Adsense

Jumaat, 21 Januari 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Aida Khalida kini tauke tudung

Posted:

Aida Khalida kini tauke tudung

Aida Khalida kini tauke tudung

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
liza.zakaria@utusan.com.my
Gambar WAHIDAH ZAINAL


GAYA USAHAWAN... Aida Khalida menunjukkan koleksi tudungnya yang turut dijual pada majlis pelancaran tudung Aida Khalida
di Restoran Puteri, Sungai Penchala, Damansara baru-baru ini.


BERMULA daripada impian, akhirnya ia menjadi kenyataan. Pelakon terkenal, Aida Khalida atau dahulunya cukup sinonim dengan nama Aida Rahim kini sudah mula melangkah ke alam perniagaan pula.

Baru-baru ini, bertempat di Restoran Puteri, Sungai Penchala, Damansara dilancarkan jenama tudungnya sendiri iaitu Aida Khalida yang menyenaraikan sebanyak 15 rekaan yang menarik dan segar.

Tudung yang berharga antara RM50 hingga RM190 di bawah jenama tersebut termasuklah Adiva, Lu'lu, Badi'a, Numa, Dora, Moon, Naira, Urika dan Chamelia.

Kesemua koleksi tudung Aida Khalida kini dijual di Butik Galeri Muslimah yang terletak di Neo Damansara PJU 8/1, Bandar Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor.

Menurut Aida, perniagaan yang diusahakan dengan kerjasama Galeri Muslimah Sdn. Bhd. (Galeri Muslimah) itu sejak empat bulan lalu memberi cabang baru buatnya sebagai selebriti.

Namun jelas Aida, melangkah ke bidang perniagaan bukan tanda awal buatnya untuk berundur daripada bidang lakonan yang cukup disayanginya.

"Alhamdulillah, bermula dengan impian siapa sangka rupa-rupanya menjadi kenyataan. Syukur kolaborasi perniagaan dengan pemilik Galeri Muslimah iaitu Johari Mohd. Ghazali dan isterinya, Norashiekin Zakaria akhirnya membuka jalan buat saya memasarkan produk tudung jenama sendiri.

"Dahulu orang selalu kaitkan saya dengan fesyen dan apabila saya sudah bertudung ramai pula yang bertanya tentang tudung yang saya gayakan. Ini secara tidak langsung memberi motivasi buat saya dalam menghasilkan produk tudung sendiri.

"Ini boleh dikatakan salah satu usaha saya berdakwah serta menggalakkan lebih ramai muslimah bertudung untuk kelihatan cantik dalam masa yang sama memberi sesuatu kepada peminat yang mahu berjinak-jinak dalam perniagaan sebagai pengedar," katanya yang mula memakai tudung sejak tiga tahun lalu.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Mila Kunis

Posted:

Mila Kunis

Mila Kunis

SELEPAS menempa kejayaan menerusi filem Black Swan, aktres bermata galak, Mila Kunis semakin yakin dengan langkah seninya sebagai seorang aktres filem.

Biarpun sebelum ini, dia digandingkan dengan ramai pelakon lelaki kacak di Hollywood, jauh di sudut hati Kunis dia menanam impian untuk berlakon bersama dua aktor ternama iaitu Brad Pitt dan George Clooney.

"Selama saya berlakon lebih daripada 10 tahun lalu, saya sudah digandingkan dengan pelakon lelaki yang saya sifatkan cukup ideal.

"Kalau ditanya kepada saya dengan siapa lagi yang saya mahu digandingkan di masa akan datang, jawapannya adalah Brad Pitt dan George Clooney kerana karisma mereka memang cukup menyerlah apabila di layar perak.

"Saya percaya jika saya dapat digandingkan dengan mereka selepas ini, ia akan menjadi kombinasi yang cukup menarik untuk saya," ujarnya dalam satu temu bual baru-baru ini.

Menerusi filem Black Swan, Kunis menerima pelbagai pengiktirafan dan terbaru, dia dicalonkan untuk Golden Globe dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik.

Bukan itu sahaja, dia turut menerima pencalonan dalam kategori yang sama bagi anugerah Screen Actors Guild yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Kunis mula dikenali ramai menerusi sitkom popular, That 70's Show yang pernah ditayangkan satu ketika dulu dan juga menyumbangkan suaranya untuk siri televisyen, Family Guy.

Selain televisyen, Kunis juga membintangi beberapa buah filem termasuklah Max Payne, Forgetting Sarah Marshall, The Book of Eli dan Date Night.

Untuk filem terbarunya, Kunis baru sahaja selesai membintangi filem Friends with Benefits dan akan menjalani penggambaran filem terbarunya, Ted tidak lama lagi.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Ingin kembali

Posted: 20 Jan 2011 12:32 PM PST

Hip

Selepas empat tahun, Erra Fazira teringin muncul bersama album baru

EMPAT tahun lalu, penyanyi dan pelakon jelita Erra Fazira menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman SRC sebagai artis baru naungan mereka. Syaratnya, Erra dikehendaki menghasilkan lima album bersama syarikat berkenaan. Namun pejam celik, pejam celik, sehingga kini bayang album pun masih lagi tidak kelihatan. Apa sudah jadi dengan kontrak yang dipersetujui itu?

Tertanya-tanya juga apakah album baru Erra memang tidak akan muncul di pasaran kerana khabarnya, sehingga kini ia belum siap sepenuhnya. Rasanya ramai peminat ibu kepada Engku Aleesya ini yang tidak sabar menantikan kelahiran buah tangan penyanyi ini. Kali terakhir Erra muncul dengan album terbaru adalah pada 2006, yang memuatkan lagu popular seperti Harapan Hanya Impian.

Namun sama seperti judul lagu popularnya itu, harapan pemilik nama penuh Fazira Wan Chek ini untuk menyaksikan album sulungnya bersama syarikat rakaman tempatan itu bagaikan tidak kesampaian apabila kontraknya bakal berakhir sekitar tahun ini. Dan, perkara ini turut membimbangkan Erra kerana dia sendiri memang sudah gian untuk merakamkan lagu baru.

"Sebelum ini memang Erra sudah merakamkan beberapa lagu termasuk meminta lagu dari kumpulan Ungu untuk dimuatkan dalam album baru. Namun disebabkan kesibukan Erra berlakon dan juga melahir serta membesarkan anak, pembikinan album Erra terpaksa ditangguhkan. Dari sehari ke sehari, ada saja aktiviti yang perlu Erra lakukan sehingga Erra tidak sedar kontrak bersama SRC sudah pun hampir tamat.

"Bukan tidak boleh untuk meneruskan projek album ini, tetapi lagu yang sudah Erra rakamkan rasanya tidak sesuai untuk trend sekarang. Maklum sajalah, Erra rakamkan lagu itu kira-kira dua atau tiga tahun lalu, jadi Erra rasa muziknya sudah tidak lagi relevan dengan apa yang diminati orang ramai ketika ini. Mungkin Erra akan mencari material baru untuk disesuaikan dengan cita rasa penggemar muzik hari ini," cerita aktres ini ketika ditemui pada majlis Tahun Baru Cina Green Cheongsam anjuran Rafflesia The Pearl Centre di pusat beli-belah The Weld, Kuala Lumpur, baru-baru.
Pada petang itu, Erra yang baru saja dilantik sebagai seorang daripada Mentor bagi musim terbaru program realiti terbitan TV3 itu menggayakan busana Cheongsam hijau paras lutut rekaan Riffai, yang menampakkan penampilannya persis wanita China era 50-an.

Katanya, walau apapun terjadi, dia tetap akan meneruskan hasrat mengeluarkan album solonya itu secepat mungkin.

"Jika kontrak Erra dengan SRC tamat dan album Erra masih belum dapat disiapkan, Erra akan tetap meneruskan projek itu walaupun terpaksa menerbitkannya sendiri. Untuk itu, Erra sekarang sedang dalam proses mencari lagu dan jika ada komposer yang berminat untuk bekerjasama dengan Erra, ia amat dialu-alukan.

"Tapi, kalau kontrak Erra disambung dan SRC masih berminat untuk menerbitkan album itu, Erra rasa ia tak menimbulkan sebarang masalah kerana sekurang-kurangnya lagu yang Erra dapat nanti boleh dimuatkan terus dalam album berkenaan," kata Erra yang sempat menghasilkan sebuah lagu raya dengan syarikat rakaman terbabit, berjudul Gema Lebaran.

Selain ingin memberikan fokus pada penerbitan album solonya, wajah ekslusif Astro ini juga merancang untuk menerbitkan lebih banyak drama dan telefilem di bawah syarikat penerbitannya sendiri.

"Sekarang ini Erra mencari lebih banyak penulis skrip untuk menghasilkan drama untuk syarikat Erra. Bukan tidak ada skrip yang datang, tetapi kami ingin mencari lebih banyak lagi cerita menarik. Jadi kalau ada sesiapa yang berminat untuk menghantar skrip mereka, dipersilakan," ujarnya.

Ditanya apakah dia sendiri ada mencuba untuk menulis skrip, penyanyi yang cukup popular dengan lagu Yang Terindah Hanya Sementara ini hanya tergelak besar mendengar soalan itu.

"Erra ada juga mencuba, tetapi kebanyakannya hanyalah sinopsis semata-mata. Kalau nak diikutkan memang banyak sinopsis yang Erra sudah hasilkan, namun untuk menulis skrip itu saja yang agak memakan masa sedikit," katanya.

Sedia tambah cahaya mata

USAH lagi dibangkitkan cerita kononnya pasangan popular ini sedang berdepan dengan masalah rumah tangga kerana baik Erra mahu pun suaminya, Engku Emran, mereka sudah pun menjelaskan bahawa ikatan perkahwinan yang terjalin sejak tiga tahun lalu masih lagi kukuh. Bersama cahaya mata yang semakin membesar, Erra sekali lagi menegaskan, tidak ada apa yang lebih menggembirakannya apabila dikelilingi insan tersayang.

Justeru, apakah Erra dan Emran tidak bercadang untuk menambah anggota keluarga keluarga memandangkan anak sulungnya itu sudah mencecah usia lebih setahun.

"Memang kami ada bercadang untuk mempunyai seorang lagi cahaya mata. Aleesya juga semakin membesar. Lagipun usia Erra sendiri kian meningkat dan Erra tak mahu menunggu terlalu lama untuk menambah anak. Bagaimanapun, ia bukanlah perlu dilaksanakan seberapa segera. Namun, jika diizinkan Tuhan, Erra mahu mengandung tahun ini juga," ujar Erra.

Bercerita mengenai keletah anak sulungnya itu, aktres terbaik Festival Filem Malaysia sebanyak dua kali ini menjelaskan Aleesya sudah menunjukkan minat dalam bidang seni.

"Selain gemar menggoyangkan badannya apabila mendengar muzik, dia juga sudah mula nak menyanyi. Walaupun tak tahu apa biji butir yang keluar daripada mulutnya, tapi Erra seronok melihat situasi itu. Memang melucukan!" katanya sambil tertawa kecil.


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Erra, Elly punya karisma sendiri

Posted: 20 Jan 2011 12:22 PM PST

Hip

Esma Daniel cari keserasian, akui babak Dr Mahathir umum undur diri paling mencabar

WALAU hanya setengah jam, fragmen Muzikal Tun Mahathir (MTM2) yang menonjolkan detik percintaan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali hingga mereka disatukan memancing perhatian hadirin, terutama tetamu kehormat, Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Seri Noorainee Abd Rahman.

Tanpa kostum atau props yang melatari pentas, cukup sekadar penonjolan babak tertentu, ia tetap memancing perhatian hadirin yang datang bersempena majlis penyerahan cek hasil pementasan MTM1 dan sesi memperkenalkan penaja MTM2, tiga hari sebelum pementasan sebenar berlangsung. Menyaksikan Esma Daniel dan Ezany Nizarif yang membawakan watak Dr Mahathir dalam era berbeza seakan membawa penonton menelusuri perjalanan kehidupan mantan Perdana Menteri itu biarpun hanya secubit cuma adegan ditonjolkan, berbanding dua setengah jam untuk keseluruhan pementasan, namun ia cukup meninggalkan kesan.

Esma yang turut terbabit dalam pementasan pertama pada September lalu mengakui begitu teruja untuk beraksi apatah lagi kali ini gandingannya adalah pasangan baru, Elly Mazlein sebagai Dr Siti Hasmah dewasa yang menggantikan pelakon popular, Erra Fazira.

Sekali pun berpengalaman lebih luas jika dibandingkan teman seangkatan lain, akui aktor berusia 41 tahun itu, dirinya masih perlu belajar dari bawah seperti mana pendukung watak lain kerana dalam sesebuah pementasan, apabila gandingan bertukar ganti, mereka perlu mencari keserasian.

"Sememangnya antara Erra Fazira dan Elly Mazlein punya karisma tersendiri. Malah sebagai teman segandingan, saya seronok berpeluang beraksi dengan dua aktres berbeza yang membawakan watak sama kerana masing-masing mampu menonjolkan perwatakan isteri tokoh negarawan dalam perspektif sendiri.
"Apa pun saya tidak anggap sedikit pengalaman yang saya ada ini membezakan saya dengan pelakon lain kerana saya masih perlu bermula daripada bawah - mendalami watak dan perwatakan, selain mengenali gandingan lebih dekat memandangkan keserasian yang mampu menghidupkan lagi penceritaan," katanya.

Begitupun, babak paling mencabar baginya tentu saja detik Dr Mahathir mengumumkan pengunduran diri daripada kabinet yang perlu ditonjolkan kepada khalayak penonton sebagaimana situasi sebenar dengan disaksikan jutaan mata apabila ia turut disiarkan di televisyen tempatan dan luar negara.

"Babak pengunduran Tun pastinya punya detik kenangan tersendiri kerana saya juga antara jutaan rakyat Malaysia lain yang mengalirkan air mata melihat paparan itu di kaca TV. Seakan ia baru semalam berlaku sekali gus memori yang masih segar di ingatan ramai pastinya cukup mencabar untuk direalisasikan di atas pentas.

"Namun saya anggap semua ini cabaran untuk menguji sejauh mana kemampuan saya menangani emosi bersilih ganti terutama bagi babak berkenaan. Saya pasti dapat merealisasikan babak itu menerusi sokongan teman lain bersama seluruh produksi MTM2," katanya lagi.

Tiada watak picisan

MENJALANI latihan sejak sebulan lalu, nama lain yang turut menjayakan muzikal ini ialah Sarimah Ibrahim (susur/pencerita), Datuk Jalaluddin Hassan (master/bapa), Azean Irdawaty (Mak Bidan) dan AC Mizal (Aziz/teman Chedet).

Kemunculan mereka tentu saja antara pemangkin pementasan muzikal terbabit.

Seperti diperakui penerbitnya, Siti Rohayah Attan, setiap pelakon sama ada watak utama atau sampingan mempunyai kekuatan tersendiri malah dalam MTM2, tiada istilah karektor picisan kerana walau keluar hanya dalam satu babak, mereka mampu menghidupkan lagi pengkisahan hidup tokoh kesayangan ramai itu.

"Sememangnya kami sudah bersedia dari segi mental dan fizikal, malah saya melihat dalam tempoh latihan yang singkat semua mampu menonjolkan hasil terbaik dan diharap segala persediaan selain penambahan watak tukang cerita membantu penonton lebih memahami perjalanan cerita.

"Kali ini kita akan kurangkan penggunaan visual apabila penyambungan kisah akan diceritakan penglipur lara yang hanya mengambil masa singkat, menyelit antara babak, selain ditonjolkan sendiri pelakon supaya penonton lebih merasai sendiri laluan detik terpenting dalam susur galur kehidupan Tun suami, isteri," katanya.

Bagi Azean Irdawaty yang membawakan watak Mak Bidan yang menyambut kelahiran negarawan itu, beraksi bersama produksi Rohayah cukup membanggakannya apatah lagi terbabit dengan pengkisahan negarawan yang tentu saja undangan yang tidak mampu ditolak.

"Saya sudah lama bekerja dengan Rohayah dan kali terakhir menerusi teater Bukan Dejavu kira-kira empat tahun lalu. Biarpun Mak Bidan hanya muncul di pentas kira-kira dua minit, saya rasakan wataknya cukup kuat kerana dia yang menyambut kelahiran seorang tokoh negara.

"Apabila Rohayah menghubungi saya dan memaklumkan mengenai watak ini, saya menyahut cabarannya. Watak ini saya namakan Kak Dah, yang mungkin membawa makna Hamidah, Bedah atau Kedah sendiri, manakala karektornya pelupa yang secara simbolik memberi peringatan Melayu mudah lupa," kata aktres disegani itu.

Menyingkap semula pembabitan pelakon yang mesra disapa Kak Yan itu. jelas kemunculannya pasti dinantikan apatah lagi sejak akhir-akhir ini aksinya jarang dapat diikuti di kaca televisyen memandangkan tumpuan masa kini lebih terarah kepada keluarga dan perniagaan.

Medan terbaik pupuk semangat patriotik

SEMENTARA itu, pada majlis sama Puan Sri Noorainee menyampaikan sumbangan RM40,000 hasil kutipan pementasan MTM1 kepada tabung pendidikan Akademi Seni Warisan dan Budaya Kebangsaan (ASWARA) dan Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM). masing-masing menerima RM30,000 serta RM10,000.

Noorainee yang juga Penaung Kehormat Muzikal Tun Mahathir berkata, pementasan musim kedua yang berlangsung selama sembilan hari hingga 30 Januari ini, mampu menarik kehadiran seluruh lapisan masyarakat sekali gus menjadi medan terbaik mengukuhkan semangat patriotik.

MTM2 terbitan CTRA Production diarahkan Rosminah Tahir dengan sokongan Ismail selaku penulis skrip dan Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah sebagai pengarah muzik, manakala Berita Harian serta New Straits Times (NST) sebagai akhbar rasmi. Ia dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula malam ini, jam 8.30 malam.

Orang ramai yang ingin menyaksikan pementasan berkenaan boleh mendapatkan tiket berharga RM32, RM52, RM82, RM102, RM152 dan RM302 menerusi www.ticket2u.biz atau menghubungi talian 03-4026 5558 atau 03-4147 8600.

INFO: MTM2

  • Akan dipentaskan bermula 21 hingga 30 Januari bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya.
  • Tiket untuk menyaksikan pementasan itu sudah mula dijual berharga dari RM32, RM52, RM82, RM102, RM152 dan RM302 atau boleh ditempah dengan melayari www.ticket2u.biz.
  • Keterangan lanjut mengenai muzikal ini boleh layari laman web www.muzikaltunmahathir@blogspot.com.
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Media Malaya - Entertainment News, Celebrity Gossip, Celebrity News

    Media Malaya - Entertainment News, Celebrity Gossip, Celebrity News


    Gosip Artis Malaysia Terkini, Kompilasi Gambar Pelik dan Kelakar

    Posted:

    Posted on 21 January 2011.

    Tahniah kami ucapkan kepada pasangan Ayu Raudah dan suaminya Zaquan Adha selepas selamat bernikah di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar jam 3.45 petang tadi.

    Dengan hanya sekali lafaz oleh Zaquan, mereka kini bergelar suami isteri. Ayu menerima mas kahwin sebanyak RM1,888 beserta 7 dulang dari pihak lelaki.

    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    - Blog Hanz -

    - Blog Hanz -


    Blog Safe

    Posted: 21 Jan 2011 12:34 AM PST




    The following are useful tips to be safe when you are on the Internet:
    Avoid posting entries that could enable a stranger to know where you are or where you live.
    Do not post your personal information, your house address or places where you normally visit.
    If the blog service has a "friends" list that allows you to control who can visit your profile or blog, allow only people you know and trust. If you don't use the privacy feature, anyone can see your information, including people with some bad intentions.
    Don't get together with someone you "meet" in a blog unless you are very certain of who they are. Although it may not be totally safe when you meet, bring your friends along.
    Avoid posting photos that allow people to identify you.
    Do not respond to mean, offensive or embarrassing comments. Delete them and, if possible, block offensive people from commenting further.
    Membership rules are there to protect people. If you are too young to sign up, do not attempt to lie about your age. Talk with your parents about site that may allow juniors

    Tiz Zaqyah nafi tinggal bersama Remy Ishak

    Posted: 20 Jan 2011 08:14 PM PST




     Keintiman Tiz Zaqyah dan Remy Ishak kini semakin dihidu masyarakat umum malah kedua-dua pasangan utama drama Nur Kasih itu kini dikatakan tinggal serumah pula. Tiz yang menafikan perkara tersebut, kisah duduk serumah dengan Remy merupakan satu fitnah yang nyata.

    "Memang dia pernah datang dan melepak di rumah saya tapi bersama rakan-rakan lain. Bukan dia sahaja yang datang bahkan kawan-kawan lain pun sama juga. Saya pun tak faham bagaimana kisah ini timbul kalau ada bukti mengatakan kami duduk sekali saya harap orang yang membuat cerita itu mengemukakan buktinya," kata Tiz kepada Murai
    Mengakui lelah dengan segala fitnah yang melekat pada dirinya, Tiz berkata dia semakin lali dengan permainan khalayak yang berkecimpung dalam bidang seni ini. Berdoa sentiasa dikuatkan hatinya oleh Ilahi, Tiz menjelaskan cintanya masih belum bertemu dalam dirinya

    Baik Sayang Bagi Tau Abang Sekarang!!!! Siapa Punya Anak nie!!!

    Posted: 20 Jan 2011 08:10 PM PST

    (video)Tips break-up dgn cemerlang Dr Zizan

    Posted: 20 Jan 2011 08:07 PM PST

    macam macam hiburan terkini

    macam macam hiburan terkini


    Diana Danielle Enggan Berlakon Filem Syamsul

    Posted: 20 Jan 2011 04:03 PM PST


    PETALING JAYA: Pelakon jelita, Diana Danielle Danny Beeson, 20, enggan bekerjasama dengan Syamsul Yusof, 27, jika ditawarkan berlakon oleh bekas kekasihnya itu.

    Menurutnya, dia tidak pernah terfikir untuk kembali berlakon dalam drama atau filem di bawah arahan pengarah muda tersebut biarpun dikatakan mereka sudah berbaik.

    "Saya belum terfikir lagi untuk berlakon bersama dia (Syamsul)jika ditawarkan," jelasnya melalui kiriman khidmat pesanan ringkas kepada mStar Online.

    Jelasnya, hubungan baik dengan pengarah muda itu, hanya atas dasar profesionalisme dan rasa hormat sesama artis.

    "Saya rasa orang sudah salah anggap, saya langsung tidak terfikir nak kembali intim dengan Syamsul Yusof. Kami hanya kawan dan tidak lebih dari itu," tulisnya.

    Dalam pada itu, Dia yang dikatakan berpimpin tangan dalam sebuah majlis baru-baru ini menjelaskan bahawa ia tidak seperti yang digambarkan oleh beberapa pihak.

    "Mana ada saya hadir ke sebuah majlis sambil berpimpin tangan dengan Syamsul Yusof, Itu hanya fitnah semata-mata. Dia hanya membantu saya semasa tutun tangga dari atas pentas sebab tangga tersebut terlalu kecil dan saya memakai kasut bertumit tinggi," jelasnya.

    Sementara itu, ibu kepada pelakon ini, Norsiah Ramli ketika dihubungi mStar Online memberitahu hubungan bekas pasangan kekasih itu sudah lama berbaik, namun tidak lebih dari sekadar teman biasa.

    "Kami sudah melupakan peristiwa lalu dan Syamsul sudah lama meminta maaf tentang perkara itu. Tentang hubungan Diana dengan Syamsul saya tidak pernah menghalang untuk mereka berbaik.

    "Saya ada bertanya Diana sejauh mana hubungan tersebut, namun Diana hanya memberitahu ia hanya berjumpa ketika di majlis dan tidak pernah berhubung melalui telefon dengan lelaki tersebut," katanya.

    Umie Aida Dapat 'Hidu' Kejutan Suami

    Posted: 20 Jan 2011 04:01 PM PST


    PETALING JAYA: Aktres Umie Aida menerima kejutan sempena ulang tahun hari jadinya ke-38 oleh suami dan adiknya.

    Majlis berkenaan disambut pada Selasa lalu di Restoran Tony Romas, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.


    Namun begitu, Umie berkata dia dapat menghidu terlebih awal tentang majlis tersebut kerana suaminya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan tidak pandai 'berlakon'.


    Kek hari jadi Umie.
    Bagaimanapun, Umie pada mulanya hanya menyangkakan suaminya mahu mengajaknya ke majlis makan malam biasa dan bukan majlis besar yang dihadiri seramai 60 orang itu.


    Umie dengan suami tersayang, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan.
    "Mereka sepatutnya menyambut majlis hari jadi saya pada malam 17 Januari lalu tetapi waktu itu saya tidak sihat. Jadi, mereka terpaksa menunda kepada malam 18 Januari lalu.


    Antara rakan artis yang hadir. Dari kiri: Sofea Jane, Ziela Jalil, Vanidah Imran, Ning Baizura, Erra Fazira dan Noniswara.
    "Saya dapat mengagak suami akan membuat sesuatu (kejutan hari jadi) pada malam itu apabila dia mengajak saya keluar tetapi dia berpakaian formal.

    "Sedangkan biasanya kalau dia keluar bersiar-siar dengan saya pada waktu malam, dia hanya selesa mengenakan pakaian ringkas," katanya kepada mStar Online.

    artis yang hadir ialah kakaknya, Erma Fatima, Erra Fazira, Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Ning Baizura, Sofea Jane, Ziela Jalil, Noniswara dan Maya Karin.

    Bercerita tentang hadiah hari lahir pemberian suami, Umie berkata dia tidak menerima dan meminta apa-apa hadiah daripada suaminya.

    "Saya tidak mengharapkan apa-apa hadiah. Yang penting suami memberikan kasih-sayang dan menghargai diri saya.

    "Sempena ulang tahun ini, saya mendoakan agar diberikan rezeki anak," ujarnya yang akan terlibat dengan penggambaran sebuah telefilem pada Februari ini.

    Selepas selesai dengan pementasan teater Natrah, dia berehat seketika daripada berlakon dan bercuti ke Eropah bersama-sama suami.

    Edlin AF2 Bercinta Dengan Bekas Kekasih

    Posted: 20 Jan 2011 04:00 PM PST


    PETALING JAYA: Siapa sangka, selepas sepuluh tahun terpisah, penyanyi Edlin Abdul Rahim bertemu dan bercinta kembali dengan bekas kekasihnya.

    Sengaja merahsiakan namanya, Edlin yang pernah menyertai Akademi Fantasia musim kedua (AF2) berkata kali terakhir dia bertemu dengan lelaki itu sewaktu belajar di tingkatan empat.

    Bagaimanapun selepat tamat sekolah, mereka berdua menyambung pelajaran di Melbourne, Australia tetapi sayang sekali tidak pernah berjumpa.

    "Percaya atau tidak, walaupun belajar di tempat yang sama, kami tidak pernah berjumpa antara satu sama lain. Tetapi itu semua kerja Tuhan, kami bertemu semula pada tahun lepas melalui Facebook," kata Edlin kepada mStar Online.


    Selepas pertemuan itu, kedua-dua mereka telah melafazkan rasa cinta serta termasuklah sudah berjumpa dengan ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

    "Dia orang Kuala Lumpur. Setakat ini, keluarga kami sudah pun berkenalan. Kalau ada jodoh, insya-Allah kami akan berkahwin.

    "Saya tertarik dengan sikapnya yang baik hati, bercakap dengan lemah lembut dan menghormati keluarga.

    "Keluarga saya tidak kisah tentang harta dan pangkat seseorang itu asalkan dia ikhlas dan jujur dengan saya, cukuplah," cerita anak sulung daripada dua beradik ini.

    Bercerita tentang karier seninya, Edlin masih lagi menyanyi dan sering menjayakan persembahan tertutup dan juga aktiviti melibatkan Astro.

    'Raja Lawak' Lesen Jadi Penyanyi - Azrul

    Posted: 20 Jan 2011 03:58 PM PST

    PETALING JAYA: Pengacara Azrul (Raja Lawak), 36, mengakui mengambil kesempatan dengan menjadikan program Raja Lawak sebagai platform untuk bergelar seorang penyanyi.

    Biarpun belum dikenali sepenuhnya dalam industri ini, ironinya pemilik nama Azrul Zaidi dari kumpulan Cham yang mendapat tempat kedua dalam Raja Lawak musim kedua ini sudah mengembangkan kariernya sebagai pelawak, pelakon, penyanyi dan pengacara.

    Lantas, dia tidak pernah patah semangat untuk merealisasikan impiannya demi menjadi seorang penghibur serba boleh.

    Lebih menarik, dia turut membuka syarikat pengurusan acara sendiri iaitu Freelance Entertainment Enterprise yang diuruskan bersama-sama isterinya, Raja Norshafinaz Raja Mokhtar, 34.

    "Sejujurnya, saya menjadikan program Raja Lawak sebagai lesen untuk dikenali sebagai penyanyi. Sebelum ini, saya banyak menyanyi di tapak pesta Pulau Pinang.

    "Sebelum menyertai Raja Lawak musim kedua, saya pernah menubuhkan kumpulan muzik dan menjadi finalis pertandingan Asia Bagus 1995. Kami hanya berjaya mendapat tempat keempat dalam pertandingan itu.

    "Selain itu, saya turut memasuki pertandingan Bintang Radio Televisyen Malaysia (RTM) cawangan utara pada 1996 dan dipilih sebagai naib juara," katanya kepada mStar Online.

    Azrul bukan sahaja meminati bidang nyanyian, malah dia turut menceburi bidang penciptaan lagu.

    "Saya telah bergelar komposer sejak tahun 2009 dan dalam diam-diam berjaya mengumpul 10 buah lagu. Saya mendapatkan bantuan Along (Exist) sebagai penyusun lagu.

    "Saya baru sahaja menghasilkan single terbaru berjudul Cerita Kita sejak Disember lalu," katanya yang menggunakan modal sebanyak RM4,000 untuk menerbitkan sebuah lagu.

    Bercerita tentang perkembangan lain, Azrul juga merupakan pengacara di Astro Mustika dan membintangi sitkom berjudul TakuTV di Astro Warna (saluran 132) serta sitkom FaSoLaTiDo di RTM.

    Selain itu, dia banyak menjayakan majlis makan malam korporat sebagai pengacara majlis sejak tahun 1994.

    Menyentuh tentang kehidupannya, selepas berkahwin dengan Raja Norshafinaz, dia dikurniakan empat orang anak iaitu Nur Dayana Batrisyia, 6, Nur Qistina Batrisyia, 4, Muhammad Aliff Zaidi, 3, dan Muhammad Danish Zaidi, 2.

    Himpunan Kisah Sensasi

    Himpunan Kisah Sensasi


    Dapat pakaian percuma jika berpakaian dalam

    Posted: 20 Jan 2011 12:00 PM PST

    du 09.1 Dapat pakaian percuma jika berpakaian dalam

    SEJUMLAH orang yang memakai pakaian dalam berbaris di luar kedai jenama Desigual di Lisbon, Portugal kelmarin.


    MADRID – Sejumlah orang termasuk wanita yang memakai pakaian dalam sanggup beratur dalam suhu sejuk semata-mata untuk memperoleh pakaian mahal yang diberikan secara percuma di kedai-kedai cawangan Desigual di Madrid, Sepanyol dan Lisbon, Portugal kelmarin.

    Hanya 100 orang yang paling awal memasuki kedai itu dibenarkan memperoleh pakaian mahal secara percuma.

    Sebelum itu, seramai 200 orang memakai pakaian dalam sanggup berbaris di luar kedai tersebut untuk merebut tawaran unik itu.

    Dua orang yang bertuah itu, Pedro Soares dan Ivan Silva mendakwa mereka tiba di kedai Desigual pada pukul 1 pagi waktu tempatan kelmarin di Lisbon.

    Mereka berbaris selama lapan jam untuk menunggu pintu kedai itu dibuka.

    "Saya mendapat sehelai baju sejuk dan sepasang seluar yang mungkin berharga AS$250 (RM766.125)," kata Soares.

    "Saya suka jenama ini (Desigual) dan saya boleh memperoleh pakaian itu tanpa membuat sebarang pembayaran," tambahnya.

    Seorang pegawai perhubungan awam jenama Desigual, Beatriz Almeida berkata, inisiatif itu dibuat bagi menandakan bermulanya jualan untuk musim sejuk. – Agensi

    ///kosmo ///

    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Hiburan

    Kosmo Online - Hiburan


    Faradhiya tidak mencari cinta

    Posted:

    Berbicara lanjut, pelakon berusia 27 tahun itu mengakui dia bukan insan yang mudah diajak untuk berjumpa dengan keluarga kekasih melainkan sudah betul-betul yakin dan selesa dengan perhubungan yang dibina.

    "Saya jenis orang yang susah hendak berjumpa dengan keluarga kekasih saya dan saya akan elakkan untuk mengaturkan pertemuan tersebut terutama apabila hubungan yang dijalinkan itu masih baru.

    "Bukan mahu menyombong diri, tetapi itulah saya. Pada saya, jika sudah melibatkan keluarga, perasaan bimbang akan muncul dalam diri sekiranya apa yang dihajatkan tidak menjadi kenyataan," ujarnya yang pernah berjumpa dengan keluarga bekas kekasihnya itu.

    Menyelak lagi lembaran silam pelakon bertubuh langsing itu, sebelum ini dia juga pernah menjalinkan hubungan dengan seseorang lagi lelaki selama empat tahun dan hubungan itu bagaimanapun berakhir begitu sahaja sebelum dia menemui cinta baru dua tahun kemudian yang juga berakhir tanpa sebarang ikatan yang sah.

    Tidak percaya cinta jangka panjang

    Selepas melalui dua kegagalan bercinta, Faradhiya memutuskan sudah tidak percaya terhadap hubungan jangka panjang memandangkan usianya kini sudah 27 tahun.

    "Saya sudah malas untuk mula bercinta semula. Lepas ini kalau ditakdirkan jatuh cinta lagi, saya tak mahu bercinta lama-lama. Tempoh dua tahun sudah cukup sebab saya tidak mempunyai banyak masa lagi. Kalau nak lama-lama, alamatnya jadi anak dara tua," katanya sambil tertawa.

    Bagaimanapun, Faradhiya menegaskan bahawa dia tidak akan sesekali mencari cinta kerana itu bukan dirinya.

    "Saya boleh cari kawan, tetapi mencari cinta itu susah, lebih-lebih apabila mahu mencari orang yang benar-benar sesuai. Itu semua bukan perkara mudah. Kalau dari awal lagi memang sudah tidak boleh, baik jangan jalinkan hubungan yang serius.

    "Saya akui saya senang untuk suka kepada seseorang, tetapi untuk timbul perasaan sayang dan cinta itu sukar. Lagipun saya memerlukan kepercayaan 100 peratus sebelum boleh mencintai seseorang," tuturnya.

    Menyentuh tentang ciri-ciri lelaki idaman, Faradhiya mengimpikan lelaki yang benar-benar boleh menggoncang jiwa wanitanya, seorang yang budiman dan memiliki sifat kejantanan.


    LAKONAN menjadi bidang yang semakin menarik untuk diterokai, tetapi Faradhiya sedang mengumpul tenaga untuk kembali aktif sebagai penyanyi. Album baru sedang dibikin dan single terbarunya, Kau Telah Pergi sedang teruji di corong radio.


    Terus-terusan bercakap mengenai kriteria lelaki pilihan, anak bongsu daripada dua beradik itu bertegas tidak akan bahkan tidak pernah menyukai lelaki yang mudah meninggikan suara terhadap dirinya.

    "Rasanya sebab saya anak manja dalam keluarga. Saya juga mahukan seorang lelaki yang melayan saya bak permaisuri kerana apabila sudah bergelar berkahwin, memang isteri itu adalah permaisuri di hati suami.

    "Bercakap soal jodoh, kalau boleh saya tidak mahu bakal suami bekerja sealiran dengan saya. Saya tidak mahu bercakap besar, tetapi sebagai seorang artis, saya tahu bersih dan kotornya industri kita.

    "Namun kalau saya ditakdirkan bertemu jodoh juga dengan sesama artis, saya reda," katanya lagi.

    Kembali dengan album baru

    Selepas puas menggali kisah cintanya, persoalan disorotkan pula kepada bidang asal yang membawa nama Faradhiya masuk ke aliran seni, dunia nyanyian.

    Popular menerusi lagu Bertakhta Di Hati beberapa tahun lalu, lagu single Faradhiya bertajuk Kau Telah Pergi ciptaan dan lirik oleh Julfekar baru sahaja mula berkumandang di corong-corong radio.

    "Lagu itu kebetulan memang terkena pada batang hidung saya dan jika dihayati dengan teliti, liriknya amat menyentuh perasaan.


    Faradhiya (enam dari kanan) bersama para selebriti serta penganjur yang terlibat dengan Pertunjukan Fesyen Green Cheongsam, baru-baru ini.


    "Saya berkata begitu kerana semasa proses rakaman, ramai yang berada di dalam studio rakaman mengalirkan air mata semasa mendengar saya menyanyikan lagu itu," ujarnya.

    Selain single itu, album mini Faradhiya akan siap sepenuhnya menjelang Mac depan dan kini hanya tinggal dua buah lagu sahaja yang masih belum dirakamkan.

    "Tajuk album itu kemungkinan besar Kau Telah Pergi dan mengandungi lima buah lagu kesemuanya," ujarnya.

    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Bobo pertama tersingkir

    Posted:

    Bobo pertama tersingkir

    Bobo pertama tersingkir

    Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN


    BIARPUN tersingkir awal, kumpulan Bobo telah disenarai pendek untuk muncul dalam program terbitan Astro Prima.


    NYATA nasib tidak menyebelahi kumpulan Bobo dan mereka menjadi peserta pertama tersingkir pada minggu kedua Gelanggang Raja Lawak musim kelima yang berlangsung di studio Finas, Hulu Kelang minggu lepas.

    Penyingkiran mereka yang diumumkan oleh juri tetap, Sathia adalah berdasarkan undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) penonton.

    Berada di tangga terbawah dengan undian sebanyak 4 peratus, kumpulan yang dianggotai Mohd. Hamizi Hashim, 24, (Gbob) dan Mohd. Azwan Sabri, 24, (Wan Awe) ini dikatakan tidak sepatutnya tersingkir.

    Jika hendak dibandingkan mereka dengan beberapa peserta seperti kumpulan Kami, kumpulan Bobo dikatakan berjaya membawakan persembahan yang cukup menghiburkan.

    Perkara tersebut diakui oleh salah seorang juri tetap Raja Lawak 5, Afdlin Shauki yang meletakkan Bobo sebagai antara peserta yang harus diberi peluang untuk terus beraksi untuk minggu-minggu seterusnya.

    Peserta yang menduduki tiga tangga terbawah pada minggu lepas ialah kumpulan Kami dengan 5.3 peratus, kumpulan Kopi O (5.1 peratus) dan seterusnya Bobo (4 peratus) yang menjadi peserta pertama tersingkir pada minggu kedua Gelanggang Raja Lawak.

    Kata Afdlin, jika dinilai melalui persembahan di minggu kedua, apa yang dipersembahkan oleh Bobo tidaklah seteruk persembahan beberapa peserta lain.

    "Bobo sebenarnya ada potensi pada masa depan, kalau ikutkan juri bukan Bobo yang sepatutnya keluar.

    "Mungkin disebabkan topik minggu ini adalah bebas, jadi penceritaan mereka agak kurang menyengat. Ada peserta yang mempunyai idea tapi tidak berani untuk keluar daripada topik," katanya ketika ditemui selepas pengumuman penyingkiran Raja Lawak 5 minggu kedua, baru-baru ini.

    Sementara itu, seorang lagi juri tetap yang juga seorang penerbit terkenal, David Teo berkata peserta pada minggu ini terlalu fokus dengan satu topik dan takut untuk menukar topik secara spontan kerana bimbang tidak dapat merealisasikan aksi berkaitan.

    "Contohnya Nazmi, dia ada bakat besar, minggu ini topik dia tentang tidak puas hati. Dia cuma ulang-ulang perkataan dahsyat. Cabang dia memang satu tapi sebenarnya dia boleh bermain dengan banyak isu.

    "Semua peserta memerlukan lebih banyak pendedahan supaya mereka tahu mengunakan pelbagai cara untuk menghiburkan penonton," katanya.

    Ketiga-tiga juri sepakat mengatakan persembahan kumpulan R2 pada minggu kedua Raja Lawak 5 antara yang terbaik termasuk juga Man dan Nazmi.

    Senarai keputusan untuk minggu kedua program kedua menyaksikan Leman menduduki tangga pertama dengan 19.7 peratus, diikuti Lucky (10.1 peratus), Nazmi (9.2 peratus), R2 (8.9 peratus), Epy dan TBO (8.4 peratus), Man 7.4 peratus, Balas (6.5 peratus) dan Pukaw (6.4 peratus).

    Sementara itu, Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani berkata, Bobo sememangnya telah berjaya membawakan persembahan yang cukup bagus.

    Katanya, meskipun tersingkir, pihak Astro Prima telah pun meletakkan nama mereka dalam senarai pendek untuk dimasukkan ke dalam beberapa program di saluran tersebut.

    "Tetapi semuanya bergantung kepada rezeki. Mereka ada bakat. Tidak semestinya juara sahaja yang akan dapat peluang 'kerja' di Astro Prima," ujarnya.

    Bobo tidak kecewa

    Gbob yang berasal dari Melaka berkata, dia tidak kecewa kumpulan Bobo tersingkir awal kerena dia dan Wan Awe telah memberikan persembahan yang sebaik mungkin.

    "Sudah bukan rezeki kami meskipun juri memberi komen dengan menyatakan ada kemajuan dalam persembahan kami. Kalau ikutkan tema minggu ini, topik bebas memang mudah cuma nak cari topik lain daripada yang lain agak susah.

    "Sememangnya bidang ini amat kami minati. Selepas ini, kami berdua akan berusaha untuk mengembangkan bakat kami dan cuba menempatkan diri dalam bidang seni," katanya.

    Wan Awe yang berasal dari Kuala Lumpur menambah, perjuangan mereka tidak akan berakhir walaupun disingkirkan.

    "Kami berterima kasih kepada Afdlin dan juri kerana telah memberi kami banyak ilmu untuk kami gunakan pada masa akan datang," jelasnya.

    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Ryan dipenuhi rasa cinta

    Posted:

    Ryan dipenuhi rasa cinta

    Ryan dipenuhi rasa cinta


    RYAN GOSLING


    TIDAK diketahui punca, Ryan Gosling sendiri berasa pelik dengan sikapnya yang gemar mengkaji soal hubungan cinta dan pelbagai perkara menarik dilakukan pasangan kekasih. Kecintaan mendalam terhadap bahan bacaan cinta mula muncul dalam diri baru-baru ini.

    Pelakon berusia 30 tahun itu yang melibatkan diri dalam filem terbarunya, Blue Valentine bergandingan bersama Michelle Williams mengaku dia teruja dapat memerhatikan benda-benda dilakukan oleh orang bercinta sehingga menganggap dunia seperti milik mereka.

    Ryan yang sedang menjalin hubungan dengan aktres, Rachel McAdams berkata: "Saya selalu tertanya pada diri mengapa orang bercinta sanggup melakukan perkara gila kepada pasangan masing-masing. Malah, banyak lagi saya pelajari tentang aspek cinta.

    "Ramai yang beranggapan cinta ibarat kisah penyatuan puteri dan raja. Kemudian, mereka tinggal serumah dan berkongsi bilik air sama. Ia pasti memberi pengakhiran gembira" jelas Ryan yang masih belajar cara mengekalkan hubungan dalam sesebuah hubungan intim.

    Pada waktu sama, Ryan yang gemar mengambil pelbagai watak dalam projek-projek filemnya termasuk bersama produksi berskala kecil sentiasa memohon agar hubungannya bersama wanita kesayangan sentiasa disirami cinta sekali gus berakhir sehingga akhir hayat.

    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Harian Metro: Rap

    Harian Metro: Rap


    ‘Saya tak merajuk’

    Posted: 20 Jan 2011 07:41 AM PST

    PERKAHWINAN...Farhan serah jodoh pada Tuhan.
    PERKAHWINAN...Farhan serah jodoh pada Tuhan.

    KALA asyik berbicara perancangan rapinya terhadap karier, Farhan juga ditanya mengenai kisah percintaannya dengan seorang pemuda seusia.

    Tanpa berselindung, anak jati ibu kota ini mengakui hatinya sudah lama dimiliki.
    Terpancar rona bahagia 'orang bercinta' pada riak wajahnya.


    Bahkan, tatkala cerita peribadi itu dibongkar Farhan tidak terkejut atau kekok mengatur jawapan.

    Setiap patah katanya lancar dan nyata di saat ini dia sudah sedia membuat pengakuan.

    Dengan melirik senyum dan disulami tawa, Farhan mengakui sudah lima tahun dia menyulam cinta dengan jejaka pilihan hatinya itu.

    Ujarnya, nama kekasihnya ialah Ahmad Rashadan Suhaimi, 27, yang kini belajar serta bekerja di United Kingdom (UK).

    "Pilihan saya masih lelaki Melayu. Malah, saya tidak pernah berniat mahu menyorok kekasih selama ini.

    "Hanya, sebelum ini saya tidak bersedia untuk mengumumkannya kerana hubungan kami masih baru dan dalam proses mengenali.

    "Selepas lima tahun, sekarang masa yang tepat.

    "Kami juga mula merancang untuk masa depan.

    "Cuma, soal jodoh adalah ketentuan Tuhan. Saya serahkan semuanya kepada takdir.
    "Harapan saya, hubungan ini berjalan lancar dan berakhir di jenjang perkahwinan," katanya mahu fokus pada karier.

    Menurut Farhan, dia dan kekasihnya juga tidak merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat ini kerana masing-masing mahu memberi tumpuan kepada karier.

    Katanya, 2011 diharap pembuka tirai pada perkembangan karier lebih baik.
    "Apapun, dengan pengakuan saya sekarang diharapkan tiada fitnah selepas ini.

    "Masyarakat tahu hati saya sudah dimiliki dan jika saya berkahwin awal pun, tiada andaian buruk orang untuk mempersoalkan.

    "Biasalah, ini lumrah hidup artis," katanya.

    Ujar Farhan lagi, dulu dia lebih suka menyimpan kisah peribadinya kerana mahu kisah karier diutamakan.

    Namun, setiap kali ada yang bertanya, katanya dia tidak mengelak dan mengaku cuma tidak mahu kisah itu didahulukan daripada karier.

    "Jika ada artis selesa berkongsi kisah peribadi, saya sebaliknya.

    "Ini pun, pengakuan dibuat sekarang kerana saya benar-benar sudah bersedia dan Ahmad Rashadan pun bersetuju untuk mengumumkannya.

    "Saya sangat gembira dan bahagia.

    "Istimewanya kekasih saya, kerana dia memahami karier seni diceburi ini dan menerima diri saya seadanya.

    "Dia juga banyak memberi semangat dan dorongan kepada saya untuk terus berusaha sehingga meraih kejayaan yang diinginkan," katanya.

    PROFIL

    NAMA: Nur Farhan Azizan
    PANGGILAN PENTAS: Farhan
    TARIKH LAHIR: 21 Ogos 1984
    USIA: 27 tahun
    ASAL: Kuala Lumpur
    ZODIAK: Leo
    STATUS: Bujang
    TINGGI: 163 sentimeter
    IDOLA: Shirley Bassey, Chaka Khan, Datuk Sheila Majid
    PENCAPAIAN: Antaranya Anugerah Era 2007 (Vokal Wanita Pilihan - Top 5), Anugerah Planet Muzik 2007 (Artis Wanita Baru Terbaik - Top 5), Anugerah Industri Muzik 2007 (Artis Baru Terbaik - Top 5; Persembahan Vokal Terbaik di dalam Album - Top 5, Akademi Fantasia 2006 (Tempat ketiga)
    ALBUM: Best Of Farhan

    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Lelaki Melayu pilihan Farhan

    Posted: 20 Jan 2011 07:32 AM PST

    KALA asyik berbicara perancangan rapinya terhadap karier, Farhan juga ditanya mengenai kisah percintaannya dengan seorang pemuda seusia.

    Tanpa berselindung, anak jati ibu kota ini mengakui hatinya sudah lama dimiliki.
    Terpancar rona bahagia 'orang bercinta' pada riak wajahnya.


    Bahkan, tatkala cerita peribadi itu dibongkar Farhan tidak terkejut atau kekok mengatur jawapan.

    Setiap patah katanya lancar dan nyata di saat ini dia sudah sedia membuat pengakuan.

    Dengan melirik senyum dan disulami tawa, Farhan mengakui sudah lima tahun dia menyulam cinta dengan jejaka pilihan hatinya itu.

    Ujarnya, nama kekasihnya ialah Ahmad Rashadan Suhaimi, 27, yang kini belajar serta bekerja di United Kingdom (UK).

    "Pilihan saya masih lelaki Melayu. Malah, saya tidak pernah berniat mahu menyorok kekasih selama ini.

    "Hanya, sebelum ini saya tidak bersedia untuk mengumumkannya kerana hubungan kami masih baru dan dalam proses mengenali.

    "Selepas lima tahun, sekarang masa yang tepat.

    "Kami juga mula merancang untuk masa depan.

    "Cuma, soal jodoh adalah ketentuan Tuhan. Saya serahkan semuanya kepada takdir.

    "Harapan saya, hubungan ini berjalan lancar dan berakhir di jenjang perkahwinan," katanya mahu fokus pada karier.

    Menurut Farhan, dia dan kekasihnya juga tidak merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam tempoh terdekat ini kerana masing-masing mahu memberi tumpuan kepada karier.

    Katanya, 2011 diharap pembuka tirai pada perkembangan karier lebih baik.

    "Apapun, dengan pengakuan saya sekarang diharapkan tiada fitnah selepas ini.
    "Masyarakat tahu hati saya sudah dimiliki dan jika saya berkahwin awal pun, tiada andaian buruk orang untuk mempersoalkan.

    "Biasalah, ini lumrah hidup artis," katanya.

    Ujar Farhan lagi, dulu dia lebih suka menyimpan kisah peribadinya kerana mahu kisah karier diutamakan.

    Namun, setiap kali ada yang bertanya, katanya dia tidak mengelak dan mengaku cuma tidak mahu kisah itu didahulukan daripada karier.

    "Jika ada artis selesa berkongsi kisah peribadi, saya sebaliknya.

    "Ini pun, pengakuan dibuat sekarang kerana saya benar-benar sudah bersedia dan Ahmad Rashadan pun bersetuju untuk mengumumkannya.

    "Saya sangat gembira dan bahagia.

    "Istimewanya kekasih saya, kerana dia memahami karier seni diceburi ini dan menerima diri saya seadanya.

    "Dia juga banyak memberi semangat dan dorongan kepada saya untuk terus berusaha sehingga meraih kejayaan yang diinginkan," katanya.

    Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.