Adsense

Khamis, 27 Januari 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Farid bikin Tiz berdebar

Posted:

Farid bikin Tiz berdebar

Farid bikin Tiz berdebar



SELAMA ini, media massa menjadi perantara buat Tiz Zaqyah dan Farid Kamil mengetahui perkembangan cerita masing-masing. Biar bergelar pemain di lantai seni sama, ironinya, dua pelakon muda yang cukup berbakat ini belum berpeluang dipertemukan dalam sebarang projek.

Selepas lebih setahun Tiz yang membawa nama lengkap Siti Zaqyah Abdul Razak menggendong tanggungjawab sebagai pelakon, hanya kini dia berjaya disatukan dengan pemuda tinggi lampai itu menerusi telefilem hasil garapan Khabir Bhatia yang berjudul 7 Lagu.

Menerusi perjalanan telefilem berdurasi 90 minit itu, Tiz yang menerajui karakter Tania manakala Farid (Farhan) menjadi pasangan kekasih yang mengenali antara satu sama lain sejak di bangku sekolah rendah. Bunga cinta mereka cukup utuh sehingga mewangi mencapai fasa dewasa.

Kali pertama 'berpacaran' dengan Farid dalam telefilem tersebut, Tiz tanpa berselindung mengaku hatinya kekok pada awal pertemuan dengan Farid di lokasi penggambaran. Meskipun babak mereka sekadar memakan masa tiga hari, ia bagaimanapun tetap memahat kenangan buat dirinya.

"Sejujurnya, saya gementar apabila diberitahu oleh Khabir yang saya bakal menjadi kekasih Farhan yang merupakan lakonan Farid. Saya sendiri tidak tahu kenapa boleh timbul perasaan debaran ini. Lagipun, sebelum ini, saya tidak pernah bertemu secara empat mata dengan pelakon itu di luar set.


TELEFILEM 7 Lagu menyaksikan gandingan buat pertama kali Farid Kamil dan Tiz Zaqyah.


"Barangkali, sebab saya punya tanggapan awal bahawa Farid sebagai seorang lelaki bersahaja dan ada waktu kelihatan serius di alam realiti, ia secara tidak langsung mempengaruhi fikiran saya ketika pertama kali bertemu dengan dia dalam penggambaran telefilem 7 Lagu.

"Namun, keserasian antara satu sama lain mudah saja wujud tambahan pula Farid tidak kedekut untuk memberi tunjuk ajar kepada saya yang masih baru dalam bidang ini. Tiga hari berlakon dengan aktor ini, saya anggap waktu agak terhad bagi melakukan latihan.

"Begitupun, kami cukup bertuah kerana akhirnya mampu membangunkan beberapa babak romantis sebagai pasangan kekasih dengan jayanya tanpa berdepan masalah," jelas Tiz yang menjalani penggambaran telefilem 7 Lagu bersama Farid sekitar Ogos tahun lalu.

Mengulas tentang penyatuan mereka, teman lelaki kepada pelakon jelita, Diana Danielle itu mengaku cukup senang dapat bekerjasama dengan Tiz. Biar kali pertama dipertemukan, hakikatnya, Farid dan Tiz tidak mencuri waktu panjang memunculkan keserasian antara satu sama lain.

"Telefilem 7 Lagu memberi peluang pertama kepada saya bekerja sekali dengan Tiz. Ini memberi peluang kepada kami untuk berkomunikasi. Pendapat peribadi saya, dia ialah seorang individu yang mudah menyesuaikan diri dengan situasi atau persekitaran baru.

"Sedikit mengejutkan kerana awal kami bertentang mata, saya dan Tiz harus melibatkan diri dengan adegan intim sebagai pasangan. Sebaik saja dia menzahirkan wataknya, ia memudahkan tugas saya merealisasi karakter Farhan tanpa mengalami masalah.

"Yang pasti, saya selesa apabila berpeluang kerja sekali dengan Tiz. Saya akui dia sebagai pelakon berbakat besar biar masih baru dalam lapangan seni," kata Farid.


SEBAGAI pelakon yang boleh dianggap masih baru berbanding Farid, Tiz teruja Farid dapat memberikan tunjuk ajar dalam ilmu lakonan.


Kreativiti Khabir

Umum tahu, Tiz sudah beberapa kali berlakon di bawah arahan Khabir Bhatia termasuk drama rantaian, Nur Kaseh yang dianggap landasan awal dirinya lebih dikenali di cabang seni tanah air. Namun, lain pula buat Farid yang pertama kali bekerjasama dengan sutradara popular tersebut.

Jejaka berusia 30 tahun itu sebelum ini mengaku pernah tersilap percaturan apabila bersikap skeptikal terhadap pengarah dari luar. Dia sering mempersoal kekurangan anak tempatan yang juga punya bakat dan skil pengarahan sendiri berbanding sang pengarah dari negara asing.

Keraguan Farid semakin memuncak selepas populariti Khabir mula dicanang umum dan menerima pujian tinggi melangit. Ingin mengetahui keistimewaan pengarah itu, dia nekad menonton filem garapan Khabir yang berjudul Sepi.

"Selepas menonton filem ini, saya dapati ada sesuatu yang membuatkan saya amat tertarik dengan kualiti kerjanya. Ideologi Melayu Khabir begitu dekat. Lantaran itu, saya bercita-cita untuk berlakon di bawah arahannya yang dianggap sebagai pengarah serba boleh.

"Maka, tidak hairan apabila saya mendapat tawaran berlakon dalam telefilem 7 Lagu, ia umpama bulan jatuh ke riba. Melihat nama pengarahnya, saya tanpa membuang masa terus bersetuju tanpa melihat skrip terlebih dulu," spontan ungkap Farid cukup berpuas hati.

Berkongsi momen berlakon dalam 7 Lagu, Farid yang sempat menjalani pengalaman berlakon dalam sel tahanan selama setengah hari bagaimanapun terpaksa mengorbankan perasaan gundahnya semata-mata ingin menghidupkan watak sebagai individu bermasalah.


AKTOR yang juga pengarah ini begitu mengagumi kredibiliti pengarah Khabir Bhatia.


"Saya gementar sebaik saja diberitahu oleh pengarah kena menjalani penggambaran dalam penjara. Bayangkan, saya tidak suka dengan tempat ini. Tetapi, nasib saya baik apabila sel tahanan digunakan ini belum pernah menempatkan banduan," cerita Farid dalam nada lega.

Sementara itu, bagi Tiz yang sudah terbiasa bekerjasama dengan Khabir, wanita berusia 22 tahun itu bagaimanapun mengaku masih belum mengerti keseluruhan setiap idea berada dalam minda Khabir sebagai individu kreatif. Malah, dia cuba memahami setiap kehendak pengarah berkenaan hingga ke saat ini.

"Namun, saya akui selesa bekerja sekali lagi dengan Khabir. Kalau ikut, dia seorang pengarah yang cukup tahu selok belok bidang kerjanya merangkumi aspek lakonan, teknikal dan sinematografi. Ini kelainan dimiliki Khabir.

"Dia selalu memberi bimbingan kepada saya tentang cara pengawalan emosi dalam lakonan. Justeru, baik saya atau pelakon lain bekerja dengan Khabir, kami tidak sesekali akan terpesong daripada watak diberi," tutur Tiz yang selalu diingatkan pengarah itu soal keseimbangan lakonan.

Selain Farid dan Tiz, telefilem yang bakal bertandang di Astro Citra (saluran 131) pada 30 Januari ini turut mengenengah deretan pelakon popular seperti Emelda Rosmila, Sofi Jikan, Corrie Lee, Fimie Don, Azhan Rani, Fazley, Kuza, Mahmud Ali Bashah dan Sherie Merlis.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Final GBOB di Malaysia

Posted:

Final GBOB di Malaysia

Final GBOB di Malaysia

Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


PASTI MERIAH. Issa di samping poster peringkat akhir The Global Battle Of The Band yang bakal berlangsung pada 26 Februari depan.


THE Global Battle Of The Band (GBOB) bukanlah suatu perkara asing bagi industri dan peminat muzik

di Malaysia. Ini kerana pertandingan ini telah mengadakan pertandingan ini semenjak tahun 2007 lagi.

Walau bagaimanapun, ada berita gembira buat peminat-peminat GBOB pada tahun ini. Tahun 2011 telah menjadi sejarah apabila kesemua finalis dari seluruh dunia bakal diterbangkan ke sini bagi mengadakan konsert final mereka.

Malaysia, buat julung-julung kalinya akan menjadi tuan rumah untuk kejohanan peringkat akhir GBOB dunia yang akan diadakan pada 26 Februari, 2011 bertempat di KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Redberry Events.

Sebanyak 17 negara yang mengambil bahagian, masing-masing akan bertanding dengan cara dan persembahan tersendiri untuk merebut peluang bagi membawa pulang hadiah bernilai AS$100,000 (RM310,000) untuk pakej mempromosi band di seluruh dunia dan sekali gus memegang gelaran sebagai Best New Band In The World.

"Sejak diperkenalkan pada tahun 2007, GBOB Malaysia telah menjadi aktif dan bersemangat di dalam pertandingan GBOB itu sendiri. Menjadi suatu penghargaan buat Malaysia kerana telah dilantik negara tuan rumah produksi muzikal berprestij ini untuk mengadakannya di luar London bagi pertama kalinya.


BAND Kyoto Protocol memberikan persembahan penuh bertenaga.


"Peringkat akhir dunia GBOB 2010 akan menjadi satu peristiwa yang amat sesuai untuk pemuzik Malaysia bagi menempa nama pada kemuncak antarabangsa dan tanda kemunculan mereka dalam gelanggang muzik global," ujar pengarah GBOB Malaysia, Issa Rodriguez pada sidang media di Solaris, Mont Kiara Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada sidang media tersebut, pihak media yang hadir telah dihiburkan dengan persembahan bertenaga dua buah band iaitu Kyoto Protocol dan Hyper Act.

Sebarang maklumat lanjut mengenai pengundian kumpulan secara online, boleh layari www.facebook.com/astrohitz. GBOB akan disiarkan dalam saluran 705 Astro Hitz bermula 7 Januari 2011 pada setiap Jumaat pukul 9 malam.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Orang Felda Sabah hargai Alyah

Posted: 26 Jan 2011 04:54 AM PST

POPULARITI tidak pernah menghalang penyanyi Tak Mungkin Kerana Sayang ini untuk mendekati peminatnya di luar bandar. Noor Hasliah Abu Hasan atau Alyah, 29, percaya dan amat menghargai peminatnya yang menyokong kerjayanya sehingga dia berada pada tahap sekarang. Baginya, setiap peminat menyumbang kepada kejayaannya tidak kira siapa pun dan dari mana asal mereka.

Justeru, apabila Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengundang Alyah untuk mengikuti program Rentas Desa Ke Desa Felda yang memilih Felda Sahabat 3, Lahad Datu, Sabah pada 7 hingga 10 Januari lalu, dia tidak menolak. Bahkan teruja untuk mengikuti aktiviti yang dirancangkan.

Sempat berkongsi pengalamannya, Alyah tidak sangka kehadirannya bersama beberapa artis iaitu Rini AF dan bintang baru diperkenalkan RTM iaitu Seri Dewi yang dicungkil daripada program Bintang Ai-Minnal, Fatin (Bintang RTM) dan Fitri (Bintang Klasik RTM), disambut dengan meriah oleh penduduk Felda itu.

"Saya, Rini dan artis lain yang terbabit bukannya nama besar seperti Amy Search atau Ramli Sarip yang kita tahu kalau mereka pergi ke mana pun ribuan peminat akan menanti. Jadi, saya memang langsung tidak fikir mengenai jumlah penonton yang datang.


"Disebabkan itu saya terkejut apabila melihat kehadiran penonton yang sungguh ramai sehingga terfikir mana datang mereka semua ini? Sepanjang menghiburkan mereka, Alyah rasa puas meskipun ia bukan showcase yang besar, respons diberikan penonton buat Alyah rasa dihargai.


"Sebenarnya, memang kehendak saya untuk membuat persembahan dan memasuki kawasan pedalaman. Kalau di bandar, saya sudah tahu bagaimana sambutannya, tetapi saya hendak juga tahu adakah mereka di luar bandar n Alyah juga diterima.

"Justeru, aktiviti seperti ini memberi peluang kepada Alyah mendekati peminat dan memperluaskan muzik Alyah. Memang Alyah tidak sangka langsung, Alyah dikenali di sana," katanya.

Memperdengarkan vokal lantangnya dengan lagu hit seperti Tak Mungkin Kerana Sayang dan Realiti Dewi, Alyah menyampaikan lagu malar segar yang cukup popular secara eksklusif iaitu, Penawar Rindu.

Aktiviti sepanjang empat hari itu turut dimanfaatkan dengan Sambutan Ulang Tahun 50 Orkestra RTM termasuk mengunjungi ke Radio Muzik FM dan Radio Tawau.

Bercerita lanjut mengenai hari indah yang dilaluinya di Felda Sahabat 3, ia sebenarnya mengingatkan Alyah asal-usul ibunya yang turut dibesarkan di kawasan Felda.

"Saya juga orang kampung malah ibu saya berasal dari Felda. Selama berada di sana banyak pengalaman dan pengajaran yang saya dapat serta sangat bersyukur kerana diberi kesempatan hidup dalam keadaan selesa. Keduanya, berharap kisah kehidupan yang dikongsi bersama peminat dapat menjadikan inspirasi untuk mereka berjaya dalam apa jua bidang diceburi.

"Selebihnya, ini pengalaman pertama saya ke Felda di Sabah. Ternyata keadaannya tidak sama seperti kehidupan penghuni Felda di Semenanjung.

"Kawasan Felda di Semenanjung, saya kira kehidupan penduduknya agak mewah apabila penghuni mampu mengadakan rumah yang besar selain terdapat banyak kemudahan mungkin kerana faktor berdekatan bandar.

"Kebetulan Felda Sahabat 3, Lahad Datu yang kami kunjungi itu berada di penghujung peta Sabah atau erti kata lain jauh di pedalaman maka penduduknya agak tersisih daripada pembangunan," katanya.

Beralih topik kerjaya, Alyah kini dalam perancangan melancarkan single keduanya, Kisah Hati nukilan 6ixth Sense. Pada masa sama sibuk juga memikirkan idea untuk penggambaran video klip lagu berkenaan.

"Januari dan Februari nanti, jadual saya sangat padat kerana bulan depan akan melancarkan single kedua selain masih terikat dengan rakaman album terbaru dibuat secara berperingkat.

"Insya-Allah pada Februari juga saya akan menjalani penggambaran video klip Kisah Hati. Banyak idea yang bermain dalam fikiran sekarang dan kemungkinan besar saya bersama pasukan yang menghasilkan video klip ini akan ke Perth, Australia untuk melaksanakannya," katanya.

PROFIL:
* NAMA PENUH: Noor Hasliah Abu Hasan
* TARIKH LAHIR: 3 Januari 1981
* ASAL: Gelang Patah, Johor
* Hobi: Berenang, memasak, menyanyi dan mengembara
* IDOLA: Celine Dion, Aishah, Sheila Majid dan Anita Sarawak
* PENCAPAIAN MUZIK:
o Juara Wirawan EON (1994)
o Juara Bintang Pepsi (1996)
o Juara Suara Johor (1997)
o Naib Johan Asia Bagus (1998)
PENGALAMAN: Pernah menyertai One In A Million musim kedua, namun tersingkir pada konsert minggu keempat.
* Kegilaannya untuk menyanyi tidak pernah padam apabila menyertai Fabulous Cats untuk projek album sulung berjudul Fantastik. Album menggunakan judul Alyah turut dicalonkan dalam kategori Album Pop Terbaik AIM 16.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kempen dalam nyanyian

Posted: 26 Jan 2011 04:49 AM PST

ISU pengguna tiada kesudahan dan memerlukan penyelesaian terbaik untuk mengingatkan pengguna terhadap hak mereka.

Justeru, kerjasama menanganinya diperkemaskan apabila Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menghasilkan album nyanyian artis popular dan pelakon sitkom dengan lirik bertemakan akta dan hak pengguna.


Album Peranan dan Hak Pengguna (Ke Arah Penggunaan Berhemat) menampilkan kelibat penyanyi popular seperti Nassier Wahab, Zura 'The Girls', Siti Fairuz dan Allahyarham Shamrin Fotograf. Selain itu, beberapa pelakon seperti Lan Cecupak, S Asli, Zul, Mahat, Angeline Tan dan Rama Spanar Jaya turut menjayakannya.

Pelancaran album julung kali diperkenalkan antara Fomca dan artis seni dengan kerjasama komposer daripada Top Ten Music, Nasir Datuk Ahmad Nawab turut dialu-alukan artis lama seperti Jay-Jay, Zur Eda, Hail Amir dan Ayati Tasrip.


Sambutan hangat diberikan mereka terbukti sewaktu Ahli Dewan Negara, Tan Sri Datuk Dr Jins Shamsudin melancarkan album lagu kepenggunaan dan pertandingan kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia 2011, baru-baru ini.


Hadir sama, Presiden Seniman, Harun Salim Bachik dan Presiden Fomca, Datuk Marimuthu Nadason.

Kata Jins, pelancaran album itu memberi petanda baik meningkatnya kesedaran di kalangan pengguna.


"Kita semua pengguna, tidak kira apapun kedudukan kita. Begitu juga penggiat seni, kita menggunakan barangan dan perkhidmatan. "Isu kepenggunaan paling penting apabila dikaitkan dengan kegiatan seni iaitu cetak rompak. Kegiatan tidak bermoral ini menyebabkan golongan seni dan negara mengalami kerugian.

"Aspek harga tinggi perlu dikaji semula agar harga CD tidak boleh terlalu tinggi dan memastikan lebih banyak dapat dijual. Masalah cetak rompak boleh diatasi dengan ada menyemai mentaliti membeli karya asli. "Apapun, inisiatif Fomca menyedari peranan seni dan muzik selain penghibur mampu memberikan kesedaran melalui mesej pada lirik lagu,".


Bagi Nassier, lagu kepenggunaan antara sumbangan untuk masyarakat dan peminat. Lagu pengguna boleh dibawa ke mana-mana sambil meluaskan repertoire kerana lebih biasa menyanyikan lagu pop komersial," katanya berpadu suara bersama Zura The Girls dalam Perubahan Bermula Dengan Saya.


Lagu lain dimuatkan dalam album termasuk tiga nyanyian Siti Fairus melalui Hak Untuk Bersuara, Hak Untuk Mendapat Alam Sekitar Yang Sihat dan Hak Untuk Mendapat Keperluan Asas.


Beberapa lagu lain adalah Hak Untuk Membuat Pilihan dan Hak Untuk Mendapat Maklumat (Zura The Girls), Hak Untuk Mendapat Ganti Rugi (Lan Cecupak, S Asli, Zul, Mahat, Angeline Tan dan Rama Spanar Jaya), Hak Untuk Mendapat Keselamatan (Shamrin Fotograf) dan instrumental Perubahan Bermula Dengan Saya.


Siti Fairuz berkata, penghasilan album itu bukan mudah seperti disangka kerana banyak akta perlu difahami dengan baik.


Buat permulaan, sebanyak 10,000 unit CD album pengguna berkenaan diedar secara percuma kepada orang ramai.


Marimuthu berkata: "Kita perlu jaga integriti membabitkan isu pengguna dan cetak rompak. Saya tidak mahu negara atau rantau kita dijadikan sarang cetak rompak secara berleluasa."

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Rabu, 26 Januari 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Metrowealth MIG Kongsi Rezeki Agih Bonus

Posted: 26 Jan 2011 04:57 PM PST

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Metrowealth (MIG) sekali lagi mengadakan Majlis Malam Penghargaan dan Penyampaian Bonus untuk meraikan serta berkongsi rezeki dengan semua yang menjayakan terbitannya.

Dengan tagline 1 Dekad, 49 Filem, majlis gilang gemilang yang diadakan di Hotel One World itu dihadiri juga oleh ramai tetamu jemputan yang terdiri daripada krew, selebriti, artis MIG, pelakon, penggerak filem, media dan penulis blog.

Sejak tahun penubuhan MIG pada tahun 2000, nampaknya 2010 adalah tahun paling cemerlang buat MIG kerana 29 buah filem yang ditayangkan di pawagam sepanjang tahun 2010, 11 daripadanya adalah daripada terbitan MIG. Ini membuktikan MIG begiitu konsisten dan bekerja keras untuk buat filem.

Lebih membanggakan, daripada RM73 juta kutipan keseluruhan untuk tahun 2010, RM42juta adalah milik MIG. Bagi MIG, ini adalah satu angka yang besar dan sungguh membanggakan.

Malam Penghargaan MIG

Menurut kata boss besar MIG, Encik David Teo, ini satu pencapaian dan anugerah tersebut, dan pada malam ini anugerah itu dikongsi bersama kepada semua yang terlibat secara langsung seperti karyawan, artis, pihak media dan semuanya. Tanpa sokongan padu dari semua pihak, kejayaan ini tidak pasti menjadi nyata.

Bukan sekadar kutipan filem, perancangan membentuk modal insan dalam industri hiburan nampaknya telah menunjukkan kejayaan. Buktinya, Skim 10 Pengarah Muda MIG yang diperkenalkan tahun 2007 sehingga kini telah memperkenalkan 7 orang pengarah muda dan 6 diantaranya telah berjaya menghasilkan filem dan mencapai kutipan box office. Paling berjaya adalah Ismail Bob Husin menerusi Ngangkung yang dihasilkan sebagai filem pertama. Di majlis ini beliau menerima sebuah kereta Toyota Alphard. Tahniah bro!

Antara kejayaan MIG sepanjang tahun 2010:

  1. Filem Ngangkung dicatatkan di Malaysia Book of Records 2011 sebagai Filem Dengan Kutipan Box Office Paling Tinggi iaitu RM8.4 juta.
  2. Filem Adnan Sempit yang ditayangkan awal tahun lalu pula mencatat kutipan RM7.8juta. Manakla filem lain antaranya mendapat antara RM2juta hingga RM5juta.

Begitu juga dengan bidang pengurusan artis, nampaknya artis di bawah naungan MIG seperti Lisa Surihani, Farid Kamil, Yana Samsudin, Intan Ladyana, Adeline Tsen dan ramai lagi semakin kuat menapak dalam industri hiburan. Sekaligus menarik minat artis popular yang lain seperti Shaheizy Sam, Kamal Adli, Fizo Omar, Angah dan Along Raja Lawak memilih MIG untuk mengurus kerjaya seni mereka. Ini menjadikan jumlah artis naungan MIG sehingga kini mencecah hampir 50 orang.

Untuk tahun 2011 pula MIG akan terus menerbitkan filem. Antaranya seperti Kembar Siang, Kongsi, Keramat, Senario The Movie Ops Pocot, Sekali Lagi, 321 Cinta, Flat 3A, 8 Jam, Alamak, Toyol!, Pe3 dan banyak lagi.

Syabas untuk MIG.

Malam Penghargaan MIG

Ini Lisa Surihani cuma menggantikan staf MIG je ni. Dapat rumah!

Malam Penghargaan MIG

Staf MIG dapat rumah Semi – D 2 Tingkat.

Malam Penghargaan MIG

Azahari, Pegawai Perhubungan Media dapat sebuah kereta Mercedez Benz E 200

Malam Penghargaan MIG

Shaheizy Sam yang baru sahaja join MIG terus dapat rumah Semi D 2 Tingkat

Malam Penghargaan MIG

Bukan itu sahaja, Sam juga menerima pakej mengerjakan umrah bersama kedua ibu bapanya bernilai RM30ribu. Tahniah Sam

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Erin Malek di Malam Penghargaan Metrowealth
  • David Teo Mahu Kongsi Petua, Tips Promosi & Rezeki
  • Gambar Sekitar Malam Penghargaan Metrowealth
  • E-Toyol.com – Promosi Piala Dunia 2010
  • Jangan Tegur
  • Gossip Mawi Hadiah Rumah Mewah dan Kereta Toyota Alphard Kepada Bapa Ekin?
  • Sekitar Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Metrowealth
  • Pengarah Filem Wanita Termuda 2007
  • Penerbit Filem David Teo Mencari Pelakon Watak Toyol
  • Filem CGI Metrowealth, BS21 arahan Ahmad Idham
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Gambar Intan Ladyana di Majlis Penghargaan MIG

    Posted: 26 Jan 2011 05:27 AM PST

    Pada jam 8 malam ini (26 Januari 2011) telah berlangsung Malam Penghargaan MIG di Hotel One World. Ramai sekali selebriti terutamanya artis di bawah pengurusan artis yang hadir termasuklah Intan Ladyana.

    Sebanyak 49 filem telah diterbitkan dalam masa satu dekad. Filem Alamak Toyol mencatit sejarah gemilang buat MIG dengan menjadikan filem yang ke-50.

    Tahniah buat MIG dari kami di Sensasi Selebriti. Tahniah juga kepada semua pelakon, krew, staff dan artis MIG yang menerima bonus pada malam ini.

    Intan Ladyana menggayakan fesyen rekaan Khairi Sufi.

    Intan Ladyana

    Intan Ladyana

    Intan Ladyana

    Intan Ladyana

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Intan Ladyana Selebriti Paling Anggun di Parti Nona 2010
  • Gossip Kontroversi Gambar Bogel Intan Ladyana; Bukan Gambar Betul?
  • Gambar Kamal Adli di Karpet Merah ABP 2009
  • Gossip Intan Ladyana dan Kevin Zahri Berpisah?
  • Gambar Jehan Miskin dan Intan Ladyana Dalam Drama Suria Kasandra
  • Gambar Kekasih Intan Sarafina di Pulau Andaman
  • Profile Biodata Intan Ladyana – Actress, TV Host, Talent, Model
  • Koleksi Galeri Gambar Selebriti @ Karpet Biru AIM15
  • Gambar Intan Ladyana Pelakon Remp-IT V3 Jual Kek Di Amcorp Mall
  • FASHA SANDHA AYU RAUDHAH DALAM DRAMA SUTERA MAYA
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Zon Artis

    Zon Artis


    Ahmad Dhani Pengetua AF9?

    Posted: 26 Jan 2011 01:17 AM PST

    AHMAD DHANI PENGETUA AF9

    Nampaknya desas-desus yang kami dengar sebelum ini iaitu Ahmad Dhani akan menjadi pengetua Akademi Fantasia untuk musim ke-9 (AF9) mungkin menjadi kenyataan apabila salah sebuah radio tempatan seolah-olah mengesahkan yang Ahmad Dhani adalah pengetua rancangan realiti nombor satu Malaysia itu pada pagi tadi.

    Kami cuba mendapatkan pengesahan mengenai perkara ini kat pihak yang berkaitan namun mereka masih enggan mengesahkannya dengan memberi jawapan "nantikan pengumuman rasmi". Jadi, sah atau tidak yang Ahmad Dhani akan menjadi pengetua AF9 hanya akan diketahui apabila pihak produksi membuat pengumuman rasmi.

    Apa kata anda sekiranya benar yang Ahmad Dhani adalah pengetua AF9?

    Erma Fatima kata:

    AHMAD DHANI PENGETUA AF9

    Related Posts with Thumbnails
    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Sensasi

    Sensasi


    Zizan ke mahkamah Syariah kerana ambik Kad Nikah,bukan kerana masalah rumahtangga

    Posted: 26 Jan 2011 12:43 AM PST

    Kata zizan dia cuma pergi ke Mahkamah Syariah untuk mengambil kad Nikah mereka dan menafikan yang rumahtangga mereka menghadapi masalah seperti yang digossipkan sebelum nie..

    Walaubagaimanapun memang benar Zizan ada meminta nasihat daripada ustaz untuk rumahtangganya.tapi bukan kerana masalah rumahtangga,,.

    Bagusla,sensasi harap rumahtangga mereka kekal la selamanya..maklumlah skrg nie selalu sgt dengar kisah perceraian artis.Semuanya mengejutkan je.

    "Saya percaya ustaz lebih arif dalam memberi nasihat dan pandangan perihalsuami isteri selain daripada ibu bapa kami sendiri.

    "Kami bukannya bertemu kaunselor bagi memperbaiki masalah rumah tangga seperti yang dilaporkan," katanya.

    Zizan bagaimanapun menasihatkan jika ada mana-mana pihak yang melihat artis ke mahkamah jangan terus membuat andaian kerana ia boleh menimbulkan fitnah.

    "Kepada mata yang memandang di luar sana itu, jangan terus membuat andaian danberfikiran cetek, takut nanti boleh menimbulkan fitnah.

    "Pejabat agama bukan hanya tempat mengendalikan kes nikah kahwin dan perceraian, banyak lagi perkhidmatan yang disediakan. Kepada pasangan yang sudah berkahwin pula, tidak semestinya bila keadaan sudah menjadi keruh baru hendak rujuk kepada pejabat agama," katanya.

    Tambah Zizan, antara nasihat yang diberikan oleh ustaz kepada dia dan isteri adalah mencari masa berkualiti bersama bagi mengeratkan hubungan suami isteri.

    "Kami baru 10 bulan berkahwin dan baru balik dari bercuti di Bali, Indonesia. Ustaz tersebut juga menyarankan agar mencari kualiti masa bersama namun ia bukan bererti pasangan harus bercuti secara mewah.

    Komen Nora Danish berkaitan Perpisahan Jejai dan Fasha. Mereka dah putus Dua bulan

    Posted: 26 Jan 2011 12:18 AM PST


    Menurut Nora Danish,Jejai dengan Fasha dah putus cinta sejak 2 bulan yang lalu.Jejai yang cerita pada Nora Danish.

    Fasha pulak cerita yang semasa Jejai kat Jepun setiap hari Jejai msg dan call dier,cume lepas Jejai pulang ke Malaysia mereka sudah tak berhubung lagi.

    Nora berasa lega kerana Jejai membersihkan namanya dari kemelut percintaan Fasha dan Jejai.. Tapi walaupun Nora menafikannya,Sensasi tetap rasa perpisahan mereka tentulah kerana cemburu Fasha terhadap Nora Danish.

    Jejai pulak adakah dia nak cuba ambik hati Nora jadi dia menceritakan perpisahannya dengan Fasha dua bulan lepas dan membersihkan nama Nora pada media? itu yang kita tak tahu..huhu..adakah Jejai nak pujuk Nora balik?nie spekulasi je..

    Tp menurut Nora dia sekarang sedang menegnali seseorang yang lain...

    Ramai peminat yang tengok gambar mesra Nora dan Jejai bersama keluaraga di Jepun mengharapkan Nora dan Jejai kembali bersama demi anak-anak..mereka mampu hidup bahagia sebab keluarga Jejai begitu sayangkan Nora.Jejai pun dulu pernah bercinta bertahun2 dengan Nora kan.


    Sebagai seorang yang pernah kalah dalam perkahwinan dengan Jejai kerana org ketiga sedikit sebanyak pasti perpisahan Fasha dan Jejai dapat mengubati luka lama Nora.

    Winning the break up is what matter.. kata org la :P



    Komen Nora




    "Saya lega kerana Jejai sudah menceritakan perkara sebenar," kata aktres Nora Danish

    "Saya nafikan gosip yang mengaitkan percutian saya dengan keluarga Jejai di Jepun sebagai punca perpisahan mereka sedangkan hubungan sudah putus dua bulan sebelum itu," katanya.

    Nora atau nama sebenar, Nora Danish Mohd Hanif, 29, berkata dia perlu bertegas dalam perkara itu kerana tidak mahu namanya dikaitkan lagi.

    "Saya tidak mahu orang salah faham dan mengaitkan saya dalam perkara itu. Saya kena bertegas kerana sampai bila-bila pun saya akan dikaitkan dengan perkara ini," katanya.

    Nora sedih kerana sering dikatakan masuk campur dalam hubungan Jejai atau Rizal Ashram Ramli, 34, dengan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27.

    "Saya sedar ada spekulasi yang sering mengaitkan nama saya kononnya mengganggu hubungan mereka.

    "Walaupun gosip itu tidak menyebut nama, saya sedar ia ditujukan kepada saya tetapi saya cuma diam dan membiarkan masa menentukan. Sekarang sudah jelas dan terjawab," katanya yang dihubungi, semalam.

    Menurutnya, dia tidak ada hak untuk masuk campur dalam urusan perhubungan Jejai dengan Fasha kerana mereka bukan lagi suami isteri.

    "Kami sudah lama bercerai dan kalau satu hari nanti mereka ditakdirkan berkahwin pun saya tidak ada sebarang masalah.

    "Saya sendiri mengaku sedang mengenali seseorang ketika ini seperti yang Jejai katakan dalam akhbar hari ini (semalam)," katanya.

    Nora berkata, sebelum mereka bercuti di Jepun pada 30 Disember lalu, Jejai ada menceritakan kepadanya hubungannya dengan Fasha sudah dua bulan berakhir.

    "Saya cuma mendengar saja kerana saya tidak mahu mengambil tahu tetapi bersyukur kerana Jejai memberi kenyataan tidak mengaitkan saya dan saya tidak tahu mengenai kenyataan itu sehinggalah membacanya di akhbar.

    "Sebelum ini saya sedih kerana ada sesetengah orang hanya mendengar pandangan sebelah pihak saja dan membuat spekulasi sendiri tanpa meminta penjelasan saya," katanya.

    Mengenai kenyataan Fasha, Jejai masih menghubunginya dan menghantar SMS sepanjang ahli perniagaan itu bercuti, Nora berkata, dia tidak tahu apa-apa.

    "Mereka sudah putus dua bulan sebelum kami pergi Jepun, kalau Jejai hantar pun mungkin sebagai kawan yang bertanya khabar.

    "Selepas hampir tiga tahun bercerai, ini kali pertama saya mengikut keluarga bekas suami bercuti," katanya.

    OHBULAN!

    OHBULAN!


    Panas! Bukti Log Panggilan, BBM Jejai Kepada Fasha Sandha

    Posted: 26 Jan 2011 08:38 PM PST

    Nah! Kali ini Fasha Sandha tidak bermain-main lagi, malah berkongsi bukti panggilan serta BBM Jejai dengan dirinya sepanjang berada di Jepun sebagai bukti bahawa kenyataannya dalam entri "Kenyataan Nora Itu Adalah Salah" – Fasha Sandha Kemukakan Bukti adalah benar.

    Seperti yang Fasha Sandha katakan, "Jangan lupa, semua pics, log, sms, bb semua ada dlm simpanan I. Kalau I dedahkan semuanya, akan mengaibkan org lain, jadi I keluarkan apa yg penting,utk membuktikan bahawa mmg kami break on the 18th. Dan I yang meletakkan 'NOKTAH'. Orang lain tu, tak payah jadi jurucakap,nak cakap lebih2 atau nak mengandaikan call utk tanya khabar je. U all fikirlah dan buat kesimpulan."

    Malah, Fasha Sandha memberikan kata-kata tegas berbunyi "Bekas isteri (merujuk kepada Nora Danish). Pls read metro today and metro yesterday. Compare n fikir siapa yg berkata benar."

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    “Kenyataan Nora Itu Adalah Salah” – Fasha Sandha Kemukakan Bukti

    Posted: 26 Jan 2011 04:07 PM PST

    Di laman Twitter semalam, Fasha Sandha ada menghantar beberapa tweet yang seakan tidak berpuas hati dengan kenyataan Nora Danish di akhbar Hmetro yang dipaparkan semalam. Bunyinya agak keras, Fasha Sandha sememangnya sudah pecah tahap sabarnya setelah menyedari yang dia semakin ditindas apabila mendiamkan diri. Antara tweetnya yang pertama berbunyi, "Don't test my patience dear. Wait for my turn, beserta bukti tomorrow. Nxt time pls think wisely before u make any statement. Thanks."

    Bukan sahaja kami terkejut, malahan followers Fasha Sandha yang berjumlah 54000 orang tertanya-tanya akan kenyataannya semalam. Selang beberapa minit, Fasha Sandha sekali lagi menghantar tweet yang memberikan gambaran yang jelas terhadap situasinya. "Ditindas selalu, bukan bererti akan ditindas buat selama lamanya. Hari ni kau memalukan orang lain tanpa mengunakan akal fikiran kanak2 kau. Esok tuhan menjadikan balasan berkali ganda. Sekiranya kau di pihak benar, kau tak perlu melatah, tindakan kau kurang bijak. Syukur alhamdulillah, segala bukti bersama aku, aku akan lampirkan semua."

    Imbas kembali, semalam aktres Nora Danish memberikan kenyataan yang membangkitkan kemarahan Fasha Sandha apabila mengumumkan bahawa dia tidak terlibat dalam perpisahan hubungan cinta antara bekas suaminya, Jejai & Fasha Sandha, kerana mereka berdua sudah berpisah 2 bulan. Ya, akhirnya pecah tembelang apabila Jejai & Fasha Sandha sudah tiada apa-apa hubungan selama 2 bulan sebelum peristiwa percutian ke Jepun bersama Nora Danish, tempoh hari.

    Kenyataan berpisah 2 bulan itu benar-benar mencabar kesabaran Fasha Sandha, lantas dia bertindak untuk mengemukakan butik kepada akhbar Hmetro sebagai tindak balas terhadap kenyataan aktres Nora Danish, hari ini. Satu mesej yang jelas ditujukan kepada aktres Nora Danish berbunyi, "Kesian kau… Apa lagi yang kau nak sebenarnya. Move on la, mind our own business la. Byk bercakap perkara yg kau tak pasti kebenaran, menampakkan kau ni kurang bijak. Kau nak cuba malukan aku? Utk apa? Kau dah dapat apa yg kau nak dan harapkan, so just diam n bersyukur. Kau lupa, Aku ada bukti."

    Dalam luahan hatinya kepada Hmetro (Cukuplah Saya Ditindas) hari ini, Fasha Sandha menyangkal kenyataan Nora Danish, bahawa Jejai dan dia sudah berpisah sejak dua bulan lalu dan menghubungi dirinya sebagai seorang sahabat untuk bertanya khabar. Fasha juga menjelaskan bahawa kenyataan Nora itu adalah salah.

    "Saya meletakkan noktah hubungan kami pada 18 Januari lalu," kata pelakon Fasha Sandha, 27, mengenai kenyataan Nora Danish, 29, yang juga bekas isteri Jejai atau Rizal Ashram Ramli, semalam.

    Fasha Sandha menegaskan bahawa Jejai menghubunginya lebih daripada 10 kali setiap hari dan menghantar SMS setiap waktu ketika Jejai berada di Jepun, sekitar awal bulan Januari. Sekaligus menafikan dakwaan bahawa mereka berdua sudah dua bulan berpisah dan Jejai hanya menghubunginya sekadar bertanya khabar.

    Gambar Jejai & Nora Danish bercuti di Jepun bersama Rayqal.

    Fasha Sandha juga menyatakan bahawa Nora Danish tidak sepatutnya masuk campur dengan bercerita kepada pihak media akan kronologi hubungannya dan Jejai kepada media sekiranya benar bukan dalang punca perpisahan mereka.

    "Nora tidak perlu bercakap perkara yang tidak betul dan Nora juga tidak perlu masuk campur di atas kronologi hubungan saya dan bekas suaminya sekiranya benar dia bukan punca perpisahan kami. "Cukuplah Nora sekadar memberikan kenyataan dia lega kerana bekas suaminya itu cuba mempertahankan yang bukan dia punca perpisahan kami. Nora mengambil langkah tidak betul kerana memberikan kenyataan tanpa mendapat fakta yang benar. "Dengan ini, lagi sekali saya menegaskan kami berpisah pada 18 Januari. Biar saya dan Jejai saja yang tahu punca perpisahan kami. Saya harap Nora lebih berhati-hati dan mendapatkan fakta bukti yang kukuh serta tepat sebelum memberikan kenyataan pada media. Sekiranya dia di pihak benar, tidak perlu dia melatah dan meyakinkan pembaca dengan memberi informasi yang tidak benar," katanya.

    Keadaan ini memaksa Fasha Sandha memberikan penjelasan penuh beserta bukti kukuh kepada pihak media kerana dia menyimpan semua SMS, BB Messenger dan senarai panggilan telefon. Malah, ibunya masih menyimpan SMS Jejai pada hari Jejai bertolak ke Jepun.

    Fasha Sandha menjelaskan tujuan dia mengemukakan penjelasan beserta bukti kerana dia enggan dikaitkan dengan sebarang tuduhan atau fitnah tanpa bukti pada masa akan datang. Fasha Sandha merasakan dirinya telah ditindas dan tindakan mengeluarkan penjelasan berbukti dapat menegakkan kata-katanya, sekaligus menafikan dakwaan Nora Danish.

    Berita kredit: Hmetro (Cukuplah Saya Ditindas) & Twitter Fasha Sandha.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    SkyCrewz Network

    SkyCrewz Network


    Gambar Nora Danish dan Jejai Bercuti Di Jepun

    Posted: 25 Jan 2011 10:19 PM PST

    Gambar Nora Danish dan Jejai Bercuti Di Jepun

    Minggu ni memang hot dengan cerita-cerita Jejai, Fasha Sandha dan juga Nora Danish. Bagi meng-hot-kan lagi keadaan kami nak paparkan pulak gambar Jejai dan Nora Danish bercuti di Jepun bersama-sama dengan keluarga bekas mentua Nora Danish.

    Kalau korang nak tau juga, percutian ini lah antara puncanya si Fasha Sandha berbikini di Bali tempoh hari. Apa yang kami boleh katakan, memang Nora Danish ni sangat baik dengan bekas mentuanya. So, Jejai kami harap kau rujuk lah balik dengan Nora Danish.

    gosip artis Gambar Nora Danish dan Jejai Bercuti Di Jepun

    gosip artis Gambar Nora Danish dan Jejai Bercuti Di Jepun

    gosip artis Gambar Nora Danish dan Jejai Bercuti Di Jepun

    gosip artis Gambar Nora Danish dan Jejai Bercuti Di Jepun

    gosip artis Gambar Nora Danish dan Jejai Bercuti Di Jepun

    gosip artis Gambar Nora Danish dan Jejai Bercuti Di Jepun

    gosip artis Gambar Nora Danish dan Jejai Bercuti Di Jepun

    gosip artis Gambar Nora Danish dan Jejai Bercuti Di Jepun

    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.