Adsense

Ahad, 4 Disember 2011

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Saya bodoh diperdaya hidup-hidup - Nurul Ain.

Posted: 04 Dec 2011 06:58 PM PST

Masih ingat tentang kisah kontroversi pelakon nurul ain nordin yang berbadan separa bogel untuk poster filem seram "Satu malam kubur berasap"? Filem tersebut kini bakal ditayangkan di pawagam dan Nurul Ain tampil membuat penjelasan apa yang sebenarnya berlaku di sebalik kontroversi gambar "bogelnya". 

Petikan kenyataan Nurul Ain berhubung isu tersebut yang dipetik dari cetakan utusan malaysia ;
"Saya memang silap besar sebab tak teliti semula gambar yang diambil selepas fotografi untuk promosi filem itu. Saya terlalu letih dan kalut dek terlalu lama menunggu dari pukul 9 pagi hingga 11 malam bersama artis-artis lain.
Ketika ditanya bagaimana sesi fotografi itu berlangsung, Ain berkata, "Semasa fotografi itu, jurugambar meminta saya berkemban kain batik tanpa memakai coli."
Katanya, dia malas nak membantah sebab hendak balik awal dan berehat. Tetapi dia tidak memberitahu kenapa tidak menolak padahal ini mengaibkan dirinya. Ain juga tidak memberitahu perhitungannya antara menggadai maruah agama dan keperluan kerjaya kerana melakukan fotografi itu. Ini yang menimbulkan banyak persoalan kalangan masyarakat.
"Tapi bila gambar itu tersebar, saya jadi keliru. Macam mana boleh gambar itu keluar dari syarikat itu sedangkan saya tak dimaklumkan apa-apa. Tup-tup satu Malaysia dah kutuk saya," katanya.
Persoalannya Ain sendiri merelakan gambarnya diambil sedemikian rupa. Kalau dia membantah, jurugambar tentu tidak boleh memaksa. Masyarakat melihat ada "kesengajaan" kemudian meletakkan kesalahan kepada pihak lain.
Rentetan daripada itu juga, ibu Ain, Aminah Illadad Khan yang juga seorang pensyarah di sebuah kolej tidak bertegur sapa dengan anaknya.
"Saya tak tahu nak cakap macam mana bila Mama tak nak bercakap dengan saya selama sebulan. Saudara mara menjauhkan diri bila saya balik kampung di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kekasih menjauhkan diri dan rakan terdekat pula jijik melihat saya.
"Ada pensyarah di universiti pula mahu saya berhenti dari mengikuti kuliah (Diploma Teknologi Kreatif dan Artistik, UiTM Shah Alam, Selangor) serta merta. Kenapa baru sekarang wanita berusia 23 tahun ini menyuarakan dukacita terhadap gambar tersebut? Kenapa tidak awal-awal lagi sebagai membuktikan dia dimangsai?
"Saya adalah pekerja syarikat filem itu sejak 1 Mac sebelum berhenti pada September lalu. Sepanjang tempoh itu, saya tak dibenarkan membuka mulut oleh majikan. "Saya nak orang tahu bahawa saya bukan 'pelacur' murahan yang sanggup menggadaikan maruah untuk lariskan filem ," tambahnya lagi.
Macam biasa, salahkan orang lain lagi. Nurul2, apa kata kalau Nurul mengakui je ia salah Nurul. Dan berubahlah ke arah yang lebih baik. Sebab orang yang sanggup buka baju dan buka baju dalam dan pakai kain batik, berkemban adalah diri sendiri. 
Walaupun ada yang suruh tetapi Nurul boleh cakap takmo. Jadi di sini sudah tentulah Nurul orang yang wajar dihentam. Akan tetapi krew produksi juga tidak terlepas dari tanggungjawab. Sebab mengedarkan gambar2 Nurul untuk tujuan promosi filem. Mereka cuma fikirkan keuntungan semata2. Jelas disini mereka mempergunakan badan Nurul untuk meraih kontroversi dan melariskan product mereka. 
Dan Nurul seharusnya lebih berhati2. Jangan lagi sanggup gadaikan body untuk keuntungan orang lain. Tapi apa pun artis2 seperti Nurul, Zarina, Maya dan lain2 seharusnya diawasi dan diberikan dakwah sebab dorang nampaknya tak faham batasan seorang artis dan pelakon. 

Celebrity News

Celebrity News


Geofrey Perrin Williams Pelakon Keturunan Australia Memeluk Islam Dan Nama Islam Beliau Jufri Rayyan Williams

Posted: 03 Dec 2011 11:15 PM PST

Alhamdulillah mungkin beliau menerima hidayah dan petunjuk darinya, pelakon baru bernama Geofrey Perrin atau nama islam beliau Jufri Rayyan Williams, telah memeluk islam pada bulan lepas. Beliau sebelum ini pernah berlakon dalam beberapa buah drama seperti Habil dan Qabil, Cikgu Kemisah Kirby, Jangan Bunuh Matahariku, Jodoh Oh Jodoh, Durja Ningsun, Ar Rayyan dan Lilin Cinta.

Rayyan melafaz dua khalimah syahadah di sebuah masjid di Kampung Jijan berdekatan Sepang seminggu sebelum mendaftar dan sekali lagi melafaz dua kalimah syahadah di pejabat Jawi pada 30 November lalu.

Dan menurut Rayyan beliau banyak belajar mengenai islam daripada abang beliau Nordin Abdullah yang telah memeluk islam pada tahun 1992, disamping itu bakal ayah mentua(kekasih beliau) yakni seorang pramugari Airasia x (Juiza) turut membantu.

Berikut antara sebab beliau memeluk islam :


"Saya memeluk Islam kerana banyak sebab. Pertama, saya menjadikan abang saya, Nordin yang telah lama memeluk Islam sebagai contoh. Walaupun saya mempunyai kekasih berketurunan Melayu dan beragama Islam, tetapi saya memeluk Islam bukan kerana dia.
"Setiap kali berlakon, saya selalu melakonkan watak mualaf dan semua itu membuatkan saya perlu membuat kajian untuk menghayati watak itu dan menimbulkan rasa ingin tahu tentang Islam. 
"Selain itu, saya mempunyai beberapa orang kawan iaitu Shahirah Alaiza yang menjadi kawan di pejabat lama dulu dan pelakon Adzriefaiz Azlan yang banyak berkongsi pengetahuan tentang Islam seperti kelebihan dan pantang larang orang Islam. Jadi, semua itu membuka mata saya," jelasnya panjang lebar.

Dan berikut beberapa gambar Rayyan untuk tatapan anda :





ZoOM : Semoga Hari Indah Rayyan akan tiba, kalau kahwin jemputlah ZoOM ye :)



 Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Belum kibar bendera putih

Posted:

Belum kibar bendera putih

Belum kibar bendera putih

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.myMnr>Gambar FATAH SULAIMAN dan ihsan TAYANGAN UNGGUL


MESRA... Misteri Jalan Lama menyaksikan Hans Isaac kembali membintangi filem arahan Afdlin Shauki untuk kali kelima.


MELIHAT kesibukannya sebagai seorang penerbit, pasti membuatkan ramai menyangka pelakon kacak ini sudah mengibarkan bendera putih daripada dunia lakonan.

Apatah lagi wajahnya yang semakin jarang menghiasi kaca televisyen mahupun layar perak.

Namun, kata Hans Isaac, dia tidak pernah bersara sebagai seorang pelakon. Sebaliknya, Hans memberitahu soal populariti bukan lagi menjadi agenda utamanya dalam dunia seni.

Sementelah sudah hampir dua dekad mengecapi kejayaan sebagai seorang anak seni, maka, Hans tidak mahu lagi semberono dalam soal lakonan.

Mengakui bahawa sebagai seorang pelakon Hans begitu sukar untuk mendapat kepuasan tetapi katanya, jika membintangi sesebuah karya itu, dia mahu ia meninggalkan impak baik kepada dirinya mahupun penonton.

"Populariti dan glamor sudah lama saya kecapi dan lalui. Atas alasan itu, saya mahu mencari sesuatu yang dapat memberikan kepuasan dalam kerjaya saya.

"Bukan bermakna saya sibuk sebagai seorang penerbit dan pengarah, saya sudah melupakan dunia lakonan. Saya masih lagi berlakon tetapi saya mahu mencari naskhah yang bagus dan berkualiti sekali gus dapat mencabar saya sebagai aktor.

"Saya harus akui, dalam soal lakonan, saya sudah menjadi semakin memilih dan hanya memilih watak serta skrip yang saya rasakan dapat mengubah dimensi lakonan saya," ujar Hans tanpa selindung sewaktu ditemui di pejabatnya, Tall Order Productions yang terletak di Ampang Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Begitu juga dengan filem terbarunya, Misteri Jalan Lama (MJL) yang kini sedang hangat ditayangkan di pawagam di mana Hans memberitahu ia telah mencabar kredibilitinya sebagai pelakon.

Diarahkan oleh sahabat karibnya, Afdlin Shauki, Hans menyifatkan MJL sebagai sebuah filem yang lari daripada norma filem arahan Afdlin yang sebelum ini cukup sinonim dengan genre komedi.

Emosi

Membawakan watak Indra, Hans atau nama sebenarnya, Gerald Hans Isaac menjelaskan watak tersebut memerlukannya bermain dengan emosi dalaman.

"Dari segi lahiriah, Indra seorang yang serius dan tegas. Tetapi, sepanjang perjalanan filem ini, penonton akan dapat melihat bagaimana Indra sebenarnya mempunyai jiwa yang sangat sensitif.

"Dia tidak akan menunjukkan apa yang dialaminya kepada sesiapa pun termasuk adiknya, Ilya (lakonan Que Haidar). Tetapi, apabila Ilya harus kembali ke dunia asalnya, ketika itulah, hati Indra terusik dan dia akan melakukan apa sahaja untuk Ilya.

"Kalau dari segi fizikal, sudah pasti ia juga ada cabaran sendiri dan soal itu, bukanlah satu masalah buat saya. Untuk menghidupkan watak Indra itu, saya sanggup tidak bercukur beberapa bulan untuk mendapatkan jambang walaupun pihak produksi mahu menggunakan yang palsu.

"Dalam masa yang sama juga, saya mengharapkan dengan kelahiran MJL ini juga dapat mengubat kerinduan peminat yang mungkin menunggu kemunculan saya di layar perak," jelas Hans yang kali terakhir muncul dengan filem Los dan Faun pada tahun 2008.

Selain Hans dan Que, MJL turut dibintangi Vanidah Imran, Marion Caunter, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Sabrina Hassan, Namron, Nasir Bilal Khan dan ramai lagi.

Bercerita lanjut tentang lakonannya bersama Que, Hans yang mula dikenali menerusi filem Ringgit Kasorrga arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba pada tahun 1995 itu memberitahu dia tidak mempunyai masalah berlakon dengan aktor berbakat besar itu.

Malah, katanya sewaktu penggambaran, semuanya berjalan lancar dan baik dirinya mahupun Que, semuanya dapat memberikan lakonan yang terbaik seperti mana dimahukan Afdlin.

Berkawan dengan Neelofa

Bertemu dengan Hans, peluang itu juga diambil untuk bertanyakan sejauh manakah hubungannya dengan aktres baru yang semakin meningkat naik, Noor Neelofa Mohd. Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa.

Hans dan Neelofa dikatakan mempunyai hubungan istimewa lantaran kedua-dua membintangi filem Lemak Kampung Santan yang merupakan filem kedua arahan Hans selepas Cuci.

Adakah satu suratan atau kebetulan untuk Hans yang sering kali dikaitkan dengan aktres yang bergandingan dengannya dalam mana-mana filem mahupun drama sebelum ini.

Bercerita lanjut tentang Neelofa, Hans yang pernah memenangi trofi Pengarah Harapan Festival Filem Malaysia Ke-21 (2008) bagi filem Cuci ini mengakui dia kini sedang berkawan dengan aktres berusia 22 tahun itu walaupun sudah habis penggambaran.

"Saya selesa berkawan dengan dia. Bagi saya, Neelofa seorang yang bijak, berbudi bahasa dan pandai menjaga diri. Dia pun banyak bertanyakan kepada saya tentang selok-belok dunia seni.

"Sebagai kawan, tidak salah untuk saya membantu apa yang patut kerana dia masih lagi baru dalam dunia seni. Buat masa ini pun, saya tidak ada masa untuk memikirkan soal cinta.

"Mana-mana wanita yang mahu berpacaran dengan saya perlu faham dengan komitmen dan kesibukan saya.

"Seperti mana bekas teman wanita saya sebelum ini yang merungut kerana katanya, untuk bertemu dengan saya untuk makan malam selama dua jam pun, perlu membuat temu janji dua minggu lebih awal," cerita Hans dalam nada berseloroh.

Sibuk sehingga 2013

Dengan tirai 2011 akan berlabuh tidak lama lagi, Hans sudah mengatur pelbagai agenda seni sehingga tahun 2013.

Sebelum itu, Hans menjelaskan dia akan menghabiskan masa hampir seminggu di Bangkok, Thailand bersama ibunya bagi meraikan sambutan Krismas di rumah abangnya di sana.

Kemudian, Hans akan sibuk dengan penerbitan konsert Raja dan Ratu Rock yang menampilkan Awie dan Ella di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada pertengahan bulan Januari depan.

"Untuk tahun 2012, saya akan kembali mementaskan musim terakhir Cuci the Musical dengan beberapa perubahan dan kejutan baru selain musim kedua Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal.

"Dalam masa yang sama juga, saya akan mengadaptasi kisah hidup Lat ke layar perak dan akan menjalani penggambaran sekitar pertengahan tahun depan.

"Bagi tahun 2013 pula, saya akan mementaskan Rajang the Musical yang boleh saya katakan memberi satu dimensi baru kepada pementasan teater muzikal di negara ini," jelas Hans penuh teruja.

Dalam masa yang sama Hans turut mengkhabarkan bahawa dia kini sudah mula sibuk memenuhi persembahan pentas bersama Afdlin, Nabil Ahmad dan Awie.

"Baru saya tahu bagaimana hendak mencari duit poket dengan mudah," katanya dalam derai tawa.

Full content generated by Get Full RSS.

Benarkah Adele ‘dirompak’?

Posted:

Benarkah Adele 'dirompak'?

Benarkah Adele 'dirompak'?

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my

SEDARI awal lagi, nama penyanyi yang berasal dari Tottenham, England ini disebut-sebut dan berpotensi besar untuk mendominasi senarai pencalonan akhir Anugerah Grammy Ke-54.

Apatah lagi dengan kejayaan album keduanya, 21 yang merupakan album terlaris dengan penjualan melebihi empat juta salinan di Amerika Syarikat.

Ternyata ramalan itu benar belaka apabila Adele menerima enam pencalonan termasuk tiga kategori utama iaitu Rakaman, Lagu dan Album Terbaik sewaktu pengumuman pada 30 November lalu.

Dengan tercalon dalam tiga kategori utama dalam Anugerah Grammy itu, Adele sememangnya kini merupakan calon utama untuk menang besar pada malam itu nanti.

Menerusi lagu popularnya, Rolling In The Deep, Adele dicalonkan untuk Rakaman dan Lagu Terbaik sementara album 21 pula bakal bersaing hebat dengan empat calon lain bagi merebut gelaran Album Terbaik.

Namun, persoalan yang timbul apabila ada pihak yang seolah-olah merasakan Adele bagaikan 'dirompak' apabila hanya menerima enam pencalonan walhal sebenarnya dia mampu meraih lebih banyak pencalonan.

Ini berbeza dengan penyanyi rap, Kanye West yang mengungguli senarai pencalonan kali ini apabila menerima tujuh pencalonan tetapi tidak untuk kategori Album dan Rakaman Terbaik.

Ada yang merasakan lagu-lagu di dalam album 21 tidak dipromosikan sebaiknya dan hanya menumpukan kepada Rolling In The Deep sebagai satu-satunya umpan untuk pencalonan Grammy kali ini.

"Jika diperhatikan, genre yang diketengahkan oleh Adele menerusi 21 hanyalah pop semata-mata. Ini amat berbeza dengan penyanyi yang mempertaruhkan genre hip hop atau R&B di mana mereka boleh bermain dengan pelbagai warna agar ia dapat dicalonkan dalam kategori lain.

"Dalam konteks ini, Justin Timberlake adalah contoh terbaik. Dia menghasilkan sebuah album pop tetapi dia menampilkan variasi menerusi setiap lagu di dalamnya seperti rock dan muzik dance misalnya.

"Jadi untuk Adele menerima enam pencalonan sudah dikira cukup baik dan satu pencapaian yang seharusnya dibanggakan," jelas wartawan muzik berpengalaman, Phil Gallo kepada E! Online, baru-baru ini.

Selain tiga kategori utama, Adele turut dicalonkan dalam tiga kategori lain termasuk Persembahan Solo Pop Terbaik bagi lagu Someone Like You, Album Vokal Pop Terbaik (21) dan Muzik Video Pendek Terbaik (Rolling In The Deep).

Adele sebenarnya bukanlah nama asing dalam anugerah berprestij itu apabila dia pernah diiktiraf dengan dua trofi Grammy untuk Artis Baru Terbaik dan Persembahan Vokal Pop Wanita Terbaik bagi lagu Chasing Pavements, dua tahun lalu.

Mengekori rapat Adele juga dengan enam pencalonan ialah Bruno Mars dan Foo Fighters manakala penyanyi rap, Lil Wayne dan Skrillex masing-masing menerima lima pencalonan.

Penyanyi wanita seksi, Rihanna juga tidak kurang hebatnya apabila menerima empat pencalonan termasuk Album Terbaik bagi albumnya, Loud selain Lady Gaga untuk tiga kategori juga termasuk Album Terbaik untuk Born This Way.

Juara American Idol musim keempat, Carrie Underwood masih lagi menjadi pilihan juri apabila tersenarai dalam kategori Persembahan Solo Country Terbaik dan bakal berdepan dengan saingan hebat daripada Jason Aldean, Martina McBride, Blake Shelton dan Taylor Swift.

Semakin mencabar

Satu yang pasti dan realiti yang harus dihadapi apabila Grammy dilihat semakin mencabar ekoran perubahan syarat yang dilakukan oleh pihak akademi rakaman Amerika Syarikat.

Perubahan terbesar yang dilakukan bermula tahun ini apabila penstrukturan kategori yang dipertandingkan hanyalah sebanyak 78 kategori sahaja berbanding 109 tahun lalu.

Untuk setiap genre, tiada lagi pembahagian kategori seperti lazimnya di mana untuk persembahan solo misalnya, penyanyi lelaki dan wanita disatukan dalam satu kategori.

Sama juga dengan kolaborasi vokal dan persembahan vokal duo atau berkumpulan disekalikan menjadi Persembahan Duo/Berkumpulan Terbaik.

Begitu juga dengan empat cabang muzik lain yang turut mengalami perubahan dari segi pengkategorian iaitu teater muzikal kini menjadi persembahan muzikal selain filem, televisyen atau visual media lain ditukar kepada muzik untuk visual media).

Dua yang lain termasuklah gospel yang kini berubah kepada gospel atau muzik Kristian kontemporari dan kategori dance yang dahulunya berdiri sendiri kini digabungkan bersama muzik elektronika lalu menjadi kategori dance atau elektronika.

Terdapat juga beberapa kategori yang dimansuhkan dan kemudiannya disekalikan dalam genre yang sama. Dalam konteks ini, kategori Album R&B Terbaik misalnya, akan disatukan dengan genre kontemporari R&B.

Ini berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini apabila Album Kontemporari R&B mempunyai kategori tersendiri. Perubahan ini juga melibatkan muzik sejagat (world music), kanak-kanak, folk dan latin.

Anugerah Grammy Ke-54 akan berlangsung di Staples Centre, Los Angeles, Amerika Syarikat pada 12 Februari depan.

Full content generated by Get Full RSS.

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


(VIDEO) Dokumentari Perjuangan harimau muda Majalah 3

Posted: 04 Dec 2011 12:21 AM PST

QPR enter Malaysian market for Mohd Safiq Rahim

Posted: 03 Dec 2011 11:21 PM PST


Queens Park Rangers could make a surprise entry into the Asian transfer market with a move for Selangor midfielder Mohd Safiq Rahim. The Malaysian national team star is very highly rated in his home country, and QPR could make a shock move in January.

QPR chairman and owner Tony Fernandes has decided that he must improve the commercial and financial reach of the club into Asia in order to make his team a success.



Tony Warnock has been recommended Rahim by Fernandes' representatives, and the player will arrive on trial in January to spend time with the first team.
Whether or not the player will be part of the first team squad remains to be seen, but the 24 year old has been a goalscoring revelation for his Malaysian side, where he plays in attacking midfield and not only does he contribute with assists, but in front of goal as well.

Selangor value the midfielder at around 300,000 GBP but a trial period is expected prior to any permanent deal.

There seems to be some interest from Premier League clubs in Malaysia at the moment, with several clubs making pre-season tours in the country, where English football is incredibly popular.

Baddrol Bakhtiar, another Malaysian international, has also been linked with a move to the Premier League and Wigan are believed to be preparing a trial for the player.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Sarimah Akui Sudah Dua Tahun Intim Dengan Lelaki Perancis

Posted: 03 Dec 2011 02:33 PM PST

Sarimah dan Guillaume hadir pada Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18), bulan lalu.

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Sarimah Ibrahim mengakui sedang menjalin hubungan intim dengan lelaki warga Perancis bernama Guillaume sejak dua tahun yang lalu.

Pelakon filem Apokalips itu berkata mereka hanya menjadi rapat sejak lelaki berusia 34 tahun itu menetap di Kuala Lumpur.

"Saya sudah lama kenal dengannya, sejak lapan tahun lalu kerana dia memang menetap di Asia sebelum ini. Bagaimanapun, sebelum ini kami sekadar bertegur sapa begitu saja dan hanya kawan biasa.

"Hubungan kami menjadi semakin rapat kira-kira dua tahun selepas dia (Guillaume) berpindah ke Kuala Lumpur," katanya kepada mStar Online.

Apabila ditanya adakah lelaki tersebut bakal menjadi calon suaminya selepas dia melalui keruntuhan rumah tangga hampir tiga tahun lalu, Sarimah berkata pada peringkat ini adalah terlalu awal untuknya mengulas lanjut tentang hubungan mereka.

"Saya senang dan selesa berkawan dengannya tapi sejujurnya saya tidak pasti jika dia adalah lelaki paling tepat untuk menjadi calon suami.

"Saya berserah kepada Allah, jika dia adalah calon terbaik saya terima dengan hati yang terbuka.

"Apa pun, hanya masa yang akan menentukan siapa pasangan terbaik yang telah ditakdirkan untuk saya, insyaAllah," katanya.

Menyentuh perkembangan terkini, Sarimah berkata, dia sedang menghabiskan proses penulisan buku berkaitan kesihatan mental dan dijangka akan menerbitkan buku itu tidak lama lagi.

Selain itu, pelakon yang kini berkecimpung dalam bidang keusahawanan ini juga berkata, syarikat produksinya Sarimah Sdn Bhd akan menerbitkan sebuah dokumentari tentang isu kesihatan mental di Malaysia pada tahun depan.

"Saya juga tidak sabar untuk menantikan kemunculan filem Apokalips arahan Mamat Khalid pada tahun depan.

"Berkemungkinan juga saya akan menyertai stesen radio di bawah AMP sebagai penyampai sepenuh masa bermula tahun baru ini," katanya lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Ditinggalkan Kerispatih

Posted:

Ditinggalkan Kerispatih

Ditinggalkan Kerispatih

VOKAL istimewa lelaki ini pernah terbentuk harmoni dalam alunan irama dan lagu sebuah grup. Bersama Kerispatih, mereka membentuk persahabatan, berkongsi rasa, beradaptasi dengan gula dan garam kehidupan. Begitu perkenalan pada 2003 itu terbentuk hingga melancarkan tiga album Kerispatih bersama-sama.

Album dengan judul Kejujuran Hati (2005), Kenyataan Perasaan dan Tak Lekang Oleh Waktu (2008) adalah bukti kepada jalinan ini. Single Tapi Bukan Aku pula menjadikan mereka salah sebuah grup baharu yang perlu diberi perhatian waktu itu.

Namun bahtera muzik yang dilalui Sammy sang vokalis bersama bertemu gelora ketika lautan sedang lancar dilalui. Dia kemudian terkontang-kanting sendiri, cuba melawan gelora sehingga perahu kecilnya ditinggalkan sendiri. Tiada lagi Badai, Arief, Andika dan Anton mengiringi hidupnya tatkala dia dilanda musibah. Sebuah kekhilafan yang dicarinya sendiri.

Sammy atau Hendra Samuel Simorangkir sebenarnya tersadung silap sendiri. Tekanan demi tekanan yang diterima membuatkan dirinya mendekati kejahilan dunia. Dia membenarkan dirinya mendekati najis masyarakat, lebih tepat lagi dadah.

Tarikh malang 2 Februari 2010, dia ditangkap di sebuah hotel di daerah Pedurenan Sawit Setiabudi, Jakarta Pusat. Bersamanya ditemui paket-paket syabu dan sejumlah alat menghisap dadah. Sammy juga positif menggunakan dadah sekali gus menjerat diri di belakang tirai besi.

Bertemu vokalis bersuara merdu di Jakarta baru-baru ini, dia tidak segan silu berkongsi cerita hitamnya. Tuturnya jujur tanpa sembunyi kerana dia bukan sahaja berkongsi cerita dan rasa tetapi juga memberi iktibar untuk dibaca.

"Tidak usah menangis kerana tangisan tidak akan dapat mengubah apa-apa," itu bunyi nasihat yang mengubah sikap mendung insan bernama Sammy.

Nasihat yang diperoleh daripada teman-teman kubu tirai besi yang rata-rata merupakan pembunuh, perogol dan penjenayah yang sebenarnya mempunyai hati yang baik pada satu sisi lain.

"Saya sempat menangis semahunya dalam penjara. Tidak mahu buat apa-apa dan berdiam diri. Rupanya ada yang prihatin dan simpati terhadap saya. Ada yang beri motivasi kepada saya tatkala saya ditinggalkan sepi rakan-rakan seperjuangan yang tidak pernah menjenguk saya di penjara. Malah pihak label rakaman dan keluarga turut tidak mempercayai saya," luah Sammy yang ditemui tentang kehidupan penjara yang dilalui pada Februari 2010 hingga 8 September 2010.

Emosi ranap

Hidup dalam penjara di Salembar bukanlah satu jadual yang mudah untuk dilaluinya. Berbantalkan air mineral dan berkongsi bilik seramai sembilan orang, perkara itu sangat berbeza dengan kehidupan selebriti yang dilaluinya.


MOMEN sewaktu Sammy berada di sebalik jeriji besi yang akhirnya menemukannya dengan manusia berhati mulia.


"Mental saya ranap. Menangis dan menangis dan rasa tidak mahu menyanyi lagi. Saya hilang keyakinan diri. Harapan seolah tiada lagi namun kemudian ia berubah dengan pendekatan rakan-rakan penjara saya," ceritanya tentang kehidupan jeriji besi yang dilaluinya.

"Saya sempat berbicara dengan Ariel Peter Pan yang dimasukkan ke Rumah Tahanan Kebonwaru, Bandung. Ariel menangis ketika itu. Saya kemudian memberitahu dirinya bahawa nasib kita sama tetapi sisi positifnya dia tidak ditinggalkan teman-teman grup Peter Pan. Dia harus lebih kuat daripada saya kerana dia sentiasa ada sokongan daripada belakang," senyumnya mengingatkan persamaan dan perbezaan nasib mereka.

Bangkit melihat kesilapan lalu sebagai satu penyesalan dan pengajaran, Sammy menganggap titik hitam lalu adalah sesuatu yang tidak usah dilihat lagi. Dia kemudian bangun dan sempat mencipta sekitar 34 buah lagu dalam penjara.

"Di saat orang terdekat menjauhi, ada 3,000 orang yang tidak saya kenali menghampiri saya. Ribuan penghuni penjara ini mengusap dada saya memberi kata semangat. Saya sempat bernyanyi untuk mereka dalam penjara malah ketua penjara tersebut adalah peminat saya," senyumnya akan sebuah hikmah yang hadir dalam hidupnya.

Tidak sah kalau tidak bertanyakan tentang rumah pertamanya yang mengenalkan erti industri dan kehidupan selebriti. Di kehidupan Kerispatih, Sammy berkenalan dengan dunia selebriti dan glamor.

"Namanya hidup. Dulu waktu berlima, kononnya teman sehidup semati tetapi duit mengaburi semua itu. Waktu saya terkena masalah, terus saya dipecat. Walhal ada anggota dalam Kerispatih yang juga sama pernah bergelumang dadah cuma tidak malang seperti saya.

"Dalam Kerispatih itu, masalah yang tidak sihat adalah daripada segi kewangan. Tiada keterbukaan antara pengurusan dan anggota grup. Saya merupakan anggota yang paling ingin tahu dan keras kepala. Saya sering mahu tahu tentang kontrak dan pembayaran. Akhirnya semua masalah disimpan sendiri," jujurnya yang menganggap 'penyimpanan' tersebut antara punca dia mencari jalan keluar dengan mendekati dadah.

"Setelah keluar penjara, saya tidak dibenarkan menyanyi semua lagu Kerispatih. Kalau saya nyanyi, mereka akan saman. Kemunculan pertama saya di kaca televisyen selepas keluar penjara adalah di rancangan Harmoni.

Bangkit semula

"Mulanya tidak yakin tetapi kemudian Erwin Gutawa memberi saya keyakinan dan berkata, ramai yang mengharapkan saya kembali. Saya kemudian menyanyikan lagu Sephia dan Tak Ada Yang Abadi," ujarnya yang sudah memupuk gunung yakin dalam diri. Grup Gigi dan Padi disebut Sammy sebagai antara grup yang pernah memberinya semangat.

Atas kumpulan semangat sendiri dan persekitaran, Sammy bergerak solo dengan menggunakan nama Sammy Simonangkir. Single Sedang Apa Dan Di Mana sedang enak diputarkan di corong radio dan mendapat tempat di hati pendengar.

"Awalnya memang tiada niat untuk muncul solo. Satu hal yang tidak disengajakan dan saya menghadap kenyataan sahaja. Emosi saya sekarang sangat indah dan sentiasa berfikiran positif. Terpacu ketenteraman," luahnya dalam hela nafas yang tenang.

Agak kekok bergerak ke sana ke mari secara solo, Sammy menjemput beberapa rakan pemuzik jemputan untuk mengiringi persembahannya. Jujur kata Sammy, dia terlalu trauma untuk membentuk grup kekal kerana kurang percayakan individu lain atas nama pengalaman.

Lalu penulis tanyakan Sammy, apa yang membezakan dia dan Kerispatih kini.

"Nah, itu dia. Saya memperdengarkan beberapa lagu kepada teman-teman pemuzik. Mereka memberitahu bahawa saya membikin lagu yang baik. Saya masih di jalur pop dan tidak meniru siapa-siapa. Tetapi kesan vokal saya di Kerispatih membuatkan mereka merasakan seperti mendengar lagu grup tersebut. Itu daripada aspek vokal dan saya tidak boleh menidakkan kerana itu memang vokal saya yang tidak mungkin boleh diubah," ujarnya tetap dengan vokal dan pendirian sendiri.

Sedang melayari kehidupan dengan segala elemen positif di sekitarnya, sebelum usai pertemuan di Jakarta, Sammy sempat berbicara lembut atas nama kesedaran. Ujarnya," Banyak yang saya pelajari. Saya tidak mahu mengulangi lagi kesilapan lalu dan belajar untuk berkongsi rasa. Jangan pernah memendam perasaan."

Full content generated by Get Full RSS.

Shila, Sharnaaz nikah lima tahun lagi

Posted:

Shila, Sharnaaz nikah lima tahun lagi

Shila, Sharnaaz nikah lima tahun lagi


MENAFIKAN bercinta, Sharnaaz dan Shila bagaimanapun saling memanggil 'anja' antara satu sama lain.


GOSIP percintaan antara pelakon popular Sharnaaz Ahmad, 26, dengan pelantun Patah Seribu, Shila Amzah, 21, semakin kencang bermain di bibir ramai. Bermula daripada kerjasama menghasilkan klip video single Patah Seribu, hubungan dan kemesraan mereka semakin terserlah.

Kerap kali mereka dilihat bersama bahkan pada acara karpet merah Anugerah Skrin 2010, mereka juga hadir berpasangan. Kepada pengikut Sharnaaz dan Shila di laman sosial Twitter, kemesraan dua selebriti ini bukan satu rahsia. Luahan rindu, sayang serta panggilan 'anja' antara mereka berdua mudah mengiakan sangkaan bahawa anak sulung ND Lala itu sedang menganyam cinta bersama aktor kelahiran Georgetown, Pulau Pinang.

Terbaru, gambar-gambar yang dimuat naik Shila dan Sharnaaz semakin menjelaskan status hubungan mereka walaupun Shila sendiri ada membuat penafian. Di matanya, Sharnaaz bagaikan biasan cermin. Mereka intim tetapi belum sampai ke tahap bercinta.

"Kami memang rapat tetapi untuk bercinta mungkin belum masanya kerana saya ada sasaran, mungkin empat atau lima tahun lagi baru saya akan sedia untuk memikirkan soal perkahwinan," katanya yang pernah menangis melihat lakonan Sharnaaz dalam drama Ungunya Cinta.

Tidak adil untuk Shila, jawapan Sharnaaz yang sedang menjalani penggambaran drama bersiri Bicara Cinta, mungkin mampu menjelaskan situasi sebenar. Secara budiman akui Sharnaaz, cinta yang diperkatakan itu belum berbunga namun seperti Shila, Sharnaaz mengiakan mereka kini dalam status sahabat baik.

SENSASI BINTANG: Makin kuat gosip percintaan kalian, benarkah sedang bercinta dengan Shila?

SHARNAAZ: Memang tidak bercinta tapi kami memang rapat. Saya selesa sebab dia jenis gila-gila macam saya juga, kami tak perlu nak 'kontrol-kontrol' bila bersembang.

Pernah keluar berdua?

Tak pernah, langsung tak pernah. Saya takut nanti kena belasah dengan ayah Shila. Saya masih hormatkan orang tua Shila, setakat ini belum pernah kami keluar berdua, kalau berjumpa selalunya Shila ditemani ibu atau adik lelakinya. Saya memang rapat dengan ahli keluarga termasuklah bapanya, mungkin kalau dibenarkan ayahnya, suatu hari nanti mungkin kami pun akan keluar bersama.

Kenapa begitu tertarik mahu bersahabat dengan Shila?

Saya anggap Shila anak seni yang serius dengan kerja seninya, saya suka cara dia bekerja. Biarpun muda, tapi kematangannya mengatasi usia.

Apa panggilan terhadap Shila?

Saya panggil dia dengan panggilan 'anja', memang sejak dulu lagi saya panggil Shila 'anja' sebab karakternya yang manja-manja. Dia pun panggil saya anja juga.

Mula kenal Shila sebenarnya sejak bila?

Rasanya sudah setahun lebih, sebelum kami buat klip video bersama, saya dipertemukan dengan Shila dalam satu fotografi untuk majalah Mangga. Dari situ mulai baik sampailah Shila hubungi saya untuk projek klip video Patah Seribu.

Ada apa-apa perancangan bersama?

Sebenarnya kami tengah bekerjasama untuk sebuah projek, projek apa kena tunggu. Saya belum umumkan lagi. Apa yang pasti, bukan projek duet sebab saya tak pandai menyanyi macam Shila.

Full content generated by Get Full RSS.

Ombak Rindu mengganas

Posted:

Ombak Rindu mengganas

Ombak Rindu mengganas


BABAK beremosi dan sedikit tarikan seksual antara perencah yang memberi jiwa kepada Ombak Rindu.


AURA filem Ombak Rindu arahan Osman Ali yang diadaptasi daripada novel karya Fauziah Ashari sudah dapat dirasai usai tayangan pratonton filem berkenaan, dua minggu lalu. Seminggu sebelum tayangan komersial, gelora peminat tegar terhadap novel yang terjual sebanyak 150,000 naskhah itu semakin membadai.

Barangkali, selama tempoh lebih 12 tahun mengenali Izzah, masing-masing tidak sabar untuk mencari erti visual kisah tragis wanita malang yang menjadi mangsa kerakusan manusia dalam novel berkenaan.

Memasuki panggung pada 1 Disember lalu, Ombak Rindu membuktikan, drama air mata Melayu juga mampu mengganas setanding filem aksi atau seram yang paling mudah memanggil penonton ke pawagam. Hari pertama ditayangkan, Ombak Rindu berjaya mengutip RM750,000.

Walaupun tidak memecah rekod Kongsi (RM1.1 juta dengan 100 pawagam), jauh sekali KL Gangster (RM1.8 juta dengan 81 pawagam), sebagai sebuah filem yang ditayangkan hanya di 71 pawagam termasuk Brunei dan Singapura, pencapaian sebuah filem adaptasi novel Melayu itu sudah cukup bagus untuk dilihat sebagai fenomena.

Selaku sutradara, Osman Ali layak mendapat pujian. Secara peribadi juga, pencapaian Ombak Rindu sendiri satu fenomena buat Osman yang sebelum ini tidak bernasib baik dari segi kutipan untuk tiga filem terdahulu, Cun (RM1.1 juta), Anak Halal (RM1.7 juta) dan Puaka Tebing Biru (RM1 juta).

Sejak awal, Osman sendiri ragu-ragu akan kesungguhan penerbit untuk menghasilkan sebuah filem adaptasi daripada genre drama memandangkan trend tontonan lebih memihak kepada genre aksi dan seram.

"Ini filem pertama saya mendapat kutipan memberangsangkan pada hari pertama tayangan. Mungkin sebelum ini rezeki belum memihak kepada saya, setiap pengarah ada takdirnya. Macam apa yang berlaku kepada Mamat Khalid, maknanya kita jangan cepat mengaku kalah.

"Untuk Ombak Rindu, pihak penerbit pun kata ia tiga kali ganda lebih baik berbanding filem terbitan mereka dari genre yang sama, Lagenda Budak Setan, tahun lepas," katanya yang terharu dengan komen-komen positif serta penghormatan penonton yang bersorak dan bertepuk tangan di hujung tayangan filem berkenaan di hari pertama.

Lebih membanggakan, Ombak Rindu menjatuhkan kedudukan filem nombor satu dunia ketika ini, The Twillight Saga: Breaking Down - Part 1 setelah flilem Hollywood itu tersingkir ke kedudukan kedua carta box-office tanah air minggu ini.


HARI pertama ditayangkan, Ombak Rindu berjaya memanjat carta nombor box-office tanah air dan meraih kutipan tiket RM750,000.


Melihat sambutan serta judul Ombak Rindu yang menjadi topik popular di laman sosial Twitter, karya lakon layar Armantono serta Osman itu dilihat mampu berdiri sebagai naskhah yang tidak cacat biarpun Fauziah meluahkan ketidakpuasan hatinya.

Fauziah juga menitipkan pesan, agar setiap karya adaptasi sebaik-baiknya menjemput penulis novel sebagai penasihat atau penulis skrip bersama.

"Walaupun penulis novel (Fauziah) ada menyatakan ketidakpuasan hatinya, saya faham apa yang cuba beliau maksudkan. Memang filem Ombak Rindu tidak mampu memberi visual 100 peratus kepada apa yang difantasikan dalam novel.

"Saya langsung tidak berkecil hati dengan kenyataan Fauziah. Sekarang, saya dapat rasakan penonton sebenarnya rasional dan tidak prejudis terhadap versi novel. Mereka tidak menetapkan jangkaan luar biasa dan boleh faham situasi adaptasi daripada novel ke filem," jelas Osman yang akur terhadap rungutan-rungutan penonton membandingkan versi dan novel yang ada bezanya.

Kejayaan awal Ombak Rindu seperti memberi gambaran bahawa filem adaptasi akan menjadi trend popular dalam industri filem tempatan.

Mengulas soal itu, Osman tidak berani mengagak masa depan. Katanya, dia lebih melihat dari sudut drama. Suatu masa dahulu, filem-filem genre drama seperti di zaman kegemilangan filem Datuk Rahim Razali dan Datuk Jins Shamsuddin mendapat sambutan hebat peminat.

"Sekarang orang takut mahu buat filem drama, saya harap, filem kita akan mengembalikan kegemilangan filem genre drama, harap ada lagi filem dari genre drama yang mampu tarik penonton ke pawagam.

"Tentang sambutan filem adaptasi pula, ia bukan sesuatu yang konsisten, dahulu filem Lagenda Budak Setan dapat sambutan, malangnya Karipap-Karipap Cinta tidak begitu bernasib baik. Trend adaptasi sudah lama popular di Barat cuma mungkin baru di tanah air.

"Saya cuma harap, Ombak Rindu akan terus diberi sokongan, masih terlalu awal untuk saya menyimpulkan pencapaian filem ini setakat ini," ujar Osman yang sedikit terpempan dengan sambutan yang diterima.

Hasil kreativiti, permainan emosi, debar asmara serta garapan yang mampu mengalirkan air mata, saham Osman sebagai pengarah filem adaptasi juga meledak naik. Ada beberapa penerbit sudah memberikan lampu hijau untuk Osman terus berkarya.

"Saya tidak berani terima tawaran baharu, kena tengok sambutan Ombak Rindu dulu. Tidak semua novel mampu memberikan impak bila diadaptasi, kena teliti," katanya yang kini sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri 26 episod, Bicara Cinta.

Bukan sahaja menjadi buah mulut tetapi perkataan Ombak Rindu menjadi satu trend laman sosial Twitter. Pujian dan pertanyaan bersilih ganti bertanyakan perihal filem lakonan hebat Maya Karin, Aaron Aziz, Bront Palarae dan Zaidi Omar. Hasilnya masing-masing mahu menonton dan memberi ulasan sendiri. Sebuah perkembangan sihat apabila sebuah filem menjadi budaya bualan umum.


SATU kelebihan Ombak Rindu terletak kepada barisan pelakon yang memberikan penghayatan terbaik sehingga meruntun air mata penonton.


Bukan hanya filem dan nama para pemegang karakter yang menunjukkan hasil yang bersahaja namun mengagumkan, lagu runut bunyi filem ini adalah tepat dan membuai emosi penonton. Single Ombak Rindu nyanyian Adira dan Hafiz meruntun jiwa dan membantu pengaliran air mata khalayak yang tersentuh dengan segala emosi yang dibawakan dalam filem ini.

Demam Twilight berterusan

Salah sebuah lagi adaptasi novel yang membikin gelombang fenomena tersendiri adalah kemunculan francais Twilight. Bermula pada 2008 dengan Twilight, demam itu berterusan dengan kehadiran filem The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1, bermula bulan lalu.

Breaking Dawn merupakan novel keempat dan terakhir dalam senarai novel The Twilight Saga hasil tulisan Stepehine Meter. Filem yang terbahagi kepada dua bahagian tersebut diarahkan oleh Bill Condon dan kegilaan khalayak terhadap watak Edward Cullen dan Jacob akan terus berterusan.

Hasilnya sehingga 27 November lalu, filem francais siri keempat ini telah mengutip sebanyak RM690 juta (AS$220 juta) di Amerika Syarikat dan Kanada serta RM838 juta (AS$268 juta) di seluruh dunia menjadikan jumlah sehingga RM1.5 bilion (AS$488 juta). Filem ini dibuka pada 18 November lalu di 4,061 buah panggung seluruh dunia.

Pada satu sisi, filem adaptasi ini mempunyai para pencinta yang tersendiri. Sama ada pembaca buku, peminat filem atau pencinta salah satu karakter, tetapi golongan ini memberi peratusan tinggi untuk filem ini sebanyak 71 peratus berbanding peratusan yang diberikan oleh pengkritik filem iaitu 26 peratus seperti yang tercatit di www.rottentomatoes.com. Terus menjadi bahan bualan, debaran filem ini berterusan apabila akan muncul bahagian dua yang menyambung cerita dan legasi serigala dan puntianak terkenal dunia sekarang.

Full content generated by Get Full RSS.

Sabtu, 3 Disember 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Gambar Majlis Nikah Ezlynn & Adam

Posted: 03 Dec 2011 07:14 PM PST

Rasanya ramai yang dah ingat-ingat lupa dengan penyanyi Hi Hi Bye Bye ni yang kini menanti untuk diraikan dalam satu majlis resepsi tajaan Rafflesia. Wah, beruntung sungguh Ezlynn, walaupun dah tak aktif mana dalam industri, masih ada yang sudi menaja majlis resepsi. Dengarnya, majlis resepsi anjuran Rafflesia nanti akan diadakan di Crowne Plaza Mutiara dan tidaklah sebesar atau sama grand nya dengan majlis resepsi Norman Hakim dan Memey.

Pada majlis akad nikah ini, Ezlynn menerima wang hantaran berjumlah RM 20,020.20 dengan lima dulang hantaran, manakala, pihak Adam Fahmi menerima tujuh dulang hantaran. Pasangan dua merpati sejoli ini berpakaian sedondon rona putih rekaan Oscar Jeprey, manakala solekan Nurul Shukor.

Sementara itu, majlis resepsi perkahwinan pasangan ini akan diadakan pada Januari tahun depan dengan berkonsepkan Arab serta Inggeris. Esok, Ezlynn dan Adam turut hadir di satu sidang media yang akan mengumumkan tentang penajaan majlis resepsi dan juga senarai penaja yang turut memberi sumbangan. Tahniah Ezlynn dan Adam.

Budiey hanya mahu berkongsi gambar-gambar majlis nikah Ezlynn dan Adam Fahmi. Kredit : RED Photography

Wedding Ezlynn Adam

Wedding Ezlynn Adam

Wedding Ezlynn Adam

Wedding Ezlynn Adam

Wedding Ezlynn Adam

Wedding Ezlynn Adam

Wedding Ezlynn Adam

Wedding Ezlynn Adam

Wedding Ezlynn Adam

Wedding Ezlynn Adam

Wedding Ezlynn Adam

Wedding Ezlynn Adam

Wedding Ezlynn Adam

Wedding Ezlynn Adam

Wedding Ezlynn Adam

Wedding Ezlynn Adam

Tags: , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Penyanyi Ezlynn Bertunang
  • Majlis Pertunangan & Akad Nikah Ezlynn & Adam
  • KRU Pecat Adam AF2?
  • Gambar Ning Baizura Nikah
  • Gambar Zed Zaidi & Nelly Nathalia Nikah
  • Gossip: Ezlynn dan Taufik Batisah Bercinta?
  • Gambar Hantaran & Dekorasi Akad Nikah Siti Sarah & Shuib
  • Mesranya Ixara Dewi Remaja dengan Adam
  • Gambar Majlis Akad Nikah Zaffrina Penyampai Suria FM
  • Gambar Nikki Bertudung di Majlis Nikah Ning
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Show STOMP ’11 Sangat Memukau & Genius

    Posted: 03 Dec 2011 09:51 AM PST

    Bak kata Allahyarham P. Ramlee, irama dan lagu tidak boleh dipisahkan. Jika dipisahkan maka pincanglah lagu. Begitu juga dengan muzik dan bunyi, ia satu perkataan yang sinonim dan tak boleh dipisahkan. Dari bunyilah muzik dihasilkan, betul tak? Sebagaimana yang semua sedia maklum, bunyi pula dihasilkan dari geseran dan pergerakan objek.

    Dan, mungkin dengan formula ini juga maka dipersembahkan teater muzikal STOMP '11 kepada warga Malaysia. Bagi Budiey, STOMP sebuah persembahan yang genius menggunakan pelbagai jenis peralatan yang kita selalu guna dan jumpa dalam kehidupan seharian. Atau lebih tepat lagi, STOMP ini menggunakan kombinasi unik alatan perkusi, pergerakan dan komedi. Ya, sudah tentu performernya adalah terdiri daripada mereka-mereka yang tahu dan pakar dalam bidang muzik.

    Ia mula dipersembahkan di Brighton, UK pada musim panas 1991. Antara objek dan peralatan digunakan, tong sampah, sinki, tayar, tin cat, penyapu, baldi, botol, tin coca-cola, sudu, Zippo Lighter dan banyak lagi. Prop yang digabungkan dengan tap-dance ini sebenarnya menjadikan performance mereka begitu menarik untuk ditonton kerana ia tak sikit pun menggunakan peralatan muzik lain yang rata-rata menggunakan gitar, bas, dram, perkusi dan sebagainya.

    Bukan itu sahaja, STOMP menggunakan pergerakan badan seperti hentakan kaki, tepukan, drum tangan dan lain-lain lagi. Hinggakan bunyi nak keluarkan kahak pun boleh dibuat irama muzik. Sungguh luar biasa. Ia direka khas oleh tenaga kreatif yang diterajui oleh pengarah berkaliber iaitu Luke Cresswell dan Steve McNicholas.

    Cuma, mungkin ada yang pelik bila menyaksikan persembahan ini kerana ia bukannya ada jalan cerita yang khas kerana ia terlalu fokus kepada lagu dan persembahan unik mereka. Dialog pun memang tak banyak. Melodi pula taklah spesifik sangat. Ia lebih kepada ritma dan susunan irama yang lebih santai dan berjiwa loud.

    STOMP

    Semasa pertama kali dijemput, Budiey teringat dengan persembahan Nanta di Korea. Ya, Budiey pernah menyaksikan persembahan Nanta semasa berkunjung ke negara Korea bersama Awal Ashaari pada bulan Oktober lalu, dan Budiey dapati antara persembahan Nanta dan STOMP ada persamaan ketara iaitu Nanta menggunakan peralatan memasak di dapur, manakala STOMP pula bersifat umum di mana ia memaksimakan pelbagai bunyian menjadikan satu muzik dan irama yang sungguh kreatif.

    Pada 30 November lalu, Budiey sempat menyaksikan dengan mata dan menikmati dengan telinga sendiri sebuah persembahan STOMP yang sungguh memukau di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre. Untuk pengetahuan pembaca, STOMP '11 telah pun memulakan persembahan di Malaysia dari 29 November hingga 4 Disember iaitu semalam. STOMP dilakonkan dan dipersembahkan oleh seramai 8 orang perkusi dan pelakon yang berbakat besar. Mereka diterbangkan dari Austria, UK, Australia, Italy, Denmark, Kanada dan USA minggu lepas.

    Yang menarik, mereka yang buat persembahan tak lupa untuk berkomunikasi dengan penonton. Ini menjadikan persembahan mereka tak lah bosan sangat sebab ada respon dan tidakbalas dari penonton juga. Tak lupa, penonton diajar macamana untuk memberi impak dan ritma lagu dari hasil tepukan dan hentakan kaki. Budiey yakin ramai pemonton rasa berbaloi beli tiket dan enjoy dengan pertunjukan ini.

    Fresher, Faster dan Funnier – itulah yang boleh diungkapkan dari persemabahan selama 2 jam ini. Persembahan ini dikatakan sempena dengan sambutan ulangtahun yang ke-20 STOMP dipersembahkan kepada umum. Dikatakan STOMP telah menghiburkan seramai 15 juta orang di 48 buah negara dan 5 buah benua.

    Beberapa rangkaian medley disampaikan dengan penuh semangat oleh semua performer. Bagi Budiey, persembahan mereka sangat bertenaga dan tak henti memukau penonton. Budiey paling suka bila mana mereka menggunakan sinki untuk menghasilkan bunyi dan lagu medley. Kreatif giler.

    Dikatakan juga persembahan untuk kali ini menampilkan lagu-lagu baru dan lebih segar. Gaya dan mutu penyampaian juga diubah untuk menjadikan persembahan ini lebih menghiburkan. Oh ya, lupa pulak, diorang ni juga semuanya boleh menari juga. Dengan koreografi yang ringkas dan yang penting penuh energi, mereka begitu berpadu tenaga untuk menjiwai watak dan begitu pakar dalam membuatkan penonton semua terpukau. Ternyata, persembahan mereka seolah-olah satu konsert dan juga orkestra. Memang gempak & superb.

    STOMP '11 secara rasminya ditaja oleh MIX FM sebagai radio rasmi, Lite FM selaku official supporting Radio Station, The Star, Renaissance Hotel KL, OOCL dan Allied Pickfords.

    Tiket yang dijual juga agak berpatutan iaitu antara RM75 hingga RM305.

    Tahniah kepada semua yang menjayakan persembahan STOMP. Terima kasih kerana sudi menjemput budiey.com untuk turut sama-sama menyaksikan persembahan berprestij tahap antarabangsa yang tolak bandingnya ini.

    STOMP

    STOMP

    STOMP

    STOMP

    STOMP

    STOMP

    STOMP

    STOMP

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Showcase Imran Ajmain di Annexe Gallery
  • Trivia: Kasut Tinggi Seorang Pelakon Wanita
  • Surprise Oprah A Farewell Spectacular
  • PALESTINIAN ENVOY TO SPEAK OVER SPECIAL RADIO TALK SHOW
  • Ellen Degeneres
  • Show Imran Ajmain di No Black Tie 19 Mei 2009
  • Daphne Iking Dalam The Breakfast Show di NTV7
  • Video Youtube Paris Hilton at The Late Show David Letterman
  • Show Your Love, Pass Your Cornetto
  • Gambar Liyana Jasmay di Anugerah Juara Lagu 24
  • Full content generated by Get Full RSS.