Adsense

Jumaat, 1 April 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Pak Uda, Opie sama-sama suka pancing

Posted:

Pak Uda, Opie sama-sama suka pancing

Pak Uda, Opie sama-sama suka pancing

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar RASHID MAHFOF


Umpan untuk ikan di kolam berbeza dengan ikan di lautan.


Pelakon yang sinonim dengan watak Pak Uda dari sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu hingga hari ini memberitahu, minat memancing bermula sejak muda dan pada mulanya beliau gemar memancing di kolam ikan.

Bagaimanapun keterujaan memancing disertakan dengan skil yang ada, beliau kini memilih laut sebagai tempat melontar joran.

"Pantang ada cuti berlakon, Pak Uda akan pergi memancing ke laut di persekitaran Pulau Indah, Pulau Sembilan atau Pulau Ketam. Pak Uda pernah pergi memancing sampai ke Setiawan, Perak.

"Selalunya Pak Uda bersama geng pancing, Aan, Cikgu, Talib dan Tapa. Kami akan sewa bot untuk tiga hari. Setiap seorang membayar kira-kira RM300 kepada tekong. Tekong ini tahu di mana ada ikan dan dia juga yang menyediakan segala kelengkapan makanan dan umpan," katanya.

Pak Uda yang ditemui di kolam ikan Bai-World, Bandar Tasik Puteri, Rawang, berkata, kumpulan pancingnya akan bergerak pada pukul 8.30 pagi dari jeti Kuala Selangor.

Turut menemani Pak Uda semasa memancing adalah anaknya, pelakon Opie dan cucunya, Alif Shah Saidi, 4 tahun.

Katanya, ketika memancing di lautan dan kekadang sehingga ke perairan antarabangsa, antara ikan yang ditangkap adalah ikan merah dan kerapu.

"Pak Uda pernah dapat ikan merah seberat lapan kilogram. Selalunya ikan-ikan tangkapan itu Pak Uda akan masak stim atau tiga rasa.

"Kalau banyak sangat barulah dijual. Selalunya kalau kami pergi tidak pernah hampa kerana setiap orang dapat habuan," ceritanya.

Ditanya apa seronoknya memancing, Pak Uda berkata, sebaik sahaja berada di lautan, segala masalah di daratan akan dilupakan.

Sebaik sahaja mata kail dibaling ke laut, yang ada di fikiran hanyalah ikan apa yang akan makan umpan dan besar mana ikan itu.

"Memancing ini sebenarnya mengajar kita bersabar. Sebab untuk mendapat seekor ikan paling cepat pun 15 minit dan paling lama satu jam.

"Pak Uda selalunya bawa empat batang pancing tapi guna satu sahaja sebab di lautan tidak menang tangan tangkap ikan. Kalau di kolam ikan, perlu pacak banyak pancing," katanya yang sering menggunakan umpan ikan hidup (gelama) dan udang.

Selain melatih individu menjadi penyabar, memancing juga boleh menjalin hubungan silaturrahim di kalangan kaki pancing.

Kata Pelakon Komedi Terbaik Festival Filem Malaysia ke-9 menerusi filem Mat Som, sebelum pergi memancing ke laut, perlu lihat keadaan air laut sama ada surut, mati atau pasang besar.

Kaki pancing tidak akan pergi memancing pada masa air pasang kerana berbahaya, waktu air surut hanya sesuai untuk tangkap udang dan ikan paling banyak apabila air surut.

Menurut Pak Uda, yang sering ditemani oleh anaknya, Ahmad Firdaus, 26, waktu mula-mula pergi memancing di laut, beliau tidak dapat menangkap walau seekor ikan pun kerana mabuk laut.

Namun kini setiap kali sebelum turun ke laut, Pak Uda akan mengamalkan petua, selawat tiga kali dan minum air laut tiga teguk untuk mengelak mabuk laut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Artis Koreakacak, cantik, bijak!

Posted:

Artis Koreakacak, cantik, bijak!

Artis Koreakacak, cantik, bijak!



Tentu sekarang ini sedang sibuk memohon untuk memasuki kolej atau universiti pilihan masing-masing.

Seperti di Malaysia, Mac juga bulan yang sibuk bagi artis remaja di Korea. Ini kerana, majlis graduasi sekolah tinggi selalunya diadakan sepanjang Februari manakala bulan ini kebanyakan mereka mula mendaftar masuk ke kolej dan universiti.

Ujian kemasukan ke institusi pengajian tinggi di negara itu sudah pun berlangsung akhir tahun lalu dan difahamkan ramai kalangan bintang K-pop yang mendudukinya.

Antaranya Jinwoon iaitu anggota termuda 2AM, Key dan Minho daripada SHINee; Jae Jin (FT Island), Ga Yoon (4Minute) serta Joon Hyun, Hyun Seung dan Kikwang daripada BEAST.

Walaupun rata-rata artis Korea mula menceburi industri hiburan negara itu pada usia belasan tahun, namun pelajaran tetap menjadi keutamaan mereka.

Tidak kira sepopular mana pun mereka, apabila tiba masa untuk memasuki kolej atau universiti - ramai yang tidak kekok menghadiri kuliah dan tutorial seperti penuntut biasa.

Baru-baru ini, ramai bintang remaja yang dilihat mendaftar sebagai penuntut baru kolej atau universiti.

Untuk sesi 2011, Minho (SHINee) akan bergelar siswa Universiti Konkuk manakala Goo Hara (KARA) dan rakan artis, Lee Se Young pula melaporkan diri di Sungshin Women University.

Gambar kedua-duanya dengan imej segar sebagai siswi bersama dekan dipaparkan dalam laman web rasmi universiti itu akhir bulan lalu.

Hara, 20, yang dinobatkan sebagai Pengacara Wanita Terbaik KBS 2010 akan mengambil pengkhususan dalam bidang lakonan.

Teman baiknya yang sebaya, Jinwoon (2AM) pula akan memulakan pengajian filem dan teater di Universiti Daejin dalam wilayah Gyeonggi.

Heroin Boys Over Flowers, Goo Hye Sun pula diterima memasuki Sungkyunkwan, salah sebuah universiti ternama di Korea - yang menjadi latar drama popular Sungkyunkwan Scandal tahun lalu.

Anggota T-ara, Hyomin kini penuntut tahun empat dalam bidang teater di universiti itu.

Artis remaja yang telah memulakan hidup kampus termasuk Seohyun daripada Girls Generation (SNSD) di Universiti Dongguk dan ketua kumpulan SHINee, Onew di Universiti Chungwoon dalam bidang muzik.

Bintang K-pop lain yang kini masih menuntut ialah vokalis utama FT Island, Lee Hongki dan Kyuhyun daripada Super Junior di Universiti Kyunghee; ketua dan pemain gitar FT Island, Jonghun di Universiti Kyunggi; dua lagi anggota SuJu, Sungmin dan Donghae serta Yunho (DBSK) di Universiti Myongji.

Nampaknya bintang remaja Korea ini benar-benar mempersiapkan diri mereka dengan ilmu untuk menjadi yang terbaik dalam bidang masing-masing.

Tidak hairanlah persembahan mereka baik di pentas mahupun di layar perak, cukup meyakinkan sehingga memikat hati para peminat termasuk di luar Korea!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Celebrity News

Celebrity News


Panas : Rakaman Video Seks Pembangkang Tulen !!

Posted: 01 Apr 2011 12:08 PM PDT

Nampaknya kisah video seks ini semakin panas dengan keterangan polis mengenai ketulenan video seks tersebut hasil daripada keputusan pakar mengenai video tersebut. Jika sebelum ini pemimpin kerajaan namun kini pemimpin kanan pembangkang pula menjadi mangsa keadaan.

Nak buat macam mana nasi dah menjadi bubur terimalah seadanya, bak kata pepatah terlajak perahu boleh diundur terlajak perbuatan terimalah akibatnya.

Dan berikut pula "Statement" polis mengenai video seks tersebut.

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur di sebuah apartmen di ibu negara adalah rakaman tulen.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, ekoran pengesahan yang dilakukan oleh pakar tempatan itu, siasatan tersebut kini berada di peringkat akhir sebelum ia diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara minggu depan untuk dinilai.
Siasatan berhubung rakaman video seks itu kekal disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan iaitu memiliki dan mengedar bahan lucah dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali.
"Siasatan berhubung rakaman video seks dimaklumkan berada pada tahap akhir selepas polis menerima laporan pakar ke atas kesahihan rakaman video itu.
"Laporan pakar mengesahkan rakaman itu adalah tulen," kata beliau pada sidang akhbar di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) di sini semalam. 
Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Pemenangnya adalah...

Posted: 31 Mar 2011 03:34 PM PDT

Hip

Rakan artis ramalkan Lisa, Sam, Zizan calon pilihan Bintang Paling Popular ABPBH 2010

AHAD ini, akan diketahui siapa pemenang 16 kategori Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2010) selain Bintang Paling Popular apabila nama mereka diumumkan pada malam kemuncaknya di Arena of Stars Genting Highlands.

Bagi mereka yang tidak berpeluang ke Arena of Stars, acara gemilang ABPBH2010 ini boleh diikuti di TV3 selain radio HotFM kerana kedua-dua stesen penyiaran itu turut membuat siaran secara langsung. Bukan sahaja peminat dan pembaca Berita Harian, malahan di kalangan artis sendiri termasuk mereka yang tersenarai dalam Top ABPBH 2010 turut mempunyai pilihan sendiri siapa yang bakal menerima trofi Bintang Paling Popular ABPBH edisi ke-24.

Lisa Surihani, Shaheizy Sam dan Zizan antara calon yang disebut-sebut sebagai Bintang Paling Popular kali ini. Beberapa artis juga turut menjadi sebutan dikalangan rakan artis untuk memenangi kategori yang dipertandingkan seperti Diana Danielle, Scha Alyahya, Yuna, Faizal Tahir, Shahir, Aizat, Sharifah Shahirah, Raja Azura @ Kak Engku, Aznil Nawawi, Bunkface malahan Nurul Elfira Loy juga dikatakan ada peluang masing-masing.

Ramalan untuk berasakan mereka boleh menang adalah berdasarkan kepada bakat, populariti, hasil kerja yang diminati seperti filem atau lagu serta sokongan peminat daripada laman sosial masing-masing seperti Facebook dan Twitter.

Adat pertandingan, ada kalah dan menang. Ikutkan memang semua orang nak menang. Peminat juga mahu artis pilihan mereka menang. Berikut adalah sebahagian artis yang juga finalis ABPBH2010 yang disoal Hip untuk siapakah calon pilihan mereka untuk menang dalam kategori masing-masing yang akan diumumkan 3 April ini.
ZIZAN

"Bintang Paling Popular ABPBH 2010 pilihan saya sama ada Lisa Surihani atau Shaheizy Sam. Nama mereka tengah panas sekarang. Banyak filem yang mereka bintangi, meletup! Tidak mustahil dengan bakat yang mereka miliki, boleh memenangi anugerah itu. Saya mendoakan rezeki untuk kedua-dua rakan saya ini. Malah peminat sendiri boleh menilai sendiri keberkesanan lakonan mereka.

"Bagi Penyanyi Lelaki Popular, nama yang sedang panas ialah Faizal Tahir. Kita dapat lihat di mana-mana saja ada peminat Faizal, lagunya pun kerap diputarkan di radio dan menjadi pilihan pendengar.

"Manakala Penyanyi Wanita Popular, saya rasa Yuna mampu menewaskan calon yang lain. Yuna penyanyi yang rendah diri dan dia juga mampu untuk pergi jauh serta bakatnya yang tiada tandingan.

BLACK MENTOR

"Bintang Paling Popular pilihan saya ialah Zizan. Saya antara peminatnya dan saya suka cara serta idea dia membuat orang ketawa dan terhibur. Anuar Zain berpotensi untuk menang Penyanyi Lelaki Popular dan siapa tahu sekian lama dia tidak muncul, dia akan kembali membuat kejutan.

"Pelakon Filem Wanita pilihan saya ialah Diana Danielle. Dia ada karektor yang positif tidak kira bersama peminat mahupun rakan-rakan, tidak sombong. Artis Baru Lelaki Popular pilihan saya ialah Shahir. Shahir ada peminat yang ramai dan kita boleh tengok ke mana saja dia pergi, mesti dikelilingi peminat serta namanya kini sedang meningkat, tidak mustahil untuk Shahir meraih anugerah ini.

NURUL ELFIRA LOY

"Saya dengar ura-ura, Lisa Surihani, Shaheizy Sam atau Zizan antara yang mampu membawa pulang hadiah Bintang Paling Popular. "Berdasarkan populariti, Bunkface berpeluang memenangi Artis Duo /Berkumpulan Popular. Nama mereka memang popular di kalangan peminat. Bagi kategori Penyanyi Nasyid Popular, kumpulan Rabbani adalah pilihan saya.

LIYANA JASMAY

"Penyanyi Lelaki Popular pilihan saya adalah Aizat, kerana dia memenangi anugerah bagi kategori ini tahun lalu. Tak mustahil Aizat menang lagi. Bagi kategori Pelakon TV Lelaki Popular, saya memilih Aaron Aziz, dan Pelakon TV Wanita Popular pula, Scha Alyahya berkemungkinan besar untuk menang kerana mereka ini berbakat besar dalam dunia lakonan.

AARON AZIZ

"Berdasarkan popularitinya di laman web sosial Facebook yang mencecah jutaan peminat, tidak mustahil untuk Lisa Surihani memenangi anugerah Bintang Paling Popular. Tengok saja bilangan pengikutnya di Facebook dan Twitter, sudah cukup sebahagian daripadanya mengundi, pasti artis lain akan tertewas.

"Pelakon Filem Lelaki Popular yang menjadi pilihan saya ialah Shaheizy Sam. Dia bukan saja popular, malah dia mampu membuat orang ketawa dengan lakonannya yang bersahaja. Rakyat Malaysia gemarkan seorang pelawak dan penghibur, ini kerana apabila kita buat orang ketawa, orang akan cepat sukakan kita.

"Aznil Nawawi berpeluang cerah untuk memenangi anugerah bagi kategori Pengacara Lelaki Popular, kerana tiada siapa yang mampu menandingi kebolehannya. Kita tengok sampai sekarang, memang sukar untuk mencari pengganti Aznil.

ALTIMET

"Lisa Surihani dan Zizan mempunyai ramai peminat. Melihat kepada jumlah peminat di Facebook dan Twitter mereka, sudah cukup ramai untuk membuatkan mereka menang bagi kategori Bintang Paling Popular.

DIDIE ALIAS

"Bagi kategori Bintang Paling Popular, Zizan mampu menang. Dia mempunyai hasil kerja yang berkualiti dan setiap kemunculannya menghiburkan orang ramai. Saya percaya tahun ini tuah akan berpihak pada Zizan. Manakala bagi kategori Artis Baru Popular, saya percaya tuah berpihak kepada Nurul Elfira Loy. Dia bukan saja popular, malah bagus dalam lakonan serta pandai membahagikan masa sebagai pelajar. Bagi kategori Pengacara TV Wanita Popular, Sharifah Shahirah berpeluang untuk membawa pulang anugerah ini kerana namanya sedang meningkat naik sekarang ini.

SHARNAAZ AHMAD

"Bintang Paling Popular pilihan saya ialah Shaheizy Sam sebab dia bagus dan mempunyai karektor yang mantap sebagai orang seni. Lihat saja kepada watak yang dibawanya, cukup memberi kesan kepada penonton. Bagi Penyampai Radio Wanita Popular, Raja Azura berpeluang menang kerana dia sudah lama dalam bidang pengacaraan ini. Dia seorang yang bagus dalam bidangnya dan saya cukup mengagumi dia.

"Bagi Artis Komedi Lelaki Popular, Zizan mempunyai peluang untuk menang, manakala bagi kategori Artis Komedi Wanita Popular, Didie Alias berpotensi untuk menang.

Siapa pula pilihan Lisa?

Menjadi sebutan sebagai antara pemenang dalam ABPBH2010 terutama Bintang Paling Popular pada Ahad ini, memang memberi sedikit kejutan kepada Lisa Surihani. Ini kerana dia sama sekali tidak pernah meletakkan harapan setinggi itu.

"Baiknya mereka yang meramalkan saya menang. Rezeki di tangan Allah. Entah-entah mereka yang menang nanti. Setiap calon ada peluang sama rata untuk menang dalam setiap kategori di ABPBH nanti. Dicalonkan sehingga tersenarai dalam Top 5 pun, Lisa rasa amat bersyukur alhamdulillah," kata Lisa dalam jawapannya yang dikirim menerusi pesanan BlackBerry.

Lisa yang kini sibuk menyiapkan penggambaran filem terbarunya memilih Zizan sebagai calon Bintang Paling Popular, manakala Aizat pula diramalkan sekali lagi memenangi Penyanyi Lelaki Popular dan berasakan Ana Raffali berpotensi untuk memegang trofi Penyanyi Wanita Popular.

"Saya melihat Liyana Jasmay berpeluang cerah untuk menang lagi bagi kategori Pelakon Filem Wanita Popular dan penyampai radio Hot FM, FBI (Faizal Ismail) pula diramalkan boleh naik ke pentas lagi menerima Penyampai Radio Lelaki Popular," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

2 tugas berganda

Posted: 31 Mar 2011 03:26 PM PDT

Hip

ZIZAN (kanan) bersama Johan berjaya mencuit hati penonton dengan lawak jenaka mereka dalam program Raja Lawak.

ZIZAN (kanan) bersama Johan berjaya mencuit hati penonton dengan lawak jenaka mereka dalam program Raja Lawak.

Zizan tidak akan persiakan peluang sebagai pengacara malam kemuncak ABPBH 2010

MUNGKIN orang ramai kurang mengenali jejaka dengan nama Mohd Razizan Abdul Razak, tapi apabila sebut saja Zizan Raja Lawak, pasti ramai yang tersenyum dan terbayang akan karektor anak muda dari Terengganu ini yang sentiasa mencuit hati.

Selepas memenangi tempat kedua program realiti Raja Lawak musim pertama, lima tahun yang lalu, nama Zizan perlahan-lahan mendapat tempatnya yang tersendiri di dalam dunia hiburan tanah air. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa, Zizan pernah mencuba nasib menyertai program realiti Akademi Fantasia musim keempat, tapi tidak kesampaian, namun dia tetap bersyukur kerana diberi ruang untuk menjadi seorang pelawak.

Sering mendapat tawaran mengacarakan acara kerana keletah dan ideanya yang sentiasa membuatkan orang ketawa, secara tidak langsung melonjakkan namanya sehingga diberi peluang menjadi hos di malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010).

Zizan bakal menghangatkan suasana malam 3 April itu bersama dua lagi pengacara yang tidak asing lagi dengan kepetahan masing-masing iaitu, Raja Azura atau lebih sinonim dengan panggilan Kak Engku dan Sharifah Shahirah.

"Pada majlis kemuncak ABPBH 2010 nanti, Zizan bukan saja sibuk dengan satu acara, malah buat pertama kalinya, berganding bersama Dira sebagai hos rancangan Melodi.
"Memang diakui, sejak memenangi anugerah Personaliti TV Terbaik di Anugerah Shout! 2010, rezeki saya semakin mencurah-curah. Saya bersyukur, tahun ini tawaran yang saya terima memang tidak menang tangan.

"Diberi peluang mengendalikan Melodi dan mengacarakan ABPBH dalam satu masa serentak, tidak akan saya sia-siakan. Walaupun agak baru dalam mengendalikan program hiburan, tapi ini adalah peluang keemasan yang tidak saya lepaskan.

Selain itu, saya akan sentiasa cuba sedaya upaya memberikan yang terbaik," katanya ketika ditemui di Studio Berita Harian baru-baru ini.

Mula diterbitkan pada 1992, Melodi yang bersiaran selama 18 tahun pernah dikendalikan oleh ramai pengacara disegani, namun bagi anak muda dari Kuala Terengganu ini, tanggungjawab yang dipikulnya itu adalah satu cabaran memangkin semangat bagi dirinya.

Zizan terharu kerana menjadi sebahagian daripada anak seni tempatan seperti Ogy Datuk Ahmad Daud, Aznil Nawawi, Azwan Ali dan Raja Azura yang diberi kepercayaan menggalas tugas berat mengendalikan program hiburan popular tanah air.

Jadi pelawak tidak mudah

Bukan itu saja, diakui memang rezekinya sejak akhir-akhir ini dan dengan April yang hampir tiba ini, jadual Zizan akan lebih padat dengan penyertaan di dalam rancangan Maharaja Lawak yang menemui penonton bermula malam ini.

Zizan akan bergandingan dengan rakan karibnya, Johan merebut gelaran Maharaja Lawak bersaing bersama Top 3 program realiti Raja Lawak dari musim pertama hingga ke enam.

Menurutnya, gandingan dia bersama Johan sebagai satu kumpulan dalam program realiti berkenaan bukan untuk menunjukkan mereka hebat tetapi kerana keserasian dan kebiasaan bersama menyebabkan mereka mengambil tindakan untuk bergabung.

"Ia adalah satu cabaran besar buat saya. Jangan ingat saya sudah ada nama di dalam bidang ini, saya mampu membuat lawak dengan senang. Pelawak bukan seperti penyanyi, yang mempunyai kebolehan menyanyi walau ke mana saja dia pergi.

"Pelawak harus mempunyai idea yang membolehkan orang ketawa dan ia bukan sesuatu kerja mudah. Kalau lawak kita menjadi, orang gelak dan sekiranya orang terhibur dengan jenaka saya, saya cukup gembira dan itu adalah satu kejayaan bagi seorang pelawak," katanya.

Pembabitan Zizan dalam dunia seni ini sejak lima tahun lalu, bukan mahu untuk meraih populariti. Malah pemuda ini tekad untuk terus mewarnai industri hiburan tanah air dengan bakatnya yang dikurnia Tuhan.

"Jangan pandang remeh kepada pelawak. Ini juga adalah cabang seni dalam dunia hiburan yang memberi pengaruh yang bukannya sedikit. "Seboleh-bolehnya saya mahu menjadikan seni lawak itu sebagai tulang belakang yang membantu menaikkan lagi taraf industri seni negara kita," tambah Zizan.

Zizan juga berterima kasih kepada peminatnya dan rakan media yang banyak memberi peluang untuk dia berkarya dalam industri hiburan. Dalam usianya yang dianggap masih muda di dalam dunia hiburan ini, banyak perkara yang perlu dipelajarinya.

Dengan sikapnya yang bersahaja, jejaka ini turut menjadi pilihan utama untuk dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 2010. Sebelum itu, dia adalah calon Top 5 menerusi dua kategori iaitu Artis Komedi Lelaki Popular yang menyenaraikan Along, Angah, Johan dan Nabil, manakala bagi Pengacara TV Lelaki Popular turut membariskan Ally Iskandar, Aznil Nawawi, Faizal Ismail dan Jimmy Shanley.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


SENARAI EMOTICON UNTUK DIGUNAKAN DI FACEBOOK

Posted: 31 Mar 2011 10:56 PM PDT

Rahsia Kentut ~ Just For Fun!

Posted: 31 Mar 2011 04:35 PM PDT




1. Orang TIDAK JUJUR

Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.

2. Orang BINGUNG

Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.


3. Orang BERWAWASAN 2020

Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.

4. Orang SENGSARA

Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

5. Orang MISTERIUS

Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.

6. Orang GUGUP

Orang yang tiba-tiba terkentut bila di sergah.

7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI

Orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang

8. Orang SADIS

Orang yang kentut di dalam selimut ketika di ranjang terus

dikibaskan baunya.

9. Orang PEMALU

Orang yang kentut tidak bunyi tapi gusar orang terbau kentutnya.'

10. Orang yang STRATEGIK

Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dapat mendengar bunyi
kentutnya.

11. Orang BODOH

Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti angin kentutnya yang sudah keluar.

12. Orang PELIK

Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila di suruh

13. Orang SOMBONG

Orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.

14. Orang RAMAH

Orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain.

15. Orang yang tidak senang BERGAUL

Orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman-teman.

16. Orang AKUATIK

Orang kalau gemar dikentutnya di dalam air

17. Orang ATLETIK

Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.

18. Orang JUJUR

Orang yang mengaku kalau habis kentut

19. Orang PINTAR

Orang yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain seperti bau telur atau buah durian.

20. Orang KELAKAR

Orang yang bila ketawa sambil kentut

21. Orang yang ROMANTIK

Orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating

22. Orang yang TIDAK SIHAT

Orang yang bila batuk dia akan terkentut

23. Orang yang PANAS BARAN

Orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri

24. Orang yang PELUPA


Orang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia

sendiri yang kentut

~ This is for fun only!

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Wanita bogel terperangkap di cerun bukit

Posted: 31 Mar 2011 06:00 PM PDT

nuffnang_bid = "f1d2da164511835d8b2f4e70dae8ccd1"; // ]]>

du 06.1 Wanita bogel terperangkap di cerun bukit

SEORANG anggota penyelamat mendekati seorang wanita yang berada dalam keadaan bogel di tepi cerum sebuah bukit di San Diego kelmarin.


SAN DIEGO, Amerika Syarikat (AS) – Seorang wanita yang berada dalam keadaan bogel diselamatkan oleh anggota-anggota penyelamat selepas dia terperangkap di tepi cerun setinggi 137 meter dari permukaan laut di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita tersebut yang identitinya tidak didedahkan tidak mengalami sebarang kecederaan semasa dia diselamatkan dalam operasi selama 30 minit kelmarin.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat dari San Diego, Maurice Luque, ramai yang pernah terperangkap di cerun itu sebelum ini selepas mereka mendaki.

Jelasnya, wanita itu tidak ditahan selepas dia diselamatkan.

Pihak berkuasa sebaliknya masih belum mendapat gambaran jelas bagaimana wanita tersebut boleh berada dalam keadaan bogel dan terperangkap di cerun tersebut. – Agensi

/// kosmo ///

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Rossa ziarah Yoyo di penjara

Posted: 31 Mar 2011 10:29 AM PDT

KENANGAN...saat indah Rossa dan Yoyo ketika masih suami isteri.
KENANGAN...saat indah Rossa dan Yoyo ketika masih suami isteri.

APABILA berita mengenai pemain dram kumpulan Padi, Surendro Prasetyo atau lebih dikenali sebagai Yoyo dipenjara kerana menagih dadah jenis syabu, di fikiran kebanyakan peminat tergambar wajah penyanyi popular Indonesia, Sri Rossa Roslaina Handiyani atau Rossa, 34 tahun.

Ramai membuat tanggapan 'benda haram' itu sebenarnya yang menjadi punca kepada kemusnahan rumah tangga mereka sebelum ini. Pasangan popular dari seberang ini berpisah pada 14 Julai 2009. Bagaimanapun kedua-dua pihak lebih suka punca perpisahan mereka dirahsiakan.

Puas dikorek puncanya, kedua-dua belah pihak lebih senang mengambil tindakan 'tutup mulut' dan menyatakan rahsia rumah tangga dan perceraian tidak seharusnya dijaja di khalayak umum.

Pun begitu, sebagai bapa kepada anak tunggal, Rizky Langit Ramadhan, Rossa tidak pernah menjadikan perceraian antara dia dan Yoyo sebagai penghalang untuk berbaik-baik. Apatah lagi jelas penyanyi popular itu, bekas suaminya seorang bapa yang baik.


Ditemui pada sesi fotografi khas diatur syarikat rakamannya di Malaysia, Suria Records (SRC), bagi mempromosikan album kompilasi Harmoni Jalinan Nada & Ceria, Rossa memberitahu sempat melawat bekas suaminya itu di penjara untuk memberi semangat agar Yoyo dapat membuang tabiat buruk itu, sekali gus menjalani hidup dengan lebih sihat selepas ini.


"Walaupun sudah berpisah, kami masih lagi berkawan rapat apatah lagi Yoyo bapa kepada Rizky. Sewaktu melawatnya sebelum datang ke mari, saya lihat keadaannya sudah bertambah baik. Malah badannya sudah sedikit berisi," katanya.

Ditanya adakah dadah menjadi punca kepada perceraian mereka berdua, Rossa sekali lagi menegaskan perkara itu adalah peribadi dan tidak seharusnya dikongsi bersama umum.

Waktu sama, penyanyi yang cukup hangat dengan lagu Hati Yang Kau Sakiti dan Hey Ladies ini menjelaskan, walaupun laporan berita menyatakan Yoyo sudah menagih lebih 10 tahun, akui Rossa, sepanjang perkahwinan mereka, perkara itu tidak diketahuinya langsung.

"Dia tidak pernah ambil di hadapan mata saya. Bagaimanapun, dalam tempoh itu saya ada mengesyakinya apabila melihat daripada kesan-kesan yang biasa berlaku kepada seorang penagih.

"Cuma waktu itu saya tidak nampak dan tidak tahu bagaimana dia menggunakannya. Bagaimanapun, sewaktu bersama saya tidak mahu memikirkan perkara yang buruk. Tambahan pula sebagai ketua keluarga, Yoyo juga melaksanakan tugasnya dengan baik.

"Hubungannya dengan Rizki juga bagus, cuma kerana kesibukan kami jarang bertemu. Namun apabila ada masa terluang, dia akan sentiasa menghabiskan masa dengan anak," katanya.

Kata Rossa, apa yang berlaku ada rahmatnya kerana dalam tempoh diikat jamin, tumpuan Yoyo lebih kepada Rizky. Berbanding sebelum ini, masanya lebih banyak
di luar. Bagaimanapun sekarang Yoyo kembali berada dalam tahanan bagi menanti waktu dibicarakan.

"Penagih ini sebenarnya mereka boleh dianggap mangsa kerana mereka bukan pembuat atau pengedar. Tahanan itu juga bagus untuknya kerana sudah pasti dia akan menjalani pemulihan. Begitu juga dengan hukuman selepas ini.

"Walaupun ditahan, ia lebih kepada rawatan untuk memulihkan Yoyo daripada ketagihan. Saya sebagai teman, mengharapkan yang terbaik dan dia akan sihat dan dapat meninggalkan tabiat tidak baik itu," katanya.

Mengenai cinta pula, Rossa menafikan berita yang disiarkan di Indonesia mengatakan dia sudahpun memutuskan hubungannya dengan jejaka bernama Raja Sapta. Bagaimanapun, dalam berlapik Rossa berkata, soal pernikahan belum lagi timbul kerana masing-masing masih lagi dalam tempoh mengenali hati budi masing-masing.

"Memang teman-teman yang solo sebelum ini seperti Kris Dayanti sudah pun bernikah, cuma pada saya ia bergantung kepada rezeki. Sudah menjadi rezeki dan sudah sampai masanya untuk Kris bernikah dengan Raul. Saya sendiri gembira dan mendoakan yang terbaik untuknya.

"Cuma pada saya sekarang, kami tidak mahu terburu-buru. Biarlah jodoh dan masa yang menentukannya," katanya yang turut menghadiri majlis resepsi Kris dan Raul yang berlangsung Jumaat lalu di Jakarta, Indonesia.

Untuk peminatnya, Rossa kini mempertaruhkan album kompilasi Harmoni Jalinan Nada & Ceria yang menghimpunkan lagu-lagu yang pernah didendangkan untuk filem mahupun drama.

Salah satu lagu yang dimuatkan dalam album ini, Ku Menunggu ciptaan sepenuhnya Mery LC dikatakan pernah didendangkan ratu rock negara, Ella. Rossa mengakui terkejut apabila dimaklumkan mengenainya kerana sewaktu lagu itu dirakamkan tahun lalu dia tidak tahu yang Ku Menunggu pernah dipopularkan Ella
di sini.

"Saya diberikan demo lagu itu untuk dinilai. Selepas mendengarkan melodinya, saya berasa tertarik dan mahu ia diterbitkan dalam album dihasilkan. Apabila album kompilasi ini dihasilkan SRC dan mahu dipasarkan di sini, barulah saya difahamkan bahawa Ku Menunggu sama melodinya dengan lagu dinyanyikan Ella.

"Sungguh saya tidak tahu menahu. Bagaimanapun, saya sudahpun mendengar lagu terbabit. Melodinya sama tetapi liriknya berbeza. Susunan muziknya juga berbeza kerana Ella menyanyikannya dalam irama rock dan lagu dalam album saya dalam bentuk akustik. Soal hak cipta pula saya tidak tahu dan terpulang kepada penciptanya kerana mereka yang lebih tahu," katanya.

Mengenai persembahan pula, Rossa banyak menerima undangan menyanyi dan akan menjayakan persembahan konsert mini selama dua malam berturut-turut di Tropicana, Damansara.

Katanya, kesibukan dengan persiapan itu membuatkan dia tidak dapat memenuhi undangan mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha setiap April. Kali terakhir Rossa menjayakan persembahan khusus meraikan setiausaha adalah tiga tahun lalu.

"Bukan saya tidak dapat tawaran kerana sepanjang tiga tahun lalu saya sibuk dengan persembahan konsert di Jakarta mahupun di Malaysia. Tahun lalu ada juga tawaran tetapi kerana mahu mengadakan konsert di Malaysia, ia terpaksa ditolak.

"Bagi saya, tumpuan terhadap konsert lebih penting kerana persembahan berlangsung dalam kapasiti yang besar. Tahun ini juga tawaran yang datang terpaksa ditolak kerana harus memberi tumpuan kepada promosi album kompilasi Harmoni Jalinan Nada & Ceria dan pada waktu sama membuat persiapan mini konsert mini yang dijadualkan berlangsung dalam bulan Julai atau Ogos nanti.

"Seperti saya katakan sebelum ini, Malaysia sudah menjadi rumah kedua. Jarak antara Jakarta dan Kuala Lumpur bukan satu masalah. Malah boleh dikatakan dalam sebulan pasti saya akan ke sini bagi menjayakan persembahan. Cuma ada antara persembahan dijayakan berupa majlis 'private' (tertutup), jadi ia tidak diuar-uarkan," katanya.

PROFIL

Nama Penuh: Sri Rossa Roslaina Handiyani
Tarikh Lahir: 9 Oktober 1978
Asal: Sumedang, Jawa Barat, Indonesia
Panggilan: Ocha
Umur: 33
Status: Ibu tunggal
Anak: Rizky Langit Ramadhan
Pendidikan: Sarjana Ilmu Sosial dan Ilmu Politik Universitas Indonesia
Kerjaya: Penyanyi
Album: Untuk Sahabatku, Nada-Nada Cinta, Tegar, Kini, Kembali, Yang Terpilih, Ost. Ayat-Ayat Cinta, Rossa dan Harmoni Terjalin Nada & Ceria
Sinetron: Dua Sisi Mata Uang dan Perisai Kasih
Pencapaian: Juara Suara Pelajar II, TPI, Tingkat Propinsi Jawa Barat (1993), The Best Female MTV Indonesia (2000), Bintang Popular Pilihan Peminat, Cek & Ricek (2000), Penyanyi Wanita Terbaik, Kategori Pop Progresive Anugerah Muzik Indonesia (AMI) Sharp Awards 2002, Artis Eksklusif MTV 2005, Penyanyi Paling Popular Anugerah SCTV 2008, Lagu Bahasa Melayu Terbaik Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara - "Terlalu Cinta" (Anugerah Industri Muzik 15), Lagu Bahasa Melayu Terbaik Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara - "Ayat-Ayat Cinta" (Anugerah Industri Muzik 16).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

KRU rancang Vikingdom

Posted: 31 Mar 2011 10:21 AM PDT

SELEPAS kejayaan filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM), KRU Studio bakal menghasilkan filem terbaru antarabangsanya yang menampilkan penggunaan bahasa Inggeris 100 peratus berjudul, Vikingdom.

Keyakinan KRU untuk menghasilkan satu lagi filem bergenre epik itu ekoran sambutan positif daripada penonton. Sejak ditayangkan pada 10 Mac lalu di seluruh pawagam tanah air, HMM sudah mencecah kutipan lebih RM6 juta.

Walaupun menggunakan 40 peratus bahasa Inggeris, filem yang menampilkan lakonan Stephen Rahman Hughes, Gavin Stenhouse, Ummi Nazeera, Datuk Rahim Razali dan Jing Lusi berjaya mencatat kutipan box-office.

KRU menaruh keyakinan filem yang diberi judul The Malay Chronicles: Bloodlines untuk pasaran antarabangsa akan mencecah RM6 juta. Fenomena itu satu perkembangan positif untuk pembuat filem dalam menghasilkan genre epik.


Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim berkata, idea meneruskan penghasilan filem terbaru itu timbul sejak 2007. Mempertaruhkan genre filem hampir sama, filem arahan Yusry Abdul Halim itu menggunakan teknologi 3D stereoscopic seperti filem aksi, 300 dan Avatar.


Katanya, filem ini menampilkan barisan pelakon antarabangsa dan ada kemungkinan beberapa watak untuk pelakon tempatan.

"Penggambaran berlangsung dalam negara menggunakan kru tempatan. Jika tiada aral, nama pelakon akan diumumkan pada Mei ini. Penggambaran untuk filem ini dijangka bermula pada Oktober.

"Filem ini menggunakan 100 peratus bahasa Inggeris dan skripnya ditulis James Coine. Sehingga kini, kami dalam proses menyiapkan 'story board'.

"Dalam pada itu, filem ini juga sudah berada dalam senarai prapenjualan di Eropah dan China untuk mendapat harga yang paling baik. Kami yakin nilai harga akan meningkat selepas mengumumkan barisan pelakon yang akan membintangi filem ini nanti.

"Kami juga melakukan beberapa uji bakat tertutup di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Kami melihat kepada kebanyakan pelakon program televisyen terkenal untuk membintangi filem ini.

"Bajet menghasilkan filem ini lebih tinggi daripada Merong dan ia akan diumumkan kemudian," kata Norman ketika ditemui pada sidang media di Cyberjaya, baru-baru ini.

Norman menolak kemungkinan bintang Hollywood seperti Brad Pitt dan Tom Cruise dalam senarai 'buruan' produksinya memandangkan keupayaan dari segi kekangan bajet. Begitupun, ini adalah satu lagi projek terbesar dan berkualiti yang akan dilaksanakan produksi bertunjangkan warga tempatan.

Dalam perkembangan lain, ejen jualan KRU Studio yang berpangkalan di Beverly Hills, Amerika Syarikat iaitu Epic Pictures Inc mengumumkan The Malay Chronicles: Bloodlines dilesenkan di lebih 70 negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Australia, New Zealand, China, Turki, Perancis, Jerman, Switzerland, Austria, Russia termasuk beberapa negara Timur Tengah dan negara di Eropah Utara.

Epic juga sebagai ejen jualan untuk filem yang dibintangi Brittany Murphy, Thora Birch dan Marc Blucas berjudul Deadline. Filem triller seram Sean McConville dipasarkan di lebih 40 negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Epic Pictures, Patrick Ewald berkata, pihaknya tertarik dengan kualiti produksi yang dipaparkan menerusi filem epik itu. Malah tidak ramai daripada pengedar yang mengetahui mengenai aura yang ada di sebalik filem HMM.

"Filem ini memaparkan corak aksi pantas termasuk penceritaan membabitkan sejarah masyarakat Rome, China dan Malaysia sekitar dua dekad lalu. Ibarat kisah dongeng yang menyatukan Barat dan Timur.

"Kami berbesar hati dilantik sebagai ejen jualan bagi filem ini.

"Kami yakin filem aksi ini mempunyai nilai di peringkat antarabangsa.

"Kami kagum dengan keupayaan KRU Studio untuk menterjemah dan babak filem yang ditampilkan mengikut kualiti yang ditetapkan.

"Malah kami melihat untuk meneruskan satu lagi kerjasama bersama KRU dalam menghasilkan Vikingdom," katanya.

Epic Pictures aktif memasarkan filem epik pertama KRU itu di Pasaran Filem Eropah Berlin (Februari 2010), Hong Kong Filmart (Mac 2010) termasuk Festival Filem Cannes (Mei 2011).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Misteri status kekasih Misha

Posted:

Misteri status kekasih Misha

Misteri status kekasih Misha



MAKIN matang, makin bijak mematahkan 'peluru berpandu' yang dimuntahkan kepadanya, makin cantik dan makin 'panas', penyanyi Misha Omar pada usia 29 tahun ini sedang menempuh gelombang hidup yang agak ganas.

Ini kerana dia terus diserang barah cerita sudah berkahwin secara rahsia. Lebih memanaskan cerita tersebut, lelaki yang dikahwini Misha itu didakwa sebagai suami orang dan Misha menjadi isteri ketiga kepada lelaki dengan status seorang usahawan berjaya itu.

Sudah puas dia menepis. Puas juga menafikan dakwaan kurang berasas itu. Namun ia datang juga, mengikut angin taufan yang belum mahu berhenti melanda dirinya.

Sehingga akhirnya dia lelah, penyanyi ini dengan tegas memberitahu: "Selepas ini jangan marah jika saya mula menjawab soalan tentang peribadi saya dengan jawapan tak mahu komen.

"Selama ini, saya telah berusaha jujur dengan semua pihak. Saya tidak salahkan media apabila cerita ini terus berulang kerana saya faham selagi ada sumber, selagi itu ia akan dipaparkan. Dan selagi saya melayan pertanyaan, selagi itu akan ada cerita.

"Justeru, saya fikir, jika saya tidak menjawab lagi pertanyaan yang boleh menjadi panjang, tetapi hanya mengatakan tiada komen, mungkin itu lebih baik," katanya sewaktu ditemui pada majlis pelancaran album kompilasi Dia...Misha di Celebrities Club, Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur baru-baru ini.


PADA usia 29 tahun, Misha sudah cukup matang untuk mengharungi nista dan cabaran yang datang kepadanya.


Menurut anak kelahiran Kelantan ini, sebagai seorang wanita yang sudah meningkat usia, dia mempunyai keinginan berkahwin, malah sudah bersedia untuk menjadi isteri orang. Dia juga mengaku takut terkena badi tidak berkahwin kelak.

Tetapi katanya, selagi kekasih hati tidak melamar atau menghantar rombongan meminang, bagaimana dia hendak melangkah ke alam perkahwinan yang hangat disensasikan segelintir pihak.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya memang sudah punya kekasih, tetapi saya menafikan saya telah berkahwin. Jangan risau, saya tidak akan menyorokkan kisah saya berkahwin kepada umum. Jika tiba masanya nanti, akan saya kongsi bersama.

"Hanya buat masa ini, memang saya belum berkahwin. Sebagai wanita yang sudah berusia 29 tahun, saya juga ingin berkahwin. Jujur, saya takut badi tak kahwin. Dan saya tidak mahu berkahwin hanya kerana tekanan seperti sekarang," katanya lagi.

Didesak membocor rahsia adakah benar dia kini menjalin cinta dengan suami orang, pemilik suara gemersik ini ringkasmenjawab: "Itu adalah misteri yang belum boleh saya jawab."

Namun apabila terus diasak, pendek juga jawapan Misha. Dalam tawa namun penuh makna, Misha menjawab: "Bagi isteri yang sempurna, tak perlu risau dengan Misha Omar, tapi mungkin kalau kurang sempurna, perlu ada kerisauan sedikit."


MISHA sempat mendendangkan empat buah lagu pada majlis pelancaran album kompilasi yang mengandungi 16 buah lagu itu.


Ditanya adakah gosip tersebut mampu membunuh karier sembilan tahun yang dibina dan bolos kontroversi, Misha mengangguk kecil. Kemudian secara rasional dia memberitahu, gosip tersebut tidak sehingga memusnahkan kariernya, tetapi mengaku, ia melumpuhkan sedikit semangatnya sebagai anak seni.

"Saya faham benar, inilah pakej yang datang seiring dengan kerjaya yang saya pilih. Walaupun kadang-kadang saya fikir ia melelahkan, tapi saya harus bertenang. Sebagai seorang wanita yang semakin dewasa dan matang, saya rasa saya boleh menangani hal ini dengan sebaik mungkin," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dafi, Ana Raffali dalam muzikal KMJ 60-an

Posted:

Dafi, Ana Raffali dalam muzikal KMJ 60-an

Dafi, Ana Raffali dalam muzikal KMJ 60-an

Oleh SAHLIZAH MOHAMED
sahlizah.mohamed@kosmo.com.my


BARISAN karyawan muzikal Kenangan Mengusik Jiwa 60-an bergambar selepas sidang akhbar yang diadakan di Restoran Istana Bambu, Hulu Kelang, Selangor baru-baru ini.


USAI pementasan beberapa siri teater sejak awal tahun, kini tiba giliran Belbis Sdn. Bhd., dengan kerjasama Istana Budaya mementaskan teater muzikal Kenangan Mengusik Jiwa 60-an (KMJ) yang akan menemui penonton pada 25 Mei depan.

Menariknya tentang KMJ 60-an, barisan pelakon yang membintangi teater muzikal itu bukan hanya terdiri daripada muka-muka baru seperti Dafi, Ana Raffali dan Iqbal Mazlan (Pilih Kasih), tetapi turut dilakonkan oleh penyanyi-penyanyi dari era 60-an.

Antaranya ialah Datuk Ahmad Jais, A. Rahman Onn, L. Ramlee, J. Sham, A. Halim, Husin Ismail, A. Rozaimi, Fatimah M. Amin termasuk dua buah band yang akan mengiringi keseluruhan teater tersebut iaitu The Rhythm 60's dan The Wanderers.

Menurut pengarah persembahan yang juga merupakan pengarah skrip, Lokman Abdul Ghani, meskipun ia merupakan sebuah teater muzikal, namun ia masih dilengkapi dengan sebuah jalan cerita.

"Teater berkenaan akan mempersembahkan lakonan dari tiga era berasingan iaitu era 60-an, 70-an dan 80- an.

"Begitupun, 80 peratus merupakan babak pada era 60-an termasuk elemen imbau kembali, manakala selebihnya akan berkisar pada tahun 1970-an dan 80-an sebagai penyambung cerita," katanya yang ditemui selepas sidang akhbar memperkenalkan para pelakon di Istana Bambu, Hulu Kelang, Selangor baru-baru ini.

Ditanya tentang pemilihan Dafi, Anna dan beberapa muka baru dalam dunia teater, Lokman memberitahu, dia amat yakin dengan kemampuan semua pelakon yang telah dipilih.

"Selain Dafi dan Ana, kita juga ada Gambit, Azrul (Raja Lawak) dan Anne Ngasri. Secara keseluruhan, saya yakin dengan mereka meskipun ia merupakan percubaan pertama Ana dan Dafi.

"Sebenarnya sejak awal, saya sasarkan mahu mencari pelakon, bukan penyanyi. Tetapi semua pelakon terikat dengan komitmen masing-masing. Atas sebab itu, saya tawarkan kepada penyanyi dan mereka berminat.

"Lagipun pada saya, penyanyi juga sudah tidak asing dengan pentas kerana mereka menyanyi pun di atas pentas," ujarnya.

KMJ 60-an mengisahkan Rey yang kembali ke kampung halaman selepas sekian lama menghilangkan diri. Dengan menggunakan teknologi moden, dia telah ditemukan semula dengan rakan karibnya, Azizan selepas hampir 30 tahun berpisah.

Perjumpaan mereka telah banyak mengimbau sejarah terutama semasa mereka menuntut di kolej. Namun begitu, Rey sebenarnya cuba mencungkil berita tentang kekasihnya, Rose yang dikenali semasa menuntut di kolej yang sama sekitar tahun 60-an.

Sementara itu, bagi Dafi dan Anna, peluang ditawarkan berlakon teater merupakan peluang untuk mereka mengorak selangkah lagi ke arah cabang industri hiburan.

"Saya memang minat teater sejak menuntut di universiti dan tawaran ini saya terima sebagai salah satu peluang untuk saya mencuba bakat dalam teater.

"Sebagai persediaan, saya perlu bersedia mental dan fizikal serta vokal kerana saya juga akan menyanyi sebanyak dua atau tiga buah lagu nanti," ujar Ana.

Dafi pula memberitahu dia teruja kerana berpeluang berlakon teater untuk kali pertama. "Lebih mengujakan saya kerana ia dipentas di Istana Budaya," katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani, Ketua Pegawai Eksekutif Belbis Sdn. Bhd., Afandy Alias dan antara barisan pelakon seperti Ifa Raziah, Siri Nursaida Tarudin dan Radhi Khalid.

Teater muzikal KMJ 60-an akan dipentaskan bermula 27 Mei sehingga 5 Jun depan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kanta lekap seksa Pattinson

Posted:

Kanta lekap seksa Pattinson

Kanta lekap seksa Pattinson


ROBERT PATTINSON


DI sebalik populariti dan kekayaan yang dikecapi melalui filem Twilight, aktor kacak, Robert Pattinson sebenarnya perlu membayar sejumlah pengorbanan yang lebih mahal untuk menjayakan wataknya sebagai pontianak.

Aktor kelahiran Britain itu sebenarnya 'terseksa' dengan kanta lekap yang terpaksa dipakai sepanjang penggambaran filem untuk menjayakan wataknya.

"Saya amat gembira apabila semuanya sudah berakhir," katanya yang menggambarkan betapa leganya dia apabila bahagian terakhir filem itu telah selesai menjalani penggambaran.

Selain 'membenci' kanta lekap, Pattinson turut berdepan dengan masalah untuk memakai alat itu dan khabarnya dia memperlukan dua orang pembantu untuk membantunya.

"Sebenarnya ia amat memalukan setelah bertahun-tahun. Setiap pagi, ia (memakai kanta lekap) menjadi proses yang panjang. Semua orang sudah bisa melakukannya sendiri dan saya masih perlu dua orang untuk membantu saya kerana saya tidak boleh melakukannya sendiri," tambah Pattinson kepada Splash News.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Khamis, 31 Mac 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Chef Wan Keliling Dunia dalam Travelogue Ekspedisi 2011

Posted: 31 Mar 2011 10:01 PM PDT

PENGEMBARAAN EKSPEDISI 2011 BERMULA APRIL INI!

Rancangan masakan dan pengembaraan atau "travelogue" terbaru iaitu Ekspedisi 2011 telah pun memulakan pengembaraannya sejak Januari lalu. Kini, Ekspedisi berwajah baru ini bakal menemui penonton setia TV9 pada setiap Isnin, jam 9.30 malam bermula 18 April 2011 ini.

Seperti yang sedia maklum, selebriti chef Nombor Satu Malaysia, Dato' Redzuawan bin Ismail atau lebih disenangi dengan panggilan Chef Wan akan membawa penonton mengembara ke hampir 11 buah negara seluruh dunia. Pengalaman, kepakaran dan kepetahan beliau sudah semestinya dapat membuatkan Ekspedisi 2011 ini semakin menarik dan menjadi rancangan yang mesti tonton.

Chef Wan TV9

Ekspedisi 2011 kali ini merupakan kerjasama antara TV9 dan juga MASHolidays yang juga turut menaja lokasi-lokasi pengembaraan. Pengembaraan ke serata dunia telah pun bermula dengan negara China iaitu di Beijing dan pengalaman di negara itu ingin dikongsikan oleh Chef Wan bersama penonton setia TV9 menerusi program Ekspedisi 2011. Antara tempat menarik yang ingin dikongsikan adalah pengalaman mendaki Tembok Besar China, melawat ke Kota Larangan yang juga merupakan kompleks istana terbesar di dunia

Rombongan yang mengikut program Ekspedisi ini berpeluang untuk mendaki Tembok Besar China, melawat Kota Larangan iaitu kompleks istana yang terbesar di dunia, Istana Musim Panas dan Dataran Tiananmen. Chef Wan juga turut menyelitkan aktiviti membeli-belahnya di sekitar Jalan Wang Fu Jing, iaitu kawasan kawasan membeli-belah terkenal di negara China yang telah wujud sejak 300 tahun lalu.

Ekspedisi 2011 masih lagi mengekalkan konsep yang sama iaitu menampilkan masakan istimewa dan tempat-tempat peranginan menarik di serata dunia. Dato' Chef Wan juga turut mencuba makanan tradisional daerah Xin Jiang iaitu daging panggang yang dibakar di atas bara api beserta garam, jintan putih dan serbuk lada. Makanan eksotik dan pelik yang dikongsikan bersama penonton semua merupakan antara elemen terbaru yang disuntikkan di dalam program travelogue ini. Selain daripada itu, Chef Wan dan krew penerbitan Ekspedisi juga turut berpeluang menyaksikan pertunjukan akrobatik yang sememangnya sinonim dengan Negara China.

Selain daripada Negara China, rombongan krew Ekspedisi turut berkesempatan menjalani rakaman mereka ke Rangoon, Dubai, Mumbai dan Shanghai. Di Yangoon, Myanmar contohnya, Dato' Chef Wan akan membawa penonton melihat keindahan binaan Pagoda Shwedagon. Pagoda yang menjadi tempat bersejarah Myanmar itu diperbuat daripada emas, batu permata dan berlian.

Myanmar sememangnya dikenali ramai dengan keunikan senibina mereka dan itulah yang ingin dikongsikan kepada semua menerusi Eskpedisi ini. Setelah itu, Dato' Chef Wan terus membawa penonton ke Tasik Kandawgyi atau lebih dikenali sebagai Royal Lake. Di sana tersergam indah sebuah bahtera menarik yang juga merupakan restoran terapung diberi nama bahtera Karaweik Palace. Sambil menjamu selera, tetamu restoran turut dihiburkan dengan tarian kebudayaan tradisional Myanmar.

Pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan oleh Dato' Chef Wan adalah ketika membuat rakaman di Dubai. Apakan tidaknya! Selalunya gambar bangunan tertinggi di dunia hanya sekadar dilihat di dalam akhbar-akhbar dan televisyen tetapi kini bangunan Burj Khalifa yang tersergam hebat itu berada di depan mata. Penonton yang ingin melihat rakaman di Dubai bolehlah terus bersama Ekspedisi pada 2 Mei nanti.

Selain daripada bangunan terhebat dunia, di samping tempat-tempat lain seperti Burj Al Arab, Masjid Jumeirah, The Palm dan Muzium Dubai. Pengalaman lebih menarik dirasai oleh Chef Wan dan krew penerbitan ketika menyusuri padang pasir menggunakan kenderaan pacuan empat roda (Dune Bashing) ke kem di tengah padang pasir. Di kem, penonton dapat melihat Chef Wan melakukan pelbagai aktiviti padang pasir seperti menunggang unta, melukis henna, menonton tarian belly, menikmati hidangan BBQ khas dari kem.

Setelah penat menjelajah ke negara China, Myanmar dan Dubai, Chef Wan akan meneruskan lagi penjelajahannya dan berkongsi pengalaman beliau terutamanaya makanan eksotik dan pelik yang terdapat di negara-negara yang dilawati seperti Mumbai di India, Shanghai (China), Capetown (Afrika), Paris, Adelaide (Australia) dan Auckland (New Zealand).

Untuk terus bersama Ekspedisi dan juga Chef Wan, jangan lupa temujanji anda bersama TV9 pada setiap Isnin, jam 9.30 malam bermula 18 April 2011 ini.

Chef Wan TV9

Chef Wan TV9

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Chef Wan Jadi Pengacara Ekspedisi 2011 di TV9
  • Buatan Orang dan Chef Mana Yang Sihir Chef Wan?
  • Penjelajahan Homesray dalam Program Keliling Kampung
  • BELAJAR MEMASAK SAMBIL MENDENGAR TIPS-TIPS BERGUNA
  • Rusdi Ramli, Jue Aziz, Zul Yahya Dalam Drama CHEF MASIN PAHIT 4 RASA
  • Selebriti Jayakan Dapur Remaja
  • Eira Syazira, Yatt Hamzah Dalam Drama Jejak di TV2
  • Gambar Selebriti di Media Prima Television Networks Screenings 2011
  • Jennifer Hudson Red Carpet 2011 Grammy Awards
  • Gambar Serina Redzuawan di Pelancaran Mifa 2009
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Langgan & Tonton Ratu The Movie di Astro First

    Posted: 31 Mar 2011 08:17 PM PDT

    Salam pembaca semua,

    Hari ini dah pun 1 April 2011. Cepat betul masa berlalu. Bulan April dah mula menjengah. Hari ini juga Budiey diberitahu filem Ratu The Movie telah menemui penonton di Astro First. Jadi, kepada pembaca budiey.com yang masih belum lagi menonton filem ini, jangan risau, ini peluang untuk korang layan filem drama thriller ini di kaca TV bersama dengan kawan-kawan dan keluarga.

    Nak langgan senang sahaja, hanya tekan butang saluran Astro 480, pilih poster filem RATU THE MOVIE dan ikuti arahan yang diberikan.

    poster ratu the movie

    Seperti ada aura tersendiri bagi filem Ratu The Movie ini apabila orang perseorangan masih memperkatakan berkenaan filem ini sehingga sekarang walaupun sudah dilepasi beberapa buah filem baru yang sedang ditayangkan di pawagam sekarang.

    Sama ada positif atau negatif, itu terpulang kepada hak individu itu sendiri kerana masing-masing mempunyai pendapat tersendiri dan siapalah manusia yang boleh menyekat kebebasan bersuara manusia yang lain. Apa yang pasti, produksi Ratu The Movie tetap berdiri di atas kaki sendiri untuk terus maju ke hadapan ditambah dengan sokongan padu yang diberikan oleh penggemar-penggemar filem tempatan yang sentiasa menghargai kemunculan filem-filem baru di pawagam.

    Ada diantara mereka memaklumkan keadaan cuaca yang nampak tidak begitu mengizinkan punca mereka tidak dapat ke panggung, tambahan jalan yang terlalu sesak. Hujung minggu pula terikat dengan komitmen ke rumah-rumah orang kahwin. Mereka akui tertarik melihat trailer filem yang sering dipaparkan di televisyen mahu pun di web-web internet.

    Meriah sungguh promosi filem ini. Tapi sayang, kesuntukkan masa. Mungkin juga pertaruhan tarikh penayangan yang dipilih tidak tepat dengan musim orang rajin ke panggung, lagi-lagi terpaksa pula bersaing dengan filem-filem yang lain. Tidak mengapa, masih ada cara lain untuk mereka berpeluang menyaksikan filem ini. Filem yang diyakini bagus tak mungkin akan disiakan begitu saja dan mereka begitu gembira dengan berita ini.

    Berbekalkan kepercayaan terhadap filem ini, pihak Astro First bersetuju untuk membawakan filem Ratu The Movie ini secara eksklusif ke kaca televisyen. Memahami genre filem ini yang lebih terasa moodnya jika ditonton bersama keluarga secara santai di rumah, ianya pasti akan mendapat sambutan yang menggalakkan.

    Ketua Pegawai Eksekutif Line Clear Motion Pictures (LCMP) merangkap produser filem Ratu The Movie, A. Latiff Mohaideen ketika ditanya mengenai filem yang kini berada di Astro First itu memberikan jawapan ini, "Kita akan 'memahkotakan' kembali Ratu The Movie melalui Astro First untuk menunjukkan yang kita tidak pernah berputus asa untuk sentiasa membawa pembaharuan dalam industri perfileman. Saya akui sambutan yang diterima di panggung-panggung adalah sederhana tapi itu tidak bermakna filem ini tidak bagus kerana rata-rata penonton yang sudah menonton filem ini memberikan reaksi yang baik. Cuma mungkin pemilihan tarikh tidak sesuai menyebabkan filem ini mempunyai penonton yang berjumlah kecil. Kini kita bersama Astro First membawakan secara eksklusif filem Ratu The Movie melalui medium paling mudah untuk mereka yang ingin menonton filem ini tetapi tidak mempunyai masa untuk ke panggung iaitu televisyen."

    Usaha itu tangga kejayaan. Mungkin inilah pegangan produksi Ratu The Movie ini. Memang sukar untuk menerangkan dengan kata-kata apatah terlalu banyak lemparan negatif terhadap filem ini walhal ia datang dari mereka yang tidak menontonnya lagi. Usaha produksi ini untuk membawakan sebuah filem yang merupakan satu genre terbaru di Malaysia di mana ia menggabungkan program realiti dan filem, digarap kemas oleh pengarah yang sudah berjaya dengan lebih 30 buah filem, Prof. Madya A. Razak Mohaideen harus diberi sokongan.

    Bukan mudah menghasilkan sebuah filem yang mana watak-watak utama dilakonkan oleh 10 pendatang baru yang tidak pernah mempunyai pengalaman berlakon sebelum ini. Tetapi produksi ini terlalu berani, kata mereka untuk melahirkan pelapis-pelapis baru, kita perlu berani mendedahkan mereka. Sayang jikalau bakat-bakat yang telah ditemui ini disimpan, alasannya mereka masih baru, tiada pengalaman, jadi siapa yang bertanggungjawab untuk memberi mereka pengalaman kalau bukan produser filem sendiri?

    Disebabkan keyakinan ini, maka sekali lagi mereka ingin 'memahkotakan' RATU The Movie melalui Astro First bermula 31 Mac ini. Peluang kedua untuk penggemar filem tanah air menonton dan menilai sendiri filem yang dibintangi pelakon-pelakon baru seperti Tasha Shilla, Bkay Nair, Farah Rahman, Farahin, Jazzy, Sue, Arizan , Elya, Shazlyn dan dimantapkan lagi dengan gandingan barisan pelakon popular seperti Eizlan Yusof, Fouziah Gous, Yusry KRU dan Azlee Khairi.

    Ratu The Movie, sebuah filem bergenrekan realiti penggembaraan menampilkan 10 gadis jelita yang berjaya memasuki peringkat akhir program realiti 'Pesona Ratu'. Mereka terpaksa bersaing sesama sendiri dari segi fizikal mahu pun mental untuk memastikan mereka memenangi gelaran sebagai Ratu. Namun ia tidak mudah seperti disangkakan mereka.

    Begitu banyak cabaran serta bermacam halangan yang terpaksa mereka tempuhi di samping menerima hakikat erti kehidupan sebenar sepanjang mereka terlibat dalam program realiti tersebut. Mempunyai kisah hidup yang berlainan di kalangan mereka, itulah yang harus mereka rungkaikan untuk memiliki gelaran Ratu. Adakah Ratu yang dipilih di dalam filem layak menjadi Ratu dalam industri perfileman kita? Anda tentukan.

    Untuk melanggan, senang sahaja, cuma tekan butang saluran Astro 480 dan ikuti langkah-langkah yang dipaparkan. Selamat menonton.

    Temubual Budiey Bersama Azli Pelakon Ratu The Movie

    Temubual Budiey Bersama Jazz Pelakon RATU THE MOVIE

    Temubual Budiey Bersama Shazlin Pelakon RATU THE MOVIE

    Temubual Budiey Bersama Farahin Pelakon Ratu The Movie

    Temubual Budiey Bersama Fara Rahman Pelakon Ratu The Movie

    Temubual Budiey Bersama Aliya Pelakon RATU THE MOVIE

    Temubual Budiey Bersama Tasha Shila Pelakon RATU THE MOVIE

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Promo: Dapatkan Majalah Cinema Online Keluaran April Sekarang!
  • Selamat Hari Jadi ke 38 Afdlin Shauki
  • Gambar Selebriti di Pelancaran Astro B.yond
  • Profile Marsha Milan Londoh
  • FILEM SETEM & MARHABAN DI ASTRO DI PAKEJ MUSTIKA
  • Road Tour Ratu The Movie Jelajah Seluruh Malaysia
  • Trailer Movie Saus Kacang Lakonan Marsha Milan Londoh
  • Pertandingan Ratu Jumbo 2010 di Sungei Wang Plaza 26 Oktober
  • Elemen Program Realiti dalam RATU THE MOVIE
  • Jom Tonton Drama Luna Fantasiku
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.