Adsense

Selasa, 15 Februari 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Kejutan dan kejayaan manis

Posted:

Kejutan dan kejayaan manis

Kejutan dan kejayaan manis

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my


LIMA trofi Grammy yang dimenangi Lady Antebellum menerusi album Need You Now sudah cukup membuktikan kehebatan mereka.


PADA awalnya, laluan kumpulan trio country, Lady Antebellum memang cukup cerah sementelah memenangi dua kategori utama iaitu Lagu dan Rekod Terbaik menerusi lagu popular mereka, Need You Now pada Anugerah Grammy Ke-53, malam Ahad lalu.

Bukan itu sahaja, kumpulan yang dianggotai oleh Charles Kelley, Hillary Scott dan Dave Haywood itu turut mengungguli genre country dengan tiga trofi menjadi milik mereka termasuk Lagu Country dan Album Country Terbaik bagi lagu serta album mereka yang berjudul Need You Now.

Dengan keunggulan mereka itu, ramai yang mula meramalkan Lady Antebellum akan mampu merangkul satu lagi kategori utama iaitu Album Terbaik bagi melengkapkan lagi kejayaan mereka sekali gus mencipta rekod baru Grammy.

Malah, sewaktu Barbra Streisand dan Kris Kristofferson bersiap-sedia untuk mengumumkan pemenang bagi Album Terbaik, terpancar jelas di wajah Hillary Scott yang benar-benar mengharapkan gelaran itu menjadi milik kumpulannya.

Namun, sudah menjadi resmi Grammy yang sentiasa penuh dengan kejutan, Lady Antebellum pasrah dengan kekalahan mereka kepada kumpulan Arcade Fire yang dijulang sebagai Album Terbaik yang mempertaruhkan album ketiga mereka, The Suburbs.

Ternyata kejayaan Arcade Fire pada malam itu mengundang kejutan besar kepada semua pihak yang sebelum ini meramalkan penyanyi rap terkenal, Eminem yang akan memenangi Album Terbaik.

Apatah lagi dengan kecemerlangan Eminem yang mendahului senarai pencalonan Grammy kali ini dengan 10 kategori berlandaskan albumnya, Recovery. Tanpa ragu Eminem memang menjadi calon kegemaran tahun ini.

Namun begitu, Eminem tidak pulang dengan tangan kosong apabila dia berjaya memenangi dua kategori iaitu Album Rap dan Persembahan Solo Rap Terbaik.

Seperti mana yang dikatakan tadi, kejutan memang tidak dapat lari daripada mana-mana acara anugerah waima di Hollywood sekali pun.

Semua perlu akur dengan kehendak juri yang sememangnya lebih bijak dan layak menilai dalam menentukan pemenangnya.

Pelbagai persoalan mula dibangkitkan oleh pemerhati dan peminat muzik selepas Arcade Fire memenangi anugerah yang menjadi idaman setiap karyawan muzik itu.

Mereka mula meragui pilihan juri itu memandangkan album The Suburbs hanya dipertandingkan untuk satu kategori sahaja iaitu Album Muzik Alternatif Terbaik.

Itupun Arcade Fire gagal memenanginya apabila tewas kepada kumpulan The Black Keys menerusi album Brothers.

Malah, tiada satu pun lagu dalam album mereka tersenarai dalam dua kategori utama iaitu Rekod dan Lagu Terbaik yang sering kali menjadi petunjuk dan pelengkap kepada sesebuah album itu untuk dinobatkan sebagai Album Terbaik.

Pemilihan album The Suburbs sebagai Album Terbaik dilihat mengulangi sejarah pahit yang pernah tercatat dalam direktori penganjuran Grammy sebelum ini.

Siapa yang dapat lupa sewaktu album Two Against Nature milik Steely Dan memenangi kategori itu dengan menewaskan calon kegemaran iaitu album The Marshall Matters LP oleh Eminem pada tahun 2001.

Begitu juga dengan kejayaan album River: The Joni Letters yang mengalahkan album Back To Black milik Amy Winehouse tiga tahun lalu.

Semuanya kerana kedua-dua album itu bukan sebuah produk yang popular dan diterima secara meluas oleh pencinta muzik secara keseluruhannya.

Malah, penjualan albumnya juga kurang memberangsangkan dan tidak langsung mencecah jualan sekurang-kurangnya satu juta salinan di Amerika Syarikat.

Tetapi, keputusan sudah pun dilakukan. Biarpun pahit untuk ditelan, setidak-tidaknya Grammy telah melakukan satu anjakan baru dalam pemilihan Arcade Fire sebagai pemenang pada malam kelmarin.

Pertamanya, Grammy kini mula mengiktiraf kumpulan muzik bebas dan merasakan mereka wajar untuk diberi pengiktirafan seperti mana artis arus komersialisme yang lain.

Selain itu, kemenangan Arcade Fire sebagai pemenang Album Terbaik juga membuktikan sebuah kumpulan muzik yang album hanya terjual sebanyak 500,000 salinan juga mampu bersaing dengan artis popular lain yang memiliki rekod penjualan album melebihi satu juta.

Itu menandakan produk dan kualiti yang terkandung dalam album mereka menepati kriteria yang telah ditetapkan oleh para jemaah juri yang menganggotai Akademi Rakaman Seni dan Sains Kebangsaan (NARAS).

Malam Grammy itu juga mengundang sebuah lagi kejutan apabila Esperanza Spalding memenangi kategori Artis Baru Terbaik mengalahkan calon popular, Justin Bieber.

Memang ramai yang melopong mulut dan ternganga apabila nama Spalding diumumkan sebagai pemenang memandangkan namanya kurang popular.

Mempertaruhkan muzik jazz, Spalding juga mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi penyanyi jazz pertama yang diiktiraf sebagai Artis Baru Terbaik.

Kini Spalding boleh berbangga apabila berdiri setanding dengan nama-nama seperti Mariah Carey, Bette Midler, LeAnn Rimes, John Legend, Christina Aguilera, Norah Jones dan Carrie Underwood.

Benar, Bieber merupakan penyanyi yang cukup popular di dunia ketika ini.

Tiada siapa yang mampu menidakkan fenomena yang telah dicetus oleh penyanyi kelahiran Kanada itu.

Tetapi, kita memperkatakan tentang Grammy di sini yang meletakkan nilai kualiti dan estetika pada setiap mana-mana artis mahupun produk untuk dijulang sebagai pemenang.

Masih ingat bagaimana Britney Spears tewas kepada Christina Aguilera pada tahun 2000 untuk Artis Baru Terbaik? Sedangkan ketika itu Spears lebih popular daripada Aguilera yang ternyata memiliki bakat lebih hebat daripada Spears.

Begitu juga ketika Jonas Brothers dicalonkan dalam kategori itu dan ditewaskan oleh penyanyi dari United Kingdom, Adele, dua tahun lalu.

Biarpun gagal menggenggam trofi Album Terbaik, Lady Antebellum terus mencipta sejarah sebagai pemenang terbesar malam itu dengan lima trofi.

Kejayaan mereka itu mengulangi sejarah yang pernah dicatatkan oleh rakan seperjuangannya mereka, kumpulan Dixie Chicks yang memenangi lima trofi Grammy pada tahun 2007.

Memperjuangkan muzik country, Lady Antebellum mengikut jejak penyanyi seperti Taylor Swift yang diterima baik oleh pencinta muzik arus perdana.

"Kami pernah terfikir adakah laluan yang kami pilih ini silap? Tetapi ternyata karya kami diterima dengan cukup positif oleh masyarakat.

"Memenangi Grammy untuk dua kategori utama ini benar-benar mengejutkan kami," ujar Scott mewakili teman-temannya.

Penyanyi dan komposer terkenal, John Legend juga tidak kurang hebatnya apabila mengungguli kategori R&B dengan tiga kemenangan iaitu Album R&B Terbaik bagi album Wake Up!.

Sementara itu dua lagu nyanyiannya iaitu Shine dan Hang On In There pula memenangi Lagu R&B Terbaik dan Persembahan Vokal R&B Tradisional Terbaik.

Selain Legend, genre R&B juga memperlihatkan kehebatan Usher apabila memenangi dua kategori iaitu Persembahan Vokal R&B Terbaik bagi lagu There Goes My Baby dan Album Kontemporari Album Terbaik untuk album Raymond V Raymond.

Untuk edisi kali ini, nama-nama seperti Usher, Justin Bieber, Jaden Smith, Lady Gaga, Bob Dylan, Barbra Streisand, Mick Jagger, Eminem, Dr. Dre, Rihanna dan ramai lagi telah mewarnai pentas Grammy dengan persembahan masing-masing.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gaya pasangan romantis Hollywood

Posted:

Gaya pasangan romantis Hollywood

Gaya pasangan romantis Hollywood


SELALUNYA Will Smith akan hadir berdua bersama isterinya, Jada Pinkett (kiri) tetapi tahun ini mereka hadir bersama anak perempuan mereka, Willow.


MEMANG tidak dinafikan, setiap kali berlangsungnya majlis anugerah berprestij di Hollywood, ia merupakan sebuah keraian yang akan mengumpulkan semua karyawan mereka.

Tidak kira sama ada majlis itu meraikan karyawan filem, muzik mahupun televisyen, kelibat artis Hollywood pasti akan kelihatan di setiap majlis tersebut.Setiap seorang daripada mereka akan hadir memberikan sokongan sekali gus membuktikan mereka tidak bersikap prejudis dalam memperjuangkan bidang hiburan yang diceburi.Begitu juga dengan Anugerah Grammy Ke-53 yang baru sahaja berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat, malam Ahad lalu (Isnin, waktu Malaysia).

Seperti biasa, karyawan seni Hollywood dari pelbagai lapangan seni telah membanjiri Staples Centre di mana tempatnya majlis pengiktirafan muzik tertinggi Hollywood itu berlangsung.Semuanya hadir pasang badan dengan busana yang menawan dan menarik perhatian setiap mata yang memandang.Untuk itu, Hits menampilkan gaya beberapa pasangan romantis Hollywood yang hadir memeriahkan acara karpet merah Grammy.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Tunggu masa

Posted: 14 Feb 2011 02:57 PM PST

Hip

Fouziah Gous yakin satu hari nanti terus kekal bertudung

INSAN yang bergelar artis juga turut mempunyai agenda tersendiri bagi menyemai perasaan cintakan Rasulullah sempena sambutan Maulidur Rasul.

Itulah yang berlaku dalam sanubari Fouziah Gous apabila terlintas untuk bertudung. Tidak dapat dinafikan, niat untuk menutup aurat dengan mengenakan tudung secara rasmi memang wujud dalam naluri pelakon ini. "Seboleh-bolehnya saya tidak mahu jadi orang yang sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Prinsip saya, kalau sudah memakai tudung, saya akan terus memakainya walau ke mana pun destinasi saya.

"Saya mahu memakai tudung dengan niat yang betul dan dengan izin tuhan suatu hari nanti saya akan pakai juga dan tidak akan meninggalkannya (membuka tudung) lagi.

"Saya akui saya masih takut dan belum bersedia kerana sekiranya saya memakai tudung, saya mahu jadi teladan yang baik untuk dicontohi. Saya merasakan ia tanggungjawab besar apabila saya memakai tudung," kata Fouziah ketika ditemubual Hip baru-baru ini.

Dalam sesi temu bual dan fotografi ini di Studio Hip di Balai Berita, Fouziah Gous atau nama penuhnya Nor Fouziah Mohd Gous, tampak lebih manis mengenakan tudung daripada biasa.
Dan apabila mula ditanya mengenai perihal tudung, senyuman lembut terukir di bibir gadis berdarah campuran Melayu, Pakistan dan Cina ini.

Tidak dapat dinafikan, niat untuk menutup aurat dengan mengenakan tudung secara rasmi memang wujud dalam naluri Fouziah.

"Peminat juga lebih gemar saya memakai tudung kerana sejak dulu lagi saya banyak menjadi model bertudung seperti untuk iklan Avon. Syukur, rezeki saya bertambah apabila saya memakai tudung," ujar Fouziah.

Apatah lagi, seorang pengusaha butik, Koleksi Zaliana, ada menjahit dan menghasilkan rekaan tudung khas untuk Fouziah yang diberi nama FG, bersempena dengan singkatan namanya sendiri, Fouziah Gous.

Bagaikan satu penghormatan dan tidak seperti gadis bertudung yang lain, Fouziah mendapat tajaan tudung khas dari Koleksi Zaliana ini untuk dipakai di dalam drama terbitan TV AlHijrah berjudul Kala Terbit Cinta.

"Pada mulanya saya memang mencari satu rekaan tudung yang berwarna untuk dipadankan dengan jubah hitam yang sering saya pakai dalam drama Kala Terbit Cinta.

"Selain mencari fesyen berlainan yang boleh diketengahkan, saya juga ingin menyelitkan warna di dalam drama ini. Saya cuba gabungkan satu fesyen yang boleh diterima ramai. Di sinilah saya menemui Koleksi Zaliana yang sudi memberi tajaan tudung kepada saya.

"Saya berterima kasih kepada butik tersebut kerana memberi peluang kepada saya secara tidak langsung saya dapat mempromosikannya menerusi drama yang ditayangkan di TV AlHijrah ini," katanya yang kali pertama bekerja bersama TV AlHijrah.

Drama Kala Terbit Cinta, gandingannya bersama Adi Putra bukanlah drama pertama yang memerlukan Fouziah menutup auratnya.

Pelakon itu mengakui dia sudah banyak membintangi drama yang memerlukan dia memakai tudung dan ia tidak mendatangkan sebarang masalah kepadanya.

Selain Kala Terbit Cinta, Fouziah menerima tawaran berlakon drama Tahajud Cinta arahan Erma Fatima yang memerlukan dia berpurdah.

Watak ini dianggap agak sukar untuk dibawa kerana dia harus pandai bermain emosi dengan menggunakan mata dan ini dianggap sebagai cabaran yang mendewasakan dirinya.

Masih dalam pembelajaran

Berbicara mengenai kerjayanya, Fouziah sedar dia masih di dalam proses pembelajaran dan masih mencari maksud sebenar lakonan yang bagus bagi mendalami apa saja watak yang diterimanya.

Pemenang Pelakon Harapan Wanita Popular, Anugerah Skrin 2007 (ASK2007) yang sudah terbabit di dalam industri seni sejak 2006 ini, mengakui kini dia lebih matang dan bijak menjiwai watak kerana banyak yang sudah dipelajari sejak pembabitannya.

Drama pertamanya yang diakui menaikkan namanya ialah, Cinta Medik pada tahun 2007.

Gadis kelahiran Kuala Lumpur ini juga tidak lupa diri bahawa Prof Madya A Razak Mohaideen sudah banyak berjasa dalam menaikkan namanya di dalam dunia lakonan.

Bermula dengan watak pembantu dalam filem Bujang Senang arahan sutradara tersebut, Fouziah terus dilamar untuk beraksi dalam beberapa lagi filemnya, Sifu dan Tongga, Rasukan Ablasa, Skrip 7707, Dua Hati Satu Jiwa dan Ratu.

Selain itu, Fouziah juga pernah bekerja dengan ramai pengarah yang berpengalaman antaranya Bade Azmi, Erma Fatima, Amy Maziah dan Rosyam Nor.

Kini, Fouziah sibuk menjalani penggambaran drama bertajuk Maya Helina serta filem Hantu Bukit Cina, manakala Ratu adalah filem terbarunya yang akan ditayangkan dalam tahun ini.

Tunai umrah sendirian

Bagi sambutan Maulidur Rasul ini juga Fouziah tidak terlepas melipatgandakan amalan bagi meraih keberkatan seperti umat Islam yang lain.

Sementara itu, mengagumi keberanian gadis ini kerana Fouziah pernah menunaikan umrah berseorangan pada Ramadan tahun lepas tanpa ditemani oleh kenalan mahu pun saudara terdekatnya.

Ia adalah kunjungan kedua Fouziah ke Makkah di mana kali pertama pada 2009. Tujuan murni gadis ini adalah ingin merebut nikmat malam istimewa, lailatulqadar di sana. Ini adalah sikap yang perlu dicontohi bukan saja oleh artis malah seluruh umat Islam yang lain kerana sesungguhnya tiada yang mustahil dalam beribadah ke jalan Allah SWT. Justeru hendaklah kita menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai contoh paling terbaik.

NAMA: Nor Fouziah Mohd Gous
PANGGILAN: Fouziah Gous
TARIKH LAHIR: 11 Disember 1982
UMUR: 29 Tahun
ASAL: Kuala Lumpur
KERJAYA: Model dan pelakon
STATUS: Bujang
KELUARGA: Bongsu daripada lima beradik
PENDIDIKAN: Diploma Kesetiausahaan, Kolej Systematic (Segi College)
IKLAN: Adabi, Homesoy, Kentucky Fried Chicken (KFC), Fab, Munchies, Adidas, Alaisyah
DRAMA: Sangga Saadah, Qa'naah, Cinta Medik, Impak Maksima The Series, Otai The Series, Pencak Akhir, Anak Mami, Enigma, Kain Ketat Isabella, Sutera Maya, Kasihmu Di Bulan Ramadan, Puisi Untuk Anis, Kepulangan, Spa Q 2, Shah Jehan, Penunggu Gunung Raya, Trilogi Cinta, Kala Terbit Cinta, Tiramisu, Mantera Anjasmoro
FILEM: Bujang Senang, Malaikat Maut, Skrip 7707, Otai, Rasukan Ablasa, Sifu & Tongga, Dua Hati Satu Jiwa, Rasuk, Hantu Bukit Cina, Ratu
PENCAPAIAN: Pelakon Harapan Wanita Popular (Anugerah Shine Pantene) di ASK2007

Tudung : Koleksi Zaliana, Axis Atrium Pandan Indah
Baju : Butik Mimpi Kita, Jalan Telawi 2
Make up : Sue Hashim 012-3494957.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sebulan rai Maulidur Rasul

Posted: 14 Feb 2011 02:48 PM PST

Hip

JAMIL (tengah) bersama Syafiq (kiri) dan Bukhari pada majlis pelancaran program TV AlHijrah sempena sambutan Maulidur Rasul.

JAMIL (tengah) bersama Syafiq (kiri) dan Bukhari pada majlis pelancaran program TV AlHijrah sempena sambutan Maulidur Rasul.

TV AlHijrah peruntukkan 54 jam untuk siarkan program sempena keputeraan Nabi Muhammad

BERTEMAKAN Andai Rasulullah Masih Ada, TV AlHijrah memperuntukkan sebanyak 54 jam bagi menyiarkan pelbagai program menarik sempena sambutan Maulidur Rasul yang disambut seluruh dunia hari ini.

Selama sebulan, kesemua program terbabit disiarkan bermula 4 Februari lalu sehingga 5 Mac ini. Majlis pelancarannya yang disiarkan secara langsung menerusi program Assalamualaikum kendalian Syafiq Zulkafili, disempurnakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir baru-baru ini.

Menurut Jamil, pendekatan yang dibuat dengan melancarkan sambutan selama sebulan bertujuan memberi peluang kepada generasi muda untuk lebih menghayati perjuangan Nabi Muhammad.

"Pendekatan utama yang dibuat adalah dengan mengarahkan semua agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk mengadakan sambutan program Maulidur Rasul selama sebulan. Selalunya, masyarakat kita hanya menyambut Maulidur Rasul pada 12 Rabiulawal saja, dan kembali menjalani kehidupan seperti biasa pada keesokan harinya.

"Alhamdulillah semua agensi menyahut saranan itu dengan mengadakan pelbagai program, seperti ceramah, tazkirah, program kanak-kanak, selawat dan konsert daripada kumpulan nasyid dalam bentuk hiburan," katanya yang di Studio Digital TV AlHijrah baru-baru ini.
Hadir sama pada majlis itu Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Bukhari Che Muda.

Jamil turut memberi penghargaan kepada stesen TV yang dikendali di bawah jabatannya kerana mengambil inisiatif yang drastik biarpun usianya baru mencecah dua bulan.

"Fokus TV AlHijrah terhadap penyiaran program sempena Maulidur Rasul sudah bermula sejak 4 Februari lalu. Saya fikir 54 jam yang diperuntukkan itu waktu yang sangat panjang, apatah lagi jika diukur dengan usia TV AlHijrah sendiri yang baru bersiaran selama dua bulan.

"Sebanyak 40 jam 30 minit diperuntukkan buat program tempatan manakala 13 jam 30 minit lagi untuk program antarabangsa," katanya yang berbangga apabila stesen terbabit mampu menyediakan sehingga 40 jam untuk siaran program tempatan, apatah lagi pada ketika peraturan lebih ketat harus dipatuhi dalam penghasilan program terbabit.

Antara program yang disiarkan sepanjang sambutan keputeraan Nabi Muhammad kali ini termasuk dokumentari 13 episod Titian Ombak, Bicara, Assalamualaikum, Children of Heaven, KL Berselawat, Muhammad Utusan Terakhir dan Tamu Dari Hadramaut.

Sementara itu, Jamil juga mengakui siaran TV AlHijrah belum dapat ditonton di beberapa negeri disebabkan kekurangan spektrum.

"Saya akui memang siaran TV AlHijrah masih belum sampai ke seluruh negara disebabkan spektrum kita belum mencukupi.

"Secara peribadi saya sendiri sudah menulis surat kepada Astro untuk membantu agar dapat keluar daripada masalah yang sering mendapat maklum balas daripada masyarakat ini. Perbincangan sangat positif dan Insya-Allah pada April kita dapat bersiaran bersama Astro," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


Mizz Nina bakal berduet dengan Justin Timberlake, Rihanna!

Posted: 15 Feb 2011 12:12 AM PST



Cerita terbaru mengenai penyanyi, Mizz Nina yang juga merupakan tunangan Noh Hujan bakal berkolaborasi dengan dua penyanyi terkenal antarabangsa. Khabarnya selepas berpuas hati dapat berduet dan menimba ilmu bersama Colby O'Donis, Nina bakal bersatu dengan artis terkenal, Justin Timberlake dan Rihanna.


Siapa yang dapat menafikan, Mizz Nina punya jalan untuk memenuhi impiannya itu kerana Mizz Nina merupakan anak orang berada. Namun berwang atau tidak yang penting adalah inisiatif dan kerja keras seseorang itu dalam merealisasikan impian. -KosmoOnline

Sein dan Nana rujuk balik?

Posted: 15 Feb 2011 12:10 AM PST




Sebelum ini berita perceraian Syed Hussein Syed Mustafa (Sein) dan Noor Diyana Muhammad (Nana) yang juga juara Sehati Berdansa 3, sudah dimaklumkan kepada umum. Perceraian itu dibuat pada bulan 12 tahun yang lalu dengan talak satu. Tapi memang cukup membuatkan sesiapa sahaja merasakan ianya sesuatu yang tidak wajar berlaku. Kerana pasangan ini kelihatan terlalu bahagia di dalam rancangan Sehati Berdansa. Itulah takdir diantara mereka.

Namun dipagi yang mulia ini, sempena Maulud Nabi Muhammad, kita akan mendapat berita gembira mengenai pasangan ini. Dengar khabar, Sein sudah merujuk Nana kembali ke sisi ini. Ini atas kenyataan Sein sendiri dalam laman sosial Facebook miliknya baru-baru ini. Dengan kenyataan seperti ini.. "I love my wife. Alhamdulillah, jodoh masih dipanjangkan." namun Sein telah 'remove' post berkenaan dalam beberapa detik kerana mungkin tidak mahu mencari publisiti. Dan menganggap apa yang berlaku menjadi pengajaran baginya.

Alhamdulillah kalau berita ini benar. Semoga syaitan boleh menangis dengan perkhabaran ini.

Pandangan Sharifah Sofea mengenai Hari Kekasih

Posted: 15 Feb 2011 12:05 AM PST





Dengar khabar, Sharifah Sofea sedang menunggu saat-saat kelahiran permata sulung beliau bersama suami tercinta, Syed Ismail Syed Al-Ali. Yang terbaru mengenai sharifah, Sharifah dilihat cuba mempertikaikan tentang isu pengharaman sambutan Valentines Day atau hari Kekasih di laman Twitternya. Antara persoalan yang dibangkitkan beliau ialah,
 "Jika benar ianya haram, mengapa tahun lepas dan tahun-tahun sebelum ini tidak diharamkan"?

Itu adalah serba sedikit luahan Sharifah mengenai Hari Kekasih. Tidak tahu samaada Sharifah mempertikaikan atau cuba ingin mengetahui dasar sebenar yang sedia ada. Namun kita digesa agar berfikiran positif terhadap Sofea. Kalau ada yang silap dan salah, mungkin boleh dinasihati. Dan yang PASTI, anda (orang Islam) DIHARAMKAN sambut Hari Kekasih

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Amy, Asyraf raikan Maulidur Rasul

Posted:

Amy, Asyraf raikan Maulidur Rasul

Amy, Asyraf raikan Maulidur Rasul



SIAPA sangka juara program Imam Muda musim pertama Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan cukup meminati rocker terkenal, Amy Search. Pelawaan daripada Kosmo! untuk menggandingkannya bersama vokalis kumpulan Search itu sempena sambutan Maulidur Rasul diterima dengan penuh teruja meskipun diberitahu dalam masa yang agak singkat.

Kata Asyraf, dia sememangnya peminat Amy, justeru dapat bergambar dan bertandang ke rumah Amy tempat di mana lokasi sesi fotografi berlangsung tidak akan ditolaknya.

"Saya memang minat sangat dengan Amy Search. Lagu-lagu seperti Isabella dan Fantasia Bulan Madu merupakan lagu kegemaran saya," cerita Asyraf yang memperlihatkan sisi lainnya.

Sambung anak kelahiran Pulau Pinang ini lagi, ramai lagi mereka yang bergelar ustaz minat dengan kumpulan legenda itu, bagaimanapun, dia tidak pernah berkunjung ke sebarang konsert Search.

"Saya tidak pernah hadir ke konsert mereka. Tetapi saya memang minat lagu-lagu Search. Sebab itu bila diberitahu saya bergandingan dengan Amy Search dan datang ke rumahnya pula, saya memang tidak sabar.

"Pertama kali bertemu dengan Amy ketika saya dijemput ke program Datuk Fazillah Kamsah pada bulan Oktober tahun lalu, waktu itu saya tidak sempat bertegur dengannya. Jadi, bila dapat bersemuka dengannya, memang saya tidak sangkalah," luahnya penuh teruja.

Pagi Jumaat lalu, apabila mereka bertemu, biar untuk pertama kali, masing-masing teruja untuk bercakap tentang sambutan Maulidur Rasul yang jatuh pada hari ini.

Lebih menarik apabila kedua-duanya mempunyai persepsi tersendiri tentang sambutan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W itu dengan Hari Valentine atau hari kekasih yang jatuh pada setiap 14 Februari, iaitu semalam.

Berbanding meraikan ulang tahun kelahiran nabi, sambutan hari kekasih lebih diagungkan oleh kebanyakan orang di seluruh dunia.

Menurut Asyraf yang hari ini berada di Pulau Pinang sebagai tetamu jemputan untuk sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri, sambutan Maulidur Rasul seharusnya lebih disedari oleh golongan muda berbanding dengan Hari Valentine yang disambut oleh mereka yang beragama Kristian, semalam.


AMY mengajak Asyraf untuk berduet dengannya jika juara Imam Muda itu boleh menyanyi.


Tambahnya, kerana promosi yang sangat meluas dan kerap menyebabkan Hari Valentine lebih popular disedari berbanding dengan Maulidur Rasul.

"Maulidur Rasul hari untuk umat Islam memperingati hari kelahiran Rasulullah. Setiap hari kita harus ingat dan simpan dalam hati, jasa dengan pengorbanannya. Kenapa Hari Velentine lebih dipromosikan sebab ramai orang dapat untung melaluinya seperti jual bunga dan hadiah.

"Tetapi Maulidur Rasul tiada apa yang boleh ditukarkan kecuali ingatan serta doa. Saya berharap orang muda terutamanya, sambut dan sedar mengenai Maulidur Rasul kerana ada antara mereka yang tidak tahu bagaimana untuk berselawat kepada nabi.

"Ingatan kepada Rasul bukan hanya pada hari sambutan Maulidur Rasul tetapi harus setiap hari. Kita kena tanamkan rasa cinta dan sayang kita kepadanya sebagai umat Islam kerana tanpanya umat Islam tidak akan wujud seperti hari ini," katanya.

Sementara Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman pula, memberitahu, saban tahun dia akan meraikan ulang tahun kelahiran Rasulullah ini dengan caranya tersendiri.

Katanya, dia cukup banyak sejarah bersama kumpulan Rabbani. Jika dahulu, dia sering mengadakan persembahan sempena Maulidur Rasul bersama Rabbani dan ustaz Asri tetapi tahun ini dia tidak ke mana-mana.

"Saya banyak kenangan dengan ustaz Asri, dia mentor saya dan banyak memberi ilmu agama kepada saya. Sebab itu bila ada sahaja undangan untuk menyanyikan lagu-lagu ketuhanan, saya pasti teringatkan arwah," bicaranya sambil menghela nafas panjang.

Bagi Amy, Maulidur Rasul merupakan bulan dakwah untuk umat Islam mengingati Rasul junjungan kerana Nabi Muhammad S.A.W meninggalkan impak yang besar dalam dunia Islam.

"Kita kena sambut Maulidur Rasul lebih besar daripada hari lahir kita sendiri kerana ia menginsafi diri kita bagaimana Islam itu tersebar. Sebagai umat Islam kita harus berbangga kerana mempunyai Nabi Muhammad S.A.W sebagai pemimpin," terangnya bersungguh-sungguh.

Ucapnya lagi, sebagai seorang bapa kepada empat orang anak dia sering bercerita tentang Nabi dan Rasul kepada anak-anaknya sebagai cara untuk mereka mengingati dan menghargai Rasulullah.

"Saya sering berborak dengan mereka umpama bercerita kerana kanak-kanak suka dengan cerita. Bila mereka bertanya kita harus menjawab dengan sebaiknya. Itu antara cara saya menerapkan nilai-nilai cintakan Rasulullah kepada mereka," katanya.

Berduet


AMY dan Asyraf banyak berkongsi cerita tentang pengalaman mereka berkunjung ke tanah suci Mekah.


Selain berkongsi persepsi tentang sambutan Maulidur Rasul, bicara antara Amy dan Asyraf banyak tertumpu kepada topik haji dan umrah, memandangkan kedua-duanya telah menjejakkan kaki ke kota suci Mekah.

Asyraf ke Mekah mengerjakan haji pada musim haji yang lalu hasil hadiah kemenangan sebagai juara Imam Muda.

Sementara Amy, hampir saban tahun dia tidak akan pernah mahu melepaskan peluang menunaikan umrah.

Dalam rancak bertukar cerita tentang pengalaman masing-masing saat menjadi tetamu Allah, Amy tiba-tiba bertanya kepada Asyraf soalan yang tidak pernah terlintas di fikirannya.

Amy bertanya adakah lelaki muda yang warak itu mampu menyanyi. Soalan Amy disambut dengan malu oleh Asyraf: "Boleh, tetapi hanya suka-suka."

Amy kemudian menjelaskan, dia bertanyakan soalan tersebut kepada Asyraf kerana sewaktu Ustaz Asri masih hidup, arwah merupakan rakan duet untuk lagu-lagu ketuhanan bersamanya.

Malah mereka sempat merakamkan duet lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur bersama Rabbani.

Kini, selepas Ustaz Asri meninggal dunia, dia sedang mencari calon yang sesuai untuk menjadi rakan duetnya untuk lagu berjudul Meniti Titian Usang.

Menurut Amy, sebelum ini dia pernah mendendangkan lagu itu dalam sebuah majlis bersama dengan Ustaz Asri, bagaimanapun, mereka tidak sempat merakamkan lagi tersebut memandangkan Allah lebih menyayangi Ustaz Asri.

"Muziknya sudah ada, cuma kami tidak sempat rakam sahaja. Pernah menyanyikan lagu itu dan ramai orang yang terpegun. Saya sendiri menggigil-gigil ketika menyanyi lagu itu. Kalau ada orang yang sesuai, Insya-Allah, saya akan rakamkannya kerana ia sebuah lagu yang cukup indah dan memberi keinsafan kepada saya," tutur Amy.

Pelawaan Amy dibalas dengan huraian oleh Asyraf. Katanya: "Kalau diminta berduet dengan Amy Search memang saya tidak akan tolak.

"Tetapi ramai orang di luar sana yang tidak dapat terima seorang imam menyanyi. Bagi saya tidak ada masalahnya jika imam menyanyikan lagu-lagu ketuhanan. Jika peluang itu datang, saya akan terima dengan hati yang terbuka."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cinta Siti Zulaikha

Posted:

Cinta Siti Zulaikha

Cinta Siti Zulaikha


GANDINGAN DJ Pool dan Ani Mayuni diharap mampu menghidupkan Siti Zulaikha.


PERNAH dipertontonkan di Ipoh, Perak, pada tahun 2009, teater adaptasi dari naskhah asal srikandi, Siti Zubaidah - Siti Zulaikha kini kembali menemui peminat. Kali ini, teater bangsawan itu menampilkan kelainan termasuk mengenengah beberapa nama popular dunia lakonan.

Menariknya, teater Siti Zulaikha edisi kedua hasil penulisan oleh Presiden Pertubuhan Kebajikan 1Malaysia, Datuk Kamarul Airi Arifin itu dibikin dalam skala lebih besar termasuk menghadirkan sutradara baru yang juga seorang pelakon berbakat besar, Raja Azrey.

Melibatkan seramai 80 tenaga kerja termasuk pelakon, penari, pemuzik dan krew teknikal, Raja Azrey meluah keterujaan diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab sebagai pengarah bagi merealisasi keseluruhan perjalanan teater Siti Zulaikha buat kali pertama.

Bercakap tentang transisi Siti Zulaikha agar tidak terlihat sama dengan pementasan sebelum ini, Raja Azrey memberitahu, dia mengaku memperlihat beberapa perubahan kepada naskhah itu. Cuma, pada waktu sama, format dan undang-undang karya bangsawan masih dikekalkan.

Selain kali pertama saya mengarah teater, Siti Zulaikha ibarat sebagai hasil yang tidak pernah didedahkan meluas kepada khalayak. Lantaran itu, cara pengolahan karya ini harus dilaksanakan sebaik mungkin sambil menunjukkan kepada audiens siapa Siti Zulaikha.

"Sebelum ini, perpaduan dalam persahabatan lebih ditonjolkan pada pementasan sulung. Justeru, kali ini, saya ingin menunjukkan lebih banyak elemen cinta dan kasih sayang," kata Raja Azrey sewaktu ditemui pada sidang akhbar teater bangsawan itu di ibu negara minggu lalu.

Bercakap tentang pemilihan DJ Pool yang menerajui karakter Sultan Zainal Ulung dan Ani Maiyuni (Siti Zulaikha), Raja Azrey melihat dua pelakon tersebut punya skil tersendiri berada di atas pentas teater sambil menyerapi semangat sebagai sultan dan srikandi dikenali ramai itu.

"Biarpun DJ Pool tidak memenuhi 100 peratus syarat saya, cukup hanya dia ada 50 peratus daripada apa diingini untuk mempamer watak ini. Malah, setakat ini, dia ada pakej lengkap berbanding pelakon lain tambahan pula vokal dimiliki sebagai deejay menjadi kelebihan buat dirinya.

"Selepas mengetahui kebolehan DJ Pool, saya tidak memandang orang lain bagi mengisi kekosongan watak ini. Lagipun, tiada salah kalau saya beri peluang ini kepada individu berbakat sepertinya," bahas Raja Azrey yang turut ada persepsi sama terhadap bakat heroin teater itu.

Meraih kesempatan bergelar pemain utama Siti Zulaikha, DJ Pool yang merupakan deejay radio KLFM itu sedang melakukan persiapan untuk membawa diri Sultan Zainal Ulung bergandingan bersama pasangannya, Ani.

"Saya anggap diri kosong sewaktu Raja Azrey menawarkan peluang untuk menjadi pemain utama naskhah terkenal ini. Malah, saya cuba mengosongkan diri sewaktu datang melakukan latihan agar tidak sama dengan watak-watak dizahirkan sebelum ini.

"Walau pada awal saya akui berdepan sedikit tekanan, kini, selepas melakukan latihan hari demi hari sambil mendapat tunjuk ajar daripada Raja Azrey, saya sudah bersedia untuk menyerap diri sebagai Sultan Zainal Ulung. Insya-Allah, saya akan beri yang terbaik," janji DJ Pool.

Sementara itu, Ani yang telah cukup sebati berada di gelanggang teater bangsawan menganggap naskhah Siti Zulaikha sedikit sebanyak menyediakan cabaran tertentu buat dirinya sementelah harus terlibat dalam adegan seni mempertahankan diri, silat.

"Sebelum ini, saya sering membawakan watak puteri. Kali ini, sebagai Siti Zulaikha, saya kena menjadi seorang wanita yang bersemangat kental selain perahsia dan kuat agama," ujar Ani yang bakal menyanyikan dua buah lagu baru dihasilkan khususnya buat teater Siti Zulaikha.

Teater Siti Zulaikha yang dihasilkan bagi mengangkat semula seni teater bangsawan tanah air dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan 1Malaysia itu turut mendapat sokongan Pertubuhan Teater Klasik Perak dan Persatuan Rumpun Seni & Teater Shah Alam (Resam).

Selain DJ Pool dan Ani, Siti Zulaikha yang turut dibintangi oleh Azza AF, Khaty Azean, Eida Moin, Syukor Yon dan Shah Farid bakal dipentaskan di Auditorium Taman Budaya Negeri Melaka, Ayer Keroh, Melaka pada 26 dan 27 Februari ini pukul 8.30 malam. Masuk adalah percuma.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kejutan buat Eminem, Bieber

Posted:

Kejutan buat Eminem, Bieber

Kejutan buat Eminem, Bieber


KIRI: Milik kami. Para anggota kumpulan Arcade Fire meraikan kemenangan mereka merangkul Anugerah Album Tahun Ini.


DIA meraih pencalonan terbanyak, namun dia juga yang kalah dengan banyaknya! Entah kenapa raut wajah Eminem tampak seolah-olah seperti sedang cuba menyembunyikan debaran, keresahan dan kerisauan dalam dirinya. Langsung dia tidak kelihatan teruja.

Ia terserlah ketika dia naik ke pentas sewaktu diumumkan sebagai pemenang Anugerah Persembahan Rap Solo Terbaik.

Persoalan itu seolah-olah terjawab usai majlis Anugerah Grammy ke-53 yang di Staples Center di Los Angeles California, semalam.

Ini kerana daripada kesemua 10 pencalonan yang diraihnya, dan selain Anugerah Persembahan Rap Solo Terbaik, Eminem hanya mampu menang satu lagi anugerah iaitu Album Rap Terbaik.

Ini bermakna dia kalah dalam kesemua pencalonan bagi anugerah utama!

Justeru, adakah Eminem sudah dapat merasakan bahawa dia tidak akan menang banyak anugerah, khususnya untuk anugerah utama?

Ia sesungguhnya suatu kejutan mega buat umum, malah buat Eminem sendiri!

Keputusan Grammy kali ini sememangnya benar-benar di luar jangkaan apabila anugerah tertinggi Grammy iaitu Album Tahun Ini dimenangi kumpulan Arcade Fire yang sebelum ini hanya meraih tiga pencalonan.

Bagi anugerah tersebut, Arcade Fire yang kalah dalam dua pencalonan lain berjaya mengalahkan empat pesaing sengitnya iaitu Lady Gaga, Katy Perry, Eminem dan kumpulan Lady Antebellum.

Ia sesungguhnya suatu kejutan memandangkan Arcade Fire sudah dijangka akan kalah kepada salah seorang daripada empat pesaingnya itu terutama Lady Antebellum yang sebelum itu diumumkan sebagai pemenang lima anugerah lain.

Lady Antebellum sekali gus merupakan artis paling banyak meraih anugerah pada Grammy kali ini!

"Kami akan terus menghasilkan lagu-lagu terbaru kerana kami sukakan muzik," ucap vokalis Arcade Fire, Win Butler penuh teruja selepas naik ke pentas bersama anggota lain kumpulan itu untuk menjulang trofi yang disampaikan penghibur legenda, Barbra Streisand.

Gimik luar biasa

Kejutan pada tahap yang sama juga berlaku dalam kategori Artis Baru Terbaik.


AKSI hebat persembahan Jaden Smith (kiri) dan Justin Bieber di pentas.


Ini kerana ramai yang menjangka ia akan dimenangi ikon popular masa kini, Justin Bieber atau setidak-tidaknya rapper Drake yang turut tercalon dalam kategori itu.

Namun, anugerah tersebut muktamad menjadi milik penyanyi dan pemuzik jazz, Esperanza Spalding yang merupakan salah seorang penyanyi pujaan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Bieber merupakan antara calon terkuat dijangka menang anugerah tersebut. Ini kerana dia turut tercalon bagi kategori Vokal Album Pop Terbaik yang turut gagal dimenanginya apabila dia dikalahkan oleh Lady Gaga!

Bieber yang membuat persembahan di pentas Grammy kali ini bersama anak bujang aktor Will Smith iaitu Jaden Smith, selain turut berduet dengan mentornya, Usher bagaimanapun menerima dengan terbuka kekalahannya itu.

"Saya tumpang gembira untuknya (Esperanza Spalding), dan berharap ini tahun yang baik buat kariernya," ulas Bieber.

Spalding,26, dalam pada itu ketika diminta mengulas kejayaannya menewaskan Bieber berkata, Bieber dan peminat penyanyi berusia 16 tahun itu tidak sepatutnya kecewa dengan perkara itu.

"Lagipun saya dan Bieber mempunyai persamaan iaitu rambut kami sama-sama hebat," ujarnya berjenaka.

Namun, tiada yang dapat menandingi kehebatan Lady Antebellum yang dianggotai trio Charles Kelley, Dave Haywood dan Hillary Scott pada Grammy kali ini.

Bukan sekadar memonopoli dengan lima kemenangan daripada enam pencalonan yang diraih mereka, dua daripada kemenangan itu adalah untuk dua anugerah utama iaitu Rekod Tahun Ini dan Lagu Tahun Ini.

"Kami tidak mungkin lagi akan kembali mengalami momen seperti ini (menang lima anugerah) dalam karier muzik kami," ulas Kelley.

"Kami kini sepenuhnya terapung-apung. Kami kini di atas awan," ucap pula Scott.

Lady Gaga yang membuat gimik luar biasa pada acara karpet merah dengan bersembunyi di dalam kapsul 'telur' gergasi yang diusung empat lelaki gagah serta diiringi seorang wanita tinggi lampai pula merangkul tiga anugerah termasuk Anugerah Vokal Album Pop Terbaik.

Selain itu, penyanyi lain yang menang lebih daripada satu anugerah termasuklah David Frost, Jay-Z, John Legend, Alicia Keys, Usher, The Black Keys. Herbie Hancock, The Roots, T-Bone Burnett dan Bebe and Cece Winans.

Majlis anugerah dimeriahkan dengan persembahan hebat antaranya oleh Katy Perry, Lady Gaga, Rihanna, Mick Jagger, Muse, Eminem dan Lady Antebellum. - YUSMAN AWANG

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Karier bermula dengan tudung

Posted: 14 Feb 2011 07:44 AM PST

CERITA sensasi sering mengiringi perjalanan seninya. Dikaitkan dengan orang kenamaan, suami orang malah dilabel anak emas stesen tertentu. Tidak cukup dengan itu, teka-teki hubungannya dengan pelakon popular turut menjadi perhatian.

Sejak melangkah ke dunia lakonan melalui siri Cinta Medik arahan Prof Madya A Razak Mohaideen kemudian Enigma, nama Fouziah Gous mula mendapat perhatian. Selepas enam tahun, Fouziah terus mengukuhkan tapaknya dalam lakonan dengan memastikan watak diserahkan memberi kesan kepada penonton.


Dalam kata lain, Fouziah atau nama sebenar, Nor Fouziah Mohd Gous, 28, kini lebih selektif memilih watak kerana tidak mahu tampil dengan watak sama dan pernah dilakukan sebelum ini. Katanya, dia melangkah ke dunia lakonan tanpa asas kerana sebelum itu menjadi pramugari dan mengikut apa saja watak diberikan kepadanya.

"Tapi kalau tiada Prof Razak, tentu saya tidak dikenali seperti sekarang. Apabila sudah beberapa tahun menjadi pelakon dan berpeluang bekerja dengan pelakon hebat seperti Datuk Rahim Razali dan Rosyam Nor, timbul keinginan untuk menyelami dan memahami dunia lakonan itu.

"Dulu saya tidak diberi peluang pegang watak berat tetapi saya tahu mampu melakukannya dengan belajar memahami lakonan. Saya juga tidak kisah sering berlakon untuk drama televisyen ataupun filem.

"Bagi saya, apa yang lebih penting ialah karakter dan menantikan tawaran watak berat dan mencabar seperti masalah emosi. Saya suka mencabar diri saya dengan melakonkan watak yang belum pernah saya lakukan sebelum ini," katanya.

Pelakon jelita berdarah kacukan Melayu, Pakistan dan Cina ini meluahkan rasa bangganya kerana menjadi pilihan stesen TV Al Hijrah untuk watak utama drama 12 episod, Kala Terbit Cinta.

Drama terbitan Global Station Sdn Bhd dan arahan Amie Maziah itu disiarkan setiap Rabu, Khamis dan Jumaat sepanjang bulan ini. Turut berlakon, Adi Putra, Rozie Rashid dan Riezman Khuzaimi.


Katanya, sememangnya dia tidak mampu menolak tawaran membintangi drama ini kerana tahu ada peraturan tertentu yang perlu dipatuhi.


"Bagi saya, ia sesuatu yang berbeza dan mencabar. Saya juga difahamkan, stesen ini sangat mementingkan siapa pelakon yang menjayakan drama mereka dan mereka yang dikaitkan dengan kontroversi tidak digalakkan. Bagi saya, ini satu penghormatan besar buat saya.

"Walaupun perlu mematuhi syarat ditetapkan, saya tiada masalah. Cuma ketika babak saya tidak bertudung, pakaian tetap tidak boleh menampakkan bentuk badan dan saya cuba pakai baju longgar tetapi masih sesuai dengan watak Juliana yang digambarkan menjalani kehidupan bebas. Untuk nampak remaja, saya ikat rambut dengan skaf serta pakai subang besar bersama kardigan labuh atau pakai topi," katanya.


Kata Fouziah, watak bertudung sudah selalu dijayakannya tetapi kali ini berbeza kerana ada peraturan dan etikanya. Tudung dipakai hendaklah labuh menutup dada manakala pakaian pula tidak menampakkan bentuk badan.

"Saya cuba mewarnai watak saya untuk drama ini dengan mencari fesyen tudung dan pakaian sesuai mengikut peraturan ditetapkan. Saya banyak berjubah hitam tetapi cuba warnakan penampilan saya dengan tudung warna cerah seperti hitam dan merah.


"Lebih membanggakan, ada pihak yang sudi menaja tudung untuk kemunculan saya dalam drama ini. Butik Zaliana di Axis Atrium, Pandan Indah menghasilkan tudung khas untuk saya, siap dinamakan FG, sempena nama saya.


"Selepas ini saya akan menjayakan drama Tahajut Cinta arahan Erma Fatima yang memerlukan saya tampil berpurdah. Saya tidak sabar menantikan penggambarannya kerana ini sesuatu yang mencabar kerana orang tidak nampak ekspresi saya kerana berpurdah," katanya.


Fouziah juga menafikan dia menjadi kesayangan stesen TV3 sebagaimana diperkatakan orang kerana tidak banyak drama dijayakannya untuk stesen itu berbanding untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM).

"Pada awal kemunculan dulu, saya berlakon Enigma untuk slot Samarinda di TV3 tetapi selepas itu tidak banyak. Kalau ada pun, bukan watak utama seperti Spa Q dan tahun lalu Penunggu Gunung Raya," katanya.

Akuinya, penampilan bertudung juga sudah sinonim dengan lakonannya walaupun realitinya, tidak bertudung. Dirinya juga tahu bertudung itu wajib bagi setiap wanita Islam tetapi buat masa ini belum bersedia ke arah itu.


"Saya sedar banyak dugaan yang harus ditempuh apabila bertudung dan saya tidak mahu pakai tudung tetapi tidak kekal. Kalau pakai biarlah berterusan dan bukan pakai seperti fesyen.

"Niat bertudung memang ada tapi saya takut kerana sedar menjadi artis sering dijadikan contoh oleh masyarakat dan mahu jadi contoh yang baik. Saya sedar ia satu tanggungjawab besar dan saya belum berani mengambil risiko itu.

"Saya selalu ingat kata-kata ustazah mengatakan berdosa tidak pakai tudung tetapi lagi besar dosanya jika pakai tudung kemudian tidak memakainya," katanya.


Anak bongsu daripada lima beradik ini berkata, keinginan bertudung sudah timbul ketika di tingkatan lima dan sempat bertudung ketika itu. Malah sebelum menceburi lakonan, dia lebih dulu menjadi model menggayakan fesyen tudung untuk majalah.


"Alhamdulillah, rezeki saya bermula dengan tudung malah saya mula dilamar menjadi pelakon oleh Prof Razak ketika melihat gaya saya sebagai model bertudung dan kini saya sering diberi watak bertudung," katanya.

>PROFIL
NAMA: Nor Fouziah Mohd Gous
TARIKH LAHIR: 11 Disember 1982
TEMPAT LAHIR: Hospital Kuala Lumpur (HKL)
STATUS: Bujang
KELUARGA: Bongsu daripada lima beradik
PENDIDIKAN: Diploma Kesetiausahaan (BSC), Kolej Systematic
KERJAYA: Model dan pelakon
DRAMA: Cinta Medik, Enigma, Demi, Sanggar Saadah, Qa'naah, Impak Maksima The Series, Otai The Series, Pencak Akhir, Anak Mami, Kain Ketat dan SpaQ 2
FILEM: Bujang Senang, Malaikat Maut, Otai, Sifu dan Tongga, Rasukan Ablasa, Skrip 707
PENCAPAIAN: Pelakon Harapan Wanita Popular (Anugerah Shine Pantene) di ASK2007

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Maulidur Rasul penuh pengisian

Posted: 14 Feb 2011 07:35 AM PST

TEMA sambutan Maulidur Rasul tahun ini 1Malaysia 1Ummah, disambut dengan penuh rasa kesyukuran dan keberkatan. Kebanyakan daripada kita mengharapkan apa yang diutarakan akan menjadi ikutan.

Rasulullah menegaskan tunjang kepada kewujudan ummah terbilang diasaskan dengan penerapan nilai akhlak seperti sabda Baginda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyerahkan agama itu pada diri seseorang, maka tidak baik agama itu melainkan dengan ketinggian dan keelokan akhlak. Adakah kamu mengelokkan agama kamu dengan kedua-dua sifat mulia ini?" (Hadis riwayat al-Tabrani).


Bahkan, tugas utama Nabi Muhammad s.a.w ialah menyempurnakan akhlak seperti dinyatakan Baginda dalam sabdanya bermaksud: "Sesungguhnya aku diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak kamu" (Hadis riwayat Muslim).

Hari ini, kebanyakan warga seni berasakan pengisian membabitkan sambutan Maulidur Rasul semakin berubah. Ia diperkukuhkan dengan corak hiburan membawa lebih manfaat dan kebaikan. Seperti apa yang disarankan Rasulullah iaitu akhlak dalam Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan termasuk nilai moral, etika dan adab.


Oleh itu karya dihasilkan juga banyak memberikan penekanan kepada memahami nilai murni dan perubahan sikap agar mampu membentuk masyarakat menjadi lebih baik berbanding sebelumnya.


Penyanyi Norafizah Arifin atau Nora mengakui perubahan dalam pengisian rancangan di televisyen juga sudah banyak berubah. Malah cerita diketengahkan dalam kebanyakan drama memberikan penekanan kepada pengisian rohaniah. "Sepuluh tahun lalu kita dapat lihat kepekaan sedikit kurang. Namun tidak sekarang. Walaupun sambutan Maulidur Rasul lagi seminggu tarikhnya, tetapi ia sudah pun diuar-uarkan lebih awal menerusi promosi rancangan-rancangan menarik. Ia secara tidak langsung mengingatkan kita kepada sambutannya.

"Tambahan pula tahun ini ia bertembung dengan sambutan hari kekasih yang sebelum ini sering diraikan sehingga remaja kita ramai terpengaruh dengannya. Bagaimanapun, saya bangga melihat tanggungjawab sosial yang dilakukan kebanyakan stesen televisyen tempatan memberi tumpuan kepada sambutan Maulidur Rasul. "Banyak drama yang ditampilkan mempunyai pengisian yang bagus dan dirasakan mampu memberikan pengajaran dan peringatan kepada kita untuk memperbaiki akhlak dan menjaga peribadi seperti apa yang disaran Rasulullah. Begitu juga dengan rancangan hiburan disiarkan. Ia bukanlah hiburan kosong dan melalaikan semata-mata," katanya.


Menyentuh mengenai tema dipilih 1Malaysia 1Ummah, jelas Nora ia sangat sesuai memandangkan Rasulullah sendiri mempunyai akhlak terpuji yang boleh dicontohi bukan saja masyarakat Islam tetapi seluruh penduduk dunia. Ajaran Baginda sekiranya diikuti oleh semua pihak, akan membolehkan masyarakat hidup dengan aman dan makmur walaupun hidup berbilang bangsa dan pegangan.

"Di Malaysia, masyarakatnya pelbagai bangsa. Namun begitu, walaupun agama rasmi adalah Islam kita tetap menghormati semua pegangan. Saya mengharapkan begitu jugalah sebaliknya. "Dalam waktu sama, saya menyeru agar masyarakat Islam sendiri terus memantapkan diri daripada sudut ilmu dan perkukuh iman. Sekiranya itu dilaksanakan, nescaya kekuatan ummah dapat dicapai," katanya. Dalam membentuk akhlak seperti apa yang disarankan Rasulullah, ia harus dididik dari mula. Bagaimanapun ia bergantung kepada latar dan pengalaman hidup. Tambahan pula didikan diterima setiap orang adalah berbeza. Itulah yang ditegaskan Noraniza Idris yang banyak memperjuangkan muzik tradisional. Katanya, selepas merdeka kehidupan yang lebih mudah dijalani masyarakat terutama pengaruh yang diterima daripada luar menyebabkan jati diri dan akhlak mudah dipengaruhi.


"Untuk membentuk kembali asas jadi diri dan akhlak, setiap daripada kita harus kembali kepada asas. Apabila kita menyebut asas, sudah tentu ia berpegang kuat kepada agama dan pegangan. Rasulullah adalah contoh terbaik. "Namun dalam keadaan perkembangan teknologi dan kepesatan hidup yang sangat menekan manusia mudah lupa. Bagi memperingatkan kita, media dan hiburan boleh dijadikan saluran. "Setakat ini kita dapat lihat kebanyakan media mengetengahkan atau mengangkat tema yang bagus dan memberi pengajaran. Kebanyakan drama dan hiburan diisi sempena dengan sambutan Maulidur Rasul mempunyai penerapan yang baik. Ini satu perkembangan cukup baik dan meyakinkan," katanya.


Waktu sama sebagai anak seni, Noraniza turut melaksanakan tanggungjawabnya dalam mendidik generasi muda agar menerapkan nilai-nilai murni dalam diri juga memperbaiki akhlak.


"Produksi saya Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd sedang melaksanakan Akademi Tatih Seni Malaysia, peringkat negeri dengan kerjasama Jabatan Kesenian negara dan Kementerian Belia dan Sukan. Selain memberi penekanan kepada seni dan budaya, kami turut memberikan tunjuk ajar mengenai akhlak yang baik.


"Setiap kelas diadakan kami akan adakan ceramah mengenai perkara ini. Ia turut membabitkan semua bangsa. Pada saya apa yang dilakukan ini adalah bagi mengukuhkan asas jati diri dan akhlak di kalangan anak muda. Kerana mereka ini adalah pelapis kepada generasi sekarang dan ia penting untuk dilentur dari sekarang," katanya.


Sementara itu bintang muda yang semakin mencipta nama, Iqram Dinzly, berkata apabila sambutan Maulidur Rasul diberikan pendedahan lebih kepada masyarakat ia secara tidak langsung mengingatkan generasi muda sepertinya mengenai siapa mereka dan apa pegangannya.


"Tidak dinafikan bagi golongan muda seperti saya harus berhadapan dengan banyak cabaran yang turut mencabar keimanan. Sekiranya tersalah langkah ia boleh membuatkan seseorang itu hanyut. Apatah lagi sekarang ini pengaruh luar begitu banyak. "Seperti sambutan hari kekasih yang sebelum ini sering diperkatakan, tahun ini harinya berselang dengan sambutan Maulidur Rasul. Namun, mujur keraian perayaan yang boleh memesongkan akidah itu tidak diberikan pendedahan berlebihan. Kerana golongan muda mudah terikut dengan perkara yang melalaikan," katanya.


Iqram juga berasa bangga kerana pada sambutan Maulidur Rasul tahun ini, pengisian hiburan ditunjukkan di kaca televisyen mahupun drama membawa mesej yang bagus. Ia diharapkan dapat dijadikan pengajaran kepada mereka yang menyaksikannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Isnin, 14 Februari 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Meet Uncle Hussain Masih Cari Vokalis

Posted: 14 Feb 2011 10:43 PM PST

Kumpulan band indie, Meet Uncle Hussain sampai sekarang masih bergantung dan meminjam suara daripada vokalis luar. Kalau dulu dengan Hazama, sekarang ini suara power Black pula yang menjadi taruhan. Namun, persoalannya, sampai bilakah Meet Uncle Hussain mahu kekal dengan imej begini.

Budiey rasa, kat luar sana, masih ramai lagi vokalis yang lebih mantap dan terbaik. Untuk cari bukan main susah. Padahal, ramai yang mahu join MUH untuk jadi penyanyi utama yang bersifat kekal. Tapi kumpulan ini dikatakan tidak mahu mengambil mudah dalam soal memilih vokalis.

Penyampaian Cek AJL25

Budiey sempat mendengar kata-kata ketua kumpulan Meet Uncle Hussain, Taja sejurus selepas majlis penyampaian cek Anugerah Juara Lagu ke-25 semalam. Kata Taja, MUH sekarang ni memang masih mencari vokalis dengan mengadakan sesi ujibakat. Sebenarnya, sesi ini adalah satu projek utama grup ini bersama dengan organisasi luar untuk mencari bakat baru yang bakal bermula pada bulan April ini.

Menurut Taja, bagi MUH sendiri, mereka tak nak tunggu lama untuk mencari pengganti Lan yang kini menyertai Lan & The Typewriter sebab banyak peluang akan terlepas. Dengan adanya vokalis utama yang kekal bersama MUH, kumpulan ini akan lebih maju ke depan.

Semasa AJL baru-baru ini MUH mempertaruhkan vokal dari Black untuk lagu Drama King. Setidaknya, MUH membantu menaikkan nama Hazama dan Black dengan kemunculan mereka berdua bersama MUH di mana-mana persembahan.

Hakikatnya, benar juga, kalau dulu Hazama tak dikenali, sekarang penyanyi yang lahir dari Akademi Fantasia makin popular. Namun, Taja mengakui, pendapatan Hazama dan Black sebenarya lebih banyak berbanding dengan MUH.

Sepanjang buat ujibakat mencari penyanyi utama, MUH menerima tak sampai 100 orang. Namun yang hadir tu, mempunyai suara yang hampir sama dengan vokalis mereka sebelum ini. Jadi, apa yang mereka nak ialah keunikan suara penyanyi yang tak meniru mana-mana artis lain. Jadi, sebelum datang ke ujibakat, vokalis kena tahu apa yang MUH mahu.

Prinsip Meet Uncle Hussain memang mahu cari vokalis dengan cepat tapi dalam masa yang sama mereka pilih untuk lebih radikal tapi kena mengikut procedure dan step by step.

Buat masa ini, menurut Taja, beliau akui suara Lan adalah vokalis yang terbaik ada di Malaysia.

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Lan Vokalis Meet Uncle Hussain Disingkir?
  • Jawapan Trivia: Lan Vokalis Meet Uncle Hussain
  • Lan Vokalis Typewriter Dalam Lu Fikirlah Sendiri De Movie
  • Gambar Meet Uncle Hussain @ Pra Kemuncak ABP-BH
  • Datuk Siti Nurhaliza @ Anugerah MACP Malam Ini
  • Show Pretty Ugly, Flop Poppy, Nitrus, 6ixth Sense, Brainhead, Meet Uncle Hussain & Hujan di Planet Hollywood
  • Meet Uncle Hussain, Hafiz Hamidun, Waheeda @ Zoom In @ RTM Khas : Doaku Untukmu… Gaza
  • Konsert Supergig GUAMUZIK 08 Hari Ini
  • Showcase Meet Uncle Aznil Times Square First World Hotel Genting Highlands
  • Gambar Nuh Vokalis Band Hujan @ Konsert Jelajah Malaysia Peterpan
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Program Menarik Sempena Maulidur Rasul

    Posted: 14 Feb 2011 05:22 PM PST

    SELAMI SANUBARI JIWA: SALAM MAULIDUR RASUL DARI TV3

    Sempena sambutan Maulidur Rasul yang bakal diraikan seluruh umat Islam pada 15 Febuari ini (Selasa), stesen televisyen no. 1 Negara juga tidak ketinggalan dan turut menyajikan beberapa rancangan menarik sebagai santapan rohani dan penyejuk jiwa bagi memeriahkan sambutan Maulidur Rasul kali ini.

    Jangan lupa untuk mengajak seisi keluarga dan teman-teman untuk bersama-sama menonton pelbagai program terbitan khas sambil menggarap inspirasi dan menyelami erti sambutan kelahiran Baginda Rasullullah S.A.W menerusi Wanita Hari Ini (WHI), Malaysia Hari Ini (MHI), Al-Kuliyyah, Jejak Rasul: Muhammad S.A.W Utusan Terakhir, Konsert Sinar Maulidur Rasul termasuklah empat drama hebat yang sarat dengan pengisian positif seperti Ampunkan Daku, Hijab Di Kalbu, Yang Terpuji dan Kau Yang Satu.

    Slot maulidur rasul - LOGO

    Sambutan Maulidur Rasul TV3 dimulakan lebih awal dengan cerekarama terbaru lakonan mantap Sheila Rusly dalam Ampunkan Daku bersiaran pada hari Sabtu ini, 12 Februari, jam 10.00 malam dan pastikan anda tidak ketinggalan menonton telemovie khas, Yang Terpuji pada malam Selasa nanti. Teruskan mengikuti kisah-kisah teladan dan menarik serta hayati topik perbincangan penuh manfaat menerusi rancangan bual bicara yang disediakan seperti program Al Kuliyyah sebagai penutup slot Istimewa Maulidur Rasul – Menghidupkan Sunnah Rasulullah kali ini.

    Berikut adalah senarai program Istimewa Maulidur Rasul – Menghidupkan Sunnah Rasulullah di TV3 pada 14, 15 & 18 Februari 2011:

    • AMPUNKAN DAKU – Sabtu, 12 Februari 2011, 10.00 malam
    Mengisahkan tentang keretakkan yang berlaku pada rumahtangga Azri dan Latifah akibat dari tohmahan Azimah. Azri terlalu mengikut kata ibunya itu hingga tidak pernah bersuara walaupun berkaitan dengan rumahtangganya. Tidak tahan dengan cara ibu mertuanya, Latifah nekad keluar dari rumah tersebut meninggalkan Azri dan Khalisah, anaknya. Sebelum keluar, Latifah meminta wang sebanyak RM30ribu dan bersumpah tidak akan pulang ke rumah tersebut. Tindakan Latifah ini menguatkan lagi dakwaan Azimah bahawa Latifah hanya mahukan harta Azri semata-mata.

    Dengan berbekalkan modal sebanyak RM30ribu yang diperolehi, Latifah membuka pusat perlindungan wanita, KEWAJA. Dengan bantuan Mak Wee dan Ustaz Nizar mereka bersama-sama membangunkan pusat perlindungan yang membantu memberikan perlindungan kepada remaja-remaja yang hamil di luar nikah. Namun ada juga segelintir masyarakat yang tidak bersetuju tertubuhnya pusat tersebut kerana beranggapan bahawa ia akan menggalakkan lagi remaja melakukan maksiat. Latifah tetap tabah dalam usaha murninya itu. Pelbagai ragam suka dan duka ditempohinya sepanjang mengasaskan KEWAJA. Antara penghuni di rumah tersebut ialah Zack dan Era yang merupakan mangsa rogol, Damia dan Tuti yang merupakan remaja rosak akhlak. Latifah meluangkan masa memberikan nasihat dan motivasi agar remaja-remaja ini membina masa depan dan menghargai kehidupan mereka.

    Pelakon: Sheila Rusly, Zamarul Hisyam, Fezrul Khan, Erin Malik, Fauziah Nawi, Mak Engku

    • HIJAB DI KALBU – Isnin, 14 Februari 2011, 10.00 malam
    HIJAB DI KALBU mengisahkan pasangan suami isteri, Iskandar seorang pengusaha rangkaian restoran makanan Thai dan Azizah pula mempunyai perniagaan aksesori wanitanya sendiri. Kedua-dua pasangan ini sangat taksub dengan kuasa mistik seperti tangkal, pelaris perniagaan dan pendinding. Salah satu daripada pelanggan tetap mereka adalah sebuah agensi pelancongan umrah dan ziarah. Pemilik agensi tersebut, Haji Abdullah, menawarkan agar keluarga ini mengikuti umrah dan ziarah selama 10 hari. Berbekalkan rasa terharu dan terhutang budi, Iskandar dan Azizah akhirnya bersetuju untuk menunaikan umrah, sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan padu yang diberikan semenjak mereka memulakan perniagaan restoran tersebut 7 tahun lalu.

    Walaubagaimanapun, Iskandar dan Azizah telah bersepakat untuk berlakon sahaja melakukan ibadat kerana mereka belum bersedia untuk melepaskan amalan syirik mereka dan mereka sememangnya jahil. Namun, apakah yang bakal ditempuh oleh kedua pasangan ini setibanya di tanah suci Mekah nanti, dan mampukah mereka mengenal hakikat diri dan tanggungjawab yang sebenar?

    Pelakon: Sharifah Shahrizah (Eja), Arash Mohamad, Zain Saidin, Mubarak Majid, Sabrina Ali dan Wan Maimunah

    • MALAYSIA HARI INI (MHI) – Selasa, 15 Februari 2011, jam 6.30 pagi
    Topik: Keperibadian Rasulullah S.A.W
    Mulakan pagi anda bersama Wardina, Ally, Nurul, Abby ditemani Fedtri menerusi Malaysia Hari Ini (MHI) yang akan bersiaran secara langsung dari Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya dan akan membawakan pelbagai topik bicara menarik bersempena Maulidur Rasul.
    Pengacara: Wardina Saffiyah Ally Iskandar, Nurul Syuhada Nurul Ain, Abby Fana dan Ahmad Fedtri Yahya

    • AL KULIYYAH SEMPENA MAULIDUR RASUL – Selasa, 15 Februari 2011, jam 10.00 pagi
    Topik: Pengorbanan Abadi
    Cinta Rasulullah S.A.W terhadap umatnya melebihi kasih sayang baginda kepada keluarga sendiri. Baginda berdakwah demi umatnya walaupun pelbagai rintangan dan dugaan dari musuh Islam menganggu malah sehingga ada ketikanya baginda tercedera.

    Pengacara: Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa
    Panel Jemputan: Dr Uthman El-Muhammady (Felo Yang Amat Utama ISTAC ) dan Ustaz Fakhrurazi Abd Rahim (Jabatan Pendidikan Kota Bahru, Kelantan).

    • JEJAK RASUL: MUHAMMAD S.A.W UTUSAN TERAKHIR – Selasa, 15 Februari 2011, jam 11.00 pagi
    Mengambil inspirasi sempena dengan hari kelahiran Baginda, episod khas Jejak Rasul: Muhammad S.A.W Utusan Terakhir pastinya akan membuka minda dan menambah ilmu di dada dengan himpunan pelbagai kisah yang dipetik dari Al-Quran dan Sunnah, serta diperkukuhkan dengan fakta dan hasik kajian saintifik mengenai nabi terakhir, Muhammad S.A.W

    Pengacara: Haji Zainal Ariffin dan Haji Ahmad Noor Sulaiman

    • WANITA HARI INI (WHI) – Selasa, 15 Februari 2011, jam 12.00 tengahari
    Topik: Mencontohi Keluarga Rasulullah S.A.W
    Teruskan bersama TV3 menerusi Wanita Hari Ini (WHI), rancangan bual bicara popular khas untuk kaum Hawa yang akan bersiaran langsung dari Kompleks Balai Islam, Kota Bahru, Kelantan Darul Naim bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul. Luangkan masa untuk menghayati bersama kisah dan perbincangan menarik mengenai kisah kehidupan keluarga Baginda Rasullah S.A.W. Bersama tetamu khas, Tengku Amalin.

    Pengacara: Azizah Ariffin dan Hazrena Mohd Kassim
    Panel Jemputan: Ustazah Syarifah Hayati dan Wakil Pakar Agama dari Universiti Sains Kelantan

    • KONSERT SINAR MAULIDUR RASUL – Selasa, 15 Februari 2011, jam 3.00 petang
    Hari penuh bermakna ini akan terus diceriakan dengan persembahan hebat barisan penghibur tersohor tanah air seperti kumpulan nasyid Rabbani, biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini dan turut diserikan dengan penampilan Aishah dan Jamal Abdillah membawakan irama nasyid, zanji dan dendangan lagu-lagu bahasa Arab sempena meraikan hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W yang telah berlangsung di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada tahun lepas (2010).
    Artis: Rabbani, Sharifah Aini, Aishah dan Jamal Abdillah

    • YANG TERPUJI – Selasa, 15 Februari 2011, jam 10.00 malam
    YANG TERPUJI menceritakan tentang Ahmad Muhammad, yang lebih dikenali sebagai Mamat merupakan seorang kanak-kanak yang nakal. Walaupun baru berusia 10 tahun, dia sering melakukan kegiatan seperti mencuri ayam, buah-buahan, menyakat orang tua dan kanak-kanak dan sebagainya. Dia sering melakukan kegiatan tersebut dengan kawan baiknya, Amir. Ibunya, Aminah puas menasihati anaknya agar berubah, namun tidak diendahkannya malah dia akan berpura-pura menjadi baik untuk seketika.

    Ayahnya, Wak Ben, merupakan seorang yang garang, namun, Mamat tidak pernah gentar. Walau menyayangi anaknya itu, Wak Ben tidak pernah menunjukkannya kerana ego. Satu hari, Mamat dan Amir melakukan kekecohan apabila bermain dengan pembesar suara masjid menyebabkan suara nakalnya kedengaran di seluruh kampung. Kegiatannya menyebabkan Pak Imam dan ahli jawatankuasa kampung sangat marah dan mengadu kepada ibubapa Mamat mengenai perilakunya.

    Pelakon: Fazli Daniel Ali, Zul Yahya, Fauzi Nawawi, Aida Aris, Zaidyansjah, Bob Lokman, Rashid Jaafar dan Taha Wahid

    • CEREKA PILIHAN: KAU YANG SATU – Jumaat, 18 Februari 2011, jam 1.00 petang
    KAU YANG SATU mengisahkan tentang Adam, seorang mualaf yang masih lagi mencari agama dan mencari Allah Yang Satu. Adam yang juga merupakan seorang arkitek telah pergi ke sebuah kampung untuk mencari tempat yang sesuai untuk membina chalet dan telah menyewa sebuah rumah kepunyaan Pak Asan. Pak Asan seorang yang pandai dalam agama tetapi mengamalkan khurafat seperti menurun nombor. Pak Asan juga suka bercakap besar dan sering memburukkan orang kampung. Semua perkara yang dilakukan oleh orang kampung menjadi salah pada pandangannya.

    Pak Asan juga sering ke Pulau Besar untuk membayar nazar. Isterinya, Ros, tidak suka dengan kelakuan Pak Asan tetapi tidak berdaya untuk berbuat apa-apa. Bila Ros menasihatinya, dia marah dan menuduh Ros cuba menderhaka padanya. Mak Ton, isteri Pak Mail, sering menasihatkan Ros agar sering berdoa supaya Pak Asan boleh berubah. Anaknya Zura pula telah menjalinkan hubungan sulit dengan seorang mat salleh bernama Jeff di kampung itu. Adam baik terhadap Imam masjid di situ yang dikenali sebagai Pak Mail dan Lebai Lan dan dia banyak belajar daripada mereka.

    Pelakon: Ako Mustapha, Abu Bakar Omar, Razali Buyung, Irma Hasmi, Norlia Ramly, Maimun Mutalib, Zain Saidin dan Roslan Salleh

    • AL-KULIYYAH ISTIMEWA MAULIDUR RASUL – Jumaat, 18 Februari 2011, jam 5.00 petang
    Topik: Bencana Lisan
    Membicarakan kepentingan umat Islam berhati-hati dalam berbicara. Lidah manusia perlu bercakap (lisan) perkara-perkara yang baik. Elakkan bercakap (lisan) perkara yang buruk seperti fitnah, mencaci, menghina yang boleh membawa kepada bencana perpecahan.

    Pengacara: Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa
    Panel Jemputan: YBhg. Sahibus Samahah, Mufti Kelantan, Ustaz Fakhrurazi Abd Rahim, Jabatan Pendidikan Kota Bahru, Kelantan.

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Drama Ihsan Sempena Maulidur Rasul di TV3
  • Sambutan Maulidur Rasul Tahun 1430H / 2009M di Masjid Negara
  • Program Menarik Sempena Maulidur Rasul
  • Majlis Sidang Media & Pelancaran Teater Muzikal Islam "Sirah Junjungan"
  • Sirah Nabi
  • Jejak Rasul 16: Trilogi Suara Kebenaran
  • JEJAK RASUL 14 – RIHLAH IBN BATTUTAH
  • Gambar Selebriti @ Majlis Pelancaran Program Maulidur Rasul Astro Oasis
  • Teater Natrah Penuhi Program Maulidur Rasul Di TV1
  • Program Menarik Sempena Maulidur Rasul 2010
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.