Adsense

Isnin, 4 Oktober 2010

Zon Artis

Zon Artis


(Tahniah!) Dia Fadila Sudah Sah Bergelar Isteri

Posted: 04 Oct 2010 09:06 AM PDT

GAMBAR KAHWIN DIA FADILA

Belum terlambat rasanya untuk kami mengucapkan tahniah kepada Dia Fadila kerana telah selamat mendirikan 'masjid' dengan kekasih hati iaitu Redza Hj Abdullah Sanusi. Mereka sah bergelar suami isteri pada Jumaat lepas (sama dengan tarikh pernikahan Jimmy Shanley) yang juga merupakan tarikh kelahiran Redza Hj Abdullah Sanusi.

"Majlis pernikahan ini istimewa buat saya kerana tarikh hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran suami yang ke-33 dan kami sengaja pilih tarikh ini supaya ia akan jadi satu kenangan yang manis buat kami.

GAMBAR KAHWIN DIA FADILA

Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Dia Fadila dan suami, Redza Hj Abdullah Sanusi. Selamat berbahagia dan semoga ikatan perkahwinan yang kalian bina ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. InsyaAllah.

Psstt: Best juga nengok pramugari ni menari semasa buat demo keselamatan

Related Posts with Thumbnails
Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

OHBULAN!

OHBULAN!


(Twitter) Ingin Jadi Kekasih Juliana Evans? Ini Pantang Larangnya…

Posted: 04 Oct 2010 09:40 PM PDT

Sorry, Readability was unable to parse this page for content.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

Kes Tuntutan Nafkah Shafnie & AC Mizal : “Orang Kaya Sahaja Boleh Miliki Kereta Mewah”

Posted: 04 Oct 2010 09:17 PM PDT

Tidak dinafikan, AC Mizal makin berlimpah ruah rezeki'nya sejak menyertai perniagaan, malahan beliau juga akan dianugerah'kan pangkat Datuk tidak lama lagi. Sedikit sebanyak, kes tuntutan nafkah oleh Shafnie (ex-wife) terhadap AC Mizal dapat mengugat imej'nya sebagai usahawan yang berjaya.

Menurut Shafnie, AC Mizal menerima bayaran yang tinggi iaitu RM5000 untuk setiap episod AF selepas di'maklumkan sendiri oleh orang dalam Astro. Kalau dikira jumlah episod AF yang di'terbitkan, campur-campur memang mencecah puluhan ribu ringgit. Aishah, peguambela AC Mizal mempersoalkan bagaimana Shafnie boleh mengetahui jumlah pendapatan AC Mizal, sedangkan ia tidak pernah dilaporkan. Shafnie menyindir peguambela AC Mizal dengan berkata, "hanya orang yang benar-benar kaya sahaja yang boleh memiliki beberapa kereta mewah."

Seingat kami, tempoh hari AC Mizal baru sahaja membeli sebuah kereta mewah berjenama Bentley Continental Flying Spur, mengikut harga pasaran mencecah usd$177,600 (Autos Yahoo). Bukan itu sahaja, beliau turut mempunyai sebuah kereta Porche Carrera, BMW dan Mercedes. Fuh, itu memang cukup mewah.

Hendak percaya cerita Shafnie pun dalam 50-50, manakala AC Mizal pula mengambil sikap berdiam diri. Tetapi, kalau sudah banyak ongkos'nya, apa salah'nya hulur ke anak-anak sedikit.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.

Sensasi

Sensasi


Rumah Mewah milik Datuk Sosilawati

Posted: 04 Oct 2010 02:57 PM PDT








Video Pramugari Filipina menari terkinja-kinja dalam penerbangan

Posted: 04 Oct 2010 01:31 PM PDT



Penerbangan Filiphina...Cebu Pasific..memberikan cara baru stewardess utk memberi panduan kepada Penumpang ,cara2 memakai tali pinggang keselamatan dan alat bantuan pernafasan...

Mereka berlari2 anak,kemudia menari2 untuk menarik perhatian penumpang...

Ahaha,,kelakar pun ader....patutnya stewardess kan kene berlagak,anggun,mesra,sopan...

Tp nie nampak cheap dan tergedik2 je....Lelaki2 mata keranjang mesti suka tgk,pramugari2 tue terkinja2...yang si isteri pula menjegir mata kat suami sbb suami tue tgk mata tak kejip...hehe..

Ada yg terhibur,ada yang meluat..biasala..itu kan lumrah..haha

Ape pun,syok juga ada benda2 mcm nie,menambahkan lagi bahan utk sensasi kongsi dgn pembaca sekalian...

Kecoh di Internet yang Justin Bieber adalah lelaki berusia 51 tahun ,pencabul kanak-kanak

Posted: 04 Oct 2010 01:20 PM PDT



Mula-mula kawan sensasi hantarkan link nie,pastu sensasi baca dlm twitter,ramai yg mcm tak sangka,dan tak percaya...mana mungkin Justin bieber sebenarnya lelaki berusia 51 tahun yang merupakan pencabul kanak-kanak...yang memakai topeng yang menjadikan wajahnya jambu sejambu justin bieber...

Dalam Video ini anda disajikan dgn berita,chief police of LA membuat press conference ttg justin bieber...
Dan si lelaki yg kononnya JB....

hmmmmmmm...sensasi memangg la tak percaya langsung....

mata lelaki 51 tahun tue kecik,mata Justin besar,mana mungkin pakai topeng mata jadi besar...pastu sensasi search nama chief police of LA..duh bukan nama seperti yg disiarkan di berita tue pun...

and lastly..sumber sensasi check dlm wikipedia,dan .....Onion news merupakan, Parody news...HAHAHA

Rita:Org ke-3 yg meretakkan rumah tangga Rita-Aidil adalah keluarga mentua

Posted: 04 Oct 2010 01:09 PM PDT

Sensasi: Nampaknya isu perbalahan antara Rita dan keluarga mentua Aidil masih menjadi isu dan kini meretakkan hubungan Rita dan Aidil..

Ini lah salah satu masalah kahwin di thailand/tanpa restu keluarga...memang boleh jadi berantakan...kerana si anak lelaki tue bagaimanapun,syurganya tetap pada ibunya..tak boleh melebihkan isteri..jadi disini...susun lapis ialah,keluarga aidil plg atas,Aidil,then rita...

Bagi sensasi,Rita haruslah mengalah dan mengakui kesilapannya dgn aidil kerana berkahwin di Thailand semasa Aidil baru berusia 20 tahun..keluarga mana yg tidak terluka bila anak membelakangi ibu bapa kan..

Lagi pulak nama keluarga pasti tercemar...Bila keluarga Aidil melatah pada awalnya itu adalah hak mereka laa,jadi Rita sepatutnya dah bersedia dgn keadaan ini sebelum menjadi isteri Aidil lagi..

Memburukkan lagi keadaan kedua belah pihak menggunakan media sebagai medium untuk meluahkan rasa tidak puas hati...

Dan aidil pasti rasa berbelah bagi...Ditelan mati mak,diluah mati bapak..kalau lebihkan isteri,nanti lukakan hati mak,kalau lebihkan mak,lukakan hati isteri..

Jadi camne tue...Rita cubalah mengalah,ambil hati keluarga mentua,bwk anak pergi ke rumah mentua...anda pelakon,kalau rasa kekok sgt,berlakon je la seolah2 tak kekok kan..aha.. :P lama2 ok la..

Aidil sebagai ketua keluarga haruslah menjadi org tengah dalam mendamaikan isterinya dan keluarganya...sebab Aidil juga bersalah dlm hal nie...

ape pun nie semua cuma pendapat sensasi saja..hanya mereka yg lebih tahu masalah mereka...Sensasi harap jgnla sampai bercerai berai plak nanti...







Selepas lebih dua tahun berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki, rumah tangga pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar, 34, dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 23, yang dibina atas dasar cinta mula goyah.

Bukan soal orang ketiga atau kecurangan menjadi punca, tetapi sebaliknya pelakon yang popular melalui filem Anak Mami dan Anak Mami Junior itu mendakwa ia banyak disebabkan mulut dan campur tangan individu tertentu terutama keluarga mentua.

" Tidak cukup mengaibkan dan memalukan saya selama ini, apa lagi mereka inginkan? Selama ini, saya tidak pernah membalas kenyataan dikeluarkan.

"Saya mendiamkan diri kerana ingin menjaga maruah dan air muka suami, tetapi saya tidak mampu bersabar lagi," katanya menjawab gosip yang mendakwa dia menghalau ibu bapa Aidil ketika mereka berkunjung ke rumahnya, baru-baru ini.

Berita Harian difahamkan Aidil sudah lama tidak pulang menjenguk Rita dan anaknya, Airit Rayyan Rizkin. Malah ketika Aidilfitri baru-baru ini pun, mereka meraikannya bersama keluarga masing-masing tidak seperti tahun sebelumnya.

Sumber yang rapat dengan Rita berkata, akibatnya pelakon itu semakin tertekan dan bingung kerana tidak tahu punca kesalahannya. Bagaimanapun, Rita enggan mengulas perkara itu kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
"Cerita saya kurang ajar, halang suami pulang ke rumah keluarga dan suka mengongkong suami memang keterlaluan. Dulu, suami pernah dihalau keluarga, tetapi diterima semula selepas dua minggu dipulaukan. Sejak itu, suami tidak pernah berenggang dengan keluarga, malah Aidilfitri tahun ini turut disambut bersama keluarganya.

"Saya tidak pernah kecil hati dan menghalang suami pulang ke rumah keluarganya, malah setiap hari pasti suami menjenguk ibu bapanya" katanya lagi.

Anak kelahiran Kangar, Perlis itu berkata umum tahu, hubungannya dengan keluarga mentua keruh sejak berkahwin, tetapi hatinya gembira dan terharu apabila ibu bapa mentua menjenguknya ketika bersalin.

"Jujurnya, kami tidak pernah berbaik. Namun, saya tidak menyimpan dendam dan berharap masih ada jalan perdamaian, nampaknya keadaan semakin berkecamuk. Walaupun keluarga saya pernah dimaki, mereka masih berharap saya berbaik dengan keluarga mentua.

"Mereka tidak mahu perbalahan kami berpanjangan walaupun keluarga mentua sering mengeluarkan kenyataan keterlaluan di akhbar. Bagaimanapun, tidak sampai dua hari, anak saya, Airit Rayyan dilarikan suami untuk bertemu keluarganya ketika saya bekerja," katanya.

Video Iklan di Arab: Sembahyanglah sebelum kamu disembahyangkan

Posted: 04 Oct 2010 09:14 AM PDT



Menginsafkan iklan sebegini,bila maut dtg menjemput,masa tue dah tak mampu nak memutar balik masa ..
Pilihan ditangan kita semua untuk memilih jalan yang benar atau salah....

aReaL&Celebrity

aReaL&Celebrity


Nora Danish Dan Dua Artis Lain Berkemban Dalam Movie "Jangan Pandang Belakang Congkak 2"

Posted: 04 Oct 2010 09:11 PM PDT

Salam Buat Semua, Nampaknya Filem Melayu Sekarang Semakin Berani Kan...?? Tak Mo Cakap Banyak *Kang Kena Saman Pulak*.. Korang Tengok Dan Nilaikan Sendiri..!!!

Aksi Nora Danish...!!! Mmm... Not Bad...!!!

Gambar Nora Danish Kat Atas Ni Boleh Dikatakan "Okey" Lagi Laa.. Masih Bertutup Di Bahagian Ketiak.. Korang Try Tengok Pulak Video 2 Artis Yang Berkemban Di Minit 1:27 Ni.. Langsung Tak Cover... Cukup Berani Betul 2 Artis Popular Ni... View Video...!!!




P/s:Seksi tak... Hehehe... Aku Memain Je Kot... Cat Ngan Mazlan Yang Berkemban Tu.. Lu Kena Beb...!!!

P/s/s: Filem Ni Nampak Macam Best Je... Moh Le Kite Beramai2 Tonton Filem Ni Di Pawagam Moh...!!!


Nora Danish,Nora Danish seksi,Nora Danish berkemban,Nora Danish dalam filem jangan pandang belakang congkak,Nora Danish tak pakai baju,Nora Danish bogel,gambar Nora Danish berkemban,triller jangan pandang belakang congkak 2
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

No Plate Cantik, Kereta Cantik, Awek Pon Cantik...!!!

Posted: 04 Oct 2010 07:14 PM PDT

Salam Buat Semua, Terjumpa Gambar Ni Di Mybloghub.my (Laman Web Aggregator, Sama Macam Innit,Gengblogger Dan Yang Sama Waktu Denganya...)Menurut Tuan Punya Gambar, Kereta BMW 645CI Ini Kepunyaan Pengacara Dan Pelakon Terkenal,Awal Ashaari.. Wow.. Hebat Juga Bro Awal Ni Kan.. Sebab Kereta Ni Bukanya Murah.. Paling Cokai Pon RM300k.. Fuhh...!!! Ni Yang Buat Niat Aku Menjadi Seorang Pengecara Berkobar2 Nih... Read More...!!!

Gambar Sila Belanja Ohbulan Okey..!!!


Sebelum Ni Aku Cuma Pernah Terdengar Pasal No Plate Kereta Dia Je.. Tak Tau Pula Yang Dia Guna Kereta BMW 645CI Ni.. Lepas Ni Kalau Nampak Kereta BMW 645CI Berwarna KePutihan, Bernombor Pendaftaran AW41, Sila Usha Tengok Kot-Kot Kalu Ada Awek Lain Selain Daripada Scha Kat Seat Penumpang Tu, Boleh Buat Blackmail, Ugut Awal... Hehehe....

Yang Ni Kereta Lama Dia.. Dah Jual Kat Kedai Besi Buruk, No Plate Masih Dikekalkan

Tapi Korang Jangan Ingat Artis Je Boleh Guna Kereta Mahal Begini.. Blogger Suam-suam Kuku Macam Aku Pon Boleh Guna La... Gambar BMW 645CI Kat Bawah Ni Pulak Milik Aku... Hehehe... Sila Percaya...!!!

 Yang Ni Pon Cantik gak No Plate Dia...!!!

P/s: Mybloghub.my Merupakan Salah Satu Sumber Yang Menghantar Visitor Kat Blog Aku Ni Setiap Hari... Jadi Kenapa Korang Tak Register Lagi...?? Free Je Kot... Tak Cuba Korang Tak Kan Tau...!!!

P/s/s:Kira Packge La Ni, Awek,Kereta Dan No Plate Semuanya Cantik2 Celaka Belaka...!!!

P/s/s/s:No Plate Superbike Fizo Omar Pon Cun Gak.. WU F120.. Ada Ke Artis Yang No Plate Lagi Catik Daripada Diaorang Ni...??




Celebrity Malaysia, Evolusi KL Drift 2, gambar mantap artis malaysia, Scha Al Yahya, Syamsul Yusof, Topless,Celebrity Malaysia, Awal Ashaari, Kereta Awal Ashaari,kereta bmw Awal Ashaari,gambar kereta bmw Awal Ashaari,gambar terbaru Awal Ashaari,warna kereta bmw Awal Ashaari,jenis kereta Awal Ashaari,bmw 645 ci,harga bmw 645 ci,harga bmw 645 ci malaysia,bmw 645 ci club,kereta artis,kereta scha
Kongsi Gosip Ini Di Facebook Anda Dengan Menekan Butang LIKE Di Bawah.

borak kosong

borak kosong


Cantik dan seksi tapi jadi hacker

Posted: 04 Oct 2010 08:43 PM PDT

Mahasiswi yang berasal daripada Russia yang tinggal di New York ini mengegarkan dunia kerana dengan kemahirannya dengan komputer Kristina Svechinskaya mampu membuat Virus Zeus Trojan yang mampu menembusi  internet hingga mampu mengutip 3 Juta Dollar Amerika. Beberapa saat setelah kejahatan di bongkar,gambarnya pun beredar di internet...


Bahana letak komputer riba atas paha

Posted: 04 Oct 2010 06:47 PM PDT


CHICAGO - Pengguna-pengguna yang suka meletakkan komputer riba di atas paha mungkin perlu memikirkan semula tabiat itu kerana ia boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar, menurut sebuah kumpulan penyelidik dari Switzerland dalam satu artikel yang disiarkan oleh jurnal Pediatrics semalam.

Sindrom itu menyebabkan warna kulit tidak sekata dan berbintik-bintik ekoran terdedah pada bahang panas dalam tempoh yang lama.

Dalam satu kes terbaru, seorang budak lelaki berusia 12 tahun mengalami simptom tersebut di paha kiri selepas dia bermain permainan video beberapa jam sehari dalam tempoh beberapa bulan.

Kes lain turut melibatkan seorang pelajar jurusan undang-undang dari Virginia, Amerika Syarikat (AS) yang terpaksa mendapatkan rawatan setelah kakinya mengalami masalah sama.

Dr. Kimberley Salkey yang merawat pelajar tersebut terkejut apabila mengetahui dia menyiapkan tugasan dengan menggunakan komputer riba yang diletakkan di atas pahanya selama enam jam sehari.

GAMBAR yang disiarkan dalam jurnal Pediatrics menunjukkan paha kiri seorang budak lelaki 12 tahun berwarna kemerah-merahan seperti melecur akibat meletakkan komputer riba di atas pahanya. 

Suhu di bahagian bawah komputer itu boleh mencecah 52 darjah Celsius.

Ia merupakan salah satu daripada sepuluh kes berkaitan komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007.

Walaupun secara umumnya tidak berbahaya, ia bagaimanapun boleh mengakibatkan kulit menjadi gelap secara kekal.

Menurut Dr. Andreas Arnold dan Peter Itin dari Hospital Universiti Basel, kerosakan kulit itu boleh menyebabkan kanser kulit.

Sebelum ini, sindrom itu berlaku dalam kalangan pekerja yang terpaksa berada dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan peniup kaca. - kosmo online

bk-nasib baik aku tak suka letak laptop atas riba....

Siapa Jesyntha Clarene Isreal

Posted: 04 Oct 2010 05:53 PM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas 36 hari siasatan, kes kematian jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, 47, memasuki episod baru apabila seorang wanita kini amat dikehendaki polis dan disifatkan amat penting kerana mampu membantu memberi maklumat yang boleh menyelesaikan kes berprofil tinggi itu.

Melalui laman web facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), wajah dan maklumat wanita dikenali sebagai Jesyntha Clarene Isreal itu didedahkan kepada umum dan kerjasama orang ramai amat diperlukan untuk mengesannya.

Jesyntha berusia 27 tahun dan memegang MyKad bernombor 830630-10-6030. Alamat terakhirnya ialah di Lot 55, Batu 1/2 Jalan Jugra, Banting, Selangor.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin yang dihubungi bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan wanita itu terutama mengenai hubungannya dengan suspek yang ditahan, bagaimanapun enggan memberi ulasan lebih lanjut.

"Saya tidak boleh dedahkan apa-apa maklumat kerana bimbang ia boleh menjejaskan siasatan polis. Lebih penting, saya amat berharap orang ramai yang mengetahui di mana wanita itu berada supaya segera memaklumkan kepada polis," katanya.

Mengikut laman facebook PDRM, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Jesyntha diminta menghubungi Deputi Superintendan Khoo Leng Huat melalui talian 010-4203791.

Selain itu, mereka yang inginkan keterangan lanjut mengenai wanita terbabit boleh melawat laman sosial rasmi PDRM di www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia.-myMetro

Pakaian yang patut dipakai di tepi pantai

Posted: 04 Oct 2010 05:00 PM PDT

Inilah dia pakaian yang patut dipakai di tepi pantai untuk menggelakan
sinaran matahari...kulit pun tak terbakar...tak payah nak sapu krim...





sopan pulak tu ..tak adelah terdedah sana-sini.....


Budak yang mempunyai nama terpanjang di dunia

Posted: 04 Oct 2010 10:01 AM PDT

"Autumn Sullivan Corbett Fitzsimmons Jeffries Hart Burns Johnson Willard Dempsey Tunney Schmeling Sharkey Carnera Baer Braddock Louis Charles Walcott Marciano Patterson Johansson Liston Clay Frazier Foreman Brown"



panjang betul nama  budak nie..siapa yang boleh hafal namanya?



Rabu, 29 September 2010

Selsema,batuk,sakit tekak......

hmm...
Selsema,batuk,sakitnye tekak....
pnasnye bdan :-(

Selasa, 28 September 2010

Kau Satu Satunya !!!

Oh... siapalah diri aku ini
Tanpamu.. dunia ku pasti tak berseri
Dan hidup tak menjadi

Kau bagiku... satu-satunya
Padamulah ku meminta, ke bermanja
Ku rindui, ku kasihi
Di hatiku kau abadi


Dengan sinaran kasihmu
Kian terancang dihupku
Tiada lagi keraguan
Kau bagiku kekuatan
Mana jua kau berada
Ditemani cahaya cinta

Sejak dirimu ku dekati
Diri ku ini ku kenali
Hanya engkaulah sesungguhnya
Tiada dua

Di cermin kaca ku memandang
Diri ku serba kekurangan
Namun bagimu bukan itu jadi ukuran
Melengkapi hidup kita
Bukan harta, bukan nama, bukan rupa


Kau... bagi diriku satu-satunya
Ku meminta, ke bermanja
Ku rindui, ku kasihi
Di hatiku kau abadi...


Ukays - Kau Satu Satunya

Khamis, 23 September 2010

Hikmah Puasa Enam














Puasa enam ialah puasa yang dikerjakan dengan berturut-turut atau berselang-selang sebanyak enam hari pada bulan Syawal selepas Hari Raya Fitrah.Puasa enam itu sunat dikerjakan oleh orang yang telah mengerjakan puasa Ramadan sebulan penuh dan juga sunat dikerjakan oleh orang yang tidak berpuasa Ramadan sebulan penuh disebabkan keuzuran yang diharuskan oleh syarak seperti haid dan nifas, musafir atau orang sakit. Manakala bagi orang yang meninggalkan puasa Ramadan dengan sengaja adalah haram melakukan puasa enam kecuali setelah selesai mengqada puasanya. Namun ganjaran pahala puasa enam bagi orang yang tidak berpuasa penuh bulan Ramadan tidak sama dengan ganjaran pahala bagi orang yang mengerjakan puasa enam selepas mengerjakan puasa Ramadan sebulan penuh.

Sunat puasa enam ini berdasarkan sabda Baginda yang maksudnya :

"Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun." (Hadis riwayat Muslim).

Para ulama berselisih pendapat mengenai waktu atau masa mengerjakan puasa enam itu. Sebahagian besar ulama berpendapat puasa enam itu dilakukan dengan berturut-turut selepas Hari Raya mulai Hari Raya kedua dan seterusnya. Manakala ulama muta’akhirin pula berpendapat puasa enam itu harus dilakukan secara tidak berturut-turut seperti berselang-seli dan sebagainya selama dalam bulan Syawal. Walau bagaimanapun mengerjakannya dengan berturut-turut selepas Hari Raya adalah lebih afdal.

Mengerjakan puasa sunat sebanyak enam hari dalam bulan Syawal setelah berpuasa Ramadan sebulan penuh diibaratkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai berpuasa sepanjang tahun kerana sebulan puasa Ramadan itu menyamai puasa sepuluh bulan dan puasa enam pula menyamai dengan 60 hari atau dua bulan. Jika dicampurkan sepuluh bulan dengan dua bulan, maka genaplah ia setahun, itulah yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun. Perkara ini dijelaskan lagi dalam sebuah hadis, sabda Baginda yang maksudnya :

"Berpuasa sebulan (disamakan) dengan sepuluh bulan puasa, dan berpuasa enam hari selepasnya (disamakan) dengan dua bulan puasa, maka kedua-duanya itu (jika dicampurkan) genap setahun." (Hadis riwayat Al-Darimi).

Berdasarkan hadis di atas juga, sebahagian ulama menjelaskan bahawa puasa enam hari dalam bulan Syawal diberikan ganjaran yang sama dengan ganjaran puasa di bulan Ramadan, kerana setiap kebajikan itu dibalas atau diberikan dengan sepuluh kali ganda. Sebagaimana juga mereka mengatakan : "Membaca Surah Al-Ikhlas itu sama dengan membaca sepertiga Al-Quran.

"KEWAJIPAN MENGQADA PUASA

Puasa Ramadan yang ditinggalkan adalah wajib diqada sebanyak hari yang ditinggalkan itu sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah dalam firman-Nya yang tafsirnya :

"Maka wajiblah dia berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain." (Surah Al-Baqarah : 184).

Kewajipan mengqada puasa itu tidak kira sama ada puasa itu ditinggalkan dengan sengaja atau kerana keuzuran kecuali orang-orang yang benar-benar tidak berdaya mengerjakannya seperti orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh. Mereka tidak diwajibkan mengqada puasa yang ditinggalkan itu tetapi wajib membayar fidyah sebagai ganti puasa yang ditinggalkan. Hal ini dijelaskan dalam firman Allah Subhanahu Wataala yang tafsirnya :

"Dan wajib atas orang-orang yang tidak berdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin." (Surah Al-Baqarah : 184).

Dalam mengerjakan qada puasa ini, para ulama berpendapat bahawa orang-orang yang meninggalkan puasa tanpa uzur adalah wajib menyegerakan qada puasa tersebut. Dan mereka tidak diharuskan bahkan haram melakukan puasa-puasa sunat termasuk puasa enam hari di bulan Syawal.

Puasa qada boleh dilakukan pada bila-bila masa kecuali pada hari-hari yang diharamkan berpuasa seperti Hari Raya Fitrah, Hari Raya Haji atau pada hari-hari Tasyriq dan sebagainya dan ia wajib disegerakan sebelum masuk Ramadan yang baru.

Jika qada puasa hendak dikerjakan pada bulan Syawal ia boleh dilakukan bermula pada Hari Raya Kedua (2 haribulan Syawal). Bagi mereka yang diharuskan meninggalkan puasa kerana keuzuran yang dibenarkan oleh syarak seperti orang perempuan yang haid atau nifas, orang sakit atau orang musafir (dalam perjalanan) dan lain-lain, sunat bagi mereka mengerjakan puasa enam sekalipun mereka masih mempunyai qada. Walau bagaimanapun menurut para ulama ganjaran yang bakal diterimanya tidaklah sama dengan ganjaran pahala yang diterima oleh mereka yang berpuasa enam setelah berpuasa penuh satu bulan Ramadan.

Berbanding dengan orang-orang yang meninggalkan puasa Ramadan tanpa keuzuran atau dengan sengaja, diharamkan ke atas mereka mengerjakan puasa enam pada bulan Syawal itu kerana mereka diwajibkan menyegerakan qada tersebut.

Manakala bagi orang yang luput keseluruhan puasa Ramadan (selama satu bulan) kerana keuzuran yang diharuskan oleh syarak, jika dia mengerjakan puasa qadanya pada bulan Syawal, disunatkan (mustahab) ke atasnya mengqada puasa enam itu dalam bulan Zulkaedah. Walau bagaimanapun, menurut ulama dia hanya mendapat ganjaran sebagaimana yang disebutkan oleh hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam iaitu orang yang berpuasa Ramadan dan diikuti dengan puasa enam pada bulan Syawal diibaratkan berpuasa selama satu tahun.

MENYATUKAN PUASA QADA DENGAN PUASA ENAM

Bagi orang yang hendak melakukan qada puasa Ramadan (meninggalkannya kerana keuzuran yang dibolehkan oleh syarak), ia boleh dilakukan sekaligus dengan puasa enam dalam bulan Syawal. Caranya ialah orang tersebut hendaklah berniat bagi kedua-duanya iaitu puasa qada dan puasa sunat tersebut dengan tujuan bagi mendapatkan ganjaran kedua-dua sekali (iaitu ganjaran puasa qada dan ganjaran puasa sunat).

Hal ini sama seperti orang yang berniat puasa wajib sama ada puasa qada atau puasa nazar atau puasa kafarah, pada hari-hari yang disunatkan berpuasa seperti hari Arafah atau pada hari Isnin dan Khamis atau pada hari ‘Ayura dan puasa-puasa sunat yang lain seumpamanya.

Dalam menunaikan puasa tersebut, jika dia berniat kedua-duanya sekali iaitu puasa qada dan puasa sunat seperti puasa hari Arafah atau puasa-puasa sunat yang lain, maka dia akan mendapat ganjaran bagi puasa sunat dan puasa wajib tersebut. Tetapi jika dia berniat hanya bagi puasa sunat sahaja atau puasa wajib sahaja, maka dia hanya akan mendapat gambaran bagi puasa yang diniatkannya sekalipun ia dilakukan pada hari yang bertepatan antara puasa wajib dan puasa sunat itu.

Ibnu Hajar Al-Haitami dalam fatwanya menjelaskan, mengenai orang yang berniat puasa sunat bersama puasa wajib seperti di atas dengan katanya maksudnya :

"Jika diniatkan keduanya (puasa sunat dan pusat wajib) dia mendapat ganjaran bagi kedua-duanya atau diniatkan salah satu maka gugur tuntutan yang satu lagi dan tidak mendapat ganjarannya." (Al-Fatwa Al-Kubra : 2/75).

Walaupun menyatukan puasa qada dengan puasa enam itu diharuskan dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya, namun ganjaran tersebut tidaklah menyamai ganjaran pahala seperti yang disebut dalam hadis di atas. Walau bagaimanapun sikap menyegarakan qada puasa itu sikap yang terpuji dan dituntut oleh syarak kerana ganjaran dan pahala ibadat puasa itu hanya Allah Subhanahu Wataala sahaja yang menilai dan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka yang berpuasa.

Selasa, 7 September 2010

Salam Aidil Fitri...
























Assalamualaikum WBT...

Selamat Hari Raya Aidilfitri ..maaf zahir batin diucapkan kepada seluruh pelayar blog ini khususnya dan seluruh umat islam amnya...

sama-sama kita rayakan hari kemenangan ini dengan penuh kesederhanaan...
jgn lakukan pembaziran...sama2 kita doakan kesejahteraan umat islam di seluruh dunia...jgn kita lupa saudara2 kita di pakistan yang sedang diuji dengan bencana...dan yang teramat penting sekali saudara2 kita di falastin..

untuk diri saya...ini adalah aidilfitri pertama saya sebagai anak yatim...ayah saya telah kembali ke rahmatullah hampir setahun lepas..sungguh tidak saya sangka...aidilfitri tahun lepas adalah yang terakhir saya bersama ayah..

akhir kata salam kemaafan..

Sabtu, 28 Ogos 2010

Rindu Padamu...

Tiada sehari yang berlalu
Tanpa ku mengingati Mu
Rindu pada Mu
Sentiasa mendambakan
Kasih dan sayang Mu
Semalam aku bermimpi
Dalam hujan ku berlari
Berlari mencari
Memangil-manggil nama Mu
Nama Mu yang sempurna

Kuharap dan kuberdoa
Semoga dapat bersua denganmu

Tiada kata yang dapat ku gambarkan
Perasaan yang ku alami
Cinta ku ini tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi

Apakah aku diterima
Atau kau kan membiarkan saja
Kerana ku berdosa
Jangan biarkan ku terhina
Ku merayu pada mu


tetibe je ase rindu kat dia...
kdg2 bila dia ada kita x peduli sgt...
tp bila dia xde br terasa...

Selasa, 17 Ogos 2010

sy dah letih....




















sy dah letih..
letih tahan sabar..
letih tahan 'sakit'...
bile sume ni akan habis..
bila akan smpai ke kemuncaknya...
biar sume org tau...
sy bkn main2...

:(