Adsense

Rabu, 3 Julai 2013

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Neelofa Nafi Minta Hutang Daripada Shahrizal Jaszle

Posted: 02 Jul 2013 09:55 PM PDT

PETALING JAYA: Pelakon dan model Neelofa menafikan ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi meminta hutang sebanyak RM5,000 kepada pelakon Shahrizal Jaszle.

Berita Harian melaporkan, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 24,berkata, dia tidak pernah berbuat demikian, malah tidak mempunyai nombor telefon pelakon lelaki tersebut.

"Lofa sendiri terkejut apabila membaca laporan akhbar kononnya Lofa menghantar SMS kepada Shahz, kami sudah lama tidak berhubung.

"Apa yang Lofa ingat, Lofa ada minta duit itu sekitar dua tahun lalu dan Lofa tidak tahu mengapa dia mengaitkan Lofa dalam perkara ini," katanya.

Insiden itu dikatakan berlaku ketika Shahrizal menyerang pasangan khalwatnya, Farah Nurizzati Salleh di tempat kerja dan pada masa yang sama, Neelofa kononnya telah menghantar SMS tersebut.


Shahrizal Jaszle dan Neelofa pernah bergandingan dalam filem Azura 2012
Sementara itu, Neelofa berkata, dia sudah mengambil keputusan untuk menghalalkan sahaja hutang tersebut bagi mengelakkan dirinya terus dikaitkan dengan pelakon filem Azura 2012 itu.

"Ada banyak lagi perkara Lofa kena fikir. Sebelum kepala bertambah pening baik saya halalkan sahaja hutang itu.

"Bukan kerana wang itu tidak penting cuma malas untuk panjangkan cerita," ujarnya

Ainan Tasneem tidak mahu bergambar dengan lelaki

Posted: 02 Jul 2013 09:54 PM PDT

KUALA LUMPUR: Penyanyi yang popular menerusi lagu Aku Suka Dia iaitu Ainan Tasneem bertegas untuk tidak bergambar secara berdua-duaan dengan artis lelaki termasuklah untuk sesi fotografi media.

Ainan atau nama sebenarnya Ainan Tasneem Ridzuan, 21, berkata, keputusan itu dibuat bagi mengelak timbulnya sebarang fitnah selain ingin menjaga nama baik keluarganya.

"Saya bertekad untuk tampil bersih dan tidak mahu menimbulkan sebarang kontroversi termasuk bergambar dengan artis lelaki kecuali secara beramai-ramai.

"Keputusan itu dibuat bagi menghargai kepercayaan dan kebebasan yang diberikan oleh keluarga untuk saya bergiat aktif dalam bidang nyanyian," katanya selepas ditemui pada majlis pelancaran album sulungnya berjudul Aku Suka Dia di Hotel Royal di sini, Selasa.

Album yang mengandungi lima buah lagu itu diterbitkan oleh syarikat MVM Productions.

Ainan berkata, album yang dilancarkan itu bagi memenuhi permintaan peminat yang sering bertanya tentang perkara itu kepadanya.


Ainan Tasnem bersama ayahnya Dr Ridzuan Mohd Sagir.
Jelasnya, walaupun hanya memuatkan lima buah lagu dia akan tampil dengan album penuh pada penghujung tahun ini dan akan mempelbagaikan genre muzik untuk pendengar.

Antara lagu yang dimuatkan adalah Aku Suka Dia, 150 Juta, Kamu Saja, Tak Mungkin Aku dan Aku Keliru.

Dalam perkembangan sama, bapa kepada Ainan iaitu Dr Ridzuan Mohd Sagir yang turut hadir pada sidang media itu berkata, pada mulanya dia keberatan untuk membenarkan anaknya itu terlibat secara serius dalam bidang nyanyian.

Ini kerana katanya dia lebih suka melihat Ainan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pengajian di Universiti Malaysia Perlis dalam bidang Kejuruteraan Bioproses sehingga tamat.

"Lama saya mengambil masa untuk memberi keputusan namun melihat kepada penerimaan peminat dan yakin dia dapat menjadi contoh kepada remaja yang lain, saya benarkan.

"Pun begitu saya meletakkan beberapa syarat seperti menjaga maruah diri, merendah diri dan bersederhana supaya dia sentiasa ingat tujuan asal untuk bergelar penyanyi," jelasnya.

Tambah Ridzuan, sejak di bangku sekolah rendah lagi anaknya itu memang gemar menyanyi dan banyak menyertai pertandingan nyanyian di peringkat sekolah dan negeri.

(Gambar) Diana Danielle Selamat Bersalin Anak Lelaki

Posted: 02 Jul 2013 09:53 PM PDT

PETALING JAYA: Pelakon Farid Kamil mendapat anak lelaki selepas isterinya pelakon Diana Danielle Danny Beeson, 22, bersalin di Australia pada Selasa.

Berita itu turut disahkan oleh penerbit filem David Teo yang juga Pengarah Urusan syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) kepada mStar Online pada petang Selasa.

"Farid menghantar mesej dari Australia deng
an memberitahu sayalah orang pertama yang mendapat berita isterinya iaitu Diana Danielle selamat bersalin anak lelaki," katanya kepada mStar Online.

David berkata, Farid telah memaklumkan Diana sepatutnya bersalin pada 15 Julai ini tetapi proses kelahiran berlaku lebih awal.

Bayi berkenaan lahir kira-kira pukul 4.30 petang waktu Malaysia.

"Apa-apa pun proses kelahiran berjalan dengan baik. Bayi selamat, ibu pun selamat dan sihat," katanya.


Inilah wajah anak Farid Kamil dan Diana Danielle. Gambar ini dimuat naik menerusi akaun Instagram milik Farid kira-kira pukul 6.30 petang Selasa.
Terdahulu Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 32, memuat naik gambar bayi berkenaan kira-kira pukul 6.30 petang Selasa melalui laman sosial Instagram miliknya dengan kenyataan; welcome to the world my son (selamat datang ke dunia, anak lelaki ku).

Dalam Instagram itu juga Farid turut menulis berat bayi tersebut ialah 9.7 paun (4.3 kilogram)

Sebelum ini industri hiburan dikejutkan apabila Farid memuat naik gambar dia mengucup seorang bayi sehingga menimbulkan salah faham kononnya Diana Danielle telah melahirkan anak sebelum genap sembilan bulan usia perkahwinan mereka.

Bagaimanapun gambar itu telah dinafikan oleh adik Farid iaitu Fadzil Zahari yang mendakwa bayi itu adalah anak saudara mereka yang lahir pada 11 Mei lalu.

Farid dan Diana bernikah pada 3 November 2012 dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Flamingo by the Lake dekat sini.

Selepas beberapa bulan berumah tangga, Diana berhijrah sementara ke Sydney, Australia untuk melanjutkan pelajaran di negara itu.