Adsense

Khamis, 27 Januari 2011

aReaL&Celebrity

aReaL&Celebrity


Koleksi Gambar Dato Siti Nurhaliza Ber-Camwhore

Posted: 27 Jan 2011 08:32 PM PST

Salam 1Malaysia,Haa... Siapa Cakap Dato Siti Ni Seorang Yang Terlalu Serius ?? Mana Ada, Anggapan Korang Salah Sama Sekali Tau.. Sekenal Aku La Kan, Dato Siti Ni Seorang Yang Peramah Dan Tak Sombong.. Bukan Macam Ade Setengah Artis Yang Baru Nak Naik Tu.. Kekwat Nak Mampos.. Datang Majlis Dah La Lambat, Pastu Tak Reti-Reti Nak Bersalaman Ngan Aku Peminat Yang Turut Hadir Kat Majlis Tu.. Choii...



Okey,Takmoh Cakap Banyak Pasaal Artis Kekwat Tu, Jom Layan Gambar Tok Ti Ber-Camwhore Ni Lagi Best Kan... Jom...












P/s:How do you define 'healthy'?Let's discover a few simple truths and build towards healthier and balanced lifestyle choices. Try out now!


Cameron Highlands, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, Kemalangan Bas, Kemalangan Jalan Raya, KM15 ,gambar kemalangan di Jalan Pekan Nenasi, gambar kemalangan di tali air, gambar kemalangan dipahang, Isu Semasa, kemalangan bas, kemalangan bas di Jalan Pekan Nenasi,rekod, pecah rekod, nuffnang, unique visitor nuffnang, innit nuffnang, bilangan pengunjung, absolute unique visitor, count unique visitor, php unique visitor, php visitor counter, unique user, unique visitor google, unique visitor statistics, unique visitor stats, unique visitor traffic, unique visitors, website visitors, analytics unique visitors, monthly unique visitors, unique visitors definition, website unique visitors,Proton inspira,facebook,ipad,Malaysia,benci bilang cinta,youtube,world cup 2010,yahoo,justin bieber,login facebook,fb,games,utusan online terkin,google,mudah.com.my,Selangor,mail,didi games,yahoo mail,fifa,you,maher zain,david villa,justin bieber,lionel messi,luna maya,ronaldhino,din beramboi,Fernando torres,lady gaga,kaka,hanis zalikha,cristiano ronaldo,lee min ho,van persie,adam lambert,iker casillas,siti nurhaliza,mesut ozil,paul tan,fabregas
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

Takziah Kepada Wilma Muhammad Sekeluarga...

Posted: 27 Jan 2011 06:47 PM PST

Salam Buat Semua, Takziah Di Ucapkan Kepada Wilma Muhammad Diatas Permergian Suami Tercinta Pada Petang Kelmarin Akibat Serangan Jantung,Untuk Pengetahuan Korang, Wilma Muhammad Ni Merupakan Salah Satu Pelakon Yang Pernah Popular Satu Ketika Dahulu Dengan Filem Pasrah Dan Ghazal Untuk Rabiah,Dia Kini Tidak Lagi Aktif Didalam Dunia Seni Dan menumpukan Sepenuh Masa Kepada Keluarga Tercinta.


Pernah Memanangi Anugerah Bintang Harapan Wanita Terbaik *Tahun 1997* Dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik *Tahun 2010* Di Festival Filem Malaysia.Info Berkenaan Arwah Suaminya Agak Sukar Di Perolehi Buat Masa Ini, Akan Di Update Apabila Aku Dapat Info Nanti.. Apapun, Al Fatihah Buat Arwah.. Semoga Di Tempatkan Dengan Orang-Orang Yang Beriman.. Amin...

Gambar Wilma Yang Mula Bertudung Selepas Berkahwin.. Alhamdullilah..

P/s:DariNYA Kita Datang,Dan KepadaNYA Juga Kita Akan Kembali..


Cameron Highlands, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai, Kemalangan Bas, Kemalangan Jalan Raya, KM15 ,gambar kemalangan di Jalan Pekan Nenasi, gambar kemalangan di tali air, gambar kemalangan dipahang, Isu Semasa, kemalangan bas, kemalangan bas di Jalan Pekan Nenasi,rekod, pecah rekod, nuffnang, unique visitor nuffnang, innit nuffnang, bilangan pengunjung, absolute unique visitor, count unique visitor, php unique visitor, php visitor counter, unique user, unique visitor google, unique visitor statistics, unique visitor stats, unique visitor traffic, unique visitors, website visitors, analytics unique visitors, monthly unique visitors, unique visitors definition, website unique visitors,Proton inspira,facebook,ipad,Malaysia,benci bilang cinta,youtube,world cup 2010,yahoo,justin bieber,login facebook,fb,games,utusan online terkin,google,mudah.com.my,Selangor,mail,didi games,yahoo mail,fifa,you,maher zain,david villa,justin bieber,lionel messi,luna maya,ronaldhino,din beramboi,Fernando torres,lady gaga,kaka,hanis zalikha,cristiano ronaldo,lee min ho,van persie,adam lambert,iker casillas,siti nurhaliza,mesut ozil,paul tan,fabregas
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Masa cukup

Posted:

Masa cukup

Masa cukup

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar ABDUL NAZIR MOHAMED dan ihsan ASTRO


HIZBUR (kanan) bersama juara Imam Muda musim pertama, Asyraf sewaktu malam akhir Imam Muda yang berlangsung pada 30 Julai tahun lalu.


MELIHAT kepada raut wajahnya itu sahaja, pasti ramai yang berpendapat Hizbur Rahman Omar Zuhdi atau lebih dikenali sebagai Hizbur ini seorang yang cukup serius.

Ada yang berkata memang sukar sekali untuk melihat Hizbur tersenyum dan kerana itulah, dia telah dilabelkan sebagai seorang yang sukar untuk didekati.

Jika hendak dibandingkan Hizbur dengan juara Imam Muda, Muhammad Asyraf Mohd. Ridzuan atau Asyraf, ternyata teman seperjuangannya itu memiliki personaliti yang cepat mesra dan cukup mudah untuk didekati.

Atas alasan itu juga, ramai yang mengandaikan kegagalan Hizbur untuk bergelar juara sulung Imam Muda tahun lalu adalah kerana perwatakan serius yang sering terpancar di wajahnya.

Sedangkan kalau diukur pada kelebihan yang dimiliki Hizbur, dia juga tidak kurang hebatnya dan memiliki kriteria yang cukup lengkap untuk menjunjung gelaran seorang Imam Muda.

Bertemu dengan Hizbur dalam satu sesi fotografi di Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, baru-baru ini, dia menjawab segala persoalan yang diajukan dengan cukup tenang. Sedikit pun dia tidak menunjukkan riak wajah yang tidak selesa.

Sambil menghela nafas perlahan-lahan dia menyusun butir bicaranya dan memberikan justifikasi terhadap soalan yang ditujukan kepadanya itu.

"Saya memang sedar ramai yang berkata begitu. Riak wajah saya sering disalah ertikan oleh sesetengah pihak yang merasakan saya seorang yang serius dan tidak mudah untuk didekati.

"Ada yang berkata dan meminta saya banyakkan senyum dan cuba menjadi seorang yang ceria. Segala komen saya ambil dan terima untuk saya perbaiki demi kebaikan diri saya sendiri.

"Sekarang, saya sedang cuba untuk mengubah keadaan itu dan insya-Allah, saya akan melakukannya secara perlahan-lahan.

"Sebenarnya ini adalah diri saya sendiri dan tidak mungkin untuk saya menjadi orang lain. Kalau ada yang cuba hendak membandingkan saya dengan Asyraf, itu adalah hak masing-masing.

"Bagi saya, Asyraf ada caranya sendiri dan kelebihan dalam melunaskan tanggungjawabnya sebagai seorang imam muda," terang Hizbur memberikan penjelasannya.

Tersendiri

Menurut anak kelahiran Baling, Kedah itu, dia mempunyai gaya dan cara tersendiri dalam menyampaikan dakwah serta menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang imam muda.

Jelasnya lagi, dia begitu selesa dengan konsep tazkirah, ceramah dan kuliah yang sudah biasa dilakukannya sebelum menyertai program Imam Muda lagi.

Maka itu tidak hairanlah, Hizbur sering menjadi pilihan jabatan kerajaan dan swasta yang mahu menggunakan khidmatnya dalam menyampaikan kuliah dan tazkirah.

"Seperti mana yang saya katakan tadi, masing-masing ada cara dan keistimewaan sendiri. Saya yakin dan percaya dengan diri sendiri bahawa kelebihan saya adalah untuk program seperti mana yang disebutkan tadi.

"Saya bersyukur, rezeki sentiasa ada untuk saya dan apa yang membanggakan saya apabila tugas sebagai seorang imam muda ini tidak hanya tertumpu kepada masjid sahaja.

"Sebaliknya peranannya kini semakin besar dan mula mendapat tempat di kalangan orang korporat serta sekolah. Jadi, saya percaya program Imam Muda itu sendiri telah membuka jalan dan memberi peluang kepada kesemua peserta untuk berdakwah kepada masyarakat.

"Selalunya masyarakat, khususnya golongan remaja mempunyai pandangan skeptikal terhadap gelaran imam itu. Bagi mereka iman seorang yang sudah berusia dan berperwatakan serta berpakaian lengkap berjubah dan berkopiah.

"Tetapi, sebagai seorang imam muda, saya dan rakan-rakan lain mahu mengambil pendekatan baru namun tidak melupakan tanggungjawab dan tugas sebenar seorang imam itu," jelas anak muda berusia 27 tahun itu panjang lebar.

Perubahan

Sudah setengah tahun rupanya Hizbur memegang status sebagai naib juara Imam Muda. Sepanjang tempoh itu, dia mengakui kehidupannya telah berubah secara total.

Perubahan yang dimaksudkan Hizbur adalah dari segi pengurusan masa dan juga senario kehidupan di bandar yang disifatkannya cukup mencabar.

Pada awalnya, dia memang tidak menafikan berasa cukup kekok untuk tinggal di kota metropolitan, namun lama-kelamaan dia dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.

Kata jejaka yang dilahirkan pada 1 April 1983 itu, selama ini kehidupannya hanyalah di Baling dan apabila penghijrahan itu berlaku, dia amat merasai perbezaan dalam hidupnya kini.

"Mana tidaknya. Dulu kehidupan saya di Baling hanyalah dalam satu ruang lingkup yang sama sahaja. Tetapi sekarang, banyak perkara yang perlu saya ambil kira dan utamakan.

"Perbezaan ketara apabila saya dapat merasakan masa itu terasa pantas berlalu dan juga aliran masuk dan keluar wang yang cukup deras. Maksudnya, banyak duit yang masuk, keluarnya juga cepat.

"Saya juga banyak korbankan masa yang sepatutnya untuk diri saya dan keluarga demi kerjaya saya sebagai seorang pendakwah.

"Sememangnya waktu kini sudah menjadi terhad buat saya. Jadi, mahu atau tidak, kenalah hadapi semuanya dan harus bijak mengawal serta mengurus masa dengan baik," ujar Hizbur yang merupakan seorang guru tahfiz di kampung halamannya.

Tempias

Tambah Hizbur lagi, bukan hanya dirinya sahaja yang terkesan daripada perubahan hidup yang dihadapinya kini, tetapi tempias popular juga terpercik kepada isterinya, Liliyana Hassanah Yudi, 24.

Jika laman sosial Facebook milik Hizbur sudah mencapai tahap maksimum dengan 5,000 orang pengunjung, akaun isterinya juga mencatatkan bilangan yang sama.

"Mujurlah dia dapat menyesuaikan diri dengan keadaan dan bijak mengawal situasi. Dia juga seperti saya, pada awalnya berasa janggal dengan kehidupan yang baru ini.

"Walaupun sibuk sebagai seorang guru di salah sebuah sekolah agama berhampiran dengan kediaman kami di sini, dia masih mampu menjalankan tugasnya sebagai seorang isteri dengan baik.

"Dia yang menguruskan jadual saya dan setiap kali saya ada urusan, dia akan menyediakan semua keperluan saya selengkap-lengkapnya," ujarnya yang sudah empat tahun mendirikan rumah tangga dengan isteri tercinta yang berasal dari Johor Bahru, Johor.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kejutan buat Wawa

Posted:

Kejutan buat Wawa

Kejutan buat Wawa

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my
Gambar AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN


Pasangan PENGANTIN BARU... WAWA DAN KADIR.


HANYA senaskhah al-Quran yang dipinta oleh pembaca berita Buletin Utama, Azwaliza Azman (Wawa), 30, sebagai mas kahwin pernikahannya. Namun kejutan diberikan oleh Kadir Rashid pada hari perkahwinan mereka ialah RM20,000 sebagai mas kahwin.

Itu belum masuk kejutan untuk jumlah wang hantaran RM50,000 yang diberikan oleh Kadir, 32, sebagai rasa penghargaannya terhadap keikhlasan serta tanda cinta buat si isteri.

Pasangan yang mengikat tali pertunangan pada 22 November 2009 itu selamat melayari bahtera perkahwinan pada malam Sabtu, 22 Januari lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tepat pukul 6.35 petang.

Berwalikan bapanya, Azman Abdullah, Wawa dan Kadir dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd. Haiyazid Mohammad.

"Alhamdulillah, syukur sangat setelah empat tahun saling mengenali akhirnya kami disatukan sebagai suami isteri.

"Rasa lega, sebak dan seperti tidak percaya Kadir sudah menjadi suami saya. Macam mimpi pun ada. Sekarang saya sudah bersedia menghadapi dugaan sebagai suami isteri," kata Wawa yang kelihatan bergenang air mata selepas sah diijabkabulkan.

Ditanya tentang jumlah mas kahwin dan wang hantaran RM70,000 yang diberikan kepadanya, kata Wawa, dia langsung tidak tahu tentang kejutan yang diberikan oleh Kadir buat dirinya.

"Saya memang terkejut sebab masa bertunang dahulu kami tidak pernah berbincang pun tentang wang hantaran. Cuma mas kahwin sahaja saya minta senaskhah al-Quran.

"Bagi saya, kehadiran Kadir dalam hidup saya pun sudah cukup baik. Tetapi saya bersyukur sangat kerana ini sebagai tanda penghargaan yang ditunjukkan oleh Kadir kepada saya," kata Wawa sambil mengukir senyuman.

Berkenalan di sebuah kedai telefon bimbit di Bangsar, Kuala Lumpur empat tahun lalu, rupa-rupanya menjadi detik awal bercambahnya kasih di antara mereka.

Biarpun pernah terputus hubungan selama setahun, Wawa dan Kadir bagaimanapun bertemu kembali di PWTC di mana ketika itu Wawa sedang bertugas membuat liputan Perhimpunan Agung UMNO tahun 2008.

Daripada situ, kasih di antara mereka kian mekar dan akhirnya mengambil keputusan untuk mendirikan mahligai bersama.

"Saya terima dia sebab dia bertanggungjawab. Bayangkan dia sanggup konvoi menghantar saya pulang ke rumah setiap kali apabila saya ada tugasan waktu malam dan ini berlarutan sehingga beberapa bulan.

"Mungkin kerana dia anak sulung jadi tanggungjawab itu memang ada dan perasaan sayang mula berputik bila tengok Kadir ada ciri-ciri kepimpinan itu.

"Kami banyak persamaan. Punya pemikiran dan minat yang sama. Malah, seperti kawan-kawan, kami suka bergurau sesama sendiri," kata Wawa lagi.

Pada majlis tersebut, pasangan itu bertukar-tukar dulang hantaran iaitu sembilan dulang daripada Kadir berbalas 11 dulang daripada Wawa.

Selain wang hantaran RM50,000, hantaran lain yang turut dibawa oleh Kadir adalah sirih junjung, cincin pernikahan, senaskhah al-Quran, jam tangan dan manisan.

Hantaran balas daripada Wawa pula termasuklah sirih junjung, cincin perkahwinan, wangian, manisan dan jam tangan.

Pasangan itu turut diraikan oleh hampir 1,000 tetamu jemputan pada majlis resepsi di Dewan Merdeka, PWTC pada sebelah malam pernikahan mereka.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Celebrity News

Celebrity News


Sharifah Shahira Sah Jadi DJ Suria FM

Posted: 27 Jan 2011 08:20 AM PST

Sharifah Sahira atau lebih mesra dengan panggilan Shira akan digandingkan dengan Zizi dan Halim Othman untuk slot pagi, Suria Breakfast selama empat jam bermula pukul 6 pagi setiap hari Isnin hingga Jumaat.


Dan Berikut "Statement" beliau ketika ditanya oleh wartawan :



"Ya, saya akan menjadi salah seorang penyampai radio Suria FM. Walaupun pertama kali bergelar penyampai radio, saya akan cuba melakukan yang terbaik mengikut cara tersendiri.


"Saya menerima tawaran ini kerana tertarik dengan Suria FM dan mahu mencuba nasib sebagai penyampai radio. Lagipun, Suria FM menghargai bakat saya. Jadi, saya rasa terharu dengan tawaran ini," kata Shahira.



Zoom : Memang sesuai pun sebab Sharifah Shahira ni petah bercakap dan sepontan, sure pagi-pagi gelak dengar telatah dia ni...Tapi ntah jadi ke tak sebab dengar suarau je...


Apa Kata anda ?

Alyah Dan Artis Lain Di Felda Sahabat 3 Lahad Datu !!

Posted: 26 Jan 2011 09:05 PM PST

Noor Hasliah Abu Hasan atau Alyah, 29 telah membuat persembahan di Felda Lahad Datu Sabah dan menurut info di Metro beliau diundang oleh RTM untuk program Rentas Desa Ke Desa Felda. Nak dijadikan cerita Lahad Datu adalah tempah kelahiran ZoOm, boleh tahan juga Alyah ni boleh datang ke Lahad Datu untuk menghibur penduduk diluar bandar. Untuk makluman kawasan Felda dikelilingi oleh kelapa sawit dan perjalanan daripada Bandar Lahad Datu mengambil masa sejam lebih untuk sampai ke Felda Sahabat 3.

Selain daripada Alyah, Rini AF dan artis baru daripada bintan RTM seperti Seri Dewi, Fitri yang datang menghiburkan peneroka, penduduk dan pekerja di Felda Sahabat 3. "WELL DONE", walaupun hanya datang selama 4 hari namun ia sudah pasti cukup untuk memeriahkan majlis dan sudah tentu peminat tidak melepaskan peluang untuk bertemu dengan artis pujaan mereka.

Berikut serba sedikit biodata Alyah ni : 



 

PROFIL:
* NAMA PENUH: Noor Hasliah Abu Hasan
* TARIKH LAHIR: 3 Januari 1981
* ASAL: Gelang Patah, Johor
* Hobi: Berenang, memasak, menyanyi dan mengembara
* IDOLA: Celine Dion, Aishah, Sheila Majid dan Anita Sarawak
* PENCAPAIAN MUZIK:
o Juara Wirawan EON (1994)
o Juara Bintang Pepsi (1996)
o Juara Suara Johor (1997)
o Naib Johan Asia Bagus (1998)
PENGALAMAN: Pernah menyertai One In A Million musim kedua, namun tersingkir pada konsert minggu keempat.
* Kegilaannya untuk menyanyi tidak pernah padam apabila menyertai Fabulous Cats untuk projek album sulung berjudul Fantastik. Album menggunakan judul Alyah turut dicalonkan dalam kategori Album Pop Terbaik AIM 16.

Gosip Artis | Gambar Artis | Berita Hiburan - MatKepoh.com

Gosip Artis | Gambar Artis | Berita Hiburan - MatKepoh.com


Breakfast@Suria FM Bersama Sharifah Shahirah

Posted: 27 Jan 2011 04:50 AM PST

Konti DJ Suria FM kini makin kecoh dengan kehadiran Sharifah Shahirah di pagi hari. Bermula Isnin depan, korang bolehlah dengar suara Sharifah Shahirah yang sangat happy go lucky ni.

Dia akan bersama-sama dengan Zizi dan Halim Othman dalam segmen Breakfast@Suria selama empat jam bermula 6 pagi. Korang boleh dengar pekikan kak Shira ni dari Isnin sampai Jumaat.

Lepas ni bagi mak-mak yang nak kejut anak pergi sekolah, bagi kak Sharifah Shahirah ni pekikkan dekat telinga diorang. pasang radio kuat-kuat! Wakakaka!

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , , ,

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Twitter Siti Nurhaliza Suka Camwhore

Posted: 27 Jan 2011 04:00 AM PST

Waaaaaaa! Siti Nurhaliza sekarang dah jadi camwhore dah sekarang ni. Mungkin sebelum ni Siti Nurhaliza selalu ambik gambar, tapi tak sekerap sekarang ni kan.

Thanks to Twitter! Sebab sekarang Datuk Siti dah boleh up to date gambar dia menerusi Twitter je. Kalau korang nak rasa macam ada dekat sebelah Siti hari-hari, silalah mengadakannya akaun Twitter. Bahabaha!

Kalau korang nak follow Siti Nurhaliza di Twitter, silalah cari @siti_nur11 . Pastikan korang pun daftar ok, kalau tak macam mana nak follow.

Mat Kepoh terasa Datuk Siti bagaikan di sebelah saja. Muahaha! Just kidding!

Related Posts with Thumbnails

Tags: , , , , ,

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Blog Sensasi Ohbayu

Blog Sensasi Ohbayu


(TERKINI) Senarai Manusia Terkaya di Dunia

Posted: 26 Jan 2011 12:36 PM PST

http://www.tekunoloji.com/wp-content/uploads/2010/08/bill-gates.jpg

Sesuatu yang jarang berlaku. Sebelum ini, nampak macam Bill Gates begitu selesa dengan kedudukannya sebagai manusia dan orang terkaya di dunia. Kalau yang paling kuat dirasakan dan mampu beri saingan pun sebelum-sebelum ini adalah Warren Buffet. Ini tidak, ada yang lain telah mengambil alih kedudukan Bill Gates pada tahun lalu sebagai orang terkaya dunia. Siapa agaknya ye?

gates Senarai Manusia Terkaya di Dunia 2010

Berikut senarai 20 orang terkaya di dunia yang diumumkan Majalah Forbes pada 2010:

1. Carlos Slim Helu dan Keluarga (Mexico. Telekomunikasi. AS$53.5 billion)
2. Bill Gates (Amerika Syarikat. Microsoft. AS$53 billion)
3. Warren Buffett (Amerika Syarikat. Berkshire Hathaway. AS$47 billion)
4. Mukesh Ambani (India. Minyak, Gas. AS$29 billion)
5. Lakshmi Mittal. (India) Besi & Keluli. AS$28.7 billion)
6. Lawrence Ellison (Amerika Syarikat. Oracle . AS$28 billion)
7. Bernard Arnault (Perancis. LVMH – barangan mewah. AS$27.5 billion)
8. Eike Batista (Brazil. Pelombongan, Minyak. AS$27 billion)
9. Amancio Ortega (Sepanyol. Pakaian Runcit. AS$25 billion)
10. Karl Albrecht (Jerman. Pasaraya AS$23.5 billion) 11. Ingvar Kamprad dan Keluarga (Sweden. Ikea. AS$23 billion)
12. Christy Walton dan Keluarga (Amerika Syarikat. Walmart. AS$22.5 billion)
13. Stefan Persson (Sweden. Hennes and Mauritz. AS$22.4 billion)
14. Li Ka-shing (Hong Kong. Pelbagai. AS$21 billion)
15. Jim Walton (Amerika Syarikat. Walmart. AS$20.7 billion)
16. Alice Walton (Amerika Syarikat. Walmart. AS$20.6 billion)
17. Liliane Bettencourt (Perancis. L'Oreal. AS$20 billion)
18. S. Robson Walton (Amerika Syarikat. Walmart. AS$19.8 billion)
19. Putera Alwaleed Bin Talal Alsaud (Arab Saudi. Pelaburan. AS$19.4 billion)
20. David Thomson dan Keluarga (Kanada. (Harta Warisan/Pusaka. (AS$19 billion).

Baca Yang Ini Pulak:-

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

9 Fakta Menarik Tentang Bill Gates

Posted: 26 Jan 2011 12:22 PM PST

Inilah 9 fakta menarik tentang Bill Gates;

1. Bill Gates menghasilkan wang US$250 setiap satu saat, iaitu lebih kurang US$20 juta sehari dan US$7.8 billion setahun!

2. Jika dia terjatuh US$1,000, dia tak perlu susah-susah untuk mengutipnya kembali kerana sama dengan waktu 4 saat untuk mengutip wang tersebut, dia sudah memperolehi income dalam jumlah yang sama.

3. Hutang kerajaan Amerika lebih kurang US$5.2 trillion, jika Bill Gates membayar seorang hutang tersebut, dia dapat melunaskannya dalam masa kurang dari 10 tahun.


4. Dia dapat menyumbangkan US$15 kepada semua orang di dunia tapi tetap dapat mempunyai baki US$5 juta sebagai wang sakunya.

5. Michael Jordan adalah atlit yang dibayar paling mahal di Amerika. Jika dia tidak makan dan minum dan tetap membiarkan pendapatannya kekal dalam setahun sejumlah US$30 juta, tetapi dia tetap harus menunggu sehingga 277 tahun agar dapat sekaya Bill Gates sekarang.

6. Jika Bill Gates adalah sebuah negara, dia akan menjadi negara ke 37 terkaya di dunia atau jadi syarikat Amerika terbesar nombor 13, malah melebihi IBM.

7. Jika semua wang Bill Gates ditukarkan ke dalam pecahan US$1, kita dapat menyusunnya menjadi jalan dari bumi ke bulan, 14 kali ulang balik. Tapi jalan itu harus dibuat non stop selama 1,400 tahun dan menggunakan sebanyak 713 buah Boeing 747 untuk mengangkut semua wang itu.

8. Bill Gates sekarang berumur 40 tahun. Jika kita mengandaikan dia dapat hidup 35 tahun lagi maka dia harus membelanjakan US$6.78 juta sehari untuk menghabiskan semua wangnya.

9. Tapi! Jika pengguna Microsoft Windows dapat claim US$1 untuk setiap kali komputernya hang kerana Microsoft Windows, Bill Gates akan segera bangkrap dalam masa 3 tahun!

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Fasha Sandha kemukakan Bukti yang Nora Danish salah!

Posted: 26 Jan 2011 07:01 PM PST

FASHA SANDHAHari yang dinanti sudah pun tiba, MyGosip sangkakan Fasha Sandha akan lampirkan bukti mengenai hubunganganya dengan Jejai.. Tapi rupanya, Fasha Sandha menyangkal dakwaan Nora Danish yang mengatakan hubungan Fasha Sandha dan Jejai sudah berakhir dua bulan yang lalu.. Menurut Fasha Sandha hubungan dia dan Jejai berakhir pada 18 Januari yang lalu dan bukanya 2 bulan yang lalu seperti dakwaan tidak benar Nora Danish semalam..

Semalam Nora Danish ada mengeluarkan kenyataan di MyMetro yang menafikan beliau menjadi punca perpisahan Fasha Sandha dan jejai..

"Saya nafikan gosip yang mengaitkan percutian saya dengan keluarga Jejai di Jepun sebagai punca perpisahan mereka sedangkan hubungan sudah putus dua bulan sebelum itu," kata Nora Danish.

Mungkin kenyataan Nora Danish tu membuatkan Fasha Sandha rasa tertindas dan mengeluarkan kenyataan balas dengan meminta Nora Danish tidak masuk campur dengan kisah hubunganya jika benar dia tidak bersalah…

"Saya menyangkal kenyataan Nora bahawa Jejai dan saya berpisah sejak dua bulan lalu dan menghubungi saya sebagai seorang sahabat untuk bertanya khabar. Kenyataan Nora itu adalah salah. Saya meletakkan noktah hubungan kami pada 18 Januari lalu,"

"Nora tidak perlu bercakap perkara yang tidak betul dan Nora juga tidak perlu masuk campur di atas kronologi hubungan saya dan bekas suaminya sekiranya benar dia bukan punca perpisahan kami.

"Dengan ini, lagi sekali saya menegaskan kami berpisah pada 18 Januari. Biar saya dan Jejai saja yang tahu punca perpisahan kami. Saya harap Nora lebih berhati-hati dan mendapatkan fakta bukti yang kukuh serta tepat sebelum memberikan kenyataan pada media. Sekiranya dia di pihak benar, tidak perlu dia melatah dan meyakinkan pembaca dengan memberi informasi yang tidak benar,"

Malah Fasha Sandha juga sanggup mengemukakan bukti jika keadaan memaksa.. Rasanya jika ramai yang tidak percaya apa yang diperkatakan oleh Fasha Sandha ni mesti kita dapat membaca sms-sms jiwang mereka berdua selepas ni..

"ketika Jejai di Jepun dan Ninseko, Jejai menghubunginya lebih daripada 10 kali setiap hari dan menghantar SMS setiap waktu. "Selalunya, kami bercakap selama hampir sejam. Ini jelas, kenyataan Nora bahawa dua bulan kami berpisah dan Jejai menghubungi saya hanya untuk bertanyakan khabar adalah salah."

"Sekiranya, keadaan memaksa saya tidak keberatan melampirkan bukti. Kenyataan Nora semalam memaksa saya untuk memberikan penjelasan berserta bukti yang kukuh. "Saya masih menyimpan semua SMS, BB Messenger dan semua senarai panggilan telefon. Ini saya jadikan bukti untuk menegakkan perkara yang benar. Malah ibu saya juga ada menyimpan SMS Jejai pada hari Jejai bertolak ke Jepun."

Akhir kata daripada Fasha Sandha, Jika sebelum ini dia sering di tindas dan di fitnah tanpa bukti, Kini tiba masanya dia menegakan kebenaran beserta bukti yang sahih..

Psst… MyGosip harap, drama mereka semua ni akan berakhir dengan happy ending la hendaknya, Rasanya sudah lama drama ni bersiaran.. dan kami yakin drama ni sudah sampai di penghujung cerita apabila Fasha dan Jejai berpisah… kan lagi bagus jika drama ni berakhir dengan pendamaian diantara Fasha Shanda dan Nora Danish.. mesti lebih dramatik..

blackberry chat fasha dan jejai

blackberry chat fasha dan jejai

bukti fasha sandha

fasha sandha dan jejai bukti received call


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


NASA dedah idea pesawat baru menjelang 2025

Posted: 26 Jan 2011 02:18 PM PST

du 07.1 NASA dedah idea pesawat baru menjelang 2025

SYARIKAT Boeing mengemukakan idea pesawat seperti burung untuk Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat.


WASHINGTON – Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS) mendedahkan gambar generasi baru pesawat penumpang pada 2025, lapor sebuah akhbar semalam.

Ia mendedahkan konsep reka bentuk bagi menggambarkan penerbangan yang mempunyai enjin tidak terlalu bising dan penggunaan tenaga yang efisen.

Tiga buah syarikat gergasi penerbangan, Lockheed Martin, Northrop Grumman dan The Boeing Company mengemukakan pelbagai reka bentuk itu pada hujung tahun lalu.

Ketiga-tiga syarikat itu memenangi kontrak daripada NASA untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan sekali gus menguji konsep tersebut pada tahun ini.

Reka bentuk itu dikemukakan selepas NASA mendedahkan bahawa ia mahu membina pesawat super yang lebih laju, lebih besar dan tidak bising selain penggunaan bahan bakar yang lebih efisen serta mesra alam.

Kini setiap syarikat tersebut akan meneroka, menguji dan membuat simulasi reka bentuk masing-masing dalam tahun ini dengan harapan NASA akan memilih salah satu ciptaan yang dikemukakan itu. – Agensi

/// kosmo ///

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Farid bikin Tiz berdebar

Posted:

Farid bikin Tiz berdebar

Farid bikin Tiz berdebar



SELAMA ini, media massa menjadi perantara buat Tiz Zaqyah dan Farid Kamil mengetahui perkembangan cerita masing-masing. Biar bergelar pemain di lantai seni sama, ironinya, dua pelakon muda yang cukup berbakat ini belum berpeluang dipertemukan dalam sebarang projek.

Selepas lebih setahun Tiz yang membawa nama lengkap Siti Zaqyah Abdul Razak menggendong tanggungjawab sebagai pelakon, hanya kini dia berjaya disatukan dengan pemuda tinggi lampai itu menerusi telefilem hasil garapan Khabir Bhatia yang berjudul 7 Lagu.

Menerusi perjalanan telefilem berdurasi 90 minit itu, Tiz yang menerajui karakter Tania manakala Farid (Farhan) menjadi pasangan kekasih yang mengenali antara satu sama lain sejak di bangku sekolah rendah. Bunga cinta mereka cukup utuh sehingga mewangi mencapai fasa dewasa.

Kali pertama 'berpacaran' dengan Farid dalam telefilem tersebut, Tiz tanpa berselindung mengaku hatinya kekok pada awal pertemuan dengan Farid di lokasi penggambaran. Meskipun babak mereka sekadar memakan masa tiga hari, ia bagaimanapun tetap memahat kenangan buat dirinya.

"Sejujurnya, saya gementar apabila diberitahu oleh Khabir yang saya bakal menjadi kekasih Farhan yang merupakan lakonan Farid. Saya sendiri tidak tahu kenapa boleh timbul perasaan debaran ini. Lagipun, sebelum ini, saya tidak pernah bertemu secara empat mata dengan pelakon itu di luar set.


TELEFILEM 7 Lagu menyaksikan gandingan buat pertama kali Farid Kamil dan Tiz Zaqyah.


"Barangkali, sebab saya punya tanggapan awal bahawa Farid sebagai seorang lelaki bersahaja dan ada waktu kelihatan serius di alam realiti, ia secara tidak langsung mempengaruhi fikiran saya ketika pertama kali bertemu dengan dia dalam penggambaran telefilem 7 Lagu.

"Namun, keserasian antara satu sama lain mudah saja wujud tambahan pula Farid tidak kedekut untuk memberi tunjuk ajar kepada saya yang masih baru dalam bidang ini. Tiga hari berlakon dengan aktor ini, saya anggap waktu agak terhad bagi melakukan latihan.

"Begitupun, kami cukup bertuah kerana akhirnya mampu membangunkan beberapa babak romantis sebagai pasangan kekasih dengan jayanya tanpa berdepan masalah," jelas Tiz yang menjalani penggambaran telefilem 7 Lagu bersama Farid sekitar Ogos tahun lalu.

Mengulas tentang penyatuan mereka, teman lelaki kepada pelakon jelita, Diana Danielle itu mengaku cukup senang dapat bekerjasama dengan Tiz. Biar kali pertama dipertemukan, hakikatnya, Farid dan Tiz tidak mencuri waktu panjang memunculkan keserasian antara satu sama lain.

"Telefilem 7 Lagu memberi peluang pertama kepada saya bekerja sekali dengan Tiz. Ini memberi peluang kepada kami untuk berkomunikasi. Pendapat peribadi saya, dia ialah seorang individu yang mudah menyesuaikan diri dengan situasi atau persekitaran baru.

"Sedikit mengejutkan kerana awal kami bertentang mata, saya dan Tiz harus melibatkan diri dengan adegan intim sebagai pasangan. Sebaik saja dia menzahirkan wataknya, ia memudahkan tugas saya merealisasi karakter Farhan tanpa mengalami masalah.

"Yang pasti, saya selesa apabila berpeluang kerja sekali dengan Tiz. Saya akui dia sebagai pelakon berbakat besar biar masih baru dalam lapangan seni," kata Farid.


SEBAGAI pelakon yang boleh dianggap masih baru berbanding Farid, Tiz teruja Farid dapat memberikan tunjuk ajar dalam ilmu lakonan.


Kreativiti Khabir

Umum tahu, Tiz sudah beberapa kali berlakon di bawah arahan Khabir Bhatia termasuk drama rantaian, Nur Kaseh yang dianggap landasan awal dirinya lebih dikenali di cabang seni tanah air. Namun, lain pula buat Farid yang pertama kali bekerjasama dengan sutradara popular tersebut.

Jejaka berusia 30 tahun itu sebelum ini mengaku pernah tersilap percaturan apabila bersikap skeptikal terhadap pengarah dari luar. Dia sering mempersoal kekurangan anak tempatan yang juga punya bakat dan skil pengarahan sendiri berbanding sang pengarah dari negara asing.

Keraguan Farid semakin memuncak selepas populariti Khabir mula dicanang umum dan menerima pujian tinggi melangit. Ingin mengetahui keistimewaan pengarah itu, dia nekad menonton filem garapan Khabir yang berjudul Sepi.

"Selepas menonton filem ini, saya dapati ada sesuatu yang membuatkan saya amat tertarik dengan kualiti kerjanya. Ideologi Melayu Khabir begitu dekat. Lantaran itu, saya bercita-cita untuk berlakon di bawah arahannya yang dianggap sebagai pengarah serba boleh.

"Maka, tidak hairan apabila saya mendapat tawaran berlakon dalam telefilem 7 Lagu, ia umpama bulan jatuh ke riba. Melihat nama pengarahnya, saya tanpa membuang masa terus bersetuju tanpa melihat skrip terlebih dulu," spontan ungkap Farid cukup berpuas hati.

Berkongsi momen berlakon dalam 7 Lagu, Farid yang sempat menjalani pengalaman berlakon dalam sel tahanan selama setengah hari bagaimanapun terpaksa mengorbankan perasaan gundahnya semata-mata ingin menghidupkan watak sebagai individu bermasalah.


AKTOR yang juga pengarah ini begitu mengagumi kredibiliti pengarah Khabir Bhatia.


"Saya gementar sebaik saja diberitahu oleh pengarah kena menjalani penggambaran dalam penjara. Bayangkan, saya tidak suka dengan tempat ini. Tetapi, nasib saya baik apabila sel tahanan digunakan ini belum pernah menempatkan banduan," cerita Farid dalam nada lega.

Sementara itu, bagi Tiz yang sudah terbiasa bekerjasama dengan Khabir, wanita berusia 22 tahun itu bagaimanapun mengaku masih belum mengerti keseluruhan setiap idea berada dalam minda Khabir sebagai individu kreatif. Malah, dia cuba memahami setiap kehendak pengarah berkenaan hingga ke saat ini.

"Namun, saya akui selesa bekerja sekali lagi dengan Khabir. Kalau ikut, dia seorang pengarah yang cukup tahu selok belok bidang kerjanya merangkumi aspek lakonan, teknikal dan sinematografi. Ini kelainan dimiliki Khabir.

"Dia selalu memberi bimbingan kepada saya tentang cara pengawalan emosi dalam lakonan. Justeru, baik saya atau pelakon lain bekerja dengan Khabir, kami tidak sesekali akan terpesong daripada watak diberi," tutur Tiz yang selalu diingatkan pengarah itu soal keseimbangan lakonan.

Selain Farid dan Tiz, telefilem yang bakal bertandang di Astro Citra (saluran 131) pada 30 Januari ini turut mengenengah deretan pelakon popular seperti Emelda Rosmila, Sofi Jikan, Corrie Lee, Fimie Don, Azhan Rani, Fazley, Kuza, Mahmud Ali Bashah dan Sherie Merlis.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Final GBOB di Malaysia

Posted:

Final GBOB di Malaysia

Final GBOB di Malaysia

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


PASTI MERIAH. Issa di samping poster peringkat akhir The Global Battle Of The Band yang bakal berlangsung pada 26 Februari depan.


THE Global Battle Of The Band (GBOB) bukanlah suatu perkara asing bagi industri dan peminat muzik

di Malaysia. Ini kerana pertandingan ini telah mengadakan pertandingan ini semenjak tahun 2007 lagi.

Walau bagaimanapun, ada berita gembira buat peminat-peminat GBOB pada tahun ini. Tahun 2011 telah menjadi sejarah apabila kesemua finalis dari seluruh dunia bakal diterbangkan ke sini bagi mengadakan konsert final mereka.

Malaysia, buat julung-julung kalinya akan menjadi tuan rumah untuk kejohanan peringkat akhir GBOB dunia yang akan diadakan pada 26 Februari, 2011 bertempat di KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Redberry Events.

Sebanyak 17 negara yang mengambil bahagian, masing-masing akan bertanding dengan cara dan persembahan tersendiri untuk merebut peluang bagi membawa pulang hadiah bernilai AS$100,000 (RM310,000) untuk pakej mempromosi band di seluruh dunia dan sekali gus memegang gelaran sebagai Best New Band In The World.

"Sejak diperkenalkan pada tahun 2007, GBOB Malaysia telah menjadi aktif dan bersemangat di dalam pertandingan GBOB itu sendiri. Menjadi suatu penghargaan buat Malaysia kerana telah dilantik negara tuan rumah produksi muzikal berprestij ini untuk mengadakannya di luar London bagi pertama kalinya.


BAND Kyoto Protocol memberikan persembahan penuh bertenaga.


"Peringkat akhir dunia GBOB 2010 akan menjadi satu peristiwa yang amat sesuai untuk pemuzik Malaysia bagi menempa nama pada kemuncak antarabangsa dan tanda kemunculan mereka dalam gelanggang muzik global," ujar pengarah GBOB Malaysia, Issa Rodriguez pada sidang media di Solaris, Mont Kiara Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada sidang media tersebut, pihak media yang hadir telah dihiburkan dengan persembahan bertenaga dua buah band iaitu Kyoto Protocol dan Hyper Act.

Sebarang maklumat lanjut mengenai pengundian kumpulan secara online, boleh layari www.facebook.com/astrohitz. GBOB akan disiarkan dalam saluran 705 Astro Hitz bermula 7 Januari 2011 pada setiap Jumaat pukul 9 malam.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Orang Felda Sabah hargai Alyah

Posted: 26 Jan 2011 04:54 AM PST

POPULARITI tidak pernah menghalang penyanyi Tak Mungkin Kerana Sayang ini untuk mendekati peminatnya di luar bandar. Noor Hasliah Abu Hasan atau Alyah, 29, percaya dan amat menghargai peminatnya yang menyokong kerjayanya sehingga dia berada pada tahap sekarang. Baginya, setiap peminat menyumbang kepada kejayaannya tidak kira siapa pun dan dari mana asal mereka.

Justeru, apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengundang Alyah untuk mengikuti program Rentas Desa Ke Desa Felda yang memilih Felda Sahabat 3, Lahad Datu, Sabah pada 7 hingga 10 Januari lalu, dia tidak menolak. Bahkan teruja untuk mengikuti aktiviti yang dirancangkan.

Sempat berkongsi pengalamannya, Alyah tidak sangka kehadirannya bersama beberapa artis iaitu Rini AF dan bintang baru diperkenalkan RTM iaitu Seri Dewi yang dicungkil daripada program Bintang Ai-Minnal, Fatin (Bintang RTM) dan Fitri (Bintang Klasik RTM), disambut dengan meriah oleh penduduk Felda itu.

"Saya, Rini dan artis lain yang terbabit bukannya nama besar seperti Amy Search atau Ramli Sarip yang kita tahu kalau mereka pergi ke mana pun ribuan peminat akan menanti. Jadi, saya memang langsung tidak fikir mengenai jumlah penonton yang datang.


"Disebabkan itu saya terkejut apabila melihat kehadiran penonton yang sungguh ramai sehingga terfikir mana datang mereka semua ini? Sepanjang menghiburkan mereka, Alyah rasa puas meskipun ia bukan showcase yang besar, respons diberikan penonton buat Alyah rasa dihargai.


"Sebenarnya, memang kehendak saya untuk membuat persembahan dan memasuki kawasan pedalaman. Kalau di bandar, saya sudah tahu bagaimana sambutannya, tetapi saya hendak juga tahu adakah mereka di luar bandar n Alyah juga diterima.

"Justeru, aktiviti seperti ini memberi peluang kepada Alyah mendekati peminat dan memperluaskan muzik Alyah. Memang Alyah tidak sangka langsung, Alyah dikenali di sana," katanya.

Memperdengarkan vokal lantangnya dengan lagu hit seperti Tak Mungkin Kerana Sayang dan Realiti Dewi, Alyah menyampaikan lagu malar segar yang cukup popular secara eksklusif iaitu, Penawar Rindu.

Aktiviti sepanjang empat hari itu turut dimanfaatkan dengan Sambutan Ulang Tahun 50 Orkestra RTM termasuk mengunjungi ke Radio Muzik FM dan Radio Tawau.

Bercerita lanjut mengenai hari indah yang dilaluinya di Felda Sahabat 3, ia sebenarnya mengingatkan Alyah asal-usul ibunya yang turut dibesarkan di kawasan Felda.

"Saya juga orang kampung malah ibu saya berasal dari Felda. Selama berada di sana banyak pengalaman dan pengajaran yang saya dapat serta sangat bersyukur kerana diberi kesempatan hidup dalam keadaan selesa. Keduanya, berharap kisah kehidupan yang dikongsi bersama peminat dapat menjadikan inspirasi untuk mereka berjaya dalam apa jua bidang diceburi.

"Selebihnya, ini pengalaman pertama saya ke Felda di Sabah. Ternyata keadaannya tidak sama seperti kehidupan penghuni Felda di Semenanjung.

"Kawasan Felda di Semenanjung, saya kira kehidupan penduduknya agak mewah apabila penghuni mampu mengadakan rumah yang besar selain terdapat banyak kemudahan mungkin kerana faktor berdekatan bandar.

"Kebetulan Felda Sahabat 3, Lahad Datu yang kami kunjungi itu berada di penghujung peta Sabah atau erti kata lain jauh di pedalaman maka penduduknya agak tersisih daripada pembangunan," katanya.

Beralih topik kerjaya, Alyah kini dalam perancangan melancarkan single keduanya, Kisah Hati nukilan 6ixth Sense. Pada masa sama sibuk juga memikirkan idea untuk penggambaran video klip lagu berkenaan.

"Januari dan Februari nanti, jadual saya sangat padat kerana bulan depan akan melancarkan single kedua selain masih terikat dengan rakaman album terbaru dibuat secara berperingkat.

"Insya-Allah pada Februari juga saya akan menjalani penggambaran video klip Kisah Hati. Banyak idea yang bermain dalam fikiran sekarang dan kemungkinan besar saya bersama pasukan yang menghasilkan video klip ini akan ke Perth, Australia untuk melaksanakannya," katanya.

PROFIL:
* NAMA PENUH: Noor Hasliah Abu Hasan
* TARIKH LAHIR: 3 Januari 1981
* ASAL: Gelang Patah, Johor
* Hobi: Berenang, memasak, menyanyi dan mengembara
* IDOLA: Celine Dion, Aishah, Sheila Majid dan Anita Sarawak
* PENCAPAIAN MUZIK:
o Juara Wirawan EON (1994)
o Juara Bintang Pepsi (1996)
o Juara Suara Johor (1997)
o Naib Johan Asia Bagus (1998)
PENGALAMAN: Pernah menyertai One In A Million musim kedua, namun tersingkir pada konsert minggu keempat.
* Kegilaannya untuk menyanyi tidak pernah padam apabila menyertai Fabulous Cats untuk projek album sulung berjudul Fantastik. Album menggunakan judul Alyah turut dicalonkan dalam kategori Album Pop Terbaik AIM 16.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kempen dalam nyanyian

Posted: 26 Jan 2011 04:49 AM PST

ISU pengguna tiada kesudahan dan memerlukan penyelesaian terbaik untuk mengingatkan pengguna terhadap hak mereka.

Justeru, kerjasama menanganinya diperkemaskan apabila Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menghasilkan album nyanyian artis popular dan pelakon sitkom dengan lirik bertemakan akta dan hak pengguna.


Album Peranan dan Hak Pengguna (Ke Arah Penggunaan Berhemat) menampilkan kelibat penyanyi popular seperti Nassier Wahab, Zura 'The Girls', Siti Fairuz dan Allahyarham Shamrin Fotograf. Selain itu, beberapa pelakon seperti Lan Cecupak, S Asli, Zul, Mahat, Angeline Tan dan Rama Spanar Jaya turut menjayakannya.

Pelancaran album julung kali diperkenalkan antara Fomca dan artis seni dengan kerjasama komposer daripada Top Ten Music, Nasir Datuk Ahmad Nawab turut dialu-alukan artis lama seperti Jay-Jay, Zur Eda, Hail Amir dan Ayati Tasrip.


Sambutan hangat diberikan mereka terbukti sewaktu Ahli Dewan Negara, Tan Sri Datuk Dr Jins Shamsudin melancarkan album lagu kepenggunaan dan pertandingan kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia 2011, baru-baru ini.


Hadir sama, Presiden Seniman, Harun Salim Bachik dan Presiden Fomca, Datuk Marimuthu Nadason.

Kata Jins, pelancaran album itu memberi petanda baik meningkatnya kesedaran di kalangan pengguna.


"Kita semua pengguna, tidak kira apapun kedudukan kita. Begitu juga penggiat seni, kita menggunakan barangan dan perkhidmatan. "Isu kepenggunaan paling penting apabila dikaitkan dengan kegiatan seni iaitu cetak rompak. Kegiatan tidak bermoral ini menyebabkan golongan seni dan negara mengalami kerugian.

"Aspek harga tinggi perlu dikaji semula agar harga CD tidak boleh terlalu tinggi dan memastikan lebih banyak dapat dijual. Masalah cetak rompak boleh diatasi dengan ada menyemai mentaliti membeli karya asli. "Apapun, inisiatif Fomca menyedari peranan seni dan muzik selain penghibur mampu memberikan kesedaran melalui mesej pada lirik lagu,".


Bagi Nassier, lagu kepenggunaan antara sumbangan untuk masyarakat dan peminat. Lagu pengguna boleh dibawa ke mana-mana sambil meluaskan repertoire kerana lebih biasa menyanyikan lagu pop komersial," katanya berpadu suara bersama Zura The Girls dalam Perubahan Bermula Dengan Saya.


Lagu lain dimuatkan dalam album termasuk tiga nyanyian Siti Fairus melalui Hak Untuk Bersuara, Hak Untuk Mendapat Alam Sekitar Yang Sihat dan Hak Untuk Mendapat Keperluan Asas.


Beberapa lagu lain adalah Hak Untuk Membuat Pilihan dan Hak Untuk Mendapat Maklumat (Zura The Girls), Hak Untuk Mendapat Ganti Rugi (Lan Cecupak, S Asli, Zul, Mahat, Angeline Tan dan Rama Spanar Jaya), Hak Untuk Mendapat Keselamatan (Shamrin Fotograf) dan instrumental Perubahan Bermula Dengan Saya.


Siti Fairuz berkata, penghasilan album itu bukan mudah seperti disangka kerana banyak akta perlu difahami dengan baik.


Buat permulaan, sebanyak 10,000 unit CD album pengguna berkenaan diedar secara percuma kepada orang ramai.


Marimuthu berkata: "Kita perlu jaga integriti membabitkan isu pengguna dan cetak rompak. Saya tidak mahu negara atau rantau kita dijadikan sarang cetak rompak secara berleluasa."

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.