Adsense

Selasa, 7 Jun 2011

aReaL&Celebrity

aReaL&Celebrity


Shahir (AF8) Retak Tulang Tangan, Jatuh Bilik Air

Posted: 07 Jun 2011 09:13 AM PDT

Penyanyi Ahmad Shahir Zawawi, 24, atau lebih dikenali sebagai Shahir (AF8) mengalami retak tulang tangan sebelah kiri selepas terjatuh di bilik air di kampungnya di Kampar, Perak.

Menurut Pengurus Artis, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB), Suriani Warci kejadian pada pagi Sabtu lalu itu berlaku ketika Shahir sedang mandi.


"Dia sedang bercuti di kampung halamannya. Ketika di bilik air, dia tergelincir lalu jatuh menyebabkan tulang tangannya retak. Selepas itu dia telah dibawa ke pusat perubatan berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

"Kejadian tersebut tidak terlalu teruk, dia hanya mengalami retak sahaja dan mungkin akan pulih cepat dan meneruskan aktiviti seninya," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Tambahnya, disebabkan kejadian tersebut Shahir bercuti selama seminggu untuk berehat.

Juara Akademi Fantasia musim kelapan itu kini sedang sibuk dengan promosi filem pertama berjudul Karak yang sedang ditayangkan di pawagam.

Shahir yang dihubungi bagi mendapatkan penjelasan lanjut bagaimanapun tidak menjawab panggilan telefon.

P/s:Semoga Cepat Sembuh....!!!!



facebook,biodata,gambar,seksi,bogel,kahwin
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

Celebrity News

Celebrity News


Gossip Panas : Tom MystarLG Putus Tunang !!

Posted: 06 Jun 2011 11:05 PM PDT

 Memang panas dan hot sepanas HOT FM yang membuatkan ZoOM terpaksa melayan LAPTOP sehingga pagi. "Like and like" tapi apa yang dapat ? Hadiah bil api je yang dapat... sorry lari topic seketika kerana geram dan frust tak dapat top Ipad2, mungkin tak ada rezeki.

Kisah terbaru mengenai peserta program MystarLG yang sebelum ini kecoh kerana merampas suami orang dan telah bertunang. Namun musim bunga yang diharapkan hilang kerana ribut salji yang datang secara tiba-tiba tanpa memberi amaran. Tom dikhabarkan telah putus tunang dengan si jantung hati yang selama ini banyak menyusahkan beliau. Sehinggakan satu Malaysia mengata beliau perampas suami orang.

Bak kata pepatah "Kumbang bukan Se-ekor" ada ramai lagi jejaka tampan diluar sana yang sudah pasti masih mencari bunga yang masih mencuba untuk mekar. Dan berikut sumber yang ZoOM dapat untuk dikongsi bersama pembaca di ZoOmartis Dot Net @ Facebook..



credit metro online

TAK ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba CAK dengar penyanyi, Tom yang pernah mengejutkan negara dengan cerita dipukul keluarga isteri kekasihnya, putus tunang. CAK baru berangan kalau Tom naik pelamin mahu juga bersama-sama meraikan hari bahagianya. Itupun kalau Tom jemput.

Maklumlah, cintanya dilihat sungguh hebat sehingga timbul macam-macam cerita, jadi CAK mahu lihat dari dekat bagaimana rupa insan yang menjadi pujaan hatinya. Apa daya tarikan jejaka itu sehingga Tom sanggup berdepan apa jua cabaran.

CAK tak tahu sebab apa pertunangan terputus di tengah jalan. Anggap saja tak ada jodoh, ye Tom. Insya-Allah, CAK yakin Allah SWT mahu pertemukan Tom dengan insan lebih baik.


Apabila mendengar single terbaru Tom berjudul Redha, macam ada kena mengena pula dengan perkembangan terbarunya. Tak mengapalah Tom, jangan berduka lara. Segala-galanya sudah tertulis dan sebagai manusia, kita kena reda


Gambar Gossip panas yang pernah menghantui TOM..

ZoOM : Apa Komen ANda ?
Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Komen Yusry dan Lisa Surihani Mengenai Hubungan Mereka

Posted: 06 Jun 2011 07:09 PM PDT

Wow !!!!!! itu jer yang dapat ZoOM ungkapkan kerana pasangan ini semakin berani menjawap soalan Media mengenai hubungan mereka. Tanpa berselindung dan berkias-kias seperti artis-artis yang lain ( Tak semua tau..) yang sering mengeluarkan perkataan ni NO KOMEN setiap kali diajukan soalan.

Bak kata pepatah dah mengantok disorongkan bantal, sudah tau bertanya pula dan berikut jawapan pasangan ini mengenai kisah bahagia mereka :

Yusry  - 


"Alhamdulillah, saya dan Yusry sependapat dalam setiap perkara yang dibualkan. Bahkan saya tidak perlu jadikan diri saya tua atau Yusry pula tidak perlu menampakkan dirinya muda untuk mencapai keserasian di antara kami.
"Setakat ini kami sudah pun mengenali kedua-dua belah keluarga dengan lebih rapat. Saya harap, penjelasan ini tidak lagi mengelirukan pihak luar tentang status perhubungan ini," ujarnya yang bakal berlakon dalam filem terbitan KRU berjudul Ular.


Lisa Surihani- 


"Ya, kami sedang menjalankan perhubungan yang lebih matang. Dengan usia yang sudah lanjut, saya tak mahu orang menggelar kami "pasangan yang hangat bercinta" kerana ia nampak macam budak-budak sedang berkasih pula.

"Sebab itu saya katakan hubungan kami lebih daripada seorang kawan dan sedang mengenali hati budi masing-masing di peringkat pertama," kata Yusry selepas sambutan majlis ulang tahun KRU Studios yang ke-19, di studio KRU, di sini, Isnin.


ZoOM : Apa Komen Anda ?
Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Shahir AF8 retak tulang tangan akibat terjatuh di bilik air

Posted: 06 Jun 2011 06:48 PM PDT

Sehingga hari ini ramai penulis dan pembaca blog bercerita mengenai Shahir AF8 ini yang digossipkan dengan Rozita Che Wan kita. Namun hari ini berlainan daripada hari sebelumnya kerana beliau dikatakan retak tulang tangan akibat terjatuh di bilik air semasa mandi. Entah macam mana ceritanya kerana pihak wartawan sendiri gagal menghubungi beliau untuk bertanyakan soalan kisah di bilik air ini.

Namun gambar ini sudah cukup menjadi bukti dan bualan anda diluar sana mengenai juara Akademi Fantasia 8 ini.Sebenarnya ZoOm teringin juga nak menonton filem "Karak" lakonan Shahir ni, tetapi dek kerana gossip-gossip diluar sana mengatakan ada yang tak kena dengan filem ni terpaksalah tunggu cerita ni keluar di kaca tv je.

ZoOM : Jika ada yang sudah menonton filem "Karak" Share-lah dengan pembaca di ZoOMartis Dot Net @ FAcebook.
Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Eira cuba nasib jadi penyanyi

Posted:

Eira cuba nasib jadi penyanyi

Eira cuba nasib jadi penyanyi

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar FATAH SULAIMAN


PELUANG merakamkan album tiba selepas sembilan tahun dia bergelar pelakon.


NAMA Eira Syazira dalam bidang lakonan memang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana dia telah mencipta nama dalam bidang itu sejak sembilan tahun lalu. Namun, bakat seni pelakon berusia 27 tahun itu tidak terhenti setakat itu sahaja.

Sebaliknya, anak kelahiran Kuala Lumpur ini juga sebenarnya berbakat dalam bidang nyanyian.

Kata Eira, bakatnya itu mula dicungkil kira-kira dua tahun lalu menerusi drama berjudul Cinta Balqis sebanyak 44 episod.

Pelakon yang meminati suara penyanyi Barat, Celine Dion ini berkata, dia mula menyanyi secara serius sewaktu ditawarkan menyanyikan lagu tema drama bersiri itu. Lantaran itu, ruangnya untuk bergelar penyanyi pun mula terbuka luas.

"Pembabitan saya dalam bidang nyanyian secara tidak sengaja. Ia bermula apabila saya ditawarkan menyanyikan lagu tema drama bersiri Cinta Balqis yang pernah disiarkan menerusi TV3 dua tahun lalu. Sejak itu minat menyanyi semakin kuat.

"Daripada situlah banyak pihak mula melihat bakat saya dalam bidang nyanyian. Syarikat rakaman FMG misalnya, tertarik dengan suara saya dan mengikat saya sebagai artis naungan mereka," buka bicaranya kepada Hits baru-baru ini.

Sebagai permulaan, Eira baru muncul dengan album single pertamanya berjudul Di Hati Ini yang mengandungi lima lagu berjudul Sememangnya, Nour Elain, Sisi Duka, Di Hati Ini serta Bukan Mimpi Kesiangan terbitan FGM.

Jelas pemilik nama sebenar Syazira Shuhaimi ini, biarpun baru sekarang menceburi bidang nyanyian tetapi minat itu sudah lama ada. Namun, kesibukan berlakon menyebabkan dia tidak berpeluang menunjukkan bakatnya itu.

Meskipun sering mengisi masa lapangnya dengan menyanyi karaoke, tetapi Eira tidak terfikir bahawa suatu hari kelak dia juga akan bergelar penyanyi. Kini dengan peluang yang ada dia tidak akan mensia-siakannya begitu sahaja.

"Apabila saya mendapat peluang merakamkan album daripada FGM, maka saya tidak mahu lepaskannya begitu saya. Saya mahu buktikan pada diri sendiri bahawa saya juga boleh menyerlah sebagai penyanyi.

"Kalau dulu menyanyi hanya sekadar minat dan hobi tetapi kini ia satu lagi karier dalam kehidupan saya. Dulu menyanyi cuma di rumah atau di bilik-bilik karaoke tetapi sekarang di hadapan ramai orang," ujarnya dalam nada penuh teruja.

Selain diberi peluang lagu tema Cinta Balqis, suara Eira juga digunakan dalam banyak lagi lagu tema serta montage drama bersiri antaranya lagu berjudul Sisi Duka dan Di Hati Ini dalam drama Ustaz Amirul.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MasterChef cungkil bakat terpendam peserta

Posted:

MasterChef cungkil bakat terpendam peserta

MasterChef cungkil bakat terpendam peserta

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar RASHID MAHFOF dan ihsan ASTRO


SUASANA di salah sebuah bilik ujian sewaktu uji bakat MasterChef Malaysia yang berlangsung di Kolej Universiti KDU, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.


SEJAK Astro mengumumkan akan menerbitkan program realiti masakan popular, MasterChef Malaysia, ramai yang mahu menjadikannya sebagai batu loncatan untuk berjaya dalam bidang masakan.

Ditambah pula dengan populariti rancangan tersebut dalam versi MasterChef Australia, Junior MasterChef Australia dan MasterChef US, ia sedikit sebanyak memberi semangat kepada anak tempatan yang mahu mencuba nasib untuk menerokai bidang tersebut.

Buktinya, dianggarkan lebih daripada 500 penyertaan diterima oleh pihak Astro sepanjang uji bakat dijalankan bermula April sehingga Mei lalu.

Ternyata angka itu sudah cukup menggembirakan Astro untuk rancangan yang kali pertama seumpamanya diterbitkan di Malaysia dan ia memberikan petanda yang cukup positif.

Sebanyak lima destinasi telah menjadi pilihan iaitu Pulau Pinang yang berlangsung pada 23 April, Johor Bahru (7 Mei), Kuala Terengganu (13 Mei) dan Kuala Lumpur (20 dan 21 Mei).

Walaupun angkanya tidak seramai uji bakat untuk rancangan hiburan popular lain namun, bagi Astro, apa yang penting adalah kualiti yang dicari bagi memastikan piawaian MasterChef Malaysia berada di tahap tertinggi.

Ini diakui sendiri oleh Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi yang telah mendapat maklum balas positif daripada persembahan peserta yang menghadiri uji bakat.

"Memang cukup menakjubkan dan saya boleh katakan mengejutkan juga kerana kami tidak menyangka kualiti peserta yang hadir ke uji bakat memang cukup tinggi.

"Semuanya hadir dengan satu matlamat iaitu mahu mengembangkan lagi bakat terpendam mereka dalam bidang masakan selain mempunyai rasa cinta yang mendalam terhadap makanan.

"Malah, mereka yang hadir juga ada di antaranya yang mengejutkan kami dari segi latar belakang mereka tetapi, apabila mereka beraksi di dapur, ia memang sesuatu yang di luar jangkaan," ujar Azlin Reza ketika ditemui di sesi uji bakat MasterChef Malaysia yang berlangsung di Kolej Universiti KDU, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Memberi contoh salah seorang peserta yang menghadiri uji bakat di Sabah tempoh hari di mana seorang penoreh getah telah menghasilkan hidangan berasaskan makanan laut yang cukup enak.

Jelasnya lagi, peserta berusia pertengahan 20-an itu juga cukup bijak mempersembahkan hidangannya itu dengan cara yang unik sekali apabila ia diletakkan di dalam tabung uji.

"Selain itu juga, ada seorang mat rempit ini yang juga tidak kurang hebatnya telah menghasilkan masakan yang tidak kurang enaknya.

"Walaupun luaran sebegitu, tetapi, inilah yang dikatakan bakat istimewa yang barangkali kita tidak pernah jangka sama sekali.

"Kata mat rempit itu juga, dia hadir untuk uji bakat kerana mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap makanan dan atas alasan itu, dia mahu mencuba nasib," jelas Azlin Reza yang memberitahu uji bakat MasterChef Malaysia turut mendapat sambutan daripada warga emas yang sekadar mahu mencuba nasib.

Selain itu, salah satu faktor yang cukup menarik perhatian pihaknya sepanjang sesi uji bakat berlangsung adalah kreativiti yang dimiliki oleh sebahagian besar peserta.

Ia dapat dibuktikan pada setiap negeri di mana sesi uji bakat berlangsung yang memperlihatkan variasi makanan dan jenis masakan yang dipersembahkan.

"Rata-rata yang kami temui berkata, mereka banyak menonton rancangan dan saluran masakan bagi memberikan inspirasi serta idea untuk mencipta makanan sendiri," ujarnya tentang rancangan tersebut yang akan bersiaran mulai bulan Oktober ini di Astro Ria.

Untuk semua sesi uji bakat di lima lokasi MasterChef Malaysia, ia telah diadili oleh dua orang juri tetap, Chef Johari Edrus atau lebih dikenali sebagai Papa Joe dan Chef Zubir Mohd. Zain serta beberapa orang juri jemputan termasuk Azlin Reza sendiri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Masih hangat, sensasi

Posted: 06 Jun 2011 05:10 PM PDT

Hip

pix_gal0
JANDA muda meletup dan bergetah ini tidak pernah lekang dari cerita sensasi. Sejak bercerai hinggalah sekarang, ada saja cerita panas membabitkan Nora Danish ini.

Tak perlulah diungkit kembali apa yang pernah berlaku. Ramai yang sedia maklum bahawa kontroversi cerita Nora bersama bekas suaminya, Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai serta Fasha Sandha pernah menjadi bahan muka depan akhbar untuk beberapa ketika.

Selagi belum terdengar dia berkawan rapat dengan sesiapa atau kembali mendirikan rumah tangga, selagi itulah soalan mengenai jodoh terus ditanya kepada pelakon yang mula dikenali menerusi watak Puteri ini. Bagaimanapun, terbaru ada angin gossip membawakan perkhabaran kononnya Nora sedang lena diulit cinta seorang kerabat dari Terengganu.

Dan mengikut ceritanya juga, jika tiada aral melintang, pasangan ini juga sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga penghujung tahun ini. Saat diajukan pertanyaan ini kepada si empunya diri ketika bertemu dengannya pada majlis pelancaran drama Ana Lu'Lu di Seri Pentas, Bandar Utama baru-baru ini, Nora memberikan reaksi terkejut di atas pertanyaan itu.

Bunga cinta sedang berputik

SAMBIL berkerut dahi, Nora Danish menegaskan cerita mengenai percintaannya dengan kerabat itu adalah tidak benar sama sekali.
Katanya, cerita itu bukanlah perkara baru kerana dia pernah mendengarnya beberapa tahun lalu.

"Itu cerita lama. Dulu pun ada dengar kononnya saya dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan seorang kerabat dari Terengganu. Tapi cerita itu akhirnya senyap begitu saja. Saya sendiri tidak kenal siapa kerabat yang dimaksudkan itu," jelas pemilik nama penuh Nora Mohd Hanif Danish ini.

Bagaimanapun, dalam pada menafikan mempunyai hubungan dengan kerabat seperti yang digembar-gemburkan, Nora sebenarnya mempunyai kisah yang lebih menarik untuk dikongsi bersama.

Katanya, dia kini sedang dalam peringkat mengenali hati budi seorang jejaka yang disifatkan paling rapat dengannya buat masa ini.

"Saya mengaku sedang berkawan rapat dengan seseorang. Dia orang biasa saja. Bukan dari kalangan artis atau mana-mana kerabat.

"Saya sebenarnya lebih selesa kalau dapat membina kehidupan bersama dengan orang biasa. Tapi hubungan kami masih dianggap agak awal lagi tetapi saya akui dialah lelaki paling rapat buat masa ini. Usianya pun lebih muda dua tahun daripada saya dan berwajah Melayu, sesuai dengan cita rasa saya," kata Nora malu-malu.

Apabila menyatakan mereka sekadar berkawan rapat dan bunga-bunga cinta masih belum mekar bukanlah bermakna cuba menyembunyikan sesuatu atau berahsia seperti yang sering dilakukan oleh segelintir artis yang menggunakan ungkapan teman tapi mesra untuk melindungi hakikat sebenar.

"Memang saya akui perasaan sayang itu memang ada, tapi seperti yang saya terangkan tadi, kami dalam peringkat mengenali hati budi masing-masing sebelum melangkah ke peringkat seterusnya dalam hubungan ini.

"Kalau boleh saya tidak mahu terlalu terbuka untuk memperkatakan mengenainya kerana jika hubungan ini tidak jadi, saya tidak mahu ada sesiapa malu atau berkecil hati," katanya.

Belajar daripada pengalaman lalu, Nora juga menegaskan dia tidak mahu terburu-buru untuk menamatkan zaman solonya kerana sikap berhati-hati dibuat kerana berharap perkahwinan kali kedua nanti kekal bahagia selama-lamanya.

"Pengalaman lalu mengajar saya untuk lebih berhati-hati dan tidak terburu-buru. Lagipun saya mahu tumpukan perhatian terhadap anak lelaki yang semakin membesar dan juga kerjaya seni saya," kata Nora sambil mengukir senyuman manis.

Tak kisah bawa karakter sama

ENTAH mengapa, sejak menceburkan diri dalam bidang lakonan, penonton sering disogokkan dengan watak stereotaip Nora. Manja, comel dan keanak-anakan adalah karakter yang paling kerap dilakonkan pelakon berdarah campuran Melayu, Arab dan Myanmar ini.

Terbaru menerusi drama arahan Pierre Andre berjudul Ana Lu'Lu ini, Nora sekali lagi membawakan watak yang serupa.

Sampai bilakah mahu membawakan watak sebegitu? Apakah tidak berani membawakan watak berbeza yang lebih mencabar kebolehannya atau memang tidak ada pengarah dan produser yang berani menawarkan watak yang berlainan.

"Saya tidak pernah bosan membawakan watak serupa kerana saya anggap ia adalah rezeki. Bukannya saya tak mahu membawa watak berbeza. Sebagai pelakon keinginan itu tetap ada tetapi apabila mendapat tawaran, saya pula tidak dapat menerimanya kerana terikat dengan komitmen lain.

"Menerusi drama yang menampilkan pelakon dari Singapura,Indonesia dan Malaysia itu, saya ditawarkan untuk membawakan watak berat. Tapi apakan daya, saya terbabit dengan penggambaran drama lain masa itu," katanya yang yakin bahawa tawaran sama akan datang kepadanya satu hari nanti.

Ana Lu'Lu yang bakal ke udara malam esok jam 9 malam di saluran TV3 mengisahkan Ana Lulu seorang gadis periang yang sering tampil dengan cara berpakaian pelik dan menarik perhatian orang untuk memerhatikannya. Ana bekerja sebagai pembantu juru jual di sebuah kedai bunga bersama seorang kenalan baru, Bunga.

Konflik percintaan bermula apabila Harris jatuh hati terhadap Ana. Walau bagaimanapun, Ana sedang menyulam cinta dengan Fadzil tanpa menyedari Fadzil sering mempergunakannya demi wang.

Selain Nora, drama rantaian itu turut dibintangi oleh Kamal Adli, Cat Farish, Sharifah Sakinah, Datin Noniswara, Zarina Zainuddin, Adey Syafrien dan Wawa.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysia tetap di hati

Posted: 06 Jun 2011 05:08 PM PDT

Hip

Keutamaan tetap diberikan kepada tawaran berlakon di negara sendiri

SIAPA sangka, drama bersiri Kahit Isang Saglit atau A Time For Us yang dilakonkan Carmen Soo bersama aktor kacak, Jericho Rosales berjaya meledakkan nama pelakon jelita itu di Filipina.

Sejak itu, Carmen tidak menoleh ke belakang dan terus mengukuhkan kedudukannya di sana.

Satu demi satu tawaran berlakon di negara itu diterimanya sehingga ramai yang menyangka dia sudah berhijrah ke Filipina dan tidak berminat meneruskan kerjaya seninya di negara sendiri. Bagaimanapun, ketika bertemu Carmen ketika pelancaran filem 3D pertama di Asia Tenggara, The Hunter di Mutiara Damansara, Carmen menafikan dia terlalu menumpukan perhatian terhadap kerjayanya di Filipina.

"Memang ada penerbit bertanyakan apakah benar saya lebih menumpukan perhatian terhadap kerjaya di Filipina berbanding Malaysia? Itu tidak benar sama sekali. Walaupun membina karier di sana, namun hati saya masih lagi di sini.

"Disebabkan itulah apabila ditawarkan berlakon filem The Hunter ini, saya terus menyatakan persetujuan. Lagipun, tawaran itu dari kenalan lama saya iaitu pengarahnya, Bjarne Wong,. Saya menerima tawaran itu juga kerana lokasinya di Malaysia iaitu Sarawak.

"Jadi ini juga adalah peluang untuk saya pulang ke tanah air selepas lebih sembilan bulan di Filipina," kata pelakon berusia 33 tahun ini.
Tambahnya, peluang itu juga akan digunakan sepenuhnya untuk berehat seketika dan menghabiskan masa bersama rakan-rakan di Malaysia selepas terlalu sibuk dengan penggambaran drama yang lazimnya memakan masa terlalu lama untuk disiapkan.

Dalam usia yang sudah melepasi angka 30, pastinya ramai yang ternanti-nanti, sampai bila pemilik nama penuh Carmen Soo Wai Mun ini mahu terus hidup bersendirian tanpa seorang lelaki bergelar suami di sisi.

Jarang kedengaran dia dikaitkan dengan mana-mana lelaki. Kali terakhir dia dikatakan mempunyai hubungan intim dengan Jericho. Bagaimanapun, seperti juga angin, gosip itu lenyap begitu saja.

"Bukan tidak mahu bercinta tetapi dalam keadaan sekarang, memang agak sukar untuk saya mempunyai teman lelaki. Tidak dinafikan, kebanyakan pelakon lelaki di Filipina yang pernah saya berlakon bersama semuanya kacak dan baik hati. Namun, mustahil saya jatuh cinta dengan mereka kerana situasi saya bukan pemastautin di sana.

"Takkanlah saya mahu tinggalkan dia keseorangan jika saya terpaksa pulang ke Malaysia. Lagipun jadual penggambaran di sana sangat ketat kerana hari-hari ada penggambaran dan biasanya ia akan mengambil masa agak lama.

"Bila selesai tugas, badan penat dan memang tidak mempunyai masa untuk bersosial apatah lagi untuk pergi dating. Buat masa ini, fokus utama saya adalah kerjaya dan kalau diberi pilihan antara pergi casting dan dating, saya akan pilih casting," katanya sambil tertawa kecil.

Sedia lakukan aksi lagak ngeri

AMAT jarang melihat Carmen membawa watak lasak dalam drama atau filem. Apa yang sering dipaparkan di kaca TV atau layar perak adalah seorang wanita yang sering tampil cantik, bersesuaian dengan rupa bentuk fizikalnya.

Bagaimanapun untuk filem 3D The Hunter nanti, Carmen akan membuktikan bahawa dia adalah pelakon serba boleh dan bukannya seorang pelakon yang sering mahu kelihatan cantik semata-mata.

"Saya akan membawakan watak seorang pengarah rancangan dokumentari. Sebagai sebuah filem thriller dan membabitkan babak pembunuhan, watak yang saya bawakan cukup lasak tetapi saya sudah bersedia untuk kelihatan comot dan melakonkan aksi ngeri sendiri selagi ia tidak membahayakan," katanya.

Dalam filem itu nanti, dia bergandingan dengan aktor popular dari Taiwan, Lou Qi. Pertama kali digandingkan dengan aktor tinggi lampai itu, Carmen berkata tidak sukar untuk mereka membentuk keserasian kerana mereka pernah bertemu sewaktu majlis pelancaran filem ini yang diadakan di China, Mac lalu.

"Memang penting untuk kami mendapatkan keserasian sebelum masuk ke dalam set. Mujurlah kami pernah bertemu dan saya gunakan kesempatan itu untuk mengenali Lou dengan lebih dekat supaya kami selesa apabila penggambaran bermula nanti. Bagaimanapun dalam filem ini tidak membabitkan sebarang percintaan dengan Lou. Jadi mudahlah sikit untuk kami menghayati watak," katanya.

Selain Carmen dan Lou, filem ini turut menyaksikan gandingan pelakon dari dalam dan luar negara antaranya Sharifah Amani, Tavani, Soo Wincci, Smyth Wong dan Cindy Chen.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


KL Gangster : Membongkar Gejala Samseng Ibu Kota

Posted: 06 Jun 2011 04:47 PM PDT




Pengarah :Syamsul Yusof
Syarikat Penerbit :Skop Production Sdn. Bhd.
Bahasa :Bahasa Melayu
kategori :Filem Cereka
Genre :Aksi
Tarikh Tayangan :09 Jun 2011
Durasi :81 min
Audio :Dolby
Format :35mm




Pengarah
Penulis:
:
(Lakon layar)
:
(Cerita Asal)
Lakonan:
:
Shark (Pelakon Utama)
:
King (Pelakon Pembantu)
:
Malek (Pelakon Pembantu)
:
Jai (Pelakon Pembantu)
:
Fadil (Pelakon Pembantu)
:
Zati (Pelakon Pembantu)
:
(Pelakon Pembantu)
:
(Pelakon Pembantu)
Krew:
:
(Pengarah Fotografi)
:
(Pengarah Seni)
:
(Pembantu Pengarah)
:
(Penyunting)
:
(Penyunting)
:
(Pengurus Produksi)
Penerbit:
:
(Penerbit)
Sinopsis:
Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.
Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orangorangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi "Raja" di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.
Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.
King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan... Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka...segala-galanya akan terjawab dalam "KL GANGSTER".





Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


AirAsia diarah bayar RM2,832 kepada pelanggan

Posted: 06 Jun 2011 03:04 PM PDT

GARA-GARA 12 tong plastik milik seorang lelaki pecah semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching, Sarawak, syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Bhd. (AirAsia) telah bersetuju membayar ganti rugi sebanyak RM2,832 kepada pelanggannya itu.

airasia AirAsia diarah bayar RM2,832 kepada pelanggan

sumber

Menurut Sapian Eri semasa prosiding tuntutannya di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di Kuching baru-baru, tong-tong tersebut pecah semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada pukul 6.20 petang, 12 April lalu.

Dalam tuntutannya, dia mendakwa, harga seunit tong plastik tersebut ialah RM170 dan keseluruhannya berjumlah RM2,040 sementara jumlah tambang 12 tong berkenaan pula sebanyak RM1,725.

Sapian turut menuntut bayaran tambang pengangkutan bagi membawa tong-tong berkenaan dari Jalan Ipoh ke Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang sebanyak RM250 dan jumlah tuntutan keseluruhannya adalah sebanyak RM4,015.

Menurutnya, semasa membuat pembayaran tambang barang-barang di kaunter No.S6 di LCCT, dia telah memaklumkan kepada petugas AirAsia bahawa barang-barang tersebut mudah pecah dan ditampalkan dengan pelekat (Fragile) bagi mengelakkan ia pecah atau rosak.

Sementara dalam pernyataan balas AirAsia pula, syarikat itu telah melampirkan rujukan 'Terma dan Syarat Pengangkutan AirAsia (Exhibit A)' untuk Perkara 8.2; Perkara 11.2 serta Perkara 11.3.c. di samping mengguna pakai jadual bayaran untuk pampasan bagi kehilangan bagasi iaitu RM48 setiap kilogram (kg).

Berdasarkan rekod AirAsia, jumlah berat bagasi yang rosak adalah 59 kilogram (Exhibit D) dan pihaknya bersetuju menawarkan bayaran tuntutan sebanyak RM2,832 (iaitu RM48 x 59 kg) kepada Sapian.

Presiden TTPM, Datuk Dr. Lawrence SH Thien dalam keputusannya mengarahkan AirAsia membayar RM2,832 kepada Sapian dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah tersebut dikeluarkan.

/// utusanmalaysia ///

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Hazama mula tunjuk megah

Posted: 07 Jun 2011 03:24 AM PDT


KINI tinggal empat pelajar meneruskan perjuangan di final Akademi Fantasia 9 (AF9) apabila Erul tersingkir di Konsert 9, Sabtu lalu. Bagi Lena yang lega selepas diumumkan tiada penyingkiran pada Konsert 8 walaupun mendapat undian paling rendah, makin yakin dengan bakat yang ada padanya.

Lena juga sedar tenaga pengajar sayangkannya dan sentiasa mendapat pembelaan daripada Adlin Aman Ramlie apabila menyuruhnya tidak membuat persembahan lagu bonus bersama rakan seperjuangan apabila Lena masih tidak menghafal lirik lagu Badarsila sehari sebelum Konsert 9.
Persoalannya, Lena adalah pelajar yang suka mereka cerita dan berpura-pura, tetapi masih menjadi pelajar kesayangan Adlin kerana bakat nyanyiannya.

Fina akan meneruskan perjuangan bersama kumpulan Sassu yang disertai adik-beradiknya dan masih mempertahankan bahawa vokalnya adalah semula jadi begitu dan tidak menjerit seperti dikritik.


Untuk persiapan Konsert 9, Fina banyak berehat tetapi kini makin tertekan apabila konsert akhir AF makin hampir. Fina adalah pelajar perempuan paling suka diusik Hazama yang dianggap Fina seperti abangnya.


Azri pernah patah semangat dan menarik diri kerana sakit misteri, tetapi kini semakin bersemangat untuk menjadi juara atas nasihat rakan dan pengetua AF9. Kelemahan Azri adalah persembahan dan vokal yang terlalu keras. Azri tidak kisah dirinya digilai Lena dan hanya melayan Lena sebagai rakan seperjuangan.

Hazama rasa satu kemena�ngan apabila layak masuk ke final dan mula malas belajar melainkan hanya melayan peminat yang berada di luar rumah kaca. Hazama juga mula menunjukkan rasa megah diri apabila menye�dari dirinya diminati ramai dan agak malas belajar di akademi. Cabaran terbesar Hazama untuk bergelar juara adalah daripada Fina.

Dalam pada itu Kak Eton dengar, guru vokal Ning Baizura adalah yang paling komited di akademi kerana tidak pernah mengambil cuti, sebaliknya datang mengajar lima kali seminggu untuk mencurahkan ilmu.

Pengetua pula menaruh keyakinan tinggi semua finalis mempunyai kelebihan masing-masing dan sudah mempunyai tempat di industri. Amy percaya Hazama atau Fina akan memegang gelaran juara AF9.

Benarkah Adlin tidak pernah mengajar pelajar membuat persembahan lagu bonus kerana merasakan persembahan ini adalah membazir kerana tidak dikira dalam kritikan.

Lokasi konsert akhir AF9 masih dirahsiakan daripada pengetahuan pelajar.

Nasir Bilal Khan kembali gali kubur

Posted: 07 Jun 2011 03:23 AM PDT

AKTOR Nasib Bilal Khan kembali dengan wataknya sebagai seorang penggali kubur. Sebelum ini dia cukup popular dengan drama Cinta Si Penggali Kubur yang pernah ditayangkan di TV3 tidak lama dulu.

Kini, Nasir kembali menggali kubur dalam drama bersiri Tanah Kubur yang sedang hangat ditayangkan di Astro Oasis bermula 13 Mei lalu.

Namun begitu, Nasir yang ditemui ketika sesi tayangan perdana drama itu di pawagam TGV KLCC baru-baru ini menjelaskan meskipun wataknya sebagai penggali kubur tetapi karakternya berbeza.

"Kalau dulu dalam drama Cinta Si Penggali Kubur, saya seorang yang lurus dan senang kena tipu tetapi tidak dalam drama Tanah Kubur di mana watak saya sebagai Tok Adi seorang yang dihormati di kampung dan mempunyai pendirian yang tersendiri," jelasnya.

Sambung Nasir, pengalaman menjadi seorang penggali kubur dan penggambaran singkat termasuk pada waktu malam selama sebulan memberi kepuasan kepadanya.

"Ini salah satu cara saya berbakti kepada masyarakat dan mendapat saham di akhirat. Saya harap mesej saya sampai. Saya tidak kisah walaupun satu peratus meresap dalam fikiran dan membuka mata masyarakat.

"Tidak banyak yang dapat saya perkatakan kerana drama bersiri ini sangat menarik. Ia merupakan 13 cerita yang berbeza dalam 13 episod, dengan cerita-cerita itu diambil daripada pengalaman penggali kubur yang sebenar dan juga menerusi sejarah pada zaman Rasulullah," tuturnya.

Nasir berkata, sebagai anak seni dia akan terus memberi sokongan terhadap penghasilan drama atau filem yang memberi kesedaran dan keinsafan kepada penonton.

"Jika dalam cerita seram, orang takut hantu, tetapi dalam drama bersiri ini, mereka takut kepada dosa," katanya lagi.

Pengarahnya pula, Rashid Sibir yang cukup terkenal dengan drama air mata dan keinsafan memberitahu, ketika dia mula membaca skrip itu tiada orang lain yang terlintas dalam fikirannya untuk memegang watak Tok Adi seorang penggali kubur selain daripada Nasir Bilal Khan.

"Watak Tok Adi ini seorang yang tegas, berprinsip dan juga memiliki karakter yang unik. Apa yang saya nampak ia hanya ada pada Nasir Bilal Khan, sebab itu saya tawarkan watak ini kepadanya selain kami juga sudah selalu bekerjasama," ceritanya mengenai drama yang menjalani penggambaran di empat tanah perkuburan.

Menurut pengarah itu lagi, dia menggunakan pelakon yang sebenar untuk dimasukkan ke dalam liang lahad supaya visual nampak lebih benar.

"Kami menggunakan mayat sebenar iaitu pelakon sendiri dikafankan termasuk beberapa ular hidup untuk memberikan impak sebenar di liang lahad.

"Drama ini menggunakan tiga tonggak pelakon utama yang tampil dalam setiap episod dengan 39 pelakon tambahan dengan setiap episod membawa jalan cerita dan pengalaman kubur yang berbeza," tuturnya.

Drama Tanah Kubur yang menemui penonton pada setiap Jumaat bermula 13 Mei lalu pada pukul 7.30 malam di saluran Astro Oasis mengisahkan pelbagai pengalaman aneh seorang penggali kubur, Tok Adi (Nasir Bilal Khan).

Antaranya kemunculan ular hitam di liang lahad akibat amalan memakan riba, nisan mengeluarkan api kerana si mati sewaktu hayatnya suka mengumpat dan liang lahad mengeluarkan air hitam busuk kerana si mati dulunya suka memakan harta anak yatim.

Turut membintangi drama itu ialah pelakon hebat seperti Fauziah Nawawi, Ahmad Tarmimi Siregar, Abu Bakar Juah, Mariani, Nabila Huda, Zami Ismail dan Rosnah Mat Aris.

google: nasir bilal khan, nasir bilal khan facebook, nasir bilal khan blog, nasir bilal khan 2011, nasir bilal khan terbaru terkini, keluarga nasir bilal khan, anak anak nasir bilal khan, gambar keluarga nasir bilal khan, berita nasir bilal khan, nasir bilal khan profile biodata, nasir bilal khan bio

Erra: Selektif bukan eksklusif

Posted: 07 Jun 2011 03:21 AM PDT


HUJUNG minggu lalu nama Erra Fazira dan protegenya, Salma hangat di dalam ruangan gosip semua akhbar mingguan. Kemenangan mereka meraih wang tunai RM100, 000 serta gelaran juara musim kelima program realiti Mentor 5 dipertikaikan.

Walaupun ramai yang mengakui kehebatan vokal Salma, namun ibu tunggal beranak satu itu dikatakan sengaja dimasukkan semula untuk bersaing ke final selepas terkeluar seminggu sebelum final.

Lantas apabila dia diangkat sebagai juara, banyak pihak mendakwa ia merupakan politik terbesar pihak produksi program itu yang sengaja memberi kemenangan kepada Erra dan Salma.

Turut menjadi buah mulut, kehadiran Ziana Zain selaku juri biar dilihat relevan kerana Ziana merupakan juara Mentor musim lalu, turut dipertikai kerana keakrabannya dengan Erra.

Bertanya tentang sensasi yang dibangkitkan itu kepada Erra, nyata 'orang lama' seni itu cukup tenang menjawab. Tidak cepat melatah, Erra mempunyai hujah sendiri untuk mempertahankan pemilihan dia dan Salma sebagai juara program tersebut.

"Adat dalam pertandingan pasti ada yang suka dan tidak suka. Bagi yang tidak suka mereka akan cuba mereka cerita dan mempertikaikan kemenangan Salma. Bagi saya, Salma telah membuktikan persembahannya bagus dan dia menang dengan bermaruah.

"Kalau dia nyanyi tidak bagus pada malam akhir itu saya akui kemenangannya boleh dipertikai. Tetapi, Salma sudah memberi sehabis baik. Memang di akhir-akhir pertandingan undian Salma jatuh. Daripada situ Salma bangkit melakukan yang sebaiknya untuk konsert akhir Mentor 5," katanya ketika dihubungi Kosmo! bagi mengulas isu kemenangan Salma yang dikatakan telah dirancang.

Ramai juga yang mempertikaikan Salma diserap masuk ke konsert akhir Mentor dan menganggapnya salah satu strategi pihak Mentor untuk menjadikannya juara sedangkan undiannya di paras terendah berbanding peserta-peserta lain.

Bagi Erra, tiada istilah rancang atau susunan strategi. Perkara yang sama berlaku untuk konsert-konsert Mentor sebelum ini.

"Sememangnya jadi trend persembahan realiti apabila peserta terkeluar diserap masuk semula. Ia bukan sahaja berlaku kepada mentor tetapi juga rancangan realiti lain seperti Akademi Fantasia (AF). Contoh yang berlaku kepada Shahir. Dia terkeluar dan dimasukkan semula. Malah, rezeki berpihak kepadanya apabila dia muncul sebagai juara AF," katanya.

Erra kemudian memberitahu, isu Ziana Zain menjadi juri sepatutnya tidak elok ditimbulkan.

Jelasnya: "Saya sendiri tidak tahu salah seorang juri pada malam itu adalah Ziana. Ziana seorang yang cukup profesional. Dia tidak akan memberi undi semata-mata kerana kami berkawan. Lagipun, industri seni ini kecil dan saya berkawan dengan semua orang.

"Kak Pah (Datuk Sharifah Aini) juga baik dengan salah seorang juri pada malam itu iaitu Datuk Ramli MS. Jadi terpulanglah kepada individu yang mereka cerita itu sendiri.

"Memang pada awalnya saya sudah beritahu Salma, kalah atau menang tidak menjadi persoalan. Paling penting, kita bagi sebaik mungkin. Jika kalah pun, kita menang secara bermaruah."

Selektif bukan eksklusif

Beralih bicara tentang penglibatannya dalam dunia lakonan, Erra, 37, sudah lama tidak muncul di layar perak. Kali terakhir filem lakonannya dapat ditonton adalah menerusi watak pembantu dalam filem Andartu Terlampau - 21 Hari Mencari Suami di bawah produksi Haliza Misbun pada tahun 2010.

Kali terakhir Erra memegang peranan utama pula adalah menerusi filem seram Anak di samping Ida Nerina pada tahun 2008.

Selepas itu, wajah Erra lebih banyak menghiasi kaca TV dan program pengacaraan.

Disebabkan itu ramai yang membuat andaian bahawa dirinya begitu eksklusif.

Ibu jelita kepada Engku Aleesya Engku Emran, 2, itu menjawab mengenai statusnya yang dikatakan begitu eksklusif.

"Saya tidak meletakkan diri eksklusif, cuma kini saya kena lebih selektif melihat tawaran yang datang. Kalau dulu semasa belum berumah tangga dan belum dikurniakan anak saya menerima sahaja apa jua tawaran tetapi kini saya kena bahagikan dua iaitu antara kerjaya dan juga keluarga," katanya ketika ditemui semasa sidang media memperkenalkan pelakon-pelakon teater Badai Semalam di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) tahun 2001 dan 2005 itu juga menolak yang dirinya dikatakan sudah kurang menerima tawaran filem disebabkan bakat-bakat baru yang muncul seperti Lisa Surihani dan Fasha Sandha.

Menurutnya, banyak faktor kenapa dirinya sudah lama tidak menghiasi panggung. Kata heroin Sembilu itu, sekarang ini dia cuma memperkecilkan skop kerjayanya. Jika ada tawaran menarik untuk berlakon filem dan tidak bertindih dengan jadual lain baru dia akan menerimanya.

"Saya akan pastikan 50 peratus fokus saya terhadap kerjaya dan 50 peratus lagi terhadap keluarga," katanya yang bakal muncul dengan drama seram komedi terbaru terbitan Astro iaitu Hantu Susu.

Jadi guru

Sudah berada dalam industri hiburan hampir 20 tahun lamanya, Erra diajukan pula soalan tentang kemungkinan dia menjadi guru lakonan mahupun vokal.

"Erra belum terlintas lagi mahu jadi guru. Sekarang ini pun, jadual begitu padat. Tetapi, mungkin satu hari nanti bila sudah kurang berlakon dan merasa diri sudah tidak laku saya akan memikirkannya," katanya sambil melirikkan senyuman yang menawan.

Ulasnya, tanggungjawab untuk mengajar vokal, tarian mahupun lakonan bukan tugas yang mudah. Ia memerlukan komitmen yang tinggi untuk menggilap bakat baru bagi dijadikan bintang.

Beralih pula cerita mengenai si puteri jantung hatinya, Engku Aleesya, Erra memberitahu, genap 30 Mac lalu puterinya sudah berusia dua tahun.

Engku Aleesya yang kini sudah mencapai berat badan 15 kilogram sentiasa diberi perhatian biarpun dirinya sibuk.

"Saya akan pastikan jika ada masa terluang saya akan bawa Aleesya keluar dan peruntukkan masa sepenuhnya bersama dia," kata Erra.

Yusry & Lisa, Hubungan Lebih Matang

Posted: 06 Jun 2011 09:59 AM PDT


CYBERJAYA: Pasangan Yusry Abdul Halim,38, dan Lisa Surihani, 25, enggan menjadikan hubungan mereka seumpama cinta monyet sebaliknya mahu hubungan yang lebih matang.

Yusry berkata, dia tidak mahu istilah cinta diberikan kepada mereka sepertimana hubungan pasangan kekasih lain kerana istilah itu seolah-olah memperlihatkan satu hubungan yang tidak serius.

"Ya, kami sedang menjalankan perhubungan yang lebih matang. Dengan usia yang sudah lanjut, saya tak mahu orang menggelar kami "pasangan yang hangat bercinta" kerana ia nampak macam budak-budak sedang berkasih pula.

"Sebab itu saya katakan hubungan kami lebih daripada seorang kawan dan sedang mengenali hati budi masing-masing di peringkat pertama," kata Yusry selepas sambutan majlis ulang tahun KRU Studios yang ke-19, di studio KRU, di sini, Isnin.


Lisa dan Yusry. - Foto UTUSAN
Pasangan tersebut sudah mula rapat sejak tiga bulan lalu dan sering berhubungan menerusi telefon bimbit masing-masing sejak setahun yang lalu.

Sementara itu, kata Lisa pula, setakat ini dia begitu selesa dengan Yusry kerana lelaki itu mempunyai pemikiran yang sama walaupun perbezaan umur mereka yang agak jauh.

Malah, Lisa juga gembira apabila ibunya serta keluarga Yusry merestui perhubungan yang terjalin itu,

"Alhamdulillah, saya dan Yusry sependapat dalam setiap perkara yang dibualkan. Bahkan saya tidak perlu jadikan diri saya tua atau Yusry pula tidak perlu menampakkan dirinya muda untuk mencapai keserasian di antara kami.

"Setakat ini kami sudah pun mengenali kedua-dua belah keluarga dengan lebih rapat. Saya harap, penjelasan ini tidak lagi mengelirukan pihak luar tentang status perhubungan ini," ujarnya yang bakal berlakon dalam filem terbitan KRU berjudul Ular.

Bagaimanapun, tegas Lisa, perhubungannya dengan Yusry tidak ada kaitan untuk dia mendapat ruang bagi membintangi mana-mana filem terbitan produksi KRU.

Percepat Tarikh Kahwin, Farah Berdebar Jadi Isteri

Posted: 06 Jun 2011 09:58 AM PDT

PETALING JAYA: Penyanyi dan pengacara Farah Diana Anuar, 26, mengakui berdebar menghitung hari untuk bergelar isteri pada 15 Julai depan.

Dia yang mengikat tali pertunangan dengan seorang usahawan pada 25 Disember lalu terpaksa mempercepatkan tarikh pernikahan mereka atas permintaan pihak lelaki.

"Perasaan sangat berdebar terutamanya apabila majlis tersebut dipercepatkan, majlis yang sepatutnya bulan September tetapi terpaksa diawalkan atas sebab tertentu dan sudah tentu sekarang semua sedang kelam kabut buat persiapan.

"Banyak lagi yang belum disiapkan termasuk kad jemputan. Nasib baik juga saya dibantu oleh banyak pihak termasuk rakan-rakan terdekat," katanya yang ditemui pada sidang media Pelancaran Ustazah Pilihan, di sini, Isnin.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak mahu terlalu teruja untuk berceritakan tentang hal-hal berkaitan perkahwinan dan mahu ia berjalan seperti biasa.

"Saya sebenarnya takut untuk bercerita dan tak mahu terlalu teruja kerana benda-benda sebegini kita hanya merancang. Biarlah semuanya berjalan seperti biasa dan lancar.

"Tapi nasihat saya, jangan bertunang lama-lama kerana dugaan dalam tempoh tersebut sangat kuat, perkara kecil boleh jadi besar," ujarnya sambil tersenyum.

Tambahnya, dia kini sedang menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal dalam menjalani tanggungjawab sebagai seorang isteri solehah.

"Saya juga dalam proses menyiapkan diri untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri melalui bahan-bahan bacaan dan banyak bertanya kepada pakar dan orang-orang tua," katanya.

Bercerita tentang konsep perkahwinan, Farah memberitahu, majlis resepsi bertemakan perkahwinan dalam taman akan diadakan di sebuah taman di Putrajaya, sementara pihak lelaki akan diadakan di Bukit Jambul, Pulau Pinang.

"Saya mahukan perkahwinan yang sederhana tetapi memberi kenangan dan kami memilih untuk mengadakannya di sebuah taman di sekitar Putrajaya.

"Manakala baju akan ditaja oleh pereka fesyen Zery Zamry," tuturnya yang masih merahsiakan lokasi persandingan tersebut.

Sementara itu, Farah yang sibuk dengan aktiviti sebagai pengacara mengakui bakal mengikut suaminya berpindah ke Pulau Pinang.

"Selepas kahwin saya akan tinggal di Pulau Pinang, aktiviti seni masih berjalan cuma saya perlu ulang alik dari sana.

"Lagi pula saya banyak mengambil tawaran pengacaraan yang masanya lebih fleksibel berbanding lakonan, manakala bidang nyanyian pula saya masih lagi merancang untuk menerbitkan sebuah single baru," katanya yang berhasrat untuk mendapatkan khidmat komposer Sham Kamikazi.

'Aksi Keterlaluan, Shahz Jazle Dah Tahu' - Gambit

Posted: 06 Jun 2011 09:57 AM PDT

PETALING JAYA: Pengarah klip video kontroversi, Gambit Saifullah, 26, menjelaskan pelakon Shahz Jaszle sudah mengetahui jalan cerita klip video yang diarahnya sebelum bersetuju untuk melakonkan adegan yang diberikan.

Gambit berkata, sebelum menerima tawaran itu, Shahz sudah dimaklumkan dengan adegan yang bakal dilakonkan termasuk berpelukan dengan penyanyi Prema Yin dalam klip video tersebut.

"Shahz sudah dimaklumkan apakah adegan yang hendak dia lakonkan dalam klip video Prema Yin itu," katanya kepada mStar Online di sini, Isnin.

Gambit diminta mengulas kenyataan Shahz Jazle dalam sebuah portal hiburan kononnya dia terkejut hasil klip video itu yang agak keterlaluan dan mengakui tidak selesa melakonkan adegan berkenaan.


Aksi yang menjadi kontroversi lakonan Shahz Jazle dan Prema Yin.
Shahz Jazle menjadi model klip video bagi menjayakan single terbaru Prema Yin berjudul Marilah dengan aksi yang dilihat keterlaluan seolah-olah sedang berahi dalam menonjolkan keintiman hubungan suami isteri.

Ia menjadi lebih hangat apabila Gambit membuat kenyataan klip video itu adalah untuk pasaran Amerika Syarikat selain berpendapat ia tidak berunsur lucah seperti mana yang diperkatakan umum.

Gambit bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut berhubung kenyataan yang diberikan oleh Shahz itu sebaliknya menjelaskan pelakon tersebut sedah mengetahui apa yang hendak dilakukannya.

"Saya pun tak mahu memanjangkan lagi perkara ini. Saya mengaku agak stres," katanya.

Shahir (AF8) Retak Tulang Tangan, Jatuh Bilik Air

Posted: 06 Jun 2011 09:56 AM PDT

PETALING JAYA: Penyanyi Ahmad Shahir Zawawi, 24, atau lebih dikenali sebagai Shahir (AF8) mengalami retak tulang tangan sebelah kiri selepas terjatuh di bilik air di kampungnya di Kampar, Perak.

Menurut Pengurus Artis, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB), Suriani Ahmad kejadian pada pagi Sabtu lalu itu berlaku ketika Shahir sedang mandi.

"Dia sedang bercuti di kampung halamannya. Ketika di bilik air, dia tergelincir lalu jatuh menyebabkan tulang tangannya retak. Selepas itu dia telah dibawa ke pusat perubatan berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

"Kejadian tersebut tidak terlalu teruk, dia hanya mengalami retak sahaja dan mungkin akan pulih cepat dan meneruskan aktiviti seninya," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

Tambahnya, disebabkan kejadian tersebut Shahir bercuti selama seminggu untuk berehat.

Juara Akademi Fantasia musim kelapan itu kini sedang sibuk dengan promosi filem pertama berjudul Karak yang sedang ditayangkan di pawagam.

Shahir yang dihubungi bagi mendapatkan penjelasan lanjut bagaimanapun tidak menjawab panggilan telefon.

Zizan Terpaksa Tidur Siang

Posted: 06 Jun 2011 09:55 AM PDT

LANGKAH Zizan menyertai industri hiburan tempatan sebagai seorang pelawak bermula selepas mendapat tempat kedua dalam pertandingan Raja Lawak (RL) pada tahun 2007.

Tidak menyangka dengan rezeki yang berada di hadapan, tawaran demi tawaran diberikan kepada Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak tanpa henti.

Bersyukur dengan rezeki yang diterima, anak jati Terengganu ini tidak pernah menyangka dirinya mampu berdiri teguh sebaris dengan artis-artis popular lain pada hari ini.

Nama Zizan menjadi lebih hangat setelah mengacara program Jozan Show menerusi saluran Astro Warna bersama Johan, yang merupakan pemenang ketiga RL.

Dan sejak itu, Zizan dan Johan sering bergabung menjayakan pelbagai program televisyen sehinggalah menyertai pertandingan Maharaja Lawak bersama.

Ternyata keakraban mereka jelas dilihat kerana keserasian yang dimiliki. Lebih-lebih lagi selepas 10 minggu bertarung dalam Maharaja Lawak mereka masih lagi bertahan.

Namun, ramai yang tidak tahu, sebenarnya, selepas bekerja, kedua-dua mereka tidaklah rapat seperti yang ditonton di televisyen.

"Benar, ramai yang bertanya adakah kami juga akrab di luar. Memang kami dah rasa macam adik beradik tetapi apabila di luar, masing-masing buat hal tersendiri.

"Jangan ingat kami gaduh pula ya, hahaha. Tetapi, apabila tibanya masa kerja, kami mampu bersatu dan mempersembahkan lawak dengan baik, Alhamdulillah," katanya.

Seperti yang diketahui, selain sibuk dengan pertandingan Maharaja Lawak bersama Johan, dia turut mengacara program hiburan popular TV3, Melodi serta sedang sibuk di set penggambaran filem King Kapchai.

Dengan kesibukan melunaskan tawaran-tawaran kerja, Zizan tidak pernah mengeluh dengan kerja yang perlu dilaksanakan kerana peluang seperti ini belum tentu dapat di masa akan datang nanti.

"Kalau nak cakap fasal pembahagian masa, saya pun tak tahu bagaimana saya mampu lakukan semua kerja dalam satu masa.

"Sehinggakan saya tidak sempat membuat persiapan untuk beraksi di pentas Maharaja Lawak bersama Johan dan hanya ada masa beberapa jam sahaja sebelum siaran langsung.

"Apa-apa pun, saya tidak pernah mengeluh dan hanya membuat yang terbaik. Asalkan para peminat berpuas hati dengan kerja saya, itu sudah memadai," katanya.

Tambah Zizan, menjadi lumrah buatnya apabila masa tidurnya telah berubah di mana dia akan tidur pada siang hari dan bekerja di sebelah malam.

Bagaimanapun, demi menjaga tenaga dan kesihatan, Zizan akan memastikan pengambilan makanan tambahan amat penting buatnya.

Aaron Aziz Bersenam di Lokasi

Posted: 06 Jun 2011 09:55 AM PDT

vPESONA Aaron Aziz, 35, dalam industri seni semakin memikat hati penonton. Setelah empat tahun mencari tapak di Kuala Lumpur, lakonan lelaki dari Singapura ini jarang mendapat kritikan.

Buat masa ini, namanya sedang menjadi sebutan menerusi drama popular Nora Elena di TV3. Selain itu, dia bakal muncul dalam filem KL Gangster mulai 9 Jun ini dan sibuk dengan pementasan teater Badai Semalam bermula November depan.

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa drama dan filem lagi yang akan menampilkan Aaron seperti Stanza Cinta, Tahajud Cinta dan filem Ngorat.

Menyentuh tentang cabang lakonan, lelaki ini menganggap bidang teater yang baru diceburinya seperti jodoh 'terpaksa'. "Dulu saya terpaksa berlakon teater pertama saya iaitu Natrah sebab Erra Fazira paksa saya. Kali ini saya pula rasa tertekan untuk berlakon Badai Semalam mendapat watak utama," kata Aaron kepada OopStarz!.

Tergoda

Selain lakonan, ramai wanita tergoda dengan susuk badan Aaron yang tegap dan sasa.Namun begitu, Aaron akui badannya sudah semakin susut. Disebabkan kesibukan kerja, dia tiada masa untuk mengatur jadual pemakanan dengan baik dan melakukan senaman di gimnasium.

"Sebelum kahwin, saya gemar pergi gimnasium tetapi selepas mempunyai anak, saya sudah malas untuk melakukannya.

"Sekarang cara senaman saya di rumah adalah dengan mendukung anak-anak," kata bapa kepada tiga anak ini sambil ketawa.

Anak sulung lelakinya berusia 7 tahun manakala dua anak perempuannya masing-masing berusia lima dan satu tahun.

Aaron menambah, kerana jarang melakukan senaman, dia turut mengambil kesempatan dengan melakukan aksi-aksi yang boleh mengeluarkan peluh ketika di set penggambaran terutamanya untuk adegan-adegan yang memerlukan dia berkasi ganas.

Sebagai contoh katanya, dalam filem KL Gangster dia menggunakan peluang sepenuhnya untuk melakukan senaman bersesuaian dengan watak yang diberikan itu.

"Berat badan saya pula jenis yang cepat naik dan turun. Tetapi seumur hidup ini, saya tak pernah gemuk.

"Pemakanan saya semenjak dua hingga tiga tahun ini, tidak terjaga kerana saya terpaksa makan makanan yang disediakan di set penggambaran.

"Bagaimanapun, saya hanya makan nasi dua hingga tiga kali seminggu disebabkan nasi tinggi karbohidrat dan boleh membuatkan badan 'mengembang'. Tetapi saya tidak boleh mengelak untuk sarapan pagi," katanya.

Sebagai ganti, Aaron mengamalkan makan sayur-sayuran, buah-buahan dan roti."Saya tidak bersenam, jadi saya perlu mengelak makanan yang menggemukkan.

"Saya sudah tiada jiwa untuk bersenam dan hidup saya sekarang ini hanya tertumpu kepada isteri dan anak-anak," katanya.

Aaron mengandaikan dirinya sudah tua walaupun usianya baru menginjak 35 tahun. Dia merasakan dalaman dirinya seolah-olah tidak seiring dengan umurnya sekarang berbanding lelaki lain yang aktif melakukan aktiviti kegemaran masing-masing.

"Walaupun umur saya masih muda, tapi dalaman saya sudah tidak aktif lagi seperti dulu kerana sibuk dengan kerja dan anak-anak. Mereka semakin membesar.

"Banyak hati orang yang saya kena jaga terutama keluarga dan bukan mudah untuk memuaskan hati mereka semua dalam satu-satu masa.

"Sekarang, saya, isteri dan anak-anak berpindah ke Kuala Lumpur tetapi emak saya masih berada di Singapura. Jadi, sesekali dalam sebulan saya perlu balik ke sana untuk melawatnya," ujar Aaron.

Kebersihan rumah

Tidak dinafikan, lelaki zaman sekarang begitu mementingkan penjagaan dan kebersihan rumah. Sama seperti Aaron, dia agak menitikberatkan kebersihan lantai rumah agar sentiasa bersih dan tidak berhabuk.

"Saya akan mengelap lantai jika tiada orang melakukannya dan memastikan ia dilakukan pada setiap hari. Biasanya pembantu rumah saya lakukan, tetapi jika tidak baru saya akan ambil alih kerja itu.

"Saya sangat mementingkan kebersihan lantai sebab anak-anak suka baring dan duduk atas lantai.

"Jadi, saya anggap mengelap lantai seperti aktiviti wajib tetapi perkara lain saya serahkan kepada isteri dan pembantu rumah," ceritanya.

Jelas Aaron mungkin aktiviti tersebut menjadi tabiatnya kerana sejak kecil lagi dia sudah dilatih oleh ibunya untuk mengelap lantai dan mencuci dapur.

Beralih kepada penjagaan kulit muka, disebabkan tiada masalah serius pada kulitnya, Aaron tidak terlalu obses untuk membeli produk penjagaan kulit.

Dia juga mengelak daripada di solek apabila berlakon kerana lebih selesa wajahnya bebas daripada kosmetik.

Lisa Surihani Tidak Sembunyi Kebenaran

Posted: 06 Jun 2011 09:54 AM PDT

BOSAN dan letih adalah deskripsi yang dapat disimpulkan oleh aktres pujaan ramai Lisa Surihani saat bicara kami berlegar dalam lingkungan topik cinta.

Akui pelakon yang mesra disapa Lisa ini, manipulasi dan desakan orang sekeliling terhadap kisah dalam kain artis atau selebriti adakalanya 'memeningkan' kepala.

Jika segelintir artis yang lebih selesa menyangkalkan sesuatu dakwaan yang timbul atau melarikan diri, jelitawan ini sebaliknya memilih pendekatan yang bertentangan.

Keterbukaan Lisa dalam berbicara soal hubungannya dengan pengarah filem Yusry Abdul Halim, 37, bukan lagi rahsia.Cuma seperti manusia lain dia juga punya batas kesabaran dalam menghadapi pertanyaan yang silih-berganti tentang cerita yang sama.

"Saya atau Yusry tidak pernah menyembunyikan atau menafikan hubungan kami tetapi apabila ada pihak mendakwa kami tidak mengaku pada awalnya dan kini mula mengiakan selepas cerita ini tersebar luas, itu adalah satu dakwaan yang menyakitkan.

"Sejak dua bulan lalu apabila kami semakin rapat, saya tidak pernah bermain tarik tali dalam hal ini. Cuma yang saya harapkan tidak perlulah bertanya tentang perkara yang masih jauh daripada jangkauan seperti bila hendak kahwin dan perancangan hubungan pada masa depan?

"Kami baru saja berkawan dan memerlukan ruang untuk lebih mengenali serta membina keserasian," jelasnya.

Menyentak emosi

Tambahnya, apa yang lebih menyentak emosi adalah keterbukaannya itu di manipulasi oleh kenyataan yang kononnya mereka sengaja mengelirukan orang ramai akan kesahihan hubungan tersebut.

"Yang membuatkan saya tidak faham apabila ada yang mendakwa kami sengaja berdolak-dalik dan mengaburi orang ramai tentang kesahihan hubungan ini.

"Bukankah setiap kali ditanya tentang perkara itu, saya atau Yusry tidak pernah menafikan tetapi biarlah pertanyaan itu berasas," katanya.


Tegas Lisa berulang-kali, biarlah orang hendak kata atau fikir apa pun kerana dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kehidupannya termasuklah soal peribadi.

"Saya faham dan hormati apabila orang ingin mengetahui perkembangan hubungan kami tetapi kami baru berkawan apatah lagi untuk memikirkan soal bertunang atau berkahwin.

"Saya amat hargai andai diberikan ruang untuk kami jalaninya secara semula jadi dan bersahaja. Kalau tertulis ada jodoh kami, ia tidak akan ke mana," terangnya.

Interaksi di Facebook dan TwitterSatu industri memperakui impak kemunculan aktres ini sejak menapak ke pentas lakonan empat tahun yang lalu.

Nama dan populariti bukan calang-calang kerana dia digilai kerana keayuan dan penampilannya yang sopan dan sederhana. Lihat saja pada angka pengikutnya di dua laman media sosial popular iaitu Facebook dan Twitter.

Angka pengikut di Facebook yang mencecah 1,523,099 orang dan Twitter (138,286 orang) membuktikan keutuhan Lisa sebagai antara bintang muda yang paling popular.

Bersembang tentang senario itu, anak perempuan tunggal dalam keluarga ini berkata, dia akan berinteraksi dan berkongsi perkembangannya sekerap yang mungkin untuk peminat.

Namun, kesibukan kerja ada kalanya menjadi penghalang untuk si manis ini aktif berinteraksi sekerap yang mungkin.

"Lazimnya, laman Facebook adalah medium untuk saya berkongsi perkembangan kerjaya manakala Twitter pula lebih bersifat peribadi untuk berkongsi pandangan dan kehidupan.

"Saya pun tidak sangka akan diikuti dengan jumlah peminat seramai itu. Apa pun, saya bersyukur kerana ramai yang ingin mengikuti perkembangan kerjaya saya.

"Kesibukan dengan tugasan ada kalanya menghalang saya untuk sentiasa berinteraksi namun saya tetap akan cuba mengemas kini perkembangan sekerap yang mungkin," ceritanya.

Bagaimanapun, perkembangan berleluasa media sosial ini juga tidak terkecuali daripada anasir-anasir negatif.Risiko menjadi orang popular, Lisa tidak lepas daripada menjadi mangsa pemalsuan identiti di medium itu.

Menyamar

Kongsinya, antara kes terbaru yang dihadapinya apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyamar sebagai dirinya dan meminta derma daripada para peminat.

Mujur, pemalsuan itu dapat ditangani di mana Lisa memberikan amaran kepada pihak terbabit agar menutup akaun tersebut supaya tidak terus memperdayakan masyarakat dengan cara yang salah.

"Jujurnya, saya tidak pernah bising atau melenting. Saya faham mungkin kerana minat pada seseorang artis, orang sanggup buat apa saja termasuklah melakukan pemalsuan identiti.

"Namun, susah hendak cakap kerana kita tiada kawalan sepenuhnya tentang profil dan akuan itu sendiri kerana ini adalah dunia Internet.

"Apa yang diharapkan agar peminat tidak mudah terpedaya dengan sebarang bentuk penipuan. Ingin saya tekankan bahawa saya hanya ada akaun Facebook dan Twitter saja atas nama Lisa Surihani dan bukan pada media sosial yang lain," katanya.

Erul Jangka Hazama Juara AF9

Posted: 06 Jun 2011 09:53 AM PDT

KUALA LUMPUR : Peserta program Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) yang tersingkir pada konsert kesembilan Sabtu lalu, iaitu Khairul Najmuddin Abu Samah (Erul) mengjangkakan Hazama layak menjadi juara program itu berdasarkan kualiti dan kelebihan yang dimilikinya.

Ujar Erul, Hazama yang juga bekas peserta AF4 adalah calon kegemarannya untuk menjuarai musim terakhir AF9 kerana mempunyai pesona, karakter yang disenangi ramai dan kekuatan vokal tersendiri.

"Di antara empat finalis yang akan bersaing di konsert akhir nanti, saya memilih Hazama untuk menjuarai program itu. Dia mempunyai karakter dan imej yang lucu dan menyenangkan.

"Kualiti vokal dan pengalaman yang dimilikinya itu melayakkan dia untuk menjadi juara. Dia juga seorang rakan yang baik dan tidak kedekut ilmu kerana banyak berkongsi pengalaman dan ilmunya dengan saya," katanya yang ditemui pada sidang media konsert tersebut di Astro, Sabtu lalu.

Ditanya pula tentang perancangannya selepas tersingkir daripada AF9, jejaka dari Kuala Lumpur ini berkata, walaupun dia kecewa kerana gagal mara ke pentas akhir, perjuangannya akan diteruskan demi bergelar penghibur yang berjaya.

"Berdasarkan kajian yang saya buat, imej dan muzik K-Pop mampu untuk menarik perhatian peminat hari ini.

"Saya akan jadikan imej K-Pop yang saya ketengahkan ini sebagai ikon dan panduan untuk terus mengembangkan bakat," katanya.

Pada konsert separuh akhir, malam Sabtu lalu, Erul tersingkir daripada persaingan setelah mendapat undian terendah iaitu 21 peratus.

Konsert akhir AF9 pada 12 Jun ini bakal menyaksikan persaingan Azri, Fina, Hazama dan Lena dalam merebut peluang bergelar juara terakhir program itu.

Ia akan bersiaran secara langsung pada pukul 9 malam dari perkarangan Dataran Putrajaya, Precint 3, Putrajaya.

google: erul af9, erul af9 facebook, erul af9 blog, erul af9 twitter, erul af9 terbaru terkini, erul af9 single terbaru, album baru terkini erul af9

Astro Oasis Terbit Rancangan 'Ustazah Pilihan'

Posted: 06 Jun 2011 09:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: Saluran televisyen Astro Oasis memperkenalkan program realiti terbaru berjudul Ustazah Pilihan yang bakal bersiaran pada 1 Oktober depan.

Program tersebut akan memaparkan pencarian muslimah sejati merangkumi segala aspek kehidupan seperti pendidik, pembimbing dan pemimpin kaum wanita dalam masyarakat.

"Idea menerbitkan program ini adalah rentetan daripada kejayaan program Imam Muda yang ditayangkan di saluran ini. Menjadi tanggungjawab kami untuk memberi pelung kepada kaum wanita untuk mengembangkan bakat mereka.

"Bagaimanapun dakwah yang akan ditampilkan bersesuaian dengan situasi semasa tetapi masih berpaksikan hukum syarak yang semestinya menjadi suatu kelainan selain mampu menarik perhatian masyarakat," ujarnya pada sidang media Majlis Pelancaran Ustazah Pilihan, di sini, Isnin.

Majlis tersebut turut dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Menerusi konsep Ustazah Pilihan ini, sebanyak 10 Muslimah akan dipilih menerusi siri pencarian di beberapa buah negeri.

Mereka yang layak akan ditempatkan di ibu kota untuk menjalani kursus melalui mata pelajaran yang telah ditentukan bagi memantapkan lagi pengetahuan dan ilmu mereka dalam aspek hal ehwal semasa.

"Kesemua peserta akan diberi tugasan tertentu selama lapan minggu berlandaskan format kitaran kehidupan.

"Format ini meliputi tugasan-tugasan yang akan mereka lalui berdasarkan isu-isu semasa yang dihadapi oleh wanita masa kini. Pendekatan yang akan digunakan adalah relevan dengan realiti wanita di zaman moden," tuturnya.

Dari segi pemarkahan, mereka akan dipecahkan kepada dua kumpulan dan akan dibimbing oleh para Mursyidah (mentor) yang akan menerima nasihat dan pantauan keseluruhan dari Mudirah (Pengetua).

Markah akan diberikan kepada kumpulan dan individu dalam kumpulan mengikut hasil kerja berkumpulan yang dilaksanakan setiap minggu.

Lebih istimewa, setiap warga kerja yang terpilih menjayakan program ini adalah di kalangan wanita.

"Kami sedang berusaha untuk merealisasikan bahawa kesemua yang terlibat dalam produksi ini adalah wanita.

"Malah kita mahu penonton yang hadir pada setiap minggu juga di kalangan penonton wanita sahaja," katanya.

Bagi yang berminat untuk menjadi pendakwah dan ikon muslimah, dijemput hadir ke sesi temu duga yang akan diadakan seperti berikut dari pukul 8 pagi hingga 5 petang:

9 Julai 2011 - Swiss-Inn Sg Petani, Kedah

15 Julai 2011 - Hotel Sumai Suite, Kuala Terengganu

23 Julai 2011 - Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru.

30 & 31 Julai 2011 - Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur

Sesi ujian dan temu duga terbuka kepada semua wanita warganegara Malaysia yang beragama Islam berusia 18 hingga 27 tahun serta sihat tubuh badan.

Bagi yang berminat perlu membawa salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di samping mempunyai pengetahuan agama Islam dan hal ehwal semasa yang baik serta menutup aurat.

Youk Sahkan Bunkface Belum Berpecah, Bakal Keluar Album Baru

Posted: 06 Jun 2011 09:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemain bass kumpulan Bunkface iaitu Farouk Jaafar atau Youk mengesahkan kumpulan itu masih belum berpecah dan sebaliknya bakal memulakan rakaman untuk album baru pada bulan ini.

Kata Youk, walaupun ada pihak yang terkeliru dengan status vokalisnya Sam yang dilihat semakin aktif bergerak dengan kumpulan The Azenders, itu hanyalah projek khas penyanyi itu.

"Sam masih lagi vokalis Bunkface. Pembabitannya dengan kumpulan The Azenders hanyalah projek khas dan tidak akan mengganggu komitmennya dengan Bunkface," katanya yang ditemui baru-baru ini.

Tambah Youk, walaupun sebelum ini pernah timbul isu salah faham antara mereka tetapi kumpulan tersebut masih aktif dan tidak sampai ke tahap berpecah seperti yang didakwa.

"Buat masa ini, memang Sam kerap bersama The Azenders dalam persembahan di merata tempat tapi dalam pada masa yang sama kami sebenarnya sedang menyiapkan album terbaru Bunkface.

"Jadi, tidak timbul isu berpecah atau bergaduh. Kami akan muncul dengan single terbaru dalam masa terdekat dan album penuh dijangka pada Ogos depan," jelasnya.

Kumpulan Bunkface yang dianggotai oleh Sam (vokal), Youk (gitar bass) dan Paan (gitar utama) ditubuhkan pada 2005 dan sudah menghasilkan tiga buah album bersama.

google: bunkface, album bunkface 2011, album bunkface 2011 terbaru terkini, album bunkface 2011 jualan, tarikh pelancara album bunkface 2011, cd album bunkface 2011, kaset album bunkface 2011, video klip album bunkface 2011

Ash Sanggup Buang Ego Demi Gabba Gabba!

Posted: 06 Jun 2011 09:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Gabba Gabba! iaitu Ash atau nama sebenarnya Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid, 28, rela dianggap seperti orang baru dan naif di persada muzik demi mendapatkan sokongan daripada stesen radio.

Ujar Ash, walaupun sudah berpengalaman selama 10 tahun dalam muzik, ia bukan satu kelebihan untuk mendapatkan sokongan daripada stesen radio.

Dengan memilih untuk bersikap seperti pendatang baru dan naif, sekurang-kurangnya dia boleh mencuba nasib dan bermula daripada bawah semula.

"Memang saya sudah lama berkecimpung dalam muzik, malah dulu pun saya adalah anggota kumpulan Bau tapi itu cerita lama.

"Untuk perjuangan bersama Gabba Gabba! saya lebih senang mengambil pendekatan seperti orang baru dan naif.

"Bagi saya, cara itu lebih berkesan untuk meraih peluang lagu-lagu kami diputarkan di radio," katanya yang ditemui baru-baru ini.

Tambah bekas suami kepada pengacara Dira Abu Zahar itu, dia tidak kisah dianggap sedemikian bagi memperjuangkan muzik proto punk bersama Gabba Gabba.

"Saya tidak kisah jika orang menganggap saya bodoh atau orang baru. Saya buang ego untuk bermula daripada bawah seperti pendatang baru yang lain.

"Bagi saya, bukan lagi populariti, glamor atau kekayaan yang menjadi idaman sekarang. Perjuangan saya dan Gabba Gabba! hanyalah ingin berkongsi muzik kami," jelasnya.

Ditanya tentang pandangannya terhadap perkembangan kerjaya Dira sebagai pengacara program Melodi, Ash berkata, dia tumpang gembira dan mendoakan yang terbaik untuk bekas isterinya itu.

"Apa juga perkara yang dia lakukan, saya hanya tumpang gembira dan doakan yang terbaik saja.

"Banyak yang saya pelajari daripada kesilapan lalu dan kini hidup saya hanya untuk membahagiakan anak saya, Tengku Anggun Deandra," tuturnya.

Kumpulan Gabba Gabba! yang dianggotai oleh Ash, Daud, Wan Jah, An dan Indra kini popular dengan lagu-lagu seperti Lambat Layu, Raksasa dan Berdansa Bersama.

Tiada Keserasian Dengan Liyana Jasmay, Syamsul Yusof Pilih Gadis 'S'

Posted: 06 Jun 2011 09:47 AM PDT

PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon Syamsul Yusof, 27, mengakui keintimannya dengan aktres Liyana Jasmay, 23, yang diperkatakan sejak tiga bulan lalu hanya cerita lama kerana mereka tidak bercinta seperti yang didakwa.

"Kami memang pernah rapat sebelum ini, itu tidak saya nafikan. Tapi hanya sekadar kawan dan ia cerita tiga bulan lepas pun.

"Masing-masing cuba untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam tetapi ia tidak menjadi serius.

"Sebagai lelaki, saya berkawan dengannya dan cuba untuk membawa hubungan itu ke fasa percintaan tetapi tiada keserasian," katanya yang ditemui di Menara Star, baru-baru ini.

Jelas Syamsul lagi, aktres bertubuh kecil itu bukan saja memiliki paras rupa yang cantik, malah turut mempunyai budi pekerti dan sikap yang baik.

Namun, faktor tiada keserasian antara mereka menjadikan hubungan itu lebih selesa dijalani atas dasar persahabatan saja.

"Sebagai lelaki, memang saya suka dan tertarik dengan ciri-ciri kewanitaan dan budi bahasa yang dimilikinya.

"Selepas lebih sebulan berkawan rapat, dia memang seorang wanita yang menawan tetapi faktor kurang serasi menjadikan hubungan kami tidak boleh pergi jauh," tuturnya.


Dalam pada itu, bekas kekasih kepada aktres Diana Danielle ini turut mengakui sedang menjalin hubungan dengan seorang gadis biasa yang masih menuntut.

"Saya sedang mengenali dan berkawan dengan seorang gadis yang berusia 20 tahun. Dia orang biasa dan masih belajar lagi.

"Mungkin jiwa saya ini lebih selesa menjalin hubungan dengan orang biasa dan bukannya artis atau selebriti.

"Lagipun, ayah saya selalu berpesan kalau hendak bercinta, sebolehnya cari pasangan daripada orang biasa saja," katanya yang sudah tiga bulan mengenali gadis yang digelar 'S' itu.


Tiga nadi utama filem KL Gangster, Ady Putra (kiri), Aaron Aziz dan Syamsul Yusof.
Menyorot perkembangan terbaru kariernya, Syamsul mengakui berasa puas dengan filem kelima arahan dan lakonannya iaitu KL Gangster.

"Untuk filem kali ini, saya akui berasa lebih puas daripada filem-filem sebelum ini. Banyak aspek baru dan segar yang saya tekankan dalam KL Gangster.

"Ia bukan hanya filem aksi yang sarat dengan pertarungan semata-mata tetapi mempunyai keseimbangan pada aspek lakonan, skrip dan plot.

"Ini adalah filem aksi pertama saya yang tiada heroin dan hanya mempertaruhkan hero sahaja, saya harap kelainan ini dapat diterima oleh penonton," katanya.

Selain Syamsul, filem terbitan Skop Productions itu turut membariskan Aaron Aziz, Ady Putra, Zizan Raja Lawak dan Ridzuan Hashim.

KL Gangster akan mula ditayangkan pada 9 Jun ini di 90 pawagam seluruh Malaysia.

AF9: Hazama, Lena & Azri Iringi Fina Ke Final

Posted: 06 Jun 2011 09:45 AM PDT


BUKIT JALIL: Hazama, Lena dan Azri diumumkan mara ke pentas akhir program Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) pada penghujung konsert separuh akhir yang berlangsung di Studio 1, Astro, di sini, malam Sabtu.

Hazama berjaya mendapat undian tertinggi sebanyak 29 peratus dan diikuti oleh Lena dan Azri, masing-masing dengan 25 peratus.

Manakala Erul terpaksa meninggalkan AF9 kerana mendapat undian terendah iaitu 21 peratus.

Ketiga-tiga pelajar itu akan mengiringi Fina yang layak secara automatik selepas menerima imuniti pada konsert kelapan, minggu lalu.

Konsert akhir AF9 akan berlangsung pada 12 Jun ini pukul 9 malam di Dataran Putrajaya, Putrajaya.

Mengulas tentang pemilihan empat finalis berkenaan, penerbit eksekutif AF9, Irwan Rauf berkata, keputusan tersebut dilakukan demi menyuntik kelainan pada konsert akhir kelak.

"Pemilihan empat pelajar bersaing di final adalah keputusan daripada pihak produksi yang ingin menampilkan kelainan pada tahun ini.

"Kami ingin melihat persaingan yang lebih sengit. Dengan adanya empat finalis, mereka akan lebih fokus untuk menampilkan persembahan yang terbaik," katanya.


Hazama teruskan perjuangan di pentas final AF9
Tambah Irwan, gimik ketika pengumuman para finalis dilakukan adalah bertujuan untuk memberikan kejutan kepada penonton.

"Kami memang merancang untuk mengumumkan nama-nama finalis secara dua peringkat yang berasingan bagi memberikan kejutan.

"Mungkin ramai yang mengandaikan kesemua pelajar akan mara ke final tetapi hakikatnya pelajar yang mendapat undian terendah tersingkir pada penghujung konsert," katanya.

Pada malam itu, Lena menyampaikan lagu Badarsila nyanyian asal Datuk Siti Nurhaliza, diikuti Erul (Nadiku - Sabhi Saddi), Azri (Here Without You - 3 Doors Down) dan Hazama (Angin - Dewa 19).

Fina yang dikecualikan daripada penjurian dan undian dalam konsert kesembilan itu turut mempersembahkan lagu duet Kekanda Adinda bersama Monoloque.


Fina akan memberi saingan kepada tiga peserta lain
Para pelajar membuka tirai konsert dengan lagu Kalau Cinta yang dipopularkan oleh Aliff Aziz dan Joanna serta lagu bonus Never Say Never nyanyian Justin Bieber pada penghujung konsert.

Selain pengkritik tetap Fauziah Datuk Ahmad Daud dan Hattan, konsert tersebut turut diserikan oleh penyanyi Datuk Siti Nurhaliza yang bertindak sebagai pengkritik dan penyanyi undangan.

Konsert akhir AF9 yang bertempat di perkarangan Dataran Putrajaya itu diadakan secara terbuka bagi meraikan konsert penutup program itu selepas sembilan tahun bersiaran.

AF9 diacarakan oleh hos popular, Aznil Hj Nawawi.

google: hazama af9, hazama af9 facebook, hazama af9 blog, hazama af9 twitter, hazama af9 myspace, hazama af9 profile, hazama af9 album baru, hazama af9 video, biodata hazama af9, gambar terbaru terkini hazama af9, berita terbaru terkini hazama af9,

Telefon Di Butik Rozita Che Wan 'Meletup'

Posted: 06 Jun 2011 09:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Gara-gara mendapat panggilan yang tidak henti-henti, set telefon di butik pelakon Rozita Che Wan, My Couture Sdn Bhd di Seksyen 23, Shah Alam, Selangor, dekat sini "meletup" sehingga tidak dapat digunakan lagi.

Kata Rozita, insiden tersebut berlaku setelah dia menghebahkan nombor telefon butik berkenaan di akhbar menyebabkan pihaknya mendapat panggilan telefon tanpa henti.

"Bayangkan, selepas artikel berkaitan butik saya keluar, telefon berbunyi sejak dari pagi hinggalah malam tanpa henti.

"Keadaan itu menyebabkan berlaku letupan kecil pada set telefon itu sehingga menyebabkannya rosak. Saya bukan berseloroh, sebaliknya ia benar-benar berlaku," katanya selepas melancarkan Jari Spa, di Wangsa Maju, di sini, Jumaat.

Tambah Rozita, selain menerima pelbagai tempahan pakaian, dia turut menerima panggilan palsu, malah ada yang menyamar kononnya pemanggil itu merupakan Datuk K (Datuk Khalid Mohd Jiwa) yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini,

Bagaimanapun, Rozita menganggap ia mungkin satu perkara normal sebagai seorang selebriti yang memulakan perniagaan.

"Alhamdulillah, setelah mendapat liputan di media, My Couture tidak henti-henti menerima panggilan tempahan pakaian.

"Saya sudah biasalah dengan panggilan-panggilan palsu kononnya ada yang menyamar sebagai Datuk itu dan ini, sampaikan nama Datuk K juga turut disebut. Apa-apa pun, perniagaan saya semakin berkembang sejak beroperasi pada Januari lalu," tuturnya.

Butik My Couture menyediakan pakaian wanita sopan dengan fesyen moden kontemporari.

Orang ramai boleh melayari laman web www.mycouture.com.my untuk melihat pakaian yang dihasilkan.