Berita Harian: Hip |
Posted: 04 Jul 2013 04:30 PM PDT Maria Farida simpati nasib bekas kekasih, nasihat Shahz Jaszle lebih waspada Hanya ungkapan simpati yang terbit dari bibir pelakon cantik, Maria Farida, tatkala ditanya berhubung isu hangat membabitkan pelakon, Shahz Jaszle (gambar kecil). Saya bersimpati dengan nasibnya. Kalau boleh saya tidak mahu lagi dikaitkan dengan dirinya kerana hubungan kami sudah lama berakhir." Maria Farida, Pelakon Enggan dikaitkan lagi dengan bekas buah hatinya selepas hubungan mereka terputus sekitar 2011, apa yang berlaku kepada pemuda itu disifatkan Maria tidak ubah seperti putaran roda. "Saya bersimpati dengan nasibnya, tetapi dia sendiri yang menjerat dirinya. Cuba buat perangai elok-elok, tentu perkara sebegini tidak berlaku. "Kalau boleh saya tidak mahu lagi dikaitkan dengan dirinya kerana hubungan kami sudah lama berakhir. Cuma apa yang boleh saya katakan, inilah hukum karma. Mungkin juga inilah balasan terhadap sikapnya yang sering memainkan perasaan wanita," katanya. Sara hidup tinggi Dia yang masih solo selepas lebih 10 tahun hidup bersendirian mengakui tidak terburu-buru mencari pengganti. Bukan tiada golongan bergelar Datuk mahupun Tan Sri yang cuba mendekati, namun Maria dia tidak sanggup memperjudikan cinta semata-mata kerana harta. "Jika saya hendak berkahwin sekali pun, hubungan itu perlulah terbit atas dasar cinta. Saya tidak mahu berkahwin kerana harta. Jika saya tamakkan harta tentu sudah lama saya kembali berumah tangga. Tidak perlulah saya hidup solo sebegini lama. "Pada usia sekarang saya harus akui tahap toleransi saya semakin rendah. Saya pula seorang yang cerewet. Jadi saya perlu mencari pasangan yang benar-benar boleh memahami diri saya dan paling penting, antara kami perlu ada keserasian. Tetapi itu bukanlah bermaksud saya mencari pasangan yang sempurna. "Hubungan itu harus lahir atas dasar cinta dan ikhlas, bukan kerana mengejar glamor semata-mata. Bakal suami juga perlulah menerima kehadiran anak saya sekiranya ingin menjadikan saya sebagai suri hidupnya," kata Maria. Pelakon yang cukup popular menerusi filem Bisikan Cinta, lakonannya bersama Azhar Sulaiman, juga tidak malu mengakui sara hidup diri dan anaknya agak tinggi. Justeru, lelaki yang ingin mendampinginya haruslah mampu menerima gaya hidup mereka. Semua tanggung sendiri Bagaimanapun, dia berkata demikian bukan untuk menunjuk-nunjuk, sebaliknya selama memegang status janda, segala-galanya ditanggung sendiri hasil titik peluhnya berlakon. "Kos sara hidup saya tinggi, begitu juga dengan anak. Saya menghantar Mizan ke sekolah antarabangsa dengan yurannya mencecah puluhan ribu, setahun. Setiap minggu kami akan menjamu selera di restoran mewah, semua itu saya tanggung sendiri dengan wang hasil lakonan. "Saya tidak mungkin merendahkan taraf hidup selepas berkahwin. Oleh itu, lelaki yang mahu berkahwin dengan saya kenalah terima gaya hidup kami anak beranak, serta berkemampuan menanggung kami," kata Maria. Menyentuh kerjaya seni pula, pelakon yang memulakan langkah dalam bidang seni seawal usia 16 tahun berkata, sehingga kini dia masih tidak menang tangan menerima tawaran berlakon. Baru saja selesai penggambaran cerita fantasi, Pujangga Budiman, untuk TVi, Maria kini mempersiapkan diri untuk menjalani penggambaran filem Showdown. Memandangkan jadual lakonan yang padat sejak tahun lalu, dia membuat keputusan berehat sepanjang Ramadan nanti bagi memberikan tumpuan kepada keluarga. |
PRISM dapat lesen pungut royalti Posted: 04 Jul 2013 04:27 PM PDT Selepas menempuh pelbagai cabaran, akhirnya Performers Right's and Interest Society of Malaysia Berhad (PRISM) sah menjadi badan kutipan royalti mewakili penyanyi dan pemuzik rakaman. Lesen yang dikeluarkan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bertarikh 2 Julai lalu kepada organisasi terbabit tentunya memberikan khabar gembira terutama kepada 1,500 ahli, yang memberikan mandat kepada PRISM mewakili mereka.
"Khabar gembira ini menjadi hadiah bermakna kepada ahli sempena Ramadan yang akan ditempuhi minggu depan. "Saya mengucapkan jutaan terima kasih terutama kepada kerajaan yang banyak membantu, selepas kami melalui pelbagai halangan untuk mendapatkan kelulusan permohonan. Buat kutipan sendiri "Bermula hari ini juga, kami memohon kerjasama kepada semua premis hiburan untuk mengemukakan lesen penggunaan hak daripada PRISM, agar proses kutipan dapat dijalankan dengan sempurna," katanya kepada HIP, semalam.
"Kami juga sudah mempunyai wakil ejen kutipan di setiap negeri, termasuk Sabah dan Sarawak. Pada masa sama kami amat berharap semua ahli akan dapat menikmati royalti yang menjadi hak mereka, pada penghujung tahun hadapan," katanya. Sebelum ini, MyIPO sudah pun meluluskan tiga badan kutipan royalti lain iaitu Badan Pelindung Hak Cipta Karyawan (MACP) yang mewakili komposer dan penulis lirik, Badan Persembahan Awam (PPM) bagi syarikat rakaman dan Recording Performers Malaysia Bhd (RPM) untuk penyanyi dan pemuzik. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |