di Villa Corte de Lago, Bellagio, Itali pada 14 Ogos 2008.

Majlis resepsi kedua mempelai diadakan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) beberapa minggu selepas itu.

Selepas dua tahun bernikah, hubungan Maya dengan guru Matematik di sebuah sekolah antara bangsa itu dikatakan menghadapi krisis dan mereka sedang dalam proses untuk memulihkannya.

"Itu Fitnah Untuk Jatuhkan Saya" - Rosyam

Posted: 24 Jun 2010 01:04 AM PDT

Rosyam Nor tenang menjawab soalan pemberita berhubung insiden dituduh menipu pelanggan melalui pelaburan jualan langsung.

PETALING JAYA: Pelakon Rosyam Nor yang dituduh menipu pelanggan dalam perniagaan jualan langsung (MLM) hari ini tampil menjelaskan tuduhan tersebut datangnya daripada individu yang berniat jahat dan ia merupakan satu fitnah.

Kata Rosyam, dia benar-benar terkejut dan terlalu kecewa apabila timbul dakwaan itu yang sedikit sebanyak telah menjatuhkan reputasinya sebagai seorang pelakon yang mempunyai ramai peminat.

"Saya amat kecewa dengan tuduhan itu. Saya ingin jelaskan di sini, saya tidak menipu. Itu semua fitnah," katanya kepada pemberita di Hotel One Utama di sini hari ini.

Rosyam membuat sidang media tersebut untuk menjelaskan kedudukan sebenar selepas dia dikatakan mengaburi mata pelanggan melalui syarikatnya Rosyam Nor Group (RNG).

Ahad lalu sebuah akhbar mingguan menyiarkan keluhan seorang pelabur perniagaan yang mendakwa Rosyam telah menipunya dengan memberi janji-janji palsu.

Pengirim e-mel berkenaan mendakwa tidak mendapat pulangan berbentuk wang tunai selepas membuat pelaburan melalui syarikat milik Rosyam sedangkan mengikut perjanjian, keuntungan akan diperoleh di antara dua minggu sehingga sebulan.

Malangnya selepas dua bulan, individu tersebut mendakwa tidak mendapat apa-apa pulangan dan akhirnya dia merasakan telah tertipu.

Menurut Rosyam, syarikatnya hanya bertindak mencari ahli dan membekalkannya kepada Power Impian Sdn. Bhd. iaitu syarikat jualan langsung yang berlesen milik jenama minuman kecergasan terkenal Power Root.

Menerusi pelaburan sebanyak RM1,160 setiap ahli akan menerima tiga produk kesihatan dan mereka perlulah mencari ahli-ahli lain sebanyak mungkin sekiranya mahu mendapat pulangan yang lumayan.

Ditanya adakah dia pernah berjanji memberi bonus kepada pelanggan selepas dua minggu melabur, kata pelakon itu orang ramai sebenarnya salah faham mengenai kaedah yang diperkenalkan.

Ujarnya, pihak Power Impian hanya akan membayar bonus dalam tempoh tersebut jika pelanggan berjaya mencari ahli masing-masing.

"Sesetengahnya tak faham. Mereka ingat bila masuk jadi ahli di bawah RNG, mereka tak payah cari ahli. Mereka mahu duduk saja untuk dapat duit. Mana boleh macam tu? Kalau kita nak banyak duit kita kena kerja kuat dengan mencari ahli di bawah kita," katanya.

Tambah Rosyam, dia mengesyaki ada individu tertentu yang iri hati melihat kejayaan syarikatnya yang pernah meraih pendapatan sehingga RM461,000 sehari dan cuba melakukan sabotaj dengan menyebarkan berita tidak benar untuk memburuk-burukkannya.

Sedangkan kata Rosyam artis-artis lain juga turut menyertai perniagaan yang sama tetapi mereka tidak "diserang" sebegitu rupa sebaliknya dia yang menjadi mangsa.

Rosyam juga berkata, gara-gara kekecohan yang berlaku itu, dia menerima kesan yang buruk apabila dalam satu sesi ceramah untuk menarik pelabur menyertai perniagaan itu, hanya enam orang sahaja yang hadir berbanding 1,000 orang dalam setiap sesi sebelum ini.

Sehubungan itu Rosyam berhasrat mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat untuk menjatuhkan namanya.

Dalam masa yang sama dia juga akan menukar strategi perniagaan bagi membolehkan perniagaan tersebut dapat diteruskan dalam usaha membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Jodoh "Ekspres" - Aishah Mahu Dibimbing Faizal

Posted: 24 Jun 2010 12:37 AM PDT

PERKENALAN penyanyi Aishah dengan suami, Faizal Sazali Zulkifli (gambar) hanya berlangsung dalam tempoh seminggu.

Tetapi dek kerana jodoh, ia tidak menghalang duda beranak enam itu untuk memperisterikan Aishah pada 30 April lalu dalam tempoh perkenalan yang singkat.

Bak kata Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin,45, dia menerima jodoh secara 'ekspres' itu kerana ia sudah menjadi ketentuan Allah.

"Saya baru kenal dia (Faizal) seminggu, terus dia ajak kahwin. Allah beri 'ekspress'. Itulah namanya jodoh," kata Aishah kepada mStar Online hari ini.

Pasangan tersebut bernikah di Narathiwat, Thailand.

Menurutnya, tidak ramai yang mengetahui tentang perkahwinan mereka melainkan orang terdekat sahaja.

"Kami mahu cepatkan pernikahan supaya terhindar daripada fitnah kerana kami selalu bersama-sama ke mana-mana. Lebih baik bernikah, jauh dari melakukan maksiat," jelasnya mengenai perkahwinan ketiganya itu.

Menerusi sebuah akhbar, penyanyi lagu popular Janji Manismu itu menafikan perkahwinan mereka berlangsung di Thailand kerana hendak berpoligami sebaliknya suaminya sedang menunggu surat cerai yang dijangka keluar pertengahan Julai ini.

Aishah juga menafikan dia menjadi punca penceraian suaminya itu.

Katanya, mereka berkenalan semasa suaminya sedang membuat permohonan cerai.

Aishah juga memberitahu tentang perancangan mereka untuk mendaftarkan perkahwinan mereka secepat mungkin.

Selepas lebih 10 tahun menjanda, Aishah akur dengan jodoh yang datang lantas tidak mengambil masa yang lama untuk mengikat kasih dengan suaminya yang berusia setahun lebih muda darinya.

"Sebelum ini, hati saya belum terbuka untuk menerima sesiapa tetapi selepas mengenalinya, saya dapat rasa dialah pilihan terbaik.

"Saya mencari lelaki yang boleh membimbing saya dan anak-anak ke jalan Allah. Insya-Allah," ujarnya yang sedang menyiapkan album yang memuatkan sebuah lagu, koleksi zikir dan doa untuk anak-anak bertajuk Anak.

Berita tentang perkahwinan Aishah itu tercetus setelah tersebarnya gambar dirinya bersama seorang lelaki dalam Internet baru-baru ini.

Aishah mengakui sengaja meletakkan gambar bersama suami barunya itu dalam laman Facebook untuk tatapan peminat-peminatnya.

Shell perkenal V-Power 97 Sabah, Sarawak

Posted: 24 Jun 2010 12:34 AM PDT


Leslie Ng (Kanan) bersama-sama pengurus teknologi bahan api Shell Global bagi Asia PaSifiK dan Asia Barat, Eric Holthusen semasa pelancaran Shell V-Power 97 di Kuching, semalam.


KUCHING 23 Jun – Pemandu-pemandu di Sabah dan Sarawak kini boleh mengalami prestasi Formula One (F1) apabila memandu kenderaan mereka dengan pelancaran bahan api baharu, Shell V-Power 97, bagi pasaran Malaysia Timur.

Pengurus Jualan Runcit Nasional Shell Malaysia Trading Sdn. Bhd., Leslie Ng berkata, bahan api itu kini boleh didapati pada harga RM2.05 seliter di stesen-stesen minyak Shell yang terpilih di Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu dan di beberapa stesen tertentu di Kota Kinabalu.

"Shell V-Power 97 dicipta untuk membantu kereta anda mencapai potensi prestasinya, apa jua kereta yang anda pandu, pada harga yang sama bagi RON97," katanya pada pelancaran rasmi bahan api V-Power 97 di sini hari ini.

Shell V-Power 97 boleh didapati di 750 stesen Shell di seluruh negara dan telah menggantikan gred bahan api RON97 di pam minyak.

V-Power 97 berbangga dengan bahan tambah Teknologi Pengubahsuaian Pergeseran yang digunakan oleh Shell bagi Ferrari dalam perlumbaan F1.

Rohana mahu berdikari

Posted: 24 Jun 2010 12:33 AM PDT


gaji harian sebanyak RM25 itulah Rohana Razali gunakan bagi menampung perbelanjaannya anak-beranak.


KERIUHAN pagi di Pasar Selayang Baru amat menghidupkan suasana. Para penjual masing-masing sibuk dengan jualan. Ada yang memekik, ada pula yang membuat pelbagai gaya suara demi memikat pelanggan.

Dalam keriuhan itulah, penulis ditemani seorang Pegawai Agihan Zakat Selayang melangkahkan kaki menemui penerima bantuan zakat, Rohana Razali, 47, bagi slot Jejak Asnaf pada kali ini.

Rohana, seorang ibu tunggal yang tidak tega menyerahkan nasibnya pada takdir Allah SWT semata-mata tanpa usaha.

Dia bangkit daripada kesusahan setelah melalui pahit-getir sebuah perceraian. Bersama tiga anak penguat semangat, Rohana tekad meneruskan tatih hayat.

"Saya memang asal orang Lembah Klang. Namun, setelah mendirikan rumah tangga, saya mengikut bekas suami ke Kedah.

"Hasil perkahwinan itulah, saya dikurniakan tiga orang zuriat, lelaki semuanya.

"Anak pertama saya, Mohammad Ikhwan, 19, kini sedang belajar di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dalam bidang grafik dan multi media. Alhamdulillah, beliau mendapat bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

"Anak kedua saya, Muhammad Iqmal, 16, dan anak ketiga pula, Muhamad Saiful Mizan, 15. Kedua-duanya kini sedang belajar di Sekolah Menengah Sengai Kertas.," cerita Rohana serba sedikit perihal keluarganya.

Rohana kembali ke Selangor kira-kira lapan tahun dahulu dan mencuba pelbagai cara demi mencari rezeki. Maklumlah, anak-anak berada di sisi dan tanpa nafkah daripada suami, maka semuanya digalas seorang diri.

"Setelah berpindah semula ke Selangor, saya menumpang di rumah saudara. Masa itu, saya pernah bekerja kilang; tapi tidak lama. Mungkin sudah rezeki saya di Selayang Baru, tidak lama kemudian saya dilamar oleh seorang kawan untuk membantu peniaga berjualan makanan di pasar ini."

Lalu, sejak lima tahun lalu, Rohana setia menjadi pekerja di gerai menjual soto, mi rebus dan bubur lambuk.

"Di gerai makan ini, saya diberikan gaji harian RM25 sehari. Alhamdulillah, dengan gaji itulah saya menampung perbelanjaan saya sekeluarga," ujarnya.

Mengimbau kembali saat awal perceraian, Rohana berkata dia hilang arah. Jiwanya kacau dan fikirannya galau.

"Saya hilang arah semasa itu. Tak tahu apa nak buat. Mujurlah berkat sokongan keluarga, khususnya kakak saya, maka saya dapat menerima keadaan ini sedikit demi sedikit.

"Kebetulan kakak ipar saya mendapat rumah baharu. Maka beliau menawarkan rumah di tanah rezab Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang dibinanya kepada saya. Rumah itu memang betul-betul berdekatan pencawang TNB dan amat uzur.

"Jika hari hujan kami anak-beranak terpaksa berlindung di bahagian hadapan rumah kerana atapnya banyak yang bocor. Dinding pun sudah reput dan terkopak di sana-sini. Bahkan pernah seekor ular tersesat masuk ke dalam bilik air. Akhirnya ada pihak yang sudi membantu dan merekalah yang menolong menggantikan apa-apa yang patut.

"Alhamdulillah, berkat adanya pekerjaan ini, maka saya dapat mengatur kembali perjalanan hidup saya. Tidak keterlaluan saya katakana, bahawa bantuan zakat juga adalah antara perkara yang amat besar kesannya dalam hidup saya. Ia memberikan saya semangat untuk memulakan langkah pertama saya," terangnya.

Katanya, jika tiadalah bantuan daripada LZS sudah pasti impian anak sulungnya untuk belajar ke hingga universiti akan terhalang.

Sebab itu dia amat bersyukur dan berterima kasih kepada LZS kerana berkongsi menanggung beban yang dipikulnya selama ini.

"Kepada para pembayar zakat, sesungguhnya zakat yang dihulurkan itulah yang banyak menolong saya dan ramai lagi orang lain yang memerlukan. Saya doakan ke hadrat Allah SWT semoga semua pembayar zakat diberkati pendapatan mereka. Jika mereka berniaga, dimajukan lagi dari semasa ke semasa, agar mereka dapat terus berzakat demi kepentingan semua," doa Rohana.

l Nota: Rohana Rozali turut menerima bantuan saraan bulanan RM250 di samping bantuan persiapan Ramadan dan pendidikan anak-anak, termasuklah anak sulung beliau yang kini belajar di KUIS.

Masjid Ahmaddiya Berlin

Posted: 24 Jun 2010 12:32 AM PDT


Masjid ahmadiyya berlin, jerman yang terpaksa ditutup pada 2007.


BERLIN yang satu ketika dahulu dikenali sebagai ibu negara Jerman Timur dan berada di bawah pemerintahan komunis. Tetapi ia tidak terlepas daripada kehadiran pengaruh Islam.

Selepas Jerman Timur dan Jerman Barat bersatu menjadi Jerman yang tunggal, Berlin tetap kekal sebagai salah sebuah ibu kota terkenal di Eropah.

Penyatuan itu turut membantu kepada perkembangan masyarakat Islamnya.

Dianggarkan terdapat 220,000 penduduk Islam di Berlin. Majoriti mereka ialah keturunan Turki (73 peratus). Malah penduduk Islam mewakili kira-kira sembilan peratus daripada keseluruhan penduduk Berlin.

Apabila ada masyarakat Islam maka sudah tentu akan wujud masjid.

Antara masjid yang terawal dibina di Berlin ialah Masjid Berlin yang juga di kenali sebagai Masjid Ahmadiyya.

Ia juga dikatakan masjid yang tertua di Jerman. Terletak di Berlin-Wilmersdorf, dibina antara tahun 1923 dan 1925.

Direka oleh K.A. Kermann ia yang mempunyai menara setinggi 30 meter menjadi lambang kelangsungan hidup masyarakat Islam di kota raya itu.

Batu asas masjid itu diletakkan pada 6 Ogos 1923 dan dirasmikan pada 26 April 1925.

Ketika Perang Dunia Kedua, Masjid Ahmadiyya mengalami kerosakan teruk kesan pengeboman tentera bersekutu.

Penyerang hendap Jerman telah diletakkan di menara masjid untuk menyerang tentera Russia. Ekoran itu menara tersebut telah dibom oleh tentera bersekutu.

Selepas perang ia dibangunkan semula untuk kegunaan masyarakat Islam di Berlin.

Pada peringkat awal, masjid itu diurus dan diselenggara oleh Pergerakan Lahore Ahmadiyya.

Disebabkan terpaksa diurus dan diselenggara secara persendirian, ia sering berhadapan dengan masalah kewangan.

Majid Ahmadiyya telah ditutup pada 2007 kerana masalah kewangan dan kekurangan tenaga kerja.

Sembahyang Jumaat terakhir di masjid itu ialah pada 13 Julai 2007.

Namun bangunan masjid itu kekal sebagai antara monumen bersejarah di kota raya Berlin.

Biarpun ia telah ditutup, namun terdapat beberapa masjid lain di Berlin untuk kegunaan umat Islam.

Antaranya Masjid Khadija yang terletak di timur Berlin.

Yang terbaru ialah Masjid Omar Ibnu Kattab yang dibuka kepada masyarakat Islam Mei lalu.

Masjid itu terletak di Pusat Mascari Berlin yang turut menempatkan sekolah dan kedai untuk orang Islam.

Berbeza dengan Masjid Ahmadiyya yang kini menjadi sejarah, masjid baru itu lebih moden.

Dengan keluasan 5,000 meter persegi, ia setinggi tiga tingkat dan mampu memuatkan 1,000 jemaah pada satu-satu masa di ruang sembahyangnya.

Bersikap reflektif

Posted: 24 Jun 2010 12:31 AM PDT


remaja Islam perlu mempelajari dan mengolahnya kembali secara kreatif supaya sesuai dengan aspirasi yang Islam.


DALAM menghadapi cabaran zaman, remaja hari ini harus mampu mengimbau masa lalu dan hari depan. Sikap reflektif adalah perlu kerana kewujudan zaman kini tidak dapat mengelak daripada mengetahui perkembangan lalu.

Yang lalu dan masa kini bakal membentuk masa depan. Yang lalu ada sejarah dan tradisi tersendiri. Hari ini kita menghadapi perubahan, tetapi tidak boleh terpisah dengan pengalaman lalu. Pengalaman lalu yang berguna adalah mata rantai menentukan kesinambungan pada hari ini dan masa depan.

Tradisi lalu tidak semua sifatnya ketinggalan, tetapi memberikan asas untuk pembaharuan hari ini. Apa yang kita lakukan pada hari ini, esok bakal menjadi tradisi. Oleh itu, tradisi yang baik dan bermanfaat elok digunakan sebagai landasan meneroka hidup pada masa kini dan juga masa depan.

Al-Quran memaparkan kisah-kisah para nabi dan rasul ribuan tahun terdahulu. Kisah-kisah itu merakam gelagat-gelagat manusia dan sejarahnya. Kisah-kisah itu lazimnya mengulangi jejak yang terjadi ribuan tahun dahulu, dan diulangi oleh manusia pada hari ini dan zaman depan.

Umpamanya Allah memberitahu dalam al-Quran bahawa sifat kejadian manusia ialah berpasang-pasang (al-Hujurat:13). Tetapi kaum Nabi Lut memilih melakukan hubungan sejenis sebagai asas perhubungan dalam kehidupan. Hal itu berbangkit semula pada hari ini dan telah banyak membawa kerosakan.

Remaja yang peka pastinya mempelajari kisah dalam konteks ibrah (teladan), hal yang sama berlaku tentang dakwah Nabi Musa a.s kepada Firaun di mana terdapat manusia yang sombong, angkuh, mengaku Tuhan memandang rendah terhadap orang-orang baik dan mulia hatinya. Kisah itu tidak hanya berlaku pada masa lalu, tetapi didapati terjadi pada masyarakat hari ini dan kemungkinan pada masa hadapan.

Oleh itu, bersikap reflektif adalah dituntut oleh agama. Mengetahui kekuatan tamadun Islam yang silam menuntut adanya sikap reflektif ini. Lazimnya remaja Islam hanya bersikap nostalgik tentang kesilaman.

Bersikap reflektif bermakna kita harus meneliti, mengkaji dan mengambil iktibar daripada kekuatan dan kelemahan silam untuk dijadikan pedoman pada hari ini.

Contohnya kekuatan Tamadun Andalusia didukung oleh kekuatan ilmu, penyelidikan dan penulisan. Ia telah mampu menghubungkan ulama dan umara' secara bijaksana. Lalu lahirlah tamadun yang menjadi contohan Barat.

Kecintaan terhadap ilmu pengetahuan umpamanya adalah sumber utama dalam setiap tamadun. Kemampuan tamadun Cina menghasilkan kertas, mesin cetak, bahan kimia dan lain-lain menjadi sumber sejagat yang dimanfaatkan oleh orang Islam.

Kehebatan al Biruni melakukan penjelajahan ke India dan mengagumi tradisi matematik mereka menyebabkan tradisi matematik Islam berkembang dengan kreatif. Begitu juga dengan kebijaksanaan Ibnu Sina dalam penerokaan dalam bidang perubatan sehinggakan kitabnya Qanun menjadi rujukan orang Eropah berabad lamanya dan diterjemahkan ke bahasa-bahasa lain.

Semua ini mengajar kita bahawa interaksi antara tamadun adalah tradisi Islam dan Islam tidak menolak ilmu bermanfaat, tradisi berguna daripada tamadun lain.

Oleh itu, ilmu Barat yang berkembang kini perlu diberikan nilai dan etika, ilmu yang bersifat sekular perlu diberikan tasawur yakni pandangan semesta yang menjadikan ilmu itu berasaskan nilai (value added). Ilmu yang berteraskan fitrah dan nilai, bakal memberi pedoman kepada penggunanya supaya natijah ilmu itu berguna kepada manusia dan kemanusiaan.

Jika aspek ini diabaikan, maka gelombang globalisasi yang sedang melanda dengan hebatnya bakal menghanyutkan generasi akan datang dalam arus sekular dan liberal.

Reflektif terhadap tamadun Barat membawa kita memahami bagaimana ilmu Islam berkembang di Eropah selama hampir 700 tahun. Hari ini umat Islam menjadikannya sumber ilmu berbanding yang bermanfaat.

Umat Islam perlu mempelajari dan mengolahnya kembali secara kreatif supaya sesuai dengan aspirasi yang Islami. Di Perancis umpamanya terdapat empat cendekiawan terbilang seperti Roger Garaudy, pemikir intelektual Marxis, Maurice Bucaille, seorang pakar ilmu bedah, Jacquis Cocteu, ahli oseanografi dan Bruno Guiderdoni, pakar astrofizik terkemuka kembali kepada fitrah.

Islam menjadi lebih menarik di Barat kerana ia didekati secara ilmu dan saintifik dan ia memberi tanda untuk suatu kebangkitan. Maurice Bucaille, dalam bukunya, Al-Quran dan Sains Moden, menceritakan dengan banyaknya tentang keakraban kitab al-Quran dalam dunia sains moden.

Maka untuk melaksanakannya, perancangan masa depan dan berpandangan futuristik adalah perlu dan digalakkan dalam Islam, sebagaimana Rasulullah SAW merancang membina kota Madinah sebagai kota Islam dan usaha-usaha yang baginda lakukan untuk membangunkan kota Madinah dan Mekah.

Visi dan misi baginda telah berjaya mengembangkan syiar Islam sehingga berkembang menjadi tamadun Islam di seluruh dunia. Inilah yang perlu dicontohi.

Bersikap reflektif bukanlah hanya memandang sejarah secara nostalgik, tetapi mengumpul tinggalan dan kekuatan kisah silam untuk dijadikan pasak-pasak tamadun hari depan. Masa depan bergantung kepada sejauh mana kekuatan yang ada pada kita hari ini, dan kekuatan hari ini mesti dibina dengan perancangan yang strategik dan konsisten.

Remaja Islam harus lebih bijaksana untuk tidak menerima sesuatu dari Barat secara melulu dan membuta tuli. Sebaliknya dengan kekuatan kefahaman mengenai tasawwur, sejarah dan tamadun Islam, remaja Islam akan terus terpandu untuk memanfaatkan faedah berbanding yang terbaik dari Barat dan Timur.

Seterusnya mengungkap kembali dalam acuan sendiri secara bijaksana supaya manfaatnya tidak saja menyumbang kepada pembangunan diri tetapi juga kepada negara, umat dan masyarakat seluruhnya.

Ijtimak Tahunan Saudara Muslim

Posted: 24 Jun 2010 12:29 AM PDT


MUHAMMAD Fitri Abdullah menyampaikan ceramah yang bertajuk Permasalahan Saudara Muslim Masa Kini pada program Ijtimak Tahunan Saudara Muslim Peringkat Zon Tengah 2010, baru-baru ini.


SESUNGGUHNYA kita perlu ingat bahawa Islam mengajar penganutnya supaya hormat kepada para tetamu dan orang yang menuntut ilmu. Justeru, seharusnya kita memberi galakan kepada saudara Muslim yang baru memeluk Islam agar proses mereka untuk menuntut ilmu serta mencari sinar Islam tidak terbantut.

Sehubungan itu, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan telah menganjurkan program Ijtimak Tahunan Saudara Muslim Peringkat Zon Tengah 2010 bertempat di Concorde Inn, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 11 hingga 13 Jun lalu.

Sejajar dengan 1 Muslim, Dakwah Didahulukan Saudara Muslim Diutamakan, program itu disertai oleh 70 peserta daripada pelbagai kaum iaitu India, Cina, Iban, Kadazan, Filipina, Siam, Indonesia dan Gurkha. Sebahagian besar daripada peserta hari itu telah memeluk Islam lebih dari dua tahun.

Program itu mendapat kerjasama Perkim Bahagian Wilayah Persekutuan, Perkim Bahagian Selangor dan Pejabat Agama Islam Daerah Klang.

Menurut Penyelaras Program, Amran Abdullah, usaha yang dilakukan Perkim dan badan dakwah lain menganjurkan ijtimak ini adalah sesuatu yang cukup baik.

"Program ini merupakan salah satu inisiatif untuk mengumpulkan semua saudara Muslim dalam rangka untuk membentuk perhubungan jitu serta memantapkan lagi sinar Islam.

"Melalui program tersebut saudara-saudara Muslim lebih berpeluang mengenali Perkim serta fungsi sebenarnya, di samping mewujudkan tanggungjawab mereka secara individu dan kolektif di dalam proses perlaksanaan program ini," kata Amran.

Amran yang juga merupakan Pegawai Dakwah dan Kebajikan Perkim berkata, program itu memberi peluang kepada saudara Muslim menambah pengetahuan dan menimba pengalaman, sekali gus mempertingkatkan lagi kefahaman mengenai Islam supaya dapat mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.

"Ia juga ber tujuan mempertingkatkan semangat persaudaraan di kalangan mereka supaya melancarkan lagi gerak kerja dakwah dan memberikan kefahaman lebih jitu mengenai Islam," jelasnya lagi.

Dalam ijtimak tersebut, sesi taaruf (perkenalan) menjadi agenda pembuka acara seterusnya pelantikan penghulu iaitu Mohd. Yusof Abdullah dan pembahagian kepada 10 kumpulan.

Peserta diberikan pendedahan dalam pelbagai aspek, bermula dari aktiviti bercorak kecerdasan minda, solat berjemaah, kuliah selepas waktu solat, diskusi, qiamulail hingga ke aktiviti kecergasan fizikal seperti bola sepak, bola baling dan bola tampar.

Bagi meniup semangat saudara Muslim berhadapan dengan masyarakat Islam, pendakwah bebas, Muhammad Fitri Abdullah dijemput untuk berkongsi pengalaman melalui tajuk ceramahnya Permasalahan Saudara Muslim Masa Kini.

Peserta dihimpunkan melalui perhimpunan berbentuk ilmu untuk meningkatkan lagi kefahaman Islam dan mengaplikasikan pelajaran yang diajar melalui slot Halaqah.

Halaqah pertama membawa peserta memperkasakan ilmu mereka dengan Rukun Islam dan Rukun Iman. Pemudah cara membantu peserta membaca serta menghafal pengertian lafaz syahadah, solat, puasa, zakat dan haji.

Pada slot Halaqah kedua, peserta dibawa meneroka ilmu bersuci dan ibadah. Antara diberi penekanan adalah bahagian najis, mandi wajib, wuduk, azan, iqamah, solat jamak, qasar, masbuq dan sujud sahwi. Ia diikuti dengan slot Halaqah ketiga yang menekankan kepada jenis-jenis solat.

Peserta kemudian memperdengarkan bacaan dalam solat dalam slot Halaqah keempat seperti azan, iqamah, Surah Al-Fatihah, doa Qunut, tahiyat serta surah-surah lazim antaranya Surah An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafirun, Al-Kauthar, Al-Asr dan Al-Fil.

Pertandingan azan, ayat lazim dan kuiz fardu ain menjadi satu acara kemuncak.

Sementara itu, Pengarah Dakwah Perkim, Abdul Hanif Harun telah menyampaikan hamper kepada kumpulan Saidina Hamzah yang dianugerahkan sebagai pemenang keseluruhan.

Seterusnya, diikuti dengan ceramah Kewajipan Berpegang Kepada Pemahaman Arus Perdana Ajaran Islam yang telah disampaikan oleh Mantan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) merangkap Pengerusi Perkim Bahagian Wilayah Persekutuan, Datuk Hj. Mohd. Nakhaie Hj. Ahmad.

Program terbabit diserikan dengan kehadiran Naib Yang Dipertua Perkim, Prof. Emeritus Datuk Dr. Ariffin Suhaimi yang turut menyempurnakan majlis penutup dan menyampaikan sijil penghargaan.

Ariffin menyarankan agar penerima zakat itu dapat mengikuti kelas pengajian harian yang dianjurkan oleh Perkim Kebangsaan secara percuma pada setiap hari bermula dari pukul 5.30 petang hingga 9.30 malam yang dikendalikan guru bertauliah.

"Terdapat pelbagai mata pelajaran yang ditawarkan oleh Perkim antaranya; akidah, ibadah, hadis, akhlak, fekah, sirah Nabi, Iqra', Bimbingan Solat, Pasca Perkahwinan, Tafsir al-Quran, Pengajian Islam dan Bahasa Arab dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan India," jelas Ariffin.

Bengkel urutan 'Touch'

Posted: 24 Jun 2010 12:28 AM PDT


Perunding Paediatrik dan Kardiologi, Dr. Zulkifli Ismail.


SEJAK berzaman cara sentuhan dan mengurut bayi dipercayai boleh membantu dalam tumbesaran si kecil.

Selain memberikan rasa kelegaan dan keyakinan, sentuhan secara urutan mengeratkan lagi kasih sayang antara bayi dan ibu atau bapa mereka.

Justeru kepada semua ibu bapa dan mereka yang bakal bergelar ibu dan bapa, Johnson's Baby akan menganjurkan bengkel urutan bayi 'Touch' bagi memberikan pengetahuan kepada para peserta yang berminat.

Tahun ini, siri bengkel itu akan diadakan di tujuh negeri untuk mendidik ibu bapa, bukan saja mengenai cara-cara mengurut bayi tetapi juga akan dilengkapkan dengan tip dan panduan bagaimana cara menjaga dan memandikan si manja.

Tunjuk ajar tersebut akan dilakukan oleh ahli-ahli profesional dalam penjagaan kesihatan bayi.

Menurut Pengarah Urusan Johnson & Johnson Sdn. Bhd., Joyce Lee, peluang untuk mempelajari teknik penjagaan bayi yang terbaik daripada pakar di satu-satu tempat adalah sangat kurang.

Oleh itu bagi mereka yang baru atau bakal bergelar ibu dan bapa seharusnya tidak melepaskan peluang untuk menghadiri bengkel ini.

Tambah Joyce lagi, sebelum ini seramai 3,000 peserta terdiri daripada ibu bapa serta jururawat telah menghadiri bengkel yang serupa dalam tempoh dua tahun ini.

''Maklum balas yang positif menerusi bengkel dalam dua tahun ini menunjukkan lebih ramai ibu bapa semakin sedar akan kebaikan terapi urutan dan mengambil inisiatif untuk belajar cara yang betul dan efektif untuk mengurut bayi mereka,'' katanya.

Joyce turut memuji keinginan ibu bapa yang ingin mempelajari teknik terapi Touch sebagai satu langkah yang penting untuk membantu bayi mereka membesar dengan sihat terutamanya tahap perkembangan emosi dan fizikal bayi.

''Kajian perubatan menunjukkan bahawa urutan bayi membantu meningkatkan tumbesaran tulang bayi sehingga 15 peratus.

"Urutan yang kerap juga menggalakkan perkembangan kemahiran motor yang lebih baik, perkembangan otot dan orientasi yang semuanya amat penting dalam membantu bayi untuk belajar berdiri dan berjalan,'' katanya.

Joyce juga menjelaskan dengan mengurut, bayi yang lahir pramatang akan bertambah beratnya dengan lebih cepat.

Manakala bayi yang cukup bulan dan sihat mempunyai tahap tekanan yang lebih rendah serta daya ketahanan yang tinggi untuk melawan penyakit.

''Semasa mengurut, ibu bapa dan bayi juga akan mempunyai hubungan mata. Sentuhan penuh kasih sayang daripada ibu bapa juga menambah interaksi antara mereka dan membentuk hubungan ibu bapa yang erat,'' jelasnya.

Untuk mempelajari cara mengurut yang betul, memandi dan menyusukan bayi, ibu bapa hanya perlu mendaftar bagi bengkel Urutan Bayi 'Touch' dan membayar RM20 bagi setiap pasangan.

Bantuan untuk Nasom

Posted: 24 Jun 2010 12:27 AM PDT


Kakitangan P&G bersama kanak-kanak dari Nasom ketika kunjungan ke pusat kebajikan tersebut.


Saban hari, kita dipaparkan dengan laporan tentang bantuan yang dihulurkan syarikat korporat dalam meringankan bebanan golongan susah.

Laporan yang dipertontonkan itu menunjukkan bahawa kesedaran syarikat korporat bagi menjalankan tanggungjawab sosialnya untuk membantu individu yang memerlukan semakin tinggi.

Bukan kerana nama atau untuk kepentingan peribadi, bantuan dihulurkan itu bertujuan memberikan sinar keselesaan kepada penerima.

Justeru awal bulan ini, Procter & Gamble Malaysia (P&G) menganjurkan lawatan dikenali Open Minds P&G untuk kakitangannya ke bangunan ibu pejabat Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom) yang terletak di Titiwangsa, Kuala Lumpur. Ia sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia yang diraikan bulan lalu.

Bangunan itu didirikan sebagai tempat penginapan bagi memberi perkhidmatan kepada 87 kanak-kanak yang mengalami autisme antara umur tiga hingga 14 tahun.

Seramai 30 orang kakitangan P&G menyertai lawatan berkenaan bagi meluangkan masa bersama 50 orang kanak-kanak autisme dan meraikan mereka dalam satu majlis makan tengahari istimewa.

Pada majlis itu juga P&G telah menyerahkan sumbangan berjumlah RM33,307 kepada Nasom hasil kempen The Best of Beauty and Grooming by P&G yang dibuar dengan kerjasama rangkaian kedai Watsons.

Melalui kempen itu, sejumlah kecil daripada nilai setiap produk terpilih P&G yang dibeli pelanggan Watson akan disalurkan ke dana kebajikan.

Pada lawatan itu juga, kakitangan P&G turut berpeluang mempelajari secara menyeluruh tentang autisme yang dialami berjuta kanak-kanak di seluruh dunia.

Pengarah Eksekutif dan Prinsipal Nasom, Liew Yoon Liew berkata, organisasi itu sudah menubuhkan 16 Program Pengesanan Awal dan tiga pusat latihan untuk penghidap autisme.

"Kami menubuhkannya untuk memberi pendidikan, bantuan, penjagaan dan perlindungan kepada penghidap autisme dan kaum keluarga mereka.

"Selaku badan kebajikan bukan kerajaan yang tidak bertujuan untuk mengaut keuntungan, kami amat bergantung kepada sokongan dan kemurahan hati organisasi yang sudi membantu," katanya.

Sementara itu wakil P&G, Yuri Hermida memberitahu, dalam tempoh 10 tahun ini, bahagian Tanggungjawab Sosial Korporat Open Minds P&G berbangga kerana dapat membantu Nasom dan kanak-kanak penghidap autisme.

Katanya, kakitangan P&G sememangnya meminati program kebajikan seumpama itu dan ia akan terus komited untuk meneruskan usaha sama pada masa depan.

Nenek besarkan cucu sindrom down

Posted: 24 Jun 2010 12:26 AM PDT


Susah senang Alimah Samad sentiasa di sisi anak dan cucu.


Biarpun diuji dengan pelbagai dugaan hidup, keluarga besar ini tetap bersatu dengan si ibu menjadi tunggak menaungi keluarga. Dalam keadaan serba kekurangan dan hidup yang penuh kesempitan, sisa-sisa kudrat terpaksa dikerah untuk memastikan nasib anak dan cucu kesayangan terbela.

Apa pun rintangan, Alimah Samad, 72, reda dengan ketentuan Ilahi. Malah hari demi hari ditempuh tanpa rungutan mahupun penyesalan.

Sudahlah hidupnya susah dan miskin, diuji pula dengan kehadiran cucu, Muhd. Izz Hakimi Mohd. Ilham, 4, yang menghidap sindrom down dan cacat anggota badan.

''Biarpun dalam kehidupan sebegini, kami tidak pernah menyesal dengan dugaan yang diberikan. Malah kami bersyukur kerana masih mempunyai tempat berteduh dan berkumpul,'' ujarnya yang juga menghidap penyakit jantung sejak beberapa tahun lalu.

Kata Alimah, biarpun dianugerahkan dengan cucu yang kurang sempurna tiada sekelumit rasa malu untuk berdepan dengan orang ramai.

Malah dia percaya ada hikmah di sebalik semua dugaan itu.

''Lagipun bukan susah menjaga Muhd. Izz sebab dia tidak banyak kerenah.

''Biasanya Muhd. Izz suka bersendirian dan tidak suka berada di tempat yang ramai orang.

"Jadi dia banyak menghabiskan masa bersama saya daripada keluar bermain-main,'' ujarnya ketika dikunjungi di kediamannya di Taman Salak Jaya, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kunjungan tersebut sempena lawatan kebajikan oleh Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Seputeh, Senator Datuk Azizah Abdul Samad.

Selain Muhd. Izz, rumah teres setingkat dua bilik tinggalan arwah suami Alimah itu turut menjadi tempat berteduh kepada tujuh lagi ahli keluarga wanita itu.

Ini termasuk ibu bapa dan seorang abang Muhd. Izz, serta seorang lagi anak perempuan Alimah, Norhayati Abu Chik bersama tiga anaknya.

"Memandangkan ibu bapa Muhd. Izz tidak mempunyai kerja tetap jadi saya mengajak mereka tinggal bersama saya.

"Begitu juga Norhayati yang baru kematian suami dan tidak bekerja. Sebagai ibu masakan saya sanggup melihat darah daging hidup tidak menentu

"Walaupun bersesak dalam rumah sempit ini yang penting ada tempat berlindung. Selagi terdaya saya tidak kisah menanggung mereka," katanya yang hanya bergantung hidup dengan wang pencen peninggalan suaminya berjumlah RM1,300 sebulan.

Dengan wang sebanyak itu dia menguruskan keperluan harian mereka sekeluarga termasuk perbelanjaan sekolah cucu-cucunya.

''Kadang-kadang terpaksa juga mencatu makanan, maklumlah sekarang semua barang sudah mahal.

"Setiap bulan saya peruntukkan sebanyak RM300 untuk ubat-ubatan saya manakala selebihnya saya serahkan kepada anak perempuan untuk menguruskan keperluan rumah,'' ujarnya

Dia yang sudah beberapa kali membuat pembedahan jantung, kini hanya bertahan dengan ubat-ubatan yang dibekalkan daripada hospital.

''Biarpun kehidupan kami sekeluarga susah tapi demi janji saya pada arwah suami saya akan pastikan terus bersama anak-anak walaupun ketika susah dan senang," ujarnya mengakhiri perbualan.

Tidak lagi percaya suami seratus peratus

Posted: 24 Jun 2010 12:21 AM PDT

Seorang isteri boleh merasakan perubahan tingkah laku seorang suami, lebih-lebih lagi jika membabitkan seorang orang ketiga.

Inilah kisah yang ingin dikongsi oleh Aza (bukan nama sebenar) minggu ini.

"Saya berusia awal 30-an, baru berkahwin ketika kejadian berlaku sekitar 2006. Suami pernah menipu tetapi kelentongnya terbongkar tanpa perlu saya siasat, semua berlaku secara semula jadi.

"Ketika itu saya mengandung. Suami bekerja di Kuala Lumpur. Dia banyak keluar daerah, utara, selatan, Pantai Timur dan juga Malaysia Timur.

"Semasa di Kedah dia buat hal dengan seorang kerani di sebuah pejabat swasta. Walaupun tidak nampak apa-apa perubahan, naluri seorang isteri tetap nampak perubahan suami, tambahan pula saya sedang mengandung lima bulan.

"Satu hari dia menghantar saya ke pejabat. Dalam perjalanan telefonnya asyik berdering, tapi dia langsung tidak peduli. Apabila saya menyuruh dia menjawab, katanya tidak apa.

"Lalu saya teringat selama ini kalau telefon berbunyi semasa saya ada, dia menjawabnya dengan elok, ini lain pula sikapnya. Saya mula curiga tetapi masih tidak komen apa-apa. Tetapi dia yang rasa rimas.

"Esoknya, kejadian sama berulang. Kali ini jawapannya menyakitkan hati saya. Katanya, "Saya sedang bawa kereta nak hantar isteri ke pejabat," hati saya sejuk sebab dia sebut nak hantar isteri ke pejabat.

"Esoknya berlaku lagi. Kali ini saya hilang sabar. Saya tanya, siapa yang selalu telefon pagi-pagi itu.

"Berkali-kali saya desak dia bercerita, akhirnya dia mengaku perempuan yang menelefon itu suka kepadanya walaupun tahu dia sudah ada isteri.

"Masuk hari keempat saya terima panggilan dari seorang perempuan. Ketika itu saya bekerja. Dia bagi tahu saya dia telefon dari Kedah memberitahu dia ada hubungan dengan suami saya.

"Saya nak bagi tahu kakak yang saya dan abang Z ada hubungan. Kami dah sebulan lebih berkawan.

"Mendengar pengakuan tidak malunya itu saya macam hendak bersalin hari itu juga...sakit hati Allah saja yang tahu.

"Saya tanya perempuan tu, dia tau ke yang suami saya itu sudah beristeri? Dia dengan tidak malunya berkata, saya tau… abang Z dah bagi tahu saya.

"Bayangkan sikap anak dara kita sekarang, hilang maruah diri dan tidak ada rasa malu langsung.

"Pulang kerja, saya dijemput suami. Saya tidak cepat melatah. Selagi belum ada bukti, saya tidak akan serang suami sewenang-wenangnya.

"Saya mesti cari bukti. Dalam kereta, saya minta pinjam telefon bimbit dia, alasan saya hendak sambung bermain game yang saya terhenti malam tadi.

"Sebenarnya saya buka mesej dia, satu persatu saya periksa, yang keluar dan yang masuk. Semuanya dari perempuan itu, antaranya ajak makan, minum dan macam-macam lagi.

"Saya menggigil macam nak terajang saya dia keluar kereta.

"Sampainya hati dia buat saya macam itu. Dalam keadaan saya tengah mengandungkan anak dia tergamak menduakan saya.

"Panas saya sampai tahap kritikal. Saya tunjukkan semua yang ada dalam telefonnya. Terkebil-kebil matanya.

"Apa lagi nak jawab, semuanya sudah ada depan mata. Akhirnya dia mengaku....skripnya tidak menjadi, lakonannya juga tidak mantap, akhirnya tembelangnya pecah.

"Dek kerana kecewa saya keluar dari rumah dan menumpang di rumah sewa kawan bujang. Tidak tahu mengapa saya sudah tidak boleh pandang lagi wajahnya.

"Dia datang mencari saya. Menangis-menangis cakap tidak akan buat lagi, dia mengaku bersalah dan sayangkan saya dan anak dalam kandungan.

"Saya berikan syarat, sekarang juga dia kena selesaikan masalah dia dengan perempuan itu. Saya mahu dia bawa saya jumpa perempuan itu dan ceritakan perkara sebenar.

"Pertemuan itu diatur. Kami berjumpa enam mata. Tahu apa perempuan itu kata kepada saya.

"Akak lah perempuan paling tamak di dalam dunia yang pernah saya jumpa.

"Selepas kejadian itu suami banyak berubah. Dia menjadi lebih penyayang dan mengambil berat. Kes perempuan itu senyap begitu sahaja.

"Kami kini sangat bahagia bersama anak perempuan kami, yang berusia 4 tahun. Walaupun sekarang tidak ada tanda-tanda yang dia akan mengulangi perbuatannya itu tetapi saya selalu berjaga-jaga dan ada perasaan curiga.

"Sekarang saya tidak percaya lagi seratus peratus kepadanya. Sekali terkena, dua kali beringat.

"Saya terus memeriksa apa yang ada dalam telefon dan beg duit dia, apa dia tulis dalam diari semuanya saya periksa.

"Saya berharap kejadian itu benar-benar menyedarkan suami dan saya berdoa supaya rumah tangga kami akan kekal sehingga ke akhir hayat, insya-Allah!," demikian Aza menutup ceritanya.

Hebat betul kisah Aza. Saya bangga dan kagum dengan keberanian yang Aza tunjukkan dalam menjaga haknya.

Ada masa kita sebagai wanita perlu berani bertindak jika ingin mencari kebenaran. Jangan menjadi 'hamba' kepada lelaki yang hanya mengambil kesempatan terhadap kebaikan wanita.

Semoga kisah Aza menjadi iktibar kepada kita semua dalam mengharungi kehidupan berumah tangga sehingga ke penghujung usia.

Menutup kata, sesungguhnya kebahagiaan terletak kepada keberanian untuk mencari kebenaran dalam sebuah kehidupan yang telus, ikhlas dan harmoni. Salam

Wanita sasaran pengusaha rokok

Posted: 24 Jun 2010 12:20 AM PDT


perokok wanita perlu menjauhi tabiat merokok demi kesihatan.


Sejak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan 31 Mei setiap tahun bermula 1987 sebagai Hari Tanpa Tembakau Sedunia, pelbagai kempen dan kesedaran tentang bahaya rokok giat dijalankan. Matlamatnya bagi membendung serta menghentikan tabiat itu.

Selepas 23 tahun sambutan itu dilancar, laporan WHO menunjukkan, jumlah perokok semakin berkurangan tahun demi tahun terutama bilangan perokok lelaki yang selama ini menjadi penyumbang utama kepada keuntungan industri tembakau.

Malah laporan itu juga menunjukkan kempen-kempen berhenti merokok yang dianjurkan pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) membuahkan hasil.

Perkembangan itu menimbulkan kebimbangan di kalangan industri tembakau di seluruh dunia kerana penjualan rokok semakin menurun.

Bagi mengelakkan 'gulung tikar' akibat kerugian dalam penjualan rokok, syarikat-syarikat tembakau kini mengambil langkah bijak dengan menyasarkan golongan wanita sebagai pengguna baru bagi menggantikan lelak.

Malah WHO memberi amaran bahawa syarikat-syarikat pengeluar rokok kini menjadikan wanita di negara-negara sedang membangun sebagai sasaran kerana menganggap golongan ini sebagai pasaran baru yang sedang berkembang.

Sebagai contoh menurut agensi badan dunia itu, di Bangladesh kira-kira 28 peratus wanita dewasa negara itu kini merokok dan 43 peratus penduduk dewasa atau 41 juta orang mengambil tembakau dalam pelbagai bentuk, iaitu meningkat daripada 37 peratus pada 2004.

Kajian oleh Projek Kawalan Tembakau Antarabangsa mendapati paten yang sama juga berlaku di seluruh rantau ini yang menyaksikan peningkatan penggunaan tembakau di kalangan wanita terutama di Asia Tenggara seperti Indonesia, Filipina, Kemboja dan tidak ketinggalan Malaysia.

Golongan itu dijadikan kumpulan sasaran terbesar kerana industri tembakau sedar wanita hari ini lebih maju, berpelajaran dan mempunyai kedudukan hebat dalam kerjaya.

Wanita mempunyai lebih kuasa untuk berbelanja dan bebas membuat pilihan termasuk dalam soal melakukan kegiatan sosial secara bebas seperti merokok jika tertarik untuk berbuat demikian.

Menyedari naluri wanita yang gemar bergaya, sukakan barangan berbentuk menarik dan warna indah, industri tembakau menyusun strategi memanipulasi kecenderungan dan minat golongan Hawa itu dengan menghasilkan rokok unik yang mampu menarik minat kaum itu.

Jika dilihat di pasaran terutama kedai serbaneka 24 jam, rokok yang menyasarkan pembeli wanita, dijual dalam pelbagai jenama secara terbuka seperti jenis 'sejuk' atau digelar 'rokok mentol' dan dalam beberapa perisa termasuk strawberi, coklat serta vanila.

Lebih menarik minat kaum hawa apabila industri tembakau mengeluarkan rokok dalam kotak bersaiz comel, cantik dan kecil yang boleh disimpan dalam bekas gincu.

Selain itu, bagi mempromosikan produk rokok yang dihasilkan, syarikat tembakau mengeluarkan kempen iklan melalui risalah dan Internet mengenai kebaikan merokok kepada penampilan.

Mana mungkin wanita tidak tahu kesan tidak baik merokok kepada kesihatan diri, keluarga dan orang sekeliling.

Namun, ekoran keinginan yang tinggi untuk tampil cantik serta menarik, wanita sanggup 'menutup mata' menafikan semua keburukan itu dan terus mengamalkan tabiat merokok.

Satu daripada kempen itu, menampilkan gambar wanita merokok dengan gaya sofistikated atau kata orang 'nampak stailo' yang membuatkan wanita terikut-ikut untuk merokok.

Pada masa sama, kata-kata yang menyatakan wanita mampu memperoleh bentuk badan menawan dan kekal langsing dengan tabiat merokok satu batang rokok setiap hari secara berterusan dilihat menjadi antara faktor yang mempengaruhi wanita untuk mula merokok walaupun kebenarannya masih diragui.

Faktor lain yang disenaraikan sebagai punca wanita merokok adalah bagi ketenangan jiwa, perasaan ingin mencuba dan mengikut rakan atau orang yang rapat.

Langkah yang diambil industri tembakau ini bukan sahaja dilaporkan mampu memberi pulangan berganda dalam penjualan rokok dan meningkatkan jumlah perokok wanita, tetapi juga menyumbang kepada lebih banyak kematian akibat penyakit berkaitan rokok.

Kaum wanita perlu diberi perhatian dan kesedaran penuh tentang sikap industri tembakau yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata.

Sedarlah perokok wanita, perlu menjauhi tabiat merokok demi kesihatan kerana pendedahan kepada bahan merbahaya itu lebih banyak mendatangkan kesan buruk.

Remaja wanita mudah terikut

Posted: 24 Jun 2010 12:19 AM PDT


Syarikat-syarikat rokok kini menyasarkan wanita sebagai salah satu pasaran terbesar mereka.


Walaupun tabiat merokok di kalangan wanita dikatakan berpunca dari banyak faktor, kajian secara psikologi yang dijalankan pakar tempatan mendapati ia berpunca daripada empat faktor utama.

Pakar Psikologi Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr. Mariani Md. Nor berkata, wanita, terutama dalam usia remaja mudah terikut sikap dan penampilan rakan sebaya.

"Naluri seseorang sememangnya suka berkawan, jadi wanita terutama remaja akan tertarik untuk berkawan dengan ramai orang termasuk menyertai sesebuah kumpulan rakan.

"Bagi memastikan mereka diterima sebagai kawan, mereka akan melakukan apa yang diperlukan atau apa yang diminta rakan lain.

"Ia termasuk sanggup melakukan aktiviti yang tidak baik seperti merokok," katanya ketika dihubungi MEGA baru-baru ini.

Beliau berkata, faktor kedua disebabkan pelbagai tekanan yang dialami seseorang termasuk persekitaran, guru dan peperiksaan bagi pelajar, kewangan, pasangan hidup serta rakan.

Menurut Mariani, seseorang juga mengamalkan tabiat merokok untuk mendapatkan ilham melalui sedutan dan hembusan dalam melakukan sesuatu kerja.

"Faktor lain dilihat untuk menunjukkan gaya, penampilan dan perwatakan lebih moden.

"Wanita mempunyai naluri untuk tampil hebat jadi mereka menganggap melakukan aktiviti sosial seperti merokok mampu menunjukkan 'style'.

"Sesetengah wanita pula menganggap merokok adalah bersesuaian dengan zaman ini jadi jika tidak melakukannya, mereka merasakan diri ketinggalan zaman atau berfikir orang lain akan menganggap mereka sebagai wanita kolot," ujarnya.

Sementara itu, sumber Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menyatakan, perokok termasuk wanita seringkali memberi satu punca yang dianggap kukuh mengapa mereka merokok namun mereka seperti tidak menyedari alasan itu menyumbang kepada 1001 keburukan kepada diri sendiri.

Antara keburukan besar tabiat merokok adalah pembaziran wang dan pengamalnya berisiko tinggi menghidapi pelbagai penyakit respiratori, barah, jantung serta kesuburan.

Golongan wanita mempunyai risiko lebih banyak berbanding lelaki apabila merokok atau menyedut asap rokok kerana mereka terdedah bahaya semasa mengandung dan melahirkan, keguguran, bayi tidak cukup bulan serta bayi meninggal dunia di dalam rahim.

Laporan AADK juga menunjukkan, amalan merokok adalah punca utama kepada pertambahan jumlah penagih dadah di negara ini kerana penagihan dadah bermula dari tabiat merokok.

Selain itu, tabiat berkenaan mampu menyebabkan seseorang perokok ketagih dan ia menyumbang kepada pertambahan bilangan rokok yang dihisap.

Dari segi sesebuah negara, tabiat merokok secara meluas di kalangan penduduknya yang kebiasaannya bermula sejak usia belasan tahun akan merugikan kerana negara bakal memiliki pelapis yang kurang sihat dari segi tubuh dan minda, mempunyai tabiat sosial yang tidak baik serta jangka hayat rendah.

Bagi mengatasi tabiat merokok, AADK giat menjalankan pelbagai program antimerokok dan kesedaran bagi 'mengeluarkan' perokok daripada gejala sosial itu.

Satu daripada kaedah pendekatan dianggap paling berkesan yang digunakan AADK adalah melalui ceramah dan maklumat pendidikan di sekolah-sekolah bagi memupuk pemikiran positif di kalangan remaja serta guru supaya mereka menjauhi atau berhenti merokok.

Gerai Pendidikan Utusan diserbu pengunjung

Posted: 24 Jun 2010 12:17 AM PDT


PELAJAR sekolah mendapatkan buku Latih Tubi Koleksi ADaP Utusan Malaysia di Dewan Majlis Perbandaran Seremban, semalam.


SEREMBAN 23 Jun - Gerai Pendidikan akhbar Utusan Malaysia terus mendapat sambutan hangat pengunjung sempena Karnival Hari Guru peringkat negeri yang berlangsung di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) di sini hari ini.

Pengarang Pendidikannya, Wahid Hashim berkata, ekspo yang berlangsung selama dua hari yang berakhir hari ini menyaksikan lebih 1,000 buku Latih Tubi ADaP (Akhbar Dalam Pembelajaran) keluaran Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. habis dijual.

''Buku-buku ini terbukti berkesan digunakan di dalam bilik darjah kerana silibus pelajarannya terkini dan mengikut piawaian serta diperakui Kementerian Pelajaran akan keberkesanannya.

''Selain itu, kami juga sedang memperkemaskan lagi kandungan supaya lebih bersistematik dan memudahkan pelajar mengulang kaji pelajaran di sekolah mahupun di rumah," ujarnya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, pihaknya kini sedang merangka pelan yang lebih efektif dengan mewujudkan perpustakaan mini bergerak bagi mempromosikan produk pendidikan keluaran Utusan Malaysia.

''Perpustakaan mini bergerak itu dijangka dilancarkan pada hujung September ini di ibu negara dan selepas itu kita akan memulakan siri jelajah ke seluruh Semenanjung Malaysia.

''Usaha ini akan memberi peluang kepada semua golongan dalam mendapatkan buku latih tubi ini sama ada penduduk bandar dan luar bandar," ujarnya.

Hal ini turut diperakui sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi negeri, Datuk Shamsulkahar Mohd. Deli.

Menurut beliau, bahan tambahan pembelajaran di dalam kelas terbukti berkesan dalam meningkatkan pemahaman dan prestasi pelajar di dalam kelas.

''Saya berhasrat untuk memperluaskan bahan tambahan pembelajaran keluaran Utusan Malaysia ini ke sekolah di setiap daerah di negeri ini dalam meningkatkan prestasi pelajar," ujarnya.

Salah seorang pengunjung, Nurin Farzana Muhammad Fauzi, 12, berkata, sisipan ADaP Utusan Malaysia itu mampu memudahkannya memahami pelajaran.

''Saya telah menggunakan sisipan dan buku ini sejak awal tahun lalu dan ia mampu membantu dalam membuat persiapan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang akan datang tidak lama lagi," katanya.

Rakannya, D. Kirisha, 12, berkata, sisipan ADaP Utusan Malaysia dan buku latih tubinya mudah difahami dengan gambar rajah yang menarik.

''Grafik yang menarik serta kandungan yang tidak padat memudahkan saya memahami dan mengulang kaji dengan pantas dan sekali gus persiapan peperiksaan dapat dilakukan dengan lebih awal," ujarnya.

Kejayaan Artis Terletak Pada Tangan Komposer - Ajai

Posted: 24 Jun 2010 12:15 AM PDT

Mampu mencipta lagu secara spontan antara kelebihan 12 peserta yang terpilih dalam program realiti TV mencari komposer muda. ManggaOnline (MO) sendiri teruja dengan bakat yang dimiliki ketika sesi memperkenalkan peserta KEYNOTE di KEYNOTE Studio House.

Mengagumkan ketika masing-masing tampil menyanyikan dengan lagu ciptaan sendiri dan tak dapat dinafikan golongan muda kini kreatif menyalurkan idea kehidupan melalui seni muzik.

"Pemilihan mereka ini untuk meneruskan perjuangan komposer yang sedia ada. Bakat penting dalam penciptaan lagu, namun pendidikan perlu ada agar kedua-duanya seiring. Jika salah satu daripadanya kurang, maka ilham untuk mencipta lagu akan kekurangan jiwa didalamnya. 12 peserta pilihan saya terdiri daripada bakat semulajadi dan ada yang menerima pendidikan khas dalam muzik. Oleh itu saya mahu didik mereka agar kedua-duanya seiring.


"Sebelum ini saya melihat terlalu banyak program realiti mencari penyanyi namun tiada satupun program yang ingin memeriahkan industri penciptaan lagu. Oleh itu saya fikirkan konsep ini agar lebih ramai komposer dilahirkan dan mencantikkan lagi industri. Untuk program ini pun, dijangka sehingga akhir rancangan, kami telah mendapat 48 lagu baru untuk merancakkan industri kita," kata dekan KEYNOTE, Ajai.

Tambah Ajai lagi, program ini juga dapat mendidik penonton di rumah agar untuk mempelajari ilmu baru melalui KEYNOTE. Daripada program ini juga mereka akan sedar kepentingan komposer dalam menaikkan industri muzik Malaysia.

"Jika tiada komposer, seseorang artis itu tidak akan berjaya. Kejayaan artis terletak pada lagu ciptaan komposer. Perlu diingat bukan hanya penyanyi yang mendapat pulangan lumayan, komposer juga begitu. Diharap selepas menyaksikan rancangan ini, lebih ramai anak muda berminat untuk mencipta lagu.

"Jika sebelum ini, penonton belajar perkataan baru seperti pitching dan 'tak ada feel' daripada program realiti nyanyian. Mereka juga akan dapat belajar lebih banyak perkataan baru dalam dunia penciptaan lagu. Sama-sama kita nantikan," ujarnya akan menyerap setiap peserta KEYNOTE untuk bernaung dalam syarikat rakamannya, Wake The Baby.

KEYNOTE bakal diserikan dengan kehadiran sembilan peserta lelaki dan tiga peserta wanita iaitu, Aqasen, Faan, Fynn, Hairul, Keros, Khoo, Nazrin, Nero, Nomad, Rina, Shana, dan Syukri. Keynote boleh ditonton mulai 15 Jun 2010 setiap 10.00 malam. Siaran Konsert KEYNOTE pula akan bermula setiap Rabu bermula 30 Jun 2010 menampilkan lagu-lagu baru ciptaan peserta.


Zahrafeena ceriakan hidup

Posted: 24 Jun 2010 12:09 AM PDT


Zahnita kini lebih mudah memujuk anaknya mandi sejak menggunakan produk mandian Carrie Junior.


GELAGATNYA yang bersahaja dan menuruti apa sahaja permintaan ibunya yang dipanggil mummy membuatkan sesi penggambaran pada petang itu meriah.

Walaupun baru berusia tiga tahun, nyata Zahrafeena Zackry tidak kekok beraksi di hadapan kamera apatah lagi dengan kepetahan mulutnya ibarat bertih jagung menyuruh itu dan ini.

Keletah tersebut jugalah yang membuatkan ibunya, model dan selebriti terkenal, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, tidak betah meninggalkan rumah terlalu lama biarpun untuk sesi peragaan fesyen atau penggambaran iklan.

Rindunya pada 'buah hati pengarang jantungnya' itu membuatkan dia berusaha memastikan setiap tugasan yang diambil tidak memerlukan dia berjauhan dari rumah berhari-hari.

Ibarat pepatah Melayu, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi - sudah ada tanda-tanda jejak Zahnita sebagai model bakal diikuti anak kesayangan hasil perkongsian hidup bersama suami, Zackry Ghous Abdul Jafoor, 32.

Di hadapan kamera, Zahrafeena langsung tidak gentar. Kadangkala dia bergaya tanpa perlu diarah dalam apa jua posisi.

Menurut Zahnita, 25, puteri sulungnya itu dilahirkan pada tanggal 16 Januari 2007 secara normal.

Ketika dilahirkan, berat Zahrafeena hanya 3.2 kilogram (kg) dan tidak mengalami sebarang masalah.

Cuma menurut Zahnita yang membahasa diri sebagai Zani, ketika tempoh kehamilan, berat badannya bertambah sebanyak 30 kg.

''Anda bayangkan ketika itu barat badan Zani cecah sehingga lebih 80 kg sedangkan ketika bujang dahulu berat Zani cuma 50 kg.

''Bagaimanapun selepas habis tempoh berpantang Zani berusaha mengembalikan berat badan ke berat asal dengan mengamalkan pantang secara tradisional selain menyusukan badan.

''Saya juga mengamalkan urutan dan mengambil pelbagai jenis herba untuk mengembalikan bentuk badan asal serta mampu menyegarkan semula badan,'' ujarnya ketika ditemui di kediamannya di Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Bercerita pengalamannya ketika hamil, kata Zahnita, dia mengalami alahan pada peringkat awal.

Seminggu pertama dia muntah-muntah waktu pagi tetapi ia semakin reda dan bertambah baik dari sehari ke sehari.

Berbicara lanjut mengenai tanggungjawabnya sebagai ibu muda, menurut wanita kacukan Melayu dan New Zealand itu, ia tidaklah seteruk yang disangkakan.

Malah hidupnya kini tambah bermakna dan seronok, lebih-lebih lagi apabila dapat bersama melayani kerenah Zahrafeena.

"Saya sengaja tidak mengambil pembantu kerana mahu melihat dia membesar di depan mata sendiri.

''Bila tiada kerja, inilah masanya Zani mengambil peluang untuk berdua-duaan dengan anak. Tugas tersebut diambil-alih suami bila Zani ada kerja luar,'' tambahnya.

Ditanya saat paling digemari ketika berzama Zahrafeena ialah apabila tiba waktu untuk mandi.

Jika sebelum ini dia terpaksa membuat pelbagai cara untuk memujuknya mandi tetapi dengan adanya rangkaian produk Carrie Junior, Zahrafeena kini suka mandi dan tidak lagi perlu disuruh atau dipujuk.

Gemar dengan bau mandian Carrie Junior Cheeky Cherry, Zahnita memilih rangkaian produk tersebut kerana baunya yang tahan lama.

Mentor 4: Undian dirahsiakan

Posted: 24 Jun 2010 12:08 AM PDT


BERSEDIA... Dari kiri Mohd, Ila, Nani dan Adi bersedia memberi saingan pada peringkat separuh akhir kedua Mentor 4 minggu ini.


MALAM Ahad lalu, bermulalah saingan empat peserta Mentor musim kali ini (Mentor 4) di peringkat separuh akhir pertama.

Apa yang pasti, rata-rata protege serta mentor mereka memberikan persembahan yang cukup menghiburkan dan mengujakan seiring dengan pertandingan yang mula menjengah ke peringkat separuh akhir itu.

Mereka ialah Nani dan mentornya Azmeer, Ila (Joe Flizzow), Adi (Dayang Nurfaizah) dan Mohd (Ziana Zain).

Menerusi pemarkahan yang diberikan oleh juri awam yang mewakili 20 markah, Mohd memperoleh markah tertinggi iaitu 19 markah diikuti Ila (18 markah), Adi (15 markah) dan Nani (14 Markah).

Bagaimanapun, pemarkahan keseluruhan pada malam itu dirahsiakan oleh pihak produksi dan hanya akan diumumkan pada akhir persembahan peringkat separuh akhir kedua yang berlangsung Auditorium MBSA, Shah Alam hujung minggu ini.

Penerbit dan pengarah Mentor 4, Mohd Sufian Isa ketika ditemui sejurus tamat persembahan separuh akhir pertama Mentor 4 minggu lalu memberitahu, pihaknya merahsiakan markah yang diperoleh kerana enggan ada peserta mahupun mentor yang berkecil hati dan berasa tidak bersemangat untuk meneruskan pertandingan.

"Tambahan pula setelah kami berbincang dan diteliti keburukan mengumumkan markah keseluruhan adalah lebih banyak daripada tidak mengumumkannya.

"Biarlah peserta dan mentor-mentor mereka memperoleh sedikit bayangan daripada komen-komen yang diberikan oleh juri profesional yang diundang dan markah yang diberikan oleh juri awam sahaja," katanya.

Menerusi komen yang diberikan oleh Liza Hanim dan Ramli M.S yang hadir sebagai juri jemputan dalam persembahan tersebut, Liza berpendapat peserta yang dilihat menyerlah pada malam itu ialah Mohd manakala peserta di zon bahaya ialah Adi.

Ramli pula menyatakan Nani kelihatan menyerlah menerusi persembahannya pada malam tersebut.

Adi janji perbaiki kelemahan

Dayang dan Adi yang ditemui pada sidang akhbar yang sama memberitahu, faktor kesihatan Adi yang kurang memuaskan pada malam tersebut sedikit mempengaruhi prestasi yang dipersembahkan oleh Adi.

"Bagi saya juri ada penilaian mereka tersendiri. Sebagai mentor kepada Adi saya ambil perkara tersebut secara positif dan berjanji akan cuba memperbaiki kelemahan yang ada.

"Setiap orang ada pendapat masing-masing dan dalam setiap persembahan tidak semuanya akan kelihatan sempurna.

"Apa yang boleh saya katakan, sehingga kini Adi menggunakan setiap apa yang saya ajar dan banyak menunjukkan peningkatan," kata Dayang.

Antara usaha yang bakal dilakukan oleh Dayang terhadap Adi ialah memberi perhatian yang lebih kepada Adi dalam penghayatan lagu dan lontaran vokal.

Adi tampil menyanyikan lagu Mencintaimu manakala persembahan duet bersama mentornya menerusi lagu Enter Sandman dan Dua Insan Bercinta.

Enggan Mohd rasa selesa

Memperoleh markah tertinggi yang diberikan oleh juri awam memberi refleks yang positif untuk Mohd. Namun, ada yang mengatakan bahawa Mohd sering bernasib baik kerana mempunyai mentor yang ramai peminat.

Bagi Mohd sendiri kalau boleh dia tidak mahu cepat berasa selesa hanya kerana minggu ini dia memperoleh markah tertinggi daripada juri awam malah, dikatakan menyerlah oleh juri jemputan, Liza Hanim.

"Saya tidak kecewa jika ada yang beranggapan sebegitu sebab saya tahu ini adalah realiti bagi rancangan sebegini.

"Bagi saya itu semua bergantung pada nasib. Kadang-kadang kami artis yang dah lama menyanyi pun kalau masuk pertandingan tak menang juga.

"Apa pun, saya bersyukur ada peminat yang ramai dan mereka sering memberikan sokongan cuma saya tidak mahu Mohd terlalu selesa. Memanglah pada peringkat permulaan dulu Mohd menyanyi agak sumbang namun, peningkatan ketara dapat dilihat dalam persembahannya.

"Saya sebagai mentor cuba memberi tunjuk ajar protege kami sebaik mungkin. Cuma kadang-kadang saya rasa pandangan daripada peminat juga ada baiknya kita dengar kerana mereka yang melihat dan menilai persembahan," kata Ziana pula.

Mohd dan mentornya tampil mengembalikan nostalgia filem Maria Mariana menerusi lagu Maria Mariana dan Korban Cinta mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.

Persembahan solo Mohd menerusi lagu Pelesit Kota dan Hukum Karma juga dilihat tidak kurang menyerlahkan kemampuan vokalnya menyanyikan lagu berentak Rock.

Mendapat pujian daripada Ramli M.S, bagi Azmeer itu belum cukup memberi keselesaan baginya sebagai mentor kepada Nani yang tampil menyanyikan lagu Langit Ke Tujuh dan Di Bawah Pohon Asmara serta persembahan duet menerusi lagu Hero.

Ini kerana Nani minggu lalu memperoleh markah juri awam tercorot berbanding empat lagi pesaingnya.

"Saya tidak pasti di luar sana ada peminat Nani atau tidak. Namun, apa yang saya harapkan peminat di luar sana akan menilai bakat Nani dan bukannya kekurangan saya.

"Ada strategi yang akan saya lakukan untuk minggu depan iaitu memilih lagu-lagu yang betul-betul kuat dan bersesuaian dengan vokal Nani," katanya.

Berpuas hati dengan persembahan yang dilakukan oleh Ila, kata Joe Flizzow, persembahan yang ditonjolkan oleh Ila pada minggu lalu adalah selamat dan kurang kesilapan.

Ila tampil berani menyanyikan lagu Halo di atas buaian tinggi namun tidak sedikitpun dilihat mengganggu persembahannya pada malam tersebut.

"Saya melihat persembahan Ila tidak banyak kesilapan cuma menonjol atau tidak, kesilapan itu boleh diletakkan kepada saya kerana lagu-lagu semuanya saya yang pilih.

"Apa yang saya lihat kesemua empat protege ada kekuatan yang tersendiri dan masing-masing masih boleh perbaiki kelemahan," katanya.

Pelarian yang menyeronokkan

Posted: 24 Jun 2010 12:06 AM PDT


SALAH satu babak dalam filem Knight and Day.


MEREKA bukanlah adiwira. Mereka juga tidak mempunyai kuasa luar biasa yang memungkinkan mereka melepasi apa saja halangan.

Namun, dalam "Knight and Day", dua karakter utamanya sama hebat (atau mungkin lebih hebat) daripada adiwira komik Marvel yang pernah anda kenal.

Gandingan Tom Cruise dan Cameron Diaz menjadi faktor utama saya seronok menonton filem ini.

Selepas drama thriller Vanilla Sky (2001), mereka disatukan kembali, tetapi kali ini dalam genre aksi komedi.

Diaz memang sangat sesuai dengan watak June Havens yang sedikit 'kurang siuman', lasak dan dramatik.

Manakala Cruise sangat sajak sebagai wira yang sentiasa ada di sisi anda bila anda memerlukan.

Seperti mana tangkasnya Ethan Hunt dalam "Mission Impossible", begitulah gagahnya Roy Miller dalam "Knight and Day". Cuma kelebihan Roy ialah dia pandai berjenaka.

Keserasian Cruise dan Diaz meyakinkan saya untuk memberhentikan segala logika sepanjang menonton filem ini.

Menilai daripada trailer sebelum ini pun, penonton sudah boleh mengagak apa yang bakal mereka dapat apabila menyaksikannya.

Babak-babak awal dalam kapal terbang berjaya membuat saya ketawa. Ini kerana sifatnya yang semacam kartun apabila semua penumpang dalam pesawat itu mati dibunuh Roy, termasuk juruterbang.

Yang tinggal hanyalah dia dan June yang cuba untuk mendarat dan terbabas di ladang jagung.

Bermula dari saat itu, siri kejar-mengejar, tembak-menembak, melompat dan segala macam aksi yang terkeluar dari kewarasan fikiran, disajikan kepada penonton.

Jika anda tidak membaca sinopsis filem ini terlebih dulu, anda akan tertanya-tanya identiti sebenar Roy dan ini menimbulkan keinginan penonton untuk terus mengikutinya.

Namun demikian, di pertengahan filem, sedikit demi sedikit anda akan merasakan plot "Knight and Day" tidaklah begitu asli.

Roy merupakan seorang ejen rahsia yang diburu kerana dikatakan cuba membelot selepas tugasan melibatkan sejenis bahan senjata.

Kerana sifat Roy sebagai seorang hero, tentu ada yang sudah dapat mengagak jika dia sebenarnya yang dibelot.

Sementara June, saksi tunggal yang masih hidup di dalam kapal terbang tadi, juga menjadi buruan menyebabkan dia terlibat sama dalam pelarian Roy.

Bagaimanapun, sifat stereotaip plot filem ini mungkin akan ditolak ketepi dan dikaburi dengan babak-babak aksi yang menyesakkan nafas.

Roy dan June terpaksa melepaskan diri dari peluru di Boston, melompat dari bumbung ke bumbung di Austria dan melarikan diri dari kerbau laga di Seville.

Begitupun, saya merasakan penulis skrip filem ini agak 'malas' dalam menyusun idea setiap babak.

Lokasi pelarian mereka sangat tipikal – lebuhraya yang sibuk, gudang kosong, pulau terpencil dan sepanjang lorong-lorong di negara asing.

Saya mahu ulangi perenggan awal artikel ini.

Mereka bukanlah adiwira kerana tidak mempunyai kuasa luar biasa yang memungkinkan mereka melepasi apa saja halangan.

Namun, dua karakter utama dalam "Knight and Day" sama hebat (atau mungkin lebih hebat) dari adiwira komik Marvel yang pernah anda kenal.

Walaupun aksi mereka melampau-lampau, namun tiada sedikit pun kesan luka atau kesakitan.

Rupa mereka selepas bertarung, berkejar dan berlari masih kemas rapi, ibarat baru keluar dari bilik persalinan.

Tetapi, saya tidak kisah itu semua kerana yang 'menjual' perkara tidak masuk akal ini ialah Tom Cruise dan Cameron Diaz.

Saya percaya penonton dapat memaafkannya.

Apatah lagi dengan bantuan sinematografi dan kesan khas yang memuaskan, walau tidak cemerlang.

Kerana fokus banyak diberikan kepada Cruise dan Diaz, watak-watak lain hanya menjadi sokongan kecil, walaupun "Knight and Day" bertuah kerana dibarisi pelakon hebat seperti Peter Sarsgaard, Viola Davis dan Jordi Molla.

Filem ini diarahkan James Mangold, bukan calang-calang nama kerana pernah membawakan penonton, antaranya "Girl, Interrupted" (1999), "Walk The Line" (2005) dan "3:10 To Yuma" (2007). Pastinya, ini bukanlah filemnya yang terbaik.

Begitupun, seperti mana tema filem ini iaitu pelarian, mungkin anda juga dapat melihatnya sebagai satu eskapisme.

Menjadi pelarian dalam "Knight and Day" satu pengalaman yang menyeronokkan.

Peluang bintangi sekuel Full House

Posted: 24 Jun 2010 12:05 AM PDT


drama FULL HOUSE MENCIPTA FENOMENA YANG BUKAN SEDIKIT DI MALAYSIA.


DRAMA televisyen Korea Selatan, Full House lakonan penyanyi dan aktor antarabangsa, Rain bersama bintang cantik Song Hye-Kyo pernah mencetuskan fenomena Hallyu atau Korean Wave di Asia pada tahun 2004.

Sehingga kini, teledrama itu sudah berkali-kali diulang tayang bukan sahaja di negara asalnya bahkan di China, negara ASEAN termasuk Malaysia.

Menariknya, peminat drama ini tidak jemu-jemu menontonnya dan tidak sabar-sabar juga menantikan sekuelnya.

Namun pengharapan tinggi peminat terhadap sekuel drama ini menyebabkan pembikinannya masih tertangguh sehingga kini.

Peminat setia teledrama ini mengharapkan hero dan heroin asalnya kembali dalam Full House 2 namun penerbitnya, Kimjonghak Production mengesahkan kedua-duanya tidak dapat memenuhi permintaan itu.

Rain dan Hye-Kyo bagaimanapun disahkan akan membuat penampilan istimewa iaitu muncul secara cameo bagi mengubat kerinduan para peminat mereka.

Justeru siapa pula yang akan menjadi hero dan heroin baru Full House 2?

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kimjonghak Production, Park Chang-Sik dalam pertemuan dengan wartawan ASEAN yang mengikuti program Fellowship Betthel anjuran Perkhidmatan Kebudayaan dan Penerangan Korea (KOIS) di Seoul, Korea Selatan, baru-baru ini mempunyai jawapan yang menarik untuk soalan itu.

"Memandangkan drama ini mendapat sambutan hangat daripada masyarakat Asia, kami bercadang melibatkan seramai mungkin aktor dan aktres dari rantau ini untuk berlakon sama dalam Full House 2.

"Di Korea, kita akan mengadakan uji bakat terbuka dan pada masa yang sama, pelakon dari rantau Asia pula akan terlibat semasa penggambaran dibuat di negara mereka," katanya.

Beliau merancang mengadakan penggambaran di lokasi berbeza khususnya enam negara di mana Full House mendapat sambutan cukup memberangsangkan iaitu China, Indonesia, Thailand, Vietnam, Filipina dan Malaysia.

Untuk itu, Kimjonghak Production turut mempelawa penerbit filem dan drama dari negara terbabit menjalin usahasama menerbitkan episod tertentu Full House 2.

Bagi Chang-Sik, ia mungkin satu permulaan untuk kerjasama yang lebih besar bagi menerbitkan filem berwajah Asia pada masa depan, yang mampu menerobos sempadan antarabangsa sehingga ke Hollywood.

Bagi penerbit dan pelakon tempatan pula, mungkin ini masanya untuk mereka merentasi sempadan negara.

Siapa tahu, sebagaimana Rain dan Hye-Kyo popular di Malaysia, aktor dan aktres tempatan seperti Farid Kamil, Que Haidar, Lisa Surihani dan Liyana Jasmay juga mampu mengumpul peminat di Korea Selatan.

Cinta antara dua darjat

Posted: 24 Jun 2010 12:03 AM PDT


SEBAHAGIAN pelakon yang menjayakan pementasan Muzikal Uda dan Dara yang bakal dipentaskan pada 10 hingga 20 Julai ini di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur.


PERCINTAAN, kasih sayang, air mata dan pengorbanan adalah antara intipati yang terkandung dalam karya ulung Sasterawan Negara, Allahyarham Datuk Dr. Usman Awang, Uda dan Dara yang bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 10 hingga 20 Julai ini.

Digarap oleh pengarah yang tidak asing lagi di lantai teater, iaitu Datuk Rahim Razali, naskhah yang dahulunya pernah dipentaskan di Panggung Eksperimen Universiti Malaya sekitar tahun 1975 itu kali ini menampilkan gandingan Razali Hussain, 34, dan Misha Omar, 28, sebagai teraju utama.

Selain Razali dan Misha, antara pelakon lain yang turut menjayakan muzikal itu ialah Datin Umi Kalsom (ibu Uda), Betty Benafe (ibu Dara), Mazlan Tahir (Alang Bakhil) dan Radhi Khalid (Pak Long).

Biarpun berpaksikan kisah percintaan antara Uda dan Dara, namun sentimen Melayu yang cukup utuh seperti digambarkan oleh Usman Awang dalam karyanya itu masih dikekalkan oleh Rahim kerana itulah keindahan yang tergambar dalam kisah Uda dan Dara itu sendiri.

Bagi Razali dan Misha, keindahan nilai Melayu dalam kisah Uda dan Dara termasuk pertuturan dan adat keMelayuan yang cuba dipaparkan pastinya mencerminkan betapa indahnya gambaran di sebalik kisah cinta Uda dan Dara itu sendiri.

Ditemui pada majlis sidang akhbar muzikal itu di Istana Budaya baru-baru ini, baik Razali mahupun Misha masing-masing mengakui gementar melakonkan watak yang bagi mereka agak berat untuk ditonjolkan sisi percintaan.

Bagi memastikan gandingan mereka tidak nampak janggal, tempoh sebulan yang ada digunakan untuk mereka 'menyulam cinta' agar Uda nampak hidup di jiwa Dara dan begitulah sebaliknya.

Dalam tempoh sebulan, kedua-dua mereka harus memenuhi tuntutan cinta anak muda berusia 21 tahun (Uda) dan 17 tahun (Dara).

Sepanjang dua minggu ini mereka masih lagi dalam peringkat penghafalan skrip, Uda cuba digambarkan oleh Razali ialah seorang lelaki Melayu sejati yang pandai bermain silat namun kekurangan dari segi harta.

Seperti yang diketahui ramai, pengarahnya sebelum ini cukup cerewet memilih watak Uda yang berkebolehan bukan sahaja bersilat dan menyanyi malah, mampu menghayati karakter Uda itu sendiri.

Malah, Misha yang terlebih dahulu dipilih sebagai Dara mengakui watak Uda yang dipegang Razali kena dengan tempatnya kerana selain berkarisma, Razali juga boleh menyanyi malah, sebelum ini pelakon itu berpengalaman beraksi di pentas teater.

"Hari-hari apabila menjalani latihan kami masing-masing memanggil dengan nama watak dalam teater ini.

"Malah, krew dan pelakon lain pun memanggil kami dengan nama Uda dan Dara agar kami terbiasa dan selesa," kata Misha yang cukup berusaha memberikan yang terbaik dalam pementasan itu.

Sukar menghayati watak pada peringkat awalnya, akui Misha, dia sedikit gugup tatkala pertama kali bertentang mata dengan heronya itu.

"Terasa seperti daging-daging di pipi saya bergerak-gerak sebab terlalu malu melakonkan watak romantis," katanya.

Bukan itu sahaja, mengucapkan kata-kata romantis yang diindahkan lagi dengan puitisnya nukilan Usman Awang itu sendiri memberi cabaran yang bukan sedikit bagi mereka.

Lenggok bahasa dan gemalainya tarian Melayu yang sempat dipelajari mereka menambah lagi keterujaan Razali dan juga Misha.

Pelbagai konflik serta penindasan diselitkan bagi menghidupkan lagi drama yang tentunya mencantikkan lagi muzikal berskala besar yang memuatkan 20 buah lagu itu.

UTeM tawan Gunung Tok Nenek

Posted: 24 Jun 2010 12:01 AM PDT

PESERTA ekspedisi mengabadikan kenangan di puncak Gunung Tok  Nenek, Cameron Highlinds, baru-baru ini.
PESERTA ekspedisi mengabadikan kenangan di puncak Gunung Tok Nenek, Cameron Highlinds, baru-baru ini.
Ekspedisi empat hari turut diselitkan program kebajikan di kampung Orang Asli

KUMPULAN pendaki Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berjaya menawan Gunung Tok Nenek, Cameron Highlands selepas mengharung perjalanan mencabar dari perkampungan Orang Asli, Pos Brooke, baru-baru ini. Ekspedisi empat hari anjuran Biro Sukan dan Rekreasi, Badan Kebajikan Staf UTeM (BAKUTeM) yang disertai 24 pendaki itu turut mengadakan lawatan ke perkampungan Orang Asli serta menghulurkan sumbangan kepada mereka.Pengarah Program, Omar Abd Aziz, berkata ekspedisi berkenaan bertujuan membentuk semangat setia kawan selain membina ketahanan fizikal dan mental di kalangan pendaki.

Katanya, pendaki berjalan kaki dari Pos Brooke selama lapan jam ke Kem Kapak, tapak perkhemahan sebelum pendakian bermula. Pendakian dari Kem kapak ke puncak Gunung Tok Nenek dimulakan pada jam 4.30 pagi, mengambil masa lima jam.

"Puncak Gunung Tok Nenek yang berada di ketinggian 1,904 meter dari aras laut adalah antara gunung yang menjadi tarikan pendaki dan penggemar aktiviti lasak. Gunung ini juga dikenali dengan nama Mount Table & Chair oleh penjajah British kerana bentuknya seperti kerusi dan meja apabila dilihat dari jauh," katanya.

Menyingkap sejarahnya, Omar berkata, nama 'Tok Nenek' diberi masyarakat Orang Asli tempatan yang mengaitkan dengan mitos Tok dan Nenek yang lari ke atas gunung lalu membentuk formasi puncak berbatu. Satu puncak dikenali sebagai batu Tok dan satu lagi puncak batu Nenek.
Beliau berkata, gunung itu dipilih kerana kedudukannya yang berhampiran gunung utama di Banjaran Besar (Titiwangsa), iaitu Gunung Tahan, Korbu, Gayong, Yong Belar, Ulu Sepat, Chamah dan Yong Yap.

"Dari puncak, peserta ekspedisi dapat melihat dengan jelas kedudukan gunung berkenaan. Secara tidak langsung dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan geografi pendaki.

"Selain itu, pendaki juga diterapkan dengan nilai kesedaran terhadap kepentingan melindungi alam sekitar yang semakin tercemar dengan memastikan bahan buangan ekspedisi diuruskan dengan baik tanpa menjejaskan puncak gunung berkenaan.

Omar berkata, Biro Sukan dan Rekreasi BAKUTeM terbabit dengan pelbagai aktiviti lasak dan pernah menawan puncak Gunung Tahan.

"Kami turut menganjurkan kegiatan mendaki tebing tinggi serta aktiviti pemuliharaan alam sekitar dengan mengadakan kerjasama dengan Taman Negara di Gunung Ledang. Biro ini juga sedang merancang ekspedisi seterusnya untuk menawan beberapa gunung lagi bagi melengkapkan siri pendakian sepanjang Banjaran Titiwangsa," katanya.

Sukan staf universiti

Posted: 24 Jun 2010 12:00 AM PDT

DZULKIFLI (kanan) beramah mesra dengan kontinjen universiti pada  majlis perasmian SUKUM ke-35 di Pulau Pinang, baru-baru ini.
DZULKIFLI (kanan) beramah mesra dengan kontinjen universiti pada majlis perasmian SUKUM ke-35 di Pulau Pinang, baru-baru ini.
3,500 atlit 20 IPTA sertai kejohanan berlangsung di USM

SERAMAI 3,500 atlit menyertai Sukan Staf Universiti Malaysia (SUKUM) ke-35 yang bertanding dalam 13 acara sukan selama 11 hari di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang, berakhir Sabtu ini. Atlit dari 20 institusi pengajian tinggi awam itu bersaing dalam pertandingan bola sepak, futsal, sepak takraw, bola jaring, tenis, hoki, bola tampar, boling padang, dart, karom, tarik tali dan bowling mulai 16 Jun hingga 26 Jun ini.Naib Canselor USM, Prof Tan Sri Datuk Dzulkifli Abdul Razak, berkata SUKUM cukup penting kepada IPTA kerana ia menjadi landasan kepada kakitangan universiti untuk memperbaharui dan menjalin kerjasama di kalangan mereka.

"Semangat kesukanan perlu dipupuk di kalangan kakitangan kerana ia membantu membentuk cara hidup yang lebih sihat dengan masing-masing memberi tumpuan kepada sukan yang diminati.

"Penganjuran sukan ini akan menggalakkan lebih ramai warga universiti terbabit dengan kegiatan sukan dan riadah pada waktu lapang. Ini penting bagi mengurangkan pelbagai penyakit termasuk tekanan dan stres yang dialami kakitangan. Pada masa sama ia menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui pembabitan aktif dalam kegiatan sukan dan riadah" katanya ketika merasmikan SUKUM ke-35, di Stadium Olahraga, USM, baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan-timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengelola SUKUM, Prof Datuk Omar Osman dan Prof Asma Ismail.
Sementara itu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menghantar 180 atlit bagi menyertai 12 acara sukan termasuk bola sepak senior dan veteran, netball senior, tenis campuran, badminton campuran, olahraga lelaki dan wanita veteran, bowling lelaki dan wanita, tarik tali dan bola tampar.

Ketua kontinjennya, Datuk Ahmad Zailan Shaari, berharap pasukan UIAM berjaya membawa pulang banyak pingat dan menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan itu berlangsung.

"Saya berbangga dengan komitmen yang ditunjukkan oleh peserta, walaupun sibuk dengan tugasan kerja di pejabat namun masing-masing tetap giat menjalankan latihan pada waktu petang.

"Kesungguhan seperti ini diharapkan tidak terhenti setakat di sini saja, tetapi akan berterusan sampai bila-bila," katanya.

Dalam pada itu, juara bertahan SUKUM dua kali berturut-turut, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mahu mengekalkan kejuaraannya untuk kali ketiga tahun ini.

Ketua kontinjennya, Hirwan Jasbir Jaafar berkata, UniMAP mampu mengulangi kejayaan untuk bergelar juara berdasarkan prestasi dan komitmen yang ditunjukkan atlit.

"Persiapan rapi termasuk mengadakan latihan berpusat khas di bawah bimbingan jurulatih bertauliah menambahkan lagi keyakinan kami untuk memenangi 22 acara yang disertai terutama bola sepak, olahraga, tenis dan sepak takraw.

"Kami menyasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 40 pingat emas dan harapan ini terletak di bahu semua 279 peserta kami yang sudah bersedia 100 peratus dari segi fizikal dan mental," katanya.

DJ radio popular

Posted: 23 Jun 2010 11:58 PM PDT

Farah Fauzana
Farah Fauzana
Farah Fauzana minat tarian tradisional Melayu

PEMENANG Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 kategori Penyampai Radio Wanita Popular dan Pengacara TV Wanita Popular, Farah Fauzana Mohd Fadzil, 30, amat meminati tarian tradisional Melayu dan pernah bercita-cita ingin menjadi penari profesional. Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Fara dan Fafau itu juga amat meminati Ziana Zain dan memiliki semua koleksi album penyanyi berkenaan."Lenggok lembut tarian tradisional Melayu memang menarik perhatian saya sejak kecil lagi. Pernah juga terlintas untuk menjadi penari tradisional secara profesional, tetapi tidak kesampaian kerana mungkin bakat saya bukan di situ.

"Sejak zaman bergelar pelajar dulu lagi, saya minat sangat dengan Ziana Zain (ZZ). Boleh kata semua album penyanyi itu saya miliki. Rakan-rakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) memang tahu saya peminat ZZ, dan ketika ZZ adakan persembahan di UiTM, rakan penganjur majlis itu menugaskan saya menjaga setiap urusan penyanyi berkenaan sepanjang berada di UiTM mengadakan persembahan," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Mengimbas kenangan ketika bergelar pelajar, Fara yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian (Perhubungan Awam), berkata setiap kali ke kuliah, beliau menumpang kenderaan kawan dan kadang-kala perlu berjalan kaki kerana tidak memiliki kenderaan sendiri.

"Masa jadi 'student' dulu, kena 'struggle' sikit. Kalau sempat, dapat naik bas disediakan UiTM untuk ke kuliah. Tapi, kalau tak sempat terpaksalah `menapak` atau menumpang kawan. Kadang-kala perit juga, itulah kenangan yang dulunya amat pahit, tapi manis bila dikenang hari ini.
"Apapun, saya bertuah sebab memiliki kawan-kawan yang 'sporting'. Susah payah itu juga membantu saya menjadi seorang yang lebih berdisiplin dan bersemangat untuk menamatkan pengajian," katanya.

Fara berkata, pembabitannya dalam bidang penyiaran radio bermula pertengahan tahun 2000 apabila menyertai Radio Era sebagai anggota Skuad Perodua Era sebelum diberi kepercayaan menjadi penyampai radio di stesen berkenaan.

Katanya, selepas menimba pengalaman di stesen berkenaan, beliau memulakan langkah sebagai pengacara di TV3 mengendalikan rancangan popular stesen TV itu, Melodi.

"Rezeki saya dalam bidang ini semakin bertambah apabila ditawarkan menjadi penyampai radio stesen milik Media Prima, HotFM pada tahun 2006. Pada awal HotFM diperkenalkan kepada pendengar, saya digandingkan bersama Faizal Ismail dan mendapat sambutan luar biasa daripada pendengar.

"Sokongan berterusan peminat HotFM meletakkan stesen itu sebagai stesen radio paling popular tanah air dan pernah diiktiraf sebagai stesen (radio) nombor satu negara. Perjalanan saya dalam bidang seni juga semakin bersinar selepas menyertai HotFM apabila tawaran untuk berlakon (drama dan filem), menjadi pengacara dan macam-macam lagi," katanya.

Beliau berkata, kejayaan dikecapinya sekarang adalah hasil sokongan padu ibu bapa, kawan-kawan rapat dan peminatnya. Katanya, impiannya kini adalah untuk berada di tempat paling tinggi dalam dunia penyiaran radio dalam tempoh lima tahun lagi.

'Minat mendalam, ikhlas penting sebagai penyampai radio'

"Saya paling tidak suka apabila berdepan dengan individu yang penyibuk dan gila glamour," kata pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Pengacara TV Wanita dan Penyampaian Radio Wanita Popular 2009, Farah Fauzana Mohd Fadzil.

Katanya, individu bersikap seperti itu hanya menyusahkan orang lain untuk buat kerja dan menggambarkan sikap tidak profesional seseorang itu.

"Orang macam ini seperti tidak ada pendirian, dan sudah tentu individu seperti itu seolah-olah mempunyai agenda lain apabila menyertai sesuatu bidang kerja.

"Lebih baik jika kita bersikap ikhlas apabila menjalankan kerja yang diberikan. Kalau kita benar-benar buat kerja dengan ikhlas, sudah pasti Tuhan akan memberikan balasan yang setimpal dengan usaha yang (kita) dilakukan," katanya.

Ramai yang menyangkakan Fara seorang yang sombong dan sukar untuk didekati, namun perkara itu dinafikan beliau sambil menegaskan beliau seorang yang berperangai gila-gila.

"Tak kenal maka tak cinta, jadi kalau tak kenal siapa sebenarnya Fara ni, janganlah kata saya ni sombong. Sebenarnya, saya mudah sangat untuk didekati dan senang mesra. Saya amat menghargai sokongan peminat dan saya sedar tanpa sokongan mereka, sudah pasti saya tidak akan dikenali ramai seperti sekarang," katanya.

Sebagai pesanan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang ingin menjadi penyampai radio, Fara berkata, perkara paling penting untuk berjaya dalam bidang ini ialah minat yang mendalam.

Katanya, andai menceburi bidang ini sekadar untuk mengejar populariti dan glamour saja, lebih baik lupakan kerana tanpa minat dan sikap ikhlas, sudah tentu mereka tidak akan dapat pergi jauh.

BIODATA: Farah Fauzana Mohd Fadzil
Tarikh lahir: 7 Februari 1980
Keluarga: Kedua daripada tiga beradik
Asal: Petaling Jaya, Selangor (dibesarkan di Shah Alam)
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Perhubungan Awam),Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam
Kerjaya: Penyampai radio HotFM, pengacara Melodi (TV3), pelakon dan penerbit drama
Filem: SH3 The Movie, Gila Gila Bola, Jin Notti, Kecoh Betul dan Andartu Terlampau... 21 Hari Mencari Suami
Drama: Hanya Segeluk Air, Mangkuk Tingkat, Fatamorgana, Kisah Benar, Nur, sitkom Fara, Gadis Cuci dan Gadis Cuci The Series
Pencapaian: Pengacara TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2005, ABPBH2006, ABPBH2007, ABPBH2008, ABPBH2009 dan Penyampai Radio Wanita Popular ABPBH2007, ABPBH 2008, ABPBH2009
Duta: Telekom Malaysia (TM), Keep Slim dan Jacob's

Peneraju perubahan

Posted: 23 Jun 2010 11:56 PM PDT

KAIST adalah IPT pertama ditubuhkan di Korea bagi melaksanakan  pengkhususan pengajian dan penyelidikan bidang sains serta  kejuruteraan.
KAIST adalah IPT pertama ditubuhkan di Korea bagi melaksanakan pengkhususan pengajian dan penyelidikan bidang sains serta kejuruteraan.
KAIST IPT Korea pertama laksana pengkhususan sains, kejuruteraan

KOREA Advanced Institute of Science and Technology (KAIST) ditubuhkan pada 1971 sebagai institusi pengajian tinggi (IPT) pertama negara itu yang melaksanakan pengkhususan pengajian dan penyelidikan bidang sains serta kejuruteraan. Penubuhannya bagi memangkin perubahan ekonomi negara itu daripada industri kecil kepada peneraju sektor perusahaan berteknologi tinggi.Bagi memastikan objektif itu dicapai, KAIST ditubuhkan berasaskan undang-undang khas dan dana kerajaan selain turut dibarisi ahli akademik berkelulusan sains dan kejuruteraan dari Amerika Syarikat.

Asas penubuhan yang kukuh itu membolehkan ia berkembang pesat hingga dikenali sebagai universiti penyelidikan bertaraf global hasil kerjasama penyelidikan dengan IPT serta industri di seluruh dunia serta penganugerahan geran dan biasiswa kepada pelajar antarabangsa.

Ia menjalin kerjasama dengan 102 universiti di 30 negara termasuk Malaysia untuk melaksanakan program pertukaran pelajar yang membolehkan kira-kira 600 pelajar antarabangsa mengikuti pengajian singkat di KAIST.

Penggabungan KAIST serta Universiti Maklumat dan Komunikasi pada Mac tahun lalu membolehkan IPT itu mengukuhkan peranannya sebagai penjana modal insan bagi ekonomi berasas teknologi negara itu.
Kampus utama KAIST kini terletak di Kompleks Penyelidikan Daedeok, Daejeon; yang turut menempatkan kira-kira 50 institut penyelidikan awam dan swasta serta syarikat teknologi.

Ia menempatkan enam fakulti KAIST iaitu Kolej Sains Semulajadi, Kolej Sains Hayat dan KejuruteraanBio, Kejuruteraan, Kejuruteraan dan Sains Maklumat, Perniagaan serta Sains Kebudayaan.

Sistem pengajian dijalankan di KAIST adalah unik dan fleksibel kerana tidak terikat kepada sistem pengambilan dan keperluan kurikulum kebangsaan.
Antara lain, sistem 'Open Major' membolehkan pelajar siswazah mengikuti kuliah umum selama tiga semester sebelum memilih pengkhususan yang menepati minat dan keupayaan mereka.

KAIST juga universiti pertama di Korea diberi kelulusan melaksanakan sistem kemasukan tanpa ujian, sebaliknya berdasarkan keupayaan menyeluruh calon yang ditentukan menerusi pencapaian subjek matematik dan sains, saranan guru, kreativiti dan personaliti mereka.

Penyelidikan di KAIST dilaksana dengan sistematik menerusi lapan institut penyelidikan iaitu BioCentury, Information Technology Convergence, Design of Complex Systems, Entertainment Engineering, NanoCentury, Eco-Energy, Urban Space and Systems, serta Optical Science and Technology.

Geran penyelidikan semasa diterima universiti itu daripada sektor awam dan swasta mencecah RM1.04 bilion selain memiliki 2,694 paten domestik dan 723 paten antarabangsa.

Antara hasil penyelidikan KAIST yang terkenal adalah sistem pengangkutan elektrik, OLEV, yang membolehkan kenderaan bergerak menggunakan kuasa elektrik yang dipindahkan secara magnetik dan tanpa wayar bersumberkan kabel elektrik ditempatkan di bawah permukaan jalan.

Sistem itu diwujudkan dalam usaha mengurangkan kesesakan trafik, mengurangkan penggunaan tenaga dan mengurangkan pencemaran udara akibat asap kenderaan.

Dalam tempoh 39 tahun penubuhannya, KAIST menghasilkan lebih 33,000 ahli sains dan jurutera yang berkhidmat di IPT terkemuka seperti Universiti Harvard dan Pennsylvania selain syarikat besar termasuk Samsung, SK Telecom dan LG.

Kedudukan KAIST dalam sistem penarafan global membanggakan, antara lain, diiktiraf universiti sains dan teknologi terbaik Asia selain berada di tempat ke-69 universiti terbaik dunia menerusi penarafan Times Higher Education-QS World.