Adsense

Ahad, 12 Jun 2011

aReaL&Celebrity

aReaL&Celebrity


Hazama Juara Akademi Fantasia Musim Ke-9

Posted: 12 Jun 2011 04:39 PM PDT

Salam Guys, Berakhir Sudah Rancangan reality Akademi Fantasia A.K.A AF9 Malam Tadi Dengan Jayanya.. Seperti Yang Korang Sedia Maklum,Hazama atau nama sebenarnya Hazama Ahmad Azmi, 26 Telahpun Dinobatkan Sebagai Juara Akademi Fantasia Musim Ini..

Juara Kelahiran Perak *Orang Kampung Aku Nie* Turut Membawa Pulang Wang Tunai Sebanyak RM200,000 *WOW....!!!*, Sebuah Kamera Sony Handycam Bernilai RM3299 Dan Hamper Bernilai RM5000... Uuuiiii... Bestnye.... Naib Juara Jatuh Kepada Lena (Lenaber Haidir),Tempat Ketiga Milik Fina (Nur Shafinaz Jebat)Dan Tempat Keempat Milik Azri (Mohamad Azri Abdullah).. Tahniah Buat Semua Pemenang...


Biodata Hazama
Hazama
Nama penuh: Hazama Ahmad Azmi
Tarikh lahir: 28 November 1984
Usia: 27 tahun
Tempat lahir: Perak
Keluarga: Anak ketiga daripada empat beradik
Pendidikan: SPM
Muzik kegemaran: Rock balada
Idola: Amy Search



facebook,biodata,gambar,seksi,bogel,kahwin
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

Celebrity News

Celebrity News


5 Kategori Wanita Yang Tidak Boleh Diajak Dating

Posted: 12 Jun 2011 10:16 AM PDT

Jika semalam ZoOM berkongsi dengan pembaca mengenai jejaka yang suka berpoya-poya hari ini mari kita berkongsi serba sedikit tips yang ZoOm jumpa didalam laman sesawang untuk dikongsi bersama. Walaupun hanya berupa tips simple tetapi mungkin ia berguna kepada insan bernama jejaka/adam/lelaki diluar sana.Jum layan.... :

5 Kategori adalah....

1. Kawan baik kakak anda.

Kenapa? Ini kerana apada permulaannya semua pasti nampak baik tetapi jika suatu hari nanti anda berselisih faham, semua rahsia anda akan dibongkar kepada kakak. Agak susah untuk anda mempertahankan diri bila 'diserang'.

2. Setiausaha anda.

Kenapa? Seperti sedia maklum, ada orang yang memandang serong pada kerjaya seorang setiausaha. Bagi mereka, setiausaha hanya mahu menggoda boss, seterusnya berkahwin. Jika ia, anda keluar dengan setiausaha dan dalam masa yang sama, anda sudah berkahwin, anda mengiakan tanggapan orang ini.

3. Bekas teman wanita.


Kenapa? Ada orang kata, kita tidak sesuai jadi kekasih tetapi boleh jadi kawan. Jika hubungan sudah putus, elok sahajalah dilupakan. Tak perulah anda keluar lagi kerana apabila putus, anda sebenarnya tidak punya sefahaman lagi.

4. Teman wanita kawan anda.

Kenapa? Hah! Ini satu kesalahan paling teruk yang pernah anda lakukan. Jagan sesekali menikam kawan dari belakang kerana ia tidak baik untuk sebuah persahabatan. Fikirkan sendiri, kala kekasih anda diambil orang, tentu sakit bukan? Dan itu lah perasaan orang lain yang merasainya.

5. Wanita yang terlalu demand.

Kenapa? Mengapa perlu melayan perempuan yang 'demand' kerana anda boleh sakit otak jika melayan mereka ini. Banyak lagi perempuan lain dan jika kekasih anda demand, abaikan saja dirinya.

Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Keputusan Akademi Fantasia 9 | Hazama Juara Akademi Fantasia 9

Posted: 12 Jun 2011 08:37 AM PDT

JUARA AF9

Tahniah kepada Hazama kerana menjadi Juara Akademi Fantasia 9 dan merupakan juara terakhir program realiti terbitan Astro untuk tahun 2011 ini.

Juara : Hazama
Naib Juara :Lena
Tempat Ke-3 : Fina
Tempat Ke-4: Azri

ZoOM : APa Kata Anda ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Cerpen Terbaru Daripada Ina

Posted: 12 Jun 2011 08:13 AM PDT

Sekadar Hiasan

Ina! Oh, Ina.......!


" abg...tlg dtg umah segera, urgent".
Hakim baca sms sepantas kilat. Terus kol balik phone Ina. Tak berjawab. Hakim cemas. Tak pernah Ina hantar sms macam tu. Hakim kelam kabut hidupkan enjin kereta.
Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu itu. Dia kenal Ina sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya berjiran dengan keluarga Ina. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Farok semata-mata nak jadi bapak kerana Ina mesti jadi mak.

Pernah Farok cakap dia pondan sebab sentiasa bermain dengan Ina waktu Farok dan Saleh ajak main askar-askar. Dia ajak jugak Ina main askar-askar tapi Ina cakap budak pompuan mana boleh main permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan Ina, lembut, penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan.
Bila masuk sekolahpun, dia dan Ina berbasikal sama-sama ke sekolah. Walaupun Farok dan Saleh selalu kutuk bila dia tak mahu 'racing bmx' dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada meninggalkan Ina kayuh basikal sorang-sorang. 



Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the gang' yang mengganggu Ina masa darjah tiga. Waktu darjah 4, bila dia mula lancar tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis surat kpd Ina "Pen merah pen biru, U baca I love U' bersama sebijik gula-gula Hacks sebagai hadiah harijadi Ina...gara-gara surat itulah dia jelingan tajam Mak Ropiah ibunya Ina yang terjumpa surat itu waktu menyemak buku sekolah Ina. Mak Ropiah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya dia terpaksa menadah telinga menahan leteran maknya. Nasib baik bapak tak tahu, kalau tidak naya. 


Hakim gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi fikirannya kembali cemas mengingatkan sms Ina tadi. Sudah hampir 15 kali dia cuba hubungi telefon Ina tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau kala itu, fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja. 


Dia risau kerana Ina tinggal seorang diri. Rakan serumah Ina, si Baizura sedang bekerja kala itu. Dia tahu, Ina kerja shift pagi tadi, Baizura kerja shift malam. Dia risau kerana panggilannya tidak berjawab.
Dia risau takut-takut rumah Ina dimasuki penyamun yang memang menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru ni, ada rumah di kawasan perumahan Ina dimasuki perompak. Dia berdoa jika rumah Ina dimasuki perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu diapa-apakan, ambiklah barang apa saja yang mereka mahu asalkan Ina tidak diapa-apakan. Dia berdoa sungguh-sungguh. 


Dia bercinta dengan Ina sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa itu baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka masih bercinta. Kasihnya pada Ina dah macam Gunung Everest, tak tergoyahkan. Jika tak ada aral melintang hujung tahun ini keluarganya akan masuk meminang Ina. Ina akan menjadi surinya yang sah dan dia tak mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal isterinya itu. 



Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan Ina. Sebaik berhenti di depan rumah Ina Hakim terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar rendah rumah Ina. Dia terpa ke pintu sambil jerit "Ina, Ina". Dia pulas tombol pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu bilik Ina. Dia dengar esakan Ina. Ina menangis. Hakim makin cemas. Dia ketuk lagi pintu bilik Ina sambil panggil nama Ina. Hakim tak boleh bersabar lagi, dia pulas tombol pintu bilik Ina. Juga tak berkunci. Dia masuk bilik Ina, dia tengok Ina teresak-esak atas katil. Rambut Ina kusut masai, Ina tekup muka sambil menangis. 

"Ina, apa yang terjadi sayang" Hakim cuba pujuk Ina. Ina masih dalam sendu.
"hu...hu..."
" Ina, cakap kat abang elok-elok, apa yang dah jadi"
"Hu..hu"


Hakim dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apapun yang akan keluar dari mulut Ina. Dia akan terima walau seburuk manapun berita yang akan keluar dari mulut Ina.


Hakim goncang bahu Ina. "Ina, what hell is going on...tell me!!" Suara Hakim kuat kali ini.
Ina berenti menangis, Ina tatap wajah Hakim, Ina renung mata Hakim.
"Bang, Ina lapar, nak makan nasik. Duit gaji tak masuk lagi."

----TAMAT-----

ZoOM : Jangan marah yerk.. sekadar hiburan kita suma untuk hilangkan tension...!!!


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Kisah Panas Si Gadis Gersang Dengan Suami Orang

Posted: 12 Jun 2011 07:20 AM PDT

Kawan saya ini (Bukan nama sebenar Ema, 25 tahun) bekerja dengan satu
syarikat konsultan yang tidak terlalu besar dan jawatan sebagai assistant,
salah seorang rakan sepejabat  di  konsultan tersebut (Kita sebut
saja namanya Andy). Ema sangat mengkagumi dan meminati profil serta karakter Andy.

Sebut saja semua hal yang baik, maka Andy memilikinya. Otak yang cemerlang,
sikap yang profesionaldan gentleman, penampilan yang selalu rapi and
nice looking serta usia baru 34 tahun (waktu itu). Ema pula adalah
seorang wanita yang memiliki segala yang diidamkan oleh seorang
lelaki,bentuk tubuh yang sempurna,paras yang cantik,fikiran matang
serta bijak,berpewatakan ceria & suka tersenyum.

Disebabkan Ema selalu bertugas bersama Andy maka Ema akhirnya mulai meminati
Andy lebih dari team partner & Ema membiarkan saja perasaannya
kepada Andy tumbuh tanpa halangan. Semakin hari dia semakin jatuh hati
kepada Andy.

Andy bukannya tidak tahu akan hal itu tetapi sikapnya yang profesional
di pejabat yang tidak membiarkan hal-hal pribadi mencampuriurusan
pejabat membuat Ema semakin mengkagumi peribadi Andy.

Suatu hari urusan pejabat membuat mereka berdua harus pergi kebeberapa lokasi di seluruh Negara. Inilah ceritanya.

Untuk memudahkan pergerakan, mereka naik pesawat ke Penang dan menyewa kereta
untuk melakukan perjalanan darat di sekitar B'worth , Perak, Kedah dan
Perlis dalam rangka melakukan suatu survey khusus untuk kepentingan
klien.

Entah bagaimana silapnya mereka, pada waktu malam
menginap di sebuah hotel kecil. Sebenarnya Andy ingin memesan 2 kamar
tetapi kerana hanya ada 1 kamar maka dia meminta pendapat Ema. Kerana
memang sudah sangat penat Ema setuju untuk sekamar dengan Andy
(sebenarnya Ema agak "sedikit senang" dengan kondisi darurat tersebut)!

Kerana berasa panas, maka Andy membuka jendela Hotel. Masalahnya, bilik
tersbut hanya memiliki 1 katil berukuran panjang dan tidak memiliki
kerusi panjang. Tidak mungkin bagi Ema untuk meminta Andy tidur di
lantai. Jadi akhirnya mereka tidur sekatil setelah Andy berjanji bahwa
dia tidak akan melakukan hal yang bukan- bukan.

Sebenarnya Ema tidak pernah tidur sekatil dengan seorang lelaki apatah lagi Andy
adalah suami orang! Sebagai seorang wanita jantungnya berdebar sangat
kencang kerana tidur seranjang dengan lelaki sopan yang sangat
diadmirekannnya. Kaki mereka beberapa kali saling bersentuhan kerana
katilnya memang kecil.

Setelah setengah jam, angin malam yang
masuk melalui jendela membuat Ema merasa kedinginan sehingga dia
memberanikan diri bertanya kepada Andy:
"Abang Andy, Ema kesejukan nih. Boleh tak minta tolong supa tutup tingkap?"

Andy tidak langsung menjawab dan Ema berpikir Andy sudah tertidur
sehingga dia berkata lagi:
"Abg Andy..."

Kali ini Andy langsung menjawab:
"Ema, kamu kesejukan ya? MAUKAH KAMU MALAM INI KAMU BERTINDAK SEPERTI ISTERI SAYA?"

Jantung Ema terasa berhenti berdetik. Jantungnya langsung gemuruh
mendengar pertanyaan Andy. Dengan hati-hati ia bertanya:
"Maksud abg Andy?"

"Maksud
saya, bolehkah Ema tolong tutupkan sendiri tingkap yang terbuka tu,
seperti yang selalu dibuat oleh isteri saya dirumah?!"

Wah,
wah,wah...tekun baca nmpak... Tension kan . Boleh imagine muka semua
orang. Dah sekarang boleh balik buat kerja yang patut dibuat.


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Petua Temuduga

Posted: 12 Jun 2011 03:04 AM PDT


Selepas 25 kali mencuba, akhirnya Dol lulus temuduga......Tapi sebelum meninggalkan bilik, pengurus kilang pun memberitahu....

PENGURUS KILANG : Untuk permulaan, kita akan bayar kamu rm5 sejam.....tapi lepas 3 bulan, kami akan naikkan gaji kamu
kepada rm 7 sejam.....setuju....?

DOL : Setuju....bos....!!! ( lalu menjabat tangan bakal bosnya itu ).....

PENGURUS KILANG : Bagus...bagussss...!!!!! kalau mcm tu, bila kamu boleh mula kerja....??

DOL : Tiga bulan lagi...Bosssss.....!!!!!!!!




ZoOM : adoi....sabow


Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Tips ZoOM : Rahsia Wanita

Posted: 12 Jun 2011 02:31 AM PDT

Satu lagi sumber yang boleh dipercayai bagi golongan lelaki gunakan untuk memikat hati seseorang..mungkin berguna bagi anda, jika tak menjadi suruh je mak/ayah pinang anak sesiapa yang comel dan pandai ambil hati orang tua...lupa hormat orang tua...Sama-sama kita baca dan fikirkan..

Anda telah lama cuba menarik perhatian seorang perempuan. macam-macam telah anda lakukan, daripada belanja makan sehinggalah mengajaknya menonton wayang.

Tetapi apa yang berlaku tidak seperti yang anda harapkan.

Dia jarang menghantar SMS apatah lagi untuk menelefon. Setahu anda, dia juga sering keluar dengan lelaki lain. Peliknya anda masih lagi mengharap suatu hari nanti dia mungkin akan menerima anda. bagaimana untuk mengetahui bilakah anda harus melupakannya?

Jika anda seorang yang peka dan teliti, dia sebenarnya memberi banyak petanda bahawa dia tidak berminat untuk menjalinkan hubungan dengan anda.

Senarai tingkah laku yang bakal anda baca di bawah ini merupakan petanda yang biasanya dilakukan oleh wanita untuk menolak seseorang lelaki secara halus.

Setelah memahaminya, anda sebenarnya di dalam posisi terbaik untuk menentukan sama ada ingin meneruskan usaha atau melupakan hasrat itu tanpa perlu menggadaikan perasaan sendiri.

1- Dia menyatakan tidak bersedia untuk menjalin hubungan Inilah jalan penyelesaian paling klasik dan berkesan yang sering diamalkan oleh wanita apabila menyedari ada lelaki yang tidak disukainya cuba mendekati dirinya.

Cara ini 'bersih', tidak memerlukan sebarang persediaan dan langsung tidak memberi peluang untuk lelaki mencuba dengan lebih bersungguh-sungguh.


Jika ada wanita yang berkata sedemikian kepada anda, apa yang dimaksudkan sebenarnya ialah dia tidak mahu mempunyai apa-apa hubungan dengan anda. apa pun alasan, dia tidak melihat anda sebagai aset perhubungan baginya, jadi tidak perlulah anda menaruh harapan yang dia akan bersedia suatu hari nanti. dia mungkin akan menyukai seseorang, tapi yang pastinya bukan anda.

2- Anda sahaja yang menelefonnya dan jarang sekali menerima panggilan daripadanya. Berhati-hati, dia mungkin mahu mengelak daripada anda. kalau tidak pun, dia langsung tidak teringatkan anda. dalam erti kata lain, dia tidak berminat dengan anda dan sanggup mencari orang lain untuk menemaninya.

Namun anda boleh mencuba. Sekiranya dia tidak menjawab panggilan pertama, buatlah panggilan kedua kerana mungkin dia sedang sibuk. jika dia memang tidak menelefon anda berhari-hari selepas puluhan panggilan atau SMS yang anda hantar, faham-fahamlah sendiri. Anda bukan pilihannya!

Walaupun ada wanita, yang ingin melihat kesungguhan anda, mungkin satu petanda baik kalau dia menelefon anda selepas beberapa panggilan tidak dijawabnya.

3- Dia mengelak untuk bertentang mata dan sentuhan fizikal Ini adalah petanda jelas yang sering diambil ringan oleh lelaki. jika dia tertarik kepada anda, secara semula jadi dia ingin hampir dan bertentang mata dengan anda.

Jika dia sentiasa mengelak pandangan, anda mungkin mengnggapnya malu, tapi ia logik kalau berlaku dalam pertemuan awal. kalau sudah terlalu kerap, anggapan anda itu nyata salah.

Ini satu helah yang licik dan biasanya berjaya. Anggaplah tindakan itu sebagai satu bentuk penolakan terhadap anda. sekiranya dia mewujudkan satu ruang antara anda berdua, dia sebenarnya sedang melindungi ruang personalnya. jadi pastikan anda duduk tidak terlalu rapat.

Anda mungkin lebih bermasalah jika dia bercerita tentang lelaki lain dan tidak ketawa dengan lawak jenaka yang anda buat.

4- Dia bercerita mengenai lelaki yang diminatinya. Bukan, dia mungkin tidak berniat untuk membuatkan anda cemburu. Kalau begitulah keadaan, anda sebenarnya masih berada di dalam zon berkawan sahaja. maknanya, anda tidak jauh berbeza dengan
rakan-rakannya yang lain. Dia mungkin tidak pernah terfikir pun untuk mengadakan temu janji dengan anda.


5- Dia cuba memperkenalkan anda dengan wanita lain Dia melakukan perkara ini atas beberapa sebab. Antaranya, dia fikir anda tidak sesuai dengannya, menganggap anda sebagai kawan dan mengambil langkah agar anda tidak lagi suka padanya. Apapun,
mesejnya sudah cukup jelas.


6- Tidak ketawa dengan lawak anda. pernahkah anda sedaya upaya untuk membuatkannya ketawa tetapi dia langsung tidak mengendakhannya? Ia bukanlah berlaku sekali dua, malah setiap kali anda keluar bersama.

Jika inilah situasi yang anda alami, dua kesimpulan penting boleh dibuat.

Pertama, dia tidak merasakan kelucuan yang anda cuba wujudkan itu boleh membuatkannya tertarik. Kedua, dia memang tidak menyukai anda, jadi kenapa dia perlu ketawa? ketawa boleh dikatakan sebagai salah satu tarikan yang unik, jika dia tetap tidak menunjukkan reaksi terhadap lawak anda, faham-faham sahajalah.

7- Sentiasa tidak mempunyai masa untuk anda Jika dia benar-benar sukakan anda, mengelakkan diri untuk berjumpa bukanlah satu tindakan yang bijak untuk dilakukan.

Anda sering mengajak dan merancang untuk keluar bersama, tetapi reaksi biasa yang diperolehi ialah tiada masa atau sudah pun mempunyai rancangan dengan rakannya yang lain.

Mungkin dia sibuk dan tidak gemar untuk menjadikan anda sebagai teman menghabiskan masa lapangnya. paling teruk, dia mengelak untuk keluar bersama kerana tidak mahu sesuatu yang positif berlaku antara anda berdua.

8- Sering membatalkan rancangan Perkara seperti ini memang menyakitkan hati. selepas bersetuju untuk keluar bersama, tiba-tiba dia membatalkannya pada saat-saat akhir. kalau begini keadaannya, anda berada di dalam senarai simpanan. maksudnya kalau dia benar-benar tidak mempunyai teman, anda pilihan terakhir.

Bukanlah sesuatu yang negatif jika dia terpaksa membatalkan rancangan atas sebab munasabah. masalahnya ialah kejadian ini sering berlaku, tanya kenapa, walaupun anda hanya sebagai kawan.

Andainya beginilah sikapnya, dia bukan sahaja tidak berminat, malah tidak menghormati anda.

Langkah paling tepat, tinggalkan sahaja angan-angan anda itu sebelum hati bertambah sakit.

9- Definisinya menegnai lelaki idaman langsung tidak ada pada diri anda.

Ini merupakan tajuk biasa dibualkan, walaupun wanita jarang berpegang kepada kriteria lelaki yang sering dinyatakannya, namun kalau semua ciri-ciri yang diinginkannya langsung tidak wujud dalam diri anda, ada sesuatu yang dia mahu anda faham.

Ambillah perkara ini sebagai sesuatu yang serius, harapan anda dapat memikatnya memang tipis. Apa yang boleh dikatakan di sini, jika dia menunjukkan salah satu daripada petanda di atas, ia bukanlah satu permulaan yang baik. Kalau anda sedar dia menonjolkan banyak perkara seperti yang dinyatakan, anda boleh buat kesimpulan bahawa dia langsung tidak tertarik dengan usaha anda itu.

Kita cukup faham bahawa lelaki sukar untuk mengalah, tetapi bukanlah satu tindakan bijak jika meneruskan usaha yang pasti akan mengecewakan anda. jadi, hentikan sahaja angan-angan dan tidak perlu makan hati atas tindakannya. tidak semestinya kegagalan itu menunjukkan bahawa anda tidak cukup bagus untuk memikat wanita, mungkin hanya masa belum tiba.

Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Eksperimen Syamsul Yusof berjaya

Posted:

Eksperimen Syamsul Yusof berjaya

Eksperimen Syamsul Yusof berjaya

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar NOORADZRENE MOHD. NOOR dan ihsan SKOP PRODUCTIONS


KEMUNCULAN Zizan (tengah) dalam filem KL Gangster cukup mencuit hati.


SELEPAS anak muda ini menjulang trofi Pengarah Filem Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-23 (FFM23) menerusi filem Evolusi KL Drift 2tahun lalu, ramai yang menantikan buah tangan terbarunya.

Apatah lagi, kemenangan Syamsul Yusof pada malam bersejarah itu dikritik hebat oleh segelintir pihak yang bagaikan tidak merestui trofi keramat itu menjadi hak milik mutlaknya.

Atas alasan itu, golongan itu terutamanya pasti menantikan detik untuk melihat sama ada filem terbarunya setaraf dengan pengiktirafan yang telah dianugerahkan.

Bukan itu sahaja, kejayaan filem seram pertama arahan Syamsul Khurafat juga dijadikan sebagai kayu pengukur untuk melihat sejauh manakah kehebatan Syamsul sebagai seorang pengarah filem.

Tarikh 9 Jun lalu menyaksikan satu lagi sejarah yang telah tercatat dalam portfolio Syamsul apabila kelima arahannya, KL Gangster mula ditayangkan di pawagam.

Sebagai seorang pengarah yang cukup sinonim dengan filem aksi dan drama, pastinya ia bukanlah satu masalah untuk Syamsul memberikan hasil yang terbaik dalam filem-filem seterusnya.

Jujurnya, penulis mempunyai tanggapan skeptikal terhadap hasil karya Syamsul kerana bimbang setiap filemnya akan memiliki pendekatan yang sama.

Bermula dengan filem pertama Evolusi KL Drift (2008), Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009) dan Evolusi KL Drift 2 (2010), penulis berpendapat Syamsul telah meletakkan satu acuan tetap untuk filem-filemnya terutama dari aspek dialog dan elemen aksi yang ditonjolkan.

Terbaik

Lalu, apabila berpeluang menghadiri majlis pratonton filem KL Gangster di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini, penulis tidak mampu menghapuskan pandangan tersebut.

Namun, semuanya berubah sebaik sahaja filem mula berputar dan untuk lima minit pertama, KL Gangster telah berjaya membuatkan penulis terus melekat di kerusi sehingga filem tamat.

Ternyata, Syamsul telah menunjukkan peningkatan yang sangat ketara sebagai seorang pengarah filem apabila KL Gangster sememangnya merupakan filem aksi terbaik untuk tahun 2011 setakat ini.

KL Gangster memiliki rencah yang cukup untuk diangkat sebagai sebuah filem aksi. Lakonan, jalan cerita dan elemen drama serta aksinya memang cukup menyakinkan.

Sepanjang hampir satu setengah jam di dalam panggung wayang, tidak sedetik pun timbul rasa bosan menonton KL Gangster. Mata begitu ralit menyaksikan santapan di layar lebar sehingga tidak sedar masa berlalu begitu pantas sehingga tirai dilabuhkan.

Pertuturan dialog dalam KL Gangster tidak lagi menjadi sesuatu yang klise sebaliknya skrip tulisan Syamsul dan sepupunya, Rizal Ashref membuatkan penonton benar-benar percaya dengan dunia gangster seperti yang dipersembahkan.

Begitu juga dengan kemunculan setiap pelakon yang seimbang dan tiada istilah cuba membayangi antara satu sama lain dalam filem KL Gangster.

Zizan Raja Lawak sebagai Fadil misalnya, begitu mencuit hati dan berjaya menggeletek penonton dengan lakonannya. Setidak-tidaknya kehadirannya meredakan ketegangan menonton KL Gangster.

Selain Zizan, seorang lagi pelakon iaitu Shoffi Jikan juga begitu menyerlah dalam filem ini sebagai Ajib. Rasanya peluang begitu cerah untuk Shoffi dicalonkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam FFM yang akan datang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dunia detektif Jonathan

Posted:

Dunia detektif Jonathan

Dunia detektif Jonathan

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my

MULA ditayangkan pada tahun 2009, siri drama komedi televisyen, Bored to Death meraih perhatian meluas daripada peminat siri televisyen bukan hanya di Amerika Syarikat (AS) tetapi juga di seluruh dunia.

Disifatkan sebagai sebuah siri yang bijak dengan pendekatan yang berbeza setiap kali ditayangkan sekurang-kurangnya satu juta penonton akan menontonnya menerusi saluran terkemuka, HBO.

Atas alasan itu, HBO mengumumkan Bored to Death akan kembali untuk musim ketiganya yang dijangka tayangannya selewat-lewatnya pada penghujung tahun ini.

Semuanya kerana kejayaan dua musim pertama siri itu yang bukan hanya berjaya dari segi rating tetapi juga mendapat pengiktirafan Anugerah Emmy.

Barangkali ada yang tidak tahu Bored to Death sebenarnya diadaptasi daripada cerita pendek karya Jonathan Ames yang kemudiannya dikumpul menjadi sebuah novel penyiasatan.

Idea itu timbul daripada minat Jonathan sendiri yang begitu gemarkan kisah-kisah detektif dalam menyelesaikan kes yang berlaku.

Maka itu, tidak hairanlah apabila Jonathan sendiri menggunakan namanya dan menggambarkan watak tersebut menerusi lakonan Jason Schwartzmen yang membawakan wataknya dalam siri tersebut.

"Saya memang sengaja mewujudkan karakter itu kerana saya membayangkan diri saya sebagai seorang detektif persendirian dan mahu menjadi seorang wira.

"Kelangsungan karakter ini adalah daripada novelnya di mana saya sendiri mahu pembaca turut merasai pengalaman seperti mana yang saya bayangkan untuk watak ini.

"Saya percaya dengan adanya dua medium yang saya kira cukup hebat ini, ia dapat membantu menguatkan lagi imaginasi pembaca dan penonton sewaktu membaca serta menonton siri ini," jelas Jonathan baru-baru ini.

Namun, kata penulis berusia 47 tahun itu apa yang dipaparkan dalam televisyen dan novel bukan diri yang sebenar dalam dunia realiti.

"Kalau hendak mengatakan watak yang begitu dekat dengan diri saya dalam siri itu ialah George Christopher yang dilakonkan oleh Ted Danson di mana usianya sama dengan saya.

"Ini kerana watak Jonathan Ames dalam Bored to Death adalah berusia pertengahan usia 30 tahun sedangkan saya sudah melewati angka 40 tahun. Jadi, cara pemikiran dua Jonathan ini adalah berbeza sama sekali.

"Saya memuji lakonan Jason yang berjaya menterjemahkan watak tersebut dengan cara yang tersendiri tanpa membayangi diri saya sendiri," katanya yang juga gemarkan sukan tinju ketika zaman mudanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Saerah buka gerai tepi sungai

Posted: 12 Jun 2011 12:11 AM PDT


Desas-desus dakwa adik Siti Nurhaliza tak lagi hidup mewah selepas kahwin

SEMPENA cuti persekolahan baru-baru ini, Zubir mengambil kesempatan membawa keluarga bercuti panjang ke sebuah resort di Pantai Timur. Selepas menikmati ikan patin gulai tempoyak dan keropok lekor, sebelah malamnya pula Zubir dipelawa beberapa rakan melepak di sebuah pusat hiburan menyaksikan persembahan live band terbaru dari Filipina.
Sedang asyik melayan beberapa lagu kegemaran, tiba-tiba melintas di depan Zubir seorang pemuda yang pernah Zubir lihat sebelum ini, tapi tak ingat di mana. Zubir dimaklumkan seorang kenalan, pemuda berkenaan ialah Saiful Anuar atau Epul, suami Siti Saerah Tarudin. Saerah pula ialah adik penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin. Zubir macam kena loteri saja pada malam itu.

Selang beberapa minit, Epul menghampiri Zubir dan kami bersalaman, namun tidak bercakap apa-apa. Mata Zubir pula melilau mencari kelibat Saerah, manalah tahu dia mengikut suaminya ke pusat hiburan itu. Tidak lama kemudian, Zubir terpandang wajah Saerah di celah-celah ratusan pengunjung yang sedang ligat berdansa pada malam minggu itu. Saerah terus menghampiri Zubir dan melemparkan senyuman, sekali gus bertanya bila Zubir sampai ke sana (Pantai Timur).

Zubir sekadar memberitahu baru sehari dua bercuti, namun tidak berkesempatan bersembang lebih lanjut kerana keadaan sekeliling begitu bingit ditambah bunyi muzik yang kuat, tidak mengizinkan kami meneruskan perbualan pada pertemuan singkat itu. Sebaik saja band berkenaan selesai membuat persembahan, Zubir bersama beberapa rakan, sempat menjamu selera di sebuah gerai berdekatan.

Maka, cerita terbaru Saerah bersama suaminya, Epul rupa-rupanya bersambung pula pada tengah malam itu. Seorang kenalan memaklumkan kepada Zubir, sudah lebih sebulan Saerah dan Epul membuka sebuah gerai kecil di kawasan peranginan popular, Midtown D'Muda atau Esplanade, Benteng di tepi Sungai Kuantan, Pahang.

Saerah dan suaminya menjual kek cawan (cupcakes). Tambah kenalan tadi, Saerah dan Epul turut membawa anak mereka ketika berniaga dan mereka bergilir-gilir menjaga bayi berkenaan sambil melayan pengunjung. Sebiji kek cawan dijual RM4.00.
Maka terdetik di hati Zubir, kenapa begitu terdesak kehidupan Saerah selepas mendirikan perkahwinan sehingga terpaksa membuka gerai yang hanya beroperasi setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad setiap minggu itu?

Seorang kenalan lain memberitahu, Saerah perlu menambah pendapatan keluarga membantu suaminya yang bekerja sebagai penjual kereta di Kuantan. Khabarnya pendapatan Epul tidak menentu, justeru, Saerah terpaksa melakukan perniagaan sampingan, maklumlah dengan kehadiran anak yang baru lahir, pastinya pendapatan isi keluarga akan bertambah.

Tapi, ada juga suara nakal di kalangan teman Zubir memberitahu, sekalipun Saerah adik Siti Nurhaliza, dia tidak kisah orang ramai memerhatikannya menjual kek cawan. Gerai Saerah pula hanya selang satu dengan gerai menjual minyak wangi, apabila ada kenalan memaklumkan, ada kalanya Saerah berkaraoke di tepi sungai itu, maklumlah dia pernah menyertai program realiti One In A Million (OIAM) musim kedua.

Maka, timbul lagi suara lebih nakal, Saerah ni tak jaga nama baik Siti Nurhaliza ke, kakaknya seseorang yang dihormati dan disanjung, adiknya pula hanya peniaga gerai! Bagi Zubir, apa salahnya Saerah berniaga menambah pendapatan keluarga, asalkan kerja itu halal. Tapi, daripada dia menjual kek cawan, lebih baik dia menjual dan mengedar produk kakaknya, Simply Siti, gerenti berduyun-duyun orang membeli!

Seperkara lagi, ada juga yang membisikkan ke telinga Zubir, kalau benar sekarang Saerah tak hidup senang sehingga terpaksa berniaga secara kecil-kecilan, tapi dia masih berkesempatan berhibur di pusat hiburan! Ooops.... itu Zubir tak mahu komen apa-apa.

Tapi, sebagai adik kepada seorang penyanyi yang begitu berpengaruh di Malaysia dan Indonesaia, Saerah perlu menjaga nama baik kakaknya dengan tidak terlalu menonjol bersuka ria di khalayak ramai. Tapi, kalau dah berniaga tu, nak buat macam mana, mungkin orang beli kek cawan yang dijual Saerah kerana dia adik Siti Nurhaliza!

Harap Saerah dan suaminya tidak berkecil hati dengan kata-kata Zubir. Ia sekadar nasihat dan pandangan peribadi. Tapi, dalam pada bercuti itu, sempat pula bergosip. Nak buat macam mana, gosip dah jadi sebahagian kehidupan Zubir, dah sebati.

ZUBIR: Putri Mardiana yang dikenali menerusi filem Santau, baru saja keluar MIG, khabarnya ada masalah dalaman.

Fara setia bersama HotFM

Posted: 12 Jun 2011 12:09 AM PDT

Penyampai radio popular tolak tawaran berpindah ke Astro

"IA bukan keputusan yang mudah untuk dibuat dan saya juga tidak boleh terus bermain tarik tali. Itu tidak adil kepada majikan, juga Astro yang menawarkan peluang kerja baru. Selepas memikirkan segala kemungkinan, menimbang apa yang terbaik untuk masa depan, saya nekad menolak tawaran lumayan Astro.
"Memang berat untuk melepaskan tawaran itu tetapi saya perlu jujur kepada diri saya sendiri. Saya terpaksa lepaskan kerana cinta masih mendalam kepada dunia penyampaian radio," kata Fara Fauzana secara eksklusif kepada B*POP.

Pengakuan Fara itu sekali gus mengakhiri teka-teki mengenai penghijrahan penyampai radio popular Hot FM itu ke Astro yang kembali hangat diperkatakan, sejak seminggu lalu.

Pemilik nama lengkap, Farah Fauzana Mohd Fadzil, 31, menjelaskan dia sudah bersedia untuk berdepan pelbagai persepsi peminat apabila mengambil keputusan itu. Gadis kelahiran Petaling Jaya, Selangor itu juga tidak akan berkecil hati jika segelintir peminat menyifatkan tindakannya bodoh kerana menolak 'dulang emas' yang menanti di depan mata.

"Orang cuma menilai tawaran itu dari sudut wang ringgit tetapi saya harus melihat lebih jauh daripada itu. Bohong jika saya cakap saya tidak perlukan duit. Sebagai wanita berusia 31 tahun dan membantu menanggung kedua-dua ibu bapa yang sudah bersara selain adik yang masih belajar, saya perlu bekerja keras untuk memberi keselesaan kepada mereka.

"Namun selepas beberapa perbincangan yang tidak mencapai titik persefahaman yang dicari, saya terpaksa melepaskan tawaran itu dengan hati berat. Banyak faktor mengapa saya melepaskan tawaran itu. Ia mungkin hanya akan difahami apabila seseorang itu di tempat saya," katanya.
Fara berkata, dia tidak ralat mengambil keputusan itu biarpun pada permulaan hatinya pernah terdetik untuk beralih angin dan mencuba sesuatu yang baru. Fara bagaimanapun, menafikan tawaran lumayan daripada Astro itu sebagai punca dia mengundurkan diri daripada Melodi pada akhir Mac lalu.

Populariti bukan keutamaan

"Saya ingin mencari cabaran baru dalam kerjaya penyiaran. Perubahan perlu kerana saya mengharapkan lonjakan dalam memantapkan perjalanan karier saya. Jika saya bekerja untuk mengejar populariti, saya tidak akan meninggalkan Melodi. Tetapi ketika ini populariti bukan lagi keutamaan saya.

"Tawaran Astro datang selepas seminggu saya berhenti daripada Melodi. Tawaran itu meletakkan saya dalam dilema, apatah lagi ganjaran diberikan juga memuaskan. Saya mengambil masa panjang sebelum membuat keputusan. Selepas memikirkan segala kemungkinan, saya nekad menolak biarpun terlalu berat untuk dilakukan," kata sambil akur, setiap keputusan yang dibuat pasti akan ada untung dan ruginya.

Semua itu akui Fara, memerlukan kematangan fikiran dan tidak mengikut perasaan. Dia boleh memilih untuk menerima tawaran itu jika mahukan jaminan dari sudut kewangan. Namun akuinya lagi, apakah itu akan memberi keselesaan berpanjangan kepadanya?

"Saya akan terima jika tawaran itu eksklusif untuk program televisyen. Tetapi apabila turut membabitkan kerjaya sebagai penyampai radio, saya dalam dilema. Mana mungkin saya meninggalkan bidang yang masih saya cintai? Perkara itu turut menjadi agenda penting dalam perbincangan bersama Astro, namun mungkin sudah tertulis bukan rezeki saya di sana.


Muncul dalam Astro

"Alhamdulillah, mereka menghormati keputusan saya. Biarpun antara saya dan Astro tiada jodoh, namun mereka masih menawarkan peluang untuk muncul dalam beberapa program pada musim Aidilfitri nanti," katanya.

Diusik pertanyaan, bagaimana nanti jika pengorbanan besarnya itu tidak memberikan pulangan seperti diharapkan, Fara berkata, dia perlu realistik dan menerima apa saja ketentuan takdir. Baginya, kehidupan itu sendiri pada hakikatnya menuntut seseorang supaya berani membuat keputusan. Dia belajar untuk tidak menyesali kerana percaya, Tuhan merencana sesuatu yang lebih baik pada masa akan datang.

"Dulu saya pernah mengambil risiko apabila meninggalkan stesen radio nombor satu untuk bekerja di Hot FM. Saya nekad berhijrah biarpun ketika itu saya sudah selesa di Era. Saya seorang yang praktikal dan bukan jenis melihat sesuatu itu untuk jangka masa pendek. Sebelum menolak, saya berfikir di mana saya nanti selepas dua atau tiga tahun akan datang?

"Apakah saya akan terus bertahan di situ atau sebaliknya? Memikirkan semua itu, saya bersedia melepaskan tawaran itu. Mungkin itu yang terbaik untuk saya. Sebagai manusia, siapa pun tidak mahu rugi. Insya-Allah keputusan dibuat ini juga tidak akan merugikan saya," kata Fara yakin.



Fara bernilai RM1 juta?

MENGAKUI ganjaran yang ditawarkan oleh Astro sememangnya lumayan, namun kata Fara, ia tidak sebesar jumlah yang digembar-gemburkan oleh pihak media sehingga mencecah RM1 juta.

Fara menjelaskan, dia tidak pernah meletakkan bakatnya setinggi itu dan sekiranya benar Astro memberikan tawaran RM1 juta, ia adalah sesuatu yang di luar jangkaannya.

"Kurang atau lebih tawaran yang diberikan, saya enggan komen. Cuma apa yang dapat saya katakan, ia memberi keselesaan kepada saya yang menanggung keluarga.

"Saya pernah lalui fasa di mana wang ringgit menjadi taruhan. Namun, saya juga perlu memilih sama ada wang atau kepuasan ketika bekerja.

"Memang saya perlukan duit untyuk tanggung kos kehidupan tetapi sekali lagi saya ingin nyatakan, keputusan itu dibuat atas beberapa faktor yang mungkin tidak difahami orang lain.

"Manusia mana yang mahu rugi tetapi saya berpuas hati dengan keputusan yang dibuat. Saya mengharapkan sokongan semua pihak termasuk peminat tidak kira apa juga keputusan saya," katanya.

google: farah fauzana, farah fauzana profil, farah fauzana facebook, farah fauzana blog, farah fauzana twitter, farah fauzana myspace, farah fauzana seksi, farah fauzana hot, farah fauzana 2011, farah fauzana gambar terbaru terkini

Izara Aishah: 'Usah gula-gulakan saya'

Posted: 12 Jun 2011 12:07 AM PDT

Izara Aishah beri peringatan pihak yang cuba ambil kesempatan terhadap dirinya

PADA awal lagi gadis yang memakai nama komersial, Izara Aishah ini memohon khalayak supaya tidak pantas meletakkan pelbagai persepsi tanpa terlebih dulu memberi ruang kepada dirinya membuktikan kemampuan.
Izara, 19, menerima kenyataan ketika ini industri hiburan terutama penerbitan drama dan filem sedang dibanjiri bakat baru yang lengkap pakej mahu mencuba nasib bergelar anak seni. Kebangkitan serentak itu membuatkan gadis dari Bakar Batu, Johor Bahru ini resah. Bukan memikirkan saingan, sebaliknya Izara yang ditemui pada sesi fotografi di Hotel One World, Bandar Utama, Petaling Jaya ini gusar dengan pandangan khalayak.

Kebimbangan utama Izara jika umum melabel kehadirannya sekadar bersandar kepada paras yang jelita, bukan bakat yang menjamin perjalanan panjang seseorang anak seni.

"Dulu saya tak terlalu memikirkan soal itu. Tetapi apabila mula berlakon dan diberi peluang mempamerkan bakat, saya mula takut.

Saya paling gerun jika dituduh cuma menjual muka, bukan bakat. Peminat juga semakin selektif, mereka tidak lagi peduli atau melihat kepada kecantikan serta kejelitaan seseorang itu.

"Jadi saya perlu bekerja keras. Biarlah kerja saya dulu yang berkata-kata, bukan cerita peribadi yang cuma menjengkelkan peminat," kata gadis bertubuh tinggi yang murah senyuman ini.
Portfolio karier Izara masih boleh dibilang dengan jari. Bakatnya mula diuji dengan drama bersiri, Keranamu Laila yang bersiaran di TV3 setiap Jumaat disusuli Kasih Najihah dan Jejaka J selain sebuah telefilem, Hantu Gigi. Melihat perjalanannya yang baru bermula, gadis yang mencipta nama selepas memenangi tempat kedua pertandingan Dewi Remaja 2009/2010 itu sentiasa mengingatkan diri supaya tidak lemas diulit populariti.

Membaca pelbagai pandangan skeptikal segelintir masyarakat membuatkan Izara lebih berhati-hati. Dia kerap mengingatkan dirinya supaya tidak terjebak dalam aktiviti yang membuat khalayak memandang rendah kepada mereka.
Tidak menolak kecantikan dan populariti mampu memancing perhatian lelaki berdahi licin untuk mendekatinya tetapi gadis yang dilahirkan pada 28 September 1982 sudah menyiapkan perisai untuk menepis semua godaan itu.

"Mereka yang kenal siapa keluarga saya pasti akan berfikir dua kali jika ingin mengheret saya ke kancah kejahatan. Mungkin saya masih muda tetapi saya tidak mudah digula-gulakan. Saya tidak akan memberi ruang kepada mereka yang cuba mengambil kesempatan. Saya dibesarkan di Kuala Lumpur, jadi sudah masak dengan segala macam ragam penghuninya.

"Barangkali kerana itu, saya tidak terlalu memikirkan soal mencari populariti atau kemewahan yang pantas dikecapi jika saya mahukannya," kata penuntut tahun pertama jurusan seni persembahan di sebuah kolej di ibu kota ini.

Kejelitaan kata Izara, tidak langsung memberi laluan mudah atau bonus yang membentangkan pelbagai keistimewaan ketika di lokasi.

Seperti pelakon baru lain, Izara juga terpaksa menahan telinga dan bersabar setiap kali lakonannya dikritik pengarah.

Izara berkata, untuk berjaya dia belajar menebalkan muka dan selalu bertanya sama ada kepada pengarah atau pelakon senior yang turut bersamanya membintangi sesebuah produksi.

"Saya bernasib baik kerana belum pernah dikritik hingga melemahkan semangat untuk terus berlakon. Bukan bermakna saya tidak pernah kena marah tetapi saya belajar untuk tidak menyimpannya dalam hati. Pelakon berpengalaman, Juhara Ayub banyak menasihatkan saya ketika di lokasi Keranamu Laila. Dia memberitahu, saya memiliki kriteria pelakon yang mahu berjaya kerana berani dan muka tembok.

"Saya kena sedar diri, pengalaman saya masih sekelumit. Kalau dari awal saya sudah menunjukkan belang dan meninggi diri, rasanya perjalanan saya dalam bidang lakonan tidak lama. Saya tidak mahu cari pasal kerana saya berlakon didorong oleh minat yang mendalam. Sejak kecil saya mahu berada di sini dan apabila sudah memperolehnya, saya tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada," kata Izara yang sebaris dengan bakat muda sensasi, Neelofa.



Izara mahu elak gosip kurang enak

RANCAK berkongsi cerita, Izara Aishah menjelaskan, kebebasan yang diberikan keluarganya cukup dihargai. Malah janji anak sulung daripada dua beradik ini untuk tidak sesekali memperjudikan maruah keluarganya hanya kerana ingin pantas dikenali.

Izara mengakui, ibunya cukup tegas dalam mendidik mereka kerana tidak mahu nama baik keluarga dipalit dengan cerita kurang enak terutama selepas dia memilih untuk menjadi pelakon.

"Sekali pun mengelak, lambat laun gosip pasti akan datang menyinggah. Pada usia 19 tahun, Insya-Allah saya sudah mampu membezakan mana yang baik, mana yang buruk.

"Saya perlu bijak merencana perjalanan karier. Dari dulu, jika mahu ke mana-mana saya akan ditemani keluarga. Kalau ada yang berjumpa saya keluar dengan lelaki, dia bukan orang lain kecuali ahli keluarga saya.

"Mama kenal dengan siapa saya berkawan, malah saya pun selesa begitu kerana tidak mahu membuat dia bimbang. Bukan mudah untuk dia membesarkan saya dan saya hargai segala pengorbanannya," katanya.

Izara juga menjelaskan, dia menyedari minatnya untuk menjadi anak seni sejak masih di bangku sekolah rendah. Ketika berusia tujuh tahun, Izara sudah mula membiasakan diri dengan pentas.

"Sekadar mencuba tetapi belum terfikir mahu serius. Cuma selepas tamat sekolah dan meneruskan pelajaran di kolej, saya mula mengintai peluang untuk serius dalam bidang ini. Langkah seni saya dipercepatkan selepas menyertai Dewi Remaja 2010, Alhamdulillah, biarpun penat saya seronok kerana melakukan perkara yang disukai," katanya.

Beralih bicara mengenai soal glamor, popular dan perhatian, Izara pantas mencelah dan menolak jika dirinya dikatakan menceburi lapangan komersial untuk memburu semua itu. Industri seni akui Izara, tidak akan berpihak kepada mereka yang memilihnya untuk mengecap populariti sementara.

"Tidak mengapa jika ada yang mungkin tidak suka kepada saya. Saya tidak boleh memaksa mereka untuk terus menerima tanpa terlebih dulu melihat kemampuan dan kebolehan saya. Saya cuma mencari rezeki dalam bidang ini. Saya tidak mahu orang pandang rendah, malah lebih selesa jika semua pihak memberi fokus kepada bakat dan bukan cerita peribadi saya,"katanya.

INFO

Nama Komersial: Izara Aishah
Tarikh Lahir: 28 September 1992
Usia: 19 tahun
Asal: Bakar Batu, Johor Bahru
Pencapaian: Tempat kedua Dewi Remaja 2009/2010
Drama: Keranamu Laila, Kasih Najihah dan Jejaka J
Telefilem: Hantu Gigi

google: izara aishah, izara aishah facebook, izara aishah blog, izara aishah myspace, izara aishah seksi, izara aishah hot, izara aishah bogel, buah dada izara aishah, izara aishah profil, izara aishah 2011, drama izara aishah, gambar terbaru terkini izara aishah 2011, skandal izara aishah, gosip izara aishah

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Pemuda ‘membelasah’ karakter

Posted:

Pemuda 'membelasah' karakter

Pemuda 'membelasah' karakter



MEMILIH dua jejaka ini sebagai penghias ada sebabnya. Bukan hanya kerana nama mereka sedang popular tetapi dua anak muda ini bijak bersuara.

Zahiril Adzim dan Beto Kushairy, dua nama dengan jiwa yang sedang bergelodak. Bukan didih pemberontakan membuta tuli tetapi pameran itu jelas dengan lakonan mereka yang jelas tampak daripada hati yang luhur.

Mendekati mereka senang dengan kata-kata kerana yang lahir daripada mulut jejaka-jejaka ini adalah bait-bait yang mempamerkan mereka anak muda berjiwa seni. Bukan pura-pura. Dua jiwa ini mengingatkan penulis terhadap Diego Luna dan Gael García Bernal, pelakon hebat antarabangsa yang ada elemen kecil-kecil cili api.

Malah hakikatnya, dua nama ini menjadi sebutan peminat lantaran lakonan berkesan dalam drama Juvana yang disiarkan pada setiap hari Isnin di saluran TV3. Sebuah drama yang mendapat rating tontonan ramai kerana keberkesanan dan faktor 'wow' dalam lakonan aktor-aktornya.

Zahiril menikus dalam watak Daim namun sedang menuju perkembangan watak. Beto pula penuh egoisme bergelar guru disiplin, Cikgu Ariffin. Ada hitam dan putih dalam warna-warna karakter berkesan ini.

Zahiril masih tersepit

"Saya ini pelacur bakat," tegas jejaka dengan nama Zahiril Adzim atau senang disapa Bob bersuara. Jawapan ini meluncur keluar setelah ditanya tentang perjalanan kariernya bertunjang predikat aktor yang masih dianggap keras.

"Saya mula berasa diterima oleh khalayak pada tahun lepas. Rasa perjalanan agak meluncur dengan baik. Namun di sebalik rasa syukur diterima kerana bakat, ada perkara-perkara yang terpaksa saya lakukan atau terima bukan atas kehendak hati tetapi kerana tuntutan hidup," ujarnya tersenyum menjelaskan bahawa ada karya-karya yang dilakonkan atas faktor kewangan.

"Ada teman-teman teater marah apabila saya keluar dengan produk yang kurang mereka senangi. Walaupun bergelar anak seni, keperluan hidup perlu dipenuhi. Ada perkara yang perlu dibayar dengan wang dan akhirnya mereka faham," luahnya apabila ada kerja-kerjanya menjadi persoalan rakan-rakan. Bukan kemahiran lakonan tetapi kerana naskhah yang dirasakan kurang bersesuaian.

"Tahun ini saya perlu melipatgandakan kerja. Ganda 10 kali kerana bakal berdua pada November 2011 ini," rujuk Bob terhadap pernikahan yang bakal dilangsungkan setelah mengikat tali pertunangan dengan pelakon Shera Aiyob pada 1 Mei lalu.

Jiwanya masih mahu meneroka zarah-zarah seni yang bertaburan di pentas teater. Itu kecintaannya. Namun dia tidak dapat menolak jika realiti teater, lapangan cintanya itu kadangkala kurang membawa imbuhan yang tidak berkadar rata dengan keperluan dunia, wang ringgit.


KEDUA aktor ini membawa keberkesanan watak yang berbeza dalam drama bersiri tontonan ramai. Juvana.


"Saya tersepit, tahu realiti bayaran untuk teater agak rendah dan kadang kala tiada langsung imbuhan. Tapi itu cinta saya dan tempat saya banyak belajar pelbagai perkara yang tidak diperoleh di set. Itu perjuangan. Sedih apabila kadangkala persembahan teater perlu dibatalkan kerana tiada penonton dan itu masih terjadi," jelasnya tentang teater yang dianggap sebuah pengisian jiwa dan pembaik pulih bakat lakonan.

Sebagai pelakon yang masih hijau tapi dilihat melemparkan aura merah tanda semangat buat khalayak, dia berkongsi cerita. Bagaimana suara-suara anak muda baru ini masih belum mahu dikongsi. Masih dianggap angin lalu oleh sesetengah pihak.

"Sukarnya apabila dilabel pelakon baru apabila dalam banyak segi, masih ditindas. Dikecewakan dalam banyak segi. Artis ternama punya ruang untuk memilih dalam bab jadual tetapi kami harus mengikut. Saya telan ini semua atas rasa duduk di tempat anak tiri," bukan rungutan oleh Bob tetapi suara yang dikeluarkan tatkala ditanya kesukaran dalam laluannya kini.

Sebagai penyelesaian, dia kini lebih gemar bersuara. Bob tahu bahawa dia harus ada ruang untuk menyatakan pendirian dan tempatnya. Harapannya, fenomena anak tiri ini bertukar rentak dan pembahagian hak sama rata berlaku dalam produksi.

Tahun ini, Bob bakal menerobos kacamata khalayak dengan karyanya. Dia bakal muncul dalam filem Tolong Awek Aku Pontianak yang bakal muncul 7 Julai ini di pawagam. Berpasangan dengan Sazzy Falak dan Liyana Jasmay.

Dia juga sedang menunggu kemunculan filem Ada Sesuatu Yang Tertinggal, filem yang menemukan dirinya dengan cinta hatinya, Shira. Beratur lagi dua buah filem buat tontonan iaitu Klip 3GP dan Bunohan.

Tidak hanya itu, Bob sempat bersuara, mahu menjadi pengarah satu hari kelak. Didiamkan dahulu hasrat hati. Dia tidak mahu gelaran hanya sekadar sebutan.

"Ramai sangat yang cakap mahu jadi pengarah. Saya tidak mahu hanya sekadar sebutan, tetapi mahu buktikan," ujarnya yang bakal meluncurkan novel tulisannya yang bertajuk Bogel Menuju Tuhan di Annexe, Pasar Seni pada 18 Jun ini.

Beto jaga disiplin

Nama Beto ini sedang enak dipuji khalayak. Satu-satu karyanya mendapat perhatian dan melahirkan pertanyaan terhadap aktor ini. Dia bermula sudah lama cuma akhir-akhir ini dia memikat selera dan mata.

Sinar Beto mula dikesan pengutus gelombang saat muncul dalam drama Warkah Terakhir: Rosli Dhoby, Apa Dosaku: Sybil Kathigasu, Geng Surau dan telefilem Kashaf Imani. Dia kemudian memanjangkan ingatan khalayak terhadap skil lakonannya melalui drama Cita dan Cinta serta Juvana.

Ujar Beto, kini jadualnya semakin padat dengan susunan drama dan dia bersyukur dengan rezeki yang datang. Dia kini sedang sibuk dalam lokasi penggambaran drama Wasiat bersama Sara Ali dan Farid Kamil. Namun di sebalik rezeki yang semakin senang bergolek di kakinya, dia menyusun dan masih menegakkan pendirian seorang Beto.

"Saya lebih selesa mengambil satu naskhah pada satu masa. Saya mahu memberi konsentrasi dan masuk dalam karakter. Enggan 'switch on and off' sekelip mata kerana terlalu mengejar banyak tugasan," senyumnya yang hadir bersama isteri tersayang.


BETO (kiri) dan Zahiril merupakan dua aktor yang kini dilihat berlandaskan bakat dan kecintaan terhadap seni dan bukan faktor komersial semata-mata.


Meneruskan bicara pendiriannya, dia sedikit serius:

"Saya tidak mahu ambil risiko datang lambat dan menyusahkan orang lain. Saya mahu jaga disiplin."

Tegas Beto, walaupun khalayak mungkin nampak kini dia sedang rancak di kaca televisyen, dia tetap dalam sisi selektif.

"Saya memilih untuk bekerja dengan siapa, pasukan kerja, pengarah mahu pun pelakon. Ini bukan bermaksud saya demand atau sombong tetapi kerana saya tetapkan faktor kualiti.

"Saya mahu mendidik khalayak dengan lakonan saya. Jadi saya perlu tahu dengan siapa saya bekerja. Watak yang saya bawakan perlu ke arah membina minda khalayak," ujarnya tentang moral dan mentaliti sesebuah karya terhadap khalayak.

Pemilik nama Nurkusyairy Zakuan Osman ini mengaku gemarkan karakter yang berlandaskan cerita benar mahu pun sebuah watak yang mempunyai faktor berteraskan watak. Itu yang mahu diteroka dan diluahkan buat pandangan dan kacamata khalayak.

"Bagi saya, duit jatuh nombor dua tetapi yang penting ialah karya," tegasnya yang menganggap tahun ini adalah tahun murah rezeki buat dirinya dan isteri.

Merentas minda selektif Beto, penulis bertanyakan pemilihan karakter yang mengena dengan jiwanya. Watak antagonis yang kemas dibawa dalam balutan skil lakonan seorang Beto.

"Watak jahat itu punya raga yang besar. Boleh buat macam-macam dan tidak terkongkong. Malah dalam filem Bara Jiwa arahan Osman Ali juga saya bawakan watak jahat tetapi tidak tipikal. Ada unsur realism," petahnya.

Kembara dua anak seni ini sedang bermula. Ranjau pada satu sisi perlu dilalui atas dasar penerokaan terhadap perjuangan dan kecintaan yang sejati dalam seni. Mereka ini benar-benar pejuang seni yang bukan menadah curahan komersial semata, lebih dari itu simbahan jujur seni itu terpancar dari luhur karya mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Neelofa pelapis ratu kontroversi

Posted:

Neelofa pelapis ratu kontroversi

Neelofa pelapis ratu kontroversi



BARU lima bulan menerjah ke dunia lakonan selepas menjuarai Dewi Remaja 2010, nama si cantik, Neelofa pantas bertamu di bibir ramai. Ternyata, jalan karier di bidang popular ini tidak membenarkan dirinya merangkak dengan tenang.

Belum sempat lakonannya dipertontonkan, cerita dituduh sebagai perampas kekasih orang menjadi tajuk perbualan. Malah, saat ketika tawaran sedang mencurah dan rutin pemilik nama sebenar Noor Nelofa Mohd. Nor, 22, itu banyak dihabiskan di lokasi penggambaran, muncul pula pelbagai versi cerita. Semua cerita itu tidaklah semanis bibirnya yang mekar menguntum senyum.

Tanpa perlu nama disebut, ramai yang dapat mengagak, bisik-bisik perihal kurang manis yang tersebar di dada media itu semuanya condong ke arah namanya.

Tanpa mahu mengelak, wanita yang manja membahasakan diri sebagai Lofa itu pantas mengiyakan, dia sedar banyak cerita buruk dirinya sedang bertebaran. Mahu tidak mahu, semuanya harus ditelan menjadi makanan.

"Saya anggap semua itu sekadar perkara kecil, sebelum saya, ramai lagi artis lain yang lebih teruk diperkatakan," katanya tenang sebaik dihubungi Sensasi Bintang.

Sensasi Bintang: Selepas menjuarai Dewi Remaja, permulaan karier anda dikaitkan sebagai punca utama perpisahan Shah Jaszle dan Maria Farida tetapi kini timbul cerita lelaki berdarah kerabat dan seorang lagi lelaki berstatus duda?

NEELOFA: Saya sedar, sayalah yang diperkatakan itu. Saya sendiri terkejut tentang gosip dengan duda kepada pelakon popular itu. Begitu juga dengan kerabat yang dimaksudkan. Bukan saya reka cerita dan saya tahu siapa pembawa cerita-cerita berkenaan. Saya tahu saya berada di pihak yang benar, jadi tolak tepi sahaja dan anggap semua itu sebagai permainan dunia hiburan. Saya maafkan pereka cerita itu.

Anda selesa menjadi tumpuan kerana sensasi dan kontroversi?

Saya masih Neelofa yang dulu, pandangan orang memang berbeza-beza tapi banyak lagi masa dan masih panjang lagi perjalanan saya. Jadi, biarlah, masyarakat akan mengenali saya secara perlahan-lahan. Saya percaya saya tidak buat salah.

Bagaimana dengan aduan berhubung disiplin anda yang tidak memuaskan terutama kerap datang lewat ke lokasi?

Jujurnya, saya memang seorang peka terhadap masa, kalau boleh, biarlah saya yang menunggu orang, bukan orang lain yang menunggu saya. Sepanjang penggambaran filem Azura saya tidak pernah datang lambat. Saya tahu, isu datang lambat itu berlaku ketika penggambaran drama Kitab Cinta. Perkara itu sudahpun dijelaskan. Sebenarnya berlaku salah faham, masalah teknikal berhubung dengan jadual sedangkan kerap kali saya datang awal ke lokasi.

Baru-baru ini, sudah ada yang melabel awak sekadar cantik dan seksi sahaja sedangkan kualiti lakonan tidak seberapa?

Kalau orang kata saya cantik dan seksi, apa boleh saya buat. Tapi saya masih percaya kalau sekadar cantik dan seksi semata-mata, tak mungkin saya sampai ke tahap ini. saya percaya, saya ada bakat cuma masih baru, baru lima bulan. Baru tiga drama bersiri, satu telemovie dan sedang berlakon filem kedua. Selepas lakonan pertama dalam filem Azura, sekarang King Kapcai dengan KRU Studios. Baru-baru ini, selepas telemovie, Jemaah Kolestrol ditayangkan, banyak respons positif yang saya terima. Mungkin sebab, masuk-masuk terus berlakon filem, jadi persepsi orang terhadap saya lain sikit.

Adakah bidang lakonan sekadar batu loncatan untuk anda meraih populariti semata-mata?

Memang saya pernah kata sekarang masanya untuk saya menjenamakan nama Neelofa, tapi maksud saya bukanlah untuk menjadi popular semata-mata. Jadi pelakon pun bukan rancangan asal saya, semuanya berlaku cukup pantas, keluar sahaja daripada Dewi Remaja, saya berdepan perkara ini. Sebenarnya, saya ambil masa juga untuk terima tawaran filem Azura, saya tahu hidup saya akan berubah secara total. Saya cuma fikir, apa salahnya saya ambil peluang jadi pelakon. Saya pun masih muda dan sedang belajar dalam jurusan bisnes, jadi ini semua untuk masa depan saya.

Lima bulan bergelar pelakon, sudah capai apa yang dihajati?

Saya dapat lebih daripada apa yang saya impikan. Saya kenal dan berkerja dengan nama-nama besar, berada pula bawah bumbung KRU. Peribadinya, perkara ini berlaku cukup pantas untuk orang baru seperti saya. Yelah, dengan banyak cerita panas tapi tawaran juga tidak putus-putus. Banyak yang terpaksa ditolak kerana pertindihan jadual, lagipun saya tidak mahu belasah semua benda, kena juga buat pilihan.

Tidak kisah digelar pelapis ratu kontroversi?

Tak kisahlah apa yang orang yang gelarkan saya, saya tak buat apa-apa kesalahan. Lama-lama nanti orang kenal juga siapa saya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kisah ‘Ratu’ Panggung

Posted:

Kisah 'Ratu' Panggung

Kisah 'Ratu' Panggung



DUA nama yang cukup gah dan kuat dalam dunia teater. Penggerak, aktivis dan 'penari' watak yang membuahkan kepercayaan bahawa teater itu hidup, inilah antara individunya.

Bersembang dengan Juhara Ayob dan Norzizi Zulkifli, banyak gelak ketawa lantaran mereka mengembara dalam lapangan seni pada asas dan gelanggang yang sama. Nama-nama ini adalah tugu kepercayaan dalam teater, meletakkan arena itu pada lapangan yang serius.

Kini mereka kembali dalam sebuah naskhah arahan Rosminah Tahir yang berjudul Mak Dara Nyonya yang bakal dipersembahkan pada 6 hingga 12 Julai ini. Teater dengan enam karakter lakonan Juhara Ayob, Sherry Abdullah, Misha Omar, Fara Fauzana, Sarimah Ibrahim, Norzizi Zulkifli dan Zaifri Husin akan dipersembahkan di Malaysia Tourism Centre (Matic), Kuala Lumpur pada pukul 8.30 malam. Tanda dagang yang diletakkan pada teater ini berbunyi dua cerita, dua negara, satu pengarah.

Wisran Hadi dan Siti Rohayah Attan bergabung mempersembahkan dua cerita. Mak Dara dan Nyonya diadunkan dalam satu nafas buat penonton. Sebuah naskhah untuk dibuat renungan dan pembelajaran tentang hidup.

Ceritakan serba sedikit tentang watak kalian dalam teater Mak Dara Nyonya ini.

NORZIZI ZULKIFLI (NZ): Watak saya sebagai 'keponakan A' ini sukar kerana perlu mempelajari slanga Indonesia. Dalam membuat latihan sekarang, saya sedang mencari watak saya kerana pelbagai karakter boleh dibina dan direka. Keponakan A boleh jadi seorang yang bermulut jahat atau seorang wanita yang dilihat lemah lembut tetapi hati busuk. Kata kuncinya adalah jahat dan pengarah memberi saya ruang untuk membentuk watak saya sendiri.

JUHARA AYUB (JA): Saya membawakan watak Mak Dara yang semestinya sudah dikenali ramai dengan jamu dan bisnesnya. Untuk watak ini saya perlu melakukan persiapan yang rapi. Saya akan menemu ramah sendiri Mak Dara untuk mengenali dengan lebih dekat personalitinya. Saya juga merancang untuk menemuramah anak-anaknya serta individu yang rapat dengan dirinya. Saya mahu selidik perjalanan hidup dan konflik dirinya.

Banyak nama disebut-sebut untuk membawa watak Mak Dara dan akhirnya ia jatuh ke tangan Juhara. Komen sedikit.

JA: Saya sebenarnya sudah lama dengar tentang teater Mak Dara Nyonya ini dan pencarian pelakonnya. Malah saya turut mencadangkan beberapa pelakon untuk pegang watak Mak Dara. Sampai satu peringkat saya mengagak bahawa Rohayah Attan sudah dapat aktres pilihannya. Sampailah Rohayah SMS saya dan menawarkan watak Mak Dara kepada saya. Saya sebenarnya mahu beri peluang juga kepada artis lain untuk mencuba. Malah bangga kalau ada pelakon lain yang mampu melakukannya. Saya tidak kecil hati kerana menjadi pilihan 'masa-masa terakhir'. Saya faham tidak ramai yang berani untuk bermonolog sebanyak 20 muka surat.


PARA pelakon berbakat besar ini bakal memberikan naskhah Mak Dara Nyonya dengan jiwa teater sesuai dengan kedudukan mereka, aktivis teater.


Seperti kata Rohayah Attan, dua teater dalam satu iaitu Mak Dara dan Nyonya ini ada unsur feminisme yang mahu dipertontonkan kepada khalayak. Bagaimana kalian melihat elemen ini?

JA: Watak-watak dalam teater ini mengangkat siapa wanita itu sendiri. Mungkin tafsiran penonton akan melihat sudut positif mahu pun negatif. Saya tidak mahu khalayak datang dengan persepsi selepas menonton 'teruknya wanita itu' tetapi sebaliknya melihat di sebalik karakter tersebut. Kekuatan dan kelebihan wanita. Saya juga tidak mahu khalayak hanya melihat kelemahan Mak Dara tetapi sama-sama meneroka masa silamnya dan melihat usaha beliau selama ini. Melihat daripada kacamata positif.

NZ: Kalau melihat karya-karya yang dibawakan oleh Rohayah Attan memang ada unsur feminisme dalamnya dan kali ini dia meneruskan lagi elemen itu dalam Mak Dara Nyonya. Melihat kepada aspek ini, tidak salah kerana tiada aktivis lain yang membawa elemen ini. Saya harap Rohayah teruskan stail ini.

Berbalik kepada pelakon lain yang dicadangkan Juhara untuk watak Mak Dara, bagaimana kalian selaku aktivis teater melihat fenomena menaikkan nama-nama komersial sebagai pelakon utama sesebuah teater?

NZ: Kalau melihat perjalanan sejarah bangsawan, mereka menggunakan bintang untuk menarik perhatian penonton. Sistem bintang atau pelakon filem ini telah lama digunakan. Masa awal saya belajar dahulu, saya ada pandangan prejudis terhadap sistem ini dan bertanya kenapa ia terjadi. Tetapi apabila belajar sejarah, saya faham bahawa ia telah lama digunakan. Tidak salah menggunakan bintang selagi sebuah teater itu diadunkan dengan pelakon teater yang sebenar. Ada yang guna kaedah ini tetapi tidak tahu budaya teater. Saya rasa orang yang bertanggungjawab adalah bahagian pentadbiran teater itu sendiri. Tidak semua bintang tahu budaya teater sebenar. Mungkin perlu ada kuota antara pelakon teater dan bintang dalam sebuah naskhah atau pementasan.

JA: Pelakon perlu tahu kebolehan diri masing-masing. Kalau mampu dan boleh menjadi versatil, kami selaku penggerak teater mengalu-alukan kedatangan kalian. Malah tidak ada perasaan cemburu terhadap bintang-bintang yang menapak dalam arena teater. Kalau mereka berani dan bagus dalam teater, itu sudah dikira bonus. Kita sebagai aktivis teater tahu kehendak dan keperluan naskhah. Berbalik kepada pelakon komersial ini, kalau mereka melakukannya dengan baik, itu bagus. Kalau tidak, itu hanya akan membusukkan nama mereka. Gunakan peluang sebaik mungkin. Saya lihat ada bintang-bintang yang mempamerkan kesungguhan dan kebolehan dalam bidang teater.

Secara logistik, mungkin khalayak lebih terarah untuk menonton di tempat yang berprestij dan mereka tahu. Bagaimana nasib teater-teater bagus di tempat yang mereka tidak biasa pergi?

NZ: Jujurnya, teater yang bagus itu selalu dipertontonkan di skala yang lebih kecil. Didominasi oleh syarikat atau produksi yang kecil. Tetapi ia juga melibatkan bajet yang kecil. Mungkin kerana tidak ada liputan atau promosi yang secukupnya tentang teater di tempat kecil itu maka ia tidak dikenali. Ada nasib yang baik, ia akan dikenali. Selalunya teater di tempat kecil ini dikongsi bersama-sama penggiat teater dan penonton yang kenal dengan produk sebegini.

JA: Industri sekarang ini industri bintang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.