Adsense

Rabu, 20 Februari 2013

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Alyah Nafi Elak Media

Posted: 20 Feb 2013 07:47 PM PST


Agak lama juga kelibat penyanyi Kisah Hati ini tidak kelihatan di media massa atau majlis besar. Justeru, kemunculannya pada Konsert Ekspresi Harian Metro 2013 di Dataran Merdeka baru-baru ini tentu saja mendapat perhatian wartawan, yang ingin mendapatkan pelbagai cerita terbaru mengenainya.
Ketiadaan Alyah buat seketika bukanlah kerana dia melarikan diri daripada sesiapa. Sebaliknya, penyanyi berusia 32 tahun ini inginkan sedikit masa untuk diri sendiri, selain meluangkan waktu bersama keluarga tercinta.

Apatah lagi sejak lima tahun lalu, dia seakan bekerja keras tanpa bercuti. Maklum saja, kejayaan demi kejayaan dicapai selepas kira-kira sedekad mencuba tidak mahu dilepas berlalu begitu saja tanpa ada susulan yang turut meninggalkan impak buat kerjaya seni serta peminat.

Lalu, baru-baru ini Alyah nekad untuk memperuntukkan sedikit masa buat diri sendiri. Lebih-lebih lagi, pelbagai kontroversi bagai mengikut jejaknya, yang turut membuatkan dia mengambil keputusan 'mendiamkan diri' buat seketika. Paling tidak, segala cerita kurang enak itu mempunyai hikmahnya juga, apabila ia dijadikan alasan untuk berehat buat sementara.

Lupakan dugaan

Kontroversi adiknya yang ditangkap bagi membela diri di Mahkamah Sesyen Johor Bahru terhadap pertuduhan melakukan samun pada pertengahan tahun lalu, pertikaian mengenai pakaian yang sepatutnya digayakan pada Anugerah Planet Muzik bersama pereka fesyen terkenal pada Disember 2012, serta kehilangan sejumlah wang daripada akaunnya yang dikaitkan dengan bekas pembantu peribadi pada Januari lalu antara rentetan cerita panas yang sudah pasti membuatkan artis ini tidak senang duduk.
Kini, selepas dua bulan berehat, mungkin tekanan dialaminya kian reda dan dia sendiri sedia untuk aktif semula. Persembahan di Dataran Merdeka Sabtu lalu menjadi kemunculan sulungnya di khalayak pada 2013.

"Saya tidak lari ke mana pun, hanya berjalan-jalan di sekitar dalam negara. Jika sebelum ini saya tak dapat menghadiri majlis perkahwinan kenalan, jadi masa cuti saya manfaatkan dengan meluangkan masa dengan banyak benda.

"Mungkin jika tiada kontroversi ini, saya tak berehat. Jadi mungkin inilah hikmahnya apabila saya perlu berehat seketika. Saya pernah menghadapi dugaan seperti ini tak lama dulu dan saya tak suka cakap berulang kali, biarlah ia berlalu seperti itu saja," katanya kepada HIP.

Rakam album kedua

Dalam diam, rupa-rupanya Alyah juga sibuk menyiapkan album kedua.

"Ia sudah 90 peratus siap dan akan dipasarkan April atau Mei depan," katanya mengenai album yang memuatkan tujuh lagu lama termasuk Kisah Hati, Kau Yang Terindah dan Realiti Dewi, selain dua lagu baru.

Gembira dengan hasilnya Alyah memberitahu, sudah lima tahun dia tidak menghasilkan album. Sebelum ini dia hanya muncul dengan single demi single.

"Selain mengumpul lagu, saya juga mengeluarkan album dengan usaha dan belanja sendiri. Jadi perjalanan agak terbatas, tapi ia bukan alasan dan saya masih mahu mengeluarkan album kerana itulah impian saya," katanya yang memilih judul Kisah Alyah.- ---

Datuk Hattan Bakal Nikah Bekas Isteri

Posted: 20 Feb 2013 07:33 PM PST

Hattan
PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Hattan memberitahu dia mungkin akan melangsungkan pernikahan dengan bekas isterinya iaitu Arianie pada Jun depan.
Menurut Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin, 49, dia merancang untuk mengadakan majlis itu serentak dengan perkahwinan adik lelakinya iaitu Achem.
"Adik saya akan kahwin pada Jun depan. Harap-harap kalau dapat buat sekali pun bagus juga.
"Lagi pun saya cuma buat majlis kecil-kecilan untuk keluarga dan rakan rapat sahaja," katanya.
Hattan ditemui selepas tayangan rakaman langsung konsert kumpulan rock legenda Led Zeppelin pada 2007 iaitu Celebration Day di GSC One Utama di sini, petang Rabu.
Hattan dan Arianie pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu secara rasmi pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, di sini.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Adam Eiman yang sekarang berusia 14 tahun.
Penyanyi dari Seri Menanti, Negeri Sembilan ini juga pernah berkahwin untuk kali kedua dengan Noorfarashikin Othman pada 11 November 2011 tetapi berpisah dua bulan kemudian.
Arianie
Mengenai perancangan menikahi semula bekas isteri, Hattan berkata, perasaan sayang yang mendalam mempengaruhi keputusan berkenaan selepas bermuhasabah diri atas kesilapan lalu.
"Saya banyak bermuhasabah diri dan buang ego. Pada awalnya, Arianie berat hati (berkahwin semula) tetapi saya yakinkan dia bahawa saya sudah ubah kesilapan lepas yang garang terhadapnya.
"Setiap kali berjumpa dengan dia, saya rasa sangat bahagia dan seperti jatuh cinta. Insya-Allah saya akan putuskan keputusan ini (kahwin) selepas menunaikan umrah pada Mei depan," katanya.
Hattan berkata, anak tunggal mereka Adam Eiman bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang reaksi teruja mengenai perkara itu.
"Adam okey sahaja bila saya kata nak berkahwin semula dengan ibunya. Dia tidak tunjuk reaksi teruja langsung," katanya dalam nada bergurau.
- ---

Nelydia Senrose Perjelaskan Hubungan Dengan Qi Razali

Posted: 20 Feb 2013 07:19 PM PST

Nelydia Senrose
PETALING JAYA: Pelakon Nelydia Senrose menolak desas-desus terbaharu yang mengaitkannya dan pelakon Qi Razali sedang hangat bercinta.
Sebaliknya, pemilik nama sebenar Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen, 19, berkata dia dan bekas kekasih kepada penyanyi Yuna itu hanya berkawan baik. Mereka mulai rapat kira-kira sebulan yang lalu.
"Saya dan dia (Qi) hanya kawan baik sahaja pada waktu ini. Tiada hubungan istimewa seperti yang dikatakan.
"Sebenarnya kami sudah kenal sejak tahun lalu sebab sama-sama terlibat dalam penggambaran drama Friday I'm In Love tetapi tidak rapat.
"Lagi pun dia berpunya (kekasih Yuna) ketika itu dan kami hanya rapat kebelakangan ini," katanya pada Rabu.
Aktres berdarah kacukan ini berkata, dia enggan mengulas lanjut mengenai persahabatan mereka kerana tidak pasti hala tuju hubungan itu pada masa akan datang.
Qi Razali
"Saya tak boleh cakap ya atau tidak mengenai tahap hubungan kami sebab tak tahu apa akan berlaku pada masa akan datang.
"Buat masa ini belum ada apa-apa yang serius tapi pada masa akan datang kita tidak tahu," katanya.
Ditanya mengenai populariti mendadak yang dikecapnya susulan populariti drama Setia Hujung Nyawa di TV3 pada Januari lalu, Nelydia berkata, ia adalah bonus atas kerja kerasnya selama ini.
"Sudah tentu saya bersyukur atas perhatian yang mendadak ekoran kejayaan drama itu.
"Ia adalah bonus atas usaha dan kerja keras saya sepanjang penggambaran selama lebih dua bulan," katanya yang berehat seketika daripada tawaran berlakon.

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Anugerah Tribute P.Ramlee umum pencalonan

Posted: 20 Feb 2013 02:59 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 20 Feb. - Anugerah Tribute to P.Ramlee hari ini mengumumkan sembilan kategori pencalonan yang akan dipertandingkan di anugerah yang julung kali diadakan itu. Selain mempertandingkan 10 telefilem...

Almy Nadia enggan ambil tahu

Posted: 19 Feb 2013 08:37 PM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 20 Feb. - Pelakon Almy Nadia, 27, enggan mengulas sama ada dia akan berbaik semula dengan Fizz Fairuz, 34, atau sebaliknya. Dia yang terkena tempias Fizz Fairuz putus tunang itu berharap...

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Alyah tak lari

Posted: 19 Feb 2013 02:58 PM PST

Nafi elak media, cuma berehat hampir dua bulan bagi lupakan kontroversi

Agak lama juga kelibat penyanyi Kisah Hati ini tidak kelihatan di media massa atau majlis besar. Justeru, kemunculannya pada Konsert Ekspresi Harian Metro 2013 di Dataran Merdeka baru-baru ini tentu saja mendapat perhatian wartawan, yang ingin mendapatkan pelbagai cerita terbaru mengenainya.

Ketiadaan Alyah buat seketika bukanlah kerana dia melarikan diri daripada sesiapa. Sebaliknya, penyanyi berusia 32 tahun ini inginkan sedikit masa untuk diri sendiri, selain meluangkan waktu bersama keluarga tercinta.

Apatah lagi sejak lima tahun lalu, dia seakan bekerja keras tanpa bercuti. Maklum saja, kejayaan demi kejayaan dicapai selepas kira-kira sedekad mencuba tidak mahu dilepas berlalu begitu saja tanpa ada susulan yang turut meninggalkan impak buat kerjaya seni serta peminat.

Lalu, baru-baru ini Alyah nekad untuk memperuntukkan sedikit masa buat diri sendiri. Lebih-lebih lagi, pelbagai kontroversi bagai mengikut jejaknya, yang turut membuatkan dia mengambil keputusan 'mendiamkan diri' buat seketika. Paling tidak, segala cerita kurang enak itu mempunyai hikmahnya juga, apabila ia dijadikan alasan untuk berehat buat sementara.

Lupakan dugaan

Kontroversi adiknya yang ditangkap bagi membela diri di Mahkamah Sesyen Johor Bahru terhadap pertuduhan melakukan samun pada pertengahan tahun lalu, pertikaian mengenai pakaian yang sepatutnya digayakan pada Anugerah Planet Muzik bersama pereka fesyen terkenal pada Disember 2012, serta kehilangan sejumlah wang daripada akaunnya yang dikaitkan dengan bekas pembantu peribadi pada Januari lalu antara rentetan cerita panas yang sudah pasti membuatkan artis ini tidak senang duduk.
Kini, selepas dua bulan berehat, mungkin tekanan dialaminya kian reda dan dia sendiri sedia untuk aktif semula. Persembahan di Dataran Merdeka Sabtu lalu menjadi kemunculan sulungnya di khalayak pada 2013.

"Saya tidak lari ke mana pun, hanya berjalan-jalan di sekitar dalam negara. Jika sebelum ini saya tak dapat menghadiri majlis perkahwinan kenalan, jadi masa cuti saya manfaatkan dengan meluangkan masa dengan banyak benda.

"Mungkin jika tiada kontroversi ini, saya tak berehat. Jadi mungkin inilah hikmahnya apabila saya perlu berehat seketika. Saya pernah menghadapi dugaan seperti ini tak lama dulu dan saya tak suka cakap berulang kali, biarlah ia berlalu seperti itu saja," katanya kepada HIP.

Rakam album kedua

Dalam diam, rupa-rupanya Alyah juga sibuk menyiapkan album kedua.

"Ia sudah 90 peratus siap dan akan dipasarkan April atau Mei depan," katanya mengenai album yang memuatkan tujuh lagu lama termasuk Kisah Hati, Kau Yang Terindah dan Realiti Dewi, selain dua lagu baru.

Gembira dengan hasilnya Alyah memberitahu, sudah lima tahun dia tidak menghasilkan album. Sebelum ini dia hanya muncul dengan single demi single.

"Selain mengumpul lagu, saya juga mengeluarkan album dengan usaha dan belanja sendiri. Jadi perjalanan agak terbatas, tapi ia bukan alasan dan saya masih mahu mengeluarkan album kerana itulah impian saya," katanya yang memilih judul Kisah Alyah.

Global: Jennifer Aniston dapat kontrak mewah

Posted: 19 Feb 2013 02:42 PM PST

Tuah menyebelahi bekas isteri Brad Pitt, Jennifer Aniston apabila dikatakan sedang berbincang untuk menandatangani kontrak dengan pengeluar produk kecantikan yang menawarkan bayaran mencecah lapan angka.


Kontrak yang diusulkan pada Jun tahun lalu itu sudah didedahkan wakil syarikat kosmetik terbabit, Stephen Huvane yang berkongsi berita gembira dalam program E! News, minggu lalu. Difahamkan, majlis khas akan diadakan serentak pada sambutan ulang tahun ke-44 pelakon terbabit. Bayaran yang bakal diterima Jennifer cukup lumayan hingga pelakon itu dikatakan boleh 'goyang kaki' sepanjang tahun.

Hidup lebih bahagia

Nampaknya, kehidupan Jennifer sekarang lebih bahagia dengan didampingi jejaka baru, Justin Theroux. Jennifer mungkin tidak perlu merebut banyak tawaran berlakon - cukup sebuah filem setahun. Keadaan ini berbeza ketika masih bersama Brad, lapan tahun lalu.

Andai dulu Jennifer terlalu obses dengan karier seni selain menjalani rejim diet dan senaman yang ketat, aktres jelita ini lebih menikmati hidup bersama tunang serta wang yang melimpah ruah.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Respon Almy Nadia mengenai Fizz Fairuz Putus Tunang Dengan Isteri Orang

Posted: 19 Feb 2013 08:46 PM PST

Posted: 20 February 2013 at 12:46 pm  

Respon Almy Nadia mengenai Fizz Fairuz Putus Tunang Dengan Isteri Orang

Almy Nadia yang ditanya mengenai perkembangan terbaru dan pemohonan maaf Fizz Fairuz yang baru putus tunang kerana tunangnya itu isteri orang bagaimanapun enggan mengulas lanjut.. Almy Nadia yang keliru dengan situasi ini bagaimanapun menggangap segala yang berlaku terhadap Fizz Fairuz adalah hukum karma..

"Saya tidak mampu untuk mengulas lanjut tentang perkara ini. Saya sudah tidak boleh berfikir dan saya tidak mahu membebankan fikiran dengan perkara ini. Segala yang berlaku ini adalah hukum karma. Itu sahaja yang boleh saya katakan.

Hanya Allah yang tahu kedudukan sebenar dan hanya Dia juga yang tahu bagaimana perasaan saya ketika ini. Tiada kata-kata yang boleh menggambarkan perasaan saya buat masa ini,"

Dalam pada masa yang sama, Almy Nadia juga mengakui yang dia sememangnya sudah mengetahui berita Fizz Fairuz bertunang dengan isteri orang beberapa hari sebelum ini melalui seorang rakan, Namun Almy Nadia mengambil langkah mendiamkan diri kerana tidak mahu masuk campur urusan mereka.

Almy Nadia juga tidak menolak kemungkinan Fizz Fairuz terkena buatan orang, kerana sepanjang tujuh tahun Fizz Fairuz menjadi kekasihnya, dia tidak pernah berkelakuan pelik seperti itu..

"Sebelum ini Fizz tidak pernah menunjukkan perkara pelik seperti apa sudah terjadi. Saya pernah menyuruhnya berubat, tetapi entahlah…," katanya enggan mengulas lanjut.

Fizz Fairuz putus tunang

Sumber: Gua & Metro

Fizz Fairuz Putus Tunang – Bertunang Dengan Isteri Orang

Posted: 19 Feb 2013 06:13 PM PST

Posted: 20 February 2013 at 10:13 am  

Fizz Fairuz putus tunang, tunang dengan isteri orang

Pertunangan Fizz Fairuz secara senyap yang mencetuskan kontroversi minggu lalu nampaknya tidak bertahan lama apabila Fizz Fairuz telah memutuskan ikatan pertunangan tersebut pada hari Ahad yang lalu.. Menurut Fizz Fairuz, Keputusan untuk memutuskan tali pertunangan itu dibuat setelah dia mendapat tahu yang wanita itu sebenarnya adalah isteri orang..

"Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang."

"Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah 'diatur' oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu," katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang.

"Khamis lalu, saya dikirimkan mesej oleh kawan adik wanita itu dan dia menjelaskan status sebenar tunang saya. Malah saya juga sudah berjumpa suami wanita itu, Sabtu lalu."

Fizz Fairuz juga tidak menyangkal kemungkinan dia terkena buatan orang, Malah sebelum ini Almy Nadia juga pernah menasihati beliau untuk pergi berubat.. Fizz Fairuz turut meminta maaf kepada semua dengan apa yang telah terjadi..

"Sepanjang setahun mengenalinya, saya tidak pernah tahu latar belakang tempat kerja, pendidikan termasuk keluarganya. Sedar-sedar saya sudahpun bertunang dengan dia dan hanya mengenali keluarganya ketika majlis berlangsung."

"Kepada semua, saya mohon maaf terutama kepada Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Saya turut berasa pelik kerana tujuh tahun mengenali Almy Nadia, saya sukar mengikat tali pertunangan tetapi setahun bersama wanita itu saya terus bertunang."

Tambah Fizz Fairuz, empat hari selepas pertunangannya, Barulah dia mengetahui yang tunangnya itu adalah isteri kedua seorang usahawan, dan mereka telah bernikah di selatan Thailand beberapa tahun yang lalu.

Gambar tunang Fizz Fairuz

Sumber: Akhbar Metro

Selasa, 19 Februari 2013

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Saya Janda, Saya OK - Ramlah Ram

Posted: 19 Feb 2013 06:24 PM PST

Ramlah Ram
KUALA LUMPUR: Penyanyi Ramlah Ram tidak terganggu dengan status janda yang digalasnya selama hampir tiga tahun.
Sebaliknya, Ramlah, 47, berkata, kehidupan itu membolehkan dia memberikan tumpuan penuh pada kerjaya dan keluarga.
"Saya tidak rasa susah pun (bergelar janda). Saya reda dengan apa yang sudah terjadi (perceraian) dan lalui kehidupan seperti biasa.
"Kerjaya saya sibuk jadi tidaklah berasa sunyi sangat. Lagipun saya banyak isi masa bersama ibu dan keluarga," katanya.
Ramlah ditemui pada pelancaran album terbaharunya berjudul Aspirasi Hati bertempat di Neway Karaoke Box di Fahrenheit 88, Bukit Bintang di sini, petang Selasa.
Pada majlis sama, kelab peminat Ramlah Ram Group (RRG) turut meraikan sambutan hari lahir ke-47 penyanyi dari Muar, Johor itu yang jatuh pada Selasa.
Ramlah dan bekas suami Kamal Roslim, seorang Penerbit Sukan RTM bercerai pada 20 Mei 2010. Mereka berkahwin pada 3 November 2000 di Muar, Johor.
Ramlah Ram memotong kek sempena pelancaran album terbarunya.
Diusik mengenai pengganti, Ramlah berkata, pada usia mencecah lewat 40-an dia lebih senang menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan.
"Bukan kata sudah serik (kahwin semula) cuma saya tak nak fikirkan. Kalau ada, adalah.
"Siapa kita untuk kata tidak kalau esok lusa ada jodoh baharu pula," luahnya yang mengakui lebih berhati-hati dalam mengenali lelaki susulan keretakan rumah tangga lalu.
Beralih pada album, Ramlah berkata, dia berasa sebak dan terharu dengan usaha kelab peminatnya yang bersungguh-sungguh menampung kos penerbitan sebanyak RM75,000 itu.
"Ini (album) adalah hasil usaha peminat yang bersungguh-sungguh dan ikhlas menyiapkan segala-galanya.
"Saya terharu dan sebak dengan hasrat mereka yang mahu saya mengeluarkan album selepas tiga tahun.
"Saya tidak ambil keuntungan album ini nanti tetapi dimasukkan ke dalam tabung RRG untuk kegunaan akan datang," terangnya.
Album yang memuatkan 12 trek lagu itu dipasarkan sejak November tahun lalu edaran FMC.
Antara lagu yang dipertaruhkan adalah Sesaat Kau Datang menampilkan kumpulan SleeQ,Takdir Cinta duet bersama protegenya Ana Syuhada, Seandainya dan 5:00 Minitmenampilkan penyanyi rap Caprice yang sedang popular di corong-corong radio.

- ---

Juara Mentor Kesal Dianiaya Rakan Artis

Posted: 19 Feb 2013 06:12 PM PST

Mohd, juara Mentor musim keempat. Gambar dipetik dari Facebook miliknya.
PETALING JAYA: Juara Mentor musim keempat iaitu Mohd terpaksa menanggung malu serta hilang segala tawaran pertunjukan pentas selepas mendakwa dianiaya seorang penyanyi wanita atas tuduhan rogol.
Salah seorang ahli keluarga yang enggan disiarkan namanya berkata, Mohd atau nama sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor, 25, yang merupakan protege kepada Ziana Zain dalam Mentor 4 itu berkata, kejadian tersebut merupakan satu peristiwa yang cukup buruk dalam diri penyanyi itu.
"Selepas pihak polis selesai menjalankan siasatan, Mohd bukan sahaja terpaksa menanggung malu malah semua aktiviti pertunjukan pentasnya dibatalkan.
"Malah pelantikan dia juga sebagai ikon Kementerian Pengajian Tinggi turut terjejas," katanya  ketika dihubungi di sini malam Selasa.
Akhbar sebelum ini melaporkan seorang juara program realiti televisyen telah di reman selama enam hari bermula 5 Februari 2012 mengikut Seksyen 117 Kanun tatacara Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.
Jika sabit kesalahan, penyanyi berkenaan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Akhbar turut melaporkan mangsa yang dikatakan teman wanita penyanyi berkenaan dirogol kira-kira pukul 12.40 tengah hari pada 31 Januari 2013 di rumah pemuda tersebut di Ukay Perdaya, Ampang dekat sini.
Ujar ahli keluarga itu, Mohd benar-benar tidak menyangka penyanyi wanita itu berbuat demikian terhadapnya.
Tambahnya, lebih menyedihkan apabila ada pihak yang memanggil Mohd perogol selepas berita mengenai kejadian itu disiarkan menerusi akhbar serta laman-laman portal Internet.
"Dia amat malu dengan kejadian ini dan saya percaya ada hikmah yang berlaku," jelasnya.
Dalam perkembangan berkaitan Mohd yang dibebaskan oleh pihak polis beberapa hari selepas siasatan selesai berhasrat untuk mengambil tindakan lanjut bagi membersihkan namanya.
Dia dikatakan akan mengadakan satu sidang media khas bersama peguamnya selepas segala urusan polis dan pihak mahkamah selesai.
"Ini adalah kenyataan saya bagi pihak Mohd yang mahu menjelaskan agar semua pihak yang selama ini memandang serong kepadanya memahami masalah beliau.
"Beliau berjanji, satu sidang media akan dibuat tidak lama lagi selepas segala-galanya selesai," jelasnya sambil memaklumkan tidak lagi berhasrat memberi mana-mana lagi kenyataan selepas artikel ini disiarkan.
Dalam pertandingan Mentor 4 terbitan TV3 pada tahun 2010, Mohd menerima wang tunai sebanyak RM100,000 selepas menjuarai pertandingan itu.
- ---

Tunang Fizz Fairuz Sebenarnya Isteri Orang

Posted: 19 Feb 2013 06:10 PM PST


Pertunangan Fizz Fairuz yang mencetuskan kontroversi sepanjang minggu lalu tidak bertahan lama selepas pelakon ini memutuskan ikatan tersebut pada Ahad lalu selepas rasa tertipu.

Wanita yang menjadi tunang beliau itu untuk smeinggu itu sebenarnya isteri kedua kepada seorang usahawan berusia 40′an dan mereka bernikah di Thailand beberapa tahun yang lalu.

"Saya benar benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang," ujar Fizz Fairuz kepada Harian Metro hari ini.

"Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku & kehidupan saya seolah olah 'diatur' oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun yang lalu," tambahnya lagi.

"Khamis lalu, saya menerima mesej dari kawan kepada adik wanita tersebut & menjelaskan status sebenar. Malah saya juga sudah berjumpa dengan suami wanita itu pada Sabtu yang lalu"

Fizz Fairuz juga tidak menolak kemungkinan semua yang terjadi ketika ini merupakan buatan orang & Almy Nadia sendiri pernah menasihatkan beliau untuk berubat secara alternatif.

"Kepada semua, saya mohon maaf terutamanya Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Ini ujian terbesar sepanjang bergelar anak seni — kepada media kerana tidak menjawab panggilan kerana fikiran berserabut"

Sumber: Harian Metro

Komen: Dalam Islam jangankan nk pinang isteri orang.. pinang tunang orang pun dah haram...
- ---

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Siapa Z di hati Julia?

Posted: 18 Feb 2013 02:01 PM PST

Mengaku bahagia dengan usahawan sejak lapan tahun lalu, tapi rahsia kisah cinta elak makan diri

Jika artis lain selesa berbicara soal cinta, malah ada yang tidak kisah aksi mesra bersama kekasih dipaparkan, lain pula keadaannya dengan pelakon seksi, Julia Ziegler, 29.

Mengaku menjalin hubungan dengan jejaka berusia 30 tahun, Julia berkata, dia mahu bersikap 'low profile' atau tidak menonjol dalam banyak perkara. Lagipun, dia bimbang keterbukaan menjaja kisah cinta kelak memakan diri.
Hubungan bermula atas dasar kawan tetapi lama-lama terbit rasa cinta," Julia Ziegler, Pelakon

Difahamkan, jejaka yang hanya dikenali dengan pangkal nama Z itu berkawan dengan Julia sejak lapan tahun lalu. Namun, ketika itu, mereka lebih selesa menjadi teman baik.

Ternyata pelakon kacukan Melayu-Jerman ini cukup pandai menyimpan rahsia cinta. Buktinya, tiada sekepingpun foto bersama jejaka itu tersebar di laman sosial. Tidak seperti sesetengah artis yang begitu terbuka memuat naik gambar mesra bersama kekasih sama ada di Twitter, Facebook atau Instagram milik mereka.

Bukan saja tiada foto bersama yang bocor di laman blog, malah gosip percintaan Julia dan Z juga tidak pernah bertebaran di akhbar, majalah atau laman blog. Ini menunjukkan Julia cukup pandai berahsia dan berpegang kuat pada pendiriannya.

Teman lelaki tak terburu ajak kahwin
Mengikut sumber, Z yang berjaya mencuri hati Julia dikatakan berkawan dengan suami kepada pelakon Fasha Sandha iaitu Jejai.

Jejaka dari Kuala Lumpur itu juga dikatakan pernah berkawan rapat dengan seorang selebriti berasal dari Borneo. Namun hubungan cinta itu tidak berpanjangan apabila putus di tengah jalan.

Selepas putus cinta dengan seorang artis seksi, Z dikatakan kembali intim dengan Julia. Malah, hubungan mereka sudah diketahui keluarga kedua-dua belah pihak.

"Hubungan ini bermula atas dasar kawan tetapi lama kelamaan terbit rasa cinta. Malah, kami sudah mengenali keluarga masing-masing. Cuma setakat ini, kami tidak pernah membicarakan hala tuju hubungan ke arah lebih serius," kata Julia.

Pelakon ini memberitahu, dia dan teman lelakinya pernah berseloroh mengenai tema perkahwinan.

"Kami sekadar berseloroh, bukanlah suatu perbincangan serius. Kami lebih selesa begini dan tidak terburu-buru merancang perkahwinan.

"Bagaimanapun, pada usia sekarang, saya tidak menolak keinginan untuk berkahwin mula timbul. Lebih-lebih lagi apabila melihat adik sudah berkahwin dan kakak bakal menyusul tidak lama lagi," kata Julia.

Akui pelakon ini, dia tidak tahu bila mahu mendirikan rumah tangga.

Julia berkata, dia tidak selesa membesar-besarkan kisah cintanya selepas melihat banyak kegagalan hubungan cinta di kalangan teman artis.

Agak menyepi tahun lalu, Julia yang bakal terbabit dalam pementasan teater muzikal Asmara Songsang selama dua hari mulai 1 Mac depan, mahu bekerja keras tahun ini.

Tenang ketika tunai umrah bersama keluarga

Tahun lalu umpama tempoh 'hibernasi' untuk Julia. Manakala tahun ini, dianggap masa terbaik untuk dia membuat kemunculan semula.

Ditanya mengenai kehilangannya tahun lalu, kata Julia, dia banyak menghabiskan masa dengan bercuti dan membaca buku.

"Memang saya agak senyap dari sebarang publisiti tahun lalu... Ia kehendak sendiri. Saya memilih untuk senyap bagi menenangkan fikiran.

"Akibat terlalu banyak berlakon, ada kala kita lupa siapa diri kita. Jadi saya pun mengambil keputusan untuk bercuti. Antara destinasi yang saya kunjungi ialah Australia, Indonesia, Singapura dan pengalaman paling indah ialah apabila dapat menunaikan umrah bersama keluarga.

"Banyak yang saya belajar sepanjang menunaikan umrah. Sepanjang di sana, saya gemar memerhatikan karakter orang. Ia secara tidak langsung membuatkan saya berasa amat bersyukur dilahirkan sebagai Julia Ziegler," katanya.

Sebati dengan watak jahat

Memulakan kerjaya seninya menerusi filem Kayangan pada 2007, Julai tidak menafikan kemunculan wajah baru sedikit sebanyak mencabarnya. Namun, dia bersyukur kerana bakat lakonannya masih dihargai. Malah banyak tawaran yang diterima tahun ini sehingga dia tidak 'menang tangan'.

"Memang tak dinafikan sedikit sebanyak tercabar dengan kehadiran wajah baru. Tapi saya percaya kemampuan membawakan pelbagai watak memberi kelebihan kepada saya. Saya tidak menolak timbul perasaan bosan apabila sering diberi watak jahat, kalau boleh saya juga mahu membawa watak baik.

"Tapi mungkin kerana kelebihan saya mempelbagaikan watak jahat menyebabkan produser tertarik untuk menawarkan watak sedemikian kepada saya. Walaupun sering diberi watak jahat, saya tidak terikat dengan stail sama," katanya.

Julia akui watak antagonis seolah-olah sudah menjadi 'trademark' dirinya.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Gambar Nabila Huda Berbikini Di Pulau Mabul Cetus Kontroversi

Posted: 18 Feb 2013 07:27 PM PST

Posted: 19 February 2013 at 11:27 am  

Nabila huda seksi

Nabila Huda sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia tampil seksi serta berbikini semasa bercuti di Pulau Mabul Semporna, Sabah baru-baru ini.. Nabila Huda yang berkongsi gambar percutiannya di pulau Mabul itu kepada peminat melalui akaun Instagramnya mendapat kritikan yang hebat daripada ramai pihak..

Apa yang menariknya, salah seorang peminat mengatakan pada satu gambar tersebut kelihatan seakan-akan Nabila Huda mempunyai tatu di bahagian perut sebelah kirinya.. Namun tidak dapat dipastikan adakah ianya benar tatu ataupun tidak.. Yang pastinya, Hanya Nabila Huda sendiri yang mampu menjawab segala persoalan diatas…

Nabila Huda Tatu

Isnin, 18 Februari 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Putus tunang?

Posted: 17 Feb 2013 03:32 AM PST

Elly Mazlein tunggu masa sesuai untuk jawab spekulasi hubungan dengan pengarah, Azmi Md Hatta putus di tengah jalan

Biar ramai berteka-teki mengenai status pertunangannya, Elly Mazlein hanya membuka mulut andai tiba waktu sesuai apatah lagi membabitkan khabar kurang enak.

Seakan memberi bayangan, pelakon dan penyanyi itu mengakui, biarlah ketika ini, dia berkongsi kehadiran single baru, Sabarlah Sayang yang ditunggu hampir setahun lalu - berbanding menyingkap kisah peribadi.

Bagi pemilik nama Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 32, sejak mempertaruhkan bakat dalam industri hiburan 15 tahun lalu, seboleh-bolehnya cerita sedih cuba ditutup untuk diri sendiri.

"Siapa yang tidak ingin bahagia. Malah kalau boleh, saya nak kongsi dengan semua orang perkembangan hari bersejarah itu nanti macam pertunangan tempoh hari. Cuma untuk terlampau terbuka memperinci segala-galanya bukan sekarang.

"Lagipun saya mahu berlaku adil kepada semua rakan media yang bersama jatuh dan bangun saya dalam arena seni. Andai masanya tiba, saya pasti merungkai segala persoalan," katanya penuh tertib saat 'dijolok' soal ikatan pertunangannya dengan pengarah, Azmi Md Hatta pada Mei 2011.

Siapa boleh melupakan memori Elly diarak menaiki kereta kuda ke dewan berhias indah tatkala pihak lelaki menghantar cincin tanda dengan rancangan ijab kabul pada Februari tahun lalu. Kemudian, majlis itu ditunda ke Disember sebelum segala perancangan senyap bagai dibawa angin lalu.

Tak kisah anggapan orang

Tidakkah bimbang dengan tanggapan insan sekeliling? Kali ini, dia tertawa kecil sambil menuturkan sebaris ayat penuh bermakna.

"Terpulanglah kepada orang untuk membuat spekulasi sama ada ia berakhir di jinjang pelamin atau sebaliknya... Hal itu bagi saya bukan suatu perkara memalukan," ulasnya ringkas.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Shila sekeluarga tunai umrah bulan depan

Posted: 17 Feb 2013 03:29 AM PST

Bapa Shila Amzah, ND Lala masih mencari waktu sesuai untuk mengatur sidang media khas dalam tempoh terdekat bagi memberi penjelasan berhubung isu membabitkan anaknya.

Tegas ND Lala, dia menunggu waktu lapang kerana jadual Shila sekarang cukup padat, bukannya mereka mengelak daripada ditemui media.

Janji ND Lala, pada majlis yang akan diadakan kelak, peluang terbuka kepada wakil media untuk bertanya apa saja kemusykilan. Ini katanya, adil kepada semua pihak yang selama ini menyokong kerjaya seni Shila.

Tegas pelakon dan pengacara itu lagi, jika boleh, dia mahu masyarakat melihat dengan lebih luas isu yang membabitkan Shila. ND Lala berkata, tumpuan sekarang adalah soal perkembangan kerjaya Shila yang membawa nama Malaysia ke peringkat global.

"Ramai yang menghubungi kami bertanya hal ini. Dalam sidang media itu nanti, tanyalah apa saja. Kami sedia menjawab, cuma buat masa ini kita perlu melihat perkara lebih besar. Shila hari ini aset negara dan bakal menjadi ikon meletakkan muzik Malaysia dalam industri hiburan dunia.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Ahad, 17 Februari 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Aura Anuar pukau 5,000 penonton

Posted: 16 Feb 2013 02:19 PM PST

Shah Alam: Anuar Zain memukau hampir 5,000 penonton yang menyaksikan konsert Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari di Stadium Malawati, di sini, malam tadi.

Konsert berkenaan lebih bermakna kerana penyanyi itu baru saja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-43, kelmarin.

Adik kepada penyanyi Ziana Zain itu membuktikan diri dan bakatnya masih utuh di liga tersendiri saat muncul di pentas jam 9.05 malam disambut jeritan dan teriakan penonton. Penganjuran konsert anjuran Anuar Zain Network dengan kerjasama Universal Music ini juga sebagai simbolik 30 tahun pembabitannya dalam dunia seni.

Dendang 20 lagu

Tampil dengan gaya klasik dengan beberapa persalinan, Anuar mendendangkan 20 lagu, termasuk yang memperkenalkannya di arena seni, Kain Pelikat selain lagu hits seperti Bila Resah, Keabadian Cinta, Semua Untukmu, Sedetik Lebih dan Ketulusan Hati.

Sepanjang lebih dua jam menghiburkan penonton, Anuar turut mengembalikan kehangatan lagu Ajari Aku apabila Nora Danish yang menjadi model klip video lagu itu tampil dengan persalinan rekaan Hatta Dolmat sebagai gimik di atas pentas.

Konsert yang dipimpin Mac Chew sebagai pengarah muzik turut menyaksikan tayangan perdana klip video lagu Sempurnakan Aku kesinambungan kepada lagu Ajari Aku.
Lebih manis, konsert itu turut menampilkan penyanyi bervokal emas, Adibah Noor dan Dina Nadzir sebagai penyanyi latar selain Elvina Arul serta Russel Curtis mengiringi persembahan lagu Cinta Harus Memiliki.

Penonton juga dipersembahkan dengan paparan visual dan grafik menarik ilham Amri Ginang selain penataan cahaya lampu rekaan Steve Ho Of SES.

Konsert berkenaan disokong akhbar, televisyen serta radio kumpulan Media Prima Berhad iaitu BH, Harian Metro, TV3, ntv7 dan Hot FM sebagai media rasmi selain blog Sensasi Selebriti (Budiey) serta majalah Media Hiburan.

Kuswadinata meninggal dunia

Posted: 16 Feb 2013 02:17 PM PST

Ampang: Pelakon veteran, Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang (gambar), 75, meninggal dunia di Hospital Ampang, di sini pada jam 5.07 petang semalam, akibat penyakit pendarahan dalam badan.

Jenazah Allahyarham dibawa ke rumahnya di Taman Rasmi Jaya sebelum dikebumikan di Kampung Tengah, di sini, sebelum Zuhur hari ini.


Koma 3 hari

Anak ketiganya daripada perkahwinan kedua Allahyarham iaitu Mohd Irwan, 27, berkata bapanya koma selama tiga hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Papa dimasukkan ke Hospital Ampang sejak enam hari lalu dan menghidap penyakit buah pinggang serta kanser kelenjar sejak empat tahun lalu.

Tapi, dia disahkan meninggal dunia dalam koma selepas mengalami muntah darah.
Arwah akan dimandikan di Masjid Bukit Indah dekat sini dan dikebumikan sebelum waktu Zuhur esok (hari ini).
Papa ada menyatakan hasrat untuk ke Pulau Kapas sebelum meninggal, namun tak kesampaian, katanya ketika ditemui, semalam.

Tinggalkan dua balu

Allahyarham yang berasal dari Singapura meninggalkan dua balu, Fatimah Ahmad, 70, dan Kamariah Mohd Said, 58, serta sembilan anak, 14 cucu dan seorang cicit.

Allahyarham memulakan kerjaya lakonannya di Malay Film Production, Jalan Ampas, Singapura pada 1957 dan membintangi lebih 25 filem sepanjang hayatnya.