Adsense

Selasa, 3 Mei 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Terbaik dari Wings

Posted:

Terbaik dari Wings

Terbaik dari Wings



WINGS adalah grup rock legenda. Orkestra Simfoni Kebangsaan atau OSK juga bukan calang-calang orkestra. Maka apabila dua 'jentera' ini bergabung dalam sebuah persembahan, yang terhasil daripada gabungan tersebut adalah bertaraf antarabangsa. Ia lebih daripada sekadar gabungan biasa, tetapi telah termasuk dalam kategori spektakular.

Itu rumusan secara ringkas mengenai Konsert Opera Hidup Wings bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan yang berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur selama lima hari pada minggu lalu. Ia barangkali kedengaran terlalu memuji sehingga tidak nampak cacat-cela, namun itu realitinya. Konsert tersebut memang telah melepasi garis piawaian biasa-biasa, tetapi ia sepadan dengan usia 25 tahun penubuhan grup tersebut.

Syabas buat Wings yang digawangi Awie (vokalis), Joe (gitar), Eddie (bass) dan Black (drum). Mereka telah meninggalkan sesuatu yang hangat buat semua sayap-sayap Wings (gelaran buat peminat Wings) yang dahagakan persembahan mereka.

Selaku konduktor yang mengepalai orkestra, Mustafa Fuzer Nawi juga telah mengemudi pasukannya dengan cukup cemerlang apabila dapat menguasai muzik rock di dalam 'kapal' miliknya dengan bunyian yang cukup kemas.

Lima hari menakluk Istana Budaya, hampir tidak ada satu malam pun kerusi di tempat berprestij tersebut kosong. Setiap malam, semua tiket habis dijual, malah Wings telah menambah satu malam ekstra selepas grup Harley Davidson membeli satu malam khas buat ahli grup jenama tersebut.

Namun apa hebatnya Wings sehingga konsert tersebut begitu sukses?

Kehebatan grup ini terletak kepada visi, disiplin dan mimpi mereka yang akhirnya menjadi satu realiti. Setiap personal grup ini mempunyai mimpi yang tinggi untuk direalisasikan. Maka apabila punya kesempatan merealisasikan visi mereka, ia disempurnakan dengan sebaik mungkin.

Kredit harus diberikan kepada si gitaris, Joe, apabila mencari inisiatif untuk merealasasikan mimpinya bergabung dengan orkestra dan menggegarkan pentas Istana Budaya yang begitu asing dengan nuansa rock.


MANTAP. Dari kiri Mus, Awie dan Mel bergabung dalam salah satu segmen dan mendendangkan lagu-lagu hit Wings.


Kemudian, ia juga menjadi begitu sukses kerana gabungan orkestra dan grup rock yang pertama kali diadakan di Malaysia. Malah hampir kesemua lagu yang dimainkan pada konsert tersebut telah disuntik semula dengan gabungan dua nuansa muzik ini. Ia telah dicantum dengan kemas, lalu melahirkan bunyi baru yang segar namun masih tidak lari daripada melodi asalnya.

"Jujurnya, memang sukar untuk kami berempat bergabung dengan pasukan orkestra. Sementelah banyak lagu harus digubah semula. Namun kerjasama itu dapat terjalin baik dengan toleransi dan kemahuan kami yang seiring untuk menggabungkan muzik kami dalam orkestra," ujar Awie.

Lebih daripada itu, ia bergantung kepada kredibiliti dan empayar Wings itu sendiri. Selama 25 tahun 'terbang' meneroka industri muzik, bukan sukar untuk mereka mengajak sayap-sayap Wings berkampung di dalam Istana Budaya dan menyaksikan persembahan serba baru mereka tanpa membuang cita rasa asal peminat-peminat yang setia menyokong Wings selama ini.

Setiap malam tirai konsert dibuka dengan lagu Opera Hidup, simbolik dengan nama konsert yang dipilih. Sebaik muzik dialunkan, bagai ada satu magis yang pantas menyelinap dalam sanubari. Gabungan orkestra dengan Wings dirasa cukup sebati.

Biar harus diakui, pada awalnya bagai ada kekosongan di dalam persembahan yang selalu dimainkan secara 'kasar' oleh sebuah grup rock, namun ia menjadi semakin enak apabila gabungan mereka mula memuntahkan lebih banyak magis pada lagu-lagu yang berikutnya termasuk Hukum Karma, Inspirasi Taming Sari, Biru Mata Hitamku dan Bernafas Dalam Lumpur.


DARI kiri: Joe, Awie dan Eddie mempunyai karisma tersendiri.


Pengalaman yang bukan sehari dua berhadapan peminat juga digunakan Awie untuk memancing hati peminat dengan jenaka spontan dan bicara yang tersusun cantik. Selepas tiga lagu pertama dinyanyikan tanpa henti, Awie mula berinteraksi dengan peminat.

Katanya: "Kami cukup teruja untuk bergabung dengan orkestra dan bermain di dalam Istana Budaya yang penuh berprestij ini. Ini adalah hadiah kami buat peminat walaupun ini hadiah berbayar. Kami berharap dengan sokongan anda semua, kami boleh menjadi lebih maju pada masa hadapan."

Dia kemudian menyambung persembahan dengan menyanyikan lagu Di Ambang Wati, lagu yang cukup hit sewaktu dia menjadi hero filem-filem milik Datuk Yusof Haslam.

Momentum konsert kemudian diteruskan dengan slot yang menyaksikan gabungan semula Wings bersama bekas-bekas individu yang pernah menyertai Wings iaitu Jojet (drum), Sham (gitar), Mel dan Mus selaku vokalis yang pernah menggantikan posisi Awie sewaktu dia membawa haluan sebagai penyanyi solo sekitar tahun 90-an dahulu.

Mereka bergabung mendendangkan hit Wings yang begitu mesra telinga termasuk Peronda Jaket Biru, Intanku Kesepian, Rock n Roll Lu Punya Suka, Semalam Yang Hangat dan Jerangkung Dalam Almari yang membangkit keterujaan peminat untuk turut menyanyi bersama mereka.

Wings kemudian tidak ketinggalan memainkan lagu yang telah melonjakkan nama mereka iaitu Sejati dan Taman Rashidah Utama.

Seperti mana suksesnya konsert pada sebelah malam, konsert Wings Opera Hidup Superfriends yang menyaksikan otai-otai tanah air seperti Datuk M.Nasir, Ramli Sarip, Hattan, Nash, Mus, Azlan the Typewriter dan Jaclyn Victor pada sebelah petang terlebih dahulu dijayakan dengan penuh hangat.

Semoga Wings terus terbang tinggi dan tidak jatuh terhempas ke bumi sebelum melunaskan lebih banyak visi yang mampu membanggakan industri seni tanah air.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Aleya seronok jaga anak

Posted:

Aleya seronok jaga anak

Aleya seronok jaga anak

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
saphilla.isa@kosmo.com


LEYA bersama suami, Ashraf dan ibunya, Fatimah Abu Bakar bersama suami, Syed Zainal Rashid.


BIARPUN sibuk dengan jadual seni, Leya atau nama sebenarnya Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid, 28, tidak meletakkan tanggungjawab menjaga dua puteri kembarnya Aza Ameena dan Asha Ameena kepada pengasuh.

Bagi kakak kepada Sharifah Amani ini, dia sanggup bergilir-gilir bersama suami, Muhammad Ashraf Aasimudin, 31, menjaga dua orang anaknya itu yang kini berumur dua tahun.

Masih menyusukan anak-anaknya dengan susu badan, bagi Leya dia mahu anak-anaknya membesar di depan mata.

"Buat masa sekarang tumpuan utama Leya adalah anak-anak selain sebagai penyampai radio di Hot FM," katanya ketika ditemui di majlis pelancaran produk Nuvafemme di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur.

Leya yang baru selesai menjalani pengambaran teater Musikal Terima Kasih Cinta arahan Pat Ibrahim memberitahu, jika dia dan suami terlalu sibuk dengan kerja, ibu bapa dan mertuanya akan mengambil alih menjaga cucu-cucu mereka.

"Anak-anak memang saya dan suami akan jaga bergilir-gilir tetapi jika kami berdua sibuk keluarga saya dan mertua akan membantu," katanya.

Jurucakap Nuvafemme

Walaupun sibuk dengan kerjaya sebagai penyampai radio dan juga menguruskan anak-anak, Leya yang dulunya mempunyai bentuk badan yang agak berisi kini tampil langsing dan bersemangat.

Ditanya mengenai hal itu, Leya pantas memberitahu, dia mengamalkan pemakanan sihat serta pengambilan suplemen, Nuvafemme.

Dia yang kini menjadi jurucakap kepada produk Nuvafemme bersama dengan ibunya, Fatimah Abu Bakar mengaku sangat benci makan ubat tetapi disebabkan ingin tampil lebih sihat dan bertenaga terutamanya selepas bersalin, Leya mendisiplinkan dirinya.

Kombinasi mempesona yang dimiliki oleh Fatimah yang juga merupakan tenaga pengajar Akademi Fantasia (AF) itu bersama dengan anaknya, Leya mendorong kedua-duanya menjadi jurucakap untuk produk tersebut.

"Nuvafemme adalah formula kecantikan semula jadi sepenuhnya yang bertindak untuk menyerlahkan kulit lebih muda dan tegang. Ia membantu mengaktifkan penghasilan kolagen dari dalam untuk membentuk kulit yang lebih tegang dan gebu seterusnya menghilangkan garis halus dan kedutan serta meningkatkan kelembapan kulit," kata Leya mengenai kebaikan produk tersebut.

Ujarnya, produk berkenaan kini boleh didapati di semua farmasi utama di seluruh negara pada harga RM98 untuk kotak 50 tablet.

Pendakap gigi

Leya dulu menganggap gigi jarangnya adalah trademark dan pernah menyuarakan tidak mahu memakai pendakap gigi tetapi akhirnya dia mengalah.

Semuanya gara-gara tidak tahan menahan sakit ketika mengunyah makanan.

"Pada mulanya memang Leya tak mahu pakai pendakap gigi tetapi disebabkan ketika mengunyah makanan Leya akan tergigit dinding tepi dalam mulut sehingga luka, Leya mengambil keputusan memakai pendakap gigi.

"Sudah masuk beberapa tahun Leya menghadapi masalah ini sehingga doktor memaksa Leya memakai pendakap gigi. Katanya, jika dibiarkan lama-kelamaan gigi akan bertambah jarak dan berterabur," katanya yang telah memakai pendakap gigi itu selama setahun.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kalki kahwin tak jemput orang

Posted:

Kalki kahwin tak jemput orang

Kalki kahwin tak jemput orang


KALKI bersama tunangnya, Anuraq Kasyhap.


AKTRES Kalki Koeehlin berkata, dia akan menamatkan zaman bujangnya tahun ini dengan mengahwini pengarah filem, Anurag Kashyap, namun tetap merahsiakan tarikh perkahwinannya.

"Ya, kami memang akan berkahwin tahun ini. Saya tidak akan beritahu sesiapa mengenai tarikhnya kerana apabila anda bakal mengahwini seorang bintang, ia sukar untuk mencari tarikhnya," ujar Kalki yang memberitahu mereka bertunang pada bulan Januari lalu.

Memberitahu hanya akan mengadakan majlis yang sederhana berkonsepkan tradisional India Utara di rumah ibu saya di Ooty, dia dengan tegas mengatakan: "Saya tidak akan menjemput sesiapa. Majlis itu hanya untuk ahli keluarga terdekat sahaja dijemput. Tapi kami akan adakan majlis resepsi nanti."

Aktres tersebut memberitahu dia akan memakai sari tradisional berwarna putih dan merah dan Anurag pula akan memakai dhoti tradisional pada majlis tersebut nanti.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Isnin, 2 Mei 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Hos Majalah 3, Nurul Syuhada & Raja Amir Nikah Julai Depan.

Posted: 02 May 2011 11:17 PM PDT

Hos Majalah 3, Nurul Syuhada & Raja Amir Nikah Julai Depan.

Hos Majalah 3, Nurul Syuhada mengesahkan bahawa dia akan melangsungkan pernikahan dengan kekasihnya, Raja Amir pada Julai depan. Selebriti ini pernah mempunyai hubungan dengan angkasawan kedua negara, Mejar Dr Faiz Khalid, namun hubungan mereka tidak berpanjangan.

Menurut Nurul Syuhada, dia tidak dapat memberikan sebarang kenyataan kerana terikat dengan prosedur sebagai personaliti tv3, namun tidak menolak akan mengakhiri zaman bujangnya bersama Raja Amir. Tambahnya lagi, pihak media akan dimaklumkan mengenai majlis pernikahan apabila tiba waktunya nanti.

Nurul Syuhada & Raja Amir telah mengenali satu sama lain selama 2 tahun, dan hubungan tersebut menjadi serius dengan adanya rombongan merisik pada Januari lepas. Kedua-dua belah keluarga bersetuju untuk melangsungkan majlis pertunangan & akad nikah pada Julai depan.

Kredit berita & gambar : Mstar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

(Gambar) Sazzy Falak & Suami Dapat Anak Kembar, Iman Lilly & Tiara Rose

Posted: 02 May 2011 10:43 PM PDT

Pasangan suami isteri paling happening, Sazzy Falak & Nazril Idrus baru sahaja menyambut kelahiran anak kembar pertama yang dilahirkan pada 28 April 2011, di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur. Baby kembar ini dilahirkan sekitar pukul 8.25 pagi pada hari berkenaan, masing-masing diberi nama Iman Lilly & Tiara Rose.

Berita gembira ini diumumkan sendiri oleh suami Sazzy Falak, Nazril Idrus melalui twitternya berbunyi, "@Nash_IdrusLVG Alhamdulillah TQ Allah for sending @SazzyFalakCLPT & I, Two beautiful babies Iman Lilly & Tiara Rose, born 28th April 2011. Amin."

OHBULAN! mengucapkan tahniah buat pasangan Sazzy Falak & Nazril Idrus yang kini amat teruja dengan kelahiran bayi kembar mereka.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sensasi

Sensasi


Amerika syarikat penipu,dakwa Osama Bin Laden telah mati terbunuh

Posted: 02 May 2011 11:45 AM PDT

Hadoi wat lawak ke apa Obama niee????dia tunjukkan pix nie sebagai bukti yang Osama telah mati dibunuh dalam satu serangan helikopter,dimana osama dikatakan terkena peluru berpandu..

osama bin laden


Sebelum nie pernah kecoh di Amerika dan didunia kononnya Osama telah mati ditangkap dan dibunuh..tp bila org mintak bukti,gambar,mayat atau apa2,derang xdapat nak tunjuk..alih2 keluar video osama hantar ,proof that he is still alive.


Ada yang percaya kononnya Osama adaah rekaan US untuk memerangi org Islam.Kononnya Osama tidak wujud...

Semua tue terpulang pada kepercayaan masing2.tp pendapat peribadi sensasi,Osama bin Laden nie wujud,bahkan ada bukti dan latar belakang Osama,dan gambar-gambarnya semasa muda sume..

Dalam wikipedia pun ada korang leh ushar background Osama,Osama dikaitkaan dengan tragedi 911 dimana world trade centre telah roboh dilanggar pesawat,kerana dulunya Osama adalah pelajar civil Engineering..Ada cerita mengatakan bahawa, Osama adalah antara arkitek yang bekerja menyiapkan World trade centre dulu,jadi dia tahu selok belok kekuatan dan kelemahan bangunan World Trade Center. Tp sume nie adalah cerita tanpa bukti,,..cume cerita untuk mengukuhkan benda yang tiada siapa tahu kesahihannya..yang pasti,terlalu banyak yang dipersoalkan daam tragedi 9-11.kerana fakta banyak bercanggah dengan bukti,


Lagipun setelah dikaji siasat,bangunan WTC bukan roboh disebabkan serangan pesawat kerana suhu yang diperlukan untuk meleburkan besi tunjang bangunan tersebut jauh lebih tinggi drpd suhu letupan pesawat yang menyerang WTC.Jadi org2 yang btggjwb dengan bangunan tue sendiri tahu yang WTC roboh kerana org dalam yang letak bahan letupan dlm bangunan tersebut dan menutupnya kes itu dengan membuat serangan pesawat.Wallahualam,yang pasti ramai yang mati dan terkorban dalam kes itu.


ada juga cerita kononnya pada hari tersebut semua jewish(israel) ambik cuti dari bekerja di WTC.


kalau korang nak tahu,tentera US sangat lah jahat,perempuan yang ditangkap dirogol,dipukul,diliwat dan diperlakukan lebih teruk daripada perangai haiwan bahkan memang mcm iblis..wanita2 muslim ,ibu2 org,isteri2 org sume dimalukan ,dan dibiarkan bogel dalam penjara tahanan mereka..kanak2 sume diseksa...lelaki dibogelkan ,dipukul diseksa dengan teruk.Masyaallah,semoga mereka semua (yang meninggal)mendapat ganjaran di akhirat oleh Allah S.W.T


bayangkan kalau anak anda,isteri,kwn2,keluarga sume mati dan diperlakukan dgn sebegitu kejam,anda pasti dapat kekuatan untuk berjihad dan mati di jalan Allah,dan sebab tue meraka sanggup pakai bom dan bom kubu US,untuk berjihad di jalan Allah.dan barang sesiapa yang mati kerana melindungi agama,keluarga dan maruahnya,maka mereka tergolong dalam golongan Mati Syahid....Alhamdulillah..


Bagi sensasi sendiri,Osama adaah hero walaupun ramai yang rasa dia terorist..hanya osama je yang Us takutkan kerana mereka sume berani mati berjuang demi agama.Tetapi banyak cerita2 palsu disebarkan bagi memburukan mereka ini..kononnya mereka memang pengganas


Bahkan sebelum nie kisah tahanan,wartawan perempuan kristian dari Uk tak silap sensasi,ditahan oleh Al-Qaedah,lepas dia dilepaskan ,perempuan tue memeluk agama Islam,sebab dia ckp,sepanjang dia jadi tahanan dia dilayan dan dijaga dnegan baik,dan dia terharu tgk semangat keislaman mereka.


bukan satu dua je yang memeluk Islam,banyak cerita tahahan yang memeluk agama Islam disorok oleh pihak Us.


So renung2 kanlah

Gambar-gambar seebriti Barat semasa kanak-kanak

Posted: 02 May 2011 08:35 AM PDT

anak mat salleh masa kecik2 memang comel2...mata biru bulat,putih..rasa nak geget2...
kdg2 bila sensasi terserempak dgn baby omputih suke sgt tgk kecomelan mereka..

of course la anak org malaysia pun comel2 belaka...cume beza sgt la anak omputih dgn anak malaysia...

malas ckp panjang2 jom ushar

Drew Barrymore

Lagi gambar…

Jennifer Garner

Jennifer Lopez

John Travolta

Justin Timberlake

Kate Winslet

Leonardo De Caprio

Madonna

Marilyn Monroe

Victoria Beckham

Ashton Kutcher



Zon Artis

Zon Artis


(Gambar) Sekitar Pernikahan Zed Zaidi

Posted: 02 May 2011 05:39 PM PDT

GAMBAR PERNIKAHAN ZED ZAIDI

Belum terlewat rasanya untuk kami kongsikan gambar-gambar sekitar majlis penikahan Zed Zaidi yang berlangsung pada 29 April lalu ni. Tak perlu cakap banyak, jom layan terus kesemua gambar kat bawah ni.

GAMBAR PERNIKAHAN ZED ZAIDI

GAMBAR PERNIKAHAN ZED ZAIDI

GAMBAR PERNIKAHAN ZED ZAIDI

GAMBAR PERNIKAHAN ZED ZAIDI

GAMBAR PERNIKAHAN ZED ZAIDI

GAMBAR PERNIKAHAN ZED ZAIDI

GAMBAR PERNIKAHAN ZED ZAIDI

GAMBAR PERNIKAHAN ZED ZAIDI

GAMBAR PERNIKAHAN ZED ZAIDI

GAMBAR PERNIKAHAN ZED ZAIDI

GAMBAR PERNIKAHAN ZED ZAIDI

GAMBAR PERNIKAHAN ZED ZAIDI

+ Kredit kepada Whitesignature dan Gua

Psstt: Jom terjah blog yang best giler ni.

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Osama Bin Laden Meninggal Dunia, Terbunuh Dalam Serangan Helikopter

Posted: 02 May 2011 12:19 AM PDT

OSAMA BIN LADEN MENINGGAL DUNIA, TERBUNUH DALAM SERANGAN HELIKOPTER

Hari ini, Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama mengumumkan yang Osama Bin Laden telah terbunuh di dalam satu serangan menggunakan helikopter.

Menurut stesyen television Fox News, jenazah yang ditemui dalam serangan bom menggunakan helikopter di Afghanistan minggu lalu berkemungkinan besar adalah Osama. Namun, kesahihannya baru sahaja dibuktikan melalui ujian DNA. Osama dikatakan selama ini bersembunyi di kawasan pergunungan antara Afghanistan dan Pakistan.

Osama berusia 54 tahun itu lebih dari sepuluh tahun menjadi buruan AS dan sekutu-sekutunya. Dia didakwa menjadi dalang serangan pengganas 11 September 2001 di New York dan Washington. Jaringan al-Qaeda yang dipimpinnya juga bertanggungjawab atas pengeboman dua Kedutaan Besar AS di Afrika dan kapal perang AS USS Cole pada 1998.

Sebagai saudara seIslam, marilah kita sama-sama menyedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada Osama Bin Laden. Semoga rohnya aman dan tenang di sana.

Related Posts with Thumbnails Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Avon Lantik Dynas Mokhtar Jadi Duta Avon Fashions

Posted: 02 May 2011 09:08 PM PDT

AVON memperkenalkan Rangkaian Mewah Berkualiti AVON FASHIONS 2011 bersama Dynas Mokhtar

Selain daripada kasih sayang… apa lagi yang diidamkan oleh seorang wanita? Aksesori AVON FASHIONS adalah jawapan paling tepat… teman paling akrab seorang wanita… seutas gelang tangan, rantai mahupun subang, berupaya menggamit diri anda. Besar atau kecil, moden atau klasik, aksesori pasti menaikkan semangat dan menceriakan 'mood' setiap wanita.

VIDEO SEKITAR PELANCARAN PRODUCT AVON

FASHION SHOW PELANCARAN PRODUK TERBARU AVON:

2011 merupakan tahun baru untuk koleksi aksesori AVON FASHIONS. Pelbagai perubahan menarik boleh anda nikmati dan perubahan pertama yang bakal anda saksikan adalah penampilan Dynas Mokhtar sebagai Wajah AVON FASHIONS 2011. Dynas bakal berkongsi trend, gaya dan pilihan aksesorinya agar anda lebih jelita sepanjang 2011.

DYNAS Avon

Apakah yang baru tentang koleksi aksesori avon? rangkaian aksesori avon fashions kini datang dengan mutu kualiti global yang setanding dengan produk setarafnya. Bergaya, jimat, berkualiti, pelbagai & eksklusif adalah lima kelebihan yang menyingkap keistimewaan AVON FASHIONS.

Kehalusan rekaan aksesori AVON FASHIONS sememangnya BERKUALITI dengan Teknologi Saduran Bermutu, mempunyai jaminan mutu, rekaan batu semewah berlian dan sesuai untuk kulit sensitif. Ianya menawarkan HARGA YANG AMAT BERPATUTAN dan mampu dimiliki bagi memenuhi impian setiap wanita. Koleksi eksklusifnya diinspirasikan dari TREN GLOBAL TERKINI yang dihalusi untuk memenuhi citarasa anda. Malah, ia memberi PELBAGAI PILIHAN dari idea-idea penuh klasik, bertatah batuan berkualiti hinggalah kepada berunsur trend fesyen semasa.

Keunggulan setiap aksesori ditingkatkan dengan saduran bermutu tinggi iaitu empat lapisan sadur dengan sekurang-kurangnya 2 lapisan logam berharga. Kerana itulah ianya BERJAMINAN TIDAK PUDAR. TIDAK KUSAM. TIDAK MENGELUPAS dan TAHAN SEKURANG-KURANGNYA 6 BULAN dengan jagaan yang betul. Semua subang adalah bebas Nikel, 100% bebas 'Lead' dan disahkan hipoalergenik. Ketinggian mutunya juga menjadikan ia sesuai untuk kulit sensitif dan tidak menyebabkan ruam.

Kehebatan aksesori anggun ini boleh dinilai melalui pilihan istimewa aksesori AVON FASHIONS 2011 melalui sentuhan delima Ruby Red Collection, koleksi saduran perak batuan akrilik dari Shimmer Sensation Collection, Onyx Twilight Collection dan Interchangeable Collection… pilihan rhodium dengan epoksi enamel hitam dan 'rhinestone' jernih. Juga Frontal Necklace And Earrings With Crystal Drop Gift Set, All That Blossom Rings dan Pave Ice Stretch Bangle yang masing-masing dari kemasan perak bersinar dengan taburan 'rhinestone' kristal jernih.

Sememangnya aksesori AVON FASHIONS memberikan rekaan eksklusif kepada pelanggan dengan kualiti tinggi pada harga yang amat berpatutan dengan pilihan gaya hebat yang boleh disesuaikan di mana-mana sahaja. Kerana kami mahukan setiap wanita yang memakai AVON FASHIONS berasa dirinya dihargai, lebih yakin dan berpenampilan hebat apabila berada di mana sahaja.

Aksesori AVON FASHION 2011 akan dipasarkan bermula 1 April 2011. Hubungi Wakil Avon anda atau kunjungi Butik Kecantikan Avon terdekat untuk mendapatkannya. Sebarang maklumat lanjut, hubungi Talian Bebas Tol AVON di 1-800-22-AVON (2866) atau layari http://www.my.avon.com.

DYNAS Avon

DYNAS Avon

DYNAS Avon

DYNAS Avon

Kenali Kualiti TERBAIK dari AVON FASHIONS:

• BERGAYA – Avon Fashion diinspirasikan dari trend global paling trendi disesuaikan untuk memenuhi citarasa wanita Asia.

• JIMAT UNTUK WANG ANDA – Memberikan konsep jimat wang anda

• BERKUALITI – Bersadur empat kali lapisan untuk jaminan tidak pudar sehingga 6 bulan! Hanya menggunakan batu berkualiti tinggi

• PELBAGAI – Menawarkan LINGKUNGAN rekaan dan gaya yang luas untuk memenuhi gayahidup setiap wanita!

• EKSKLUSIF – Direka esklusif untuk Avon!

DYNAS Avon

DYNAS Avon

DYNAS Avon

DYNAS Avon

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Nur Fazura Duta Perfume Terbaru Herve Leger AVON
  • Gambar Dynas Mokhtar di Anugerah Bintang Popular 2010
  • Avon Perkenalkan Pencarian Bakat AVON VOICES
  • Avon Lancar Perfume Herve Leger Max Azria
  • Gambar Amanda Amani di Ujibakat Avon Voices
  • Gambar Alyah di Konsert Kemuncak Suria FM
  • Profile Biodata Intan Ladyana – Actress, TV Host, Talent, Model
  • Dynas Hamil Anak Kedua
  • Dynaz Keguguran
  • Gambar Liyana Jasmay di Duta Baru Cosmetic Maybelline New York
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Isma AF7 Alami Keguguran Anak Keenam

    Posted: 02 May 2011 08:11 PM PDT

    PETALING JAYA: Suami penyanyi Isma AF7 iaitu Zul (2By2) tidak menolak bahawa tekanan dan kesibukan mengendalikan produksi Nusanbakti Corporation Sdn Bhd antara faktor penyebab isterinya mengalami keguguran bayi keenam mereka, Sabtu lalu.

    Tambahnya, sejak memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan di syarikat tersebut dan pengarah filem Sofazr The Movie, Isma atau nama sebenar Ismaliza Ismail ini terlalu banyak menghabiskan masa dengan kerjayanya.

    Isma AF7

    "Pada hari Sabtu lalu, ada berlaku pendarahan dan selepas kami buat pemeriksaan, doktor dapati janin yang berusia tiga minggu itu sudah tidak bernyawa lagi. Mungkin juga kerana sejak akhir-akhir ini, dia terlalu azktif bergerak sebab ketika dapat tahu dia hamil, dia sedang sibuk mengarah filem Sofazr The Movie."

    Tambah Zul, buat masa ini, Isma masih lagi dalam keadaan terkejut dan lemah akibat kejadian tersebut.

    "Dia masih terkejut dan sudah tentu sedih. Ini kali pertama dia mengalami keguguran dan kami menganggap ia bukan rezeki kami," ujarnya yang kini mempunyai lima cahaya mata.

    Zul 2 By 2 dan Isma ketika di Akademi Fantasia 7.

    Dalam pada itu, ketika ditanya hubungan pasangan tersebut dengan Pengarah Urusan Heliza Helmi Production (HHP), Heliza Helmi yang dikatakan sedang bermasam muka, Zul memberitahu mereka tidak mempunyai sebarang masalah dengan penyanyi tersebut.

    "Saya keluar HHP lebih awal daripada Isma iaitu lebih kurang setahun lalu kerana dapat kerja yang lebih menjamin masa depan. Manakala Isma pula sudah lapan bulan keluar dari syarikat tersebut dan mengambil alih syarikat Nusanbakti. Kami keluar dengan rela hati dan bukan kerana sebarang salah faham. Hubungan kami dengan Heliza juga masih baik dan kami masih bertegur sapa," katanya.

    Zul turut menganggap mereka tidak mempunyai jodoh yang panjang di syarikat tersebut dan mahu beralih angin di tempat yang baru. via Mstar Online

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Erra Fazira Keguguran Sebab Urut Kaki
  • Dynaz Keguguran
  • Isma Tampil Dengan Lagu Aku Bukan Pilihanmu
  • Stail Rambut Pendek Terbaru Pelakon Filem Setem Isma Yusoof
  • Gugurnya Kandungan Ekin Selepas Berbulan Madu
  • Profile ISMA Akademi Fantasia 7
  • Azwan Ali Gedik?
  • Amylea & Isma Yusoof… ada apa-apa ke?
  • Sabrina Ali Sah Bercerai
  • Gambar Farah AF2 & Isma Yusoof Dalam Drama Popular
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.