Adsense

Khamis, 24 Mac 2011

Celebrity News

Celebrity News


Isteri kantoi dengan suami orang !!

Posted: 24 Mar 2011 10:26 AM PDT

Nak tau lebih lanjut baca sampai habis ...
Sekadar Hiasan..



Dalam satu kejiranan...
bermulalah satu cerita dimana isteri jiran sebelah ni jatuh cinta dengan suami jiran sebelah. Jadi.....korang faham-fahamlah apa yang dia orang buat kat rumah si isteri tuh. Tak disangka-sangka, suami si isteri ni pulang awal dari kerja hari tu. Maka, kelam-kabutlah si isteri dengan boyfriend dia tu bersurai. Walaubagaimanapun, suami jiran sebelah tu dah tak sempat lagi keluar ikut pintu belakang.

Si suami jiran ni pun bagi idea kat si isteri. Lalu si isteri berlari dengan pantas ke bilik untuk mengambil baby oil dengan bedak badan lalu disapunya baby oil pada badan boyfriendnya. Setelah tu, diletakkan pula bedak badan pada badan boyfriendnya sehingga keseluruhan badan boyfriendnya itu kelihatan putih melepak. Lalu boyfriendnya pun berdiri di salah satu
sudut rumah dan meng'freze'kan dirinya supaya kelihatan seperti patung. Setelah melalui saat yang genting itu, si isteri pun membuka pintu kepada suaminya yang sudah sekian lama mengetuk pintu.

 Si suami tercengat seketika apabila ternampak 'patung' itu lalu bertanya kepada isterinya,"aik??!!.....dari mana pulak datangnya patung nih??" "oooo.....patung tuuu. Patung ni saya order dari katalog mak cik sebelah. Baru je sampai tadi." jawab si isteri selamba. "ooooooo.....begitu." balas si suami. Tepat pukul 3 pagi, tanpa mengejutkan isterinya, si suami keluar dari bilik tidur lalu menuju ke dapur.

 Kelihatan 'patung' tu masih berada dalam keadaan asalnya tanpa sebarang perubahan. Setelah tiba di dapur, si suami membuat sandwich lalu meletakkannya di atas trey menghidang bersama segelas susu. Setelah itu, si suami mengangkat makanan itu lalu berdiri betul-betul di hadapan 'patung' itu lalu berkata, "nah....makanlah.". Si 'patung' berasa amat terkejut dan takut kalau-kalau si suami mengetahui hal sebenarnya. 

Dengan selamba, si suami berkata," aik??!!! tak nak??? orang dah bagi makanan ambik la! Saya ni kira baik la..... Tak macam awak..........dulu, tiga hari tiga malam saya jadi patung kat rumah awak, jangankan makanan..........segelas air pun awak tak bagi!!!!!!"


Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Cerita Lawak : Kisah Cikgu Dan Anak Muridnya Dalam Kelas !!

Posted: 24 Mar 2011 04:24 AM PDT

Kelas yang  tadi bercempera tiada guru, kini
  menjadi senyap sunyi. Ini adalah kerana guru yang
  paling digeruni telah masuk ke dalam kelas.
 
  Wajahnya garang, seperti Jin yang tidak ada
  Shamsudin. Kalau hendak tahu, ikutilah pelajaran
  cikgu ini.
 
  Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
 
  Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi
  sahaja? Petang dan malam awak doakan saya
  tak selamat?
 
  Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam
  cikgu!
 
  Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh
  orang!
  Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh
  bermakna.
  Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan
  keadaan.

 
  Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
 
  Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-
  baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang
  perkataan
  berlawan. Bila cikgu sebutk perkataannya, kamu
  semua
  mesti menjawab dengan cepat,lawan bagi
  perkataan-perkataan itu, faham?
 
  Murid-murid: Faham, cikgu!
 
  Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
 
  Murid-murid: (senyap)
 
  Cikgu: Pandai!
 
  Murid-murid: Bodoh!
 
  Cikgu: Tinggi!
 
  Murid-murid: Rendah!
 
  Cikgu: Jauh!
 
  Murid-murid: Dekat!
 
  Cikgu: Keadilan!
 
  Murid-murid: UMNO!
 
  Cikgu: Salah!
 
  Murid-murid: Betul!
 
  Cikgu: Bodoh!
 
  Murid-murid: Pandai!
 
  Cikgu: Bukan!
 
  Murid-murid: Ya!
 
  Cikgu: Oh Tuhan!
 
  Murid-murid: Oh Hamba!
 
  Cikgu: Dengar ini!
 
  Murid-murid: Dengar itu!
 
  Cikgu: Diam!
 
  Murid-murid: Bising!
 
  Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
 
  Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!
 
  Cikgu: Mati aku!
 
  Murid-murid: Hidup kami!
 
  Cikgu: Rotan baru tau!
 
  Murid-murid: Akar lama tak tau!
 
  Cikgu: Malas aku ajar kamu!
 
  Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!
 
  Cikgu: Kamu gila!
 
  Murid-murid: Kami siuman!
 
  Cikgu: Cukup! Cukup!
 
  Murid-murid: Kurang! Kurang!
 
  Cikgu: Sudah! Sudah!
 
  Murid-murid: Belum! Belum!
 
  Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
 
  Murid-murid: Sebab saya seorang pandai!
 
  Cikgu: Oh! Melawan!
 
  Murid-murid: Oh! Mengalah!
 
  Cikgu: Kurang ajar!
 
  Murid-murid: Cukup ajar!
 
  Cikgu: Habis aku!
 
  Murid-murid: Kekal kami!
 
  Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
 
  Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!
 
  Cikgu: Sudah, bodoh!
 
  Murid-murid: Belum, pandai!
 
  Cikgu: Berdiri!
 
  Murid-murid: Duduk!
 
  Cikgu: Saya kata UMNO salah!
 
  Murid-murid: Kami dengar KeADILan betul!
 
  Cikgu: Bangang kamu ni!
 
  Murid-murid: Cerdik kami tu!
 
  Cikgu: Rosak!
 
  Murid-murid: Baik!
 
  Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari
  ini!
 
  Murid-murid: Dilepaskan tengah malam itu!
 
  Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-
  bukunya keluar.)
 
  Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-
  murid
  berasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh
  mereka telah keluar.
  Walaubagaimanapun,mereka merasa bangga
  kerana telah dapat menjawab kesemua soalan
  cikgu tadi, tetapi esok masih ada.
 
  Cikgu itu pasti akan datang lagi......
 
  kHoKhOkHokHo!!
  


Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Tahniah Kepada M.Nasir Kerana Terima Gelaran Dato

Posted: 24 Mar 2011 04:06 AM PDT

Berkat usaha dan penat lelah M.Nasir atau Dato M.Nasir beliau telah dikurniakan gelaran Dato oleh Istana Pahang hari ini. Majlis penganugerahan berlangsung di Pekan Pahang, dan menurut info M.Nasir yang merupakan penyanyi, pelakon dan pencipta lagu yang tidak asing lagi sebelum ini menerima AMK ( Anugerah Mangku Negara).

Tahniah sekali lagi...

Apa kata anda ?

Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Fakta Lawak : Apa Kata Perempuan Mengenai Lelaki

Posted: 24 Mar 2011 03:39 AM PDT

Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool gila...
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus...


kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody's perfect
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!


kalau lelaki handsome menolong perempuan yang diganggu
perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: sepadan sangat...
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan itu!


kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknyameliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya).. .


kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi.. .


kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...


kalau lelaki handsome tak mahu bergambar
perempuan akan cakap: pasti takut kalau-kalau gambarnya tersebar
kalau lelaki tak handsome tak mahu bergambar
perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...


kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....


kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?


Suka Gossip Ini ClickLah Like !!

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Hati Marsha sudah dimiliki

Posted:

Hati Marsha sudah dimiliki

Hati Marsha sudah dimiliki

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar FATAH SULAIMAN


MENGAKUI sudah dua tahun intim dengan jejaka Melayu yang hanya mahu dikenali sebagai Z.


MARSHA Londoh merupakan bintang Akademi Fantasia 3 (AF3) yang paling popular selepas juara program realiti televisyen (TV) musim itu, Mawi mencetuskan fenomena lapan tahun lalu.

Biarpun populariti Mawi dikatakan semakin merudum, tetapi ia sebaliknya buat Marsha yang kini semakin laris dengan tawaran berlakon drama, telemovie mahupun filem.

Pelakon dan penyanyi yang dilahirkan di Berrien Springs, Michigan, Amerika Syarikat pada 6 November 1985 itu bukan setakat menjadi sebutan para peminat kerana bakat seninya.

Malah, Marsha yang dibesarkan di Tamparuli, Sabah ini juga sering mencetuskan banyak gosip panas yang mengaitkannya dengan ramai artis mahupun selebriti terkenal tanah air.

Dalam pada sibuk menafikan semua gosip itu termasuklah pernah dikaitkan bercinta dengan Yusry KRU, Hans Isaac dan Ramli MS, tetapi baru-baru ini dia mengakui hatinya sudah dimiliki.

Menurut penyanyi lagu Untuk Terakhir Kali ini, dia kini sedang menjalani perhubungan intim bersama seorang jejaka Melayu yang dikenali sebagai Z sejak mereka berkenalan setahun lalu.

"Teman lelaki saya itu bukannya artis tetapi dia orang biasa dan bekerja di pejabat sahaja. Adalah EPF (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) untuk bekalan semasa hari tuanya nanti.

"Dia tidak mahu dikenali ramai. Cukuplah saya katakan namanya bermula daripada huruf Z," katanya selepas sidang akhbar drama Kum Kum The Series lakonannya baru-baru.

Pada majlis yang diadakan di Mutiara Damansara, Selangor itu pihak Astro Ria memperkenalkan para pelakon drama 13 episod itu termasuklah Marsha yang melakonkan watak Mawar.

Kata Marsha, dia sengaja memilih pasangannya bukan dari kalangan artis kerana takut dengan perceraian yang banyak berlaku sejak akhir-akhir ini.

"Saya dapati perkahwinan sesama pasangan artis ramai yang tidak kekal lama. Itu tidak bermakna saya menolak jodoh kalau ditakdirkan pasangan saya juga adalah golongan artis.

"Kalau boleh saya mahu elakkan perkara itu. Saya kenal Z secara kebetulan setahun lalu sewaktu majlis pelancaran restoran Kopitiam milik komposer Ajai di Kuala Lumpur.

"Sewaktu mula berkenalan, saya tidak tahu latarbelakang Z. Tidak kiralah sama ada dia orang kaya atau miskin. Kebetulan saya pula memang banyak bergaul dengan orang Melayu," ujarnya.

Marsha yang akan muncul dengan album sulung berjudul Yang Pertama tidak lama lagi menambah, dia sudahpun memperkenalkan Z dengan keluarganya pada 6 Disember tahun lalu.

Disenangi

Pada majlis hari lahirnya yang ke-25 itu, Z telah bertemu dengan ibu bapa penyanyi berketurunan Kadazan Dusun di mana kehadiran jejaka itu turut disenangi sanak keluarganya yang lain.

"Sebelum itu, pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu, saya juga telah pergi beraya di rumah keluarga Z di Klang, Selangor. Sekarang ini, keluarga dua belah pihak tahu hubungan kami," jelasnya.

Sewaktu ditanya perancangan terdekatnya bersama Z, Marsha menjelaskan, dia belum menetapkan tarikh tertentu untuk menamatkan zaman gadisnya dalam waktu terdekat ini.

Sebaliknya, pemilik nama penuh Marsha Milan Londoh ini menyerahkan kepada jodoh di mana pada masa sama dia akan menjaga hubungannya dengan Z sebaik mungkin.

Gosip yang sering melanda Marsha turut mendapat perhatian teman lelakinya yang sering bertanya kebenaran di sebalik sesuatu gosip itu.

"Biasanya kalau ada keluar gosip saya dengan artis-artis lain, Z akan bertanya kepada saya, sama ada betul atau tidak. Bagaimanapun, dia bukan seorang yang kaki cemburu.

"Dia seorang yang amat mengambil berat tentang perkembangan diri saya. Saya pun tidak pasti sama ada hubungan saya dengan Z akan ke jenjang pelamin ataupun tidak.

"Pada masa sama, setiap kali ke majlis perkahwinan kawan-kawan sama sekolah, hati ini tiba-tiba hendak kahwin," kata Marsha tanpa berselindung.

Kum Kum The Series akan bersiaran setiap hari Selasa mulai 12 April ini pukul 9.30 malam di Astro Ria (saluran 104, Astro).

Selain Marsha, turut membintangi drama arahan Michael Ang itu ialah Didie Alias yang melakonkan watak Mak Hitam, Elfira Loy (Shikin), Sharnaaz Ahmad (Yusof) dan Saiful Nizan (Ramli).

Bercerita tentang pengalamannya berlakon Kum Kum The Series, kata penyanyi di bawah naungan syarikat rakaman Alibi Music ini, dia berasa puas dengan watak Mawar yang dilakonkannya itu.

"Selain drama, saya juga ada menerima tawaran berlakon beberapa filem tetapi saya tolak kerana wataknya kurang sesuai dengan saya. Saya asyik diberikan watak gadis yang mengada-ngada.

"Selalunya saya menolak sesuatu tawaran berlakon filem kerana masa yang kurang sesuai," tutur gadis manis tinggi lampai ini lagi.

Sejak 2005, Marsha telah melakonkan lebih 10 telemovie antaranya berjudul Rumah Terbuka AF3, Gitu-Gitu Raya, Besan vs Madu, 5 Saat, Beautiful Maria dan Cinta Meriam Buluh serta drama rantaian Hotel Mania, K.I.T.A., Dottie dan Awan Dania 3.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Black ajak rempit Ride It Right

Posted:

Black ajak rempit Ride It Right

Black ajak rempit Ride It Right

Oleh NUR AZHARI ZAINOODDIN
Gambar AMIN FARIJ HASAN


LANCAR... Ketua Eksekutif Ride It Right bersama Black dan 30 Cent bergambar pada pelancaran Tunggang...Jangan Tunggang-Langgang.


WALAUPUN sibuk dengan aktiviti seni, ia tidak menghalang artis kelahiran program realiti televisyen Mentor musim ketiga, Black untuk bersama dalam menarik golongan remaja bermotosikal mendekati Kempen Ride It Right.

Dengan karakter yang lincah ditambah dengan vokal yang lantang, anak didik Mas Idayu itu berjaya memikat pihak Ride It Right Management untuk menyanyikan lagu tema Kempen berkenaan, Tunggang…Jangan Tunggang-Langgang bersama dengan kumpulan 30 Cent.

"Mula-mula saya hanya dihubungi oleh Farid 30 Cent untuk bersama dengan mereka merakam single terbaru yang dicipta oleh Farid.

"Tidak sangka pula lagu berkenaan berjaya memikat penganjur dan mendapat penerimaan yang baik di kalangan pengunjung yang datang ke karnival Ride It Right yang telah diadakan di Pulau Pinang dan Kuantan, Pahang baru-baru ini," jelas Black yang ditemui semasa majlis pelancaran lagu tema Ride It Right di Hard Rock Cafe di sini baru-baru ini.

Jelas penyanyi kelahiran Kuala Lumpur itu, dia sendiri teruja apabila diberi peluang untuk bersama dalam kempen berkenaan yang akan dijalankan secara road tour ke seluruh negara.

"Saya juga pernah melalui zaman nakal bersama dengan kawan-kawan bermotor, jadi saya rasa inilah kesempatan yang terbaik untuk saya menarik dan mendekati mereka.

"Mereka ini mempunyai bakat dan kebolehan yang baik dalam dunia motosikal, cuma mereka tidak menjumpai saluran yang betul untuk memanfaatkan anugerah yang mereka miliki itu," ujarnya.

Tambah penyanyi yang pernah mempunyai motosikal Honda EX5 itu, dengan bersama dalam kempen yang dilancarkan pada 25 November lalu, sedikit sebanyak memberi ruang kepadanya untuk menarik peminat-peminat, khususnya mereka yang bermotosikal untuk datang mengunjungi lokasi yang disinggahi sempena karnival Ride It Right itu.

"Saya sedar ada di kalangan peminat terdiri daripada kelompok berkenaan, jadi inilah masa terbaik untuk saya menarik dan mengajak mereka melakukan sesuatu yang berfaedah.

"Apa yang penting, mereka boleh mengurangkan aktiviti yang selalu dilakukan oleh remaja bermotosikal seperti berpeleseran tidak tentu hala dan menyertai lumba haram.

"Mungkin dengan cara ini, saya dapat membantu dalam mengurangkan masalah sosial dan gejala negatif yang selalu membabitkan golongan mereka ini," ujarnya.

Selain itu, kata penyanyi yang berminat dengan sukan motor cross itu, dia tambah tertarik untuk melibatkan diri dengan kampen berkenaan disebabkan objektif dan plan perlaksanaan yang dilihat lain daripada kempen yang pernah dijalankan sebelum ini.

"Ride It Right membuka ruang kepada golongan remaja terlibat untuk menunjukkan bakat mereka. Umum mengetahui golongan berkenaan berani dan meminati perlumbaan motosikal, dalam kempen ini, mereka diberi peluang untuk beraksi menunjukkan kehebatan mereka dalam usaha pihak penganjur untuk mencari barisan pelumba-pelumba baru.

"Kempen juga menyediakan peluang kerjaya kepada golongan berkenaan. Mereka akan diberi pendedahan dan bantuan sekiranya untuk memulakan perniagaan.

"Sudah tentu golongan remaja berkenaan mempunyai kepakaran dalam kondisi motosikal, justeru itu mereka boleh mengambil inisiatif yang dijalankan dengan kerjasama Ride It Right Managment dan UMW Penzoil ini dalam memacu kepakaran mereka untuk menjana pendapatan sendiri.

"Andai berminat, mereka boleh mendapatkan nasihat dan pandangan untuk memulakan perniagaan sendiri. Mereka boleh mendalami pengetahuan bagaimana cara untuk memulakan operasi sebuah bengkel motosikal," katanya lagi.

Sementara itu, pencipta dan penulis lirik Tunggang…Jangan Tunggang-Langgang, Mohd. Farid Hamdan atau Farid 30 Cent berkata, dia merasa amat bertuah kerana lagu yang diilhamkan berjaya menarik minat pihak penganjur.

"Saya memang mencipta lagu itu khas ditujukan kepada golongan remaja berkenaan sebagai usaha untuk menasihati mereka agar menjauhi gejala lumba haram yang bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi pengguna jalan raya lain," jelasnya.

Tambahnya lagi, golongan remaja berkenaan seharusnya diberi perhatian oleh semua pihak terutama keluarga dan masyarakat.

"Mereka ini seolah-olah hanyut dibuai dengan dunia sendiri, jadi sebagai masyarakat adalah menjadi tanggungjawab kita untuk bersama dalam menyedarkan mereka.

"Jadi, apabila melihat keadaan itu, datanglah ilham untuk saya menulis sebuah lagu berunsur nasihat untuk golongan berkenaan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Berkongsi inspirasi

Posted: 23 Mar 2011 05:01 PM PDT

Hip

pix_gal0
Diana, Sharnaaz tidak sabar nak tahu siapa pilihan peminat pada malam kemuncak ABPBH2010, 3 April nanti

KIRA-kira 10 hari lagi keputusan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2010) diumumkan di malam kemuncaknya nanti iaitu pada 13 April nanti di Arena of Stars Genting. Acara gemilang ini turut disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan radio HotFM.

Ini sedikit sebanyak memberikan debaran kepada kepada dua bakat muda yang nama mereka berada dalam senarai Top 5 ABPBH2010. Berada dalam senarai ini, membuktikan Diana Danielle dan Sharnaaz Ahmad adalah antara bintang popular dalam bidang masing-masing. Bagaimanapun, mereka percaya, peminat memilih nama mereka sehingga berada dalam Top 5 ABPBH2010 bukan bersandarkan pada rupa paras semata-mata, tetapi bakat serta semangat juang dalam dunia seni.

Walaupun Diana, 20 lebih awal menakluk tumpuan sejak diperkenalkan ke layar perak pada 2002, aura si teruna yang belum sampai dua tahun bertatih dengan silih berganti drama lakonan di kaca TV turut membuktikan kemampuannya tidak boleh dipandang sebelah mata. Gadis ini menegaskan pendidikan menjadi teras yang tidak mungkin diketepikan biarpun bergelar pelakon. Selepas menamatkan matrikulasi dalam jurusan BioSains di cawangan Universiti Nottingham, di Semenyih, Selangor, kini dia menyambung pengajian peringkat lebih tinggi.

Sudah berkira-kira universiti bersesuaian di ibu negara dan bakal mendaftar mengikuti jurusan psikologi Mei ini, pelakon filem BaraJiwa itu mengakui tidak ralat mengurangkan aktiviti lakonan demi memberi perhatian terhadap pengajiannya.

"Ketika usia masih muda biarlah kita merebut peluang belajar. Otak tengah segar, tubuh pula masih cergas. Memang awal dulu terasa sayang terpaksa menolak tawaran yang berselisih dengan jadual pengajian, namun penerbit atau pengarah faham keutamaan saya.

"Tidak bermakna saya enggan berlakon lagi. Cuma kalau masanya sesuai atau ketika cuti semester, saya masih boleh memenuhi tawaran. Cuma situasi berbeza dengan dulu kerana kredit pengajian ijazah lebih panjang berbanding matrikulasi," katanya penuh bermakna.
Mengenakan gaun putih yang dipadankan aksesori Mandalay Jade bernilai RM6.8 juta yang pernah digayakan Datuk Michelle Yeoh pada Festival Cannes lalu, aura keayuan gadis berdarah kacukan Melayu-Amerika Syarikat itu jelas terserlah.

Apatah lagi digandingkan bersama jejaka tinggi lampai yang baru memahat nama di persada hiburan, Shaarnaz yang tidak kurang segak mengenakan sut rona senada daripada Lord Tailor. Bagai intan dengan permata apabila dua bintang muda yang turut disenaraikan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 itu dipadankan.

Bersama potongan klasik moden bertepatan tema ABPBH2010, mereka seakan-akan mahu mengimbau semula kegemilangan filem Casablanca sekali gus menyuntik inspirasi kepada rakan selebriti untuk menyemarakkan malam kemuncak anugerah ini dengan tampil bergaya hebat!

Anggap Lisa calon pilihan

Menurut Diana yang bakal muncul dalam filem Hanyut dan Dalam Botol, persaingan dalam ABPBH 2010 terutama kategori Pelakon Filem Wanita Popular cukup sengit apatah lagi sebaris dengan Lisa Surihani, Liyana Jasmay, Maya Karin serta Scha Alyahya

"Lisa berpotensi besar membawa pulang trofi namun finalis lain juga ada peluang cerah. Tapi kalau sesiapa pun menjadi pilihan peminat, saya tetap gembira. Saya sendiri terharu apabila peminat diberi kuasa mengundi pilihan hati mereka," katanya.

Selain lakonan, gadis itu juga cuba mengukuhkan namanya dalam bidany nyanyian dengan menghasilkan terus memacu kerjaya nyanyian dengan merakamkan lagu single pertama dengan berlandaskan genre rock balada akustik berjudul Tak Pernah Ada.

Populariti amat penting

Sharnaaz, 26 pula terharu dengan pilihan dan sokongan peminat sehingga namanya tersenarai dalam finalis atau Top 5 ABPBH2010. Anak jati Pulau Pinang berada dalam kategori Artis Baru Lelaki Popular mengakui terharu dengan sokongan ramai namun merasakan ramai lagi lebih berkelayakan berada di tempatnya. Turut dicalonkan dalam kategori ini ialah Daus, Maulana, Shahir dan Shahz Jaszle.

Bukan tidak bersyukur, cuma melihat teman seperjuangan lain berusaha gigih untuk bertapak membuatkan aktor yang mula diperkenalkan menerusi drama bersiri Tari Tirana itu terasa terlalu kecil memandangkan anugerah berkenaan begitu besar maknanya kepada penggiat seni.

"Populariti amat penting kerana dari situ penerbit, pengarah dan pengiklan mencari pelakon pilihan untuk diketengahkan. Kalau dulu saya hanya menjadi pemerhati, tidak sangka suatu hari nanti saya akan duduk di kerusi finalis. Ini satu penghormatan," akui pelakon yang bakal muncul dalam filem pertamanya berjudul Seru.

Dedah anak bekas anggota kumpulan Orkes Teruna Ria, Bashir Ahmad itu, dunia hiburan tidak seindah diimpikan namun tidak pula seburuk disangka. Apabila menceburi lakonan, dengan status pelakon baru dan tawaran tidak menentu membuatkan kehidupan tidak serancak dulu tetapi hanya semangat membuatkan anak bongsu daripada empat bersaudara ini terus bertahan hingga kini. "Akhirnya saya menemui bidang yang saya suka. Di zaman sekolah, saya pernah jadi jaga tempat letak kereta. Selepas SPM, kerja di hotel. Boleh dikatakan banyak kerja sudah cuba termasuk pembantu peribadi dan perunding hartanah.

"Cuma apabila memasuki bidang ini, saya yakin pilihan ini tidak sia-sia malah dulu ayah agak berat hati membenarkan saya berkecimpung sebagai anak seni," katanya lagi.

Siapa sangka Shaarnaaz juga berbakat seperti ayahnya apabila berkebolehan bermain muzik seawal usia 16 tahun malah bersama tiga lagi teman sekolah mereka menubuhkan sebuah kumpulan yang diberi nama BAS atau "band after school".

"Apabila berhijrah ke Kuala Lumpur, saya masih jamming dengan beberapa kawan. Semua ini sekadar memenuhi minat sejak zaman sekolah," katanya yang belum berhajat beralih ke arena muzik.

  • Aksesori: Mandalay Jade
  • Tajaan Gaun: Rifai.
  • Solekan & Rambut: Snips Salon.
  • Sut: Lord Tailor.
  • Lokasi: Topkappi, Hotel Legend Kuala Lumpur

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bukan tekanan, tetapi galakan

Posted: 23 Mar 2011 04:56 PM PDT

Hip

David Teo bersama pelakon Papa I Love You, Lisa Surihani, Mia Sara, Zalif Sidek dan pengarah, Hashim Rejab.

David Teo bersama pelakon Papa I Love You, Lisa Surihani, Mia Sara, Zalif Sidek dan pengarah, Hashim Rejab.

David Teo mahu semua pengarah filem terbitannya bersaing secara sihat

FILEM Jangan Pandang Belakang Congkak, Adnan Sempit dan Ngangkung - semuanya mencatatkan kutipan kasar pada jumlah tinggi iaitu hampir atau mencecah lebih RM8 juta.

Kutipan kasar bagi filem lain pula, kebanyakannya pada purata RM4 juta iaitu paras angka yang dianggap masih menguntungkan atau sekurang-kurangnya balik modal.

Sasaran kutipan yang tinggi ini pastinya menggerunkan pengarah yang mahu berkarya di bawah syarikat MIG Production. Pastinya ia memberikan sedikit gangguan, memikirkan kemungkinan mereka tidak berpeluang berkarya lagi kalau kutipan filem tidak mencapai sasaran. Demikianlah tanggapan umum yang diberikan kepada syarikat penerbitan filem paling aktif ini.

Bagaimanapun, ia harus dilihat secara positif. Sasaran kutipan kasar yang tinggi bukan untuk memberi tekanan kepada pengarah filem, sebaliknya sebagai dorongan dan perangsang kepada mereka untuk menghasilkan karya berkualiti serta bersaing secara sihat.

Malah, jika kutipan sesebuah filem itu dicapai atau melebihi sasaran, maka semua pihak yang terbabit dalam pembikinan sesebuah filem itu diberikan imbuhan atau bonus daripada syarikat.

Namun, yang jelas itu semua bukanlah polisi rasmi yang ditetapkan oleh MIG Production. Pemilik syarikat ini, David Teo menjelaskan tanpa memberi tekanan yang keterlaluan kepada setiap pengarah, syarikatnya berjaya menghasilkan lebih 10 filem.
"Tinggi atau rendahnya kutipan kasar sesebuah filem terbitan syarikat ini bergantung kepada nilai sesebuah karya filem dan tenaga produksi bagi mencapai sasarannya.

"Kita bukan nak beri tekanan kepada pengarah tetapi sebagai galakkan untuk mereka bersaing dalam industri ini dan jika tidak mencapai sasaran tidak mengapa, janji mereka sudah berusaha.

"Bagi saya, selagi mereka mahu bekerjasama dengan kita selagi itu kita akan membantu mereka tetapi bukan kita nak paksa mereka untuk capai sasaran, itu bergantung kepada penonton sendiri. Filem tempatan kini mula mendapat dan bukan mustahil untuk mencapai kutipan lebih RM5 juta," katanya.

Walaupun untuk mencapai sasaran itu tidaklah sesukar dulu, namun David tidak menafikan masih ada pengarah yang berasa gentar dan gusar untuk mencapai sasaran mereka meskipun meletakkan barisan pelakon yang hebat.

Katanya, memang diakui bukan saja barisan pelakon yang akan menaikkan kutipan sesebuah filem itu, tetapi karya yang dihasilkan perlulah berkesan dengan sentuhan terbaik supaya disukai penonton.

Sandarkan harapan pada Lisa Surihani

HASHIM Rejab yang mungkin dianggap nama baru dalam pengarahan filem apabila diberi kepercayaan mengarahkan filem Sekali Lagi, mengakui tekanan memang ada untuk mencapai sasaran kutipan box office.

"Tak nafikan memang berasa tertekan sangat untuk capai sasaran box office tetapi kita jangan anggap itu sebagai bebanan sehingga hilang fokus untuk mengarah. Kita jadikan itu sebagai panduan dan semangat untuk kita hasil filem yang mendapat permintaan penonton.

"David memang ada meletakkan sasaran pada filem arahan saya mahupun filem lain tetapi bagi saya itu cara terbaik untuk kita bersaing dengan pengarah lain dalam menambat hati penonton," katanya.

Walaupun Sekali Lagi belum ditayangkan di pawagam, Hashim kini diberi kepercayaan mengarah filem keduanya Papa I Love You dan meletakkan sasaran agar kedua-dua filemnya itu mencapai kutipan box office.

Mengenai Papa I Love You, Hashim tidak teragak-agak untuk mengakui filem ini memang menyandarkan harapan kepada dua bintang utamanya iaitu Lisa Surihani dan pelakon kanak-kanak yang semakin popular, Mia Sara Nasuha. Filem itu juga turut menampilkan bakat baru iaitu Zalif Sidek.

"Hero dalam filem ini tidak perlu kacak atau tampan tetapi mempunyai bakat yang lain daripada lain dan ciri-ciri itu kita lihat ada pada Zalif.

"Memang orang akan cakap ganding mereka (Zalif dan Lisa) tak sesuai tetapi ini bagi menimbulkan kelainan dalam filem terbabit dan watak Zalif sangat sesuai dengan dirinya manakala Lisa juga mempunyai watak yang sepadan dengannya," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


Kod Plastik Yang Perlu Anda Tahu

Posted: 23 Mar 2011 11:54 PM PDT



1 | PETE –> PolyEthylene Terephthalate
* hanya untuk sekali pakai. tidak tahan panas.
* panas -> melelehkan polimer -> zat karsinogenik -> penggalak cancer
* botol plastik jernih/transparan untuk botol jus, air mineral


More......


2 | HDPE –> High Density PolyEthylene
* hanya untuk sekali pakai
* lebih tahan terhadap panas dibandingkan dengan PET -> karsinogenik
* kuat, keras, tahan suhu tinggi, contoh : botol susu, bekas air minum, tupperware



3 | V –> PolyVinyl Chloride
* hanya untuk sekali pakai. tidak tahan panas
* mengandung DEHA -> terurai pada 150°C -> langsung bereaksi dengan makanan yang dikemas -> berbahaya bagi ginjal dan hati
* digunakan sebagai plastik pembungkus (cling wrap)



4 | LDPE –> Low Density PolyEthylene
* dapat dipakai ulang. tahan panas
* sukar berinteraksi dengan makanan
* kuat, agak tembus cahaya, fleksibel, permukaan agak berlemak. banyak dipakai sebagai tempat makanan dan botol-botol yang lembut



5 | PP –> PolyPropylene
* dapat dipakai ulang. tahan panas
* botol transparent tp tidak jernih (berkabut), kuat, ringan, stabil suhu tinggi. banyak dipakai untuk botol susu bayi



6 | PS –> PolyStyrene
* nama populer = styrofoam
* hanya sekali pakai. tidak tahan panas.
* mengganggu hormon estrogen dan bagi perkembangan saraf



7 | OTHER –> styrene acrylonitrile (SAN), acrylonitrile butadiene styrene (ABS), polycarbonate (PC)
* SAN : resisten suhu tinggi, resisten pada banyak reaksi kimia, kuat. Biasanya digunakan pada mangkuk mixer, pinggan, alatan makan, pembungkus termos, berus gigi.
* ABS : resisten suhu tinggi, resisten pada banyak reaksi kimia, kuat. Biasanya digunakan untuk paip.
* PC -> dipanaskan -> pelepasan Bisphenol-A -> merosak sistem hormon, penurunan produksi sperma, mengubah fungsi imunitasi. Banyak digunakan pada botol susu bayi, bekas makanan dan minuman.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Ahli bina badan ditangkap melacur

Posted: 23 Mar 2011 06:00 PM PDT

nuffnang_bid = "f1d2da164511835d8b2f4e70dae8ccd1"; // ]]>

du 08.1 Ahli bina badan ditangkap melacur

QUARESMA menggunakan Internet untuk mengiklankan khidmat seks yang ditawarnya.


MIAMI, Amerika Syarikat (AS) – Bekas juara bina badan Kanada kategori wanita, Rhonda Lee Quaresma (gambar) ditahan polis berhubung dakwaan dia melacurkan dirinya, lapor sebuah akhbar semalam.

Quaresma, 42, ditahan selepas polis negeri Florida melancarkan siasatan mengenai sejumlah pelacur yang menggunakan Internet bagi mengiklankan perkhidmatan mereka.

Wanita itu dicekup selepas dia didakwa menawarkan habuan seks kepada seorang anggota polis berpakaian awam sebagai tukaran untuk 'derma' sebanyak AS$275 sejam (RM850) .

Dalam laman web bina badan miliknya, wanita itu menggambarkan dirinya sebagai 'sasa, meminati muzik dan lemah lembut', selain mampu mengangkat berat hampir 150 kilogram.

Dia didakwa kerana melacur sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.

Pemerdagangan manusia termasuk aktiviti pelacuran diharamkan di negeri Florida. – Agensi

/// kosmo ///

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Sama-sama terpalit isu panas

Posted: 23 Mar 2011 08:44 AM PDT

SEBAIK merancang untuk dihasilkan oleh Pengarah Urusan Penerbitan Jas, Raja Azmi ...Dalam Botol sudah dikaitkan dengan pelbagai isu panas. Bermula dengan tajuknya yang pada peringkat awal mahu menggunakan Anu Dalam Botol, ia kemudian berdepan isu kelulusan pihak berkuasa.

Menampilkan isu atau jalan cerita dianggap sensitif, tempias 'panas' dikaitkan dengan ...Dalam Botol turut dirasai pelakon utamanya. Masakan tidak, ini kali pertama filem mengisahkan mengenai cinta antara lelaki gay dihasilkan untuk tontonan umum.

Tema diangkat Raja Azmi berdasarkan kehidupan benar seorang kenalannya dianggap tabu dalam masyarakat kerana belum pernah diperkatakan secara terbuka. Apatah lagi wujud juga isu pelakon utamanya, Azharudin Ramli atau Arja Lee sebagai Rubidin/Ruby digambarkan menjalani pembedahan mengubah alat kelamin semata-mata kerana alpa dengan cinta songsangnya bersama Ghaus, lakonan Saiful Redzuan A Bakar atau Wan Raja.

Begitupun menonton keseluruhan filem ini, ternyata pengisiannya bukan mengenai isu 'panas' yang hangat diperkatakan semata-mata, sebaliknya tema ditampilkan disentuh lebih mendalam (dari sudut pergolakan emosi), penuh warna dan menarik untuk ditonton. Mengambil contoh Rubidin bertemu cinta sejati sewaktu bersama Dina, lakonan Diana Danielle.


Sewaktu ditemui dalam sesi fotografi khas bersama Rap baru-baru ini, Wan Raja dan Arja Lee tidak menafikan turut terpalit isu panas ditimbulkan sehinggakan ada ketika mereka terpaksa berdepan dengan situasi kurang menyenangkan.


Berkongsi cerita mengenainya, jelas Wan Raja yang mula membabitkan diri dalam dunia lakonan menerusi drama Seteguh Impian, ada antara mereka yang belum menyaksikan filem bakal ditayangkan di pawagam bermula hari ini, cuba mempersoalkan 'kejantanannya'.

"Ada orang yang ditemui bertanya adakah saya seperti Ghaus di luar filem iaitu meminati kaum sejenis. Bagi mereka yang sudah menontonnya pula berkata, lakonan saya 'sesuai' sangat. Saya faham apa yang mereka maksudkan iaitu saya pernah melakukan perkara seperti apa yang digambarkan ....Dalam Botol," katanya
Bercerita lanjut, katanya, dia teringat pertanyaan seorang pelakon senior, Ann Abdullah sewaktu sama-sama menjalani penggambaran drama. Secara terbuka dan nada gurau, Ann bertanyakan adakah dia juga gay atau pernah bercinta dengan mak nyah?

"Jawapan saya kepadanya, walaupun dalam drama yang kami jayakan menggambarkan saya dan dia bercinta, di luar drama perkara itu tidak berlaku. Begitulah juga jawapan saya berikan apabila ada yang bertanya," katanya lagi.

Melihat kepada jalan cerita, tidak dinafikan kesangsian seperti dijelaskan Wan Raja pasti timbul memandangkan dia pelakon baru dan sebelum ini latar hidupnya tidak diketahui ramai. Malah pada waktu sama, ramai yang bertanya mengapa dia sanggup membintangi ...Dalam Botol memandangkan tema ditampilkan pasti mengundang pandangan serong masyarakat yang sebelum ini memang memandang rendah lelaki lembut.

"Pandangan awal saya juga begitu, malah sewaktu jurusolek salah satu produksi drama yang dibintangi menyarankan saya menjalani uji bakat dijalankan Raja Azmi membuatkan saya tergelak. Begitupun, semuanya berlaku secara tidak sengaja apabila seorang rakan juga pelakon meminta saya menemaninya untuk menjalani uji bakat diadakan.

"Di situ juga saya bertemu Raja Azmi. Dia meminta saya mengisi borang dan menjalani uji bakat. Waktu itu saya tidak terfikir langsung dan melakukannya atas dasar mencuba selepas dipelawa. Tidak sangka pula rezeki berpihak kepada saya," katanya.

Persepsi yang timbul dalam diri Wan Raja akhirnya berubah apabila pertama kali membaca skrip dan mengetahui jalan ceritanya. Ternyata ia bukan sebuah filem gay murahan, sebaliknya tema ditampilkan sangat berat dan benar-benar mencabar kredibiliti seorang pelakon. Waktu sama dia terfikir patutlah ramai pelakon berbakat besar turut mahu mencuba nasib membintangi ...Dalam Botol.

"Saya bertuah kerana sepanjang menjayakan filem ini banyak diberi bimbingan terutama daripada pelakon senior seperti Fauziah Ahmad Daud (Ogy), Normah Damanhuri dan Jalil Hamid. Waktu sama, pengarahnya, Khir Rahman juga banyak memberi tunjuk ajar. Saya banyak belajar untuk menjadi pelakon yang baik dalam ...Dalam Botol," katanya.

Bagi Arja Lee, 27, dia perlu berdepan dengan dugaan paling besar apabila kenyataannya membabitkan babak bogel sewaktu mandi menjadi kontroversi. Lebih daripada itu, ia turut membabitkan nama universiti tempat dia mengikuti pengajian dalam bidang seni persembahan.

"Mujur mereka memahami. Hendak diikutkan waktu itu memang saya rasa tertekan, tetapi keluarga banyak memberikan kata semangat. Fakulti pengajian saya termasuk pensyarah memberikan perangsang dengan berkata itu perkara biasa. Mereka memandang jauh dan menjelaskan tidak semua orang faham mengenai dunia seni. Saya pula menganggap sebagai pelakon ini, antara cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi," katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, jelas Arja, babak yang didakwa dia mandi tanpa seurat benang sebenarnya membawa makna perubahan Ruby kembali kepada Rubidin. Apatah lagi sebelum itu ayahnya meninggalkan wasiat yang mahu Rubidin memandikan jenazahnya. Bagi orang beragama Islam, babak itu amat bermakna dan itulah yang menjadi titik permulaan kepada segala penyesalan yang dihadapi watak utama filem ...Dalam Botol.

Menjayakan watak Rubidin/Ruby dan bercumbuan dengan Wan Raja bagi menjayakan filem ...Dalam Botol tidak mudah. Apatah lagi adegan mesra dan pergolakan dilalui sewaktu ditinggalkan lelaki disayangi benar-benar mencabar kemampuan. Apatah lagi ini filem pertama Arja Lee dan memegang peranan besar.

"Saya tahu sebagai mak nyah, saya tidak mempunyai bentuk tubuh sesuai, apatah lagi raut wajah saya agak kasar. Hendak jadi mak nyah dalam filem itu sangat susah. Kening saya dicabut sampai sekarang susah hendak tumbuh balik, itu belum masuk kaki terpaksa dicukur kerap. Saya juga tidak terlalu lembut kerana perlu beraksi berdasarkan pembangunan watak dalam filem itu. Selaku pengarah, Khir Rahman sendiri tidak mahu saya nampak cantik dan sempurna," katanya.

Bercerita mengenai keserasian dalam melakonkan watak panas antara dia dan Wan Raja,

jelas Arja, dia bertuah kerana selaku penerbit, Raja Azmi memberikan segala ruang untuk kedua-dua pelakon utama itu mengenali antara satu sama lain sebelum penggambaran dimulakan agar apabila beraksi di lokasi tidak wujud perasaan kekok.

"Bayangkan Raja Azmi sanggup membawa Khir Rahman, Wan Raja dan Rosnan yang turut membintangi filem ini ke Pulau Pinang untuk mengenal karakter masing-masing selama seminggu di sana memandangkan waktu itu saya baru saja mengikuti pengajian di Universiti Sains Malaysia (USM). Sewaktu penggambaran juga, kami turut diberi pendedahan awal.

"Memang watak mak nyah dan lelaki lembut juga bukanlah satu masalah bagi saya kerana sepanjang membabitkan diri dalam bidang seni, saya dikelilingi rakan yang begitu. Maklumlah sebelum ini saya turut menjadi penari dan penyanyi, jadi mereka ada di sekeliling saya. Apabila membintangi ...Dalam Botol saya mengambil satu karakter yang hendak dimainkan. Waktu sama, Khir turut memberikan kebebasan untuk pelakonnya bermain dengan watak tapi tidak terkeluar dari ruang yang dibina," katanya.

PROFIL

Nama penuh: Azharudin Ramli
Panggilan: Arja Lee
Tarikh lahir: 8 September 1983
Asal: Kuala Lumpur
Umur: 27 Tahun
Pendidikan: Sedang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan, Universiti Sains Malaysia (USM)
Hobi: Melancong, melukis dan bersukan
Teater: Puteri Gunung Ledang, Mahsuri dan Kaki Blues
Drama: Alahai Anak Omak dan Ku Lagu Cinta Bisu
Filem:...Dalam Botol

PROFIL

Nama penuh: Saiful Redzuan A Bakar
Panggilan: Wan Raja
Tarikh lahir: 12 Februari 1978
Asal: Georgetown, Pulau Pinang
Umur: 33 tahun
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Seni Lukis, Universiti Teknologi Mara (UiTM)
Hobi: Menonton filem, melukis dan bersukan
Teater: Jebat, Puteri Saadong, Devian Dogma, Radin Mas, Tengku Putri Salasiah, Waktu Sesudah Itu dan Mayat
Drama: Anak Mamak Menantu Mami, Kasih, Dislexia, Waris Songsang, Bisikan Arwah, Spa Qistina, Dalca Mami Georgetown, Metafora, Berek, Kelab Jeng Jeng, Mat Jaja, Seteguh Impian, Matahari dan Rias Mutiara
Filem: Sifu & Tongga, 2 Jiwa 1 Hati dan ...Dalam Botol

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelakon Cun! dekati mahasiswa

Posted: 23 Mar 2011 08:35 AM PDT

TURUN padang mendekati pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) antara strategi promosi filem Cun! kerana golongan muda inilah yang bakal memenuhi panggung dan mereka juga perlu dididik untuk menghargai filem Melayu daripada mengagungkan filem asing.

Justeru, Selasa lalu, dua pelakon utama filem itu, Maya Karin dan Remy Ishak memenuhi undangan pelajar Kursus Strategi Perhubungan Awam, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, untuk sesi temu ramah di stesen radio Putra FM. Filem Cun! terbitan Tayangan Unggul dan arahan Osman Ali, akan ditayangkan di pawagam pada 31 Mac ini.

Menurut Maya, dia rasa puas dapat berjumpa dengan pelajar IPT itu kerana merekalah generasi yang akan menggerakkan industri seni pada masa depan. Mereka perlu diserapkan semangat mencintai produk tempatan termasuk filem yang dihasilkan penggiat seni tanah air.

"Kita perlu menarik minat mereka untuk mencintai filem Melayu dan dengan adanya promosi seperti ini, saya juga dapat mendekati serta bermesra dengan mereka. Hubungan akrab antara peminat dan artis amat penting kerana merekalah yang menentukan sejauh mana kedudukan kita dalam industri.


"Namun, ada juga pelakon keberatan untuk terbabit dalam jadual promosi yang ditetapkan syarikat produksi. Jangan ingat selepas penggambaran sesebuah filem itu siap, tugas pelakon sudah selesai. Mereka bertanggungjawab turun ke lokasi promosi kerana ia sebahagian daripada tugas pelakon.


"Sejak dulu saya tidak kisah dibawa ke mana saja untuk mempromosikan filem lakonan saya dan tidak pernah memandang kerja promosi ini perkara remeh temeh. Seperti hari ini (Selasa), saya sangat berbesar hati apabila dijemput untuk ditemu ramah di stesen radio Putra FM.

"Saya terkejut kerana sambutan yang diberikan sangat hebat dan terasa kehadiran saya begitu dihargai. Saya harap Cun! dapat ditayangkan khusus untuk pelajar UPM dan dapat lagi saya berjumpa dengan mereka," katanya.

Kata Maya, selepas sembilan tahun berlakon, dia sangat teringin berlakon filem romantik komedi. Lantaran itu, dia sangat gembira apabila pengarah filem itu, Osman Ali menyerahkan watak Luna Latisya kepadanya.

"Selama ini saya selalu diberikan watak berat yang sarat dengan permainan emosi. Tetapi watak Luna yang 'happy go lucky' rupanya lagi susah untuk dibawa. Semakin watak itu nampak ringkas, lagi sukar kerana gerak laku, tutur kata dan ketawa kita mesti nampak 'natural' atau bukan dibuat-buat.

"Mujur saya dan Remy ada kesesuaian, maka watak Luna serta Atan itu dapat 'disatukan' dengan baik sekali. Seronok berlakon filem ini apatah lagi lokasinya jauh di utara tanah air. Ia mengundang rasa yang menggembirakan sekali dengan sawah ladang terbentang luas depan mata," katanya yang akan berlakon dalam filem Lagenda Budak Setan 2.

Remy yang sibuk di lokasi filem terbarunya Aku, Kau Dan Dia, arahan Pierre Andre, baru balik rumah jam 6 pagi. Dalam keadaan yang masih penat dan mengantuk, dia sanggup datang ke sesi temu ramah itu.

"Inilah komitmen saya sebagai artis. Kedudukan saya semakin selesa dalam industri ini pun kerana sokongan peminat. Maka apa saja undangan yang datang selagi tidak bertindih dengan jadual kerja lain, saya akan datang.

"Kali pertama saya datang mempromosikan filem di IPT dan sambutannya sangat menggalakkan. Mereka memberikan reaksi positif terhadap filem Cun!.

"Dengan adanya pertemuan seperti ini juga kita boleh bertanyakan pendapat mereka, filem apa yang mereka suka tengok kerana merekalah yang akan datang menonton di panggung. Perlu ada hubungan dua hala dan bukan buat filem syok sendiri," katanya.

Dalam Cun!, Remy diberi watak budak kampung bernama Atan yang sering lepas laku. Biarpun dia menjadi rebutan pengarah drama dan filem, pemuda itu masih merendah diri.

"Saya tidak sebagus mana dan banyak lagi kena belajar. Tidak pernah menemui titik kepuasan dalam berkarya. Setiap masa saya ingin melakukan yang lebih baik.

"Dalam perjalanan ini juga, saya akui ada melakukan kesilapan. Sebagai manusia, kita tidak terus pandai dalam semua perkara.

"Seperti bayi yang baru lahir, dia tidak terus berlari. Sebaliknya dia akan belajar meniarap dulu, kemudian barulah dia merangkak, duduk, berdiri dan barulah berlari.

"Selepas mengharungi segalanya barulah kita mengenali siapa diri kita, apa yang kita mahukan dalam hidup ini dan belajar pula untuk kenal hati budi orang lain," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Tradisional bertukar pop

Posted:

Tradisional bertukar pop

Tradisional bertukar pop



IBARAT lumrah sang suria yang terbit dan terbenam saban hari, penyanyi tinggi lampai pemilik nama Syazliana Abdul Karim pernah memeriahkan persada hiburan tempatan sebelum terus lenyap buat seketika ekoran tuntutan peribadi.

Bagaimanapun, kemunculan bintang baru dan kehilangan artis lama sudah pun menjadi asam garam di dunia glamor ini. Bintang baru yang lahir dengan gemerlapan kadangkala gagal mengekalkan sinaran itu selama-lamanya.

Ironinya, mentor-mentor dunia hiburan lama yang bersara seketika pula masih merindui aura glamor dan dipengaruhi dengan kuasa bakat tulen tersendiri, ada yang kembali semula untuk mencuba nasib dengan transformasi yang lebih hebat.

Boleh dikatakan artis kelahiran Selangor ini juga nampaknya gagal melarikan diri daripada fenomena yang menimpa mentor-mentor lain.

Namun, dia yang lebih mesra dengan sapaan Syaz, menampilkan kembali kredibilitinya dengan alasan tersendiri berbunyi logistik dan realistik.

Stigma penyanyi tradisional atau etnik sudah sebati buat Syaz dalam sanubari peminatnya. Dia tidak menyesal sebaliknya berbangga tetapi masih mahu menampilkan kelainan dengan mempertaruhkan personaliti yang lebih versatil.

Mampukah Syaz menguasai platform dunia hiburan yang begitu sesak dengan bakat-bakat baru yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan? Berpegang kepada takrif versatil ataupun serba boleh, Syaz yang lebih dikenali sebagai penyanyi kini ingin bertukar angin menjadi pelakon dan duta produk kecantikan.

Cinta pertama

Artis berusia 24 tahun itu yang ditemui baru-baru ini membuktikan konsep versatil itu dalam penampilan terbarunya dengan menggabungkan kostum moden chic dan dandanan rambut ala kerinting. Ia sesungguhnya menjadi pelengkap kepada transformasi sulung dirinya dalam kembali aktif sebagai artis.

Sepanjang tempoh sesi fotografi bersama Kosmo! itu juga jelas dilihat Syaz begitu arif memperaga penampilan dan personaliti dirinya di hadapan lensa kamera dengan berani dan penuh berkeyakinan dalam usaha mendukung tanggungjawab sebagai penyanyi, pelakon dan duta produk.

Usai sesi fotografi itu, Syaz yang tampil elegan lantas melontarkan alasan-alasan tersendiri dalam menampilkan versatil dirinya kepada dunia hiburan masa kini.

"Syaz, sebenarnya amat merindui dunia hiburan ini. Terutamanya bidang nyanyian yang sentiasa merupakan 'cinta' pertama Syaz.

"Sesiapapun sukar melupakan cinta pertama masing-masing. Sebab itu, saya kembali dengan membawa kelainan untuk menguasai apa yang hilang sejak tiga tahun yang lalu," tuturnya dengan nada selembut sutera.

Bagi peminatnya yang sudah biasa dengan Syaz yang klasik, kemungkinan besar teruja dengan imej kontemporarinya itu dan dia juga pasti umum akan menerima transformasi dirinya itu dengan hati yang lebih terbuka serta menyokong sepenuhnya.


DALAM usia yang masih muda, Syazliana kini bergelar Pengarah Urusan kepada dua buah syarikat miliknya sendiri.


Pelakon Bollywood

Penyanyi yang mula berjinak dengan karier nyanyian pada usia yang terlalu muda memberitahu dia ingin memberi peluang kepada audiens tempatan untuk melihatnya daripada sudut yang berbeza.

Sehubungan itu, dia mengambil langkah agak mencabar dengan mencuba lagu-lagu genre pop.

Realitinya, Syaz sememangnya gemar kepada lagu dan alunan muzik berunsur pop tetapi rezekinya sebelum ini pula lebih terbuka dengan yang tradisional seperti lagu Gurindam Sang Puteri.

Ujarnya, dia kini berhasrat untuk mempromosikan sebuah single baru berjudul Kau Indah yang dihasilkan dengan gandingan suara bersama Azan Ruffedge.

Single rentak reggae itu difahamkan sebagai satu percubaan berani dirinya untuk menuju ke arah bergelar artis pop.

"Konsep yang disampaikan oleh lagu ini bersifat unik dan membawa ketenangan jiwa. Malah, lirik dalam Kau Indah lebih dekat dengan umum melalui penceritannya. Sesuatu yang berlaku seharian dalam kehidupan umum," katanya lagi.

Syaz yang memagang jawatan sebagai Pengarah Urusan kedua-dua syarikat miliknya iaitu Seinna Entertainment Sdn. Bhd. dan Seinna Studio Sdn. Bhd. itu, turut meletakkan hasrat yang tinggi untuk menerokai dunia lakonan yang mungkin memberi imej baru buat dirinya.

Anak ketiga daripada lima beradik itu, begitu tertarik dan terpengaruh dengan lakonan artis-artis Bollywood terutama Kareena Kapoor ingin mengikut jejak langkah mereka untuk mencuba mencanai bakatnya dalam dunia lakonan.

"Memang Syaz tiada pengalaman dalam bidang lakonan. Sebelum ini pernah juga banyak kali menerima tawaran lakonan untuk produksi tempatan.

"Justeru terlalu sibuk dengan pelbagai urusan lain, saya terpaksa menolak tawaran-tawaran yang diterima itu. Tetapi kini saya lebih bersikap matang dan terbuka, maka yakin dapat memberi lakonan yang terbaik," jelasnya.


KENANGAN indah Syazliana ketika bertanding dalam final Anugerah Juara Lagu ke-17.


Tambah Syaz, kalau ada rezeki dia juga menanti tawaran daripada pengarah-pengarah filem dari Bollywood.

Matang

Konsep versatil yang dibawakan Syaz bukan sahaja menemui titik noktah di situ sahaja, namun penyanyi berzodiak Leo itu juga mempunyai keinginan untuk menjadi duta produk kecantikan. Tambahnya, dua tahun lepas, dia pernah menerima tawaran untuk menjadi duta produk kecantikan tempatan.

Malangnya, disebabkan jadual kerja yang terlalu padat, Syaz tidak mampu memikul tanggungjawab berkenaan kerana memerlukan motivasi diri dan keyakinan optimum.

"Usia yang semakin bertambah ini telahpun menggandakan kematangan saya. Maka, kini saya mengimpikan tawaran duta produk kecantikan.

"Sebagai seorang yang sentiasa berfikiran positif, berani dan bereksperimen dengan benda-benda baru, saya pasti mampu menjadi contoh duta yang disegani ramai," ujar Syaz yang melihat peluang menjadi duta kecantikan sebagai batu loncatan yang mampu menggerakkan dirinya untuk mencapai kejayaan yang lebih besar.

Penyanyi yang amat menyanjung tinggi akan ketokohan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad itu memberitahu: "Awal tahun 2011 ini, saya akan lebih fokus kepada segala perancangan dan perjalanan karier hiburan sahaja."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Super Junior tetap memukau

Posted:

Super Junior tetap memukau

Super Junior tetap memukau

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my


SEPULUH jejaka Super Junior ini berjaya menguasai pentas dengan aura penampilan dan persembahan hebat mereka.


MESKIPUN hujan renyai-renyai pada petang Sabtu lalu, ia tidak menghalang kesabaran peminat kumpulan terkenal Korea Selatan, Super Junior untuk berbaris panjang di luar Stadium Putra Bukit Jalil, lokasi berlangsungnya konsert Super Show 3.

Mungkin dek pengalaman menyaksikan konsert Super Junior tahun lalu, peminat Super Junior kali ini telah bersiap sedia dengan pelbagai aksesori seperti lampu, belon, topi, baju, rambut palsu, semuanya berwarna biru yang mana warna itu merupakan warna rasmi untuk peminat Super Junior.

Malah, mereka juga tidak lokek untuk berhabis wang membawa pelbagai hadiah dan kain rentang tertera kata-kata sayang mereka kepada kumpulan tersebut.

Peminat Super Junior yang berjumlah 9,000 itu rata-ratanya terdiri daripada remaja perempuan dan kegilaan mereka terhadap 10 jejaka tampan iaitu Leeteuk, Kyuhyun, Yesung, Sungmin, Heechul, Ryeowook, Siwon, Eunhyuk, Donghae dan Shindong sememangnya kelihatan menerusi sokongan tidak berbelah bahagi mereka kepada Super Junior.

Selain 10 anggota asal Super Junior, Super Show 3 kali ini turut mengundang dua ahli Super Junior-M yang berasal dari China iaitu, Henry dan Zhoumi.

Kira-kira pukul 6 petang, peminat menjerit kegirangan saat semua lampu stadium ditutup dan mata semua tertumpu di atas pentas.

Di tengah pentas tiba-tiba muncul Donghae yang tergantung di awangan dan ahli-ahli Super Junior yang lain dari bawah pentas dan terus sahaja menyanyikan lagu hits mereka Sorry Sorry.


GIMIK daripada Sungmin (kiri) dan Leeteuk.


Hiburan diteruskan selama tiga jam dengan 33 lagu lain seperti Super Girl, Don't Don, No Other, Good Person, Rokukeo, Shake It Up, Twins, True Heart, Bonamana, A Man In Love, U, Dancing Out,Way For Love dan Wonder Boys.

Menariknya pada konsert kali ini, peminat dihidangkan lebih banyak persembahan solo daripada setiap ahli Super Junior serta menonjolkan kebolehan bermain alat muzik masing-masing dengan lagu bergenre balada.

Selain daripada Super Junior dan Super Junior M, peminat juga dihiburkan oleh pecahan sub unit kumpulan Super Junior yang lain iaitu Super Junior-T, Super Junior-KRY dan Super Junior-Happy.

Hati peminat tersentuh dengan persembahan tribute buat salah seorang anggota Super Junior, Kangin, yang kini sedang menjalani latihan ketenteraan di negaranya.

Super Junior juga bijak menggunakan ketampanan dan kecomelan mereka, jika tahun lalu mereka tampil seperti wanita serta menggunakan kostum haiwan, kali ini menerusi lagu Cooking? Cooking! mereka tampil dengan kostum sayur-sayuran seperti tomato, tauge dan sawi.

Sesekali mereka akan berbicara bersama peminat dan menyatakan sayang mereka kepada peminat seperti: " I love you dan thank you."

Malah, ketua kumpulan itu Leeteuk juga tidak pernah lekang di bibirnya dengan perkataan apa khabar dari awal sehingga akhir persembahan.

Siwon yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris juga tidak ketinggalan meminta peminatnya supaya berdoa dengan memberi pertolongan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun.


(DARI kiri), Donghae, Shindong, Eunhyuk dan Khuhyun menarik fokus penonton dengan gelagat lucu mereka.


"Walaupun kita berhibur, apa kata dalam masa yang sama kita semua berdoa kebaikan untuk mangsa tsunami di Jepun. Saya tahu, rakyat Malaysia memang pemurah dengan doa dan pertolongan. Sebab itulah juga, saya paling sayang peminat saya di Malaysia.

"Kami juga kini sedang dalam proses pembikinan album baru, saya berharap agar peminat terus menyokong dan menantikan album baru kami," katanya sambil disambut dengan jeritan peminat.

Memang jelas, keluasan pentas yang meliputi seluruh stadium, kecanggihan pentas serta visual menarik yang ditonjolkan di skrip besar sememangnya memberi kepuasan tidak terhingga kepada peminat.

Selepas konsert berakhir, peminat Super Junior masih berada di sekitar stadium sambil meneliti foto-foto yang diambil, ada juga yang menjerit kesukaan tanda mereka puas dapat menatap wajah penyanyi pujaan mereka secara langsung.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Norman, Memey enggan tertekan

Posted:

Norman, Memey enggan tertekan

Norman, Memey enggan tertekan

Oleh SAHLIZAH MOHAMED
sahlizah.mohamed@komso.com.my


SELEPAS dilanda ribut kontroversi dalam kehidupan mereka sebelum ini, pasangan Norman dan Memey kini lebih berhati-hati.


TIDAK mahu lagi menoleh ke belakang mengenangkan ribut kontroversi yang pernah menggoncang kehidupan mereka, pasangan ini sebaliknya mengakui sedang bahagia dalam meniti episod cinta dengan tenang.

Selepas menamatkan spekulasi dengan mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu, Norman Hakim, 34, dan Suhaiza Suhaimi, 22 atau Memey sudah pasti sedang giat merancang untuk hari bahagia mereka berdua.

"Persediaan betul-betul belum lagi, tetapi (sedang) menuju ke arah itu adalah sikit-sikit. Buat masa ini, kami masih belum tetapkan masa dan tarikh yang sesuai untuk melangsungkan perkahwinan.

"Bila sudah betul-betul bersedia dan semua persiapan sudah lengkap, kami akan beritahu tarikh tersebut," ujarnya sambil melemparkan senyuman.

Meneruskan bicara, Memey meluahkan ada sebab kenapa dia dan Norman enggan meletakkan sebarang tarikh atau tempoh masa untuk melangsungkan perkahwinan mereka.

"Bila sudah letak tarikh atau tempoh masa untuk ke arah itu (berkahwin) dan akhirnya ia tidak berlaku, orang pasti akan bertanya. Jadi, lebih baik kami tidak berbuat demikian.

"Saya tidak mahu nanti ia akan jadi isu dan buah mulut orang. Kami akan memberi pengesahan tarikh selepas semuanya sudah betul-betul pasti," ujar pelakon kelahiran Johor itu.

Bukan tidak mahu hari bahagia itu menjelma dengan kadar segera, tetapi Memey mahu membuat persiapan yang kemas dan rapi untuk dirinya sendiri sebelum bergelar isteri.

Tambahnya, dia perlu mempersiapkan diri 100 peratus sebelum bergelar raja sehari.

"Banyak persediaan yang perlu dilakukan. Bukan hanya luaran, tetapi dalaman diri saya untuk bergelar isteri juga perlu diambil kira. Selepas semuanya okey, barulah akan ke tahap itu (berkahwin).

"Secara jujurnya, saya juga belum lagi memikirkan konsep serta tema perkahwinan secara terperinci. Saya tidak mengharapkan perkahwinan kami akan menjadi Wedding of the Year.

"Biarlah ia meriah dan sederhana kerana apa yang paling penting ialah ikatan yang sah itu sendiri," katanya yang mengenakan busana rekaan Hazwani Osman pada malam gala Rafflesia dan Mandalay di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Apabila diajukan soalan mengenai kontroversi lampau, Memey yang pada mulanya hanya tersenyum dan diam seketika ibarat sedang mengumpul semangat untuk memulakan bicara.

"Buat masa ini alhamdulilah. Semua berjalan dengan baik. Saya tidak mahu lagi memandang ke belakang. Saya juga akui karier saya bertambah baik.

"Perjalanan hidup semakin tenang dan apabila sudah termeterai ikatan, saya harap semuanya akan bertambah baik dan sempurna," luahnya yang akan meletakkan karier di tangga kedua kerana mahu fokus kepada keluarga.

Selepas agak lama berdiam diri dan hanya tersenyum mendengar bicara si jantung hatinya itu, Norman akhirnya bersuara menjelaskan situasi tentang isu persandingan mereka.

"Sebelum-sebelum ini menjelang pertemuan dengan media, daripada 10 soalan, satu soalan akan menjurus kepada benda yang sama (berkahwin) terutama selepas kami telah selamat bertunang.

"Kami pun faham dan reda, malah sudah tetapkan minda kami bahawa soalan sedemikian akan kerap ditanya. Kami tidak mahu terlalu tertekan dengan sentimen bila akan berkahwin.

"Jujurnya kami seperti orang lain juga mahukan privasi, tetapi pada masa yang sama, saya tahu ia sudah menjadi rencah artis. Perkara sudah termaktub dan bila sampai jodoh, kahwinlah kami," jelasnya tanpa berselindung.

Mengenai karier Memey selepas bergelar isteri, Norman mengakui dia seorang yang fleksibel dan tidak akan menyekat kehendak bakal isterinya itu.

"Dia sudah besar panjang. Semuanya bergantung kepada kesesuaian dan keserasian. Bila sampai masa nanti, dia sendiri boleh fikir dan perkara itu akan lahir secara sendiri," luahnya yang kelihatan segak mengenakan persalinan rekaan butik terkenal, Lord's Tailor.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.