Adsense

Selasa, 14 Disember 2010

borak kosong

borak kosong


Reaksi orang terperanjat beruk

Posted: 14 Dec 2010 09:00 PM PST




LETAK MAKLUMAT IKLAN

[Gila] Pensyarah suruh pelajarnya masuk keranda dan 'ditanam' selama 10 minit

Posted: 14 Dec 2010 08:30 PM PST

Setiap pensyarah perlu mempunyai kreativiti untuk membuat suasana kuliah dan pembelajaran diterima mahasiswa dengan baik. Namun, bagaimana jika kreativiti itu mengharuskan mahasiswa masuk ke keranda dan membiarkannya 'terkubur' selama 10 minit.

Profesor Qiu Daneng ialah orang yang mempunyai idea gila itu. Pensyarah di Rende Medical College, Taiwan, itu yakin cara menakutkan itu akan membuat seluruh mahasiswa kedoktoran bimbingannya boleh mengapreasi, atau tak menganggap remeh nilai kehidupan.

Daneng mengatakan, memberikan wawasan kematian kepada mahasiswa kedoktoran penting sebagai bekal mempertahankan kehidupan masyarakat lmelalui karier mereka nanti.

 Daneng meminta semua mahasiswa memulakan dengan menulis satu surat wasiat. Setelah 'mengkafani' diri sendiri dengan pakaian untuk orang meninggal, mahasiswa itu kemudian diminta masuk ke dalam sebuah keranda.

Dalam keadaan tertutup rapat,keranda itu kemudian 'dikubur' di sebuah ruang di bawah lantai selama 10 minit. Namun, agar mahasiswanya boleh tetap bernafas, Daneng mencipta keranda  itu dengan sejumlah celah yang memungkinkan oksigen dapat memasuki ruang keranda itu.

"Walaupaun hanya 10 minit, kesan ketakutannya sama seperti benar-benar mengalami kematian," kata Daneng.

 "Saya merasa seperti dilahirkan kembali begitu keluar dari keranda, dan saya menjadi lebih menghargai setiap detik dalam hidup saya," kata salah satu mahasiswa, Xiao Lin.

Nenek sambut harijadi naik motor yang pernah ditunggangi oleh Valentino Rossi

Posted: 14 Dec 2010 07:47 PM PST

Jangan pernah meremehkan kecintaan seseorang akan kegemaran menaiki motor berkuasa tinggi. Seorang nenek di England merayakan ulang tahunnya yang ke-102 cara yang dahsyat iaitu memacu motor yang pernah dinaiki oleh juara dunia Valentino Rossi.

Hilda Wright,nenek ini mendapat kejutan dari cucunya, Steve Shaw. Dia tahu nenek  suka menunggang motor. Maka dia menghadiahkan Yamaha YZF-R1 yang pernah ditunggangi Rossi di Isle of Man tahun lalu.

Tanpa berlengah nenek itu terus memabawa motor 998 cc yang berkelajuan maksimumnya mencapai 299 kilometer per jam itu di sebuah trek lumba sepanjang 60 kilometer itu.

"Saya ingin memberinya sesuatu yang istimewa," ujar Shaw, 21. "Tapi siapa sangka dia langsung melompat ke atas motor." Walaupun tidak dapat membawanya pulang, nenek sangat teruja menikmati hadiah uniknya itu.Motor itu digunakan Rossi di trek lumba yang ada di pulau Isle of Man 2009.

[Ganas]Polis Kanada pukul dan bogel wanita tak bersalah

Posted: 14 Dec 2010 06:50 PM PST

Ganas betul polis ni...belasah orang sesuka hati dan yang lebih teruk bogelkan orang 
yang tak bersalah..saya prtik dari kosmo online


OTTAWA, Kanada - Satu klip video menunjukkan seorang wanita yang tidak bersalah dipukul manakala beberapa anggota polis menanggalkan pakaiannya secara paksa, lapor sebuah akhbar semalam.

Baju dan coli wanita itu, Stacy Bonds, 27, digunting oleh seorang anggota polis di sebuah balai polis di sini. Beberapa rakan setugasnya hanya memerhatikan perbuatannya.

Bonds yang merupakan jurusolek artis kemudiannya ditinggalkan dalam keadaan separuh bogel di dalam penjara selama tiga jam.

Wanita itu yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah ditangkap pada September 2008 di sini kerana mabuk di tempat awam.

Namun, klip video itu disebarkan kepada umum termasuk di laman YouTube selepas seorang hakim menggugurkan semua dakwaan terhadap Bonds.

Ekoran pendedahan klip tersebut, beberapa pihak di Kanada mendesak supaya dasar-dasar menahan orang yang tidak bersalah oleh polis dikaji semula.

Hakim Richard Lajoie membuat keputusan pada bulan lalu bahawa cara Bonds ditahan dan diperiksa merupakan satu pelanggaran hak-hak asasi di bawah Piagam Hak dan Kebebasan Kanada.

Menurutnya, Bond yang mabuk didapati tidak mencederakan orang lain dan polis tidak mempunyai asas untuk menahannya. - Agensi





[Pelik] Menyamar jadi lelaki sebab larikan diri daripada suami

Posted: 14 Dec 2010 05:51 PM PST

Manusia yang seorang ini memang pelik..sanggup menyamar jadi 
lelaki semata-mata melarikan diri daripada suaminya.Yang lebih menghairankan
dia tinggal serumah dengan lelaki lain dan berjemaah di masjid sebagia lelaki...
petikakan dari myMetro

JEDDAH: Seorang wanita Saudi berusia 20-an ditahan kerana melarikan diri daripada suaminya di Al-Qunfudha dan tinggal selama dua bulan dengan menyamar sebagai lelaki, bergaul dengan lelaki, memandu kereta serta bersolat bersama jemaah lelaki di masjid.

Wanita itu kini ditahan di penjara kerana dakwaan melarikan diri daripada suaminya, mencuri 5,000 riyal (RM4,172) daripada akaun suaminya dengan menggunakan kad mesin teler automatik (ATM) milik lelaki terbabit. Dia turut ke pejabat bimbingan Islam di Jeddah dengan menyamar sebagai lelaki warga Emiriyah yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri kerana mendakwa lari daripada ancaman bunuh keluarganya akibat perbezaan ideologi. Kakitangan pejabat itu yang bersimpati dengan ceritanya berjanji untuk membantu wanita itu.


Wanita itu yang menyamar sebagai lelaki warga Emiriyah kemudian tinggal bersama sebuah keluarga yang terdiri daripada empat lelaki di Jeddah. Dia tinggal bersama mereka selama dua bulan dan menjalani kehidupan sebagai seorang lelaki, malah dia turut memandu kereta dan bersolat bersama jemaah lelaki di masjid. - Agensi

Serbu sarang pelacur secara brutal gemparkan Internet

Posted: 14 Dec 2010 04:17 PM PST

razia pelacur
Sungguh ganas. Di tengah mahu menegakkan hukum dan  keadilan sosial, seorang polis dengan sewenang-wenangnya melakukan hal yang tidak terpuji ketika melakukan rserbuan di sarang-sarang pelacur dan perjudian di Zhengzhou, Henan, China.
Foto polis serbu tempat pelacuran itu tersebar luas di internet dan membuat geram ramai orang . Dalam foto yang diambil oleh media China tersebut, nampak seorang polis berpakaian preman tengah menarik rambut seorang wanita yang tidak berpakaian sama sekali. Polis itu pun memaksa agar pelacur itu difoto dalam keadaan telanjang.
Serbuan polis terhadap tempat-tempat pelacuran itu beredar video klipnya dan itu dilakukan dengan sengaja. Dalam rakaman video ini, antara lain memperlihatkan seorang polis memarahi seorang pelacur yang tanpa pakaian duduk  penuh ketakutan.

Bukti orang ini kuat workout

Posted: 14 Dec 2010 10:01 AM PST

Ini baru betul-betul punya workout sampai punggung pun
berotot....

hebat bukan...

Inilah gadis Bali yang sanggup dirinya dilukis dalam keadaan bogel

Posted: 14 Dec 2010 09:01 AM PST

Keindahan tubuh wanita seringkali menjadi inspirasi kepada jiwa seni. Begitu juga dalam dunia seni lukis, wanita kerap menjadi objek yang boleh menghasilkan karya yang begitu tinggi nilainya

Dalam dunia seni lukis Idonesia, ekploitasi tubuh wanita masih dianggap sebagai karya seni, beza dengan dunia fotografi. Meski itu lukisan wanita telanjang mahupun setengah telanjang nampaknya masih dimaafkan.

Lukisan wanita telanjang, tidak sekadar hasil dari imajinasi si pelukis. Namun, para pelukis menunjukkan kreatifivitinya  dengan model wanita yang betul-betul telanjang dan Bali lah surganya seni lukis seperti yang anda inginkan.



ini semua dilakukan kerana wang...wang mengaburi mata wanita ini..
kesian...


[Pelik] Kenapa wanita ini masuk dalam mini market dalam keadaan telanjang?

Posted: 14 Dec 2010 08:40 AM PST

Suatu pagi di sebuah kedai mini market di Russia, keadaan masih pagi akan tetapi sudah banyak kereta ditempat letak kereta didepan mini market itu Tib-tiba nampak seorang wanita masuk kedalam mini market itu. Hal yg nampak aneh adalah, dia sama sekali 100% telanjang.

Didalam dia mengambil sebotol vodka dan sebotol lemonade dari rak, kemudian menuju ketempat bayaran dan membayar  dan langsung minum minumannya.

Orang ramai yang berada disana semua terkejut dan terdiam. Setelah meneguk beberapa tegukan, dia kemudian berlalu meninggalkan mini market. Tidak seorangpun tahu mengapa dia masuk  dan belanja dalam keadaan telanjang bulat.



[Gila] Satu kelas pakat hamil bersama

Posted: 14 Dec 2010 06:30 AM PST

Gila! Entah apa yang ada di fikiran para remaja  yang belum genap 17 tahun ini. Mereka yang masih berstatus pelajar di Gloucester High School di  Massachusetts, Amerika Syarikat, bersepakat untuk hamil secara bersamaan.

Kelakuan mereka ini tentu saja membuat pihak berkuasa,guru-guru, dan  orangtua pening kepala. Mereka tak mengerti apa sebenarnya yang ada dalam fikiran para pelajar ini.

Peristiwa yang menggegarkan ini, berlaku ketika cuti musim panas  Ketika mula belajar kembali di sekolah, ternyata  17 pelajari hamil secara bersamaan. Uniknya mereka tak hanya satu sekolah, tetapi juga satu kelas. Di sekolah tersebut, memang setiap habis cuti selalu diadakan ujian kehamilan.

Namun, sampai saat ini siapa saja ayah kepada bayi belum diketahui. Pasalnya bila umur lelaki yang menghamili pelajar tersebut telah lebih dari 20 tahun, boleh kena hukuman penjara kerana berhubungan seks dengan anak di bawah umur.

Berdasarkan selidikan pihak sekolah  ternyata para pelajar yang hamil telah sepakat untuk hamil bersamaan, bukan hanya ke-17 pelajar itu saja tetapi semuanya dan hanya 17  yang sah hamil. Yang lebih teruk pelajar di kelas itu yang tidak hamil mengaku merasa kecewa kerana gagal hamil.

Gelagat monyet curi roti

Posted: 14 Dec 2010 06:00 AM PST






[Cool] lukisan dibuat atas bekas letak telur

Posted: 14 Dec 2010 05:00 AM PST

Bila orang seni melukis dimana-mana pun cantik








Woi! tak malu tak pakai bra

Posted: 14 Dec 2010 04:00 AM PST

Nasib baik dia binatang..kalau manusia habis kena ngendap...
agaknya manusia yang suka berjalan ditepi pantai tanpa pakai bra
sama spesis dengan mereka ni kot....


Ambil kesempatan betul atok ni

Posted: 14 Dec 2010 03:35 AM PST

Orang lain sibuk mencuba komputer ,dia pulak sibuk bukak web lain....


Candiru ikan yang lebih kejam daripada piranha

Posted: 14 Dec 2010 02:00 AM PST

Candiru atau disebut juga canero merupakan jenis ikan air tawar yang sekeluarga dengan ikan lele. Ikan ini dapat ditemukan di sungai amazon dan sungai Oranoco, ikan ini memiliki reputasi sebagai ikan yang paling ditakuti oleh penduduk tempatan, ikan ini lebih di takuti daripada ikan piranha. Ikan ini hanya dapat berkembang sampai seukuran 1 sampai 2 inci dan lebar 4 sampai 6 milimeter, memiliki bentuk seperti seekor belut dan hampir transparan, membuatnya hampir mustahil untuk dilihat di dalam air. Ikan yang cepat, perenang yang kuat, lembut dan licin, dengan gigi yang tajam.



Terdapat 3 spesies candiru: candiru berukuran jari dan candiru berukuran tusuk gigi yang biasanya makan dengan cara memasuki ikan yang lebih besar, candiru paus(whale candiru) merupakan pemakan bangkai yang lebih memilih untuk makan dari ikan yang sudah mati

Ikan candiru merupakan parasit, modus operandinya sangatlah simle dan kejam: untuk menemukan ikan, ikan candiru pertama mengecap air, berusaha untuk mengetahui aliran air yang berasal dari ikan lain, setelah mengetahui dari mana aliran air tersebut, ikan itu akan langsung menuju celah-celah sirip ikan itu, duri yang ada di kepala candiru akan melukai insang ikan dan mengeluarkan darah selagi ikan candiru berada di dalam ikan tersebut. Ikan candiru disebut sebagai ikan vampire di Brazil.

Ikan ini ditakuti kerana ia tertarik pada air seni atau darah, dan bila seseorang berenang telanjang ia akan masuk ke celah bontot, atau bahkan bila ikannya kecil ke lubang kemaluan dan mungkin ke dalam urethra.. Bila ini terjadi ikan candirĂº sangat sulit dikeluarkan kembali kecuali lmelalui pembedahan. Kerana ikan ini menemukan mangsanya dengan mengikuti aliran air dari insang ke sumbernya, kencing sambil berenang meningkatkan kemungkinan candirĂº masuk ke urethra manusia.

Cara untuk membunuh ikan ini adalah dengan pengubatan tradisional, dengan air dari dua tanaman : Xagua dan apel Buitach yang dimasukkan ke kawasan yang terkena. kedua tanaman ini akan melarutkan ikan tersebut.


Desa terkaya di China setiap penduduk ada duit US$ 250 ribu dollar

Posted: 14 Dec 2010 01:00 AM PST

Sungguh mengejutkan. Desa Huaxi yang berada di Daerah  Jiansu dinobatkan sebagai desa terkaya di China. Dengan memiliki penduduk 36 ribu orang setiap warga memiliki kekayaan yang tak dapat dibayangkan.

Setiap keluarga memiliki paling tidak satu rumah, dua biji kereta, dan  duit tabungan 250 ribu dollar AS.

Sejumlah pengkaji dari penjuru wilayah di China  datang ke kota  ini untuk mengetahui bagaimana desa yang dulunya sunyi dan berpenduduk hanya 576 orang menjadi kaya.

Tak hanya itu, pelabur dari luar juga rela membina perusahaan mereka yang nilainya jutaan dollar hanya untuk tinggal di daerah ini.


Setiap orang memiliki rumah mewah, kendaraan mewah seperti Mercedes, BMWs dan Cadillac, serta mendapatkan pakaian ,makanan yang berkualiti demi kesihatan.

Mereka hanya bekerja di perusahaan industri di desa itu. Agar penduduk tidak meninggalkan bandar itu pemerintah setempat membangun replika menara Eiffel, Gedung Opera Sydney, dan Arc de Triumf.

Apa rahsia kejayaan mereka itu? Seperti dikemukakan melalui video, Huaxi: Secrets of China's richest village, pemimpin di desa itu menggabungkan prinsip dasar sosialis komunis dan pasar bebas.

Gambar budak melayu pakai salib

Posted: 14 Dec 2010 12:30 AM PST

sumber gambar :  http://resepirahsiaku.blogspot.com 

Aku terjumpa gambar ketika melawat satu blog dan membaca satu artikel
mengenai gejala murtad....dan bila aku terpandang gambar ini aku terperanjat...samada gambar ini
betul atau photoshop ,Wallahualam.Tetapi jika gambar ini benar ..tak tahu apa aku nak cakap...Kalau
dilihat daripada suasana bilik dengan tergantung kalimah Allah di dinding belakang menunjukkan dia seorang Islam...dan aku terfikir begitu terukkah gejala murtad di negara kita?Apakah nasib masa depan anak-anak aku?
Selamatkah nanti agamanya????

DAN SEBAGAI ORANG ISLAM AKU MALU DAN RASA TERHINA
ATAS PERBUATAN BUDAK INI.....


Ditangkap kerana nak kahwin dengan pondan

Posted: 13 Dec 2010 11:45 PM PST

PAKISTAN - Perkahwinan yang dilakukan seorang pengusaha Pakistan ini sungguh menghebohkan, kerana dia menikahi seorang pondan berusia 19 tahun.Polis membubarkan pesta perkahwinan dua sejoli yang sejati ini..

Malik Mohammad Iqbal Khan 42 tahun, seorang pengusaha baja, pondan bernama Rani, dan beberapa tetamu ditangkap polis pada malam hari di kota Peshawar, Pakistan.

"Kami menangkap kedua pasangan pengantin dan 41 orang lainnya dalam pesta pernikahan itu," ujar ketua polis Shahid Khan.Mereka di kurung dalam tahanan untuk satu hari kerana melanggar hukum syariah Islam.

Pengusaha baja tersebut sebenarnya sudah memiliki dua orang isteri yang membantah menikahi pondan tersebut, dia berkata bahawa acara pesta tersebut merupakan  cuma acara ulang tahun untuk Rani.

"Kami sedang merayakan pesta ulang tahun, tapi polis menangkap kami. Kami tidak merancang untuk menikah," ujarnya.

Peguam kanan di Peshawar mengatakan bahawa polis memberikan tuduhan atas perbuatan seks yang tidak normal dan hukuman yang dikenakan adalah seumur hidup penjara.

Pakistan merupakan negara Islam konservatif yang mengharamkan seks di luar nikah dan homoseksual adalah tindakanyang di haramkan

Komuniti pondan , termasuk hermaprodit, transeksual, waria dan homoseksual, selalu dicaci dan dihina oleh masyarakat. Biasanya pondan menjadi peminta-minta di jalan dan sebahagian lagi berakhir menjadi pelacur.

Sanggupkah kita mempertaruhkan nyawa demi ibu seperti anak gajah ini?

Posted: 13 Dec 2010 10:50 PM PST

 Ibu buaya ini digigit oleh seekor buaya...

 Dia meronta dan berusaha melepaskan belalainya...

 Tetapi tidak juga berhasil melepaskan..

 Dia nekad menyeret si buaya kedarat...

 Di darat si anak cuba membantu ibunya..walaupun dihatinya berkata
"mampukah aku?"

Dan akhirnya sianak mengambil risiko...menghempaskan badannya
keatas buaya dan hasilnya belalai ibunya terlepas dari gigitan buaya itu...

Cuba kita perhatikan daripada peristiwa dan kejadian ini .Betapa kasihnya si anak
kepada si ibu.Sanggup berkorban diri demi menyelamatkan nyawa si ibu.Bagi kita manusia
berapa ramaikah yang sanggup mempertaruhkan nyawa untuk siibu?Anak gajah yang kecil ini sanggup berusaha menyelamat ibunya adakah kita sanggup berkorban demi jasa-jasa ibu yang tak terbayar sampai ke akhir hayat?  Jangan jadi anak yang derhaka .Jadilah anak yang membahagiakan kedua ibubapa di
dunia dan di akhirat.


Celebrity News

Celebrity News


Camelia dan Gambar Anak Yang Menjadi tanda tanya !!!

Posted: 14 Dec 2010 08:17 AM PST

Camelia atau nama penuhnya Noor Camelia Abang Khalid. artis yang berasal daripada sarawak ini dikhabarkan selamat melahirkan anak perempuan minggu lalu disebuah hospital swasta.


Nama dan gambar masih menjadi tanda tanya kerana buat masa sekarang Camelia ingin berahsia dengan public, kalau ada gambar anak Camelia share la dengan pembaca di ZoOMartis..Tapi hospital swasta dekat PJ ni tak banyak..Zoom pun ada link.
..apapun kita sama-sama usahakan yerrr :)


Semoga anak yang dilahirkan akan menjadi anak yang soleha..Insyallah

Sinopsis Misteri Dendam Balan Balan The Movie And Making

Posted: 14 Dec 2010 08:25 AM PST

Sinopsis:


Cerita ini mengisahkan seorang penulis cerita mistik (Jalal Maran) dan sekumpulan pelajar (Diana, Danial, Ramona) telah datang ke Sabah untuk mengkaji mengenai cerita Misteri Balan-balan.
Mereka bergabung menjadi sekumpulan untuk merungkai persoalan-persoalan mengenai Makhluk misteri tanpa kepala itu. Mereka telah sampai ke sebuah kampung yang mengalami satu demi satu kematian yang cukup misteri dan menjadi tanda tanya. Datu Jarlis dan Ustaz Fuad cuba mengejar makhluk balan-balan dan mengambil jasadnya namun semuanya sia-sia. Lebih dasyat lagi apabila makhluk tersebut membalas dendam dan Diana menjadi mangsa. Datu Jarlis dan Ustaz Fuad cuba berusaha mencari dan memulihkan jasad tubuh yang sudah ditinggalkan oleh kepala Diana dengan bantuan tok gurunya dalam masa yang paling pantas iaitu tiga hari tiga malam.

Terlalu banyak isu yang timbul sehingga keadaan menjadi lebih tegang. Mungkinkah mereka berjaya memulihkan dan merungkai cerita Misteri Dendam Balan-Balan tersebut?

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Iklan jawatan kosong di Majlis Perbandaran Temerloh

Posted: 14 Dec 2010 08:01 AM PST

Bersama-sama ini dikemukakan iklan jawatan kosong di Majlis Perbandaran Temerloh seperti berikut :

a) Pembantu Penguatkuasa N17 Tetap (3 Kosong)
b) Juruteknik (Senibina) J17 Tetap (1 kosong)
c) Juruteknik Perancang Bandar & Desa J17 Tetap (1 kosong)
d) Penolong Akauntan W27 Tetap (1 kosong)
e) Pembantu Penilaian W17 Tetap (1 kosong)

Iklan lengkap jawatan kosong di Majlis Perbandaran Temerloh

Borang permohonan

Iklan jawatan kosong bagi penuntut USIM

Posted: 14 Dec 2010 07:57 AM PST

JAWATAN KOSONG : JURUBAHASA ARAB

KEUTAMAAN :
Penuntut warganegara Malaysia yang fasih bertutur dalam bahasa Arab.


LATAR BELAKANG TUGAS :

Membantu Tour Guide yang akan turut serta dalam rombongan dan Jurubahasa juga adalah sebagai Tour Leader oleh Tour Guide. Tugasan bermula sekitar Januari atau Febuari 2011 adalah secara sambilan tetapi Jurubahasa perlu bersedia kerana notis biasanya dikeluarkan dalam masa 1 atau 2 hari sebelum tugas bermula. Pihak kami dikehendaki membawa kira-kira 40 orang delegasi daripada Asia Barat yang dijangka tiba dalam bulan Januari 2011. Delegasi ini adalah tetamu Kerajaan dan selepas upacara rasmi selama 4 hari, kami diminta membawa mereka melawat Melaka dan Putra Jaya dan membeli belah di sekitar Kuala Lumpur. Kami memerlukan minimum 2 atau maximum 4 orang orang jurubahasa iaitu lelaki dan perempuan.



BAYARAN :

Bayaran adalah RM10-15 untuk satu jam dan biasanya sekitar 5-6 jam. Makan dan minum disediakan. 

Iklan lengkap jawatan kosong bagi penuntut USIM

Iklan jawatan kosong di Yayasan Selangor

Posted: 14 Dec 2010 07:56 AM PST


Iklan jawatan kosong di Yayasan Selangor
Tarikh tutup 31 Disember 2010

Permohon-pemohon adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Yayasan Selangor seperti berikut:

1. Pengurusan & Pendidikan
2. Sokongan 1 & II

Iklan lengkap jawatan kosong di Yayasan Selangor

Borang permohonan

Cerita Lawak : Kisah Tentera Jepun Dengan Tahanan

Posted: 14 Dec 2010 07:54 AM PST

Pada zaman pemerintahan Jepun, tiga orang cina, Ah Meng, Ah Seng dan Ah Beng telah ditangkap sebab menyeludup. Diorang bertiga nie akan dihukum bunuh oleh skuad penembak. Jadi malam tu diorang pun buat rancangan untuk melarikan diri. Ah Meng kata yang tentera Jepun takut akan bencana alam. Jadi diorang kena buat tentera Jepun tu panik supaya diorang boleh lepas.

Keesokkannya, Ah Meng menjalankan hukuman bunuh. Skuad penembak berbaris kat depan. Baru jer kapten Jepun tu kata "Ready... aim", Ah Meng terus jerit "Gempa bumi gempa bumi". Tentera Jepun lari bertempiaran dan Ah Meng pun terlepas.

Lepas tu tiba giliran Ah Seng. Bila jer kapten tu sebut "Ready... aim", Ah Seng terus menjerit "Banjir banjir". Tentera Jepun lari bertempiaran dan Ah Seng pun terlepas.



Bila tiba giliran Ah Beng, dia pun berfikir, "Hmm, kena sebut pada masa yang sesuai balu(baru) itu askal(askar) lali(lari). Wakaka, manyak bodoh punya askal Jepun." Bila jer kapten tu sebut "Ready... aim", Ah Beng pun terus jerit "Fire fire".

Apalagi, terus tamat ler riwayat Ah Beng.

Video pasangan Kantoi Buat Projek di Pavilion

Posted: 14 Dec 2010 07:39 AM PST

Entahlah apa nak komen dengan beruk dua ekor ni...kalau betul pun nak buat benda tak senonoh janganlah dikhalayak ramai...Nak tau budak mana dan dari negeri mana PLAY lah video Youtube dibawah ni.



This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Fasha luah perasaan di

Posted:

Fasha luah perasaan di <i>Twitter</i>

Fasha luah perasaan di Twitter

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar SAIFUL BAHARI ASHARI


FASHA Sandha menggunakan Twitter bagi merapatkan hubungan dengan para peminatnya.


LAMAN sosial Twitter di Internet bukan setakat menjadi tumpuan masyarakat biasa, sebaliknya kalangan artis seperti pelakon yang mempunyai ribun peminat turut tidak terkecuali menggunakannya.

Twitter bukan sahaja laman sesawang untuk bersosial, malah ia juga boleh dijadikan ruang untuk meluahkan perasaan termasuklah pelakon Fasha Sandha yang sering dilanda gosip dan cerita-cerita panas.

Menurut pelakon berusia 26 tahun itu, selama ini dia banyak meringankan beban perasaan sedih dan kecewa yang dihadapinya dengan meluahkannya secara terbuka di Twitter untuk dikongsi bersama-sama para peminat.

"Saya memang menjadikan Twitter untuk meluahkan apa juga perasaan yang terbuku di hati. Sama ada ia yang menggembirakan atau menyedihkan hati saya. Saya mahu berkongsi perasaan itu dengan para peminat saya di Twitter.

"Setakat ini, saya mempunyai 37,000 peminat yang banyak menyokong kerjaya saya sebagai pelakon. Apabila saya meluahkan perasaan saya di Twitter ramai yang memberi maklum balas dan memberi sokongan moral kepada saya.

"Saya suka berterus terang di Twitter tentang apa juga perasaan yang saya lalui ketika itu. Pada masa sama saya terbuka dengan kritikan," katanya kepada Hits sewaktu ditemui di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Pada pertemuan sewaktu pelancaran drama bersiri 26 episod Dia Atilia lakonannya yang disiarkan di Astro Prima setiap Selasa 9 malam bermula 30 November lalu, Fasha menafikan dia menyalahgunakan laman sosial tersebut.

Malah, pelakon filem Anak Halal itu turut menafikan dia telah memburuk-burukkan teman-teman artis yang tidak sehaluan dengannya di Twitter biarpun ramai yang sudah semakin ramai bercakap mengenainya.

"Kalau saya tulis di Twitter saya tulis secara berlapik dan tidak bertujuan memburuk- burukkan sesiapa. Tetapi siapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya. Ini kerana, saya menulis berdasarkan pendapat saya sahaja.

"Sungguhpun begitu, ada juga yang cuba 'menyerang' saya di Twitter. Namun, saya tidak membalasnya dengan cara yang kasar. Pada masa sama, ramai lagi peminat saya di Twitter yang akan mempertahankan saya.

"Apa yang saya tulis dan luahkan di Twitter selama ini adalah untuk merapatkan lagi hubungan saya dengan para peminat. Asalkan apa yang saya tulis itu tidak melampaui batas , cukuplah. Saya juga kena jaga hati ramai orang," ujarnya.

Jelas Fasha, menerusi laman sosial Twitter, dia bukan sekadar merapatkan hubungan dengan para peminatnya, malah pelbagai aktiviti dan berita tentang dirinya dapat disebarkan dengan lebih mudah dan cepat.

"Selama ini para peminat hanya mengetahui perkembangan tentang diri saya melalui akhbar, majalah, televisyen dan radio sahaja. Tetapi kini mereka boleh tahu lebih cepat melalui Internet serta telefon bimbit.

"Kalau ada cerita terbaru tentang saya, saya akan terus tulis di Twitter. Ini bermakna, apa sahaja berita yang saya salurkan ia datangnya terus daripada saya.

"Misalnya, saya baru sahaja habis menjalani penggambaran filem Dari Kerana Mata lakonan saya bersama Awie arahan Melissa Saila, maka saya boleh terus sampaikan di Twitter supaya mereka bersedia menontonnya nanti.

"Secara tidak langsung ia bukan sahaja memudahkan para peminat mengetahui berita terbaru tentang saya, malah ia juga mampu menarik lebih ramai pengikut saya di Twitter kerana ia disediakan percuma," katanya.

Tambah pemegang watak Atilia dalam Dia Atilia yang persis filem Hindi, Kuch Kuch Hota Hai ini, kebanyakan cerita yang diperbualkan di Twitter adalah kisah-kisah peribadi terutama hubungannya dengan kekasihnya, Jejai.

Sedaya upaya, kata Fasha, dia enggan mengulas panjang kisah cintanya itu, tetapi tidak menolak hubungannya dengan Jejai atau Rizal Ashram Ramli yang merupakan anak bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib.

"Apa yang boleh saya kata sekarang ini saya sudah bersedia untuk bergelar isteri dan ibu. Insya-Allah kami akan melalui adat Melayu di mana ia akan bermula dengan bertunang dan seterusnya berkahwin. Tarikhnya sudah ada.

"Buat masa ini saya tidak mahu mengumumkannya bila kerana menghormati keputusan pihak keluarga Jejai. Saya tidak mahu memandai-mandai. Kalau sampai masanya nanti (bernikah) kami akan mengundang wartawan," ujarnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Mentor 5: Proses pemilihan lebih ketat

Posted:

Mentor 5: Proses pemilihan lebih ketat

Mentor 5: Proses pemilihan lebih ketat

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar NOORADZRENE MOHD. NOOR

SEMEMANGNYA sesuatu yang mengejutkan apabila program realiti terbitan TV3, Mentor 4 berjaya mencatatkan rating tertinggi sepanjang bersiaran tahun ini.

Belum pernah dalam sejarah Mentor yang pertama kali diperkenalkan pada tahun 2005 itu mencatatkan rating hampir tiga juta penonton untuk konsert mingguannya.

Manakala pentas akhir Mentor 4 yang diadakan pada 4 Julai lalu pula telah disaksikan seramai 3.8 juta penonton yang menyaksikan Ziana Zain dan protegenya, Mohd. diangkat sebagai juara.

Dengan kedua-dua rekod cemerlang itu, ia sekali gus meletakkan program tersebut sebagai yang terbaik sepanjang Mentor diadakan.

Walaupun tidak terlepas daripada kisah panas, ia langsung tidak menggugat kesetiaan peminat setia rancangan itu untuk terus menjadikan Mentor 4 sebagai tontonan wajib setiap minggu.

Memperkatakan tentang kontroversi, adakah Mentor 5 yang akan memulakan misi pencarian protege tidak lama lagi itu mampu mengelakkan diri daripada terkena tempias itu?

Sesiapa yang mengikuti Mentor 4, pasti tidak akan dapat melupakan apabila Ziana diberi 'hak istimewa' untuk menukar protegenya di saat akhir ketika konsert mingguan pertama sudah bermula.

Lalu, ramai yang kini menunggu dan melihat apakah kisah itu akan berulang sekali lagi dalam Mentor 5?

Menjawab persoalan itu, Penerbit Mentor 5, Muhamad Suffian Isa menjelaskan proses pemilihan protege kali ini akan memastikan kes yang serupa tidak akan berulang kembali.

Untuk itu kata Muhamad Suffian, selepas uji bakat terakhir iaitu pada 30 Januari depan, dia dan kesemua mereka yang terlibat termasuk enam mentor musim ini akan bersidang dan meneliti calon yang benar-benar layak.

"Kalau diperhatikan, kes penukaran protege di saat akhir itu merupakan kes yang agak terpencil dan tidak pernah berlaku dalam sejarah penganjuran Mentor.

"Saya dan pihak TV3 sendiri tidak mahu apa yang berlaku dalam musim lalu terjadi lagi. Kerana itu, faktor utama dalam memilih protege kali ini adalah mereka yang komited serta memiliki tahap disiplin yag tinggi di samping memiliki kualiti bakat," ujarnya dalam nada serius.

Muhamad Suffian berkata demikian pada sidang akhbar pengumuman enam mentor yang terpilih menerajui Mentor 5 yang diadakan di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Pastinya, Mentor 5 bakal memberikan satu tontonan yang cukup menarik apabila salah seorang artis yang dipilih sebagai mentor ialah Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar.

Lima yang lain termasuklah Afdlin Shauki, Erra Fazira, Edry Abdul Halim, Rahim Maarof serta vokalis kumpulan Hujan, Noh.

Hanya Sharifah Aini sahaja yang tidak dapat hadir pada petang itu kerana masih lagi berada di Mekah dan penyanyi itu sempat memberikan sepatah dua kata menerusi rakaman video.

Berbicara tentang drama yang sudah menjadi sebahagian dalam mana-mana program realiti, Muhamad Sufian menjelaskan, perkara itu tidak mampu dielakkan kerana ia adalah perlakuan yang semula jadi tanpa dibuat-buat.

Mampu menggalas

"Ramai yang menyangkakan drama yang terjadi dalam Mentor adalah sesuatu yang telah dirancang oleh pihak kami tetapi sebenarnya tidak. Biasalah, kalau tiada drama, tidak menarik sesebuah program realiti itu," ujarnya berseloroh.

Ketika ditanya tentang pemilihan artis dalam Mentor 5, Muhamad Suffian menjelaskan ia bukanlah satu proses yang mudah untuk memilih mereka sebagai mentor bagi musim kelima ini.

"Kami telah menyenaraikan 15 orang artis yang kami fikir layak untuk menjadi mentor kali ini berdasarkan kecemerlangan dan pengalaman mereka dalam bidang seni.

"Seboleh-bolehnya kami juga mahu menampilkan muka-muka baru yang tidak pernah menyertai Mentor sebelum ini.

"Selepas meneliti dan melalui proses perbincangan, kami percaya enam artis yang dipilih kali ini mampu menggalas tanggungjawab mereka dengan baik serta bersedia menyahut cabaran sebagai mentor," kata Muhamad Suffian lagi.

Seperkara lagi tentang Mentor 5 yang dikhabarkan dalam sidang akhbar itu adalah tentang pengenalan dua juri tetap.

"Itu merupakan salah satu perubahan yang kami lakukan untuk musim ini. Buat masa ini, kami tidak boleh mengumumkan lagi siapakah dua individu itu kerana masih dalam perbincangan.

"Selepas semuanya muktamad kelak, barulah kami akan mengumumkannya pada sidang akhbar yang kedua bersama barisan protege yang terpilih nanti," jelasnya.

Dalam masa yang sama, Muhamad Suffian juga tidak menafikan bahawa perlu berdepan dengan tekanan memandangkan musim keempat telah melakar kejayaan yang cukup luar biasa.

Tetapi, dia optimis Mentor musim terbaru ini juga mampu mencatatkan kejayaan tersendiri yang turut mengekalkan format pembahagian markah iaitu 50 peratus daripada juri tetap, 30 peratus (SMS) dan selebihnya daripada juri awam.

Uji bakat pertama akan berlangsung pada 18 dan 19 Disember ini di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah manakala 1 dan 2 Januari depan pula akan diadakan di Merdeka Palace, Kuching, Sarawak.

Selain daripada menghadiri uji bakat yang telah ditetapkan, kelainan untuk Mentor edisi terbaru ini apabila para peserta boleh memuat naik rakaman video nyanyian masing-masing ke www.tv3.com.my/mentor5 sebelum atau pada 10 Januari 2011.

"Dengan cara ini, ia lebih memudahkan peserta selain dapat menjimatkan masa daripada menghadiri sesi uji bakat.

"Seandainya mereka berjaya, pihak produksi akan menghubungi mereka untuk hadir ke satu sesi uji bakat pada tarikh dan waktu yang ditetapkan," ujarnya lagi yang memberitahu uji bakat untuk kesemua mentor akan berlangsung di Sri Pentas.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.