Utusan Online - Hiburan |
Rebecca Romijn masih dipanggil dengan nama bekas suami Posted: 04 Jul 2013 11:22 AM PDT LOS ANGELES 4 Julai - Aktres Rebecca Romijn menyatakan bahawa orang ramai masih memanggil dirinya dengan nama bekas suaminya Pelakon berusia 40 tahun itu yang bahagia selepas berkahwin dengan Jerry O'Connel sejak enam tahun lalu, mendakwa dia sering dirujuk sebagai Rebecca Rimijn-Stamos, walaupun dia telah berpisah dengan bekas suami pertamanya itu, John Stamos lebih lapan tahun lalu dan telah menukar namanya. "Perkara ini berlaku kepada saya semalam," ujarnya kepada ketika di wawancara oleh majalah Redbook untuk keluaran Ogos ini. Bekas bintang drama bersiri Ugly Betty yang mempunyai sepasang anak kembar, Dolly dan Charlie hasil perkongsian hidup bersama O'Connell berkata, dia dan bintang filem Burning Star itu memilih untuk menjaga bersama anak kembar mereka dan tidak memilih untuk menyerahkannya kepada pengasuh sepenuh masa. "Kami saling membantu antara satu sama lain, walaupun masing-masing sibuk dengan tugasan dan inilah realiti kehidupan kami," ujarnya. Pelakon filem King & Maxwell itu juga mengakui dia tidak merasakan dirinya tua dan mempunyai tekanan untuk menurunkan berat badannya selepas bersalin. "Saya tidak bimbang keadaan diri selepas bersalin kerana mendapat rawatan selama enam bulan," ujarnya. - AGENSI |
Ashton Kutcher, Mila Kunis kedekut Posted: 04 Jul 2013 11:22 AM PDT LONDON 4 Julai - Aktor Ashton Kutcher dan kekasihnya Mila Kunis dituduh kedekut kerana keberatan memberi tip kepada seorang tukang gunting rambut selepas mengunting rambut di sebuah kedai gunting rambut di bandar Bridgwater, di Somerset, baru-baru ini. Tukang gunting itu, Jim Clayton terkejut apabila teman wanita pelakon kacak itu mengambil semula baki wang selepas dia membayar wang kertas 10 pound kepadanya sebagai upah. Tukang gunting itu mendakwa pasangan itu tiba 15 minit sebelum dia menutup kedainya dan dia terpaksa menutup kedainya lewat, semata-mata untuk melayan pelakon berkenaan, tetapi kesediaannya melayan mereka itu tidak dihargai oleh pasangan selebriti itu. "Kunis menyerahkan 10 pound (RM48) kepada saya sebagai upah bayaran dan dia mengambil kesemua bakinya," ujar tukang gunting itu dengan kecewa. Clayton mengakui dia tidak banyak berbual dengan pasangan pelakon itu dan hanya mengetahui mereka tinggal di Los Angeles. "Kutcher tidak banyak berborak tetapi Kunis duduk bersama anjing saya, Bailey. Dia sangat menyayangi anjing tersebut," ujar Clayton. Sambil memetik akhbar Metro, Clayton berkata, dia mahu bergambar dengan bintang filem Ted itu, kerana teruja dengan pelakon itu, tetapi tidak menyangka dapat bertemu dengannya. - AGENSI |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |