Adsense

Rabu, 16 Februari 2011

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Tak pernah sunyi

Posted: 15 Feb 2011 03:00 PM PST

Hip

Maya Karin mahu nikmati kehidupan secara solo sepuas-puasnya

MELIHAT kepada gambar yang memaparkan aksi Maya Karin dan Remy Ishak, memang tidak salah kalau hendak mengatakan seperti ada hubungan yang intim antara mereka.

Kemesraan antara mereka yang jelas terpancar, seolah-olah itu bukan lakonan. Kedua-duanya dilihat menjadi pasangan cukup serasi dan romantik selepas pertama kali digandingkan dalam teater muzikal Natrah. Jadi, tidak hairanlah, peminat sentiasa menanti perkembangan selanjutnya mengenai hubungan mereka. Pernah ditanya mengenai keintiman itu, tetapi Maya dan Remy masing-masing menegaskan hubungan yang dilihat rapat itu sebenarnya tidak lebih daripada seorang sahabat.

Sehingga hari ini, Maya sendiri memberi gambaran kepada media bahawa dirinya tidaklah terdesak sangat hendak mencari pasangan hidup.

Baginya, tiada perkataan sunyi dalam kamus kehidupannya ketika ini. Biarpun statusnya sudah berubah dari seorang isteri kepada seorang janda, namun bagi Maya Karin, dia tidak menghadapi sebarang masalah untuk meneruskan kehidupannya seperti biasa.

Mungkin bagi sesetengah pihak, perkahwinan yang berakhir dengan perceraian adalah menyakitkan. Namun perkara itu tidak berlaku pada pelakon yang terkenal dengan watak pontianak ini.
Baginya, tak perlu dikesalkan atas apa yang berlaku. Mungkin apa yang terjadi, ada hikmahnya dan setiap apa yang mendatang, harus dijalaninya dengan penuh tenang tanpa sebarang rungutan. Sebab itulah, senyuman manis sentiasa terukir di bibir bentuk limau seulas pelakon manis ini.

Wajah segar Maya itu kelihatan ketika dia menghadiri majlis ramah mesra filem Cun lakonannya bersama Remy Ishak yang diadakan di Restoran Enak, Starhill Gallery di Jalan Bukit Bintang, baru-baru ini.

Dengan rambut melepasi paras bahu yang disisir rapi, ditambah mengenakan skirt kembang paras lutut dan menyarung baju tanpa lengan rona hijau serta kasut tumit tinggi warna merah jambu di kaki menyebabkan penampilan Maya cukup hebat petang itu.

Mustahil wanita secantik ini tidak ada yang cuba mendekati? Apatah lagi selepas kembali hidup bersendirian tentunya ramai lelaki akan berusaha untuk memenangi hati Maya sekali gus menjadikan mereka antara calon suaminya.

"Memang ada lelaki yang cuba mendekati, tapi saya tolak baik-baik dengan mengatakan saya mahu menumpukan kerjaya saya. Buat masa ini, saya ingin menikmati sepenuhnya kehidupan saya. Sudah lama tak hidup bersendirian, jadi bila ada peluang, biarlah saya lalui saat-saat ini tanpa gangguan," jelasnya.

Kata pemilik nama penuh Maya Karin Roelcke ini, biarpun ada yang mengaitkan perkataan sunyi dengan kehidupannya masa kini, namun dia menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu.

"Saya tak pernah sunyi. Kalau tidak berlakon, saya terbabit dengan komersial ataupun tugasan sebagai jurucakap produk kecantikan dan penjagaan kesihatan. Selepas tamat penggambaran filem Cun, saya mahu tumpukan perhatian terhadap pembikinan album.

"Minggu depan saya ada sesi fotografi untuk sampul album. Jadi jadual saya sentiasa padat sehingga tidak ada masa memikirkan soal kesunyian," katanya sambil tertawa kecil.

Mengenai kesahihan sejauh mana hubungannya dengan Yusry Abdul Halim atau Yusry KRU yang digosipkan sedang bermain cinta dengannya, Maya berkata antara mereka hanyalah kawan biasa.

Selesa bersama Remy

Walaupun berusaha meyakinkan media bahawa dirinya bahagia menjalani kehidupan solo, namun secara tiba-tiba Maya menukar pengakuannya itu. Katanya, dia seronok kerana kehidupannya itu bakal diakhiri dengan kisah gembira.
Kenapa perlu berdolak dalik? Apakah dia bimbang jika menggembar-gemburkan kisah cintanya itu, ia juga bakal berakhir kesedihan?

"Sebelum ini kisah cinta saya banyak yang berakhir dengan tragedi, seperti cinta tidak kesampaian, kehilangan dan sebagainya. Namun, untuk kali ini saya puas hati kerana akhirnya saya dapat juga lelaki yang saya idamkan.

Bagaimanapun perkara itu hanya berlaku dalam filem Cun apabila cerita itu mempunyai penamat yang gembira berbanding filem lakonan saya sebelum ini," kata Maya berseloroh.

Mengulas wataknya sebagai Luna Latisha, Maya berkata watak itu benar-benar memberikan cabaran baru buatnya. Selain perlu berlakon di sawah padi, dia juga perlu menunggang kerbau yang disifatkannya sebagai pengalaman yang menyeronokkan.

"Saya perlu menunggang kerbau yang amat besar. Bimbang juga melihat tanduknya. Namun seronok dan dapat menjayakan babak itu sebaik mungkin. Selain itu, saya juga seronok kerana berpeluang bercuti sambil bekerja. Hampir tiga minggu di Alor Setar, saya rasa segar sebab dapat lari dari kesibukan kota," kata Maya sambil mengakui cukup selesa digandingkan dengan Remy dalam filem arahan Osman Ali itu

Ia bakal ditayangkan kepada khalayak penghujung Mac depan.

Kongsi cerita dalam album solo

PENANTIAN selama tujuh tahun berakhir apabila album yang dinanti Maya akan siap juga akhirnya. Namun, ketika orang lain begitu teruja menantikan buah tangan terbarunya itu, Maya pula yang berdebar-debar.

"Memang itulah yang sering saya fikirkan sementara menunggu album saya siap nanti. Tak tergambar perasaan saya bila membuat persembahan di atas pentas. Maklum sajalah, berlakon dan menyanyi memang berbeza," kata wanita berusia 31 tahun ini.

Berbanding album sebelum ini yang ada liriknya ditulis oleh Maya, tapi kali ini Maya menyerahkan tugas itu kepada penulis lirik profesional.

"Bagaimanapun ada tiga lirik yang menceritakan kisah hidup saya. Saya hanya bercerita kepada penulis lirik terbabit dan mereka yang menulisnya. Semuanya kisah benar yang berlaku dalam hidup saya dari dulu hingga sekarang," katanya.
Antara komposer yang terbabit dalam pembikinan album ketiga Maya itu ialah Azlan Abu Hassan dan Audi Mok.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mengepak di istana

Posted: 15 Feb 2011 02:52 PM PST

Hip

KONSERT Opera Hidup janjikan persembahan terbaik buat peminat setia Wings.

KONSERT Opera Hidup janjikan persembahan terbaik buat peminat setia Wings.

Wings gegarkan Istana Budaya menerusi Konsert Opera Hidup selama empat hari berturut-turut

PERSEMBAHAN penuh kejutan dan paling memuncak pernah diadakan buat peminat, itu janji kumpulan rock, Wings, apabila mereka muncul menjayakan Konsert Opera Hidup di Istana Budaya (IB), pada 29 April hingga 1 Mei depan.

Lebih membanggakan, Wings menjadi kumpulan rock pertama menggunakan pentas Panggung Sari di IB bagi menimbulkan kelainan kepada dunia rock tempatan dengan diiringi 43 pemuzik Orkestra Simfoni Kebangsaan serta 16 penyanyi koir. Konsert ini berlangsung selama empat hari dengan setiap persembahan selama dua jam. Dalam tempoh dua jam itu pula akan dibahagikan kepada empat segmen yang penuh kejutan buat penonton apabila Wings menyanyikan 20 lagu terbaik mereka.

Sudah tentu bagi peminat lagu rock, khususnya kumpulan Wings, ada yang sudah tidak sabar untuk sama-sama menyanyikan lagu Sejati, Taman Rashidah Utama, Peronda Jaket Biru, Misteri Mimpi Syakila, Teori Domino, Rock N Roll Lu Punya Suka, Midnight Blues, Keris Taming Sari, Jerangkung Dalam Alamari atau mungkin juga lagu Alam Barzakh.

Malah, penonton turut dihiburkan dengan lagu-lagu daripada kumpulan Sweet Charity dan M Nasir yang juga idola anggota kumpulan ini bagi mengimbau kembali nostalgia kemunculan mereka di persada muzik, terutama dalam aliran rock.

Yang pasti, selepas selepas 25 tahun terbabit dalam industri hiburan, Wings memilih waktu yang tepat untuk mengadakan konsert reunion yang julung di IB bagi mengimbau nostalgia kemunculan kumpulan rock ternama itu.
Malah, setiap detik kebangkitan kumpulan itu diterjemahkan ke dalam empat segmen yang akan disajikan kepada penonton, bahkan bakal menjadi sejarah sebagai kumpulan rock pertama menggabungkan muzik rock dan alunan muzik orkestra.

Konsert yang dirancang sejak lima bulan itu adalah harapan dan impian Wings untuk memberikan persembahan yang terbaik pernah ditonton peminatnya, bahkan bakal meninggalkan memori buat peminat mereka.

Bukan saja Wings, malah konsert terbabit adalah impian pemain gitar kumpulan itu, Joe untuk menggabungkan kesemua anggota dan bekas anggota Wings dalam satu konsert mega buat peminat di samping menandakan semangat Wings yang tidak pernah pudar.

"Konsert di IB ini nanti bukanlah yang terakhir daripada Wings. Konsert ini adalah sempena 25 tahun Wings buat peminat, jadi kita akan buat persembahan yang terbaik sehingga peminat berasa puas.

"Memang menjadi impian saya sejak dulu lagi untuk mengadakan konsert yang tidak pernah dibuat oleh kumpulan lain di luar sana dan diharap penonton mendapat kepuasan paling hebat apabila menonton konsert ini nanti," katanya.

Janji Joe kepada peminat Wings, akan ada perubahan yang ketara sepanjang konsert itu berlangsung berbanding konsert-konsert yang pernah dipersembahkan Wings sejak kemunculan kumpulan rock itu pada tahun 1987.

Malah, pemilihan IB dibuat kerana lokasi yang strategik disamping mempunyai kemudahan yang canggih serta dapat menggabungkan elemen rock dan orkestra yang tidak pernah dibuat sebelum ini.

Meskipun agak janggal, namun Joe berharap impiannya itu terlaksana, malah bakal melakar sejarah baru buat Wings yang mempunyai lebih 25,000 peminat di laman sosial Facebook.

"Konsert rock dengan orkestra ini adalah yang pertama dan saya rasa memang sukar mengadakan konsert serupa untuk kali kedua sebab itu kita mahu persembahan pada malam itu yang terbaik.

"Kita tidak boleh membawa semua peminat Wings menyaksikan konsert ini kerana tempat terhad dan tempohnya juga singkat. Jadi kita rakamkan konsert ini, muatkan dalam bentuk VCD dan DVD bagi peminat yang tidak dapat menyaksikan konsert secara live nanti," katanya.

Apapun harapan yang disandarkan, Wings berharap konsert di IB itu bakal menjadi konsert paling berprestij yang pernah diadakan di situ.

Pilih lagu terbaik

JURUCAKAP penganjur konsert terbabit, Zamberi Shaari berkata, lagu-lagu yang akan disampaikan oleh Wings bukan saja yang terbaik, tetapi juga susunan muziknya turut diubah bagi memberi kesan lebih memuaskan kepada penonton selain seiring dengan muzik orkestra.

"Konsert ini nanti akan meninggalkan kesan buat peminat, malah dua bekas vokalis Wings iaitu Mel dan Mus dan Jojet (bekas pemain dram) akan turut terbabit dalam persembahan itu nanti.

"Muzik tidak akan sama dengan asal kerana kita akan membuat sedikit perubahan bagi memberi kesan dan kepuasan apabila menikmati suasana konsert yang turut diiringi oleh orkestra itu," kata Zamberi.

Bagaimanapun, hanya 7,000 penonton saja yang berpeluang menyaksikan konsert yang julung kali diadakan itu memandangkan kapasiti tempat duduk di Istana Budaya yang agak terhad disamping jangka masa persembahan yang agak singkat.

"Walaupun tempoh persediaan konsert masih panjang, namun kini penjualan tiket sudah dimulakan dan mendapat maklum balas yang baik daripada peminat. Jadi bagi peminat yang ingin menyaksikan konsert julung-julung kali diadakan itu kena, dapatkan tiket segera," katanya.

Mesti patuhi etika pakaian

SEMENTARA itu, Ketua Pengarah IB, Mohd Juhari Shaarani menjelaskan Konsert Opera Hidup mendapat keizinan daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan kerana diadakan dengan tujuan mengangkat muzik rock tempatan selain mempromosikan IB sebagai pusat pelbagai acara kesenian.

Malah, konsert yang akan berlangsung itu juga bakal mengubah tanggapan negatif masyarakat terhadap muzik rock apabila digabungkan dengan pemuzik orkestra, bagi menyuntik kelainan selain persembahan yang diadakan di dalam kawasan yang tertutup berbanding konsert rock lain.

"Jika sebelum ini Istana Budaya hanya dikenali sebagai lokasi pementasan teater, kini kita akan mengubah tanggapan itu dengan penganjuran konsert yang besar di sini selepas konsert Jamal Abdillah dan Francissca Peter baru-baru ini.

"Bagaimanapun, sebelum konsert ini dibenarkan dibuat di sini, kita sudah mengadakan perbincangan dengan penganjur supaya diadakan kelainan berbanding konsert di luar, termasuk menggabungkan dengan pemuzik orkestra," katanya.

Walaupun konsert yang bakal diadakan itu bergenre rock, namun tiada garis panduan khusus ditetapkan. Bagaimanapun mereka perlu mematuhi etika pemakaian yang ditetapkan oleh kementerian ketika mengadakan persembahan.

Istana Budaya tidak pernah meletakkan sebarang syarat yang ketat dari segi pemakaian terhadap artis rock tempatan untuk mengadakan persembahan di situ, sebaliknya perlulah kemas dan menarik bersesuaian dengan tempat yang dianggap berprestij itu.

Pemakaian anggota kumpulan Wings pada konsert terbabit ditentukan sendiri penganjur dan kumpulan itu, bagi mewujudkan kelainan serta bersesuaian dengan segmen dipersembahkan.

"Pakaian mereka bukan 100 peratus rock dan berimej koyak tetapi ada kelainan dan perubahan yang akan dibuat oleh mereka sendiri dan bukan ditetapkan oleh IB. Malah setiap pakaian yang akan dipakai akan mengikut setiap segmen yang akan dipersembahkan mengikut zaman bermulanya Wings," katanya.

INFO: Konsert Opera Hidup Wings
Tarikh: 29 April hingga 1 Mei
Tempat: Panggung Sari, Istana Budaya

  • Keterangan lanjut mengenai harga tiket layari laman web www.ticket2u.bz dan www.sayap2wings.com.
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

    My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


    Gambar pertunangan Ally Iskandar dan Aishah

    Posted: 15 Feb 2011 07:41 PM PST

    ally iskandar bertunangMungkin agak lambat kami update berita gembira ni, Tapi apa pun kami ingin mengucapkan Tahniah buat Ally Iskandar yang baru sahaja bertunang dengan kekasihnya Aishah yang juga merupakan naib juara Gadis Melayu untuk musim yang pertama. Majlis perunangan Ally Iskandar dan Aishah yang bertemakan hitam dan merah telah berlansung di kediaman keluarga Aishah di Taman Sri Intan, Ampang pada hari jumaat (11feb) yang lalu..

    Bila mereka berdua bakal melangsungkan perkahwinan masih lagi kami tidak tahu.. tak banyak info yang kami dapat mengenai pertunangan Ally Iskandar dan Aishah ni… Jadi bagi sesiapa yang tak dapat hadir ke majlis pertunangan Ally Iskandar dan Aishah ni, jom kita layan je gambar di Majlis pertunangan mereka berdua ni..

    Ally Iskandar dan Aishah bertunang

    majlis pertunangan Ally Iskandar dan Aishah

    Ally Iskandar dan Aishah di majlis pertunangan

    Ally Iskandar dan Aishah tunang

    tunang Ally Iskandar dan Aishah

    Ally Iskandar bertunang dengan Aishah

    Ally Iskandar dan Aishah di majlis pertunangan mereka


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Himpunan Kisah Sensasi

    Himpunan Kisah Sensasi


    Chef wanita BOGEL di Hong Kong

    Posted: 15 Feb 2011 04:25 PM PST

    HONG KONG – Seorang chef wanita, Flora Cheung (gambar) akan mengendalikan program masakan di televisyen dalam keadaan berbogel, lapor sebuah akhbar semalam.

    Flora yang berusia 26 tahun akan menjadi hos program yang disiarkan dalam rangkaian televisyen untuk orang dewasa.

    "Ramai lelaki tidak mahu memasak tetapi saya mahu menjadikan mereka meminati bidang masakan," katanya kepada akhbar South China Morning Post.

    Dalam program itu, jurukamera akan mengikuti Flora berjalan di pasar basah di Hong Kong.

    Selepas dia membeli beberapa barang untuk dimasak, dia akan pergi ke dapur untuk memasak.

    Wanita itu kemudian akan berbogel dengan hanya memakai apron lut sinar yang boleh menampakkan susuk tubuhnya.

    Walaupun Flora bukannya seorang chef yang profesional, penerbit program itu, Jesse Au berkata, wanita tersebut akan mampu menarik minat ramai orang untuk menontonnya.

    Setiap episod akan berlangsung dalam tempoh 30 minit. – Agensi

    /// kosmo ///

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    macam macam hiburan terkini

    macam macam hiburan terkini


    Kenyatan Bercanggah, Norlia Ghani Tolak Tuduhan Buat Gimik Kena Ragut

    Posted: 15 Feb 2011 05:00 AM PST


    PETALING JAYA: Pelakon veteran, Norlia Ghani, 63, (gambar) menafikan dia membuat gimik semata-mata ingin meraih publisiti murah kononnya wang pendahuluan untuk drama bersiri Mata Air sebanyak RM8,000 lesap akibat diragut.

    Ia berikutan percanggahan kenyataannya mengenai laporan polis yang dibuat.

    Norlia dalam kenyataan kepada mStar Online yang dihubungi beberapa jam selepas kejadian berkenaan pada Jumaat lalu memberitahu membuat laporan di sebuah pondok polis berhampiran pusat beli-belah Ampang Park, di mana lokasi kejadian ragut tersebut berlaku.

    Kenyataan yang sama turut disiarkan di kebanyakan akhbar pada Ahad lalu.

    Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnanin Abdul Rahman berkata, pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

    Dalam masa yang sama ada sumber memberitahu peristiwa berkenaan sebenarnya gimik pelakon itu sahaja.

    Norlia ketika dihubungi mStar Online, Isnin, bagi menjelaskan perkara terbabit bagaimanapun berkata tidak membuat laporan polis selepas insiden tersebut kerana terkejut dengan apa yang berlaku.

    "Astaghfirullah, saya belum gila untuk membuat publisiti seperti itu. Bagaimanapun sebenarnya memang saya tidak pergi membuat laporan polis kerana agak terkejut dan trauma dengan insiden tersebut.

    "Lagipun, kalau saya buat laporan polis, saya tidak yakin yang duit itu akan dapat semula kepada saya," katanya.

    Norlia juga menafikan dakwaan yang dia mengeluarkan wang RM8,000 sekali gus dari sebuah bank sebaliknya hanya mengeluarkan sejumlah RM3,000 sahaja wang daripada deposit drama berkenaan.

    "Waktu itu, saya sudah mempunyai RM5,000 di tangan dan baki lagi RM3,000 dikeluarkan daripada bank. Saya mahu gunakan duit RM8,000 untuk membayar pinjaman rumah yang tertunggak selama tiga bulan," ujarnya lagi.

    Dalam kejadian Jumaat lalu, Norlia yang popular dengan gelaran Joyah menerusi drama Opah pada tahun 1980-an, mendakwa diragut oleh dua lelaki bermotosikal ketika sedang menunggu teksi di luar pusat beli-belah Ampang Park, dekat sini.

    Menurutnya, wang berkenaan merupakan pendahuluan yang diterima daripada syarikat Zeel Production sebelum menjalani penggambaran drama Mata Air di Perlis pada 17 Februari depan.

    Sasha Saidin Hasilkan Produk Penjagaan Kulit

    Posted: 15 Feb 2011 04:59 AM PST


    PETALING JAYA: Model terkenal Sasha Saidin, 35, (gambar) akan mengeluarkan produk penjagaan kulit sendiri yang dijangka dilancarkan sebelum pertengahan tahun ini.

    Sasha mengimpikan untuk menceburi perniagaan tersebut hasil sokongan keluarga dan minatnya dalam bidang kecantikan.

    "Sekarang produk tersebut telah siap cuma menunggu proses untuk menyiapkan logo. Insya-Allah, jika tiada aral melintang produk ini akan menembusi pasaran dalam sebulan atau dua bulan lagi.

    "Produk ini merupakan produk tempatan dan semua proses termasuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) dilakukan di Malaysia bermula enam bulan lalu," kata Sasha kepada mStar Online.

    Bidang perniagaan bukanlah suatu perkara asing buat Sasha kerana isteri kepada pemuzik dari Indonesia, Salyo Priyanto ini mempunyai pendidikan Diploma Pentadbiran Perniagaan.

    Malah dia menjadikan karier barunya ini sebagai permulaan untuk menjana pendapatan yang lebih kukuh pada masa hadapan.

    Menyelongkar sedikit tentang kecantikan, Sasha akui banyak mengamalkan petua daripada ibu dan neneknya tanpa perlu menggunakan suntikan botoks atau yang memudaratkan kesihatan.

    "Buat masa ini saya masih aktif dalam bidang seni. Saya akan mengacara sebuah program motivasi dalam bahasa Inggeris untuk sebuah stesen televisyen dan melakukan aktiviti peragaan pakaian dan tudung.

    "Saya rasa tidak salah untuk mencuba sesuatu yang baru yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini. Lagipun, sejak mempunyai Adam Aryasenna Notosoemarsono berusia setahun enam bulan, saya jarang mengambil kerja luar dari Kuala Lumpur kerana mahu menumpukan kepada anak dan keluarga.

    "Tetapi jika saya perlu berurusan dalam tempoh tidak lebih dari tiga hari rasanya tidak menjadi masalah," ujar bekas anggota kumpulan Elite yang pernah popular menerusi lagu Tamparan Wanita dan Manisnya Senyumanmu.

    google: sasha saidin, facebook sasha saidin, twitter sasha saidin, sasha saidin myspace, terbaru terkini sasha saidin, gambar terbaru terkini sasha saidin, sasha saidin bogel, sasha saidin seksi, sasha saidin hot, sasha saidin profil, sasha saidin wiki, sasha saidin bio, sasha saidin biodata, sasha saidin dan suami, sasha saidin dan anak,

    Kehebatan Peserta Raja Lawak Semakin Menyerlah

    Posted: 15 Feb 2011 04:50 AM PST


    HULU KELANG: Hampir semua peserta Raja Lawak musim kelima (RL5) menunjukkan prestasi yang baik pada minggu keenam ketika siaran langsung Gelanggang Raja Lawak Astro 5 berlangsung di Studio Finas, di sini, Jumaat lalu.

    Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani, berpuas hati dengan memuji persembahan kebanyakan peserta RL5 pada minggu bertemakan 'spontan' itu.

    Malah dia juga tidak menafikan kebolehan kumpulan Pukaw yang tersingkir pada minggu lalu selepas mendapat markah terendah iaitu 8 peratus.

    "Walaupun mereka menerima tugasan ini dua jam sebelum persembahan bermula, namun saya lihat hampir semuanya dapat melakukannya dengan baik sekali.

    "Saya sudah memberitahu mereka selepas ini tugasan yang diberikan akan menjadi lebih susah dan akan ada penyingkiran setiap minggu sebelum memasuki peringkat akhir.

    "Kini tinggal lima minggu lagi Gelanggang Raja Lawak Astro 5 akan berlangsung," kata Nizam.


    Nizam Sani
    Nizam turut mengulas tentang sambutan penonton yang tidak pernah putus untuk menyaksikan rancangan itu.

    "Setiap minggu kira-kira 300 penonton memenuhi studio ini untuk menonton Gelanggang Raja Lawak secara langsung. Malah rating penonton di Astro Prima (saluran 105) juga meningkat 28 peratus berbanding musim lalu.

    "Undian penonton melalui kiriman pesanan ringkas (SMS) juga meningkat berbanding minggu keenam musim lalu.

    "Jika diikutkan memang agak sukar untuk meraih banyak undian penonton pada awal program tetapi bermula minggu kedua penonton semakin ramai memilih peserta kegemaran masing-masing," jelasnya lagi.

    Gelanggang Raja Lawak Astro 5 yang dihoskan oleh Johan dan Zizan disiarkan secara langsung di Astro Prima pada setiap Jumaat, pukul 9 malam.

    Permohonan Norish Karman Ditolak

    Posted: 15 Feb 2011 04:49 AM PST


    SHAH ALAM: Permohonan interlokutari (permohonan dalam permohonan) yang difailkan oleh dramatis Singapura, Norish Karman berhubung tuntutan hak penjagaan anak terhadap bekas suaminya ditolak oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Isnin.

    Hakim Syarie Zainor Rashid Hassin menolak permohonan tersebut dengan kos, yang akan ditafsirkan oleh Pendaftar Mahkamah kelak.

    Keputusan itu sekali gus membenarkan bantahan awal yang difailkan oleh Datuk Hishamuddin Abdul Kadir untuk membatalkan permohonan interlokutari itu.

    Pada penghakimannya, Zainor Rashid berkata, tidak wajar untuk mahkamah melayan permohonan tersebut kerana ia akan mengakibatkan berlaku ketidakadilan memandangkan ia akan melewatkan proses induk, iaitu permohonan hak jagaan kekal di mahkamah.

    Mahkamah juga berpendapat, keputusan berkaitan pendidikan anak adalah terletak di bawah keputusan permohonan induk, apabila kes tersebut selesai dibicarakan.

    Turut ditolak ialah tuntutan pelakon drama Spa Q itu untuk mendapatkan sebuah kereta jenis Nissan Murano untuk kegunaan anak-anak.

    "Mahkamah berpendapat anak-anak tersebut tidak mempunyai kepentingan dalam perkara tersebut

    "Adakah benar dengan usia anak yang tidak sampai 10 tahun memerlukan kenderaan tersebut dan benarkah bapanya juga berkemampuan untuk menyediakannya?," katanya.



    Zainor Rashid juga menyatakan, berdasarkan afidavit sokongan Hishamuddin, beliau mengakui telah menyediakan sebuah kenderaan lengkap dengan pemandu peribadi yang boleh digunakan pada bila-bila masa untuk urusan persekolahan anak.

    Keputusan itu dibacakan tanpa kehadiran Norish mahupun Hishamuddin yang hanya diwakili oleh peguam-peguam syarie mereka.

    Norish, 36, diwakili peguam syarie Amli Embong manakala peguam syarie Muhammad Buruk mewakili Hishamuddin, 62, yang merupakan seorang ahli perniagaan.

    Pasangan itu mendirikan perkahwinan pada 11 Januari 1998 di Perlis dan dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Haqiem Armany, 12, Muhammad Hardy Amieran, 8,dan Putri Hany Amanda, 7.

    Mereka disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, dekat sini, pada 15 Julai 2008 tanpa merekodkan persetujuan mengenai hak penjagaan anak.

    Justeru itu, pada 10 Oktober 2008, Norish atau nama sebenarnya, Nor'Ashikin Karman memfailkan tuntutan hak jagaan kekal terhadap anaknya sebelum diikuti permohonan interlokutari pada 13 April 2010.

    Permohonan tersebut mendapat bantahan daripada Hishamuddin yang merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Negeri Sembilan, apabila beliau memfailkan bantahan awal pada 1 Jun 2010.

    Ameng Mengaku Bersalah Atas Dua Pertuduhan Memiliki Dadah

    Posted: 15 Feb 2011 04:48 AM PST


    Ameng Springs dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Melaka selepas mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah. Sementara isterinya, Sabariah Zakariah (belakang kiri) tidak mengaku bersalah atas tuduhan tersebut iaitu memiliki Kanabis seberat 122 gram dan Menthamphemine dengan berat kasar 1 gram ketika di sebuah hotel di Melaka Raya pada 1 Febuari lepas. - Foto BERNAMA
    MELAKA: Penyanyi Kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail, atau lebih dikenali sebagai Ameng, mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki dadah di Mahkamah Sesyen di sini, Isnin.

    Ameng, 42, didakwa bersama-sama isterinya Sabariah Zakaria, 41, pada pertuduhan pertama mengaku bersalah kerana memiliki kanabis, berat kasar 122 gram ketika di dalam sebuah bilik hotel, di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir di sini pada 1 Februari 2011, pukul 5.20 petang.

    Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 6, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2), Akta yang sama dan dibacakan bersama di bawah Seksen 34 Kanun Keseksaan.

    Beliau menghadapi hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang dari lima tahun dan sebatan tidk kurang dari 10 sebatan.

    Bagi kesalahan kedua, pada waktu, tempat dan tarikh yang sama, dia dituduh memiliki dadah methamphetamine dengan berat kasar 1 gram.

    Beliau didakwa mengikut Seksyen 12, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3), akta yang sama dan dibaca bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Hukuman ini membawa denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.


    Ameng yang memakai baju berwarna coklat dan berseluar jeans kelabu kelihatan tenang semasa dibacakan pertuduhan di hadapan Hakim Zaharah Hussin.

    Isterinya yang bertudung tidak mengaku bersalah ketika dibacakan dua pertuduhan yang sama ke atas Ameng.


    Ameng ketika prosiding memohon supaya mahkamah membebaskan isterinya kerana beliau (Sabariah) tidak bersalah.

    "Saya harap jasa baik tuan hakim untuk lepaskan isteri (saya) kerana semua ini kesalahan saya," katanya sambil menambah mereka mempunyai seorang anak kecil berusia tiga tahun yang sedang sakit lelah dan sangat merindukan isterinya.

    Beliau berkata anaknya itu kini dijaga oleh ibu mertuanya di Masjid Tanah, di sini.

    Pendakwaan dikendalikan oleh Ifa Sirhhu Samsudin yang memberitahu mahkamah selepas rayuan Ameng bahawa pertuduhan itu adalah tentativ kerana belum diketahui berat dadah secara bersih.

    Katanya beliau masih menunggu laporan kimia bagi perkara itu dan meminta sebutan semula kes yang ditetapkan oleh mahkamah pada 12 April depan.

    Ameng pada 1 November tahun lepas dikenakan hukuman penjara dua bulan dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur setelah didapati bersalah terhadap pertuduhan memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badannya. - BERNAMA

    Fathia Semakin Menyerlah

    Posted: 15 Feb 2011 04:47 AM PST


    DALAM kelembutan yang terpancar pada wajahnya, siapa sangka gadis bernama Nur Fathia Abd Latiff (Fathia) ini sebenarnya seorang yang periang dan petah bercakap.

    Ramai mengenali pelakon berusia 23 tahun ini menerusi drama 'Hani' yang sedang disiarkan di TV3 pada setiap Selasa, pukul 9 malam.

    Drama tersebut mengisahkan tentang gadis bernama Hani yang menjadi buta selepas menjalani pembedahan akibat mengidap barah otak. Dalam drama itu, Hani menjadi pelajar sekolah yang sering menangis dan bersedih kerana tertekan dengan nasib yang menimpanya.

    Demi merealisasikan watak Hani, Fathia terpaksa mengetepikan sikap ceria yang ada dalam dirinya.

    "Terus-terang, saya susah nak menangis mungkin disebabkan karakter saya yang tak suka simpan masalah dan sentiasa ceria.

    "Tetapi apabila perlu melakonkan watak sedih, secara automatik saya boleh hayati perasaan itu selain membayangkan bagaimana kehidupan saya yang buta seperti Hani kerana cerita ini berkisarkan tentang kisah benar.

    "Lagu-lagu sedih seperti lagu tema Legenda Budak Setan juga membantu saya untuk menimbulkan perasaan sedih," katanya kepada Mingguan mStar di rumahnya di Shah Alam, Selangor.

    Atas inisiatif agar lakonannya lebih realistik, Fathia turut mengunjungi Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia di Brickfields, Kuala Lumpur untuk melihat pergerakan dan cara mereka berkomunikasi.

    "Alhamdulillah selepas disiarkan beberapa episod, saya mendapat tahu drama Hani mendapat sambutan yang bagus," ujar pelajar jurusan undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ini.


    Tidak kaku

    Lebih teruja, sepupu kepada pengacara Farrah Adeeba yang sebelum ini agak kaku di hadapan kamera semakin menunjukkan peningkatan dalam bidang lakonan.

    Buktinya, banyak komen positif yang diterima daripada peminatnya di laman sembang Facebook 'Nur Fathia Latiff' yang diuruskan oleh pembantu peribadinya, Ezad Ibrahim.

    "Walaupun peminat mengatakan lakonan saya semakin baik selepas setahun berlakon, saya masih tidak jemu untuk belajar memantapkan mutu lakonan saya.

    "Saya juga seronok dan selesa bekerja dengan Heykal kerana dia memberikan kebebasan sepenuhnya untuk saya menjiwai watak tersebut.

    "Bagaimanapun saya tidak mahu terus terikat dan digelar sebagai pelakon berwatak sedih sahaja. Saya mahukan variasi dan menjadi pelakon yang versatil kerana bimbang orang akan cepat jemu," jelas anak sulung dari empat beradik itu lagi.


    Sepanjang setahun berada dalam industri lakonan, wajah Fathia telah muncul dalam iklan komersial seperti Sunsilk, Nespray, Hotlink, Celcom dan Fair & Lovely, drama seperti 'Joe dan Faridah', 'Nur Kasih' dan 'Musang Berjanggut' serta filem 'Hijab'.

    Tunai impian keluarga

    Biarpun sedang ghairah mengejar impian dalam bidang lakonan, Fathia tidak pernah melupakan pesanan ibu bapanya iaitu Badriyah Hassan dan Abd Latiff Mohd Tahir untuk menamatkan pengajiannya di universiti.

    "Sekarang ini saya perlu tumpukan kepada pelajaran sehingga bulan Mei ini. Jadi banyak juga tawaran termasuk memegang watak utama yang terpaksa ditolak.

    "Saya akan terima tawaran berlakon semasa cuti semester sahaja dan menjadikan karier lakonan hanyalah sekadar sambilan," kata anak kelahiran Ayer Itam, Pulau Pinang ini.

    Membuka cerita tentang populariti, sambil merendah diri Fathia akui dia tidak pernah mengidam untuk menjadi popular.

    Malah dia akan berasa segan dan malu apabila ditegur kerana tidak menyangka dia mempunyai peminat.

    "Saya ikhlas untuk ceburi bidang seni dan menjadikan karier ini untuk menampung duit poket saya.

    "Apabila dapat duit lebih, saya akan membelanjakannya untuk membeli pakaian dan ke salun rambut.

    "Saya gemarkan sesuatu yang baru dan mahu tampil muda dan sopan dengan imej 'country fashion'," ceritanya penuh teruja.

    Semasa berborak dengan keluarga Fathia, bapanya membuka cerita yang anaknya itu pernah menghadiri pertandingan nyanyian tanpa pengetahuan keluarga.

    Jelas sekali rupa-rupanya bakat nyanyian yang dimiliki oleh Fathia diwarisi daripada bapanya yang pernah menubuhkan kumpulan muzik sewaktu zaman remaja.

    "Sebenarnya, saya lebih menyukai bidang nyanyian berbanding lakonan dan bercita-cita untuk bergelar seorang penyanyi.

    "Tetapi ibu dan bapa tidak mengizinkan saya untuk serius dalam bidang seni sehingga saya menamatkan pelajaran di menara gading.

    "Bagaimanapun cita-cita saya itu tidak berkubur begitu sahaja dan saya akan merealisasikan impian itu jika berpeluang selepas habis belajar nanti," jelasnya yang turut bercita-cita untuk menubuhkan sebuah firma guaman dengan adiknya, Nur Farhana, 21, yang turut mengikuti pengajian dalam bidang yang sama.

    Dua lagi adik Fathia adalah Nur Fasiha, 17, dan Muhammad Ilham, 14, yang turut menetap bersama keluarga.

    Yasmin Hani Cuba Nasib Di Negeri Orang

    Posted: 15 Feb 2011 04:45 AM PST


    KELINCAHAN pelakon dan pengacara genit Yasmin Hani atau nama sebenarnya Yasmin Hani Richardson membuatkan dirinya sentiasa aktif dan optimis dalam kehidupan seharian yang dilalui.

    Tak kiralah dari segi kerjaya mahupun peribadi, wanita yang sudah pun mencecah usia 32 tahun itu masih lagi mempunyai pelbagai impian yang belum terlaksana. Seboleh-bolehnya anak kacukan Inggeris - Melayu ini mahu mengecap cita-cita itu semampu yang boleh.

    Jelasnya, umur bukanlah penetap masa yang memberi had untuk seseorang individu itu melakukan sesuatu yang diimpikan.

    Berdasarkan apa yang dilihat, Yasmin sudah cukup sempurna dan memiliki segala-galanya dalam karier walaupun populariti yang diraih tidaklah setanding dengan selebriti-selebriti lain.

    Namun, jauh di sudut hati, perjalanan seni selama 12 tahun dalam industri hiburan tempatan masih lagi kelihatan seperti tidak stabil untuk dirinya.

    "Saya mahu lebih dari apa yang saya ada sekarang. Bukan tamak, tapi saya mahu berkembang dan ingin memberi satu impak yang kuat kepada masyarakat.

    "Sekurang-kurangnya saya dapat menerima pengiktirafan seperti pelakon serta hos terbaik dan bukannya hos atau pelakon cantik," tuturnya.

    Sambil wajahnya di solek oleh jurusolek profesional, Chomel, kata Yasmin, walaupun dirinya seperti berada di tengah-tengah populariti, wanita ini selesa dengan kedudukan itu.



    Bagaimanapun, kegusaran di hati turut terasa apabila dirinya seperti gagal meloloskan diri daripada kepompong sama. Ertinya, karier lakonan mahupun pengacaraan seperti tidak berkembang daripada apa yang dilakukannya kini.

    Justeru, selepas tamat kontrak dengan syarikat pengurusan Aquila Emas pada 19 Januari lalu, bekas pengacara Muzik @ Ria ini merancang semula arah tuju kariernya dengan melangkah ke negara seberang, Indonesia.

    "Saya perlu berkembang dan menjadi sebuah aset. Saya tahu saya mampu pergi jauh, cuma lorongnya sahaja yang tidak ada.

    "Memandangkan saya tidak lagi berada di bawah mana-mana pihak pengurusan, saya mula memasang strategi sendiri untuk mencuba nasib ke Indonesia. Kerana sebelum ini saya pernah mendapat tawaran berlakon sinetron di sana, cuma masanya tidak kena.

    "Kali ini saya akan cuba masuk ke sana semula. Bukan kecewa dengan industri tempatan, tetapi saya tak sanggup menunggu untuk memperoleh kejayaan seperti yang diinginkan.

    "Mana tahu jika ada rezeki, saya akan tinggal di sana demi memperkukuhkan semula kerjaya. Rezeki ada di mana-mana dan kita perlu cuba dan usaha walaupun berpuluh-puluh kali kita gagal," tegasnya.

    Sementara itu, selain perancangan semula karier lakonan, kata Yasmin dia juga ingin menyumbang masa dan tenaganya dalam aktiviti kebajikan masyarakat.

    Baginya, ia juga salah satu cara untuk membantu masyarakat yang sedang kesusahan serta membantu kerajaan dalam menjayakan kempen-kempen yang diadakan.

    "Jika ada masa, saya akan memberi ceramah di beberapa badan organisasi. Buat masa ini saya lebih fokus mengenai keburukan penggunaan beg plastik.

    "Biasalah menjadi seorang selebriti, kita bukan sahaja setakat bekerja mencari rezeki dalam karier masing-masing, tetapi juga membuat kebajikan kerana masyarakat menjadikan kita sebagai seorang ikon," katanya.


    Sedia bergelar isteri

    Bersyukur kerana memperoleh pelbagai pengalaman hasil daripada kerjaya yang dibina, Yasmin mengakui, dia berasa dirinya lebih matang dan yakin dengan setiap perkara yang dilakukannya.

    Tidak lagi cepat melatah atau panas baran, wanita ini lebih bijak mengawal diri di kala emosinya terganggu.

    "Mungkin kerana usia, pemikiran kita akan jadi lebih matang. Malah saya mampu mengawal situasi menjadi stabil apabila mental mahupun fizikal saya diganggu.

    "Kalau nak tahu dulu saya seorang yang panas baran. Alhamdulillah mungkin kerana sejak dahulu lagi saya ingin perbaiki diri hari demi hari, ia juga sedikit sebanyak mematangkan saya.

    "Malah ayah saya juga pernah berkata, pada usia 30 tahun ke atas adalah masa yang sesuai untuk kahwin kerana fikiran kita sudah matang," selorohnya.

    Lantas, wanita ini juga sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dan enggan membuang masa untuk membina mahligai cinta dengan buah hatinya jika sampai masanya.

    Menyentuh sedikit mengenai kisah cintanya pula, kata Yasmin, seorang lelaki yang sudah lama dikenalinya kini bertakhta di hati. Mereka sudah setahun bercinta.

    Enggan mengesahkan nama kekasihnya, tetapi mungkin ada yang sudah tahu lelaki itu merupakan seorang duda dan turut terlibat dalam dunia hiburan.

    Sambil memberi senyuman manis, Yasmin berkata dia dan pasangannya bersedia untuk menjadi suami isteri jika jodoh mereka sudah sampai waktunya.

    "Sebenarnya saya dah lama kenal dia dan syukur alhamdulillah, perhubungan cinta kami berjalan dengan lancar.

    "Saya pun tak sangka yang perhubungan kami hingga ke tahap ini. Itulah orang kata, tak kenal maka tak cinta. Bila saya kenal dan selami dirinya, baru saya sedar yang kami sebenarnya serasi.

    "Kami juga ada berbincang mengenai masa depan perhubungan kami dan insya-Allah, saya dan dia sudah bersedia. Hanya tunggu masa sahaja," ujarnya.

    Tambah Yasmin, dia tahu, ada juga kata-kata nakal kononnya dia sedang bercinta dengan suami atau kekasih orang.

    Sedih dengan khabar angin yang tidak benar itu. Yasmin memahami perit apabila kekasih seseorang itu dirampas kerana dia juga pernah melalui situasi begitu dan tidak mungkin berbuat perkara sedemikian.

    "Sebelum ini saya pernah merasai bagaimana apabila kekasih kita dirampas dan tidak mungkin saya akan buat perkara yang sama. Saya sendiri tidak mahu teman lelaki saya juga dirampas orang," tegasnya.

    Sudirman Selepas 19 Tahun

    Posted: 15 Feb 2011 04:43 AM PST


    TANGGAL 22 Februari depan, genap 19 tahun penghibur prolifik tanah air Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad pergi meninggalkan semua peminat muzik.

    Bagi yang benar-benar mengenali atau sekadar menyanjung lagu-lagu dan kerja seni Allahyarham, legasi dan peninggalannya akan tetap mekar pada hati kita semua.

    Sebagai satu penghargaan dan usaha dokumentasi khazanah seni negara itu, saluran HISTORY (Saluran 555) di bawah AETN All Asia Networks menghidangkan sebuah memorabilia yang cukup berharga untuk semua yang mengenali dan menghargai insan seni terbilang bergelar Sudir itu.

    Dokumentari berdurasi satu jam tersebut bakal merungkai kronologi hidup Sudirman sepanjang 37 tahun hayatnya. Bermula dengan zaman kanak-kanak sehingga mendapat jolokan The Singing Lawyer.

    Coretan suka, duka, jatuh dan bangun Sudirman sebagai insan seni dikupas daripada perspektif dan pandangan berbeza menerusi insan-insan yang rapat dan pernah bekerjasama dengannya.

    Lebih membanggakan bagaimana Sudirman berjaya mengumpulkan puluhan ribu peminat yang menyaksikan persembahannya di Chow Kit suatu masa dulu.

    Dokumentari berjudul Sudirman Arshad diterbitkan oleh AETN All Asia Networks dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas). Ia bakal ditayangkan pada 20 Februari ini, pukul 10 malam di saluran tersebut.

    Dokumentari yang adil – Atai


    Atai
    Seperti yang diketahui umum, antara insan yang paling rapat dengan Allahyarham adalah anak saudaranya sendiri iaitu Atai, 37.

    Namun, Atai sering mengelak daripada sebarang publisiti atau liputan kerana lebih selesa untuk tidak menonjolkan dirinya.

    Peluang bersemuka dengan pemilik nama sebenar Razman Azrai ini pada majlis pratonton dokumentari tersebut, Khamis lalu, membuka peluang untuk mendekati isi hati dan pandangannya tentang Allahyarham dan penerbitan dokumentari khas untuk pakciknya itu.

    Kata Atai, dia sangat berpuas hati dan gembira dengan dokumentari tersebut kerana buat pertama kalinya dia merasakan kandungan yang dipaparkan itu bersifat adil dan berbeza tentang Allahyarham.

    Visual, info dan temu ramah yang dimuatkan menjelaskan justifikasi yang selayaknya buat Sudirman itu daripada sudut berbeza dan segar.

    "Ini adalah pertama kali terhasilnya sebuah dokumentari yang menjelaskan justifikasi yang sewajarnya buat Allahyarham. Kita dapat melihat kronologi hidup Allahyarham secara terperinci dengan penceritaan yang berbeza.

    "Paparan tentang perasaan gemuruh dan kebimbangan Allahyarham ekoran masalah teknikal yang dihadapinya sebelum melakukan persembahan di Asian Music Awards di London contohnya adalah sangat tepat. Saya masih ingat saat itu kerana turut berada di sana.

    "Saya harus berterima kasih dan mengucapkan tahniah kepada pasukan produksi yang bertungkus-lumus menghasilkan sebuah dokumentari yang boleh dijadikan sebagai khazanah seni negara," katanya yang mengakui keakrabannya bersama Allahyarham bak hubungan sahabat karib.


    Datin Rudiah Arshad
    Kering air mata - Rudiah

    Berbeza pula ceritanya dengan kakak kepada Allahyarham iaitu Datin Rudiah Arshad, 68, apabila ditanya tentang pandangannya mengenai dokumentari itu.

    Ibu kepada Atai itu mengakui sudah tidak mampu untuk menangis lagi setiap kali mendengar lagu, menonton program atau apa sahaja yang berkaitan adik bongsunya.

    "Terus terang saya sudah kehabisan air mata untuk menangis apabila mengenangkan Allahyarham. Sampai ke hari ini, setiap kali saya terlibat dengan sebarang program berkaitan Sudir pasti ia menyentuh perasaan saya.

    "Apa pun, saya sangat berterima kasih kepada pihak penerbitan atas penghasilan dokumentari ini. Saya sekeluarga amat menghargai segala usaha semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini," katanya yang mengakui menangis pertama kali menonton dokumentari itu.

    Menjawab pertanyaan mengenai ketiadaan beliau dalam dokumentari tersebut, Rudiah berkata, keengganannya untuk ditemu ramah kerana mahu mengelak sebarang persepsi di kalangan penonton apabila dia hanya bercerita tentang perkara baik sahaja tentang adiknya itu.

    "Jika saya ditemu ramah tentang Sudir, sudah tentu saya akan berkata perkara-perkara yang baik sahaja kerana sememangnya dia seorang insan yang baik.

    "Namun, komen sebegitu mungkin akan membuatkan penonton berfikir macam-macam atau menganggap saya memuji Allahyarham kerana dia adik saya.

    "Jadi, biarlah orang lain yang bercerita tentang segala kebaikan Sudir supaya kandungan yang dipaparkan itu bersifat lebih adil dan terbuka," katanya.

    Rudiah mengakui sehingga ke saat ini, setiap kali dia berdiri di laman rumah dan terlihat kelibat teksi melepasi rumahnya, hati beliau sebak.

    "Setiap kali teksi lalu di depan rumah, saya akan teringatkan Allahyarham. Ketika hayatnya, dia akan datang ke rumah saya dengan menaiki teksi.

    "Saya pasti akan menangis setiap kali peristiwa itu terjadi," katanya.


    Joanne Ng
    Joanne penari kesayangan

    Bekas penari penyanyi itu, Joanne Ng, 48, menyifatkan penerbitan dokumentari Sudirman Arshad sebagai satu usaha yang layak dipuji kerana tidak pernah dilakukan sebelum ini.

    "Ia satu usaha yang baik kerana paparan dokumentari ini cukup berbeza dan terperinci tentang Sudirman sebagai seorang insan tegar dan bijak.

    "Penonton akan mendapat gambaran berbeza dan segar daripada cerita-cerita yang biasa kita dengar sebelum ini tentang Sudir," katanya yang pernah berkhidmat sebagai penari Allahyarham selama enam tahun.

    Mengulas tentang hubungannya dengan Sudirman, Joanne berkata, dia merupakan penari penyanyi itu yang paling lama berkhidmat kerana dia merupakan penari kesayangan penghibur hebat itu.

    "Menurut kata Datin Rudiah, saya menjadi penari yang paling lama bersama Sudir kerana Sudir menganggap saya penari kesayangannya.

    "Itu satu penghargaan dan saya akui walaupun hubungan kami atas dasar kerja sahaja tetapi kebaikan dan kebijaksanaan Sudir memang ketara ketika kami bekerja.

    "Dia seorang yang tahu apa yang dia mahu. Setiap perkara tentang persembahannya akan diteliti sehingga dia berpuas hati," katanya yang kali terakhir menjadi penari Allahyarham pada 30 Disember 1990 dalam sebuah persembahan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

    Akui Joanne, dek keserasian yang terbina antara mereka, dia tidak pernah bekerjasama dengan artis lain biarpun selepas mengundurkan diri daripada terlibat dengan Sudirman.

    google: sudirman, profil sudirman, profile sudirman, wiki sudirman, bio sudirmanm biodata sudirman, biografi sudirman, biography sudirman, sudirman meninggal dunia, sudirman album, lirik sudirman, kenangan sudirman

    Heliza Makan Buah Sebelum Nasi

    Posted: 15 Feb 2011 04:41 AM PST


    PENYANYI dan pelakon Heliza Helmi mempunyai satu tabiat pelik apabila dia gemar membeli produk kecantikan, namun ia hanya untuk memenuhi meja soleknya sahaja kerana tidak menggunakan produk yang dibeli itu sepenuhnya.

    Sebenarnya ada cerita yang berlaku di sebalik perkara itu. Semuanya disebabkan kulit Heliza mudah sensitif dan jika memakai produk penjagaan kulit dan kosmetik tertentu yang pasti membuatkan kulitnya membengkak dan menjadi rengsa.

    Pengalaman sebelum ini menurut Heliza, gara-gara gam yang terdapat pada bulu mata palsu menyebabkan matanya menjadi bengkak dan bulu matanya gugur.

    Insiden tersebut berlaku semasa pelakon filem 'Syurga Cinta' ini terlibat dalam rancangan realiti Akademi Fantasia musim kelima (AF5), tiga tahun lalu.

    "Sebab itu saya kurang menggunakan produk penjagaan kulit dan kosmetik. Semasa minggu ketujuh dalam AF5, mata saya menjadi bengkak kerana memakai bulu mata palsu.

    "Mungkin gam bulu mata palsu itu tidak sesuai dengan kulit saya jadi sebab itu selepas saya membuka bulu mata palsu itu, terus bulu mata yang asal gugur semuanya.

    "Jadi, sekarang ini saya agak berhati-hati untuk memakai gam bulu mata palsu sebaliknya hanya menggunakan gam jenama Shu Uemura yang sesuai dengan mata saya kerana ia membolehkan saya mampu bertahan selama empat jam memakai alat kecantikan itu," katanya kepada Mingguan mStar di pejabatnya Heliza Helmi Production Sdn Bhd (HHP).

    Tambahnya: "Orang selalu puji mata saya cantik tetapi cerita di sebalik itu orang tidak tahu. Sebab tersilap menggunakan gam bulu mata palsu, mata saya menjadi bengkak dan bulu mata gugur.

    "Selain itu, mata saya juga mengalami masalah konjunktivitis akibat memakai kanta lekap terlalu lama. Saya mengalami rabun jauh, jadi saya terpaksa selang seli memakai kanta lekap dan cermin mata."



    Minum air daun pegaga

    Menyelak rutin harian penyanyi lagu Hello dan Chord G ini, dia mengamalkan petua meminum segelas air masak setiap kali bangun pagi.

    Selepas itu, dia akan bersarapan pagi dengan mengambil nasi. Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu akui bukanlah seorang yang banyak pantang ketika menikmati makanan.

    "Saya jenis suka makan tetapi waktu makan saya tidak teratur. Tetapi bagi mengekalkan tenaga, saya akan minum Milo dan mengambil vitamin setiap hari.

    "Saya juga makan buah-buahan terlebih dahulu iaitu setengah jam sebelum makan dan minum jus oren yang dibuat sendiri," katanya.

    Amalan kecantikan Heliza sebenarnya banyak dipengaruhi oleh rakan-rakan, bahan bacaan dan program televisyen.

    Menariknya, dia sempat berkongsi tentang petua minum air daun pegaga untuk mengelakkan masalah kesihatan badan menerusi program Nona di TV3.

    "Tentang amalan tradisional, saya pernah menempek serbuk kunyit yang dicampur air pada muka sewaktu zaman sekolah dulu.

    "Ada juga kawan-kawan yang mengesyorkan menyapu gincu pada jerawat. Petua lain adalah menyapu serbuk buah keras yang telah dibakar pada kening untuk melebatkan kening.

    "Mak saya pula selalu mengingatkan saya untuk berdoa dan mengamalkan air sembahyang," katanya yang membaca buku tentang petua awet muda.

    Sudah namanya wanita, dia sesuai digelar sebagai 'kaki' membeli-belah terutama membeli kasut dan pakaian.

    Namun model iklan Sunsilk dan Garnier ini tidak terlalu mementingkan jenama tetapi asalkan sesuatu produk itu cantik dan selesa.

    Antara produk kecantikan yang menjadi pilihan Heliza adalah Johnson & Johnson, Garnier, Loreal, Listerine, Natopherol Dermal dan Olay.

    Kosmo Online - Hiburan

    Kosmo Online - Hiburan


    Tak mabuk, tak lari

    Posted:

    Tak mabuk, tak lari

    Tak mabuk, tak lari



    KONTROVERSI hitam penyebaran gambar panas bersama seorang gadis pantas membuatkan khalayak mula memandang serong terhadap dirinya. Selepas kontroversi itu, Nabil akui bukan mudah untuknya membersihkan imej buruk yang terpalit ke atas dirinya.

    Sepi seketika daripada kisah sensasi, namanya tiba-tiba kembali diperkatakan. Dia dikatakan salah seorang pengunjung sebuah pusat hiburan yang berjaya meloloskan diri sebaik sahaja pihak polis membuat serbuan minggu lalu.

    Menyedari dirinya adalah individu yang dimaksudkan itu, pelakon komedi berkenaan lantas menjawab segala persoalan yang timbul kerana tidak mahu peminat terus memberikan persepsi buruk terhadapnya.

    "Memang saya hairan kenapa nama saya telah dikaitkan dengan kontroversi berkenaan. Saya sendiri tidak pernah menjejakkan kaki di pusat hiburan yang dimaksudkan itu.

    "Apa yang saya tahu kejadian tersebut berlaku pada 29 Januari yang lalu. Sedangkan pada tarikh itu saya berada di rumah dan tengah memasang perabot yang baru dibeli di Ikea," tegasnya ketika diminta memberi penjelasan berhubung perkara itu.

    Ketika diberitahu terdapat rakaman melalui kamera litar tertutup di pusat hiburan itu, dia menjelaskan tidak ada apa yang perlu dirisaukan olehnya kerana dia bukanlah juara Raja Lawak tersebut.

    Bagaimanapun, dia turut meluahkan rasa kesalnya dengan tuduhan yang dilemparkan ketika dia sedang berusaha untuk memulihkan kembali namanya yang sudah tercalar sebelum ini.

    Menurutnya, selepas berlaku kontroversi yang mengaibkannya, dia sedaya upaya untuk mengelak agar tidak lagi dikaitkan dengan sebarang cerita-cerita panas membabitkan dirinya.

    "Bayangkan semasa kecoh mengenai cerita saya berciuman dengan seorang gadis, hampir sebulan saya tidak keluar ke mana-mana kecuali ke set penggambaran.

    "Keadaan itu membuatkan saya agak sedikit tertekan tetapi masih lagi boleh dikawal. Kalau nak diikutkan kata hati, dah lama saya ambil keputusan untuk berhenti sahaja daripada menjadi artis," luahnya.

    Pada masa yang sama, dia juga tidak menafikan bahawa segala kontroversi yang timbul telah menyebabkan perjalanan hidup dan kariernya sedikit terjejas.

    Namun dia menganggap segala yang berlaku itu adalah asam garam dalam kehidupan sebagai seorang artis. Ujarnya, dia sangat bersyukur kerana peminat masih lagi memberi sokongan terhadap dirinya walaupun kerap dilanda dengan pelbagai kontroversi.

    Berserah pada takdir

    Semenjak hubungan percintaannya dengan Irma Hasmie putus akhir tahun lalu, Nabil berterus terang bahawa sehingga kini dia masih lagi belum mempunyai kekasih.

    Mengakui sangat kecewa apabila percintaannya putus di tengah jalan, buat masa ini dia lebih selesa untuk hidup solo dan mahu menjadikan karier lakonan sebagai keutamaan dalam hidupnya sekarang.


    ANTARA barisan finallis Artis Komedi Lelaki dan Wanita Popular yang diraikan Rafflesia dan Mandalay.


    "Bukan tidak mahu mencari pengganti, tetapi kekecewaan terhadap kegagalan cinta lalu masih belum lagi hilang. Jadi saya tidak mahu memeningkan kepala untuk memikirkan soal cinta.

    "Lagipun sekarang saya lebih selesa untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. Tentang jodoh pula, saya hanya berserah pada takdir dan sedia menerima siapa sahaja untuk menjadi teman hidup saya nanti," ujarnya.

    Tambahnya lagi, sejak bergelar solo dia gemar memberi tumpuan kepada kerjayanya. Sekiranya ada masa lapang, dia lebih banyak meluangkan masa lepak bersama rakan-rakannya.

    Sementara itu, ketika ditanya mengenai status hubungannya dengan gadis bernama Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, dia sekali lagi menegaskan bahawa tidak ada sebarang hubungan istimewa antara mereka berdua.

    Selepas tercetusnya kontroversi yang membabitkan dirinya dan Uqasha tidak lama dahulu, Nabil memberitahu, gadis berkenaan juga kini sudah tidak lagi menghubunginya.

    "Hubungan kami memang tidak lebih daripada sekadar kawan biasa. Malah, kami sudah tidak lagi berhubung kerana mungkin dia tidak mahu lagi dikaitkan dengan sebarang kontroversi dengan saya," jelas Nabil.

    Watak serius

    Dikenali sebagai seorang pelakon komedi popular, pelawak yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan ini mengakui ada menyimpan hasrat untuk cuba memainkan watak yang lain berbeza.

    Ujarnya, sepanjang tiga tahun berkecimpung dalam dunia hiburan, Nabil memberitahu dia belum pernah lagi mendapat tawaran lakonan yang mahukannya membawakan watak serius.

    "Sebenarnya saya tidak mahu terikat dengan watak komedi sahaja dan begitu teringin untuk membawa watak yang lebih mencabar sebagai satu cabaran dalam karier lakonan saya.

    "Bagaimanapun, kebanyakan pengarah masih belum berani untuk menawarkan watak yang lebih mencabar. Bukannya saya sudah bosan tetapi tidak semestinya saya berlakon dalam rancangan komedi selama-lamanya," luah Nabil.

    Ujarnya lagi, dia berharap agar sedia diberi peluang untuk mengembangkan karier lakonannya dan tidak mahu terlalu selektif untuk memegang apa sahaja watak yang ditawarkan.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Feminisme Mary J. Blige

    Posted:

    Feminisme Mary J. Blige

    Feminisme Mary J. Blige


    MARY J. BLIGE tidak memerlukan gimik berlebihan untuk memukau peminat, cukup dengan vokal mantapnya.


    MUNCUL dalam dunia muzik Hollywood pada tahun 1992, Mary J. Blige awal-awal lagi telah meraih perhatian khalayak dengan keunikan muziknya yang tersendiri. Ya, dia membawa muzik yang selalu menjadi makanan penyanyi kulit hitam sepertinya, hip hop, namun yang membuat Mary lari daripada penyanyi sedia ada adalah hip hop yang dibalut dengan irama soul yang mengasyikkan.

    Membuat penyanyi kelahiran Amerika Syarikat ini lebih menangkap perhatian terutama golongan wanita adalah lirik-lirik lagu yang dihasilkan wanita ini - ringkas, tetapi penuh semangat juang dan menjadi pengubat patah hati.

    Lebih menarik apabila Mary turut banyak menyelitkan lagu yang penuh semangat feminisme sebagai lambang wanita harus kuat dan jangan mudah tewas dengan lelaki.

    "Saya menghasilkan muzik daripada pengalaman hidup dan apa yang terjadi di sekitar saya," begitu jawab Mary dalam sesi sidang akhbar sewaktu ditanya tentang muziknya yang mampu memikat jutaan hati peminatnya.

    Apa yang dikatakan Mary dibuktikan dalam kebanyakan judul albumnya seperti Love & Life, Growing Pains dan Stronger With Each Tears yang merupakan album terbarunya. Dia menggunakan muzik sebagai saluran menyampaikan segala kepedihan, perjuangan, cinta dan kegembiraan yang akhirnya menjadi satu semangat buat semua pencintanya.

    Telah memenangi sembilan anugerah Grammy dan empat kali anugerah American Music Awards, tiada yang lebih mengujakan pencinta wanita ini apabila dia singgah ke Malaysia sebagai salah satu destinasi siri jelajah konsert Saved My Life yang diadakan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen, Kuala Lumpur.


    PERSEMBAHAN penuh energatik Mary J. Blige mendapat sorakan peminatnya.


    Muncul di atas pentas sekitar pukul 9.15 minit malam dalam persalinan serba hitam, Mary tidak menunggu lama untuk mengajak peminatnya terpegun dengan persembahan yang dipamerkan. Dia tidak membuang masa lebih sejam waktu konsert dengan menghidangkan satu per satu lagu hitnya seperti I Can Love You, Love No Limit, Love Is All We Need dan Overture dengan cukup bertenaga.

    Hanya seorang diri mengalunkan lagu-lagu romantiknya, tanpa sebarang gimik, Mary tetap memukau. Sesekali pada lagu-lagu berentak rancak, dia menari bersama dua penari dan gerak tari yang dibikin Mary telah membuat penonton teruja untuk turut menari bersamanya.

    "Saya begitu teruja kerana dapat menghiburkan anda semua di Malaysia. Ayuh bangun menari bersama saya," katanya yang mengajak peminat yang duduk di dalam dewan berdiri dan menari mengikut alunan lagu yang dipersembahkan.

    Tidak menghampakan peminat, tentunya tiga hit yang telah membikin fenomena Mary di seluruh dunia iaitu Family Affair, No More Drama dan Be Without You turut termuat dalam untaian lebih 25 lagu yang dipersembahkan.

    Jujurnya, tiada yang luar biasa pada persembahan Mary malam itu. Namun ia mengesankan apabila Mary tidak berlebihan untuk membuktikan bahawa dialah diva Mary J.Blige yang membuat sebuah persembahan spektekular.

    Sebaliknya dengan sebuah set pentas yang sederhana tetapi menjadi dramatik dengan bantuan pencahayaan serta pemuzik dan muzik yang telah diprogram lebih awal, Mary memikat hati peminat dengan vokal mantap dan gerak lincahnya di atas pentas. Itu sudah cukup membuat peminatnya terus jatuh cinta dengan penyanyi yang serba sederhana ini. - MALIAH SURIP

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Katrina Kaif mahu anak

    Posted:

    Katrina Kaif mahu anak

    Katrina Kaif mahu anak


    KATRINA KAIF


    BERIMEJ seksi menghiasi muka depan majalah GQ India edisi Februari, pemilik nama Katrina Kaif pastinya bertambah popular dan menjadi bualan para peminat.

    Kandungan majalah tersebut memaparkan sesi wawancara bersama aktres jelita itu mengenai perkembangan terbarunya di dalam industri hiburan Bollywood.

    Dia yang kini sibuk dengan penggambaran filem Mere Brother Ki Dulhan arahan Yash Raj memberitahu, bergelar seorang pelakon merupakan kerjaya yang cukup menarik tetapi penuh dengan kesukaran.

    "Saya diperhatikan dan dihakimi oleh orang ramai. Kehidupan saya juga akan tersiar di dada akhbar. Misalnya menonjolkan naluri seksual wanita secara terbuka bukanlah sikap diri saya yang sebenar.

    "Saya tidak selesa untuk menonjolkan diri dengan kelakuan sebegitu secara berlebihan dan ia terlalu teruk untuk pandangan segelintir audiens. Bagaimanapun, paling penting apa yang dilakukan itu datang daripada jiwa semula jadi," terangnya.

    Mengimbau kembali perjalanan kehidupannya, Katrina dilahirkan di Hong Kong. Dia juga telah dibesarkan di dua buah negara iaitu Perancis dan Jepun sewaktu kecil.

    Sewaktu meniti usia 11 tahun, Katrina yang juga berkecimpung dengan dunia peragaan telah berpindah ke Hawaii sebelum menghabiskan dunia remajanya di London ketika berumur 13 tahun.

    "Perasaan saya begitu kosong, malu dan sunyi. Ia seolah-olah seperti makhluk asing. Situasi yang saya lalui bagaikan tidak terurus. Saya begitu teringin untuk menyelesaikannya," ceritanya yang memulakan karier lakonan menerusi filem Boom arahan Kaizad Gustad ketika berusia 18 tahun.

    Lupa seketika mengenai kehidupan silamnya itu, dia memilih untuk menggunakan nama Katrina Kaif hasil gabungan daripada nama ayahnya iaitu Mohammed Kaif.

    Sementara itu, apabila bercerita mengenai alam rumah tangga, Katrina mempunyai pendirian tersendiri.

    "Adakah saya akan berkahwin dalam tempoh dua tahun akan datang? Saya sendiri tidak pasti. Tetapi dalam usia sekitar 33 tahun, saya perlu mempunyai cahaya mata. Namun, kita hanya mampu merancang.

    "Saya tidak mahu berkahwin tetapi tidak mungkin anak saya akan membesar tanpa belaian seorang ayah," tegas Katrina yang berusia 27 tahun.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Harian Metro: Rap

    Harian Metro: Rap


    Buka butik penyusuan susu ibu

    Posted: 15 Feb 2011 06:37 AM PST

    JIKA selebriti terkenal lain bimbang bentuk badan mereka berubah selepas melahirkan anak, pelakon dan pengacara jelita, Dynas Mokhtar pula bertuah kerana tubuhnya kini kembali langsing seperti dulu. Semuanya kerana dia menyusukan anaknya, Khyra Khalyssa, 10 bulan, dengan susu badan sepenuhnya.

    "Saya memang merancang untuk memberi susu badan sepenuhnya kepada Khyra kerana susu ibu adalah makanan terbaik buatnya. Setakat ini, saya sudah berjaya menyusukan Khyra selama 10 bulan. Kalau kaum ibu mampu menyusukan anak mereka sehingga usia setahun pun sudah bagus untuk perkembangan kanak-kanak.

    "Saya bukannya pakar dalam hal ini, tetapi apa yang saya tahu bayi yang menyusu badan antibodinya juga kuat dan tidak mudah dijangkiti penyakit kronik termasuk berat badan berlebihan. Jika bayi itu demam pun kerana tumbuh gigi saja yang juga perkara biasa dialami bayi dalam tempoh pembesaran awal mereka," katanya.

    Pemilik nama sebenar Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 28, ternyata cukup prihatin dengan penyusuan susu ibu di kalangan ibu muda di negara ini.


    Justeru, tidak hairanlah Dynas terpanggil mengusahakan butik berkaitan penyusuan susu ibu iaitu Dynas Nursing Attire (DNA) yang bakal beroperasi di The Curve, Damansara, Mac ini.


    "Butik DNA menjual baju khas untuk kaum ibu menyusu badan, peralatan berkaitan menyusu badan seperti pam kecil dan beg ais.

    "Baju menyusu ini juga boleh dipakai ke pejabat dan wanita tidak akan berasa malu untuk menyusukan anak mereka ketika bekerja. Mungkin ada kaum wanita malu untuk menyimpan susu badan mereka dalam peti sejuk di pejabat sebab itu kami jual beg khas untuk kemudahan menyimpan susu badan di pejabat.

    "Terus terang, saya tidak faham jika ada segelintir wanita yang memberi alasan berdepan dengan masalah untuk menyusu badan kerana sudah ada pelbagai peralatan untuk kemudahan ibu menyusu bayi mereka," katanya.

    Kata Dynas yang juga duta produk pelangsingan badan Kunzense, dia juga merancang untuk menyusukan Khyra sehingga berusia dua tahun.

    "Saya juga tidak terfikir untuk menyusukan Khyra dengan susu formula kerana khasiat susu ibu yang tidak ternilai. Tiada alasan buat kaum ibu tidak menyusukan anak mereka dengan susu badan jika tiada masalah kesihatan atau dia memang kurang susu," katanya.

    Tambah Dynas lagi, dia juga mendapat sokongan padu suaminya, Mohd Hafizy Hafiz untuk menyusukan Khyra dengan susu badan sepenuhnya.

    "Suami menyokong apa yang terbaik untuk proses pembesaran Khyra. Saya juga dapat menurunkan berat badan dengan cepat, sejak menyusukan Khyra dengan susu badan sepenuhnya," katanya.

    Mengenai perkembangan bisnes butiknya, kata Dynas, fokusnya kini hanya pada butik DNA semata-mata.

    "Sebenarnya, saya sudah membubarkan butik dengan Awal Ashaari iaitu D&A: Celebrity di Hartamas dan D&A Fashion Cafe yang diusahakan bersama rakan kongsi Adrina Osman sebelum ini. Begitu juga rakan kongsi dengan pusat beli-belah, Empire Shopping Gallery yang sudah dibubarkan," katanya.

    Dynas timba pengalaman bekerja dengan Wan Hasliza

    SELEPAS bergelar ibu, rezeki Dynas semakin murah dalam bidang lakonan. Telefilem terbaru lakonannya, Dan Sebenarnya (Dalam Mimpi Ada Realiti) terbitan KL Motion Picture Company.

    Kata Dynas, dia membawa watak pembantu bernama Hana yang juga kawan baik kepada watak utamanya, Maira (lakonan Sazzy Falak) dalam telefilem arahan Wan Hasliza itu.

    "Saya terima tawaran berlakon dalam cerita ini kerana ingin bekerja dengan Wan Hasliza yang juga pengarah dan penulis skrip cerita itu sekali gus. Saya juga tidak pernah bekerja dengan Sazzy dan Nazril dalam drama sebelum ini dan ia pengalaman yang cukup mengagumkan dan lakonan mereka juga semula jadi.

    "Cerita ini mengisahkan percintaan dalam mimpi Maira dan Doktor Harris (lakonan Nazril Idrus). Hana adalah anak orang kaya dan gadis yang ceria. Dia adalah tunang doktor Harris dan mereka putus apabila doktor itu bercinta dengan Maira yang ditemui dalam mimpinya itu," katanya.

    Pengalaman bekerja dengan Wan Hasliza pula, kata Dynas, dia pengarah yang cukup teliti dan mendalam serta tahu apa yang di mahukannya dalam cerita itu.

    "Cerita itu akan menjadi 80 atau 90 peratus seperti yang dikehendakinya. Penggambaran cerita ini sudah selesai tahun lalu dan saya berharap peminat akan menonton cerita itu kerana ia adalah filem yang bagus dan jalan ceritanya juga menarik. Telefilem ini akan disiarkan pada 13 Mac ini, jam 10 malam di Saluran Astro Citra (saluran 131)," katanya.

    Selain itu, Dynas juga baru selesai penggambaran drama Pengorbanan Terakhir juga arahan Wan Hasliza bergandingan dengan Hairie Othman untuk TV9.

    "Ini antara skrip yang paling bagus pernah ditawarkan pada saya. Saya bawa watak utama Erin yang mengalami tekanan kerana sering keguguran dan apabila mengandung dia disahkan menghidap kanser ketika usia kandungannya mencecah lima bulan. Dia juga enggan menjalani kimoterapi kerana ingin melahirkan anaknya itu," katanya.

    Selain itu, Dynas juga berlakon dalam drama Cinta Antara Kita untuk Slot Akasia di TV3. Dia hanya mahu bawa watak pembantu dalam cerita diterajui Puteri Sarah dan Siti Elizad. Tidak ketinggalan, dia juga berlakon dalam Awan Dania musim baru dan menjadi hos Si Kecilku... Chakk!! yang disiarkan di TV3 sejak 5 Oktober lalu.

    Dalam perkembangan lain, peminat Dynas juga boleh berhubung dengannya menerusi blog khusus DynasFanClub yang akan mengemaskini perkembangan karier seninya dan kelab itu turut merapatkan hubungannya dengan seluruh ahli termasuk dari Sabah dan Sarawak. Pada masa sama, dia merancang buat lebih banyak program amal bersama ahli kelabnya pada tahun ini.

    PROFIL

    NAMA PENUH: Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar

    ASAL: Petaling Jaya, Selangor

    TARIKH LAHIR: 8 Mac 1983

    PENDIDIKAN: Diploma Komunikasi Massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.

    KERJAYA: Model, pengacara dan pelakon

    STATUS: Berkahwin

    NAMA SUAMI: Mohd Hafizy Hafiz

    NAMA ANAK: Khyra Khalyssa, 10 bulan

    DRAMA: Di Bawah Ketiak Isteri

    FILEM: Apa Kata Hati, Dunia Baru The Movie, Impak Maksima, Kayangan, Haru Biru, Main-Main Cinta, I Know What U Did Last Raya dan Cinta Kolesterol.

    PROGRAM: Beat TV (2002-2004)

    PENCAPAIAN: Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-21; Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 dan 2008.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Finas sasar RM100 juta

    Posted: 15 Feb 2011 06:20 AM PST

    USAHA berterusan oleh Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Mohd Mahyidin Mustakim menerusi penganjuran Malam Bersama Bintang dan pelbagai program lain membuahkan hasil positif apabila berjaya mendekatkan agensi kerajaan itu dengan masyarakat.

    Begitu juga dengan penganjuran Hari Terbuka Finas yang diperkenalkan sejak 2009 turut mendapat sambutan hangat daripada masyarakat. Acara ini antara komponen aktiviti program induk Program Merakyatkan Filem (PMF) yang diilhamkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim pada 2006.

    Tahun ini, edisi ketiga Hari Terbuka Finas berlangsung selama dua hari pada 12 dan 13 Februari lalu yang dirasmikan Datuk Seri Dr. Rais pada Sabtu. Majlis ini dihadiri Pengerusi Finas, Datuk Seri Salleh Tun Mohd Said Keruak, Senator Tan Sri Dr Jins Shamsuddin, Datuk L Krishnan, Datuk HM Shah, penggiat filem serta orang ramai.

    Meskipun memuji apa yang dilakukan Finas, Datuk Seri Dr Rais sempat mengingatkan Finas mengenai peranannya sebagai agensi yang bertanggungjawab membantu penerbit menghasilkan filem yang terbaik sehingga mengangkat nama negara ke mata dunia.


    "Tahniah kepada Finas yang berjaya buat Hari Terbuka untuk penggiat filem. Program Hari Terbuka ini umpama menjadi tradisi setiap tahun yang menghimpunkan penggiat filem untuk sama-sama memeriahkannya. Namun, saya sarankan supaya Finas lebih tumpukan kerja dalaman serta mengeluarkan produk yang bermutu dan dapat pengiktirafan," katanya.


    Peningkatan jualan pasaran filem turut mendapat reaksi positif daripada Datuk Seri Rais. Berdasarkan jumlah itu, dia meminta Pengerusi Finas dan pasukannya terus menggembleng tenaga bagi meningkatkan hasil kutipan filem.

    "Jika melihat pada data, jumlah filem yang dihasilkan pada 2007 sebanyak 21 dengan jumlah kutipan sebanyak RM30 juta. Tahun 2008 pula dengan 25 filem mendapat RM43 juta. Tahun 2009 pula dengan 26 filem mendapat RM51 juta dan tahun 2010 dengan 29 filem mendapat kutipan RM76 juta.

    "Tahniah kepada Finas dan lebih-lebih lagi kepada pengeluar dan produser filem kita. Untuk tahun 2011, saya mungkin wujudkan KPI (Penilaian Indeks Prestasi) kepada Pengerusi Finas dan Ahli Lembaga Finas supaya dapatkan tak kurang RM100 Juta. Saya juga berazam pada diri sendiri untuk lebih merapatkan diri dengan Ahli Lembaga Finas," katanya yang disambut dengan tepukan gemuruh semua yang hadir.

    Bagi mencapai hasrat ini, perkara pertama yang ingin dilihat beliau ialah mahu mewujudkan organisasi semua persatuan hiburan dengan lebih tersusun berbanding sekarang yang ada 11 persatuan.

    "Saya akan cari jalan supaya persatuan diminimumkan. Cubalah cari jalan ke arah itu supaya kita dapat wujudkan senario sebagai pembikin filem yang berjaya. Saya yakin bila dapat kurangkan jumlah, jurang antara kita dapat dikecilkan. Perkara ini sudah lama saya kemukakan. Saya juga mencari erti dan fungsi filem Malaysia.

    "Menerusi cara ini saya akan menggalakkan penerbit kaum India buat filem mengenai orang Melayu atau orang Cina dan penerbit kaum Cina buat filem mengenai orang Melayu. Orang Melayu juga perlu buat filem mengenai dua kaum lain ini. Kita perlu mencontohi Datuk L Krishnan yang menghasilkan filem Melayu dulu," jelasnya.

    Datuk Seri Rais turut menyampaikan berita baik mengenai duti hiburan yang menjadi isu baru-baru ini. Ia tercetus apabila Finas meminta kerajaan mengkaji semula cara pemberiannya kerana ia menggunakan duit koceknya sendiri. Perkataan duti hiburan kini diganti dengan skim insentif yang mana semua penerbit akan memperolehnya.

    "Duti hiburan terletak di bawah kerajaan negeri dan ada sesetengah kerajaan negeri tak mahu melakukan tanggungjawab itu. Kami tiada kuasa nak minta dari mereka. Tapi kami tetap ingin teruskan misi menolong penerbit filem kita menerusi skim insentif. Filem yang kurang berjaya juga dapat sedikit bantuan.

    Ia akan diberikan secara adil berdasarkan jualan tiket sesebuah filem.
    "Kita akan kaji semula mekanisme kerana sebelum ini filem yang berjaya, menerima 20 peratus daripada hasil jualan tiket. Saya minta Finas halusi perkara ini dan adakan perbincangan dengan persatuan pengeluar filem untuk mencari jalan penyelesaian," katanya.

    Selain melawat ruang pameran dan gerai yang terdapat di situ, Datuk Seri Rais turut merasmikan studio yang akan berfungsi sebagai bengkel latihan Finas yang dinamakan Studio Ho Ah Loke dan Studio L Krishnan, yang mengambil nama dua tokoh legenda perfileman tanah air.

    Sementara itu, Mohd Mahyidin berkata mereka masih mengekalkan tema Filem Citra 1Malaysia untuk Hari Terbuka Finas tahun ini selari dengan hasrat Datuk Seri Rais agar penggiat filem Malaysia menerbitkan lebih banyak filem yang membawa wajah atau identiti 1 Malaysia.

    "Mengambil beberapa contoh filem ini ialah Papadom, Talentime, Gubra dan Estet. Maka keunikan, kepelbagaian budaya, toleransi, keharmonian bangsa dan elemen gagasan 1Malaysia seharusnya dijadikan identiti filem Malaysia. Objektif Hari Terbuka Finas diadakan ialah untuk memberi kefahaman dan penjelasan kepada orang ramai mengenai peranan dan fungsi Finas. Ia juga bertujuan mengukuhkan hubungan Finas dengan karyawan, persatuan perfileman mahupun pelanggan-pelanggan Finas," katanya.

    Pelbagai agenda dan aktiviti menarik diatur pada Hari Terbuka Finas itu antaranya sesi bergambar bersama artis, sesi uji bakat lakonan, pameran dan demonstrasi peralatan perfileman, tayangan filem cereka, dokumentari dan filem pendek, taklimat Dana Industri Kreatif, uji bakat pembaca berita, gerai jualan, sesi interaktif dan pertandingan karaoke lagu-lagu filem.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.