Adsense

Rabu, 20 Februari 2013

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Respon Almy Nadia mengenai Fizz Fairuz Putus Tunang Dengan Isteri Orang

Posted: 19 Feb 2013 08:46 PM PST

Posted: 20 February 2013 at 12:46 pm  

Respon Almy Nadia mengenai Fizz Fairuz Putus Tunang Dengan Isteri Orang

Almy Nadia yang ditanya mengenai perkembangan terbaru dan pemohonan maaf Fizz Fairuz yang baru putus tunang kerana tunangnya itu isteri orang bagaimanapun enggan mengulas lanjut.. Almy Nadia yang keliru dengan situasi ini bagaimanapun menggangap segala yang berlaku terhadap Fizz Fairuz adalah hukum karma..

"Saya tidak mampu untuk mengulas lanjut tentang perkara ini. Saya sudah tidak boleh berfikir dan saya tidak mahu membebankan fikiran dengan perkara ini. Segala yang berlaku ini adalah hukum karma. Itu sahaja yang boleh saya katakan.

Hanya Allah yang tahu kedudukan sebenar dan hanya Dia juga yang tahu bagaimana perasaan saya ketika ini. Tiada kata-kata yang boleh menggambarkan perasaan saya buat masa ini,"

Dalam pada masa yang sama, Almy Nadia juga mengakui yang dia sememangnya sudah mengetahui berita Fizz Fairuz bertunang dengan isteri orang beberapa hari sebelum ini melalui seorang rakan, Namun Almy Nadia mengambil langkah mendiamkan diri kerana tidak mahu masuk campur urusan mereka.

Almy Nadia juga tidak menolak kemungkinan Fizz Fairuz terkena buatan orang, kerana sepanjang tujuh tahun Fizz Fairuz menjadi kekasihnya, dia tidak pernah berkelakuan pelik seperti itu..

"Sebelum ini Fizz tidak pernah menunjukkan perkara pelik seperti apa sudah terjadi. Saya pernah menyuruhnya berubat, tetapi entahlah…," katanya enggan mengulas lanjut.

Fizz Fairuz putus tunang

Sumber: Gua & Metro

Fizz Fairuz Putus Tunang – Bertunang Dengan Isteri Orang

Posted: 19 Feb 2013 06:13 PM PST

Posted: 20 February 2013 at 10:13 am  

Fizz Fairuz putus tunang, tunang dengan isteri orang

Pertunangan Fizz Fairuz secara senyap yang mencetuskan kontroversi minggu lalu nampaknya tidak bertahan lama apabila Fizz Fairuz telah memutuskan ikatan pertunangan tersebut pada hari Ahad yang lalu.. Menurut Fizz Fairuz, Keputusan untuk memutuskan tali pertunangan itu dibuat setelah dia mendapat tahu yang wanita itu sebenarnya adalah isteri orang..

"Saya benar-benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang."

"Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku dan kehidupan saya seolah-olah 'diatur' oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun lalu," katanya yang menyifatkan kemungkinan dia terkena buatan orang.

"Khamis lalu, saya dikirimkan mesej oleh kawan adik wanita itu dan dia menjelaskan status sebenar tunang saya. Malah saya juga sudah berjumpa suami wanita itu, Sabtu lalu."

Fizz Fairuz juga tidak menyangkal kemungkinan dia terkena buatan orang, Malah sebelum ini Almy Nadia juga pernah menasihati beliau untuk pergi berubat.. Fizz Fairuz turut meminta maaf kepada semua dengan apa yang telah terjadi..

"Sepanjang setahun mengenalinya, saya tidak pernah tahu latar belakang tempat kerja, pendidikan termasuk keluarganya. Sedar-sedar saya sudahpun bertunang dengan dia dan hanya mengenali keluarganya ketika majlis berlangsung."

"Kepada semua, saya mohon maaf terutama kepada Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Saya turut berasa pelik kerana tujuh tahun mengenali Almy Nadia, saya sukar mengikat tali pertunangan tetapi setahun bersama wanita itu saya terus bertunang."

Tambah Fizz Fairuz, empat hari selepas pertunangannya, Barulah dia mengetahui yang tunangnya itu adalah isteri kedua seorang usahawan, dan mereka telah bernikah di selatan Thailand beberapa tahun yang lalu.

Gambar tunang Fizz Fairuz

Sumber: Akhbar Metro

Selasa, 19 Februari 2013

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Saya Janda, Saya OK - Ramlah Ram

Posted: 19 Feb 2013 06:24 PM PST

Ramlah Ram
KUALA LUMPUR: Penyanyi Ramlah Ram tidak terganggu dengan status janda yang digalasnya selama hampir tiga tahun.
Sebaliknya, Ramlah, 47, berkata, kehidupan itu membolehkan dia memberikan tumpuan penuh pada kerjaya dan keluarga.
"Saya tidak rasa susah pun (bergelar janda). Saya reda dengan apa yang sudah terjadi (perceraian) dan lalui kehidupan seperti biasa.
"Kerjaya saya sibuk jadi tidaklah berasa sunyi sangat. Lagipun saya banyak isi masa bersama ibu dan keluarga," katanya.
Ramlah ditemui pada pelancaran album terbaharunya berjudul Aspirasi Hati bertempat di Neway Karaoke Box di Fahrenheit 88, Bukit Bintang di sini, petang Selasa.
Pada majlis sama, kelab peminat Ramlah Ram Group (RRG) turut meraikan sambutan hari lahir ke-47 penyanyi dari Muar, Johor itu yang jatuh pada Selasa.
Ramlah dan bekas suami Kamal Roslim, seorang Penerbit Sukan RTM bercerai pada 20 Mei 2010. Mereka berkahwin pada 3 November 2000 di Muar, Johor.
Ramlah Ram memotong kek sempena pelancaran album terbarunya.
Diusik mengenai pengganti, Ramlah berkata, pada usia mencecah lewat 40-an dia lebih senang menyerahkan soal jodoh kepada Tuhan.
"Bukan kata sudah serik (kahwin semula) cuma saya tak nak fikirkan. Kalau ada, adalah.
"Siapa kita untuk kata tidak kalau esok lusa ada jodoh baharu pula," luahnya yang mengakui lebih berhati-hati dalam mengenali lelaki susulan keretakan rumah tangga lalu.
Beralih pada album, Ramlah berkata, dia berasa sebak dan terharu dengan usaha kelab peminatnya yang bersungguh-sungguh menampung kos penerbitan sebanyak RM75,000 itu.
"Ini (album) adalah hasil usaha peminat yang bersungguh-sungguh dan ikhlas menyiapkan segala-galanya.
"Saya terharu dan sebak dengan hasrat mereka yang mahu saya mengeluarkan album selepas tiga tahun.
"Saya tidak ambil keuntungan album ini nanti tetapi dimasukkan ke dalam tabung RRG untuk kegunaan akan datang," terangnya.
Album yang memuatkan 12 trek lagu itu dipasarkan sejak November tahun lalu edaran FMC.
Antara lagu yang dipertaruhkan adalah Sesaat Kau Datang menampilkan kumpulan SleeQ,Takdir Cinta duet bersama protegenya Ana Syuhada, Seandainya dan 5:00 Minitmenampilkan penyanyi rap Caprice yang sedang popular di corong-corong radio.

- ---

Juara Mentor Kesal Dianiaya Rakan Artis

Posted: 19 Feb 2013 06:12 PM PST

Mohd, juara Mentor musim keempat. Gambar dipetik dari Facebook miliknya.
PETALING JAYA: Juara Mentor musim keempat iaitu Mohd terpaksa menanggung malu serta hilang segala tawaran pertunjukan pentas selepas mendakwa dianiaya seorang penyanyi wanita atas tuduhan rogol.
Salah seorang ahli keluarga yang enggan disiarkan namanya berkata, Mohd atau nama sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor, 25, yang merupakan protege kepada Ziana Zain dalam Mentor 4 itu berkata, kejadian tersebut merupakan satu peristiwa yang cukup buruk dalam diri penyanyi itu.
"Selepas pihak polis selesai menjalankan siasatan, Mohd bukan sahaja terpaksa menanggung malu malah semua aktiviti pertunjukan pentasnya dibatalkan.
"Malah pelantikan dia juga sebagai ikon Kementerian Pengajian Tinggi turut terjejas," katanya  ketika dihubungi di sini malam Selasa.
Akhbar sebelum ini melaporkan seorang juara program realiti televisyen telah di reman selama enam hari bermula 5 Februari 2012 mengikut Seksyen 117 Kanun tatacara Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.
Jika sabit kesalahan, penyanyi berkenaan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Akhbar turut melaporkan mangsa yang dikatakan teman wanita penyanyi berkenaan dirogol kira-kira pukul 12.40 tengah hari pada 31 Januari 2013 di rumah pemuda tersebut di Ukay Perdaya, Ampang dekat sini.
Ujar ahli keluarga itu, Mohd benar-benar tidak menyangka penyanyi wanita itu berbuat demikian terhadapnya.
Tambahnya, lebih menyedihkan apabila ada pihak yang memanggil Mohd perogol selepas berita mengenai kejadian itu disiarkan menerusi akhbar serta laman-laman portal Internet.
"Dia amat malu dengan kejadian ini dan saya percaya ada hikmah yang berlaku," jelasnya.
Dalam perkembangan berkaitan Mohd yang dibebaskan oleh pihak polis beberapa hari selepas siasatan selesai berhasrat untuk mengambil tindakan lanjut bagi membersihkan namanya.
Dia dikatakan akan mengadakan satu sidang media khas bersama peguamnya selepas segala urusan polis dan pihak mahkamah selesai.
"Ini adalah kenyataan saya bagi pihak Mohd yang mahu menjelaskan agar semua pihak yang selama ini memandang serong kepadanya memahami masalah beliau.
"Beliau berjanji, satu sidang media akan dibuat tidak lama lagi selepas segala-galanya selesai," jelasnya sambil memaklumkan tidak lagi berhasrat memberi mana-mana lagi kenyataan selepas artikel ini disiarkan.
Dalam pertandingan Mentor 4 terbitan TV3 pada tahun 2010, Mohd menerima wang tunai sebanyak RM100,000 selepas menjuarai pertandingan itu.
- ---

Tunang Fizz Fairuz Sebenarnya Isteri Orang

Posted: 19 Feb 2013 06:10 PM PST


Pertunangan Fizz Fairuz yang mencetuskan kontroversi sepanjang minggu lalu tidak bertahan lama selepas pelakon ini memutuskan ikatan tersebut pada Ahad lalu selepas rasa tertipu.

Wanita yang menjadi tunang beliau itu untuk smeinggu itu sebenarnya isteri kedua kepada seorang usahawan berusia 40′an dan mereka bernikah di Thailand beberapa tahun yang lalu.

"Saya benar benar tertipu dan tidak menyangka tunang saya itu isteri orang," ujar Fizz Fairuz kepada Harian Metro hari ini.

"Saya tidak menyangka perkara sebegini berlaku & kehidupan saya seolah olah 'diatur' oleh dia (bekas tunangnya) sejak kami berkenalan setahun yang lalu," tambahnya lagi.

"Khamis lalu, saya menerima mesej dari kawan kepada adik wanita tersebut & menjelaskan status sebenar. Malah saya juga sudah berjumpa dengan suami wanita itu pada Sabtu yang lalu"

Fizz Fairuz juga tidak menolak kemungkinan semua yang terjadi ketika ini merupakan buatan orang & Almy Nadia sendiri pernah menasihatkan beliau untuk berubat secara alternatif.

"Kepada semua, saya mohon maaf terutamanya Almy Nadia. Saya tertipu dan sakit sekarang. Ini ujian terbesar sepanjang bergelar anak seni — kepada media kerana tidak menjawab panggilan kerana fikiran berserabut"

Sumber: Harian Metro

Komen: Dalam Islam jangankan nk pinang isteri orang.. pinang tunang orang pun dah haram...
- ---

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Siapa Z di hati Julia?

Posted: 18 Feb 2013 02:01 PM PST

Mengaku bahagia dengan usahawan sejak lapan tahun lalu, tapi rahsia kisah cinta elak makan diri

Jika artis lain selesa berbicara soal cinta, malah ada yang tidak kisah aksi mesra bersama kekasih dipaparkan, lain pula keadaannya dengan pelakon seksi, Julia Ziegler, 29.

Mengaku menjalin hubungan dengan jejaka berusia 30 tahun, Julia berkata, dia mahu bersikap 'low profile' atau tidak menonjol dalam banyak perkara. Lagipun, dia bimbang keterbukaan menjaja kisah cinta kelak memakan diri.
Hubungan bermula atas dasar kawan tetapi lama-lama terbit rasa cinta," Julia Ziegler, Pelakon

Difahamkan, jejaka yang hanya dikenali dengan pangkal nama Z itu berkawan dengan Julia sejak lapan tahun lalu. Namun, ketika itu, mereka lebih selesa menjadi teman baik.

Ternyata pelakon kacukan Melayu-Jerman ini cukup pandai menyimpan rahsia cinta. Buktinya, tiada sekepingpun foto bersama jejaka itu tersebar di laman sosial. Tidak seperti sesetengah artis yang begitu terbuka memuat naik gambar mesra bersama kekasih sama ada di Twitter, Facebook atau Instagram milik mereka.

Bukan saja tiada foto bersama yang bocor di laman blog, malah gosip percintaan Julia dan Z juga tidak pernah bertebaran di akhbar, majalah atau laman blog. Ini menunjukkan Julia cukup pandai berahsia dan berpegang kuat pada pendiriannya.

Teman lelaki tak terburu ajak kahwin
Mengikut sumber, Z yang berjaya mencuri hati Julia dikatakan berkawan dengan suami kepada pelakon Fasha Sandha iaitu Jejai.

Jejaka dari Kuala Lumpur itu juga dikatakan pernah berkawan rapat dengan seorang selebriti berasal dari Borneo. Namun hubungan cinta itu tidak berpanjangan apabila putus di tengah jalan.

Selepas putus cinta dengan seorang artis seksi, Z dikatakan kembali intim dengan Julia. Malah, hubungan mereka sudah diketahui keluarga kedua-dua belah pihak.

"Hubungan ini bermula atas dasar kawan tetapi lama kelamaan terbit rasa cinta. Malah, kami sudah mengenali keluarga masing-masing. Cuma setakat ini, kami tidak pernah membicarakan hala tuju hubungan ke arah lebih serius," kata Julia.

Pelakon ini memberitahu, dia dan teman lelakinya pernah berseloroh mengenai tema perkahwinan.

"Kami sekadar berseloroh, bukanlah suatu perbincangan serius. Kami lebih selesa begini dan tidak terburu-buru merancang perkahwinan.

"Bagaimanapun, pada usia sekarang, saya tidak menolak keinginan untuk berkahwin mula timbul. Lebih-lebih lagi apabila melihat adik sudah berkahwin dan kakak bakal menyusul tidak lama lagi," kata Julia.

Akui pelakon ini, dia tidak tahu bila mahu mendirikan rumah tangga.

Julia berkata, dia tidak selesa membesar-besarkan kisah cintanya selepas melihat banyak kegagalan hubungan cinta di kalangan teman artis.

Agak menyepi tahun lalu, Julia yang bakal terbabit dalam pementasan teater muzikal Asmara Songsang selama dua hari mulai 1 Mac depan, mahu bekerja keras tahun ini.

Tenang ketika tunai umrah bersama keluarga

Tahun lalu umpama tempoh 'hibernasi' untuk Julia. Manakala tahun ini, dianggap masa terbaik untuk dia membuat kemunculan semula.

Ditanya mengenai kehilangannya tahun lalu, kata Julia, dia banyak menghabiskan masa dengan bercuti dan membaca buku.

"Memang saya agak senyap dari sebarang publisiti tahun lalu... Ia kehendak sendiri. Saya memilih untuk senyap bagi menenangkan fikiran.

"Akibat terlalu banyak berlakon, ada kala kita lupa siapa diri kita. Jadi saya pun mengambil keputusan untuk bercuti. Antara destinasi yang saya kunjungi ialah Australia, Indonesia, Singapura dan pengalaman paling indah ialah apabila dapat menunaikan umrah bersama keluarga.

"Banyak yang saya belajar sepanjang menunaikan umrah. Sepanjang di sana, saya gemar memerhatikan karakter orang. Ia secara tidak langsung membuatkan saya berasa amat bersyukur dilahirkan sebagai Julia Ziegler," katanya.

Sebati dengan watak jahat

Memulakan kerjaya seninya menerusi filem Kayangan pada 2007, Julai tidak menafikan kemunculan wajah baru sedikit sebanyak mencabarnya. Namun, dia bersyukur kerana bakat lakonannya masih dihargai. Malah banyak tawaran yang diterima tahun ini sehingga dia tidak 'menang tangan'.

"Memang tak dinafikan sedikit sebanyak tercabar dengan kehadiran wajah baru. Tapi saya percaya kemampuan membawakan pelbagai watak memberi kelebihan kepada saya. Saya tidak menolak timbul perasaan bosan apabila sering diberi watak jahat, kalau boleh saya juga mahu membawa watak baik.

"Tapi mungkin kerana kelebihan saya mempelbagaikan watak jahat menyebabkan produser tertarik untuk menawarkan watak sedemikian kepada saya. Walaupun sering diberi watak jahat, saya tidak terikat dengan stail sama," katanya.

Julia akui watak antagonis seolah-olah sudah menjadi 'trademark' dirinya.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Gambar Nabila Huda Berbikini Di Pulau Mabul Cetus Kontroversi

Posted: 18 Feb 2013 07:27 PM PST

Posted: 19 February 2013 at 11:27 am  

Nabila huda seksi

Nabila Huda sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia tampil seksi serta berbikini semasa bercuti di Pulau Mabul Semporna, Sabah baru-baru ini.. Nabila Huda yang berkongsi gambar percutiannya di pulau Mabul itu kepada peminat melalui akaun Instagramnya mendapat kritikan yang hebat daripada ramai pihak..

Apa yang menariknya, salah seorang peminat mengatakan pada satu gambar tersebut kelihatan seakan-akan Nabila Huda mempunyai tatu di bahagian perut sebelah kirinya.. Namun tidak dapat dipastikan adakah ianya benar tatu ataupun tidak.. Yang pastinya, Hanya Nabila Huda sendiri yang mampu menjawab segala persoalan diatas…

Nabila Huda Tatu

Isnin, 18 Februari 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Putus tunang?

Posted: 17 Feb 2013 03:32 AM PST

Elly Mazlein tunggu masa sesuai untuk jawab spekulasi hubungan dengan pengarah, Azmi Md Hatta putus di tengah jalan

Biar ramai berteka-teki mengenai status pertunangannya, Elly Mazlein hanya membuka mulut andai tiba waktu sesuai apatah lagi membabitkan khabar kurang enak.

Seakan memberi bayangan, pelakon dan penyanyi itu mengakui, biarlah ketika ini, dia berkongsi kehadiran single baru, Sabarlah Sayang yang ditunggu hampir setahun lalu - berbanding menyingkap kisah peribadi.

Bagi pemilik nama Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 32, sejak mempertaruhkan bakat dalam industri hiburan 15 tahun lalu, seboleh-bolehnya cerita sedih cuba ditutup untuk diri sendiri.

"Siapa yang tidak ingin bahagia. Malah kalau boleh, saya nak kongsi dengan semua orang perkembangan hari bersejarah itu nanti macam pertunangan tempoh hari. Cuma untuk terlampau terbuka memperinci segala-galanya bukan sekarang.

"Lagipun saya mahu berlaku adil kepada semua rakan media yang bersama jatuh dan bangun saya dalam arena seni. Andai masanya tiba, saya pasti merungkai segala persoalan," katanya penuh tertib saat 'dijolok' soal ikatan pertunangannya dengan pengarah, Azmi Md Hatta pada Mei 2011.

Siapa boleh melupakan memori Elly diarak menaiki kereta kuda ke dewan berhias indah tatkala pihak lelaki menghantar cincin tanda dengan rancangan ijab kabul pada Februari tahun lalu. Kemudian, majlis itu ditunda ke Disember sebelum segala perancangan senyap bagai dibawa angin lalu.

Tak kisah anggapan orang

Tidakkah bimbang dengan tanggapan insan sekeliling? Kali ini, dia tertawa kecil sambil menuturkan sebaris ayat penuh bermakna.

"Terpulanglah kepada orang untuk membuat spekulasi sama ada ia berakhir di jinjang pelamin atau sebaliknya... Hal itu bagi saya bukan suatu perkara memalukan," ulasnya ringkas.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Shila sekeluarga tunai umrah bulan depan

Posted: 17 Feb 2013 03:29 AM PST

Bapa Shila Amzah, ND Lala masih mencari waktu sesuai untuk mengatur sidang media khas dalam tempoh terdekat bagi memberi penjelasan berhubung isu membabitkan anaknya.

Tegas ND Lala, dia menunggu waktu lapang kerana jadual Shila sekarang cukup padat, bukannya mereka mengelak daripada ditemui media.

Janji ND Lala, pada majlis yang akan diadakan kelak, peluang terbuka kepada wakil media untuk bertanya apa saja kemusykilan. Ini katanya, adil kepada semua pihak yang selama ini menyokong kerjaya seni Shila.

Tegas pelakon dan pengacara itu lagi, jika boleh, dia mahu masyarakat melihat dengan lebih luas isu yang membabitkan Shila. ND Lala berkata, tumpuan sekarang adalah soal perkembangan kerjaya Shila yang membawa nama Malaysia ke peringkat global.

"Ramai yang menghubungi kami bertanya hal ini. Dalam sidang media itu nanti, tanyalah apa saja. Kami sedia menjawab, cuma buat masa ini kita perlu melihat perkara lebih besar. Shila hari ini aset negara dan bakal menjadi ikon meletakkan muzik Malaysia dalam industri hiburan dunia.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Ahad, 17 Februari 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Aura Anuar pukau 5,000 penonton

Posted: 16 Feb 2013 02:19 PM PST

Shah Alam: Anuar Zain memukau hampir 5,000 penonton yang menyaksikan konsert Tiga Dekad Muzik, Cinta dan Sanubari di Stadium Malawati, di sini, malam tadi.

Konsert berkenaan lebih bermakna kerana penyanyi itu baru saja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-43, kelmarin.

Adik kepada penyanyi Ziana Zain itu membuktikan diri dan bakatnya masih utuh di liga tersendiri saat muncul di pentas jam 9.05 malam disambut jeritan dan teriakan penonton. Penganjuran konsert anjuran Anuar Zain Network dengan kerjasama Universal Music ini juga sebagai simbolik 30 tahun pembabitannya dalam dunia seni.

Dendang 20 lagu

Tampil dengan gaya klasik dengan beberapa persalinan, Anuar mendendangkan 20 lagu, termasuk yang memperkenalkannya di arena seni, Kain Pelikat selain lagu hits seperti Bila Resah, Keabadian Cinta, Semua Untukmu, Sedetik Lebih dan Ketulusan Hati.

Sepanjang lebih dua jam menghiburkan penonton, Anuar turut mengembalikan kehangatan lagu Ajari Aku apabila Nora Danish yang menjadi model klip video lagu itu tampil dengan persalinan rekaan Hatta Dolmat sebagai gimik di atas pentas.

Konsert yang dipimpin Mac Chew sebagai pengarah muzik turut menyaksikan tayangan perdana klip video lagu Sempurnakan Aku kesinambungan kepada lagu Ajari Aku.
Lebih manis, konsert itu turut menampilkan penyanyi bervokal emas, Adibah Noor dan Dina Nadzir sebagai penyanyi latar selain Elvina Arul serta Russel Curtis mengiringi persembahan lagu Cinta Harus Memiliki.

Penonton juga dipersembahkan dengan paparan visual dan grafik menarik ilham Amri Ginang selain penataan cahaya lampu rekaan Steve Ho Of SES.

Konsert berkenaan disokong akhbar, televisyen serta radio kumpulan Media Prima Berhad iaitu BH, Harian Metro, TV3, ntv7 dan Hot FM sebagai media rasmi selain blog Sensasi Selebriti (Budiey) serta majalah Media Hiburan.

Kuswadinata meninggal dunia

Posted: 16 Feb 2013 02:17 PM PST

Ampang: Pelakon veteran, Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang (gambar), 75, meninggal dunia di Hospital Ampang, di sini pada jam 5.07 petang semalam, akibat penyakit pendarahan dalam badan.

Jenazah Allahyarham dibawa ke rumahnya di Taman Rasmi Jaya sebelum dikebumikan di Kampung Tengah, di sini, sebelum Zuhur hari ini.


Koma 3 hari

Anak ketiganya daripada perkahwinan kedua Allahyarham iaitu Mohd Irwan, 27, berkata bapanya koma selama tiga hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Papa dimasukkan ke Hospital Ampang sejak enam hari lalu dan menghidap penyakit buah pinggang serta kanser kelenjar sejak empat tahun lalu.

Tapi, dia disahkan meninggal dunia dalam koma selepas mengalami muntah darah.
Arwah akan dimandikan di Masjid Bukit Indah dekat sini dan dikebumikan sebelum waktu Zuhur esok (hari ini).
Papa ada menyatakan hasrat untuk ke Pulau Kapas sebelum meninggal, namun tak kesampaian, katanya ketika ditemui, semalam.

Tinggalkan dua balu

Allahyarham yang berasal dari Singapura meninggalkan dua balu, Fatimah Ahmad, 70, dan Kamariah Mohd Said, 58, serta sembilan anak, 14 cucu dan seorang cicit.

Allahyarham memulakan kerjaya lakonannya di Malay Film Production, Jalan Ampas, Singapura pada 1957 dan membintangi lebih 25 filem sepanjang hayatnya.

Sabtu, 16 Februari 2013

Blog Selebriti TV

Blog Selebriti TV


Video Walimatul Urus Yusry dan Lisa Surihani Bahagian 2

Posted: 05 Mar 2012 03:00 PM PST

CommentMarch 6th, 2012 07:00

Sabungan Bahagian ke-2 video eksklusif Walimatul Urus Yusri dan Lisa Surihani yang berlangsung pada 25hb Februari 2012. Selamat Menonton.

Pada episod kali ini, ianya bersambung di upacara akad nikah, persiapan terakhir majlis persandingan, liputan majlis persandingan dan pengakhiran sesi temubual bersama pengantin lelaki dan perempuan tentang perancangan dan harapan masa depan mereka.

Antara paparan menarik yang akan dikongsikan bersama penonton ialah tentang konsep perkahwinan Yusry dan Lisa khususnya tema, makna di sebalik warna serta pakaian yang dipilih mereka. Di satu babak juga, Ibu Lisa akan bercerita tentang kerisauannya kerana Lisa dan Yusry sentiasa sibuk dan banyak perkara yang belum siap.

Untuk terus berkongsi kebahagiaan tentang kisah cinta Yusry dan Lisa, jangan ketinggalan untuk menonton kedua-dua episod dokumentari eksklusif ini hanya di Astro Ria saluran 104 pada 25 Februari dan 3 Mac 2012 pada pukul 10 malam.

Kedit video : www.GuaTv.com

Blog Widget by LinkWithin

Sponsor Setia Blog Selebriti.tv :


Video Walimatul Urus Yusry dan Lisa Surihani

Posted: 26 Feb 2012 12:58 AM PST

Video Eksklusif Walimatul Urus Yusri dan Lisa Surihani yang berlangsung pada 25hb Februari 2012.
Video yang dirakam ini punya dua bahagian keseluruhannya. Ini adalah bahagian pertama dan sambungannya iaitu Bahagian Ke-2 akan ditayangkan pada 3hb Mac 2012 nanti. Selamat Menonton.

setahun menyulam cinta dan mengenali hati budi masing-masing, pasangan selebriti Yusry Abd Halim dan Lisa Surihani akhirnya mengambil keputusan memeterai hubungan kasih mereka dengan ikatan yang lebih sempurna.

Pasangan sama cantik dan sama padan ini, telah memilih tarikh 23 Februari 2012, sebagai hari bersejarah untuk mereka melangsungkan majlis pernikahan di Hotel Marriot Putrajaya selepas waktu Maghrib.

Majlis resepsi kedua-dua belah pihak pula akan menyusuli secara serentak pada 26 Februari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dalam majlis yang bakal dihadiri ahli keluarga, para tetamu kenamaan, rakan-rakan media dan selebriti tempatan.

Sempena majlis perkahwinan pasangan selebriti terkenal ini, Astro RIA bakal membawakan sebuah dokumentari eksklusif dalam 2 episod yang akan menjejaki kisah cinta mereka sehingga ke gerbang perkahwinan.

Istimewanya dokumentari yang disiapkan khusus bagi meraikan pasangan pengantin ini bakal merungkai rahsia sepanjang percintaan mereka yang belum pernah dikongsi dengan mana-mana pihak sebelum ini.

Di samping kisah romantik mereka, dokumentari ini juga akan memaparkan setiap detik persiapan perkahwinan, upacara akad nikah dan majlis persandingan.

Episod 1 yang akan disiarkan pada 25 Februari, pukul 10 malam akan meneliti profil pengantin lelaki dan perempuan, kisah cinta mereka daripada kaca mata mereka sendiri serta kenalan dan ahli keluarga, serta persiapan perkahwinan.

Para peminat Yusri dan Lisa semestinya ingin mengetahui secara lebih lanjut tentang detik perkenalan awal mereka berdua. Siapakah yang memulakan langkah pertama dan bagaimanakah reaksi insan-insan yang seharusnya sentiasa rapat dalam kehidupan mereka berdua?

Antara kenalan mereka yang akan ditemubual dalam dokumentari ini ialah seperti kedua beradik Yusry Norman dan Edry, teman-teman rapat, ibubapa termasuk temubual dari penerbit filem David Teo yang telah menggilap bakat Lisa hingga menjadi seorang bintang serta temu ramah bersama wartawan hiburan dan juga rakan artis seperti Liyana Jasmay & Erra Fazira.

Apakah pula perubahan ketara yang ditunjukkan oleh Yusri dan Lisa, apabila kedua-duanya dilamun cinta? Tahukah peminat bahawa temujanji pertama Yusry ialah bersama ibu Lisa, Puan Siti Amira dan bukan anak gadisnya Lisa? Semuanya akan didedahkan di episod pertama dalam dokumentari ini.

Di Episod 2 pula yang akan disiarkan pada 3 Mac 2012 pada pukul 10 malam, dokumentari ini bersambung di upacara akad nikah, persiapan terakhir majlis persandingan, liputan majlis persandingan dan pengakhiran sesi temubual bersama pengantin lelaki dan perempuan tentang perancangan dan harapan masa depan mereka.

Antara paparan menarik yang akan dikongsikan bersama penonton ialah tentang konsep perkahwinan Yusry dan Lisa khususnya tema, makna di sebalik warna serta pakaian yang dipilih mereka. Di satu babak juga, Ibu Lisa akan bercerita tentang kerisauannya kerana Lisa dan Yusry sentiasa sibuk dan banyak perkara yang belum siap.

Untuk terus berkongsi kebahagiaan tentang kisah cinta Yusry dan Lisa, jangan ketinggalan untuk menonton kedua-dua episod dokumentari eksklusif ini hanya di Astro Ria saluran 104 pada 25 Februari dan 3 Mac 2012 pada pukul 10 malam.

Kedit video : www.GuaTv.com

Blog Widget by LinkWithin

Sponsor Setia Blog Selebriti.tv :


Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Sisi berbeza ZhangZiyi

Posted: 15 Feb 2013 03:16 PM PST

Selesa pilih laluan bersih memacu bakat sebagai pelakon

Melewati lebih sedekad sebagai insan seni, lunak bicara Zhang Ziyi dibaluti bait perkataan matang, menterjemahkan sisi dirinya yang masih kental memegang adat tanpa sesekali membiarkan ia hakis ditelan masa.

"Ramai memilih laluan tidak baik ketika berusaha mencari diri. Namun itulah realiti dunia seni - ia bukan sebuah dunia yang bersih," kata Ziyi, ikon industri perfileman China yang terpaksa bergelut dengan pelbagai tafsiran umum sejak serius menceburkan diri di layar lebar pada 1999.

Dua sisi personaliti

Aktres kelahiran Beijing berusia 33 tahun itu berkata, setiap manusia dikurniakan dua sisi personaliti berbeza sama ada kental atau lembut.

Pegangan itu juga kata Ziyi, menjadi titik tolak yang menyerlahkan kekuatan dan pesona dirinya apabila beraksi di layar perak..

Serlah persona
Pegangan itu juga kata Ziyi, menjadi titik tolak yang menyerlahkan kekuatan dan pesona dirinya apabila beraksi di layar perak.

"Setiap kali menjiwai watak kental, sebahagian daripada kekuatan itu ada dalam diri saya. Begitu juga apabila memainkan peranan yang penuh kelembutan.

"Setiap aspek diri saya ada dalam karakter yang saya jayakan," katanya.

Menjalani latihan sebagai penari sejak berusia 11 tahun, Ziyi menghabiskan masa selama enam tahun untuk menguasai tarian tradisional Cina, sebelum mendalami klasik balet.

Namun seperti yang sering diucapkan dalam beberapa temubual sebelum ini, Ziyi selalu berasakan tarian tidak menjanjikan masa depan gemilang buat dirinya.

"Mungkin ia hanya perasaan saya ketika itu tetapi apabila menoleh semula laluan yang pernah dilalui saya tidak membuat pilihan yang salah.

Beralih profesion

"Beralih profesion daripada tarian kepada lakonan adalah pilihan yang tepat. Saya merasai kepuasan luar biasa setiap kali berlakon tetapi tidak ketika menari," katanya yang ditawarkan watak utama dalam The Road Home yang menjulang anugerah perak di Berlin Film Festival pada 1999.

Tiada siapa menduga, perjalanan yang direntasi sejak berusia 19 tahun mampu membawa langkahnya hingga menerjah pasaran antarabangsa.

Semua itu kata Ziyi, berlaku secara semula jadi kerana dia tidak pernah merencana perjalanan dan laluan kerjaya seninya.

"Selepas The Road Home, saya ditawarkan untuk membintangi Crouching Tiger, Hidden Dragon (2000) diikuti Rush Hour 2 (2001).

Ia berlaku terlalu pantas, setiap satu seperti tersusun indah. Saya tidak pernah terfikir segala kemungkinan itu," katanya.

Sejurus selepas menjayakan House Of The Flying Daggers pada 2004, Ziyi mengukuhkan lagi profil dirinya di Hollywood menerusi dua filem iaitu Memoirs of a Geisha dan Horseman.

Ziyi berkata, dia terhutang budi kepada Wong Kar-wai yang banyak membantunya dalam mengukuhkan profil lakonannya sejak kali pertama berkolaborasi dalam filem romantik drama, 2046.

Keakraban yang terbentuk ketika menyertai Festival Filem Cannes, membuatkan Ziyi tidak lagi melihat Kar-wai sebagai pengarah sebaliknya sebagai mentor dan sahabat.

"Tidak kira bagaimana proses dan hasilnya, Kar-wai pada mata saya seorang yang bijaksana. Dia hanya satu dan tidak ada bandingnya.

"Mungkin kerana itu, saya tidak pernah peduli sama ada dia memberikan skrip atau sebaliknya ketika ditawarkan berlakon di bawah arahannya.

"Sekiranya kamu mempercayai seseorang, serahkan saja kepadanya untuk menguruskan semua itu," katanya.

Atas kepercayaan itu, khalayak lebih mengenali Ziyi sebagai seorang pelakon yang begitu berhati-hati dalam pemilihan watak.

Utamakan karakter "Saya mengutamakan karakter yang menggerakkan saya, berbeza filem arahan Kar-wai kerana saya akan pantas memberikan persetujuan tanpa terlebih dulu melihat skrip.

"Sama seperti The Grandmaster yang ditayangkan Januari lalu. Saya memberikan persetujuan tanpa melihat skrip kerana apa yang utama adalah kepercayaan.

"Cara kami bekerja juga unik. Pembangunan karakter dan keserasian antara watak dilakukan ketika di set penggambaran.

"Pada permulaan, banyak babak yang menuntut saya meluahkan emosi.

Dalam proses itu, kami menyedari watak itu adalah sebaliknya.

"Pada akhirnya, babak menangis yang dilakonkan hanya sia-sia kerana ia perlu ditangani dengan cara berbeza.

Sepanjang penggambaran, kami cuba mencari arah dan personaliti karakter berkenaan," katanya.

Dugaan paling getir

Akur dirinya sebagai fokus masyarakat, Ziyi tidak dapat mengelak daripada berterusan mangsa fitnah yang cuba merosakkan reputasinya di mata dunia. Paling menyakitkan laporan media pada Mei lalu yang mendakwa dia menerima bayaran RM340 juta untuk tidur bersama bekas pegawai atasan Parti Komunis, Bo Xilai antara 2007 dan 2011.

Dakwaan itu bermula daripada sebuah laman sesawang berbahasa Cina yang berpangkalan di Amerika Syarikat, sebelum disebarkan oleh tabloid dari Hong Kong, Apple Daily.

Mereka-cipta cerita

"Mungkin kerana saya tidak begitu rapat dengan penggiat media di Hong Kong, membuatkan mereka dengan mudah memetik kata-kata saya atau mereka-cipta cerita hanya berdasarkan foto yang diperoleh.

"Mereka tidak pernah berputus asa, malah akan sentiasa mereka-reka cerita mengenai saya. Setiap kita melihat sesuatu dari sudut berbeza, mungkin mereka mahu melihat saya di rumah supaya lebih dekat dan dihargai.

"Tetapi saya bekerja dalam dunia yang berbeza, malah tidak pernah berharap semua orang akan menghargai apa yang saya lakukan," katanya.

Jumaat, 15 Februari 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Siti lebih ayu

Posted: 14 Feb 2013 01:27 PM PST

Apabila memilih untuk tampil berhijab, artis tersohor Datuk Siti Nurhaliza sedar keputusannya bakal membawa diri berdepan pelbagai situasi yang andai tersilap percaturan, mungkin memakan diri.

Apatah lagi dengan kedudukannya sebagai penyanyi terkenal, pasti ramai yang tertanya-tanya sejauh manakah imej barunya itu mempengaruhi kerjaya seni. Adakah Siti selepas ini akan membataskan gerak-gerinya hanya kerana dirinya berhijab?

Saat diajukan persoalan ini kepada si empunya diri, Siti mengakui perkara itulah yang sering bermain di fikiran selepas bertudung litup.

"Banyak perkara yang perlu Siti nilai kembali selepas berhijab. Sebagai penyanyi, ada ketika, Siti perlu menari. Siti tak mahu situasi itu mencetuskan perasaan tidak senang lebih-lebih lagi selepas Siti mengenakan tudung litup.

"Mungkin selepas ini Siti akan mengikut gaya penyanyi Adele yang tidak perlu banyak bergerak ketika membuat persembahan, sebaliknya suara dan lagu-lagunya sudah cukup hebat.

"Disebabkan itulah SitI perlu memikirkan lebih awal konsep untuk album yang akan datang supaya dapat disesuaikan dengan penampilan Siti," katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman persembahan sempena Minggu Setiausaha - Memori Indah Bersama Datuk Siti Nurhaliza di The Royale Chulan, Kuala Lumpur, petang kelmarin.

Menurut Siti, walau apapun kesukaran yang perlu ditempuh, dia berpuas hati kerana apa yang diimpikan akhirnya termakbul.
"Memang dari dulu lagi Siti impikan untuk mengenakan tudung litup iaitu selepas Siti menunaikan ibadat Haji. Akhirnya, impian itu tercapai selepas melalui pelbagai fasa iaitu bertudung, berselendang dan akhirnya bertudung litup.

"Suami Siti suka dengan penampilan terbaru ini," dedah penyanyi berusia 33 tahun ini.

Single baru, Galau kurang menyengat?

Selepas lagu Muara Hati yang dinyanyikan secara paduan suara dengan Hafiz, Siti muncul dengan single berjudul Galau yang julung kali diperdengarkan ketika konsert sulungnya di Gambang, Kuantan, tahun lalu.

Namun, entah di mana silapnya, lagu itu agak kurang menyengat jika mahu dibandingkan dengan kebanyakan lagu cinta yang pernah didendangkan Siti.

Menjawab persoalan itu, Siti berkata sebagai penyanyi, dia berusaha menyampaikan lagu itu sebaik mungkin.

"Lagu itu adalah projek khas Siti bersama Universal Records dan untuk pasaran digital. Pihak syarikat rakaman yang mahukan Siti menyanyikan lagu itu.

"Sebagai penyanyi, Siti berusaha menyampaikan lagu itu sebaik mungkin dan selebihnya Siti serahkan pada pendengar," ujarnya.

Luahan politik sekadar pandangan rakyat

Melihat trend artis yang makin ramai berhijrah, ada antara mereka mula diintai parti politik untuk menyampaikan ceramah motivasi. Apakah Siti tidak terkecuali didatangi pihak yang mahu Siti melakukan perkara sama?

"Setakat ini, tidak ada yang meminta saya berbuat demikian. Siti juga tidak bersedia untuk menceburi bidang politik walaupun kebanyakan tweet saya berbaur politik.

"Apa yang saya tulis adalah ada sekadar suara seorang rakyat dan tidak bermaksud apa-apa," tegas Siti menyatakan pendiriannya. H2

Siti nyanyi selepas rehat tiga bulan

Sementara itu, mengulas persembahan yang bakal dijayakannya pada 11 April depan, Siti berkata, ia bakal memberi kenangan terindah kepada peminat selepas tiga bulan berehat menjaga suaminya, Datuk Seri Khalid Muhd Jiwa yang sakit akibat kemalangan jalan raya di New Zealand.

"Sepanjang lebih sejam persembahan, Siti akan menyampaikan juga lagu popular semasa. Tidak ketinggalan, lagu Siti sendiri seperti yang Siti lakukan pada persembahan Pink Jazzy Affair tempohari apabila Siti nyanyi lagu Skyfall yang cukup popular ketika itu." katanya yang bakal diiringi pemuzik di bawah pimpinan Aubrey Suwito.

Kata penyanyi Biarlah Rahsia ini, persembahannya itu adalah eksklusif kerana itu adalah satu-satunya persembahan sempena Minggu Setiausaha yang dijayakannya, tahun ini.

Selain mendengar nyanyian Siti, penonton juga akan dihiburkan dengan persembahan pembukaan oleh bekas peserta program One In A Million, Lokman Aslam dan pertunjukan fesyen oleh Cosry Design.

Tiada sebab nak curang

Posted: 14 Feb 2013 01:23 PM PST

Kerap dikaitkan punya skandal dengan ramai wanita, Fauzi Nawawi yang juga suami pelakon, Lisdawati, tidak memandang serius dakwaan orang sebaliknya berbangga apabila tetap dilihat laris walau sudah punya enam anak.

Akuinya, sejak terbabit dalam dunia hiburan belasan tahun lalu, dia seakan sudah lali berdepan dengan segala macam tohmahan.

"Kadangkala saya tergelak juga membaca gosip mengatakan saya ada ramai kekasih gelap. Kalau sekali dua tidak mengapa. Ini tidak, satu demi satu cerita menggelikan hati timbul.

"Tetapi dalam usia 40 tahun, berstatus suami orang serta dikurniakan anak yang sudah berderet, sedikit sebanyak saya berasa bangga kalau dilabel tetap laku sampai dapat 'memancing' hati ramai wanita," katanya ketika ditemui pada pelancaran koleksi khas Hari Kekasih barang kemas Pandora di Ampang.

Tambahnya, dia kini bahagia dengan kehidupan bersama isteri tersayang selain anak-anak, termasuk cahaya mata menerusi perkahwinan terdahulu yang semakin remaja, hingga tiada sebab untuknya berlaku curang.

"Dalam rumah tangga, sudah jadi adat kalau ada sedikit rasa merajuk. Tetapi itu perkara biasa, tidaklah sampai kami membuka mulut bercerita masalah kepada orang lain walaupun ibu sendiri.

"Bagi saya, Lis (Lisdawati) antara penyokong kuat malah dialah kawan dan dia juga pengkritik hasil kerja saya yang paling tulus. Dalam kerja mahu pun rumah tangga, kami umpama sebuah pasukan yang kuat.
"Sebagai ibu, dia sebenarnya lebih tegas, malah segala-galanya sama rata tidak kira anak sendiri mahu pun anak tiri manakala saya lebih fleksibel. Jadi apabila saya memanjakan anak, nampak dialah yang garang," kongsinya sambil tertawa.

Keluarga faham dunia artis

Melihat luaran, Pelakon Lelaki Terbaik pada Anugerah Skrin 2010 tampak serius, namun hakikatnya dia memang selamba serta mudah mesra tidak kira dengan sesiapa pun.

Sebagai lelaki berstatus suami dan bapa, sudah pasti sedikit sebanyak kisah skandal itu terpercik kepada keluarga, apatah lagi anak-anak sudah semakin dewasa dengan si sulung sudah mencecah 18 tahun.

Namun Fauzi bersyukur apabila mereka cukup memahami asam garam insan dalam dunia seni, bahkan sentiasa mengingatkan setiap cahaya matanya supaya mengejar ilmu untuk berjaya dalam hidup.

Tak pernah mengurat Rita

Diminta menyentuh mengenai isu berbalas kenyataan dengan Rita Rudaini berikutan kenyataan wanita itu yang mendakwa boleh berlakon dengan isterinya asalnya Fauzi tidak berada di lokasi, nyata dia enggan memanaskan lagi keadaan.

Sebagai individu yang tiada kaitan dengan isu lama membabitkan pergaduhan antara Rita dan Lisdawati kira-kira tujuh tahun lalu, Fauzi sendiri tertanya-tanya masalah sebenar wanita berkenaan hingga memberi peringatan seumpama itu, yang tentu saja menimbulkan pelbagai tanggapan kurang enak di kalangan orang luar.

"Biarlah dia dengan segala macam peringatan dan kenyataan. Masyarakat boleh menilai siapa profesional atau tidak. Kalau diminta berlakon dengannya, saya tiada masalah pun sebab saya tidak pernah cuba menguratnya, dulu atau sekarang.

"Kalau ada yang mendakwa kami pernah bercinta atau menjalin cinta tiga segi sebelum saya dan Lis berkahwin, cerita itu juga tidak benar. Jadi saya tak tahu apa masalahnya? Kalau ikutkan, selepas pergaduhan mereka dulu, saya berkahwin dengan Lis dan kami terus bahagia sampai sekarang.

"Bukanlah saya mahu membandingkan rumah tangga kami dengan situasi yang dialaminya kini, tetapi cukup-cukuplah... Saya harap Rita faham maksud saya," katanya penuh bermakna.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Gambar Di Majlis Pertunangan Fizz Fairuz Dan Azlyn Massiela

Posted: 14 Feb 2013 02:07 PM PST

Posted: 15 February 2013 at 6:07 am  

Gambar petunangan Fizz Fairuz

Umum mengetahui yang Fizz Fairuz kini sudahpun bertunang dengan kekasihnya, Azlyn Massiela pada hari Ahad, 10 Februari yang lalu.. Majlis pertunangan Fizz Fairuz yang diadakan secara senyap itu telah diadakan di rumah keluarga tunangnya di Taman Pelindong Damai, Beserah, Kuantan Pahang dengan jayanya..

Memandangkan majlis pertunangan Fizz Fairuz diadakan secara tertutup, tidak banyak gambar yang kami peroleh, hanya beberapa keping gambar pertunangan mereka yang sedang hangat diperkatakan ketika ini dapat kami kongsikan di bawah..

Jadi, buat peminat Fizz Fairuz jom kita layan beberapa keping gambar ketika majlis pertunangan Fizz Fairuz dan Azlyn Massiela ni berlangsung..