Adsense

Khamis, 24 Jun 2010

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


Hat Fail

Posted: 24 Jun 2010 07:40 AM PDT

Zina bakal hancurkan masa depan Ariel Peterporn

Posted: 24 Jun 2010 07:11 AM PDT


Polisi Indonesia kelmarin secara rasmi mengesahkan bekas penyanyi kumpulan Peterpan, Nazril Irham,29 (Ariel Peterpan) sebagai suspek utama kes video lucah yang dipercayai dilakukannya secara berasingan dengan dua wanita yang juga selebriti negara itu. Komisioner Jeneral Polis Jakarta, Ito Sumardi ketika mengesahkan perkara tersebut berkata, Ariel kini ditahan di sebuah penjara bagi membolehkan siasatan ke atasnya dilakukan atas tuduhan melakukan hubungan suami isteri tanpa nikah.



Katanya, bukan sahaja Ariel tetapi sesiapa sahaja yang berzina dan perkara itu diketahui umum perlu dihukum.

"Kalau perkara ini tidak diketahui umum, mungkin ia boleh disembunyikan tetapi bila video (lucah) sudah keluar, ia di anggap telah melanggar hukum. Luna Maya dan Cut Tari berkemungkinan akan ditahan tetapi bukan untuk menjalani proses hukuman sebaliknya melindungi mereka daripada menerima sebarang ugutan pihak luar kerana ramai yang geram dengan perbuatan mereka itu," katanya. -mStar

Small Jason MRaz - I'm Yours(ukulele)

Posted: 24 Jun 2010 12:37 AM PDT

(Lawak) Perbualan Ariel Peterporn dengan skandal-skandalnya

Posted: 23 Jun 2010 09:43 PM PDT

(GAMBAR) Kerana Kasut yang pelik Lady Gaga TERGELINCIR....

Posted: 23 Jun 2010 09:30 PM PDT









Gambar Seksi Sarah (Chloe Nicole Saralyn) – Pelakon Adamaya

Posted: 23 Jun 2010 09:15 PM PDT


Ha korang yang kipas susah mati citer Adamaya mesti sangat perasan dengan sumandak Sabah ni kan? Ala dia ni la yang jadi kawan baik Lisa Surihana dalam citer Adamaya tu, Sarah. Tapi nama betul sumandak Sabah ni Chloe Nicole Saralyn. Agak comel dan agak cun jugak. Biasa la sumandak Sabah kan banyak ala-ala model.



Antara pencapaian minah ni:-
1) Miss Sabah Universe 1st runner up 2008
2) Miss DCIM Velocity Angels 2nd Runner up
3) Miss Malaysia Hot Babes 2nd Runner up
4) Adamaya(2010)-Sara
5) Senario:Asama Garam (2010)-May



Hubungan Almy & Fizz Fairuz Terganggu Gara-Gara Fasha Sandha

Posted: 23 Jun 2010 06:50 PM PDT


PELAKON Almy Nadia mengaku hubungannya dengan aktor Fizz Fairuz agak terganggu apabila timbul desas desus kekasihnya itu turut menjalinkan hubungan dengan pelakon Tizz Zaqyah.



Almy berkata, dia juga terkejut apabila mendapat tahu Tizz dikatakan turut mengganggu hubungan Fasha dengan Rizal Ashram Ramli, bekas suami Nora Danish.

Bagaimanapun kata Almy, sebelum berita tersebut tersebar, dia dan Fizz telah terlebih dahulu menyelesaikan perkara tersebut dengan sebaik mungkin.

"Sewaktu mendengar berita ini, saya telah menghubungi Fizz dan pada mulanya dia agak berang dengan apa yang berlaku tetapi akhirnya masalah yang terjadi itu dapat diselesaikan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Fizz Fairuz memberi amaran kepada pelakon Fasha Sandha agar tidak mengaitkan dirinya dengan Tizz Zaqyah semata-mata untuk mendapatkan publisiti murahan.

Fasha dalam sebuah akhbar dikatakan membuat kenyataan menuduh Tizz sebagai individu yang bertanggungjawab mengganggu hubungannya dengan Rizal Ashram selain cuba menggoda Fizz Fairuz. Perbuatan Tiz itu dikatakan turut menyebabkan kemarahan Almy Nadia.

Kata Almy, dia tidak menafikan sebelum ini Fasha pernah bertemunya dengan Fizz untuk mengetahui konflik hubungan melibatkan Tizz Zaqyah itu tetapi mereka enggan masuk campur.

Bagaimanapun, ketika ditanya tentang hubungannya dengan Tizz itu, Almy enggan mengulas mengenainya.

"Saya tidak kenal Tizz dan tidak pernah berjumpa dengannya. Saya kenal dia pun sebab kontroversi ini tapi saya tidak mahu komen tentang dia.

"Pada saya buat apa mencampuri urusan mereka. Mereka bergaduh berebut lelaki, kenapa nak mengaitkan saya dan Fizz dalam hal ini?" soalnya yang terkilan dengan kontroversi tersebut.