Adsense

Khamis, 5 Mei 2011

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Wings terbaik!

Posted: 04 May 2011 03:52 PM PDT

Hip

pix_gal0
Konsert Wings Opera Hidup catatkan sejarah tersendiri kepada rockers tanah air

BIARPUN mungkin tidak sehebat Metallica dan Scorpions, tetapi Wings boleh berasa bangga kerana persembahannya di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) meletakkan kumpulan 'sayap-sayap' ini menjadi kumpulan rock pertama di benua Asia mengadakan konsert dalam dewan dengan iringan Orkestra Simfoni Kebangsaan.

Konsert Opera Hidup juga menjadikan semua anggota utama Wings mengepak seumpama berada seiringan dengan Metallica dan Scorpions, dua kumpulan rock yang pernah menjayakan persembahan rockestra kerana persembahan yang diiringi dengan muzik orkestra.

Kalau Metallica pernah mengadakan konsert dengan iringan The San Francisco Symphony Orchestra, manakala Scorpions pula diiringi Berlin Philharmonic Orchestra, kumpulan Wings pula berbangga kerana persembahan mereka turut mendapat sokongan daripada Orkestra Simfoni Kebangsaan pimpinan Mustafa Fuzer Nawi. Pentas suka duka

WINGS memulakan Konsert Opera Hidup dengan lagu Opera Hidup dan diikut dengan Hukum Karma.

Opera Hidup adalah satu kiasan mengenai pentas kehidupan anggota kumpulan Wings yang mengharungi perjalanan suka duka kumpulan ini selama 25 tahun dalam dunia hiburan terutama dalam muzik rock.

Memang bukan mudah sesebuah kumpulan rock yang sinonim dengan imej rambut panjang ini bertahan di pentas hiburan kerana penampilan seperti itu sering saja menjadi cemuhan segelintir masyarakat.
Bukan sedikit kumpulan rock yang yang berundur dan kini hanya tinggal nama sahaja. Namun, Wings tetap bertahan. Awie sendiri mengakui sepanjang suku abad, Wings memang menghadapi pelbagai cabaran.

Namun semangat mereka untuk bertahan dalam industri muzik yang penuh pancaroba ini cukup kental, seteguh semangat yang diambil daripada Inspirasi Taming Sari, iaitu antara lagu yang disampaikan dalam konsert ini.

Anggota muziknya silih berganti. Pemain dramnya, Black pernah meninggalkan kumpulan ini dan digantikan dengan Jojet yang sempat membantu menghasilkan enam album Wings. Malahan Awie sendiri meninggalkan Wings untuk tempoh yang lama dan ketiadaannya dalam kumpulan ini digantikan dengan vokalis MAY, Mus dan Mel.

Tetapi seumpama lagu Semalam Yang Hangat, saat indah suka dan duka bersama Wings bukan mudah dilupakan, lalu Awie kembali ke pangkuan rakan-rakannya. Saat yang indah ini diabadikan selama empat malam berturut-turut dalam Panggung Sari Istana Budaya.

Bagi Awie dan kawan-kawannya juga, Konsert Wings Opera Hidup bukanlah sekadar konsert tetapi juga mempunyai ertinya yang cukup mendalam, terutama dalam mengekalkan persahabatan.

Ini terserlah apabila semua yang pernah bernaung di bawah nama Wings, berkongsi kudrat untuk menjayakan konsert yang berlangsung selama lebih dua jam itu. Joe, Eddie, Black dan Awie bersatu dengan 'penyambung hayat' Wings iaitu Sham, Jojet, Mel dan Mus lalu mereka bersatu menyanyikan lagu Biarlah Berlalu seolah-olah mengajak mereka melupakan apa yang sudah berlaku sebelum ini.

Sememangnya tidak mudah untuk mengekalkan persefahaman kerana tempoh 25 tahun bukan satu jangka masa panjang. Kepayahan untuk mewujudkan satu hubungan yang akrab itu seumpama lagu Bernafas Dalam Lumpur yang turut disampaikan oleh Awie dalam konsert ini. Mungkin ada-ada sahaja yang hendak memecah belahkan kumpulan ini dan mereka itu barangkali dianggap sebagai hantu Jerangkung Dalam Almari yang seharusnya ditembak dengan meriam Bazooka Penaka.

Opera Hidup Wings ini sebenarnya sekadar merakamkan sejarah dan perjalanan suka dan duka mereka. Sebaliknya, Wings turut merakamkan suasana politik dunia pada awal tahun 90-an menerusi lagu Romania. Lagu ini menceritakan keazaman rakyat Romania dalam satu revolusi menjatuhkan Presiden mereka, Nicolae Ceausescu.

Lagu ini dimuatkan dalam album Teori Domino pada tahun 1990 yang turut memuatkan lagu Sejati. Lagu ini yang seolah-olah menjadi kemuncak Konsert Wings Opera Hidup tetapi persembahan Awie belum sampai ke penghujungnya.

Ini kerana konsert itu diteruskan lagi dengan gabungan Awie bersama-sama Mel dan Mus untuk menyanyikan lagu Taman Rashidah Utama, Biru Hitam Mataku.

Persembahan Wings dalam dewan teater ini tidaklah mengetengahkan rentak rock secara total, tetapi sesuai dengan konsep rockestra, maka setiap lagunya memang digubah semula dan diiringi dengan Orkestra Simfoni Kebangsaan pimpinan Mustafa Fuzer Nawi. Tidak seperti kebiasaannya yang mana muzik iringan orkestra ini sekadar tempelan atau dimainkan pada bahagian tertentu, tetapi untuk konsert Wings Opera Hidup, peranan Orkestra Simfoni Kebangsaan memang cukup menonjol.

Susunan muzik Wings Opera Hidup Rockestra dan akustika memang cukup mantap kerana ia adalah hasil sentuhan genius daripada Joe, gitaris Search, Hillary dan Lee Sze Wan yang pernah terbabit dalam produksi teater muzikal seperti P Ramlee The Musical dan Puteri Gunung Ledang The Musical.

Kepuasan tidak terkata

RAUT wajah Joe agak serius. Dia memang lincah di atas pentas 'menggoreng' gitar utama dengan tangan kidalnya. Tapi apabila si penyanyinya, Awie berhenti menyanyi untuk berbual seketika dengan penonton, cepat-cepat dia menyembunyikan diri di sebalik langsir pentas.

Di sebalik wajah seriusnya, Joe mudah diajak berbual. Dia bagaikan tidak mampu untuk berkata-kata apabila ditanya mengenai konsert Wings Opera Hidup. Kepuasan memang jelas terpancar pada wajahnya. Kegembiraan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata

Joe, adalah orang penting yang bertanggungjawab memastikan konsert Wings Opera Hidup ini menjadi kenyataan. Menjayakan konsert yang besar dan eksklusif ini ternyata memerlukan kesabaran, kesungguhan, disiplin dan persefahaman serta kerjasama yang cukup tinggi.

"Persiapan konsert ini mengambil masa lapan bulan. Ya! memang saya puas dan bangga dengan hasil konsert ini. Malahan saya bangga kerana difahamkan Wings adalah kumpulan rock ketiga di dunia yang membuat konsert dengan iringan muzik orkestra dan di adakan dalam dewan teater," katanya yang ditemui selepas konsert ini selesai.

Ketua Pengarah IB, Muhamad Juhari Shaarani juga mengesahkan Wings adalah kumpulan rock ketiga di dunia selepas Metallica dan Scorpions yang mengadakan konsert dalam dewan teater, manakala susunan muzik mereka digubah dan disesuaikan dengan iringan orkestra sepenuhnya.

"Mereka (Wings) kumpulan ketiga dan menjadi yang pertama di Asia dan sudah tentu di Malaysia sebagai kumpulan rock yang membuat persembahan dengan iringan orkestra," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Semua hanya salah faham

Posted: 04 May 2011 03:48 PM PDT

Hip

KERATAN akhbar yang menyiarkan artikel penafian penganjur.

KERATAN akhbar yang menyiarkan artikel penafian penganjur.

Walaupun kecoh, Festival Nasyid 2 berjaya dilangsungkan

BIARPUN pelbagai kekalutan berlaku ketika penganjuran Festival Lagu Nasyid 2, Ahad lalu, Mustafa Daood daripada kumpulan Debu enggan menuding jari meletakkan kesilapan itu pada sesiapa.

Meskipun ada antara artis yang terbabit dalam festival anjuran Out of This World Sdn Bhd (O2TW) itu hilang kepercayaan terhadap Ketua Eksekutifnya, Naresh Nair, bagi Mustafa, dia tetap kagum melihat kesungguhan Naresh yang mahu festival itu diteruskan biarpun dilanda pelbagai masalah.

Mustafa hadir ke Balai Berita, kelmarin, bagi menjelaskan mengenai artikel Penganjur Nafi Abaikan Artis dalam Hip, Isnin lalu. Dia bagaimanapun mengakui timbul pelbagai masalah sebelum festival berlangsung, tetapi kemelut itu berjaya diatasi dengan bantuan ahli perniagaan, Datuk Amanullah.

"Saya tampil membuat penjelasan kerana tidak mahu berlakunya babak tuduh-menuduh. Apa yang berlaku sebelum festival itu adalah di luar dugaan kita. Bagi saya, ia lebih cenderung kepada salah faham.

"Susah untuk menuding jari kepada sesiapa, tetapi secara peribadi saya amat menghormati dan mengagumi Naresh. Walaupun berdepan dengan pelbagai masalah, dia tidak cuba melarikan diri, sebaliknya dia berusaha mencari jalan penyelesaian untuk memastikan festival ini diteruskan," katanya.

Menurut jejaka terbabit, sebelum terbang ke ibu kota, dia bagai dapat berasakan seakan ada yang tidak kena apabila belum menerima 50 peratus daripada bayaran.
"Sebagai orang yang sudah lama dalam industri, artis sepatutnya menerima separuh daripada bayaran yang dijanjikan sebelum persembahan bermula. Demi rasa cinta pada agama, saya dan artis lain enggan berkira. Malah ada yang sanggup mendahulukan wang mereka membeli tiket penerbangan bagi menjayakan festival.

"Masalah penginapan yang didakwa timbul memang berlaku apabila kami tidak boleh masuk ke bilik masing-masing selepas sarapan pagi pada hari Jumaat lalu. Kami difahamkan, agensi pelancongan yang menguruskan penginapan serta pengangkutan kami masih belum menerima sebarang bayaran daripada penganjur.

"Oleh itu, mereka terpaksa membatalkan penginapan kami. Akibatnya, kami terpaksa menunggu di lobi hotel hampir lima jam sementara menanti masalah itu diselesaikan," cerita Mustafa.

Ada hikmah tersembunyi

PENYANYI nasyid itu menegaskan, dia bersyukur dengan kemuliaan hati Amanullah, yang sanggup menanggung kesemua kos seperti bayaran penyanyi, tempat penginapan serta tiket penerbangan artis yang terbabit dalam festival berkenaan.

Pertemuan dengan ahli perniagaan itu diaturkan pada Jumaat malam yang turut disertai Naresh serta beberapa artis. Tanpa banyak pertikaian, Amanullah sedia menghulurkan bantuan kerana tidak mahu mengaibkan nama negara, selain mahu melihat usaha murni seperti itu tetap diteruskan.

Bagaimanapun hanya beberapa artis ikut serta pada pertemuan terbabit kerana sesetengah daripada mereka sudah hilang kepercayaan terhadap penganjur,
"Saya umpama orang tengah kerana teman-teman tidak lagi mempercayai penganjur, jadi mereka enggan menyertai majlis makan malam itu. Oleh kerana Datuk (Amanullah) berjanji untuk menanggung semua kos, rakan-rakan bertanya, adakah saya yakin dengan janji berkenaan kerana mereka sudah serik dengan janji ditabur penganjur.

"Bagaimanapun, saya masih belum cukup yakin. Selagi belum melihat sendiri lokasi konsert seperti dijanjikan, iaitu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC), selagi itu saya tidak yakin konsert akan diteruskan.

"Kira-kira jam 1 pagi, hari Jumaat, saya berkesempatan menjengah ke lokasi. Apabila melihat persiapan sedang giat dilakukan, barulah saya yakin yang festival itu akan berlangsung juga. Perkara itu juga saya maklumkan kepada rakan yang lain. Bagaimanapun mereka hanya bersetuju untuk meneruskan persembahan jika saya bersetuju untuk berbuat demikian. Jika tidak, mereka tidak mahu.

"Saya anggap apa yang berlaku sebagai satu hikmah. Kalau sebelum ini saya lebih suka buat hal sendiri ketika membuat persembahan, tetapi dengan apa yang berlaku beberapa hari lalu, saya sebenarnya berpeluang berkenalan dengan artis nasyid lain," katanya yang tidak serik untuk terus menjayakan persembahan sedemikian di negara ini.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Tempelak Wartawan, Remy Ishak Akui Salah Faham

Posted: 04 May 2011 08:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelakon Remy Ishak,29, menjelaskan dia tidak mahu masyarakat memberi persepsi negatif selepas tersiar beberapa laporan yang mengkritiknya termasuklah kejadian terbaru apabila dia dikatakan menempelak dua orang wartawan akhbar.

Remy berkata, dia tidak mahu bermusuh dengan sesiapa dan kejadian yang berlaku itu sekadar salah faham.

"Saya akui, ia hanyalah salah faham di antara saya dengan pihak media yang menemu bual saya.

"Mereka bertanya saya soalan dan saya menjawab dengan cara saya. Mungkin dia orang tidak biasa dengan saya dan saya pula jarang sekali berjumpa dengan mereka," katanya semasa ditemui selepas previu filem Nur Kasih The Movie di KLCC di sini, Rabu.

Remy diminta mengulas laporan sebuah pojok menerusi akhbar mingguan Ahad lalu yang mengkritik perbuatannya kerana dikatakan telah meninggikan suara dengan dua orang wartawan.

Laporan itu menyebut semasa kejadian wartawan berkenaan cuba bergurau termasuklah mengusiknya dengan Tiz Zaqyah sebaliknya pelakon itu dikatakan mengambil serius gurauan tersebut termasuklah mengeluarkan kata-kata kurang enak kepada mereka.

Remy berkata, selepas kejadian itu dia telah menghantar mesej kepada wartawan berkenaan untuk memohon maaf sekiranya mereka terasa hati akibat insiden yang berlaku.

Katanya, peristiwa dan laporan itu turut menyebabkan dirinya tertekan dan bimbang masyarakat di luar sana akan memandang buruk dan menganggap perkara yang bukan-bukan terhadapnya.

"Saya mengaku saya begitu "down" sangat dengan peristiwa itu. Saya tak mahu orang anggap saya yang bukan-bukan. Kalau kita yang duduk dalam industri hiburan ni lainlah... kita boleh faham. Orang luar, mereka tak faham situasi sebenar," katanya.

Remy menjelaskan dia menganggap kontroversi yang berlaku itu hanyalah cabaran yang harus dilaluinya sebagai seorang artis selain cuba untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada.

"Saya tak ambil serius hal ini tetapi saya akui, kontroversi turut mencacatkan perjalanan seni saya. Cuma saya tak mahu imej saya disalah anggap," katanya.

Dimensi baru lakonan mereka

Posted: 04 May 2011 08:04 AM PDT

FILEM Seru arahan Woo Ming Jin dan Pierre Andre yang mula ditayangkan sejak 28 April lalu telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.

Apatah lagi dengan pendekatan baru, slasher horror movie yang ditampilkan dalam filem tersebut membuatkan ramai yang telah berpusu-pusu ke pawagam untuk menyaksikan karya seram ini.

Sudah pasti, dua bintang utama filem Seru iaitu Sharnaaz Ahmad dan Nisha Dirr merupakan antara yang cukup teruja menanti kelahiran filem lakonan mereka itu di pawagam.

Dalam sesi fotografi yang berlangsung di ibu pejabat Utusan Malaysia di Kuala Lumpur, baru-baru ini, baik Sharnaaz mahupun Nisha, masing-masing berkongsi rasa tentang filem terbitan Tayangan Unggul Sdn. Bhd. (TUSB) dan Hanamia Services Sdn. Bhd. itu.

Mahu terus raih peluang

PELAKON kacak kelahiran Gelugor, Pulau Pinang ini boleh dikategorikan masih lagi baru dalam dunia lakonan.

Namun, nama Sharnaaz kini sudah mula meraih perhatian meluas lantaran populariti yang dikecapinya menerusi drama-drama tempatan seperti Dottie, Kum Kum, Ungunya Cinta, Penanggal, Ekspres Dania dan K.I.T.A Carefree.

Ditambah dengan wajah kacak yang dimilikinya menjadikan satu bonus untuk Sharnaaz lebih dikenali dan digilai oleh peminat hiburan tempatan.

Justeru, apabila diberi peluang membintangi filem Seru yang merupakan filem pertama lakonannya, Sharnaaz menganggapnya sebagai batu loncatan untuk terus meneroka bakat lakonannya.

Malah, dia juga mengakui cabaran berlakon filem lebih tinggi berbanding drama terutama pada aspek penghayatan.

"Saya bertuah mendapat bimbingan daripada Pierre yang banyak memberi input yang sangat berguna tentang dunia lakonan. Ternyata, dia tidak lokek untuk berkongsi apa yang dia miliki dengan mereka yang memerlukan.

"Sewaktu di lokasi, dia memang seorang yang tenang dan relaks namun, itu tidak bermakna dia tidak serius dengan kerjanya. Sehinggakan Pierre masih lagi boleh bersabar dengan saya semata-mata mahu merakamkan satu adegan saja dalam jangka masa tiga jam.

"Ada kalanya saya fikir saya sudah memberikan yang terbaik tetapi Pierre merasakan saya mampu menggandakan lagi mutu lakonan saya dalam menghidupkan watak Jeff.

"Antara yang paling sukar buat saya apabila saya harus menangis tetapi dalam masa yang sama perlu mengekalkan kejantanan saya. Pierre tidak mahu Jeff kelihatan sebagai seorang yang lemah walaupun berdepan dengan saat genting," cerita Sharnaaz dalam loghat utara sambil ketawa kecil.

Bukan seram biasa

BUKAN mahu memuji melangit hanya kerana dia membintangi filem seram itu, tetapi dia yakin Seru dapat diterima baik oleh masyarakat.

Bagi Sharnaaz, sudah tiba masanya penonton tempatan mula menerima santapan baru dan segar yang dihasilkan oleh pembikin filem di negara ini.

"Walaupun pendekatan yang ditonjolkan dalam Seru ini sudah digunakan dalam filem Hollywood seperti Quarantine dan Paranormal Activity, tetapi, saya percaya Seru mampu menambat hati audiens," katanya yang baru sahaja selesai menjalani penggambaran untuk drama bersiri Kasih Alia yang akan ditayangkan di TV3 sepanjang bulan Ramadan nanti.

Nisha cabar diri

TIDAK keterlaluan dikatakan, peminat hiburan tempatan lebih melihat Nisha sebagai seorang aktres yang serasi dengan watak wanita gedik dan nakal.

Dalam masa yang sama Nisha tidak mahu dilabelkan sebagai pelakon stereotaip.

Sebagai seorang aktres yang hampir tujuh tahun berkecimpung dalam dunia lakonan, Nisha mahu terus mencabar dirinya dengan watak-watak yang lebih hebat.

Atas alasan itu, dia tidak teragak-agak untuk menerima tawaran berlakon filem Seru kerana merasakan watak Sari mampu melonjakkan dirinya ke satu tahap lebih tinggi sebagai pelakon.

"Bukan mudah sebenarnya untuk membawakan watak Sari kerana ia menuntut cabaran dan memerah tenaga saya semaksimum mungkin terutama untuk babak pergaduhan dengan Jeff selepas dia dirasuk.

"Sepanjang berlakon dalam filem ini, saya mendapat kepuasan kerana inilah kali pertama saya berpeluang membawakan watak seperti ini.

"Dengan bantuan Pierre, saya sudah memberikan yang terbaik seperti mana yang dimahukan beliau," ujar Nisha atau nama sebenarnya Nik Shahri'ah Nik Dir ini yang membuat kajian wataknya dengan menonton filem Quarantine.

google: nisha dirr, nisha dirr facebook, nisha dirr blog, nisha dirr twitter, nisha dirr seksi, nisha dirr hot, nisha dirr bogel, nisha dirr 2011, nisha dirr terkini terbaru, berita terkini terbaru, gosip nisha dirr 2011, lakonan nisha dirr, proifle nisha dirr, biograpfi nisha dirr, gambar terkini terbaru nisha dirr

Empayar baru KRU

Posted: 04 May 2011 08:02 AM PDT

TRIO KRU bukan sahaja cemerlang dalam bidang muzik dan filem, bahkan kini mereka menjadi satu jenama besar dalam industri hiburan tempatan menerusi empayar perniagaan mereka di bawah syarikat KRU Studios.

Terbaru, kumpulan yang dianggotai adik-beradik Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim itu melangkah setapak lagi dalam dunia seni tanah air dengan penubuhan saluran KRU TV bagi menyiarkan koleksi program, filem mahupun drama terbitan KRU Studios.

Presiden Eksekutif KRU Studios, Norman berkata, sejak penubuhan KRU hampir 20 tahun lalu, syarikatnya telah menerbitkan ratusan produk yang ditayangkan dipelbagai medium siaran.

" Jadi, matlamat KRU TV ditubuhkan adalah untuk dijadikan sebagai medium bagi menyiarkan koleksi produk terbitan kami selama ini menerusi siaran milik sendiri.

" Selain menyiarkan kembali produk-produk lama, kami juga menayangkan program terbaru yang diterbitkan khas untuk KRU TV.

" Bukan apa, setiap stesen TV mempunyai sistem mereka yang tersendiri dalam penerbitan program diinginkan.

" Oleh itu, menerusi KRU TV, kami mempunyai peluang untuk berkarya tanpa sekatan serta mengikut kreativiti," katanya ketika ditemui selepas majlis pelancaran KRU TV di The Curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Sejak memulakan siaran percubaan Januari lalu di laman portal TV, www.tonton.com.my, Norman menjelaskan, ia adalah kerjasama pertama KRU Studios dengan pengendali web berkenaan, Alt Media Sdn. Bhd.

Tambah Norman, menerusi kerjasama itu, program KRU Paparazzi merupakan antara rancangan terbitan mereka yang berjaya mendapat perhatian ramai.

Walaupun baru beberapa bulan, secara keseluruhannya, KRU TV berjaya menduduki tangga kelima daripada 13 saluran yang terdapat dalam portal berkenaan.

Antara program hiburan lain terbitan KRU TV yang dapat ditonton ialah KRU Jukebox, KRU The Making Of, KRU Anime, 24-7 dan Extravaganza.

" KRU Paparazzi adalah program hiburan yang mendedahkan gosip, perkembangan cerita artis tempatan dan Indonesia.

"Namun, kami tak bermaksud mahu meniru atau bersaing dengan Melodi atau rancangan hiburan yang lain yang seumpamanya.

"Bagaimanapun, kewujudan KRU TV bukanlah bermaksud mahu memberi saingan kepada saluran-saluran TV sedia ada, tetapi hanya sekadar memberi pilihan kepada audiens," tegasnya.

Hadir sama di majlis pelancaran itu ialah Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, Pengurus Besar Kumpulan Alt Media Sdn. Bhd. Lam Swee Kim.

Pada masa yang sama, KRU Studios menggunakan kesempatan di majlis berkenaan untuk memperkenalkan barisan artis baru yang bernaung di bawah syarikat mereka seperti Alif Hadi, Nealofa, Aina Suzaily, kumpulan Forteen, kumpulan VIP dan kumpulan Tiga.

Dalam pada itu, menurut Norman, KRU Studios berkemampuan menghasilkan 300 jam program untuk siaran TV untuk disiarkan di KRU TV.

Impian Melda jadi kenyataan

Posted: 04 May 2011 08:01 AM PDT

PERJALANAN seni gadis genit ini memang diibaratkan sebagai sebuah kisah dongeng yang diidamkan oleh remaja seusianya.

Biarpun pada mulanya dia enggan menjebakkan dirinya dengan dunia glamor, namun, Melda Ahmad atau lebih mesra disapa Melda ini tidak mampu menolak kehendak takdir yang telah tertulis.

Semuanya bermula dengan video nyanyiannya yang dimuat naik di YouTube, bakat Melda ternyata menarik pihak rangkaian penjagaan rambut terkemuka, Sunsilk dan Red Communications untuk dijadikan sebuah cerita untuk tontonan umum.

Segala kisah hidup Melda dapat ditonton menerusi drama mini bersiri 13 episod Gadis Semasa Sunsilk yang telah pun ditayangkan di TV3, baru-baru ini.

Dan, kemuncak perjalanan gadis berusia 20 tahun ini diakhiri dengan sebuah konsert yang telah berlangsung dalam suasana cukup meriah di Kelab Orange Dragonfly, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pastinya, Konsert Gadis Semasa Sunsilk telah meninggalkan momen terindah paling manis dalam hidup Melda yang bukan hanya berpeluang menunjukkan kehebatannya di atas pentas.

Tetapi juga turut berkongsi pentas dengan barisan artis ternama seperti Ella, Yuna, kumpulan Hujan dan One Nation Emcees.

Bukan mudah untuk mendapat peluang sebesar itu terutama untuk artis-artis baru seperti Melda. Tidak keterlaluan dikatakan, barangkali kejayaan Melda itu pasti akan dicemburui oleh artis seangkatan Melda.

Bertemu dengan Melda atau nama sebenarnya, Nur Imelda Ahmad pada sidang akhbar usai berlangsungnya konsert tersebut, riak gembira dan terkejut jelas terpancar di wajahnya.

Melihat kepada peluang keemasan yang diberikan kepadanya itu juga membuatkan Melda benar-benar terharu sehingga dia menjadi sebak dan tidak mampu membendung manik-manik jernih daripada mengalir di pipinya.

" Saya sendiri tidak pernah menyangka akan menyanyi dan membuat persembahan dengan artis-artis hebat seperti mereka. Memang tidak dapat dinafikan lagi, ini merupakan antara pengalaman hidup yang tidak akan saya lupakan.

" Sudah pasti, penghargaan saya adalah untuk Sunsilk yang telah mengubah hidup saya secara total dan banyak pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang terlibat dengan program Gadis Semasa Sunsilk ini.

" Apa yang penting, semua pengalaman dan pembelajaran yang saya terima telah memupuk sekali gus menghidupkan keberanian dan semangat saya untuk meneruskan minat saya dalam bidang muzik," katanya penuh bersungguh.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Pengurus Jenama Sunsilk Malaysia, Emily Chong serta Ajai dan Bambang Soteto selaku dua daripada tenaga pengajar yang telah memberikan bimbingan kepada Melda sepanjang Gadis Semasa Sunsilk berlangsung.

Melda yang merupakan pelajar semester tiga jurusan muzik dalam bidang vokal di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor, itu juga mengharapkan apa yang dilaluinya akan mendorong remaja seusianya untuk menjadi lebih bersemangat dalam meneruskan kehidupan mereka.

Katanya, remaja hari ini seharusnya memiliki iltizam yang tinggi jika mahu berjaya dalam hidup dan mencapai keinginan dalam setiap langkah mereka.

"Nasihat saya kepada semua remaja di luar sana, seandainya mereka memiliki keinginan dan minat yang mendalam terhadap sesuatu perkara itu, teruskan tanpa perlu menoleh ke belakang lagi.

"Percayalah, dengan keyakinan dan semangat juang yang tinggi serta berbekalkan kejujuran, nescaya kejayaan akan berpihak kepada kita," ujar Melda penuh optimis.

Dalam masa yang sama, Melda mengharapkan peluang akan terus berpihak kepadanya dalam merealisasikan impiannya untuk menjadi seorang artis rakaman.

Namun, dalam apa jua hal sekali pun, kata Melda, dia mahu menumpukan dan menghabiskan pengajiannya terlebih dahulu kerana ikrar yang sudah dilafazkan dalam menjadi seorang artis yang berilmu.

Dalam pada itu, Emily ternyata berbangga dengan transformasi Melda serta mereka yang terlibat dalam membentuk diri Melda sehingga mampu menjayakan konsert bersama artis popular lain.

"Memang kami berniat untuk menaikkan dan membimbing Melda menjadi seorang individu yang tidak teragak-agak untuk memburu impiannya dengan penuh keyakinan.

"Melda bukan hanya cantik di luar tetapi kejujurannya juga telah membuktikan dia memiliki kecantikan dalaman yang berjaya menaikkan semangat serta jati dirinya," kata Emily yang tidak menafikan Gadis Semasa Sunsilk akan diteruskan untuk musim kedua tahun depan jika tiada aral melintang.

Sementara itu, bagi Ajai pula, sebagai tenaga pengajar, dia sudah memberikan yang terbaik untuk Melda dengan memberikan sokongan dan ilmu pengetahuan.

Wings tidak janggal di IB

Posted: 04 May 2011 08:00 AM PDT

KUMPULAN Wings biasanya mengadakan konsert di pentas yang membolehkan mereka bebas bergerak ke sana ke mari mengikut rentak bingit muzik rock yang dipersembahkan.

Justeru, apabila mereka diberi peluang mengadakan Konsert Wings Opera Hidup Superfriends di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur banyak persoalan yang perlu difikirkan.

Vokalis Wings, Awie berkata, antaranya soal cara para peminat mereka menghayati konsert itu dalam keadaan duduk secara tertib selain berpakaian kemas mengikut protokol di IB.

"Ramai yang tanya kami, tidak janggal ke buat konsert di IB? Macam mana hendak melayan para peminat yang duduk terpaku macam orang menonton majlis tilawah al-Quran?

"Pada mulanya saya jangkakan macam itu tetapi ia meleset. Saya juga pada mulanya membayangkan anda semua akan seolah-olah menghayati lagu Negaraku, tetapi ia juga tidak terjadi.

"Ramai yang saya lihat di hujung sana yang melambai-lambaikan tangan, menggoyang-goyangkan kepala dan berdiri menghayati persembahan kami," katanya.

Ungkapan itu diluahkannya selepas beraksi di hadapan 1,200 penonton yang memenuhi panggung itu pada malam pra-persembahan Wings yang julung-julung kalinya diadakan di situ.

Konsert anjuran Red On Black, Bombbay Worldwide dan Anggerik Event itu mengenakan tiket-tiket berharga RM65, RM85, RM125, RM165, RM205, RM245 dan RM305.

Menariknya konsert yang diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan itu menampilkan kesemua anggota yang pernah menganggotai kumpulan yang ditubuhkan sejak 25 tahun lalu itu.

Mel dan Mus yang pernah menjadi vokalis Wings antara yang diundang bagi menyanyi bersama-sama Awie dalam lagu-lagu seperti Nasib Kita dan Biru Mata Hitamku.

Turut menggabungkan tiga vokalis itu ialah menerusi lagu seperti Semalam Yang Hangat, R N R Lu Punya Suka dan Biarkan Berlalu di mana ia jelas menampilkan variasi vokal berbeza.

Mus dan Awie misalnya, mempunyai tonasi tinggi, manakala, Mel ke arah balada berjaya menarik perhatian ramai pada persembahan yang bermula pukul 9 malam dan berakhir 11.20 malam itu.

Bagaimanapun, disebabkan itu adalah malam pembukaan untuk tontonan media massa, terdapat sedikit ketidakserasian antara Wings dengah kumpulan pemuzik orkestra.

Paling ketara contohnya sewaktu mereka menyanyikan lagu Inspirasi Taming Sari di mana Awie terdapat sedikit tempo lagu itu lari daripada alunan orkestra yang mengiringi mereka.

Namun, dua pemain dram Wings iaitu Black dan Jojet bergandingan mengetuk dram pada masa sama melalui lagu R N R Lu Punya Suka memang menakjubkan dan memukau para penonton.

Dua pemain dram itu seolah-olah berlawan dengan melodi lagu itu dengan skil dan ketukan yang tersendiri bagi menunjukkan kelainan dan kehebatan masing-masing.

Perkara itu boleh dimaafkan memandangkan ia adalah persembahan Wings yang pertama bergandingan dengan Orkestra Simfoni Kebangsaan pimpinan Mustafa Fuzer Nawi itu.

Sepanjang dua jam 30 minit itu, Wings menyampaikan 20 lagu di mana lebih 70 peratus daripadanya merupakan lagu-lagu popular Wings yang memang dinanti-nantikan ramai.

Antara lagu-lagu wajib yang dipersembahkan pada malam itu berjudul Inspirasi Taming Sari, Sejati, Taman Rashidah Utama dan Belenggu Irama yang dipersembahkan dalam nafas orkestra.

Menurut Awie konsert itu bukan sahaja menjadi penanda aras buat Wings tetapi juga suatu pengalaman yang harus dikongsi bersama pemuzik tempatan lain dan juga peminat.

"Ini bukti kumpulan rock Malaysia juga mampu mengadakan persembahan yang berprestij setanding dengan artis luar negara. Kita mahu bersaing secara sihat.

"Sebagai pemuzik rock yang pertama beraksi di IB kami anggap ini sebagai hadiah buat para peminat Wings. Kami membuktikan kalau mahu jadi artis jangan setakat kejar glamor semata-mata.

"Sebaliknya, jadikan bidang ini sumber pendapatan dan ia harus dilakukan dengan sepenuh hati," katanya yang menyanyikan lagu-lagu sama sepanjang konsert itu sehingga 1 Mei lalu.

Selain tiga vokalis terbabit, turut ditampilkan Sham selaku gitaris di mana dia pernah menganggotai Wings sewaktu album pertama kumpulan itu berjudul Belenggu Irama pada 1987.

Persembahan Wings pada malam itu diakhiri dengan lagu berjudul Peronda Jaket Biru yang menggabungkan vokal Awie, Mus dan Mel dan iringan para pemuzik orkestra terbabit.

Ibu Desak Fizz Fairuz Kahwini Almy Nadia

Posted: 04 May 2011 07:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Aktor Fizz Fairuz mengakui ibunya turut mendesak agar dia mempercepatkan perkahwinannya dengan pelakon Almy Nadia.

Fizz berkata, perkara itu sudah beberapa kali berlaku kerana orang tuanya mahu melihat dia dan Almy agar berkahwin secepat mungkin.

"Sejujurnya, saya belum terfikir bila yang waktu paling sesuai untuk mengahwini Almy. Memang orang tua saya sudah bertanya beberapa kali tentang perkara itu.

"Cuma, buat masa ini kalau boleh saya ingin Almy mengembangkan lagi kerjaya lakonannya sebelum kami berkahwin," katanya yang ditemui selepas pratonton filem Nur Kasih The Movie (NKTM) di TGV KLCC, di sini, Rabu.

Apabila ditanya adakah dia menangguhkan perancangan tersebut ekoran desas-desus yang mendakwa hubungan mereka bermasalah, Fizz menjawab: "Hubungan saya dan Almy berjalan dengan baik dan tiada sebarang masalah.

"Kalau ada pun, masalah kecil yang biasa sepertimana pasangan lain. Adatlah, orang bercinta ada ketikanya mesti ada salah-faham tapi tidaklah sampai ke tahap hubungan kami putus atau bergaduh."
Fizz bergandingan dengan Remy Ishak (kiri) dan Tiz Zaqyah dalam filem terbaru Nur Kasih The Movie.

Mengulas pula tentang lakonan terbarunya dalam NKTM, Fizz yang menangis ketika pratonton filem itu berkata dia gembira dan berpuas hati dengan lakonannya dalam filem tersebut.

"Saya menjadi sebak apabila menonton filem ini kerana membayangkan beban dan dugaan yang terpaksa digalas oleh watak saya iaitu Aidil.

"Dalam filem ini saya kematian isteri dan terpaksa menjaga dua anak yang masih kecil selain perlu menyelesaikan masalah dalam rumah tangga Adam (lakonan Remy Ishak).

"Untuk pertama kali juga saya dapat melihat diri saya yang berbeza sebagai pelakon. Seolah-olah bukan diri saya yang melakonkan watak itu," katanya yang mengakui berdepan cabaran untuk menghafal dialog dalam bahasa Arab untuk filem itu.

Filem arahan Kabir Bhatia dan skrip oleh Mira Mustaffa itu turut menampilkan Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Liza Othman, Muniff Isa, Sara Ali dan Syafie Naswip.

NKTM mula ditayangkan pada 19 Mei ini di 70 pawagam termasuk Brunei.

Noorkhiriah Tampil Imej Bertudung

Posted: 04 May 2011 07:56 AM PDT

SUBANG JAYA: Pelakon Noorkhiriah, 35, mahu melakukan perubahan dalam hidupnya apabila memilih untuk tampil lebih sopan dengan memakai tudung.

Kata Noorkhiriah, tudung yang dipakainya bukanlah tudung litup sebaliknya hanya menutupi bahagian kepala sehingga telinga sahaja.

"Saya tak mahu masyarakat membuat tafsiran yang salah dengan cara bertudung seperti ini. Apa yang penting saya sedang mempelajari untuk menyesuaikan diri ke arah imej bertudung litup secara berperingkat.

"Sebab itu saya memulakan langkah dengan menutup rambut dan telinga saya dahulu. Alhamdulillah, setakat in, bila keluar, saya selesa seperti ini," katanya yang ditemui pada majlis penyampaian hadiah Anugerah Bintang Popular 2010 (ABPBH 2010) di Holiday Villa, Hotel & Suite, di sini, Rabu.

Tambah Noorkhiriah, walaupun dalam proses menukar imej, dia tetap tidak menolak mana-mana tawaran berlakon yang memerlukan dia tidak bertudung buat masa ini.

"Sukar untuk menetapkan bila saya akan bertudung terus kerana takut orang luar salah faham pula. Cuma tindakan ini bukan secara drastik.

"Namun, suami saya, Azfaidzul Antan, sudah mula meminta saya menukar sedikit demi sedikit," ujarnya yang bakal menemui penonton dalam drama Sekadar Kaabah menerusi saluran TV3.

Dalam pada itu, kerana niat perubahan imej itu, Noorkhiriah mengakui, dirinya mula rasa tidak selesa apabila melakonkan babak yang memerlukan dia memeluk atau berpegangan tangan dengan pelakon lelaki lain.

google: noorkhiriah, noorkhiriah facebook, noorkhiriah blog, noorkhiriah twitter, noorkhiriah dan anak, noorkhiriah dan suami, terbaru terkini noorkhiriah, noorkhiriah 2011, gambar noorkhiriah terbaru, noorkhiriah bertudung, berita noorkhiriah bertudung, baby noorkhiriah

Amanda Imani Wakili Negara Ke Bulgaria

Posted: 04 May 2011 07:55 AM PDT

PETALING JAYA: Penyanyi Amanda Imani,20, bakal mewakili negara dalam pertandingan 20th International Pop Music Festival Discovery 2011 di Varna, Bulgaria. Ia akan berlangsung pada 13 hingga 15 Mei depan.

Menurut Amanda, dia akan mewakili Malaysia bagi dua kategori iaitu Lagu Asal Terbaik dengan membawakan lagunya sendiri, Selamilah Cinta dan Penyanyi Terbaik menerusi lagu Hero (Mariah Carey).

"Ini merupakan pertandingan nyanyian pertama saya di luar negara dan saya berharap peluang ini tidak akan dipersaksikan.

"Setakat ini, saya sudah mempersiapkan diri sebaik mungkin di bawah bimbingan pengarah muzik, Alvin Santiago," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Tambah Amanda, menerusi pertandingan tersebut ia sekali gus dapat mencabar dirinya untuk melihat sejauh mana kemampuannya dalam bidang nyanyian.

Selain Malaysia, pertandingan itu turut disertai wakil dari Mexico, Itali, Russia, China, Belarus, Turki, Sepanyol, Macedonia, Sri Lanka, Malta, Romania dan Ukraine

Menariknya, pemergian Amanda ke Bulgaria turut ditaja oleh Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), LBS Bina Group Berhad, Datuk Richard Cham dan pereka baju Leslie Variyan.

"Saya bersyukur, dengan tajaan-tajaan yang diberikan dapat mengurangkan beban saya daripada segi pengeluaran wang yang banyak.

"Apa-apa pun, doakan kejayaan saya di sana ya," ujar Amanda ringkas.

google: amanda imani, amanda imani facebook, amanda imani blog, amanda imani twitter, amanda imani seksi, amanda imani hot, amanda imani bogel, buah dada amanda imani, album baru amanda imani, lagu baru amanda imani, single baru amanda imani, amanda imani 2011, amanda imani terkini terbaru, berita terkini terbaru amanda imani

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Noorkhiriah sudah mula bertudung

Posted: 05 May 2011 12:59 AM PDT

noorkhiriah bertudungAkhirnya timbul juga niat Noorkhiriah untuk memakai tudung… mungkin sudah tiba masanya Noorkhiriah melakukan perubahan dalam hidupnya.. Menurut Noorkhiriah, dia sudah mula mengenakan tudung, tetapi bukan memakai tudung litup, Noorkhiriah hanya menutup bahagian kepala sehingga ke telinga sahaja.. Mungkin ini adalah step pertama buat Noorkhiriah melakukan perubahan dalam dirinya..

"Saya tak mahu masyarakat membuat tafsiran yang salah dengan cara bertudung seperti ini. Apa yang penting saya sedang mempelajari untuk menyesuaikan diri ke arah imej bertudung litup secara berperingkat".

"Sebab itu saya memulakan langkah dengan menutup rambut dan telinga saya dahulu. Alhamdulillah, setakat in, bila keluar, saya selesa seperti ini."

Tetapi, walaupun Noorkhiriah sudah mula megenakan tudung, dia masih tidak menolak mana-mana tawaran berlakon yang memerlukan dia tidak bertudung.. Mungkin Noorkhiriah memerlukan sedikit masa untuk bertudung sepenuhnya.. Cuma oleh kerana niat bertudung itu sudah mula ada, Noorkhiriah sudah tidak selesa melakonkan watak yang memerlukan dia memeluk atau berpegangan tangan dengan pelakon lelaki lain..

MyGosip harap, niat murni Noorkhiriah ni terlaksana sepenuhnya bila dia sudah bersedia.. Rasanya setiap masnusia memerlukan masa untuk melakukan perubahan.. Tahniah buat Noorkhiriah kerana sudah mula timbul rasa untuk berubah kearah yang lebih baik…

Noorkhiriah sudah mula bertudung

Noorkhiriah sudah mula bertudung litup

Lagi comel jika Noorkhiriah bertudung litup kan...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Filem Momok Jangan Panggil Aku

Posted: 04 May 2011 11:36 AM PDT

momok jangan pangil aku posterSinopsis Momok Jangan Panggil Aku:- Ramlee menerima panggilan dari rakan lama sekolejnya, Aziz, untuk menjemput beliau ke majlis kendurinya di Kampung Pulau Rusa, Pekan Pahang. Ramlee bersama rakannya, Qaseh, seorang novelis cerita-cerita seram dan Sudin menerima jemputan Aziz dan bertolak dari Bandaraya ke Pahang dengan menaiki sebuah kenderaan.

Sepanjang perjalanan ke Pahang untuk menghadiri majlis kenduri Aziz, Qaseh memulakan cerita-cerita seram yang dialaminya termasuk dari kisah seram yang dari novel seram yang bakal diterbitkan nanti. Bermula dengan cerita Hantu Raya, Polong dan Saka cerita-cerita seram ini telah diselang-selikan dengan insiden seram yang benar-benar berlaku.

Kebosanan dalam perjalanan bertukar menjadi satu perjalanan yang menimbulkan rasa seram. Mereka terserempak dengan realiti cerita seram di lebuhraya apabila berselisih dengan kereta yang tidak berpemandu. Mereka juga telah melanggar imej misteri yang membuat mereka terpaksa membuat laporan di Balai Polis. Mereka bertambah bingung apabila pihak polis memberitahu terdapat 5 aduan yang sama tetapi tidak menemui tubuh yang dilanggar. Di tengah perjalanan mereka turut menumpangkan seorang gadis yang bernama Ita dan seorang lelaki misteri yang hanya dipanggil Abang Long. Tujuan mereka bertiga menumpangkan Ita dan Abang Long adalah bertujuan untuk menemankan mereka yang ketakutan dalam perjalanan memandu. Namun kehadiran Abang Long dan Ita telah menambahkan curiga kepada mereka bertiga. Mereka telah menurunkan Ita di sebuah rumah yang berhampiran dengan kawasan perkuburan manakala Abang Long akhirnya menemankan rakan bertiga ini untuk menuju ke destinasi mereka di Pahang. Setelah didesak oleh Qaseh, Pak Long turut menceritakan cerita seram kepada Qaseh sebagai bahan novelnya.

Dalam perjalanan, Ramlee sekali lagi menerima panggilan dari Aziz dan menyuruh beliau segera untuk sampai ke kampungnya. Mereka bertiga sedikit kehairanan dengan sikap Aziz yang menyuruh mereka segera sampai walaupun majlis diadakan lewat pagi. Insiden menyeramkan muncul ketika mereka berhenti rehat di sebuah gerai di tepi lebuhraya yang mereka lalui.

Mereka sampai ke kampung Pulau Rusa Pahang menjelang subuh dan tercari-cari simpang ke rumah Aziz ketika itu mereka telah diganggu `hantu' yang mengakibatkan Ramlee dan Sudin pengsan . Hanya Qaseh yang agak berani dan cuba merakamkan imej 'hantu' dengan lensa kameranya. Abang Long juga telah ghaib entah ke mana. Menjelang pagi mereka terus mencari simpang ke rumah Aziz. Mereka berjumpa Aziz di simpang jalan dan Aziz telah menunjukkan arah ke rumahnya. Namun apabila mereka sampai ke rumah Aziz satu misteri telah terungkap…Misteri yang mengakhiri destinasi Ramlee, Sudin dan Qaseh. Siapakah Ita, Abang Long dan Aziz yang sebenarnya…..Saksikanlah cerita seram selanjutnya dengan menonton MOMOK… Jangan Panggil Aku……

Tajuk Filem:
Momok Jangan Panggil Aku

Pengarah:
M.Jamil

Penerbit:
Galaksi Seni Sdn. Bhd.

Dipawagam:
05 Mei 2011

Pelakon Momok Jangan Panggil Aku:
M.Jamil
Ariff S. Shamsuddin
Cassandra Patrick
Mariani
Zarina Zainuddin
Yassin Salleh
Amin Khan
Ery Zukhairi

Trailer Momok Jangan Panggil Aku:

Anda sudah menonton filem ini? Sila tinggalkan review di bahagian komen untuk panduan penonton yang lain..

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Elizad bangkit, Saleha nak lepas geram

Posted: 04 May 2011 08:06 AM PDT

MENEROPONG jauh ke dalam mata dua gadis jelita ini, jelas kelihatan sinar semangat berkobar-kobar dan kesungguhan penuh membara untuk mengejar impian. Meskipun berlainan latar belakang, profil kehidupan dan jalur lapangan seni, kedua-duanya punya satu misi yang sama, memburu kejayaan dalam seni lakonan yang menjadi minat utama.

Baik bagi Siti Elizad Sharifuddin mahupun si manis anak kacukan British, Belanda dan Melayu, Siti Saleha Mohd Baharum, yang pertama kali duduk bersembang berkongsi cerita, 1,001satu warna yang diterjemah dalam bicara yang tersusun kemas.

Meskipun sudah lama menceburi pentas industri seni tempatan, diakui kedua-dua gadis peramah ini yang nama mereka masih lagi asing dan ramai lagi kurang perasan kehadiran bakat mereka. Namun masing-masing menyifatkan senario itu hanya rencah dalam kehidupan seorang pendatang baru dan tidak sekelumit mengundang rasa kecewa.

Namun, lebih menariknya, kedua-dua bintang yang diangkat teraju utama dalam slot Akasia di TV3 dalam dua drama berbeza, Cinta Antara Kita dan Nura Elena ini mengandaikan soal publisiti hanya satu warna yang memeriahkan perjalanan seorang anak seni tapi belum tentu menjaminkan kejayaan.


Lantas bertemu dengan Elizad yang sudah dua tahun menyepi kerana menjaga arwah ibunya, Nazariah Mohd Salleh, 60, yang menderita penyakit Parkinson memberikan ruang luas kepada gadis berusia 26 tahun kelahiran Kuala Lumpur ini untuk bernafas kembali.


"Alhamdulillah meskipun ramai yang beranggapan saya terperuk lama dan hilang selama dua tahun ini, sebenarnya sepanjang tempoh itu saya begitu puas kerana berpeluang menjaga arwah ibu dengan sempurna. Saya melihat pengorbanan itu adalah satu memori indah buat saya sebagai seorang anak.

"Namun, selepas ibu tiada dan saya bangkit daripada kemurungan kerana kehilangan insan paling saya sayang, mungkin ini adalah masa terbaik untuk saya kembali semula mengajar semula mana yang tertinggal dan mencari kembali apa saja yang mungkin sudah lenyap. Saya ingin kembali bangkit mengejar impian menjadi seorang anak seni yang berkaliber.

"Setakat ini saya bersyukur kerana rezeki itu sentiasa ada buat saya. Selepas drama bersiri Cinta Antara Kita, saya menerima beberapa tawaran lain pula untuk terus hidup sebagai seorang pelakon. Insya-Allah jika diberi kepercayaan lagi, saya akan kembali semula ke layar lebar seperti sebelum ini," katanya yang pernah membintangi beberapa filem termasuk Berlari Ke Langit, Gangster, Bilut, Lembing Awang Pulang Ke Dayang dan Cinta Yang Satu.

Terlanjur bertemu anak keempat daripada lima beradik ini yang mengakui sudah putus cinta selepas 10 tahun memadu kasih, Elizad enggan terus dipalit kisah peribadi sebaliknya ingin terus meletak fokus kepada kerjaya.

"Pernah saya katakan sebelum ini, hubungan itu tidak lagi dapat diselamatkan dan saya pasrah. Saya percaya ada hikmahnya walaupun keperitan yang ditanggung berganda. Lepas hilang ibu, saya hilang pula kekasih, namun semua itu hanya dugaan. Kini saya selesa untuk hidup sendirian dulu untuk memikirkan soal masa depan.

"Jujurnya saya sendirian dan gigih ingin mencari teman hidup. Maklumlah, sebagai seorang anak tunggal perempuan yang cukup akrab dengan arwah ibu, saya memang rasa terlalu kehilangan namun jika sudah mempunyai keluarga sendiri, saya akan kurang rasa sunyi itu. Justeru saya ingin juga memberi ruang kepada diri saya untuk kembali bercinta dan membina keluarga sendiri nanti," katanya yang mesra disapa Ejad.

Drama siri lakonan Elizad, Cinta Antara Kita yang menemui penonton petang ini, jam 7 malam, di slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis menerusi episod terakhirnya akan diganti pula dengan drama baru, Nura Elena bermula 9 Mei ini hingga 16 Jun dalam slot yang sama.

Nura Elena yang mengangkat Siti Saleha selaku teraju utamanya turut membariskan pelakon handalan lain termasuk Aaron Aziz, Wan Sharmila, Zul Ariffin, Erry Putra dan Puteri Fateen.

Saleha yang menyifatkan drama bersiri ini sebuah naskhah penuh emosi yang memberinya satu dimensi baru sebagai seorang pelakon.

"Saya membawakan watak Nura Elena yang berdepan dengan 1,001 konflik diri. Bayangkan, dia dirogol seawal usia 15 tahun dan kemudian meninggalkan perasaan trauma untuk mengenali lelaki lain. Kemudian apabila dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki oleh keluarganya, kisah lamanya menjadi mangsa rogol terbongkar pula membuatkan dia ditinggalkan.

"Kesimpulannya, Nura Elena memang mencerminkan kisah penderitaan dalaman dan kekuatan hati seorang gadis dalam menempuh segala dugaan itu. Namun, saya berasakan watak ini begitu dekat dengan jiwa saya meskipun jalan hidupnya tidak sama dengan realiti saya, watak itu dapat saya selami dengan baik.

"Pengalaman melakonkan watak ini begitu menyeronokkan selain berpeluang berlakon di samping Aaron Aziz dan Erry Putra. Saya percaya peminat akan terhibur dan dapat mengikuti drama ini hingga ke episod akhirnya," katanya yang menambah drama Nura Elena adaptasi daripada novel, Kasih Yang Suci.

Mengalih sedikit perbualan, lantas persoalan kisah percaturan adik kepada vokalis Bunkface, Sam ini dalam lapangan seninya diutarakan. Saleha yang sebelum ini pernah membintangi drama siri popular dan anggun mengenakan tudung menerusi watak Munirah dalam Ustaz Amirul dan Syurgamu Ramadan mengharapkan 2011 tahun terbaik buatnya memperkenalkan diri.

"Lama sudah saya bertapak, namun diakui yang nama dan bakat saya belum benar-benar dikenali. Mungkin kerana tidak ada kontroversi yang membabitkan saya. Mungkin juga kerana saya begitu sibuk dengan soal pengajian membuatkan tiada masa untuk benar-benar bersedia ke depan kamera.

"Justeru 2011 adalah satu penentuan dalam kerjaya saya dan tahun ini dan akan guna sebaiknya peluang ini untuk melepaskan geram. Maklumlah sekarang saya sudah hampir tamat pengajian di Kolej Inti untuk Diploma Komunikasi Massa, jadi dapatlah saya meletak sepenuh fokus kepada lakonan.

"Insya-Allah saya akan memberikan yang terbaik dan satu penyampaian lakonan yang tersendiri," katanya yang mengakui tiada kekasih.

Apapun usah ketinggalan untuk menyaksikan siri terbaru yang mewarnai slot Akasia berjudul Nura Elena bermula Isnin ini, jam 7 malam di TV3.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Devotees kembali selepas 6 tahun

Posted: 04 May 2011 07:58 AM PDT

WALAUPUN masa berubah mengikut peredaran masa, lagu berunsur dakwah dan kerohanian tetap mempunyai kelompok peminat tersendiri. Begitulah keyakinan yang tertanam dalam jiwa empat anggota Devotees - Adi Akmal Sehrom (Adi Akmal), Abdul Halim Ahmad (Abdul Halim), Ahmad Shauqi Abu Kashim (Shauqi) dan Muhammad Mohd Tawil (Muhammad).

Kumpulan yang tidak asing dalam kalangan penggemar genre nasyid ini membuat kemunculan pertama mereka pada 2005 dengan memperkenalkan konsep 'urban nasyid' hasil sentuhan komposer terkenal iaitu Yasin, Waheeda dan Along Exists.

Konsep lagu segar yang dibawakan mereka ternyata membawa hasil apabila pantas menambat hati dan telinga pendengar serta kerap dimainkan di radio.

Ini disusuli pelbagai album lain selepas itu yang turut mendapat sambutan sehinggalah mereka berehat seketika dari merakam album. Kini selepas enam tahun, Devotees tampil semula dengan album terbaru berjudul Berjalan Tanpa Henti terbitan produksi sendiri, Devotees Music Works dengan kerjasama Ez Qurban Sdn Bhd. Ia sudah pun berada di pasaran edara Wahyu Suci Sdn Bhd.


Album yang menampilkan lapan lagu ini mempertaruhkan karya ciptaan anggota Devotees sendiri di samping turut mendapat sentuhan komposer terkenal Yasin dan Dakmie serta komposer baru, Taufik Nordin.


Biarpun ada yang beranggapan lagu dakwah sudah memasuki zaman gerhana berbanding era kegemilangannya pada 1990-an dan awal 2000, Devotees tetap yakin penggemar nasyid masih ada terutama penuntut institusi pengajian tinggi.

"Kami yakin dengan bakat dan kemampuan, serta menerusi pengalaman yang luas sejak 2005, album ini akan mampu menarik perhatian pendengar. Tambahan pula kami sudah mempunyai kelompok peminat yang sudah kenal Devotees, jadi sudah tentu mereka akan beri sokongan tidak berbelah bagi.

"Kalau kita lihat publisiti mengenai kumpulan dakwah memang agak kurang berbanding artis genre muzik semasa tapi ini tak bermaksud genre sebegini dipinggirkan kerana artis dakwah tetap diundang ke majlis berbentuk ilmiah dan keagamaan," kata Adi Akmal.

Devotees jika diterjemah dalam bahasa Melayu bermaksud seseorang yang bersemangat terutama dalam ajaran agama atau 'pengabdi'. Justeru kumpulan ini berazam tidak mengalah demi menunjukkan komitmen dalam memperjuangkan irama nasyid di Malaysia.

"Sejak mula ditubuhkan lagi, kami berazam untuk membawa satu jalur nafas baru dalam arena nasyid tanah air. Kami sengaja ketengahkan konsep berunsurkan pop dakwah dan 'world music' seperti rap, hip hop, dance, pop dan R & B yang bertujuan memenuhi cita rasa pendengar muzik khususnya remaja masa kini yang inginkan sesuatu yang lebih segar dengan peredaran masa.

"Bagi kami cara ini tiada salahnya kerana Devotees tetap menitikberatkan mesej yang menyeru kepada kebaikan dengan menekankan unsur ketuhanan, kerohanian, persaudaraan dan banyak lagi dalam setiap lagu. Kelainan yang ditampilkan ini mendapat pelbagai reaksi dan respons positif daripada peminat nasyid, pendengar muzik arus perdana mahupun penggiat seni muzik," kata Adi Akmal yang juga penyampai dan pembaca berita di TV Al-Hijrah.

Penerimaan positif yang diperlihatkan masyarakat terhadap kumpulan dakwah menyaksikan Devotees banyak diundang membuat persembahan di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak. Bahkan mereka juga diundang beraksi di luar negara seperti Singapura dan Kemboja.

Bercerita lanjut mengenai album terbaru, Adi Akmal yakin ia mampu memuaskan hati pendengar dengan kepelbagaian melodi yang kontemporari dan diiringi lirik yang sarat dengan mesej kemanusiaan yang mampu mencetus inspirasi dan motivasi. Mereka juga ingin dikenali sebagai kumpulan nasyid yang sinonim dengan lagu dalam bahasa Inggeris apabila menyanyikan Don't Walk Away ciptaan mereka sendiri.

"Dalam album sebelum ini, kami menyanyikan lagu Inggeris ciptaan Waheeda berjudul Lament yang mendapat respons positif daripada pendengar. Itulah sebabnya kami terus kekalkan identiti sebegini menerusi album terbaru. Kami harap peminat akan terus menyokong Devotees," katanya.

Peminat yang ingin mengetahui perkembangan terkini Devotees dan ingin berinteraksi dengan mereka, boleh melayari laman Facebook mereka iaitu facebook.com/devotees.nasyeed.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Pertaruhkan bakat, bukan cerita sensasi

Posted:

Pertaruhkan bakat, bukan cerita sensasi

Pertaruhkan bakat, bukan cerita sensasi



FILEM berjudul Karak yang diterbitkan oleh KRU Studios belum lagi ditayangkan. Namun sudah ramai yang telah mengenali pelakon-pelakon utamanya seperti Kilafairy dan Shera Aiyob.

Boleh dikatakan kedua-dua pelakon ini dikenali berdasarkan beberapa cerita sensasi yang tersiar sebelum ini. Masing-masing mempunyai kisah tersendiri hingga mendapat tumpuan ramai.

Misalnya, Kilafairy yang juga anak kepada penyanyi terkenal era 90-an iaitu Rohana Jalil pernah digosipkan mempunyai hubungan dengan pengarah filem berkenaan iaitu Yusry Abdul Halim.

Bukan itu sahaja, pelakon berusia 18 tahun itu juga dikatakan membuat suntikan di bibir setelah dilihat memiliki bentuk bibir yang seakan-akan pelakon Hollywood terkenal iaitu Angelina Jolie.

"Saya sedar apabila menceburi bidang lakonan, cerita-cerita sensasi memang tidak dapat dielakkan dan itulah yang telah saya lalui pada masa ini sebagai seorang pelakon baru.

"Bagaimanapun, saya sebenarnya kurang senang kalau dikenali sebagai pelakon kontroversi. Saya mahu dikenali kerana bakat lakonan yang dimiliki, bukan kerana cerita sensasi," tegasnya.

Meskipun pada mulanya agak tertekan apabila dihimpit dengan kontroversi, namun dia bertuah kerana mendapat nasihat daripada ibunya yang lebih berpengalaman dalam dunia artis.

Ujarnya, apa yang lebih penting sekarang adalah terus memberi tumpuan kepada kerjayanya ketika ini tanpa mempedulikan apa sahaja kisah kontroversi yang membabitkan dirinya.

"Ibu ada berpesan sekiranya terbabit dalam bidang seni, mental dan fizikal harus kuat kerana banyak cabaran dan dugaan yang akan dilalui. Dengan pesannya itu, kini saya sudah lali dengan semua cerita-cerita tersebut," ujarnya.

Sementara seorang lagi pelakon, Shera yang juga seorang pengacara mula dikenali ramai apabila suatu masa dahulu dia dikatakan bercinta dengan seorang pelakon lelaki yang sedang meningkat naik ketika itu.

Namun begitu, hubungannya dengan pelakon berkenaan putus dan kemudian dia kini secara rasmi telah menjadi tunangan pelakon iaitu Zahiril Zahiril Adzim.

"Lakonan adalah sesuatu yang agak baharu kerana saya memang tiada pengalaman langsung dalam bidang ini. Saya agak terkejut sewaktu ditawarkan berlakon dalam filem Karak.

"Apa yang membuatkan saya tertarik untuk membintangi filem ini kerana tertarik dengan skrip dan jalan ceritanya. Malah, saya rasa inilah peluang untuk saya cuba cungkil bakat dalam bidang lakonan pula," jelasnya.



Menurut Shera, biarpun mengakui sangat berdebar menanti reaksi peminat menerusi filem tersebut, namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk terus berlakon lagi selepas ini.

Ujarnya, dia akan tetap menerima tawaran berlakon asal bersesuaian dengan jadualnya memandangkan dia juga terikat dengan tugas sebagai pengacara dan penolong penerbit dalam beberapa buah rancangan terbitan TV3.

Sementara itu, ketika ditanya adakah dia sudah bersedia untuk mengharungi rintangan sebagai pelakon terutamanya dihujani dengan pelbagai cerita sensasi, Shera turut menganggap ia adalah salah satu cabaran yang harus dihadapi.

"Rasanya sebelum bergelar pelakon lagi orang ramai sudah mengenali saya menerusi cerita mengenai hubungan cinta saya. Apa yang lebih penting saya tidak mahu cepat melatah kalau ada sebarang cerita yang kurang baik.

"Cuma saya tidak mahu kisah peribadi saya terlalu digembar-gemburkan dan disensasikan kerana saya perlu menjaga nama baik keluarga dan tunang. Biarlah orang menceritakan tentang lakonan saya sahaja," ujarnya.

Usaha sendiri

Umum sudah mengetahui mengenai Kilafairy yang merupakan anak kepada penyanyi terkenal Rohana Jalil. Maka, tidak hairanlah sekiranya darah seni turut mengalir dalam diri anak bongsu kepada penyanyi berkenaan.

Bagaimanapun, terdapat juga suara-suara nakal yang mengatakan bahawa pelakon itu turut menumpang populariti ibunya, malah turut dijadikan batu loncatan untuk dia bertapak dalam bidang seni.

Mengulas mengenai perkara tersebut, pelakon yang sedang menuntut di Raffles International Collage itu menjelaskan segala tawaran berlakon yang diterimanya adalah tanpa pertolongan ibunya.

"Selama ini saya berusaha sendiri berkecimpung dalam bidang lakonan dan tidak pernah berniat untuk menggunakan populariti ibu bagi mendapat banyak tawaran berlakon.

"Sedangkan ibu pula sekadar menjadi orang tengah. Misalnya, kalau ada mana-mana pihak sama ada penerbit atau pengarah yang mahu menawarkan saya berlakon, maka mereka akan menghubungi ibu terlebih dahulu," jelasnya.

Mengenai perjalanan karier seninya pula, pelakon berkenaan memberitahu bahawa dia sebenarnya turut menanam impian mengikut jejak langkah ibunya untuk bergelar seorang penyanyi.


KILAFAIRY menolak dakwaan dia menjadi popular kerana kontroversi dan bantuan ibunya, penyanyi Rohana Jalil. Katanya dia berusaha keras untuk berada pada tahap sekarang.


Jelasnya lagi, minat untuk menyanyi mula timbul sejak kecil lagi apabila telah didedahkan dalam dunia nyanyian kerana sering mengikuti ibunya membuat persembahan pentas.

"Meskipun sibuk dengan berlakon ketika ini, hasrat untuk bergelar penyanyi tidak pernah luput. Malah, kini saya sedang dalam proses rakaman untuk menghasilkan single di bawah Edry," ujarnya.

Cepat kahwin

Pada tanggal 1 Mei lalu, Shera yang juga pengacara rancangan Wanita Hari Ini (WHI) telah menjadi tunangan kepada seorang pelakon yang kini sedang popular menerusi drama Juvana iaitu Zahiril Adzim.

Menurut gadis kelahiran Ipoh itu, dia sememangnya sudah bersedia untuk bergelar sebagai seorang isteri dan keputusan untuk bertunang itu bukanlan satu keputusan yang tergesa-gesa.

"Dulu saya sasarkan untuk mendirikan rumah tangga pada usia 27 tahun, namun tak sangka pula saya bertunang dan akan berkahwin lebih awal daripada sasaran sebelum ini.

"Meskipun baru setahun kami bercinta, tetapi saya rasa sudah tiba masanya untuk melangkah ke alam perkahwinan," ujarnya yang akan bernikah pada 20 November ini.

Menurut Shera, apa yang membuatnya ingin cepat mendirikan rumah tangga kerana menyedari cabaran serta dugaan yang bakal ditempuhi sepanjang tempoh pertunangan.

Jelasnya, sebelum ini pernah terlintas di fikirannya untuk terus sahaja berkahwin tanpa bertunang. Namun, dia merasakan lebih baik bertunang terlebih dahulu sebagai persediaan untuk melangkah ke alam rumah tangga.

Tentang pembabitannya dalam bidang lakonan pula, Shera memberitahu dia sangat beruntung kerana turut mendapat sokongan sepenuhnya daripada tunang tersayang.

"Dia sendiri tidak kisah apabila saya berlakon kerana dia juga seorang pelakon. Malah, dia turut memberikan beberapa tip agar saya dapat menjadi seorang pelakon yang baik," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peserta Sabah ungguli TLTBSS

Posted:

Peserta Sabah ungguli TLTBSS

Peserta Sabah ungguli TLTBSS

Oleh SYALMIZI HAMID
syalmizi.hamid@kosmo.com.my


HADI yang memilih Mas Idayu sebagai ikon muncul juara Tiada Lama Tiada Baharu Satu-Satunya (TLTBSS).


PENTAS akhir program realiti televisyen terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM), Tiada Lama Tiada Baharu Satu-Satunya (TLTBSS) yang berakhir baru-baru ini menyaksikan kehebatan ramai wajah baharu kelahiran RTM yang bakal mewarnai dunia hiburan.

Program realiti yang disatukan melalui dua kategori iaitu Mirip Suara Ikon dan Muka Iras Artis menyaksikan dua anak jati negeri Di Bawah Bayu, Sabah telah mengungguli program yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Perdana, Angkasapuri itu.

Peserta termuda TLTBSS, Hadi, 18, dari Kota Kinabalu, Sabah membolot hadiah utama apabila merangkul anugerah Penuntut Terbaik yang turut membawa pulang hadiah berupa sebuah kereta Proton Persona berserta wang tunai berjumlah RM10,000.

Hadi atau nama sebenarnya Hadi Jaidi pada malam itu yang ditemani ikon beliau, Mas Idayu, bersyukur kerana berpeluang dididik oleh penyanyi dangdut itu sambil menjelaskan bahawa kemenangannya itu turut didorong oleh usaha keras ikonnya dalam memberikan tunjuk ajar.

"Saya sangat bersyukur kerana berpeluang mendapat tunjuk ajar daripada Mami (Mas Idayu). Walaupun Mami garang tetapi tetap bersyukur kerana cara itu dapat mendisiplinkan saya," katanya.

Hadi yang masih tidak membuat apa-apa perancangan selepas berakhirnya TLTBSS bagaimanapun merancang untuk terus menetap di Kuala Lumpur untuk meneruskan impiannya sebagai anak seni.

"Saya akan terus menetap di KL (Kuala Lumpur) kerana peluang terbuka luas untuk saya di sini. Saya perlu menetap di sini untuk mencapai impian," ujarnya tanpa kelihatan gementar di hadapan wartawan.


DATUK M.DAUD KILAU (kanan) bersama peserta yang memilihnya sebagai ikon, Ashraf juga memberikan persembahan yang bertenaga.


Selain membawa pulang wang tunai dan sebuah kereta, Hadi turut membawa pulang hadiah iringan berupa trofi, iPad dan hadiah iringan lain.

Sementara itu, Masri Koyoi, 38, yang mempunyai wajah persis penyanyi lagu Percaya, Mus May, menggondol anugerah Muka Iras Artis. Dia yang tidak menjangkakan kemenangan itu turut bersyukur kerana usaha kerasnya ketika masih di kampung halamannya di Kudat, Sabah kini menjadi kenyataan di Kuala Lumpur.

"Usaha keras saya sejak sekian lama berbaloi juga pada hari ini. Saya sudah berusaha pelbagai cara untuk tampil diterima sebagai seorang penyanyi ketika di Kudat lagi. Kini ia menjadi kenyataan di sini (Kuala Lumpur).

"Di kampung ramai rakan yang memberitahu bahawa muka saya mempunyai iras Mus May. Apabila mengetahui mengenai program ini saya terus menyertainya kerana saya melihat peluang untuk terus menonjol," kata Masri yang turut menyimpan impian untuk bertemu Mus May.

Masri membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM2,000 berserta trofi dan hadiah iringan.

Malam akhir TLTBSS yang berlangsung selama tiga jam itu turut menawarkan anugerah lain termasuklah anugerah Penuntut Contoh yang disandang oleh Hamim, Persembahan Terbaik (Ashraf), Peserta Popular (Umar) selain penyanyi Uji Rasyid yang membawa pulang trofi anugerah Ikon Popular.

Para pemenang membawa pulang hadiah-hadiah bernilai RM250,000 tajaan daripada Ancasa Hotel & Spa, Habib Jewel, Proton, Walit Gold, Michael & Guy, Jatimas, Mac serta Poto Travel & Tours.

TLTBSS merupakan sebuah program realiti TV terbaharu terbitan RTM yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu nyanyian dengan tunjuk ajar daripada ikon masing-masing termasuklah Jamal Abdillah, Ramlah Ram, Mas Idayu, Datuk David Arumugam serta Hail Amir dan Uji Rashid selain kategori rupa iras artis.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lee Seung Gi tagih wanita

Posted:

Lee Seung Gi tagih wanita

Lee Seung Gi tagih wanita



PENYANYI Korea, Lee Seung Gi meluahkan rasa kecewanya sebagai selebriti lelaki apabila muncul dalam program televisyen Come To Play baru-baru ini.

Kata penyanyi itu: "Saya tidak tahu jika saya tidak mempunyai tarikan atau terdapat salah faham yang saya tidak mempunyai telefon bimbit, tetapi selebriti wanita tidak pernah minta nombor telefon saya."

Tambahnya lagi: "Saya lelaki yang mudah didampingi."

Pengakuan Lee Seung Gi itu menyebabkan penonton ketawa besar kerana selama ini dia dikenali dengan imej sempurna dan bersih.

Ramai penonton tidak menyangka akan mendengar luahan kecewa Lee Seung Gi mengenai hal itu sedangkan dia merupakan salah seorang penyanyi popular dan mempunyai ramai peminat wanita.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.