Adsense

Rabu, 6 April 2011

Celebrity News

Celebrity News


Posted: 06 Apr 2011 08:09 AM PDT












Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

News : iPad 2 Price in Malaysia (Harga iPad 2 di Malaysia)

Posted: 06 Apr 2011 01:25 AM PDT

IPad 2 Price in Malaysia atau dalam bahasa melayu iaitu Harga iPad 2 di Malaysia…Berikut ialah maklumat penting bagi peminat-peminat tegar Apple…Ni dia harga iPad 2 :

iPad 2 with Wi-Fi

• $499: 16GB (RM 1,199)
• $599: 32GB (RM 1,499)
• $699: 64GB (RM 1,799)

iPad 2 with Wi-Fi + 3G
• $629: 16GB (RM 1,599)
• $729: 32GB (RM 1,899)
• $829: 64GB (RM 2,199)


ZoOM : Nak beli tapi disebabkan performance cukup-cukup je bulan ni terpaksalah tunggu sampai harga turun, nak harapkan saham yang ZoOm dapat entahlah boleh cover ke tak...Apa pula Kata Anda Mengenai Ipad 2.
Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Konterversi : Pegawai kastam mati jatuh bangunan SPRM

Posted: 05 Apr 2011 10:59 PM PDT

Satu lagi konterversi yang berlaku di bangunan SPRM !!!
Seorang pegawai kastam yang membantu siasatan kes rasuah membabitkan cukai tidak dibayar, dan dibebaskan dengan ikatjamin dua hari lalu, ditemui mati dipercayai jatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jalan Cochrane di ibunegara pagi ini.
Mangsa tersebut difahamkan adalah seorang pegawai kanan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Malaysia (JKDM) Selangor.

Sementara itu, Star Online melaporkan bahawa pegawai berkenaan difahamkan balik semula ke pejabat SPRM hari ini untuk menemui pegawai penyiasat.

Pegawai penyiasat telah memintanya menunggu di situ sementara pergi mengambil fail kes tersebut.

Bagaimanapun, apabila balik semula ke situ, dia mendapati pegawai Kastam tidak ada, kata pengarah penyiasatan SPRM Datuk Mustafar Ali.

Menurutnya, mayat pegawai kastam itu ditemui di tingkat bawah bangunan tersebut pada jam 10.15 pagi.

Info : Malaysiakini
Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Update : Gambar Perkahwinan Usop Wilcha

Posted: 05 Apr 2011 07:54 PM PDT

Inilah gambar perkahwinan Usop Wilcha yang ZoOm jumpa, dan menurut info gambar ini diambil pada 2008. Namun lensa menunjukkan bertapa cantiknya bini abang Usop Wilcha kita ini ( Pendapat ZoOm la ).





APa pula kata anda di ZoOmartis @ Facebook ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Jokes : Husband And Wife !

Posted: 05 Apr 2011 07:57 PM PDT


Wife goes to Mall, sees men's underwear on sale.
She buys a dozen of the same colour.
Goes home and gives hubby.
Hubby protests, "Why buy me the same colour?
People will think I do not change underwear!!

Wife asks, "WHICH PEOPLE?"

Then there was total silence ................

Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Gambar Keluarga Syed Mohamad Asri @ Usop Wilcha @ Shy8

Posted: 05 Apr 2011 07:55 PM PDT

Bersama Isteri Noorafiza Abdul Aziz dan anak 
 
Inilah gambar keluarga Syed Mohamad Asri atau nama glamour Shy8, namun peminat diluar sana lebih suka memanggil beliau Usop Wilcha kerana penangan Filem Hantuk Kak Limah Balilk Rumah yang mengemparkan pawagam dan peminat seni tanah air.

 Siapa sangka populariti beliau hanya muncul ketika beliau berumur 46 tahun sehinggakan setiap langkah beliau menjadi perhatian masyarakat sekeliling yang sebelum ini tidak menghiraukan kehadiran beliau. 

Untuk pengetahuan anda diluar sana Usop Wilca hanya berlakon secara sembilan dan jawatan beliau bukan calang-calang iaitu sebagai Pengurus Komunikasi Korporat syarikat Tanjung Offshore Berhad. Namun kerana minat yang mendalam dalam bidang lakonan walaupun suatu ketika beliau pernah nekad menjadikan filem Zombi Kampung Pisang yang terakhir dalam karier sebagai anak seni. 
Anak Ucop ( Syed Caliph Umar )

Apa-apa pun peminat Usop patut berterima kasih kepada abang Mamat Khalid kita yang banyak memberi peluang dan memahami situasi Ucop Wilcha yang mempunyai kerjaya. 




Watak Usop di atas Wilcha :)


ZoOm : Apa-Apa pun Apa Pendapat Anda Mengenai Ucop Wilcha @ Shy8 ni ? 
 
Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Disney On Ice Dunia Fantasi

Posted:

Disney On Ice Dunia Fantasi

Disney On Ice Dunia Fantasi

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
Gambar SAIFUL BAHARI ASHARI


Tinker Bell sedang beraksi.


SEBUT saja karakter kartun Mickey, Minnie, Donald Duck, Goofy dan Pinocchio pasti ramai yang teringat pada zaman kanak-kanak.

Ini kerana sejak dulu sehingga sekarang, karakter kartun yang dicipta oleh Walt Disney sentiasa menjadi bualan ramai.

Sejak 100 tahun lalu, orang ramai baik yang muda atau tua telah didedahkan dengan siri kartun yang menghiburkan hati itu.

Bagi merealisasikan impian peminat-peminat Disney, Feld Entertainment dengan kerja sama PR Worldwide mempersembahkan Disney On Ice Worlds Of Fantasy.

Selama tiga malam berturut-turut, bermula 1 April lalu di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, orang ramai berpeluang melihat secara langsung karakter popular ciptaan Walt Disney seperti The Little Mermaid, The Lion King, Cars dan Tinker Bell.

Mungkin cerita-cerita itu pernah muncul di layar perak tapi ia bukanlah sesuatu yang membosankan apabila ia dipersembahkan dengan gaya lain.

Kepakaran para peluncur profesional meluncur laju, berputar ligat sambil beraksi sudah mampu membuat penonton yang terdiri daripada kalangan dewasa dan kanak-kanak itu terpegun.

Selain jalan cerita menarik dan diserikan dengan lagu-lagu merdu, penonton juga terpegun melihat keindahan kostum para peluncur yang disesuaikan mengikut karakter.

Malah ketika persembahan penutup tirai, Tinker Bell, penonton seolah-olah berada di taman yang dipenuhi dengan pelbagai bunga warna warni yang mekar di kiri kanan pentas.

Kepakaran teknikal pihak Feld Entertainment menampilkan set pementasan mengikut jalan cerita dengan penataan cahaya yang menarik membuatkan persembahan itu tampak fantastik.

Sebaik sahaja persembahan selesai, penonton berasak di luar stadium untuk membeli barangan cenderamata karakter Walt Disney yang dijual pada harga termurah RM15.

Persembahan yang sudah menjelajah beberapa buah negara itu bermula pada pukul 8.30 malam dengan tiket-tiket berharga antara RM61.50 sehingga RM223.50

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MKB kupas isu Kampung Baru

Posted:

MKB kupas isu Kampung Baru

MKB kupas isu Kampung Baru

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar SYEFRY MONIZ

KAMPUNG Baru yang telah wujud sejak 111 tahun lalu di Kuala Lumpur merupakan kawasan penempatan Melayu yang belum dibangunkan sepenuhnya sehingga kini.

Biarpun negara telah merdeka sejak 54 tahun lalu tetapi isu pembangunan kampung yang terletak di tengah ibu kota itu terus diperkatakan banyak pihak termasuklah menerusi persembahan teater.

Teater Muzikal Kampung Baru (MKB) yang akan dipentaskan di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada 9 dan 10 April ini tidak terkecuali memperkatakan isu itu.

Pementasan anjuran para pelajar Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (FACT), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor itu misalnya, cuba mengetengahkan isu yang mungkin banyak berlaku di situ.

Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri FACT, Dr. Mahadi J. Murat berkata, pementasan itu tepat pada masanya kerana ia secara tidak langsung boleh menarik para penghuni Kampung Baru berfikir tentang masa depan mereka.

"Kebetulan tahun ini Kampung Baru meraikan ulang tahunnya yang ke-111. Pementasan ini tepat pada masanya kerana ia boleh dianggap transisi penting masyarakat Melayu di situ sama ada mahu berubah ataupun tidak.

"Kedudukan orang Melayu itu digambarkan secara kreatif. Kita mahu sampaikan apakah yang mungkin akan berlaku di Kampung Baru 100 tahun akan datang.

"Cuma pementasan ini akan menjadi lebih bermakna kalau ia dipentaskan di Kampung Baru," katanya sewaktu merasmikan pementasan MKB di Kompleks Rakan Muda, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pementasan dengan kerjasama Fakulti Muzik UiTM itu merupakan projek sembilan pelajar semester akhir Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif Pengurusan Industri Kreatif dan Teater yang keseluruhannya membabitkan 76 tenaga kerja termasuklah pelakon teater tersebut.

Skrip pementasan itu yang diambil daripada karya Prof. Dr. Hatta Azad Khan yang memenangi tempat kedua Sayembara Mengarang Skrip Drama Pentas sempena Perayaan Juli Emas Dewan Bahasa dan Pustaka beberapa tahun lalu sarat dengan pelbagai kritikan.

Sebagai pengarah MKB, Madzlan Abet berkata, pementasan itu bukan mahu memihak kepada mana-mana pihak.

Sebaliknya, ia bertujuan memberi ruang berfikir dan mencetuskan idea bagi menyelesaikan masalah-masalah yang timbul di kampung yang majoritinya orang Melayu itu.

"Ia bergantung kepada penerimaan para penonton sama ada mereka menyokong atau tidak pembangunan di Kampung Baru. Apabila membaca naskhah ini, saya lihat isu utamanya ialah soal pembangunan ditakuk lama.

"Naskhah ini cuba menggambarkan wujudnya golongan generasi baru yang cuba membawa perubahan di situ. Kekuatan skrip ini ialah, ia cuba melontarkan idea-idea generasi baru. Saya hanya mengambil skrip asal tanpa mengubah atau menokok tambahnya," ujarnya.

MKB yang mengenakan tiket berharga RM10 dengan pembelian buku program pementasan itu jelas Madzlan, turut mendapat kerjasama daripada Lembaga Pentadbiran Malay Agricultural Settlement Kampung Baru.

Selain itu, pementasan tersebut juga tidak berniat mencetuskan isu-isu sensitif membabitkan para penduduk Kampung Baru seperti soal keengganan segelintir penduduknya berpindah atau terbabit dalam usaha membangunkannya.

"Saya tidak melihat daripada aspek isu-isu yang hangat diperkatakan itu. Ini kerana, sewaktu kami membuat keputusan untuk mengetengahkan karya ini, isu itu belum hangat diperkatakan. Saya cuma mahu memberi tahu akan kewujudan generasi baru dalam karya ini," jelasnya.

Sesuai dengan konsep teater muzikal, tambah Madzlan, MKB akan menampilkan 14 lagu baru yang dihasilkan dengan kerjasama Fakulti Muzik UiTM.

Para pelakon yang akan membintangi teater muzikal itu antaranya Mohd. Azim Sharim yang akan melakonkan watak Haji Pahlawan, M. Shafik Ridzuan Jailani (Gulam Russel), Nina Nadira Naharudin (Ratnasari), Mohd. Shazrin Ghazali (Tulus), Nurul Hakkim Abd. Halim (Joshua Ong) dan Shahrul Anwar (Nathan).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gambarhehe

Gambarhehe


Cuba teka Hari Jadi siapa?

Posted: 05 Apr 2011 06:50 PM PDT

Kita akan berpesta seperti ia Hari Jadi korang!

Untuk merayakan 3 tahun penubuhan komuniti, Says.my memberikan hadiah kepada rakyat Malaysia di media sosial! Macbook Air, Samsung Plasma TV, iPhone 4, Canon SLR, iPad 2, Lomokit, percutian ke Korea Selatan, IKEA room Makeover, tiket baris depan konsert Justin Bieber, voucher belanja untuk Topshop, Forever21, MNG dan lain-lain .. Korang harus tengok senarai lengkap HADIAH yang lain..

Benda yang baik mesti dihebohkan! LIKE berita sensasi ni untuk bagitau kawan-kawan yang lain.. Rezeki kena la dikongsi bersama kan.. Baru la kita pon senang nak dapat rezeki tu.. huhu

Related Posts with Thumbnails

from your own site.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Jawablah! Masih ada batasnya

Posted: 05 Apr 2011 03:25 PM PDT

Hip

Kamal Adli nafi dakwaan tinggal serumah dengan Intan Ladyana

SEBELUM ini, nama pasangan pelakon popular, Remy Ishak dan Tiz Zaqyah menjadi panas apabila kedua-duanya dikatakan tinggal serumah selepas kelibat mereka sering kelihatan di sebuah kawasan perumahan. Namun perkara itu dinafikan sekeras-kerasnya pasangan pelakon yang cukup popular menerusi drama rantaian Nur Kasih itu.

Belum reda kontroversi itu, timbul pula cerita lebih kurang sama. Namun kali ini membabitkan pasangan pelakon yang juga pasangan kekasih iaitu Kamal Adli dan Intan Ladyana. Mereka didakwa bersekedudukan apabila Kamal sering kelihatan berada di rumah buah hatinya. Khabarnya, perkara ini dibangkitkan sendiri oleh jiran sekeliling yang sudah tidak tahan menyaksikan perlakuan berkenaan. Bagi berlaku adil dan tidak mahu terus menjatuhkan hukum, Hip mendapatkan penjelasan daripada Kamal yang ditemui sewaktu acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian Berita Harian (ABPBH 2010) yang berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands, malam Ahad lalu.
Sambil mengakui terkejut apabila dituduh melakukan perkara yang tidak bermoral itu, Kamal berkata mereka masih mempunyai pertimbangan diri untuk mengenal yang buruk dan salah, sekali gus menegaskan supaya tuduhan yang berunsur fitnah itu dihentikan segera.

HIP: Bagaimana boleh timbul cerita Kamal dan Intan tinggal serumah?

Kamal: Itulah, saya sendiri terkejut apabila mendapat tahu adanya gosip mengatakan kami bersekedudukan. Perkara seperti ini tidak boleh dibuat main-main kerana ia membabitkan soal imej dan reputasi. Kami masih tahu menilai mana yang buruk dan mana yang baik. Kami tidak tinggal serumah seperti yang dihebohkan. Buat apa saya nak duduk bersama Intan sedangkan saya ada rumah sendiri di Bangi. Malah, saya tinggal bersama keluarga saya di sana.
HIP: Jika perkara itu tidak benar, takkan orang bercakap mengenainya.

Kamal: Pada saya mereka membuat tanggapan sedemikian kerana sering melihat wajah saya di rumah Intan. Memang benar saya ada ke rumahnya, tapi itupun sekadar tunggu di bawah. Saya ke rumah Intan pun kerana mahu menjemputnya keluar. Dia tak ada pengangkutan jadi kalau kami mahu keluar, sayalah yang akan mengambilnya. Tapi tak adalah sampai naik ke dalam rumah. Mungkin disebabkan itu mereka (jiran) ingat kami tinggal serumah.

HIP: Keluarga tak risau bila gosip seperti ini tersebar?

Kamal: Sudah tentu mereka risau terutama emak saya. Walaupun dia tahu saya tak buat perkara itu kerana dia sendiri tahu yang anaknya ini tinggal bersamanya, tapi sebagai ibu sudah tentu dia tidak selesa apabila perkara seperti ini digembar-gemburkan. Dia ada juga menelefon saya bertanyakan hal itu dan saya memberi penjelasan padanya perkara itu tidak benar sama sekali.

HIP: Kamal juga tak bimbang apabila akan ada pihak menunggu masa untuk mencekup anda berdua gara-gara dakwaan itu?

Kamal: Tiada apa yang perlu saya takutkan kerana saya tahu saya tak buat perkara seperti itu. Jika kami keluar pun, jarang kami keluar berdua. Biasanya ada teman bersama-sama kami ketika keluar makan dan tengok wayang. Kalau hendak diikutkan, kami memang jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan jadual penggambaran. Mujurlah sebelum ini kami ada terbabit dalam filem sama iaitu Kembar Siang, jadi di lokasi sajalah kami boleh berjumpa. Tidak ada apa yang perlu kami risaukan atau sembunyikan. Biarlah orang nak kata apapun, saya malas nak fikir. Buat bodoh sudah. Berani kerana benar.

HIP: Kalau begitu mungkin sudah tiba masanya untuk kamu berdua menghalalkan hubungan itu supaya tak timbul masalah lagi selepas ini?

Kamal: Buat masa ini, soal perkahwinan masih belum difikirkan lagi. Tunggulah dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi, masa itu barulah kami bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Bagilah kami tempoh untuk membuat persediaan serta mengukuhkan ekonomi. Lagipun, Intan sendiri tidak pernah memaksa saya untuk melamarnya. Takkan kami hendak berkahwin semata-mata kerana tekanan cerita seperti ini?


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Memang hangat

Posted: 05 Apr 2011 03:18 PM PDT

Hip

KREATIVITI Siti memikat hati peminat.

KREATIVITI Siti memikat hati peminat.

Gimik, persembahan artis gegarkan malam kemuncak ABPBH 2010 di Arena of Stars

ACARA kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands, Ahad lalu memang gamat dengan pelbagai segmen menghiburkan. Bukan saja gandingan mantap Raja Azura, Sharifah Shahira dan Zizan Razak berjaya menghidupkan suasana, malah kemunculan barisan artis popular mempersembahkan lagu baru dan lama menghangatkan lagi acara.

Namun, puncak kegamatan cukup dirasa apabila keputusan Bintang Paling Popular hendak diumumkan. Tiba-tiba tumpuan peminat terarah kepada Johan Raja Lawak yang menolak kerusi roda dinaiki Shy8, di bawah pentas. Bersama mereka ialah sampul keputusan pemenang yang sememangnya dinanti-nantikan seluruh penonton di arena, peminat di rumah dan tentunya finalis ABPBH. Kemunculan dua pelakon Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid terbabit sebagai gimik pengumuman trofi utama itu memang memecahkan perut mereka yang berada dalam dewan. Lawak selamba kedua-duanya, dibantu tiga pengacara terbabit, nyata memeriahkan majlis. Malah pada satu ketika, seluruh penonton mengangkat tangan dan menggerakkannya seperti mana dilakukan Usop Wilcha.

Kehangatan juga dirasa apabila penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, muncul di pentas sebagai artis penutup tirai persembahan.

Menampilkan konsep K-Pop dan stomping, penyanyi ini nyata bijak menarik perhatian peminat. Gubahan baru untuk lagu Bukan Cinta Biasa dan Nirmala memang menjadi. Oh ya, Siti juga menyedari peminat masa kini cukup menggemari irama rancak Nobody, justeru dia turut menyelitkan lagu terbabit dalam persembahannya.

Gandingan ratu rock, Ella, bersama Alyah dan juara Bintang Idola Berita Harian (BIBH) tahun lalu, Shima, tidak syak antara segmen tumpuan pada malam berkenaan. Menyanyikan lagu Dua Insan Bercinta, Kesal, Permata Biru dan Gemilang, mereka berjaya mengajak penonton untuk sama-sama berdendang.
Pujian juga buat Shima, walaupun masih begitu baru, namun artis kelahiran pertandingan anjuran akhbar ini memang tidak kekok beraksi di samping dua penyanyi lebih senior.

Sebelum itu, penonton terhibur dengan persembahan ala Broadway dijayakan Azlan & The Typewriter, Ning Baizura, Farhan dan Adira. Persembahan pembuka tirai acara itu menyaksikan gandingan berkenaan mengalunkan lagu Jeritan Batinku, Asmara dan Bunyi Gitar dengan muzik iringan di bawah pimpinan Datuk Ramli MS. Berlatarkan skrin memaparkan visual tirai merah, suasana Moden Klasik memang dirasa.

Tidak ketinggalan memikat penonton ialah kemunculan tiga hos yang mendendangkan lagu Dengar Ini Cerita yang diubah liriknya bagi memperkenalkan barisan penaja anugerah penuh berprestij itu. Telatah mereka membuatkan penonton tidak kering gusi, sehinggakan tetamu kehormat seperti Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Anthony Firdauz Bujang; Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Bhd, Datuk Amrin Awaluddin; dan Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid, turut sama ketawa besar.

Suasana dalam arena juga bergema dengan sorakan penonton sebaik saja mereka melihat Anuar Zain berjalan menuju ke tengah pentas. Belum sempat diumumkan kemunculannya untuk menyanyikan lagu Sedetik Lebih, lagu tema Hikayat Merong Mahawangsa, peminat (dan juga artis) terlebih dulu bertepuk girang. Penyanyi ini memang kuat pengaruhnya.

Persembahan Ana Raffali, Altimet dan penyanyi gantian kepada Sohaimi Mior Hassan juga tidak kurang hebatnya. Mereka mampu mengajak penonton menyanyikan sama lagu yang cukup popular, Kalau Berpacaran. Manakala finalis Artis Komedi Lelaki Popular, Nabil, Along, Angah, Johan dan Zizan meriuhkan suasana dengan dendangan lagu Hore Hore dan Pak Itam, mengikut gaya lawak mereka.

Malah, persembahan bersahaja daripada Yuna pada malam itu turut mendapat sorakan dan tepukan gemuruh hadirin ketika mendendangkan lagu Gadis Semasa dan Sebenarnya sambil duduk di atas kerusi dan memainkan instrumen muzik. Begitu juga dengan kumpulan Hujan yang menyampaikan lagu Muda.

Corat-coret ABPBH 2010

  • ELLA bukan hanya dikerumuni peminat. Sebelum perarakan permaidani biru, artis yang berkumpul di bilik menunggu bergilir menanti untuk bergambar dengan ratu rock negara itu.
  • AURA Anuar Zain masih kuat apabila kemunculan di pentas utama membawakan lagu Sedetik Lebih mendapat sorakan padu penonton. Kelihatan ramai artis wanita termasuk Linda Onn dan Kenchana Dewi berdiri sambil menyanyi.
  • SHAHEIZY Sam terpinga-pinga apabila namanya diumumkan sebagai Bintang Paling Popular kerana ketika itu dia berada di belakang pentas ditemuramah wartawan TV.
  • AKSI bersahaja Sam yang meluru ke arah ibunya, Mummy Khaty membuatkan segelintir peminat dilihat mengesat air mata kerana terharu namun situasi berubah apabila dua beranak itu naik ke pentas bersama 'wilcha' membuatkan dewan gamat dengan tawa penonton.
  • IBU Sam, Mummy Khaty juga wajar dicalonkan sebagai 'Bintang Popular' malam kelmarin apabila tidak putus-putus didatangi rakan artis, wartawan dan peminat untuk memberikan ucapan tahniah.
  • SUASANA di belakang dewan juga cukup padat apabila lokasi untuk temu ramah menjadi medan untuk tetamu berhimpun membuatkan keadaan agak sesak.
  • KELIBAT pasangan yang kini hangat digosipkan juga dapat dilihat di belakang dewan. Siapa lagi kalau bukan Maya Karin dan Yusry Abdul Halim yang sempat berbual mesra.
  • TIZ Zaqyah dilihat masih setia melayani peminatnya minum di kafe selepas acara selesai walaupun ketika itu jam sudah mencecah angka 3 pagi.
  • JULIANA Evans hampir terjatuh ketika cuba menuruni tangga ke Arena of Stars, namun mujur ada yang cepat-cepat memegangnya.
  • SHARIFAH Shahira hampir terjatuh di atas pentas ketika bergegas untuk mengendalikan majlis selepas mewakili Noorkhiriah mengambil trofi Artis Komedi Wanita Popular.
  • KETIKA majlis berhenti rehat seketika, peluang diambil artis untuk berpusu-pusu ke tandas dan keluar merokok di luar dewan.
  • MUNGKIN terkejut dengan kemenangan Ana Raffali sebagai Artis Baru Wanita Popular, penonton di arena tidak bertepuk tangan. Apa-apa pun, tahniah buat Ana.
  • TIDAK disengajakan, sepit rambut yang dipakai Sharifah Shahira tersangkut di lengan baju Ratu Rock, Ella, selepas penyanyi itu membuat persembahan di atas pentas bersama Shima dan Alyah.
  • SEORANG artis wanita yang turut memeriahkan acara tiba-tiba menjadi angkuh dan enggan bergambar dengan peminatnya.
  • PEMINAT Fara Fauzana terdengar kata-kata Pengacara Wanita Popular itu yang mengatakan dirinya mungkin tidak akan tercalon lagi untuk kategori sama tahun depan.
  • FAIZAL Tahir yang memenangi anugerah Penyanyi Lelaki Popular mahu menghadiahkan trofi itu kepada anak keempatnya yang dilahirkan dua minggu sebelum acara kemuncak ABPBH 2010.
  • BINTANG cilik, Mia Sara menangis apabila 'mamanya', Lisa Surihani, tidak diumumkan sebagai pemenang Pelakon TV Wanita Popular namun kemudian terus memeluk Lisa apabila meraih trofi bagi kategori filem.
  • RAMAI menegur bibir Shahir yang disangka mengenakan gincu, namun sebenarnya dia mengalami alahan.
  • ISMAN Hijjaz sempat meminta Mia Sara beraksi untuk dirakamkan gambarnya di telefon kerana anaknya cukup meminati bintang kecil itu.
  • RITA Rudaini yang diundang sebagai penyampai trofi dihantar menaiki kereta hingga ke tepi Arena of Star disebabkan sarat hamil lapan bulan.
  • WALAUPUN filem bersaing di pawagam dalam tempoh hampir sama, tiga produser - Latif Mohaideen, Ahmad Idham dan Yusry KRU sempat minum teh semeja di parti selepas ABPBH 2010.
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    :: MYARTIS.COM ::

    :: MYARTIS.COM ::


    JEZAMINE LIM MASIH SEKSI??

    Posted: 06 Apr 2011 06:00 AM PDT

    Kecoh seanterio alam apabila Isteri Harith Iskandar dikatakan bergambar seksi. Malah kaki gosip dan kaki kutuk di internet turut tersenyum lebar apabila mendapat bahan bicara yang mampu membuat blog dan laman sembang mereka panas...

    Malah ayat Jezamine Lim isteri Harith: "i follow my heart to happiness" yang terpampang di muka depan majalah terbabit seolah-olah menjadi bahan ejekan segelintir pihak. Kata mereka, mengapalah Harith tidak membimbing isterinya ke jalan yang lurus hingga sanggup membiarkannya beraksi begitu.

    Bagaimanapun, sebagai seorang muslim... kita harus beri peluang pada Harith untuk mengubah isterinya secara slow and steady. Mungkin beliau mempunyai cara tersendiri untuk mendidik isterinya itu yang baru sahaja memeluk Islam (ketika berkahwin) secara berhemah.

    Dalam hal ini, moga Allah membuka hati Jezamine untuk mendalami ajaran Islam dan sekaligus mengubah gaya hidupnya. Amin...!!


    Berikut adalah petikan daripada Majalah Shape keluaran April 2011:
    Bubbly and playful, Dr. Jezamine Lim Iskander exudes a lovable, Malaysian girl-nextdoor charm. Not just a pretty face, this doctor, model, wife to comedian Harith Iskander, and now entrepreneur, is the face behind Samsaraa— one of the newest restaurants in Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur. This multi-tasking wonder woman of Chindian heritage, and hubby Harith took time out from their busy schedules for Jezamine's Shape cover shoot, and to spill all on how they survived their eventful journey to the altar.






    (\__/)
    (='.'=)
    (")_(")
    www.myartis.com 2011

    - Blog Hanz -

    - Blog Hanz -


    Panduan Bercinta Kepada yang baru Bercinta

    Posted: 05 Apr 2011 05:06 PM PDT



    Ini adalah nasihat dari lelaki single, amalkan atas risiko sendiri.

    1.) Jangan sesekali cakap die dah naik berat badan, gemuk, berisi, montel atau yang sama waktu dengannya.

    2.) Jangan sesekali tengok atau renung atau jeling atau yang sama waktu denganya kat prempuan yang lagi cantik (tarik balik, semua prempuan termasuk nenek tua).


    3.) Jika anda keluar bersama, jangan sesekali pegang tangan, pegang bahu, duduk kat tempat sunyi dan lain-lain perkara maksiat lagi, ni bukan gf korang marah, Tuhan marah.

    4.) Sentiasa sensitif dengan perubahan dirinya, die potong rambut ke (ni kes malas pakai tudung ni), die pakai baju baru ke, die pasang inai ke (dah kawin ke?) atau lain-lain, puji atau anda akan mula melihat itik sebelah anda.

    5.) Kalo korang dah lama keluar, tak kan nak stay haram camtu kot, kang tak pasal-pasal org lain masuk meminang, tak pon korang terlanjur nanti, baik kawin lelekas.

    6.) Kalo sesusah sangat try je cari kat internet. Tapi peluang berjaya korang dah jadi 15% je.

    7) salu tunjuk yg ko syg dia... caring ngan dia.. (tiap2 ari mesti tnya dia sehat x.. kalo xsehat pandai2 la nk setel kan)

    8) salu la bg sumtin kt dia.. adiah kecik2 pn xpe.. pompuan suka adiah maa..

    9) jual ah diri sket depan dia.. tp jgn bg nmpak sgt.. biar dia tau kelebihan ko and ko SE (spesel edition)

    10) last but not least.. ko kena salu ada untuk dia.. hehe. baru dia tau dia bleh harapkan ko..

    ade yg korng patot buat ade yg korng x patut....hehe...

    Himpunan Kisah Sensasi

    Himpunan Kisah Sensasi


    Ruby, Ronaldo lakukan hubungan seks

    Posted: 05 Apr 2011 06:00 PM PDT

    nuffnang_bid = "f1d2da164511835d8b2f4e70dae8ccd1"; // ]]>

    lu 05.1 Ruby, Ronaldo lakukan hubungan seks

    Ruby


    ROM 30 Mac – Penari Maghribi, Karima El Mahroug atau Ruby yang dikaitkan dengan skandal seks Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi mendakwa dia pernah mengadakan hubungan seks dengan pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo.

    Ruby mendakwa dia menerima sejumlah bayaran untuk melakukan hubungan seks dengan bintang bola sepak daripada Kelab Real Madrid itu.

    Karima dilapor memberitahu hakim, dia pernah dibayar sebanyak 4,000 euro (RM17,078) untuk mengadakan hubungan intim dengan Ronaldo selepas bertemu pemain bola sepak itu di sebuah kelab malam di Milan pada Januari tahun lalu.

    Semasa kejadian, gadis itu baru berusia 17 tahun, usia sama dia dikatakan melakukan hubungan seks dengan Berlusconi.

    Sehubungan itu, pihak peguam bela Perdana Menteri itu akan memanggil Ronaldo sebagai saksi semasa perbicaraan Perdana Menteri Itali itu yang dijadual diadakan pada 6 April ini berhubung dakwaan mendapatkan khidmat seks semasa gadis itu di bawah umur dan menyalahgunakan kuasanya.

    Menurut peguam bela dari firma Ghedini-Longo itu, Ronaldo merupakan seorang daripada 78 individu termasuk seorang lagi selebriti Hollywood George Clooney dan dua menteri yang sedang berkhidmat dalam kerajaan Berlusconi yang akan dipanggil sebagai saksi.

    Peguam bela berkata, Clooney dan teman wanitanya, Elisabetta Canalis dilaporkan telah hadir ke parti makan malam di vila Perdana Menteri tersebut di Arcore.

    Menurut pendakwa raya, majlis-majlis makan malam yang diadakan di kediaman Berlusconi itu turut menyaksikan penganjuran parti liar dan persembahan tarian bogel oleh pelacur.

    Ronaldo juga sering dikaitkan dengan beberapa skandal seks sebelum ini termasuk melibatkan pelacur serta selebriti terkenal, Paris Hilton.

    Dia pernah muncul sebagai pemain bola sepak yang menerima bayaran tertinggi selepas berhijrah dari Manchester United ke Real Madrid dalam satu urus niaga bernilai 80 juta pound (RM396 juta). – Agensi

    /// utusanmalaysia////

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

    My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


    Gambar Lisa Surihani di ABPBH 2010

    Posted: 05 Apr 2011 07:42 AM PDT

    Tahniah MyGosip ucapkan buat Lisa Surihani kerana telah berjaya merangkul trofi Pelakon Filem Wanita Popular di ABPBH 2010 hari ahad yang lalu.. Lisa Surihani yang mengayakan dress rekaan Nurita Harith nampak sangat cantik pada malam tu kan.. Jadi buat peminat Lisa Surihani, Jom kita layan gambar Lisa Surihani bersiap-sedia untuk ke ABPBH2010 di Arena Of Stars Genting Highland ni…

    Lisa Surihani di abp 2010

    Lisa Surihani di abpbh 2010

    gambar Lisa Surihani di anugerah bintang popular 2010

    gambar Lisa Surihani di abpbh 2010

    gambar Lisa Surihani di abp 2010

    Lisa Surihani semasa di abpbh 2010

    Lisa Surihani semasa di abp 2010

    Lisa Surihani di Arena Of Stars Genting Highland


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Harian Metro: Rap

    Harian Metro: Rap


    Tarik perhatian menerusi Adamaya

    Posted: 05 Apr 2011 08:53 AM PDT

    [unable to retrieve full-text content]SEKALIPUN belum berumah tangga, pelakon Lisa Surihani Mohamed begitu bijak melayan keletah kanak-kanak. Keserasian Lisa bersama anak kecil cukup terserlah menerusi gandingannya di sisi bintang cilik, Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 5.

    INTERAKSI: ‘Mak terkilan’

    Posted: 05 Apr 2011 08:34 AM PDT

    [unable to retrieve full-text content]ANUGERAH Pencapaian Sepanjang Hayat yang diterima Datuk Rosnani Jamil, 75, di majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010), Ahad lalu, menjadi kenangan paling manis dalam hidupnya sejak menceburi dunia seni selama lebih 50 tahun.

    Kosmo Online - Hiburan

    Kosmo Online - Hiburan


    'Saya muda lagi' - Shy8

    Posted:

    'Saya muda lagi' - Shy8

    'Saya muda lagi' - Shy8



    PEMILIK nama Syed Mohamad Asri atau nama komersialnya Shy8 tidak pernah menjangka bahawa dia akan mengecapi populariti pada usia 46 tahun.

    Dia juga tidak menyangka setiap langkahnya kini menjadi perhatian. Malah, tidak ada satu hari yang dilaluinya berlalu tanpa fotonya diambil bersama peminat sejak pecinta filem tempatan mula terpikat dengan watak Usop Wilcha lakonannya dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.

    "Saya agak terkejut pada mulanya apabila saya keluar beli barang dapur di pasar raya ada mata-mata memerhati, senyum dan kemudian minta untuk bergambar dengan saya.

    "Peminat juga memanggil saya dengan nama Usop Wilcha bukannya Shy8. Saya juga sudah terbiasa dengan panggilan Usop. Memang Usop lebih popular daripada Shy8.

    "Reaksi yang saya terima itu tandanya peminat menghargai lakonan saya dalam filem itu dan saya berterima kasih atas sokongan mereka," katanya memulakan bicara.

    Populariti yang diraihnya itu menandakan peminat filem Malaysia kini lebih menilai bakat dan impak lakonan.

    "Saya muda lagi (ketawa). Saya ingatkan saya tidak dilihat, maklumlah saya jadi pelakon bila usia cecah angka 30-an. Sebenarnya faktor usia itu jangan dikira, populariti serta perhatian akan datang, jika lakonan yang diberi menyentuh hati penonton," jawabnya.

    Sambung bapa kepada Syed Caliph Umar, 8 bulan dan suami kepada Noorafiza Abdul Aziz, 28, dia juga tidak menyangka filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang sepatutnya menjadi filem terakhirnya merupakan permulaannya untuk kembali ke gelanggang seni.


    SHY8 bersama isteri, Noorafiza dan anak mereka, Syed Caliph Umar.


    "Kalau ikutkan saya tidak mahu berlakon lagi kerana mempunyai komitmen kerja tetap sejak empat tahun lalu. Tetapi disebabkan watak Usop ini merupakan kesinambungan daripada filem Zombi Kampung Pisang, saya berlakon juga.

    "Bila lihat sambutan dan sokongan peminat, saya terpaksa tarik balik keputusan untuk berhenti berlakon tetapi saya buat secara sambilan sahaja," katanya yang memegang jawatan sebagai Pengurus Komunikasi Korporat syarikat Tanjung Offshore Berhad.

    Tambah Shy8, dia juga bertuah kerana bakatnya dilihat oleh teman lamanya iaitu pengarah Mamat Khalid.

    Malah dia juga mempunyai majikan yang memahami kerja seninya dan memberi kelonggaran untuknya berada di lokasi penggambaran setiap hujung minggu.

    "Saya berterima kasih kepada pengarah Mamat Khalid yang bijak mewarnakan watak saya dan memahami komitmen kerja saya.

    "Saya hanya boleh menjalani penggambaran setiap hujung minggu sahaja dan setakat ini saya selesa bekerja dengannya.

    "Bukan tidak mahu kerja dengan pengarah lain tetapi saya bimbang kerana jadual saya akan mengganggu perjalanan penggambaran, jika mereka boleh terima syarat itu, boleh sahaja saya berlakon," tuturnya.

    Terbaru, Shy8 baru sahaja selesai menjalani penggambaran sekuel filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang berjudul Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.


    HANYA duduk di atas kerusi roda sambil melambaikan tangan seperti sedang menari, populariti Shy8 meledak dan dia kini dikenali sebagai Ucop Wilcha.


    "Saya harap peminat filem tempatan akan terus menyokong industri perfileman tempatan dan juga menyokong filem terbaru Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit.

    "Bagaimana jalan cerita filem itu, peminat kena nantikan sendiri. Ia masih ada sentuhan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, cuma kali ini subjeknya berubah," ucapnya.

    Sejarah seni Shy8

    Ramai yang tidak tahu, sebelum Shy8 terjun ke bidang lakonan, dia terlebih dahulu bergelar penyanyi dan pernah melahirkan sebuah album yang berjudul Terasing Di Bumi Sendiri edaran syarikat rakaman Ambang Klasik pada tahun 1996.

    Menyifatkan album yang mendapat sentuhannya sendiri secara keseluruhan sebagai album syok sendiri, hayat Shy8 sebagai penyanyi tidak bertahan lebih daripada setahun.

    Selepas kecundang dengan album itu, dia mula bekerja secara bebas di sebuah syarikat pengiklanan demi kesinambungan hidup.

    Sambil itu, dia mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan, bermula dengan pelakon tambahan kepada pelakon yang mempunyai dialog. Tetapi dia tidak pernah diberi watak yang besar.

    "Macam-macam kerja saya buat selepas saya tidak berjaya jadi penyanyi (ketawa). Saya buat album syok sendiri, siapa yang nak dengar.

    "Tetapi saya tidak minat sangat untuk serius dalam lakonan, bagaimanapun semua itu berubah apabila saya membintangi filem Zombi Kampung Pisang, sejak itu saya kembali aktif berlakon.

    "Jika Mamat Khalid tidak beri peluang kepada saya, saya tidak akan berada di sini. Mungkin sudah jodoh saya dengannya, dialah penggerak utama saya. Kami cukup serasi, sehingga hari ini saya sudah kenal dia selama 10 tahun," jelasnya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Paramore bantu Jepun

    Posted:

    Paramore bantu Jepun

    Paramore bantu Jepun


    PARAMORE mengakui sangat sayangkan negara Jepun.


    SUDAH banyak selebriti Hollywood yang menunjukkan rasa simpati terhadap bencana tsunami yang melanda Jepun bulan lalu.

    Terbaru, grup Paramore juga tidak mahu ketinggalan membantu mangsa musibah yang telah menyebabkan berpuluh ribu rakyat Jepun mati dan negara matahari terbit itu mengalami kerugian mega akibat bencana tersebut.

    Paramore bercadang untuk membuat lelongan barang-barang milik mereka di portal jual beli eBay dan hasil kutipan dana akan disalurkan kepada pasukan palang merah Jepun. Dianggarkan sekitar 60 barang akan dilelong termasuk alat muzik, baju serta aksesori.

    Hal itu diumumkan sendiri oleh vokalis grup tersebut, Hayley Williams melalui Twitter miliknya.

    "Kami sedang merangka dana untuk mangsa tsunami di Jepun dengan melelong beberapa pakaian lama serta harta benda milik kami. Terima kasih untuk semua yang terlibat. Kami sayang Jepun!"

    Sementara itu, di laman sesawang rasmi Paramore, mereka menulis: "Semak Paramore Yard Sale dan dapatkan pelbagai baju, seluar, aksesori, gitar serta banyak lagi barangan daripada Haley, Jeremy dan Taylor.

    "Semua dana terkumpul akan disalurkan kepada unit Palang Merah Jepun untuk membantu teman-teman kita di sana. Atau kalian boleh terus langsung menyumbang ke RedCross.org."

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tolong jangan fitnah lagi - Linda Jasmine

    Posted:

    Tolong jangan fitnah lagi - Linda Jasmine

    Tolong jangan fitnah lagi - Linda Jasmine


    KELUARGA bahagia. Linda Jasmin, Que Haidar, dan anak mereka, Ratu Haidar. Linda juga menafikan dia sedang hamil anak kedua.


    SUDAH dua minggu berturut-turut pasangan Linda Jasmine dan Que Haidar berasa terganggu dengan rantaian gosip kurang enak tentang syarikat milik mereka, Linda Jasmine Performing Arts Studio yang terletak di Ampang, Selangor dikatakan bangkrap.

    Hal 'kain dalam' syarikat itu pun mula terlondeh satu-persatu. Malah paling terbaru, Linda dikatakan hamil tiga bulan.

    Sedikit sesak nafas dengan berita-berita yang dianggap satu fitnah oleh mereka, Linda menjelaskan pergeseran fakta tentang gosip yang dianggap Linda tidak seharusnya terjadi.

    Ada yang mendakwa Linda Jasmine Performing Arts Studio sudah mahu bangkrap. Tak bayar pekerja dan sebagainya. Mungkin anda boleh jelaskan tentang perkara itu?

    Saya menafikan dakwaan bisnes saya bangkrap. Sepanjang tujuh tahun ia ditubuhkan, saya rasa bisnes saya berjalan lancar. Memang benar, sudah nama pun bisnes, jadi memang ada turun naik. Itu saya mengaku.

    Tentang tak bayar gaji pekerja, saya mahu orang melihat isu ini dengan minda yang terbuka. Syarikat yang mengikat kontrak kepada kontrak macam syarikat saya, selalunya dibayar lambat oleh klien. Malah ada bayaran yang tidak saya terima sehingga setahun.

    Namun, saya adalah orang yang profesional dan berpegang kepada polisi saya untuk tidak menghebohkan hal dalaman syarikat.

    Justeru apabila keluar gosip mengatakan saya tidak membayar gaji pekerja dan hanya membayar selepas satu mesyuarat tergempar diadakan, saya rasa ia adalah gosip yang keterlaluan bagi saya. Ia adalah hal syarikat saya dan apabila ia tersebar, saya rasa kami macam duduk dalam mikroskop dan sering diperhatikan.

    Benda yang kecil, jangan dibesar-besarkan. Mana ada syarikat yang sempurna tanpa ada waktu gawat misalnya. Saya juga kecewa apabila media tidak bertanya kebenaran kepada saya, tetapi terus menulis.

    Saya rasa itu tidak adil bagi syarikat saya. Ia umpama menabur pasir di periuk nasi kami kerana impak jangka panjang yang diterima adalah syarikat kami, bukannya media atau si pengadu.

    Bagaimana dengan dakwaan anda memberi tenaga pengajar berusia 19 tahun kepada murid-murid yang baharu mengikuti kelas tarian anda?


    LINDA mengaku urusan syarikatnya ada turun naik dan itu adalah hal yang normal.


    Benar. Saya tidak menafikan saya memberi seorang tenaga pengajar berusia 19 tahun untuk mengajar sekumpulan murid-murid baharu. Saya tahu ada yang suka, ada yang tidak suka apabila tenaga pengajar mungkin terlalu muda bagi mereka.

    Namun secara jujur, saya tidak faham mengapa faktor usia menjadi satu masalah jika dia mempunyai kredibiliti untuk mengajar? Saya sendiri mula mengajar tarian pada usia 14 tahun dan saya berpendapat usia 19 tahun bukan terlalu muda untuk menjadi tenaga pengajar jika seseorang itu berkemampuan.

    Agaknya yang jadi sumber media ini adalah orang dalam syarikat anda?

    Saya rasa tak profesional untuk saya bercakap tentang pekerja saya. Saya juga tak mahu tuduh sesiapa. Cuma saya minta, kalau dapat gosip yang belum tentu sahih, apa kata terus tanya saya sendiri.

    Saya juga minta tolong jangan buat fitnah lagi. Jangan tabur pasir dalam periuk nasi kami. Kami jalankan bisnes halal, apa salahnya kita saling menyokong satu sama lain.

    Lagi satu, dengar cerita anda hamil anak kedua? Khabarnya sudah tiga bulan ya?

    Ini satu lagi hal tidak benar. Saya terkejut apabila cerita ini keluar tanpa ada sesiapa yang bertanya tentang kebenarannya. Saya tidak hamil. Belum hamil lagi.

    Memang saudara-mara yang telefon dan tanya malah ucap tahniah. Ini salah. Mungkin ada orang nampak saya pakai baju yang longgar, jadi mereka terus anggap saya hamil.

    Bayangkan kalau saya tak beritahu saya tak hamil, bila saya tak bersalin, nanti keluar pula cerita kononnya saya keguguran atau sebagainya.

    Kalau saya hamil, saya tak akan sembunyi dan saya akan umumkan kepada media. Tapi buat masa ini saya memang belum hamil anak kedua. - MALIAH SURIP

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.