Adsense

Isnin, 14 November 2011

borak kosong

borak kosong


Inilah Yang Sebenarnya 7 Keajaiban Dunia, Bukan Tembok Besar China atau yang lain-lain

Posted: 14 Nov 2011 09:30 PM PST


Sekumpulan pelajar belajar mengenai "Tujuh Keajaiban Dunia". Pada akhir pelajaran, para pelajar diminta untuk menyenaraikan apa yang mereka fikir merupakan "Tujuh Keajaiban Dunia" saat ini. Walaupun ada beberapa ketidaksesuaian, sebagian mereka menyenaraikan :

1) Piramid Besar di Mesir
2) Taj Mahal
3) Grand Canyon
4) Panama Canal
5) Empire State Building
6) St. Peter's Basilica
7) Tembok Besar China

Ketika mengumpulkan kertas yang disenaraikan murid-murid sang guru memperhatikan seorang pelajar, seorang gadis yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas kerjanya. Jadi, sang guru bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesulitan untuk menyenaraikannya. Gadis pendiam itu menjawab, "Ya, sedikit. Saya tidak boleh memilih kerana sangat banyaknya."

Sang guru berkata,

"Baik, katakan pada kami apa yang kamu miliki, dan mungkin kami boleh membantu memilihnya."
Gadis itu ragu sejenak, kemudian membaca, Saya fikir Tujuh Keajaiban Dunia adalah :

1) Boleh menyentuh
2) Boleh menghidu
3) Boleh melihat
4) Boleh mendengar

Dia terdiam sebentar, dan kemudian melanjutkan :

5) Boleh merasakan
6) Boleh tertawa
7) Dan boleh mencintai

Ruang kelas tersebut sunyi seketika ! Gurunya berkata "Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya "keajaiban", sementara saat kita melihat dan menikmati semua yang telah Allah lakukan untuk kita, lalu menyebutnya sebagai "biasa-biasa saja"?

sumber : http://apriel.org

bk-terfikir memang selama ini kita alpa dengan kebesaran Tuhan...

Kesian..Kanak-kanak Yang Tertelan Bateri Lithium Harus Menjalani 18 Pembedahan

Posted: 14 Nov 2011 08:40 PM PST

Akibat menelan bateri lithium dari remote control televisyen, kank-kanak ini harus menjalani 18 pembedahan dalam satu tahun untuk mengatasi luka bakar di dalam tubuhnya .

Emmett Rauch, dua tahun , menelan bateri lithium dari remote control dan sejak itu 18 operasi dalam satu tahun terakhir di Hospital Anak Phoenix di Arizona. Ibunya Karla Rauch mengatakan tidak seorang pun melihat Emmett menelan bateri dan gejala pertama mirip dengan flu.Kerana gejala inilah orangtuanya menyangka ini hanya flu dan menunggu hingga 3 hari sebelum ke doktor, padahal bateri sudah mulai membakar di kerongkongan dalam waktu dua jam.


Kanak-kanak ini telah menjalani operasi pemotongan empat inci dari esophagus (tabung kerongkongan yang mengangkut makanan ke lambung) akibat terbakar dari bateri.

Selain itu kanak-kanak ini menderita beberapa kes gagal paru-paru dan keadaannya sama dengan 200 sinar-Xray. Ia telah menghabiskan lebih dari 19 minggu di ICU anak.

Jadi sangat dimohon kepada orang tua yang memiliki anak masih kecil, untuk berhati-hati dalam mengawasi anak. Bateri ini sangat berbahaya dan jika tertelan , gejalanya mirip dengan flu biasa atau flu – demam, kurang nafsu makan, batuk dan meningkatnya produksi lendir.

Video kecuaian orang tua yang patut kita ambil pelajaran

Posted: 14 Nov 2011 07:00 PM PST

Sebagai orang tua kita selalu berhati-hati terhadap keselamatan anak tetapi adakalanya kita terlupa untuk memerhatikannya kerana mungkin sikap tak kisah atau tak apa kita seperti yang berlaku di dalam video dibawah....


sumber video : youtube(bestoneoffour)

Wanita sanggup bohong bunuh ibu, abang untuk elak kahwin paksa

Posted: 14 Nov 2011 06:00 PM PST

Al-KHARJ (Arab Saudi): Seorang wanita Arab Saudi berusia 30 tahun mempunyai cara yang unik untuk mengelak daripada berkahwin dengan lelaki yang tidak disukai, iaitu dengan membuat laporan palsu yang dia telah membunuh ibu dan abangnya.

Anggota polis bergegas ke lokasi yang dikatakan tetapi mendapati ia laporan palsu.

Wanita itu berkata dia terdesak dan membuat laporan itu untuk menghalang dua abangnya daripada memaksa dia berkahwin dengan lelaki yang dia tidak suka.

Apabila mendapat tahu yang abangnya telah memalsukan dokumen pra-perkahwinannya semata-mata untuk memaksa dia berkahwin dengan lelaki pilihan mereka, wanita itu terus menelefon polis dan membuat laporan palsu mengenai 'pembunuhan' yang dia lakukan.
Ketika anggota polis tiba di rumahnya, abang wanita itu menafikan berlaku pembunuhan di rumah itu.

Wanita itu akhirnya memberitahu anggota polis, dia yang menelefon lalu mengadu abangnya telah menyebabkan dia merana.

Katanya lagi, dia berada di rumah itu bersama ibu dan dua orang saudara perempuannya dan hanya cara itu saja dia dapat memanggil polis datang ke rumahnya.

sumber : myMetro

Pak Uban sewa 'ayam hutan' untuk pemuas nafsu

Posted: 14 Nov 2011 05:00 PM PST

KOTA TINGGI: Seorang lelaki yang dikenali sebagai Pak Uban mengambil jalan mudah untuk mencari rezeki pada usianya yang semakin senja apabila membina sebuah pusat pelacuran mini berhampiran lombong pasir di sini.

Pusat maksiat beroperasi 24 jam di Batu 16, Jalan Kota Tinggi-Mersing itu mempunyai tiga pondok, dua daripadanya untuk pelacuran manakala satu lagi untuk pelanggan bersembang sementara menunggu giliran.

Pak Uban yang berusia 65 tahun menggajikan tiga wanita warga asing yang dijadikan pemuas nafsu seks pelanggan yang bukan saja terdiri daripada pekerja lombong terbabit, malah buruh ladang serta penduduk tempatan.

Kegiatan haram di Hutan Simpan Panti itu berlarutan sejak lebih sebulan lalu dan sukar dikesan berikutan lokasinya yang tersembunyi dan berhampiran rumah kongsi pekerja.

Bagaimanapun, hasil intipan polis berdasarkan maklumat orang ramai, kegiatan itu dipatahkan, kelmarin.

sumber : myMetro

Taktik Gadis Jepun Agar Komputer Yang Di Jual Cepat Laku [BB+]

Posted: 14 Nov 2011 04:00 PM PST





Macam ni barulah tak kena curi

Posted: 14 Nov 2011 10:01 AM PST

Zahia Dehar Bintang Panas Cilik yang Terkenal Berkat Ribery

Posted: 14 Nov 2011 09:01 AM PST

Kes pelacur di bawah umur mencuat ke permukaan. Kes ini melibatkan tiga pemain bintang Perancis, yakni Franck Ribery, Karim Benzema, dan Sidney Govou. Mereka terancam kurungan tiga tahun penjara.

Skandal prost*tusi di bawah umur yang melibatkan tiga bintang Perancis ini, membuat malu persatuan bolasepak Perancis. Meski prostitusi legal di Perancis, tapi wanita penjaja seksnya harus sudah berumur 18 tahun ke atas.

Skandal ini terbongkar ketika polis Perancis melakukan pemeriksaan di Cafe Zaman, sebuah rumah bordil di Chams Elysess. Serbuan ini menangkap 18 wanita, salah seorang pelacur yang kemudian diketahui bernama Zahia Dehar, mengaku sering dibooking pemain sepakbola termasuk tiga bintang sepakbola Perancis.

Zahia Dehar mendapat bayaran 2,000 Poundsterling untuk semalam. Hubungan bisnis seks dengan ketiga pemain itu, dimulai ketika Dehar masih berusia 15 tahun, sehingga dianggap telah melanggar hukum. Maka Ribery, Benzema, dan Govou pun diajukan ke pengadilan.

Penampilan Awek Promoter Tanpa Pakaian atau Bogel Ketika Promosi iPhone

Posted: 14 Nov 2011 08:45 AM PST

Penjualan Sebuah produk tak lepas dari peranan-peranan wanita cantik atau SPG(Sales Promotion Girl), seperti yang dilakukan perusahaan Handphone atau iPhone yang mempunyai brandmerk JOY MOBILE CITY yang akan meramaikan suasana pameran.Style SPG lama biasa dah ketinggalan zaman, lalu bagaimana cara agar menarik peminat para pengunjung dengan penampilan spg-spg cantik..yang satu ini luar biasa SPG tanpa pakaian @ bogel hanya berbalut painting (body painting)..




sumber : dhaniels.com

Siapakah yang punya peha yang amat mulus ini?

Posted: 14 Nov 2011 07:00 AM PST

cantik dan mulus..jom kita lihat siapakah gerangan yang punya peha
yang amat mulus ini




Open Spolier Untuk Lihat Siapa Yang Punya Peha Ini:




Photobucket
cunkan awek ni...hehehe


Gila...guru suruh pelajar tampar 150 kali sesama mereka kerana lambat naik bas (video)

Posted: 14 Nov 2011 06:00 AM PST

Dua pelajar sekoleh rendah di China dipaksa oleh guru mereka untuk saling menampar sebanyak 150 kali di wajah gara-gara terlambat. Demikian dilansir dvantage.com.sg,minggu ini.

Insiden yang terjadi di Guangzhou, Guangdong, dimulai saat dua pelajar laki-laki lambat naik ke bas sekolah untuk sebuah acara jalan-jalan. Akibatnya, seluruh pelajar terpaksa menunggu dan membuat marah guru mereka.

Kedua pelajar itu diberi arahan oleh guru mereka saling tampar lebih dari tiga minit. Video berdurasi empat minit itu kemudian diposting ke internet. Di akhir video, kerana belum puas dengan hukuman yang diberikan, kemudian memberikan satu tamparan masing-masing ke pelajar tersebut sebelum menuju ke kerusi mereka. sumber: Tribunnews.com

Jessica Biel Anggap Adegan Bogelnya Brutal

Posted: 14 Nov 2011 05:00 AM PST

LOS ANGELES - Beradegan bogel di filem Powder Blue, Jessica Biel merasa tidak percaya diri. Malah, Jessica menganggap adegan itu brutal.
Menyedari poster tubuh telanjangnya dijadikan poster dan trailer, kekasih Justin Timberlake itu menganggap adegan telanjangnya terlalu brutal.
Meski merasa malu, namun Jessica mengaku tidak serik untuk kembali beradegan bogel dalam projek filem berikutnya. Dengan syarat, bila diminta oleh produser.
"Jika ada produser meminta saya untuk telanjang lagi, saya pasti akan melakukannya," kata Jessica seperti dilansir Dailymail, Jumaat (11/11/2011).
Film Power Blue menceritakan tentang perjuangan seorang wanita yang harus membiayai anaknya yang sakit parah, dengan menjadi penari telanjang.
(efi)

Cara Anjing Pintar Menyelimuti Dirinya Untuk Tidur

Posted: 14 Nov 2011 04:00 AM PST

Seekor anjing Labrador hitam telah menjadi popular di jaringan Internet.Anjing jantan bernama Jasper ini menunjukkan kepintarannya memecahkan masalah ketika ia perlu kehangatan saat ingin tidur siang.




Klip video yang diunggah ke YouTube ini, Jasper terlihat berjalan ke kandangnya dan dalam beberapa saat ia meraih hujung selimut dengan mulutnya kemudian membungkus tubuhnya dan tidur di dalam kandang empuknya


Dulu aku kurus sekarang dah gemuk (full pic)

Posted: 14 Nov 2011 03:00 AM PST










sumber gambar : stomp.com.sg

IKLAN

Posted: 14 Nov 2011 02:55 AM PST

Pasang Iklan Murah Untuk Business Dan Usaha Anda

ALEXA RANK SETAKAT 14-11-2011


Cara Beriklan Di Internet Dengan Harga Murah BORAKKOSONG.COM menyediakan ruang iklan bagi Anda yang ingin melakukan promosi melalui Internet dengan harga yang sangat berpatutan namun dengan kualiti dan hasil yang memuaskan. Jenis iklan yang tersedia adalah Banner.

Deskripsi :Berisi tentang informasi dan hiburan.Blog ini diupdate setiap hari dan setiap jam.

Statistik :

STATITIK TAHUNAN-LEBIH 5 JUTA PAGEVIEW


STATISTIK UNTUK 2 BULAN (SEP-OKT)

NISBAH 1UV=4.59 PV (UNIQVIEW,PAGEVIEW)

Pembayaran:

Pembayaran boleh di lakukan melalui bank in atau online (no acc akan diberi setelah perbincangan dipersetujui).

Perincian Harga Pakej Iklan:

Akan kami kirim setelah mendapat penrtanyaan pasang iklan dari anda melalui e-mail @ pm di Facebook

Ukuran : 125 X 125

Ukuran : 468 X 60

Ukuran : 250 x 250

Ukuran : 300 X 250

Ukuran : 728 X 90

Contact :
Jika anda berminat memasang iklan, silahkan hubungi kami melalui SINI @ PM DI FACEBOOK


Jadi tunggu apa lagi pasang iklan anda di BORAKKOSONG.COM.Bahan iklan sepenuhnya adalah tanggung jawab pemasang iklan, kami tidak bertanggung jawab terhadap kritikan atau tuntutan atas bahan iklan.

YANG PASTI ANDA TIDAK AKAN KECEWA JIKA BERIKLAN DI BORAKKOSONG.COM

Chuck O’Rear, Lelaki Di sebalik Gambar Latar Microsoft XP

Posted: 14 Nov 2011 02:00 AM PST

Sekilas saja melihat gambar ini, kita pasti langsung merasa pemandangan dalam foto ini sangat familiar. Ini kerana foto diatas merupakan gambar latar dari Microsoft XP.

Pastilah sebahagian dari kita pernah bertanya-tanya dalam hati, tentang lokasi dimana gambar ini diambil serta siapakah fotografer yang mengabadikannya.

Adalah Chuck O'Rear, seorang bekas fotografer majalah National Geographic yang mengambil gambar pemandangan yang indah ini. Berawal saat ia sementara memandu untuk mengunjungi kekasihnya dan tiba-tiba dikejutkan oleh keindahan kebun-kebun anggur di Sonoma, Napa, California Utara, Amerika Syarikat.

Saat banyak orang memilih untuk melanjutkan perjalanan, dan tak ingin dipusingkan untuk berhenti sejenak guna mengambil foto, O'Rear memutuskan untuk ketepi dan mengambil kameranya kerana ia begitu terpesona oleh rumput hijau dan awan putih di langit biru, yang sempurna.

Namun, yang tidak pernah sesaat pun terpikir oleh lelaki berusia 69 tahun itu bahawa hasil petikkan kameranya akan menjadi gambar yang paling sering dilihat di planet ini.

Diketahui, ketika disuruh menentukan foto-foto paling terkenal di dunia, tidak pernah terlintas pada fikiran kebanyakan orang bahawa gambar desktop komputer merupakan salah satu diantaranya, bahkan jika dikalkulasi ada lebih dari satu juta orang di seluruh dunia yang telah melihat foto O'Rear. Bahkan kebanyakan dari kita tidak menyedari bahawa itulah gambar yang hampir setiap hari kita lihat.

Kerana keindahannya, gambar tersebut dipilih oleh Microsoft untuk digunakan sebagai gambar latar belakang desktop Windows XP.

Meskipun O'Rear telah menandatangani sebuah kesepakatan rahsia dengan Microsoft yang membuat ia harus tetap merahsiakan jumlah pembayarannya, namun besarnya jumlah kesepakatan itu dilaporkan adalah yang termahal kedua selama sejarah pembelian lisen foto.

"Saya selalu melalui rute yang sama, antara Napa dan San Francisco dan hal ini saya lakukan dua kali seminggu diantara tahun 2002 atau 2003 ketika mengunjungi kekasih saya Daphne Larkin, namun ketika saya melintas pada bulan Januari, dan melihat rumput hijau yang indah, aku langsung keluar dari kereta dan kemudian mengambil beberapa gambar." tutur O'Rear.

Tiba-tiba ia mendapat telefon dari agennya dengan Corbis photo archive yang mengatakan bahawa Microsoft ingin membeli gambar asli hasil fotonya.

O'Rear, bekerja selama 25 tahun sebagai fotografer National Geographic, dan memulai kariernya awalnya dengan Kansas City Star dan Los Angeles (LA) Times.

Namun sayangnya, tidak seperti kebanyakan pengguna PC, O'Rear tidak dapat melihat foto XP-nya setiap hari, sebab ia memilih menggunakan Mac daripada Microsoft.

Sumber : dailymail

Kate Winslet Berpose Seksi di Bazaar

Posted: 14 Nov 2011 01:34 AM PST


Kate Winslet tampil panas akhir - akhir ini. Dirinya tampil lebih baik dari pada usianya. Kate Winslet berpose seksi di Majalah Bazaar yang sama sekali tidak menampakkan usia Kate Winslet.

kate-winslet-harpers-bazaar-1kate-winslet-harpers-bazaar-5kate-winslet-harpers-bazaar-4kate-winslet-harpers-bazaar-3kate-winslet-harpers-bazaar-2

Kucing terjebak selama 3 hari dipokok kaktus

Posted: 14 Nov 2011 01:16 AM PST

Kebanyakan pemilik kucing akan tahu berapa banyak haiwan peliharaan mereka suka untuk mengeksplorasi. Tapi kucing ini mungkin berani mengambil langkah terlalu jauh ketika itu dan berakhir terjebak di atas kaktus raksasa selama setidaknya tiga hari tanpa makanan atau air.

Apakah itu kerana rasa takut atau rasa ingin tahu, tak seorang pun akan tahu tapi kucing rumah hitam dan coklat berhasil naik ke pokok kaktus setinggi 20ft ke atas.






Warga dan pejalan kaki sangat khuatir melihat kejadian itu di dekat Sungai Garam di Arizona, dan menghabiskan waktu untuk memeriksa bagaiman keadaan kucing tersebut

Seorang penduduk JD Robbins mengatakan " kucing ini mungkin telah mengejar sesuatu sampai ke atas kaktus ". Tapi meskipun begitu lama terjebak, kucing itu nampak tetap tenang. Beberapa ahli mengatakan akan terlalu berbahaya untuk cuba untuk menyelamatkannya - sementara pemadam kebakaran juga mengatakan pada akhirnya akan turun dengan sendirinya.

Dan mereka benar keraa tiba-tiba moggy turun dengan sendirinya saat akan difilemkan oleh Fox9 kru TV. Selain dari beberapa luka cakar, kucing itu dalam keadaan baik dan tidak ada luka lain ditubuh kucing itu




sumber : rustihell.blogspot.com

Aksi pasangan lakukan aksi tak 'senonoh' dalam keranda

Posted: 14 Nov 2011 12:00 AM PST









This has been the exposure of the video, a couple came to a special place where the coffin, they look around, see no one, began kissing touching. Love to the depths, a man stripped naked the female controls, then the care of the household to hold the coffin ....... Last Online Video: Surveillance Photos of men and women actually in the coffin, ** the whole process.

Tak Sengaja Puting Payudara Taylor Swift Terlihat Saat Kenakan Gaun

Posted: 13 Nov 2011 11:30 PM PST

Setelah berebapa waktu lalu beredar foto seksi dari Taylor Swift, kini belum juga reda berita tersebut beredar satu gambar baru dimana tak sengaja puting dari penyanyi Country terkenal tersebut terlihat dan tertangkap kamera wartawan.

Dalam foto tersebut terlihat Taylor Swift mengenakan Long dress berwarna merah berlengan gantung hanya satu sisi tangan saja, dan tepat di sebelah kiri tangannya yang tak berlengan putingnya terlihat dari arah samping. Entah kerana bahagian dada gaun itu yang sedikit longgar sehingga mengakibatkan saat dibuat bergerak automatik bahagian dada akan berongga sehingga dadanya terlihat.

Namun pada acara apakah foto tersebut di ambil ? hingga saat ini belum ada kejelasan lebih lanjut.



Tekan Spoier Untuk Lihat Gambarnya:




Photobucket



Awek Memandu Tanpa Pakaian Akibatkan Kemalangan

Posted: 13 Nov 2011 10:00 PM PST

Aksi topless atau bertelanjang dada seorang awek membuat fatal pengguna jalan lain hingga akibatkan beberapa kecelakaan terjadi. Seorang pemandu perempuan di daerah pesisir Australia sukses menyebabkan beberapa kemalangan lalu lintas. Sebab, perempuan yang belum diketahui identitinya itu memandu keretanya sambil bertelanjang dada.

Pemandangan ini membuat pemandu kereta lainnya menjadi tidak fokus, dan menimbulkan terjadinyapelanggaran. Ada dua kemalangan dalam satu hari akibat aksi gila perempuan itu. Seperti dilansir News.com.au, Sabtu 12 November 2011, The Gold Coast Bulletin melaporkan, aksi ini menimbulkan impak kecelakaan lalu lintas. Bahkan menyebabkan terjadi pelanggaran beruntun, yang melibatkan tiga kereta dan dua orang mengalami luka serius.

Polis setempat mengatakan, perempuan ini terlibat pada dua kes kecelakaan. Hingga saat ini, pihak polis masih menunggu keterangan dari para mangsa. Keterangan mangsa diharapkan dapat mengetahui plat nombor dan jenis kereta yang digunakan perempuan tersebut. Polis juga berharap keterangan saksi-saksi dapat memberikan ciri-ciri perempuan itu.

Ia mengimbau agar masyarakat untuk lebih berhati-hati dengan adanya aksi gila tersebut. Hingga kini, polisi masih terus berupaya menangkap perempuan misterius itu.-ruanghati.com

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Karya tulus dari hati

Posted:

Karya tulus dari hati

Karya tulus dari hati

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar AMIN FARIJ HASAN dan ihsan APPARAT FILMS


FILEM Bunohan juga mendapat sentuhan pelakon hebat, Wan Hanafi Su sebagai Pok Eng.


ADA seorang teman bertanya, apakah istimewanya filem Bunohan sehingga ia mampu menjelajah dunia walaupun belum ditayangkan di negara ini.

Bukan itu sahaja, Bunohan juga mencipta rekodnya sendiri apabila ia mendapat hak pengedaran oleh Universal Pictures untuk menayangkan filem itu hampir ke seluruh dunia tidak lama lagi.

Apa yang membanggakan, Bunohan juga kini sudah mendapat tempat di beberapa festival filem antarabangsa sehingga mendapat ulasan yang sangat positif daripada pengkritik filem asing.

Sebagai contoh, sewaktu Bunohan ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2011 di Kanada sekitar September lalu, ia merupakan antara filem asing yang mendapat perhatian meluas.

Tidak cukup dengan itu, Bunohan juga mendapat ulasan positif dari majalah hiburan ternama, Variety dan The Hollywood Reporter yang menyifatkan filem itu sebagai sebuah karya yang cukup menakjubkan.

Malah, pujian melambung juga telah diberikan kepada semua barisan pelakon yang telah memberikan lakonan hebat dan mantap sehinggakan salah seorang pelakon utamanya, Faizal Hussein yang membawakan watak Ilham dalam filem itu dilabelkan sebagai Jack Palance Malaysia.

Memang sukar untuk memberikan jawapan itu kerana penulis sendiri belum pernah menonton filem tersebut melainkan sedutannya sahaja seperti mana yang terdapat di YouTube.

Bertemu dengan pengarahnya, Dain Said untuk membicarakan tentang kejayaan awal Bunohan, dia sendiri tidak pernah menyangka bahawa filem kedua arahannya itu akan mendapat tempat di peringkat dunia.

Seperti mana pengkarya yang lain, tujuannya hanya satu iaitu mahu menghasilkan filem yang bermutu tinggi dan berkualiti agar ia dapat dinikmati oleh masyarakat.

"Saya cukup sedar di sebalik kejayaan yang saya kecapi menerusi Bunohan, ada juga pihak yang melemparkan kata yang kurang manis dengan mengatakan saya lebih mengutamakan pasaran antarabangsa berbanding negara sendiri.

"Jujurnya, bukan itu matlamat saya. Sebaliknya, saya menganggap kejayaan Bunohan sebagai satu rezeki yang saya sendiri tidak pernah terfikir.

"Bukannya saya tidak mahu menayangkan Bunohan di negara sendiri. Saya perlu ikut giliran Syarat Wajib Tayang sama seperti deretan filem lain yang perlu menunggu tarikh tayangan.

"Berkat kesabaran menunggu, insya- Allah, Bunohan akan ditayangkan di pawagam tempatan bermula Mac tahun depan. Saya harap penantian itu akan berbaloi untuk penonton di negara ini," jelasnya dalam nada penuh mengharap sewaktu ditemui di kediamannya di Titiwangsa, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sekadar berkongsi cerita, Dain memberitahu peluang Bunohan untuk berkelana ke festival antarabangsa sebenarnya datang tanpa diduga.

Semuanya bermula dengan hubungan rapatnya dengan seorang kenalan baik, Tim Kwok yang mempunyai rangkaian dengan beberapa pihak dan agen pemasaran filem di Amerika Syarikat (AS).

Kebetulan kata Dain, sewaktu mereka ke Hong Kong, pertemuan dengan seorang agen dari Easternlight Films yang berpangkalan di Los Angeles (AS) telah membuka pintu untuk Bunohan.

"Jadi, bermula daripada situ, saya membina rangkaian itu dan Alhamdulillah, Bunohan mendapat tempat di peta perfileman dunia. Semua ini tidak datang bergolek. Semuanya adalah berkat usaha keras dan kesungguhan untuk menghasilkan filem ini.

"Bukan mahu mendabik dada dan merasakan diri saya seorang yang hebat tetapi apabila ada pihak yang menghargai filem tempatan seperti ini, bukankah itu satu kejayaan dan penghargaan?

"FILEM kita sebenarnya mampu untuk menongkah arus perfileman antarabangsa dengan berbekalkan iltizam serta mutu kerja yang mampu membuka mata orang luar," itu kata Pengarah Bunohan Dain Said yang masih lagi tidak percaya dengan sambutan dan penghargaan yang diberikan oleh penonton antarabangsa sewaktu di Toronto tempoh hari.

Bukan hanya di Toronto, Bunohan juga telah mendapat undangan untuk ditayangkan di Fantastic Fest, Austin, Texas, Amerika Syrikat (AS) pada September lalu.

Terbaru, Bunohan menjadi satu-satunya pilihan filem dari Malaysia untuk ditayangkan di Festival Filem ASEAN yang akan berlangsung selama dua hari bermula esok (16 November).

Benar. Industri kita begitu kecil dan kerdil tetapi Dain telah membuktikan bahawa kuasa filem tempatan juga sebenarnya besar dan gah di mata karyawan luar.

Dengan ini, secara tidak langsung Bunohan telah meneruskan legasi seni filem-filem tempatan selain menempatkan diri Dain dengan pengarah filem lain yang mana karya mereka mendapat perhatian di luar negara.

Dalam kesempatan itu juga, Dain atau nama penuhnya, Dain Iskandar Said turut ditanya tentang keistimewaan filem Bunohan yang pada awalnya menggunakan judul Bunga Lalang itu.

Sambil merenung jauh sebelum memberikan hujahnya, sebagai pembikin filem, Dain menyifatkan Bunohan adalah naskhah yang dilahirkan dari hati yang tulus serta dekat di hatinya.

Apatah lagi, dibesarkan di Tumpat, Kelantan, Dain begitu tertarik dengan aktiviti tomoi yang menjadi aktiviti wajib dan menjana ekonomi daripada kelab-kelab tomoi.

"Boleh dikatakan Bunohan lahir daripada pengamatan dan pengalaman saya sewaktu kecil yang melihat bagaimana aktiviti tomoi juga sebenarnya mempunyai metafora di sebalik definisi ganas yang sering dilabelkan.

"Ia sebenarnya menghubungkan ikatan kekeluargaan mereka menerusi perniagaan yang dijalankan sekali gus memberi idea kepada saya untuk menulis naskhah ini.

"Mungkin ada yang tidak tahu, Bunohan itu juga merupakan sebuah tempat di Kelantan," katanya yang memberitahu kisah Bunohan sudah berada dalam mindanya sejak lima tahun lalu sebelum dia mengarahkan filem pertamanya, Dukun.

Namun kata Dain, bukanlah kisah tomoi yang menjadi tunjang kepada penceritaan Bunohan tetapi ia sebenarnya memaparkan kisah hubungan kekeluargaan antara tiga adik-beradik yang dilakonkan oleh Faizal, Zahiril Adzim dan Pekin Ibrahim.

Ternyata Dain boleh dianggap sebagai seorang pengarah yang cukup bertuah kerana mendapat barisan pelakon yang mantap dan berkaliber sekali gus meletakkan filem ini sebagai antara yang terbaik dan wajar menjadi tontonan wajib kelak.

Jelas Dain, dia begitu tertarik untuk mendapatkan pelakon yang mempunyai bakat lakonan hebat yang mampu diketengahkan dalam filem ini selain menghidupkan watak masing-masing.

Boleh dikatakan Bunohan sebuah filem lelaki kerana hampir kesemua pelakonnya adalah pelakon lelaki dan hanya model terkenal, Tengku Azura sahaja satu-satunya pelakon wanita dalam filem ini.

"Saya cukup kagum dengan persembahan setiap pelakon dalam filem ini. Sebagai pengarah, saya tahu di manakah kekuatan mereka dalam membawakan watak yang dicipta untuk mereka.

"Pekin misalnya, pada awalnya watak untuknya adalah kecil sahaja tetapi mungkin sudah menjadi rezekinya, watak Bakar menjadi miliknya.

"Begitu juga dengan Zahiril yang saya rasakan mempunyai aura yang sangat kuat sewaktu menontonnya beraksi di pentas teater. Ternyata watak Adil cemerlang di tangannya," ujarnya yang berpuas hati dengan mutu lakonan setiap pelakonnya.

Selain mereka, Bunohan turut dibintangi oleh Namron, Bront Palarae, Wan Hanafi Su, Hushairy Husin, Amerul Affandi dan Soffi Jikan.

Full content generated by Get Full RSS.

Bunohan bukan penebus kekecewaan

Posted:

Bunohan bukan penebus kekecewaan

Bunohan bukan penebus kekecewaan

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my


Satu babak menarik daripada filem Bunohan.


DALAM pertemuan dengan Dain Said itu juga, pengarah yang mudah didekati ini sempat ditanya apakah Bunohan dibikin bagi menebus kekecewaannya.

Manakan tidak. Filem pertamanya, Dukun yang dihasilkan lebih lima tahun lalu sehingga kini masih belum menampakkan bayang bahawa ia akan ditayangkan.

Sememangnya ramai yang menunggu dan masih lagi menyimpan perasaan teruja untuk menonton hasil sentuhan Dain menerusi filem Dukun yang dicanang sebagai antara filem terbaik Malaysia yang pernah dihasilkan.

Sehinggakan menonton sedutan filem itu sewaktu ditayangkan di pawagam tempatan ketika itu sudah berupaya membangkitkan rasa tidak senang duduk untuk terus menonton filem itu.

Ditunjangi barisan pelakon hebat negara seperti Datin Umie Aida, Faizal Hussein, Adlin Aman Ramli, Soffi Jikan, Namron, Hasnul Rahmat dan Elyana, Dukun dilihat sebagai sebuah naskhah agung Dain yang mampu mencipta sejarah dan berpotensi untuk berkelana ke seluruh dunia menyertai gelanggang filem antarabangsa.

Namun, entah di mana silapnya, filem terbitan Astro Shaw itu senyap dan sehingga kini untung nasib Dukun masih belum diketahui.

"Jujurnya, saya tidak terkejut apabila Dukun sehingga kini tidak dapat ditayangkan hanya kerana disebabkan faktor-faktor yang tidak perlu dihuraikan di sini.

"Sebagai pengkarya, saya tidak boleh terus meratapi kesedihan itu. Hidup dan perjuangan perlu diteruskan.

"Ya, siapa yang tidak sedih apabila segala penat lelah menghasilkan yang terbaik tetapi akhirnya tidak dapat ditunjukkan. Tetapi, adakah dengan bersedih dan bermuram durja sepanjang masa akan mengubah segala-galanya?.

"Tetapi, saya percaya kepada takdir dan rezeki bahawa di penghujung jalan yang gelap, masih ada sinar terang untuk kita meneruskan perjalanan. Alhamdulillah, semuanya dapat dibuktikan dengan Bunohan," jelasnya tanpa selindung.

Dalam konteks Dukun kata Dain, dia lebih kasihankan dan tumpang simpati kepada barisan pelakonnya yang telah memberikan komitmen serta disiplin kerja yang cukup hebat.

Bukan 100 peratus sebaliknya jelas Dain, setiap seorang daripada pelakon filem itu mencurahkan tenaga sebanyak 150 peratus bagi memastikan Dukun mencapai piawaian yang dikehendaki.

Bukan sengaja mahu memuji melangit, tetapi dia cukup kagum dengan lakonan yang diberikan oleh Umie sebagai Diana dalam filem itu.

Begitu juga dengan Faizal yang membawakan watak peguam yang mana diakui sendiri oleh aktor itu sebagai watak terbaik sepanjang bergelar anak seni.

"Apa pun yang terjadi saya menganggap semuanya ada hikmah. Saya sendiri tidak tahu apakah nasib Dukun adakah ia akan dapat ditayangkan atau diperap sampai bila-bila.

"Tetapi, tidak mengapa. Saya suka mengambil sikap optimis dalam kerjaya saya sebagai pengarah dan mahu terus menghasilkan karya dapat diterima dengan baik oleh masyarakat.

"Sudah pasti saya juga mahu bekerja dengan lebih ramai pelakon di Malaysia seperti Rosyam Nor misalnya. Saya percaya setiap pelakon ada kelebihan dan keistimewaan mereka sendiri," ujarnya bersungguh.

Ditanya apakah dia sudah memiliki idea mahupun naskhah terbaru selepas Bunohan, seraya tersenyum Dain hanya memberitahu: "Ada beberapa cerita yang sedang berlegar di minda saya ketika ini. Tetapi biarlah kita fokus kepada Bunohan dulu. Apabila tiba masanya, saya akan umumkan apakah projek saya seterusnya."

Full content generated by Get Full RSS.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Tuah Penakut

Posted: 13 Nov 2011 03:34 PM PST

Hip

ANUGERAH Industri Muzik Malaysia ke-18 (AIM18) nampaknya menjadi kuasa wanita. Kejayaan Yuna dan Najwa Mahaiddin disusuli dengan 'orang lama, Datuk Sheila Majid menjadi bukti kekuatan dan kehebatan wanita dalam mencabar keegoan lelaki yang selama ini sentiasa menguasai acara besar industri muzik kita.

Tambahan pula, Yuna dan Najwa adalah dua gadis yang bukan sekadar, menyanyi tetapi juga turut menghasilkan lagu dan lirik. Muzik mereka juga dalam kelas tersendiri.

Ketika pemuzik atau penyanyi lelaki lebih ghairah dengan corak muzik indie yang kadang-kadang kurang jelas alirannya atau muzik pop dan pop rock, Yuna dan Najwa pula memilih muzik yang lebih dekat dengan aura wanita iaitu soul atau rythm & blues (R&B) dengan gaya pop. Dan hasilnya, tidak mengecewakan.

Pada AIM18, Yuna merangkul tiga trofi menerusi Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) dan Lagu Terbaik: Penakut, selain Anugerah Kembara.

Satu pencapaian terbesar dan penuh bermakna buat dirinya. Dalam pada itu, mengulas kejayaan lagu Penakut, Yuna berkata, ada cerita menarik yang ingin dikongsi di sebalik pembikinan lagu itu.

"Terus terang, sewaktu mencipta lagu ini, saya tidak yakin bahawa lagu ini mampu diterima ramai. Lagu ini adalah sebuah lagu eksperimen kerana susunannya berbeza dengan lagu biasa.
Chorus cuma sekali dan saya bimbang jika peminat tidak faham. Mungkin lagu ini menang kerana juri mengambil inspirasi yang ada dalam lagu ini," ujarnya yang anggun mengenakan busana rona hitam dan merah jambu.

AIM18 juga menjadi pemangkin untuk meneruskan kejayaan. Namun ada ketika ia menjadi badi apabila ia menjadi penamat kepada kerjaya. Dalam AIM, kategori Artis Baru Terbaik sering dikaitkan dengan perkara itu.

Walaupun bukan semua, namun ada beberapa penyanyi yang selepas menggenggam anugerah itu, kelibat mereka hilang entah ke mana. Apakah perkara yang sama bakal menimpa penyanyi ini?

Menjawab pertanyaan itu, Najwa berkata, dia tidak percaya dengan badi yang sering dikaitkan dengan anugerah itu.

"Bagi saya, anugerah itu lebih kepada pembakar semangat untuk saya meneruskan perjuangan dalam bidang ini.

Saya tak percaya pada badi anugerah ini. Apa yang penting, kita kena melipatgandakan usaha dan tidak membiarkan hasil kerja kita terhenti setakat ini saja," katanya.

Peminat kurang hargai kerja pengkarya muzik

AIM18 yang menutup tirainya malam kelmarin bukan saja menyaksikan penyanyi generasi baru terus meluaskan pengaruh mereka, tetapi ia juga turut membuktikan penyanyi generasi lama juga masih berbisa serta mampu memberi saingan yang kuat.

Di sebalik menyinarnya penyanyi yang mempunyai kepelbagaian bakat seperti berkebolehan mencipta lagu dan menulis lirik, acara berprestij malam itu turut menyaksikan kebangkitan semula penyanyi yang pernah melakar kejayaan dalam majlis yang sama sebelum ini.

Dalam pada kita meraikan kemunculan bakat baru, orang lama tetap tidak dipinggirkan.

Meskipun industri hiburan mengalu-alukan kehadiran penyanyi berbakat besar seperti Yuna yang membolot tiga anugerah iaitu Anugerah Kembara, Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) dan Lagu Terbaik (Penakut) dan juga Najwa Mahiaddin yang donobatkan sebagai Artis Baru Terbaik serta Lagu Inggeris Tempatan Terbaik (Got To Go), namun pada masa sama, penat lelah Datuk Sheila Majid yang memberikan hasil produksi terbaik menerusi album The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrates 25 Years Of Sheila Majid turut mendapat pengiktirafan apabila album projek khas itu mengungguli dua kategori iaitu Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu dan Album Terbaik.

Ternyata selepas sedekad tidak berada di dalam senarai pemenang AIM, Sheila yang suatu ketika dulu pernah berada di kedudukan Yuna sekarang kembali bangkit, sekali gus membuktikan penyanyi berpengalaman sepertinya masih tajam taringnya jika diberi peluang.

Namun, tegas penyanyi ini, penyertaannya dalam acara itu bukanlah atas niat mahu menggugat sesiapa.

"Saya buat album ini kerana mahu memberikan hadiah kepada peminat sempena 25 tahun saya berada dalam industri muzik. Menjadi prinsip saya selama ini iaitu jika buat sesuatu, memang amat mementingkan kualiti.

"Tiada tolak ansur dalam soal itu. Selepas sedekad tidak dicalonkan dalam AIM, saya teruja kerana berpeluang bersaing dengan penyanyi generasi baru," kata Sheila pada majlis sidang media sejurus selepas malam kemuncak AIM18.

Hadir sama Yuna, Najwa dan Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola AIM18, Rosmin Hashim dan Adrian Lim.

Sheila juga menegaskan, dia tidak bersedia untuk menghasilkan album terbaru kerana mentaliti orang Malaysia yang belum menghargai susah payah menghasilkan kerja kreatif.

"Untuk membuat album kosnya bukanlah murah. Muzik harus dimainkan oleh manusia kerana ia mempunyai emosi dan lahir dari hati. Untuk mendapatkan khidmat pemuzik profesional, bayarannya memang mahal.

"Kalau peminat muzik lebih suka produk cetak rompak dan tidak membantu karyawan muzik, bagaimana kami mahu mendapatkan modal menghasilkan produk berkualiti. Setakat ini saya tetap dengan pendirian untuk tidak hasilkan album baru," tegasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Kecewa Fauzi terubat

Posted: 13 Nov 2011 03:29 PM PST

Hip

Bakal arahkan filem Pak Pong di Thailand Januari depan

HEBOH sebelum ini kononnya pelakon Fauzi Nawawi bakal mengarahkan filem perang versi Melayu berjudul Bravo 5. Sepatutnya filem yang bakal menampilkan pelakon seperti Fizo Omar, Kamal Adli, Zul Huzaimy dan Corrie Adam sudah menjalani penggambaran pertengahan tahun lalu.

Namun sehingga kini filem patriotik yang memaparkan perjuangan anggota komando dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ini senyap begitu saja. Disebabkan kerap ditunda, akhirnya bayang pun tidak kelihatan. Pastinya perkara itu cukup mengecewakan Fauzi sehingga dia menghantar surat menarik diri daripada projek terbabit.

Bagaimanapun, kehampaan itu hanyalah buat sementara apabila peluang bergelar sutradara filem kembali jatuh ke ribanya. Menurut pemenang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik (DRama) Anugerah Skrin 2010 ini, dia bakal mengarahkan sebuah filem aksi komedi berjudul Pak Pong. "Peluang diberikan produksi Nine Country Pictures Sdn Bhd untuk mengarahkan filem sulung mereka dapat juga mengubati kekecewaan sebelum ini. Memang saya teruja dan tak sabar untuk masuk set. Disebabkan filem itu juga saya menolak semua tawaran berlakon, bagi memberikan fokus terhadap filem Pak Pong yang bakal menjalani penggambaran di Thailand pada 16 Januari depan," katanya ketika ditemui selepas sidang media pementasan teater Se-Merah Padi baru-baru ini.

Ditanya mengapakah dia memilih luar negara seperti Thailand untuk buah tangan sulungnya, suami pelakon Lisdawati ini berkata, dia sengaja berbuat demikian bagi mengelakkan persamaan dengan filem sedia ada.

"Saya mahu filem pertama saya menggunakan latar pemandangan berbeza dengan filem lain. Saya sedar, situasi di Thailand ketika ini tidak begitu baik kerana dilanda banjir besar. Namun, lokasi yang kami gunakan adalah di Songkhla dan juga Betong, bukannya Bangkok. Jadi saya rasa ia tidak akan menjejaskan penggambaran filem ini," katanya.

Pak Pong bakal menyaksikan lakonan tiga pelakon wanita yang semakin menyinar iaitu Neelofa, Siti Saleha dan Nur Fathia.
Mengenai pembabitannya dalam teater Se-Merah Padi, Fauzi berkata, dia mempunyai alasan tersendiri memilih untuk berlakon dalam teater terbitan Keno Production itu.

"Saya mula terbabit dalam dunia seni menerusi drama bercorak purbakala. Bagaimanapun drama bercorak sebegitu sudah tidak diterbitkan lagi. Jadi apabila ada peluang untuk kembali berlakon dalam genre purbawara, saya tidak perlu berfikir panjang untuk menerimanya.

"Lagipun dalam teater ini, saya akan memegang watak sebagai Taruna, yang pernah dilakonkan seniman Allahyarham Nordin Ahmad. Dia memang idola saya," katanya yang akan menunjukkan kemahiran bersilat dalam teater ini.

Enggan berlakon dengan isteri

JIKA setengah pelakon lain lebih selesa apabila digandingkan dengan suami atau isteri sendiri dalam filem ataupun drama, namun ia bukanlah sesuatu yang digemari Fauzi. Alasan diberikannya cukup mudah, iaitu dia sukar untuk bersikap profesional apabila bergandingan dengan Lisdawati.

"Terus terang saya katakan, saya banyak menolak tawaran berlakon yang mahu saya digandingkan dengan isteri sendiri. Saya menolak kerana ada ketika saya sukar untuk membezakan peranan saya sebagai suami dan juga pelakon apabila berada dalam set yang sama. Walaupun saya kena bersikap profesional, tapi sekejap saja, kerana selepas itu saya kembali berasakan yang saya ialah suami kepadanya.

"Jadi untuk mengelakkan perasaan kurang selesa kepada banyak pihak, saya cuba mengelakkan daripada berlakon bersamanya. Lis pun menggalakkan saya untuk berlakon dengan orang lain," ujarnya.

Ketika diminta mengulas mengenai kemenangan isterinya dalam kes mahkamah membabitkan pelakon Nadia Mustafar, Fauzi mengharapkan perkara itu mampu memberi pengajaran kepada ramai pihak.

"Apa yang berlaku diharapkan menjadi pengajaran supaya berhati-hati dalam memberi kenyataan. Apa yang berlaku antara Lis dan Nadia, saya tidak pernah masuk campur. Malah, kalau ditawarkan berlakon dengan Nadia, saya tidak kisah untuk menerimanya kerana saya amat profesional," katanya yang turut berkawan baik dengan suami Nadia.

Full content generated by Get Full RSS.