Adsense

Rabu, 7 Julai 2010

ISU HANGAT

ISU HANGAT


Mike Tyson Menangis di Mekah

Posted: 06 Jul 2010 10:52 AM PDT

Mike Tyson menangis di Mekah
Mike Tyson (tengah) (arab news)

Bekas juara tinju heavyweight dunia , Mike Tyson menangis ketika mengunjungi Masjid Al-Nabawi di Madinah, Arab Saudi. Tyson juga melakukan umrah di Mekah, pada Julai 2010.

Tyson memijakkan kakinya ke Tanah Suci untuk kali pertama pada Jumat 2 Julai 2010. Mike Tyson yang berusia 44 tahun ini melakukan ibadah di Masjid Al-Nabawi. Sebagaimana yang dinyatakan oleh online news Saudi Gazette, Tyson menginap di hotel berhampiran Masjid Al-Nabawi dan mendapat sambutan luar biasa dari peminatnya.


Bekas peninju yang kontroversi kerana menggigit telinga semasa pertandingan ini mendapat pengawalan ketat semasa melakukan solat Zuhur. Tyson mengaku mendapat pengalaman spiritual luar biasa selama di Arab Saudi.

“Saya senang punya peminat yang mencintai saya di sini (Arab Saudi). Tapi, saya berharap mereka meninggalkan saya sendiri untuk menikmati saat spiritual di Tanah Suci. Saya menitikkan air mata ketika saya mengetahui bahawa saya berada di salah satu taman surga,” ujar Tyson ketika mengunjungi Masjid Al-Nabawi.

Tyson yang memeluk Islam ketika masih dipenjara pada pertengahan 1990an, kemudian mengganti pakaian dengan mengenakan ihram untuk melakukan umrah di Mekah.Selesai melakukan umrah di Mekah, Mike Tyson nama Islamnya, Malik Abdul Aziz ini merancang akan mengunjungi Jeddah, Abha dan Riyadh. Posted @ www.isuhangat.net

:

Mininiaga

due 7 Jul

jana wang adsense

**LETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI**

Share/Bookmark

Petua menghalang semut

Posted: 06 Jul 2010 10:33 AM PDT


Rumah anda ada banyak semut ? Salah satu petua yang didapati dari member, untuk mengelakkan rumah banyak semut sentiasalah pastikan rumah kita bersih dari sisa makan, sapu rumah sebelum tidur ialah kpd yang ada anak kecik yang suka makan jajan tu semua -faham-fahamlah.

Kalau rumah dah banyak semut, salah satu cara untuk menghalang semut daripada memasuki balang gula / bekas makanan / tin susu ialah:

1-Ambil kapur tulis (atau chalk) * kalau boleh guna yang warna putih lagi baik

2-Dengan menggunakan kapur tersebut, buatkan garisan sempadan menutupi tempat balang gula anda disimpan atau di mana-mana kawasang yang anda tidka mahu dimasuki semut.


Teorinya : Semut tak suka kepada kapur (CaCO3). Bila semut nampak saja garisan sempadan kapur tersebut, pasti ia tak akan mendekatinya.

Petua menghalau semut yang lain:

Kalau ruang nak lukis garisan tak ada atau tak cukup,
ambik tali yang dibuat dari kapas atau kain (yang boleh menyerap cecair), celupkan dalam minyak masak.
pastu ikatkan sekeliling balang tersebut. Insya-Allah, semut tak lintas tali tu.

(sebelum ikat, perahlah dulu tali tu. tak perah karang, meleleh lak minyak tu nanti).

Mininiaga

due 7 Jul

jana wang adsense

**LETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI**

Share/Bookmark

Kalimah Allah

Posted: 06 Jul 2010 10:16 AM PDT

kalimah Allah

Lihat tiga titik hitam di tengah-tengah gambar kalimah Allah di atas selama 10 saat, kemudian lihat dinding/ruang kosong yang berhampiran dengan anda.

Tunggu 10 saat. Lihatlah keajaibannya. Subhanallah..rasa sgt kagum dgn ilusi mata kurniaanNya ini.. Posted @ www.isuhangat.net

Share/Bookmark

Alternatif masalah parking penuh

Posted: 06 Jul 2010 09:51 AM PDT

Ini menjunjukkan bilangan kereta di Malaysia dah bertambah banyak. Apa taknya student pun dah pakai kereta yang disponsor oleh keluarga mereka. Kereta pun dah tak berapa mahal sangat dan mampu di pakai oleh orang kebanyakan.

Selepas kereta banyak, selain dari masalah kesesakan jalanraya di waktu puncak, ialah susah nak cari parking. Kalau di JB antara tempat awam yang susah nak park kereta kereta ialah di Hospital Sultanah Aminah. Memang rezekilah kalau sekali round dan dapat parking kecuali terpaksa menapak jauh.

Oleh itu alternatif perlu dicari untuk membina tempat parking yang menjimatkan ruang tanah dan lebih baik ianya dibuat secara robotik, tanpa pemandu jadi ia dapat disusun rapat-rapat.


Ini garaj depan rumah beb, pencuri susah nak klepet..

1930s Automatic Car Park

System Grando – Cylindrical car parking system

Dubai Robot car park

Pigeonhole Parking Lot

Mechanical Underground Parking Station Systems

Robotic Car Park, Breach Candy Mumbai

Automated Car Parking System

Carsafe by Westfalia Technologies, Inc

Sumber: STRANGE BLOG

:

Mininiaga

due  7 Jul

jana wang adsense

**LETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI**

 

WPSEO QHv48p0H9dmFDM6uFGUwgLyh6HPav3NmKiqSHqAQEXwiK

Share/Bookmark

Memohon Sumbangan Amal Jariah

Posted: 06 Jul 2010 09:10 AM PDT


Memohon Sumbangan Amal Jariah

Rumah Penyayang Wadi Sakinah sebuah rumah perlindungan di Merbok yg baru dua bulan beroperasi amat memerlukan sumbangan jariah dlm berbagai bentuk utk keperluan penghuni2 di situ. Rumah ini menempatkan (lelaki/perempuan) anak-anak yatim, remaja2 bermasalah, warga emas, ibu tunggal dan anak2 yg memerlukan kasih sayang. Kanak2 sekolah rendah – 17 org, Kanak2 kecil/bayi – 15 orang, Remaja bermasalah – 37 orang dan lain2 warga emas/ibu tunggal. Beroperasi di dua tempat, satu di rumah kampong alamat Lot 394, Kampung Bukit Hj Omar 08100 Merbok dan satu lagi rumah taman di No. 21, Jalan 2, Taman Merbok Permai, 08400 Merbok.

Antara sumbangan yg amat diperlukan :-

1) Wang tunai – Akaun Bank Islam (020 200 100 60678) – atas nama Rumah Penyayang Wadi Sakinah

2) Makanan – Beras, Makanan basah, makanan kering,

3) Pakaian (baru/terpakai)

4) Peralatan/Kelengkapan (baru/terpakai) – mesin basuh, peti ais, computer, kipas, katil, cadar, langsir, tilam, meja/kerusi, tuala dll.

5) Kelengkapan pembelajaran – buku2, alat2 tulis, pakaian/kasut/beg sekolah

6) Kenderaan – setakad ni ada satu kereta Kancil sahaja.

7) Bayaran bil utility

8) Tenaga kerja (kelas tambahan/ tuisyen/motivasi/gotong royong)

9) Program keluarga angkat (menaja seorang penghuni lebih kurang RM200 sebulan utk wang saku)

Setakat ni kata mereka, yg dah mula bagi bantuan Tabung Haji (tolong buka akaun) dan Klinik Azhar (rawatan kesihatan). Kalau sesiapa yg ingin memberi sumbangan samada dlm kumpulan atau individu boleh hubungi Cikgu Ainon Muda – 014-5038413 (Pengurus Wadi Sakinah) dan mereka juga mengalu-alukan lawatan ke tempat mereka.

Share/Bookmark

Jawatan Kosong Terkini di Malaysia

Jawatan Kosong Terkini di Malaysia


(18 Julai 2010) Jawatan Kosong Perbadanan Putrajaya

Posted: 06 Jul 2010 06:20 AM PDT


Perbadanan Putrajaya dengan ini mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakkan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan tetap seperti berikut : -

1. PEMANDU KENDERAAN GRED R3 (KONTRAK)
2. PENOLONG JURUTERA (AWAM/ELEKTRIKAL/MEKANIKAL) GRED J29 (KONTRAK)
3. JURUTEKNIK (AWAM/MEKANIKAL/SENIBINA) GRED J17 (KONTRAK)
4. PEMBANTU PERTANIAN GRED G17 (KONTRAK)
5. AHLI MUZIK GRED B27 (KONTRAK)
6. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) GRED N17 (KONTRAK)
7. PEMBANTU PENGUATKUASA GRED N17 (KONTRAK)
8. JURUTERA (AWAM) GRED J41 (KONTRAK)
9. ARKITEK GRED J41 (KONTRAK)
10. PEGAWAI PENILAIAN GRED W41 (KONTRAK)

MUAT TURUN SYARAT KELAYAKAN

Syarat-syarat Permohonan Jawatan Kosong:
1)Permohonan adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia

2)Had Umur (Pada tarikh iklan ditutup)
•Calon-calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
•Had umur calon yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah tidak melebihi 50 tahun. Manakala had umur calon yang memohon bagi Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) adalah tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan.

3)Penaklukan di bawah syarat Skim Perkhidmatan :
Mereka yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaannya dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.

4)Kelayakan Terperinci dan Proses Permohonan Mengikut Jawatan Adalah Seperti Berikut:-
•SEMUA permohonan perlu dibuat terus secara ON-LINE.
•Bagi pemohon daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan, perlulah mengisi borang ON-LINE dan mengemukakan maklumat terperinci mengenai perkhidmatan masing-masing yang dibuat melalui Ketua Jabatan berdasarkan Peraturan 17, Peraturan-Peraturan Perbadanan Putrajaya (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan 2009). Dokumen-dokumen tersebut hanya perlu di bawa semasa TEMUDUGA sahaja.

5)Cara Memohon
•Semak kelayakan yang diperlukan untuk jawatan yang ingin dipohon pada Senarai Jawatan.
•Calon-calon yang hendak memohon dikehendaki membuat permohonan secara ONLINE

KLIK SINI - PERMOHONAN SECARA ONLINE


•Calon dihadkan kepada TIGA(3) jawatan sahaja.

6)Taraf Jawatan:
•Semua jawatan yang ditawarkan adalah bertaraf KONTRAK.

PENTING:
Hanya calon yang disenaraipendek akan dipanggil temuduga .
•Hanya pemohon yang layak selepas tapisan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 12 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Tarikh Tutup Iklan : 18 Jul 2010

(16 Julai 2010) Jawatan Kosong Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak

Posted: 06 Jul 2010 06:15 AM PDT

1. PEMBANTU AM RENDAH
2. TUKANG K3 (TUKANG CAT/TUKANG TULIS)
3. TUKANG K3 (TUKANG PAIP)
4. PEMBANTU AM RENDAH (WAKIL HULU SUNGAI)
5. PENGHANTAR NOTIS
6. JURUTEKNIK (AWAM)
7. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
8. PEMBANTU TADBIR (STOR)
9. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
10. JURUTEKNIK (PERANCANG BANDAR DAN DESA)
11. JURUTEKNIK (UKUR)
12. TUKANG K3 (TUKANG KAYU)
13. PENGHANTAR NOTIS
14. PEMBANTU KESIHATAN AWAM
15. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN
16. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
17. PEMBANTU PERPUSTAKAAN
18. PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN)
19. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN
20. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA

KLIK SINI UNTUK SYARAT LANTIKAN

KLIK SINI UNTUK PERMOHONAN SECARA ONLINE

Tarikh Tutup Permohonan: 16 Julai 2010