Berita Harian: Hip |
Posted: 10 Jun 2013 05:09 PM PDT Pelakon popular dakwa isteri dijangka melahirkan anak sulung 15 Julai depan Sejak beberapa hari lalu, pelbagai cerita timbul mengenai pelakon Diana Danielle yang juga isteri kepada Farid Kamil. Menurut ruangan gosip sebuah akhbar (bukan kumpulan NSTP), Diana dikatakan sudah pun selamat melahirkan anak sulungnya di Sydney, Australia, penghujung Mei lalu. Sama-sama kita doakanlah. Saya pun masih berada di Malaysia lagi, meneruskan kerja-kerja saya," Farid Kamil. Tiada kenyataan Diana, ibu Begitupun, Diana, ibunya, Norsiah Ramli, dan Farid sendiri tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung penyiaran gambar itu mahupun kesahihan kononnya bintang ...Dalam Botol itu sudah pun selamat bersalin. HIP difahamkan, ibu pelakon wanita itu sendiri tidak mengetahui perihal anaknya yang dikatakan sudah pun selamat melahirkan anak pertama. Cuma, menurut orang kuat MIG, David Teo, bayi yang dilihat dalam gambar bersama Farid itu bukanlah bayinya. HIP kemudian difahamkan, bayi berkenaan ialah anak saudara Farid yang dilahirkan 11 Mei lalu. Bayi diberi nama Aidid Abdyllah Anis itu ialah cahaya mata adik kepada Farid, Dr Anis Anwar Zahari. Semalam, menerusi laman sosial Keek MIG Online, Farid sendiri tampil membuat sedikit penjelasan berhubung spekulasi dirinya sudah bergelar bapa. Belum jadi bapa Menerusi rakaman sepanjang kira-kira setengah minit yang dimuatkan di laman berkenaan tengah hari semalam, Farid memaklumkan isterinya masih menjalani tempoh kematangan kehamilan di negara kanggaru itu. Malah menurut Farid yang dilihat dengan tangan berbalut akibat kecederaan dialami sewaktu menunggang motosikal mini baru-baru ini berkata, anak dalam kandungan Diana dijadualkan lahir pada 15 Julai depan. "Sama-sama kita doakanlah. Saya pun masih berada di Malaysia lagi, meneruskan kerja-kerja saya," katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada pihak mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga. Dengan penjelasan Farid itu, ia secara sendiri menafikan cerita isterinya sudah pun melahirkan cahaya mata pertama mereka. Pasangan terkenal ini berkahwin pada awal November tahun lalu di Kuala Lumpur. Mereka bertunang pada awal September tahun yang sama. Pada awalnya, majlis perkahwinan dua pelakon ini dikatakan dirancang setahun selepas mereka bertunang. Namun, majlis akad pasangan ini dilangsungkan lebih awal, 3 November lalu. Info: Farid, Diana * Farid dan Diana dikatakan rapat pada 2009. Pada Jun tahun berkenaan, Diana mengaku bercinta dengan Farid, sekembalinya daripada mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) selama tiga bulan sejak Mac. * Selepas kira-kira tiga tahun menyulam cinta, Farid dan Diana akhirnya mengambil keputusan untuk bertunang pada 2 September 2012. * Mengikut perancangan awal, pasangan ini akan disatukan sebagai suami isteri setahun selepas bertunang. Namun jodoh mereka tiba lebih awal apabila Farid dan Diana diijabkabulkan di Ampang pada 3 November. * Diana kemudian memuatkan naik gambar alat uji kehamilan, mengumumkan berita gembira kehamilannya kira-kira 16 hari selepas mereka bernikah. * Pada Disember 2012, Farid dan Diana berbulan madu di Australia. Tidak lama kemudian, timbul khabar angin mengatakan Diana tidak dibenarkan menaiki pesawat pulang ke Malaysia setelah dua minggu berbulan madu di negara itu kerana tempoh kandungan yang melebihi had yang dikira selamat bagi bakal ibu mengandung untuk menaiki penerbangan. * Farid mendakwa dia pulang seorang diri kerana komitmen terhadap kerja lakonan dan Diana pula berada di sana kerana mempunyai temu duga untuk pengajian Ijazah Sarjana Muda Asas Kesenian dan Rekaan di Universiti Sydney. * Hujung minggu lalu, timbul gosip mengatakan Diana sudah pun bersalin di sebuah hospital berdekatan tempat tinggalnya di Sydney. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |